Logo Unit Amal Malaysia
Misi amal: Usaha baiki rumah warga emas dihalang |
Khairil Abdul Rahim |
BERA, 23 Sept: Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsan (Anak) Mazlan Aliman menganggap tindakan ahli Umno menghalang misi amal PAS untuk membaiki rumah seorang warga emas sebagai politik balas dendam, kolot dan kebudak-budakan. (Beginilah keadaan atap rumah seorang warga emas yang cuba diberi bantuan tetapi dihalang) Menurutnya, usaha murni yang disertainya itu bertujuan untuk membantu golongan miskin atau kurang berkemampuan terutama dalam kalangan warga emas dan ibu tunggal. Namun oleh kerana berlainan faham politik, mereka sanggup menghasut supaya tidak menerimanya. Mazlan menceritakan, peristiwa tersebut berlaku di Kampung Tan Sri Hamzah dekat sini baru-baru ini apabila seorang ibu tunggal warga emas yang tinggal dalam kedaifan pada asalnya bersetuju menerima bantuan misi amal PAS. “Apabila menerima persetujuan daripada warga tua itu, kami mengutip derma dan menghantar bahan-bahan binaan yang diperlukan untuk mengganti atap lama rumahnya. “Namun, cukup mengecewakan apabila usaha murni melalui pertolongan misi amal itu ditolak penerima dan anak-anak mereka mentah-mentah,” katanya. Bagaimanapun, pihak PAS tidak memaksa penerima tetapi percaya perkara itu berlaku akibat segelintir orang Umno tempatan meminta warga tua dan anak-anaknya itu tidak menerima bantuan misi amal PAS dengan pelbagai ugutan. Mazlan berkata, PAS hanya melaksanakan tanggungjawab untuk membantu golongan miskin yang mengadu rumahnya daif sementara sumbangan yang diberi merupakan derma daripada orang ramai. “Sebelum ini, kami juga membuat lawatan di rumah warga emas itu dan dia sendiri menceritakan masalah atap bocor kepada kami. Pada awalnya kami tidak menjanjikan apa-apa tetapi memberitahunya akan berusaha membantu,” katanya. Menurutnya, selepas warga tua tersebut menolak, bahan binaan itu diberi pula kepada penerima lain yang berkelayakan. Sdr Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5577-misi-amal-usaha-baiki-rumah-warga-emas-dihalang
Amal Kelantan proaktif bantu mangsa musibah |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 5 Nov: Jabatan Amal Malaysia Cawangan Kelantan bukan saja proaktif melaksanakan misi kemanusiaan dan menyelamat, bahkan berkhidmat dengan cemerlang bersama pimpinan PAS negeri di samping membantu mangsa musibah termasuk banjir. Penasihat Jabatan Amal Kelantan Muhammad Hafiz Musa berkata, dengan visi Jabatan Amal sebagai pergerakan kebajikan sukarela beruniform cemerlang pilihan generasi baru yang berteraskan Islam. Anggotanya sentiasa berkhidmat secara sukarela dalam usaha membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berlansaskan Islam. Sehubungan itu, kata Hafiz yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK), dalam modus operandi jabatan itu termasuk menghadapi bencana banjir, Jabatan Amal Kelantan sentiasa bersiap sedia bersama dengan pasukan keselamatan dan agensi serta NGO kebajikan lain. “Kita bersiap sedia bersekali dengan Angkatan Relawan Rakyat (Rela) serta Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri. “Dalam operasi musim banjir, kita biasanya berdaftar dengan pihak keselamatan negeri yang bertugas di bawah Majlis Keselamatan Negeri dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain,” ujarnya. Beliau berkata kini Jabatan Amal Kelantan dalam persiapan menghadapi musim banjir yang mungkin berlaku bila-bila masa sekarang. Mengulas lanjut, beliau berkata kursus dan ceramah pernah dianjurkan Jabatan Amal Kelantan pada masa lalu ialah Gejala Sosial dan Ketenteraman Awam serta Kaedah Menanganinya, Bantuan Kecemasan dan Kaedah-Kaedahnya dan Kaedah Menyelamat Waktu Bencana Alam. Program tersebut dijayakan dengan kerjasama pihak JPAM, Bomba dan polis. Pengarah Jabatan Amal Kelantan, Muhammad Hanif Ahmad menyatakan pada peringkat Jabatan Amal Negeri, pihaknya mengarahkan semua anggota sekiranya jabatan tidak boleh mengadakan program di lokasi tertentu pada musim banjir, mereka hendaklah melaksanakan kerja-kerja membersihkan penempatan mangsa-mangsa banjir selain urusan perpindahan. “Sekarang kita mengadakan persiapan program latihan kemahiran kepada anggota Unit Amal bagi menghadapi bencana alam khususnya dalam operasi musim banjir. “Kita bekerjasama dengan banyak pihak termasuk Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan,” katanya. Menurutnya, kursus berkala jati diri dan pemantapan anggota Unit Amal Negeri sentiasa dilakukan terutama dalam siri menyelamat dan membantu masyarakat. “Alhamdulillah, jabatan ini juga turun ke Dewan-Dewan Undangan Negeri mengadakan taklimat selain taklimat untuk menarik orang muda dan dewasa supaya turut serta dalam jabatan ini. “Tidak dihadkan umur untuk menyertai jabatan ini,” katanya sambil menambah kegiatan terbaru diadakan ialah Kursus Menyelamat Di Air dengan kerjasama Bomba dan JPAM. Sementara itu, Komander Unit Amal Jabatan Amal Kawasan Kota Bharu Mohd Aliman Ismail, 29 berkata unit di bawah kawal selianya itu sentiasa bergerak aktif. Dalam perkembangan terbaru, unitnya mengadakan Himpunan Sukarelawan untuk menarik golongan belia khususnya dalam Kawasan Kota Bharu untuk bersama dalam kerja-kerja kebajikan, kemasyarakatan dan seterusnya sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU 13) di samping Unit Amal itu sendiri dijadikan ikon kepada golongan belia. Mengulas lanjut, beliau berkata anggota Unit Amal dibekalkan dengan latihan asas keselamatan di samping latihan mengendalikan bot penyelamat. Penerima Anugerah Cemerlang Unit Amal Kawasan Kota Bharu 2011, Idlias Hassan, 45, dari Telipot dekat sini berkata pergerakan Unit Amal yang disertainya itu bukan merupakan batu loncatan untuk mendapatkan kerja lain, tetapi bagi melaksana ‘tuntutan Islam’ serta mengangkat martabat Islam. “Bahkan menerusi Unit Amal ini mampu mengembalikan kegemilangan Islam sebagaimana kegemilangannya masa lalu. “Saya masuk Unit Amal dengan erti kata beramal kerana Allah SW dan merasakan kepuasan dalam diri,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6367-amal-kelantan-proaktif-bantu-mangsa-musibah
Pulau Pinang ada 1500 anggota PPS |
Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS, 27 Dis: Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang bertekad menjalankan tugasan dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab bersama pasukan polis serta penduduk tempatan untuk membantu mengurangkan kadar jenayah yang semakin meningkat. (Seorang anggota PPS menerima walkie talkie dari Ketua Menteri tanda pengiktirafan kepada tugas mereka) Baru-baru ini keseluruhan 71 pasukan berbanding 31 pasukan tahun lalu diberikan walkie talkie dan vest PPS oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertempat di Dewan Endon, Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas sempena kunjungan beliau ke majlis penyampaian wang RM1,000 kepada waris warga emas peringkat Seberang Perai Utara. Adanya alat komunikasi segala tugasan menjaga keselamatan lebih terjamin serta membolehkan pengawasan terhadap petugas PPS dapat diseliakan dengan lebih cepat dan cekap. PPS mula ditubuhkan 17 September 2011 yang lalu menunjukan perkembangan yang positif apabila berjaya menambah bilangan kepada 1500 ahli yang berdaftar bagi kesemua Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di Pulau Pinang. Anuar Rejab yang bertugas di kawasan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Sungai Dua berkata, kewujudan PPS memang di nanti-nantikan oleh mereka yang prihatin terhadap masalah gejala moral dan jenayah. Ramai masyarakat menyifatkan, penubuhan dan keaktifan PPS kena pada tempatnya sesuai dengan mengwujudkan persekitaran kejiranan yang ceria, selamat dan bersatu padu. "Ramai yang menanti kemunculan PPS di kampung-kampung atau di mana sahaja kerana ia mampu berkawal bersama polis dan orang kampung untuk tangani jenayah yang semakin parah, " tegasnya. Sankaran dari Kampung Perlis, Butterworth menambah, PPS yang diamanahkan mengawal persekitaran kena memikul tanggungjawab dengan penuh minat jangan 'main-main' atau melakukan sambil lewa. Beliau bimbang sikap lewa akan mencetuskan anggapan yang salah maklumlah ianya datang dari program Kerajaan Pakatan Rakyat . "Keyakinan penduduk tempatan terhadap PPS amat tinggi maka mereka yang memakai baju PPS berwarna ungu mesti cergas melaksanakan tugasan bila dikehendaki, " katanya. Sementara itu rakannya Neoh Eng Seng dari Taman Dedap, Sungai Puyu merasa sungguh seronok bila memakai vest PPS kerana bila mengenakan pakaian itu di tubuh dapat rasakan peningkatan semangat yang membuak-buak. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7251-pulau-pinang-ada-1500-anggota-pps
Banjir: 400 mangsa dipindah ke surau
Harakahdaily, | 08 Mac 2012 |
AMPANG, 8 Mac: Penduduk kawasan Ampang yang kediaman mereka terlibat dengan banjir kilat sejak petang semalam ditempatkan sementara di Surau Insaniah di Desa Lembah Permai, di Kampung Lembah Jaya Utara.
Menurut Adun Lembah Jaya, Tuan Khasim Abdul Aziz (gambar), sehingga kini hampir 400 orang sudah dipindahkan ke pusat sementara itu.
"Semua mangsa yang terlibat kita pindahkan ke sini buat sementara waktu. Semua makan minum kita sediakan di sini.
"Cuma masalah besar ketika ini adalah bekalan air bersih paip Syabas tak ada," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Ampang yang berada di sini sejak malam tadi.
Setakat ini katanya, mereka terpaksa menggunakan bantuan lori tangki bagi menghantar air bersih ke kawasan pemenpatan tersebut.
Pusat penempatan sementara itu dikendalikan bersama Kerajaan Negeri Selangor, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Lembah Jaya dan anggota Unit Amal PAS.
Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.
Selain Ampang, kawasan yang teruk dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru, Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra.
Manakala tanah runtuh berskala kecil turut berlaku di kawasan cerun bukit di Apartmen Spring Villa, Ukay Perdana, Ampang malam tadi.
Satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan cerun di Jalan Kampung Atap dengan seorang mangsa yang terperangkap dalam kenderaannya berjaya dikeluarkan bomba.
Selain itu, kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menghempap sebuah bas yang diparkir berhampiran lampu isyarat.
Sumber HD : 8/03/2012
Muslimat Ampang rayu bantuan tenaga segera
Saidah Hairan, | 11 Mac 2012 |
AMPANG, 11 Mac: Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Ampang, Rohaina Ahmad merayu kepada seluruh Ketua-ketua Muslimat, Pemuda, Ulama, Unit Amal, Nisa', Briged Amal mengarahkan ahli mereka menghulurkan bantuan tenaga segera bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Lembah Jaya Utara.
Beliau berkata, bantuan tenaga amat diperlukan memandangkan semua rumah di Kampung Seputeh, Lembah Jaya Utara penuh lumpur yang perlu dibersihkan segera sebelum lumpur tersebut kering.
"Kami juga memohon dan merayu sangat tenaga Nisa' dan Muslimat Kawasan-kawasan datang untuk membantu membasuh pinggan mangkuk di rumah-rumah mangsa," katanya.
Paling penting, tambahnya Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mesti memberi bantuan air tanpa putus dan disemua lorong, bukan meletakkan air di hadapan lorong sahaja.
Katanya, lumpur dan pinggan mangkuk yang penuh berlumpur perlu dibersihkan segera jika tiada air apa yang boleh dilakukan oleh mangsa banjir dan tenaga sukarelawan yang hendak membantu.
Menurut beliau, ada mangsa banjir yang berusaha mendapatkan air daripada bukit dengan menggunakan baldi dan tong.
"Saya juga mohon bantuan segera dan setiap masa MPAJ seperti jengkaut, lori dan apa sahaja untuk mengangkut sampah-sampah dan perabot yang telah rosak," katanya.
Beliau bersama ahli muslimat, PAS Kawasan dan jentera Pusat Khidmat Masyarakat bekerja 24 jam dan hanya tidur tidak lebih dua jam di penempatan mangsa banjir di Desa Permai, Lembah Jaya Utara.
Katanya, Muslimat Ampang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Selangor, Maryam Abd Rashid bersama AJKnya dan exco Selangor, YB Rodziah Ismail yang turun segera pusat Penempatan Sementara.
Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan wang, pakaian dan makanan daripada Lajnah Kebajikan PAS Pusat; Adun Hulu Kelang, YB Shari Sungib menghantar muslimat memberi barang dan duit.
"Bantuan diterima daripada Islamic Relief Malaysia iaitu nasi 500 bungkus setiap malam; Ikram bantuan tenaga; unit Amal dari Kota Raja; Kelana Jaya; Pandan dan Ampang serta Lajnah Pemerkasaan Parti yang memberi sumbangan duit," katanya.
Bantuan segera terutama daripada tenaga amat diperlukan dan hubungi Hajah Rohaina 013-3407441.
Sumber HD : 11/03/2012

Bersih 3.0: Unit Amal, Exco AMK ditahan malam tadi
Harakahdaily, | 08 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Seorang anggota Unit Amal PAS dari Teluk Kemang Mat Kamal Ismail di tahan pihak polis malam tadi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0.
Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman, Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang berkerja syif malam di pejabatnya.
"Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari mengesahkan.
Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi.
Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi di Melaka Tengah.
Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan himpunan Bersih 3.0.
"Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, " katanya.
Farhan kini didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan.

Sumber HD : 8/05/2012
Pengarah Amal Malaysia terima peluru, nota ugutan
Hazayani Zakaria, | 08 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini.
Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi.
"Balik dari mengambil anak saya, saya mendapati ada sekeping surat dalam peti surat lengkap bersetem.
"Bila saya buka, gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari...PENGKHIANAT'.
"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," katanya kepada Harakahdaily.
Juhari berkata, beliau akan membuat laporan polis petang ini dengan ditemani pimpinan PAS Melaka.
"Saya akan bincang dengan timbalan pesuruhjaya PAS negeri untuk buat laporan polis di mana," katanya.
Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu diterima kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.
Juhari mengetuai 4,000 anggota Unit Amal berkhidmat pada hari tersebut.

Pemuda PAS kecam hantar peluru, nota ugutan
Harakahdaily, | 09 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Mei: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk dan mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menghantar peluru dan nota ugutan bunuh sebagai ancaman kepada Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman di rumah beliau semalam.
Justeru, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan tindakan terdesak itu adalah sebagai satu penghinaan yang membelakangkan undang-undang negara.
Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar) berkata, sebagai sebuah negara yang sedang menuju kemajuan di dalam pelbagai sektor namun masih ada lagi orang-orang yang berfikiran sempit dan jumud yang merasakan diri mereka lebih berkuasa dan tinggi daripada undang-undang negara.
“Inilah nilai pemikiran masyarakat yang telah diwujudkan oleh Umno dan Barisan Nasional selama ini, masyarakat yang sentiasa mencari peluang untuk menindas, mengancam bahkan sehingga ke tahap membunuh orang lain sekiranya perlu untuk memuaskan hati mereka,” katanya kepada Harakahdaily.
Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat keberanian puak-puak sebegini adalah hasil daripada kurangnya ketegasan pihak berkuasa di dalam menangani kes-kes sebegini dan hanya menganggap sebagai kes terpencil.
Oleh itu, ujar beliau Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya pihak berkuasa yang bertanggungjawab di atas keselamatan rakyat di dalam negara ini melakukan siasatan menyeluruh dengan kadar segera di atas perkara itu dan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku dan pesalah yang dilihat ‘cukup berani’ untuk mengambil tindakan di luar konteks undang-undang negara.
Sumber HD : 9/05/2012

Bersih 3.0: Wong hantar bunga untuk Unit Amal
Hazayani Zakaria, | 15 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 15 Mei: Unit Amal PAS menerima dua jambangan bunga hiasan daripada peserta Bersih 3.0 berbangsa Cina sebagai penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka pada perhimpunan tersebut.
Wong Kow Kong, 58, menghantar sendiri bunga tersebut ke Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, semalam dan diterima seorang Unit Amal yang bertugas di pejabat.
Bunga tersebut dikepilkan dengan sekeping kad bertulis " Kepada semua ahli Unit Amal yang bertugas pada hari 428 Bersih 3.0 2012", "Terima kasih banyak-banyak", Salute to all of you, When injustice become law, membantah adalah tanggungjawab kita", dan "hidup hidup hidup rakyat".
Wong ketika dihubungi hari ini berkata, beliau dan keluarga sangat berterima kasih terhadap anggota Unit Amal yang bertugas menjaga keamanan pada perhimpunan tersebut.
Beliau berharap pemberian bunga tersebut dapat menggembirakan hati anggota-anggota Unit Amal atau turut digelar 'Tentera Merah'.
"Saya nak ucap terima kasih kepada Unit Amal sebab banyak tolong peserta-peserta pada Bersih 3.0.
"Bunga itu satunya daripada saya dan keluarga dan satu lagi daripada kawan saya. Saya harap mereka suka bila terima bunga itu," katanya yang merupakan seorang tukang jahit dan mempunyai kedai jahit di Damansara.
Menurut Wong, sewaktu perhimpunan tersebut, beliau berada di Jalan Tun Perak dan melihat sendiri bagaimana Unit Amal bertugas menjaga peserta-peserta.
Malah katanya, beliau yang turut menyertai perhimpunan Anti ISA dan Bersih 2.0 sangat senang dengan kewujudan Unit Amal di lokasi perhimpunan.
Sumber HD : 15/05/2012
"Saya memang sudah biasa dengan Unit Amal. Setiap kali perhimpunan, saya tengok dengan mata kepala sendiri mereka bersusah payah bertugas," katanya.
Beliau juga menolak dakwaan bahawa Unit Amal bertindak ganas sewaktu perhimpunan.
"Kalau saya tengok Unit Amal ganas, saya tak akan bagi mereka bunga," katanya sambil ketawa.
Seramai 4,000 anggota Unit Amal dari Semenanjung Malaysia bertugas pada perhimpunan 28 April lalu.
Sumber HD : 15/05/2012
Puak pencacai UMNO selalu kata PR menipu, fitnah dan macam macam lagi.. Tapi tak pernahnya diberikan apa apa bukti malah mereka bertungkus lumus mengalihkan fokus org ramai kepada isu yang mereka cipta demi menangkis serangan cyberwarrior PR. Kebiasaannya mereka akan cipta isu berkaitan seks.
Contohnya ni.. Mereka sebat gambar dari indon, pastu post kononnya orang PR kena tangkap basah.. Mudah kan? Dan apa paling mereka harapkan adalah cai cai trooper mereka mainkan isu ni habis habisan.. Kalau boleh siap masuk media lidah biawak milik pimpinan mereka.
Harapan mereka mudah, cyberwarrior PR tak dapat mengesan dari mana gambar tu dapat.. Alahaaaaaaaaaaaaaaiii.. kalau mereka dah dapat dalam internet, maknanya tak mustahil orang lain pun dapat.. Tinggal sekejap atau lama..
Dasar pencacai SYAITAN YANG DIKENALI.. -erapasca
FITNAH PENCACAI UMNO MEMAKAI NICKNAME
Mahkota Dewa
BERITA LAPUK SEKITAR TAHUN 2009 DI INDONESIA
YANG FOTONYA DICILOK PENCACAI UMNO UNTUK MEMFITNAH
UNIT AMAL PAS
Ulasan GB
Memang bukan manusia. Dia syaitan. Memfitnah tanpa ada rasa takut terhadap Allah yang telah menjanjikan neraka jahanam terhadap mereka yang memfitnah apatah lagi di dalam bab "berzina".
Firmanullah s.w.t:
Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10
FITNAH seks/lucah kini seakan sudah menjadi budaya dan darah daging UMNO, daripada presidennya, para menterinya, akhbarnya, bloggernya, para ulamak tua dan mudanya.
Komain lancang mulut mereka bercakap dan tangan mereka menulis fitnah-fitnah tersebut demi untuk mempertahankan nyawa parti mereka yang sedang nazak itu.
Sumber HD : 18/09/2012
KUANTAN: Lebih 1,000 anggota Unit Amal menyertai Jambori Amal ke - 19 yang diadakan di Beserah, dekat sini.
(Antara peserta Jambori Amal ke 16 di Beserah)
Mereka menjalankan pelbagi aktiviti khasnya aktiviti kebajikan untuk penduduk di sekitar kawasan perhimpunan mereka kali ini.
Kalau selama ini, anggota Unit Amal dikenali sebagai pasukan paling bersdisiplin dalam Pakatan Rakyat, kini mereka membuat pelbagai kerja amal pula sesuai dengan nama mereka.
Bagi Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, perhimpunan ini mempunyai serampang dua mata - untuk Unit Amal dan untuk masyarakat.
"Kali ini kita berhimpun di Dun Beserah iaitu salah satu DUN yang akan kita pertahankan dalam pilihan raya umum akan datang ini," kata beliau yang merupakan salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.
Katanya, jambori empat hari itu turut membabitkan semua kawasan di sekitar Dun Beserah termasuk Beserah, Balok, Sungai Ular, Chendor, Cherating dan Indera Mahkota.
“Pemuda PAS kini dalam usaha memasyarakatkan Pas untuk bersama penduduk dalam sesi program kemasyarakatan termasuk pemeriksaan kesihatan, bantuan kepada mereka yang memerlukan dan konvoi amal,” katanya.
(Mempersiapkan tapak perkhemahan Amal ke 16 di Pelangi Beach Resort 5 - 7 Oktober)
Nasarudin selepas itu melepaskan Konvoi Amal yang akan melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong di beberapa lokasi di Balok dan Chendor.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Amal Pahang, Saharudin Muhammad berkata, program itu bukan termasuk dalam agenda politik semata-mata tetapi memberi peluang kepada Pemuda Pas beramal kepada penduduk setempat.
Beliau berkata, kira-kira 1,000 ahlinya hadir dari seluruh negara untuk menyertai Jambori Amal itu.
“Atas kesedaran beramal kepada penduduk setempat, semua ahli hadir dengan inisiatif sendiri dan tiada badan khas yang membiayai program ini,” katanya.
Sumber HD : 7/10/2012

[FITNAH BERAT] Pemuda Unit Amal PAS ditangkap khalwat?
http://greenboc.blogspot.com, | 19 Sep 2012 |

1,000 Unit Amal berjambori di Beserah
Harakahdaily, | 07 Okt 2012 |

Amal Malaysia perluas misi kemanusiaan ke Assam
Khairul Azlam Mohamad, | 22 Okt 2012 |
KUALA TERENGGANU: Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) dengan kerjasama rakan strategiknya di negara India, Human Welfare Foundataion (HWF) akan mengadakan Misi Kemanusian dan Perubatan ke Wilayah Assam di Timur Laut India bagi membantu umat Islam sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Presiden Amal Malaysia, Hussin Ismail (gambar) berkata selain melaksanakan ibadah korban, kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa di bawah naungan Persekutuan Antarabangsa bagi Bantuan dan Pembangunan (International Federation For Relief & Development - IFRD) itu, akan menghulurkan khidmat bantuan ke wilayah yang bersengketa tersebut.
"Kita dengan kerjasama HWF di India akan mengadakan misi bantuan kemanusian dan perubatan ke Wilayah Assam, sebuah negeri di Timur Laut India yang bergelut dengan krisis antara kaum dan agama.
"Persengketaan antara puak Bodo dengan orang Islam, kumpulan minoriti yang bertutur dalam bahasa Bengali telah memuncak sejak Julai tahun ini mengakibatkan kira-kira 400,000 menjadi pelarian," ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, persengketaan di wilayah Assam telah berlaku sejak berdekad-dekad dan yang terburuk sebelum ini, pernah berlaku pada tahun 1983.
Oleh itu, beliau mengharapkan orang ramai yang prihatin dapat memberikan sumbangan kepada Yayasan Amal Malaysia, selain menjadi satu kewajipan kepada umat Islam di Malaysia membantu saudara seagama di Wilayah Assam.
Beliau meletakkan sasaran sekurang-kuranganya menyembelih 100 ekor lembu dan kerbau di Assam bagi melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini.
Katanya, harga bagi satu bahagian korban lembu atau kerbau adalah sebanyak RM300 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Oktober ini.
Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan atau menyertai skim ibadah korban di Wilayah Assam boleh mengubungi beliau di talian 019-9511860 atau 03-61874382 atau melalui akaun Yayasan Amal Malaysia BIMB 13053010003149, Maybank 553010122090, CIMB 14680000191108, HSBC 001057884021, Bank Muamalat 13010002499715 atau Pusat Dakwah Serantau BIMB 13053010005100.
Sumber HD - 22-10-2012

Temui tentera yang hilang: Anggota unit Amal jadi wira
Muhammad Faeez Azahar, | 10 Nov 2012 |
KUALA KANGSAR: Dua anggota Unit Amal menjadi wira apabila berjaya menemui mayat anggota tentera berpangkat koperal yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, 7 November lalu.
(2 Anngota Unit Amal diraikan dan dinobatkan sebagai wira apabila berjaya dalam kerja mencari anggota tentera yang hilang)
Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama di kawasan itu.
Abdul Rahim Syukor, 61, bersama Mohd Adib, 21,ditugaskan oleh Unit Amal Perak untuk membantu operasi mencari mayat anggota tentera tersebut yang dilaporkan hilang beberapa hari.
Abdul Rahim berkata, beliau bersama seorang lagi anggota Unit Amal itu melapor diri di Bilik Gerakan Bomba di Ladang Holiwood.
Menurutnya, di peringkat awal, mereka tidak dibenarkan menyertai bersama 117 anggota penyelamat yang lain atas alasan keselamatan.
Namun, mereka berdua tekad untuk turun membantu mencari anggota tentera yang hilang tersebut.
“Lebih kurang 10 minit sahaja kami mencari, kami telah menjumpai mayat tersebut di sebuah paya dalam kebun getah.
“Kami jumpa dalam keadaan yang sangat singkat sedangkan 177 anggota penyelamat yang lain sudah mencari berapa sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas diraikan dalam satu majlis ceramah di Kuala Kangsar semalam.
Kata Abdul Rahim, operasi mencari dan menyelamat terdiri daripada Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Amal yang menghantar hanya dua orang petugas.
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss memberikan sagu hati meraikan kejayaan Unit Amal walaupun di dalam akhbar arus perdana tidak langsung menyebut bahawa anggota Unit Amal yang menjumpai mayat tersebut.
Raja Ahmad berkata, beliau bangga dengan kejayaan ini dan seharusnya mereka diktiraf oleh semua pihak.
“Walaupun tidak memberi sebarang elaun mahupun gaji, namun mereka istiqamah membuat kerja-kerja kebajikan,” jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak.
Sumber HD - 10-11-2012
(Unit Amal menyertai pembarisan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad)
KOTA BHARU: Pasukan Unit Amal diberi penghormatan menyertai Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Padang Merdeka, kelmarin.
Unit Amal diwakili Briged Amal dari Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah, Panchor, Pengkalan Chepa.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, pertama kali dalam sejarah pasukan Unit Amal dijemput menyertai acara rasmi peringkat negeri.
"Ini merupakan satu pengiktifaran yang belum pernah berlaku sejak kewujudan Unit Amal kira-kira 25 tahun lalu.
"Saya yang turut sama berada di pentas utama terasa begitu teruja melihat kecekapan anggota-anggota Unit Amal, yang mana sebelum ini hanya kelihatan pada program-program parti.
"Mereka juga berkemampuan menyertai acara besar seperti itu dengan segak berbaris seperti pasukan berpakaian seragam lain," katanya di sini.
Pasukan Briged Amal tersebut disertai 35 anggota pernah muncul sebagai johan pertandingan kawat kaki anjuran Yayasan Islam Kelantan.
Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, Unit Amal mengembangkan pasukan berpakaian seragam itu ke beberapa sekolah agama di bawah Yik, di mana mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar.
Sementara itu sempena perasmian Muktamar PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) pada Jumaat ini difahamkan pasukan Unit Amal juga akan diberi penghormatan mengadakan perbarisan kehormatan.
Sumber HD - 13-11-2012

Unit Amal sertai Istiadat Perbarisan Kehormatan
Aslani M, | 13 Nov 2012 |

Yayasan Amal hantar misi kemanusiaan ke Gaza
Harakahdaily, | 21 Nov 2012 |
KUALA TERENGGANU: Yayasan Amal Malaysia akan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza dalam masa yang terdekat untuk menyampaikan dana bantuan kepada rakyat Palestin.
Pengerusi Yayasan Amal Terengganu, Suhazeli Abdullah dalam kenyataanya berkata, misi untuk menyampaikan dana ini bertujuan untuk membaiki keadaan di sana yang semakin teruk.
Yayasan Amal mempunyai rekod yang sangat banyak tentang penglibatan mereka di kawasan yang bertelingkah danbencana alam.
Mereka mempunyai pengalaman yang sangat banyak dalam kerja-kerja kemanusiaan di kawasan sebegini.
"Yang terbaik bagi kita adalah jihad di jalan Allah, kerana itu adalah jalan yang tebaik.
"Tetapi bagi kita, rakyat Malaysia yang tidak berpeluang untuk pergi bersama saudara-saudara kita di Palestin, menjadi kewajipan kepada kita menghulur apa jua bentuk bantuan," katanya.
Justeru, Yayasan Amal menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Terengganu bersama-sama berganding bahu menggembeling tenaga dan wang ringgit bagi membantu rakyat palestin.
Sumbangan kepada Yayasan Amal boleh dibuat melalui Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Cawangan Kuala Terengganu No. Akaun 13017010824095 atau melalui wakil-wakil kami yang akan datang ke tempat-tempat saudara.
Dalam kenyataan medianya,Yayasan Amal Terengganu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan 'negara haram' Israel menyerang dan mengebom semenanjung Gaza yanng mengakibatkan ratusan orang awam, kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa.
Sudah masuk hari ke tujuh rakyat Palestin dibom bertubi-tubi dengan jet-jet pejuang dan peluru-peluru berpandu dari angkatan laut Israel laknatuLlah, menyebabkan kemusnahan yang dahsyat kepada infrastruktur Semenanjung Gaza.
Sehingga kini, lebih 120 orang telah terbunuh dan hampir seribu orang tercedera, termasuk para petugas media yang menjadi mangsa kekejaman regim Israel.
"Oleh itu Yayasan Amal menyeru masyarakat antarabangsa mengambil apa jua usaha untuk menekan Israel supaya menghentikan pemusnahan dan tindakan zalim terhadap rakyat Palestin dengan segera," katanya.
Selaku manusia bertamadun, langkah-langkah perlu diambil untuk mengembalikan keamanan di Palestin dan semua umat didunia adalah bertanggungjawab atas kematian wanita dan kanak-kanak Palestin sekiranya hanya memandang sepi dan berpeluk tubuh melihat tindakan ganas Israel.
"Marilah kita bersama-sama berdoa dan bermunajat agar saudara-saudara kita di Palestin diberikan kekuatan dan keberkatan serta rajmat daripada Allah dalam menempuh dugaan ini," katanya.
Sumber HD - 21-11-2012

No comments:
Post a Comment