Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja. "Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com/ di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng. Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Berikut ialah petikan daripada blog tersebut. Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini. "Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan. Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."
Zizan Raja Lawak - Filem Hantu Bonceng
Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda. Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam. "Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam. "Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5533-hantu-bonceng-pandangan-ustaz-azhar-idrus
You tube (Penjelasan Ustaz Azhar Idrus) : http://www.youtube.com/watch?v=Y9V_jphxPqQ
Hantu Bonceng: Pemuda PAS gesa Jakim bertindak |
Hazayani Zakaria |
PUTRAJAYA, 21 Sept: Ekoran kontroversi filem Hantu Bonceng yang didakwa mempersendakan Islam, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa tindakan bersesuaian diambil terhadap pihak berkaitan. Ini kerana garis panduan bahan penerbitan bercetak dan audio visual berhubung unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan amalan Ahli Sunnah Waljamaah yang dikeluarkan Jakim tidak diendahkan banyak pihak khususnya Lembaga Penafisan Filem (LPF) dan juga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). DPPM mendakwa, filem hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri mengandungi unsur menghina Islam yang dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak (Zizan RL). Salah satu babak yang dilakonkan Zizan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang bermaksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Ketua DPPM, Nasrudin Hassan berkata, bukan babak itu sahaja yang mencetus sensitiviti orang Islam dan menimbulkan kekeliruan malah terdapat juga beberapa babak lain yang tidak patut ditonjolkan apatah lagi untuk tujuan hiburan umum. "Bukan sahaja pada lafaz kalimah syahadah tetapi juga pada aksi-aksi yang lain seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, berpelukan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, adegan tahyul dan sebagainya mesti dielakkan dalam dunia lakonan justeru ia menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat khasnya anak muda selain ianya bertentangan dengan hukum Islam," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan memorandum tersebut di pejabat jakim, dekat sini hari ini. Justeru beliau berkata, DPPM menyerahkan kepada Jakim untuk mengambil tindakan terbaik agar kesilapan sama tidak berulang lagi. "Pemuda menyerahkan kepada Jakim untuk mengambil tindakan yang berkesan agar semua pihak mematuhi garis panduan yang ditetapkan. "Jakim kena pastikan filem yang hendak dikeluarkan tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam. "kalau perlu kepada tindakan perundangan, terserah sebab kalau Jakim sendiri tak ada kuasa memantau, siapa lagi yang harus bertanggungjawab?" soalnya. Memorandum tersebut diterima pegawai perhubungan awam Jakim, Asiah Alkharib Syah. Turut bersama Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil, penolong setiausaha II, Syed Abdul Kadir Aljoofre,exco Suhaimi Abdul Aziz dan Sany Hamzan. Nasrudin bagaimanapun menegaskan, DPPM sentiasa menyokong kerjaya seni dan budaya di Malaysia kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya, namun Islam mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral. Beliau sekali lagi mengulangi ucapan tahniah kepada Zizan yang berani tampil memohon maaf berhubung perkara tersebut. Selain bertemu Jakim, DPPM petang ini juga ke Finas menyerahkan memorandum yang sama. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5517-hantu-bonceng-pemuda-pas-gesa-jakim-bertindak
Hantu Bonceng: Peminat hargai Zizan mohon maaf |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pelakon filem Hantu Bonceng, Zizan Razak mulai dihujani penghormatan para peminatnya, apabila bersikap terbuka memohon maaf kepada orang ramai berhubung dialog kontroversi yang dituturkannya di dalam filem itu. Penghormatan tersebut antara lain dikesani menerusi laman-laman blog para peminatnya yang jelas memuji sikap keterbukaan beliau mengakui kesilapannya menuturkan dialog yang menghina Islam tanpa disengajakan di dalam filem berkenaan. Di dalam blog ustazlove.com, pemiliknya sendiri berserta beberapa orang peminat Zizan menyuarakan kesyukuran mereka kepada Allah kerana telah menggerakkan hati Zizan memohon maaf kepada para penonton dan peminat beliau di atas keterlancangannya itu. "Ustaz Love sangat menghargai usaha beliau memohon maaf itu.. secara tak langsung, ini menunjukkan Zizan merupakan antara pelakon yang tak segan silu memohon kemaafan atas kesilapannya," tegas pemilik blog itu. Zizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak dalam Twitternya semalam telah tampil meminta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tersebut. “Saya faham, apa yang salah… salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap,” tegasnya. Mengulas perkara itu, beberapa orang pemilik blog termasuk pemilik blog ustazlove dan wangerrardblogsport.com mengucapkan tahniah atas keberanian Zizan memohon maaf dan menjelaskan segala kekeliruan berhubung isu tersebut. "Begitulah sikap yang terbaik.. Dah buat silap, mohon maaf.. kerana sebaik2 orang yg melakukan kesilapan adalah mereka yang bertaubat," ujar mereka. Sehubungan itu, mereka turut berharap agar Zizan diberikan keberkatan hidup dan dimurahkan rezeki oleh Allah di atas kemuliaan hati beliau itu. Filem Hantu Bonceng ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima hari ditayangkan. Sehingga semalam, filem tersebut dilaporkan melakar sejarah tersendiri apabila menjadi filem kedua tertinggi dalam sejarah daripada segi kutipan apabila mencatat kutipan tiket RM8.35 juta. Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd adalah arahan Ahmad Idham dan dibintangi Zizan, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain. Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut. Namun filem tersebut dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”. Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Sejak ditayangkan, Zizan turut dimarahi para peminatnya khususnya yang beragama Islam kerana menuturkan dialog tersebut sehingga memaksa Zizan melakukan beberapa tindakan wajar termasuk menghubungi pendakwah terkenal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus bagi bertanyakan perkara itu. Dalam responsnya, Ustaz Azhar turut menghormati tindakan Zizan yang menghubunginya bagi bertanyakan perkara itu bagi mendapatkan kepastian dari segi hukum dan turut menasihati Zizan supaya bertaubat kepada Allah di atas keterlanjurannya itu. Zizan dipercayai menuturkan kata-kata itu bukan atas niat menghina Islam, tetapi mengikut skrip dan akibat kejahilannya. Beliau diingatkan oleh Ustaz Azhar bukan sahaja perlu memohon maaf kepada orang ramai, malah lebih penting lagi bertaubat kepada Allah, di samping menginsafi diri agar tidak mengulangi lagi kesalahan seperti itu pada masa akan datang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5559-hantu-bonceng-peminat-hargai-zizan-mohon-maaf-
Hantu Bonceng: Pemuda PAS akan bertemu Ahmad Idham |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada 26 September ini bagi menjelaskan teguran mereka terhadap beliau berhubung filem arahannya itu. Pertemuan tersebut dirancang diadakan pada waktu siang, tetapi sekiranya Ahmad Idham tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengadakan pertemuan pada siang hari itu, beliau diharap mengemukakan cadangan mengadakan pertemuan pada waktu malam. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menjelaskan, malah sekiranya Ahmad Idham tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengadakan pertemuan pada hari itu, beliau boleh mengemukakan cadangan untuk mengadakan pertemuan pada tarikh lain kepada pihaknya. Menurut beliau, di pihak Dewan Pemuda PAS, pertemuan tersebut akan diuruskan oleh Sekretariat Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diwakili oleh beliau sendiri dengan ditemani tiga orang rakannya dari kalangan Ahli Jawatankuasa Dewan Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia. Katanya, surat atau maklumat untuk mengadakan pertemuan itu akan dihantar oleh Sekretariat Dewan Pemuda PAS Malaysia kepada Ahmad Idham dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas segera daripada beliau. "Pertemuan itu akan diadakan di pejabat Ahmad Idham sendiri. Tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk menjelaskan kepada beliau kenapa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat teguran berhubung filem arahan dan terbitan syarikat beliau itu. "Kami berharap agar hasrat kami untuk mengadakan pertemuan itu akan disambut dengan dada terbuka oleh Ahmad Idham," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, menurut beliau, berharap agar Ahmad Idham tidak menyalah anggap dengan teguran pihaknya dan bersedia menerima pandangan yang berbeza demi kepentingan Islam dan umat Islam keseluruhannya. Katanya, Ahmad Idham tidak perlu melenting apabila ditegur oleh pihak Dewan Pemuda PAS mengenai filemnya itu kerana sebagai artis Ahmad Idham sendiri sememangnya telah masak dengan pelbagai kritikan sebelum ini. Teguran Pemuda PAS berhubung filem Hantu Bonceng itu, jelasnya, sememangnya bertujuan baik untuk kepentingan Islam dan umat Islam. "Teguran yang kami buat itu bukanlah bertujuan untuk membunuh kerjaya Ahmad Idham dan bukan juga untuk membunuh industri seni di tanah air," katanya. (Gambar bawah) Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Ahmad Idham sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd dibintangi Mohd Razizan Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain. Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut. Namun filem tersebut dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”. Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Dewan Pemuda PAS Malaysia ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan. 20 September lalu, Dewan Pemuda PAS menerusi Nasrudin melanjutkan lagi tegurannya kepada pihak penerbit, pengarah dan pelakon filem itu agar menyedari kesalahan tersebut dan mendesak agar penayangan filem itu dihentikan dan jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti dipotong untuk tayangan berikutnya. Bagaimanapun teguran beliau tidak dipedulikan oleh Ahmad Idham, malah beliau dilaporkan menjawabnya dengan nada dan ayat-ayat yang tidak sewajarnya. Tindakan beliau memaksa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan khas dengan pengarah tersebut bagi menjelaskan maksud sebenar teguran itu demi kepentingan Islam, para penonton filem itu dan orang ramai di segenap peringkat. Semalam, Harakahdaily telah melaporkan, Zizan Raja Lawak mulai dihujani penghormatan para peminatnya, apabila bersikap terbuka memohon maaf kepada orang ramai berhubung dialog kontroversi yang dituturkannya di dalam filem itu. Dalam Twitternya kelmarin, Zizan telah tampil meminta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tersebut dengan mengatakan: “Saya faham, apa yang salah… salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap." |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5574-hantu-bonceng-pemuda-pas-akan-bertemu-ahmad-idham-
Hantu Bonceng: PAS, pengarah anggap selesai
Setelah bantahan keras sebelumnya, Pemuda PAS dan pengarah filem Hantu Bonceng Ahmad Idham Ahmad Nadzri mencapai kata sepakat bahawa isu "penghinaan" Islam dalam filem itu dianggap selesai.
"Dalam kesempatan ini juga, kedua-dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana isu terbabit telah diselesaikan dalam pertemuan ini," demikian menurut kenyataan bersama dewan itu dan penerbit Excellent Pictures Sdn Bhd.
Dalam pertemuan itu, Pemuda PAS diwakili ketuanya Nasrudin Hassan.
Nasrudin pada 19 September lalu mendakwa filem yang dibintangi pelawak terkenal Zizan - atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak - mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.
Dua hari selepas itu, mereka juga menyerahkan memorandum bantahan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana beranggapan Hantu Bonceng tidak mengendahkan panduan penerbitan berhubung dan "unsur yang bercanggah dengan akidah dan amalan Ahli Sunnah Waljamaah".
Dalam kenyataan yang disiarkan dalam web Pemuda PAS itu semalam, dalam pertemuan Pemuda PAS dan penerbitan Hantu Bonceng, kedua-dua pihak saling memberi dan mendengar penjelasan, selain mengenali satu sama lain.
Siswa: Sastera itu luas
Menurut kenyataan itu, Ahmad Idham merasakan pertemuan itu memberikan hasil positif, menunjukkan keterbukaan kedua-dua pihak, sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem akan datang.
Dalam pertemuan itu juga, Ahmad Idham memberi penerangan kepada dewan itu berkaitan senario industri perfileman tempatan.
Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan aktivis mahasiswa juga mengadakan pertemuan dengan Ahmad Idham berhubung isu itu dan mendapati babak kontroversi yang dibangkitkan tidak salah kerana "sastera itu nilainya sangat luas".
"Saya harap mahasiswa perlu mendapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat sebarang persepsi dan tanggapan negatif terhadp sesuatu perkara," ujar Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Syahid Mohd Zaini.
Dalam sesi tidak formal itu, Ahmad Idham menjelaskan, dalam dunia perfileman, ruang dakwah dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan sangat luas dan perlu disampaikan dengan bahasa yang mudah.
Turut hadir Pengerusi Soladiriti Mahasiswa Malaysia(SMM) Ahmad Syukri Ab Razab.
Sumber MK : 27//099/2011 : http://www.malaysiakini.com/news/176962
Pengarah: Kontroversi Hantu Bonceng tanda ‘orang sayang’
Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 28 Sept — Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan kontroversi berkaitan filem Hantu Bonceng arahannya dan ditayangkan sejak awal Syawal menunjukkan “tanda sayang masyarakat” terhadap karya itu.
Ahmad Idham - Pengarah filem Hantu Bonceng
Ketika dihubungi The Malaysia Insider, Ahmad Idham berkata, filem tersebut tidak melanggar mana-mana undang-undang kecuali sensitiviti sesetengah masyarakat yang mungkin terkeliru.
“Orang kalau marah kita, maknanya dia sayang kita... jadi di sini saya dapat lihat masyarakat sekeliling peka dengan situasi yang berlaku dalam filem itu dan saya juga menerima teguran dan kritikan mereka,” kata beliau.
“Mungkin mereka keliru, realiti yang berlaku adalah situasi itu sebenarnya adalah tidak seperti yang mereka lihat,” tambah beliau.
“Dakwaan penggunaan dialog-dialog yang sensitif dalam filem juga tidak timbul kerana ia hanya satu salah faham dan kami telah atasinya dengan cara yang berhemah dan mesra,” tambah Ahmad Idham.
Minggu lalu, Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng yang ditayangkan sejak akhir bulan lalu tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam.
Malah, sebelum ini, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak yang membintangi filem itu memohon maaf jika kalimah yang digunakan dalam filem kontroversi berkenaan telah menghina Islam.
Mohd Razizan berkata, dia tidak mungkin secara sengaja atau tergamak mahu menghina agama sendiri.
Filem Hantu Bonceng disiarkan sejak awal Syawal sempena sambutan Aidilfitri dan turut mencatat rekod dalam kutipan jualan tiket.
Filem itu yang diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd turut dibintangi oleh Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai dan Zahid Baharudin.
Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya sangat kesal dengan kelemahan ketara LPF dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan dengan yang terbaru Hantu Bonceng.
Ditanya sama ada pihaknya akan lebih berhati-hati ketika penghasilan filem baru pada masa depan, Ahmad Idham memberitahu, pihaknya akan tetap menghasilkan filem-filem berkualiti demi tatapan masyarakat.
Sambil menyifatkan isu itu telah selesai, Ahmad Idham kini bersedia menjalin kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS dalam berkarya dan menyampaikan mesej berguna dalam filem arahannya.
“Isu Hantu Bonceng telah tamat, pihak kami dan Dewan Pemuda PAS kini sepakat untuk bekerjasama demi kebaikan bersama,” katanya yang sebelum itu ditemui The Malaysian Insider pada sesi temu bual dengan kepimpinan Universiti Malaya di sini malam kelmarin.
Terdahulu satu pertemuan antara Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Ahmad Idham telah diadakan di ibu negara bagi membincangkan beberapa isu yang menjadi kontroversi.
Dalam pertemuan tersebut, Dewan Pemuda PAS berkata, kedua-dua pihak telah menyuarakan hasrat dan memberi penjelasan masing-masing.
“Hasil dari pertemuan itu, pihak Dewan Pemuda PAS dengan Excellent Pictures telah mencapai kata sepakat dan berpuas hati dengan semua penjelasan malah sebulat suara menyelesaikan masalah berbangkit dalam suasana yang cukup mesra,” katanya.
Susulan pertemuan Ahmad Idham bersembang dalam keadaan santai bersama kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya dan turut berbincang mengenai permasalahan dan kekeliruan yang wujud kebelakangan ini.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Syahid Mohd Zaini memberitahu The Malaysian Insider, pihak kepimpinan pelajar universiti itu berusaha mencari kebenaran di sebalik kontroversi semasa dengan berjumpa sendiri pengarah terbabit.
Sambil menolak pemikiran sempit golongan mahasiswa, Mohd Syahid turut menekankan golongan pelajar wajar melihat dunia dalam konteks lebih luas.
“Mahasiswa tidak seharusnya bersifat jumud dalam pemikiran mereka dengan hanya mengutamakan perbincangan politik dan isu berkaitan pelajaran, mereka seharusnya berupaya melihat sesuatu perkara dengn lebih jelas dan terbuka,” katanya.
“Seperti bidang hiburan, bidang ini seharusnya diberi perhatian kerana ia turut berkait rapat dengan remaja,” kata beliau.
Menurutnya lagi, golongan artis juga mempunyai pendapat mereka yang seharusnya diambil kira, mereka bukan hanya sekadar pelakon semata-mata.
Tambah Mohd Syahid, Ahmad Idham merupakan seorang pengarah yang positif dan neutral dan tidak menyebelahi sesiapa.
Sdr Muhammad Safwan Anang @ Talib
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Muhammad Safwan Anang @ Talib pula berkata, filem arahan Ahmad Idham ini dilihat sebagai “pengumuman khidmat awam yang membawa mesej tersirat.”
“Terdapat banyak elemen kebaikan yang cuba ditonjolkan melalui filem arahannya. Sebagai contoh, filem seram yang dihasilkan Ahmad Idham lebih menonjolkan imej lucu bagi menghakis kepercayaan karut masyarakat berkaitan alam mistik dan hantu.
“Secara tidak langsung filem itu mendidik masyarakat agar tidak takutkan hantu yang akan menjadikan manusia itu percaya kepada perkara khurafat dan tahyul,” katanya.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Soladiriti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Syukri Ab Razab.
Sumber MI / Yahoo : 30/09/2011
Orang agama jangan 'bantai' saja artis - Zed Zaidi |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Pelakon popular, Zed Zaidi (gambar) mengalu-alukan langkah yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang menemui Ahmad Idham Ahmad Nadzri, bagi menyelesaikan kontroversi yang timbul berhubung filem terbaru arahan pengarah itu pada 26 September lalu. Menurut beliau, dengan adanya pertemuan seperti itu, golongan artis akan lebih terbimbing dengan baik bagi membolehkan mereka menghasilkan filem-filem lebih bermutu pada masa akan datang. "Pada saya, langkah yang diambil oleh golongan agama tidak kira sama ada dari PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain untuk mendekati artis sememangnya dialu-alukan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Dengan adanya langkah seperti itu, katanya, ternyata golongan agama bukan sekadar hanya tahu 'membantai' golongan artis, tetapi turut sama berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku berhubung pembikinan dan penerbitan sesebuah filem serta kehidupan golongan artis. Pengarah Ahmad Idham baru-baru ini diselubungi masalah apabila filem terbaru arahannya, Hantu Bonceng mencetuskan kontroversi disebabkan beberapa adegan di dalamnya didapati menghina Islam. Filem Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Ahmad Idham sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Hantu Bonceng dibintangi Mohd Razizan Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain. Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya. Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut. Namun filem yang menghasilkan kutipan tiket melebihi RM8 juta itu dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”. Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu. Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan. 20 September lalu, Dewan Pemuda PAS melanjutkan lagi tegurannya kepada pihak penerbit, pengarah dan pelakon filem itu agar menyedari kesalahan tersebut dan mendesak agar penayangan filem itu dihentikan dan jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti dipotong untuk tayangan berikutnya. Bagaimanapun, teguran itu tidak dipedulikan oleh Ahmad Idham, malah beliau dilaporkan menjawabnya dengan nada dan ayat-ayat yang tidak sewajarnya. Tindakan beliau memaksa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan khas dengan pengarah tersebut bagi menjelaskan maksud sebenar teguran itu demi kepentingan Islam, para penonton filem itu dan orang ramai di segenap peringkat pada 26 September lalu. Pertemuan tersebut diadakan di pejabat Ahmad Idham dan melibatkan Nasrudin bersama beberapa kepimpinan Pemuda PAS Pusat lain serta menghasilkan natijah yang cukup baik. Menurut Zed, beliau yakin pertemuan seperti itu tidak sia-sia, tetapi pasti terdapat hasil yang baik yang turut membantu Ahmad Idham menyelesaikan masalah yang dialaminya sekarang dan menghasilkan filem yang lebih baik selepas ini. Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, golongan artis sememangnya golongan yang berpengaruh dalam masyarakat dan perlu menjalani kehidupan yang baik seperti yang dituntut dalam Islam. "Jadi golongan artis memang amat perlu didekati oleh golongan agama. Golongan artis perlu dibimbing supaya dapat memainkan peranan yang baik untuk masyarakat. "Sekiranya golongan artis melakukan kesalahan, mereka perlu ditegur dengan baik, bukan dengan cara mengutuk dan membantai mereka seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5710-orang-agama-jangan-bantai-saja-artis-zed-zaidi
TENGOK WAYANG KEJAP: HANTU BONCENG
http://www.youtube.com/watch?v=nZI1Bwj6wt0&feature=related
Lawak Salih Yaacob, Sinar FM kena tempias
Salmiyah Harun, | 26 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Ekoran tersebarnya klip video di Youtube yang menunjukkan aksi lawak Salih Yaacob bersama Nabil Rajalawak yang didakwa secara sinis mempersendakan janji Pakatan Rakyat telah mengundang ketidakpuasan para pendengar radio Sinar FM.
Rakaman tersebut adalah sebahagian klip video siri kempen pihak tertentu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam sirinya bertajuk "Bangkang Dari Longkang".
Dalam Video tersebut, kedua-dua pelawak itu berlakon masing-masing membawa watak wakil rakyat dan seorang pembantu yang sedang berdialog dengan masyarakat.
Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.
Video tersebut boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=IK7x2-oUodY.
Ekoran aksi itu, laman Facebook Sinar FM yang disukai lebih 130,000 pengguna facebook telah menerima komen-komen negatif .
Salih Yaacob yang lebih mesra dipanggil SY, merupakan juruhebah di slot Sinar Pagi saluran radio itu.
Stesen radio itu juga dijangka turut terkena tempias apabila ada di kalangan para pendengar kecewa dan mengancam untuk memboikot radio tersebut.
Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.
"Kecewa dengan Sinar FM. Favourite. Tp skrg terpaksa tukar," komen Abbad Muhammad.
"sbelum ni minat jugak sinar fm ni, dgr lagu retro best2, lps tengok video dua org tu trus hilang selera kat sinar fm, better download aje lah lagu retro," komen Ajijen Mohd.
"Sambil memandu ke tempat keja sambil dgr sinar.bila dh jadi mcm ni rasa baik cr siaran lain lh," komen Zunairi Mohamad.
"salih yaacob, ko dah boleh start carik keje lain aa kot. takdenye orang nak dengar SINAR FM lagi dah selagi ko masih dok kat situ," komen Ahmad Zaki Sokhimi.
"Cakap kat SY tu jangan nak kurang ajar sangat," komen Eyka Farhana.
Malah ada pendengar radio itu turut meminta Saleh Yaakob dan Nabil meminta maaf secara terbuka.
"Suruh SY dan nabil mintak maaf secara terbuka kalau tidak kami boikot sinar fm," komen Faizal Goku.
"Saleh.hang kena mintak maap ngan penyokong pakatan.nak lawak pn agak2 lh der," komen Zunairi Mohamad.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-2-2013
Leman Raja Lawak Original
Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..
Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.
Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.
Yang benar
Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS
Leman Raja Lawak seru Nabil, Salih teliti Buku Jingga
http://www.kedahlanie.info, | 26 Feb 2013 |
Leman Raja Lawak menyeru Nabil dan Salih teliti dahulu kandungan Buku Jingga...
Leman Raja Lawak Original
Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..
Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia.
Belia anak muda boleh menilai ..salam sahabat.
Yang benar
Sulaiman ibrahim (leman raja lawak)
Presiden PANGLIMA
Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama
IKON ANAK MUDA PAS
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-2-2013
Salih Yaacob umum bersara selepas dikritik hebat
Harakahdaily, | 28 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob (gambar) mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.
Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.
Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.
Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.
Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.
Pengumuman itu dibuat disaat beliau dikritik hebat oleh peminat dan juga pihak penyokong politik ekoran tersebarnya video pendek lakonannya dalam siri video Bangkang dari Longkang di Youtube sejak beberapa hari lalu.
"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.
"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya yang dipetik Utusan Malaysia semalam.
Dalam video pendek tersebut, Salih membawa watak seorang wakil rakyat dan seorang pembantu yang dilakonkan oleh rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.
Dalam dialognya Salih dan Nabil didakwa secara sinis dilihat mempersendakan Pakatan Rakyat kononya tidak menunaikan janji di empat buah negeri.
Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.
Harakahdaily sebelum ini turut melaporkan laman Facebook Sinar FM turut dihujani kritikan peminat yang kecewa dengan tindakan Salih dan Nabil itu.
Boleh dikatakan di setiap status yang dinaikkan di laman rasmi radio itu, terus menerima komen-komen negatif daripada pendengar mereka termasuk menyerang Salleh Yaakob sendiri.
Isu kritikan dan boikot ini bukan kali pertama malah sebuah rangkain restoran ikan bakar tekemuka juga pernah menerima nasib sama apabila secara terbuka menganjurkan tarian punggung di hadapan rumah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Datuk Ambiga Sreenevasan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-2-2013
No comments:
Post a Comment