Anwar : Kehebatan Melayu Pada Agama Dan Akhlaknya
GURUN, 18 DIS: Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal ilmu persilatan supaya berada di landasan perjuangan yang betul dalam usaha memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu.
Anwar dalam ucapannya berkatanya, budaya fitnah yang menular dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama menjadi punca perpecahan sehingga terjatuhnya empayar Melayu yang satu ketika dahulu berdiri megah.
Jelas beliau, bukan semua Melayu itu wajib bersatu sebaliknya bersatu mempertahankan prinsip keadilan dan kebenaran dan bukannya bersama dalam melakukan kezaliman dan kerosakkan.
Anwar turut menganjurkan kepada anak-anak gayong supaya kembali membaca hikayat sejarah perjuangan melibatkan Hang Tuah dan Hang Jebat yang mempopularkan "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah".
"Perlawanan mereka itu dalam sejarah tiada tolok bandingnya. Tetapi dalam perlawanan itu mereka ada dialog, bukan pencak sahaja. Jebat hairan ‘Tuah aku datang untuk mempertahankan kamu.' Tuah terima, tapi tuah kata aku tak sanggup kamu ingkar kepada arahan Raja. Jebat kata raja zalim, tidak mahu mencari kebenaran. Terpengaruh dengan orang sekelilingnya. Maka berlakulah pertempuran.
"Maka berakhir dengan tragedi, Hang Tuah menang, kalah Melayu. Itu maknanya, sejarah Melayu ertinya permulaan kepada tewasnya Melayu. Panglima sebesar Hang Tuah menjadi korban. Panglima segigih Hang jebat mati dibunuh.
"Sebab itu kita mesti hayati ini adalah mulanya jatuh empayar Melayu kerana fitnah, tidak mempertahankan prinsip keadilan, tidak mahu mengangkat martabat bangsa tetapi menjadi alat, korban akibat daripada gerombolan kecil yang membawa fitnah dan kerosakan," katanya.
Beliau turut mengingatkan anak muda masa kini supaya mewarisi semangat kental pejuang terdahulu selain penekanan sesi pentarbiahan supaya pejuang yang dilahirkan tidak mudah tewas dengan sogokan harta benda, wang ringgit dan pangkat sehingga sanggup membelakangkan perjuangan.
"Memartabatkan bangsa Melayu dari segi budaya dengan prinsip akidah agamanya. Bukan angkuh bangsanya bukan hina kaum lain. Hebat Melayu itu kerana jiwa dan rupaya. Melayu itu dibentuk melalui agama yang membentuk akhlaknya yang memperjuang dan menegakkan keadilan.
"Maka perpaduan itu wajib. Bersatu untuk membawa kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah Taala," katanya di Majlis Khazanah Tamadun Islam dan Koleksi Seni Silat Pusaka Gayong di Dewan Sri Zaleha, NAZA Gurun, Gurun, Kedah.
Turut serta dalam majlis tersebut Mahaguru Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Raja Abdul Majid Mat Isa.
Sumber TVS : 18/12/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7336-insiden-upsi-pas-desak-kpn-menteri-letak-jawatan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7395-upsi-jangan-bertindak-atas-keterangan-polis-sahaja

Insiden UPSI: PAS desak KPN, menteri letak jawatan |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan. "PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun. "Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan. Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River. Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab. "Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara. "Apa yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River. Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka. "Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya. Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera. Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis. "Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7336-insiden-upsi-pas-desak-kpn-menteri-letak-jawatan
UPSI: Jangan bertindak atas keterangan polis sahaja | | Print | |
zulsulung |
KUALA LUMPUR, 4 Jan: Oleh kerana terlalu kerap tertangkap basah kerana menipu, kenyataan polis kini sukar dipercayai, kata anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching. Oleh itu, beliau meminta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak terlalu bergantung kepada kenyataan polis dalam mengambil tindakan kepada pelajarnya. Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP melahirkan kesalnya dengan tindakan UPSI mengambil tindakan membuang asrama ke atas seorang pelajarnya yang menyertai perhimpunan pada malam 1 Januari 2012 lalu. Perhimpunan itu kemudiannya menjadi perhimpunan berdarah apabila polis mengambil tindakan keras dengan mengejar pelajar terlibat. Para pelajar pula mendakwa, ada antara mereka ditumbuk dan disepak oleh polis sehingga cedera. Namun, apa yang dikesali adalah kenyataan Ketua Polis Perak yang mendakwa para pelajar ini cedera kerana melanggar cermin klinik. "Melihat kepada trak rekod polis, saya yakin ramai yang tidak percaya dengan penjelasan yang dibuat oleh polis," kata Nie Ching. Beliau memberikan beberapa kenyataan polis sebelum ini yang boleh dikira tidak benar. Beliau mengambil contoh kes 'mata hitam' Datuk Seri Anwar yang dikatakan Anwar memukul dirinya sendiri. Kemudian kes Bersih 2.0 apabila polis menafikan pihaknya menyembur air kimia ke laman hospital Tung Shin. Begitu juga kes Mohamad Sabu yang dilanggar oleh kereta polis tetapi polis berkata, Mohamad Sabu yang melanggar kenderaan polis dan terjatuh. Berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh Dr Nurul Azlean Norzan iaitu doktor yang merawatnya, didapati Mohamad Sabu tidak akan mengalami kecederaan semacam itu jika tidak dilanggar atau hanya jatuh sahaja. Ia disokong oleh Dr Ankimtay Rutel, pakar dari Hospital Kuala Lumpur yang berkata, kecederaan Mohamad Sabu konsisten dengan penjelasan yang diberikannya iaitu dilanggar hingga jatuh. "Adalah menyedih apabila mendapati polis tertangkap kerana menipu dalam banyak kes," kata Nie Ching (gambar atas). Sehubungan itu, beliau meminta anggota polis yang berkenaan diambil tindakan bukannya pelajar yang berhadapan dengan mimpi ngeri di malam tahun baru hanya kerana berhimpun untuk menyatakan yang hak tentang kebebasan akademik mereka. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7395-upsi-jangan-bertindak-atas-keterangan-polis-sahaja
Demo mansuh Tol: 13 Mei jadi tarikh perpaduan
Harakahdaily, | 10 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan 13 Mei ini sebagai "tarikh perpaduan" pelbagai kaum dan agama dengan menganjurkan perhimpunan bersama menuntut pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, sebelum ini tarikh tersebut diperingati sebagai "hari perkauman dan perpecahan" rakyat di negara ini.
"Sehubungan itu kita nak ingatkan (tarikh itu) sebagai hari perpaduan dan kesatuan rakyat iaitu kita menuntut supaya tol tersebut dimansuhkan," tambahnya seperti dilaporkan Malaysiakini.
Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata pemansuhan tol itu merupakan janji Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 dan pihaknya bertujuan memberikan tekanan kepada pusat bagi memansuhkannnya.
Katanya, sudah sampai masanya kerajaan menamatkan konsesi syarikat yang terlibat kerana mendakwanya "tol yang terlama dan pulangan pelaburan yang cukup sedikit telah dinikmati oleh syarikat konsesi berkenaan".
Menurut Khalid, pihaknya mahu membuat perhimpunan aman dan tidak bertujuan untuk menganggu lalu lintas di kedua-dua tol tersebut.
Ia akan berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang di kedua-dua tol tersebut yang dijangka dihadiri kira-kira dua hingga tiga ribu orang.
Katanya, peserta yang hadir dikehendaki berhimpun di sepanjang jalan dari kedua-dua arah dan meletakkan kereta di kawasan 'Rehat dan Rawat' yang berdekatan bagi mengelakkan kesesakan dan mengganggu lalulintas.
Beliau juga berharap pihak keselamatan dapat mengawal keadaan di situ sepanjang perhimpunan berlangsung.
Katanya, sejak mula tol tersebut dibina pada lewat tahun 1980-an, beliau antara pemimpin yang ditahan kerana membantah pembinaan tol tersebut.

Sumber HD : 10/05/2012
No comments:
Post a Comment