Chandran: Penentang Hukum Hudud Adalah Golongan Jahil
Hudud dianggap ‘produk’ mulia
KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil.
Dr B. Chandran - Pengerusi DHPP Terengganu
Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim.
Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu.
“Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud.
“Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan potong kaki tetapi apabila mula belajar, saya melihat hudud tiada kecacatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.
Mengulas lanjut, penolakan orang bukan Islam terutama parti politik adalah kerana mereka sangsi jika pelaksanaan hudud kelak akan memaksa mereka untuk menutup operasi premis penjualan arak.
Beliau berkata, mereka yang mengaitkan perkara itu akan berasa tidak selesa sedangkan bagi sesetengah pihak terutama orang bukan Islam, arak adalah salah satu keperluan dalam budaya mereka.
“Bagi saya, orang bukan Islam nampak apabila hukum hudud ini dilaksanakan, mereka dipaksa tutup premis arak. Itu adalah hukum jenayah Islam dan mereka tidak faham. Kalau kita katakan DAP, secara keseluruhannya parti itu mewakili orang Cina dan ada yang menjalankan perniagaan arak, sebab itu mereka membantah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta orang Islam memberi penjelasan sebenarnya mengenai hudud dan tidak sesekali memberi gambaran salah, selain mengetepikan fahaman politik.
Menurutnya, orang Islam terutama tokoh-tokoh Islam adalah ‘jurujual’ terbaik untuk menjelaskan mengenai perkara itu sambil menyifatkan hudud sebagai ‘produk mulia’ yang diturunkan Tuhan.
Bagaimanapun, B Chandran berkata, realiti yang dilihatnya ketika ini, ‘produk’ itu tidak akan mendapat sambutan sekiranya ‘jurujual’ tidak mampu mempromosikannya dengan kaedah terbaik kepada pengguna.
“Hudud adalah daripada Tuhan dan ia adalah produk yang mulia. Anda ada produk yang baik tetapi tidak guna juga jika ada jurujual yang tidak baik. Kalau kita tengok orang putih (Inggeris), sekalipun produk mereka tidak baik tetapi jurujualnya baik, mereka berjaya menarik pelanggan,” katanya.
Kota Bahru – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat negara ini lebih baik menerima hudud daripada melaksanakan hukuman mati mandatori yang menyebabkan kehilangan nyawa.
Menurutnya, hukuman gantung sampai mati menyebabkan keluarga merana, hilang tempat berlindung sedangkan hukum hudud, qisas dan takzir tidak sedemikian.
“Lebih baik terima hudud daripada hukuman mati mandatori, kenapa kita nak takut dengan hudud?
“Kita orang politik hanya nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum mahkamah syariah Negeri Kelantan untuk diguna pakai hakim,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan di Dataran Wawasan, di sini semalam.
Katanya, bila berlaku kes, hakim menentukan ada prima facie atau sebaliknya dan kalau ada, ia boleh dijalankan dengan masing-masing boleh menggunakan khidmat peguam.
Mengenai perbezaan pendapat dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengenai hasrat Pas melaksanakan hudud, Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya tidak timbul lagi masalah mengenainya.
“Saya hormati dia sebagai orang lama berkecimpung dalam bidang perundangan, tidak timbul masalah balah (berselisih pendapat) saya dengan dia.
“Apa yang penting sekarang ini ialah memahami hasrat sebenar Pas untuk melaksanakannya di Kelantan dan orang Islam sendiri kena faham bahawa hudud ini bukan kerja Pas, ia ‘sama jadi’ dengan al-Quran,” katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang turut menyokong hudud, beliau berkata, itu yang sebaiknya kerana umat Islam perlu lebih rapat.
“Alhamdulillah, kita nak makin rapat macam tu, mana boleh kita orang Islam nak tolak hukum Islam,” katanya. -SH
Sumber : Blog Muslimeen United - 26/09/2011
Kepimpinan pusat DAP letak jawatan jika hudud jadi agenda Pakatan
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.
Menurut laporan Star Online hari ini, Lim (gambar) menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.
Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.
“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini.
Kedua-dua PAS dan DAP bertembung dalam mencari penyelesaian berhubung kontroversi tersebut.
Awal hari ini Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyelesaikan isu terbaru membabitkan hasrat PAS mahu mengadakan hukum hudud pada mesyuarat kepimpinan perikatan itu Rabu ini.
Sehubungan itu Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa kesemua parti perlu mencapai konsensus berhubung isu sensitif ini - yang melibatkan pendirian DAP dan PAS sejak sekian lama.
Semalam, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud.
Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.
“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.
Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.
YAB Tuan Lim Guan Eng - SUA DAP
Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.
Menurut laporan Star Online hari ini, Lim (gambar) menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.
Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.
“Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan,” kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini.
Kedua-dua PAS dan DAP bertembung dalam mencari penyelesaian berhubung kontroversi tersebut.
Awal hari ini Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya akan menyelesaikan isu terbaru membabitkan hasrat PAS mahu mengadakan hukum hudud pada mesyuarat kepimpinan perikatan itu Rabu ini.
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
Sehubungan itu Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa kesemua parti perlu mencapai konsensus berhubung isu sensitif ini - yang melibatkan pendirian DAP dan PAS sejak sekian lama.
YB Karpal Singh - Pengerusi DAP
Semalam, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud.
Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.
“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - al Mursyidul Am PAS
Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Sumber MI : 260/9/2011
Pakatan tolak ugutan keluar parti |
Aziz Muda |
(Gambar atas: Tiga pemimpin Pakatan menunjukkan laporan akhbar Umno yang cuba memecahkan mereka dalam sidang medianya petang tadi di Pejabat Agung PAS) KUALA LUMPUR, 26 Sept: Dakwaan yang mengatakan sebahagian pemimpin terutama dari DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya PAS dengan persetujuan PKR melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan meneruskan agenda penubuhan negara Islam di negara ini, tidak berbangkit. Sebaliknya, perkara itu sengaja dicetuskan oleh Umno dan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia untuk mencetuskan perselisihan dalam Pakatan Rakyat bagi kepentingan politik mereka. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, para pemimpin Pakatan Rakyat cukup sedar perkara itu dan sehubungan itu mereka akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan perkara itu pada 28 September ini. Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di Pejabat Agung PAS hari ini. Menurut beliau, hukum hudud, qisas dan taqzir seharusnya difahami oleh semua pihak, tetapi banyak pihak yang tidak memahaminya dengan mendalam. Katanya, isu mengenai hukum hudud merupakan sesuatu yang sensitif dan ia amat mudah menimbulkan salah faham kepada phak tertentu. "Kami dah putuskan untuk bincang perkara ini pada 28 September ini bermula jam 8.30 hingga 12.00 malam. Selepas itu, kami dari PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat akan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai perkara itu," katanya pada sidang media itu. Sehubungan itu, ketiga-tiga mereka meminta semua pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat tidak membuat apa-apa ulasan mengenainya sehinggalah pendirian bersama dicapai 28 September ini. Katanya, Umno BN bercakap mengenai isu itu sebagai suatu jalan bagi mencetuskan perselisihan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak akan mengikut agenda mereka. "Pada mesyuarat 28 September ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang kini berada di luar negara akan turut hadir. "Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan Baget 2012 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri nanti, tetapi untuk perbincangan awalnya akan membincangkan perkara ini," katanya. Menyentuh tentang kenyataan Menteri Besar Kelantan mengenai Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, beliau menegaskan, kenyataan Nik Aziz itu adalah dalam konteks negeri Kelantan. Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada tahun 1993, manakala ketika PAS memerintah Terengganu turut diluluskan Kanun Jenayah Syariah Terengganu pada persidangan Dun Terengganu pada tahun 1999. "Kedah sekarang tak buat sebab untuk meluluskan Kanun Jenayah Syariah itu demokratik, iaitu mestilah diluluskan pada persidangan Dun," katanya. Untuk melaksanakan hukum hudud, jelasnya, memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan disebabkan perkara itulah Kerajaan PAS Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu kerana dihalang oleh Mahathir. "Disebabkan Tun Dr Mahathir kata jangan buat, Kerajaan PAS Kelantan tak bolehlah laksanakan hukum hudud takut Tun Dr Mahathir buat magran iaitu mematikan demokrasi di Kelantan. Tindakan Kerajaan PAS Kelantan itu sebenarnya adalah untuk menyelamatkan demokarsi di negeri itu atau di negara ini," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5607-pakatan-tolak-ugutan-keluar-parti
MCA, Gerakan dicabar keluar BN |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 26 Sept: Parti MCA dan Gerakan dicabar keluar dari BN sekarang, ekoran kenyataan kedua-dua pemimpin utama parti itu untuk keluar dari BN sekiranya BN melaksanakan Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi hukuman hudud. Kedua-dua parti itu dicabar keluar dari BN kerana Kanun Jenayah Syariah yang mengandungi perlaksanaan hudud sememangnya telah digunakan di Terengganu sekarang. Kanun Jenayah Syariah Terengganu itu telah diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika Terengganu berada di bawah pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 lalu, tetapi kini terus digunakan di Terengganu walaupun Terengganu berada di bawah pemerintahan BN. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, dengan itu undang-undang Kanun Jenayah Syariah Terengganu yang digunakan oleh Kerajaan BN Terengganu sekarang adalah kanun jenayah syariah yang digubal oleh PAS. Katanya, sekarang BN di Terengganu telah menggunakannya sejak BN merampas kembali Terengganu dari PAS dan MCA serta Gerakan perlu sedar perkara itu serta melaksanakan janjinya untuk keluar dari BN sekiranya BN berbuat demikian. "Jadi kalau MCA dan Gerakan nak keluar dari BN, keluarlah sekarang kerana itulah Kanun Jenayah Syariah yang dilaksanakan oleh BN di Terengganu sekarang," katanya pada sidang media bersama dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. MCA dan Gerakan seperti yang dilaporkan media tempatan termasuk akhbar milik Umno beberapa hari lalu termasuk semalam mengatakan, pemimpin utama MCA dan Gerakan akan tetap menentang perlaksanaan hudud di negara ini dan sekiranya Umno atau BN melaksanakannya, kedua-dua parti itu akan keluar dari BN. Menurut Saifuddin, para pemimpin kedua-dua parti itu kini perlu menyedari realiti yang berlaku di Terengganu sejak BN mengambil alih tampuk pemerintahan negeri itu dari PAS dan perlu melaksanakan apa yang dikatakan oleh mereka itu. Realiti yang berlaku di Terengganu, tegas beliau, berbeza dengan Kelantan kerana Terengganu kini diperintah oleh BN setelah merampas tampuk pemerintahan Terengganu dari PAS, manakala Kelantan pula terus diperintah oleh PAS. Para pemimpin MCA dan Gerakan tidak seharusnya bercakap kosong dalam hal itu, malah mereka perlu melaksanakan apa yang diperkatakan oleh mereka itu bagi mempertingkatkan imej mereka sendiri. Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang sehubungan itu turut mengingatkan para pemimpin Umno BN bahawa hajat mereka untuk memporakperandakan PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dengan mencetuskan isu hukum hudud dan agenda penubuhan negara Islam hanyalah sia-sia kerana ia diyakini tidak akan kesampaian. Malah, kerjasama antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat kini jauh lebih utuh dan matang dari sehari ke sehari berbanding di peringkat awal penubuhan Pakatan Rakyat dulu. "Asas kerjasama Pakatan Rakyat adalah rakyat didahulukan atau kepentingan rakyat yang diutamakan, di samping menghargai perbezaan pendapat antara parti-parti yang berada di dalamnya," katanya. Serentak dengan itu, katanya, para pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokongnya akan terus berkerjasama bagi kerja-kerja pilihanraya dengan teratur, tanpa dapat diganggu gugat oleh para pemimpin Umno BN. Manakala Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Anthony Loke pula berkata, isu mengenai perlaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu bukanlah isu baru dan ia telah lama difahami oleh para pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau yang juga wakil kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan juga wakil kepada DAP menjelaskan, para pemimpin Pakatan Rakyat sememangnya menghormati pendirian parti masing-masing. Atas penghormatan itulah, para pemimpin Pakatan Rakyat berkerjasama dengan baik sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan, malah kini kerjasama itu semakin mantap dengan ketiga-tiga parti berfungsi dengan baik. "Sekarang Tun Dr Mahathir tiba-tiba menjadi pengacau dan jurucakap kepada Umno untuk membangkitkan perkara itu. Tetapi dalam masa yang sama, semua orang faham Umno sebenarnya tak nak laksanakan hukum hudud. Apa yang dibangkitkan hanyalah untuk kepentingan politik mereka. "Pada kami dari DAP dan Pakatan Rakyat, apa yang dibangkitkan itu sebenarnya tak timbul kerana ia merupakan isu yang dah lama, tambahan pula ia tidak dinyatakan di dalam Buku Jingga. "Kalau tak ada dalam Buku Jingga, itu bukanlah dasar Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan Rakyat cukup faham perkara itu, jadi tak perlulah Umno BN menimbulkan kembali isu itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5613-mca-gerakan-dicabar-keluar-bn-
Ulasan ketiga-tiga wakil parti komponen PR :
http://www.youtube.com/watch?v=LRNZYA6VkCg
Nik Aziz perjuangkan hudud bersama 1/2 juta fannya? |
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 27 Sept: Mungkin ada yang merasa Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesaorangan dalam memperjuangkan undang-undang syariah kali ini tetapi sebenarnya tidak. Sekurang-kurangnya 561,047 orang sentiasa mengikuti beliau dalam bentuk fan dalam Facebook Menteri Besar Kelantan itu. Dan yang menariknya, dalam satu posting mengenai hudud yang dibuat dalam facebooknya, beliau menerima 4,536 komen untuk posting itu sahaja. 9,146 pula menyatakan 'like' (suka) kepada posting itu manakala 3,054 orang pula membuat 'share' (kongsi) posting itu dalam facebook mereka. Posting itu berbunyi: KARIKATUR UTUSAN MALAYSIA HARI INI: Aduhai Utusan Malaysia, akhbar yang mengaku membela Melayu dan Islam.. Sedarkah apa yang anda lakukan? Di mana batasan anda bermain politik sehingga perkara yang jelas nasnya di dalam al-Quran pun anda ingin permainkan?? Wahai umat Islam... wahai PERKASA... wahai para mufti... wahai NGO Melayu/Islam.. wahai para ulama dan ulama muda UMNO... tidak jelaskah ini sebagai menghina perundangan Islam? Kebanyakan komen yang diberikan adalah menyokong penyataan beliau itu dan bersetuju bahawa Utusan telah menghina perundangan Islam. Dalam posting berikutnya, Nik Aziz menulis, beliau jarang membaca Utusan Malaysia. "Bagi saya ia lebih kepada surat pekeliling Umno. Pagi ini saya ditunjukkan lakaran kartun yg disiarkan semalam, memperlekehkan kalimah hudud. "Saya tidak mahu mengulas panjang, cukuplah saya katakan, padanlah dengan tahap pemikiran sidang pengarang Utusan Malaysia...," katanya. Posting ini sehingga berita ini ditulis telah diberikan komen sebanyak 367 kali dan dishare oleh 134 orang. |
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5653-semua-tertumpu-ke-pejabat-agung-pas-malam-ini
Terangkan maklumat hudud kepada rakyat |
Khaulah Azwar |
RAWANG, 29 Sept: Selaras dengan agama rasmi negara ini iaitu Islam, sudah sampai masanya maklumat berhubung hukum hudud yang heboh diperkatakan pada masa kini diterangkan secara rasmi kepada rakyat. Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin Baharum berkata, kerajaan dan agensi berkaitan perlu menghidupkan majlis forum dan program mendidik rakyat berhubung hukum hudud. "Pendidikan mengenai perkara ini (hudud) penting supaya rakyat faham apa itu hudud dan pelaksanaannya. Namun sekarang, peringkat inipun masih belum beres. "Rakyat tidak kira Islam atau bukan, masih tidak faham berkenaan hukum hudud. Sebab itu perlu teruskan program pendidikan dan setelah faham barulah perkara ini boleh dilaksanakan," katanya kepada Harakahdaily dalam program bersama penduduk Taman Rahmat Jaya, di sini semalam. Dalam pada itu, ujarnya amat dikesalkan apabila golongan yang bukan arif berhubung agama Islam memberikan komen berlebihan berhubung isu hudud terutama di media. Katanya, ini menyebabkan golongan memberikan kenyataan itu boleh menimbulkan kecelaruan pemahaman terhadap hukum yang sudah ditetapkan dalam Islam itu. "Sepatutnya biar hanya orang alim dan berwibawa untuk bercakap hal hudud ini kerana sudah menjadi kewajipan golongan ini memberikan kefahaman kepada rakyat. "Namun secara peribadi, pada saya tidak wajar kita sebagai orang Islam menafikan hukum yang telah ditetapkan Tuhan ini dan harus berusaha untuk ke arah itu," katanya. Menurut Badrul Amin, pelaksanaan hukum hudud di negara ini bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Perlembagaan Persekutuan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5663-terangkan-maklumat-hudud-kepada-rakyat
PAS cadang muzakarah betulkan persepsi perundangan Islam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Sept: PAS hari ini mencadangkan diadakan muzakarah secara terbuka dan ilmiah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi buruk yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti bagi mewakili Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja, Umno mewakili parti pemerintah dan PAS sebagai parti yang mendesak agar undang- undang ini dilaksanakan. “Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak. Islam sebagai sebuah agama yang ditegakkan di atas nas dan "hujah, PAS melihat muzakarah adalah medan menambahkan ilmu dan maklumat secara sihat yang perlu diterima dan disokong oleh semua pihak,” kata beliau. Dalam kontroversi isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan isu hudud bukanlah satu isu politik, tapi ia merupakan satu isu yang seringkali dihebahkan terutama menjelang pilihanraya. “Isu hudud bukan isu politik, tapi ia seringkali dipolitikkan untuk menimbulkan polemik dalam masyarakat, sehingga golongan yang bukan ahli dan golongan bukan Islam turut campurtangan dalam membahaskannya. "Sedangkan isu hudud merupakan isu yang menyentuh umat Islam secara langsung, dan ianya adalah tuntutan syarak bagi pemerintah untuk melaksanakannya,” terang beliau.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM
Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berkata hudud tidak akan dilaksanakan di negara Malaysia kerana tidak sesuai, Tuan Ibrahim berkata sikap Umno tersebut yang menimbulkan pelbagai tanggapan buruk terhadap sistem perundangan Islam dan ajaran Islam secara langsung. Umno sebagai parti pemerintah selama 54 tahun, katanya tidak pernah berusaha, tidak pernah menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan mahupun sedikit bayangan bagi melaksanakannya. “Sikap sambil lewa dengan memberi pelbagai alasan rekaan untuk tidak melaksanakan perintah Allah ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai tanggapan buruk terhadap sistem perundangan Islam dan ajaran Islam secara langsung,” tegur beliau. Alhamdulillah Sementara itu, Murshidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menyambut baik keputusan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat yang menghormati niat kerajaan Kelantan untuk memasukkan hukum hudud di dalam undang-undang syariah.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - MB Kelantan
Menulis di laman Facebooknya, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau amat bersyukur kerana rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat memahami hasrat Kelantan apatah lagi kerana ia tidak menyentuh bukan Islam. “Tinggal lagi sekarang, kerajaan pusat yang didokong oleh Umno yang masih menghalang hasrat kami,” tulis beliau lagi. Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan malam tadi telah memutuskan untuk membenarkan PAS terus menerangkan mengenai undang-undang syariah itu di samping menyatakan dengan jelas DAP tidak menyokong ianya dilaksanakan. |
http://bm.myharakah.net/index.php/headline/5684-pas-cadang-muzakarah-betulkan-persepsi-perundangan-islam
Hudud: Sekarang Umno gigit jari |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Sept: Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai. AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai keputusan perbincangan, hasilnya amat mengecewakan pimpinan Umno kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku. “Sekarang Umno gigit jari,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, mereka bersiap sedia untuk berpesta jika berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, mengenai isu Kanun Jenayah Syariah di Kelantan. Beliau menambah, sekiranya berlaku seperti yang mereka sangka tentu Datuk Noh Omar mampu senyum sampai telinga, kerana peluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor begitu cerah.
YB Datuk Noh Omar - Timbalan Pengerusi BPUS
Datuk Seri Najib pula, ujarnya akan mengisytiharkan pilihan raya dengan seberapa segera kerana inilah peluang BN untuk terus berkuasa dan memfaraidkan khazanah negara serta meneruskan tradisi menindas rakyat. Nampaknya, kata beliau hajat pemimpin BN tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemimpin PR yang mengurus krisis. Idris berkata, sekarang orang Islam sudah nampak tembelang Datuk Seri Najib dalam soal keazaman untuk menghayati Islam. Katanya, kenyataan tegas Najib menolak hudud adalah kerana takut kepada MCA dan Gerakan yang memberi amaran akan cabut lari daripada BN. Tambahnya, timbulnya penentangan perlaksanaan hudud telah menunjukkan wajah sebenar pemimpin Umno terhadap Islam. “Walaupun Najib cuba mempopularkan "konsep wasatiah" sebagai langkah untuk menunjulkan imej keislaman beliau,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5688-hudud-sekarang-umno-gigit-jari
Pemuda PAS sokong adakan muzakarah hudud |
Harakahdaily |
“Keputusan ini jelas menunjukkan keterbukaan Pakatan Rakyat dalam memahami pendirian setiap parti komponennya,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Katanya, keputusan itu juga membuktikan bahawa PAS tetap istiqamah dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum Islam di negara ini sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga hari ini.
Jelasnya, PAS tidak pernah berganjak daripada prinsip Islamnya meskipun dengan siapa ia berkawan.
Katanya, ia adalah manifestasi bahawa PAS bukanlah sebuah parti yang hipokrit, sebaliknya berterus terang dalam prinsip Islamnya.
“DPPM amat menghormati sikap berlapang dada pemimpin Pakatan Rakyat yang masih memberikan ruang buat PAS menerangkan undang-undang Syariah kepada rakyat,” ujarnya kepada Harakahdaily.
DPPM juga, katanya menyokong cadangan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar diadakan muzakarah secara terbuka dan ilmiah yang melibatkan mufti-mufti, NGO-NGO Islam di samping PAS dan Umno.
Katanya, DPPM berpendapat muzakarah itu adalah peluang terbaik menjelaskan undang-undang syariah kepada masyarakat yang selama ini terbelenggu dengan persepsi yang negatif terhadap hukum Islam.
Ujarnya lagi, DPPM mengharapkan muzakarah nanti sebagai suatu platform dakwah kepada rakyat khususnya kepada mereka yang beragama Islam.
Menurutnya, masih banyak hukum atau syariat Islam yang kabur pada pandangan umat Islam yang perlu diperjelaskan secara terperinci.
Kepada bukan Islam, katanya DPPM mengharapkan muzakarah nanti akan memberikan suatu persepsi positif serta kefahaman bahawa hukum Islam adalah adil untuk semua.
“DPPM yakin suatu hari nanti, semua rakyat sama ada umat Islam mahupun bukan Islam akan memahami bahawa hukum Islam tidak menzalimi sesiapa, sebaliknya ia akan memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada semua,” katanya.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5691-pemuda-pas-sokong-adakan-muzakarah-hudud
Hudud: Antara ‘tidak menyokong’ dan ‘menghalang’ |
Tuan Ibrahim Tuan Man |
Sesungguhnya Allah akan bagi dugaan berdasarkan kemampuan seseorang untuk menerimanya. Keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) kali ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana telah berjaya memincang isu utama yang menyentuh secara langsung pendirian PR. Hasil perbincangan yang memakan masa lebih tiga jam itu telah merumuskan satu keputusan yang akan memperteguhkan lagi hubungan PR walaupun berhadapan dengan isu yang rumit. Ternyata cubaan Umno-BN sekali lagi gagal memecah-belahkan PR dalam isu ini. Pendirian PR dalam memperakui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 membuktikan PR telah bertindak dengan penuh cermat dan berhemah dalam mencari penyelesaian terbaik dalam isu pelaksanaan hudud. Perakuan ini bermakna PR memperakui bahawa undang- undang jenayah syariah yang dilulus oleh kedua- dua dewan negeri telah melalui prosedur yang betul, menepati kehendak dalam sistem demokrasi. Sehubungan itu, perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993, dan Enakman Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sekarang ialah sejauhmana kesediaan pusat untuk memberi kebenaran untuk pelaksanaan merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang dibawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulanglah kepada kerajaan kelantan bagi mengazetkan undang-undang tersebut. Antara “Tidak menyokong” dengan “Penghalang” PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal ini dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak. Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka. DAP berpendapat ianya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah Syariah. Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguat-kuasakannya. Jadi jelas, yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun, dan bukannya DAP. DAP tidak menyokong kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan. PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini. Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf. Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya. Tambahan pula, Umno, yang mengaku dirinya Islam dan telah diberi kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah. Ini bukan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan Umno dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini. Keputusan yang dibuat PR ternyata jauh lebih baik dari pendirian Umno yang terus menolak hukum hudud sebagaimana kenyataan perdana menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Sebagai damage control ekoran kenyataan presiden mereka, ramai pemimpin Umno bergesa-gesa berkata mereka secara dasarnya menyokong hudud tapi menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum Allah ini. 54 tahun memerintah tapi dalam keadaan kononya menyokong hudud, Umno masih menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Jadi jelaslah selama ini, merekalah penghalang sebenar daripada pelaksanaan hukum Allah. Pendirian orang bukan Islam “tidak menyokong” dan orang Islam yang “menghalang” amat beza darjatnya dalam isu pelaksanaan hukum hudud ini. Hipokrit Umno dan BN Kini, sikap menghalang Umno itu bertambah nyata kini apabila berhadapan tekanan dari MCA dan Gerakan yang terang terangan mengugut akan keluar dari gabungan Barisan Nasional (BN) seandainya Umno menerima hukum hudud. MCA dan Gerakan hanya ugut nak keluar BN jika Umno nak laksana hudud kononnya ingin menjaga hak orang bukan Melayu. Tapi, tidak pula kedengaran MCA dan Gerakan ugut nak keluar BN semasa Umno dan Perkasa sering menindas hak dan menggertak kaum bukan Melayu. Bukankah itu menjadikan ugutan tersebut amat hiprokrit? Namun, hipokrit MCA dan Gerakan tidak setanding Umno. Apabila tercetus isu ini, Timbalan Presiden Umno terus menyatakan Umno turut menyokong hudud. Selepas ugutan MCA dan Gerakan, Najib terus mengisytiharkan tidak akan melaksanakan hukum Allah ini di Malaysia. Sikap hipokrit Umno menyebabkan rakyat beragama Islam kini menuntut satu perisytiharan bilakah Umno akan bersedia melaksanakan sistem perundangan syarak ini? Perisytiharan Umno ini juga sudah tentunya menyebabkan masyarakat Islam menuntut para ulamak dan ilmuan agama khususnya, untuk berfikir kewajaran mereka untuk terus berada dan menyokong Umno. Hudud bukan isu politik PAS ingin tegaskan bahawa isu hudud bukanlah isu politik tetapi ianya tuntutan syarak ke atas kerajaan yang memerintah. Kerana itu, kerajaan Kelantan secara konsisten telah melakukan pelbagai cara bagi menimbulkan kesedaran rakyat terhadap kewajipan menerima dan melaksanakannya selama ini. Pelbagai seminar, diskusi, forum, wacana dan ceramah tentang enakmen hudud telah diadakan setiap tahun. Kerana itu, bilamana isu hudud timbul dan dipolemikkan oleh media Umno, rakyat Kelantan samada Islam atau bukan Islam langsung tidak termakan dengan polemik tersebut, kerana mereka telah biasa dengan isu ini. Menteri Besar Kelantan telah menjelaskan perkara ini berpuluh kali bahawa beliau ingin melaksanakan sistem perundangan syarak ini kerana amanah yang terpikul di atas bahunya di akhirat. Bahkan, kalau diamati beberapa langkah kerajaan negeri dalam pelaksanaan pembangunan Kelantan selaras dengan syarak tidaklah menguntungkan politik PAS di Kelantan - sebagai contoh tindakan menutup premis perjudian, kelab malam, disco dan mengehadkan penjualan arak; semua ini dari sudut politik ia bukanlah menguntungkan PAS. Tindakan ini menyebabkan semua yang terlibat samada taukeh judi, kaki judi, disco dan lainnya tidak akan memberi undi kepada PAS, kerana mereka akan menentang peraturan ini. Namun, kerajaan Kelantan terus melaksanakannya semata-mata kerana tuntutan syarak. PAS melihat keputusan yang telah dibuat oleh PR memberi ruang pengiktirafan dalam lingkungan demokrasi. Keputusan rakyat Kelantan untuk menerima PAS sebagai parti yang mewakili mereka, serta tindakan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 adalah hak dan dalam bidang kuasa mereka. Bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak perlembagaan atau berlawanan dengan kehendak perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti. Jaminan PAS PAS akan cuba menegakkan syariat Allah sedaya upaya dalam kerangka demokrasi yang ada. PAS sesekali tidak akan menjadi seperti Umno yang mengalah terus untuk menunaikan syariat Islam tanpa sebarang usaha yang ikhlas. Orang yang sikap mengalah tidak akan mencari jalan penyelesaian. Maka dengan Umno, masyarakat Islam bolehlah lupakan sahaja syariat Allah dapat ditegakkan. PAS memberi jaminan tidak akan memaksa orang bukan Islam menerima hudud secara paksa. PAS juga ingin menegaskan di sini, hudud hanya melibatkan orang Islam sekiranya ia dapat dilaksanakan dalam kerangka demokrasi yang ada. Namun, diharap rakyat dapat memahami situasi amat berlainan di negeri Kelantan, kerana rakyat Kelantan ingin hukum hudud dilaksanakan. Hak dan keinginan rakyat Kelantan harus dihormati. *Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-penerangan/5689-hudud-antara-tidak-menyokong-dan-menghalang
PAS tak paksa bukan Islam terima hudud |
Nazri Abdullah |
KEPALA BATAS, 1 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, undang-undang Islam termasuk hudud hanya pilihan dan bukan paksaan untuk orang bukan Islam. Menurutnya, ianya sama seperti ajaran agama itu yang menegaskan bahawa tidak boleh memaksa bukan Islam memeluk Islam. "PAS tak paksa orang bukan Islam terima hudud. Islam beri pilihan seperti tidak memaksa mereka memeluk Islam," katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Millenium di sini. Apa yang berlaku waktu ini tambahnya, undang-undang Islam itu telah dikelirukan oleh Umno sehingga bukan sahaja menakutkan orang bukan Islam malah menyesatkan orang Islam sendiri. "Undang-undang jenayah syariah ini dimomokkan kepada rakyat melalui media yang diupah Umno. “Kita cuba memperkenalkan undang-undang jenayah syariah terutamanya hudud dan takzir tapi mereka sengaja memetik hudud sahaja dengan tujuan menakutkan orang bukan Islam dan menyesatkan orang Islam," katanya. Bukan ciptaan PAS Mengulas lanjut isu yang sedang dipolemik itu, beliau berkata hudud bukan undang-undang baru yang dicipta PAS, tetapi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT. Kewajipan melaksanakannya sama seperti kewajipan-kewajipan lain yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam. "Hudud bukan ditetapkan oleh PAS, bukan oleh Nabi, bukan oleh ulamak tetapi ia ditetapkan oleh Allah," tegasnya. Kewajipan perlaksanaan undang-undang Islam itu katanya lagi adalah bertujuan mendidik manusia menjadi baik dan bukan menzalimi mereka. Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut sebak sewaktu mengulas perjuangan presiden-presiden PAS terdahulu yang lebih awal meninggalkan kita. Dengan suara tersekat-sekat, beliau menyeru seluruh ahli PAS bersedia menyerahkan diri kepada perjuangan menegakkan agama Allah seperti yang ditunjukkan pemimpin terdahulu. "Dalam sambutan 60 tahun, marilah kita mengenang pimpinan awal yang telah mendahului kita. "Almarhum Ahmad Fuad, Dr Abbas Alias, Dr burhanuddin Helmi, Tuan Guru Yusof Rawa, Datuk Fadzil Noor dan lain-lain. "Marilah kita menjadi mereka yang tetap jatidiri, tidak mengubah haluan, tidak menebuk bahtera, malah melajukan perjalanan bahtera mencapai keredhaan Allah untuk menang di dunia dan menang di akhirat," katanya disambut laungan takbir hadirin. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5717-pas-tak-paksa-bukan-islam-terima-hudud
Hudud: DAP tetap bersama PAS lawan BN |
Nazri Abdullah |
KEPALA BATAS, 2 Sept: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN. Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud. "Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama. "Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin. Dalam majlis itu dianggarkan lebih 20 ribu hadirin hadir dan duduk bersila memenuhi ruang dalam dan perkarangan Dewan Milenium. Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu, kesemua parti komponen PAS, PKR dan DAP menyatakan persetujuan bersama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. Mereka juga menghormati pendirian PAS untuk mengangkat isu hudud dan membincangkannya agar difahami oleh masyarakat. Pada masa yang sama, mereka juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan. Keputusan bersama itu sekaligus didakwa menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka. "Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN," katanya. Turut menjadi pemidato dalam majlis malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5724-hudud-dap-tetap-bersama-pas-lawan-bn
Penjelasan SUA DAP : http://www.youtube.com/watch?v=7WTeazeIxyo
DAP ucapkan syabas kepada PAS |
Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS, 3 Okt: Syabas PAS kerana berjaya mempertahankan indentiti perjuangan sehingga 60 tahun walaupun terpaksa mengalami pahit maung, sepak terajang politik, fitnah yang melampau dan sebagainya kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Beliau bangga dengan PAS kerana bersikap matang dan tidak cepat melatah bila berhadapan dengan isu yang memburukan emej PAS atau siapa sahaja yang menjadi teman seperjuangan dalam setiap kali diadakan persefahaman politik. "PAS amat matang dalam hal ini maklumlah telah lama berada dalam arena politik tanahair. Kematangan itulah yang menjadikan PAS mudah diterima rakyat. Tambahan lagi kepimpinanya yang mudah mesra, " jelasnya ketika berucap dalam Rapat Umum sempena Sambutan 60 tahun PAS di Dewan Milenium baru-baru ini. Turut berucap ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalanya, Haji Mohamad Sabu dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagi DAP , PAS adalah rakan politik yang tulus dan bertanggungjawab selari dengan kematangan usia penubuhanya. Bukan sahaja PAS berjaya menonjolkan diri sebagai sebuah parti yang semakin diterima ramai malahan melahirkan kepimpinan yang bersemangat kental tidak mudah kalah di tengah jalan. Parti lama seperti PAS dan DAP walaupun masih tidak berjaya sepenuhnya menguasai Malaysia tetapi mampu bertahan dalam arena politik tanahair tidak sepertimana sesetengah parti hancur begitu sahaja. "Penonjolan PAS di arena politik tanahair berjaya mengubah landskap politik sebenarnya. BN rasa tergugat dia hentam PAS, PKR dan DAP padahal kita tetap bekerjasama dalam hal tertentu, " tambahnya lagi di hadapan puluhan ribu orang. Umno dan DAP tidak sama tentang hudud Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, walaupun PAS dan DAP bertentangan hujjah mengenai hukum Hudud namun itu tidak bererti PAS dan DAP tidak boleh duduk semeja sekata dalam isu seperti menyelamatkan sistem kehakiman yang dikuasai tangan hitam, penyelewengan dalam pentadbiran, rasuah dan seumpamanya. Beliau menyifatkan pertelagahan mengenai hukum hudud dengan cadangan pelaksanaanya di Kelantan dan Trengganu hanya bersifat sementara kerana ia pasti ditangani bersama dengan lebih matang selepas dipersetujui dalam Pakatan Rakyat. "Adakah sama tidak setujunya DAP dan Umno terhadap pelaksanaan hukum Hudud oleh PAS di Kelantan dan Trengganu. Jawapannya pasti berlainan sebab Umno terdiri daripada orang melayu beragama Islam. "Namun apa pun tidak bererti DAP dan PAS tidak boleh duduk semeja untuk mendapatkan kata sepakat dalam isu lain seperti penyalah gunaan kuasa oleh kepimpinan Umno-BN dan sebagainya, " tegas beliau lantang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5734-dap-ucapkan-syabas-kepada-pas
Hudud sesuai dengan fitrah manusia |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menggesa seluruh ahli agama dan rakyat yang beragama Islam agar memberikan sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud. Katanya, Dewan Ulamak PAS menyeru kepada seluruh agamawan termasuk NGO-NGO Islam agar memberikan sokongan secara berterusan kepada PAS untuk merealisasikan perlaksanaan syariat di negara ini “Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam hendaklah memahami bahawa hasrat PAS bukannya untuk mengaut keuntungan politik tetapi ianya bertitik tolak untuk memastikan negara kita berada dalam keadaan stabil dan harmoni. “Saya juga menyeru ahli Umno dan ahli Parlimen Umno yang beragama Islam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hasrat Kerajaan Negeri Kelantan ini, insya Allah, Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa menolong agama-Nya. “Ingat, ini bukan isu politik tetapi ianya adalah isu yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT,” tambah beliau lagi. Jelasnya, undang-undang hudud datangnya daripada Allah SWT, iaitu Tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Tambahnya, apabila ianya datang daripada Allah SWT, maka sudah pasti dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia sehinggalah ke hari qiamat. “Undang-undang negara kita sudah tidak mampu lagi untuk menangani permasalahan jenayah secara berkesan, undang-undang ini sudah relevan lagi untuk kebaikan rakyat Malaysia. “Jadi kami menyeru supaya PAS diberikan peluang untuk membukti keadilan undang-undang Islam yang bukan hanya terbatas kepada hudud sahaja tetapi meliputi seluruh penjuru kehidupan manusia,” ujar beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5740-hudud-sesuai-dengan-fitrah-manusia
Hudud: Alasan DAP perlembagaan tapi Umno berbelit |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketika hudud semakin menyerlahkan kemunafikan Umno, sekurang-kurangnya DAP tidak menolak hudud atas alasan Perlembagaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. "DAP sekurang-kurangnya menolak hudud dengan menggunakan hujjah Perlembagaan negara dan apa yang difahaminya sebagai prinsip sekularisme dalam perlembagaan itu. "Tetapi, tanpa sebarang hujjah yang munasabah, malah berbelit-belit dengan dalih-dalih yang telah lama dipatahkan, Umno mengulang-ulang sikap menuduh hudud tidak sesuai dilaksanakan walaupun tidak berani lagi mencerca undang-undang hudud sebagai primitif dan sebagainya," kata beliau. Mahfuz menekankan, sepatutnya para pemimpin Umno yang beragama Islam beriman kepada undang-undang Allah dan bukan mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan secara terang-terangan penghinaan mereka kepada undang-undang Allah kerana menyifatkannya tidak sesuai dan menggambarkannya tidak adil. "Tidak mahu buat tidak memberikan hak kepada Umno untuk menghina undang-undang Islam. "Kini, Umno tidak boleh lagi marah-marah kalau rakyat menuduh Umno bukan sahaja mengkhinati dan menjual bangsa, ugama Islam juga dihina dan dikhinati berulang-ulang kali," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengalu-alukan pandangan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan. Menurut Dr Abdul Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud. Keperluan itu, katanya, tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah. "Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam," kata beliau. Oleh itu kata beliau lagi, "logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah." "Ini tidak masuk akal," kata beliau lagi. Dr Abdul Aziz juga menolak pandangan Majlis Peguam yang menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan oleh negeri-negeri. Wacana hudud adalah perkembangan sihat yang membuka minda kita, termasuk pengamal undang-undang. Kali ini umpamanya kita cuba melihat pelaksanaan di peringkat negeri; dalam kerangka jenayah syariah. Bukan dalam kerangka undang-undang jenayah konvensional di peringkat nasional. "Ini merangsang minda; Majlis Peguam masih ketinggalan kerana melihat pelaksanaan itu dalam kerangka lama. Sebab itu, mereka kata ini retorik politik," kata beliau. Dr Abdul Aziz berkata, adalah sesuatu janggal kerana Majlis Peguam tidak memberikan prinsip federalisme satu pertimbangan dalam kenyataannya berkaitan dengan isu hukum hudud. "Prinsip (federalisme) adalah penting dalam membebaskan sistem (perundangan)," katanya lagi. "Apabila perlembagaan membisu ataupun ada konflik seperti ini, maka undang-undang akan memberi laluan kepada negeri." |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5744-hudud-alasan-dap-perlembagaan-tapi-umno-berbelit
Duta EU berminat ikuti isu hudud |
Mohd Nor Yahya |
KOTA BHARU, 3 Okt: Isu hudud yang dicetus di Kelantan bukan sahaja menjadi polemik di kalangan pemimpin tempatan, malah turut menarik perhatian negara asing termasuk Kesatuan Eropah (EU). Hari ini Duta Kesatuan Eropah, Vincent Piket mengunjungi Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi mendapat gambaran lebih jelas mengenai isu tersebut. Ahmad berkata, duta terbabit diberi penjelasan mengenai hasrat kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud di negeri ini, namun terhalang disebabkan tidak dilakukan pindaan perlembagaan persekutuan. “Nampaknya beliau faham situasi sebenar mengapa Kelantan tidak dapat melaksanakan undang-undang tersebut. ”Ini kerana Kelantan merupakan sebahagian negeri yang bernaung di bawah kerajaan Persekutuan dan tertakluk kepada undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan tersebut di pejabatnya petang ini. Isu hudud heboh diperkatakan selepas Kelantan gagal melaksanakannya setelah dilulus pada persidangan Dun 1993 kerana halangan pemimpin Umno dan perlembagaan. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menerajui pentadbiran negara pernah menghantar surat amaran kepada Kelantan sekiranya melaksanakan hukum hudud. Timbalan Menteri Besar berkata, Duta Kesatuan Eropah nampak berminat mengikut perkembangan semasa yang berlaku di sini sehingga sanggup datang bagi mendapatkan gambaran sebenar. Selain itu katanya, perkembangan tuntutan Bersih 2.0 bagi menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak adil dan telus turut mendapat perhatian duta berkenaan. ”Hasrat rakyat negara ini yang mahukan keadilan dan ketelusan dalam proses pengendalian pilihan raya turut disentuh pada pertemuan tersebut,” ujarnya. Menurutnya juga Kesatuan Eropoh turut berminat mendekati perkembangan industri batik yang berpotensi dipasarkan ke negara-negara Eropah. Hadir sama pada pertemuan itu anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5747-duta-eu-berminat-ikuti-isu-hudud-
Himpunan Kesyukuran Hudud esok |
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 5 Okt: Kerajaan Kelantan akan menganjurkan program Himpunan Kesyukuran pada Khamis, 6 Oktober (esok) sebagai menterjemahkan rasa syukur di atas penerimaan rakyat negeri itu terhadap perlaksanaan Kanun Syariah Jenayah ll (Hudud). Pengerusi Jawatankuasa Induk program, Datuk Ahmad Yaacob (gambar), ketika ditemui memberitahu, program berkenaan juga dianjurkan untuk melahirkan rasa syukur memandangkan rakyat di negeri ini sudah memahami berhubung perkara itu. Jelasnya, sempena program berkenaan, diadakan wacana berhubung hudud bertempat di Dewan Teratai, Kota Darulnaim yang bakal disertai oleh kakitangan awam di negeri itu. “Tiga ahli penal kita undang khas untuk menjayakan hasrat ini, Ketua Hakim Mahkamah Syariah, Datuk Daud Muhammad, pensyarah, Aziz Bhari dan bekas anggota exco kerajaan negeri, Datuk Muhammad Daud,” ujarnya. Pada masa yang sama, menurutnya jamuan rakyat khusus untuk seluruh rakyat di negeri ini tanpa mengira bangsa agama serta fahaman politik juga diadakan pada hari yang sama bermula pukul 5.00 petang di Stadium Sultan Muhammad Ke-1V. Timbalan Menteri Besar Kelantan itu seterusnya memberitahu, pada sebelah malam pula diadakan solat Maghrib berjemaah, kuliah Maghrib akan disampaikan oleh Anggota Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat. “Tiga penceramah yang tidak asing lagi diundang khas, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya. Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Kelantan hadir pada majlis berkenaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5782-himpunan-kesyukuran-hudud-esok
Hudud: Pemuda PAS jawab SIS |
Dr Ghazali Hasbullah | ||||||||||||||||||||||||||||
Bagi pihak Pemuda PAS, kenyataan Zainah Anwar (dari Sister In Islam) dalam The Star Online pada 2 Oktober 2011 merupakan kekeliruan yang nyata dari seorang pemimpin NGO Islam yang kurang memahami falsafah hukum dalam syariah Islam. Islam merupakan agama Allah yang diturunkan kepada seluruh manusia sehingga akhir zaman. Ia merupakan agama yang membawa rahmat, agama kasih-sayang, agama yang halus dan lemah-lembut agama yang membawa kejayaan untuk dunia dan akhirat. Kekeliruan dalam melihat hukum Islam dengan gambaran salah seperti membesar-besarkan tentang potong tangan, potong kaki, rejam sampai mati dan sebagainya samalah seperti memberi gambaran salah kepada bukan Islam bahawa masuk Islam nanti kena potong anunya (berkhatan). Apakah itu caranya kita melihat Islam dan memberi penjelasan tentang Islam? Kenyataan itu hanya menakut-nakutkan manusia yang belum Islam tentang Islam. Kenapa kita tidak menjelaskan bahawa berkhatan itu adalah untuk mencegah dari kekotoran dan boleh membawa kepada penyakit kanser yang merbahaya, sebab itu Islam mahukan umatnya bersih dan bebas dari segala penyakit. Bukankah amalan berkhatan itu juga wujud sebelum Rasulullah SAW diutuskan membawa Islam lagi? Ia juga menjadi amalan biasa kepada kaum India yang menganut agama Hindu di Malaysia. Begitulah juga halnya dengan hukuman-hukuman yang terdapat dalam syariat Islam. Gambaran yang salah seperti hukuman sebat seratus rotan dan rejam sampai mati juga tidak harus menjadi bahan untuk menakut-nakutkan sedangkan hukuman rotan dan bunuh dengan cara yang lebih kejam juga terdapat dalam sistem perundangan penjajah. Kenapa rakyat Malaysia boleh terima? Menjelaskan tentang kebaikan akan hukum Islam secara akademik dengan sokongan statistik seharusnya menjadi keutamaan kerana Islam merupakan agama kesejahteraan. Sudah tentulah hukum-hakamnya untuk memelihara dan memberikan kesejahteraan kepada manusia sejagat. Selain itu Islam juga merupakan agama fitrah. Syariat dan hukum-hakamnya merupakan sesuatu yang selari dengan jiwa manusia. Sebagai contoh, apabila barang anda dicuri dengan jumlah yang besar (yang melayakkan hudud dilaksanakan), apakah hukuman yang anda harapkan dari pemerintah? Apakah anda berharap agar si pencuri itu hanya didenda dan dipenjara? Sudah tentu anda sangat gembira jika tangan si pencuri itu dipotong sahaja. Bagi seorang pemimpin masyarakat yang perihatin pula, apakah yang mereka harapkan akan hukuman yang patut diberikan kepada si pencuri itu? Sudah tentu potong tangan juga agar si pencuri itu tidak melakukannya lagi dan menjadi pengajaran kepada masyarakat agar takut dengan perbuatan yang mengganggu keharmonian itu. Tapi perlu diingat, bukan semua perbuatan curi terpaksa dipotong tangannya. Tempat simpanan, nilai yang rendah, orang yang miskin, bukan terpaksa, isteri yang mengambil barang suami dan banyak lagi faktor akan diambil kira sebelum hukuman dijalankan. Malah, jika si pemilik barangan tersebut memberi maaf sebelum dilaporkan kepada pihak pemerintah, hukuman itu juga tidak perlu dilaksanakan. Oleh itu, semua kenyataan yang dikeluarkan oleh oleh Zainah Anwar itu akan terjawab dengan sendiri apabila kita memahami bahawa Islam itu adalah agama yang adil, agama pemelihara, agama kasih sayang, agama fitrah di mana segala hukum-hukumnya termasuk hukum jenayah (Hukum Hudud) juga adalah untuk keadilan dan kesejahteraan masyarakat. Melihat hukum Islam dari sudut kekerasan perlaksanaan hukumannya adalah satu kekeliruan yang hanya akan menjauhkan manusia dari Islam sedangkan hakikat sebenarnya adalah ia suatu keadilan yang tiada taranya dan membawa manfaat serta pengajaran yang besar kepada masyarakat seluruhnya. Sejarah telah membuktikan jumlah jenayah yang sangat rendah dengan perlaksanaan syariat Allah itu.
Dalam keadaan jenayah di Malaysia tidak terkawal, Pemuda PAS menyokong penuh agar perlaksanaan Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan sebagai negeri pemula bagi mengembalikan keharmonian negara dan rakyatnya. Justeru, seorang Islam yang mukalaf, malah beliau sedar bahawa kenyataannya itu merendah-rendahkan Islam seperti yang dilakukan oleh Zainah Anwar, (“It’s okay to implement the hudud law because it doesn’t affect non-Muslims.” So it’s okay for Muslims to be brutalised? Ertinya : Tidak mengapa untuk melaksanakan hukum hudud sebab ia tidak melibatkan non-muslim. Jadi tidak mengapalah untuk umat Islam dizalimi?) boleh menjejaskan akidah. Oleh itu, Pemuda PAS menyeru agar Zainah Anwar kembali bertaubat. Malah kita juga bersedia untuk bermuzakarah secara terbuka atau tertutup jika beliau inginkan penjelasan tentang hukum Islam (Hukum Hudud). Penulis adalah Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Permuda PAS Malaysia |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/5802-hudud-pemuda-pas-jawab-sis
Umno dicucuk hidung, perlekeh hudud di pentas MCA |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Umno dilihat berada dalam keadaan terdesak serta bertekad memperjudikan agama Islam apabila sanggup menghina hukum hudud di pentas kendalian MCA. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkely Ahmad yang dihubungi Harakahdaliy memberitahu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin amat mengejutkan dan mengecewakan. Mohd Kamal Sadin semalam dilaporkan mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Beliau yang bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, semalam berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. Bagi Dr Dzulkefly, sepatutnya seorang yang mempunyai latar belakang agama perlu menyemarakan nilai-nilai murni Islam terutamanya hukum hudud dengan menonjolkan perkara-perkara yang baik sebagai menghilangkan kesangsian orang bukan Islam. "Perkara yang perlu dilakukan olehnya, sepatutnya menghilangkan kesangsian orang bukan Islam tentang sebenarnya hudud bukannya memperlekehkan kemuliaan hukum tersebut. "Perkara yang ditimbulkan oleh beliau itu sudah dijelaskan sewaktu di parlimen dan juga oleh tokoh-tokoh ulama, tetapi apa yang dilakukan oleh beliau adalah sebaliknya sehinggakan sanggup memperjudikan hukum Allah dan juga agama Islam," jelasnya yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor. Baginya, tindakan yang dilakukan itu jelas menggambarkan politik murahan serta terdesak Umno. "Islam diperlekehkan di pentas MCA demi mencari populariti politik bagi menghadapi pilihanraya umum nanti, yang mana kita sedia maklum MCA secara terang menentang hudud dari awal lagi serta mengeluarkan beberapa tohmahan sebelum ini. "Jelas kita lihat dalam keadaan sekarang Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun memperjudikan Islam demi undi untuk mereka dan orang agama di dalam Umno sekarang ini pun sanggup menggadaikan maruah mereka demi sokongan MCA. "Umno mengambil sikap kerdilkan diri kerana terlalu takutkan MCA, sehingga sanggup berdiam diri walaupun secara terang kenyataan MCA itu menggugat kesucian hukum Allah," sambungnya lagi. Dr Dzulkefly memberitahu politik murahan Umno itu sebenarnya menjerat Islam itu sendiri dan memberi peluang kepada MCA untuk menyerang perlaksanaan hudud. Katanya, sikap tidak mempunyai pegangan agama yang kuat di kalangan pemimpin Umno semestinya disukai oleh MCA kerana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa ada tentangan dari Umno. "Umno telah dicucuk hidung oleh MCA sebab itu apa yang dikatakan oleh MCA tentang Islam, Umno tidak pernah membantah. "Kita di dalam Pakatan Rakyat wujud kesefahaman di mana DAP menghormati pendirian PAS terhadap hudud dan mengatakan DAP memperkudakan PAS itu tidak benar sama sekali," kata beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6865-umno-dicucuk-hidung-perlekeh-hudud-di-pentas-mca
Soi Lek dituntut meminta maaf |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Dis: PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar), yang memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam. Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim juga melahirkan rasa "kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau." Ini bukanlah kali pertama presiden MCA yang pernah tertangkap dalam video seksnya itu menghina Islam bahkan telah beberapa kali. Kali ini di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam. Kenyataan Soi Lek ini dibuat ketika rakan karib MCA itu, Umno, terus-terusan mendakwa kononnya DAP cuba mengkristiankan umat Islam padahal kebanyakan pemimpin DAP sendiri bukan beragama Kristian. Abim menilai kenyataan biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri, kata Mohamad Raimi dalam kenyataannya. Di samping itu, katanya, Abim berpandangan kenyataan tersebut yang itu berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini. Ini memandangkan hukum Hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia. Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek tersebut juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamophobia yang berkembang pesat di seluruh dunia, tambah beliau. Abim, katanya, merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau. Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), Abim menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini. Abim juga, katanya, menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali. Umno sekongkol dengan MCA Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah. Tindakan terbaru Presiden MCA, Dr chua Soi Lek mengkritik hukum hudud bukan perkara baru, walaupun kenyataan ini dikritik oleh pelbagai pihak. "PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi. "Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu UMNO terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim. Bagi beliau, Ketakutan Umno untuk menegur tindakan biadap Chua Soi Lek ini membuktikan kepada umum siapa jadi kuda tungangan sebenar. Kebiadaban MCA ini tentunya lahir dari rasa besar kepala akibat tiadanya teguran atau bantahan oleh mana-mana perwakilan sewaktu PAU lalu. Bahkan apa yang diluah ialah kritikan terhadap enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan, yang kononnya bertentangan dengan hudud sebenar. "PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, UMNO seharusnya membentang hudud yangh sebenar dan PAS. Akan pasti meyokongnya. "Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6866--abim-tuntut-soi-lek-meminta-maaf
Soi Lek jangan undang kemarahan umat Islam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) meminta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menutup mulut dan jangan bercakap mengenai Islam jika tidak mengetahuinya secara betul dan tepat. “Jika tidak, beliau ‘menembak’ sesuka hati tanpa fakta yang benar mengenai Islam,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. DPP Malaysia merujuk kepada sebuah forum bertajuk ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur pada hari semalam. DPP Malaysia, kata Riduan merasa Dr Chua Soi Lek amat biadap kerana mempertikai agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini. “Beliau tidak berhak bercakap mengenai Islam di dalam forum tersebut kerana beliau tidak tahu mengenai Islam,” katanya. Katanya, jika ada wakil umat Islam yang turut hadir sebagai panel daripada Umno, ini tidak memberi gambaran beliau boleh bercakap apa sahaja mengenai Islam. Sepatutnya, kata Riduan Soi Lek menyentuh mengenai usaha beliau bagi membela bangsa kaum Tionghua di negara ini, serta bagaimana mahu mengembalikan sokongan masyarakat Tionghua kepada MCA, bukan bercakap mengenai Islam. Bagi DPP Malaysia, tegasnya isu Hudud atau hukum Islam tidak wajar dibincangkan secara terbuka oleh masyarakat bukan Islam kerana ia boleh mencetus polemik yang lebih besar. “Isu hukum Islam sepatutnya dibincangkan secara ilmiah oleh mereka yang berkelayakan dan melibatkan semua pihak, barulah isu ini mendapat penjelasan secara betul dan menyeluruh,” tegasnya. Tambahnya, alasan pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia adalah alasan yang tidak boleh diterima sama sekali. DPP Malaysia menjelaskan, hakikatnya jika hukum Islam terlaksana di Malaysia, pelabur pasti akan datang ke Malaysia kerana matlamat undang-undang Islam meletakkan keadilan dan keselamatan kepada semua rakyat di negara ini. Secara logiknya, kata beliau jika keadilan dan keselamatan rakyat terkawal, pasti pelabur akan berani datang ke Malaysia kerana hak dan keselamatan mereka dijamin. DPP Malaysia juga menyangkal dakwaan Dr Chua bahawa sistem perundangan Islam tidak adil kepada semua pihak khususnya wanita. DPP Malaysia, ujarnya mempersoalkan dari manakah rujukan beliau sehingga mendakwa syariat Islam tidak adil khususnya kepada wanita. “DPP Malaysia yakin, jika beliau mendapat maklumat dan fakta yang sebenarnya, pasti beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian. “DPP Malaysia menegaskan hukum Islam menjaga hak semua rakyat khususnya kaum wanita,” katanya lagi. Dengan pelaksanaan hukum Islam, jelasnya sudah tentu kehormatan wanita akan terjaga di mana pelacuran, perzinaan, rogol, liwat, menuduh berzina dan liwat, dan lain-lain lagi tidak akan berlaku secara berleluasa seperti sekarang ini. Oleh itu, tegasnya DPP Malaysia meminta Dr Chua tidak lagi bercakap atau mengeluarkan kenyataan mengenai Islam jika tidak mahu mengundang kemarahan umat Islam. Katanya, DPP Malaysia sanggup bersemuka dengan beliau bagi memberikan penjelasan menyeluruh jika beliau mahu mendalami pengetahuan mengenai Islam. “Jangan kerana mahu meraih undi kaum Tionghua, undi Umno pula menyusut kerana umat Islam terlalu marah dengan beliau sehingga menghukum Umno pula,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6868-soi-lek-jangan-undang-kemarahan-umat-islam
Umno, MCA bersekongkol hina hukum Islam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa kecewa kerana Umno sanggup menjadikan pentas forum untuk bersekongkol dengan MCA bagi memburukkan Islam dan PAS. Bahkan dalam forum tersebut yang dianjurkan oleh Institut Analisis Strategik dan Penyeldidikan Dasar (INSAP) semalam, wakil Umno turut ‘tumpang sekaki’ membelasah hukum Islam itu.
Sdr Dr Raja Ahmad al Hiss - Naib Ketua Pemuda DPPM
“DPP Malaysia khuatir, aqidah beliau dan Umno akan rosak kerana membiarkan agama Islam diperlekeh oleh mereka yang memusuhi Islam,” kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss kepada Harakahdaily. DPP Malaysia, katanya tidak sangka wakil Umno iaitu Mohd Kamal Sadin tanpa segan silu mempertikai hukum Allah dan mendakwa hukum Hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah. Jika demikian, ujarnya DPP Malaysia ingin bertanya apakah hukum hudud yang mengikut syariat Islam yang sebenarnya. “Kemukakan dalil, bukti serta nas yang berkaitan sebagai panduan kepada PAS dan umat Islam mengenai hukum Islam yang sebenar,” katanya. Tegasnya, DPP Malaysia mencabar Umno untuk kemukakan hukum hudud dengan versi Islam ala- Umno. “Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, khususnya kepada umat Islam, hukum hudud yang manakah paling menepati syariat Islam untuk PAS dan negeri Kelantan contohi jika hukum hudud yang dibawa oleh Kelantan tidak menepati syariat Islam?” katanya. Tambahnya, DPP Malaysia percaya kepimpinan dan ahli PAS bahkan seluruh umat Islam di Malaysia ternanti-nanti apakah hukum Islam yang sebenarnya yang akan dibawa oleh Umno, itupun jika mereka masih berfikir mahu melaksanakan Islam. Namun sehingga ke hari ini, ujarnya tiada usaha sedikitpun oleh Umno untuk melaksanakan hukum Islam, kerana itulah mereka membiarkan sahaja hukum hudud dipersenda. Bagi mereka, katanya hudud adalah perkara kecil yang tidak penting kepada umat Islam sedangkan hudud yang difahami oleh semua umat Islam, adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan. “Ia adalah penawar kepada penyakit masyarakat dan ubat bagi melahirkan masyarakat dan negara yang makmur dan diberkati,” katanya. Beliau berkata, DPP Malaysia memohon campurtangan Majlis Raja-raja bagi mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama Islam. Katanya, sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, Majlis Raja-raja berhak campurtangan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang. Selain itu, katanya DPP Malaysia mengharapkan agar umat Islam membuka mata melihat segala kemungkaran yang dilakukan oleh Umno. Soalnya, apakah ada harapan buat umat Islam di negara ini bernaung di bawah kepemimpinan Umno jika mereka sendiri tiada niat untuk melaksanakan Islam. “Jika mereka ditakdirkan memerintah buat seribu tahun lagi, Islam tetap bukan pilihan bagi Umno, kerana Islam bukan matlamat perjuangan mereka,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6870-umno-mca-bersekongkol-hina-hukum-islam
Kenapa Soi Lek takut sangat pada hudud? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad berkata, biarpun Soi Lek sebelum ini terbabit dengan skandal seks, namun dia tidak perlu risau kerana hudud tidak tertakluk kepada bukan Islam. "Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak perlu risau dengan hukum hudud walaupun sebelum ini beliau didakwa terbabit dengan skandal seks kerana Hudud hanya untuk umat Islam. "Tiada hukum hudud dikenakan ke atas beliau dan mereka yang bukan Islam jika ianya dilaksanakan dinegara ini atau di mana-mana negara lain sekali pun kerana mereka yang bukan Islam bebas untuk menguna pakai sistem perundangan sivil sedia ada," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurut Kamaruzzaman lagi, kenyataan Soi Lek bahawa sistem perundangan hudud tidak adil kepada semua pihak hanya menggambarkan ketakutan dan kekeliruan beliau terhadap prasyarat pelaksanaan hukum tersebut. Dakwaan bahawa hudud akan menakutkan para pelabur juga tidak releven kerana tiada sebab untuk mereka yang tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk berasa takut dengan mana-mana sistem perundangan. "Hudud bakal memelihara harta dan aset para pelabur dari dicuri dan dirompak sesukahati dalam negara ini. "Bukankah itu satu kebaikan kerana dengan perundangan sedia ada, pencuri dan perompak keluar masuk penjara amat sedikit yang benar-benar kembali ke pangkal jalan walaupun kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk memulihkan mereka," soalnya kembali. Berhubung dengan menjaga kepentingan Hak Asasi pula, hudud ujarnya memberikan ruang untuk setiap pendakwa membuktikan dakwaan dan yang tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah. Malah kenyataan saksi-saksi juga didasarkan kepada fakta-fakta yang jelas dan tidak boleh diragui. Wanita juga tambahnya, akan mendapat perlindungan dan manfaat dari terlaksananya undang-undang ini kerana mereka akan terpelihara kehormatan dan tidak sewenang-wenangnya dimangsakan dalam jenayah pemerdagangannya manusia dan dera. "Kita berharap Dr. Chua belajar dan mengkaji prinsip dan bentuk pelaksanaan undang-undang ini dengan ulama-ulama serta pimpinan PAS. "PAS membuka ruang forum dan sesi penerangan dengan mana-mana pihak yang mahu berbincang secara ilmiah, bukannya dengan emosi atau sekadar lontar politik semata-mata," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6907-kenapa-soi-lek-takut-sangat-pada-hudud
Hudud: MCA keliru, Umno gagal main peranan |
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 7 Dis: Kekeliruan di kalangan pemimpin kompenan Barisan Nasional (BN) terhadap perundangan Islam disifatkan ada hubung kait dengan Umno apabila gagal berperanan menjelaskan kedudukan sebenar.
YB Dr Mohamed Fadzli Hassan - Exco Kerajaan Kelantan
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, biar pun Umno sudah lama bersama kompenan-kompenan lain dalam BN, namun kefahaman mengenai undang-undang Islam tidak dijelaskan. “Sekiranya peranan itu dimainkan Umno sejak dahulu kami rasa pemimpin MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti sekarang. “Namun malangnya peranan seperti itu mungkin tidak menjadi keutamaan kepada Umno, malah dalam banyak keadaan pemimpin Umno juga tidak menerima perundangan Islam,” katanya di sini. Baru-baru ini Chua Soi Lek ketika berucap pada forum ‘Hudud dan kesannya ke atas masyarakat non muslim’ mendakwa sistem perundangan hudud tidak adil kepada semua pihak dan boleh menakutkan pelabur. Dr Mohamed Fadzli berkata, berlainan dengan kompenan dalam Pakatan Rakyat, biar pun baru dibentuk namun mereka cuba memahami mengenai perundangan Islam. Oleh itu beliau mendesak Soi Lek memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menyentuh sensitiviti agama Islam. Menurutnya juga pemimpin MCA dan kompenan lain BN tentunya tidak lantang mengkritik perundangan Islam sekiranya Umno menjelaskan mengenai kelebihan hukum hudud. “Sepatutnya Umno sama-sama mempertahankan hudud, bukan seperti apa yang berlaku sekarang membiarkan pemimpin MCA mempermain-mainkan agama Islam,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6912-hudud-mca-keliru-umno-gagal-main-peranan
Hudud: MCA patut tanya pendirian Umno |
Muhammad Faizal | ||||||||
SHAH ALAM, 8 Dis: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan kenyataan Persiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mengajak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk berdebat tentang hukum hudud sebagai 'kelakar'. Bercakap pada sidang media di pejabatnya, Khalid memberitahu sepatutnya MCA mengajak Umno kerana Umno dilihat tidak menolak hudud. "Kita lihat Umno juga tidak menolak untuk melaksanakan hudud, sepatutnya MCA berdebat menyatakan pendirian masing-masing seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat," katanya. "Saya desak agar MCA cabar Umno untuk berdebat soal hudud biar MCA tahu pendirian Umno dan Umno tahu siapa MCA sebenarnya. Tambahnya lagi, beliau yakin niat sebenar MCA adalah ingin memburukkan DAP serta cuba mewujudkan satu suasana tegang antara parti di dalam Pakatan Rakyat. Selain itu, MCA juga jelasnya dilihat terlalu lantang serta sanggup mencabar hukum hudud malah kadang kala menimbulkan ketidak senangan umat Islam bila mereka menyuarakan soal hudud. "DAP lebih lembut bila berbicara tentang Melayu serta menyentuh tentang Agama Islam jika dibandingkan MCA yang terlalu kasar dengan kenyataan mereka malah tidak memperdulikan perasaan orang Melayu," jelas beliau lagi. Mengulas kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu Mohd Kamal Sadin yang mengatakan hudud PAS tidak mengikut syariat, Khalid berkata pandangan itu hanya menunjukkan kedangkalan ilmu agama Mohd Kamal sahaja. "Kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihat agama menteri besar itu mengambarkan betapa rendahnya ilmu yang dimilikinya. "Saya melihat beliau tidak layak menjadi penasihat agama jika sedemikian komen beliau terhadap hudud tanpa membuat kajian serta mengambil pendapat yang lain," sambungnya lagi. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6932-hudud-mca-patut-tanya-pendirian-umno
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6973-ambil-tindakan-buat-hudud-pun-tak-jadi-apa
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6966--memo-abim-kepada-mca-tidak-perlu-cabar-dap-debat-hudud |
Penghina hudud jangan kurang ajar - Ridhuan Tee |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kolumnis media Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini menyelar pihak yang lantang menghina Islam khususnya hudud dan memberikan amaran kepada mereka. Tanpa menamakan secara jelas, Mohd Ridhuan dalam tulisan yang disiar akhbar Sinar Harian kelmarin menggambarkan pihak yang dimaksudkannya adalah 'penzina' dan yang 'berlatar belakang menjijikkan'. Katanya parti-parti politik atau orang bukan Islam boleh memberikan teguran dalam perkara lain seperti salah tadbir urus, salah laku peribadi, rasuah dan sebagainya yang dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bila tiba kepada perkara berkaitan agama Islam, 'jangan terlalu kurang ajar'. "Apatah lagi jika yang menegur itu, latar belakangnya amat menjijikkan. Seks rambang dan perzinaan sudah menjadi budaya hidupnya. "Saya masih lagi boleh bersabar jika mereka tidak menerima ‘hudud Pas’. Tetapi cara mereka bercakap tidak menampakkan rujukan kepada ‘hudud PAS’, tetapi menghina Islam secara keseluruhan dan isi kandung al-Quran. Perbuatan ini amat melampau," tulisnya. Biarpun tidak dinyata dengan jelas siapa sasaran tulisannya, namun ianya dipercayai ditujukan kepada Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Ini kerana, dalam tulisannya itu beliau merujuk kepada kenyataan yang mendakwa pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri. Ianya termasuk dakwaan bahawa pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan “binasa diri” jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia yang pernah diucap Soi Lek pada satu forum di Wisma MCA baru-baru ini. "Jangan bermain dengan api wahai penzina. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. "Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’? "Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?" soalnya lagi. Dalam nada tegas, beliau yang juga penyarah di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia turut mengingatkan pihak tersebut tidak mencampuri urusan orang Islam khususnya berkaitan dengan soal hudud. Apatah lagi katanya jika seseorang itu berlainan bidang kepakaran, maka sewajarnya tidak perlu banyak mengulas tentang bidang yang lain. "Jika bidang beliau mengenai kesihatan seperti mana jawatan yang pernah dipegang sebelum ini, lebih baik dia bercakap mengenai keburukan yang dibawa hasil seks luar nikah atau seks rambang atau penzinaan," tegasnya. Soi lek sebelum ini juga mendakwa sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa. Selain itu beliau turut meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. "Wah! bukan main pandai lagi beliau meramal seperti nujum. "Justeru, tunggu apa lagi, marilah kita bersama-sama tanpa mengira parti dan ideologi, mempertahankan Islam yang semakin lama semakin berani dimamah dan diratah oleh ultra kiasu yang wujud di mana-mana, termasuk dalam Barisan Nasional," kata Ridhuan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7029-penghina-hudud-jangan-kurang-ajar-ridhuan-tee
Hudud: MCA hina, DAP sekadar beza pandangan |
Aslani M |
MACHANG, 18 Dis: Kefahaman mengenai hudud di antara pemimpin MCA dan DAP jauh berbeza, di mana MCA sampai ke peringkat menghina, sebaliknya DAP hanya mempertikai aspek perlembagaan sahaja. Buktinya Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini mendakwa pelabur akan meninggalkan Malaysia dan negara bakal berhadapan dengan kemusnahan jika hukum hudud dilaksanakan. Sebaliknya pemimpin DAP terutamanya pengerusinya Karpal Singh sebelum ini hanya sekadar menganggap hudud bercanggah dengan perlembagaan. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, berdasar kepada kenyataan presidennya pemimpin MCA secara jelas menghina hudud. “Soi Lek mendakwa pelabur akan lari dan negara bakal musnah apabila perundangan hudud dilaksanakan di negara ini. “Sebaliknya kalau kita lihat kenyataan pemimpin DAP tidak ada yang menentang sebegitu keras, sebaliknya sekadar menyebut ada percanggahan di sisi perlembagaan sahaja,” katanya pada satu program di Labok semalam. Menurutnya juga wakil kerajaan Kelantan telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh membincangkan pelaksanaan hudud di Kelantan. Katanya, Kelantan diwakili beliau sendiri, anggota-anggota Exco, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Muhamed Fadzli Hassan, anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Nik Wan Yussof. Menurutnya pada pertemuan tersebut wakil kerajaan negeri menjelaskan panjang lebar mengenai perundangan hudud, biar pun ketika itu DAP ada pendiriannya tersendiri. Beliau juga menjelaskan kerajaan negeri telah mewujudkan jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi mengkaji kaedah pelaksanaan perundangan tersebut. Katanya, jawatankuasa seramai 20 orang itu turut menyenaraikan Ketua Polis Kelantan, Pengarah Jabatan Penjara, ulama dan pakar perundangan Islam. Kata beliau penglibatan sama pihak polis dan penjara penting kerana mereka akan menguatkuasa peraturan di bawah perundangan hudud apabila seseorang itu didapati bersalah. Malah Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhamad sebelum ini menjelaskan pihak-pihak terbabit perlu memberi kerjasama bagi menguatkuasa perundangan hudud. (Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7108-hudud-mca-hina-dap-sekadar-beza-pandangan
Isu hudud sudah tidak laku bagi kaum Cina
Aziz Muda, | 19 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Feb: Isu hukum hudud diakui sebagai isu yang sudah tidak laku lagi bagi masyarakat Cina jika digunakan oleh Umno, MCA dan BN dalam kempen mereka bagi menghadapi sebarang pilihan raya di negara ini.
Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk.
Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS.
Menurutnya, disebabkan isu tersebut, pengundi-pengundi Cina di kawasan itu bukannya memberikan undi kepada BN, tetapi semakin menyokong PAS sehingga menyebabkan Nizar mencapai kemenangan besar.
Katanya, perkara itu perlu dijadikan pengajaran oleh MCA dan BN agar tidak terperangkap dengan kesilapan mereka sendiri dalam memilih isu dalam kempen mereka dalam pilihanraya termasuk untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Isu hudud sudah tak patut ditimbulkan lagi oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu hudud sebenarnya dah tak laku bagi orang Cina sekarang," katanya ketika menjadi ahli panel bagi mengulas debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani semalam.
Pada program debat selama dua jam yang bermula jam 4.30 petang itu, seorang peserta turut membangkitlkan mengenai isu hukum hudud untuk dijawab oleh Lim, dengan mengkritik keras DAP kerana menjalinkan kerjasama dengan PAS yang ingin melaksanakan hukum itu jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada PRU Ke-13 akan datang.
Bagaimanapun, persoalan itu tidak dijawab dengan panjang lebar oleh Lim disebabkan kesuntukan masa, sehingga Soi Lek juga turut menyuarakan kekesalannya terhadap Lim kerana tidak memberikan respon yang baik terhadap soalan itu ketika tiba giliran beliau berhujah sejurus selepas itu.
Ketika program ulasan mengenai debat itu berlangsung yang diadakan sejurus selepas tamatnya debat yang julung-julung kali diadakan itu, Kian Ming berkata, sikap Soi Lek yang turut membangkitkan isu hudud pada program tersebut ternyata usaha yang sia-sia.
"Apabila Soi Lek bangkitkan isu hudud, ia tak menguntungkan MCA atau BN lagi. Malah tak guna. Rakyat perlukan isu-isu penting, bukannnya isu yang sudah tak laku lagi seperti itu," katanya.
Beliau dan dua orang lagi panel bagi mengulas debat tersebut, Markus Lim dan Wan Firdaus, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran tersebut turut menyarankan agar program debat seperti itu diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan kesan cukup baik kepada rakyat.
Menurut Markus Lim, pemimpin-pemimpin kerajaan tidak seharusnya takut untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi debat jika masing-masing jujur untuk berbakti kepada rakyat.
Manakala Wan Firdaus pula menyarankan agar program debat seperti itu diadakan dengan melibatkan audien dari kaum yang berbeza dengan pemimpin terbabit jika mahu program tersebut menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang lebih baik kepada rakyat.
"Kalau pemimpin yang terbabit itu sama ada dari pembangkang dan kerajaan adalah dari kaum Cina, audiennya mestilah dari kaum Melayu. Kalau pemimpin Melayu, audiennya dari kaum Cina. Jika pemimpin itu dari kaum Indian,
audiennya mestilah dari kaum Melayu," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat bagi kaum Cina, Vincent Lee dalam satu temubual dengan Harakahdaily baru-baru ini turut mengakui isu hukum hudud sudah semakin difahami oleh masyarakat Cina di negara ini.
Malah, katanya, sokongan kaum Cina terhadap PAS atas kesedaran mereka sendiri dengan posisi PAS dalam politik tanah air selaku satu-satunya parti yang berasaskan agama di negara ini.
"Semua agama menekankan kepada sikap bertanggungjawab, keadilan dan ketelusan. Selaku parti yang berasaskan agama, PAS juga pasti menekankan kepada ketelusan dan keadilan kepada semua kaum.
"Kaum Cina di negara ini yakin PAS pasti akan memberikan ketelusan dan keadilan kepada semua kaum termasuk kepada kaum Cina jika diberikan peluang memerintah negara ini bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini, malah diyakini jauh lebih baik berbanding Umno atau BN," ujar beliau.
Sebaliknya, semakin meluas isu itu dimainkan, semakin meningkat pula sokongan masyarakat Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan BN akan mengalami kekalahan teruk.
Pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi tanah air, Ong Kian Ming berkata, realiti itu terbukti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun 2008 lalu, apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memainkan isu tersebut dalam kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dun Pasir Panjang, Perak yang ditandingi Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bagi pihak PAS.
Menurutnya, disebabkan isu tersebut, pengundi-pengundi Cina di kawasan itu bukannya memberikan undi kepada BN, tetapi semakin menyokong PAS sehingga menyebabkan Nizar mencapai kemenangan besar.
Katanya, perkara itu perlu dijadikan pengajaran oleh MCA dan BN agar tidak terperangkap dengan kesilapan mereka sendiri dalam memilih isu dalam kempen mereka dalam pilihanraya termasuk untuk menghadapi PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Isu hudud sudah tak patut ditimbulkan lagi oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Isu hudud sebenarnya dah tak laku bagi orang Cina sekarang," katanya ketika menjadi ahli panel bagi mengulas debat antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan secara langsung di Astro Awani semalam.
Pada program debat selama dua jam yang bermula jam 4.30 petang itu, seorang peserta turut membangkitlkan mengenai isu hukum hudud untuk dijawab oleh Lim, dengan mengkritik keras DAP kerana menjalinkan kerjasama dengan PAS yang ingin melaksanakan hukum itu jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada PRU Ke-13 akan datang.
Bagaimanapun, persoalan itu tidak dijawab dengan panjang lebar oleh Lim disebabkan kesuntukan masa, sehingga Soi Lek juga turut menyuarakan kekesalannya terhadap Lim kerana tidak memberikan respon yang baik terhadap soalan itu ketika tiba giliran beliau berhujah sejurus selepas itu.
Ketika program ulasan mengenai debat itu berlangsung yang diadakan sejurus selepas tamatnya debat yang julung-julung kali diadakan itu, Kian Ming berkata, sikap Soi Lek yang turut membangkitkan isu hudud pada program tersebut ternyata usaha yang sia-sia.
"Apabila Soi Lek bangkitkan isu hudud, ia tak menguntungkan MCA atau BN lagi. Malah tak guna. Rakyat perlukan isu-isu penting, bukannnya isu yang sudah tak laku lagi seperti itu," katanya.
Beliau dan dua orang lagi panel bagi mengulas debat tersebut, Markus Lim dan Wan Firdaus, yang juga disiarkan secara langsung menerusi saluran tersebut turut menyarankan agar program debat seperti itu diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia memberikan kesan cukup baik kepada rakyat.
Menurut Markus Lim, pemimpin-pemimpin kerajaan tidak seharusnya takut untuk berdepan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang menerusi debat jika masing-masing jujur untuk berbakti kepada rakyat.
Manakala Wan Firdaus pula menyarankan agar program debat seperti itu diadakan dengan melibatkan audien dari kaum yang berbeza dengan pemimpin terbabit jika mahu program tersebut menjadi lebih menarik dan memberikan kesan yang lebih baik kepada rakyat.
"Kalau pemimpin yang terbabit itu sama ada dari pembangkang dan kerajaan adalah dari kaum Cina, audiennya mestilah dari kaum Melayu. Kalau pemimpin Melayu, audiennya dari kaum Cina. Jika pemimpin itu dari kaum Indian,
audiennya mestilah dari kaum Melayu," katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat bagi kaum Cina, Vincent Lee dalam satu temubual dengan Harakahdaily baru-baru ini turut mengakui isu hukum hudud sudah semakin difahami oleh masyarakat Cina di negara ini.
Malah, katanya, sokongan kaum Cina terhadap PAS atas kesedaran mereka sendiri dengan posisi PAS dalam politik tanah air selaku satu-satunya parti yang berasaskan agama di negara ini.
"Semua agama menekankan kepada sikap bertanggungjawab, keadilan dan ketelusan. Selaku parti yang berasaskan agama, PAS juga pasti menekankan kepada ketelusan dan keadilan kepada semua kaum.
"Kaum Cina di negara ini yakin PAS pasti akan memberikan ketelusan dan keadilan kepada semua kaum termasuk kepada kaum Cina jika diberikan peluang memerintah negara ini bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini, malah diyakini jauh lebih baik berbanding Umno atau BN," ujar beliau.
Sumber HD : 19/02/2012
Hudud: TG Nik Aziz tunggu Umno respon MCA
Harakahdaily,
22 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respon terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung isu hudud sebelum beliau mengulas kenyataan Karpal Singh.
Menurutnya, Soli Lek sebelum ini secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.
"Saya diminta respon tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini. Di dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respon dari pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai.
"Manakala saya, saya ingin membaca respon pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud," tulisnya dalam Facebook pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap desakan banyak pihak yang mahu beliau memberi pandangan berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dalam isu hudud.
Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Sebelum ini, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Di pihak PAS, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.
Namun tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.
Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau hanya akan memebri respon terhadap kenyataan Karpal selepas melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.
"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya.
Hudud: TG Nik Aziz tunggu Umno respon MCA
Hudud: TG Nik Aziz tunggu Umno respon MCA
Harakahdaily,
22 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respon terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung isu hudud sebelum beliau mengulas kenyataan Karpal Singh.
Menurutnya, Soli Lek sebelum ini secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.
"Saya diminta respon tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini. Di dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respon dari pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai.
"Manakala saya, saya ingin membaca respon pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud," tulisnya dalam Facebook pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap desakan banyak pihak yang mahu beliau memberi pandangan berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dalam isu hudud.
Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Sebelum ini, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Di pihak PAS, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.
Namun tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.
Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau hanya akan memebri respon terhadap kenyataan Karpal selepas melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.
"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya.
Sumber HD : 22/08/2012
No comments:
Post a Comment