Komunis: Mohamad Sabu akan didakwa esok |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong. Peguam Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan oleh pihak polis bahyawa beliau akan didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi, lapor Malaysiakini. Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British". Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah. "Sepatutnya mereka dakwa Utusan (yang menyiarkan laporan itu)," katanya yang juga peguam PAS. Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali. Dalam ucapannya yang dibuat dalam ceramah pada 21 Julai lalu, Mohamad mengeluarkan kenyataan seperti berikut: “Kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena…bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping …. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5499-komunis-mohamad-sabu-akan-didakwa-esok
PAS kecam cubaan bakar rumah Mohamad Sabu |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS mengecam pihak tertentu yang menyerang rumah Timbalan Presiden Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam malam tadi dipercayai menggunakan bom petrol. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS memandang serius perkara itu kerana sejak laporan salah media terhadap Mat Sabu berhubung isu Bukit Kepong, timbalan presiden PAS itu menerima pelbagai ugutan SMS sehingga ancaman fizikal hari ini. "Kita pandang serius serangan ini. Sebelum ini Mohamad Sabu ada buat laporan polis beliau kena ugut dan terima ancaman, saya harap pihak keselamatan boleh meningkatkan kawalan terhadap keselamatannya," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Pada 8 September lalu, Mohamad juga mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Dalam situasi sekarang ini ujar Tuan Ibrahim, sebarang ancaman tidak boleh lagi dipandang enteng kerana kebanyakan ancaman disusuli tindakan. Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mohamad terbakar, dipercayai akibat bom petrol. Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran. Mengulas lanjut insiden itu, Tuan Ibrahim menasihatkan semua pihak menggunakan saluran undang-undang yang betul jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak dan bukannya bertindak melulu atas kemarahan diri. Selain itu beliau turut menasihatkan media, agar melaporkan perkara yang betul supaya tidak menimbulkan kemarahan rakyat yang boleh mengancam keselamatan orang lain. "Media pelu elak putar belit. Jangan sengaja bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu agama dan perkauman sehingga mengancam keselamatan seseorang," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5492-pas-kecam-cubaan-bakar-rumah-mohamad-sabu
Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5521-karut-mana-ada-kes-sejarah-dibicara-di-mahkamah
Pakatan bantah pendakwaan Mohamad Sabu |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Pakatan Rakyat mengecam tindakan kerajaan mengenakan pendakwaan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ekoran isu kontroversi sejarah Bukit Kepong. Bercakap dalam sidang media Pakatan Rakyat hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim
YB Datuk Seri Anwar I brahim - Ketua Pembangkang
"Keputusan mendakwa Mohamad Sabu, timbalan presiden PAS kita anggap sebagai bercanggah dengan apa diumumkan Datuk Sri Najib untuk mengambil sikap menerima, berbincang dengan baik. "Walaupun diumumkan ISA dimansuhkan, namun cara rakus kasar dikenakan kepada Mohamad Sabu," katanya. Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali serta Penasihat DAP Lim Kit Siang. Menurut Anwar, kenyataan Mohamad yang mendakwa Mat Indera sebagai pejuang dalam serangan rumah pasung Bukit Kepong telah diakui sendiri dalam buku "Pengukir Nama Johor" yang kata pengantarnya ditulis Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. "Sebab itu kita membantah pendakwaan terpilih ini terhadap Mohamad Sabu," tegasnya. Hari ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong. Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. Mahkamah bagaimanapun membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan. Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan. Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5526-pakatan-bantah-pendakwaan-mohamad-sabu
Dakwa Mat Sabu bukti Najib belum berubah |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Ekoran pendakwaan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam, banyak pihak mula mempertikai sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Langkah Najib yang sebelum ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melonggarkan beberapa undang-undang mencengkam rakyat yang lain dilihat sebagai perubahan baru kerajaan. Namun, menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohamad Nor, sangkaan bahawa kerajaan mahu berubah itu meleset sama sekali apabila mengenakan pendakwaan terhadap Mohamad Sabu.
Ustaz Riduan Mohd Nor - Ketua Penerangan DPPP
"Kita masih dapat lihat sikap double standard Najib dalam isu ini. Biarpun di satu ketika mengumumkan memansuhkan undang-undang zalim yang selama ini ditentang rakyat, namun hakikatnya roh kezaliman itu masih hidup dan segar dan masih diamalkan," katanya kepada Harakahdaily. Sambil membantah tindakan pendakwaan itu beliau menambah, tindakan kerajaan itu hanya akan menambah kesangsian rakyat terhadap kepimpinan Najib. "Rakyat mengharapkan sikap terbuka kerajaan untuk berbincang, bertukar pandangan sejarah dan bertolak ansur. "Bukan mengambil tindakan keras kepada mereka yang berbeza pandangan dengan kerajaan," katanya lagi. Dalam pada itu, Pakatan Rakyat semalam turut menyatakan pendirian mengecam ‘pendakwaan terpilih’ terhadap Timbalan Presiden PAS itu. Mereka menganggap tindakan itu sebagai bercanggah bercanggah dengan apa diumumkan Datuk Seri Najib untuk mengambil sikap menerima, berbincang dengan baik. Dalam pertuduhan yang dibuat di Mahkamah Sesyen Butterworth semalam, Mohamad didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. Beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan. Mahkamah membebaskan beliau dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan. Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5539-dakwa-mat-sabu-bukti-najib-belum-berubah
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5537-mujahid-mat-sabu-didakwa-lagi
Siapa karut, Mat Sabu ke Zainal Kling? |
Subky Latif |
MAT Sabu menyarankan supaya sejarah ditulis semula disebabkan oleh sejarah kemerdekaan tidak ditulis dengan betul. Maka sekalian penyokong kerajaan mengira Mat Sabu mengarut. Dalam reaksinya atas kontroversi Mat Sabu itu, Prof. Zainal Kling, jika di barat dipanggil Prof. Kling saja berpendapat Tanah Melayu tidak pernah dijajah British. Pro Mat Sabu pula mengiranya karut juga. Saranan Prof. Kling disukai oleh Tun Dr. Mahathir. Prof. Khoo Kay Kim rasanya tertarik dengan saranan itu. Prof. Ramlah Adam pula tidak menyanggahnya. Kesemua mereka tidak suka dengan saranan Mat Sabu; tidak tertarik supaya sejarah itu ditulis semula. Tetapi sedarkah kita saranan Zainal Kling itu telah membantu menguatkan saranan Mat Sabu supaya sejarah negara kita ditulis semula. Saranan Zainal Kling bercanggah dengan isi sejarah yang sudah ditulis. Semua buku sejarah yang diguna di sekolah rendah, menengah dan universiti mengatakan Tanah Melayu pernah dijajah. Semua orang baik jadi ahli politik pro kerajaan dan pembangkang, yang tidak terlibat dengan politik, buta huruf dan berpelajaran, sebelum dan selepas 31 Ogos 1957 merasakan Inggeris pernah menjajah negara mereka. Bagi ketua sekalian profesor itu sejarah yang diketahui oleh semua orang adalah tidak betul. Mat Sabu kata, penulisan sejarah saja yang tidak betul. Dia tidak kata sejarah yang melibatkan British itu tidak betul. Maka menganjurkan supaya sejarah bertulis itu dibetulkan. Prof. Kling tak suruh sejarah itu ditulis semula tetapi padanya sejarah yang difaham oleh semua orang itu adalah tidak betul. Persoalannya adakah hendak dibiarkan ia tidak betul dan adakah hendak diajar juga yang dikatakan tidak betul itu kepada murid-murid dan orang ramai? Ini telah menjadikan semua orang bercelaru dan keliru tentang sejarah yang diketahui itu dan sejarah yang ada itu juga bercelaru dan mengelirukan. Justeru itu saranan Mat Sabu supaya ditulis semula sejarah sudah payah ditolak. Jika sejarah itu tidak ditulis semula, orang sudah tidak tahu apakah sejarah yang diajar itu boleh dipakai atau tidak, sedang di bawah dasar yang ditentukan oleh menteri pelajaran sekarang Tan Sri Muhyidin Yasin, sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib lulus.
Professor Zainal Kling - Pengerusi MPN
Adakah hendak ajar yang Mat Sabu kata tidak tepat dan Zainal Kling kata tidak betul? Kesimpulannya buku sejarah itu kena buat yang baru. Nilai semula mana yang betul dan mana yang diselewengkan. Antara yang kena jelaskan macam mana sebelum merdeka dulu Semenajung Tanah Melayu boleh ditukar menjadi Malaya. Sebelum datang ke Tanah Melayu, semua peta dunia menamakan negara kita ini Semenanjung Tanah Melayu. Buku sejarah dunia pun mengenalinya Semenanjung Tanah Melayu. Selepas British datang ia ditukar menjadi Malaya. Buku sejarah dunia dan peta dunia pun memanggilnya Malaya. Universiti yang pertama ditubuhkan sebelum merdeka dulu dinamakan Universiti Malaya atau Univercity of Malaya. Hingga sekarang nama itu dikekalkan. Siapa yang menamakannya Malaya? Inggeriskah atau Raja-Raja. Jika Inggeris datang untuk berkhidmat kepada para Sultan, mengapa orang Inggeris tidak guna bahasa yang dipakai oleh Sultan dan yang digunakan oleh orang Melayu? Mengapa digunakan dalam pentadbiran dan urusan rasmi dalam bahasa Inggeris iaitu bahasa yang tidak difahami oleh rakyat dan tidak juga diketahui oleh para Sultan? Bila sekolah diadakan, sekolah Melayu ada setakat darjah enam saja, tetapi sekolah Inggeris sampai darjah sembilan. Kalau Inggeris itu datang untuk berkhidmat saja bagaimana mereka ada kuasa menukarkan sesetengah sultan. Sebelum Inggeris datang ke Perak, Perak sudah ada sultan. Bila ia datang ia boleh tukar sultan itu dengan Sultan Abdullah. Bila ada masalah dengan Sultan Abdullah dibuangnya Sultan Abdullah ke pulau di tengah laut dekat Afrika dan digantinya sultan baru. Bila Inggeris datang semula selepas Jepun kalah, ditukarnya Sultan Selangor dengan yang baru dan Sultan Terengganu pun digantikannya dengan yang lain. Kalau sekadar hendak menolong sultan, masakan sampai boleh menukar sultan. Tentang bahasa pula, hingga hari ini Bahasa Melayu belum boleh menggantikan bahasa Inggeris gara-gara adanya kuasa Inggeris sebelum merdeka dulu. Apa hendak kita tentang sejarah seperti itu? Dan kalau yang dijajah Inggeris itu sekadar Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, mengapa perjuangan kemerdekaan itu dituntut oleh orang Perak, Kedah, Selangor, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perlis. Tuntut merdeka untuk Pulau Pinang dan Melaka sajalah! Sepatutnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu tidak diisytiharkan di Kuala Lumpur. Proklamirkan di Melaka dan di Pulau Pinang saja, tidak perlu libatkan negei lain di Semenanjung. Zainal Kling tentu setuju. Kalau dia tidak setuju, dialah yang karut. Bukan Mat Sabu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/5541-siapa-karut-mat-sabu-ke-zainal-kling
PR Bantah Dakwa Mat Sabu :
http://www.youtube.com/watch?v=Pee3a8XcNiA&feature=channel_video_title
Tanah: PAS terpaksa tanggung kerakusan Umno |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 16 Okt: PAS Kedah bersikap terbuka terhadap segala kritikan dan berusaha menyelesaikan masalah rakyat, namun tidak adil apabila segala beban yang ditinggalkan Kerajaan BN terdahulu terpaksa ditanggung mereka.
YB Ustaz Nasir Zakaria - AP Padang Terap
Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata demikian merujuk kepada kes tanah penduduk di Padang Sanai, yang diterokai sejak 70-an diceroboh oleh syarikat perladangan yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Menurutnya, pihaknya sedang berusaha membantu penduduk walaupun sebenarnya ia berpunca daripada kerakusan BN suatu masa dahulu. Namun katanya, Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham Hashim secara tiba-tiba menuduh Kerajaan Negeri termasuk beliau tidak menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah penduduk sehingga mengetuai sekumpulan penduduk mengadakan demonstrasi akhir September lalu. "Apa yang cuba diperjuangkan oleh Pemuda Umno Kedah itu ibarat "dia yang kentut, tetapi tuduh orang lain kerana ingin menyembunyikan malu". "Tidak tepat membuat tuduhan rambang tiada tindakan pihak saya. Pihak saya telah mengambil daya usaha, untuk bertemu dengan banyak pihak termasuklah pejabat tanah, kerajaan negeri serta agensi terbabit. Malah, saya berbahas di Parlimen mengenai masalah tanah ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Jumaat lalu, penduduk terbabit yang menubuhkan Gabungan Generasi Hilang Tanah (Gagah) mahu Kerajaan Negeri Kedah mengambil tanggungjawab menyelesaikan dilema mereka. Mereka bercadang mengadakan perhimpunan aman di Wisma Darul Aman, di Alor Setar pada 30 Oktober ini bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak - MB Kedah
Nasir berkata, pemimpin PAS menentang keras apabila Kerajaan Negeri yang diketuai Menteri Besar daripada Umno, Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin pada 1973 memberi kebenaran kepada Syarikat Gula Padang Terap Sdn Bhd (GPT) beroperasi dengan tanaman tebu. Pimpinan PAS ketika itu mengingatkan penduduk kampung agar tidak terpedaya dengan janji manis kerajaan iaitu mereka akan diberikan pampasan yang besar dan projek tersebut akan menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. Namun ada penduduk yang terpedaya dan merelakan tanah mereka diambil dan menerima pampasan. Tanah yang didakwa dimiliki Syarikat Gula Padang Terap yang sekarang dikuasai oleh Tradewind, didapati tiada peta yang jelas dan ianya menimbulkan kekeliruan sempadan tanah sebenar. Hal ini berlaku kerana Kerajaan negeri di bawah Umno ketika itu menyerahkan tanah tersebut kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Akhirnya berlaku pajakan kecil yang bermula sejak 1995 dan akan berakhir 2055. "Sudah tentu keputusan ini dibuat oleh pemimpin Umno. Peliknya orang lain yang dituduh. Kenapa tidak dipersoalkan pengkhiatan jelas itu?" soalnya yang telah beberapa kali mengadakan sesi dialog dengan penduduk bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak lima tahun lalu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6001-tanah-pas-terpaksa-tanggung-kerakusan-umno
Dakwa Umno sebar video lucah: Mustafa dan 2 lagi fail pembelaan
Muhammad Faizal, | 23 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, peguam Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong memfailkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung saman Umno terhadap mereka ekoran isu penyebaran video lucah menjelang pilihan raya lalu.
Peguam Zulhazmi Sharif hari ini memfailkan pembelaan itu di Mahkamah bagi pihak ketiga-tiga defendan itu.
Zulhazmi yang ditemui di lobi Mahkamah memberitahu pihaknya telah menerima saman dari Umno yang meletakkan Datuk Ab. Rauf Yusoh sebagai plaintif berhubung dengan berita mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS.
Jelasnya lagi, pengurusan kes akan diadakan pada 16 Jun di Mahkamah NCVC 1.
Tetuan Mumtaz Md Nawi & Co mewakili Zulkifli Sulong (Defenden ketiga), manakala Tetuan Awi & Co bertindak sebagai peguamcara bagi Mustafa dan Asmuni (Defendan Pertama dan kedua).
Sebelum itu Umno pada 23 April lepas telah menfailkan saman fitnah terhadap Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit.
Saman tersebut dikemukakan oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam Umno melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Tuntutan saman itu melibatkan lima artikel yang disiarkan oleh beberapa media termasuk Harakahdaily setelah Mustafa didakwa membuat kenyataan bahawa Umno terlibat dalam penyebaran video itu.
Laporan itu disiarkan pada 12 dan 13 April lalu apabila video lucah seorang lelaki menyerupainya tersebar di laman sesawang sejak 11 April lalu.
Ekoran penyebaran video itu, Mustafa dalam ceramahnya di Dungun mendakwa Umno terbabit dalam penyebaran video itu. Mustafa juga menafikan beliau meletakkan jawatan ekoran tuduhan itu dan menyifatkan ianya satu pembohongan.
Berita itu dibuat oleh Bernama dan disiarkan oleh Malaysiakini. Harakahdaily pula memetik berita itu.
Peguam Zulhazmi Sharif hari ini memfailkan pembelaan itu di Mahkamah bagi pihak ketiga-tiga defendan itu.
Zulhazmi yang ditemui di lobi Mahkamah memberitahu pihaknya telah menerima saman dari Umno yang meletakkan Datuk Ab. Rauf Yusoh sebagai plaintif berhubung dengan berita mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS.
Jelasnya lagi, pengurusan kes akan diadakan pada 16 Jun di Mahkamah NCVC 1.
Tetuan Mumtaz Md Nawi & Co mewakili Zulkifli Sulong (Defenden ketiga), manakala Tetuan Awi & Co bertindak sebagai peguamcara bagi Mustafa dan Asmuni (Defendan Pertama dan kedua).
Sebelum itu Umno pada 23 April lepas telah menfailkan saman fitnah terhadap Datuk Mustafa Ali, peguamnya dan HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit.
Saman tersebut dikemukakan oleh Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab. Rauf Yusoh selaku pegawai awam Umno melalui firma guaman, Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Tuntutan saman itu melibatkan lima artikel yang disiarkan oleh beberapa media termasuk Harakahdaily setelah Mustafa didakwa membuat kenyataan bahawa Umno terlibat dalam penyebaran video itu.
Laporan itu disiarkan pada 12 dan 13 April lalu apabila video lucah seorang lelaki menyerupainya tersebar di laman sesawang sejak 11 April lalu.
Ekoran penyebaran video itu, Mustafa dalam ceramahnya di Dungun mendakwa Umno terbabit dalam penyebaran video itu. Mustafa juga menafikan beliau meletakkan jawatan ekoran tuduhan itu dan menyifatkan ianya satu pembohongan.
Berita itu dibuat oleh Bernama dan disiarkan oleh Malaysiakini. Harakahdaily pula memetik berita itu.
Asmuni pula yang dilantik Mustafa sebagai peguamnya menafikan tuduhan itu dan turut mendakwa Umno terlibat dalam penyebaran video lucah itu.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan partinya terlibat dalam penyebaran video lucah itu dan selepas itu menghantar notis saman kepada ketiga-tiganya iaitu Mustafa, Asmuni dan Zulkifli.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-5-2013
No comments:
Post a Comment