SBPA: PM dituntut tunai janji naik gaji Jan 2012 |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bersetuju dengan saranan Cuepacs yang mendesak kakitangan awam agar tidak menandatangani borang opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diedarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad (gambar) berkata, cubaan penguatkuasaan SBPA kepada 1.2 juta kakitangan awam tanpa memberikan maklumat yang mencukupi adalah satu penganiayaan. Menurutnya, DPPWP dimaklumkan, hanya kakitangan yang menandatangani SBPA sahaja yang akan menerima kenaikan gaji sebanyak 7-13 peratus seperti yang di umumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan bajet yang lalu. “Manakala kakitangan yang mahu mengunakan skim perkhidmatan berdasarkan SSM dan SSB akan kekal menerima tangga gaji sedia ada,” ujarnya kepada Harakahdaily. Malah, ujarnya ramai kakitangan awam yang tidak berpuashati kerana dalam SBPA mereka wajib memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Beliau menambah, penilaian anjakan atau kenaikan gaji tahunan pula bakal didasarkan kepada merit laporan prestasi tahunan yang mana kakitangan yang gagal mencapai markah 70 peratus bagi 3 tahun berturut-turut boleh dipecat. Katanya, apa yang tidak dijelaskan oleh JPA adalah, bagaimana bentuk penilaian itu berfungsi. Soalnya, bagaimana mereka boleh menjamin tidak adanya elemen pilih kasih, atau sabotaj oleh kakitangan atasan kepada mereka yang menjadi subordinat mereka. Menurutnya lagi, malah tidak dinyatakan juga jumlah kenaikan itu kerana carta perubahan gaji tidak diberikan. “Adakah kakitangan yang mencapai markah yang lebih tinggi akan menerima kenaikan gaji dua kali ganda atau sama sahaja seperti sebelum ini di mana mereka hanya menerima kadar kenaikan mengikut tahun perkhidmatan?” tanya beliau lagi. Katanya, kakitangan awam adalah aset yang penting kepada pentadbiran negara, tetapi layanan yang diberikan kepada mereka nampaknya semakin teruk. Tambahnya, perkara yang paling penting untuk hidup mereka iaitu dalam menentukan masa depan kerjaya mereka dibuat tergesa-gesa sedangkan JPA hanya memberikan masa dari 16-30 Disember ini untuk mereka membuat keputusan. “Itu arahan dari JPA, tapi bila turun kepada Kementerian dan Jabatan, ramai yang mengadu bahawa mereka perlu buat keputusan kurang dari 48 jam kerana pihak Bahagian Sumber Manusia masing-masing mengambil masa yang banyak untuk mengedar dan merekodkan pilihan yang dibuat sebelum menghantarnya semula kepada JPA,” katanya lagi. Apa yang penting, ujarnya DPPWP berharap agar kakitangan awam bijak membuat pilihan dan tidak tergesa-gesa. Justeru, katanya DPPWP juga mahu Perdana Menteri menunaikan janjinya untuk menaikkan gaji kakitangan awam bermulai 1 Januari tahun hadapan tanpa mengira skim mana yang mereka pilih dan tidak terikat kepada SBPA sahaja. “Rakyat memang sedar bahawa Perdana Menteri cuba menggunakan pakej belanjawan Bajet 2012 untuk menarik undi dan sokongan, tapi biarlah dengan cara yang ikhlas dan jelas bukannya sekadar janji yang cacamarba,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7079-sbpa-pm-dituntut-tunai-janji-naik-gaji-jan-2012
SBPA bunuh komitmen kakitangan awam |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Sebuah jawatankuasa bersama antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu ditubuhkan sebelum dilaksanakan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Oleh kerana SBPA melibatkan kepentingan dan masa hadapan pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam, amat tidak adil jika sistem tersebut dilaksanakan tanpa persetujuan mereka," kata beliau sambil mengecam kerajaan yang langsung tidak berunding dengan wakil sah kakitangan awam sebelum sistem itu dilaksanakan. Sambil menyifatkan SBPA akhirnya akan membunuh komitmen dan motivasi kakitangan awam, Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berharap sistem itu dibatalkan. "Bagaimanapun, SBPA hanya akan dibatalkan jika kakitangan awam bersatu dan berganding bahu dengan perancangan yang berkesan untuk menolak sistem itu. "Pihak lain boleh mendesak dan menyuarakan rasa tertindas kakitangan awam yang menolak SBPA, tetapi kerajaan hanya akan tunduk kepada bantahan besar-besaran kakitangan awam sendiri," kata beliau yang melihat SBPA sebagai taktik untuk mengurangkan kakitangan awam. Mahfuz juga mempersoalkan sikap membisu penjilat-penjilat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini tanpa sebarang asas yang wajar menuduh Pakatan Rakyat (PR) mahu mengurangkan kakitangan awam. Dalam perkembangan berkaitan, Cuepacs mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem SBPA dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri. Apa yang lebih dipersoalkan, seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa hanya dua minggu mulai 16 Disember untuk menerima SBPA. Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata, JPA tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada Linkmaklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy. “Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” katanya. Menurut beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke negeri-negeri, ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA. Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7096-sbpa-bunuh-komitmen-kakitangan-awam
SBPA: Jangan rosakkan masa depan rakyat, negara |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Dis: PAS kesal dengan sikap kerajaan yang sentiasa mengambil langkah tergesa-gesa dalam menentukan sesuatu polisi. “Terkini ialah dengan memaksa kakitangan kerajaan untuk menandatangani skim Saraan Baru Perkhimatan Awam (SBPA) yang diumumkan oleh kerajaan,” kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar). Katanya, seperti yang diketahui, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) masih perlu berunding dengan kakitangan kerajaan untuk menyetujui skim tersebut. Tetapi hari ini, katanya pihak guru-guru telah diminta untuk menandatangani segera skim tersebut, walaupun tempoh akhir masih belum sampai iaitu pada 31 Disember 2011. PAS, jelasnya telah melalui pengalaman di mana pihak kerajaan telah menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menyebabkan banyak SAR terpaksa ditutup. Tambahnya, tujuan kerajaan ialah supaya mereka menyerah diri kepada skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam rangka pihak kerajaan menguasai pendidikan Islam dalam negara ini. Menurutnya, pada 2006, PPSMI telah dipaksa kepada rakyat dan ternyata PPSMI telah membawa kepada kerosakan kepada kemajuan pendidikan kebangsaan yang berasaskan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Justeru, katanya apabila skim-skim yang membabitkan pendidikan dilaksanakan tanpa rundingan yang sebaik-baiknya dengan pihak kerajaan, PAS bimbang akan banyak lagi masalah yang akan timbul dalam bidang pendidikan yang akan merosakkan falsafah pendidikan di negara ini. “Memadailah ibu bapa bimbang terhadap akhlak anak-anak mereka disebabkan kegagalan dasar pendidikan moral atau kelemahan dasar dalam pendidikan akhlak,” ujarnya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat kepada Harakahdaily. Beliau berkata, PAS berharap kerajaan menyelesaikan segera isu-isu besar seperti ini di samping membuat perancangan yang betul dalam bidang pengurusan, kerana perancangan semasa yang dibuat secara tergesa-gesa telah menyebabkan banyak kerosakan termasuklah soal penempatan guru-guru lepasan institusi pengajian tinggi dalam bidang pendidikan yang gagal diselesaikan sehingga hari ini. “Begitu juga apabila SBPA mahu dilaksanakan, pastikan ia membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhan, bukan untuk sesuatu kepentingan yang boleh merosakkan masa depan rakyat dan negara,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7132-sbpa-jangan-rosakkan-masa-depan-rakyat-negara
SBPA: Melayu dalam sektor awam terpinggir |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 21 Dis: Orang-orang Melayu yang berada dalam sektor awam jelas dipinggirkan oleh Kerajaan BN, malah diperlakukan seperti buruh paksa, sekiranya sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilaksanakan tahun depan. Realiti itu terserlah apabila sistem tersebut bukan memberikan keistimewaan kepada kakitangan yang berada di Kumpulan Sokongan yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu, malah lebih mementingkan mereka yang berada di dalam Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, Kumpulan Premier terbahagi kepada empat iaitu Premier 1 yang meletakkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) di dalamnya , Premier 2, Premier 3 dan Premier 4 yang kesemuanya akan menerima kenaikan gaji amat tinggi menerusi SBPA. Menurutnya, mereka yang berada di dalam Kumpulan Premier hanya berjumlah 36 dan sekiranya SBPA dilaksanakan nanti bagi menggantikan Sistem Saraan Malayasia (SSM) yang digunakan sekarang, KSN akan menerima kenaikan gaji amat tinggi sehingga RM60,000 sebulan. Katanya, selain itu, KSN akan turut menerima bayaran-bayaran lain termasuk imbuhan tetap sebanyak RM9,300 sebulan, elaun perumahan RM3,750 sebulan, elaun pembantu rumah sebanyak RM2,000 sebulan, elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas. "Mereka yang berada di dalam Premier 2 akan menerima gaji RM42,000 sebulan, Premier 3 sebanyak RM40,000 sebulan dan Premier 4 sebanyak RM35,000," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Imbuhan tetap bagi mereka yang berada di dalam Premier 2 sebanyak RM8,200, Premier 3 (RM8,100) dan Premier 4 (RM8,000), manakala elaun perumahan masing-masing sebanyak RM2,750 sebulan dan elaun pembantu rumah sebanyak RM1,000 sebulan. Mereka juga akan turut menerima bayaran-bayaran elaun lain yang agak tinggi termasuk elaun kemudahan untuk perkhidmatan, penanggungan kerja, bayaran untuk isteri mengiringi suami ke majlis-majlis tertentu, elaun pakaian, air, letrik dan gas. Beliau difahamkan mereka yang berada dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula akan menerima kenaikan gaji agak tinggi sehingga sebanyak RM5,000 sebulan. "Ini menjadikan gaji minima mereka yang berada dalam Turus (VU4/VK4) sebanyak RM15,850 dan maksima RM25,230, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas A atau Jusa A (VU5/VK5) sebanyak RM14,760 dan maksima RM22,880 sebulan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Gaji minima bagi mereka yang berada dalam Gred Utama Khas B (Jusa B) sebanyak RM13,775 dan maksima RM20,750 sebulan, manakala gaji minima bagi Gred Utama Khas C atau Jusa C sebanyak RM12,000 dan maksima RM17,770 sebulan. Jurang yang berlaku antara Kumpulan Premier serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Sokongan, tambahnya, amat ketara apabila Kumpulan Sokongan hanya akan menerima kenaikan gaji antara RM80.00 ke RM100.00 sebulan. Penganiayaan terhadap Kumpulan Sokongan lebih ketara apabila mereka dimestikan menurunkan tandatangan bagi persetujuan untuk pelaksanaan SBPA sehingga 31 Disember ini, tanpa dijelaskan kedudukan sebenar tangga gaji mereka serta lain-lain bayaran. Katanya, keadaan itu amat berbeza berbanding Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang telah dimaklumkan lebih awal tentang tangga gaji dan bayaran-bayaran lain yang akan diterima oleh mereka sebelum sistem tersebut dilaksanakan, malah sejak beberapa minggu lalu. "Ini menjadikan mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan menjadi serba salah, tertekan dan terhina dengan apa yang dilakukan oleh Kerajaan BN itu terhadap mereka. "Mereka itu pula adalah mewakili sejumlah besar daripada 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang kebanyakannya orang Melayu," tegasnya. Lebih jauh dari itu, beliau menyifatkan perlaksanaan skim tersebut bertujuan untuk menjaga kepentingan KSN yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada bulan Mei tahun depan. "Sekiranya skim itu dilaksanakan awal tahun depan, bermakna KSN yang akan bersara nanti akan berpeluang menikmati pencen yang tinggi kerana berkesempatan berkhidmat ketika skim itu dilaksanakan dengan menikmati gaji RM60,000 sebulan," katanya. Beliau amat kesal kerana Kerajaan BN sanggup bertindak sedemikian hanya bagi kepentingan individu tertentu dalam perkhidmatan awam termasuk KSN, sehingga sanggup menekan dan menganiaya pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya. Sehubungan itu, beliau menyokong penuh usaha Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mempertahankan pendiriannya bagi mendesak Kerajaan BN menjelaskan mengenai kedududukan tangga gaji Kumpulan Sokongan terlebih dahulu, sebelum meminta kakitangan yang berada di dalam kumpulan itu menurunkan tandatangan masing-masing. Beliau juga berharap agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs menubuhkan jawatankuasa khas bersama bagi membincangkan perkara itu demi kepentingan kakitangan sektor awam, khususnya mereka yang berada di dalam Kumpulan Sokongan, yang jelas teraniaya sekiranya skim SBPA dilaksanakan. "Saya berharap agar Kerajaan BN akan menangguhkan terlebih dahulu perlaksanaan SBPA sehingga segala kezaliman yang berlaku bagi Kumpulan Sokongan itu diatasi, atau sehingga Cuepasc memberikan persetujuannya mengenai perkara itu," tegas beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7159-sbpa-melayu-dalam-sektor-awam-terpinggir-
Sidang media Naib Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=-6fiefGctO8
| ||||
Perlaksanaan SBPA proses kecilkan sektor awam? |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 28 Disember: Cadangan Kerajaan BN untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini ditentang hebat oleh kakitangan kerajaan, diyakini mempunyai muslihat tertentu khususnya bagi mengurangkan agensi dan kakitangan sektor awam. Keyakinan tersebut didasarkan kepada beberapa perkembangan semasa, apatah lagi sebelum SBPA dilaksanakan, langkah ke arah itu telah pun dibuat oleh kerajaan. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, realiti itu antara lain terserlah apabila dirujuk kepada langkah penutupan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) baru-baru ini. Menurutnya, dengan langkah itu, kerajaan ternyata telah mengecilkan sektor awam dan mengurangkan kakitangan sektor awam, apabila kesemua kakitangan yang berada di bawah Indah Water Konsortium (IWK) akan diserapkan ke sebuah syarikat baru yang akan ditubuhkan, National Sewerage Services Company (Nasco) dan akan diswastakan sepenuhnya kemudiannya. Katanya, sedangkan IWK itu berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan yang juga agensi kerajaan, tetapi apabila kakitangan-kakitangan terbabit diserapkan ke dalam Nasco nanti, mereka tidak lagi akan menjadi kakitangan kerajaan. "Maklumat yang kami perolehi berhubung perkara itu pula, 98 peratus kakitangan IWK tidak bersetuju untuk diserapkan ke Nasco. "Sebahagian besar daripada mereka itu adalah kakitangan di bahagian teknikal, para profesional yang berkepakaran tinggi termasuk engineer dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Punca kakitangan-kakitangan terbabit tidak bersetuju diserapkan ke dalam Nasco, menurut beliau, tidak lain kerana mereka tidak bersetuju dengan dasar kerajaan untuk menswastakan sektor awam. "Jika selama ini mereka sudah berada di dalam sektor awam, kenapa pula mereka mesti menjadi kakitangan swasta? Sedangkan dengan penyerapan itu, mereka akan kehilangan pelbagai keistimewaan sebagai kakitangan sektor awam," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Walaupun sedar kakitangan sektor awam tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, Kerajaan BN tetap dengan keputusannya untuk menutup Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, tanpa mempedulikan risiko yang akan ditanggung oleh rakyat. "Pada hal dengan pembukaan Nasco itu nanti, kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan khas sebanyak RM200 juta daripada wang Tabung Amanah Pembentungan," tegasnya. Selain itu, hutang IWK sebanyak RM1.5 bilion daripada kerajaan akibat kerugian yang ditanggungnya selama ini akan turut dilupuskan oleh kerajaan. "Lain-lain geran yang bernilai RM7 bilion juga akan diserahkan kepada Nasco nanti. Pada hal penutupan IWK dan digantikan dengan Nasco itu sebenarnya hanyalah proses ubah nama sahaja dan ia tidak lebih dari itu bagi manfaat rakyat," tambahnya. Manakala kerugian yang ditanggung oleh IWK itu pula selama ini, tegas beliau, adalah berpunca dari pertindihan pengurusan di dalam badan itu sendiri, akibat kesilapan dasar Kerajaan BN sendiri. Kakitangan IWK khususnya di bahagian teknikal sahaja yang tidak bersetuju dengan penyerapan ke dalam Nasco itu berjumlah tidak kurang 120 orang, manakala langkah kerajaan itu pula pasti akan mengurangkan kakitangan profesional yang berkepakaran tinggi di dalam sektor awam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7274-perlaksanaan-sbpa-proses-kecilkan-sektor-awam
PAS mahu JK pilihan khas semak tangga gaji SBPA
Nazri Abdullah, | 13 Januari 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Jan: PAS mahu satu Jawatankuasa Pilihan Khas dibentuk bagi menyemak semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diputuskan untuk ditangguhkan perlaksanaannya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, penubuhan jawatankuasa itu penting agar satu badan yang diberi kuasa penuh untuk melihat secara keseluruhan permasalahan yang timbul dalam isu tersebut.
"Seperti kita katakan sebelum ini, kita tetap tuntut Jawatankuasa Pilihan Khas untuk kaji secara keseluruhan dan selesaikan semua masalah berbangkit tentang SBPA ini.
"Kita mahu jawatankuasa ini meneliti dan menyusun semula struktur gaji kakitangan ini," katanya kepada Harakahdaily.
Mahfuz berkata, tangga gaji kakitangan awam ditentukan kumpulan Jusa dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), manakala Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pula tidak mempunyai kuasa untuk mempertaikaikan keputusan yang dibuat JPA itu.
Ekoran itu, jika semakan semula hanya melibatkan perbincangan antara Ceupacs dan JPA, ianya dikhuatiri tidak dapat menyelesaikan persoalan berbangkit secara keseluruhannya.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan perlaksanaan skim SBPA yang septutnya bermula 1 Januari lalu, ditangguhkan untuk disemak semula.
Keputusan untuk semakan semula itu dibuat selepas perbincangan dengan Ceupacs.
Ceupacs yang merupakan badan induk mewakili 900,000 daripada 1.4 juta kakitangan awam itu sebelum ini mendakwa tidak dipanggil berbincang berhubung perlaksanaan skim bari itu.
Mengulas lanjut Mahfuz berkata, penangguhan itu sekaligus membenarkan dakwaan PAS sebelum ini bahawa ianya dibuat secara tergesa-gesa tanpa kakitangan awam diberi maklumat sebenar.
Malah lebih dari itu katanya, kerajaan sebelum ini juga menggunakan pendekatan ugutan dan paksaan terhadap kakitangan awam agar menandatangan pertukaran ke skim tersebut.
"Tindakan kerajaan yang membelakangkan Ceupacs sebelum ini adalah sesuatu yang tidak wajar dan menunjukkan kerajaan sebenarnya tidak mesra pekerja.
"Kita juga bimbang penangguhan ini hanya sekadar gimik menjelang pilihan raya, namun selepas pilihan raya semua cadangan JPA ini akan dilaksana semula," katanya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sebelum ini mendedahkan bahawa penjawat awam dalam Kumpulan Premier, yang dianggarkan dalam jumlah sekitar 40 orang, akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, elaun perumahan dan elaun khas pembantu rumah serta lain-lain.
Menurut beliau, penjawat awam dalam kategori satu Kumpulan Premier akan menerima gaji RM60,000, RM45,000 (kategori dua), RM40,000 (kategori tiga) dan RM35,000 (kategori empat).
Sedangkan katanya kakitangan Kumpulan Pelaksana hanya menerima kenaikan sekitar RM80, RM100, RM200.
"Maklumat yang saya terima, mereka yang bergred J54 hanya mendapat kenaikan pada kadar sangat rendah berbanding Jusa C ke atas yang mendapat kenaikan gaji antara RM6,000 hingga RM12,000," katanya.
Sumber HD : 13/01/2012

Guru Kafa dakwa jadi mangsa SBPA
Khaulah Azwar, | 16 Jan 2012 |
BANGI, 16 Jan: Seramai tujuh orang guru sekolah Kafa Bandar Baru Bangi mendakwa menjadi mangsa sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang di perkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), baru-baru ini.
Kesemua guru terbabit melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa ada di antara kontrak sebagai guru di sekolah berkenaan tidak disambung kesan daripada SBPA.
Sekolah Kafa Bandar Baru Bangi mempunyai 79 guru, 16 daripada mereka adalah guru kontrak yang ditawarkan kerja selama dua tahun dengan kontrak mereka diperbaharui apabila tamat dua tahun.
Kebanyakan guru terlibat berkhidmat lebih dari lima tahun.
Mereka diletak di bawah kategori DB27, iaitu guru SPM, STPM yang tidak mempunyai diploma pendidikan yang tangga gaji P1T1: RM1204.55 dan meningkat hingga P1T7: RM1603.85.
Terdapat empat orang yang berkategori sedemikain, manakala dua orang di bawah DB17 yang mempunyai diploma, tetapi masih tidak dilantik.
Satu halangan dari perlantikan semula, mereka dikehendaki mempunyai Diploma Pendidikan dan lulus bahasa Arab, selama ini tidak menghalang mereka dari disambung kontrak selama dua tahun.
Tetapi dengan SBPA, kategori guru kontrak berkenaan tidak lagi wujud. Guru-guru akan tamat tempoh berkhidmat dengan sendirinya apabila cukup dua tahun khidmat.
Mengulas perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Dr Shafie Abu Bakar menyeru agar Jabatan Pendidikan mempertimbangkan semula nasib guru-guru terbabit.
“Baru-baru ini, Jabatan Pendidikan megumumkan SBPA ditunda untuk kajian semula, bagi saya seharusnya SBPA tidak laksanakan kerana memberi bebanan kepada semua guru yang terlibat,” katanya ketika menerima aduan guru-guru terbabit di pejabat beliau. (Gambar)
Menurut Dr Shafie, beliau sudah berbincang dengan guru besar sekolah berkenaan berkenaan status guru-guru itu.
"Hasil pertemuan dengan guru besar di situ dan semua guru kontrak yang terlibat, saya difahamkan masalah yang dihadapi oleh guru-guru kontrak sedang dalam proses tindakan bahagian guru di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat dan juga oleh Pengarah Sekolah Agama Jais," katanya.
Namun jelas Dr Shafie, mereka yang terlibat akan diletakkan kategori guru Kafa, bermakna menurunkan pangkat dan pendapatan mereka.
Lebih membimbangkan, ujarnya salah seorang dari guru itu telah tamat tempoh dua tahun pembaharuan perlantikan, apabila ditanya pihak atasan, guru itu dinasihat tidak perlu lagi berkhidmat.
"Kesan daripada itu, memberi masalah kepada guru itu kerana umurnya sudah meningkat, sukar baginya untuk mendapatkan pekerjaan yang baru. Selain daripada itu, setengah daripada mereka sudah membeli rumah dan juga kenderaan di samping tanggungan keluarga anak isteri.
"Tindakan ini, bagi saya adalah tidak adil, kita harap nasib semua guru kontrak perlu diberi penyelesaian segera. Jika tidak perkara ini akan dibawa ke Dewan Negeri bagi mendapat pandangan dan penyelesaian segera," ujarnya sambil mencadangkan guru terlibat membuat rayuan bagi meneruskan perkhidmatan.
Beliau berharap untuk jangka panjang, semua guru berkenaan tidak wajar dibiarkan mereka dalam keadaan kontrak berterusan.
Sumber HD : 16/01/2012

SBPA: Kumpulan premier tidak terlibat penangguhan?
Nazri Abdullah, | 16 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Jan: PAS mahukan satu penjelasan dari kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada penangguhan semula sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya kepada kumpulan sokongan atau secara keseluruhan.
Ini kerana menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar), beliau mendapat maklumnat bahawa penangguhan untuk semakan tersebut tidak melibatkan kumpulan Premier.
"Saya mendapat maklumat bahawa penangguhan semakan itu hanya melibatkan pegawai rendah dan tak melibatkan kumpulan premier.
"Saya nak dapatkan penjelasan tangguh keseluruhan atau kumpulan rendah sahaja," katanya pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.
Beliau mengulas tindakan kabinet yang telah bersetuju menangguhkan perlaksanaan skim SBPA untuk disemak semula ekoran bantahan banyak pihak berhubung kadar kenaikan gaji yang didakwa tidak adil kepada kumpulan bawahan.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena sebelum ini mendedahkan bahawa penjawat awam dalam Kumpulan Premier, yang dianggarkan dalam jumlah sekitar 36 orang, akan menerima gaji antara RM35,000 hingga RM60,000 tidak termasuk elaun tetap, elaun perumahan dan elaun khas pembantu rumah serta lain-lain.
Sedangkan katanya kakitangan Kumpulan Pelaksana hanya menerima kenaikan sekitar RM80, RM100, RM200 malah ada yang tidak sampai RM10.
Mempersoal lanjut, Mahfuz juga mahu penjelasan, adakah pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong untuk perlantikan skim persaraan daripada semua kumpulan premier tersebut.
"Saya juga ingin tahu bilakah tarikh surat perlantikan 36 orang kumpulan premier ini dibuat.
"Bila pula faedah dan ganjaran akan dimasukkan dalam akaun bank kumpulan premier ini," soalnya lagi.
Mengulangi gesaannya sebelum ini, beliau sekali lagi mahu satu Jawatankuasa Pilihan Khas bagi menyemak semula skim SBPA tersebut agar ianya disemak secara keseluruhan termasuk terhadap gaji kumpulan Primer.
Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan perlaksanaan skim SBPA yang septutnya bermula 1 Januari lalu, ditangguhkan untuk disemak semula.

Bayaran gaji Feb penjawat awam berdasarkan SSM
Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," katanya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata lima perkara itu menumpukan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah.
Lima perkara terbabit ialah mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang telah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus; dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.
"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di George Town.
Omar berkata beliau juga meminta agar tiga lagi pegawai tertinggi dalam Cuepacs dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA itu.
"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya.
Selain itu katanya, Cuepacs akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi penerangan kepada penjawat awam tentang SBPA.
"Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai," katanya.
SBPA yang sepatutnya dilaksana bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.
Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pada pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada
kerajaan.
- Bernama / MK : 27/01/2012
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.
"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012," katanya.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA.
Cuepacs kemuka lima perkara utama
Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbang dalam semakan semula SBPA.Presidennya Datuk Omar Osman berkata lima perkara itu menumpukan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan khususnya bagi penjawat awam pada gred 54 dan ke bawah.
Lima perkara terbabit ialah mengkaji semula pindahan gaji bagi gred 54 dan ke bawah; mengekalkan kedudukan kekananan yang ada dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji semula kedudukan gaji penjawat yang telah lama mencapai tahap gaji maksimum; mengkaji semula kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus; dan semak kembali penstrukturan semula di semua peringkat gred.
"Kami harap hasil semakan semula ini akan memberikan keceriaan kepada semua penjawat awam," katanya kepada pemberita selepas taklimat SBPA kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, di George Town.
Omar berkata beliau juga meminta agar tiga lagi pegawai tertinggi dalam Cuepacs dibenarkan menyertainya pada mesyuarat pasukan petugas khas SBPA itu.
"Sekiranya tiga pegawai saya tidak dibenarkan untuk turut serta dalam mesyuarat itu saya akan tarik diri dari pasukan itu, kerana ia tidak adil bagi saya. Saya adalah wakil kepada 1.3 juta penjawat awam yang lain," katanya.
Selain itu katanya, Cuepacs akan membuat sesi jelajah sehingga April depan bagi memberi penerangan kepada penjawat awam tentang SBPA.
"Sekarang ini kita cuma boleh minta semua penjawat awam supaya bersabar dan bertenang, tunggu sehingga tempoh semakan semula selesai," katanya.
SBPA yang sepatutnya dilaksana bulan ini ditangguhkan sementara bagi memberi peluang kepada pasukan petugas khas menyemak semula skim itu yang dikatakan persatuan penjawat awam sebagai agak kurang adil serta mengelirukan.
Pasukan petugas khas itu yang ditubuhkan pada pertengahan bulan ini diberi masa tiga bulan untuk melakukan semakan dan mengemukakan cadangan baru kepada
kerajaan.
- Bernama / MK : 27/01/2012
Penjawat awam rendah perlu gaji 'sara hidup'
Harakahdaily, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang adil dan saksama dengan mengutamakan golongan peringkat bawahan dahulu sebelum peringkat atasan.
Justeru, kenaikan gaji bagi golongan penjawat awam gred terendah haruslah membolehkan mereka menerima gaji ‘sara hidup’ (living wage), dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 seperti yang dicadangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.
Demikian antara cadangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar (gambar) agar Kerajaan Persekutuan bersikap lebih adil berhubung kenaikan gaji penjawat awam.
Menurutnya, memandangkan keadaan ekonomi negara terkini, PKR sedar bahawa jumlah dana yang diperuntukkan untuk kenaikan gaji bagi penjawat awam menerusi skim SBPA mungkin dikekalkan pada tahap sedia ada.
Oleh itu, ujarnya PKR menggesa pihak Kerajaan Persekutuan untuk bersikap adil dan saksama dan memberi tumpuan utama kenaikan gaji kepada golongan penjawat awam yang paling rendah terlebih dahulu, iaitu di antara gred 1 hingga 54, demi merapatkan jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi yang pada waktu ini dianggarkan pada 19.5 kali.
Selain gaji ‘sara hidup’, beliau mencadangkan sekiranya prinsip merapatkan jurang dan mengutamakan majoriti tidak dibuat, maka Cuepacs seharusnya menolak SBPA dan menuntut SSM lama dikekalkan tetapi dengan kenaikan atau apa yang sepatutnya dipanggil penyelarasan gaji minima perkhidmatan awam dilaksanakan segera.
“SBPA baru yang mesti dirangkakan secara lebih komprehensif termasuk perancangan peningkatan produktiviti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak secara terbuka dan bukan secara tertutup dan kemudian diumum secara serang hendap seperti sebelumnya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam satu kenyataan.
SBPA juga, ujarnya mesti dirangka dengan mengambil kira beberapa prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah wang rakyat dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat serta pemberian saguhati di atas laporan salah laku kewangan di dalam kerajaan.
“Akhir sekali, PKR meletakkan keyakinan bertunjangkan perkhidmatan awam sebagai penggerak pembangunan negara yang terutama,” katanya lagi.
Sumber HD : 8/03/2012

Najib panik, batalkan SBPA menjelang pilihan raya
Harakahdaily, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan panik menghadapi tekanan kakitangan awam sehingga membatalkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dicadangkan sebelum ini.
Demikian kata ADUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang, Sim Tze Tzin melalui twitternya hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, kerajaan membatalkan rancangan untuk menggunakan SBPA berikutan bantahan kakitangan awam.
Najib berkata, kerajaan akan menggunakan skim yang ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan.
Najib juga mengumumkan, satu suruhanjaya khas dibentuk bagi mengkaji perkhidmatan awam negara.
Langkah kerajaan untuk menangguhkan SBPA adalah kerana takut reaksi kakitangan awam yang mungkin memberontak dalam pilihan raya akan datang.
Namun dipercayai, ia akan kembali kepada skim ini selepas pilihan raya umum nanti jika Barisan Nasional (BN) kekalkan berkuasa.
"Ha ha ha...tiada keputusan sehinggalah pilihan raya," kata anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam Twitternya mengulas keputusan kerajaan mengenai hal ini.
Namun begitu, dengan pengumuman Najib, jurang gaji antara kakitangan awam akan terus meningkat dengan penyelarasan gaji yang diumumkan Najib.
Ini kerana, perbezaan peratus kenaikan gaji antara kakitangan awam peringkat rendah hanya sedikit sahaja berbanding dengan kakitangan peringkat atasan.
Najib berkata, kumpulan pengurusan dan profesional akan naik 13 peratus, kumpulan Utama dan khas A, B dan C 9 peratus, Turus 3 dan 2 8 peratus manakala Turus 1 dan KSN 7 peratus.
Walaupun peratusan kakitangan bawahan lebih tinggi tetapi oleh kerana gaji mereka hanya kecil sahaja, kenaikan ini rendah sahaja.
Misalnya jika kakitangan awam RM500, dengan kenaikan gaji 13 peratus, mereka akan mendapat kenaikan gaji sebanyak RM65 sahaja.
Namun untuk KSN dan Turus 1, oleh kerana gaji mereka tinggi misalnya RM12,000 sebulan, dengan kenaikan gaji 7 peratus, mereka mendapat kenaikan gaji sebanyak RM840 dalam pelarasan ini.
Kenaikan ini dilihat lebih baik berbanding SBPA yang dikatakan kakitangan paling rendah hanya mendapat kenaikan RM1.70 sahaja berbanding RM8,000 kakitangan paling tinggi.
Bagi Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pakatan Rakyat mempunyai saham dalam perubahan ini kerana hasil desakan merekalah SBPA tidak jadi dilaksanakan.
"SBPA dibatalkan & Sistem Saraan Malaysia (SSM) ditambahbaik. Tentunya hasil desakan PR," katanya dalam Twitter.
LAPORAN BERKAITAN

Kerajaan harus belajar dari kesilapan SBPA
Sumber HD : 8/03/2012
Tarik balik SBPA: Apa jadi Bajet 2012?
Harakahdaily, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: PAS meminta Perdana Menteri menjelaskan, apa berlaku kepada Bajet 2012 yang telah diluluskan tahun lalu ekoran penarikan balik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Ini kerana, SBPA adalah salah satu kompenan yang telah dibentangkan dalam Bajet 2012 tahun lalu dan telah diluluskan, kata anggota Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof (gambar).
"Bagi saya, pentadbiran Najib jelas terburu-buru ketika membentangkan SBPA dalam Bajet 2012 untuk menghasilkan feel good factor dan kini dia terpaksa tarik balik skim ini dan terus menggunakan skim SSM.
"Ini sesuatu yang memalukan dan saya yakin bajet 2012 itu telah terganggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily.
Beliau yakin, ketika membentang SBPA dahulu, Najib telah gagal berbincang dengan pihak-pihak berkaitan termasuk Cuepecs sebelum ia dibentangkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, kerajaan membatalkan rancangan untuk menggunakan SBPA berikutan bantahan kakitangan awam.
Najib berkata, kerajaan akan menggunakan skim yang sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan.
Najib juga mengumumkan, satu suruhanjaya khas dibentuk bagi mengkaji perkhidmatan awam negara.
Mujahid juga tidak berpuashati dengan jumlah kenaikan gaji ekoran penyelarasan gaji yang diperkenalkan oleh Najib hari ini.
"Kalau dilihat jumlahnya, peratusannya nampak tinggi antara 7 hingga 13 peratus tetapi ia sebenarnya hanya antara RM65 hingga RM1,000 sahaja," katanya.
Bagi Mujahid, jumlah kenaikan itu tidak memadai dengan kenaikan harga barang yang melonjak ekoran pengumuman 'kenaikan' gaji kakitangan awam sebelum ini.
"Harga barang telah naik sejak bajet 2012 dibentangkan dahulu lagi. Namun, kini SBPA tak jadi dan gaji hanya naik sikit je, tetapi harga dah naik," katanya kesal.
sumber HD : 8/03/2012

Batal: Sahlah SBPA dibuat secara semberono
Harakahdaily, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Pembatalan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) selepas dibantah hebat kakitangan awam membuktikan kelemahan dan sikap flip-flop kerajaan BN, kata Datuk Mahfuz Omar.
Naib Presiden PAS itu berkata, ianya juga mengesahkan dakwaan selama ini bahawa skim itu dibuat 'semberono' tanpa penelitian menyeluruh melibatkan pandangan semua pihak.
"Ini membuktikan kerajaan begitu lemah, sesuatu diputus semberono.
"Ini sejarah dalam negara, diumum nak buat kemudian dibatal," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bahawa Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.
Mahfuz juga tidak menolak kemungkinan pembatalan itu dibuat ekoran kebimbangan BN menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Tak capai matlamat Ceupacs
Selain itu Najib turut mengumumkan pelarasan gaji SSM dengan kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Selain itu untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A pula menerima kenaikan 9 peratus.
Turus 3 dan 2 menerima kenaikan sebanyak 8 peratus manakala turus 1 pula 7 peratus.
Mengulas perkara itu pula, Mahfuz berkata kadar baru kenaikan gaji kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54 itu tidak mengikut cadangan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs).
Menurutnya, Ceupacs sebelum ini mencadangkan kenaikan minimum untuk kumpulan itu adalah sebanyak RM700 sedangkan kenaikan baru 13 peratus itu tidak sampai pun RM300.
"Tuntutan Ceupacs tidak diteliti bersungguh-sungguh. Tak capai pun matlamat yang Ceupacs kenakan.
"Kita tak boleh biarkan kerajaan seperti ini mengurus negara," katanya.

Sumber HD : 9/03/2012
SBPA: K’jaan gagal fahami urus kelola yang baik
Mohd Azmi Abdul Hamid, | 08 Mac 2012 |
Bila SBPA akhirnya dimansuhkan, ternyata satu rumusan dapat disimpulkan iaitu keputusan telah dibuat melalui proses yang tidak teliti terhadap semua kemungkinan dan implikasi yang bakal dihadapi.
Dan kerajaan yang ada tidak punya integriti dan ketelusan untuk uruskelola pentadbiran yang baik.
Pokoknya ini melambangkan kelemahan kerajaan yang sangat ketara.
Bila pihak JPA mengumumkan setiap penjawat awam perlu menandatangani berhelai-helai dokumen, begitu banyak dokumen yang dicetak khas untuk ditandatangani oleh penjawat awam yang melebihi 1 juta orang.
Setiap penjawat dan kerani di pejabat mengambil masa berhari-hari mengejar kakitangan supaya melengkapkan dokumen sebelum tarikh yang ditetapkan.
Ketika mana keputusan menguatkuasakan cadangan SBPA diumumkan , maklum balas negatif dari pelbagai pihak nampaknya terlalu lambat untuk diambil kira dengan serius.
Malah teguran dan bantahan dilihat dari kaca mata politik pembangkang.
Sehingga JPA dan pejabat PM menerima lebih 1,000 memorandum bantahan yang bertalu-talu barulah akhirnya keputusan dimansuhkan diumum.
Teras mempersoalkan kebijaksaaan dalam proses membuat keputusan di pihak kerajaan sejak awal lagi.
Apakah ketika sesuatu perubahan hendak dilancarkan, suatu kajian yang cukup mendalam tidak dilakukan terlebih dahulu sebelum pengumuman hendak dilakukan?
Kini ramai penjawat awam yang telah menandatangani dokumen yang berkaitan.
Setelah diumumkan pemansuhan SBPA, ramai yang hilang kepercayaan kepada pentadbiran kerajaan kerana kelihatan seolah keputusan dibuat tidak dengan teliti.
Hanya bila menerima reaksi balas negatif dan setelah sedemikian banyak masa, sumber peruntukan dan tenaga terlibat, baru keputusan ditarik balik.
Sekarang kerajaan terpaksa menanggung implikasi persepsi negatif penjawat awam terhadap kepimpinan kerajaan.
Apakah kerajaan di bawah Najib kembali mempamerkan kerajaan “flip-flop”.
Apakah kerajaan perlu mendapat tentangan yang meluas dari rakyat baru kerajaan cuba merasionalkan keputusan untuk merubah?
Kami berpendapat ini menunjukkan kelemahan dalam urus kelola yang sangat buruk.
Jika polisi boleh ditukar-tukar dalam masa yang singkat, tetapi sumber peruntukan wang dibelanjakan dengan sebegitu besar, ini jelas menunjukkan kelemahan dan kepincangan.
Teras juga memanjangkan penelitiannya terhadap banyak lagi projek gajah putih yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Betapa pembaziran yang bernilai ratusan juta di seluruh negara berlaku di hadapan mata rakyat menimbulkan pertanyaaan kerajaan tidak mempedulikan lagi wang rakyat yang dibelanjakan.
Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras).

SBPA: Bagaimana status Kumpulan Premier?
Harakahdaily, | 09 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Mac: PAS menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung status terkini kakitangan Kumpulan Premier setelah Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) diumum mansuh semalam.
Ini kerana, kumpulan tersebut difahamkan telah diwajibkan bersara pada 31 Disember tahun lalu dan diserap sebagai kakitangan berstatus kontrak di bawah SBPA sejak Januari lalu.
"Sekarang SBPA dah diumum mansuh, jadi saya nak tanya apa status mereka (kumpulan premier) sekarang ini.
"Mereka sudah tandatangan surat pertukaran kepada jawatan kontrak, dan sudah dibayar gaji lebih tinggi mengikut SBPA malah ada yang sudah dapat ganjaran pesara sehingga mencecah RM500,000. Adakah mereka kena bayar balik atau bagaimana," soal Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bahawa Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dimansuhkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan.
Selain itu Najib turut mengumumkan pelarasan gaji SSM dengan kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A pula menerima kenaikan 9 peratus.
Turus 3 dan 2 menerima kenaikan sebanyak 8 peratus manakala turus 1 pula 7 peratus.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, beliau khuatir tindakan pembatalan SBPA yang diumum Najib semalam mempunyai kesan perundangan terhadap kumpulan premier ini yang boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan.
Turut dipersoalkan, sekiranya kumpulan ini ditukar semula kepada status asal sebelum ini, adakah gaji mereka akan dibayar sama seperti sekarang atau lebih rendah seperti asalnya.
Jumlah sudah dibelanja
Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena turut memohon penjelasan Najib berhubung jumlah wang yang telah dihabiskan untuk tujuan perlaksanaan SBPA sejak ianya dicadangkan tahun lalu.
Menurut Mahfuz, rakyat harus tahu berpa jumlah yang telah dibazirkan kerajaan untuk satu skim yang tidak dibincang dengan teliti dan akhirnya diumum mansuh itu.
"Berapa jumlah duit yang sudah dihabiskan untuk tujuan ini? Saya hairan kenapa perdana menteri boleh bersetuju dengan cadangan JPA ini.
"Pada saya perdana menteri sudah hilang kelayakan. Selepas PRU saya rasa banyak lagi benda celaru macam ni akan diperkenalkan," katanya.

SBPA: Najib tak patut mangsakan KSN, KPPA
Abdul Aziz Mustafa, | 31 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 31 Mac: Amat tidak adil jika Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah sahaja yang dipertanggungjawabkan akibat kemelut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sebarang tindakan terhadap mereka berdua sahaja adalah zalim dan tidak bertanggungjawab kerana orang yang paling bertanggungjawab terhadap kemelut itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.
"Kalau hendak diambil tindakan, bukan paksa mereka berdua sahaja berundur dengan tidak menyambungkan kontrak perkhidmatan mereka.
"Perdana menterilah yang pertama sekali mesti meletak jawatan dan berundur kerana kemelut SBPA itu," katanya.
Perdana Menteri adalah orang yang paling bertanggungjawab yang menyebabkan kemelut SBPA itu berlaku kerana beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA), kata Mahfuz.
"Skim SBPA itu tentu dibentangkan kepada JKK-MPGSA sebelum dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.
"Skim itu bukannya penggunaan duit tunai runcit di pejabat untuk membeli pensil misalnya, ia perlu dibentangkan kepada mesyuarat kabinet.
"Jika telah dibentangkan kepada mesyuarat kabinet dan sebelum itu kepada JKK-MPGSA, tentulah Najib sebagai Perdana Menteri telah mempersetujui dan meluluskan skim itu terlebih dahulu sebelum diumumkan," katanya.
Sebab itu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, Najiblah orang yang bertanggungjawab terhadap skim itu.
"Adakah Najib mahu mengatakan beliau tidak tahu menahu tentang skim SBPA itu sebelum ia diumumkan?
"Adakah SBPA dilaksanakan tanpa persetujuan Perdana Menteri? Kalau begitu, Najib buat apa?" Mahfuz mempersoalkan.
Mahfuz juga mengecam putar belit yang meletakkan Najib sebagai penyelesai dan penyelamat kemelut SBPA itu.
"Kononnya Najib terpaksa campur tangan dan mengumumkan pembatalan SBPA.
"Sedangkan, beliaulah antara yang paling bertanggungjawab sejak dari awal lagi terhadap skim yang dilihat menindas pekerja bawahan sektor awam itu," kata beliau.
Untuk menyelamatkan Najib yang dipertanggungjawabkan berikutan bantahan kakitangan awam terhadap SBPA, diputarbelitkan berita kononnya hanya kewibawaan kepimpinan Mohd Sidek dan Abu Bakar sahaja yang dipersoalkan selain turut mendesak mereka meletak jawatan kerana telah menjejaskan imej kerajaan.
Abu Bakar dilaporkankan tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.
Difahamkan, beliau telah dipanggil Perdana Menteri berhubung kedudukannya itu.
''Tunggulah dua tiga hari lagi," sebuah akhbar harian memetik beliau sebagai berkata ketika ditanya mengenai butiran pertemuannya dengan Perdana Menteri.
Akibat bantahan meluas dari kakitangan awam, Najib akhirnya terpaksa membatalkan SBPA yang telah pun dilaksanakan dengan mengembalikan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) semasa mengadakan perjumpaan khas bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Mac lalu.
Di hadapan lebih 10,000 penjawat awam itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus bagi semua gred penjawat awam, kenaikan elaun sara hidup dan penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif sistem saraan penjawat awam.
Abu Bakar, 57, masih belum mencapai usia persaraan 60 tahun manakala Mohd. Sidek, 61, yang dilantik menjawat jawatan KSN mulai 3 September 2003 telah disambung kontrak perkhidmatannya sebanyak tiga kali sejak 2009.
Spekulasi bertiup kencang bahawa Perdana Menteri akan mengumumkan pengunduran mereka kononnya untuk menyelamatkan imej kerajaannya sebelum pilihan raya akan datang.
Mengulas spekulasi itu, Mahfuz berkata: "Jika Najib mengumumkan pengunduran itu, beliaulah orang yang paling tidak malu kerana beliaulah yang terlebih dahulu patut berundur sebelum Mohd Sidek dan Abu Bakar diundurkan secara paksa".
Sumber HD : 31/03/2012

Tiada rumah: Kerajaan gagal bela penjawat awam
Hazayani Zakaria, | 28 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mei: Kegagalan kira-kira 60 peratus penjawat awam berpendapatan bawah RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri membuktikan kerajaan Umno BN gagal menjaga kebajikan rakyat.
Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata, kerajaan seharusnya memikirkan program yang memberikan keselesaan jangka panjang kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
"Selama 54 tahun BN memerintah, ini yang mereka tinggalkan untuk rakyat, penjawat awam masih belum mampu memiliki rumah sendiri.
"Sepatutnya soal pemilikan rumah harus diberi keutamaan oleh kerajaan, bukan menghabiskan duit untuk projek-projek mega atau program untuk kesan jangka pendek sahaja malah tak mencapai sasaran pun. Rakyat biasa merintih tak ada rumah sendiri," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Baru-baru ini Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan terutama di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.
Cuepacs menjangkakan fenomena ini akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.
Mengulas perkara tersebut, Anuar berkata, PAS bersetuju dengan tuntutan Cuepacs agar kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan.
"PAS bersetuju dengan saranan Cuepacs itu dan Pakatan Rakyat juga mengutamakan soal pemilikan rumah kepada rakyat, bukan penjawat sahaja," katanya.
Tambah beliau lagi, kerajaan seharusnya mempercepat pelaksanaan gaji minimum agar rakyat yang berpendapatan rendah tidak terus terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat.
"Pentadbiran kerajaan tidak bersifat manusiawi jika tidka memikirkan perkara ini.
"Gaji hanya cukup-cukup makan dengan harga barang semakin naik, perbelanjaan lain, bagaimana nak membeli rumah?" soalnya.

Sumber HD : 28/05/2012
Sumber HD : 3/07/2012
Saya difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan awam dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan awam.
Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.
PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.
PAS Pusat dalam masa yang sama mencadangkan beberapa langkah tambahan.
Antara lain, tumpuan juga harus diberikan kepada kenaikan pangkat untuk semua kategori pegawai di mana jawatan utama bukan hanya dikhaskan kepada PTD bahkan dipeluaskan kepada perkhidmatan lain seperti guru, kastam, polis, tentera dan lain-lain.
Kedua, menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga 4% bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya.
Bagi pinjaman sedia ada, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk menentukan samada kerajaan mampu membiayai implikasi kewangannya.
Ketiga, bagi faedah kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.
Kadar perlepasan cukai yang rendah untuk isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.
PAS Pusat juga ada membincangkan supaya kajian dibuat terhadap panalti yang di kenakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai sebanyak 45% bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.
Penalti tersebut membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45% itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip.
Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.
Cukai ke atas eksport sawit mentah atau CPO sebanyak 23% yang menyebabkan harga kelapa sawit kita lebih mahal di pasaran antarabangsa juga dicadangkan untuk dikaji. Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.
Langkah ini boleh membantu meningkatkan harga sawit yang rendah pada hari ini dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara.
Pada masa yang sama polisi kerajaan Melaysia memberikan AP eksport sawit mentah bertujuan melepaskan cukai eksport kepada syarikat kroni terpilih yang telah digunakan untuk mengeksport 7 juta ton sawit mentah setahun tanpa cukai yang menyebabkan kerugian kepada negara juga dicadang untuk dikaji semula.
Bagi tujuan tersebut sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45%, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.
Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS
Sumber HD - 10-4-2013
Ali diharap tingkat imej penjawat awam
Harakahdaily, | 20 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, (gambar) yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru berkuatkuasa 24 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan pada 23 Jun 2012.
Justeru, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengingatkan kepada Ali bahawa amanah perlantikan itu adalah satu pertanggungjawaban yang amat berat yang akan dipersoalkan di hadapan Allah Taala di akhirat nanti.
“Oleh itu peringatan daripada Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Datuk Seri Dr Ali berkhidmat dengan sikap yang penuh profesional dan berintegriti serta tidak menjadi ‘budak catur’ Umno dan Barisan Nasional,” kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya juga mengharapkan semoga Ali akan dapat membina imej baru penjawat awam yang lebih baik berbanding imej sebelum ini yang dilihat sebagai ‘kotor’ kerana disebabkan politik ‘kongkong, ugut dan ancam’ puak-puak Umno dan Barisan Nasional.
Sumber HD : 20/06/2012

Panamatan khidmat KP Perkhidmatan Awam panas
Harakahdaily, | 02 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Krisis penamatan khidmat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebelum sampai tempoh umur 60 tahun bakal memanaskan politik Malaysia.
Selepas blog pro-Umno mendakwa, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP Abdul Jalil Hamid cuba menikam Datuk Seri Najib dari belakang dengan menyiarkan berita kekesalan Abu Bakar selepas ditamatkan khidmat, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memanggil satu sidang media khas esok.
Yang menariknya, Mahfuz memanggil sidang media itu pada jam 10.50 pagi bukan jam 10 atau 11 tepat sebagaimana biasa.
Dua blog pro Umno, kesal dengan laporan Berita Harian yang meyiarkan kekesalan Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan selepas disebut-sebut sebelum ini sebagai bakal Ketua Setiausaha Negara yang baru.
Namun sebaik sahaja KSN yang baru, Datuk Seri Ali Hamsa dilantik, beliau ditamatkan perkhidmatan pada 1 Julai bukan atas permintaannya.
Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.
Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.
Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmadnya diberhentikan oleh kerajaan.
Berita Harian melaporkan, Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan perkhidmatannya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmadnya berakhir pada 1 Julai.
Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuampulan pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.
Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

SBPA: Kenapa kambing hitamkan Abu Bakar?
Salmiyah Harun, | 03 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri tidak seharusnya mengkambinghitamkan Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) ekoran kegagalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kata Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.
Mahfuz berkata, adalah tidak adil untuk Perdana Menteri bertindak sedemikian memandangkan Abu Bakar hanya meneruskan pelaksanaan skim itu sebagaimana dipersetujui sebelum ini oleh kabinet.
"Kalau tindakan ke atas Abu Bakar ini kerana kegagalan SPBA yang menimbulkan krisis dan kontroversi, saya katakan ia satu tindakan yang tidak adil sama sekali," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.
Abu Bakar telah ditamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) lebih awal sebelum sampai tempoh umur 60 tahun selepas perlantikan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru.
Abu Bakar sebelum ini disebut-sebut bakal dilantik sebagai KSN kerana beliau adalah pegawai kerajaan paling kanan selepas KSN.
Mahfuz percaya jika ini boleh berlaku kepada seorang ketua pengarah apalah pula kepada 1.4 juta kakitangan awam yang menjadi mangsa politik kerajaan yang dalam keadaan tertentu akan berlepas tangan.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, menuntut Perdana Menteri menjelaskan kewajaran pemecatan Abu Bakar yang seolah-olah dirahsiakan kerana beliau tidak mahu pentadbiran kerajaan memiliki pegawai tinggi yang bersikap 'yes man'.
Sehubungan itu, Mahfuz (gambar) tidak menolak kerajaan menggunakan Perkara 49 Peraturan Pegawai awam dan Tatatertib (kelakuan dan tatatertib) untuk menamatkan perkhidmatan Abu Bakar.
"Saya ingin dapatkan penjelasan daripada kerajaan adakah benar berita tersebut, iaitu penamatan (tugas Abu Bakar) dibuat dengan menggunakan perkara 49," katanya.
Menurut Mahfuz, selepas dirujuk beberapa pihak, peraturan tersebut digunakan "atas keselamatan negara" di mana anggota perkhidmatan awam didakwa melakukan kegiatan yang dianggap "merugikan negara, subversif atau mengancam keselamatan negara".
"Kalau benar, kerajaan diminta memperjelaskan kepada 1.4 juta penjawat awam, apakah kegiatan jenayah yang dilakukan oleh Abu Bakar sehingga kerajaan menggunakan perkara 49 itu," kata Mahfuz.
Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa tidak menyatakan sebab-sebab perkhidmatan Abu Bakar ditamatkan.
Berikutan kekosongan tersebut, Dr Ali berkata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Farida Mohd Ali akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa semalam.
Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatkan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Sumber HD - 27-2-2013Penjawat Awam - Anda bekerja dengan Umno atau dengan kerajaan?
http://www.kedahlanie.info, | 28 Jan 2013 |
MASIH RAMAI YANG KELIRU DAN TIDAK MEMAHAMI
PENJAWAT AWAM bukan bekerja untuk parti dan gaji yang mereka terima bukan dari duit parti UMNO. Gaji PENJAWAT AWAM dibayar daripada hasil negara.
PENJAWAT AWAM bukan bekerja dengan syarikat kepunyaan parti politik. Tidak cerdik menuduh mereka pembelot jika menyokong pembangkang, apatah lagi meminta mereka berhenti.
Pembelot sebenar ialah pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat dengan rasuah, menyalah guna kuasa dan mengamalkan kronisme.
kalau macam tu sapa yang sokong pembangkang (umno) di Penang, Kedah, Selangor dan Kelantan sila letak jawatan sebab anda tak sokong kerajaan negeri....
Negara ni negara demokrasi..terpulanglah deme nak sokong parti mana.....yang penting kerja.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-1-2013
UMNO semakin meroyan. Fitnah semakin menjadi-jadi. Semuanya kerana sudah sampai bulan, cuma tak nampak tarikh lagi. Najib sudah ikut cara Barrack Obama dalam berkempen. Lagaknya "Wira Dunia", semuanya untuk menutup diri yang gundah gulana. Bukan lama paling kurang 60 hari lagi kita semua mendapat kerajaan baru. Insya Allah segala isu basi yang dimainkan UMNO BN tidak meninggalkan bekas. Bagi kakitangan kerajaan jangan takut kita mempunyai Perdana Menteri baru tidak sampai 60 hari lagi.
Kakitangan kerajaan jangan takut kerajaan baru 60 hari lagi
http://sisibukit.blogspot.com, | 29 Jan 2013 |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-1-2013
Undi BN: Cuepacs harus profesional
Muhammad Faizal, | 27 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kakitangan Awam Kebangsaan (Cuepacs) harus bertindak lebih profesional dalam menjalankan tanggungjawab serta dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.
Exco Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar berkata, tindakan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman yang menggesa kakitangan awam menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dilihat satu tindakan tidak wajar.
Malah menurut Firdaus lagi, jika Omar ingin bergiat dalam bidang politik serta sikap beliau yang bias kepada BN, Omar perlu segera melepaskan jawatan sebagai presiden kesatuan itu bagi tujuan menyelamatkan Cuepecs.
"Tindakan Omar yang menggesa kakitangan awam menyokong BN adalah suatu yang tidak wajar, sedangkan ia adalah hak kakitangan itu sendiri untuk menyokong mana-mana parti yang mereka kehendaki.
"Selain itu juga Cuepacs perlu menjadi sebuah badan yang lebih profesional bukannya sebahagian anggota parti kerana tindakan tersebut akan menyebabkan kakitangan awam akan hilang kepercayaan rakyat," jelas beliau.
Ahli Parlimen Jerai itu juga memberitahu, tindakan Omar yang menghasut kakitangan awam agar menyokong BN menunjukkan kegagalan beliau menjalankan tanggungjawab mewakili kakitangan awam.
Katanya, Omar sepatutnya memberi kebebasan kepada penjawat awam dalam konteks negara demokrasi serta memperjuangkan tuntutan kakitangan awam pada tahap yang lebih maksima agar kehidupan mereka lebih terjamim.
Sementara itu, Firdaus turut menggesa Omar memperjuangkan isu kebajikan kakitangan awam khasnya isu 13,000 orang yang masih berstatus kontrak yang tidak diserapkan ke jawatan tetap.
Kepada kakitangan awam pula katanya, harus membuat penilaian yang wajar sebelum membuat keputusan di kertas undi pada PRU13 nanti.
Pakatan Rakyat jelasnya kini memberi jaminan kebajikan yang lebih baik kepada penjawat awam khasnya dalam soal pinjaman perumahan yang dahulunya 4 peratus dan akan diturunkan.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga akan mengkaji beberapa aspek kebajikan khasnya gaji dalam mempastikan beban kerja yang dilakukan kakitangan awam setimpal dengan ganjaran.
Exco Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar berkata, tindakan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman yang menggesa kakitangan awam menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dilihat satu tindakan tidak wajar.
Malah menurut Firdaus lagi, jika Omar ingin bergiat dalam bidang politik serta sikap beliau yang bias kepada BN, Omar perlu segera melepaskan jawatan sebagai presiden kesatuan itu bagi tujuan menyelamatkan Cuepecs.
"Tindakan Omar yang menggesa kakitangan awam menyokong BN adalah suatu yang tidak wajar, sedangkan ia adalah hak kakitangan itu sendiri untuk menyokong mana-mana parti yang mereka kehendaki.
"Selain itu juga Cuepacs perlu menjadi sebuah badan yang lebih profesional bukannya sebahagian anggota parti kerana tindakan tersebut akan menyebabkan kakitangan awam akan hilang kepercayaan rakyat," jelas beliau.
Ahli Parlimen Jerai itu juga memberitahu, tindakan Omar yang menghasut kakitangan awam agar menyokong BN menunjukkan kegagalan beliau menjalankan tanggungjawab mewakili kakitangan awam.
Katanya, Omar sepatutnya memberi kebebasan kepada penjawat awam dalam konteks negara demokrasi serta memperjuangkan tuntutan kakitangan awam pada tahap yang lebih maksima agar kehidupan mereka lebih terjamim.
Sementara itu, Firdaus turut menggesa Omar memperjuangkan isu kebajikan kakitangan awam khasnya isu 13,000 orang yang masih berstatus kontrak yang tidak diserapkan ke jawatan tetap.
Kepada kakitangan awam pula katanya, harus membuat penilaian yang wajar sebelum membuat keputusan di kertas undi pada PRU13 nanti.
Pakatan Rakyat jelasnya kini memberi jaminan kebajikan yang lebih baik kepada penjawat awam khasnya dalam soal pinjaman perumahan yang dahulunya 4 peratus dan akan diturunkan.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga akan mengkaji beberapa aspek kebajikan khasnya gaji dalam mempastikan beban kerja yang dilakukan kakitangan awam setimpal dengan ganjaran.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Cadangan PAS untuk membela pegawai kerajaan
Datuk Husam Musa, | 10 Mac 2013 |
Saya difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan awam dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan awam.
Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.
PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.
PAS Pusat dalam masa yang sama mencadangkan beberapa langkah tambahan.
Antara lain, tumpuan juga harus diberikan kepada kenaikan pangkat untuk semua kategori pegawai di mana jawatan utama bukan hanya dikhaskan kepada PTD bahkan dipeluaskan kepada perkhidmatan lain seperti guru, kastam, polis, tentera dan lain-lain.
Kedua, menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga 4% bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya.
Bagi pinjaman sedia ada, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk menentukan samada kerajaan mampu membiayai implikasi kewangannya.
Ketiga, bagi faedah kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan.
Kadar perlepasan cukai yang rendah untuk isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.
PAS Pusat juga ada membincangkan supaya kajian dibuat terhadap panalti yang di kenakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai sebanyak 45% bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.
Penalti tersebut membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45% itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip.
Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.
Cukai ke atas eksport sawit mentah atau CPO sebanyak 23% yang menyebabkan harga kelapa sawit kita lebih mahal di pasaran antarabangsa juga dicadangkan untuk dikaji. Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing.
Langkah ini boleh membantu meningkatkan harga sawit yang rendah pada hari ini dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara.
Pada masa yang sama polisi kerajaan Melaysia memberikan AP eksport sawit mentah bertujuan melepaskan cukai eksport kepada syarikat kroni terpilih yang telah digunakan untuk mengeksport 7 juta ton sawit mentah setahun tanpa cukai yang menyebabkan kerugian kepada negara juga dicadang untuk dikaji semula.
Bagi tujuan tersebut sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45%, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.
Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-4-2013
Najib langgar perinsip asas demokrasi
Harakahdaily, | 11 Mac 2013 |
KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tidak menghormati prinsip-prinsip asas demokrasi apabila mengecam parti pembangkang di hadapan kakitangan awam ketika beliau hanya peneraju kerajaan sementara.
Demikian kata anggota Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar).
Datuk Seri Najib sebagai peneraju 'caretaker government' hari ini dalam ucapan bersama penjawat awam secara jelas membuat suatu pernyataan yang bersifat kecaman, pengaruh tak berpatutan dan perdayaan terhadap parti selain Barisan Nasional.
Beliau dianggap telah mendorong suatu tindakan prejudis kepada parti selain BN di kalangan penjawat awam, kata Mohammad Faizal dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Najib disifatkan sebagai peneraju kerajaan sementara selepas 8 Mac 2013 iaitu selepas lima tahun mandat yang diberikan rakyat.
Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, dari segi perlembagaan, kerajaan BN dikira masih kerajaan penuh kerana Parlimen belum dibubarkan lagi.
Bagi Mohammad Faizal, penjawat awam telah dilingkungi oleh suatu doktrin kepartian sekaligus menjadikan penjawat awam dikongkong dengan politik kepartian BN.
"Malang Malaysia mempunyai seorang PM yang hanya bermandatkan kerajaan sementara (caretaker government) sebegini," kata Mohammad Faizal.
Demikian kata anggota Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar).
Datuk Seri Najib sebagai peneraju 'caretaker government' hari ini dalam ucapan bersama penjawat awam secara jelas membuat suatu pernyataan yang bersifat kecaman, pengaruh tak berpatutan dan perdayaan terhadap parti selain Barisan Nasional.
Beliau dianggap telah mendorong suatu tindakan prejudis kepada parti selain BN di kalangan penjawat awam, kata Mohammad Faizal dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Najib disifatkan sebagai peneraju kerajaan sementara selepas 8 Mac 2013 iaitu selepas lima tahun mandat yang diberikan rakyat.
Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, dari segi perlembagaan, kerajaan BN dikira masih kerajaan penuh kerana Parlimen belum dibubarkan lagi.
Bagi Mohammad Faizal, penjawat awam telah dilingkungi oleh suatu doktrin kepartian sekaligus menjadikan penjawat awam dikongkong dengan politik kepartian BN.
"Malang Malaysia mempunyai seorang PM yang hanya bermandatkan kerajaan sementara (caretaker government) sebegini," kata Mohammad Faizal.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-3-2013
Sumber HD - 12-3-2013
PM baru umum perkara yang sudah lama
Harakahdaily, | 12 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menaikkan taraf pangkat dalam tentera dan polis semalam hanya perkara lama yang baru diumumkan sahaja.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, perkara ini hanya perkara lama yang baru diumumkan kerana mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda bagi kemasukan ke pangkat inspektor sedangkan sebelum itu, mereka yang lulus SPM layak untuk menjawat jawatan inspektor.
Husam berkata demikian ketika mengulas pengumuman Najib semalam yang kononnya ia satu perkara baru yang dibuat untuk kepentingan tentera dan polis.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam.
Saya merujuk kenyataan PM semalam mengenai perkhidmatan awam, polis dan tentera.
Antara lain, PM mengumumkan "Sementara itu, bagi jawatan Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41 disetarakan dengan gred jawatan 44. Untuk jawatan Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan 41, diletakkan dengan gred jawatan baru iaitu 46A sementara Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dalam kelompok gred jawatan 48 disetarakan dengan gred 52.".
Seperti dilaporkan oleh Sinar Harian : http://www.sinarharian.com.my/nasional/pangkat-dalam-atm-pdrm-disetara-dengan-perkhidmatan-awam-1.138619
Penjelasan saya: Pada masa lalu, entry point kemasukan graduan ke dalam perkhidmatan tentera dan polis ialah di pangkat Kapten(tentera) dan ASP (polis), jadi mereka ini diberi point kemasukan mata gaji gred 41.
Mulai tahun 2010, perkhidmatan polis mensyaratkan ijazah sarjana muda bagi kemasukan ke pangkat inspektor. Sebelum ini, kemasukan ke pangkat inspektor hanya perlukan SPM dan latihan di Kuala Kubu Baru sahaja.
(rujuk di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2010&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm)
Kemudian mulai Januari tahun ini, perkhidmatan tentera juga mengubah syarat kemasukan dengan meletakkan ijazah sarjana muda bagi lantikan ke pangkat leftenan muda (yang sebelum ini hanya memerlukan SPM dan latihan di Maktab Tentera Diraja (rujuk
http://www.malaysiakini.com/news/220867)
Dengan perubahan ini, secara automatik berarti entry point bagi Leftenan Muda dan Inspektor ialah gred gaji 41, iaitu entry point lazim bagi kemasukan pemegang ijazah ke dalam perkhidmatan awam. Sehubungan dengan itu, pelarasan yang sama akan berlaku kepada pangkat kapten dan ASP.
Dahulunya pangkat kapten diberi gred gaji 41, dan sekarang oleh kerana gred gaji 41 telah diperuntukkan kepada Leftenan Muda, maka Kapten diberikan gred gaji 44. Pelarasan yang sama dipakai untuk jawatan ASP (Penolong Penguasa Polis).
Oleh yang demikian, secara hakiki sebenarnya pengumuman yang dibuat oleh PM semalam hanyalah pengumuman terhadap sesuatu yang memang telah sedia digunapakai di dalam perkhidmatan polis dan tentera sejak 2010. Pada hakikatnya tidak ada apa-apa INSENTIF baru yang diperolehi oleh tentera dan polis.
CADANGAN
Saya mencadangkan penjawat tertinggi dalam tentera dan polis juga menikmati gred gaji turus 1,2 dan 3 SPA dinikmati oleh KSN / KPPA dan sebahagian KSU sekarang memandangkan perkhidmatan tentera dan polis diurus oleh dua suruhanjaya tersendiri dan bukannya SPA.
Penjawat tertinggi di bawah ketiga-tiga suruhanjaya sepatutnya layak kepada terma perkhidmatan yang selari. Saya sebaliknya mencadangkan agar perkhidmatan tentera dan polis dikira sebagai perkhidmatan kritikal dan mendapat elaun perkhidmatan kritikal seperti doktor dan sebagainya kerana mereka mendedahkan diri kepada bahaya sepanjang masa bertugas.
Bagi menarik lebih banyak graduan yang berkualiti ke dalam perkhidmatan tentera dan polis, sepatutnya skim perkhidmatan graduan tentera dan polis disamakan dengan perkhidmatan PTD. Sementara itu, bagi pegawai-pegawai lain-lain pangkat (Leftenan Muda dan Inspektor ke bawah), mereka juga sepatutnya mendapat kelayakan elaun dan skim perumahan yang sama tarafnya dengan pegawai2 pelaksana di dalam perkhidmatan awam.
Menyanyikan lagu lama untuk tentera dan polis jelas mempermainkan anggota tulang belakang keamanan negara. Ia juga menunjukkan terputusnya PM dengan isu dan masalah yang dihadapi khususnya oleh anggota tentera.
Pada hal, antara perubahan yang ditunggu-tunggu oleh anggota tentera antara lain penetapan band gaji yang sama iaitu band 5. Pada waktu ini, kor infantri ditetapkan dalam band 5 sedangkan kor yang lain sehingga band 5.
Begitu juga kenbaikan pangkat yang lambat sedangkan bagi kor MP, selepas rekrut terus diberikan pangkat LKPL. Bagi anggota tentera yang bertukar ketukangan kepada ketukangan baru, mereka diturunkan umpamanya dari ketukangan 4 kepada ketukangan 3. Begitu juga pangkat, diturunkan dari KPL kepada LKPL. Mereka mencadangkan anggota yang menukar ketukangan dikekalkan dalam band dan pangkat yang sama.
Banyak lagi cadangan penambah baikan skim perkhidmatan tentera yang ditunggu oleh anggota tetapi langsung tidak disentuh oleh PM.
Di bawah saya perturunkan jadual perbandingan Skim Asal dan Skim Baru yang telah diguna pakai sejak beberapa tahun yang lalu bagi menunjukkan apa yang diumumkan oleh PM adalah perkara lama yang telah diamalkan;
Skim Asal:
Skim Baru (Yang digunapakai sejak sekian lama ekoran kemasukan Ijazah ke Inspektor dan Leftenan Muda):
Husam Musa
13 Mac 2013

Polis | Tentera | Awam |
ASP (Penolong Penguasa) | Kapten | 41 |
DSP (Timbalan Penguasa) | Major | 44 |
Superintenden (Penguasa) | Leftenan Kolonel | 48 |
ACP (Asisten Komisioner/Penolong Pesuruhjaya) | Kolonel | 52 |
SAC (Senior Assistant Commisioner) | Brigadier General (1 star general) | 54 |
Deputy Commissioner | Major General (2 star general) | Jusa C |
Commisioner | Leftenan General (3 star general) | Jusa B |
IGP dan Timbalan IGP | General Penuh (4 star general) | Jusa A |
Skim Baru (Yang digunapakai sejak sekian lama ekoran kemasukan Ijazah ke Inspektor dan Leftenan Muda):
Polis | Tentera | Awam |
Inspektor | Leftenan Muda | 41 |
ASP (Penolong Penguasa) | Kapten | 44 |
DSP (Timbalan Penguasa) | Major | 46A |
Superintenden (Penguasa) | Leftenan Kolonel | 48 |
ACP (Asisten Komisioner/Penolong Pesuruhjaya) | Kolonel | 52 |
SAC (Senior Assistant Commisioner) | Brigadier General (1 star general) | 54 |
Deputy Commissioner | Major General (2 star general) | Jusa C |
Commisioner | Leftenan General (3 star general) | Jusa B |
IGP dan Timbalan IGP | General Penuh (4 star general) | Jusa A |
Husam Musa
13 Mac 2013
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-3-2013
No comments:
Post a Comment