|
LAJNAH PENERANGAN DAN DAKWAH: PENGERUSI: DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN: YB DATO' SERI MOHD NIZAR JAMALUDDIN
LAJNAH (BADAN) PENGGERAK MOBILISASI DEMOKRASI:
TUAN HAJI MOHAMAD SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS
LAJNAH PERPADUAN NASIONAL: YB DR MUJAHID YUSOF AR RAWA
LAJNAH PILIHANRAYA PAS PUSAT: YB DR MOHD HATTA RAMLI
LAJNAH ANTARABANGSA PAS PUSAT:
PENGERUSI : YB DATO' KAMARUDIN JAAFAR
TIMBALAN PENGERUSI LAJNAH ANTARABANGSA:
YB DR SYED AZMAN SYED MAD NAWAWI
LAJNAH EKONOMI, KEWANGAN DAN HARTA PAS PUSAT: YB DATO' ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN
LAJNAH UNDANG-UNDANG: HJ ASMUNI AWI
LAJNAH PENYELIDIKAN PAS PUSAT: PENGERUSI: YB DR DZULKEFLI AHMAD
LAJNAH PENGGUNA PAS PUSAT : PENGERUSI - YB DATO' MAHFUZ OMAR (NAIB PRESIDEN)
LAJNAH TANAH DAN PEMBANGUNAN WILAYAH PAS PUSAT : PENGERUSI SDR MAZLAN ALIMAN
LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN PAS PUSAT : PENGERUSI - YB DR SITI MARIAH MAHAMOUD
LAJNAH ALAM SEKITAR : PENGERUSI HJ ZULKIFLI MUHAMMAD OMAR
LAJNAH PENDIDIKAN PAS PUSAT : PENGERUSI DATO' USTAZ ABU BAKAR CHIK
PENGERUSI - YB MOHAMMAD TAUFEK ABDUL GHANI / PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN
LAJNAH POLITIK WANITA MUDA "AMEERAH":
PENGERUSI : YB SENATOR MUMTAZ MD NAWI
Sekretariat prihatin untuk perjuangkan isu OKU
Anis Nazri, | 19 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Masyarakat PAS Pusat akan menubuhkan Sekretariat Prihatin OKU bagi memastikan keperluan golongan terbabit difahami secara menyeluruh.
Pengerusinya, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata sekretariat itu juga bertujuan sebagai satu platform untuk golongan tersebut menyumbangkan idea-idea berkaitan pembangunan secara menyeluruh.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan wakil OKU, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, petang tadi, bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan golongan OKU.
Dalam perbincangan tersebut, wakil OKU, Mohammad Faizal Che Yusof, berkata golongan OKU berharap sekretariat yang ditubuhkan itu akan memberi ruang kepada mereka untuk menyalurkan maklumat kepada PAS berhubung isu-isu membabitkan mereka.
"Ada ketikanya isu berkaitan OKU ini tidak difahami dengan sedalamnya hingga tidak dapat disampaikan kepada pihak berwajib. Jadi, dengan adanya sekretariat ini akan membantu wakil-wakil rakyat PAS, khususnya di parlimen bagi memperjuangkan isu ini," tegas Dr. Mariah lagi.
Sekretariat ini yang akan membantu memberikan sebarang maklumat dan fakta-fakta berkaitan akan memantau sebarang isu yang dibangkitkan di parlimen bagi memastikan kepentingan mereka terjamin.
Dr. Mariah yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, juga berkata sekretariat ini akan dilancarkan pada 11 Ogos ini, jam 3 petang, di Pejabat Agung PAS.
Majlis pelancaran itu dijangka akan disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Sementara itu, pada hari yang sama, satu program penyerahan sumbangan kepada masyarakat di sekitar Jalan Raja Laut turut diadakan.
Bagi menjayakan program tersebut, pihak lajnah mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada pihak yang prihatin agar memastikan program ini dijalankan.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 'Dana kami prihatin' di nombor 12113010026150 dan didahulukan dengan ucapan terima kasih daripada pihak lajnah.

Sumber HD : 19/07/2012
No comments:
Post a Comment