Bekas tentera bersama Pakatan Rakyat 2 Oktober |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 29 Sept: Sekretariat Rangkaian Bekas Tentera (Kerabat) akan mengadakan Himpunan Perdana Perwira Negara Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya pada 2 oktober ini, jam 9.00 malam. Himpunan itu bertujuan melancarkan penubuhan Kerabat yang merupakan badan bukan kerajaan (NGO) di bawah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat mengenai isu kebajikan bekas tentera yang tidak terbela. Menurut Presiden Kerabat Selangor, Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar), himpunan tersebut akan mengumpulkan bekas anggota tentera di seluruh Malaysia. Ianya dijangka akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan akan turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kerabat berhasrat jika Pakatan menerajui kerajaan Malaysia kita ingin mengesyorkan kepada Pakatan untuk memberi tanah sebagaimana yang diberikan oleh BN pada zaman Tun Razak lagi di Felda seperti Felda Sungai Koyan. "Tapi BN sekarang sudah tidak membela nasib bekas tentera," katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Gombak Setia, petang semalam. Sementara itu, mengulas lanjut mengenai penubuhan Kerabat, beliau berkata ianya tercetus apabila terdapat kira-kira 290 ribu bekas anggota tentera yang tidak mempunyai pencen. Manakala sebanyak 25 peratus sahaja yang mempunyai pencen dengan anggaran sebanyak RM1,500. "Bagaimana mereka yang tak ada pencen hendak hidup dan ingin mencari pekerjaan kedua dalam keadaan terpaksa berlumba dengan graduan. "Kementerian Pertahanan ada memberi bantuan tapi hanya secara "touch and go", untuk kepentingan semasa. "Perkara ini tak wajar kerana pengorbanan tentera sangat tinggi pada waktu muda mereka," katanya. Menurut beliau juga, apa yang lebih dikesali apabila kerajaan gagal melaksanakan janji mereka untuk memberikan tanah kepada bekas tentera seperti yang termaktub dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) tahun 1973. PMAT bertarikh 29 ogos 1973, perenggan 9 hingga 11 yang antara lain menyatakan bahawa isteri bekas tentera berhak untuk memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak tanah perumahan daripada Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri tertentu. "Sepatutnya bekas tentera dapat tanah yang diperuntukkan kerajaan negeri, lembaga tabung angkatan tentera, dan syarikat perumahan angkatan tentera digembeleng oleh Kementerian Pertahanan untuk beri rumah percuma kepada bekas anggota tentera," katanya. Dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, salah satu jaminan ialah memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah seluas 360, 000 hektar kepada peneroka termasuk kepada bekas tentera.
YB Senator Datuk Ahmad Maslan - TM di JPM
Usaha itu bagaimanapun diperlekeh BN khususnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab ke atas Felda. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5682-bekas-tentera-bersama-pakatan-rakyat-2-oktober
Pakatan janji bela nasib bekas tentera |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5733-pakatan-janji-bela-nasib-bekas-tentera
Ucapan Pengerusi KERABAT di Himpunan Hijau WP
( 14/07/2012 ):
http://www.youtube.com/watch?v=wB4WLMvQCU4&feature=g-high-u
Balu anggota ATM terima sumbangan Kerabat |
Saidi Sabri |
TAIPING, 20 Okt: Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (Kerabat) Negeri Perak telah menghulurkan sumbangan kepada tujuh orang balu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kesempitan hidup. Mereka menerima sumbangan berupa beras, hamper, kain batik dan sepasang telekung beserta wang zakat daripada Badan Amal dan Kebajikan Al-Jauhar yang telah disalurkan menerusi penganjur. Bantuan itu disampaikan oleh Adun Semanggol, Ramli Tusin selaku penaung Kerabat Cawangan Taman Mewah, Taiping. Pengerusi KERABAT Negeri Perak berkata “kami menyelami penderitaan seorang daripada balu ATM, Siti Aminah Bte Ahmad 38. Antara penerimanya ialah balu anggota, Siti Aminah Ahmad, 38, warganegara Indonesia yang tidak diberikan taraf kerakyatan oleh kerajaan. Kesempitan hidup bersama anak-anak dilaluinya dengan penuh sabar, beliau hanya menerima pencen berjumlah RM120.00 sebulan untuk menyara anak-anak sejak kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya 3 tahun yang lalu. Tanggungjawab untuk menyara hidup bagi membesarkan 2 orang anak yang masih bersekolah rendah bertambah sukar kerana beliau tidak dapat bekerja disebabkan menjaga seorang anaknya yang cacat. "Sekarang ini, saya hanya mengambil upah mengasuh 2 orang anak jiran yang bersimpati dengan nasib saya dan dapatlah saya menyara anak-anak dengan pendapatan RM300 sebulan,” ujarnya. Oleh kerana kemiskinan hidup, dengan berat hati, ibu kepada 3 orang anak ini terpaksa berpisah dengan seorang anaknya yang diserah kepada jagaan ibu bapa mertuanya yang kini menetap di Sarawak, demi memastikan masa depan anak-anaknya tidak terabai disebabkan tidak mampu lagi menampung beban kemiskinan. “Dalam tempoh itu tidak ada sebarang bantuan diterima daripada agensi-agensi kerajaan bagi meringankan beban yang kami tanggung walaupun sudah beberapa kali mengisi borang memohon bantuan daripada pihak-pihak yang berwajib,” katanya sebak. Ramli pula mengucapkan terima kasih kepada Badan Amal Kebajikan Al-Jauhar kerana memberikan sumbangan dan bantuan serta perihatin terhadap masalah kemiskinan yang dihadapi oleh balu ATM. Jelas beliau, sebenarnya agensi kerajaanlah yang sepatutnya mengambil berat ke atas golongan itu. Tetapi malangnya, kata beliau pihak-pihak berwajib tidak mengambil apa-apa tindakan segera ke atas aduan yang dibuat oleh balu ATM supaya pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyampaikan terus bantuan yang sewajarnya kepada mereka. Beliau menuntut pihak-pihak yang bertanggungjawab tampil segera turun padang melihat kesusahan rakyat yang berada di bawah pada ketika ini. Menurut beliau lagi, peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah disekat oleh pihak kerajaan yang mana akhirnya wakil rakyat Pakatan sukar menyalurkan bantuan kepada rakyat yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan itu. Katanya, masih terdapat ramai lagi golongan miskin sedang dijejaki oleh Kerabat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6081-balu-anggota-atm-terima-sumbangan-kerabat
Pencen, caruman LTAT: Jangan aniaya bekas tentera |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Kementerian Pertahanan diminta bertindak adil kepada bekas-bekas anggota tentera dan mereka yang masih berada dalam perkhidmatan, terutama melibatkan pencen dan caruman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Sehingga kini skim pencen yang diberikan kepada bekas-bekas anggota tentera hanyalah dikhususkan kepada mereka yang berkhidmat sehingga tidak kurang 21 tahun, manakala mereka yang berhenti ketika perkhidmatan kurang tempoh itu tidak diberikan pencen.
YB Ustaz Nasir Zakaria - AP Padang Terap
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata, langkah tersebut ternyata tidak adil, malah jelas menganiaya bekas anggota tentera terbabit, pada hal mereka juga telah melakukan pengorbanan besar kepada negara walaupun tempoh perkhidmatannya kuurang 21 tahun. Menurut beliau, untuk memberikan keadilan, mereka yang berkhidmat kurang 21 tahun juga patut diberikan pencen oleh pihak Kementerian Pertahanan. Katanya, selain itu, kadar pencen di kalangan bekas tentera juga tidak sama antara mereka yang menamatkan perkhidmatan bermula tahun 2001 dan sebelumnya. "Anggota tentera yang telah berkhidmat sehingga 21 tahun dan bersara mulai tahun 2001 menerima bayaran pencen llebih tinggi berbanding yang bersara sebelum tahun 2001. Ini jelas tidak adil dan menganiaya anggota tentera yang telah bersara sebelum tahun 2001. " Oleh itu, bayaran pencen kepada mereka perlu diselaraskan bagi membolehkan mereka yang bersara sebelum tahun 2001 turut menerima bayaran pencen sama tinggi dengan mereka yang bersara mulai tahun 2001," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Kementerian Pertahanan hari ini, beliau berkata, ketidakadilan juga turut berlaku berhubung caruman TLAT, apabila caruman tersebut hanya memberikan peluang kepada para pegawai. Katanya, tabung tersebut ditubuhkan pada tahun 1991 yang disertakan penyelarasan gaji di kalangan anggota tentera ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia
"Namun amat dikesali, caruman yang dibuat menerusi pembelian saham dengan potongan gaji 10 peratus itu tidak pula turut sama memberikan peluang kepada anggota tentera lain-lain pangkat. "Demi keadilan, saya berharap agar anggota lain-lain pangkat turut diberkan peluang oleh pihak Kementerian Pertahanan bagi membolehkan mereka turut sama membuat caruman dalam tabung tersebut," ujarnya. Beliau turut menyarankan pihak kementerian agar memberikan anugerah kepada Allahyarham Lafternan Adnan Saidi yang telah terkorban bersama 42 rakan-rakannya dalam mempertahankan negara ketika penjajahan Jepun. Kehebatan, komitmen dan kesungguhan Allahyarham dalam mempertahankan negara, katanya, tidak dapat dinafikan lagi oleh sebarang pihak malah turut diakui pihak tentera Jepun. "Pihak tentera Jepun sendiri mengatakan jika ada 10 orang rakyat Malaysia seperti Allahyarham Adnan Saidi belum tentu negara ini dapat dijajah," tegasnya. Pengorbanan Allahyarham, menurutnya, tidak sepatutnya dipandang sebelah mata dengan tidak diberikan anugerah yang sewajarnya oleh pihak kerajaan. Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik, Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman dan Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika bangun mencelah sewaktu penggulungan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, turut mendesak pihak kerajaan memberikan keadilan kepada bekas anggota-anggota tentera. Sementara itu, ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, Nasir Zakaria berharap agar pendedahannya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Kementerian Sumber Manusia kelmarin diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian terbabit. Dalam ucapannya, beliau mendedahkan beberapa aduan masalah yang sedang mencengkam pemandu-pemandu bas MARA Liner di seluruh negara. Cengkaman tersebut berlaku ekoran tindakan pihak pentadbiran bas MARA Liner yang kini telah menghapuskan cuti isteri bersalin selama 7 hari kepada para pemandu bas tersebut. Selain itu, cuti kematian waris dikurangkan dari 3 hari kepada 2 hari, kesukaran mendapatkan pinjaman bank disebabkan tidak mendapat sokongan majikan, tuntutan kerja lebih masa (OT) tidak dibayar jika melebihi 1/3 daripada gaji pokok. Di samping itu, tuntutan elaun sewa khas bagi pemandu yang diarahkan keluar atas urusan sewa khas sebanyak RM17.00 terpaksa menunggu kadang-kadang hampir 6 bulan baru dibayar, manakala bil hospital untuk rawatan dan perubatan keluarga pula tidak 'dicover' oleh majikan. "Tentang jawatan pula, dari pengurus, penyelia sampai ke pemandu, semuanya bertaraf kontrak. Mereka terpaksa 'sign' kontrak dua tahun sekali. Sampai bila tak tahu bila mereka akan diberikan taraf jawatan tetap dan disahkan jawatan oleh majikan," jelasnya. Belau berharap agar segala permasalahan yang dialami oleh para pemandu dan kakitangan bas tersebut diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian terbabit bagi kepentingan kebajikan mereka. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6673-pencen-caruman-ltat-jangan-aniaya-bekas-tentera-
700 bekas tentera sertai Kerabat di P.Pinang
Mohd Sabri Said, | 20 Jan 2012 |
KEPALA BATAS, 20 Jan: Seramai 700 orang bekas tentera mendaftarkan diri dengan Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) di Pulau Pinang setakat tahun 2011 kata, Pengerusinya, Saudara Azizan Salleh.
Ketika ditemui pada program penerangan Kerabat di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam beliau menambah, Kerabat kini sedang menjelajah ke seluruh pelusuk negeri ini untuk menyampaikan penerangan betapa pentingnya bernaung di bawah Kerabat berbanding Persatuan Bekas Perajurit yang dilihat tidak mampu mengubah nasib ahli.
"Kerabat bakal menjadi penaung pada bekas tentera pula nampaknya sejak akhir-akhir ini apabila ramai yang membuat keputusan mendaftarkan diri. Sikap itu satu petanda yang baik, " katanya.
Hasil penerangan di Pongsu Seribu 23 orang bekas tentera datang mendaftar dan bersedia menjadi ahli yang aktif bagi membantu Kerabat di Pulau Pinang cuma sekadar memberikan mereka wang pencen.
Menurutnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bertindak secara kolektif menyedarkan bekas tentera untuk bangun meneruskan penghidupan selepas bersara.
Lazimnya, pesara tentera dalam dilema apabila ingin bersara selepas memberikan perkhidmatan bertahun-tahun lamanya, ekoran bimbang bagaimana untuk meneruskan kehidupan selepas itu.
"Kenapa bekas tentera tidak mengambil peluang yang terbuka luas di depan mata kerana Kerabat bertekad membantu bekas tentera yang selama ini tidak terbela, " tegasnya.
Mereka yang masih dibelenggu pemikiran sempit katanya, tidak perlu bimbang kerana Kerabat akan bertindak dengan adil tidak mengira latar belakang politik bila memberikan bantuan dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Lagipun tentunya bekas perajurit tahu bahawa perjuangan dalam ATM bukan mengikut telunjuk orang politik sebaliknya akur di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agung.
Beliau sendiri sedih katanya, apabila melihat ada bekas perajurit terpaksa kerja jadi pengawal keselamatan atau kerja yang tidak sepatutnya.
"Tidak dinafikan memang ada yang bekerja sedemikian berbanding dulu dalam tentera mereka orang yang berpangkat.
Tetapi nak buat macam mana bila bersara pendapatan tidak setinggi mana. Ada yang lebih malang bila keluar tentera belum punyai rumah sendiri, " jelasnya.

Sumber HD : 20/01/2012
Anak, Bapa, Kerabat serah memo kepada Zambry
Muhammad Faeez, | 03 Feb 2012 |
IPOH, 3 Feb: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) dan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini.
Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai penyerahan memo itu kepada wakil Zambry di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di sini jam 4 petang tadi.
Katanya, Kerabat mendesak kerajaan supaya menunaikan janji-janji kepada bekas tentera dan parajurit.
Ujarnya, ini kerana kerajaan berjanji akan menyediakan 7,000 lot tanah kepada bekas tentera tetapi sehingga kini janji tersebut tidak ditunaikan.
“Saya berharap janji kepada lebih 36 ribu bekas tentera dapat direalisasikan dengan segera,” katanya.
Tambahnya, kerajaan juga pernah berjanji dengan Majlis Bekas Tentera bahawa bekas-bekas tentera layak mendapat tanah pertanian tetapi hingga sekarang janji tersebut belum direalisasikan.
Anak pula, katanya di dalam memorandum berharap kerajaan negeri tidak menyerahkan tanah milik Felda seluas 6,800 ekar yang kini di bawah Felda Plantation yang akan tamat perjanjiannya kepada Felda Global Ventures Holding.
“Penyerahan kepada Felda Global memberi risiko tinggi yang membolehkan tanah ini tergadai kepada pihak asing,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.
Beliau mengharapkan kerajaan negeri yang diketuai oleh Zambry tidak membenarkan perkara itu terjadi.
Tambahnya, Bapa difahamkan perjanjian pihak Felcra dengan tuan tanah di kampung tradisional yang hampir 15 tahun masih tidak selesai.
“Kami mohon kerajaan negeri supaya melihat perkara ini dan mengambil keputusan sewajarnya serta melangsaikan hutang tuan tanah,” ujarnya.
Turut hadir ialah bekas pegawai tinggi TLDM yang juga Penasihat Kerabat Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Negeri, Ustaz Norazli Musa.
Sumber HD : 4/02/2012

Kelantan bagi tanah kepada bekas perajurit
Rizal Tahir, | 04 Apr 2012 |
KOTA BHARU, 4 April: Para bekas perajurit negara yang berasal dari Kelantan akan mendapat durian runtuh tidak lama lagi apabila bakal diberikan 2 ekar tanah setiap seorang.
Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan hari ini.
Bagi melaksanakan perkara ini, satu jawatankuasa khas dibentuk bagi merangka mekanisma pelaksanaan keputusan ini.
Tempat tanah ini juga akan dikenalpasti tidak lama lagi, kata Datuk Mejar (B) Anizam Abd Rahman (gambar), Exco Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Jawatankuasa khas mekanisma ini akan menentukan kelayakan dalam pelbagai sudut bagi menentukan pesara tentera layak menerima tanah tersebut sama ada untuk tapak rumah atau pertanian.
“Kita akan meminta laporan dari Kementerian Pertahanan juga bagi mengenal pasti status bakal penerima,”ujarnya.
Menurutnya lagi, mesyuarat pertama jawatankuasa ini akan diadakan seberapa segera yang mungkin.
Sambungnya, hadiah tanah untuk tentera diberikan oleh kerajaan negeri sebagai menghargai tugas mereka selama ini dalam menjaga keamanan negara sejak sekian lama.
Tegasnya yang diberi tanggungjawab sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu, ada di antara pesara tentera yang tidak berpencen akibat pencen awal, ada yang tidak berpendapatan tetap dan sebagainya.
Sumber HD : 4/04/2012

Senaman punggung: Jangan dilihat macam lembu meragut
Mohd Insan Kamil, |
Laporan portal berita mengenai tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tadi janganlah sampai dilihat seperti lembu-lembu sedang meragut rumput.
Apa tidaknya, gambar yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini jelas menunjukkan kepala mereka lebih rendah daripada punggung.
Nah, kalau begitu sudah tentu sekali bukan bentuk manusia dalam keadaan normal melainkan makhluk berkaki empat, lebih-lebih lagi sewaktu meragut rumput atau memakan makanan.
Malaysiakini juga melaporkan bahawa tindakan itu tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.
Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.
Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.
Sumber HD : 15/05/2012

Senaman punggung hasil tarbiah Umno
Salmiyah Harun, | 16 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga, bukanlah perkara yang menghairankan.
Ini kerana, menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad, tindakan itu telah menzahirkan sikap mereka yang selari dengan pendirian Umno BN.
Katanya, apa yang ditunjukkan oleh sekumpulan bekas tentera itu merupakan tarbiyyah Umno BN selama 55 tahun memerintah negara ini.
"Inilah tarbiyah Umno selama 55 tahun, tidak hormat perbezaan pendapat kaum dan agama lain," katanya.
Katanya, Umno BN sepatutnya tunjukkan kebaikan Islam tetapi lebih suka menunjukkan keburukan orang Melayu.
Beliau cukup kesal, selepas 55 tahun memerintah negara ini, orang Islam masih tidak dapat melihat keadilan Islam sebenar dari acuan Umno BN sendiri.
Khalid juga menyifatkan 'senaman punggung' yang dilakukan oleh mereka akhirnya telah menunjukkan kebodohan mereka sendiri.
"Kalau tidak setuju dengan Ambiga, ajak dia berdebat tetapi Umno tidak sanggup. Kalau betul Ambiga lakukan, dedahkan penipuannya dalam televisyen selepas Bersih 3.0. Panggil dia. Tetapi Umno BN pula lebih berani, tetapi berani buat tindakan yang kurang bijak," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau percaya, kerana berpaksikan tindakan perkauman dan fahaman Islam yang sempit Ambiga menjadi sasaran.
"Kenapa Sasterawan Negara A.Samad Said tidak pula diganggu. Inilah unsur-unsur perkauman bukan Islam akan membenci Islam yang dibawa oleh Umno BN," katanya.
Justeru katanya, tekanan yang diberikan kepada Ambiga merupakan cara yang tidak munasabah dan menjadi bahan ketawa orang ramai.
"Orang ramai sudah mula menggeleng kepala melihat terdesaknya puak-puak Umno BN yang pendek akal dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Jual burger sekadar nak tunjukkan kebodohan mereka," katanya.
Semalam, Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) bertujuan membantah penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Kumpulan 15 orang aktivis PVTM itu melakukan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah rumah Ambiga.

Sumber HD : 16/05/2012
Senaman Punggung: Umno malukan Melayu, Islam
Abdul Aziz Mustafa, | 18 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Umno terbukti tiada lagi rasa malu kerana menggunakan cara yang hina dan biadab untuk menghukum Bersih, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Akhirnya, kawan Umno sendiri, (Presiden Gerakan, Tan Sri Dr) Koh Tsu Koon mengecam tindakan membuat senaman punggung di hadapan rumah (Pengerusi Bersih, Datuk S) Ambiga itu.
"Tetapi saya yakin kecaman Koh itu tidak akan memberi apa-apa perbezaan dan tidak memberi apa-apa kesan kerana Umno sendiri semakin membuktikan ia tidak ada lagi mempunyai adab dan rasa malu," kata beliau sambil menyatakan beliau diberitahu bahawa blog-blog Umno saling mengucapkan tahniah kepada mereka yang membuli Ambiga itu.
Koh menyifatkan tindakan penungging-penungging punggung itu sebagai sebagai kasar dan tidak sensitif.
Bagi Mahfuz, sekalipun Umno mahu melepaskan geram kerana terlalu kecewa dengan kehadiran ratusan ribu rakyat berbilang kaum dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, mereka tidak perlu menggunakan cara yang tidak beradab dan jijik sehingga melakukan gangguan seksual di hadapan rumah mangsa yang hendak dibuli.
"Bila Umno buat perkara yang jijik dan biadab seperti itu, ia terpalit juga kepada umat Islam lain yang tidak bersalah.
"Sekarang bila kawan Umno yang bukan Islam mengkritik tindakan itu, adakah mereka fikir umat Islam lain tidak rasa malu dengan perbuatan itu.
"Mentang-mentang ada kuasa, senang-senang membuli orang dengan aksi biadab menungging punggung," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz bertambah kesal kerana tindakan buli demi buli itu melarat kepada tuduhan tanpa usul periksa ke atas rakyat yang tidak bersalah.
"Terbaru, Ketua AMK Sik (Ngah Habib Mahyudin) disiasat dan dituduh mengancam mahu membunuh polis di dalam ceramahnya.
"Tanpa bertanya kepadanya, media-media pro-Umno membuli beliau apabila membuat laporan palsu kononnya beliau membuat ancaman itu," katanya.
Mahfuz mempersoalkan, adakah polis mempunyai rakaman apa yang didakwa sebagai ancaman itu sebelum memanggil Ngah untuk disiasat.
Ngah yang juga Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah dibebaskan selepas disiasat.
Ditanya mengenai kenyataan Menteri Daklam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kononnya tindakan akan diambil kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu termasuk pihak polis, Mahfuz hanya berkata: "Dia sudah bohong pasal SOP".
Hishammuddin sebelum ini mendakwa, tindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan itu adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).
Tetapi selepas itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan bahawa tindakan polis merampas kamera dan rakaman wartawan itu bukan sebahagian daripada SOP.
Sumber HD : 18/05/2012
(Senaman 'punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga)
KUALA LUMPUR: Siapakah sebenarnya tokoh di belakang 'senaman punggung' di depan rumah Datuk S Ambiga kini menarik perhatian ramai kerana beliau juga mengeluarkan fatwa air '100 plus' haram untuk orang Islam.
"Kami orang Islam tak minum air ni, kami minum air suam sahaja," kata Mohd. Ali Baharom kepada Ambiga.
Beliau mengetuai sekumpulan bekas tentera membuat senaman 'punggung' di depan rumah pemimpin Bersih itu baru-baru ini.
Jawapan itu diberikan Ali ketika menjawab tawaran air tin '100 Plus' oleh Ambiga selepas kesemua mereka kelihatan letih membuat senaman itu di depan rumahnya.
Rupanya, Mohd. Ali (gambar) jugalah salah seorang yang membeli gelaran 'datuk' untuk dipakainya sebelum ini.
Pengakuan ini dibuat beliau dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia pada 12 Januari 2011 lalu.
Dalam berita itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom itu memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.
Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.
“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.
“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.
(Mohd. Ali [tengah] ketika dalam satu majlis bersama anggota Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan)
Mohd. Ali memimpin 15 rakan-rakannya membuat senaman punggung dengan cara menonggengkan punggung mereka ke rumah Datuk Ambiga kerana membantah penglibatannya dalam Bersih.
Bagi Mohd. Ali, Ambiga tidak menghormati Perdana Menteri ketika menganjurkan perhimpunan Bersih yang dihadiri oleh lebih 250,000 orang yang kebanyakannya anak muda itu.

Hero senaman punggung mengaku beli 'datuk'
Harakahdaily, | 18 Mei 2012 |

Tahlil perdana sempena Hari Pahlawan
Harakahdaily, | 27 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Rangkaian Kebajikan Veteran Angkatan Tentera (Kerabat) akan menganjurkan program Tahlil Perdana bagi memperingati jasa pahlawan negara bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan tahun ini.
Program tersebut akan diadakan pada 30 Julai ini bermula dengan berbuka puasa bersama-sama di Dewan Marwan AlHakam, Air Hitam, Johor.
Selepas itu program akan diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah kemudian diikuti tahlil, solat Isyak, solat Terawih dan ucapan.
Antara pemimpin yang akan hadir termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamad serta AJK PAS Pusat Mazlan Aliman selaku Penasihat Kerabat.
Orangramai terutamanya bekas tentera dan polis dari seluruh negara sangat dialu-alukan menghadirkan diri.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Left. Kol(B) Hj Nazari Mokhtar 0197926020, Jahid 0167472915.
Sumber HD : 27/07/2012
MACHANG: Polis diminta menyiasat bagaimana satu pemaju perumahan mendapat tuntutan 100 peratus bayaran pinjaman perumahan padahal projeknya terbengkalai.
(Dokumen berupa laporan polis dan surat dari Kementerian Kewangan yang diberikan Zainal kepada Harakahdaily)
Ini kerana, akibat apa yang berlaku, 477 tentera yang terlibat dalam membeli rumah di projek berkenaan dipotong gaji mereka untuk bayaran pinjaman tetapi rumah tidak boleh diduduki.
Menurut salah seorang dari mangsa ini, Zainal Ismail, beliau bersama anggota tentera yang lain membeli rumah di Taman Sri Labok, Machang pada pertengahan 2008.
Mengikut perjanjian jual beli antara mereka, rumah itu akan disiapkan pada tahun 2009 namun sehingga sekarang ia tidak disiapkan.
Yang memeranjatkan mereka adalah, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Kementerian Kewangan telah mengeluarkan 100 peratus bayaran tuntutan kepada syarikat pemaju ini walaupun rumah mereka belum disiapkan lagi.
Ia bermakna, syarikat ini mendapat tuntutan lebih RM40 juta duit dari Kementerian Kewangan itu walaupun tidak menyiapkan rumah yang mereka bina.
Zainal telah membuat laporan polis Balai Polis Machang pada 12 April 2011 ekoran apa yang berlaku.
Beliau juga telah membuat laporan kepada Bahagian Pinjaman Perumahan, Kementerian Kewangan tentang apa yang berlaku.
Hasilnya, Kementerian Kewangan pada 14 Mac 2012 telah mengeluarkan surat kepada Biro Pengaduan Awam, Kuala Terengganu bagi melaporkan kes ini.
Mereka mengesahkan projek ini memang terbengkalai tetapi telah mendapat tuntutan 100 peratus dari kementerian.
Ekoran itu, BPP telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pemaju itu kerana mengemukakan tuntutan palsu kepada kerajaan tanpa menyiapkan rumah itu.
Sehubungan itu, BPP telah membuat laporan polis pada 1 Mac 2012 di IPD Putrajaya yang melibat 12 projek perumahan yang melibatkan pemaju perumahan berkenaan.
BPP juga membuat laporan kepada Lembaga Arkitek Malaysia kerana terdapat pengesahan arkitek terhadap semua tuntutan yang dibuat oleh pemaju berkenaan.
Bagi menguatkan laporannya, Zainal telah menghantar satu surat khas kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar membantu beliau dan rakan-rakannya yang teraniaya.
Sumber HD : 30/07/2012

Rumah terbengkalai, 477 tentera jadi mangsa
Harakahdaily, | 30 Jul 2012 |

Kerabat mahu nasib bekas tentera dibela
Salmiyah Harun, | 01 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: NGO Kebajikan Rangkaian Vateran Angkatan Tentera (Kerabat) menyifatkan sambutan Hari Pahlawan yang diadakan saban tahun pada 31 Julai bukan sekadar perayaan tradisi semata-mata sebaliknya ia adalah pengharapan baru ratusan ribu anggota tentera yang sedang berkhidmat mahupun bersara.
Penasihat Kerabat Mazlan Aliman berkata, masalah kebajikan bekas tentera dari dahulu hingga sekarang masih belum selesai dan sering menjadi perdebatan hangat.
Katanya, sejak tertubuhnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hingga kini direkodkan 300 ribu anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan, 80 peratus tidak berpencen kerana tidak melepasi 21 tahun perkhidmatan.
Tambahnya, nasib bekas tentera yang tidak berpencen di pernah dijanjikan untuk diberi lot tanah tapak rumah dan peluang pekerjaan masih menjadi isu terpenting yang diremehkan kerajaan.
"Bayangkan, perajurit kita pertaruhkan nyawa mereka, ramai yang gugur terkorban semasa ancaman komunis, keluar masuk hutan, berada di sempadan negara, memerangi penyeludupan, terkena serang hendap dan mangsa periuk api hingga cacat seumur hidup; sebahagian anggota menyertai misi keamanan Bangsa-bangsa Bersatu di negara bergolak sekurang-kurangnya berpisah selama 6 bulan dengan anak isteri.
"Sejauh mana kerajaan benar-benar serius menangani kebajikan anggota tentera kita khususnya yang berpangkat rendah dan tidak menikmati pencen," katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya dalam beberapa pertemuan dengan bekas tentera, ada yang hidup menjual air tebu, pisang goreng di tepi jalan untuk menyara anak yang ramai, tidak kurang juga yang menjadi pengawal keselamatan dan buruh binaan.
Jelas Mazlan, yang mengakui perlumbaan dari sudut anggota dan kelengkapan pertahanan sangat penting demi menghadapi apa juga kemungkinan pada masa depan.
Yang pasti, katanya pemimpin negara nampaknya hanya berlumba mendapatkan komisyen daripada pembelian kelengkapan pertahanan negara semata-mata, misalnya isu komisyen Kapal Selam Scorpene sampai sekarang tidak selesai.
Katanya, tawaran Pakatan Rakyat mesti merumus kepada penyusunan semula ATM yang berwajah baru, masa depan perajurit lebih terarah, kebajikan bekas tentera yang menjanjikan nikmat kehidupan ceria.
Justeru, Kerabat menuntut agar sebuah Bandar Baru Veteran Tentera di atas tanah seluas seribu ekar yang menjadi model sebuah perkampungan bekas perajurit yang lengkap perumahan moden, pusat latihan serba guna ala tentera, pusat kemahiran dan kemudahan asas serba lengkap.

Sumber HD : 1/08/2012
Sumber HD - 9-1-2013
NGO lapor ke SPRM, gesa siasat isu RM160 juta LTAT
Muhammad Faizal, | 09 Jan 2013 |
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuat siasatan segera berhubung dakwaan salah guna RM160 juta dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Gesaan itu dibuat sebuah NGO, Jingga 13 hari ini yang turut membuat laporan kepada pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam hari ini.
"Jingga 13 memohon supaya urusniaga ini disiasat segera bagi memastikan tidak ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan.
"Lebih penting, isu ini membabitkan nama baik dan integriti Najib yang namanya perlu dibersihkan segera melalui satu siasatan yang telus, bebas dan profesional," kata Ketua Koordinatornya, Fariz Musa.
PKR sebelum ini mendedahkan sejumlah RM160 juta wang dari LTAT digunakan untuk membayar kepada syarikat Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd melalui Boustead Holdings Berhad.
Jumlah itu masing-masing RM30 juta untuk pengambilalihan syarikat Astacanggih dan RM130 juta lagi untuk tanah seluas 223 ekar daripada syarikat Awan Megah.
Awan Megah dimiliki ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah yang diheret ke kancah kontroversi oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan.
Ianya berikutan urusniaga kewangan mereka berhubung projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) menghadapi masalah.
"Berdasarkan fakta-fakta yang didedahkan, pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera kepada pemegang saham Astacanggih dan Awan Megah tidak mempunyai asas komersil dan tidak akan membawa pulangan kepada pelaburan anggota tentera," kata Fariz lagi.
Semalam, media mendedahkan bahawa pembinaan Puspahanas mengalami kelewatan hampir dua tahun.
Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, kerja pembinaan Puspahanas sepatutnya bermula pada 25 September 2008 dan siap pada 24 Januari 2011.
Kementerian Pertahanan mentauliahkan projek berkenaan dan menandatangani perjanjian dengan pemaju Awan Megah (M) Sdn Bhd ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri.

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Lif kem rosak, isteri anggota tentera mati
Harakahdaily, | 16 Feb 2013 |
LUMUT: Ketika harta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan kroni, seorang isteri anggota maut akibat kerosakan lif di dalam kem mereka.
Yang sedihnya, menurut sumber, mangsa berkenaan sedang mengandung.
Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi setelah koma dua hari.
Beliau koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.
Isteri malang itu koma sejak itu dan dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal tengah malam tadi.
Selepas berita ini diposkan ke facebook, komen-komen yang dibuat pembaca menjurus kepada permohonan agar kebajikan angkatan tentera dijaga bukannya mengambil kesempatan dari harta benda mereka untuk kepentingan pihak tertentu.
"Perkara macam ini tidak seharusnya berlaku. Duit berbillion dia orang spent untuk beli kapal selam yang komisennya hanya untuk menyelenggara kemewahan Najib dan Rosmah tapi kenapa tak gunakan duit tu untuk menyelenggara kemudahan penghuni TLDM. Sangat terkilan dan sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa. Kita pikir2 lah," tulis seorang pelayar facebook.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.