Mahkamah hukum Khir Toyo dipenjara 12 bulan |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 23 Dis: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah empat tahun lalu.
Dr Mohamad Khir Toyo - Mantan MB Selangor
Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L di sini, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni. Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Shamsuddin Hayroni - Pengarah Ditamas SB
Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah ke atas kes tertuduh. Ekoran itu, mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7190-mahkamah-hukum-khir-toyo-dipenjara-12-bulan
Khir mangsa sembelihan 'drama politik' Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN. Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi. Jelasnya lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah. "Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily. Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun. Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ. Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan. "Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya. "Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7213-khir-mangsa-sembelihan-drama-politik-umno
Siapa pula selepas Khir Toyo |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa menjadi Menteri Besar Selangor.
YM Dr Raja Ahmad Al Hiss - Naib Ketua DPPP
Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau. “Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya,” ujarnya kepada Harakahdaily. Bagi DPP Malaysia, katanya isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa. Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara, lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Katanya, rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah. Beliau menambah, pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya.
Dr Mohd Khir Toyo - Mantan MB Selangor
“Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik,” ujarnya. Katanya, kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri. Beliau berkata, DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara. Mutakhir ini, tambahnya telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat yang mana pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan. Untuk itu, ujarnya DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti. Katanya, kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. “Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?” tanya beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7218-siapa-pula-selepas-khir-toyo
Integriti: Awang Adek terlepas, Shahrizat kena
Aslani M, | 08 Apr 2012 |
BACHOK, 8 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap tidak mengendah soal integriti apabila mengekalkan pelantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai anggota Dewan Negara (Senator).
Sedangkan pada 6 Mei 2010 Timbalan Menteri Kewangan itu mengumumkan kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Kenyataan berkenaan dikecam pelbagai pihak sehingga akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) membatalkan cadangan tersebut.
Kewibawaannya lebih tercalar apabila beliau mengakui menerima RM100,000 yang dibayar kepada akaun peribadinya untuk kontrak yang dilulus pada November 2010.
Wang tunai itu difahamkan dimasuk ke akaun peribadi Awang Adek di sebuah bank di Bachok. Dakwaan tersebut dibuat blog Thewhistleblower711.
Bagaimanapun esok Awang Adek dijadual mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara bersama beberapa menteri termasuk Datuk Raja Nong Chik, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yussof berkata, transformasi ke arah lebih berintegriti yang disebut-sebut Perdana Menteri sebelum ini diangggap tidak memberi sebarang makna.
Ini kerana Fasal 45 (2) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan seseorang yang dilantik sebagai Senator hendaklah dipasti terbukti memberi perkhidmatan cemerlang kepada negara.
“Namun Dr Awang Adek sudah terpalit dengan banyak isu berkaitan soal integriti. Kalau Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak disambung sebagai Senator kerana isu RM250 juta, sepatutnya Ketua Umno Bachok juga perlu berdepan dengan situasi serupa.
“Seseorang anggota kabinet memasuk wang sumbangan ke dalam akaun peribadi tidak boleh dipandang mudah. Kita berharap SPRM tidak membiarkan kerana ia menyentuh soal integriti seperti dihasrat Perdana Menteri,” katanya di sini.
Pada 9 April 2009 Awang mengangkat sumpah sebagai Senator bagi membolehnya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan II. Sebelum ini beliau pernah dilantik sebagai Senator selepas pilihan raya umum 1999.
Bagaimanapun difahamkan penggal pertama pelantikannya sebagai Senator tidak mencukupi tiga tahun disebabkan parlimen dibubarkan pada 2004.
Wan Nik yang juga bekas anggota parlimen Bachok berkata, tempoh pelantikan Dr Awang Adek sebagai senator mungkin hanya tinggal setahun lagi bagi mengenapkan tempoh dua penggal.
Kata beliau sekiranya Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan terbabit gagal memenangi kerusi parlimen Bachok pada pilihan raya umum ke-13, tempohnya sebagai Senator akan berakhir.
Sumber HD : 8/04/2012
Bercerai selepas dicabar talak tiga
Rizal Tahir, | 15 Jul 2012 |
PASIR MAS: “Dia yang cabar saya suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim, 82 (gambar) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat sini pagi tadi.
Pada masa yang sama katanya, bekas isterinya yang juga penyokong tegar Umno, Che Hasnah Che Ahmad, 61, bukan sahaja menolak perjuangan PAS, sebaliknya menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.
Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apa lagi bekas isterinya ‘mencabar’ supaya menceraikannya.
Harakahdaily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak.
Ianya berikutan kenyataan yang hanya melalui Che Hasnah, semata-mata, tanpa mengetahui kisah sebenar dari bekas suaminya.
Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat dalam laman social facebook dan twitter yang bersandarkan PAS menjadi dalang kepada perceraian itu.
Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mengakui isterinya adalah aktivis Umno.
“Malah beliau menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.
“Tetapi sejak akhir-akhir ini dia begitu mencabar, mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS, dia juga sudah tidak hormatkan saya lagi, apa hukumnya keluar rumah atau pergi ke suatu tempat yang suami tidak suka.
“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.
Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.
“Dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.
“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri mengajar al-Quran,”ujarnya.
Sambungnya, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.
Akibat perselisihan faham semakin tidak dapat dikawal, beliau terpaksa berpuasa dua hari untuk mengurangkan ketegangan yang dicipta isterinya sendiri.
Akhirnya, pada 11 Julai lalu, mereka sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.
Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang (gambar atas kiri), yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka bercerai, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.
“Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka berdua untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu.
Sumber HD : 15/07/2012
Betulkah rakyat tidak berpeluang lagi memilih BN kembali jika PR berkuasa ?
Kita perlu menyelami hakikat yang sedang berlaku pada masa ini. PR menguasai Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan. Pentadbiran negeri-negeri ini menerima pujian demi pujian daripada Ketua Audit Negara. Tidak ada sesiapa pun pemimpin dari negeri-negeri ini yang dihukum kerana rasuah. Kesemuanya mampu membayar balik hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Kesemuanya mampu menambah hasil negeri. Kesemuanya mampu menyalurkan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, dan agama.

Dr. M menunggu keruntuhan Umno/BN
http://bilahrotan.blogspot.com/, | 08 Sep 2012 |
Kata Dr. M, "Rakyat tak berpeluang memilih BN kembali, jika PR Berkuasa."
Demikianlah yang tersurat. Apakah yang tersirat? Dr. M mengugut rakyat memilih UMNO/BN lagi untuk PRU akan datang. Mengapa dia perlu mengugut? Sudah pasti dia melihat sokongan terhadap gabungan parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun itu semakin berkurangan dari hari ke hari. Apakah sandarannya? Dia pernah berkata, "Najib mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. Apa-apa saja yang dilakukannya tidak mencukupi untuk mengembalikan kekuatan. Dia akan senantiasa dikritik." Pernyataan ini bukan sahaja menghentam Pak Lah malahan juga mengherdik Najib. Sudah terang lagi bersuluh, dia sedang gelabah sekarang ini. Kegelabahan itulah yang menyebabkan dia meracau.
Demikianlah yang tersurat. Apakah yang tersirat? Dr. M mengugut rakyat memilih UMNO/BN lagi untuk PRU akan datang. Mengapa dia perlu mengugut? Sudah pasti dia melihat sokongan terhadap gabungan parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun itu semakin berkurangan dari hari ke hari. Apakah sandarannya? Dia pernah berkata, "Najib mewarisi sebuah kerajaan yang lemah. Apa-apa saja yang dilakukannya tidak mencukupi untuk mengembalikan kekuatan. Dia akan senantiasa dikritik." Pernyataan ini bukan sahaja menghentam Pak Lah malahan juga mengherdik Najib. Sudah terang lagi bersuluh, dia sedang gelabah sekarang ini. Kegelabahan itulah yang menyebabkan dia meracau.
Betulkah rakyat tidak berpeluang lagi memilih BN kembali jika PR berkuasa ?
Kita perlu menyelami hakikat yang sedang berlaku pada masa ini. PR menguasai Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Kelantan. Pentadbiran negeri-negeri ini menerima pujian demi pujian daripada Ketua Audit Negara. Tidak ada sesiapa pun pemimpin dari negeri-negeri ini yang dihukum kerana rasuah. Kesemuanya mampu membayar balik hutang kepada Kerajaan Persekutuan. Kesemuanya mampu menambah hasil negeri. Kesemuanya mampu menyalurkan kebajikan kepada rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, dan agama.
Kesemuanya berusaha keras menyalurkan kekayaan negeri kepada rakyat. Perlu diingat bahawa kemampuan tersebut terhasil dalam situasi kerajaan negeri dinafikan hak mereka menurut konsep federalisme.
Lojiknya PR akan berbuat lebih baik daripada itu jika menguasai Putrajaya. Mengapa demikian? Wang negara akan menjadi lebih berganda kerana rasuah berkurangan, ketirisan dapat diminimumkan, penyalahgunaan kuasa disekat, hutang negara dikurangkan melalui perbelanjaan berhemah dan jimat cermat, serta pembanterasan penggubahan wang haram. Inilah "hantu" yang bergentayangan di negara kita ketika ini.
Pertambahan pendapat negara akan dipulangkan kepada rakyat melalui pendidikan percuma, penghapusan tol, penurunan harga minyak serta kereta, dan sebagainya. Apabila rakyat dilimpahi kebahagiaan, tidak mungkin mereka berpaling kepada UMNO/BN lagi. Inilah yang menjadi mimpi ngeri Dr. M dan UMNO/BN. Tunggulah saat mereka dikuburkan. Ketika itu, UMNO/BN akan hilang segala-galanya.

Sumber HD : 8/09/2012
Sumber HD - 8-1-2013
Saya sihat, kata Najib
Harakahdaily, | 08 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau diserang angin ahmar ringan (minor stroke) sebagaimana khabar angin yang bertiup kencang sejak minggu lalu.
"Bursa Malaysia sihat, pasaran juga sihat, pasaran sukut juga sihat, saya juga sihat. Jadi jangan dengar laporan blog, tolonglah," kata Najib ketika memberikan ucapan semasa merasmikan pelancaran the Exchange Traded Bonds and Sukuk (ETBS) hari ini.
Sejak seminggu lalu, khabar angin kencang bertiup kononnya Najib terkena minor stroke ekoran serangan bertalu-talu Deepak Jaiskishan ke atas beliau dan keluarganya.
Laman web Sarawak Report adalah yang pertama menyiarkan secara bertulis tentang khabar angin ini.
Najib telah tidak keluar dalam media sejak beberapa minggu lalu dan negara seolah-olah dipimpin oleh timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin.
Beliau dikatakan membuat lawatan keluar negara termasuk dua hari ke India bagi menyertai satu persidangan di sana.
Ketika negara dilanda banjir buat kali pertamanya, ada media menyiarkan gambar kononnya Najib melihat banjir itu dari udara namun ramai tidak percaya kerana ketika itu dia dikatakan berada di luar negara.
Pengarang Malaysia Chronicle, Wong Choon Mei dalam tulisannya bertajuk 'NEW PM FOR MALAYSIA? Najib to be forced to step down on 'health reasons'? mendakwa, besar kemungkinan negara akan mendapat perdana menteri baru tidak lama lagi.
Ini berikutan ada usaha yang dibuat oleh pihak tertentu mahu mengenepikan Najib dengan alasan kesihatan apabila tersebarnya berita angin beliau terkena minor stroke itu.
Menurut laporan itu, asasnya adalah kerana dakwaan Deepak yang sehingga kini tidak diberikan sebarang reaksi oleh Najib.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji akan menjawab penyataan Deepak apabila serangan pertama dibuat ke atas Najib melalui Harakahdaily dan beberapa media online yang lain.
Namun, tidak ada sebarang kenyataan lagi dari Zahid mengenainya selepas itu.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memberikan tempoh 48 jam kepada Najib untuk membuat penjelasan.
Tempoh 48 itu sudah berlalu dan media sedang menunggu kenyataan dari Husam mengenainya selepas masa itu berlalu.
Deepak bukan sahaja membuat kenyataan kepada media online tetapi juga membuat buku kecil yang kini sedang hangat beredar.
Antara dakwaan Deepak adalah, beliau terlibat memujuk P Balasubramanian membuat Akuan Bersumpah (SD) kedua atas permintaan rakannya, Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.
SD pertama PI Bala disifatkan sebagai masalah besar kepada Najib dan ia perlu diselesaikan.

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
No comments:
Post a Comment