Nik Aziz lihat sendiri pengorbanan seorang ibu |
Rizal Tahir |
KUALA KRAI, 11 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam pergi melihat sendiri bagaimana pengorbanan seorang ibu menyelamatkan tiga anaknya sehingga beliau sendiri mati terbakar.
Allahyarhamah Rafidah Ismail - rentung demi menyelamatkan anak-anaknya
Beliau melihat rumah Allahyarhamah Rafidah Ismail, 37, yang terbakar termasuk melihat jeriji besi yang diumpil beliau sebelum mati untuk menyelamatkan nyawa anak-anaknya. (Gambar: Nik Aziz melihat jeriji besi yang diumpil Allahyarhamah Rafidah untuk menyelamatkan tiga anaknya sehingga beliau sendiri terkorban dalam kebakaran Jumaat lalu - gambar sumbangan dari Adun Mengkebang, Abdul Latif Abdul Rahman) Jelas kelihatan, Nik Aziz sangat bersimpati terhadap keluarga mangsa dan mengucapkan takziah kepada keluarga yang tinggal di Taman Sri Guchil, dekat sini. Beliau mengambil masa selama setengah jam melawat keluarga itu semalam dengan melawat lokasi kebakaran yang meragut nyawa Rafidah.
Sdr Zamri Hamat - suami mangsa
Di sana, beliau menghulurkan sumbangan kepada kepada suami mangsa, Zamri Hamat. Tuan Guru ketika ditemui melahirkan rasa sedih di atas kejadian yang meragut nyawa ibu kepada tiga orang itu. Beliau juga turut melahirkan rasa terharu di atas pengorbanan seorang ibu demi keselamatan anak-anaknya. “Apapun saya berharap keluarga mangsa dapat menerima ketentuan Ilahi ini dengan tabah, kita sebagai orang Islam harus menerima ketentuan itu,”ujarnya. Jumaat lalu sekitar pukul 1.50 petang, Rafidah yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Pakar Hospital Kuala Krai maut selepas rumah sewanya di taman itu terbakar. Allahyarhamah bagaimanapun sempat menyelamatkan tiga orang anaknya yang berada dalam rumah semasa kejadian dengan mengumpil besi tingkap. Terdahulu Tuan Guru mendengar taklimat kejadian oleh Pegawai Bomba Kanan 11, Azmi Ibrahim di lokasi kebakaran.
YB Mohd Fauzi Abdullah - ADUN Manek Urai
YB Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria - ADUN Ghucil
Tuan Adnan Hussin - Ketua Jajahan Kuala Krai
Turut hadir Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Ketua Jajahan Kuala Krai Adnan Hussin, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Azhar Ab Rahman dan lain-lain pimpinan masyarakat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3237-nik-aziz-lihat-sendiri-pengorbanan-seorang-ibu
Jerih perih Umi menjaga 49 anak yatim |
Harakahdaily | ||||||||
GOMBAK, 29 Sept: Bayangkan seorang pesara kerajaan menjaga dan memelihara 49 anak yatim hanya dengan bantuan potongan gaji tetap dari anak-anaknya sahaja. Mungkin ramai yang tidak percaya tetapi itulah yang dilakukan oleh Puan Fatimah Husein dan anak-anaknya yang membuka rumah anak yatim Al Nasuha di Gombak Permai. (Umi di depan rumah anak yatimnya di Gombak Permai) "Saya tidak terima bantuan dari mana-mana badan kerajaan....hanya anak-anak saya sahaja yang memberikan bantuan bulanan melalui potongan gaji mereka," kata Puan Fatimah yang lebih mesra dipanggil umi sahaja. Umi adalah panggilan semua anak-anak yatim Al Nasuha kepada beliau yang menjadi pengetua di situ. Rabu lepas, 28 September, Puan Fatimah membawa semua anak-anak yatim di bawah jagaannya ke majlis aidil fitri anjuran Harakah di Dewan Datuk Fadzil Nor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad. Di situ mereka berpeluang memakan makanan yang lazat di samping mendapat sedikit duit raya yang disampaikan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kanak-kanak yang berumur antara 3 bulan sehingga 17 tahun beratur untuk bersalam dengan Abdul Hadi dan lain-lain pimpinan PAS bagi menerima duit raya itu. Nampak jelas, kanak-kanak ini sangat gembira di hari itu kerana ada pihak yang prihatin kepada mereka. "Kebanyakan mereka ini anak orang-orang susah atau anak yatim piatu yang dihantar oleh keluarga masing-masing untuk kami jaga," kata Puan Fatimah ketika ditemui Harakahdaily di majlis itu. Menyingkap kisah lalu, Puan Fatimah berkata, ia bermula apabila dia bekerja dengan sebuah rumah anak yatim milik satu keluarga. Namun apabila isteri kepada pemilik ini meninggal, beliau tepaksa meninggalkan rumah itu kerana tidak manis untuk beliau tinggal dengan seorang lelaki lain di rumah itu. Lalu ketika itulah datang rancangan untuk membina rumah anak yatim sendiri dengan bantuan dari anak-anaknya. Menurut Puan Fatimah, ramai anak-anak yatim jagaannya yang telah berjaya dengan baik dalam pelajaran. "Ada anak-anak kami yang belajar di Mekah dan kolej sekarang," katanya di samping ramai antara mereka datang kembali ke rumah ini untuk menjadi sukarelawan. (Anak-anak yatim dari Al-Nasuha menerima duit raya dari Abdul Hadi) Namun masalah besar yang dihadapi Puan Fatimah adalah perbelanjaan bulanan yang agak besar untuk beliau kendalikan rumah anak yatim ini. Beliau memerlukan antara RM7,000 - 8,000 sebulan dengan belanja untuk elektrik dan air sahaja sudah dekat RM2,000. "Memang anak-anak saya membantu tetapi tidak cukup. Saya kena mencari pendapatan lain untuk menjaga 49 anak yatim ini," katanya. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, katanya, memberikan syarat yang ketat untuk membantu. Antaranya rumah itu hendaklah dibina di lot tepi, sedangkan rumah Al Nasuha hanya di rumah lot tengah sahaja. Oleh itu, beliau sentiasa mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk membantu rumah anak yatim ini dengan memasukkan sumbangan terus ke akaun Pertubuhan Kebajikan anak-anak Yatim Al-Nasuha melalui akaun Maybank 564829000530. Anak & ibu, gambar yang menyentuh perasaan
Gambar yang memaparkan seorang lelaki tua membawa ibunya untuk mendapatkan rawatan di hospital telah menyentuh hati jutaan pengguna internet.
Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang menyaksikan anak dan ibu itu di Pusat Perubatan Chi Mei di Taiwan.
Setelah dimuatnaikkan ke internet, gambar itu menjadi popular dan hangat dibicarakan.
Dalam tempoh tiga hari , topik yang paling hangat dibincangkan dalam talian ialah "Siapakah Lelaki Itu?". Beribu-ribu pengguna internet berusaha mencari identiti lelaki itu.
Pencarian itu berakhir apabila identiti lelaki berusia 62 tahun itu didedahkan. Lelaki yang dikenali Ding Zhu Ji itu merupakan bekas pegawai Biro Penyiasatan Kementerian Kehakiman yang berpangkalan di Tainan.
Bekas rakan sekerja beliau memberitahu Apple Daily bahawa Ding memohon untuk bersara awal kerana mahu menjaga ibunya pada tahun 2007, setahun selepas bapanya meninggal dunia. (Had umur persaraan wajib di Taiwan ialah 65.)
Ibu Ding berusia 85 tahun mengalami kecederaan di kakinya bulan lepas dan ketika gambar di atas dirakam, ibu Ding sedang menunggu giliran untuk rawatan susulan.
"Kami tidak terkejut. Beliau anak yang penyayang dan taat kepada ibu bapa," kata seorang bekas rakan sekerja Ding. - DCM
Sumber HD : 11/03/2012
Kasih seorang ibu adalah kasih sejati
Seorang lelaki diabaikan, dibuang oleh rakan-rakan, saudara, dan isterinya. Beliau menghidapi asma, dan hidup menderita berdekatan hospital Jipmer, Pondicherry, India. Namun, Ibu lelaki tersebut tidak putus asa memberi kasih sayang dan cuba segenap hati untuk menyelamatkan anak kesayanganya itu. Jelas kelihatan, satu-satunya kasih yang takkan hilang ialah kasih ibu. Cinta seorang ibu adalah suci, tanpa syarat, dan selamanya!
Sumber HD : 13/04/2012
Si ibu OKU yang sentiasa tersenyum
KOTA BHARU: Sungguhpun dia tergolong Orang Kelainan Upaya (OKU), tidak mampu bercakap, tidak mendengar, namun dia begitu istimewa dari pandangan sesiapa sahaja.
Bukan hanya anak-anak sendiri, keluarga terdekat, sebaliknya masyarakat memandangnya begitu istimewa, kerana dia mempunyai keunikan yang tersendiri. Suria Abdul Rahman, 45, (gambar) dikenali masyarakat bukan seorang yang bisu, sebaliknya pelengkap hidup bermasyarakat kerana sifatnya yang ringan tulang, pandai memasak serta rajin membantu sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang peramah, mengikut gayanya sendiri, mudah tersenyum. Andainya dia mampu berbicara, sudah tentu beliau yang terlebih dahulu akan menegur seseorang, namun kerana keadaannya sedemikian, hanya isyarat yang digunakan untuk bersembang dengan keluarga atau jiran tetangga. Malah, bagi mereka yang tidak mengenali Suria, tentu sekali tidak menduga dia tidak mampu bercakap, apa lagi bibir sentiasa mengukirkan senyuman pada siapa sahaja. Suria yang dilahirkan di Kampung Chawas, Tanah Merah, ditakdirkan ‘bisu’ sejak lahir lagi. Bagaimanapun kadang-kadang suaranya agak kedengaran walaupun tidak jelas berbanding suaminya Mohd Parit Abdul Rahman, 55, yang langsung tidak kedengaran. Walaupun ada segelintir yang bersikap dingin, tidak mengindahkannya seolah-olah menganggap Suria tidak wujud, namun kerana dia insan istimewa dilaluinya seikhlas mungkin. Suria juga tidak mempunyai saudara yang lain mempunyai masaalah sepertinya, berbanding suami yang mempunyai dua orang lagi adik beradik yang senasib dengannya. Pasangan istimewa ini bertemu jodoh pada tahun 1983 melalui pilihan keluarga. Hasil perkongsian hidup kedua insan istimewa ini, mereka dikurniakan enam orang cahayamata, Wahidah, 25, Wahiduddin, 24, Mohd Azizi, 22, Siti Aminah, Noor Baitee. Lebih membanggakan dua daripada anak-anaknya berada di IPT dan Noor Baitee sendiri bakal melanjutkan pengajian ke IPT. Suria juga memastikan mana-mana anaknya yang tidak mampu belajar tinggi, mesti mengikuti kelas kemahiran terutama Mara dan ILP. Ketika berkongsi rahsia bagaimana beliau mendidik anak-anak begitu berjaya, Suria yang dibantu kedua anaknya Noor Baitee dan Siti Aminah, berkata dia memastikan semua anak-anaknya tekun belajar. “Tiada istilah main-main sewaktu belajar, apa lagi menonton televisyen ketika belajar,”ujarnya melalui isyarat yang diterjemahkan anak-anaknya. Walaupun beliau bukan ibu OKU yang berpendidikan, namun keistimewaannya yang unik menyedari betapa dunia kini mementingkan ilmu. “Walaupun saya tidak mampu mengajar mereka, namun dorongan, semangat dan betapa pentingnya pelajaran sering saya ingatkan pada mereka,”ujarnya. Sebagai seorang ibu, Suria sering mendoakan kecemerlangan anak-anaknya dalam semua bidang yang diceburi, terutama pelajaran. Sambil membuat isyarat ‘berdoa’, itulah yang sering beliau lakukan saban hari sama ada sewaktu solat atau sebaliknya. Katanya, beliau tidak ingin nasib anak-anaknya seperti dirinya yang tidak berpengetahuan, tidak bekerja. Sebagai seoang Islam, walaupun beliau tergolong dalam OKU, namun tanggungjawab terhadap Ilahi turut dilakukan sebagaimana insan lain yang sedar akan tanggungjawab itu. Menurut Noor Baitee (gambar kiri), ibunya seorang yang tegas terutama soal solat dan belajar berbanding ayahnya. Bagaimanapun tidak dinafikan ibunya seorang ibu yang pengasih dan penyayang sebagaimana yang diterjemahkan melalui perbuatan, memek muka, senyuman dan belaian. “Walaupun kami hanya memperolehi belaian seorang ibu hanya cara sedemikian dan bukannya dengan kata-kata sebagaimana seorang ibu melafazkan ‘sayang’ pada anak-anak mereka, namun cara mak cukup bermakna bagi kami,”ujar dua beradik itu. Nor Baitee merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama (A) Tarbiah Mardhiah Panchor SPM 2011 yang mendapat keputusan 9 A. Keputusan itu sekaligus mencipta rekod kecemerlangan yang tersendiri yang sebelum ini tidak pernah diterokai. Bukan itu sahaja SPM tahun lalu juga sekolah berkenaan memperolehi keputusan 100 peratus spm. Keistimewaan yang ingin dikongsi di sini, Suria bukan hanya seorang isteri atau ibu yang penyayang pada keluarganya, sebaliknya dia begitu menyayangi binatang peliharaannya, terutama kucing. Menurut Baitee, kucing yang ada di rumahnya sering dibelai ibunya dengan penuh kasih bukan hanya memberi makan. “Inilah antara keistimewaan yang ada pada mak,”ujarnya. Kerana sifatnya yang sedemikian, beliau sering menjadi perhatian jiran tetangga. Dia juga rajin membantu sehinggakan kenduri kendara yang diadakan jiran, wajahnya sering kelihatan. Apabila mempunyai anak yang agak ramai, tingkah laku mereka juga berbagai. Kerenah anak-anak kadang-kadang melukakan hati siibu. Namun bagi Suria dia tidak pernah tersinggung dengan anak-anaknya. “Syukur kerana saya mempunyai anak yang baik-baik dan dengar diajar. Mereka tidak pernah membuatkan saya berkecil hati,” jelas Suria ketika ditanya mengenai perkara itu. Suria pernah melalui kehidupan yang sukar sebelum ini apabila beliau pernah berpisah dengan suaminya. Namun jodoh masih ada buat mereka. Hampir setahun perpisahan itu berlalu, akhirnya mereka disatukan kembali dan kekal hingga ke hari ini. Suria berharap nasib anak-anaknya baik serta dapat memperbaiki nasib masa depan keluarga, sekurang-kurangnya untuk keluarga mereka sendiri. Kasih ibu tiada nilainya, kasih ibu tiada akhirnya, walaupun siapa kita, bagaimanapun keadaan seorang ibu itu, namun kebahagiaan anak tetap menjadi keutamaan. Sumber HD : 9/05/2012 Sayangilah ibu anda semua
SHARE IF YOU ♥ YOUR MOM
<--- Sayangilah ibu anda semua . . =)) orang kata aku lahir dari perut mak . . . (bukan orang kata...memang betul) bila dahaga,yang susukan aku...mak bila lapar,yang suapkan aku...mak bila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....mak kata mak,perkataan pertama aku sebut...mak bila bangun tidur,aku cari...mak bila nangis,orang pertama yang datang...mak bila nak bermanja,aku dekati...mak bila nak bergesel,aku duduk sebelah...mak bila sedih,yang boleh memujukku hanya...mak bila nakal,yang memarahi aku...mak bila merajuk,yang memujukku cuma...mak bila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah...mak bila takut,yang tenangkan aku...mak bila nak peluk,yang aku suka peluk...mak aku selalu teringatkan...mak bila sedih,aku mesti talipon...mak bila seronok,orang pertama aku nak beritahu...mak bila bengang,aku suka luah pada...mak bila takut,aku selalu panggil "mmaaakkk" bila sakit,orang paling risau adalah...mak bila nak exam,orang yang paling sibuk juga...mak bila buat hal,yang marah aku dulu...mak bila ada masalah,yang paling risau...mak yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...mak yang selalu masak makanan kegemaranku...mak yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...mak yang selalu berleter kat aku...mak yang selalu puji aku...mak yang selalu nasihat aku...mak bila nak kahwin...orang pertama aku tunjuk dan rujuk...mak ♥ AKU ADA PASANGAN HIDUP SENDIRI ♥ bila seronok,aku cari...pasanganku bila sedih,aku cari....mak bila berjaya,aku ceritakan pada...pasanganku bila gagal,aku ceritakan pada...mak bila bahagia,aku peluk erat...pasanganku bila berduka,aku peluk erat...emakku bila nak bercuti,aku bawa...pasanganku bila sibuk,aku hantar anak ke rumah...mak bila sambut birthday pasanganku,aku bersusah payah mencari hadiah bila birthday emakku,aku cuma dapat ucapkan "selamat hari lahir mak" selalu..aku ingat pasanganku selalu..mak ingat kat aku bila-bila..aku akan talipon pasanganku entah bila..aku nak talipon mak selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku entah bila aku nak belikan hadiah untuk emak... Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya.......... Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....... Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00 2) Tolong jaga adik : RM4..00 3) Tolong buang sampah : RM1.00 4) Tolong kemas bilik : RM2.00 5) Tolong siram bunga : RM3.00 6) Tolong sapu sampah : RM3.00 Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya. - Sumber HD : 8/08/2012 |
No comments:
Post a Comment