PRU 13: Ulamak PAS bersiap gempur Umno |
Harakahdaily |
Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali - SUDUPP
KUALA LUMPUR, 28 Sept: |
Menurut beliau, Dewan Ulamak telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah SWT.
Beliau menambah, ia merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat Ulamak Pelapis PAS yang telah diadakan di Perak, baru-baru ini.
“Kita telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera dewan untuk bersiap sedia menghadapi PRU 13 nanti yang mungkin akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja,” tegas beliau.
“Insya Allah kita akan menyediakan 12 orang khutaba’ mengikut skala yang tertentu dan buku panduan petugas dalam masa sebulan ini untuk menjadi panduan yang jelas bukan sahaja kepada petugas Dewan Ulamak PAS Pusat tetapi juga diagihkan kepada seluruh petugas-petugas dari pelbagai lajnah dan dewan,”tambah beliau.
Menurutnya, buku manual itu akan mendedahkan bagaimana Umno gagal untuk membela nasib umat Islam secara sepatutnya di negara kita sekarang.
Beliau menjelaskan ia adalah buku yang ingin memberi nasihat seluruh rakyat Malaysia dan Umno secara tidak langsungnya supaya kembali kepada panduan Al-Quran dan as-Sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.
“Kita menyeru kepada semua ahli Dewan Ulamak sama ada pada peringkat pusat ataupun negeri agar berada dalam bersiap dan mengikut segala perancangan yang telah ditetapkan dan yang paling penting senantiasa berdoa kepada Allah SWT supaya segala usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT kerana itulah matlamat utama perjuangan kita,” ujar beliau lagi.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5638-pru-13-ulamak-pas-bersiap-gempur-umno
Takut pada kezaliman Umno BN, bukannya hudud |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan bahawa warga Malaysia bukan Islam hanya perlu takut kepada kezaliman yang dilakukan oleh Umno ke atas mereka dan statistik kadar jenayah sepanjang 54 tahun negara merdeka. Menurutnya, orang bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang kepada hukum hudud kerana ianya hanya terbatas perlaksanaannya ke atas umat Islam sahaja dan tidak melibatkan mereka.
Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh - Ketua Penerangan DUPP
Jelasnya, orang bukan Islam diberikan pilihan untuk memilih undang-undang hudud sekiranya itu adalah pilihan mereka. “Non Muslim tak perlu gusar dengan hukum hudud, yang perlu mereka bimbang dan takut ialah kezaliman Umno BN yang telah dilakukan sepanjang 54 tahun kita merdeka, kezaliman Umno sudah pun terbukti dan diketahui umum, namun hudud pasti akan menjamin keadilan,” kata beliau. Katanya, kalau dilihat kadar jenayah yang berlaku di negara ini, ia amat menggerunkan. Tambahnya, ini adalah sangat tidak baik untuk keselamatan rakyat Malaysia dan akan memberikan ancaman kepada perkembangan ekonomi negara. “Bukan Islam juga perlu tahu bahawa mereka tidak tertakluk kepada undang-undang hudud ini, namun kita tidak menyekat permintaan mereka sekiranya mereka meminta supaya diadili dengan hukum hudud, kita tahu ramai bukan Islam juga turut menyokong perlaksanaan hukum hudud,”tambah beliau lagi. Justeru, beliau turut meminta pihak bukan Islam agar tidak campur tangan dalam urusan berkaitan dengan Islam yang telah terjamin keistimewaannya dalam perlembagaan sebagai agama rasmi negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5693-takut-pada-kezaliman-umno-bn-bukannya-hudud
Hudud: Majlis Fatwa digesa bertindak | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Majlis Fatwa Kebangsaan digesa mengambil tindakan segera membendung pihak-pihak tertentu khususnya kenyataan pemimpin yang beragama Islam yang telah memberikan tafsiran tentang undang-undang hudud mengikut selera pemahaman masing-masing tanpa merujuk kepada ulama-ulama yang muktabar. Demikian ditegaskan Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din ketika mengulas keberanian pihak-pihak tertentu yang mengulas berkenaan hudud tanpa suluhan ilmu dan nasihat daripada para ulama Islam yang muktabar. “Apa yang kita bimbangkan sekarang ialah keberanian pihak-pihak tertentu khususnya yang beragama Islam memberikan tafsiran yang tidak tepat berkenaan hudud, akhirnya orang-orang bukan Islam keliru dengan hukum hudud ini, ”kata beliau. Beliau merujuk laporan Bernama yang menyatakan bahawa MCA menolak hukuman hudud kerana ianya bercanggah dengan kebebasan beragama dan hak asasi individu. “Kita memahami mengapa orang bukan Islam menolak hudud bahkan penolakan mereka sebahagiannya mungkin berkaitan isu-isu teknikal seperti pertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, tetapi apa yang kita bimbang ialah ulasan dan pandangan yang diberikan oleh pemimpin yang beragama Islam itu sendiri, tanpa panduan yang jelas daripada ulamak yang muktabar, ianya dibimbangi akan memberikan kesan perspektif yang negatif di kalangan bukan Islam,” tambah beliau lagi. Katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai satu institusi yang disanjung oleh umat Islam di Malaysia hendaklah mengeluarkan satu kenyataan untuk memberikan penjelasan berkenaan dengan undang-undang hudud. “Diharap dengan penjelasan ini akan memberikan ingatan kepada pihak-pihak tertentu agar berhati-hati sebelum memberikan sebarang ulasan berkenaan isu agama kecuali setelah mendapat bimbingan dan panduan daripada ulamak yang muktabar,” ujar beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5789-hudud-majlis-fatwa-digesa-bertindak
Umno diseru ikut DHPP perkenalkan hudud |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Umno khususnya Umno Kelantan sepatutnya merasa malu dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan yang telah berazam dan bertekad mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ll) kepada masyarakat bukan Islam. Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas hasrat DHPP Kelantan untuk mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan tentang hudud. “Kita amat menghargai usaha DHPP Kelantan ini, ianya adalah hasil kejayaan daripada usaha PAS yang dilakukan secara berterusan menjelaskan keindahan Islam kepada penduduk bukan Islam khususnya di negeri itu, tahniah kepada PAS negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Mursyidul Am. “Berpolitik berpolitik juga tapi berkenaan suruhan agama kita hendaklah bersatu untuk melaksanakannya walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik. “Saya cadangkan biro agama Umno turut mengikuti jejak DHPP Kelantan ini, abaikan halangan daripada pihak parti sekiranya ada, laksanakan tugasan dan tanggungjawab anda kepada agama, kita percaya anda juga sayangkan agama,” ujar beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5968-umno-diseru-ikut-dhpp-perkenalkan-hudud
Tahaluf siyasi untuk kejayaan besar PRU 13 |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 29 Okt: Ahli-ahli dan para penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan tohmahan-tohmahan liar yang dibuat oleh Umno BN terhadap parti mereka kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya, mereka dituntut agar memahami dengan mendalam mengenai perjanjian tersebut kerana ia mempunyai rahsia amat besar bagi perjuangan Islam. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri berkata, langkah yang diambil oleh PAS mengenai perkara itu telah difikirkan dengan mendalam oleh pucuk kepimpinan parti dan selaras dengan tuntutan syarak. Menurut beliau, asas perjanjian itu seperti yang terkandung dalam konsep "Tahaluf Siyasi" adalah berkerjasama untuk menentang kezaliman dan selagi tidak menghalalkan yang haram serta mengharamkan yang halal. Katanya, dengan bertahaluf siyasi, PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat pasti akan memperolehi ruang yang lebih luas untuk bersama-sama menentang kezaliman, sekali gus lebih memudahkan usaha bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya, termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. "Ia adalah untuk kepentingan bersama bagi menentang kezaliman. Sekiranya hasil dari "Tahaluf Siyasi" ini akan merugikan PAS seperti menyebabkan PAS berada di pihak yang lemah yang boleh merugikan perjuangan Islam atau menghalalkan yang haram, PAS pasti akan melakukan kajian semula pula nanti," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "PAS dan Tahaluf Siyasi" pada Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Mohd Fadzil Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini. Ijtimak yang bertemakan "Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya" itu berlangsung selama 3 hari bermula semalam dengan disertai ribuan para pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan dari seluruh negara. Menurut Khairudin, hasil kerjasama itu bagaimanapun tidak mungkin akan merugikan pihak PAS kerana perkara itu sememangnya sentiasa dipantau oleh para pemimpin parti dengan teliti secara berterusan. Katanya, selain itu, kesemua pihak terbabit dengan kerjasama itu termasuk para pemimpin DAP dan PKR turut bertindak demikian bagi menjaga keutuhan ikatan itu sendiri demi kepentingan bersama. "Jadi kemungkinan yang buruk itu tidak perlu dibimbangi oleh ahli-ahli PAS kerana kesemuanya pasti berlangsung dengan baik, selaras dengan asas perjanjian itu untuk bersama-sama menentang kezaliman," katanya. Sehubungan itu, tegasnya, seluruh pemuda dan ahli-ahli PAS perlu memberikan kerjasama penuh kepada parti mereka dan Pakatan Rakyat dengan mempertingkatkan usaha untuk mencapai kemenangan pada PRU Ke-13 nanti. "Dengan itu, barulah kita akan memperolehi kemenangan besar dalam PRU Ke-13 nanti dan kezaliman di negara ini akan dapat diatasi, sehingga usaha memberikan hak kepada yang berhak dapat kita laksanakan," ujarnya. Matlamat PAS untuk memegang tampuk kekuasaan, tegasnya, bukanlah untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk kepentingan perjuangan Islam demi menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air kita. "Itulah matlamat perjuangan PAS. Matlamat itu tidak akan berubah sampai bila-bila dan ia berbeza dengan pendekatan yang boleh berubah berdasarkan kepentingan semasa. "Kini, salah satu pendekatan yang diambil oleh PAS dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Kerjasama itu pasti akan menghasilkan kejayaan besar pada PRU Ke-13 nanti sekiranya ia disusuli usaha keras oleh ahli-ahli PAS untuk mencapai kemenangan" ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6240-tahaluf-siyasi-buka-ruang-luas-tentang-kezaliman
Bukan tuan rumah tetapi hapuskan rasuah - Dewan Ulamak |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Malaysia didesak agar lebih serius untuk menangani masalah amalan rasuah di negara ini dan bukan sahaja sekadar menjadi tuan rumah sahaja kepada persidangan untuk membanteras rasuah. Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan berita hari ini yang melaporkan bahawa Malaysia menjadi tuan rumah Rakan Perkongsian Strategik dengan 16 negara Asia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memupuk hubungan dan kerjasama strategik dalam isu-isu pencegahan rasuah. Malaysia menjadi tuan rumah kepada rakan perkongsian strategik dengan 16 negara Asia dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memupuk hubungan dan kerjasama strategik dalam isu-isu pencegahan rasuah. Dialog tiga hari itu yang bermula semalam dianjurkan oleh Program Pembangunan Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatuan (UNDP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Selain hubungan dan kerjasama, dialog itu juga bertujuan menggalakkan penyelaras yang lebih erat antara agensi-agensi pencegahan rasuah in rantau Asia dan dunia Arab. “Sebelum kita menjadi tuan rumah, seeloknya rumah kita hendaklah bersih dan tersusun terlebih dahulu sebelum kita jemput orang luar untuk datang ke rumah kita sebagai tetamu , dengan ranking rasuah yang memalukan sudah tentu kita amat segan apabila tetamu mengetahui hakikat dalam rumah kita yang bersepah!" katanya. Bagi beliau, rasuah bukan hanya dengan persidangan tetapi ianya hendaklah dibuktikan melalui tindakan oleh pihak kerajaan bermula daripada kesungguhan pihak pimpinan atasan sehinggalah kepada peringkat bawah. “Kata-kata hikmat berkata busuk ikan bermula daripada kepala, isu rasuah kalau tidak ditangani secara bersungguh-sungguh diperingkat atasan maka peringkat bawahan akan lebih berisiko” “Dalam Islam, pendidikan dan teladan menjadi contoh terbaik dalam menangani masalah ini, apabila rakyat tidak dihidangkan dengan contoh yang baik, maka agak sukar isu rasuah diselesaikan,”kata beliau lagi. Menurut beliau, rasuah yang berlaku dalam negara ini sejak mutakhir ini begitu menggusarkan dan masa depan generasi dan negara ini. "Kerajaan pimpinan Umno telah gagal dan dilihat gagal dalam menangani isu rasuah ini, hanya perubahan secara besar-besaran dalam PRU yang akan datang yang hanya mampu membawa sinar untuk memerangi rasuah. "Rasuah perlu dicantas bukan sahaja daripada pucuknya tetapi hendaklah dicabut bermula dari umbinya lagi, dan seluruh rakyat tahu siapa umbi rasuah dinegara ini," soal beliau lagi. Beliau berkata, kepimpinan Tuan Guru Mursyidul Am PAS telah menjadi contoh yang terbaik dalam menangani masalah rasuah ini sehinggakan Kelantan dikenali sebagai negeri yang cemerlang dalam menangani rasuah. "Ini semua tidak lain dan tidak bukan kerana ajaran Islam yang diterjemahkan mengikut terjemahan yang sepatutnya oleh pihak kerajaan negeri yang dipimpin oleh seorang ulamak,” ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7082--bukan-tuan-rumah-tetapi-hapuskan-rasuah-dewan-ulamak
Tolak BN, selamatkan wang rakyat |
Hakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh rakyat negara ini bersatu menolak Umno BN demi menyelamatkan wang rakyat dan harta negara dari penyelewengan. Setiausahanya Ustaz Azhar Yahya berkata, rasuah dan penyelewengan harta negara hanya boleh dibendung dengan menjatuhkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang. “Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang demi memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat. "Bayangkan sekiranya duit yang berbilion yang tiris dan bocor kerana rasuah itu digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat, maka InsyAllah negara Malaysia lebih maju lagi,” tegas beliau. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Transparency International Malaysia (TI-M) bahawa kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini. Ianya juga merupakan kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009. Bagi Azhar, ianya sesuatu yang memalukan lebih-lebih lagi Malaysia sebagai salah sebuah negara yang menganggotai OIC. Kerajaan BN yang sedia ada ini pula ujarnya tidak mampu lagi menangani gejala yang semakin membarah itu walaupun cuba menggunakan pelbagai slogan menggambarkan penentangan mereka terhadap rasuah. “Satu-satunya cara untuk memerangi gejala rasuah ialah dengan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukannya menggunakan hanya apabila tersempit sahaja," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7219-tolak-bn-selamatkan-wang-rakyat
Amanat Haji Hadi: Umno terasa pedasnya cili?
Khair Mutanazzar Ismail, | 22 Dis 2012 |
Tiba-tiba sahaja isu PAS kafirkan UMNO melalui 'Amanat Haji Hadi' timbul.
Sekian lama ia tidak pernah dibicarakan, tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media seolah-olah ada perancangan rapi dan tujuan tertentu ia dibangkitkan.
Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO sedang mencari isu untuk menyediakan suasana kondusif untuk mengadakan pilihanraya.
Untuk menang, UMNO perlu mencari isu-isu yang menyerang PAS dan Pakatan Rakyat iaitu isu-isu yang boleh menjadi 'kambing hitam' untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan UMNO dan Barisan Nasional.
Pengakuan Deepak melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembunuhan Altantuya dan pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap campurtangan Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam urusan polis sangat merimaskan UMNO untuk menghadapi pilihanraya.
Amat sukar untuk UMNO dan Barisan Nasional menang dalam pilihanraya jika mereka dalam keadaan bertahan, tidak menyerang.
Justeru, peluru 'zaman Jepun' perlu digunakan untuk menyerang balas Pakatan Rakyat.
'Amanat Haji Hadi' dilihat isu yang terbaik untuk menyerang walaupun ia adalah isu lapuk.
UMNO silap jika menyangka bahawa peluru tersebut boleh mematikan sokongan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Rakyat telah pun memahami bahawa isu ini ditimbulkan hanyalah kerana pilihanraya makin hampir.
'Amanat Haji Hadi' bukan ucapan menghukum orang UMNO sebagai kafir.
Ia adalah ucapan untuk menerangkan kepada seluruh umat Islam tentang batas iman dan kufur.
Tugas menerang adalah tugas yang menjadi tanggungjawab semua para pendakwah agar umat Islam tidak tergelincir daripada aqidah yang sebenar.
Perhatikan kata-kata 'amanat' tersebut:
"Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku."
Jelas, ia adalah amaran agar umat Islam perlu berhati-hati agar tidak mengamalkan politik suku, agama suku kerana ia boleh merosakkan aqidah.
Begitu juga perkataan: "Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam."
Perkataan ini bukan bermaksud orang UMNO itu kafir, jika mati berlawan dengan mereka maka ia mati syahid.
Tetapi maksud mati syahid di sini ialah mati dalam keadaan memperjuangkan Islam dan menegakkannya. Perjuangan PAS adalah jihad yang mendapat balasan pahala daripada Allah s.w.t.
Jihad itu sendiri mempunyai makna yang luas yang tidak terhad pada peperangan dan pembunuhan.
Ia melingkupi semua usaha dan pengorbanan sama ada masa dan harta untuk menegakkan agama Allah.
Kenyataan bahawa "Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO, kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah" menguatkan lagi bahawa 'amanat' tersebut ditujukan kepada semua orang Islam.
Ia bermaksud sesiapa sahaja sama ada UMNO atau pun tidak yang mengekalkan perlembagaan sekular penjajah akan ditentang.
UMNO perlu membezakan di antara 'menerang' dan 'menghukum'.
'Menerang' adalah menyebut secara umum tanpa disebut nama individu yang terlibat sebagaimana yang terdapat dalam 'amanat' tersebut.
Ada pun menghukum, ia adalah dakwaan terhadap individu tertentu. Ia bukan kerja para pendakwah tetapi ialah adalah tugas para hakim.
Hakim perlu mendapatkan bukti bahawa fulan bin fulan telah mengatakan sesuatu yang menjejaskan aqidah tanpa dipaksa dan dalam keadaan jahil.
Jika cukup keterangan maka hakim boleh menjatuhkan hukuman kafir terhadap individu tersebut.
UMNO umpama orang yang memakan cili dan merasai pedasnya. Adakah orang UMNO merasai bahawa mereka telah memisahkan antara politik dengan agama?
Oleh kerana itu mereka merasakan bahawa 'amanat' tersebut hanya ditujukan kepada mereka sedangkan ia ditujukan kepada semua orang Islam hatta kepada orang PAS sendiri.
Hakikatnya, UMNO tidak dapat membezakan di antara 'menerang' dan menghukum'.
Mereka tidak terasa jika mereka tidak pernah menganggap politik tiada kena mengena dengan agama.
Mereka sepatutnya menyedari pentingnya agama dalam memandu politik.
*Penulis adalah Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).
Sumber HD - 22-12-2012

No comments:
Post a Comment