40 minit bersama MB Kelantan |
Mohd. Rizal bin Jaafar | ||||||||||||||||||||||||||
Mencuri peluang untuk berjabat tangan atau bertemu muka dengan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat bukanlah sesuatu yang mudah. Kepada mereka yang tinggal di Kota Bharu dan sering ke masjid, peluang itu mungkin besar sedikit; namun buat orang seperti saya yang tinggal di Kuala Lumpur dan hanya ‘kadang-kadang’ melawat masjid...barangkali sudah hampir mustahil. Bukannya tidak pernah mencuba. Setiap kali datang ke Kelantan, saya akan ikhtiarkan usaha untuk ke Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu dengan harapan dapat terserempak dengan Tok Guru selepas solat. Namun nasib belum menyebelahi saya. Dengan takdir Allah SWT, saat yang ditunggu hadir jua dengan cara yang sungguh tidak disangka-sangka. Bukan sekadar terserempak, bahkan saya dan rakan-rakan perniagaan mendapat jemputan rasmi untuk ‘bertemu dan berbincang’ dipejabatnya di Kota Darulnaim. Entah apa tarikannya yang menyebabkan Tuan Guru sudi menerima kunjungan kami, masih menjadi misteri buat saya. Setelah membuat segala persiapan, kami berenam memulakan langkah Bismillah, dengan harapan menggunung tinggi agar cadangan kami diterima baik. Tetapi lebih penting lagi adalah impak pertemuan yang bakal menjadi peristiwa yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat kami. Bahkan kami turut berangan-angan mendapat jemputan makan tengahari bersama Tuan Guru selepas mesyuarat. Bagi kami itulah hasil mesyuarat yang paling berjaya. Kamera SLR telah berjaya dipinjam, kot ‘patelung’, tali leher ‘Zegna’ semuanya telah siap berbungkus, isikandung persembahan juga sudah berpuluh kali ditapis dan diulang-ulang sehinggalah ke malam terakhir sebelum perjalanan musafir ini bermula. Dalam diam rupanya ramai juga yang cuba melobi agar turut terpilih mengikuti rombongan perdagangan ini dan bertemu dengan idola mereka. Ingatkan saya seorang yang kemaruk, rupanya ramai. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Baru yang kebiasaannya menyeronokkan kali ini banyak juga ranjaunya. Hendak dijadikan cerita, kami berenam bersepakat menaiki bas ekspres dengan alasan tidak mahu memandu dan mahu bersantai sahaja (ada sebab lain juga sebenarnya tetapi biarlah rahsia). Tepat jam 10.30 pagi bas bertuah ini akhirnya mula bergerak melakar sejarah membawa harapan dan misi yang maha penting. Bas yang sebenarnya sudah usang dan suka berkeriut ini akhirnya tiba juga di Bandaraya Kota Bharu sekitar jam tujuh malam. Kami sebenarnya sedikit kecewa dan marah kerana pemandu bas yang sudah dipesan untuk menurunkan kami di KB Mall terlupa untuk berhenti dan langsung terus ke perhentian bas terakhir (kami sebenarnya tidak tahu menahu di mana letaknya KB Mall tetapi telah dimaklumkan oleh rakan yang ia paling hampir dengan Kota Darul Naim). Sejurus mendarat di hentian bas lama, kami disambut beberapa pemandu teksi sapu yang pekat dengan loghat Kelantannya. Pada masa yang sama, laungan azan Maghrib yang berkemungkinan datang dari Masjid Muhammadi sudah mula kedengaran. Penat, tenggelam punca, lapar dan kotor; kami sebenarnya sudah tidak kuasa bertegang-urat dengan pakcik-pakcik pemandu teksi, lantas menerima sahaja tawaran dari pemandu yang paling lantang suaranya. Yang penting kami harus sampai di KB Mall dan berjalan kaki menuju ke Homestay yang telah ditempah sebelum senja bertukar malam. Episod malam itu selesai setelah kami check-in di Homestay (dan terimakasih juga kepada ‘abe-abe’ pemandu teksi sapu yang baik hati). Setelah memaklumkan kedatangan kami kepada wakil Pejabat Menteri Besar Kelantan (PMBK), makan malam ala-kadar (warung nasi lemak sebelah kubur Kristian, tepi jalan bersebelahan KB Mall), mempersiapkan pakaian serta membeli sedikit keperluan di KB Mall, barulah kami dapat berehat. Saya yang sudah terlalu kepenatan akhirnya tumbang sekitar jam dua pagi bersama benak yang sudah senak dengan pelbagai kemungkinan dan drama yang bakal terurai keesokan harinya. 10 pagi, 11 Muharram. Kesemua enam peniaga kecil dari Kuala Lumpur ini dengan segak dan bergaya (lengkap ber-kot dan ber-talileher, harum semerbak, wajah bercukur licin tetapi meninggalkan sedikit ‘janggut’ dan ada juga yang memberanikan diri memakai kopiah putih) melangkah keluar dari bilik penginapan menuju ke pejabat Menteri Besar. Temujanjinya jam 10.30, mentari pagi sudah terik dan kami sudah tidak sempat bersarapan. Maka dengan tergesa-gesa kami mula berjalan kaki dari simpang Wakaf Siku menuju ke Kota Darul Naim. Destinasi yang hendak dituju agak dekat, tetapi bagi kami terasa begitu jauh sekali. Mungkin kesan daripada pandangan pelik pekedai dan kenderaan yang lalu lalang terhadap gaya, rupa dan pakaian kami. “Siapalah agaknya lelaki-lelaki mabuk yang sanggup berjalan dalam panas terik siap dengan tali leher, ‘blazer’ dan ‘briefcase’ ni?” Kami segan juga sebenarnya dan menyesal sedikit kerana tidak menyewa kereta. Tetapi perasaan itu segera dipendamkan. “Sebentar sahaja lagi, sejarah akan tercipta….” Apabila tiba di balai keselamatan Kota Darul Naim, kami dijemput dan terus dibawa oleh pengawai khas Menteri Besar masuk ke blok utama. Luas juga kawasannya, dan apabila sudah berada di dalam, barulah terasa selesa melihat spesies ‘saudara’ yang sama ‘sejaket’, ‘setali leher’, ‘sekopiah’ dan ‘sejanggut’. Kami dijemput ke bilik Menunggu VIP. Disana, perasaan kami bercampur-baur di antara rimaskan baju yang sudah bermandi peluh, cemas dengan kelewatan kami, lapar dek perut yang masih belum menerima juadah pagi; dan bangga kerana dilayan sebegitu penting. Paling mustahak disebalik segala ketidakselesaan ialah ‘skrip persembahan’ yang masih kukuh tersimpan didalam ingatan saya. Kami cuba juga menunjukkan wajah yang ceria; dan bersalaman dengan sesiapa sahaja yang memandang dan menyapa. Ruang pejabat MB Kelantan tidaklah se-gah ruang pejabat mana-mana menteri di Putrajaya, tetapi masih kelihatan bersih dan tersusun. Sepuluh minit kemudian, kami dibawa masuk ke bilik mesyuarat yang memang bersambung dengan bilik YAB Tuan Guru. Degupan jantung saya sudah semakin kencang, muka sudah semakin pucat, peluh masih tidak mahu berhenti mengalir dan tapak tangan saya yang lembap sudah hampir basah. Beberapa kakitangan PMBK mula sibuk keluar-masuk bilik mesyuarat bagi memastikan segala keperluan terisi. Komputer kami disambung ke televisyen LCD, manakal kerusi disusun mengikut protocol. Lampu dilaras agar cukup terangnya dan suhu penghawa-dingin ditokok agar cukup sejuknya. Turut disediakan untuk setiap tempat duduk ialah sekotak air mineral dan piring kecil berisi kuih lapis dan kuih akok yang dibungkus plastik. Memang serba sederhana. Ada juga beberapa ‘pemerhati bebas’ yang ingin melihat sendiri wajah-wajah yang mahu berjumpa dengan ‘bos’ mereka…agaknyalah. Apabila telah selesai, seorang demi seorang kakitangan bertugas keluar dari bilik mesyuarat; dan orang kuat kerajaan negeri yang pertama segera masuk dan mengambil tempat duduk. Tidak perlulah disebut siapa, tetapi cukup untuk menambah suspense kepada drama yang bakal tersingkap. Pegawai kedua juga sudah masuk dan duduk. Tetapi kelibat Tuan Guru masih belum kelihatan. Saya sudah mula risau. Jika tadi saya cemas menanti kedatangan Tuan Guru, sekarang saya lebih risau jika Tuan Guru tidak dapat hadir. “Takkan Tok Guru tak sudi bertemu dengan kami?” Wajah rakan-rakan juga sudah tidak keruan walaupun para pegawai yang hadir masih kelihatan seperti biasa. Pada waktu dan ketika itu, saya hampir pasti kesemua rakan saya sudah tidak fikirkan lagi hasil temujanji kami, kerana agenda pertemuan yang paling utama bakal berkubur sekiranya Tuan Guru tidak muncul. Tiba-tiba pintu khas yang menyambungkan bilik mesyuarat dengan pejabat Menteri Besar berkuak dan dengan pantas kesemua pegawai kerajaan negeri yang hadir bingkas berdiri dan hampir berlari menuju ke pintu. Kami yang cemas ini terpinga-pinga dan masih melekat dibangku. Apabila pintu terbuka maka muncullah kelibat dan wajah berserban yang sudah kerap dilihat, tetapi cuma dari jauh, dari kaca televisyen, pada paparan skrin komputer dan diatas kertas. Sekarang Tuan Guru Menteri Besar Kelantan sudah ada didepan mata. Subhanallah. Tuan Guru orangnya kecil molek sahaja, sedikit bongkok dan langkahnya seperti tertahan-tahan. Pergerakannya perlahan dan senyap, seolah-olah mahu menyelinap masuk ke bilik mesyuarat tanpa disedari. Apabila pintu dibuka, tangannya tidak dilepaskan dari tombol pintu dan dengan perlahan beliau menutupnya kembali (tidak seperti sesetengah pegawai besar yang suka ‘menghempas’ pintu untuk menunjuk kuasa). Pada pagi tersebut beliau memakai baju Melayu berwarna jingga lengkap bersampin dan berjubah hitam diluar. Seorang demi seorang mengambil giliran bersalaman dengan Tuan Guru. Saya sememangnya tidak mahu melepaskan peluang yang sudah begitu lama dinanti. Tetapi tatkala hampir sampai giliran saya, mulalah datang pelbagai persoalan. Salam yang bagaimana paling sesuai? Salam hujung jari? salam genggam sebelah tangan? Dua belah tangan? Salam sambil menundukkan kepala? Salam cium tangan? Salam dan peluk? Sebelum sempat saya membuat keputusan, tangan Tok Guru sudah menyapa saya, dan tanpa berfikir saya terus menyambutnya dengan salam sebelah tangan. Aduh, sepatutnya digunakan salam cium tangan sebagai tanda hormat anak murid kepada gurunya. Memang teruk saya ni. Selepas bersalaman, kami kembali ke kerusi masing-masing, dan Tuan Guru mengambil tempat duduknya dihujung meja yang selalunya memang dikhaskan untuk pengerusi mesyuarat. Sejurus duduk, beliau memandang kami semua (dua orang pegawai masih belum tiba); memberikan salam, membaca ummul kitab dan mengetuai bacaan doa. Sebaik selesai berdoa dengan lembut beliau berkata, ”Sekarang saya persilakan tuan-tuan mulakan!” Segalanya berlaku begitu pantas dan sekarang semua mata tertumpu kepada saya yang sedang memegang ‘laser pointer’. Pada saat dan ketika itu, semua skrip dan dialog yang telah saya hafal; kata-kata pendahuluan dan terimakasih; kata panggilan dan susun atur persembahan hilang serta-merta dari ingatan. Saya yang sudah dianggap berpengalaman membuat persembahan tiba-tiba kelu dan panik. Tuan Guru dan pegawainya masih tidak berkelip memandang saya. Pada waktu itu segelas air setidak-tidaknya boleh juga membantu mengurangkan keketaran; tetapi air mineral diatas meja tiada sesiapa pun yang berani menyentuh, apatah lagi mahu membuka atau meminumnya. Jadi saya terpaksa juga teruskan majlis menggunakan skrip spontan dan alhamdulillah sedikit demi sedikit keyakinan diri datang kembali walaupun nafas masih sedikit mencungap dan nada suara ini sedikit sumbang. Sambil berucap, sekali-sekala saya cuba juga menjeling ke arah Tuan Guru dan ada ketikanya saya lihat beliau memandang kearah saya begitu lama. Ada masanya Tuan Guru seperti memejamkan mata sambil menongkat dagu. Saya harap pembentangan saya tidaklah terlalu membosankan sampai Menteri Besar pun boleh terlelap. Tiga puluh minit berlalu dan tugas saya membentangkan cadangan akhirnya tamat. Kini tibalah sesi yang paling mendebarkan iaitu sesi soal-jawab. Tuan Guru masih belum bersuara walaupun sesi soal jawab berlangsung rancak dengan soalan-soalan yang agak rumit juga. Mujur rakan-rakan dapat memberikan jawapan yang pada saya sudah cukup baik. Walaupun masih diam, riak wajah dan pandangan mata Tuan Guru menunjukkan minat yang agak positif. Apabila sudah selesai berbincang, saya akhiri majlis dengan ucapan penutup sambil cuba menangguhkan sesi dengan harapan dapat bertemu lagi dilain temujanji. Pada ketika ini barulah Tuan Guru bersuara. Nadanya perlahan sekali, sehingga kami terpaksa mendekatkan telinga untuk mendengar amanatnya. Isi ucapan beliau sekali dengar seperti tidak relevan dengan tema perbincangan. Tetapi oleh kerana amanat itu datang dari orang nombor satu Kelantan, tidak ada yang berani menokok tambah. Tuan Guru mengakhiri majlis dengan membaca doa penutup beserta laungan takbir (pertama kali dalam hidup saya mesyuarat ditamatkan dengan takbir). Beliau yang nampak keletihan perlahan-lahan bangun dan seperti mahu terus menuju ke pejabatnya. Saya dan rakan-rakan saling memandang…ada tiga urusan belum selesai iaitu bersalaman, menyerahkan cenderahati dan bergambar (ini yang paling penting); tetapi Tuan Guru sudah berpusing ke pintu dan mula melangkah. Salah seorang rakan kongsi saya tiba-tiba menjerit…”Tuan Guru! Tuan Guru!...” entah berapa kali dilaungnya barulah Tuan Guru tersentak dan berpatah semula ke meja. Cenderahati diberi, dan kami akhirnya dapat bergambar bersama. Alhamdulillah. Kami bersalaman buat kali terakhir (sekali lagi saya terlupa untuk salam cium tangan); dan dengan sekelip mata Tuan Guru ghaib ke pejabatnya. Mesyuarat tamat sebelum tengahari dan kami berjalan pulang ke bilik penginapan berpasang-pasang; seronok dan gembira dengan apa yang telah berlaku pada pagi itu. Cuaca tengahari sememangnya panas tetapi peluh yang mencurah-curah sudah tidak dipedulikan lagi. Misi utama telah terlaksana. Sebelum pulang ke ibukota, kami sempat singgah di Masjid Muhammadi untuk solat Maghrib (kami berjalan kaki dari Homestay dan tiba di masjid serentak dengan azan Maghrib, sama seperti malam sebelumnya). Rupa-rupanya KDYMM Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-5 turut solat bersama dan yang paling menarik, baginda turut mengikuti Kuliah Maghrib yang disampaikan yang bertajuk “Pemimpin Yang Zalim”. Hai, saya tak fikir ia berani dilakukan ditempat lain. Orang Kelantan memang hebat! Bas ekpress jam 9 malam tiba di Kuala Lumpur jam 5.30 pagi keesokannya. Dengan itu tamatlah pengembaraan enam sahabat yang kepenatan. Pertemuan bersejarah dengan Menteri Besar Kelantan berlangsung lebih baik dari jangkaan saya. Walaupun tidak berpeluang menjamah kuih akok dan kuih lapis, atau makan tengahari bersama; Tuan Guru seolah-olah mahu mendidik dan menunjukkan tauladan yang akan kekal dalam ingatan kami. Jauh disudut hati saya faham Tuan Guru melaksanakan segala-galanya mengikut ajaran dan sunnah Rasulullah SAW. Tidak perlu banyak bercakap tetapi lebih suka mendengar, tidak ada janji manis dan omong kosong, tidak bermewah-mewah dan berlebih-lebih, tidak membazir masa dan berucap panjang lebar dan akhir sekali; memberikan sepenuh kepercayaan kepada pembantu-pembantunya yang telah diamanahkan. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun jahil, saya masih berpeluang bertemu sendiri dengan seorang negarawan, ilmuan dan ulama yang dihormati rakan dan musuh. Sangat jelas pada pandangan kami betapa berat tanggungan dan beban yang seolah-olah sudah tidak terpikul oleh tubuh Tuan Guru. Saya juga bersyukur kerana negeri Kelantan masih lagi utuh sebagai serambi Mekah dan gigih membangun bersama Islam. Semoga Kelantan akan sentiasa hijau dan aman di bawah panji-panji Islam. Saya berdoa agar Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan terus dikurniakan kesihatan dan kebijaksanaan untuk memerintah negeri Kelantan dengan seadilnya. Semoga Malaysia turut dapat merasa tempiasnya dan sentiasa mendapat Rahmat dan belas ihsan daripada Allah Yang Maha Esa. Allahu akbar! Petanda Umno sesat, menyesatkan Melayu
MURSYIDUL AM PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sering menjadi bahan kecaman Umno, sehinggakan pada Perhimpunan Agung Umno, minggu lepas, nama Tok Guru sering disebut-sebut dalam perbahasan. Mengapakah Tok Guru tidak disenangi Umno? Se mua persoalan ini dijawab Menteri Besar Kelantan itu kepada wakil Harakah MOHD RASHIDI HASSAN dan IZWAN ABDUL HALIM di Rumah Kelantan, 10 Disember 2011.
HARAKAH: Boleh Tuan Guru huraikan beza doktrin PAS dengan Umno?
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT: PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah Taala kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang. Perkara ini tiada dalam Umno.
Umno tidak mengajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno). Sekarang kita berada di Malaysia.
Bolehkah kita ambil setengah-setengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil setengah-setengah hukum Allah. Misalnya motokar, kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi ‘road tax’ (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan. Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah-setengah. Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah Kerajaan Malaysia, Kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah Taala, kena terima semua. Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah? Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan menjadi taraf rakyat. Kita bukan rakyat Allah, kita jadi hamba 24 jam. Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia. Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun. Tapi kita dengan Allah, kita benar dapat pahala, kita salah dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah Taala. Inilah cara kita berfikir kita sebagai hamba Allah dengan berfikir cara rakyat bagi Allah. Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam. Hamba ini berasaskan “liya’budun” (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana? Maknanya selama ini Umno keliru dan celaru? Orang Cina tak melawan sangat PAS, yang melawan PAS ini orang Melayu Umno. Adakah dengan kehendak Umno, dia (orang Melayu) melawan PAS ini atau sebagai mata tombak (lembing) sahaja, (sedang) hulunya Umno pegang atau MCA pegang? Jika Umno sendiri nak lawan, tiada sebab langsung. Sebab PAS bawa Islam, maka sepatutnya Umno sokong dan Umno tidak perlu wujud di atas muka dunia. Kerana PAS perjuangkan Islam,
Umno tak perlu lawan PAS. Atau Umno telah jadi mata tombak, hulunya orang lain pegang. Ini bahaya, maknanya jadi alat orang lain. Kerana itulah timbul masalah celaru yang jadi melawan PAS ini. Bukan Islam di Malaysia ini jadi celaru, hendak turut PAS atau turut Umno. PAS bertengkar dengan Umno, Umno bertengkar dengan PAS, bukan Islam terpinga-pinga pihak mana yang betul. Kita sebagai umat Islam bukan sahaja kita wajib berpegang kepada Islam, tetapi wajib juga dakwah Islam. Ke mana sahaja kita pergi kita diwajibkan dakwah Islam. Di Malaysia ini sebab hampir sama bilangan Melayu dengan bukan Melayu ini, maka bukan Islam terpinga-pinga hendak menurut siapa. Bukan sahaja bukan Islam, Melayu juga terpinga-pinga juga hendak turut PAS atau Umno. Turut Umno dapat duit, turut PAS tak dapat duit. Semua ini Umno kena fikir kesudahannya.
Isu agama dipolitikkan sering jadi mainan Umno, pendapat Tuan Guru? Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain? Maknanya, Umno tiada hujah, hanya putarbelit mereka sahaja? Apa hikmah Allah lanjut dakwah Nabi Muhammad sehingga 23 tahun? Nak mengajar sembahyang puasa sahaja dua minggu pun cukup. Dua minggu itu pun dak kira lama mengajar orang sembahyang. Tapi Nabi Muhammad diminta urus urusan hidup manusia, ‘the way of life’. Urusan ini mesti diurus oleh Nabi Muhammad sendiri, bagaimana berumah tangga, berjiran. Mengurus kewangan, adakah sebarang harta boleh ambil semua, tidak! Ada had, ada halal, ada haram. Semua ini 23 tahun, bila cukup 23 tahun turun ayat (Quran) bahawa agama telah sempurna. Jadi 23 tahun memakan masa baru sempurna. Perkara apa, sembahyang? Sembahyang ini diwajibkan masa di Makkah. Dalam keadaan ditekan kafir Makkah, sembahyang diwajibkan. Jadi bukan sembahyang sahaja jadi agama, tapi urusan hidup lain yang tidak boleh dibuat di Makkah kena mari ke Madinah membentuk sebuah negara sendiri. Kita baru sambut Maal Hijrah, sambutan ini ertinya ingati balik pengorbanan nabi menjalankan urusan agama termasuklah kewangan, mengurus sosial, budaya, pemikiran hingga 23 tahun. Jadi Umno tiada hujah, bila tiada hujah inilah mereka guna ISA. Macam Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim, bila Nabi Ibrahim kemuka cabaran minta Namrud buktikan kebenaran jika dia Tuhan, bawa naik matahari dari barat ke timur kerana Allah menaikkan matahari dari timur ke barat. Bila Namrud tak boleh jawab, dia bakar (Nabi Ibrahim). Sepatutnya dia berterima kasih kerana Ibrahim mengajar dia, tapi dia bakar. Zaman sekarang tak bakar, tapi ISA. Banyak tok-tok guru pondok kena ISA tak pasal-pasal kerana Umno tak boleh jawab. Sepatutnya hujah lawan hujah, bila orang lawan kita (hujah) kita sebutlah balik. Macam negeri demokrasi, orang hujah kita hujah. Ini orang hujah, tak boleh jawab ditangkapnya mereka, buang kerja, pindah tempat kerja. Ini semua tanda Umno itu sesat. Dalam sembahyang kita berdoa agar kita tidak sesat, tapi jalan Umno hala ke sesat. Tak boleh jawab sepatutnya terima kasihlah. Ini tangkap orang, ISA orang, mengarut Umno. Pandangan Tuan Guru mengenai perjuangan Melayu Umno? Gambar: Tuan Guru Nik Aziz ketika ditemuramah Mohd Rashidi Hassan dan Izwan Abdul Halim di Rumah Kelantan. Umno sibuk jaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa, tak payah jaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Yang kena jaga ini perkara boleh hilang dan ada. Macam duit, kena jaga kerana boleh jadi hilang, boleh jadi tak hilang. Islam ini macam tu, Islam ni kena jaga, boleh jadi orang murtad kerana orang tak jaga dia. Jadi benda kena jaga ni bukan bangsa tapi agama kerana boleh hilang dan boleh ada.
Macam duit kita dapat masuk dalam beg, kita zip, masuk dalam poket seluar kita zip lagi kerana ia boleh hilang, boleh kena curi, boleh poket kita tembus. Umno dia jaga Melayu, tak jaga pun dia Melayu, sampai dalam kubur mati pun dia Melayu. Ini kesilapan Umno. Kalau Umno ikut kata dia ikut kata Hang Tuah “Takkan Melayu hilang di dunia” habis begitu buat apa dia jaga juga? Ini Umno jaga benda yang tak hilang, PAS jaga benda yang boleh hilang; Islam, iman, ihsan. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa.
Sumber DD : 15/12/2011 Dikir - Tok Guru Pimpin Kito: http://www.youtube.com/watch?v=v2CMAOoND3g&feature=related Pengkisahan TGNAANM : http://www.youtube.com/watch?v=UBOziTRrZZM&feature=endscreen&NR=1 Sehari dalam kehidupan Tok Guru : http://www.youtube.com/watch?NR=1&v=n4uZJv0hjJA&feature=endscreen
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mursyidul-am/7345-coretan-di-awal-tahun-2012-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7368-insafi-kezaliman-sebelum-melutut-di-depan-allah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7380-nik-aziz-lahir-simpati-dengan-mahasiswa
http://www.bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7399-nik-aziz-minta-beri-hak-rakyat-berhimpun
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7404-mat-motor-kunjungi-nik-aziz Nik Aziz puasa sunat, minta penuduh Anwar mohon maaf
PENGKALAN CHEPA, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.
Katanya, ianya termasuk pihak media yang seolah-olah telah menggambarkan Anwar bersalah walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan sebelum ini. “Para wartawan yang turut membuat fitnah terhadapnya selama inipun perlu memohon maaf dari Anwar. "Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya,” ujarnya lagi. Beliau berkata demikian kepada media sekembalinya dari Kuala Lumpur, di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini pagi ini. Sementara itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu akan menunaikan solat sunat ‘syukur’ malam ini ekoran keputusan mahkamah yang memutuskan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, tidak bersalah. Beliau juga akan berpuasa sunat sehari esok bagi melahirkan rasa syukur terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang akhirnya ditamatkan dengan keputusan mahkamah hari ini. “Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi,” ujarnya. Sumber HD : 9/01/2012 Di usia panjang ini saya kerja untuk agama - Nik Aziz
(Nik Aziz melihat kek harilahir sempena 81 tahun kelahiran beliau 10 Januari semalam) KOTA BHARU, 11 Jan: “Saya bekerja ni untuk itulah, untuk meluaskan bingkai agama, jadi melalui usia yang panjang inilah saya boleh melakukannya,” kata Tuann Guru Datuk Nik Abdul Aziz kepada Harakahdaily selepas majlis meraikan harijadi beliau ke 81 hari ini. Menteri Besar Kelantan itu hari ini begitu terkejut apabila majlis keraian diadakan untuknya sempena menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-81, yang jatuh pada 10 Januari semalam. Mursyidul Am itu juga tidak menduga acara itu dibuat sedemikian rupa yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu padanya sebelum ini. Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas menjamu selera sempena majlis keraian itu yang diadakan di pejabatynya hari ini. Majlis itu diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri hari ini. Semalam Nik Aziz berpuasa tanda kesyukuran ekoran pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat. “Saya hanya diberitahu oleh setiausaha saya hari ini ada jamuan, itu sahaja,”ujarnya sambil tersenyum ceria. Menurutnya, beliau tidak pernah menyambut hari ulangtahunnya sendiri selama ini. Tambahnya, hanya setiap hari beliau berdoa semoga usia yang diberikan Allah setiap hari itu dapat dimanfaatkan dengan baik khususnya untuk berdakwah semoga rakyat Kelantan termasuk Malaysia menggunakan Islam yang syumul, bukan hanya separuh sahaja. Katanya, Islam separuh hanya disebarkan oleh orentalis barat seperti agama dan politik perkara yang berasingan yang akhirnya ditelan oleh umat Islam pelbagai bangsa di dunia ini. Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Meja (B) Md Anizam Abdul Rahman, Datuk Abdul Fatah Mahmood. Turut meraikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Fauzi Che Mamat dan lain-lain pimpinan. Sumber HD : 11//01/2012
Saat genting Nik Aziz di hospital
YAB Dato' Bentara Setia TG Nik Abdul Aziz mengetuai Saf Pimpinan Utama Pakatan Rakyat menuju ke pentas Dif-dif Kehormat. Kehadiran menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini menarik perhatian ramai memandangkan tahap kesihatan mursyidul am PAS itu dikatakan tidak memuaskan sejak akhir-akhir ini. Beliau yang kelihatan agak cergas, bingkas bangun apabila para pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas ketika diminta untuk berdiri bagi upacara membaca ikrar. Ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika menjemput "keramat hidup" itu untuk berucap, turut menceritakan semula saat genting ketika Nik Abdul Aziz dibawa untuk menerima rawatan di hospital sebelum ini. Nik Abdul Aziz, 81, telah menceritakan semula pengalaman ketika jantung beliau berhenti berdegup untuk beberapa ketika, kata Wan Abdul Rahim. "Mungkin itulah apa yang digambarkan oleh Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasa lepas... Beliau kemudian ditarik turun dan jantung beliau berdenyut semula. "Saya kata Allah turunkan dan amanahkan kepada Nik Aziz untuk lakukan sesuatu yang besar kepada rakyat. "Beliau perlu bersama untuk bawa kita ke Putrajaya," kata Wan Abdul Rahim lagi yang mengetuai laungan takbir beberapa kali. Nik Abdul Aziz selepas itu meluangkan masa untuk berucap dengan agak lama dan membuka cerita dengan mengimbau kembali pengalamannya ketika PAS "ditendang" Umno daripada kerjasama dalam BN. Mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau telah serik dengan tindakan Umno setelah parti Islam itu ditendang keluar daripada BN sebelum ini. Masa Umno berasa mata dia cerah, kuku dia lebih panjang, dia tendang PAS, kemudian dia minta pula PAS masuk Umno. Kita kata, 'cis!' "Kalu kali kedua kena sengat juga itu bodohlah... Saya urut dada, mujur kita tidak bersama Umno," katanya lagi. Beliau turut menceritakan kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang membolehkan masyarakat pelbagai agama di negeri itu hidup dengan harmoni. Antara peristiwa yang dibangkitkannya ialah satu laporan dalam satu penerbitan kerajaan negeri itu mengenai tindakan seorang balu yang menerima bantuan daripada kerajaan Kelantan. Balu berkenaan telah menghadiahkan semula bayaran sebanyak RM2,000 tersebut kepada satu masjid di Kelantan, kata Nik Abdul Aziz. Seorang lagi warga bukan Islam di negeri itu turut menghadiahkan sebanyak RM20,000 kepada satu lagi masjid, selepas menderma. Individu berkenaan juga sebelum ini telah menghadiahkan sebanyak RM10,000 kepada masjid berkenaan, kata Nik Abdul Aziz lagi. Turut berucap dalam sesi penggulungan pimpinan petang ini ialah pemimpin tertinggi Pakatan termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sumber MK : 14/01/2012 Bersihkan Malaysia
Pada 22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010 yang lalu saya telah merakam suatu pengharapan bersempena dua tahun usia Pakatan Rakyat yang terbina dan mencorakkan politik Malaysia pasca PRU-
12.
Mengingati semula apa yang saya tegaskan dalam rakaman pengharapan tersebut, saya ulangi: “Perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam. Malah, Umno dilihat jelas mengkhianati perjuangan Islam apabila tidak berubah-ubah tindakan memfitnah PAS, misalnya menuduh PAS menjadi tunggangan DAP dan membuang matlamat negara Islam.”
Atas sebab tersebut, Umno tidak layak menjadi rakan PAS dan jauh sama sekali untuk dijemput menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat.
Pilihan Raya Harmoni
Saya kekal dengan keyakinan bahawa kerjasama politik Pakatan Rakyat mempunyai peluang cerah dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Meskipun di sebalik proses pilihan raya yang berjalan sekarang nampaknya paling tidak adil dan penuh dengan pelbagai spekulasi yang mendera dan menekan PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat.
Justeru, kenangan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 lalu perlu dipersegarkan, meskipun pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib telah menggunakan taktik melengah-lengah menerusi pengisytiharan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen ke arah penambahbaikan pilihan raya. Ia suatu usaha yang patut diragui keikhlasannya.
Ia tidak lebih daripada taktik mengalih perhatian umum supaya rakyat tidak menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya dengan proses pilihan raya yang diamalkan selama ini. Apa yang jelas, ia suatu taktik supaya rakyat melupai lapan perkara tuntutan Bersih 2.0!
Maka, sukacita saya rakamkan balik apa yang pernah saya nyatakan sebelum ini iaitu, “tidak ada maknanya pilihan raya diadakan tanpa mengambil kira usaha-usaha pembaharuan pilihan raya, malah mengkebelakangkan lapan tuntutan yang dibangkitkan rakyat…. pilihan raya bersih hanya akan terjelma melalui kertas undi. Maka kalau pilihan raya diadakan dalam keadaan undang-undang dan peraturan yang ada, ia masih menghasilkan pilihan raya yang kotor.”
Bersih 3.0
Atas prinsip dan pemahamaan tersebut, saya berpendapat sikap Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Mohd Najib sekarang ini perlu terus diasak dan dipastikan agar penambahbaikan proses pilihan raya dibuat dalam pilihan raya ke-13 nanti. Ayuh, kita bangkit menggerakkan Bersih 3.0 demi memenuhi pilihan raya yang adil, telus dan bersih.
Bagi PAS, sampai masanya semua bahagian parti dapat menggarap dan meningkatkan kerjasama bersama Pakatan Rakyat. Kesempatan konvensyen ke-3 ini harus dimanfaatkan semoga hasilnya nanti, agenda Bersih 3.0 akan berjaya.
Ia suatu kerjasama yang pasti memartabatkan lagi Pakatan Rakyat selepas 901–– keadilan untuk Datuk Seri Anwar. Harapnya ia selari dengan firman Allah Subhanahu wa Taala:
Maksudnya, “Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya.”
[Surah as-Syura, ayat 41-42]
Semoga kerjasama politik Pakatan Rakyat ini benar-benar memenuhi prinsip tahaluf-siasi dan merupakan kebajikan yang mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Kejayaan Pakatan Rakyat, tertegaknya keadilan di puncak Putrajaya.
Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan. 20 Safar 1433 bersamaan 14 Januari 2012.
Alor Setar, Kedah Darulaman.
|
Nik Aziz sedia umum harta kepada SPRM
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian.
Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.
"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan penghulu dan majlis penghulu mukim di Kota Bharu hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden Pertubuhan Angkatan Generasi Muda Melayu Kelantan (AGENDA) Arif Hakimi Zulkifli yang mendesak beliau dan keluarganya mengisytiharkan aset mereka kepada SPRM bagi memastikan mereka benar-benar telus dan bersih daripada kegiatan rasuah.
Menteri besar itu berkata sebelum ini, beliau pernah membuka pintu siasatan seluas-luasnya kepada SPRM untuk menyiasat beliau.
"Soal mengisytiharkan harta semua pihak boleh isytihar, cuma pokok pangkalnya terletak atas ketaqwaan seseorang kepada Allah, kerana taqwa merupakan kunci segala perkara, termasuk ketelusan dalam pentadbiran," kata Nik Aziz.
Mengenai pelantikan penghulu di Kelantan, beliau berkata kerajaan negeri tidak memberi jaminan untuk menaikkan elaun 787 penghulu yang kini menerima elaun RM700 sebulan.
"Kita hanya mampu membayar elaun mengikut kemampuan yang ada, cuma kalau ada rezeki berlebihan melalui wang bayaran royalti minyak kelak, kita mungkin boleh pertimbangkan," katanya.
- Bernama / MK : 22/01/2012
Ucap Selamat Tahun Baru Cina : http://www.youtube.com/watch?v=5bk2a14bRVY
Maulidur-Rasul : Nabi Sebagai Contoh Kepimpinan
Firman Allah SWT : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21).
Bulan ini bulan Rabiul Awal, bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Maka setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.
Sebagaimana yang kita yakin, Nabi Muhammad adalah pembawa agama Islam. Baginda mengajar kita segala ajaran agama. Nabi meminta kita sebagai umatnya agar terus berpegang teguh kepada dua perkara, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
Al-Quran pula diturunkan kepada Nabi dan baginda menyampaikan kepada kita semua kandungan Al-Quran sebagai panduan untyuk semua umat manusia. Namun sekarang Nabi telah meninggalkan kita sudah lebih 1400 tahun. Sekarang yang ada adalah sunnahnya. Justeru Nabi tinggalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah.
Selain itu Nabi juga meninggalkan keturunannya serta orang-orang yang beriman. Apa yang penting, Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah menjadi ikutan bagi memastikan kita termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang beriman.
Justeru Al-Quran adalah petunjuk dan panduan bagi menjamin hidup kita semua tidak terkeluar daripada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Sementara As-Sunnah pula adalah apa yang dicontohkan oleh Nabi untuk kita semua ikuti. Kerana Nabi merupakan pemimpin kita dan contoh kepimpinan di sepanjang zaman.
Atas nilai mencontohi kepimpinan Nabi itu, maka setiap kita adalah pemimpin dan sebagai pemimpin seharusnya kita mampu menzahirkan kepimpinan yang boleh menjadi contoh. Malah, paling baik apabila seorang pemimpin itu sendiri berani berkata, aku ni mencontohi Nabi Muhammad SAW.
Lebib-lebih lagi bagi pemimpin dan perjuang Islam, kita kena mengaku bahawa contoh kepimpinan kita ialah Nabi Muhammad SAW. Justeru atas sebab mencontohi Nabi, kita hendaklah melengkap diri dengan ilmu-ilmu Islam dan mengamalkan ilmu itu, agar kita menjadi pemimpin yang berilmu dan berakhlak serupa dengan kealiman dan kemuliaan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummah.
Semoga sambutan Maulidur-Rasul bagi tahun 1433 Hijriah kali ini bakal merahmatkan kita semua, di samping mendapat keberkatan Allah SWT jua di sepanjang masa. Mudah-mudahan di akhirat nanti kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW dan keredahaan Allah SWT.
Sumber DD : 7/02/2012
PAS hari ini menolak tanggapan umum yang mendakwa ketiadaan pemimpin pelapis menyebabkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terus memegang jawatan menteri besar Kelantan.
Sebaliknya, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) berkata PAS melihat ramai pembantu dan wakil rakyat yang menolong Nik Aziz sehingga beliau berjaya memerintah negeri itu selama tempoh 20 tahun.
"(Mereka) ini yang menolong (beliau) sehingga bertahan sehingga 20 tahun. Takkan dalam masa 20 tahun ini, tak ada pelapis langsung," katanya.
Kata Abdul Hadi, Nik Aziz memegang jawatan itu kerana hasrat PAS Kelantan dan rakyat negeri itu yang mahu beliau terus memimpin, sekalipun beliau berhasrat mahu melepas jawatan dan tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Tok Guru Nik Aziz tak minta jawatan. Yang minta (memimpin) adalah rakyat negeri Kelantan.
"Dan beliau pun, dah minta nak letak jawatan menteri besar, (dan) minta tak bertanding beberapa kali. Tetapi hasrat rakyat negeri Kelantan, minta beliau dia memimpin," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.
Abdul Hadi berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan ketiadaan pemimpin pelapis hingga menyebabkan Nik Aziz terus memegang jawatan menteri besar dan mengulas kesediaannya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Ditanya siapa yang berpotensi untuk menggantikan Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan bagi jawatan menteri besar, Abdul Hadi berkata terpulang kepada PAS negeri itu, menentukannya.
Sumber MK : 12/02/2012

Menjawab komen Fuad Zakarshi
Nik Abdul Aziz Nik Mat, | 09 Feb 2012 |
Merujuk kepada komen Fuad Zakarshi (UM & BH 8 Februari 2012) yang mencadangkan agar saya ditarbiyah semula atas sebab enggan memberi komen terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas isu negara Israel. Ia sesuatu yang jelas tersesat.
Saya amat kesal atas pemikiran sekular seorang timbalan menteri juga bekas seorang guru Yayasan Anda di bawah bumbung ABIM yang dikatakan pernah menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim kelihatan begitu dungu dalam menilai mana satu yang benar dan mana pula yang salah.
Sepatutnya sebagai seorang yang pernah mengagumi Anwar Ibrahim dan pernah duduk sebumbung Yayasan Anda/Markaz ABIM sepatutnya sudah tahu permainan kotor media tajaan Barat (WSJ) itu yang kerjanya untuk menjatuh kredibliti seorang yang tidak sebulu dengan Israel.
Begitu juga akhbar Barat dan pro-Barat juga yang acapkali mengulang-ulang kes liwat (menuduh Anwar) atas sebab untuk memalukan hamba Allah ini.
Apakah hak Fuad Zakarshi mencadang saya ditarbiyah semula? Sedang beliau sendiri sudah dilihat gagal memahami prinsip tarbiyah. Kalau benar dia memahami tarbiyah, masakan boleh membuat respon atas fakta yang diputar oleh WSJ, hantu media Barat yang sentiasa bertindak untuk memecah belah umat Islam. Logikkah saya mengulas atas fakta yang belum pasti benar kerana ia bukan dari sumber pertama.
Sebaiknya Fuad dapat berjumpa sendiri Anwar jika benar ingin mencari pencerahan. Kerana Anwar pernah jadi ketuanya.
Justeru adalah sesuai kalau dia ingin mencari kebenaran, baik sahaja pergi beribadat di masjid. Tapi bagi seorang yang mendokong ideologi kebangsaan sekular, sudah tentu tidak sesuai mencari kebenaran di masjid.
Saya cadangkan lebih baik mencari kebenaran di bilik tandas. Kerana dalam tandas sudah tentu sesuai––banyak syaitan dan iblis yang boleh merangsang fikirannya––menjadi waras selari dengan otak sekular.
Maka, tak payahlah asak dan menyibuk untuk mentarbiyah semula orang lain. Kerana asas tarbiyah itu hendaklah dipaksikan dengan keredahaan Allah.
Mana ada hak bagi manusia seumpama Fuad Zakarshi untuk mentarbiyah orang lain, sedangkan dia sendiri sedang menganut ideologi yang bercanggah dengan keredhaan Allah SWT.
Sumber HD : 9/02/2012

PAS nafi tiada pemimpin pelapis ganti Nik Aziz
PAS hari ini menolak tanggapan umum yang mendakwa ketiadaan pemimpin pelapis menyebabkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat terus memegang jawatan menteri besar Kelantan.
Sebaliknya, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) berkata PAS melihat ramai pembantu dan wakil rakyat yang menolong Nik Aziz sehingga beliau berjaya memerintah negeri itu selama tempoh 20 tahun.
"(Mereka) ini yang menolong (beliau) sehingga bertahan sehingga 20 tahun. Takkan dalam masa 20 tahun ini, tak ada pelapis langsung," katanya.
Kata Abdul Hadi, Nik Aziz memegang jawatan itu kerana hasrat PAS Kelantan dan rakyat negeri itu yang mahu beliau terus memimpin, sekalipun beliau berhasrat mahu melepas jawatan dan tidak bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Tok Guru Nik Aziz tak minta jawatan. Yang minta (memimpin) adalah rakyat negeri Kelantan.
"Dan beliau pun, dah minta nak letak jawatan menteri besar, (dan) minta tak bertanding beberapa kali. Tetapi hasrat rakyat negeri Kelantan, minta beliau dia memimpin," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS pusat.
Abdul Hadi berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan ketiadaan pemimpin pelapis hingga menyebabkan Nik Aziz terus memegang jawatan menteri besar dan mengulas kesediaannya bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Ditanya siapa yang berpotensi untuk menggantikan Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan bagi jawatan menteri besar, Abdul Hadi berkata terpulang kepada PAS negeri itu, menentukannya.
Tak boleh bubuh markah
Ditanya pandangan parti berhubung hal yang sama, ahli parlimen Marang itu sambil berseloroh berkata: "Saya tidak boleh bubuh markah. Saya bukan pemeriksa".
Kata-kata beliau itu mengundang gelak ketawa para wartawan termasuk Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang turut hadir pada sidang media berkenaan.
Sebelum ini dilaporkan Nik Aziz mendedahkan rahsia bahawa PAS Kelantan bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur daripada politik tetapi ditolak.
Pada sidang media ini, Abdul Hadi (kanan) juga berkata beliau menyerahkan kepada parti untuk menimbangkan tawarannya untuk berundur pada pilihan raya kali ini. Menurutnya, tindakan itu bagi memberinya tumpuan sepenuh kepada kerja-kerja dalam parti setelah lama berkhidmat sebagai wakil rakyat di peringkat parlimen dan DUN.
Mustafa yang duduk di sebelah kirinya kemudian lantas mencelah dan berkata: "Saya nak beritahu, keputusan parti tidak mengizinkan (beliau berundur)".
"(Beliau diletakkan) di mana-mana sahaja mengikut keperluan," kata Mohamad yang berada di sebelah kanan Abdul Hadi.
Ada permohonan
Kata-kata itu juga sekali lagi mengundang gelak ketawa wartawan termasuk Abdul Hadi yang mendengar jawapan ringkas itu.
Sebelum ini, Abdul Hadi dilapor menawarkan hasratnya untuk berundur daripada bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Hal demikian mengundang pelbagai reaksi termasuk Nik Aziz yang tidak bersetuju Abdul Hadi berundur. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga menggesanya tidak berundur sambil menggambarkan pemimpin kanan PAS itu sebagai aset.
Mengulas spekulasi yang menyatakan naib presiden PAS Salahudin Ayub (kiri) akan bertanding di Johor, Abdul Hadi mengesahkan permohonan PAS Johor yang mahu pemimpin itu pulang bertanding di negeri.
"Dan kita buat pertimbangan atas permohonan PAS negeri Johor, dan ia belum lagi muktamad. Bila pilihan raya ada, baru kita akan muktamad," katanya.

Ulama juga insan seni - Nik Aziz
Salmah Mat Husain, | 09 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 9 Mac: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta masyarakat memahami pengertian insan seni sebenar kerana ulama juga tergolong dalam golongan artis.
Menurutnya, sekiranya artis dimaksudkan dengan insan seni malah golongan ulama juga mempunyai keseniannya yang tersendiri.
Katanya, kerana keseniannya itu golongan ulama berjaya meyakinkan golongan bukan Islam atau yang jauh dari Islam untuk mendekati dan menerimanya hasil kelunakan seni bahasa yang disampaikan ulama.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kunjungi selebriti Oki Sentiana Dewi, heroin filem Ketika
Cinta Bertasbih dari Indonesia dan selebriti dakwah Kapten Hafiz, di JKR 10, petang tadi.
Kedua-dua selebriti berkenaan akan menjayakan program ‘Bicara Selebriti’ ke-4, anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Cantre mala mini.
Menurut Tuan Guru, sebelum ini masyarakat hanya mengenali pelawak, pelukis, pelakon, penyanyi sebagai artis, namun golongan ulama sebenarnya adalah artis.
“Cara Rasulullah berdakwah juga mengikut seni sehingga manusia terpikat dengan ajaran Islam, al-Quran juga mempunyai seninya yang tersendiri sehingga bila mendengarnya manusia akan terpegun,” ujarnya.
Pada masa yang sama beliau melahirkan rasa syukur pada golongan artis termasuk Oki Sentiana Dewi yang sudi datang ke Kelantan bersama ibunya.
Katanya, dengan kehadiran artis ke negeri ini akan melenyapkan tohmahan buruk masyarakat Kelantan menolak golongan terbabit.
Sumber HD : 9/03/2012
(Tuan Guru Nik Aziz ketika berucap di majlis ceramah keibubapaan di KTC)
KOTA BHARU, 14 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan tips istimewa kepada para pemuda untuk mendapatkan zuriat yang baik iaitu mencari isteri yang solehah.
“Isteri yang solehah dapat menerbitkan kebahagiaan rumah tangga di samping dapat mendidik anak-anak menjadi soleh,”ujarnya.
Sambungnya, isteri yang soleh lebih penting dari memilih kedudukan atau kekayaannya kerana apa yang ada itu adalah hak isterinya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam semalam.
Katanya, anak-anak bukan sahaja perlu diajar, sebaliknya turut diselangi dengan pendidikan.
Katanya, nasihat tidak akan sampai dengan sempurna pada anak-anak sekiranya mereka hanya diajar tanpa diterapkan dengan pendidikan bagi memudahkan golongan ini memahami setiap perkara yang diajar.
Tuan Guru bagaimanapun berkata, mereka bukan sahaja perlu dididik ketika berusia enam atau tujuh tahun sebaliknya sebelum mereka dibenihkan lagi.
“Suami isteri perlu menjaga akhlak serta membaca doa-doa yang diajar Rasulullah sebelum dan sewaktu ingin bersama pasangan masing-masing.
“Ianya amat penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku sekiranya waktu itu bermulanya percambahan zuriat,”ujarnya lagi.
Lebih 500 orang ibubapa termasuk kanak-kanak menghadiri program itu yang turut diadakan pertandingan hafazan kanak-kanak (lelaki).
Sumber HD : 14/03/2012

Tips Nik Aziz untuk dapat zuriat yang baik
Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, | 14 Mac 2012 |

Nik Aziz: Dari 'anak pondok' jadi menteri besar
Muhammad Yusri Amin, | 31 Mac 2012 |
KOTA BHARU, 31 Mac: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa umat Islam di negara ini supaya berhujah dengan ‘menggunakan fikiran’ ketika berhadapan dengan pihak tertentu yang sewenang-wenang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan pemerintahannya.
“Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan ‘fikiran’. Haatuu…. burhaanakum, bukannya ‘haatuu….ISA’.
Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak.
(Gambar: Tuan Guru melihat replika Masjid Maahad Muhammadi Perempuan.)
“Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok, suatu masa dahulu.
“Pejuang PAS dan tuk guru Pondok ramai telah dikenakan ISA, bahkan berada dalam tahanan ISA itu sendiri tidak boleh diziarahi keluarga, tidak boleh dihubungi peguam. Punya ganas perbuatan itu, lebih daripada komunis," katanya.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa demikian ketika mengkisahkan kezaliman dilakukan pihak pemerintah masa lalu terhadap ahli dan penyokong PAS di negeri ini, menguatkan tekadnya berjuang dalam PAS.
Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi, Pelancaran Logo Jubli Intan, Penganugerahan Tokoh Jubli Intan dan Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini tengah hari tadi.
Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.
Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) Muhammad Yunan Mahmood.
Tuan Guru Nik Aziz turut mengkisahkan sejarah awal pembabitannya dalam PAS apabila dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri Kelantan Hilir melawan calon Perikatan, Tengku Noor Asiah.
Kekosongan kerusi itu kerana kematian Allahyarham Haji Mat Prai.
“Justeru, apabila pilihanraya berlangsung, saya menang dengan kelebihan 3,000 undi. Dan mulai hari itulah saya menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini, dan nak berhenti bila, tidak tahu," ujarnya.
Mursyidul Am PAS itu berkata, dalam perkembangan terbaru politik PAS, beliau dikunjungi rombongan kaum Cina merayu supaya beliau terus bertanding walaupun Umno BN sangat anti beliau menjadi Menteri Besar.
“Perkembangan terbaru, kaum Cina datang berjumpa saya. Mereka kata, Tuk Guru kena bertanding, menjadi Perdana Menteri dan Tuk Guru jangan mati.
“Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati, bahkan bertanding di Dun dan Parlimen," katanya.
Beliau melahirkan kebanggaannya kini menjadi Menteri Besar, dari seorang ‘anak pondok’ kemudian menjadi Menteri Besar dan melakukan banyak dasar negeri yang diselaraskan dengan Islam dan PAS.
Beliau telah mengarahkan supaya wang simpanan kerajaan negeri yang disimpan dalam bank yang mengamalkan riba disimpan dalam Bank Islam.
Menteri Besar turut mengarahkan penggubalan Undang-Undang Hudud yang kemudiannya diluluskan Dewan Undangan Negeri sebagai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.
Pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diisytiharkan Tokoh Jubli Intan, Maahad Muhammadi.
Sumber HD : 31/03/2012
(Tuan Guru Nik Aziz menatang bekas air untuk para tetamunya dari Indonesia)
PENGKALAN CHEPA, 18 April: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menerima rombongan Pertubuhan Zuriat Wali Songo Se Indonesia malam tadi di rumahnya Pulau Melaka.
Seramai 23 anggota rombongan yang diketuai pengetuanya, Dr Dhiyauddin mengambil kesempatan bertemu Tuan Guru sempena lawatannya selama dua hari di Kelantan.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengetua Penalti Nasab Wali Songo, Kiyai Ali Badri.
Dhiya ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana dapat bertemu seorang ulama yang telah lama dirindui beliau sebelum ini.
Katanya, hasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru telah lama disimpan, bagaimanapun baru kini berkesempatan bertemu.
“Saya begitu tertarik dengan perwatakannya yang lembut, sederhana sekali kehidupannya yang begitu menyentuh perasaan saya.
“Beruntung rakyat Kelantan kerana dapat pemimpin yang wara’ sepertinya, subhanallah saya cukup terpegun,”ujarnya.
Rombongan ini juga seakan tidak percaya apabila Tuan Guru menatang sendiri juadah untuk mereka malam tadi.
Ali pula berkata, pihaknya telah menjelajah beberapa negara di nusantara ini untuk menjejaki keturunan Wali Songo.
“Alhamdulillah syukur, di Kelantan juga kami telah bertemu beberapa orang dalam pencarian kami,”ujarnya.
Sumber HD : 18/04/2012
KOTA BHARU: Bekas menteri Kabinet yang juga veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, hari ini mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau mengambil waktu lebih sejam beramah mesra dengan Tuan Guru di Pejabat Menteri Besar bermula 11.25 pagi tadi.
Turut bersamanya, Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Kadir dilihat begitu gembira dapat bertemu dengan Tuan Guru, malah sebaik sahaja bersalam dengan Tuan Guru terus bertanya; “Apa khabar Tuan Guru…hero saya ni,” ujarnya sambil menoleh kepada media.
Kadir ketika ditemui selepas itu memberitahu setiap pemimpin di negara ini perlu menghormati mana-mana pemimpin negeri yang mereka hadiri.
Malah, katanya sebagai seorang tetamu mereka perlu bertemu dengan pemimpin berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Menteri Besar sebelum ini terhadap pemimpin pusat termasuk menteri kabinet yang tidak mengunjungi Pejabat Menteri Besar ketika membuat program di negeri ini.
“Saya bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru dan memang itu yang sepatutnya. Saya sebelum ini lebih tiga kali bertemu Tuan Guru datang ke pejabatnya, makan nasi tengahari lagi,” ujarnya.
Sebelum ini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita terhadap menteri-menteri dan timbalannya yang datang ke negeri ini tetapi tidak pernah mengunjungi pejabat beliau.
Katanya, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalannya mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Mengulas aktiviti politiknya kini, Kadir turut memberitahu jadualnya begitu padat sekarang kerana mendapat jemputan ceramah oleh pimpinan PAS hampir seluruh negara.
Kadir yang juga bekas menteri penerangan kini kembali aktif dalam politik bersama pembangkang selepas mengumumkan keluar dari Umno awal April lalu.
“Ada di antaranya saya tidak dapat nak penuhi sebab jadual saya begitu penuh,”ujarnya sambil ketawa.
Malam ini beliau dijangka menyampaikan ceramahnya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di Pejabat PAS Kawasan Bachok.
Sumber HD : 7/05/2012
RANTAU PANJANG: Agen tempat mengundi (polling agent) PAS dan Pakatan Rakyat perlu memainkan peranan lebih berkesan memandangkan semakin ramai penjawat awam disenaraikan sebagai pengundi pos.
Malah isteri anggota tentera yang tidak ada kaitan dengan aspek keselamatan juga dimasuk dalam senarai pengundi pos.
Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah jumlah pengundi pos memberi cabaran besar kepada polling agent.
“Malah perlu juga diawasi kerana peti undi pos disimpan selama tiga hari di bawah jagaan SPR sebelum tarikh mengundi sebenar diadakan di semua kawasan terlibat,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Rantau Panjang di Pusat Tarbiyah di sini semalam.
Beliau yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa berkata, polling agent mempunyai tugas paling mencabar sekarang kerana mereka boleh mengesan sebarang penyelewengan dan penipuan di tempat mengundi.
Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Timbalan Yang Dipertua, Datuk Nasruddin Daud dan dan naib, Mohamad Awang.
Abdul Halim juga berkata, PAS perlu memperkemaskan jentera pilihan raya dan mengelakkan membuat janji-janji untuk menyedapkan hati rakyat semata-mata.
Sementara itu PAS Rantau Panjang melulus usul cawangan Banggul Setol yang mahu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
“Semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut tanpa bahas memandangkan ia selari dengan kehendak parti mengatur strategi menawan Putrajaya,” kata Abdul Fatah.
Manakala Cawangan Tiang Candi mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuh Yayasan Tanah Wakaf Pendidikan bagi membiayai pengajian pelajar-pelajar miskin di pusat pengajian tinggi.
Sumber HD : 7/05/2012
Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajarnya, pasti pengakhirnya ialah pembalasan di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia perlu selari dengan prinsip agama yang membolehkannya sampai ke syurga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kahidupan yang menjurus ke neraka.
Mengingatkan peristiwa perhimpunan besar rakyat Mesir di Medan Tahrir Kaherah, ia berlaku dalam keadaan percanggahan fatwa antara ahli jemaah fatwa Mesir dengan pengerusi majlis ulama sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradawi. Jemaah fatwa kata tidak boleh berhimpun, sementara Al-Qaradawi kata boleh berhimpun untuk menentang mungkar.
(Perhimpunan di Medan Tahrir, Mesir tanpa restu majis fatwa negara itu)
Justeru lebih 10 juta rakyat Mesir keluar menyahut seruan Al-Qaradawi. Hebatnya fatwa Al-Qaradawi itu, regim Mubarak terguling dan suatu pilihan raya diadakan. Syukur ke hadrat Allah, parti sekutu Ikhwanul Muslimun telah menang dan harapannya cahaya Islam terus gemilang di Mesir.
Meskipun di sebalik perhimpunan besar Medan Tahrir ada pihak tidak setuju kerana ada kejadian pertempuran dan kekecohan, namun ia sebagai nilai tribulasi yang mengharmonikan politik bernegara yang sebelumnya bergelumang dengan mungkar menyebabkan pelbagai kekecewaan umat Islam.
Namun kesannya peristiwa di Medan Tahrir itu, muncullah nilai harmoni politik bernegara berteraskan nilai-nilai keadilan sejagat bertunjangkan Islam. Hakikatnya, urusan menentang perkara mungkar adalah tanggungjawab yang wajib.
Bayang daripada peristiwa perhiumpunan besar Medan Tahrir pastinya tidaklah bertaraf perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Bersih 3.0 adalah sumbangan besar rakyat yang perihatin dengan kemelut politik Melaysia yang masih bergelumang dengan kekotoran yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum ke-13.
Justeru Bersih 3.0 adalah bermatlamat untuk menuntut pilihan raya yang bersih agar berlaku suatu proses pemilihan rakyat secara adil dan telus. Matlamat ini tidaklah serupa dengan perhimpunan Medan Tahrir yang mengulingkan regim Mubarak. Maka sewajarnya matlamat Bersih 3.0 dapat disokong sama pihak Majlis
Fatwa Kebangsaan.
(Perhimpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Dataran Merdeka)
Namun begitu, lain pula ceritanya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat amat berprasangka terhadap kesedaran rakyat Malaysia yang terluah menerusi perhimpunan Bersih 3.0. Justeru semua pihak harus merenung beberapa persoalan yang dapat memberi penilaian seadilnya kepada logiknya perhimpunan Bersih 3.0.
Pertama, apakah kerja memasukkan sejumlah pengundi hantu (menyebabkan senarai pendaftaran pemilih jadi kotor)merupakah kerja maaruf? Ketahuilah, kerana wujudnya pengundi hantu itu, ada pihak yang mendapat untung (menang pilihan raya). Sedangkan ia satu taktik kotor. SPR sendiri pun sudah mengakui wujudnya nama-nama pengundi yang identitinya diragui. Ia turut disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), iaitu ada nama-nama berkenaan tiada dalam rekod JPN.
Paling diragui, dikatakan masih ada ramai nama pengundi yang umurnya melebihi 100 tahun dan beribu-ribu pula yang telah mati masih kekal sebagai pengundi sah. Justeru segala keraguan senarai pemilih itu pasti bersifat mungkar yang perlu dicegah. Justeru pengundi hantu adalah mungkar yang merosakkan amalan demokrasi dan di sisi Islam sesuatu yang mungkar, ia perlu dicegah.
Jika tidak dicegah, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pengundian dan ia memungkinkan pula ada pihak-pihak yang berkepentingan atau yang berkuasa, mengambil kesempatan untuk memastikan atas nama pengundi hantu itu ada pihak yang boleh hadir mengundi.
Kedua, persoalan pengundi hantu itu telah banyak kali dibangkitkan kepada pihak SPR sendiri. Termasuklah atas nama parti PAS dan juga pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah acap kali membangkitkan, malah menyerahkan memerandum kepada SPR agar dapat diselesaikan. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar telah berjumpa wakil SPR yang disertai Datuk Nordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha SPR bersama Pengarah SPR Kelantan, dan turut menyampaikan maklumat sama untuk diambil tindakan pembersihan nama pemilih yang diragui termasuk yang mati.
Tidak ketinggalan juga, setiap kali pihak PAS menyertai siri-siri pilihaan raya kecil sepanjang tempoh 2008 hingga 2011 seperti pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Manek Urai, Galas, Bagan Pinang, Merlimau dan Kerdau yang kesemuanya pihak parti PAS sentiasa mengemukakan bukti-bukti mengenai keraguan dan ketidak telusan dalam proses pilihan raya.
Berikutnya pula, menerusi Pejabat Agung PAS, pihak Setiausaha Agung bersama dengan Pengarah Pilihan Raya PAS acap kali mengunjungi SPR berbincang dan menyampaikan pandangan termasuk memorandum untuk SPR mengambil langkah sewajar. Paling terkini lagi, pihak PAS turut menghantar wakil dalam jawatanakasa terpilih parlimen untuk penambahbaikan pilihan raya.
Namun, kesemuanya tiada hasil yang memuaskan. Dengan sebab itu, pendekatan NGO menubuhkan BERSIH dilihat sebagai saluran untuk rakyat bersama-sama menzahirkan tuntutan bersama agar pihak Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno sekarang mengambil langkah positif ke arah penambahbaikan proses pilihan raya di negara ini.
Ketiga, cuba renungkan sejenak sekiranya pihak PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat berada sebagai penguasa Kerajaan, kemudian mengekalkan keadaan senarai pengundi hantu, pengundi mati dan seumpamanya dalam setiap kali pilihan raya, apakah pihak Umno dan Barisan Nasional tidak akan marah? Kita yakin Umno pun akan marah, maka apa sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh marah? Maka seadilnya pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib dapat berlapang dada untuk melakukan sesuatu penambahbaikan pilihan raya. Tidaklah sampai membebankan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membincangkan apa-apa fatwa atas perkara yang sudah terang lagi bersuluh.
Keempat, berhubung dengan maruah fatwa. Sebenarnya menurut rekod, Umno sendiri sudah banyak kali didapati tidak mematuhi fatwa. Ia jelas mencabar maruah fatwa itu sendiri. Antaranya berhubung larangan meletakkan kalungan bunga di tugu pahlawan jelas tidak dipatuhi. Begitu juga, pernah Mufti Perak sekarang menegur secara sinis akan perbuatan Perdana Menteri dan isterinya yang hadir ke kuil Batu Caves bersubhat dengan perayaan agama Hindu.
Malah paling besar, berapa ramai pemimpin Umno dan isteri masing-masing yang melanggari (engkar) adab dan hukum pergaulan dalam Islam, sehingga ada pemimpin Melayu (baca Islam menurut hemat Umno) yang menari tanpa menutup aurat di depan khalayak. Sedangkan perintah menutup aurat adalah hukum Allah yang termaktub di dalam Al-Quran. Jelas, Umno sendiri sudah tidak patuh kepada fatwa hinggakan hukum Al-Quran pun tidak dipatuhi. Apakah boleh kita katakan, yang Umno ini, hak Allah pun dia tolak?
Seterusnya yang kelima ketahuilah, sesungguhnya perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti ialah sejumlah pahala bukannya dosa. Tinggal lagi, bagaimana kita dan pemimpin Umno tetap yakin bahawa kita akan dapat pahala. Sedangkan pahala itu datangnya dari Allah, kerana Nabi Muhammad sendiri tidak boleh beri pahala kepada umatnya. Dalam hal ini, kita kena ingat, tatkala kita semua dibangkitkan di akhirat, hanya pahala bakal menyelamat kita. Kerana pahala seumpama ‘foreign currency’ (tukaran antara kebaikan dunia dengan untung akhirat) yang bakal dibentang di akhirat dan pasti menguntungkan sebagi tiket ke syurga.
Persoalannya, bagaimana bagi Umno yang berjuang atas nama bangsa itu akan menerima pahala dari Allah. Sedangkan amalan dan dasarnya semacam menjauhi pahala. Antaranya masih mengekalkan nilai pilihan raya yang tidak bersih––kotor, berat sebelah dan tiada ketelusan sehingga banyak perkara yang diragui tentang pilihan raya itu sendiri. Apakah semua nilai yang tidak bersih sedang dikawal oleh pemimpin Umno ini tidak akan disoal di hari pembalasan kelak? Kita yakin, pemimpin Umno pun masih ingat akan hari pembalasan. Sesungghuhnya Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya :
Natijahnya untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak semestinya dengan pahala. Justeru itu, kita kena ikut landasan iman dan ehsan bagi meningkatkan amalan ibadat dan asas-asas ketakwaan kita terhadap perintah Allah SWT.
Maka lihatlah kepada perjalanan demokrasi di negara ini sekarang, mana-mana yang bercanggah dengan nilai-nilai keimanan dan keehsanan serta meruntuhkan ketakwaan pastikan ia diperbaiki demi mencapai keredaan Allah. Hanya keredaaan Allah jua bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.
Sumber HD : 9/05/2012
KOTA BHARU: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas sambutan menggalakkan terhadap laman sosialnya (Facebook - FB) yang kini mempunyai capaian lebih 664,000.
Menteri Besar berkata, laman sosial tersebut dijadikan sebagai bahan rujukan semua pihak kerana banyak maklumat terkini dimuatkan dalam Facebook.
“Saya amat gembira kerana melalui Facebook ini rakyat di seluruh negara mendapat maklumat tepat dan cepat, maklumlah kalau nak harapkan media lain tu agak sukarlah sikit,” katanya ketika merasmikan pelancaran Rangkaian TV Kelantan(RTV) di Dewan Teratai hari ini.
RTV dibangunkan Jabatan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.
Beliau juga berkata, penyebaran bahan fitnah yang semakin berleluasa sekarang merupakan perbuatan kurang bermoral.
Malangnya kata beliau media tradisional pula menyiarkan berita mengenai fitnah di muka hadapan akhbar mereka bagi menarik perhatian lebih ramai pembaca.
Oleh itu beliau berharap pelancaran RTV yang dimiliki kerajaan negeri dapat mengelakkan sebarang penyebaran berita yang berunsur fitnah.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, RTV dilahirkan selepas usaha kerajaan negeri sejak 22 tahun lalu untuk memiliki siaran TV sendiri tidak diberi kelulusan kerajaan pusat.
“Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menggunakan perkembangan teknologi maklumat untuk menyediakan rangkaian TV sendiri.
“Perkembangan internet membolehkan kerajaan Kelantan mewujudkan satu kumpulan kerja untuk membangunkan penyiaran TV melalui internet yang dikenali sebagai RTV,” ujar beliau.
Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, ketua jajahan dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Muhammad Fadzli juga berkata kerajaan negeri turut menyediakan alat khas (recorder) di setiap kawasan Dun untuk menyalurkan maklumat semasa kepada rakyat.
“Melalui alat tersebut orang ramai boleh menonton RTV secara jelas dan boleh mendapat maklumat terkini lebih cepat,” ujarnya.
Sumber HD : 23/05/2012
JOHOR BAHRU – Sifat merendah diri dan zuhud terserlah ketika Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS ingin mengeluarkan wang lalu dompetnya terjatuh di atas lantai pada program Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor di Dataran Dahlia, dekat sini, baru-baru ini.
Menariknya, apabila dompetnya itu hanyalah sekeping sampul surat biasa telah membuatkan ramai yang terkejut dan sukar untuk mempercayai seorang yang bertaraf menteri besar hanya memiliki sesuatu seperti demikian.
Ibn bacoks ketika merakamkan gambar tersebut sempat mendengar bisikan-bisikan ramai dengan pelbagai ungkapan takjub kerana teruja dengan peribadi yang ditonjolkan secara sepontan oleh tokoh pujaan ramai itu.
Aksi spontan itu disaksikan lebih 10,000 orang ketika Menteri Besar Kelantan itu ingin menurunkan tandatangan pada signbord simbolik kepada kepulangan Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS ke Johor.
Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan ringkas, Salahuddin menceritakan pengalamannya sewaktu memenuhi undangan makan malam daripada sebuah keluarga miskin di utara semenanjung.
Katanya, dua keping getah yang disidai di tempat yang berasingan itu difahamkan untuk sara hidup anak beranak, manakala selebihnya untuk perjuangan.
Beliau yang terharu dengan pengorbanan seorang yang dianggap dhaif, tetap mahu berjuang sekalipun tinggal hanyalah sekeping getah demi kelangsungan jemaah.
”Pakcik itu boleh berjuang hidup mati hanya untuk Islam, apalah yang ada pada diri saya. Saya serahkan diri pada Allah. Balik ke Johor untuk bertanding. Itu niat (ikhlas) saya,” katanya lagi bernada merendah diri.
Sumber HD : 4/07/2012
Sumber HD - 1-4-2013
TGNAANM : http://www.youtube.com/watch?v=SljCOQh3rGE
Sumber HD - 15-4-2013
BICARA CINTA TGDSBS TGNAANM :
https://www.youtube.com/watch?v=FiNtXeDRqfc
Sumber TVP - 15-4-2013
Beliau berumur 82 tahun...
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia.
Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.
Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.
Rumahnya (gambar kanan) pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".
Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetahuinya:
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama.
Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.
Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.
Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249. Ketika menang besar ini beliau melepaskan jawatannya dan diserahkan kepada timbalannya untuk meneruskan perjuangan.
Beliaulah bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990 - 2013) iaitu Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
TO GURU KU SAYANG :
http://www.youtube.com/watch?NR=1&feature=fvwp&v=jkq6z62mXYI
Sumber HD - 7-5-2013
“Ketahuilah bahawa Islam menggesa supaya menggunakan ‘fikiran’. Haatuu…. burhaanakum, bukannya ‘haatuu….ISA’.
Tidak, tidak. Haatuu…gari tangan, tidak.
(Gambar: Tuan Guru melihat replika Masjid Maahad Muhammadi Perempuan.)
“Sikit-sikit, ISA, terutama kepada pejuang Islam dan penyokong PAS terdiri dari ulama dan tuk guru pondok, suatu masa dahulu.
“Pejuang PAS dan tuk guru Pondok ramai telah dikenakan ISA, bahkan berada dalam tahanan ISA itu sendiri tidak boleh diziarahi keluarga, tidak boleh dihubungi peguam. Punya ganas perbuatan itu, lebih daripada komunis," katanya.
Beliau yang juga Mursyidul Am PAS mendakwa demikian ketika mengkisahkan kezaliman dilakukan pihak pemerintah masa lalu terhadap ahli dan penyokong PAS di negeri ini, menguatkan tekadnya berjuang dalam PAS.
Beliau berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Intan Maahad Muhammadi, Pelancaran Logo Jubli Intan, Penganugerahan Tokoh Jubli Intan dan Pelancaran Tabung Pembinaan Masjid Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) di sini tengah hari tadi.
Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri , Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan timbalannya Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhamad.
Pengarah Yayasan Islam Kelantan Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan serta Yang Dipertua Persatuan Bekas Pelajar Maahad Muhammadi (Alumni MM) Muhammad Yunan Mahmood.
Tuan Guru Nik Aziz turut mengkisahkan sejarah awal pembabitannya dalam PAS apabila dicalonkan bertanding di Dewan Undangan Negeri Kelantan Hilir melawan calon Perikatan, Tengku Noor Asiah.
Kekosongan kerusi itu kerana kematian Allahyarham Haji Mat Prai.
“Justeru, apabila pilihanraya berlangsung, saya menang dengan kelebihan 3,000 undi. Dan mulai hari itulah saya menjadi wakil rakyat sehingga ke hari ini, dan nak berhenti bila, tidak tahu," ujarnya.
Mursyidul Am PAS itu berkata, dalam perkembangan terbaru politik PAS, beliau dikunjungi rombongan kaum Cina merayu supaya beliau terus bertanding walaupun Umno BN sangat anti beliau menjadi Menteri Besar.
“Perkembangan terbaru, kaum Cina datang berjumpa saya. Mereka kata, Tuk Guru kena bertanding, menjadi Perdana Menteri dan Tuk Guru jangan mati.
“Cina tak beri saya mati. Umno tidak setuju kepada saya, tapi Cina setuju. Mereka kata, Tuk Guru jangan mati, bahkan bertanding di Dun dan Parlimen," katanya.
Beliau melahirkan kebanggaannya kini menjadi Menteri Besar, dari seorang ‘anak pondok’ kemudian menjadi Menteri Besar dan melakukan banyak dasar negeri yang diselaraskan dengan Islam dan PAS.
Beliau telah mengarahkan supaya wang simpanan kerajaan negeri yang disimpan dalam bank yang mengamalkan riba disimpan dalam Bank Islam.
Menteri Besar turut mengarahkan penggubalan Undang-Undang Hudud yang kemudiannya diluluskan Dewan Undangan Negeri sebagai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.
Pada majlis itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat diisytiharkan Tokoh Jubli Intan, Maahad Muhammadi.
Sumber HD : 31/03/2012
Zuriat Wali Songo kunjungi Nik Aziz
Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, | 18 Apr 2012 |
(Tuan Guru Nik Aziz menatang bekas air untuk para tetamunya dari Indonesia)
PENGKALAN CHEPA, 18 April: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menerima rombongan Pertubuhan Zuriat Wali Songo Se Indonesia malam tadi di rumahnya Pulau Melaka.
Seramai 23 anggota rombongan yang diketuai pengetuanya, Dr Dhiyauddin mengambil kesempatan bertemu Tuan Guru sempena lawatannya selama dua hari di Kelantan.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengetua Penalti Nasab Wali Songo, Kiyai Ali Badri.
Dhiya ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana dapat bertemu seorang ulama yang telah lama dirindui beliau sebelum ini.
Katanya, hasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru telah lama disimpan, bagaimanapun baru kini berkesempatan bertemu.
“Saya begitu tertarik dengan perwatakannya yang lembut, sederhana sekali kehidupannya yang begitu menyentuh perasaan saya.
“Beruntung rakyat Kelantan kerana dapat pemimpin yang wara’ sepertinya, subhanallah saya cukup terpegun,”ujarnya.
Rombongan ini juga seakan tidak percaya apabila Tuan Guru menatang sendiri juadah untuk mereka malam tadi.
Ali pula berkata, pihaknya telah menjelajah beberapa negara di nusantara ini untuk menjejaki keturunan Wali Songo.
“Alhamdulillah syukur, di Kelantan juga kami telah bertemu beberapa orang dalam pencarian kami,”ujarnya.
Sumber HD : 18/04/2012
Tuan Guru Nik Aziz, hero saya - Tan Sri Kadir
Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir, | 07 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Bekas menteri Kabinet yang juga veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, hari ini mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau mengambil waktu lebih sejam beramah mesra dengan Tuan Guru di Pejabat Menteri Besar bermula 11.25 pagi tadi.
Turut bersamanya, Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.
Kadir dilihat begitu gembira dapat bertemu dengan Tuan Guru, malah sebaik sahaja bersalam dengan Tuan Guru terus bertanya; “Apa khabar Tuan Guru…hero saya ni,” ujarnya sambil menoleh kepada media.
Kadir ketika ditemui selepas itu memberitahu setiap pemimpin di negara ini perlu menghormati mana-mana pemimpin negeri yang mereka hadiri.
Malah, katanya sebagai seorang tetamu mereka perlu bertemu dengan pemimpin berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Menteri Besar sebelum ini terhadap pemimpin pusat termasuk menteri kabinet yang tidak mengunjungi Pejabat Menteri Besar ketika membuat program di negeri ini.
“Saya bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru dan memang itu yang sepatutnya. Saya sebelum ini lebih tiga kali bertemu Tuan Guru datang ke pejabatnya, makan nasi tengahari lagi,” ujarnya.
Sebelum ini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita terhadap menteri-menteri dan timbalannya yang datang ke negeri ini tetapi tidak pernah mengunjungi pejabat beliau.
Katanya, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalannya mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.
Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan awal Mei ini Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Mengulas aktiviti politiknya kini, Kadir turut memberitahu jadualnya begitu padat sekarang kerana mendapat jemputan ceramah oleh pimpinan PAS hampir seluruh negara.
Kadir yang juga bekas menteri penerangan kini kembali aktif dalam politik bersama pembangkang selepas mengumumkan keluar dari Umno awal April lalu.
“Ada di antaranya saya tidak dapat nak penuhi sebab jadual saya begitu penuh,”ujarnya sambil ketawa.
Malam ini beliau dijangka menyampaikan ceramahnya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa di Pejabat PAS Kawasan Bachok.
Sumber HD : 7/05/2012
Rantau Panjang cadang TG Nik Aziz tanding 2 kerusi
Yaakub Dasan, | 07 Mei 2012 |
RANTAU PANJANG: Agen tempat mengundi (polling agent) PAS dan Pakatan Rakyat perlu memainkan peranan lebih berkesan memandangkan semakin ramai penjawat awam disenaraikan sebagai pengundi pos.
Malah isteri anggota tentera yang tidak ada kaitan dengan aspek keselamatan juga dimasuk dalam senarai pengundi pos.
Bendahari PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah jumlah pengundi pos memberi cabaran besar kepada polling agent.
“Malah perlu juga diawasi kerana peti undi pos disimpan selama tiga hari di bawah jagaan SPR sebelum tarikh mengundi sebenar diadakan di semua kawasan terlibat,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PAS Rantau Panjang di Pusat Tarbiyah di sini semalam.
Beliau yang juga anggota Parlimen Pengkalan Chepa berkata, polling agent mempunyai tugas paling mencabar sekarang kerana mereka boleh mengesan sebarang penyelewengan dan penipuan di tempat mengundi.
Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Timbalan Yang Dipertua, Datuk Nasruddin Daud dan dan naib, Mohamad Awang.
Abdul Halim juga berkata, PAS perlu memperkemaskan jentera pilihan raya dan mengelakkan membuat janji-janji untuk menyedapkan hati rakyat semata-mata.
Sementara itu PAS Rantau Panjang melulus usul cawangan Banggul Setol yang mahu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertanding dua kerusi dalam PRU 13 iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
“Semua perwakilan bersetuju menerima usul tersebut tanpa bahas memandangkan ia selari dengan kehendak parti mengatur strategi menawan Putrajaya,” kata Abdul Fatah.
Manakala Cawangan Tiang Candi mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuh Yayasan Tanah Wakaf Pendidikan bagi membiayai pengajian pelajar-pelajar miskin di pusat pengajian tinggi.
Sumber HD : 7/05/2012
Pertembungan fatwa di Medan Tahrir
09 Mei 2012 |
Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajarnya, pasti pengakhirnya ialah pembalasan di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia perlu selari dengan prinsip agama yang membolehkannya sampai ke syurga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kahidupan yang menjurus ke neraka.
Mengingatkan peristiwa perhimpunan besar rakyat Mesir di Medan Tahrir Kaherah, ia berlaku dalam keadaan percanggahan fatwa antara ahli jemaah fatwa Mesir dengan pengerusi majlis ulama sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradawi. Jemaah fatwa kata tidak boleh berhimpun, sementara Al-Qaradawi kata boleh berhimpun untuk menentang mungkar.
(Perhimpunan di Medan Tahrir, Mesir tanpa restu majis fatwa negara itu)
Justeru lebih 10 juta rakyat Mesir keluar menyahut seruan Al-Qaradawi. Hebatnya fatwa Al-Qaradawi itu, regim Mubarak terguling dan suatu pilihan raya diadakan. Syukur ke hadrat Allah, parti sekutu Ikhwanul Muslimun telah menang dan harapannya cahaya Islam terus gemilang di Mesir.
Meskipun di sebalik perhimpunan besar Medan Tahrir ada pihak tidak setuju kerana ada kejadian pertempuran dan kekecohan, namun ia sebagai nilai tribulasi yang mengharmonikan politik bernegara yang sebelumnya bergelumang dengan mungkar menyebabkan pelbagai kekecewaan umat Islam.
Namun kesannya peristiwa di Medan Tahrir itu, muncullah nilai harmoni politik bernegara berteraskan nilai-nilai keadilan sejagat bertunjangkan Islam. Hakikatnya, urusan menentang perkara mungkar adalah tanggungjawab yang wajib.
Firman Allah SWT:
Bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya” (Al-Nahl 16:90).
Bayang daripada peristiwa perhiumpunan besar Medan Tahrir pastinya tidaklah bertaraf perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Bersih 3.0 adalah sumbangan besar rakyat yang perihatin dengan kemelut politik Melaysia yang masih bergelumang dengan kekotoran yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum ke-13.
Justeru Bersih 3.0 adalah bermatlamat untuk menuntut pilihan raya yang bersih agar berlaku suatu proses pemilihan rakyat secara adil dan telus. Matlamat ini tidaklah serupa dengan perhimpunan Medan Tahrir yang mengulingkan regim Mubarak. Maka sewajarnya matlamat Bersih 3.0 dapat disokong sama pihak Majlis
Fatwa Kebangsaan.
(Perhimpunan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Dataran Merdeka)
Namun begitu, lain pula ceritanya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat amat berprasangka terhadap kesedaran rakyat Malaysia yang terluah menerusi perhimpunan Bersih 3.0. Justeru semua pihak harus merenung beberapa persoalan yang dapat memberi penilaian seadilnya kepada logiknya perhimpunan Bersih 3.0.
Pertama, apakah kerja memasukkan sejumlah pengundi hantu (menyebabkan senarai pendaftaran pemilih jadi kotor)merupakah kerja maaruf? Ketahuilah, kerana wujudnya pengundi hantu itu, ada pihak yang mendapat untung (menang pilihan raya). Sedangkan ia satu taktik kotor. SPR sendiri pun sudah mengakui wujudnya nama-nama pengundi yang identitinya diragui. Ia turut disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), iaitu ada nama-nama berkenaan tiada dalam rekod JPN.
Paling diragui, dikatakan masih ada ramai nama pengundi yang umurnya melebihi 100 tahun dan beribu-ribu pula yang telah mati masih kekal sebagai pengundi sah. Justeru segala keraguan senarai pemilih itu pasti bersifat mungkar yang perlu dicegah. Justeru pengundi hantu adalah mungkar yang merosakkan amalan demokrasi dan di sisi Islam sesuatu yang mungkar, ia perlu dicegah.
Jika tidak dicegah, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pengundian dan ia memungkinkan pula ada pihak-pihak yang berkepentingan atau yang berkuasa, mengambil kesempatan untuk memastikan atas nama pengundi hantu itu ada pihak yang boleh hadir mengundi.
Kedua, persoalan pengundi hantu itu telah banyak kali dibangkitkan kepada pihak SPR sendiri. Termasuklah atas nama parti PAS dan juga pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah acap kali membangkitkan, malah menyerahkan memerandum kepada SPR agar dapat diselesaikan. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar telah berjumpa wakil SPR yang disertai Datuk Nordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha SPR bersama Pengarah SPR Kelantan, dan turut menyampaikan maklumat sama untuk diambil tindakan pembersihan nama pemilih yang diragui termasuk yang mati.
Tidak ketinggalan juga, setiap kali pihak PAS menyertai siri-siri pilihaan raya kecil sepanjang tempoh 2008 hingga 2011 seperti pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Manek Urai, Galas, Bagan Pinang, Merlimau dan Kerdau yang kesemuanya pihak parti PAS sentiasa mengemukakan bukti-bukti mengenai keraguan dan ketidak telusan dalam proses pilihan raya.
Berikutnya pula, menerusi Pejabat Agung PAS, pihak Setiausaha Agung bersama dengan Pengarah Pilihan Raya PAS acap kali mengunjungi SPR berbincang dan menyampaikan pandangan termasuk memorandum untuk SPR mengambil langkah sewajar. Paling terkini lagi, pihak PAS turut menghantar wakil dalam jawatanakasa terpilih parlimen untuk penambahbaikan pilihan raya.
Namun, kesemuanya tiada hasil yang memuaskan. Dengan sebab itu, pendekatan NGO menubuhkan BERSIH dilihat sebagai saluran untuk rakyat bersama-sama menzahirkan tuntutan bersama agar pihak Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno sekarang mengambil langkah positif ke arah penambahbaikan proses pilihan raya di negara ini.
Ketiga, cuba renungkan sejenak sekiranya pihak PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat berada sebagai penguasa Kerajaan, kemudian mengekalkan keadaan senarai pengundi hantu, pengundi mati dan seumpamanya dalam setiap kali pilihan raya, apakah pihak Umno dan Barisan Nasional tidak akan marah? Kita yakin Umno pun akan marah, maka apa sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh marah? Maka seadilnya pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib dapat berlapang dada untuk melakukan sesuatu penambahbaikan pilihan raya. Tidaklah sampai membebankan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membincangkan apa-apa fatwa atas perkara yang sudah terang lagi bersuluh.
Keempat, berhubung dengan maruah fatwa. Sebenarnya menurut rekod, Umno sendiri sudah banyak kali didapati tidak mematuhi fatwa. Ia jelas mencabar maruah fatwa itu sendiri. Antaranya berhubung larangan meletakkan kalungan bunga di tugu pahlawan jelas tidak dipatuhi. Begitu juga, pernah Mufti Perak sekarang menegur secara sinis akan perbuatan Perdana Menteri dan isterinya yang hadir ke kuil Batu Caves bersubhat dengan perayaan agama Hindu.
Malah paling besar, berapa ramai pemimpin Umno dan isteri masing-masing yang melanggari (engkar) adab dan hukum pergaulan dalam Islam, sehingga ada pemimpin Melayu (baca Islam menurut hemat Umno) yang menari tanpa menutup aurat di depan khalayak. Sedangkan perintah menutup aurat adalah hukum Allah yang termaktub di dalam Al-Quran. Jelas, Umno sendiri sudah tidak patuh kepada fatwa hinggakan hukum Al-Quran pun tidak dipatuhi. Apakah boleh kita katakan, yang Umno ini, hak Allah pun dia tolak?
Seterusnya yang kelima ketahuilah, sesungguhnya perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti ialah sejumlah pahala bukannya dosa. Tinggal lagi, bagaimana kita dan pemimpin Umno tetap yakin bahawa kita akan dapat pahala. Sedangkan pahala itu datangnya dari Allah, kerana Nabi Muhammad sendiri tidak boleh beri pahala kepada umatnya. Dalam hal ini, kita kena ingat, tatkala kita semua dibangkitkan di akhirat, hanya pahala bakal menyelamat kita. Kerana pahala seumpama ‘foreign currency’ (tukaran antara kebaikan dunia dengan untung akhirat) yang bakal dibentang di akhirat dan pasti menguntungkan sebagi tiket ke syurga.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam “Sijjiin” (Al-Mutaffifiin 83:4-7).
Maksudnya: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan – Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan (Al-Mutaffifiin 83:11).
Natijahnya untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak semestinya dengan pahala. Justeru itu, kita kena ikut landasan iman dan ehsan bagi meningkatkan amalan ibadat dan asas-asas ketakwaan kita terhadap perintah Allah SWT.
Maka lihatlah kepada perjalanan demokrasi di negara ini sekarang, mana-mana yang bercanggah dengan nilai-nilai keimanan dan keehsanan serta meruntuhkan ketakwaan pastikan ia diperbaiki demi mencapai keredaan Allah. Hanya keredaaan Allah jua bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.
Sumber HD : 9/05/2012
Peminat FB Tok Guru Nik Aziz kini 664,000
Mohd Nor Yahya, | 23 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa terharu di atas sambutan menggalakkan terhadap laman sosialnya (Facebook - FB) yang kini mempunyai capaian lebih 664,000.
Menteri Besar berkata, laman sosial tersebut dijadikan sebagai bahan rujukan semua pihak kerana banyak maklumat terkini dimuatkan dalam Facebook.
“Saya amat gembira kerana melalui Facebook ini rakyat di seluruh negara mendapat maklumat tepat dan cepat, maklumlah kalau nak harapkan media lain tu agak sukarlah sikit,” katanya ketika merasmikan pelancaran Rangkaian TV Kelantan(RTV) di Dewan Teratai hari ini.
RTV dibangunkan Jabatan Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.
Beliau juga berkata, penyebaran bahan fitnah yang semakin berleluasa sekarang merupakan perbuatan kurang bermoral.
Malangnya kata beliau media tradisional pula menyiarkan berita mengenai fitnah di muka hadapan akhbar mereka bagi menarik perhatian lebih ramai pembaca.
Oleh itu beliau berharap pelancaran RTV yang dimiliki kerajaan negeri dapat mengelakkan sebarang penyebaran berita yang berunsur fitnah.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, RTV dilahirkan selepas usaha kerajaan negeri sejak 22 tahun lalu untuk memiliki siaran TV sendiri tidak diberi kelulusan kerajaan pusat.
“Kerajaan negeri telah mengambil inisiatif menggunakan perkembangan teknologi maklumat untuk menyediakan rangkaian TV sendiri.
“Perkembangan internet membolehkan kerajaan Kelantan mewujudkan satu kumpulan kerja untuk membangunkan penyiaran TV melalui internet yang dikenali sebagai RTV,” ujar beliau.
Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud, wakil-wakil rakyat, ketua jajahan dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Muhammad Fadzli juga berkata kerajaan negeri turut menyediakan alat khas (recorder) di setiap kawasan Dun untuk menyalurkan maklumat semasa kepada rakyat.
“Melalui alat tersebut orang ramai boleh menonton RTV secara jelas dan boleh mendapat maklumat terkini lebih cepat,” ujarnya.
Sumber HD : 23/05/2012
Dompet Tok Guru Hanya Sampul Surat
http://ibn75.wordpress.com/, | 04 Jul 2012 |
Menariknya, apabila dompetnya itu hanyalah sekeping sampul surat biasa telah membuatkan ramai yang terkejut dan sukar untuk mempercayai seorang yang bertaraf menteri besar hanya memiliki sesuatu seperti demikian.
Ibn bacoks ketika merakamkan gambar tersebut sempat mendengar bisikan-bisikan ramai dengan pelbagai ungkapan takjub kerana teruja dengan peribadi yang ditonjolkan secara sepontan oleh tokoh pujaan ramai itu.
Aksi spontan itu disaksikan lebih 10,000 orang ketika Menteri Besar Kelantan itu ingin menurunkan tandatangan pada signbord simbolik kepada kepulangan Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS ke Johor.
Sementara itu, ketika menyampaikan ucapan ringkas, Salahuddin menceritakan pengalamannya sewaktu memenuhi undangan makan malam daripada sebuah keluarga miskin di utara semenanjung.
Katanya, dua keping getah yang disidai di tempat yang berasingan itu difahamkan untuk sara hidup anak beranak, manakala selebihnya untuk perjuangan.
Beliau yang terharu dengan pengorbanan seorang yang dianggap dhaif, tetap mahu berjuang sekalipun tinggal hanyalah sekeping getah demi kelangsungan jemaah.
”Pakcik itu boleh berjuang hidup mati hanya untuk Islam, apalah yang ada pada diri saya. Saya serahkan diri pada Allah. Balik ke Johor untuk bertanding. Itu niat (ikhlas) saya,” katanya lagi bernada merendah diri.
Sumber HD : 4/07/2012
DAP90: Nik Aziz enggan ulas, karut semua tu
Salmah Mat Husain, | 09 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa DAP bakal bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU13 nanti.
Bagaimanapun, beliau hanya berkata “karut semua tu”.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.
Katanya, beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak membabitkan soal PAS.
“Saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan PAS sahaja,” ujarnya.
Walaupun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Tuan Guru tetap tidak mahu mengulasnya.
Pada masa yang sama beliau turut menyangkal PAS telah sasar beberapa kerusi yang ingin ditandingi, sebaliknya memberitahu selepas sahaja parlimen dibubarkan, ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.
Sumber HD : 9/07/2012

Ramadhan: Peluang merawat hati dan iman
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, | 19 Jul 2012 |
Bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana kita masih diberi peluang oleh-Nya dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1433H, bulan yang mulia (Ramadhan Karim).
Sempena dengannya. marilah kita merenung perjalanan masa kita hidup ini, kita telah memanfaat segala anggota tubuh badan bagi menyempurnakan segala urusan seharian. Jika diibarat sebuah motokar yang kita pakai sehari-hari, akan ada masanya kita perlu bawa motokar ke bengkel untuk diservis atau mungkin perlu dioverhaul bagi memulih dan menjaga kondisi motokar sentiasa berkeadaan baik.
Demikian juga tubuh kita, kena jaga dan perlu dibersihkan luar dan dalam. Maka sampainya Ramadhan adalah bulan untuk kita membersihkan aspek dalaman kita agar pelbagai penyakit berkaitan dengan hati dan iman dapat diubati dengan cara berpuasa dan beribadat. Antara penyakit ialah penyakit syirik, takabur, ujub (seronok sendiri), hasad-dengki, niqmah (dendam), riak (menunjuk-nujuk) dan sebagainya. Maka ibadat sepanjang Ramadhan adalah penawar mujarab bagi semua jenis penyakit ini.
Oleh yang demikian, amalan puasa Ramadhan ini diwajibkan oleh Allah sekali setahun antaranya bertujuan supaya manusia melawan nafsu dalam diri, terutama nafsu makan dan minum. Dengan melawan nafsu kita telah melatih diri untuk menghayati bagaimana mengawal hati dan iman supaya tunduk kepada perintah Allah Taala. Di sebalik perintah Allah, wajib atas kita berhenti makan dan minum di siang hari selama sebulan. Meskipun perintah-Nya bercanggah dengan hak kita sendiri.
Apa yang utama, dengan cara puasa dan amal ibadat Ramadhan, ia sebagai cara untuk kita membendong perasaan tamak supaya tahu mana satu hak kita dan mana pula hak orang lain.
Oleh sebab itu, bulan Ramadhan ada kelebihan tertentu, antaranya dimuliakan dengan ibadat solat tarawih. Islam meletakkan solat tarawih sebagai sunat mua’akad dengan tujuan supaya manusia yakin dengan apa sahaja kelebihan yang disebut dalam Al-Quran. Ini kerana Al-Quran adalah sebagai buku panduan “How to Use”. Ibarat kita memandu motokar, bagaimana cara pemanduan yang selamat ada disebutkan dalam buku “How to Use.” Ini bermakna, pemanduan tanpa panduan yang betul, maka berkemungkinan motokar akan rosak dan tidak selamat.
Oleh yang demikian, manusia kena faham tujuan Allah menjadikan manusia. Firman-Nya:
Bermaksud, “Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (Surah Al-Baqarah 2:29).
Oleh sebab itu manusia yang ramai di dunia ini, perlu ada “How to Use” yakni sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan, jika tidak, akan porak peranda masyarakat. Firman Allah SWT:
Bermaksud, “Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Quran ini ialah panduan-panduan – yang membuka hati – dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman” (Surah Al-A’araf 7:203).
Bagi menjayakan perintah ini, Allah menetapkan dalam Al-Quran betapa setiap manusia akan berdepan dengan pembalasan dan pada hari pembalasan setiap manusia kena berdepan dengan Allah SWT. Firman-Nya:
Maksudnya, “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya” (Surah Ali-Imran 3:185).
Di akhirat kelak tidak guna lagi harta, tiada lagi benda untuk kita pujuk, bodek atau rasuah seumpama beli undi untuk masuk syurga. Harta yang kita banggakan di dunia ini sudah tidak berguna di akhirat. Hakikatnya semua manusia akan berdepan dengan suasana pembalasan. Firman Allah SWT:
Bermaksud, “Apabila berlaku hari kiamat itu. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)” (Surah Al-Waaqi’ah 56:1-3).
Oleh sebab itulah, diwajibkan sebut “maaliki yaumid-din” dalam segenap kali kita solat, Atas kerananya kita diwajid baca Surah Al-Fatihah dalam solat. Ini kerana intisarinya mengandungi maksud kita mohon dan merayu kepada Allah SWT, berserta dengan kita memuji Allah SWT..
Dalam ayat “maaliki yaumid-din” itu juga disebut “ad-din” iaitu lafaz “musytarikun” iaitu hari ‘agama’ sebagai al-jazak. Sedangkan lafaz “al-jazak” adalah makna asal dalam memahaami “maaliki yaumiddin”, tetapi hikmatnya yang tinggi digunakan “ad-din” supaya diyakini ketika itu berlaku pembalasan mengikut agama. Atas asas agamalah, segala akta, dan undang-undang yang digubal di parlimen atau sebarang keputusan oleh badan tertinggi di dunia seumpama Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mana yang tidak selaras dengan ad-din akan tertolak.
Memahami waqi’ sedemikian, bulan Ramadhan ini hendaklah dilalui dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Ia selari dengan kelebihan beribadat sepanjang Ramadhan akan meningkatkan takwa diri kita di sisi Allah SWT. Firman-Nya:
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” (Surah Al-Baqarah 2:183).
Selamat menyambut Ramadhan Al-Muabarak dengan penuh ketakwaan.
Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan merangkap Al-Mursyidul Am PAS.

Sumber HD : 19/07/2012
Tersentuh betoi jiwa tua Pak Long dengan cerita dari Nik Aziz neh... Tersentuh ngan, Kelantan tu kan ka negeri terbuang pasai diperintah pembangkang... Dah bertahun hak mereka dinafikan.
Jadi, mau tak mau pun kena pulun jugak la sedaya upaya depa, dengan kudrat yang terhad dan kemampuan yang tak seberapa, semata-mata nak bagi jugak rakyat depa rasai sikit nikmat pembangunan...
Duit ringgit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau dah salah guna. Macam yang Mak Long hang kata la, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...
Wassalam...
Sumber HD : 14/09/2012
(TG Nik Aziz menerima anugerah Tokoh Pendidik Nusantara)
Setinggi-tinggi Tahniah kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, kerana telah dinobatkan sebagai ‘Tokoh Pendidik Nusantara’ pada majlis anugerah di Shah Alam, 8 September 2012.
Sebenarnya Tuan Guru bukan hanya layak bergelar pendidik atau murabbi, malah seorang yang komited dengan apa yang disampaikan, sama ada melalui kuliah-kuliah rohani, tulisan beliau secara langsung atau tidak langsung.
Tulisan beliau mampu memikat golongan pendengar dari dalam dan luar negara termasuk golongan seniman seperti penulis novel Ayat-ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB) iaitu Habiburrahman Siraji dan juga para pelakon utama KCB iaitu Kholidi Asadil Alam dan Oki Setiana Dewi yang pernah bertandang ke Kelantan dan mengikuti kuliah pagi Jumaat beliau.
Penulis begitu yakin bahawa Tuan Guru tidak senang dengan pujian melambung yang diberikan ke atas dirinya, kerana pujian tersebut tidak memberi makna sedikitpun di dunia mahupun akhirat jika tidak menyusuli dengan tindakan positif.
Ini jelas daripada kenyataan beliau seusai ditabalkan sebagai tokoh pendidikan, di mana beliau menegaskan bahawa apa ertinya seorang manusia itu diberi penghormatan di dunia, tetapi menghadapi siksaan kubur.
Tegas beliau lagi, apa ertinya di dunia bagi seorang yang cerdik, tetapi tidak berjaya mendapat kehidupan bahagia di dalam syurga.
Firaun, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain adalah golongan cerdik tetapi kesudahan mereka menetap di dalam neraka, ini kerana mereka buat cara mereka sendiri dengan tidak mengikut cara yang diperkenalkan oleh baginda s.a.w.
Secara peribadi ingin penulis nyatakan di sini, bahawa Tuan Guru adalah seorang pendidik/murabi yang sangat berkesan dalam setiap kesempatan yang diberikan kepadanya, malah penampilan dan cara hidupnya yang sederhana juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menambat hati manusia yang cintakan kebenaran, bukan sahaja dalam kalangan orang-orang Islam, malah turut disegani dan dihormati oleh mereka yang bukan Islam. Inilah rahsia kejayaannya dalam mengekalkan Kelantan berada di bawah penguasaan PAS.
Tuan Guru dan kepimpinan
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik dalam segenap aspek kehidupan ummah hingga ke hari akhirat, baginda bukan sahaja menitik-beratkan persoalan kepimpinan negara dengan ‘Siyasah Syar’iyyah’, iaitu konsep Khilafah Islamiyyah yang merupakan teras seperti yang ditegaskan Allah dalam al-Quran.
Pada masa yang sama baginda mengurus tadbir negara dengan sistem pemerintahan Islam, baginda tidak menyisihkan aspek mauizhah/bimbingan/tarbiyyah, kerana hati-hati manusia perlu dipaut dengan elemen kebenaran, kerana merekalah yang menjadi pendukung tegar bagi merealisasikan kebenaran al-Quran dan ajaran Islam yang lain.
Rasanya jika penulis mahu mencatatkan sebahagian besar mauizhah yang disampaikan baginda sepanjang bergelar pemimpin dan murabbi, maka ruangan muhasabah ini tidak mampu untuk menyatakan semuanya, walau bagaimanapun penulis cuba membuktikan antara pendekatan mauidzah baginda dalam memandu para sahabat dan ummah untuk sampai kepada maksud perubahan total nilai-nilai kemanusiaan.
Syeikh Sa’id Hawwa dalam bukunya ‘Al-Islam’ pada halaman 13 juzuk ke-4, ada menukilkan sebuah hadis baginda s.a.w. yang bermaksud berdasarkan satu pertanyaan baginda kepada sahabat-sahabatnya :
“Bagaimana sikap/pendirian/sensitiviti kamu (wahai sahabat-sahabatku), jika terdapat dalam kalangan wanita (dalam kalangan kamu) yang melakukan perkara sumbang (tarhadap Allah dan Rasul-Nya), golongan remaja melakukan sesuatu yang menjurus kepada amalan fasiq dan kamu meninggalkan jihad?.
"Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah: Apakah perkara seumpama itu berlaku (dalam kalangan kami) duhai Rasulullah? Ya, demi sesungguhnya nyawaku di tangan (Allah), perkara yang lebih buruk daripada itu akan berlaku, apakah perkara yang buruk itu wahai Rasulullah?.
"Bagaimana sikap/pendirian/sensitiviti kamu (wahai sahabat-sahabatku), jika perkara yang makruf itu kamu lihat sebagai perkara yang mungkar dan sebaliknya perkara yang mungkar itu pula kamu lihat sebagai perkara yang makruf? para sahabat bertanya, wahai Rasulullah : Apakah perkara seumpama itu berlaku (dalam kalangan kami) duhai Rasulullah?
"Ya, demi sesungguhnya nyawaku di tangan (Allah), perkara yang lebih buruk daripada itu akan berlaku, apakah perkara yang buruk itu wahai Rasulullah?. Bagaimana sikap/pendirian/sensitiviti kamu (wahai sahabat-sahabatku), jika kamu suruh/subur-suburkan yang mungkar dan kamu cegah pula yang makruf."
Pembaca sekalian,
Sesungguhnya persoalan di atas bukan terbit daripada seorang ustaz yang menyampaikan kuliahnya di masjid atau surau, akan tetapi kenyataan di atas terbit dari seorang pemimpin negara yang amat prihatin dengan permasalahan rakyatnya, untuk memimpin mereka ke jalan kebenaran menuju Allah SWT.
Dengan lain perkataan baginda ingin mengeluarkan manusia dari penyembahan berhala dan manusia kepada penyembahan Tuhan segala manusia dalam gambaran aspeknya yang luas dan menyeluruh, termasuk soal ibadat, ekonomi, sistem kewangan, politik, institusi kemasyarakatan dan banyak lagi.
Tidakkah baginda Rasulullah seorang pemimpin nombor satu negara? Tetapi mengapakah baginda menitik-beratkan aspek mauizhah/tarbiyyah? Ini tidak lain kerana hati-hati manusia sering lalai daripada mengingati kebesaran Tuhan mereka lantaran pencapaian aspek kebendaan yang menjauhkan mereka daripada Allah SWT.
Justeru, sebagai umat Islam dan hamba Allah yang serba kerdil dan tidak sempurna ini, kita perlu mendaulatkan kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aktiviti harian hidup kita yang tercatat dalam kitab-kitab Sirah Nabawiyyah yang muktabar bagi mengembalikan kemulian dan keagungan Islam di persada alam ini, kerana sesungguhnya Sirah Nabi itu adalah pelaksanaan Islam secara praktikal.
Tuan Guru Menteri Besar, bukan sahaja menerajui kepimpinan negeri dengan acuan Islam, malah pada masa yang sama sentiasa bertindak mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. dengan menyampaikan segenap ajarannya secara praktikal, maka pada pagi Jumaat, beliau akan menyampaikan kuliah bertujuan untuk menyedarkan rakyatnya kepada Islam dalam segenap pendekatan dan dimensi Islam.
Beliau juga mahukan agar kepimpinan negeri yang menjadi cabinet pentabiran negeri juga adalah terdiri daripada mereka yang memiliki hati nurani yang sentsitif dengan elemen Islam, mengapa demikian?
Kerana bagaimana mungkin Islam akan dapat didaulatkan jika para pemimpin tidak menjadi golongan pengamal malah menjadi pelampau agama. Inilah aspek yang sering menjadi keutamaan kepimpinan Tuan Guru yang meletakkan mauidzah dan tarbiyyah sebagai teras kejayaan kepimpinannya.
Di mana mauizhah dan tarbiyyah disebar-luaskan hingga mencakupi segenap bentuknya, iaitu:
Tarbiyyah Ruhiyyah
Tarbiyyah Aqliyyah
Tarbiyyah Nafsiyyah
Tarbiyyah Siyasiyyah
Tarbiyyah Akhlaqiyyah
Tarbiyyah Imaniyyah
Tarbiyyah Jasadiyyah dan bermacam-macam lagi yang tidak dapat disenaraikan semuanya.
(TG Nik Aziz menerima buku Mauizhah dari penerbitnya, Masri Abu Soed)
Bagi memastikan matlamat dan momentum penjenamaan negeri Kelantan dengan Islam, Tuan Guru sentiasa meletakkan ‘Mauizhah dan Tarbiyyah’ sebagai agenda utama kerajaan negeri, justeru di samping mengurus tadbir negeri, pada masa yang sama Tuan Guru meletakkan kepimpinan Rasulullah s.a.w. sebagai rujukan, iaitu di samping mentadbir, beliau juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang terdiri daripada nukilan al-Quran, hadis dan Sirah Nabi serta pandangan sarjana Islam, antara hasil karya Tuan Guru:
1- MAUIZHAH
2- Tafsir Surah-surah Pilihan
3- Muhammad Bukan Nasionalis
4- Bertemu Janji Allah
5- Ingatlah Tempat Kamu Di Akhirat
6- Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman
7- Muhammad s.a.w. Jejak Junjungan Mulia
8- Taqwa
9- Asmaul Husna
10- Air Mata Di Mahsyar
11- Menjelang Turunnya Wahyu
12- Tazkiyah Jiwa dan Nafsu dan banyak lagi
Sesungguhnya pemilihan dan penabalan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘Tokoh Pendidik Nusantara’ sebagai satu pengiktirafan bahawa seorang pendidik tidak sahaja duduk di sekolah, masjid atau surau menyampaikan ilmu, maklumat dan kefahaman, akan tetapi pendidik juga mempunyai peranan yang lebih besar dalam mendidik rakyat dengan Islam untuk menuju keselamatan sebenar di dunia dan akhirat.
Ia sesuai dengan makna Islam itu sendiri iaitu menjamin keselamatan total daripada Allah SWT, mudah-mudah Kelantan salah satu negeri di Malaysia menepati piawaian ayat 15 surah Saba’ yang bermaksud: “Negeri yang baik, Tuhan (bersedia) mengampunkan rakyat-rakyatnya.”
Sumber HD : 18/09/2012
Cerita Nik Aziz yang menyentuh jiwa...
http://paklongonline.blogspot.com, | 14 Sep 2012 |
Laki Mak Long hang: Pak Long Din
Salam semua...Tersentuh betoi jiwa tua Pak Long dengan cerita dari Nik Aziz neh... Tersentuh ngan, Kelantan tu kan ka negeri terbuang pasai diperintah pembangkang... Dah bertahun hak mereka dinafikan.
Jadi, mau tak mau pun kena pulun jugak la sedaya upaya depa, dengan kudrat yang terhad dan kemampuan yang tak seberapa, semata-mata nak bagi jugak rakyat depa rasai sikit nikmat pembangunan...
"Beberapa tahun lepas, seorang tua datang ke rumah saya di waktu malam hanya untuk bertanya, bila nak bina jambatan di Kag Lapan Pari, Tok Sadang..? Hampir menitis air mata saya.. jambatan di situ hanya dibina dari kayu, dan cukup sempit.. rundingan sudah dibuat pada masa itu, namun pembinaan masih belum dimulakan...
"Hari ini.... Alhamdulillah jambatan itu telahpun siap, Insya-Allah jam 11.00 pagi ini saya akan berada di majlis perasmian Jambatan Lapan Pari, Kg Tok Sadang, Pengkalan Chepa... teringin sangat untuk saya bersua dengan orang tua tersebut. Sayangnya, saya tidak sempat menyelidik identitinya.... semoga Allah SWT merahmati rakyat negeri Kelantan yang terus memilih kerajaan yang berteraskan Membangun Bersama Islam.- FBAlhamdulillah... sekurang-kurangnya orang tua nih dapat mendidik rakyatnya mendaulatkan Islam ditempat yang sepatutnya. Sandaqkan tiap sesuatu pada Yang Maha Berkuasa...
Duit ringgit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau dah salah guna. Macam yang Mak Long hang kata la, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...
Wassalam...
Sumber HD : 14/09/2012
TG Nik Abdul Aziz dan Mauizhah
Ustaz Zainudin Hashim, | 18 Sep 2012 |
(TG Nik Aziz menerima anugerah Tokoh Pendidik Nusantara)
Setinggi-tinggi Tahniah kepada Tuan Guru Menteri Besar Kelantan, kerana telah dinobatkan sebagai ‘Tokoh Pendidik Nusantara’ pada majlis anugerah di Shah Alam, 8 September 2012.
Sebenarnya Tuan Guru bukan hanya layak bergelar pendidik atau murabbi, malah seorang yang komited dengan apa yang disampaikan, sama ada melalui kuliah-kuliah rohani, tulisan beliau secara langsung atau tidak langsung.
Tulisan beliau mampu memikat golongan pendengar dari dalam dan luar negara termasuk golongan seniman seperti penulis novel Ayat-ayat Cinta, Dalam Mihrab Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih (KCB) iaitu Habiburrahman Siraji dan juga para pelakon utama KCB iaitu Kholidi Asadil Alam dan Oki Setiana Dewi yang pernah bertandang ke Kelantan dan mengikuti kuliah pagi Jumaat beliau.
Penulis begitu yakin bahawa Tuan Guru tidak senang dengan pujian melambung yang diberikan ke atas dirinya, kerana pujian tersebut tidak memberi makna sedikitpun di dunia mahupun akhirat jika tidak menyusuli dengan tindakan positif.
Ini jelas daripada kenyataan beliau seusai ditabalkan sebagai tokoh pendidikan, di mana beliau menegaskan bahawa apa ertinya seorang manusia itu diberi penghormatan di dunia, tetapi menghadapi siksaan kubur.
Tegas beliau lagi, apa ertinya di dunia bagi seorang yang cerdik, tetapi tidak berjaya mendapat kehidupan bahagia di dalam syurga.
Firaun, Abu Jahal, Abu Lahab dan lain-lain adalah golongan cerdik tetapi kesudahan mereka menetap di dalam neraka, ini kerana mereka buat cara mereka sendiri dengan tidak mengikut cara yang diperkenalkan oleh baginda s.a.w.
Secara peribadi ingin penulis nyatakan di sini, bahawa Tuan Guru adalah seorang pendidik/murabi yang sangat berkesan dalam setiap kesempatan yang diberikan kepadanya, malah penampilan dan cara hidupnya yang sederhana juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menambat hati manusia yang cintakan kebenaran, bukan sahaja dalam kalangan orang-orang Islam, malah turut disegani dan dihormati oleh mereka yang bukan Islam. Inilah rahsia kejayaannya dalam mengekalkan Kelantan berada di bawah penguasaan PAS.
Tuan Guru dan kepimpinan
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik dalam segenap aspek kehidupan ummah hingga ke hari akhirat, baginda bukan sahaja menitik-beratkan persoalan kepimpinan negara dengan ‘Siyasah Syar’iyyah’, iaitu konsep Khilafah Islamiyyah yang merupakan teras seperti yang ditegaskan Allah dalam al-Quran.
Pada masa yang sama baginda mengurus tadbir negara dengan sistem pemerintahan Islam, baginda tidak menyisihkan aspek mauizhah/bimbingan/tarbiyyah, kerana hati-hati manusia perlu dipaut dengan elemen kebenaran, kerana merekalah yang menjadi pendukung tegar bagi merealisasikan kebenaran al-Quran dan ajaran Islam yang lain.
Rasanya jika penulis mahu mencatatkan sebahagian besar mauizhah yang disampaikan baginda sepanjang bergelar pemimpin dan murabbi, maka ruangan muhasabah ini tidak mampu untuk menyatakan semuanya, walau bagaimanapun penulis cuba membuktikan antara pendekatan mauidzah baginda dalam memandu para sahabat dan ummah untuk sampai kepada maksud perubahan total nilai-nilai kemanusiaan.
Syeikh Sa’id Hawwa dalam bukunya ‘Al-Islam’ pada halaman 13 juzuk ke-4, ada menukilkan sebuah hadis baginda s.a.w. yang bermaksud berdasarkan satu pertanyaan baginda kepada sahabat-sahabatnya :
“Bagaimana sikap/pendirian/sensitiviti kamu (wahai sahabat-sahabatku), jika terdapat dalam kalangan wanita (dalam kalangan kamu) yang melakukan perkara sumbang (tarhadap Allah dan Rasul-Nya), golongan remaja melakukan sesuatu yang menjurus kepada amalan fasiq dan kamu meninggalkan jihad?.
"Para sahabat bertanya, wahai Rasulullah: Apakah perkara seumpama itu berlaku (dalam kalangan kami) duhai Rasulullah? Ya, demi sesungguhnya nyawaku di tangan (Allah), perkara yang lebih buruk daripada itu akan berlaku, apakah perkara yang buruk itu wahai Rasulullah?.
"Bagaimana sikap/pendirian/sensitiviti kamu (wahai sahabat-sahabatku), jika perkara yang makruf itu kamu lihat sebagai perkara yang mungkar dan sebaliknya perkara yang mungkar itu pula kamu lihat sebagai perkara yang makruf? para sahabat bertanya, wahai Rasulullah : Apakah perkara seumpama itu berlaku (dalam kalangan kami) duhai Rasulullah?
"Ya, demi sesungguhnya nyawaku di tangan (Allah), perkara yang lebih buruk daripada itu akan berlaku, apakah perkara yang buruk itu wahai Rasulullah?. Bagaimana sikap/pendirian/sensitiviti kamu (wahai sahabat-sahabatku), jika kamu suruh/subur-suburkan yang mungkar dan kamu cegah pula yang makruf."
Pembaca sekalian,
Sesungguhnya persoalan di atas bukan terbit daripada seorang ustaz yang menyampaikan kuliahnya di masjid atau surau, akan tetapi kenyataan di atas terbit dari seorang pemimpin negara yang amat prihatin dengan permasalahan rakyatnya, untuk memimpin mereka ke jalan kebenaran menuju Allah SWT.
Dengan lain perkataan baginda ingin mengeluarkan manusia dari penyembahan berhala dan manusia kepada penyembahan Tuhan segala manusia dalam gambaran aspeknya yang luas dan menyeluruh, termasuk soal ibadat, ekonomi, sistem kewangan, politik, institusi kemasyarakatan dan banyak lagi.
Tidakkah baginda Rasulullah seorang pemimpin nombor satu negara? Tetapi mengapakah baginda menitik-beratkan aspek mauizhah/tarbiyyah? Ini tidak lain kerana hati-hati manusia sering lalai daripada mengingati kebesaran Tuhan mereka lantaran pencapaian aspek kebendaan yang menjauhkan mereka daripada Allah SWT.
Justeru, sebagai umat Islam dan hamba Allah yang serba kerdil dan tidak sempurna ini, kita perlu mendaulatkan kepimpinan baginda Rasulullah s.a.w. dalam segenap aktiviti harian hidup kita yang tercatat dalam kitab-kitab Sirah Nabawiyyah yang muktabar bagi mengembalikan kemulian dan keagungan Islam di persada alam ini, kerana sesungguhnya Sirah Nabi itu adalah pelaksanaan Islam secara praktikal.
Tuan Guru Menteri Besar, bukan sahaja menerajui kepimpinan negeri dengan acuan Islam, malah pada masa yang sama sentiasa bertindak mencontohi baginda Rasulullah s.a.w. dengan menyampaikan segenap ajarannya secara praktikal, maka pada pagi Jumaat, beliau akan menyampaikan kuliah bertujuan untuk menyedarkan rakyatnya kepada Islam dalam segenap pendekatan dan dimensi Islam.
Beliau juga mahukan agar kepimpinan negeri yang menjadi cabinet pentabiran negeri juga adalah terdiri daripada mereka yang memiliki hati nurani yang sentsitif dengan elemen Islam, mengapa demikian?
Kerana bagaimana mungkin Islam akan dapat didaulatkan jika para pemimpin tidak menjadi golongan pengamal malah menjadi pelampau agama. Inilah aspek yang sering menjadi keutamaan kepimpinan Tuan Guru yang meletakkan mauidzah dan tarbiyyah sebagai teras kejayaan kepimpinannya.
Di mana mauizhah dan tarbiyyah disebar-luaskan hingga mencakupi segenap bentuknya, iaitu:
Tarbiyyah Ruhiyyah
Tarbiyyah Aqliyyah
Tarbiyyah Nafsiyyah
Tarbiyyah Siyasiyyah
Tarbiyyah Akhlaqiyyah
Tarbiyyah Imaniyyah
Tarbiyyah Jasadiyyah dan bermacam-macam lagi yang tidak dapat disenaraikan semuanya.
(TG Nik Aziz menerima buku Mauizhah dari penerbitnya, Masri Abu Soed)
Bagi memastikan matlamat dan momentum penjenamaan negeri Kelantan dengan Islam, Tuan Guru sentiasa meletakkan ‘Mauizhah dan Tarbiyyah’ sebagai agenda utama kerajaan negeri, justeru di samping mengurus tadbir negeri, pada masa yang sama Tuan Guru meletakkan kepimpinan Rasulullah s.a.w. sebagai rujukan, iaitu di samping mentadbir, beliau juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang terdiri daripada nukilan al-Quran, hadis dan Sirah Nabi serta pandangan sarjana Islam, antara hasil karya Tuan Guru:
1- MAUIZHAH
2- Tafsir Surah-surah Pilihan
3- Muhammad Bukan Nasionalis
4- Bertemu Janji Allah
5- Ingatlah Tempat Kamu Di Akhirat
6- Muhammad s.a.w. Insan Teladan Sepanjang Zaman
7- Muhammad s.a.w. Jejak Junjungan Mulia
8- Taqwa
9- Asmaul Husna
10- Air Mata Di Mahsyar
11- Menjelang Turunnya Wahyu
12- Tazkiyah Jiwa dan Nafsu dan banyak lagi
Sesungguhnya pemilihan dan penabalan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ‘Tokoh Pendidik Nusantara’ sebagai satu pengiktirafan bahawa seorang pendidik tidak sahaja duduk di sekolah, masjid atau surau menyampaikan ilmu, maklumat dan kefahaman, akan tetapi pendidik juga mempunyai peranan yang lebih besar dalam mendidik rakyat dengan Islam untuk menuju keselamatan sebenar di dunia dan akhirat.
Ia sesuai dengan makna Islam itu sendiri iaitu menjamin keselamatan total daripada Allah SWT, mudah-mudah Kelantan salah satu negeri di Malaysia menepati piawaian ayat 15 surah Saba’ yang bermaksud: “Negeri yang baik, Tuhan (bersedia) mengampunkan rakyat-rakyatnya.”
Sumber HD : 18/09/2012
Umat Islam digesa sertai bantahan hina Nabi esok
Harakahdaily, | 20 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem “Innocence of Muslims” yang menghina Rasulullah SAW.
Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.
“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
“Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.
Sumber HD : 20/09/2012
(Masri menyerahkan buku kepada Tuan Guru Nik Aziz)
KOTA BHARU: Penerbit buku Kemilau Publika Sdn Bhd, hari ini menyerahkan buku berkaitan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada pejabat Menteri Besar.
Pengarah Urusannya, Masri Abdul Soed, ketika ditemui memberitahu sebanyak tiga tajuk buku yang berkaitan dengan Tuan Guru diberikan kepada Pejabat Menteri Besar untuk dijadikan cenderahati kepada tetamunya.
Katanya, antaranya, Mauizhah yang merupakan buku terbaru, Bertemu Janji Allah, Asma Al-Husna dan sebuah buku politik tulisan Subky Latif.
Menurutnya, semoga dengan cara itu, tetamu yang hadir bukan hanya dapat mendengar tazkirah daripada Tuan Guru semata-mata, sebaliknya turut membawa pulang buku-buku berkenaan.
Pada masa yang sama beliau turut melahirkan rasa syukur kerana berpeluang membukukan tazkirah Tuan Guru di samping mutiara kata Tuan Guru yang disusun oleh beberapa orang penulis.
Sambungnya, semoga dengan cara itu Kemilau Pablika berpeluang menyebarkan dakwah kepada masyarakat seluruhnya melalui buku.
“Insyaallah kami juga bakal menerbitkan buku bergambar Tuan Guru sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kelantan dalam tempoh 22 tahun.
“Katanya, buku itu juga sedang disusun menerusi beberapa tajuk,”ujarnya.
Sumber HD : 7/10/2012
KOTA BHARU: “Kami rakyat negeri Kelantan masih perlukan Tok Guru terus memimpin kami.
“Walau apa pun kata musuh, tetapi kemampuan Tok Guru terbukti dan diakui oleh semua pihak sampai ke peringkat antarabangsa,” kata Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Beliau berkata, kehebatan dan keistimewaan yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebabkan pemimpin Umno-BN termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad makin resah dan gelisah.
Justeru katanya mereka cuba menyerang kepimpinan dan peribadi Mursyidul Am PAS.
“Dr Mahathir dan Umno-BN sudah habis ikhtiar mahu menawan Kelantan sejak 22 tahun lalu.
Bermacam-macam senjata mereka cuba termasuk menyerang peribadi Tok Guru,” katanya.
Beliau yang juga anggota Parliman Rantau Panjang ditemui pada program Penghayatan Hari Wuquf Peringkat Negeri di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV di sini hari ini.
Lebih 1,000 sebahagian besar muslimat hadir pada program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Dr Mohammad Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar. Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus, dan pensyarah Universiti Malaya, Roslan Mohammad.
Siti Zailah juga berkata, Umno cuba mengalih isu dengan melaga-lagakan pimpinan PAS dengan DAP supaya orang Cina hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat.
Kata beliau isu terbaru apabila pemimpin MCA mempertikaikan hukum hudud sehingga melempar tuduhan jelik dengan mendakwa Tok Guru Nik Aziz menggalakkan orang merogol wanita Cina.
“Ini adalah satu fitnah yang sangat biadab. Kami menuntut MCA menarik balik dakwaan fitnah itu,” katanya.
Baru-baru ini Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie melemparkan tohmahan terhadap Tuan Guru Nik Aziz kononnya membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Ekoran itu Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke bangkit mempertahankan Menteri Besar Kelantan di persidangan parlimen dengan menyifatkan kenyataan Seah sebagai biadap.
Program Penghayatan Hari Wuquf diadakan sejak awal 1990-an sempena Hari Wukuf di Padang Arafah. Sempena program berkenaan diadakan solat hajat dan ceramah agama.
Sumber HD - 25-10-2012
Sumber HD - 25-10-2012
“Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujaadalah 58 ayat 11)
Menerusi facebook saya semalam (4 Safar 1434/18 Disember 1434), saya memberi respons berikut:
Respons ini telah menerima lebih daripada 1,200 komentar pembaca (setakat pagi tadi). Malah beberapa media cetak dan berita di internet turut mengulasnya. Ia suatu luahan pandangan yang mengandungi pelbagai nilai kefahaman.
Semoga semua nilai kefahaman itu akan menemui suatu jalan kebenaran di sebalik isu yang dianggap amanat Presiden PAS, seorang ulama dan ilmuan yang disegani.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)
Wallahu’alam.
Sumber HD - 19-12-2012
Sumber HD - 28-12-2012
Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.
“Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun,” ujar beliau dalam satu kenyataan.
Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
“Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.
Sumber HD : 20/09/2012
Penerbit serah buku kepada pejabat MB
Rizal Tahir, | 07 Okt 2012 |
(Masri menyerahkan buku kepada Tuan Guru Nik Aziz)
KOTA BHARU: Penerbit buku Kemilau Publika Sdn Bhd, hari ini menyerahkan buku berkaitan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada pejabat Menteri Besar.
Pengarah Urusannya, Masri Abdul Soed, ketika ditemui memberitahu sebanyak tiga tajuk buku yang berkaitan dengan Tuan Guru diberikan kepada Pejabat Menteri Besar untuk dijadikan cenderahati kepada tetamunya.
Katanya, antaranya, Mauizhah yang merupakan buku terbaru, Bertemu Janji Allah, Asma Al-Husna dan sebuah buku politik tulisan Subky Latif.
Menurutnya, semoga dengan cara itu, tetamu yang hadir bukan hanya dapat mendengar tazkirah daripada Tuan Guru semata-mata, sebaliknya turut membawa pulang buku-buku berkenaan.
Pada masa yang sama beliau turut melahirkan rasa syukur kerana berpeluang membukukan tazkirah Tuan Guru di samping mutiara kata Tuan Guru yang disusun oleh beberapa orang penulis.
Sambungnya, semoga dengan cara itu Kemilau Pablika berpeluang menyebarkan dakwah kepada masyarakat seluruhnya melalui buku.
“Insyaallah kami juga bakal menerbitkan buku bergambar Tuan Guru sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kelantan dalam tempoh 22 tahun.
“Katanya, buku itu juga sedang disusun menerusi beberapa tajuk,”ujarnya.
Sumber HD : 7/10/2012
“Kami masih perlukan Tok Guru” – Siti Zailah
Muhammad Yusri Amin, | 25 Okt 2012 |
KOTA BHARU: “Kami rakyat negeri Kelantan masih perlukan Tok Guru terus memimpin kami.
“Walau apa pun kata musuh, tetapi kemampuan Tok Guru terbukti dan diakui oleh semua pihak sampai ke peringkat antarabangsa,” kata Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Beliau berkata, kehebatan dan keistimewaan yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyebabkan pemimpin Umno-BN termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad makin resah dan gelisah.
Justeru katanya mereka cuba menyerang kepimpinan dan peribadi Mursyidul Am PAS.
“Dr Mahathir dan Umno-BN sudah habis ikhtiar mahu menawan Kelantan sejak 22 tahun lalu.
Bermacam-macam senjata mereka cuba termasuk menyerang peribadi Tok Guru,” katanya.
Beliau yang juga anggota Parliman Rantau Panjang ditemui pada program Penghayatan Hari Wuquf Peringkat Negeri di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke-IV di sini hari ini.
Lebih 1,000 sebahagian besar muslimat hadir pada program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Perasmiannya disempurnakan Menteri Besar.
Hadir sama anggota-anggota Exco, Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Dr Mohammad Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar. Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus, dan pensyarah Universiti Malaya, Roslan Mohammad.
Siti Zailah juga berkata, Umno cuba mengalih isu dengan melaga-lagakan pimpinan PAS dengan DAP supaya orang Cina hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat.
Kata beliau isu terbaru apabila pemimpin MCA mempertikaikan hukum hudud sehingga melempar tuduhan jelik dengan mendakwa Tok Guru Nik Aziz menggalakkan orang merogol wanita Cina.
“Ini adalah satu fitnah yang sangat biadab. Kami menuntut MCA menarik balik dakwaan fitnah itu,” katanya.
Baru-baru ini Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seah Kie melemparkan tohmahan terhadap Tuan Guru Nik Aziz kononnya membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Ekoran itu Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke bangkit mempertahankan Menteri Besar Kelantan di persidangan parlimen dengan menyifatkan kenyataan Seah sebagai biadap.
Program Penghayatan Hari Wuquf diadakan sejak awal 1990-an sempena Hari Wukuf di Padang Arafah. Sempena program berkenaan diadakan solat hajat dan ceramah agama.
Sumber HD - 25-10-2012
Tahniah pada DAP berani bidas MCA - TG Nik Aziz
Harakahdaily, | 25 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengutuskan surat ucapan penghargaan kepada DAP atas keberanian membidas MCA dalam serangan presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap beliau.
Dalam satu surat yang diutuskan melalui setiausaha politik beliau Wan Nik Wan Yusoff kepada ahli parlimen Rasah Anthony Loke, dinyatakan bahawa Nik Aziz terasa terharu dan berterima kasih atas keberanian Loke membela beliau daripada tuduhan MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.
"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.
Aksi Loke bangkit mempertahankan Nik Aziz di parlimen pada Oktober 22 yang lalu menjadi perbualan hangat di sosial media.
Loke menepuk-nepuk meja ketika menyelar Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai presiden "paling biadap" menyokong kenyataan yang mendakwa Nik Aziz menggalakkan rogol kepada wanita bukan Islam.
Perkara tersebut menyebabkan mikrofon Loke dimatikan oleh speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.
Di laman Facebooknya, Loke yang memaparkan surat yang diutus daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan berkata beliau amat amat terharu atas surat yang dikirim.
Loke berkata surat tersebut membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!
“Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!” tambah beliau.
Berikut adalah tulisan Loke di Facebooknya:
“Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas. Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!
Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!”

Di sebalik amanat Presiden PAS seorang berilmu
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, | 19 Dis 2012 |
“Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Mujaadalah 58 ayat 11)
Menerusi facebook saya semalam (4 Safar 1434/18 Disember 1434), saya memberi respons berikut:
“Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden PAS menarik balik apa yang didakwa sebagai ‘Amanat Haji Hadi’. Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden PAS tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti. Bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang. Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden PAS sebagai orang yang tidak tahu hukum-hakam. Boleh berbincang dengan cara yang elok dan tak perlu bermain politik partisan di dalam jubah mufti. Jangan jual harga mufti dengan murah.”
Semoga semua nilai kefahaman itu akan menemui suatu jalan kebenaran di sebalik isu yang dianggap amanat Presiden PAS, seorang ulama dan ilmuan yang disegani.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis Riwayat Muslim)
Wallahu’alam.
Sumber HD - 19-12-2012
Inilah Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia
http://aiyangdisayang.blogspot.com, | 28 Dis 2012 |
Sumber HD - 28-12-2012
Saya tanding di mana arahan parti - TG Nik Aziz
Rizal Tahir, | 23 Jan 2013 |
KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata keputusan untuk bertanding pada setiap pilihanraya tidak boleh dibuat keputusan sendiri oleh mana-mana individu.
Sebaliknya ia adalah keputusan pucuk pimpinan parti yang menentukan siapa bertanding dan di mana seseorang itu layak bertanding.
Beliau berkata demikian kepada media ketika mengulas permintaan sekumpulan masyarakat dalam Parlimen Bachok, yang mahu beliau bertanding dalam parlimen itu.
Beliau kini adalah Adun Chempaka, Pengkalan Chepa yang dimenangi beliau sejak sekian lama.
Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Hari Mesra AKSB, di Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kok Lanas, semalam.
“Kalau parti kata bertanding di kawasan A, maka A lah saya bertanding, kalau parti kata kawasan B, maka B lah saya akan bertanding," kata Menteri Besar yang kini berumur 82 tahun itu.
Namun, bagi beliau, untuk melawan Umno tidak semestinya tubuh yang sihat, tetapi pemikiran yang sihat.
Negeri selesai projek pusat
Pada masa yang sama beliau berkata, banyak projek yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan Pusat diselesaikan oleh kerajaan negeri, terutama jalanraya.
Kata Tuan Guru Nik Aziz antaranya Jalan Ketereh-Melor, yang begitu sukar untuk dilalui dengan mudah kerana jalan ini tidak diturap baru, yang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan Pusat.
“Demi kemudahan rakyat, kerajaan negeri bersedia mengeluarkan peruntukan yang besar untuk keselesaan mereka,”ujarnya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-1-2013
(TG Nik Aziz sedang menggunting rambut di kedai guntingnya sejak puluhan tahun lalu)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui setiap dua minggu sekali beliau akan menggunting rambut.
Menurutnya, jika tidak berbuat demikian beliau menjadi tidak selesa kerana akan terasa pening atau sakit kepala.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut bernama Gedai Gunting Rambut Kota Bharu Indah.
Kedai gunting ini yang telah beroperasi sejak tahun 1967 terletak di bawah Bangunan PAS Negeri Kelantan, di Jalan Dato’ Pati.
Tuan Guru memberitahu, selepas pulang dari Mesir tahun 60-an, beliau terus menggunting rambut di kedai berkenaan sehingga sekarang.
“Sejak saya pulang dari Mesir dulu sampai sekarang inilah tempat saya menggunting rambut.
“Setiap dua minggu sekali saya akan datang ke sini untuk menggunting rambut,”ujarnya.
Hari ini Tuan Guru diguntingkan rambutnya oleh Abdul Hamid Sheikh Mubarak.
TG Nik Aziz dan tukang guntingnya

Orang ramai mengucapkan selamat jalan kepada Tuan Guru di Lapangan Terang Sultan Ismail Petra, malam tadi.
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertolak ke tanah suci Makkah hari ini untuk menunaikan umrah.
Turut mengiringi ialah isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Setiausaha Sulit Khas, Che Rosdi Abdullah, anaknya Nik Omar serta lain-lain seramai 10 orang lagi.
Beliau berlepas ke Kuala Lumpur jam 7.55 malam tadi.
Tuan Guru yang disambut oleh orang ramai di Lapangan Terang Sultan Ismail Petra, tersenyum ceria sebaik tiba dari rumahnya.
Che Rosdi memberitahu rombongan mereka dijangka pulang ke tanah air pada 19 Febuari ini.
“Semoga kami selamat menunaikan ibadat umrah dan selamat pulang,” ujarnya ketika ditemui.
Tuan Guru Nik Aziz tunai umrah
Rizal Tahir, | 11 Feb 2013 |

Sumber HD - 11-2-2013
Kelantan: Laporan NST, TV3 tiada butiran tepat
Nik Abdul Aziz Nik Mat, | 01 Apr 2013 |
Bismillah, saya membaca laporan muka hadapan New Sunday Times semalam yang memaparkan di muka hadapan laporan mengenai masalah sosial di Kelantan dengan tajuk Kelantan After Dark.
Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama Umno Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.
Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini.
Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka.
Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?
Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram.
Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin Umno Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram.
Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.
Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak.
Di Kelantan, kami perkenalkan undang-undang dalam bidang kuasa kami. Namun, bolehkah kami menghalang 100% gejala sosial sedangkan di peringkat pusat sendiri senarionya lebih berat?
Sama-samalah kita berusaha. Hakikatnya, jika hanya petak sawah kita sahaja dijaga daripada ular dan tikus sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan anasir perosak, lama kelamaan petak sawah kita juga akan mengalamai nasib yang sama!
Ia disambung pula dengan paparan Buletin Utama TV3 malam semalam dan juga kenyataan seorang pemimpin utama Umno Kelantan yang mengatakan bahawa ini adalah bukti Kelantan tidak sempurna.
Respon saya ialah saya tidak pernah menyatakan bahawa Kelantan sempurna. Namun, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik untuk mengekang aktiviti tidak bermoral di negeri ini.
Kami mengharamkan premis judi, rumah-rumah urut dan menghalang penjualan minuman keras secara terbuka.
Jika ia wujud, ertinya kewujudannya tanpa lesen dan secara haram. Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?
Sesuatu yang wujud secara haram perlu dibanteras, bukannya diberikan lesen, ini pendirian kami. Kami tidak sama dengan sesetengah pihak yang ingin memberikan lesen kepada kegiatan yang wujud secara haram.
Lesen judi untuk pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 contohnya, ada sesetengah pemimpin Umno Kelantan berhujah ia wajar diberikan lesen agar tidak beroperasi secara haram.
Sewajarnya semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram ini, perlu membuat aduan. Sayangnya, ada yang saban masa mencabar undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.
Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 pada 15 Julai tahun lepas contohnya, diserikan dengan persembahan artis wanita secara terbuka yang jelas melanggar Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat. Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui. Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak.
Di Kelantan, kami perkenalkan undang-undang dalam bidang kuasa kami. Namun, bolehkah kami menghalang 100% gejala sosial sedangkan di peringkat pusat sendiri senarionya lebih berat?
Sama-samalah kita berusaha. Hakikatnya, jika hanya petak sawah kita sahaja dijaga daripada ular dan tikus sedangkan petak sawah di sebelah berkubang dengan anasir perosak, lama kelamaan petak sawah kita juga akan mengalamai nasib yang sama!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-4-2013
Pilihan raya di Malaysia lebih kepada 'paksa raya'
Muhammad Faizal, | 15 Apr 2013 |
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Matberkata, demokrasi negara ini bukannya mengamalkan sistem pilihan raya tetapi lebih kepada 'paksa raya' dalam membentuk kerajaan.
Beliau yang berkata demikian pada program Bicara Cinta di Kompleks Karangkraf di sini, pagi ini.
Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) mengamalkan sistem 'paksa raya' apabila tidak membenarkan Pakatan Rakyat khususnya PAS membuat penerangan di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai.
"Kita tak diberi peluang langsung untuk membuat penerangan serta menyampaikan maklumat di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai apa yang kita jelaskan.
"Bila ini berlaku rakyat dipaksa oleh mereka (BN) untuk terus mendengar apa mereka kata dan dipaksa memilih mereka, ini bukan pilihanraya tetapi paksa raya," jelas beliau.
Katanya lagi, sistem demokrasi negara adalah membenarkan rakyat membuat pilihan tetapi Umno memusnahkan demokrasi dalam mengekalkan pemerintahan mereka.
Jelasnya lagi, PAS yang dipilih rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab, namun BN menafikan hak tersebut dengan menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang bertindak menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
"Inilah BN mereka menafikan apa yang dipilih oleh rakyat apabila mewujudkan JPP di Kelantan.
"Mereka menerima segala bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan ini seolah-olah wujud dua kerajaan di Kelantan, kita sepatutnya menghormati kerajaan yang dipilih tetapi itu tidak berlaku di dalam BN," kata beliau lagi.
Beliau turut memberitahu kehancuran demokrasi dalam penyampaian maklumat terus berlaku apabila media-media elaktronik milik BN hanya memaparkan keburukan pimpinan Pakatan daripada menyiarkan kebaikan yang dilakukan.
"Mereka menyiarkan keburukan tentang Nik Aziz yang belum lagi sahih, tetapi mereka tidak menyiarkan kebaikan yang dilakukan oleh Nik Aziz seperti hari ini," katanya secara berseloroh.
Tuan Guru Nik Aziz yang turut meminta agar rakyat membuat pilihan mengikut kehendak Islam pada pilihanraya nanti bagi memastikan pemimpin yang dipilih adalah dari kalangan mereka yang berkualiti serta beramanah.
Beliau yang berkata demikian pada program Bicara Cinta di Kompleks Karangkraf di sini, pagi ini.
Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) mengamalkan sistem 'paksa raya' apabila tidak membenarkan Pakatan Rakyat khususnya PAS membuat penerangan di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai.
"Kita tak diberi peluang langsung untuk membuat penerangan serta menyampaikan maklumat di dalam media elektronik agar rakyat boleh menilai apa yang kita jelaskan.
"Bila ini berlaku rakyat dipaksa oleh mereka (BN) untuk terus mendengar apa mereka kata dan dipaksa memilih mereka, ini bukan pilihanraya tetapi paksa raya," jelas beliau.
Katanya lagi, sistem demokrasi negara adalah membenarkan rakyat membuat pilihan tetapi Umno memusnahkan demokrasi dalam mengekalkan pemerintahan mereka.
Jelasnya lagi, PAS yang dipilih rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan dalam melaksanakan tanggungjawab, namun BN menafikan hak tersebut dengan menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang bertindak menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat.
"Inilah BN mereka menafikan apa yang dipilih oleh rakyat apabila mewujudkan JPP di Kelantan.
"Mereka menerima segala bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat dan ini seolah-olah wujud dua kerajaan di Kelantan, kita sepatutnya menghormati kerajaan yang dipilih tetapi itu tidak berlaku di dalam BN," kata beliau lagi.
Beliau turut memberitahu kehancuran demokrasi dalam penyampaian maklumat terus berlaku apabila media-media elaktronik milik BN hanya memaparkan keburukan pimpinan Pakatan daripada menyiarkan kebaikan yang dilakukan.
"Mereka menyiarkan keburukan tentang Nik Aziz yang belum lagi sahih, tetapi mereka tidak menyiarkan kebaikan yang dilakukan oleh Nik Aziz seperti hari ini," katanya secara berseloroh.
Tuan Guru Nik Aziz yang turut meminta agar rakyat membuat pilihan mengikut kehendak Islam pada pilihanraya nanti bagi memastikan pemimpin yang dipilih adalah dari kalangan mereka yang berkualiti serta beramanah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
TGNAANM : http://www.youtube.com/watch?v=SljCOQh3rGE
Sumber HD - 15-4-2013
PRU di Malaysia lebih kepada 'paksa raya'
Muhammad Faizal, | 15 Apr 2013 |
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, demokrasi negara ini bukannya mengamalkan sistem pilihan raya tetapi lebih kepada 'paksa raya' dalam membentuk kerajaan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat...
Harakahdaily, | 07 Mei 2013 |
Beliau berumur 82 tahun...
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia.
Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban.
Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.
Rumahnya (gambar kanan) pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".
Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetahuinya:
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama.
Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon.
Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.
Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249. Ketika menang besar ini beliau melepaskan jawatannya dan diserahkan kepada timbalannya untuk meneruskan perjuangan.
Beliaulah bekas Menteri Besar Kelantan Darul Naim (1990 - 2013) iaitu Tuan Guru Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.
TO GURU KU SAYANG :
http://www.youtube.com/watch?NR=1&feature=fvwp&v=jkq6z62mXYI
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-5-2013
No comments:
Post a Comment