Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang turut hadir perhimpunan itu juga berharap agar rakyat bangkit menuntut hak mereka.
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/5498-mengapa-najib-terpaksa-mansuh-isa
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5497-tiru-uk-ganti-akta-isa-tak-tepat
Mahasiswa turut pertikai keikhlasan Najib |
Hazayani Zakaria |
PUTRAJAYA, 20 Sept: Pro Mahasiswa Nasional (Pro M Nasional) menuntut kerajaan BN memberi jaminan penubuhan undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengutamakan hak asasi rakyat. Menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA sebagai tindakan populis bagi menyelamatkan kedudukan parti pemerintah, Pro M Nasional menempelak sikap ego Najib yang enggan mengaku pemansuhan itu hasil perjuangan rakyat. Pro M Nasional berpandangan tindakan Najib itu lebih kepada menjawab desakan Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berjuang menentang ISA. Pengerusinya, Mohd Taufiq Abdul berkata, Najib seharusnya menggunakan sambutan Hari Malaysia untuk mengutamakan kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan parti. "Pemansuhan ISA dilihat sebagai perisai BN dalam menepis serangan pembangkang. "Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi sebuah kerajaan menggunakan hari bersejarah demi kepentingan parti sedangkan rakyat menantikan transformasi yang merakyat untuk menaikkan taraf hidup mereka," katanya. Pro M Nasional sebaliknya mahu kerajaan menjawab segera isu-isu rakyat iaitu taraf hidup, keselamatan, dan isu mahasiswa. Bagi menyelesaikan isu taraf hidup rakyat, kerajaan digesa melaksanakan akta gaji minima, menyelesaikan kenaikan harga barang termasuk petrol, diesel dan tarif elektrik, mengembalikan hak royalti minyak rakyat Kelantan dan memberikan pendidikan percuma. Sementara itu, pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang harus dikaji semula. Tuntut Auku dimansuhkan Bagi isu mahasiswa pula, Pro M Nasional menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan dan cas perkhidmatan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan. Semua tuntutan tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri tengahari tadi. Memorandum tersebut diterima Setiausaha sulit kepada perdana menteri. Turut bersama pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Che Abd Razab, jurucakap SMM, Ahmad Shukri Kamaruddin dan beberapa wakil Persatuan Mahasiswa Islam (PMI). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5494-mahasiswa-turut-pertikai-keikhlasan-najib
Mansuh ISA: Rakyat masih keliru |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Seluruh rakyat negara ini masih lagi samar-samar malah tidak tahu dengan perkembangan sebenar pemansuhan akta ISA, apabila ia diumumkan akan digantikan dengan dua akta lain. Lebih mengelirukan orang ramai, apabila dua akta yang akan menggantikan ISA itu tetap mempunyai semangat yang sama dengan ISA, walaupun pihak kerajaan mengatakan jauh berbeza dengan ISA. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya berlakon dengan rakyat mengenai tindakannnya memansuhkan ISA yang dikatakan untuk tujuan tranformasi politik di tanah air. Menurut beliau, pemansuhan ISA tidak mempunyai sebarang makna kepada rakyat sekiranya akta yang menggantikannya mempunyai prinsip dan ciri-ciri yang sama dengannya. Katanya, Perdana Menteri, para pemimpin Umno dan BN perlu sedar, penentangan Pakatan Rakyat dan orang ramai terhadap ISA bukanlah kerana akta itu, tetapi ketidakadilan prinsipnya. "PAS dan Pakatan Rakyat tidak menentang hukuman ke atas orang yang mengganggu gugat negara dan mengancam keselamatan negara. "Tetapi yang kami tentang adalah prinsip atau ciri-ciri akta ISA itu dan sebarang undang-undang yang memberikan kuasa penuh kepada Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN). "Yang kami tentang adalah undang-undang yang menahan seseorang tanpa bicara. Sebaliknya yang kita persetujui adalah undang-undang yang mengenakan hukuman terhadap seseorang setelah dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Sehubungan itu, beliau berharap agar Perdana Menteri dan Kerajaan BN bertindak lebih bijak dan jujur berhubung dengan tindakannya memansuhkan akta ISA seperti yang diumumkan pada malam sambutan Hari Malaysia 16 September lalu. Menurutnya, undang-undang yang diperlukan dan diharapkan oleh PAS, Pakatan Rakyat dan orang ramai bagi menggantikan akta ISA, selain bebas dari penguasaan penuh Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa pembicaraan, mestilah mempunyai tiga unsur. Usur pertama, jelas beliau, mestilah disabitkan oleh mahkamah. Unsur kedua, tidak ada unsur memberikan kuasa begitu besar kepada pihak polis seperti boleh menahan seseorang terlalu lama sehingga 60 hari khususnya bagi tempoh waktu siasatan. "Manakala unsur ketiga pula, prosedur-prosedur kuasa polis yang ada mestilah akses kepada peguam," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. Dengan adanya unsur-unsur yang dinyatakan itu, tegas beliau, barulah undang-undang yang menggantikan akta ISA itu boleh diterima oleh Pakatan Rakyat, berbanding ISA yang jelas digunakan untuk menyelamatkan politik Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan BN. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5502-mansuh-isa-rakyat-masih-keliru-
ISA: Tak mahu mohon maaf, kerajaan angkuh |
Abd Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: "Tak layan lagi bagus", demikian reaksi spontan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kepada keengganan kerajaan meminta maaf terhadap mereka yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). "Tidak mahu layan maknanya tak mahu memohon maaf. Tak layan lagi bagus, biar rakyat dan seluruh dunia menyaksikan keangkuhan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN). "Buat salah, buat zalim, selepas itu berlagak sombong dan takbur tak mahu meminta maaf. "Sekarang rakyat nampak dengan lebih jelas lagi sikap angkuh, sombong dan takbur kerajaaan BN," kata beliau yang dua kali ditahan di bawah ISA. Mohamad mempersoalkan, jika ISA bukan akta yang zalim dan digunakan sesuka hati oleh kerajaan BN untuk melakukan kezaliman, rakyat tidak menentangnya dan ia tidak perlu dihapuskan. Tetapi, katanya lagi, bila terbukti selama ini rakyat bersungguh-sunguh menentangnya secara berterusan dan selepas itu kerajaan pula tertekan sehingga terpaksa menghapuskan akta itu, ia dengan sendirinya membuktikan ISA memang zalim dan berkali-kali digunakan untuk melakukan kezaliman. "Bila sudah melakukan kezaliman, seseorang akan memohon maaf jika ia insaf. "Tetapi, apabila enggan melayan seruan memohon maaf, terbukti kerajaan BN adalah kerajaan yang tidak pernah merasa insaf melakukan kezaliman. "Bukan sahaja tidak insaf dan tidak meminta maaf, malah dengan angkuh, sombong dan takbur mengumumkan kepada seluruh dunia tidak mahu layan seruan supaya meminta maaf," katanya. Beliau yakin rakyat akhirnya akan menilai sendiri jenis apakah kerajaan yang enggan memohon maaf setelah melakukan kezaliman. "Dengan perangai seperti itu, tidak hairanlah jika populariti (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jatuh merudum sedangkan sebelum ini apa yang dilihat sebagai popularitinya diharap dapat mengimbangi kebencian sebahagian besar rakyat kepada Umno BN," katanya. Sebelum itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tuntutan Mohamad supaya kerajaan meminta maaf terhadap bekas tahanan ISA berikutan pemansuhan akta itu tidak perlu dilayan. Mohamad yakin, dengan sikap angkuh yang ditunjukkan oleh kerajaan dan pelbagai pendedahan negatif terhadap kerajaan termasuk mengenai daftar pemilih serba meragukan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Najib memerlukan masa yang sangat lama untuk memulihkan popularitinya walaupun beliau dilaporkan menggunakan khidmat orang-orang yang pernah menaikkan imej bekas Perdana Menteri British, Tony Blair. Beliau juga yakin, percubaan untuk menonjolkan imej Najib kononnya sebagai moderat yang reformis bagi mengimbangi imej Umno yang bengis dan semakin kelihatan suka berkelahi tidak akan berjaya. Rakyat khususnya masyarakat pertengahan yang cuba diumpan oleh Najib, katanya, tidak buta dan mereka nampak dengan jelas sikap Najib dan Umno dan yang tidak ubah seperti "sebelah tangan seolah-olah mahu menghulur salam tetapi sebelah tangan lagi terus memukul kepala kita dengan kayu". "Bila ada perbezaan pandangan, mereka bukan mahu berhujjah tetapi mengancam mahu menyalahgunakan kuasa, memfitnah dan menunjukkan perangai suka berkelahi, walaupun kita sedia berhujjah. "Itu bukan sifat moderat yang reformis, itu sifat samseng," katanya. Mohamad melihat sifat itu sudah begitu sebati dengan kerajaan Umno BN. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5490-isa-tak-mahu-mohon-maaf-kerajaan-angkuh
You tube (Ulasan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin-AJK PAS Pusat) : http://www.youtube.com/watch?v=uk2nf0CIE3k
Implikasi mansuh ISA |
Ahmad Lutfi Othman |
Sememangnya tidak pelik apabila banyak pihak masih sangsi dan curiga dengan jaminan Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan undang-undang rimba, ISA. Menghapuskan akta drakonian, sekali gus menyediakan ruang lebih kondusif buat kebebasan bersuara harus dipuji tetapi rekod Umno-BN selama ini membuatkan rakyat lebih cermat dan berhati-hati untuk memberikan kata-kata sanjungan. Tambahan pula ramai masih mengingati banyak janji-janji kerajaan, termasuk selepas Najib menjadi Perdana Menteri, yang bukan saja belum tertunai tetapi dimungkirinya. Bagaimanapun, secara peribadi, saya tidak fikir kenyataan Najib di malam Hari Malaysia itu suatu umpan politik semata-mata. Beliau menjerat lehernya sendiri jika menyangka rakyat boleh "terpedaya" dengan janji-janji kosong. Hak asasi manusia bukan lagi isu absurd yang sukar ditanggapi rakyat. Tentulah kita akui tindakan populis ini mempunyai kaitan rapat dengan usaha terakhir Najib memikat pengundi, khususnya bukan Melayu, agar kembali menyokong BN dalam PRU13. Ya, tidak usahlah kita berdebat panjang soal "keikhlasan" dan "kejujuran" Najib. Semua faham muslihat itu. Dan, tidak salahkan jika mana-mana tokoh atau parti politik mengharapkan manfaat untuk diri dan kelompoknya, di atas apa jua tindakan atau kenyataan yang dibuat, apatah lagi semasa demam pilihan raya memuncak? Pada hemat saya, kalaupun ISA tidak dimansuhkan dalam waktu terdekat, penggunaannya semakin terbatas. Selain momokan memerangi keganasan, ia kian sukar diperalatkan pemerintah untuk berdepan seteru politiknya. Justeru, daripada menanggung "biawak hidup" (yang sentiasa menjejaskan nama Malaysia dari segi amalan demokrasi) tanpa mendapat sebarang keuntungan politik (kerana semakin payah menggunakan ISA ke atas aktivis politik), lebih baik dimansuhkan sahaja. Apatah lagi, dengan menghapuskannya, Najib beroleh satu lagi talian hayat! Selepas Operasi Lalang 1987 membabitkan penahanan borong lebih 100 orang, tangkapan besar-besaran ISA ke atas Anwar dan penyokongnya pada akhir 1998, dilihat kesempatan terakhir regim pemerintah menjadikan akta ini sebagai perisai. Tangkapan aktivis reformasi, seperti Saari Sungip dan Hishamuddin Rais, beberapa tahun selepas itu adalah penyudahnya. Era reformasi turut menyuburkan budaya politik baru, perkembangan pesat teknologi maklumat, pembesaran kelas menengah dan pengaktifan masyarakat sivil. Internet memecahkan kawalan maklumat yang selama ini menjadi monopoli kerajaan. Selepas itu, tiada pemimpin politik pembangkang yang dikurung ISA. Biarpun ramai yang merengkok di Kem Tahanan Kamunting, kebanyakannya didakwa terbabit dengan aktiviti keganasan dan militan. Namun, penentangan rakyat terhadap ISA, yang digembleng Gerakan Mansuh ISA (GMI) bertambah hebat. Harakah secara aktif mendokong usaha itu. Saya sendiri terlibat menyalurkan bantuan kewangan kepada keluarga tahanan dan bekas mangsa. Kami menubuhkan satu dana khas, dan sehingga Ramadan lalu, lebih RM700,000 telah diagihkan. Malah, sehari selepas Najib mengumumkan mengejutkan itu, seorang penyumbang menderma RM3,000 untuk tabung mansuhkan ISA. Sedangkan ada rakan-rakan mencadangkan agar saya menutup sahaja tabung berkenaan kerana ia tidak relevan lagi! Rasanya, tangkapan terakhir membabitkan tokoh politik ialah pemimpin kanan DAP, Teresa Kok, yang juga Ahli Parlimen Siputeh dan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, yang dikurung pada 12 September 2008; itu pun hanya selama seminggu. Turut ditahan bersamanya adalah pengendali laman Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Tan sekadar ditahan selama sehari. Episod itu menyaksikan kerajaan tidak mudah lagi untuk melunakkan kemarahan rakyat dengan salahguna ISA. Kuasa siber dan jaringan maklumat alternatif yang lebih pantas dan efektif memaksa tempoh tangkapan dipendekkan. Saya kira pemimpin Pakatan Rakyat tidak wajar meremehkan pengumuman Najib. Harus dibincang secara teliti impak politik terhadap "keterbukaan" itu, selain kebijaksanaan Pakatan memposisikan diri dengan situasi baru. Menjelang PRU13 yang begitu genting, Pakatan harus kalkulatif terhadap setiap gerak dan riak, biarpun kelihatan kecil, apatah lagi jika ia dipersepsikan sebagai agenda besar transformasi politik. Begitu juga dengan sikap berhati-hati bagi mengelak sebarang kesilapan dan kealpaan yang boleh mengundang petaka atau musibah dahsyat. Suka saya mengulangi ingatan seorang teman: "Dalam PRU13, mungkin pihak yang bakal menang adalah yang paling sedikit melakukan kesilapan, bukannya yang paling hebat mengemukakan gagasan besar." Semasa meneliti tulisan lama saya mengenai debat isu ISA, saya tertarik dengan respons Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Abd Aziz. Katanya, selagi BN memerintah, selagi ada bulan dan bintang, jangan harap ISA akan dimansuhkan. Penegasan sama dikemukakan Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Sekarang, mungkin tidak cukup kata-kata untuk mereka memuji langkah Najib itu ... II. Seperti kontroversi ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai Mat Indera dan serangan ke atas balai polis Bukit Kepong yang memaksa saya menelaah kembali buku-buku mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan, termasuk meneliti peranan besar golongan kiri dan agamawan, maka "pemansuhan ISA" turut mendorong saya membelek kembali buku-buku pengalaman tahanan borong itu. Karya Kassim Ahmad, bekas Pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), bertajuk Universiti Kedua (terbitan Media Intelek, 1983), yang mengisahkan babak hitam ditahan tanpa bicara mulai 3 November 1976 hingga 29 Julai 1981, cukup menyentuh hati saya. Tulisan Kassim memang menarik. Bahasanya mudah dan santai. Tajuk buku itu juga memikat dan membawa makna mendalam. Universiti Kedua berpindah dari tangan ke tangan, terutama di kalangan rakan-rakan sekampus di UTM, Jalan Gurney (kini Jalan Semarak). Kezaliman ISA, termasuk taktik licik tidak bermoral polis Cawangan Khas (SB), ditelanjangi Kassim. Saya menjadi marah dan benci apabila mengetahui banyak keluarga porak-peranda dan suami isteri bercerai-berai ekoran ISA. Operasi Lalang, Oktober 1987, menyerlahkan kekejaman Dr Mahathir Mohamad. Konflik dalaman Umno ekoran pemilihan parti, April tahun sama, menyaksikan Dr Mahathir hampir ditewaskan Tengku Razaleigh Hamzah. Sejumlah lebih 100 aktivis pelbagai parti dan NGO ditahan. Antara nama-nama besar adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ustaz Halim Arshat, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Dr Chandra Muzaffar, Suhaimi Said dan Dr Nasir Hashim. Ramai juga tokoh pendidikan dan NGO Cina dikurung, termasuk Dr Kua Kia Soong, aktivis Dewan Perhimpuna Cina Selangor. Kisah deritanya semasa di lokap polis dan Kamunting dibukukan dalam 445 Days Behind The Wire (untuk edisi ketiga, 445 Days Under The ISA). Walaupun Dr Syed Husin Ali ditahan ISA pada awal pagi 7 Disember 1974 dan dibebaskan hampir enam tahun selepas itu, pada 25 September 1980, pengalamannya penuh warna-warni itu hanya dapat dikongsi dengan pembaca selepas bukunya, Dua Wajah, diterbitkan pada 1996. Secara peribadi saya menunggu-nunggu buku tersebut. Gaya penceritaan Dr Syed Husin menangkap perhatian kita untuk berterusan "mengunyah" karyanya itu. Dua Wajah masih menjadi buku kegemaran saya sehingga kini. Pengalaman berkaca Said Zahari, bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, yang dizalimi ISA selama 17 tahun, yang diungkapkan melalui buku setebal 474 muka, Meniti Lautan Gelora, Sebuah Memoir Politik, seharusnya menjadi bacaan wajib. Tempoh penahanannya di bawah regim Lee Kuan Yew begitu lama sekali. Sukar untuk saya bayangkan kesengsaraan yang ditempuhnya, terutama oleh isteri dan anak-anak Pak Said. Buku-buku mengenai ISA turut menemukan saya dengan sosok pejuang kemerdekaan, Ahmad Boestamam. Memoirnya, Merdeka dengan Darah dalam Api, merupakan kompilasi buku Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang. Gaya bahasanya juga menyentuh nurani. Tujuh Tahun Malam Memanjang adalah kisah beliau ditahan. Air mata saya menitis membaca penderitaan yang dialaminya, termasuk untuk mencari sesuap nasi. Saari Sungib, yang ditahan dua kali (pertama, Oktober 1998 dan kedua, April 2001), mempunyai keistimewaan tersendiri. Bukan hanya buku Sengsara Kem Kamunting, tetapi beliau menulis lebih 10 judul buku mengenai kezaliman ISA, satu pencapaian luar biasa! Beliau turut menyusun buku mengenai catatan peribadi Dr Burhanuddin Al-Helmy, Hari-Hari Aku Dizalimi. Ya, bayangkan bagaimana seorang pejuang berhati luhur dan berakhlak mulia itu disakit hampir setiap hari, melalui proses soal siasat yang menyeksakan dan layanan di luar batas peri kemanusiaan. Apa kata jika anda mencari buku-buku tersebut atau bagi yang sudah memilikinya, bacalah semula .... |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/5565-implikasi-mansuh-isa-
Akta ganti ISA mesti disekat |
Subky Latif |
MEMANSUHKAN ISA adalah tindakan yang betul dan ia mesti dialu-alukan, tetapi ganti ISA yang dicadangkan oleh kerajaan tidaklah dialu-alukan dan tidak perlu menunggu-nunggu bentuk dan rupanya. Jika Tunku Abdul Rahman Putra selepas bersara dari Perdana Menteri menyesal ISA diadakan kerana ia telah disalah gunakan, sedang ISA itu digubal semasa pentadbirannya. Sekali pun ISA yang Tunku buat adalah ditujukan untuk komunis tetapi ia telah digunakan sama untuk yang lain dari komunis. Tan Sri Abdullah Ahmad Kok Lanas semasa menjadi Anggota Parlimen menyebut betapa penahanan empat orang Anggota Parlimen semasa dia menjadi Anggota Dewan Rakyat ditahan secara menyalahgunakan ISA. Empat orang yang disebutkan dalam ucapannya di Parlimen ditahan di zaman empat Perdana Menteri yang berlainan. Keempat-empat MP mangsa ISA itu ialah Nik Arshad Abdullah (PAS-Pengkalan Chepa) ditahan di zaman Tunku Abdul Rahman, Datuk Seri Anwar Ibrahim (BN-Permatang Pauh, Timbalan Perdana Menteri) ditahan oleh Tun Razak, Tan Sri Abdullah sendiri (BN-Kok Lanas) oleh Tun Hussein Onn dan Lim Kit Siang di bawah Dr. Mahathir. Ertinya setiap Perdana Menteri sejak Tunku hingga kepada Dr. Mahathir telah menyalahgunakan ISA. Tiada sebarang jawapan diberi kepada kenyataan Tan Sri dari BN itu baik oleh menteri mahupun polis. Maka ganti ISA selagi ada tahanan tanpa bicara selain dari ia adalah jelmaan ISA, tetapi satu undang-undang zalim atau drakunin. Ia tertakluk kepada salah guna. Maka akta ganti itu mesti ditentang. Jika polis sedia memberi permit tunjuk perasaan aman kerana akta polis pun dikatakan hendak dipinda, maka Datuk Ambiga yang mengepalai Bersih 2.0 boleh memikirkan mengadakannya lagi.
Datuk S. Ambiga - Pengerusi Bersih 2.0
Sekalipun MP Pakatan Rakyat telah berkurangan, maka sekalian MP yang tinggal jangan menguzurkan diri, datang membahas dan menentang rang itu nanti. Pakatan Rakyat mesti bertegas dengan janjinya iaitu ISA akan dimansuhkan jika ia berjaya mengambil kuasa Putrajaya. Sekarang Perdana Menteri Najib menjanjikan ia akan dimansuhkan. Yang ditunggu ialah bila ia hendak dimansuhkan dan bukan dua ganti yang dijanjikannya. Akta ganti itu dipercayai dibentang sebelum Parlimen dibubarkan dan ia hendak digubal menjelang PRU 13. Buat masa ini semua sudah setuju ISA itu jahat dan tidak boleh dipakai lagi. Jika ia boleh dipakai tentu Perdana Menteri tidak mencadangkan ia akan dimansuhkan. Ini bererti kerajaan juga telah mengaku bahawa ia mesti dimansuhkan. Kalau akta itu ada baiknya Najib tidak wajar berjanji untuk memansuhkannya. Bukankah logiknya dipinda saja mana yang dirasa tidak baik. Kalau Najib mengira tahanan untuk disiasat tak perlu sampai 60 hari, pinda saja jadi seminggu atau 20 hari. Kalau tahan di Kamunting terlalu lama bagi dua tahun. Pendekkan saja kepada setahun. Oleh kerana ISA itu adalah zalim walau pun tahan tanpa bicara sekadar beberapa hari, maka Najib sendiri mengaku akan sialnya, maka ia terpaksa dimansuhkan. Kalau ia tidak dimansuhkan Pakatan Rakyat akan memansuhkannya dalam masa 100 hari atau kurang dari masa itu sebaik ia mengambil alih Putrajaya. Dengan janji Buku Jingga Pakatan Rakyat itu, Gerakan yang sudah kalah itu tidak akan dapat menebus kekalahannya, manakala MCA pula lebih baik dimansuhkan saja kerana ia tidak mungkin dapat mempertahankan kerusi yang ada. MCA tidak akan dapat membantu BN lagi. Dengan memansuhkan ISA, harapan MCA dalam PRU 13 nanti ibarat harap ada percaya tidak. Jika akta ganti itu dapat diadakan sebelum PRU 13, dengan majoriti kecil BN sekarang, akta itu akan dilihat sebagai ganti sementara. Pakatan Rakyat mesti menolak rang itu nanti dan menegaskan jika ia diluluskan, ia tetap akan dimansuh pula sebaik saja BN tidak dapat membentuk kerajaan. Jika benar ISA hendak dimansuhkan oleh Najib, ia akan dimansuhkan pada hari rang ganti itu akan dibentangkan. Kalau lulus juga, ia akan dimansuhkan pula oleh kerajaan Pakatan lepas PRU 13. Dalam masa kurang dari enam bulan akan datang kita boleh melihat dua akta mansuh. Mula-mula BN mansuhkan ISA. Lepas itu kerajaan PR pula mansuhkan bakal akta yang Najib cadangkan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/5692-akta-ganti-isa-mesti-disekat
Pemuda PAS desak bebaskan segera tahanan ISA |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab membebaskan segera 11 tahanan terbaru dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut ketuanya, Nasruddin Hassan, tangkapan terbaru itu sangat bertentengan dengan aspirasi Najib yang sebelum ini mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan akta draconian itu kerana tidak lagi relevan untuk digunakan. "Pemuda PAS mendesak supaya kerajaan membebaskan segera tahanan tersebut," katanya kepada Harakahdaily. "Ini jelas, kerajaan tak pernah serius untuk memansuhkan akta ini. Sepatunta tak perlu lagi tangkapan selepas pengumuman (pemansuhan) dibuat," tambahnya kecewa. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sekumpulan lelaki di Sabah yang ditahan dibawah ISA pada 14 November lalu kerana didakwa terbabit dengan kegiatan militan. Difahamkan sekurang-kurangnya 10 atau 11 orang ditahan termasuk juga warga Filipina dan Indonesia. Semua mereka ditahan mengikut di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA). Mengulas lanjut, Nasruddin berkata, Dewan Pemuda PAS secara konsisten menentang ISA atas sifatnya yang zalim kerana membenarkan tahanan tanpa bicara. Beliau juga mahu kesemua yang baru ditahan tersebut dibicarakan dan dibuktikan kesalahan mereka dan bukannya ditahan tanpa bicara dibawah ISA. Sambil menyifatkan Najib sebagai 'tidak jujur' dengan janjinya, beliau menyeru rakyat bangkit membuat perubahan. "Kalau dalam isu ISA ini pun beliau tak jujur, kita khuatir perkara sama dibuat terhadap PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambaikan Proses Pilihan Raya). "Kata PRU selepas PSC selesai buat cadangan, tetapi tak mustahil mereka umum pilihan raya awal," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6559-pemuda-pas-desak-bebaskan-segera-tahanan-isa
Tangkapan ISA, Najib Tipu Rakyat |
Harakahdaily |
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) dan Jabatan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Dewan Pemuda PAS Pusat menempelak sekeras-kerasnya tangkapan yang dikenakan ke atas 10 orang Pendakwah di Tawau, Sabah di bawah Akta kuku besi, ISA pada 14/11/2011 yang lalu. Kami telah dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa yang ditahan bahawa tangkapan tersebut dilakukan oleh Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga/Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA). Kami amat terkejut dengan situasi malang ini tatkala Perdana Menteri pada malam hari Malaysia mengumumkan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta kononnya akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Maka benarlah sangkaan PAS dan kebanyakan rakyat selama ini bahawa janji Perdana Menteri untuk memansuhkan ISA sebenarnya hanyalah suatu pembohongan terancang bagi memperbodohkan rakyat Malaysia kononnya kerajaan Umno/Barisan Nasional ingin memartabatkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang paling demokrasi di dunia. Namun pada hakikatnya Umno/Barisan Nasional masih tetap mengekalkan kezaliman, keangkuhan dan tetap sujud kepada talian hayat terakhir mereka iaitu Akta kukubesi ISA bagi menakut-nakutkan rakyat supaya tunduk kepada Umno/Barisan Nasional. Kami percaya tangkapan ini adalah rentetan daripada laporan oleh pihak PAS Sabah sendiri bahawa ahli-ahli PAS Sabah telah diberikan amaran oleh pihak Polis supaya tidak terlibat dengan program-program politik dan dakwah sekiranya tidak mahu ditangkap. Justeru, kami percaya bahawa tangkapan ini hakikatnya adalah bermotifkan politik semata-mata dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan Seksyen 73 (1) ISA. Apatah lagi, tangkapan ini berlaku tatkala PAS Sabah melaungkan amaran bahawa PAS Sabah akan memberikan tentangan sengit pada Pilihanraya yang akan datang. Jadi, kerajaan Umno/Barisan Nasional pada hakikatnya takut dan gusar dengan gelombang tsunami PAS di Sabah yang menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan melainkan kembali menjilat ludah mereka sendiri iaitu kembali menggunakan ISA bagi mengekang kebangkitan PAS di Sabah. Oleh itu, kami bertegas menggesa kesemua 10 orang yang ditangkap di bahawa ISA ini harus dilepaskan dan dibebaskan dengan serta merta tanpa syarat. Selain itu, mereka ini harus diberikan layanan yang selayaknya sepertimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Malaysia iaitu diberikan peluang untuk dibicarakan secara adil di Mahkamah, dan bukannya ditangkap tanpa diberikan peluang untuk dibicarakan. Sekiranya pihak Polis benar-benar yakin bahawa mereka mempunyai bukti yang kukuh dalam mengaitkan para tahanan dengan sebarang aktiviti keganasan, seharusnya pihak Polis tidak teragak-agak untuk menuduh mereka di Mahkamah terbuka dan membenarkan para tahanan ini membela diri secara adil di Mahkamah kerana banyak peruntukan di dalam Kanun Keseksaan yang boleh diguna-pakai sekiranya pihak Polis benar-benar meyakini mereka ini terlibat dengan pengganas. Akhirnya, Kerajaan Umno/Barisan Nasional dicabar supaya berdepan dengan rakyat secara ”gentleman” pada hari pengundian Pilihanraya Umum yang akan datang, dan bukannya bersikap bacul dan penakut dengan menakut-nakutkan rakyat melalui Akta ISA yang ketinggalan zaman ini. Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi (Pengarah JUHAM) Abang Ahmad Kardee Abang Masagus (Pengarah Jab Hal Ehwal Sabah & Sarawak) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/6563-tangkapan-isa-najib-tipu-rakyat
ISA: Tindakan terdesak Umno BN menjelang PRU13 |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Majlis Pimpinan PKR Sabah menyifatkan tangkapan terbaru aktivis Islam di negeri itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai satu lagi tindakan terdesak Umno BN untuk pilihan raya. Setiausahanya, Dr Roland Chia Ming shen berkata, tindakan itu bertujuan membangkit isu agama dalam kalangan masyarakat di daerah itu yang terkenal dengan perkembangan ilmu yang amat baik, lapor KeadilanDaily. “Media di Sabah hari ini melapor salah seorang tangkapan itu ialah Ustaz Nazri Dollah, tokoh agama berkelulusan dari Jordan dan kerap diundang oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu di sekolah dan surau di daerah itu. “Maka dakwaan beliau terlibat dengan keganasan sungguh aneh, mana mungkin orang yang diundang untuk menyampaikan ilmu boleh dianggap pengganas kononnya mengancam keselamatan rakyat,” katanya menghubungi Keadilandaily.com hari ini. Menurutnya, kalaupun beliau didakwa kononnya terlibat dengan aktiviti keganasan, mengapa mesti menggunakan akta ISA yang sebelum ini dijanjikan Najib sudah dimansuh sepenuhnya. “Nak kata Ustaz Nazri ini PAS tidak juga kerana antara pendengar setia beliau dalam ceramahnya ialah ahli Umno selain tangkapannya turut tidak diketahui polis di daerah Tawau. “Datuk Najib harus segera tampil menjawab persoalan ini,” katanya yang turut bimbang ekonomi Sabah terjejas akibat laporan mengenai dakwaan kononnya ada aktiviti keganasan di negeri itu. Beliau mengulas laporan media di Sabah hari ini yang menyatakan Ustaz Nazri salah seorang yang ditahan di bawah Seksyen 73 (1), akta ISA kerana didakwa terlibat dengan keganasan. Manakala laporan Berita Harian dan New Straits Times melapor antara 10 hingga 11 orang ditahan di bawah akta itu sejak Isnin lalu hingga semalam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6580-isa-tindakan-terdesak-umno-bn-menjelang-pru13
Isteri tahanan ISA ke Parlimen bantah Najib |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS bercadang membawa isteri-isteri tahanan terbaru di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Ahli Parlimen PAS dan pihaknya akan berbincang dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk memudahkan urusan membawa mereka dari Sabah. "Saya sudah menghubungi Ahli Parlimen PAS dan kita akan bekerjasama dengan GMI untuk membawa isteri-isteri tahanan sementara sidang Parlimen masih berbaki dua minggu," kata beliau ketika menghubungi Harakahdaily. Mazlan berkata, selain Najib, pihaknya juga mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerima memorandum bantahan tersebut kerana mereka mungkir janji terhadap rakyat Malaysia. Menyifatkan penahanan tersebut sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu, beliau menuntut Najib memberi penjelasan berhubung penahanan tersebut. "Kita minta Perdana Menteri jelaskan mengenai perkara ini kerana tindakan ini jelas menunjukkan sikap hipokrit mereka," katanya. PAS tegasnya mengulangi pendirian mahu tahanan dibicarakan di mahkamah jika benar dakwaan mereka terlibat dengan kumpulan militan. "Apa yang malang, isteri mereka tidak tahu kenapa suami mereka ditangkap. "Saya ulangi bagi pihak PAS kalau mereka ditahan kerana menggerakkan kumpulan militan seperti didakwa, bawa ke mahkamah," tegasnya. Pada 14 November lalu, seramai 13 orang ditahan di bawah Seksyen 73(1) AKDN 1960 (ISA), 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia. Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman Omar. |
Suhakam desak bebas semua tahanan terbaru ISA |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meluahkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan penangkapan terbaru 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas kegiatan gerakan militan di Sabah. “Tindakan pihak berkuasa ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara – yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat,” kata pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataan.
Tan Sri Hasmy Agam - Pengerusi SUHAKAM
Katanya, selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, Suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Suruhanjaya juga, ujarnya menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada; dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan akan dijalankan di bawah akta itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6587-suhakam-desak-bebas-semua-tahanan-terbaru-isa
ISA: Ulamak PAS tuntut penjelasan Najib |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didesak memberi penjelasan berkenaan penahanan 13 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini. Penahanan tersebut disifatkan sebagai bercanggah dengan pengumuman Najib pada sambutan Hari Malaysia 16 September lalu berkenaan dengan ISA. Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan berita pada 14 November lalu yang menyebut bahawa seramai 13 orang ditahan, 7 daripadanya ialah warganegara Malaysia. "Kita harap PM tidak berbohong kepada rakyat Malaysia mengenai pemansuhan ISA," katanya. "Kita mahu semua mereka yang bersalah dibicarakan di mahkamah, buat apa kita mansuh ISA tapi roh ISA masih ada, kita mahu roh dan jasad ISA dihapuskan, kita mahukan seseorang tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah," tegas beliau lagi. Di dalam Islam, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali diadili di mahkamah. Justeru, ujarnya kalau benar Malaysia memperjuangkan Islam, mengapa prinsip semudah itu tidak realisasikan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6589-isa-ulamak-pas-tuntut-penjelasan-najib
ISA: PAS harap polis hormati PM |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 19 Nov: PAS mengingatkan pihak keselamatan membebaskan segera semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekaligus menghormati keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah mengumumkan akta itu dimansuhkan.
Sdr Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat
AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ketika dihubungi Harakahdaily berkata, tindakan terbaru pihak polis yang menangkap 13 orang di bawah akta itu di Sabah adalah satu penghinaan kepada Najib dan juga seluruh rakyat yang dijanjikan pemansuhan akta itu. "Kalau polis ada bukti, heret ke mahkamah, dakwa mereka, bukan guna ISA. "Kuasa polis 'lebih besar' dari perdana menteri nampaknya. Ini satu penghinaan kepada pengumuman PM," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan, dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara. Ismail semalam juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah. Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan. Serah memo ke Suhakam Dalam pada itu, Mazlan yang kini berada di Sabah memaklumkan satu memorandum akan diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Kota Kinabalu pada 21 November ini. Memorandum dari anggota keluarga tahanan itu menuntut Suhakam mendesak kerajaan membebaskan semua tahanan tersebut. Selain kepada Suhakam, pihak keluarga juga akan menyerahkan memorandum tersebut kepada perdana menteri di parlimen. Pada masa sama, Mazlan turut mengalukan kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang meluahkan rasa kecewa penangkapan terbaru di bawah akta itu. Hasmy Agam semalam juga menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam. Selain itu, PAS Sabah juga ujar Mazlan telah melancarkan derma kilat bagi membantu anggota keluarga mangsa tahanan. "Rata-rata isteri tahanan ini bergantung kepada pekerjaan suami. "Tidak lama lagi akan buka sekolah, sudah tentu mereka perlukan wang untuk perbelanjaan sekolah anak-anak," katanya sambil menyeru orang ramai turut sama membantu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6591-isa-polis-hina-najib
ISA: Hishammuddin sengaja nak malukan Najib |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 19 Nov: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein didakwa sengaja bertindak untuk memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah sejak Isnin lalu. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, penahanan tersebut tidak sewajarnya berlaku setelah Perdana Menteri sendiri mengumumkan pemansuhan ISA. Menurut beliau, pengumuman pemansuhan akta zalim itu dibuat oleh Perdana Menteri dengan memilih hari amat bersejarah bagi negara pada 16 September lalu. Katanya, pengumuman tersebut jelas menunjukkan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan akta-akta zalim yang dilaksanakan di negara ini sejak sekian lama sejajar dengan perkembangan masa. "Namun penahanan 13 orang di bawah ISA di Sabah itu pasti menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak. Ia seperti menggambarkan keadaan tertentu yang berlaku di kalangan pemimpin BN," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, penahanan 13 orang yang didakwa anggota kumpulan militan itu dibuat selepas polis mendapat maklumat risikan dari dalam dan luar negara. Ismail juga mengesahkan tujuh rakyat Malaysia dan enam warganegara asing ditahan di Sabah sejak Isnin lalu mengikut Seksyen 73 (1) ISA kerana disyaki ada kaitan dengan usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah. Identiti dan nama kumpulan militan itu tidak dinyatakan, namun sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan polis menahan anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan. Menurut Salahuddin, pertanyaan umum yang timbul kepada orang ramai ekoran penahanan itu, adakah pihak polis yang berada di bawah Hishamuddin sengaja melakukan tindakan itu untuk memalukan Najib? Katanya, andaian tersebut mempunyai asas yang kuat sehingga memperlihatkan Perdana Menteri hanyalah berseorangan dalam usaha untuk memansuhkan akta tersebut. "Tindakan tersebut tidak akan berlaku jika tidak terdapat motif besar dari Datuk Seri Hishamuddin untuk menjatuhkan Perdana Menteri?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Dengan penahanan 13 orang itu, tambah beliau, usaha yang sedang dilakukan oleh Najib untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu jelas tidak turut sama didokongi Hishamuddin. "Pada hal setelah pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri sendiri, penahanan seseorang di bawah ISA sepatutnya sudah tidak berlaku lagi di negara ini," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6595-isa-hishammuddin-sengaja-nak-malukan-najib
ISA: Keluarga serah memo kepada Suhakam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Nov: Anggota keluarga mangsa yang ditahan pihak polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Sabah baru-baru ini menyerahkan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Penyerahan itu dibuat di pejabat suruhanjaya itu di Kota Kinabalu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang kira-kira jam 9 pagi tadi. Turut mengiringi penyerahan itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah Mohamad Aminuddin Aling, Ketua Penerangan, Hisamudin Sulaiman serta Ketua Pemuda Lahirul Latigu. Mazlan yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, dalam pertemuan sejam dengan Suhakam itu, anggota keluarga menuntut pihak Suhakam campur tangan dengan mendesak tahanan dibebaskan segera. "Keluarga mahu pihak Suhakam jumpa tahanan. "Kita dapat maklumat, kemungkinan mereka yang ditahan akan dipaksa mengaku bersalah," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Menurutnya juga, keluarga juga melahirkan kebimbangan jika mangsa yang ditahan itu dibawa keluar dari Kota Kinabalu sama ada ke Kuala Lumpur atau ke luar Sabah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam mendakwa kumpulan 13 individu yang ditahan pihak berkuasa di Tawau, Sabah awal minggu ini amat berbahaya kepada keselamatan negara dan serantau. Menurut beliau, kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" dan menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau. Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan. Tuduhan jahat Mengulas lanjut, Mazlan berkata tuduhan oleh Hishamuddin itu berniat jahat dan mendahului siasatan. Menurutnya, anggota keluarga dalam pertemuan dengan Suhakam juga memaklumkan, mereka yakin mangsa tidak terlibat dengan aktiviti keganasan seperti didakwa oleh pihak KDN. "Saya yakin mereka ditangkap untuk disiasat, tetapi bagaimana boleh menteri membuat kesimpulan mendahului siasatan polis. "Bagi saya ini sangkaan berniat jahat yang memalukan mangsa dan keluarga mangsa," katanya sambil mendesak mangsa tahanan dibawa ke mahkamah segera jika dibuktikan bersalah. |
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/6626-isa-keluarga-serah-memo-kepada-suhakam
Dewan Rakyat tolak usul 13 ditahan ISA |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung penahanan 13 orang di Sabah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu untuk dibahaskan atas alasan menjaga keselamatan dan kerahsiaan negara. Beliau sebaliknya berkata, hanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada hak untuk mendedahkan perkara itu dan pihak yang mahu mengetahuinya harus berhubung dengan KDN sendiri. Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mahu usul itu dibahaskan kerana melibatkan tindakan kerajaan yang dilihat bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan ISA. "Sudah berapa lama kami (Pakatan Rakyat) tegaskan kalau mereka benar-benar bersalah bawa ke muka pengadilan, bukan guna ISA," katanya. Tindakannya itu menyebabkan beberapa wakil BN bangun membantah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6660-dewan-rakyat-tolak-usul-13-ditahan-isa
Akta Perhimpunan teruskan tahan tanpa bicara |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 23 Nov: PAS menyimpulkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat semalam semakin mengecilkan lagi sistem demokrasi di tanah air. Beberapa peruntukan yang terdapat di dalam akta tersebut jelas menjurus ke arah itu, sehingga menjadikan akta itu jelas lebih menekan rakyat berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sdr Salahuddin Ayub - Naib Presiden PAS
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan akan memansuhkan ISA dan akta-akta zalim, tetapi akta tersebut jelas bercanggah dengan janji tersebut. Menurutnya, menerusi Akta Perhimpunan Aman 2012 itu, pihak kerajaan tetap juga meneruskan tahanan tanpa bicara. Katanya, selain itu, setiap perhimpunan aman yang hendak diadakan oleh parti-parti politik atau rakyat mestilah dikemukakan kepada pihak polis tidak kurang 30 hari sebelum perhimpunan diadakan. "Sebelum ini, jika rakyat hendak mengadakan perhimpunan atau ceramah-ceramah kecil mestilah dikemukakan dalam masa 10 hari. "Kini menerusi akta baru yang dibentangkan itu mestilah menunggu lebih lama sehingga 30 hari dan ini jelas lebih menekan rakyat dan semakin mengecilkan demokrasi," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini. Dengan jangka masa menunggu kelulusan pihak polis yang begitu panjang untuk mengadakan perhimpunan, menurutnya, pelbagai kerumitan dan bahaya pasti akan berlaku. "Bayangkanlah jika Isreal menyerang Palestin hari ini, untuk kita mengadakan perhimpunan mestilah menunggu kelulusan pihak polis sehingga 30 hari, tidakkah ini amat menyusahkan?" katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Dengan jangka masa sebegitu lama, tambahnya, rakyat Palestin yang diserang oleh Israel itu pasti gagal dibantu oleh rakyat negara ini disebabkan kezaliman akta tersebut. Sehubungan itu, tegasnya, PAS dan Pakatan Rakyat telah mengambil ketetapan mendesak pihak Kerajaan BN menarik balik akta tersebut bagi membolehkan sistem demokrasi di negara ini hidup dengan subur. "Sekiranya akta itu diluluskan juga oleh Parlimen nanti, bermakna seluruh rakyat negara ini akan lebih tertekan kerana ia langsung tidak memberikan ruang untuk demokrasi hidup segar di negara ini," katanya.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
Seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pembentangan akta tersebut jelas menunjukkan janji Datuk Seri Najib untuk memansuhkan akta-akta zalim di negara ini hanyalah tinggal janji.
YB Dr Mohd Hatta Ramli - Pengarah PR PAS Pusat
Manakala Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, menerusi akta tersebut, janji Perdana Menteri untuk melakukan perubahan tidak berlaku kerana tahanan tanpa bicara tetap dikekallkan. "Ini jelas menunjukkan keadaan yang tidak berubah berhubung perkara itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kerai. Turut hadir pada sidang media itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6668-akta-perhimpunan-teruskan-tahan-tanpa-bicara
Bantah hina agama, mengapa tunggu 30 hari |
Nasrudin Hassan |
Rakyat semakin keliru dan kian sangsi terhadap komitmen kerajaan UMNO dan BN dalam membawa agenda transformasi. Segalanya dilihat sebagai "lakonan strategik" di layar politik tanahair setelah satu demi satu komitmen UMNO dan BN terungkai dalam usaha janji mereka kononnya mahu melakukan perubahan di dalam negara tercinta. Bermula dengan sikap flip flop mereka tehadap dasar PPSMI setelah mereka memberi komitmen mahu memansukhkannya dan diikuti pula dengan ISA. Masih panas dicuping telinga rakyat, kenyataan YAB Perdana Menteri yang memberi harapan kepada mereka untuk memansukhkan ISA, namun tidak lama kemudian 13 orang ditangkap di bawah ISA. Kini Himpunan Aman pula diikat dengan pelbagai peraturan yang menggerunkan. Kononnya mereka membenarkan Himpunan Aman, sebaliknya segala peraturan yang ditetapkan seperti menutup ruang himpunan tersebut boleh diadakan malah dilihat lebih keras dari peraturan yang sedia termaktub dalam Akta Polis. Jika sebelum ini denda RM2K kini telah meningkat kepada RM20K. Pula disyaratkan notis 30 hari sebelum himpunan diadakan, tidak boleh diadakan di jalan raya dan mesti di luar 50 meter dari rumah ibadah. Segala peraturan dan syarat ini seperti mereka tidak mahu himpunan aman diadakan. Sedangkan himpunan tersebut, jika sifatnya aman, kenapa tidak dibenarkan penganjuran himpunan tersebut sekalipun di perkarangan masjid dan di jalan raya. Sebagai contoh, jika timbul isu yang melibatkan kepentingan agama Islam seperti penghinaan terhadap agama, isu aqidah dan seumpamanya, sudah tentu bermula dari mimbar khutbah sehinggalah perkarangan masjid menjadi lokasi himpunan yang paling starategik dan berkesan, justeru tujuan himpunan aman dianjurkan adalah untuk memberi maklumat, mencetuskan kesedaran, menyatukan suara dan tindakan. Demikian juga himpunan aman yang memerlukan perarakan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain untuk menarik perhatian umum terhadap mesej yang dibawa oleh penganjur jelas memerlukan jalanraya. Isu yang berlaku terkadang perlu ditangani segera. Apa rasionalnya apabila terpaksa menunggu 30 hari selepas notis, barulah himpunan aman itu boleh dilangsungkan kerana disyaratkan notis himpunan tersebut mestilah 30 hari sebelum. Peraturan ini tidak menepati aspirasi penganjuran himpunan aman. Kita bukan berhimpun untuk konsert hiburan yang membolehkan kita bersiap awal. Penganjuran konsert, usahkan 30 hari, 3 bulan sebelum pun tidak mengapa. Tetapi ini adalah himpunan aman yang banyak keadaannya bersifat respon balas terhadap sesuatu isu semasa yang timbul dan perlu tindakan pantas. Contoh mudah, hari ini orang hina agama anda, apakah anda perlu menunggu 30 hari untuk menyatakan bantahan terhadap penghinaan tersebut? Jika sifat himpunan itu aman, maka apa yang diperlukan ialah kawalan keselamatan oleh pihak polis pada hari peristiwa atau himpunan itu dianjurkan tanpa perlu pihak polis melancarkan sebarang provokasi seperti menggunakan gas pemedih mata dan water cannon. Sebagaimana yang dilakukan ke atas himpunan aman Citra Warna, perarakan Maulidur Rasul, perarakan Hari Kebangsaan atau sambutan Hari Kemerdekaan negara serta lainnya. Semua himpunan besar itu memerlukan lokasi seperti perkarangan masjid dan jalanraya. Saya melihat, di sebalik tabir slogan transformasi yang diledakkan oleh UMNO dan BN, mereka secara strategik sedang merangka satu tindakan untuk lebih mencengkam kuasa ke atas rakyat sekaligus membohongi rakyat dengan pelbagai komitmen kononnya ke arah perubahan tetapi perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan yang lebih mengukuhkan cengkaman, menyempitkan ruang demokrasi, mengeraskan hukuman ke atas rakyat. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/6671-bantah-hina-agama-mengapa-tunggu-30-hari
Abim juga bantah RUU Perhimpunan Aman |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Nov: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) turut membantah pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang sedang dibentangkan di Parlimen Malaysia ketika ini.
Sdr Amidi Abdul Manan - Presiden ABIM
Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, setelah mengambil kira segala peraturan dan sekatan yang cuba diwujudkan, mereka berpendapat ianya bercanggah dengan hak yang diperuntukkan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Antara peruntukan-peruntukan tersebut katanya termasuklah notis tiga puluh hari (dalam draf asal) diwajibkan ke atas penganjur sebelum tarikh perhimpunan dan juga larangan mengadakan perhimpunan di rumah-rumah ibadat seperti masjid. "Abim juga memandang berat serta menolak pemusatan kuasa serta budi bicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai sepertimana yang terdapat alam Fasal 15, di samping kuasa dalam Fasal 21 yang membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan. "Abim khuatir menerusi peruntukan tersebut (Fasal 15 dan 21), ia akan membuka ruang untuk sebarang penyalahgunaan kuasa atau budi bicara pihak yang berkenaan akibat dari ketiadaan peruntukan yang jelas untuk mengawal serta menghadkan kuasa serta budi bicara pihak polis dalam mengawal serta menyuraikan sesebuah perhimpunan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Menurutnya lagi, dunia sedang bergerak ke hadapan memperkemas dan memperkasa elemen-elemen kebebasan, keadilan, dan hak asasi manusia, namun Malaysia dilihat seperti mengambil langkah untuk berundur ke belakang untuk menafikan hak asasi rakyatnya. Beliau turut menegaskan bahawa kebebasan dan ketenteraman awam merupakan hak asasi seluruh rakyat Malaysia dan ia perlulah dilaksanakan dengan semangat dan komitmen demokrasi yang tinggi. "Dikhuatiri sekiranya rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 dilaksanakan, ia hanya akan memberi implikasi yang kurang menyenangkan terhadap perjalanan konteks hubungan rakyat-pemerintah itu sendiri di samping perkembangan demokrasi secara sihat di negara ini," jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6739-abim-juga-bantah-ruu-perhimpunan-aman
Anak muda diajak tolak Akta Perhimpunan Aman |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar mengingatkan golongan muda agar tidak terpengaruh dengan 'jaminan keselamatan' kerajaan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam. Beliau sebaliknya menyeru golongan muda menolak akta tersebut kerana ianya jelas menghalang kebebasan bersuara anak muda yang menyokong sistem demokrasi. Katanya, akta itu digubal hanya untuk menjaga kepentingan politik Umno BN untuk terus memerintah negara. "Kita minta anak muda tolak undang-undang ini dengan slogan undang-undang ini dipinda untuk kesinambungan politik Barisan Nasional, bukan untuk keamanan rakyat. " Akta ini akan menghalang perhimpunan yang dilakukan oleh belia apatah lagi apabila disebutkan remaja 15 tahun ke bawah tidak boleh menyertai himpunan. Jadi ini akan menjejaskan aktiviti anak muda," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai. Firdaus berkata, Umno BN ternyata menggunakan Parlimen untuk kepentingan mereka apabila membentangkan dan meluluskan akta tersebut secara tergesa-gesa dan menolak cadangan Pakatan Rakyat agar ianya dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti. "Undang-undang ini bukan untuk keamanan tapi untuk keselamatan pimpinan Umno BN. Umno BN guna Parlimen untuk keselesaan mereka memerintah Malaysia, bukan undang-undang untuk beri manfaat besar kepada rakyat," katanya. Rang undang-undang tersebut diluluskan petang semalam selepas penggulungannya dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz. Sebelum itu ia dibahaskan oleh enam Ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6789-anak-muda-diajak-tolak-akta-perhimpunan-aman
RUU baru tak upaya sekat kebangkitan rakyat |
Aslani M |
KOTA BHARU, 30 Nov: Tindakan tergesa-gesa kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman dan diluluskan semalam disifatkan sebagai tindakan terdesak bagi menghadapi kebangkitan rakyat. Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentang RUU tersebut pada 24 November lalu merupakan langkah mundur ke bekalang. ”Hakikatnya RUU yang baru dilulus itu lebih teruk berbanding Seksyen 27 Akta Polis. Di bawah akta lama denda dikenakan sebanyak RM2,000 jika sabit kesalahan. “Manakala rang undang-undang yang baru diluluskan memperuntuk denda sehingga RM20,000 bagi kesalahan sama,” katanya di sini. Semalam parlimen meluluskan RUU Perhimpunan Aman biar pun ditentang hebat Pakatan Rakyat, Majlis Peguam dan pelbagai pihak lain. Anggota parlimen Pakatan bertindak keluar dewan sebagai membantah tindakan kerajaan BN. Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang mempersoalkan kenapa kerajaan BN terlampau gerun dan bimbang menghadapi perhimpunan aman oleh rakyat. Menurutnya perhimpunan aman yang diadakan tidak pernah mencetuskan masalah kecuali diprovokasi pihak tertentu. Kata beliau di Kelantan, Pemuda Umno pernah mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim bagi menyerahkan memorandum isu Ladang Rakyat pada 16 Mei lalu. ”Saya turut menyaksikan perhimpunan tersebut dilaksanakan dan berjaya menyerah memorandum kepada pihak kerajaan negeri. Dalam hal ini kerajaan negeri bersikap terbuka,” ujarnya. Oleh itu kata beliau tidak ada sebab kerajaan menaruh bimbang terhadap perhimpunan aman yang dijamin haknya di sisi Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga berkata, biar pun pelbagai undang-undang dicipta bagi menyekat kebebasan rakyat, namun kebangkitan mereka tidak dapat dibendung seperti berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan beberapa buah negara Arab lain. ”Kebangkitan rakyat menyaksikan jatuhnya kuasa-kuasa diktator apabila mereka terlampau meluat dengan sikap pemimpin yang berlindung di sebalik tembok kuasa,” tambahnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6792-ruu-baru-tak-upaya-sekat-kebangkitan-rakyat-
Himpunan Aman: Jangan salah guna kuasa majoriti
Perbahasan oleh Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=xaYAVtRnnE0
Peguam berarak ke Parlimen, bantah RUU Perhimpunan Aman :
http://www.youtube.com/watch?v=I57Rri-7v-A
RUU Perhimpunan Aman: PAS saman PM hari ini |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu memaksa PAS mengambil tindakan saman terhadap beliau dan Kerajaan Malaysia hari ini. Saman tersebut difailkan bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 10.00 pagi tadi. Menurut Mohamad Sabu, tindakan saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Hanipa Maidin & Co dengan turut ditemani peguam terbabit, Mohd Hanipa Maidin yang juga peguam PAS, dengan menamakan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, Pahang sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua. Katanya, tujuan saman itu difailkan adalah untuk melakukan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut dan bagi mendapatkan 3 perintah dari mahkamah. "Pertama adalah perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang itu di Parlimen bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Perintah kedua, menurut beliau, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan. "Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntikan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. Sementara itu, Mohd Hanipa Maidin berkata, meskipun rang undang-undang tersebut telah dipinda pada persidangan Dewan Rakyat, hakikatnya, Perdana Menteri dan Kerajaan malaysia tetap telah bertindak melampaui kuasanya kerana memperkenalkan rang undang-undang itu yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. "Ini menjadikan rang undang-undang tersebut, sekiranya berjaya dijadikan Akta yang berkuatkuasa, adalah terbatal dan tidak saj di bawah Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan," jelasnya. Responden-responden, katanya, hanya mempunyai kuasa untuk membentang rang undang-undang yang selaras dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan, tetapi responden-responden telah bertindak melebihi kuasanya kerana membentangkan rang undang-undang tersebut yang bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) yang dibaca bersama-sama Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. Berita lanjut menyusul... |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6827-ruu-perhimpunan-aman-pas-saman-pm-hari-ini
Polis halang Pak Samad baca puisi di KLCC |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Himpunan aman bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di KLCC hari ini dihalang oleh pihak polis. A Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad yang berucap sebelum memulakan bacaan puisi memberitahu negara ini sudah diselubungi kegelapan demokrasi. "Perlaksanaan RUU ini jelas mengelapkan demokrasi negara dan kita tidak mahu ia berlaku, kerajaan perlu sedar hak rakyat bukannya menghalang kebebasan rakyat. "Kita sebagai rakyat mahu berhimpun secara bebas bukannya dihalang mahupun dinafikan hak, kenapa ini perlu berlaku tidakkah kerajaan faham apa itu demokrasi dalam perlembagaan. "Kembalikan hak rakyat jangan dicuri atau dicabuli kerana kita juga rakyat Malaysia, kerajaan perlu celik mata bukan buta mata dan buta hati," jelasnya. "Hak berhimpun ini bukan sahaja tertumpu kepada parti-parti politik sahaja dan semua rakyat perlu mendapatkan hak mereka. "RUU merampas sepenuhnya apa yang telah kita miliki selama ini, kenapa ia perlu kita lepaskan dan secara jelas kerajaan perlu sedar dan bangkit menentang jangan tidur. "Saya desak agar pendengaran awam dilakukan terlebih dahulu, dengar apa yang rakyat hendak serta apa jua cadangan barulah kerajaan boleh menilaikannya apa sebenarnya diperlukan bukannya terus menikam hak rakyat. "Jelas kerajaan mencabul kebebasan demokrasi negara serta merompak hak asasi perlembagaan negara ini," ucap Lim Kit Siang. Sebelum itu, A.Samad Said sempat membaca beberapa buah puisi dan juga beberapa orang awam turut mengikut serta membaca puisi sebagai tanda sokongan sebelum pihak polis menghalang perhimpunan tersebut. Lebih kurang 200 orang hadir sebagai tanda sokongan terhadap bantahan RUU Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia berlaku secara aman tanpa ada sebarang kekacauan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6838-polis-halang-pak-samad-baca-puisi-di-klcc
PAS harap bicara RUU PA dipercepat |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: PAS berharap perbicaraan kes saman berhubung Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin akan dimulakan secepat mungkin pada bulan ini.
Sdr Hanipa Maidin - AJK PAS Pusat
Sehubungan itu, peguam PAS, Hanipa Maidin dan pembantunya kini sedang berunding dengan hakim yang akan mengendalikan kes itu bagi mendapatkan tarikh paling awal untuk melaksanakannya. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, mengikut maklumat yang diterima, hakim yang akan mengendalikan kes tersebut adalah Datuk Rohana Yusof. Menurutnya, pihaknya sememangnya berharap kes tersebut disebut secepat mungkin di mahkamah kerana rakyat sedang menanti penuh harapan. Katanya, Perdana Menteri sememangnya sudah amat keterlaluan sehingga sanggup memperkenalkan dan membentangkan rang undang-undang itu pada persidangan Dewan Rakyat 24 November lalu untuk dijadikan undang-undang di negara ini. "Dengan perlaksanaan undang-undang itu nanti, negara kita akan menjadi lebih teruk dari Myanmar yang telah keluar dari alam kediktatorannya, tetapi diambil aih pula oleh Datuk Seri Najib," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini semalam. Rang undang-undang tersebut, menurutnya, jelas bertujuan untuk menyekat seluruh rakyat negara ini dari mengadakan sebarang perhimpunan walaupun secara aman dan tanpa sebarang senjata dan tanpa mengira motif perhimpunan itu diadakan. Katanya, undang-undang tersebut sememangnya tidak boleh diterima oleh PAS dan rakyat negara ini kerana ia jelas menafikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan pandangan. "Rang Undang-undang (RUU) Perhimpunan Aman 2011 itu juga ternyata bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya lebih diutamakan. Jadi jika ia dilaksanakan pasti akan menghakis demokrasi di tanah air kita," tegasnya. Menyedari hakikat itulah, beliau bersama 2 lagi pemimpin PAS yang terdiri daripada Pengarah Jabatan Pilihjanraya PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin (2 Disember lalu). Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Hanipa Maiden & Co bagi memohon semakan kehakiman terhadap RUU Perhimpunan Aman 2011, dengan menamakan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Pahang sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai responden kedua. Tujuan permohonan semakan itu dibuat, pertamanya untuk mendapatkan deklarasi bahawa Najib dan kerajaan telah bertindak melebi kuasa mereka selaku eksekutif. Kedua, untuk menghalang proses rang undang-undang itu daripada menjadi suatu undang-undang atau akta yang akan dilaksanakan di negara ini. Manakala objektif ketiga adalah, jika halangan tidak dpat dilakukan, tindakan untuk meminta responden meminda mana-mana fasal dalam rang undang-undang itu agar selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6850-pas-harap-bicara-ruu-pa-dipercepat
Himpunan: Imej negara terjejas teruk di mata dunia |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) menganggap kritikan yang dibuat oleh pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 merupakan suatu tamparan keras kepada kerajaan Malaysia yang bersikap degil dan enggan mendengar pandangan rakyat. “Bagi DPP Malaysia, kerajaan perlu merasa malu kerana wakil khas PBB sendiri menegur sikap berkeras kerajaan Malaysia dalam membenarkan rakyat berhimpun,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor. Beliau mengulas pelapor khas PBB, Maina Kiai yang menyatakan RUU Perhimpunan Aman sebagai menyekat kebebasan bersuara rakyat dan sekatan yang dikenakan adalah tidak wajar mengikut undang-undang antarabangsa. Maina Kiai mengkritik RUU Perhimpunan Aman kerana memberi ‘kuasa berlebihan’ kepada pihak polis untuk membenarkan atau mengharamkan sesuatu perhimpunan aman, serta kecewa kerana Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak dirujuk dalam merangka rang undang-undang tersebut. Selain beliau, kata Riduan seorang lagi pelapor PBB turut menyanggah dasar kerajaan terhadap RUU Perhimpunan Aman dengan menyatakan bahawa penyertaan politik dan sosial melalui protes aman merupakan satu pengalaman pendidikan kanak-kanak, belia dan pelajar, malah ia juga satu pelaburan kepada masyarakat secara keseluruhannya. “Dalam ucapan seorang lagi pelapor bagi hak kebebasan bersuara iaitu Frank La Rue, beliau menganggap semua individu berhak bersuara secara bebas dan ia merupakan satu ujian kepada tahap demokrasi di mana-mana negara dan menggesa agar rang undang-undang ini dikaji semula,” ujarnya kepada Harakahdaily. Bagi DPP Malaysia, ujarnya kerajaan perlu sedar apabila banyak pihak mengkritik dan menentang sesuatu dasar, dan secara fokusnya adalah Akta Perhimpunan Aman, menandakan ada sesuatu yang tidak kena pada undang-undang tersebut. Tambahnya, Akta Perhimpunan Aman yang telah diluluskan oleh kerajaan di Parlimen kini bukan lagi dimusuhi oleh rakyat Malaysia pelbagai peringkat, malah mendapat kecaman masyarakat antarabangsa. “DPP Malaysia mengingatkan jika kerajaan terus berdegil meneruskan pelaksanaan Akta Perhimpunan Aman ini, imej Malaysia di mata dunia akan terjejas teruk,” ujarnya lagi. Kata beliau, kerajaan perlu sedar bahawa Indeks Persepsi Rasuah negara sudah menjunam untuk tahun ketiga berturut-turut, Indeks Kebebasan Akhbar pula turut merosot bukan sekian tahun, serta pelbagai lagi bukti menandakan bahawa tahap demokrasi negara telah jatuh merudum teruk. Justeru, ujarnya tiada lagi alasan buat kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan Akta Perhimpunan Aman dan ia perlu ditarik balik dengan segera. “Nampaknya semakin lama, semakin kuat bantahan rakyat terhadap dasar kerajaan ini. “Mungkin kerajaan mahu menunggu himpunan bantahan terbesar rakyat seumpama Bersih 2.0 atau ditumbangkan rakyat dalam PRU ke 13, baru mereka sedar kesilapan mereka selama ini,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6945-himpunan-imej-negara-terjejas-teruk-di-mata-dunia
Permohonan cabar Akta Perhimpunan ditangguh Khamis ini |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) pagi ini menangguhkan keputusan bagi permohonan PAS mencabar Akta Perhimpunan Aman 2011 ke Khamis ini. Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Rohana Yusof atas permintaan timbalan pendakwa raya kanan Muzila Mohamed Arsad. Hakim dimaklumkan oleh Muzila bahawa responden tidak bersedia kerana beberapa timbalan pendakwa raya persekutuan terpaksa menghadiri sebuah persidangan dari 7 hingga 10 Disember lalu. Pada 2 Disember lalu, PAS melalui Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan ahli jawatankuasa pusatnya, Dr Dzulkefly Ahmad telah memfailkan saman tersebut. Mereka diwakili oleh peguam Mohamad Hanipa Maidin yang dibantu oleh Aminuddin Zulkifli dan Ahmad Zambri As'ad Khuzami. Dalam saman itu mereka telah menamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai responden pertama manakala kerajaan Malaysia dinamakan responden kedua. Mohamad Hanipa sebelum ini memaklumkan, tujuan saman itu difailkan adalah untuk melakukan semakan kehakiman terhadap rang undang-undang tersebut dan bagi mendapatkan tiga perintah dari mahkamah. Pertama adalah perintah deklarasi bahawa responden-responden telah bertindak melebihi kuasa mereka dan telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila memperkenalkan dan membentangkan rang undang itu di Parlimen bagi menjadikannya sebagai undang-undang atau akta, meskipun bercanggah dengan Perkara 10 (1) (b) dan 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan. Perintah kedua, bagi melarang responden-responden daripada terus bertindak melebihi kuasa mereka dan menyalahgunakan kuasa mereka dengan melarang responden-responden meneruskan segala proses bagi menjadikan rang undang-undang itu sebagai akta yang boleh dikuatkuasakan. Ketiga, secara alternatif, perintah mandamus bagi memaksa responden-responden mengambil langkah-langkah yang perlu dan wajar untuk sama ada menarik balik semula rang undang-undang itu atau membuat pindaan-pindaan yang perlu agar selaras dengan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7003-permohonan-cabar-akta-perhimpunan-ditangguh-khamis-ini
Mahkamah tolak permohonan cabar Akta Perhimpunan Aman |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) hari ini menolak permohonan PAS bagi mencabar dan menghentikan Akta Perhimpunan Aman. Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, proses mahkamah tidak sepatutnya digunakan sekarang di bawah konsep pemisahan kuasa dan PAS boleh menggunakan proses Parlimen untuk menentang akta itu. Ini kerana, sekurang-kurangan dua daripada pemohon (Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mohamad Hatta Ramli) merupakan anggota parlimen dan berpeluang luas membincangkan dan menentangnya daripada diluluskan dalam Parlimen. Beliau juga berkata, permohonan itu pramatang kerana akta itu masih belum menjadi undang-undang; dan sekiranya sudah menjadi undang-undang, kesahhannya masih boleh dicabar di mahkamah. Percubaan oleh mahkamah untuk membetulkan atau memutuskan mengenai perkara itu akan mengganggu proses undang-undang parlimen dan melanggar doktrin pengasingan kuasa, tambah Rohana. Hakim mengarahkah kos RM8,000 dibayar kepada kerajaan. Pada 2 Disember lalu, PAS memfailkan semakan kehakiman terhadap perdana menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan. Dalam saman yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan dua anggota parlimennya, mereka antaranya menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan/atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu. Dua lagi pemohon ialah Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Dr Mohamad Hatta Ramli (Kuala Krai). Mereka diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7070-mahkamah-tolak-permohonan-cabar-akta-perhimpunan-aman
Akta Perhimpunan Aman: Najib tidak selari dengan dunia |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pada masa majalah antarabangsa terkenal TIME mengiktiraf ‘para pendemo’ sebagai ‘Watak Manusia Tahun Ini (Person of the Year)’ tetapi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap ingin mengekalkan Akta Perhimpunan Aman adalah satu tragedi kepada sejarah negara. Dalam satu kenyataan hari ini, ahli parlimen Klang, Charles Santiago berkata cara Najib mencipta sejarah ini adalah menarik. “Beliau menghabiskan berminggu lamanya untuk muncul sebagai reformis dengan kemunculan tiba-tiba dalam sebuah konsert pop, berbasikal dengan orang Penang dan mengumumkan satu bajet yang dilihat mementingkan rakyat. "Semua perkara dramatik ini diikuti dengan laungan untuk membesarkan ruang demokrasi di dalam negara. Saya pun berharap ia adalah benar. "Namun, sebelum semua keseronokan berakhir, Najib tiba-tiba memperkenalkan satu rang undang-undang yang menghalang protes jalanan. Bukan itu sahaja, beliau memperkenalkannya secara angkuh dan penuh berani. "Kemudian, para penjilatnya pergi mempertahankan rang undang-undang tersebut sebagai cara untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan di dalam negara,” bidas Charles. Di dalam TIME, kata Charles, para pendemo digelar sebagai ‘prime makers of history’ (orang yang melakar sejarah), tapi di Malaysia, para pendemo yang tidak bersenjata dilayan dengan para polis yang membawa baton, disembur air asid dan gas pemedih mata. “Dalam artikel tersebut, para pendemo digelar sebagai orang, yang pada tahun 1960 di Amerika membuat protes jalanan untuk hak-hak sivil dan menentang perang Vietnam, bangun menentang Iran dan Portugal di 1970am dan pada 1980an menentang kuasa nuklear di Amerika Syarikat dan Eropah, menentang penjajahan Israel ke atas Gaza, dan menentang kezaliman komunis di Tiananmen Square dan Timur Eropah. "Orang sebegini, seperti rakyat Malaysia, memberanikan diri untuk ditahan dan diseksa pada tangan penguatkuasa untuk memprotes terhadap kezaliman dan memperjuangan hak asasi mereka. Mereka inilah yang akan diingati dalam sejarah sebagai orang yang berjuang menuntut perubahan dan menjadikan dunia ini lebih baik,” tambah beliau lagi. Walaupun rang undang-undang Perhimpunan Awam diluluskan, Charles berkata rakyat Malaysia tetap memperjuangkan agar rang undang-undang tersebut dibatalkan dengan mengadakan perhimpunan di KLCC. "Walaupun tipis peluangnya, tapi sekurang-kurangnya suara mereka didengar,” tambah beliau lagi. Charles berkata adalah mudah untuk memahami mengapa BN ingin melaksanakan Akta Perhimpunan Awam itu dengan cepat. “Kita semua tahu kemaluan yang menimpa Najib dan pentadbirannya ketika demo aman Bersih 2.0 di mana berpuluh ribu orang buat protes jalanan menuntut pilihanraya bebas dan adil,” kata beliau. Naib presiden DAP turut menyelar Najib yang memainkan sentimen perkauman dalam Perhimpunan Agong Umno yang lalu. “Ucapan rasis beliau disambut oleh pemimpin Umno yang lain, yang semuanya takut kehilangan kuasa,” tambah beliau, sambil mengingatkan bahawa semua regim yang zalim ditumbangkan dengan kebangkitan rakyat yang menuntut reformasi dan perubahan. “Jadi, para pendemo di Malaysia mesti terus memastikan suara mereka didengar. Ia adalah agak ganjil jika Najib dan pentadbirannya gagal memahami fakta yang mudah ini,” sindir beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7138-akta-perhimpunan-aman-najib-tidak-selari-dengan-dunia
GMI tidak yakin Parlimen mansuh ISA
Anis Nazri, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak yakin Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung sekarang.
Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang menyatakan undang-undang bagi mengganti ISA masih di peringkat draf di Jabatan Peguam Negara.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu lagi alasan untuk melengah-
lengahkan pemansuhan akta zalim itu.
"Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk menggubal dua akta baru, maknanya sudah ada asas sebelum ini. Jadi, draf di pejabat Peguam Negara itu hanya alasan melengah-lengahkan pemansuhan ISA," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Kata Syed Ibrahim, dengan tidak memberikan jaminan tentang bila draf itu selesai, hasrat rakyat untuk melihat janji Najib ditunaikan segera Mac ini, mungkin tidak kesampaian.
Katanya, jika sidang parlimen kali ini kerajaan masih tidak dapat memansuhkan akta tersebut, kredibiliti Perdana Menteri sudah tentu tercalar di mata rakyat Malaysia kerana telah berjanji memansuhkannya.
"Najib bukan sahaja berjanji untuk memansuhkan ISA, tetapi juga berjanji melakukannya pada sidang parlimen, Mac ini. Jika ia tidak berlaku, rakyat Malaysia akan melihat bagaimana pemimpin mereka menabur janji," kata beliau sambil mengharapkan pemansuhan akta itu boleh dilakukan segera dalam bulan ini.
Mengulas lanjut berhubung draf tersebut, Syed Ibrahim berkata tiada keperluan untuk menggubal akta baru bagi menggantikan ISA kerana terdapat banyak peruntukan dalam undang-undang sedia ada untuk mengekang apa yang dikatakan sebagai kesalahan pengganas.
Tambahnya, Parlimen Malaysia telah menambah undang-undang termasuk kesalahan berkaitan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada tahun 2006.
"Menurut Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003, Bab baru VIIA yang bertajuk "Kesalahan yang Berkaitan Keganasan" telah dimasukkan dan ini berkuatkuasa sejak 6 Mac 2007. Begitu juga, menurut Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006, Bab XIIA baru yang bertajuk "Kuasa menyiasat Sampingan Dalam Perhubungan Untuk Kesalahan Keganasan" telah dimasukkan dan berkuatkuasa sejak 6 Mac 2007," jelas beliau lagi.
Begitu juga, tambah beliau Malaysia turut meluluskan undang-undang yang berkaitan dengan pembiayaan anti-keganasan dalam bentuk Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613).
Sehubungan itu, tegas Syed Ibrahim kerajaan tidak memerlukan dua akta baru bagi menggantikan ISA dan boleh memansuhkan akta tersebut dengan kadar segera sepertimana yang dijanjikan.

Sumber HD : 14/03/2012
GMI desak Najib tunai janji mansuh ISA
Salmiyah Harun, | 29 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengulangi desakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti menunaikan janjinya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada sidang parlimen ini.
Menurut Sekretariat GMI, Nalini, rakyat sudah mula bertanya bila ISA akan dimansuhkan, ekoran Perdana Menteri sudah berjanji akan memansuhkan akta itu pada Mac ini.
"Hari ini, sudah akhir Mac, tetapi tidak nampak riak-riak Perdana Menteri mahu mansuhkan ISA, rakyat sudah bertanya, dan mereka tidak boleh tunggu lama-lama sangat," katanya semasa dihubungi.
Tegasnya, GMI akan mengadakan protes di hadapan Parlimen pada 9 April ini jam 11 pagi, jika sekiranya Najib dan kerajaan gagal untuk memansuhkan ISA seperti yang dijanjikan pada tahun lepas.
Sebelum ini, Najib berjanji akan meminda atau memansuhkan beberapa akta penting seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat, akta membabitkan perintah sekatan atau buang daerah, Akta Percetakan dan Penerbitan.
Najib telah membuat kejutan besar apabila mengumumkan akta itu akan dimansuhkan, pada Hari Malaysia, 16 September lalu.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz pula pemansuhan ISA memerlukan tempoh lebih lama, kerana perlu ada pengganti kepada akta itu.
"Apa yang perlu ditegaskan ialah kenyataan Perdana Menteri ialah pernyataan dasar yang akan ditunaikan kerajaan BN...ISA tetap akan dimansuhkan cuma kita kena kaji dengan teliti akta yang boleh menggantikannya,” kata Nazri.
Sumber HD : 29//03/2012

Harakah bantu keluarga ISA di Tawau
Wan Nordin Wan Yaacob, | 25 Apr 2012 |
TAWAU: Prihatin dengan nasib keluarga tahanan ISA, Harakah sekali lagi telah menyerahkan bantuan kepada 12 keluarga mangsa di sini dalam satu majlis ringkas anjuran PAS Tawau dekat sini petang tadi.
Sumbangan disampaikan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman kepada isteri dan ibu mangsa yang rata-ratanya ditahan kononnya terlibat dengan jemaah Darul Islam.
Harakah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai RM1500 setiap seorang mangsa manakala RM4000 bantuan tambahan diserahkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Zaitun Ahmad.
Jumlah kesemua bantuan bernilai RM23,000 adalah hasil sumbangan orang ramai kepada Tabung Mansuhkan Isa kendalian Harakah.
Ibu kepada seorang mangsa tahanan (Shamsuddin Alip), Aminah Dalat yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, pihaknya amat bersyukur atas bantuan yang dihulur Harakah dan PAS Tawau.
Aminah yang hilang tempat bergantung kerana anaknya kini masih ditahan dibawah ISA menganggap bantuan itu amat berharga buat keluarganya yang dalam kesusahan.
Kakak Shamsuddin, Nikma Alip pula melahirkan rasa kecewa dengan tindakan zalim kerajaan menahan adiknya dibawah ISA.
Walaupun akata itu sudah dimansuhkan, kata Nikma, ISA masih menzalimi rakyat.
Kepada mereka yang prihatin dan mahu menghulurkan bantuan, bolehlah memberi sumbangan ke akaun Maybank 5640 7000 0336 atas nama Harakahdaily Dot Com.
Sumber HD : 25/04/2012

Tahanan ISA lancar mogok lapar - Suaram
Anis Nazri, | 14 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Sebilangan tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting nekad melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.
Tindakan itu dilakukan memandangkan status mereka sebagai tahanan ISA masih tergantung setelah kerajaan bersetuju memansuhkan akta itu, Mac lalu.
Bagaimanapun, jumlah tahanan yang melancarkan mogok itu masih tidak diketahui.
Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dalam satu kenyataannya, hari ini berkata pihaknya dimaklumkan tentang tindakan mogok itu daripada ahli keluarga tahanan.
Pengarah Eksekutifnya, E. Nalini berkata beliau percaya mogok itu telah dilakukan sejak empat hari lalu.
Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri turun memastikan keadaan mereka, sekaligus menyatakan pendiriannya terhadap status penahanan mereka atau membicarakan mereka di mahkamah terbuka.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut memastikan keadaan tahanan yang diktakan melancarkan mogok lapar.
"Campur tangan pihak Suhakam juga diperlukan bagi memastikan keadaan tahanan di sana. Tahanan-tahanan tersebut mungkin kecewa kerana masih tidak dibebaskan, sedangkan ISA sudh dimansuhkan," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata biarpun akta baru yang menggantikan ISA masih membolehkan penahanan sedia ada, Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar melakukan sesuatu bagi memastikan semua tahanan ISA tahu keadaan status mereka.
"Para tahanan tahu, ISA sudah dimansuhkan. Sudah tentu mereka mengharapkan pembebasan selaras dengan pemansuhan tersebut. Mungkin menteri ad berjanji dengan mereka. Jadi KDN perlu bertindak sewajarnya dalam kes ini," tambah beliau yang menyatakan masih ada 30 hingga 40 orang tahanan ISA yang ditahan di bawah akta itu.

Sumber HD : 14/05/2012
7 tahanan ISA henti mogok lapar
Johari Jaafar, | 19 Mei 2012 |
TAIPING, 19 Mei: Hasil perbincangan antara wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dengan Komandan Kem Tahanan Kamunting dan tahanan yang mengadakan mogok lapar, akhirnya tujuh tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menamatkan mogok lapar.
Setelah penjelasan dibuat kepada kesemua tahanan mengenai prosedur kerajaan dalam memansuhkan ISA mereka akur untuk memberhentikan mogok lapar dengan menikmati jamuan tengah hari bersama pihak Suhakam dan Komandan kem berkenaan.
Demikian dijelaskan oleh Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam kepada pemberita dalam sidang medianya di hadapan pintu masuk ke kem tersebut semalam.
(Gambar: Nayagam mengetuai Suhakam meninjau tahanan ISA mogok lapar di Kemta.)
Suhakam melalui Kumpulan Aduan, Inkuiri dan Pemantauan mengadakan lawatan ke Kem Tahanan Kamunting pada 18 Mei setelah menerima aduan mengenai dakwaan mogok lapar oleh tahanan di kem tersebut.
Delegasi Suhakam diketuai James Nayagam bersama-sama beberapa pegawai bertujuan mengadakan perbincangan bersama pegawai Kem tahanan dan berjumpa dengan para tahanan untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai mogok lapar tersebut
Menurut beliau kedatangan pihak Suhakam ke Kem Kamunting untuk menyiasat tindakan tahanan kem berkenaanmyang telah mengadakan mogok lapar dan pihaknya telah bertemu dengan tahanan berkenaan dan juga telah mendapat penerangan yang terinci dari komandan kem berkenaan mengenai insiden tersebut.
Tujuh tahanan kem itu telah memulakan mogok lapar bermula 12 Mei lalu, setelah dua hari melancarkan mogok tersebut, tiga daripada menarik diri manakala empat lagi meneruskannya sehingga semalam.
Melalui pertemuan dan perbincangan dengan tahanan tesebut, mereka telah mendapat maklumat ada di antara tahanan itu yang akan dbebaskan dan ada yang tidak dibebaskan, oleh itu mereka tidak puas hati sedangkan ISA telah dihapuskan.
"Mereka tidak ada masalah dengan pengurusan kem mahupun makanan yang disediakan, mereka tidak puas hati dengan akta ISA itu sahaja.
"Kem tahanan Kamunting kini dihuni 45 tahanan, 25 daripada warga asing, 12 akan dibebaskan akhir tahun ini, 22 lagi tahun depan dan bakinya pada tahun 2014," kata Nayagam.
Sumber HD : 19/05/2012

Kata mansuh tapi tahanan tertakluk perintah ISA
Anis Nazri, | 21 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Aneh tapi benar! Biarpun ISA dimansuhkan, tahanan di bawah akta itu masih tertakluk kepada perintah yang diputuskan sebelum akta itu dimansuhkan.
Kuasa untuk membebaskan tahanan masih tertakluk di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri seperti yang termaktub dalam Fasal 32 bahagian Pemansuhan dan Kecualian Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang baru.
Perkara ini jugalah yang dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu meskipun ISA dimansuhkan, Rang Undang-Undang baru tersebut tidak menjejaskan penahanan orang yang ditahan, kecuali perintah itu dibatalkan Menteri Dalam Negeri.
Berasaskan kuasa seorang menteri inilah, enam tahanan ISA bertindak melancarkan mogok lapar bermula 12 Mei lalu, dan berakhir tujuh hari selepas itu, 18 Mei 2012.
Tindakan tersebut dilakukan bagi menuntut pembebasan segera mereka dari Kem Tahanan Kamunting setelah ISA dimansuhkan.
Sehubungan itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak agar Menteri Dalam Negeri membebaskan semua tahanan ISA dengan segera tanpa syarat.
Tegas mereka, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien bertanggungjawab menyebabkan mangsa ditahan tanpa hak membela diri dan dikurung di Kamunting sehingga memakan masa yang begitu lama.
"Beliau juga ‘berkuasa’ dan berautoriti penuh untuk membatalkan sebarang perintah arahan di bawah ISA dan membebaskan tahanan bila-bila masa tanpa menunggu perintah tersebut tamat.
"Walaupun perintah tahanan boleh diteruskan tetapi bukankah lebih berperikemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia dengan mereka dibebaskan apabila ISA dimansuhkan?" soal Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras Suaram, Syukri Razab dalam kenyataan bersama kepada Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, GMI dan Suaram turut mengulangi tuntutan agar kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi untuk menyemak semula kes penahanan ISA.
Suruhanjaya itu, tambah mereka perlu membawa pihak yang terlibat dengan penganiayaan dan penderaan ke muka pengadilan.

Sumber HD : 21/05/2012
Isteri bekas tahanan ISA terima anugerah
Khaulah Azwar, | 22 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Kesetiaan dan kesabaran Norlaila Othman menuntut pembebasan suaminya Mat Sah Mohd Satray yang pernah ditahan selama lapan tahun lalu di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat perhartian Amalnita.
Beliau yang diberikan Anugerah Isteri Setia merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta dan juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berjuang mencari jalan bagi membebaskan suaminya sejak 2002 hingga 2009.
(Gambar: Dr Halimah dan Husin bersama penerima anugerah daripada Amalnita.)
Norlaila berkata, walaupun suaminya dibebaskan namun dia akan terus bersama GMI untuk menerangkan kepada seluruh rakyat tentang akta kejam tersebut.
“Saya tidak akan berhenti daripada terus menyebarkan maklumat mengenai kekejaman ISA ini,” katanya ketika ditemubual.
Anugerah itu merupakan penghargaan daripada Amalnita yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia (Amal) yang disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali bersama Presiden Amal, Husin Ismail pada Majlis Pelancaran Amalnita di Kompleks PKNS, di sini kelmarin.
Selain pelancaran Amalnita, majlis itu turut mengumpulkan sukarelawan untuk kerja-kerja kemasyarakatan serta misi bantuan kemanusiaan pada masa akan datang.
Selain Norlaila, warga emas Raden Siti Bahja Munir,73, turut menerima Anugerah Siti Khadijah di atas sumbangan selama 37 tahun meneruskan kerja dakwah dan kemasyarakatan.
Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan banyak menginfakkan harta untuk kerja-kerja amal sejak tahun 1975 sehingga kini.
Bagi Anugerah Ibu Berjasa, penerimanya adalah Siti Habsah Zakaria, 52, yang mengidap kanser payudara tahap ketiga.
Wanita gigih itu membesarkan empat orang anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) selepas suaminya meninggal dunia semasa anak-anaknya masih kecil.
Sumber HD : 22/05/2012

ISA: Unit pengesan bom serbu, pintu rumah dipecah
Hazayani Zakaria, | 20 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: "Masa polis datang tangkap suami saya, mereka ketuk pintu dengan sangat kuat, tak ada seorang pun beri salam, terus pecahkan pintu," cerita isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Isteri (ISA) Mustawan Ahbab.
Khairunizah Mohd Akhir, 36 menceritakan kembali detik-detik penangkapan suaminya pada sidang media bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di lobi Parlimen hari ini. Turut serta ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.
Beliau berkata, kira-kira 30 polis termasuk unit pengesan bom menyerbu dan menyelongkar barang-barang di rumah mereka pada 11 Ogos 2010 iaitu hari pertama Ramadhan.
"Mereka tangkap dan terus gari Mustawan dan telefon kami dirampas dan dimatikan.
"Tak ada waran tangkap, bila kami tanya kenapa tangkap mereka tak cakap salah apa tapi beritahu suami saya ditahan dua minggu di Bukit Aman dan minta saya sediakan pakaian Mustawan untuk dua minggu.
"Polis kata saya boleh melawat Mustawan tiap-tiap hari tapi saya pergi tak dapat jumpa pun. Dah seminggu lebih barulah boleh jumpa," katanya.
Mustawan, 34, merupakan warga Indonesia dan sudah lima tahun menetap di Malaysia.
Eksekutif pemasaran di sebuah syarikat penerbitan buku di Kuala Lumpur itu ditangkap kerana didakwa menganggotai Jamaah Anshorut Tauhid yang berpengkalan di Indonesia yang disifatkan sebagai pengganas antarabangsa.
Mustawan dituduh menjadi agen bagi mengumpulkan dana untuk pergerakan itu di Malaysia.
Sehingga hari ini, Mustawan masih ditahan di Kem Kamunting bersama 44 yang lain.
Sementara itu, bapa kepada seorang lagi tahanan, Fadzullah Abdul Razak kecewa anaknya dituduh melakukan tiga rompakan tetapi tidak dibawa ke mahkmah untuk dibicarakan.
Abdul Razak Mohd, 54 berkata, keluarganya sangat berharap kerajaan menunaikan janji untuk membebaskan anaknya dan kesemua tahanan ISA.
Fadzullah yang ditahan di bawah ISA sejak Julai 2010 merupakan salah seorang yang menyertai mogok lapar bulan lalu menuntut pembebasan dari Kemta.
"Jumpa dengan Fadzullah baru-baru ini, memang dia kata dia nak sangat bebas dari Kemta sebab tak tahu apa salah dia," katanya.
Turut hadir ibu Fadzullah, Hadijah CP Veeravu, 51.
Sidang akhbar GMI : http://www.youtube.com/watch?v=UwG2dzbnTvA&feature=youtu.be
Sumber HD : 20/06/2012
(GMI menunjukan butir-butir penyeksaan Sami Hammd seperti yang diceritakan kepada peguam. Turut hadir ialah ibu bapa tahanan Mohamad Fadzullah [Hadijah – dua dari kiri dan Abd Razak – mendukung bayi])
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini mendesak agar Menteri Dalam Negeri (KDN) segera memberi maklum balas atas kejadian mogok lapar tahanan ISA yang telah pun berlangsung selama enam hari.
Dalam sidang medianya, GMI menuntut agar kesemua tahanan ISA dibebaskan dengan kadar segera; Menteri Dalam Negeri diminta menjawab segera tuntutan tahanan ISA; dan menuntut jawapan segera isu penderaan tahanan ISA.
Tuntutan ini berikutan kempen bebaskan 45 tahanan yang masih berada di Kem Kamunting (Kemta) dan sehingga kini tiada tanda-tanda mereka akan dibebaskan.
Dalam sidang media ini juga, peguam Farhana Abdul Halim dan Fadiah Nadwa Fikri mendedahkan keterangan yang diberi oleh Sami Hammd, salah seorang tahanan ISA yang kini mengadakan mogok lapar.
Sami Hammd berasal dari Iraq telah ditangkap pada 21 Januari 2011. Beliau ditahan atas pertuduhan pemerdagangan manusia.
Sami disoal siasat di PRC selama 20 hari dan di Bukit Aman selama 39 hari, kemudiannya ditahan di Kemta pada 18 Mac 2011.
Dalam pertemuannya dengan peguam, Sami menceritakan penderaan fizikal dan mental yang diterimanya.
Antara bentuk penderaan fizikal yang dikenakan termasuklah dipukul dengan paip getah, dibogelkan dan gambarnya diambil dan diugut akan disebarkan diinternet.
Badan beliau juga dibasahkan dengan air sejuk kemudian diletakkan di dalam bilik kecil yang suhunya paling rendah, dan sepanjang masa tangannya digari.
Selain itu, Sami turut ditumbuk dan ditendang oleh anggota penyiasat berulang kali, dicabut bulu dada, dicucuh puntung rokok, dipaksa memakan cili kisar beberapa lagi jenis penderaan.
Sehingga kini Sami masih tidak berganjak dan tidak mengaku akan pertuduhan yang dikenakan kepadanya.
Tahanan beliau dilanjutkan sehingga Mac 2013. Semua butiran tersebut dinyatakan dalam pertemuannya dengan peguam pada 22 Jun 2012 di bawah pengawasan Pegawai Kemta.
Dalam pada itu, Pengerusi GMI bimbang dengan nasib tahanan yang melakukan mogok lapar tersebut.
Beliau menggesa agar KDN bertindak segera sebelum berlaku kematian atau sebagainya.
Merujuk kepada isu penderaan terhadap tahanan sama ada yang masih ditahan atau pun yang telah dibebaskan.
“Kebanyakan tahanan menghadapi trauma sehingga mereka tidak tampil menceritakan kisah sebenar walaupun lebih setahun telah berlaku,” ujar Syed Ibrahim.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, Peguam yang bertemu dengan Sami Hammd iaitu Farhana dan Fadiah Nadwa serta keluarga tahanan Mohamad Fadzullah Abdul Razak.
Sumber HD : 25/06/2012
Sumber HD : 28/06/2012
Sumber HD : 29/06/2012
Sumber HD : 2/07/2012

Mangsa ISA diugut edar gambar bogel di internet
Majdan Dagang, | 25 Jun 2012 |

Apa jaminan menteri tahanan ISA mogok lapar
Hazayani Zakaria, | 28 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Jun: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini terus mendesak Menteri Dalam Negeri segera membebaskan kesemua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak akan mengambil tindakan ke atas sembilan tahanan yang melakukan mogok lapar di Kem Kamunting (Kemta).
Peguam Latheefa Koya berkata, Menteri Dalam Negeri mesti memberi jaminan bahawa pihak keluarga, peguam dan doktor akan diberi akses kepada tahanan tanpa sebarang halangan oleh pihak Kemta.
"GMI menuntut pendirian Menteri Dalam Negeri mengenai mogok lapar yang sedang berlaku di Kamunting.
"Apakah menteri akan memberi jaminan bahawa tahanan yang mogok lapar tidak akan dikenakan sebarang tindakan seperti yang dikenakan ke atas dua tahanan," kata beliau sebelum menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di hadapan Bangunan Parlimen, hari ini.
Kira-kira 30 terdiri daripada keluarga tahanan, aktivis GMI termasuk peguam dan wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkumpul di pintu masuk Parlimen dengan kain rentang dan poster menuntut tahanan dibebaskan.
Memorandum tersebut diserahkan oleh sekretariat GMI, Syukri Razab dan bapa Fadzullah, Abdul Razak Mohd kepada Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) dan Tian Chua (PKR-Batu).
Menurut maklumat yang diterima, dua tahanan yang memulakan mogok lapar iaitu Fadzullah Razak dan Razali Kassan diasingkan daripada tahanan lain dan dikenakan kurungan sendiri.
Hari ini merupakan hari ke lapan mogok lapar yang bermula Khamis lalu.
GMI berpendirian menyokong mogok lapar tersebut dan mahu Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini ke atas tahanan.
Sehubungan itu, GMI akan mengadakan candle light virgil pada Sabtu ini jam lapan malam di pintu utama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan protes bersama keluarga tahanan di hadapan pintu utama Kemta pada keesokan harinya jam 10 pagi.

ISA: SMM tuntut mansuh segera, bebaskan tahanan
Harakahdaily, | 29 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tegas dengan pendirian bahawa kerajaan perlu membebaskan tahanan ISA yang masih berbaki seramai 45 orang.
“Kami melihat suatu percanggahan berlaku di peringkat kerajaan apabila masih ada tahanan ISA yang tidak dibebaskan walaupun sudah lama jaminan pemansuhan ISA dijanjikan oleh Perdana Menteri.
“Kami membidas sikap kerajaan yang berdolak-dalik menggunakan isu ISA sebagai janji politik dalam masa tahanan ISA masih dipenjara secara zalim,” kata Pengerusinya, Safwan Anang.
Beliau berkata, akta drakonian ISA melalui tahanan tanpa bicara itu meletakkan Malaysia dalam kedudukan negara yang mundur dari sudut moral pengamalan kedaulatan undang-undang.
Katanya, Kerajaan Malaysia seharusnya malu dengan sikap acuh tak acuh mereka terhadap akta zalim itu.
“Sekiranya benar mereka didapati bersalah, kami menggesa pihak kerajaan memberikan mereka peluang perbicaraan yang adil bersama bukti yang kukuh kesalahan mereka, bukannya tahanan senyap seperti ISA,” ujarnya.
Jelasnya, SMM di peringkat mahasiswa menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya mahasiswa dan anak muda untuk sama-sama menyokong Gerakan Mansuhkan ISA yang akan mengadakan protes esok malam di hadapan Bukit Aman, juga pada 1 Julai di hadapan Kem Tahanan Kamunting.
Sidang Media MP PR dan Peguam :
http://www.youtube.com/watch?v=sxfXVoHtU8c

ISA: Isteri sedih suami diseksa di Kemta
Hazayani Zakaria, | 02 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR, 2 Julai: Isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Razali Kassan sedih dan kecewa apabila suaminya diseksa di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) walaupun ahli keluarga mengikut arahan pihak berkuasa sebelum ini.
Nunurheni Onim berkata, sebelum ini beliau dan ahli keluarga yang lain tidak bercerita mengenai penahanan suaminya kepada mana-mana pihak kerana berpegang kepada janji pihak polis.
Pihak polis Bukit Aman katanya melarang beliau menghebahkan penahanan suaminya di bawah ISA kepada media, peguam atau badan bukan kerajaan (NGO) jika mahu Razali dibebaskan segera.
"Sebelum ini saya diarahkan oleh pihak polis untuk tidak bercerita kepada peguam atau mana-mana pihak.
"Mereka kata kalau saya tak hebahkan penahanan suami saya kepada sesiapa, suami saya tidak akan diapa-apakan. Saya pegang janji mereka tapi sekarang suami saya belum dibebaskan malah dipukul dengan teruk," adu beliau di hadapan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Muhammad Sha'ani Abdullah.
Nunurheni hadir bersama-sama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) ke Suhakam hari ini bagi menyerahkan memorandum mengenai seksaan pihak Kemta terhadap tahanan yang melakukan mogok lapar, menuntut pembebasan segera.
Dalam aduan kepada Suhakam tadi, Sekretariat GMI, Syukri Razab berkata, seorang lagi tahanan, Mustawan Ahbab menceritakan bahawa Razali ditumbuk, diterajang dan diludah di muka oleh pegawai Kemta kerana melancarkan mogok lapar dan menyusahkan warden Kemta.
Menurutnya, Razali tetap dikasari oleh pegawai Kemta meskipun beliau seorang tahanan yang baik dan tidak melawan.
Memorandum itu selepas GMI mengiringi lawatan tiga keluarga tahanan ISA di Kemta semalam.
Selain isteri Razali, isteri kepada Mustawan Ahbab, Khairunizah Mohd Akhir dan juga bapa kepada Fadzullah, Abdul Razak Mohd serta isteri tahanan warga Sri Lanka, Anthony turut menyertai lawatan tersebut.
Razali kelihatan lemah dan mengakui dipukul dalam pertemuan tersebut.
Sementara itu, Khairunizah dalam aduannya pula memberitahu, tempoh pertemuan beliau dan Mustawan dipendekkan daripada satu jam kepada 25 minit sebagai denda kerana Mustawan membocorkan maklumat tahanan kepada beliau melalui telefon.
"Dalam kad kuning Kemta, saya boleh bertemu selama 45 minit dan kalau memaklumkan awal kepada pihak Kemta, boleh berjumpa sejam. Tapi bermula semalam, saya hanya dibenarkan bertemu selama 25 minit sahaja sebagai denda kepada Mustawan. Tak berbaloi saya datang dari jauh untuk pertemuan sesingkat itu," katanya.
Tempoh pertemuan keluarga dan tahanan yang mogok lapar juga turut dipendekkan dari satu jam kepada setengah jam.
Suhakam atur lawatan ke Kemta
Sha'ani dalam responsnya berkata, pihak Suhakam akan mengatur lawatan segera ke Kemta dan membawa doktor bagi memeriksa keadaan tahanan khususnya peserta mogok lapar yang masuk hari ke-12.
"Suhakam memandang berat kes pihak berkuasa mengenakan tindakan di luar batasan kepada tahanan. Mogok lapar dilakukan oleh pihak yang ditindas, yang tidak diberi peluang membela diri di mahkamah.
"Warden kata tindakan mogok lapar menyuahkan mereka, kalau susah jangan jadi warden. Itu tanggungjawab warden, bukan guna kuasa untuk tekan orang di bawah. Mereka harus menghormati hak asasi tahanan sebagai manusia," katanya.
Tegasnya juga, kerajaan seharusnya menghormati semua pihak termasuk peguam yang menjalankan tugas mereka.
"Kerajaan seharusnya menghormati pihak lain termasuk peguam. Pegawai Kemta pula harus bersikap berkecuali, hormati hak tahanan bertemu keluarga dan peguam," katanya.

Ugutan polis: Isteri mangsa ISA buat laporan polis
Harakahdaily, | 08 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Isteri mangsa ISA, Nunurheni Onim (gambar kiri) membuat laporan polis ekoran tindakan polis Bukit Aman yang mengugut beliau.
Nunurheni Onim, Isteri kepada Radzali Kassan, ditemani oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi membuat laporan polis itu.
Polis Bukit Aman mengugut beliau sebelum ini dengan meminta agar Puan Nunurheni menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 2 Julai lalu.
Pada 2 Julai lalu, Puan Nunurheni hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung kejadian suaminya dipukul semasa menyertai mogok lapar dalam Kem Tahanan Kamunting
Demikian menurut kenyataan bersama Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI dan Syukri Razab Penyelaras Suaram.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemansuhan ISA.
Namun, hakikatnya tidaklah sebagaimana diumumkan Najib kerana ramai lagi mangsa ISA yang merengkok dalam Kem Tahanan Kemunting.
Sekumpulan dari mereka baru-baru ini melancarkan mogok lapar bagi memberitahu dunia tentang nasib mereka yang terus terpenjara di bawah ISA walaupun undang-undang zalim itu kononnya telah dimansuhkan.
Mereka mahu memberitahu bahawa Najib hanya berbohong dan ia sekadar pemanis mulut beliau dalam menagih undi rakyat menjelang pilihan raya ini.
Henti mogok lapar
Sementara itu, GMI memaklumkan bahawa semua tahanan telah berhenti daripada mogok lapar pada 4 Julai lalu.
Maklumat ini diperolehi hasil lawatan Peguam GMI daripada Lawyers For Liberty ke Kemta pada Jumaat 6 Julai yang lepas.
Menurut peguam GMI, Farhana Najwa, semua tahanan yang bermogok lapar sengaja disusahkan oleh pihak Kemta dengan cara mengasingkan mereka daripada tahanan lain dan ditempatkan dalam satu bilik sempit yang panas tanpa kipas.
Keadaan ini dipercayai telah menekan tahanan untuk terpaksa berhenti daripada mogok lapar.
Setelah mogok lapar berlangsung selama 15 hari, Menteri Dalam Negeri masih tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk menjawab tuntutan tahanan.
GMI meyakini seluruh rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaan dengan semua tahanan yang bermogok lapar apabila Menteri terus bersikap lepas tangan bahkan mengeluarkan kenyataan sombong melalui laman Twitternya.
Sehubungan itu, GMI beranggapan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pastinya telah lupa mengenai seruan Allah dalam Al Quran yang mengarahkan agar setiap umat Islam wajib menjalankan amanah dengan adil dan penuh ehsan.
GMI juga tegaskan bahawa perjuangan GMI akan tetap berada pada landasan yang sama iaitu GMI akan terus memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA.
Mogok lapar yang dilancarkan oleh tahanan dari dalam Kem Tahanan Kamunting selama 15 hari menjadi penguat kepada perjuangan ini, kata kenyataan bersama itu.
Biarpun mogok tersebut telah berhenti, GMI akan terus konsisten menggerakkan kempen Bebaskan ISA45 sehingga kesemua tahanan dibebaskan, kata mereka.
Sumber HD : 8/07/2012
Sumber HD : 9/07/2012

Mogok lapar: GMI desak Hishammuddin beri respons
Anis Nazri, | 09 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan terus menggesa Menteri Dalam Negeri memberikan respons berhubung nasib 45 tahanan yang masih terkurung di Kem Tahanan Kamunting (Kemta).
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata biarpun selepas beberapa siri protes diadakan badan anti-ISA itu, menteri terbabit tidak pernah memberikan respons serius terhadap tuntutan GMI.
"Kita mahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien memberikan jawapan serius tentang nasib 45 tahanan ISA yang kini sedang melancarkan mogok lapar.
"Kita mahu jaminan menteri dan kerajaan tentang nasib mereka ini selepas ISA dimansuhkan, dan menggesa agar mereka dibebaskan selaras dengan pemansuhan akta itu," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau juga mengingatkan Hishammuddin dan kerajaan bahawa badan itu akan terus mengadakan siri-siri protes di hadapan Kemta, selain mendapatkan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung isu ini.
Semalam, kira-kira 500 peserta menyertai protes di hadapan Kemta dan protes itu akan terus dilakukan pada 15 Julai akan datang, di lokasi sama.
"Sebelum ini, pada 1 Julai lalu, kira-kira 50 hingga 100 orang menyertai protes tersebut. Dan semalam, kira-kira 500 orang datang. Jadi, kita harap pada 15 Julai akan datang, lebih ramai yang akan hadir menyatakan sokongan kepada 45 tahanan ISA ini," kata beliau.
Beliau juga dimaklumkan, biarpun menteri tidak memberikan sebarang respons terhadap protes mereka, pihaknya dimaklumkan protes tersebut memberi tekanan kepada pihak kem.
Dalam pada itu, beliau berkata GMI terus menggiatkan kempen berkenaan ISA sepanjang bulan Ramadan seperti kempen kad ramadan, kad ucapan raya, penghantaran buah kurma sebagai tanda ingatan dan sokongan rakyat di luar Kemta.
Syed Ibrahim juga turut menyatakan pihaknya mempunyai perancangan untuk bertemu dengan Hishammuddin, sama ada mengadakan perbincangan ataupun protes di hadapan pejabat Kementerian Dalam Negeri.

Mansuh ISA, agenda politik kerajaan
GMI & Suaram, | 10 Jul 2012 |
50 tahun rakyat berjuang menuntut penghapusan akta zalim ISA. Perjuangan rakyat ini dilakukan atas penuh sedar bahawa ISA mencabul keadilan dan menzalimi rakyat dengan hukuman tanpa perbicaraan. Ribuan aktivis telah menjadi mangsa akta zalim ini.
Sepanjang perjuangan ini juga Kerajaan Malaysia terus menafikan dakwaan banyak pihak yang mengatakan ISA sebagai senjata politik pihak pemerintah.
Kenyataan terbaru Perdana Menteri menunjukkan Kerajaan selama ini seolah-olah menipu rakyat dengan mengatakan ISA adalah undang-undang telus yang digunakan untuk keselamatan negara dan tidak pernah disalah guna. Menurut laporan portal Malaysiakini bertarikh 9 Julai, Perdana Menteri semasa berucap di hadapan penjawat awam di Putrajaya mengatakan ISA dimansuhkan kerana tidak membantu survival politik pemerintah. ISA tidak berjaya mengekang kemaraan politik bahkan menyemarakkan kemaraan politik orang yang ditahan.
Kenyataan ini menunjukkan pemansuhan ISA bukanlah atas dasar Kerajaan benar-benar ingin berubah dan menghormati tuntutan rakyat, tetapi lebih untuk menjaga kepentingan politik Barisan Nasional yang semakin tergugat sejak tsunami politik 2008. Perdana Menteri seolah-olah mengesahkan bahawa ISA digunakan untuk mengekang kemaraan politik pihak lawan tetapi usaha itu telah gagal dan berubah menjadi sebaliknya. Oleh kerana kezaliman ISA telah menjadi elemen motivasi yang memacu kebangkitan rakyat, maka secara terdesak Kerajaan terpaksa memansuhkan ISA. Pemansuhan ini bukanlah atas dasar Kerajaan Barisan Nasional menginsafi kesilapan ekoran kezaliman ISA, tetapi hanya semata-mata ingin menyelamatkan survival politik parti yang memerintah. Maka benarlah selama ini apa yang dikatakan oleh masyarakat sivil dan Gerakan Mansuhkan ISA yang menyifatkan ISA sebagai alat politik Kerajaan yang digunakan untuk menjaga keselamatan parti pemerintah dan bukannya keselamatan negara.
Oleh itu tidak hairan jika Kerajaan enggan membebaskan baki tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Hal ini kerana baki tahanan merupakan individu biasa yang tidak boleh mendatangkan risiko politik kepada Barisan Nasional. Oleh itu pembebasan mereka bukan perkara kritikal yang perlu dipertimbangkan. Sedangkan mereka juga masih dizalimi di bawah ISA yang menafikan hak mereka untuk mendapat keadilan. 45 orang ini juga dijadikan alat oleh Kerajaan untuk mempertahankan ego parti pemerintah yang selama ini menyifatkan ISA sebagai undang-undang yang adil.
Kenyataan Perdana Menteri ini juga GMI sifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri seperti mengatakan segala tindakan dalam ISA seperti menangkap tanpa bicara, menyeksa tahanan, mengurung tahanan bertahun-tahun dan kemudian membebaskan tahanan, merupakan langkah rasmi yang direstui oleh Kerajaan untuk mengekang kebangkitan seteru politik pemerintah. Tanpa menyesali segala penyeksaan dalam ISA, Perdana Menteri sebaliknya seperti mengiktiraf segala kerja kotor yang berlaku dan tidak menyifatkannya sebagai satu kesalahan.
Jika Perdana Menteri menyifatkan ISA sebagai telah gagal mengekang kemaraan politik lawan, maka apakah SOSMA atau Akta Kesalahan Keselamatan yang menggantikan ISA akan mengambil alih tugas tersebut dengan lebih berkesan?. Keadaan ini menyebabkan rakyat memiliki asas yang kuat untuk meragui ketelusan Kerajaan dalam menggubal akta baru ini.
Walaupun terdapat klausa khusus dalam akta baru yang mengatakan tidak akan ada penahanan bermotifkan perbezaan politik, namun klausa itu masih bersifat umum. Sebagai contohnya, sepanjang ISA digunakan untuk mengekang politik lawan, alasan yang digunakan untuk menangkap tidak menjelaskan bahawa penangkapan itu kerana perbezaaan poltitik, namun lebih kepada tuduhan yang direka seperti ancaman untuk mengadakan rusuhan dan ancaman untuk menggulingkan kerajaan.
GMI menuntut:
Perdana Menteri segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga yang telah dizalimi. GMI menyifatkan Perdana Menteri telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang menganggap pemansuhan ISA sebagai langkah positif Kerajaan yang ingin berubah menjadi lebih baik. Namun jelas pemansuhan tersebut hanya digunakan untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional yang semakin terhakis.
Kerajaan perlu segera membebaskan kesemua baki tahanan ISA tanpa sebarang kelengahan. Semua tahanan perlu dibebaskan atau diberi hak perbicaraan di mahkamah. GMI menuntut Menteri Dalam Negeri mengunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Klausa 32 Akta Kesalahan Keselamatan untuk membatalkan perintah tahanan sekaligus membebaskan semua tahanan ISA
Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Keadilan dan Rekonsiliasi bagi menyiasat kes-kes penyeksaan dalam tahanan ISA dan membawa pihak yang terbabit ke muka pengadilan. Tahanan ISA dan keluarga juga perlu diberi pampasan yang setimpal dengan penderitaan yang telah mereka alami.
Kerajaan juga perlu menarik balik atau memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) yang digubal bagi menggantikan ISA. GMI berpendirian undang-undang pencegahan seperti akta baru ini tidak perlu ada kerana berisiko untuk disalah guna seperti mana kerajaan telah menyalah gunakan ISA.
Sekian.
Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi GMI
Syukri Razab
Penyelaras Suaram
Sumber HD : 10/07/2012

ISA: MURSHID desak Najib tunaikan janji
Harakahdaily, | 11 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia diseru agar mengotakan janji yang pernah beliau buat sewaktu ucapan menyambut Hari Malaysia pada tahun 2011, iaitu untuk memansuhkan ISA.
Perdana Menteri perlu tuntas dengan janji transformasi, mengotakan apa yang telah dikata dan membuktikan slogan beliau, ‘Janji ditepati’.
Maka ISA perlu dimansuhkan segera, kem Kamunting hendaklah segera ditutup dan para tahanan dibebaskan serta-merta.
Demikian tuntut MURSHID (Multaqa Asatizah dan Du'at), iaitu perkumpulan 20 orang ilmuwan dan pendakwah Islam mengenai isu penderaan ke atas tahanan ISA di Kem Kamunting.
Berikut adalah kenyataan rasmi MURSHID.
Kenyataan Rasmi MURSHID berhubung penyiksaan ke atas tahanan ISA dan juga tindakan mogok lapar para tahanan:
Demi keadilan, kebenaran dan kemanusiaan
Antara prinsip asasi yang diperjuangkan oleh risalah Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul utusan Allah kepada manusia selain dari risalah keesaan Allah dan juga hari pembalasan adalah juga untuk mereka berlaku adil, tidak menzalimi sesama sendiri terutamanya ke atas golongan yang lemah, serta menghormati kemuliaan manusia di atas dasar persaudaraan.
Di atas dasar ini juga, agama Islam sebagai penutup kepada risalah Ilahi yang dibawa oleh para rasul terdahulu juga meneruskan prinsip-prinsip tersebut.
Maka, unsur keadilan dan juga menaruh belas menjadi salah satu tema utama di dalam Syariat Islam.
Ia selaras dengan nama-nama suci Allah sebagai al-‘Adl (yang Maha Adil), al-Rahim (yang Maha Pengasih), al-Muhsin (yang Maha Belas) dan juga al-Muqsit (yang Maha Saksama hukumanNya).
Firman Allah SWT:
a) “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (al-Nisa'[4:58]).
b) “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (al-Nahl[16:90]).
c) “Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): Bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian dia bertaubat sesudah itu dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (al-An'am[6:54]).
d) “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.” (Hud[11:113]).
Berteraskan prinsip-prinsip ini jugalah Islam menekankan prinsip kedaulatan undang-undang sebagai teras kepada perlaksanaan hukum-hakam kanun Syara’ seperti prinsip-prinsip berikut:
a) Setiap manusia adalah tidak bersalah selagimana mereka tidak dibuktikan bersalah melalui penghakiman yang adil di mahkamah.
b) Setiap manusia itu sama setaraf dan berhak menerima pengadilan yang adil di dalam undang-undang.
c) Setiap pendakwaaan ke atas orang yang tertuduh mestilah disertai dengan bukti di luar kesangsian, manakala pihak yang tertuduh pula berhak mendapat pembelaan terhadap dirinya.
d) Setiap individu yang tidak bersalah tidak boleh didera, disiksa dan dicabuli kehormatan mereka di atas alasan penahanan ataupun penyiasatan.
e) Hukuman ke atas pesalah yang telah dibuktikan bersalah melalui penghakiman yang adil hendaklah setimpal dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh undang-undang, dan tidak boleh dikenakan apa yang tidak patut diterimanya.
Berdasarkan premis yang telah disebutkan di atas, maka MURSHID ingin menegaskan bahawa:
a) Penahanan ke atas warga Malaysia dan warga asing di Kem Tahanan Kamunting di bawah ISA tanpa dibuktikan bersalah di penghakiman yang adil di mahkamah adalah bersalahan dengan prinsip-prinsip umum Islam dan bertentangan dengan prinsip keluhuran undang-undang serta mencabuli hak asasi manusia merdeka di bumi Malaysia.
b) Penyiksaan ke atas tahanan dan juga segala bentuk penderaan yang menjatuhkan maruah serta mencabuli kehormatan mereka seperti yang telah dilaporkan melalui para peguam para tahanan SEKIRANYA BENAR juga bertentangan dengan Islam dan melanggar batas-batas kemanusiaan.
c) Penafian hak ke atas tahanan dari membela diri mereka dari tuduhan yang dikenakan dan juga ugutan yang dikenakan ke atas mereka dan ahli keluarga mereka dari mengambil tindakan undang-undang untuk membela diri adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan individu di dalam artikel 5 perlembagaan Malaysia dan menyanggahi Syariat Islam yang mulia.
d) Usaha para tahanan di Kem Kamunting melancarkan mogok lapar demi mendapatkan hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan, undang-undang dan Syariat Islam adalah sah di sisi hukum Syarak, dan merupakan jihad mempertahankan prinsip dan hak mereka yang dicabuli tanpa sebarang pembelaan.
MURSHID juga ingin menyeru agar:
a) Perdana Menteri Malaysia agar mengotakan janji yang pernah beliau buat sewaktu ucapan menyambut Hari Malaysia pada tahun 2011, iaitu untuk memansuhkan ISA. Perdana Menteri perlu tuntas dengan janji transformasi, mengotakan apa yang telah dikata dan membuktikan slogan beliau, ‘Janji ditepati’. Maka ISA perlu dimansuhkan segera, kem Kamunting hendaklah segera ditutp dan para tahanan dibebaskan serta-merta.
b) Pihak kerajaan segera melepaskan para tahanan di kem Kamunting dan bawa mereka ke muka pengadilan jika mereka menghadapi apa-apa pertuduhan. Mereka juga perlu diberikan peluang untuk membela diri melalui mekanisme undang-undang yang dibenarkan.
c) Pihak kerajaan juga harus menubuhkan satu suruhanjaya kebenaran dan konsoliasi untuk menyiasat dan memberikan keadilan kepada pihak yang sepatutnya.
d) Pihak pegawai yang terlibat di dalam menyiksa tahanan segera berhenti melakukan tindakan kejam dan zalim mereka. Kami menyeru agar mereka takutkan Allah dan hari pembalasan. Kami juga menyeru agar mereka segera bertaubat dan kembali ke jalan agama Allah yang meninggikan konsep ihsan, rahmah dan kasih sayang.
e) Pihak Kem Kamunting berhenti menekan dan melayan tahanan mereka secara kasar kerana tindakan mogok lapar mereka, dan kembalikan hak semua tahanan sebagai manusia yang merdeka selari dengan artikel 5 perlembagaan Malaysia dan juga prinsip-prinsip keadilan Islam. Kami mengingatkan mereka tentang mahkamah Allah di akhirat nanti yang akan menantikan mereka untuk dibalas dengan hukuman yang setimpal jika mereka berterusan menzalimi para tahanan.
f) Pihak media membuat liputan mengenai nasib para tahanan dengan adil, saksama dan mengutamakan jurnalisme beretika di dalam membuat liputan. Pihak media mempunyai peranan yang besar di dalam usaha menegakkan kebenaran dan keadilan.
g) Pihak masyarakat sivil untuk tampil menegakkan kebenaran dan juga bersama menggesa agar penyiksaaan dan penderaan dihentikan serta kesemua tahanan ISA dibebaskan dan dibawa ke muka pengadilan jika mereka menghadapi apa-apa pertuduhan.
h) Pihak ulama dan ilmuan agama, serta kesemua para Mufti berani tampil untuk menegakkan prinsip keadilan Islam serta memperjuangkan nasib mereka yang dizalimi di atas nama Islam dan kemanusiaan. Anda semua akan dipersoalkan di akhirat nanti di atas ilmu yang anda miliki, apakah tuntutan ilmu tersebut telah dilaksanakan untuk membela golongan yang dizalimi dan menentang segala bentuk kezaliman.
Akhirkata, MURSHID secara tuntas menyeru agar semua pihak di Malaysia, tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa untuk bersama-sama menegakkan prinsip keadilan di bumi Malaysia agar kesemua rakyat Malaysia dapat hidup bersama secara harmoni dan aman damai.
Multaqa Asatizah dan Du’at
MURSHID
Sumber HD : 11/07/2012

Harakahdaily, | 17 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan satu siri 'Fllashmob' di ibu negara berhubung isu ISA yang tidak lagi selesai sehingga hari ini walaupun PM telah mengumumkan pemansuhan akta yang lebih bersifat 'zalim' itu sejak September tahun lalu lagi.
Pengerusinya, Safwan Anang (gambar) berkata, mahasiswa tetap dengan pendirian bahawa selagi Kem Tahanan Kamunting masih dibuka selagi itu kerajaan hanya retorik dengan janji manis.
Tegasnya, SMM berpendirian bahawa rakyat harus terus bangkit menolak penggunaan akta 'menahan orang tanpa bicara' ini. Ini adalah disebabkan kerajaan sehingga sekarang hanya mampu bermain dengan janji-janji manis dengan kononnya ingin menghapuskan undang-undang yang bersifat kuno walaupun dengan menggantikannya pula dengan undang-undang yang lebih ketat antaranya seperti akta himpunan aman.
“Mahasiswa merasakan perkara ini harus diceritakan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang apakah perkara sebenar yang sedang berlaku,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, rakyat perlu tahu bahawa sehingga sekarang masih ada lagi dari kalangan rakyat Malaysia sendiri yang ditahan di bawah ISA.
SMM juga, ujarnya berpendirian tegas dalam isu pemansuhan ISA terutama apabila respons menteri yang bertanggungjawab penuh dalam mempertahan akta zalim ini hanyalah dilihat sebagai sindiran kepada tahanan dan mereka yang turut membantah akta ISA.
“Menteri seperti ini lebih baik meletakkan jawatan daripada terus menzalimi rakyat sendiri,” katanya.
Justeru, tambah beliau SMM menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia yang cakna dengan isu itu untuk sama-sama turun ke Flashmob Mahasiswa Bebaskan 45 Tahanan ISA esok, 17 Julai jam 12 tengah hari di Kuala Lumpur Sentral.
“Kami juga menjemput seluruh rakan-rakan media untuk turut bersama esok. Kita sampaikan mesej penting ini kepada seluruh rakyat Malaysia!” katanya.
Sumber HD : 17/07/2012

Kad ucapan: Kempen untuk bebas 45 tahanan ISA
GMI & Suaram, | 18 Jul 2012 |
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI ) akan terus konsisten memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Biarpun masih belum ada sebarang perkembangan positif daripada pihak Kerajaan, GMI optimis dengan desakan berterusan daripada rakyat Malaysia semua tahanan akan dibebaskan. Setelah 3 kali protes dilancarkan di hadapan Kemta, Menteri Dalam Negeri masih enggan mengambil peranan serius dalam menjawab tuntutan tahanan ISA yang menuntut untuk dibebaskan segera.
Sifat Kerajaaan Malaysia ini cukup mempamerkan betapa slogan janji ditepati boleh diragui oleh rakyat Malaysia. Sikap bermanis muka di corong-corong media dan dalam masa yang sama berkeras terhadap minoriti kecil yang ditahan tanpa bicara adalah satu penipuan terhadap rakyat. Jika benar kerajaan telus dalam menunaikan janji, maka 45 orang baki tahanan ISA perlu dibebaskan. GMI yakin, sekiranya semua tahanan dibebaskan, lebih banyak cerita di sebalik tembok ISA akan terdedah kepada rakyat. Mungkin inilah kerisauan yang membelengu Kerajaan Malaysia sehingga enggan membebaskan tahanan.
Protes ketiga yang dijalankan pada 15 Julai lepas mempamerkan peningkatan dalam jumlah yang hadir. Ini menunjukkan rakyat sudah semakin terdedah mengenai isu yang sedang berlaku. Untuk meneruskan momentum kesedaran ini, GMI akan melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan sebagai Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA yang akan bermula pada 19 Julai ini dan tamat pada 25 Ogos 2012.
Kempen yang dijalankan bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan ini akan memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada tahanan melalui kiriman kad ucapan. Rakyat Malaysia boleh mengirimkan kad ucapan kepada pihak GMI dan semua kad yang diterima akan dihantar terus ke Kemta. Kempen ini juga bertindak sebagai referendum yang bakal menunjukkan solidariti rakyat dalam menuntut keadilan ke atas semua tahanan ISA. Pihak GMI juga akan mengeluarkan Kad Ucapan yang akan diedarkan di program-program anjuran GMI dan juga program jemputan. GMI mensasarkan untuk mengumpul sebanyak 50,000 kad yang akan diserahkan terus kepada pihak Kemta.
Kempen ini akan dilancarkan pada 19 Julai 2012 bersempena dengan penganjuran forum ISA:
Penyeksaan Yang Sempurna yang akan diadakan di Auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor. Forum akan bermula pada jam 8.30 malam dan akan membicarakan mengenai trauma rakyat akibat akta zalim ISA dan isu penyeksaan terkini yang masih berlaku terhadap tahanan. Antara panelis yang bakal membincangkan topik ini ialah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Blogger Tukar Tiub Hishamuddin Rais, Isteri bekas tahanan, Norlaila Othman dan Blogger, Wan Ji Wan Hussin. Forum itu juga bakal menampilkan keluarga tahananan ISA yang akan memberikan perkongsian khas kepada hadirin yang hadir.
GMI mengharapkan dengan kempen yang berterusan akan terus memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia khususnya Menteri Dalam Negeri agar segera membebaskan tahanan. Segala isu yang berlaku akan selesai sekiranya kerajaan Malaysia bersikap terbuka dan bersedia untuk menunaikan tuntutan rakyat. GMI tidak menolak kemungkinan gelombang rakyat akan kembali berlaku seperti gelombang pertama pada 1 Ogos 2009 sewaktu rakyat berhimpun menuntut pemansuhan ISA.
Namun segalanya bergantung kepada kesediaan pihak kerajaan untuk membuka jalan penyelesaian yang tuntas bersesuaian dengan tuntutan rakyat.
Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi GMI
Syukri Razab
Penyelaras SUARAM
Sekretariat GMI
Sumber HD : 18/07/2012
Pihak Inspirasi yakin bahawa kebangkitan ini perlu diperhalusi dan juga diaduni dengan ‘iklim’ Malaysia supaya ia mampu diadaptasikan ke dalam gerakan mahasiswa Islam di Malaysia khususnya.
"Persidangan ini merupakan titik permulaan bagi mewujudkan sinergi antara gerakan mahasiswa Islam di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Gamis cukup optimis dengan kemandirian gerakan mahasiswa Islam di Malaysia dalam mendepani isu-isu yang berlaku.
Gamis bertegas bahawa peradaban mesti dibangunkan dengan kerohanian," kata Akram Ikrami Taib Azamudden, Presiden Gamis.
Sumber HD : 23/07/2012

Mahasiswa Islam bantah ISA, bela nasib mangsanya
Harakahdaily, | 23 Jul 2012 |
SHAH ALAM: Persidangan meja bulat Inspirasi Anak Muda (Inspirasi) semalam mengambil ketetapan membantah akta zalim ISA dan akan memperjuangkan nasib tahanannya.
Persidangan yang bertema ‘Rethinking Student Movement Reform’ yangt berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu juga mengambil ketetapan akan bertindak terhadap isu umat Islam seperti di Syria dan Myammar secara drastik.
Untuk itu, satu kongres gerakan mahasiswa Islam Malaysia akan dianjurkan bagi menyatukan semua barisan gerakan mahasiswa Islam di Malaysia dan membincangkan isu-isu umat Islam di seluruh dunia.
Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil barisan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Haluan-Siswa dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk menyediakan platform perkongsian dan membina persefahaman dalam kalangan aktivis gerakan mahasiswa terhadap isu-isu penting dalam negara.
Di samping itu, ia diharap mampu meningkatkan kesedaran partisipasi mahasiswa terhadap agenda pembangunan masa depan Malaysia dan untuk menentukan halatuju penyelesaian alternatif terhadap sesuatu isu yang berlaku.
Menurut Mohd Eikhwan M. Ali, Pengerusi Inspirasi, persidangan ini tercetus hasil daripada kebangkitan rakyat di seluruh dunia.
Persidangan yang bertema ‘Rethinking Student Movement Reform’ yangt berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu juga mengambil ketetapan akan bertindak terhadap isu umat Islam seperti di Syria dan Myammar secara drastik.
Untuk itu, satu kongres gerakan mahasiswa Islam Malaysia akan dianjurkan bagi menyatukan semua barisan gerakan mahasiswa Islam di Malaysia dan membincangkan isu-isu umat Islam di seluruh dunia.
Persidangan tersebut dihadiri oleh wakil barisan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Haluan-Siswa dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk menyediakan platform perkongsian dan membina persefahaman dalam kalangan aktivis gerakan mahasiswa terhadap isu-isu penting dalam negara.
Di samping itu, ia diharap mampu meningkatkan kesedaran partisipasi mahasiswa terhadap agenda pembangunan masa depan Malaysia dan untuk menentukan halatuju penyelesaian alternatif terhadap sesuatu isu yang berlaku.
Menurut Mohd Eikhwan M. Ali, Pengerusi Inspirasi, persidangan ini tercetus hasil daripada kebangkitan rakyat di seluruh dunia.
Pihak Inspirasi yakin bahawa kebangkitan ini perlu diperhalusi dan juga diaduni dengan ‘iklim’ Malaysia supaya ia mampu diadaptasikan ke dalam gerakan mahasiswa Islam di Malaysia khususnya.
"Persidangan ini merupakan titik permulaan bagi mewujudkan sinergi antara gerakan mahasiswa Islam di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Gamis cukup optimis dengan kemandirian gerakan mahasiswa Islam di Malaysia dalam mendepani isu-isu yang berlaku.
Gamis bertegas bahawa peradaban mesti dibangunkan dengan kerohanian," kata Akram Ikrami Taib Azamudden, Presiden Gamis.
Sumber HD : 23/07/2012
Anak kecil tahanan ISA tanya di mana ayah
Wan Nordin Wan Yaacob, | 27 Jul 2012 |
DALAM keghairahan menjalani ibadah puasa bermula 21 Julai lalu, mungkin suasana yang berbeza dialami keluarga malang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dipisahkan daripada keluarga tersayang.
Tatkala anak-anak lain dijanjikan bapa tersayang, jika berpuasa penuh bakal mendapat ganjaran pelbagai bentuk termasuk wang, baju raya yang lebih dan duit raya, selain memenuhi tuntutan rukun Islam, anak-anak mangsa tahanan ISA setiap tahun terpaksa menjalani ibadah puasa tanpa belaian dan dorongan si ayah.
Jauh sekali untuk menikmati suapan tangan penuh kasih sayang ketua keluarga, malah mungkin makan dan minum mereka sekadar alas perut di kala anak-anak keluarga lain sedang khusyuk menikmati juadah pelbagai aneka di bulan penuh keberkatan.
Begitulah nasib 13 keluarga tahanan yang menetap di beberapa perkampungan di sekitar Tawau, Sabah. Dan masih ada lagi keluarga yang teraniaya di Kuala Lumpur apabila suami atau ayah tercinta terus dikurung tanpa bicara di Kamunting, Perak.
Penulis dan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman pernah menyantuni keluarga tahanan yang dizalimi itu di Tawau semasa kembara ISA ke Negeri Bawah Bayu itu.
Beberapa anak dan isteri mangsa tahanan ISA meluahkan keperitan hidup mereka setelah suami mahupun anak ditahan di Semenanjung (di Kem Tahanan di Kamunting, Taiping) yang jaraknya bukan kepalang. Tiada upaya mereka untuk menziarahi dan menatap wajah orang tersayang.
Paling memeritkan, kehidupan yang dilalui dua keluarga Shamsuddin Alip dan Bakar Baba yang ditahan semula sejak November tahun lalu. Tempoh bersama begitu terhad sekali sebelum dicekup semula.
Penahanan kali kedua itu membuatkan keluarga mangsa cukup trauma, dan paling menyedihkan anak-anak terus menanggung derita rindu belian, kasih sayang dan prihatin sorang bapa.
Air mata isteri Bakar Baba, Zorhana Abdul Razak tak henti-henti berderai dari kelopak matanya yang sayu, menceritakan nasib yang melanda dirinya dan anak-anak.
Anak-anak masih bersekolah dan ada yang masih kecil, tidak tahu ke mana ayahnya ditempatkan. Mahu menjenguk bapa amatlah jauh, dan alasan kononnya bekerja terpaksa dihidangkan ke telinga anak-anak tatkala sang anak bertanyakan ke mana ayah pergi.
Menceritakan kesengsaraan hidup selepas suami ditahan ISA, Zorhana Abdul Razak (isteri Bakar Baba) yang menetap di Kampung Muhibbah Raya kini terpaksa menggalas tugas seorang ibu, bapa dan pelindung kepada enam anaknya yang masih kecil.
Zorhana hanya menumpang di rumah ibunya yang juga semakin uzur tanpa ada pendapatan yang tetap. Zorhana ketika ditemui dalam kunjungan Harakah pada 26 April lalu berkata, penzaliman ke atas suaminya cukup membakar jiwanya.
Perasaan bimbang dan takut mengenai keselamatan diri dan anak-anak pula sentiasa bermain di benak Zorhana. Jika bertemu masyarakat pastinya khabar si suami jua yang ditanyakan masyarakat sekeliling kepadanya.
Entah apa lagi alasan yang mahu diletakkan ke bibir masyarakat tatkala suami masih terus ditahan di tirai besi yang entah bila akan bebasnya.
Hapusnya ISA tetapi tidak menghapuskan perintah tahanan yang dikenakan ke atas suaminya. Perit sekali perasaan yang berbuku di hati Zorhana tatkala memikirkan soal makan minum, kesihatan dan persekolahan anak-anak juga terus menjadi bebanan fikiran.
Manakala kehadiran anggota polis Cawangan Khas (SB) pula sering mengganggu perasaan. Ada yang berjanji mahu menyelesaikan masalah suaminya, namun tidak kurang yang datang mengugut.
Perkiraan Zorhanan mudah, jika suaminya bersalah, maka ke muka pengadilan harus dihadapkan Bakar Baba agar mahkamah yang 'entah telus atau tidak' itu setidak-tidaknya boleh mengadilinya.
Lebih malang lagi, kata Zorhana, masyarakat persekitaran termasuk teman-teman dan keluarga sendiri yang tidak memahami perkara sebenar seolah-olahnya memandang serong dan tidak mengambil peduli hal ehwal mereka.
Meskipun kental berdepan mehnah hidup, namun titisan airmata menjadi peneman, tatkala anak-anak bertanyakan ayahnya. Kini ketika Ramadan dilalui, suami tercinta masih didera di belakang tirai besi, mengurung segala kasih dan sayang yang selama ini tersisa lagi.
Zorhana terpaksa menyembunyikan perasaan sedih dihadapan anak-anak yang masih tidak mengenal soal kezaliman pemerintah ke atas ayahnya.
Tawa-hilai anak sahajalah kini menjadi bekalan sedikit sebanyak buat Zorhana bersama ibu yang sudah tua untuk menghiburkan hati yang lara setelah suami tercinta terkurung dalam tirai besi.
Satu sahaja harapan Zorhana agar suami tercinta dibebaskan secepat mungkin kerana ISA telahpun dimansuhkan dan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dan bakal disusuli Syawal.
Dalam kesempatan bertemu Zorhana di rumah ibunya itu, Zorhana tidak henti-henti mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada Harakah atas sumbangan kewangan dan bantuan barang keperluan harian kepadanya.
Sambil menitiskan airmata, beliau turut berpesan kepada penulis agar Harakah terus memperjuangkan isu-isu penzaliman ke atas rakyat seluruhnya, bukan sahaja isu membabitkan suaminya.
Sementara itu, seorang ibu tua, Aminah Dalat (ibu kepada Shamsuddin Alip) pula menyifatkan tindakan kerajaan meneruskan penahanan kali kedua anaknya adalah sangat kejam.
Aminah yang ditemui Harakah selepas majlis sumbangan wang bantuan kepada mangsa tahanan ISA di Pejabat PAS Kawasan Tawau, 25 April lalu cukup tersentuh apabila penulis bertanyakan bagaimana keadaan beliau selepas ketiadaan Shamsuddin.
Beberapa kali beliau menitiskan airmatanya, dan berulang kali Aminah menyebut anaknya seorang yang baik, cukup menjaga solat dan berdisiplin bukan seorang pengganas.
Apalah daya Aminah pada tubuh tuanya itu beliau hanya mampu berdoa dan menanti jika ada pihak yang mahu memperjuangkan nasib beliau dan memberi harapan agar anaknya dibebaskan serta-merta.
Sementara itu, prihatin dengan nasib keluarga tahanan ISA, Harakah telah menyerahkan bantuan kepada 12 keluarga mangsa.
Sumbangan disampaikan Ahmad Lutfi Othman kepada isteri, anak dan ibu mangsa yang rata-ratanya ditahan kononnya terlibat dengan jemaah Darul Islam.
Harakah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai RM1,500 dan bantuan bekalan makanan setiap seorang mangsa manakala RM4,000 bantuan tambahan diserahkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Zaitun Ahmad.
Jumlah bantuan bernilai RM23,000 adalah hasil sumbangan orang ramai kepada Tabung Mansuhkan Isa kendalian Harakah.
Harakah turut merayu seluruh rakyat yang bencikan kezaliman untuk terus menderma kepada Tabung Mangsa Kezaliman ISA untuk Harakah sampaikan sumbangan derma khasnya bagi menyambut Ramadan dan Syawal.
"Mungkin ramai sudah melupai nasib malang keluarga tahanan ISA yang terpinggir ini. Mereka masih memerlukan sokongan khususnya bantuan kewangan. Ramadan yang menjanjikan pahala berganda untuk amalan sedekah adalah masa paling sesuai untuk kita menyalurkan sumbangan ikhlas ini," kata Ahmad Lutfi, yang berpengalaman luas menyantuni keluarga tahanan dan juga bekas tahanan yang masih memerlukan.
"Sejak empat lima tahun lalu, respons pembaca Harakah cukup menakjubkan. Hampir RM700,000 disumbangkan orang ramai. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terim kasih kepada penderma yang baik hati. Hampir setiap hari kami ada pihak yang menyumbang, walaupun sekecil RM5. Ia sungguh bermakna. Ada yang terus menyalurkan ke dalam akaun RM1,000 setiap akali berbakti, semuanya tidak kami kenali siapa mereka," tambah Ahmad Lutfi, yang saban tahun, setiap hujung Ramadan menghulurkan sendiri bantuan ke rumah keluarga tahanan, termasuk di Sabah.
"Kami pernah membantu satu keluarga bekas tahanan ISA, seramai hampir sepuluh orang ke Manila dan menanggung kos hidup mereka selama tiga bulan di Filipina. Bekas tahanan yang dibebaskan daripada Kamunting itu dihantar ke penjara di Manila atas tuduhan lain. Beliau merupakan pejuang Islam Moro. Hingga hari ini keluarganya di Sandakan masih perlu dibantu," ujar Ahmad Lutfi.
SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA AKAUN MAYBANK 564070000336 ATAS NAMA HARAKAHDAILY DOT COM.
Sumber HD : 27/07/2012
Sumber HD : 3/08/2012

ISA: Mengapa pembebasan terpilih, tidak semua
Harakahdaily, | 03 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengalu-alukan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang telah membebaskan tiga orang tahanan ISA pada minggu ketiga Julai yang lepas.
“GMI percaya ini adalah hasil daripada kempen berterusan GMI dan rakyat Malaysia untuk membebaskan 45 tahanan dan hasil daripada mogok lapar yang dibuat oleh tahanan di Kamunting,” ujar Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan, hari ini.
Penyelaras Suaram yang juga Sekretariat GMI, Syukri Razab turut mengeluarkan kenyataan itu.
Menurut sumber GMI, katanya mereka yang dibebaskan ialah Loganthan a/l Sanmugam, warganegara Malaysia, ditahan pada 2010, P. Valentine Jayakumar, warganegara Sri Lanka ditahan 2010 dan kerana pemerdagangan Malik Rehmat Ali Syakir, warganegara Pakistan, ditahan 2010, semua kerana pemerdagangan manusia.
“Menurut maklumat yang GMI miliki, tempoh tahanan ketiga-tiga mereka sepatutnya hanya akan tamat pada bulan Ogos, September dan Disember ini,” ujarnya.
Kini, kata Syed Ibrahim seramai 42 tahanan masih ditahan di Kem kamunting, 19 warganegara Malaysia, Indonesia (6), Sri Lanka (5), Pakistan (3), India (2), Bangladesh (1), Iraq (2) dan Filipina (3)
“Pembebasan ini juga telah disahkan oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri, Aswanjaya Abd Karim.
“Menurut beliau, ketiga-tiga tahanan dibebaskan oleh Menteri Dalam Negeri hasil daripada laporan keselamatan yang diserahkan kepada pihak menteri,” katanya.
Namun, GMI tegasnya tetap mengutuk tindakan menteri yang melakukan pembebasan yang terpilih.
“Persoalannya, bagaimana dengan tahanan yang lain? Bukankah mereka seharusnya dibebaskan sedangkan ISA sudahpun dimansuhkan?” tanya beliau.
Beliau juga mempersoalkan apakah motif pembebasan yang terpilih itu, justeru menteri harus membebaskan kesemua tahanan ISA yang lain dengan serta merta.
“Pembebasan awal ini menunjukkan tuntutan GMI yang mewakili suara rakyat Malaysia sememangnya berasas. Menteri Dalam Negeri memiliki kuasa penuh untuk membebaskan tahanan walaupun perintah tahanan belum tamat,” ujarnya lagi.
Justeru, katanya GMI tidak melihat sebarang sebab yang rasional untuk Menteri Dalam Negeri tidak membebaskan kesemua tahanan yang lain.
Menurutnya, melalui perhubungan pihak GMI dengan keluarga tahanan, rata-rata tahanan ISA tidak mengetahui perkembangan siasatan yang dibuat ke atas mereka.
“Bahkan mereka seolah-olah hanya dikurung tanpa dijelaskan mengenai proses yang sedang dan akan mereka lalui. Mereka sekadar dikurung dan hanya menunggu tarikh tamat perintah tahanan,” katanya.
Justeru, kata beliau GMI menggesa Menteri Dalam Negeri untuk membebaskan semua 42 tahanan yang lain.
GMI juga, ujarnya ingin mengetahui alasan pihak KDN mengapa tahanan yang lain tidak boleh dibebaskan lebih awal.
“Jawapan yang diberikan oleh menteri sebelum ini iaitu semua tahanan perlu mengikuti tempoh perintah tahanan sudah tidak lagi relevan.
“Jika alasan yang diberikan ialah risiko keselamatan, GMI tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang logik memandang tahanan telah dikurung melebihi satu tahun dengan kawalan ketat daripada Kemta,” katanya.
Syed Ibrahim berkata, GMI juga mencadangkan agar menteri membentangkan kepada umum mengenai kayu ukur dan kaedah yang digunakan KDN untuk menilai sama ada seseorang tahanan itu memberi risiko keselamatan atau tidak.

55 tahun merdeka, ISA masih menjajah
Syukri Razab, |
Pelbagai isu berlaku bersempena dengan bulan kemerdekaan ini. Bermula dengan slogan Janji Ditepati yang dikritik hebat, kini logo dan lagu tema kemerdekaan ke 55 juga mengalami respon negatif daripada masyarakat umum. Keadaan ini menunjukkan Barisan Nasional seperti terlalu terdesak dalam menagih sokongan rakyat. Sifat desprado ini hanya menimbulkan rasa jelek yang merosakkan mood rakyat untuk merayakan sambutan kemerdekaan. Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi sesebuah parti untuk menggunakan hari bersejarah milik seluruh rakyat demi menjaga kepentingan politik tertentu.
Jika soal logo dan lagu pun tidak berjaya ditangani dengan baik, maka tidak hairan isu ISA masih tidak selesai. Sudah hampir setahun sejak ISA diumumkan mansuh oleh Perdana Menteri, namun masih ada 42 orang tahanan ISA terkurung diceruk Kem Tahanan Kamunting. Apalah erti Hari Merdeka bagi mereka. Sejak 2010 mereka disumbat ke dalam Neraka ISA dan diperlakukan seperti binatang. Dapat dibayangkan betapa jeleknya perasaan kesemua tahanan ISA dengan slogan slogan seperti Janji Ditepati mahupun Satu Malaysia. Sejak 2010, pelbagai slogan melintasi ruang udara Kem Tahanan, namun mereka masih dikurung tanpa diperlakukan dengan sewajarnya sebagai seorang manusia.
Ditahan dengan pertuduhan atas angin, tahanan ISA ini terus dikurung tanpa diberi peluang untuk membela diri di Mahkamah. Kerajaan terus mempertahankan tindakan ini dengan mengatakan mereka bertindak berasaskan maklumat risikan. Namun tidak ada siapa yang berhak mencabar keabsahan maklumat risikan ini selain daripada Menteri Dalam Negeri. Oleh itu jika Menteri menganggap maklumat itu betul, maka tahanan akan dikurung bertahun lamanya di Kem Tahanan Kamunting.
Apakah ISA menyelesaikan masalah? Tidak sama sekali. Bahkan ISA hanya menjadi medan mengasah dendam antara rakyat dan kerajaan. Individu yang ditahan bukan sahaja dihukum tanpa bicara, tetapi turut diseksa dengan pelbagai jenis penderaan fizikal dan mental. Sami Hammood, seorang tahanan warga Iraq, diperlakukan bagai binatang semasa dalam tempoh 60 hari pertama di bawah ISA. Dibelasah, dibogelkan, dilumur cili kisar seluruh badan, bahkan cili turut disumbat ke bahagian sulit, apakah ini kaedah yang dikatakan akan menyelesaikan masalah?
Mustawan Ahbab seorang pemuda Indonesia yang telah lama tinggal di Malaysia, bahkan dia juga merupakan graduan lepasan universiti tempatan. Ogos 2010 menjadi sejarah hitam buat seluruh keluarga Mustawan apabila dia ditangkap dihadapan anak dan isterinya. Lebih pilu apabila peristiwa itu berlaku selepas keluarga itu baru selesai bersahur pada hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa. Rumahnya digeledah sehingga bakul pakaian yang hendak dibasuh juga diselongkar. Anak kecil Mustawan yang berumur setahun lebih merangkak dan duduk di atas riba bapanya sewaktu bapanya itu dipaksa duduk bersila atas lantai dalam keadaan kepala diserkup dengan kain hitam. Polis memberitahu Isteri Mustawan bahawa suaminya akan dibebaskan dalam masa seminggu. Dalam keadaan kebingungan Isteri Mustawan hanya mampu percaya kata-kata Polis itu. Namun hakikatnya, Oktober ini genap 2 tahun Mustawan dikurung di Kem Tahanan Kamunting.
Seorang lagi tahanan ISA, Radzali Kassan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah 8 hari tidak mengambil makanan dan minuman. Tidak cukup dengan itu, Radzali diterajang, ditampar bahkan diludah di muka oleh pegawai Kem Tahanan kerana enggan berhenti daripada mogok lapar. Semasa Radzali ditahan, Isterinya diminta untuk memberi kerjasama dengan tidak berhubung dengan mana-mana NGO ataupun Media, dengan itu suaminya akan dijaga dengan baik dan akan dibebaskan awal. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Walaupun isterinya akur pada arahan Polis, Radzali Kassan tetap dibelasah semasa berada dalam tahanan dan hanya akan dibebaskan pada Mac 2013 berdasarkan perintah tahanan.
Selain Mustawan, Radzali dan Sammy, masih ada 39 orang lagi tahanan ISA yang semestinya memiliki cerita tersendiri mengenai kezaliman yang telah mereka alami. Kesemua penyeksaan yang mereka alami ini bukanlah cerita baru. Tetapi merupakan sambungan kepada episod kezaliman yang pernah dilalui oleh bekas tahanan ISA yang lalu.
Saya kira, ISA hanya menjadi medan yang menyemarakkan dendam antara rakyat dan pemerintah. Laungan seperti tranformasi, Janji ditepati, demokrasi dan sebagainya hanya menaikkan rasa jelek rakyat terhadap pemimpin yang menyembunyikan kezaliman disebalik slogan.
Apalah makna kemerdekaan bagi mangsa akta zalim ISA? Dapat saya bayangkan betapa membaranya kemarahan para isteri, dan anak-anak tahanan mendengar laungan Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos dalam keadaan suami atau ayah mereka masih tidak bebas daripada penjajahan akta zalim ISA.
Penulis merupakan Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), juga merupakan Sekretariat kepada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Sumber HD : 7/08/2012

Hantar kad ucapan kepada tahanan ISA
Anis Nazri, | 07 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Bagi menjayakan kempen anti-ISA, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyeru rakyat yang prihatin untuk terus sama-sama menuntut pembebasan semua tahanan ISA.
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata selain NGO-NGO yang bernaung di bawah badan itu, orang ramai yang prihatin boleh terlibat sama dengan menghantarkan kad ucapan kepada tahanan yang masih merengkok di Kamunting.
"Kita telah melancarkan kempen bagi menuntut pembebasan semua tahanan, antaranya menghantar kad ucapan kepada tahanan ISA. Kita sasarkan sebanyak 50 000 kad ucapan dapat dihantarkan kepada tahanan bagi menunjukkan solidariti kita," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Bagaimanapun, kata beliau kad ucapan yang berada di tangan GMI setakat ini masih belum berada di tahap 'memuaskan' untuk dihantar ke Kem Tahanan Kamunting.
"Kempen ini agak perlahan, mungkin dipengaruhi bulan puasa. Yang ada di tangan, belum sampai lagi 1,000. Tapi kita masih meneruskan kempen ini sehingga 3 September ini," kata beliau lagi.
Syed Ibrahim berkata pihaknya percaya ramai rakyat di luar sana yang inginkan pembebasan semua tahanan ISA selaras dengan pemansuhan akta tersebut, namun tidak mempunyai capaian untuk mendapatkan kad tersebut.
Justeru, beliau berkata kad ucapan untuk tahanan ISA boleh didapati daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sehingga 3 Sept ini.
Mana-mana yang berminat mendapatkan kad ucapan berkenaan boleh menghubungi Suaram di talian 03-77843525 atau melalui emel righttotrial@suaram.net .
Dalam pada itu, GMI juga dalam fokus memberikan kebajikan kepada keluarga-keluarga tahanan ISA, khususnya yang dibebaskan baru-baru ini.

Tiada bukti tahanan ISA bersalah dikatakan insaf?
Hazayani Zakaria, | 29 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa 12 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan kerana mereka telah pulih dan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, kenyataan itu tidak masuk akal kerana tahanan tidak pernah dibicarakan dan dibuktikan bersalah di mahkamah.
"Bagaimana menteri boleh mengatakan tahanan telah insaf sedangkan kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan dan mereka tidak pernah diberi peluang untuk membela diri.
"Ironinya kenyataan menteri itu seolah-olah mengambarkan orang yang tidak bersalah tetapi telah insaf daripada kesalahan," kata beliau dalam satu kenyataan.
Seramai 12 orang yang dibebaskan itu terdiri daripada tujuh warga tempatan, tiga Indonesia dan dua Pakistan.
Manakala tahanan masih berbaki seramai 30 orang iaitu 12 warga tempatan, Indonesia (tiga), Sri Lanka (enam), Pakistan (satu), India (dua), Bangladesh (satu), Iraq (dua) dan Filipina (tiga).
Justeru GMI menggesa Menteri Dalam Negeri mendedahkan secara terperinci proses pemulihan yang dilalui oleh tahanan semasa kem tahanan dan menjelaskan sama ada penyeksaan dalam tahanan juga merupakan proses pemulihan yang terpaksa dilalui tahanan.
"Menteri Dalam Negeri juga mesti mendedahkan laporan keselamatan yang dijadikan penilaian untuk menentukan samada tahanan boleh dibebaskan atau tidak seterusnya membebaskan kesemua baki tahanan," katanya.
Syed Ibrahim juga yakin pembebasan itu hasil perjuangan berterusan GMI dan rakyat Malaysia dan turut disokong oleh tindakan nekad tahanan ISA yang telah melancarkan mogok lapar.

Sumber HD : 29/08/2012
Mengapa 4 tahanan ISA enggan jumpa peguam?
Anis Nazri, | 13 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Keengganan empat tahanan ISA menemui para peguam, semalam menimbulkan satu teka-teki apakah punca mereka bersikap demikian.
Sedangkan, dua daripada mereka sebelum ini selalu berkongsi keadaan mereka dan tahanan lain ketika siri lawatan para peguam ke Kem Tahanan Kamunting.
Peguam Sivamalar Genapathy, berkata keengganan keempat-empat tahanan itu bertemu peguam bagaikan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
"Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalam sana. Kebiasaannya, mereka selalu menemui kami. Tapi kali ini, kami dimaklumkan pihak kem, keengganan mereka itu adalah dari mereka sendiri. Namun, kami syak ada sesuatu di sebaliknya, tetapi tidak tahu apa sebabnya," tegas beliau pada sidang media Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), di Dewan Himpunan Cina, pagi tadi.
Tambah beliau, hasil lawatan LFL semalam, pihaknya berjaya menemui tujuh orang tahanan bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang keadaan mereka.
Salah seorang tahanan, Shamsudin Ali sepatutnya dibebaskan pada 17 Ogos lalu, namun ditarik balik kerana dikatakan terlibat dengan mogok lapar, sebelum ini.
Manakala, seorang lagi tahanan, Razali Kasan yang telah berusia dan menghidap penyakit batu karang, masih ditahan di kem berkenaan tanpa penjagaan rapi seperti yang dikehendaki pihak hospital.
"Beliau pernah dipukul oleh seorang pegawai kem, dan kemudiannya dibawa ke hospital. Pegawai terbabit dikatakan memohon maf kerana mengasari beliau, di samping beliau dinasihatkan untuk menjaga pemakanan. Malangnya pihak kem tidak melakukannya, malah tahanan terpaksa membeli makanan sendiri di kantin," kata seorang lagi peguam, Farida Mohammad.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan gerakan massa terus dilakukan bagi memastikan semua tahanan ISA yang masih dikurung di Kemta dibebaskan serta-merta.
Sumber HD : 13/09/2012
SIDANG MEDIA GMI :
1. http://www.youtube.com/watch?v=V8iClE4lpo4
2. http://www.youtube.com/watch?v=6Xji904tT88
Sumber HD : 13/09/2012
KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menetapkan penangkapan terhadap 5 aktivis di bawah ISA pada tahun 2001 sebagai tidak sah.
Demikian dinyatakan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya menyebutkan tuduhan Ketua Polis Negara pada ketika itu iaitu Tan Sri Norian Mai terhadap kelima-lima aktivis tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.
Dalam penghakiman yang dibuat, mahkamah menetapkan kelima-lima mangsa ISA telah diperlakukan secara zalim sepanjang berada di bawah tahanan ISA.
Mereka dipaksa berbogel di hadapan pegawai penyiasat, dipaksa berjalan dengan kaki ayam ke tandas yang kotor, disiasat selama berjam-jam secara berterusan dan bagi yang muslim tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.
Oleh itu mahkamah mengarahkan setiap daripada mereka dibayar pampasan yang setimpal dengan penindasan yang telah mereka alami.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.
Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.
Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.
Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.
Untuk ini, Hakim Lau anugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.
Mahkamah juga anugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom dan Tian Chua Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.
“Hal ini menjustifikasikan segala tuntutan yang pernah GMI kemukakan kepada kerajaan Malaysia.
“Dalam episod perjuangan GMI menentang akta zalim ini, GMI telah mendedahkan pelbagai kekejaman dan kezaliman yang berlaku terhadap tahanan ISA,” ujar Syed Ibrahim.
Namun, katanya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri terus menafikan dakwaan GMI tersebut dan terus mempertahankan ISA sebagai undang-undang yang adil.
“Dengan mengambil kira keputusan mahkamah ini, apakah Menteri Dalam Negeri masih boleh menafikan kekejaman berlaku terhadap tahanan semasa ISA?” soal beliau.
Beliau menegaskan, GMI sehingga ke hari ini sentiasa konsisten mendedahkan siri-siri kekejaman yang terpaksa dilalui oleh tahanan yang masih meringkuk di bawah penahanan ISA.
Katanya, namun setiap pendedahan itu tidak langsung dijawab secara bertanggungjawab oleh Menteri Dalam Negeri yang lebih gemar untuk berdiam diri.
Sebagai menghormati keputusan mahkamah, kata Syed Ibrahim seharusnya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sewaktu kelima-lima aktivis tersebut ditahan pada 2001 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Kedua-dua individu ini perlu bertanggungjawab atas keterlanjuran yang telah mereka lakukan sehingga menyebabkan aktivis rakyat yang tidak bersalah ditahan dan diseksa secara kejam di bawah ISA,” ujarnya.
Katanya, ISA hanya akan berfungsi sekiranya Menteri Dalam Negeri memberi restu untuk pihak polis menahan seseorang yang dikatakan memberi ancaman kepada keselamatan negara.
“Kuasa inilah yang telah disalah guna oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara pada waktu itu untuk menahan aktivis rakyat yang menjadi musuh politik kepada Barisan Nasional pada ketika itu.
“Bekas tahanan ISA ini difitnah oleh bekas Ketua Polis Negara sebagai ancaman kepada keselamatan negara dengan memiliki senjata berbahaya seperti pelancar roket, molotov cocktail, dan dilabel sebagai pengganas.
“Semua ini perlu dibersihkan oleh kerajaan Malaysia,” ujarnya.
Beliau berkata, GMI mengira sudah tidak ada hujah yang boleh dijadikan alasan oleh Menteri Dalam Negeri untuk terus menahan tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting.
Tegasnya lagi, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein perlu segera membatalkan segala perintah tahanan dan membebaskan kesemua mangsa kezaliman ISA.
Katanya, keputusan mahkamah itu memberi gambaran bahawa kesemua pertuduhan yang dikenakan kepada bekas tahanan ISA mahupun tahanan semasa boleh diragui.
“GMI yakin keputusan mahkamah ini akan menyemarakkan lagi perjuangan mangsa-mangsa ISA untuk menuntut keadilan,” katanya.
GMI juga, tegasnya tidak menolak akan lebih ramai bekas-bekas tahanan ISA akan tampil untuk mengheret Kerajaan Malaysia ke muka pengadilan sekiranya kezaliman ini tidak diperbetulkan segera.
Menurut Syed Ibrahim, satu-satunya cara untuk kerajaan Malaysia membetulkan segala kesilapan telah berlaku di bawah ISA ialah dengan membebaskan segera kesemua tahanan ISA dan membayar pampasan yang setara dengan kezaliman yang telah mereka lalui.
“Kerajaan juga perlu menutup Kem Tahanan Kamunting yang selama ini telah menjadi simbol kekejaman pihak kerajaan terhadap rakyat.
“Akhirnya, GMI sekali lagi sifatkan keputusan mahkamah ini sebagai kemenangan buat bekas Tahanan ISA, keluarga tahanan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 3/10/2012

Mansuh: Ada pihak cuba justifikasi ISA penting
Anis Nazri, | 13 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mendakwa terdapat pihak yang cuba menjustifikasikan kepentingan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), walaupun ia dimansuhkan.
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata perkara itu dapat dilihat dari laporan New Straits Times (NST) yang memetik kenyataan pegawai kem yang mengatakan tahanan ISA masih terbabit dengan jenayah walaupun berada dalam tahanan.
Tegas beliau, NST yang bertarikh 10 dan 11 September itu juga melaporkan dalam salah satu laporannya bertajuk Making Millions From Behind Bars, tahanan yang terlibat dengan pemerdagangan orang itu dikatakan masih berhubung dengan sindiket dan dapat dikesan melalui panggilan telefon antara tahanan dan individu terlibat.
Pegawai terbabit juga menjelaskan jenayah seperti ini sukar untuk dibawa ke mahkamah kerana bukti yang diperolehi hanya sekadar dari pintasan panggilan telefon dan perisik yang melakukan risikan ke atas aktiviti terbabit yang berkemungkinan tidak boleh diterima sebagai bahan bukti di mahkamah.
"GMI percaya hal ini sengaja dibangkitkan dengan tujuan untuk menunjukkan betapa ISA penting bagi mengekang perilaku jenayah tegar, sedangkan ISA sudah dimansuhkan," tegas beliau pada sidang media badan anti-ISA itu, di Dewan Himpunan Cina, pagi tadi.
Tambah beliau, kenyataan yang menyatakan tahanan masih meneruskan jenayah dari dalam tahanan juga boleh diragui kerana setiap panggilan yang dibuat akan dikawal rapi.
Sekiranya panggilan yang dibuat disyaki boleh mendatangkan risiko, tegas Syed Ibrahim maka panggilan tersebut akan ditamatkan.
"Bahkan, surat-surat yang dikirim juga akan ditapis oleh pihak kem. Jika benar seperti mana yang didakwa pegawai terbabit, ia membuktikan segala mekanisme yang terpaksa tahanan lalui seperti kurungan sendiri (solitary confinement) penyeksaan fizikal, penderaan mental dan program rehabilitasi seolah-olah gagal menangani risiko jenayah," tambah beliau lagi.
Sehubungan itu, GMI menolak kenyataan ini dengan berpendirian pihak polis bertanggungjawab mencari bukti kesalahan dan seterusnya membawa tertuduh ke mahkamah.
Dalam pada itu, Syed Ibrahim juga berkata tahanan ISA yang ditahan atas dakwaan pemerdagangan manusia juga wajar dibebaskan atau dibicarakan ke mahkamah selaras dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
Bakri, dalam kenyataannya yang dipetik Malaysiakini pada 12 Sept lalu sebagai berkata, polis yakin undang-undang sedia ada khususnya Akta Pemerdagangan Orang 2007 sudah memadai untuk mengekang pemerdagangan dan penyeludupan manusia.
"Sehubungan itu, untuk kesekian kalinya, GMI mendesak kerajaan, khususnya Kementerin Dalam Negeri segera membebaskan kesemua tahanan ISA dan menyiasat segala penyeksaan yang berlaku terhdap tahanan ISA," ujarnya.

Keputusan mahkamah buktikan ISA zalim - GMI
Harakahdaily, | 03 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan ISA (GMI) mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menetapkan penangkapan terhadap 5 aktivis di bawah ISA pada tahun 2001 sebagai tidak sah.
Demikian dinyatakan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dalam satu kenyataan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya menyebutkan tuduhan Ketua Polis Negara pada ketika itu iaitu Tan Sri Norian Mai terhadap kelima-lima aktivis tersebut adalah fitnah dan berniat jahat.
Dalam penghakiman yang dibuat, mahkamah menetapkan kelima-lima mangsa ISA telah diperlakukan secara zalim sepanjang berada di bawah tahanan ISA.
Mereka dipaksa berbogel di hadapan pegawai penyiasat, dipaksa berjalan dengan kaki ayam ke tandas yang kotor, disiasat selama berjam-jam secara berterusan dan bagi yang muslim tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.
Oleh itu mahkamah mengarahkan setiap daripada mereka dibayar pampasan yang setimpal dengan penindasan yang telah mereka alami.
Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.
Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.
Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.
Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.
Untuk ini, Hakim Lau anugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.
Mahkamah juga anugerahkan RM200,000 sebagai kos.
Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom dan Tian Chua Chang yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.
“Hal ini menjustifikasikan segala tuntutan yang pernah GMI kemukakan kepada kerajaan Malaysia.
“Dalam episod perjuangan GMI menentang akta zalim ini, GMI telah mendedahkan pelbagai kekejaman dan kezaliman yang berlaku terhadap tahanan ISA,” ujar Syed Ibrahim.
Namun, katanya Kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri terus menafikan dakwaan GMI tersebut dan terus mempertahankan ISA sebagai undang-undang yang adil.
“Dengan mengambil kira keputusan mahkamah ini, apakah Menteri Dalam Negeri masih boleh menafikan kekejaman berlaku terhadap tahanan semasa ISA?” soal beliau.
Beliau menegaskan, GMI sehingga ke hari ini sentiasa konsisten mendedahkan siri-siri kekejaman yang terpaksa dilalui oleh tahanan yang masih meringkuk di bawah penahanan ISA.
Katanya, namun setiap pendedahan itu tidak langsung dijawab secara bertanggungjawab oleh Menteri Dalam Negeri yang lebih gemar untuk berdiam diri.
Sebagai menghormati keputusan mahkamah, kata Syed Ibrahim seharusnya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sewaktu kelima-lima aktivis tersebut ditahan pada 2001 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Kedua-dua individu ini perlu bertanggungjawab atas keterlanjuran yang telah mereka lakukan sehingga menyebabkan aktivis rakyat yang tidak bersalah ditahan dan diseksa secara kejam di bawah ISA,” ujarnya.
Katanya, ISA hanya akan berfungsi sekiranya Menteri Dalam Negeri memberi restu untuk pihak polis menahan seseorang yang dikatakan memberi ancaman kepada keselamatan negara.
“Kuasa inilah yang telah disalah guna oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara pada waktu itu untuk menahan aktivis rakyat yang menjadi musuh politik kepada Barisan Nasional pada ketika itu.
“Bekas tahanan ISA ini difitnah oleh bekas Ketua Polis Negara sebagai ancaman kepada keselamatan negara dengan memiliki senjata berbahaya seperti pelancar roket, molotov cocktail, dan dilabel sebagai pengganas.
“Semua ini perlu dibersihkan oleh kerajaan Malaysia,” ujarnya.
Beliau berkata, GMI mengira sudah tidak ada hujah yang boleh dijadikan alasan oleh Menteri Dalam Negeri untuk terus menahan tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting.
Tegasnya lagi, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein perlu segera membatalkan segala perintah tahanan dan membebaskan kesemua mangsa kezaliman ISA.
Katanya, keputusan mahkamah itu memberi gambaran bahawa kesemua pertuduhan yang dikenakan kepada bekas tahanan ISA mahupun tahanan semasa boleh diragui.
“GMI yakin keputusan mahkamah ini akan menyemarakkan lagi perjuangan mangsa-mangsa ISA untuk menuntut keadilan,” katanya.
GMI juga, tegasnya tidak menolak akan lebih ramai bekas-bekas tahanan ISA akan tampil untuk mengheret Kerajaan Malaysia ke muka pengadilan sekiranya kezaliman ini tidak diperbetulkan segera.
Menurut Syed Ibrahim, satu-satunya cara untuk kerajaan Malaysia membetulkan segala kesilapan telah berlaku di bawah ISA ialah dengan membebaskan segera kesemua tahanan ISA dan membayar pampasan yang setara dengan kezaliman yang telah mereka lalui.
“Kerajaan juga perlu menutup Kem Tahanan Kamunting yang selama ini telah menjadi simbol kekejaman pihak kerajaan terhadap rakyat.
“Akhirnya, GMI sekali lagi sifatkan keputusan mahkamah ini sebagai kemenangan buat bekas Tahanan ISA, keluarga tahanan dan rakyat Malaysia secara keseluruhan,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 3/10/2012
2 tahanan ISA ingin fail habeas corpus dibebas
Harakahdaily, | 21 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Dua orang tahanan ISA, Shamsuddin Alik dan Mohd Sarail Osman dibebaskan pada 19 November, jam 10 malam, kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh (gambar).
“Maklumat ini diperolehi melalui mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh Shamsuddin kepada Peguam GMI, Fadiah Nadwa dan Sivamalar,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, pembebasan terbaru itu menjadikan jumlah baki tahanan seramai 27 orang yang terdiri daripada 10 orang rakyat Malaysia, seorang (Pakistan), 6 (Sri Lanka), 2 (India), 2 (Iraq), 2 (Indonesia), seorang warga Bangladesh dan seorang warga Filipina.
Beliau menjelaskan, Shamsuddin dan Sarail ditahan di Tawau pada 15 November 2011 atas tuduhan terlibat dengan kegiatan terorisme.
“Sekiranya dirujuk kepada perintah tahanan, mereka hanya akan dibebaskan pada Januari 2014. Namun pembebasan awal ini menunjukkan perintah tahanan adalah sesuatu yang boleh dirombak mengikut arahan Menteri Dalam Negeri,” ujarnya lagi.
Perkara itu, katanya dinyatakan dengan jelas dalam Klausa 32 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) yang menyebutkan sebarang perintah tahanan yang dikeluarkan di bawah ISA akan terus berkuatkuasa sehinggalah dibatalkan oleh menteri.
“Pembebasan ini juga dipercayai dilakukan bagi menyelamatkan imej Kerajaan ekoran kesediaan Shamsuddin dan Sarail untuk memfailkan habeas corpus bagi mencabar penahanan mereka,” katanya.
Menurutnya, mereka menyatakan kesediaan tersebut selepas mendapat saranan peguam untuk berbuat demikian.
Justeru, kata beliau GMI juga ingin mempersoalkan rasional Menteri Dalam Negeri yang masih enggan membebaskan baki tahanan yang lain.
“Pada hemat GMI, Menteri Dalam Negeri seperti ingin menunjukkan kuasa yang dimiliki beliau dengan melakukan pembebasan secara arbitrari,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, ujar beliau Menteri Dalam Negeri juga masih gagal memberi respons terperinci mengenai kayu ukur yang digunakan untuk menilai sama ada seorang tahanan itu boleh dibebaskan atau tidak.
Sumber HD - 21-11-2012

Kempen bebas tahanan ISA diteruskan - GMI
Anis Nazri, | 28 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) meneruskan kempen bagi membebaskan semua tahanan ISA, biarpun akta itu diumumkan akan dimansuhkan, Sept tahun lalu.
Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata antara kempen yang akan dilakukan mereka ialah menyerahkan kad ucapan untuk tahanan ISA kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Katanya, sehingga hari ini, pihaknya telah berjaya mengumpulkan 10,000 kad ucapan daripada orang awam bagi menuntut pembebasan tahanan.
Kad ucapan tersebut, katanya akan diserahkan kepada KDN pada penghujung Disember ini.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di Dewan Himpunan Cina, hari ini.
Selain kempen kad ucapan tersebut, peguam GMI juga akan mengadakan lawatan ke Kem Tahanan Perlindungan (Kemta), esok bagi mendapatkan maklumat terkini tahanan ISA.
"Para peguam kami akan bertemu dengan seorang tahanan warga Iraq, Sammi Hammood yang telah melancarkan mogok lapar sejak lawatan peguam pada 29 Okt lepas," kata beliau.
Dalam masa sama, kata beliau pihaknya mengambil berat nasib keluarga-keluarga tahanan ISA yang menderita apabila ahli keluarga mereka ditahan.
Sehubungan itu, pihaknya telah menubuhkan GMI Tawau selepas mengadakan lawatan ke sana bagi menemui lapan keluarga tahanan akta kejam itu.
"GMI Tawau ini akan bertindak sebagai penghubung dan pemudahcara bagi membolehkan segala aktiviti GMI dapat dilaksanakan dalam kalangan masyarakat setempat, selain tujuan utama untuk menjaga kebajikan keluarga tahanan," tegas Syed Ibrahim.
Katanya, hasil dari lawatan tersebut, GMI mendapati kebanyakan keluarga mangsa menghadapi kesukaran kerana ketiadaan ketua keluarga.
Bagi memastikan kebajikan keluarga ini terbela, GMI bertindak melancarkan kutipan dana bagi membantu keluarga tahanan ISA, termasuk pembiayaan pendidikan anak-anak mangsa.
Bagi sesiapa yang prihatin dan ingin memberikan sumbangan, ia boleh disalurkan atas nama Bendahari GMI, Nashita Md Nor di nombor akaun 1622-0993-9776 (Maybank).

Sumber HD - 28-11-2012
KUALA LUMPUR: Di sebalik kenyataan kerajaan mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hakikatnya masih ada mangsa yang menanggung sengsara kerana akta yang zalim itu.
Kesengsaraan itu dirasai oleh 27 keluarga, membabitkan 27 tahanan ISA yang masih meringkuk di Kem Tahanan Perlindungan (Kemta), Kamunting.
10 di antara mereka merupakan warganegara Malaysia, manakala selebihnya dari negara luar seperti Sri Lanka, Bangladesh, India dan Iraq.
Mungkin ramai di kalangan rakyat Malaysia berasakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan ISA dimansuhkan, maka semua tahanannya dibebaskan.
Hakikatnya, ramai yang tidak tahu bahawa masih ada tahanan akta itu yang masih terkurung dan tertakluk dengan undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang menggantikan ISA.
GMI, peguam ke Tawau
Episod kesengsaraan mangsa ISA ini dirasai Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang masih komited dalam usaha membebaskan semua tahanan ISA yang masih 'terperangkap'.
Pada 16 nov lalu, mereka menziarahi lapan keluarga tahanan ISA di Tawau, Sabah bagi mendapatkan maklumat dan memberikan khidmat nasihat kepada mereka.
Selain itu, kepayahan dan kesengsaraan mereka yang ditinggalkan ketua keluarga sudah tentu juga menjadi agenda utama GMI.
Diketuai Aliza Jaffar, yang juga isteri bekas tahanan ISA, Saari Sungib (kini Adun Hulu Kelang), rombongan seramai tujuh orang, termasuk dua peguam meluangkan masa tiga hari dan dua malam untuk menyantuni keluarga tahanan ISA.
'Hilang' sumber pendapatan
Lapan keluarga yang ditemui, kebanyakannya kehilangan tempat bergantung, lebih-lebih lagi bagi isteri-isteri yang tidak bekerja.
Sementelah suami kesayangan mereka ditahan akta kejam itu, anak-anak yang masih kecil turut menjadi mangsa apabila ada di antara mereka yang tidak pernah bersua muka dengan bapa mereka.
Asmira Amil, isteri kepada tahanan Adzmi Pindaton, yang sedang hamil lima bulan ketika suaminya ditahan Nov 2011 lalu, masih belum sempat membawa bayinya untuk ditunjukkan kepada suaminya.
Malah, kebanyakan mereka hanya dapat bertemu dengan tahanan hanya di awal penahanan, ekoran masalah kewangan yang begitu mendesak.
Selain keluarga Adzmi, GMI juga berpeluang menemui isteri kepada tahanan, Bakar Baba; isteri tahanan Darto Bandu; isteri tahanan Nazri Dollah; isteri tahanan Mohd Adnan Umar; nenek kepada isteri tahanan Muadz Hakim, kakak tahanan Mohd Sarail Osman; dan ibu tahanan Shamsuddin Alik.
Dua dibebaskan awal
Bagaimanapun, Sarail dan Shamsuddin telah dibebaskan sehari selepas lawatan GMI ke Tawau - yng difahamkan mereka dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan.
Menyedari ramai di kalangan ahli keluarga yang tidak tahu berbuat apa-apa sementara menanti tarikh pembebasan orang tersayang, GMI terpanggil untuk memberi khidmat nasihat peguam.
Diugut tidak bertemu peguam
Biarpun GMI dimaklumkan ada keluarga yang diugut polis agar tidak berhubung dengan peguam, mereka diberi penjelasan yang jelas berkenaan hak mereka.
Majlis penerangan mengenai hak-hak mereka disampaikan secara jelas oleh peguam Murnie Hidayah Anuar dan Farhana Abdul Halim dari Lawyers For Liberty (LFL).
Penubuhan GMI Tawau
Melihat kepada situasi getir keluarga tahanan di Tawau, GMI akhirnya menubuhkan GMI Tawau sebagai langkah menjaga kebajikan mereka dengan lebih berkesan.
Bekerjasama dengn PAS Kawasan Tawau, GMI Tawau akan bertindak sebagai penghubung dan pemudahcara bagi segala gerak kerja membantu keluarga tahanan di Tawau.
Sasar RM50,000 dana untuk keluarga tahanan
Sehubungan itu, satu inisiatif diambil untuk melancarkan kempen kutipan dana bagi membantu keluarga tahanan dengan GMI mensasarkan sebanyak RM50,000.
Bagi anda yang prihatin dengan keperitan dan kesengsaraan tahanan dan keluarga mereka, segala sumbangan yang ingin anda berikan boleh dilakukan melalui akaun Maybank 162209939776 atas nama Nashita Md Nor (Bendahari GMI).
Ternyata, mansuhnya ISA bergantinya SOSMA, lukanya masih sama, malah lebih parah lagi menghiris tahanan dan keluarga mereka.
GMI mengharapkan dengan sumbangan dana yang diberikan, dapat membantu meringankan beban mereka, di samping membantu gerak kerja GMI untuk meneruskan kempen menentang akta zalim ini.
Sumber HD - 18-12-2012
Keluarga mangsa ISA terus dicengkam sengsara
Anis Nazri, | 18 Dis 2012 |

ISA: 3,000 kad ucapan diserah kepada KDN
Salmiyah Harun, | 14 Mac 2013 |
PUTRAJAYA: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi mengembalikan keadilan kepada tahanan ISA dan memberi pampasan yang setimpal dengan penganiayaan yang telah dialami oleh tahanan dan keluarga tahanan.
Menurut Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh, kerajaan juga didesak mendedahkan secara terperinci proses pemulihan yang dilalui oleh tahanan semasa di kem, di samping mendedahkan laporan keselamatan yang dijadikan penilaian untuk menentukan sama ada tahanan boleh dibebaskan atau tidak.
"Kemta mestilah ditutup dan diiktiraf sebagai Warisan Negara atau Muzium seperti Pulau Robben, Afrika Selatan sebagai simbol ketidakadilan dan kezaliman ISA. Perkara ini perlu sebagai amaran kepada mana-mana dan juga pemerintah negara agar tidak menggunapakai akta zalim seperti ISA," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyerahkan 3,000 kad ucapan yang berjaya dikumpul daripada orang ramai kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, di pejabatnya di sini hari ini.
Seiring dengan penyerahan kad ucapan itu, GMI turut menggesa kerajaan segera membebaskan 22 tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Tahanan Kemunting Perak.
Syed juga berkata, menteri berkenaan gagal memberi jawapan apabila rakyat mempersoalkan siapakah yang menentukan tahanan memberi ancaman kepada negara sedangkan mereka tidak pernah dibuktikan bersalah di mahkamah.
Bukan itu sahaja, katanya menteri terbabit juga gagal menjawab apabila pihak GMI bertanyakan mengenai kayu ukur yang digunakan pihak kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menentukan sama ada seorang tahanan itu sudah pulih atau tidak.
"Masih belum ada alasan yang kukuh daripada pihak Menteri Dalam Negeri untuk menjawab persoalan mengapa baki tahanan ISA masih tidak dibebaskan. Menteri masih mengulangi alasan yang sama iaitu tahanan hanya dibebaskan apabila didapati tidak lagi memberi ancaman kepada negara," katanya.
Namun, sehingga hari ini 22 orang masih ditahan di Kem Tahanan Kemunting, antara yang masih ditahan ialah lapan orang warga tempatan dua orang warga Indonesia, lima orang warga Sri lanka, dan masing-masing seorang dari Pakistan, India, Bangladesh, Iraq dan Filipina.
Sementara itu, kad ucapan yang diserahkan kepada KDN hari ini mengandungi luahan rakyat terhadap kezaliman penahanan di bawah ISA.
GMI berharap dengan penyerahan kad itu, menteri berkenaan dapat menilai sendiri tuntutan rakyat yang mahukan tahanan ISA diberikan keadilan yang sewajarnya.
"Orang awam yang ditemui melahirkan rasa terkejut apabila mengetahui masih terdapat tahanan ISA dikurung di kemunting sedangkan mereka diwar-warkan episod kezaliman ISA sudah berakhir sebaik Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA pada September 2011," jelas Syed.
Kempen Kad Ucapan untuk tahanan ISA dilancarkan pada 19 Julai 2012 dan berakhir pada Januari 2013, kempen ini memberi ruang kepada masyarakat awam menyatakan sokongan kepada tahanan ISA dengan menyampaikan mesej terus kepada Menteri Dalam Negeri.
Kempen ini dijalankan sebagai satu bentuk desakan kepada kerajaan agar segera membebaskan kesemua baki tahanan ISA.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-3-2013
Menunaikan janji sekolah anak-anak mangsa ISA
Catatan Perjalanan Ahmad Lutfi Othman, | 28 Mei 2013 |
(Isteri mangsa ISA, Norhata menyambut Ahmad Lutfi dan isteri dalam kunjungan 19 Mei lalu)
Pagi Ahad, 19 Mei, pesawat Air Asia mendarat di lapangan terbang Sandakan, tepat pada masanya. Ia kali ketiga saya meneruskan misi bantuan kepada keluarga tahanan ISA. Memang sebahagian besar mangsa kezaliman tahanan tanpa bicara itu telah dibebaskan, tetapi bahananya belum berakhir, terutama Jamal Azahari yang dipindahkan ke penjara di Manila.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah menyambut kami -- saya, isteri Siti Hawa dan seorang rakan. Dari jauh saya perhatikan bekas calon PAS Batu Sapi dalam PRU13 ini agak gelisah.
(Gembira melihat anak-anak Jamal Azahari menjamah ayam goreng.)
"Ingatkan anta disekat dari masuk Sabah?" kata Hamzah, sambil pantas mengambil beg pakaian dari tangan saya. Sebenarnya saya bersembang panjang dengan seorang kenalan baru semasa menunggu bagasi. Bersama keluarga, dia mahu meneroka keindahan di sekitar Sandakan, khususnya pulau-pulau cantik.
"BN memang penipu, kita takkan boleh menang jika biarkan saja penipuan ini," Hamzah terus mengomel panjang. Suasana dingin pagi itu seperti tidak dapat menyejukkan perasaannya. Sambil memandu, bersemangat sekali dia meluahkan rasa tidak puas terhadap pengendalian PRU13.
Hamzah mengajak saya mengikutnya ke majlis jamuan kesyukuran kepada petugas PAS di Batu Sapi tengahari isu. Hasrat hati memang mahu bersama meraikan tetapi kaki saya agak kejang. Apatah memikirkan jadual saya -- untuk tiga hari di Sandakan -- agak padat untuk menziarahi bekas tahanan ISA.
Lebih penting, saya harus menunaikan janji buat Jamal Azahari, untuk menyekolahkan anak-anaknya yang tidak pernah mendapat pendidikan formal. Segera tergambar rumah usang yang didiami lapan beranak, dengan lantai hampir reput dan pintu yang mudah ditolak begitu sahaja.
Tentunya saya juga ghairah mahu menelusuri situasi politik Sabah pasca PRU13. "Di sini, politik wang lumrah. Duit diagihkan di tengahari buta, diangkut penuh kereta," cerita seorang aktivis muda PAS ketika kami bersambung sembang di sebuah restoran selepas saya diminta Hamzah berkongsi idea tentang keputusan PRU13.
"Kenapa tak ambik gambar, boleh buat bahan bukti," tanya saya, lurus. "Kita tak ramai, silap-silap bukan dikerjakan petugas BN tapi orang ramai yang rasa kita halang mereka dari dapat duit. Di rumah atas air, Kg Bahagia, yang anta pergi semalam tu, pengundi tak kisah isu mansuh tol, PTPTN, minyak turun, mereka mahu duit untuk belanja esok harinya," jelasnya panjang lebar.
(Suasana gelap tidak bercahaya, dulunya ruang tamu rumah Norhatta, sekarang bertukar dapur.)
Bicara politik saya tangguhkan. Saya berkejar untuk mendaftar empat anak Jamal Azahari dan Norhatta Paraji di Madrasah Nurul Ihsan, sebuah sekolah agama rakyat. Kemudiannya membeli keperluan asrama dan sekolah mereka. Nampak anak-anak yang tidak pernah bersekolah ini agak kekok untuk melalui dunia baru. Seterusnya berbincang dengan peneman setia kami sepanjang di Sandakan, Suaidah, adik Aiman Athirah, tentang ubahsuai rumah buruk Norhatta.
Ada waktu terluang saya sempat menjenguk empat keluarga bekas tahanan ISA. Saya terpaksa meminta dua darinya turun ke bawah; kaki tak mampu menapak ke tingkat empat PPR. Untuk hari pertama, saya masih ada kudrat untuk menziarahi perkampungan atas air di Jalan Batu Sapi, perlahan-lahan mengatur langkah di atas pelantar kayu yang uzur, tetapi pada hari terakhir, dua jam sebelum bertolak ke airport, saya hanya mampu bertanya khabar mereka di bahu jalan. Dalam keadaan tergesa-gesa, memang tidak selesa untuk bertongkat bertamu di rumah keluarga tahanan, walaupun maklum mereka amat mengharap dapat mengirup secangkir kopi panas.
Kemiskinan dan kemelaratan adalah pemandangan biasa di Sabah, apatah lagi membabitkan kawasan penempatan pendatang asing. Tidaklah saya sampai bermimpi untuk mengubah senario suram itu, tetapi cukuplah jika kami dapat membantu keluarga teraniaya, seperti Jamal-Norhatta membina kehidupan baru, dengan anak-anak dapat bersekolah dan berteduh di rumah yang agak sempurna, khususnya menjelang Aidil Fitri akan datang.
Terima kasih atas bantuan ikhlas anda, terutama buat pembaca Harakahdaily yang banyak menyumbang, menyambut rayuan awal saya sebelum bertolak ke Sandakan tempohari. Sokongan anda telah saya salurkan kepada mereka yang amat memerlukan. Jika anda bersedia untuk terus membantu, terutama bagi melancarkan proses ubahsuai rumah Norhatta, saya cukup berbesar hati. Salurkan terus kepada akaun Maybank HARAKAHDAILY DOT COM, no 5640 7000 0336.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-5-2013
Kes Yazid Sufaat dipindah ke Mahkamah Tinggi
Harakahdaily, | 07 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Kes membabitkan bekas tahanan ISA Yazid Sufaat dan pembantunya Muhammad Hilmi Hasim yang dituduh terlibat sebagai anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Menurut Bernama, Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri bagi memindah kes itu, bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan.
Yazid dan Muhammad Hilmi didakwa pada 27 Mei lalu atas tuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.
Beliau dan yang juga pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan pembantunya itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Menurut Bernama, Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri bagi memindah kes itu, bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan.
Yazid dan Muhammad Hilmi didakwa pada 27 Mei lalu atas tuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.
Beliau dan yang juga pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan pembantunya itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah beralamat DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari lepas.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-6-2013
GMI mohon sumbangan, santuni keluarga mangsa ISA
Anis Nazri, | 08 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Biarpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, ramai tahanan yang kini masih meringkuk di Kem Tahanan Kamunting, Perak.
Malah, ada di kalangan mereka ditahan lebih dari tiga tahun dan tidak pernah bertemu dengan isteri dan anak-anak selepas penahanan mereka ekoran kesukaran yang dihadapi keluarga tahanan.
Menginsafi keadaan itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tidak pernah jemu-jemu menemui dan menyantuni keluarga tahanan dalam usaha memastikan kebajikan dan keperluan mereka dijaga sebaik mungkin.
Pada November 2012, GMI membuat lawatan bersama barisan peguam ke Tawau, Sabah untuk memberikan pendedahan kepada keluarga tahanan dari aspek guaman, hinggalah soal kebajikan mereka.
Hasil lawatan itut, GMI menemui Amira, isteri kepada tahanan ISA, Adzmi Pindatun yang tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke Kamunting untuk melawat suaminya sejak ditahan pada 2011. Lebih menyedihkan, ketika ditahan Amira sedang mengandung tujuh bulan dan sehingga hari ini anak kecil itu masih belum pernah menerima belaian daripada ayahnya.
Itu hanya satu kisah daripada lima keluarga tahanan ISA lain di sekitar Tawau. Kebanyakan mereka tidak berpeluang menemui suami dan bapa mereka di Kamunting, Perak kerana kekangan kewangan yang melanda mereka.
Justeru, bagi merealisasikan impian mereka untuk menemui suami dan bapa tersayang yang merengkok di Kemta, GMI sedang berusaha untuk membawa mereka ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Kamunting pada 13-17 Jun ini.
Bendahari GMI, Nashita Md Noor, berkata kos keseluruhan yang diperlukan GMI untuk membawa lima orang isteri dan tujuh orang anak tahanan dianggarkan sebanyak RM9,000.
"Kos tersebut meliputi tambang perjalanan dari Sabah ke Kuala Lumpur, seterusnya ke Kamunting. Selain itu juga bagi bantuan untuk disampaikab kepada tahanan di sana," kata beliau kepada Harakahdaily.
Sehubungan dengan itu, GMI merayu orang ramai yang prihatin dengan kesengsaraan keluarga tahanan untuk menyalurkan bantuan bagi melancarkan lagi usaha yang dilakukan mereka.
Bagi anda yang ingin memberikan sumbangan kepada GMI, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan ke akaun Bendahari GMI, Nashita Md Noor, bernombor 162209939776 (Maybank) disertakan mesej di 0132096373 dan ummuasiah2001@hotmail.com .

Sumber HD - 8-6-2013
No comments:
Post a Comment