Momokan Komunis Terhadap Hj Mohamad Sabu dan PAS
Oleh Ustaz Ahmad Awang
Sudah hampir dua minggu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (HMS) menjadi sasaran serangan pucuk pimpinan UMNO, bermula daripada Presidennya, Dato' Sri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta lain-lain pemimpin UMNO pelbagai peringkat terutama yang paling kuat mengampu seperti Rais Yatim, Ahmad Maslan, Noh Omar, dan Khairy Jamaluddin.
Serangan itu bermula apabila Utusan Malaysia pada halaman utamanya pada 27 Ogos yang lalu, mendakwa bahawa HMS dalam satu ceramahnya di Padang Menora, Pulau Pinang pada 21 Ogos berkata, “Pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.”
Akhbar milik UMNO itu memutarbelitkan ucapan Timbalan Presiden PAS itu dengan mendakwa bahawa beliau menyatakan Mat Indera, seorang Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah wira dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Media cetak, elektronik dan internet UMNO termasuk blogger-blogger pencacai UMNO terus menyerang HMS dan PAS. Topik dan motif serangan yang merupakan tuduhan dan fitnah bertujuan untuk menggambarkan bahawa HMS menyanjung perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) atau sekurang-kurangnya mengaitkan HMS dan PAS dengan komunis.
Yang agak melucu malah memalukan, ikut tumpang semangkuk menyerang HMS adalah mantan Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, dan beberapa orang ahli akademik termasuk Prof Tan Sri Khoo Kay Kim dan Prof Abu Bakar Hamid (yang selama ini saya menghormati kedua-duanya). Ada pula dua orang profesor (dari USM dan UiTM) yang mempertikai kenyataan Timbalan Presiden PAS itu dengan hanya merujuk kepada laporan Utusan Malaysia yang memutarbelitkan kenyataan beliau. Agaknya kedua-dua profesor seperti inilah yang dikategorikan sebagai “profesor kangkung” yang mulanya diungkapkan oleh mantan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof DiRaja Ungku Abdul Aziz.
Sepatutnya profesor-profesor tersebut dan mereka yang hendak membuat ulasan kenalah mengetahui terlebih dahulu apa yang sebenar diucapkan oleh HMS, bukannya berasaskan kepada laporan Utusan Malaysia yang memang sentiasa melaporkan pelbagai berita yang bohong dan fitnah terhadap PAS khasnya, dan Pakatan Rakyat amnya. Utusan Malaysia sudah menjadi alat propaganda UMNO 99.9 peratus. Kalau pun mereka berkenaan itu tidak mengikuti sepenuhnya ucapan HMS yang mengandungi hampir 5,000 perkataan itu, sekurang-kurangnya mereka bacalah transkrip ucapan berkenaan Mat Indera itu yang hanya lebihkurang 100 perkataan. Cuba baca betul-betul apa yang HMS kata seperti berikut:
“... tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena... bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong... Bukit Kepong polis itu... polis British... hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan... ketuanya Mat Indera... Melayu... tetapi semua sejarah itu ditutup... Jins Samsudin buat filem... Jins Samsudin tu UMNO... cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat... polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British... tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera... ketua penyerang balai polis itu... dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping...”
Inilah ayat-ayat yang diputarbelitkan Utusan Malaysia yang kemudian digunakan oleh UMNO dan pencacai-pencacainya untuk menyerang HMS, kononnya HMS menghina polis dan membela komunis. Padahal tidak ada pun perkataan “komunis” yang disebut beliau. Mengikuti ucapan HMS, dapat difahami bahawa beliau menyebut cerita filem Bukit Kepong yang dibuat oleh Jins Samsudin (seorang pendokong UMNO) itu hanya sekadar untuk menggambarkan bahawa UMNO hanya mengiktiraf mereka yang berjasa, kerana mereka bersama dengan British yang menjajah negara kita. Bagi UMNO, mereka yang berkerjasama dengan penjajah British adalah pejuang dan mereka yang menentang British adalah penderhaka atau petualang.
Sebab itu di awal ucapannya antara lain HMS berkata:
“Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen... kalau nak buh Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah... kena letak juga Dr Burhanuddin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, kena letak juga Dato’ Ahmad Boestamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya... ini penentang-penentang British... tapi bila merdeka, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Onn... kalau gitu UMNO lah yang layak... betul ke dak?”
Dalam ceramah tersebut HMS tidak nafikan sumbangan tokoh-tokoh UMNO itu, tapi apa yang dikritik beliau adalah sikap UMNO dan kerajaan BN yang menggelapkan jasa pihak lain yang turut berjuang untuk kemerdekaan negara. Tiba-tiba sekarang HMS dituduh sebagai penyokong komunis kerana menyebut nama Mat Indera sebagai seorang pejuang kemerdekaan kerana menentang British dalam masa penjajahan (1950) yang kemudiannya mati di tali gantung.
Sebenarnya kalau mengikuti sejarah UMNO, memang UMNO paling gemar memomokkan pihak-pihak yang tidak bersamanya sebagai penyokong komunis atau mendokong fahaman komunisme. Mula-mula dari Presiden UMNO yang pertama Dato’ Onn Jaafar, UMNO menuduh pejuang kemerdekaan yang tidak bekerjasama dengan penjajah Inggeris sebagai komunis seperti Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Begitu juga Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh, dan Partai Rakyat Kalimantan Malaya (PRKM) yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Wahab Nor. Kesemuanya dianggap sebagai penyokong komunis.
Suatu ungkapan Dato’ Onn Jaafar yang dicatatkan dalam sejarah politik negara ialah, “hubaya... hubaya... bahaya dari gunung” yang merujuk kepada kongres di Gunung Semanggol pada Mac 1948 yang dihadhiri oleh kira-kira 5,000 orang dari parti-parti politik yang tersebut di atas dan juga parti-parti bukan Melayu yang tergabung dalam All Malaya Joint Council for Action (AMCJA).
Malah Dato’ Onn Jaafar mengulangi kata-katanya itu dengan mengatakan bahaya dari gunung masih ada lagi, dan ditambah satu bahaya lagi yang tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana sebenarnya parti Islam itu (Hizbul Muslimin) “merah” (yakni komunis). Tidak hairanlah pemimpin-pemimpin UMNO kemudiannya selepas itu sering mengaitkan PAS dengan komunis atau kegiatan komunis sehinggalah ke hari ini, seperti fitnah yang dilemparkan ke atas HMS. Ini adalah kerana momokan komunis paling mudah mempengaruhi masyarakat Melayu untuk menerimanya, walaupun tuduhan dan momokan tersebut kadang-kadang tidak masuk akal.
Bayangkanlah seorang ulama’ seperti Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, begitu juga Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy dicop pro-komunis atau sebagai pendokong fahaman komunisme. Saya masih teringat lagi setelah penjajah Inggeris mengisytiharkan Darurat pada Jun 1948, kira-kira sebulan selepas itu sebuah pesawat kecil terbang rendah menggugurkan puluhan ribu risalah di kawasan Semanggol Selinsing dengan gambar portret Dr Burhanuddin yang dicop sebagai pendokong komunis. Ketika itu Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa pemimpin Hizbul Muslimin, API, dan PRKM telah ditangkap oleh penjajah Inggeris, yang kemudiannya ditahan tanpa bicara selama hampir 5 tahun. Dr Burhanuddin tidak dapat ditangkap kerana berada di Singapura yang tidak termasuk dalam kuasa undang-undang Darurat Malaya. Beliau hanya kemudian ditahan di Singapura dalam peristiwa rusuhan Natrah pada 1951.

Dari kiri: Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam
Penjajah bertindak demikian atas desakan UMNO ketika itu. Seorang penghulu muda khas dihantar oleh kerajaan ke Semanggol untuk mengintip pergerakan pejuang-pejuang kemerdekaan di Semanggol khasnya pemimpin dan pendokong Hizbul Muslimin. Penghulu muda tersebut adalah anak buah kepada seorang yang ada hubungan rapat dengan Dato’ Onn Jaafar dan seorang pemimpin UMNO pada ketika itu.
Sejarah seperti inilah yang perlu dibaca oleh orang-orang yang otaknya terkongkong dengan propaganda dan khurafat UMNO mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan negara kita. Orang seperti Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Seri Khalid Abu Bakar perlulah membuka minda mereka sedikit supaya jangan dianggap sebagai katak di bawah tempurung. Selaku anak jati Gunung Semanggol dan bekas anak murid kepada Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, saya sedia memberi banyak lagi maklumat dan cerita yang saya sendiri menyaksikan... bolehlah hubungi saya.
Dari kiri: Shamsiah Fakeh, Ishak Haji Mohammed dan Ibrahim Yaakob
Kini UMNO berada dalam gelabah menghadapi PRU 13. Media alat UMNO khasnya Utusan Malaysia menyerang dan memburukkan HMS semenjak beliau mencalonkan dirinya untuk bertanding jawatan tertinggi nombor 2 dalam PAS. Apabila beliau menang sebagai Timbalan Presiden, UMNO makin bimbang kerana hubungan HMS dengan pimpinan DAP terutama Lim Guan Eng begitu rapat dan mesra yang memang diketahui ramai. Dengan mengaitkan HMS dengan komunis, kelak mereka akan kaitkan pula hubungan PAS dengan DAP sebagai hubungan yang kononnya ada kaitan dengan fahaman komunisme. Lebih mudah lagi mengaitkan DAP dengan komunis kerana sebahagian besar ahli-ahli dan pimpinannya adalah dari kaum Cina. Tetapi mereka terlupa bahawa UMNO lah yang kini paling rapat hubungannya dengan Parti Komunis China dan kerajaan UMNO BN lah di rantau Asia Tenggara yang mempunyai hubungan paling intim dengan kerajaan komunis China.
Dalam bahagian kedua nanti saya akan mendedahkan bagaimana UMNO semenjak zaman pengganas komunis masih bergerak menentang kerajaan Malaysia, pemimpin UMNO sudah menjalin hubungan mesra dengan komunis China...
Sumber DD : 8/09//2011
Dr Farish Noor: Rekonstruksi Semula Sejarah? |
Harakahdaily |
Oleh Dr Farish A Noor [Di terjemahkan daripada artikel asal “Historical Reconstruction Again” oleh Ahmad Nabil Amir] Dan begitulah, dengan alasan yang kompleks dan menjengkelkan, sejarah silam ditarik sekali lagi kepada kenyataan sekarang; sementara kita rakyat Malaysia terus membenamkan kepala ke dalam tanah dan melupakan masa depan. Kini kebanyakan kita tentu sudah mangli dengan kontroversi kecil yang mendapat liputan besar dan disiarkan sebagai tajuk utama: iaitu persoalan sama ada pergelutan yang terjadi dalam serangan ke atas balai polis Bukit Kepong harus dikenang sebagai detik historis dalam sejarah perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan. Malangnya kepada semua parti yang terlibat kelihatan isu ini telah dirampas oleh politik dan ahli politik lagi, seperti yang lazim berlaku di Malaysia hampir setiap hari. Lebih membimbangkan ialah bagaimana keragaman aspek dalam peristiwa ini diangkat secara selektif oleh parti dan aktor yang berlainan untuk melanjutkan hujah mereka, dan mengenepikan kepentingan untuk melihat dalam konteks yang lebih luas terhadap landas yang memunculkan peristiwa ini. Adalah mustahil untuk bersikap objektif dalam hal yang berkait dengan penulisan dan pembacaan sejarah, dan kemungkinan kita dapat menyingkirkan kepura-puraan tersebut. Tetapi buat ketika ini mungkin sebahagian nota pinggir mengenai hal tersebut akan bermakna untuk membuka ruang pencerahan dan perjernihan sedikit sebanyak. Adakah PAS pro-Komunis? Soalan yang cukup janggal.. Mana mungkin parti Islam sokong Komunis!A. Adakah PAS pro-Komunis? Salah satu hasil dari perdebatan ini adalah kebangkitan semula pertanyaan lapuk sama ada PAS (Parti Islam se-Malaysia) adalah pro-komunis dalam sejarahnya ketika itu. Hal ini kelihatan sebagai satu pertanyaan yang janggal untuk dikemukakan sama sekali, kerana nyata tidak serasi bagi parti Islam untuk menaruh rasa simpati terhadap fahaman komunisme, yang sering dipandang sebagai pencetus masalah terhadap cita-cita Islam. Tetapi harus diingat bahawa ketika parti Islam Malaya didirikan pada November 1951, banyak pengasas yang membinanya adalah nasionalis yang anti-penjajah yang ingin melihat tamatnya pemerintahan British di Tanah Melayu. Sebahagian daripada mereka adalah bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan juga parti Islam yang pertama di negara ini, Hizbul Muslimin (yang berhasil didirikan, dan sejurus kemudian diharamkan, pada 1948). Sejarah kekirian PAS mencapai kemuncaknya di bawah teraju Presiden Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), yang tidak menyembunyikan penentangannya terhadap undang-undang British dan antara yang enggan menetapkan perundingan untuk mencari penyelesaian dengan British. Dr. Burhanuddin melahirkan rasa simpati terhadap Parti Komunis Malaya (MCP), yang berkongsi perasaan anti-British dengannya; tetapi ini tidak bermakna beliau mendukung Komunisme sebagai suatu ideologi. Pendirian PAS terhadap MCP ketika itu (dalam dekad 1950an dan 1960an) justeru adalah cukup pragmatik yang berlatarkan satu matlamat bagi menolak pemerintahan kolonial British. Bagaimanapun, harus disedari bahawa PAS juga turut gusar dengan pengaruh Beijing di rantau ini, dan tiada alasan untuk mencadangkan bahawa pemimpin PAS sedia menerima Tanah Melayu diperintah di bawah telunjuk Komunis, baik secara langsung atau tidak, dari Beijing. B. Adakah parti MCP alat kepada Komunis China? Kenyataan bahawa MCP dan sayap gerilanya menentang apa jua dan sebarang bentuk penjajahan pemerintah British adalah mudah untuk dibuktikan, dan rekod perjuangan mereka dalam membakar semangat anti-kolonial tersedia bagi sesiapa untuk menyiasat. Persoalan yang lebih sulit untuk dijawab bagaimanapun adalah ini: sejauh mana bebasnya MCP, dan adakah ia – sebagaimana didakwa British – bekerja untuk melanjutkan pengaruh komunis China di rantau ini waktu itu? British kadangkala kaku dalam menangani hal MCP, dan harus diingat bahawa lakaran imej MCP sebagai ‘ancaman bangsa Cina’ adalah hasil bikinan agensi propaganda penjajah British ketika itu. Di sini, bagaimanapun, perspektif yang lebih luas tentang perkara ini mungkin berguna. Fikirkan tentang Malaya pada tahun 1950an dan layari rantau ini secara menyeluruh, tatkala Perang Dingin sedang hangat. Di Vietnam, Burma dan Indonesia parti Komunis sedang menggembling kekuatan dengan jumlahnya; dan boleh jadi kebimbangan terbesar terhadap Britain ketika itu (seperti yang digusarkan oleh penjajah Perancis dan Belanda yang pergi) adalah kemungkinan seluruh Asia Tenggara menjadi wilayah Komunis. Harus diingat bahawa ini adalah masanya ketika rantau ini digelar ‘Benteng Kedua dalam perang terhadap Komunisme’; dan tatkala blok Barat ingin memastikan bahawa Indonesia – sebagai negara terbesar di rantau ini – tidak akan jatuh ke tangan Parti Komunis Indonesia (PKI). D. N. AiditDi Indonesia, PKI bangkit dengan tangkas dan menggarap kuasa di bawah kepimpinan manusia seperti D.N. Aidit, dan cukup instrumental dalam membangunkan kekuatan militer rakyat yang kemudiannya mencetuskan gerakan pembantaian ke atas Malaya dalam kempen ‘Ganyang Malaya’ (Hancur Malaya). Hanya setelah kegagalan menggerakkan rampasan kuasa pada 1965 dan penghapusan yang nyata parti PKI antara 1966 hingga 1970 ancaman Komunis di Indonesia reda, dan ikatan antara Malaya dan Indonesia kembali normal. Berlatarkan hal inilah muncul ketakutan terhadap MCP – dan kebimbangan bahawa ia didukung oleh China – yang disuarakan dan dicanai di Malaya. Sementara adalah benar bahawa MCP anti-British, tiada bukti untuk mencadangkan bahawa ia mendakwa akan dukungan majoriti di kalangan masyarakat utama Melayu-Muslim di negara ini, walaupun terdapat askar melayu dalam Regimen ke-10. C. Harus Berunding atau Bertempur? Kemungkinan isu yang paling sengit daripada semua ini adalah sama ada perjuangan menuntut kemerdekaan sebenarnya diperjuang dan dimenangi oleh Sosok Kiri, Islamis atau Nasionalis di Malaysia. Di sinilah medan jangkaan dan seseorang cuma dapat meneka dan membuat spekulasi. Kenyataannya adalah langkah keselamatan yang diperkenalkan sewaktu pengisytiharan tempoh Darurat yang Pertama (1948-1960) bererti hampir kesemua parti dari golongan-kiri, gerakan kesatuan peniaga, kumpulan pekerja, dan lain-lain dihapuskan atau disingkirkan. Mereka yang tinggal untuk meraih keuntungan daripada hal ini adalah pejuang kebangsaan yang konservatif yang memilih untuk menerima perundingan tentang syarat kemerdekaan Tanah Melayu, dan mereka yang merundingkan beberapa isu termasuk hak kerakyatan kepada yang bukan Melayu dan lain-lain. Tetapi tidak kira bagaimana seseorang melihatnya, kenyataan dalam sejarah adalah gerakan sosok-kiri di negara ini ditubuhkan lama sebelum parti dan gerakan kebangsaan-konservatif muncul. (parti Anarki Melayu diasaskan pada 1919, sebagai contohnya; dan parti MCP pada 1930. Sebaliknya MCA hanya ditemui pada Februari 1949.) Tentu kita boleh mengandaikan spekulasi sepanjang mana jua berkait dengan persoalan yang banyak tentang ‘bagaimana sekiranya’ situasi lampau itu berbeza. Bagaimana sekiranya MCP tidak diharamkan? Bagaimana sekiranya MCP berhasil dalam kempen gerilanya? Bagaimana sekiranya separuh rakyat Melayu mendukung sayap kiri, dan seterusnya. Britain tidak ‘melepaskan’ Malaya dengan kerelaannya, tetapi terpaksa melakukannya kerana kemusnahan ekonomi kolonialnya di saat Perang Dunia Kedua.Tetapi dalam peristiwa sebenar, sebagaimana ia berlaku, sosok kiri yang radikal semuanya menghilang pada saat akhir perundingan dan hanya gabungan UMNO-MCA yang berhasil mengaturkan syarat akhir pengunduran British dari Malaya. Jangan jadi terlalu optimis tentang ini: Britain tidak ‘melepaskan’ Malaya dengan kerelaannya, tetapi terpaksa melakukannya kerana kemusnahan ekonomi kolonialnya di saat Perang Dunia Kedua. Matlamat utamanya ketika itu adalah untuk memastikan pelaburan pentingnya di bekas tanah jajahannya tidak dimilik-negarakan, seperti dalam kes di Indonesia ketika Sukarno merampas semua aset kapital pemerintah Belanda dan memilik-negarakannya. Tidak mengejutkan, Britain mahu memastikan pelaburannya dalam bijih dan getah tidak lenyap ketika ia berundur. Bagaimanapun kita ditinggalkan dengan beberapa hal untuk difikirkan: Malaya (ketika itu dibawah Tunku Abdul Rahman) merundingkan kemerdekaannya dengan syarat yang membawa faedah bagi kedua pihak. British tidak ditembak hingga terburai atau dibedil hingga relai, dan sungguhpun kehilangan nyawa dalam perang gerila namun harga kemusnahan manusia adalah kurang berbanding apa yang dipertaruhkan di Vietnam dan Indonesia. Sebaliknya, dalam tiga negara di mana perjuangan anti-kolonial diketuai oleh pasukan tentera tempatan – Indonesia, Vietnam dan Burma – tentera tempatan itu kemudian mengambil alih kuasa dan beraksi secara langsung dalam politik dalam dekad seterusnya. Seandainya perang yang sama dicetuskan di Malaya, mungkinkah lahir situasi di mana tentera nasionalis meraih kuasa juga, dengan jeneral dan kolonel mengambil alih kerajaan sepertimana mereka lakukan di Vietnam, Indonesia dan Burma? Yang mana satu dari hal itu yang telah menyeret perdebatan kita tentang ‘perundingan berbanding dengan perjuangan’. Cuba lakukan penerbangan ke Vietnam atau Indonesia dan di mana saja anda akan menyaksikan tugu pejuang-kebebasan, jeneral, kolonel, pemimpin gerila dan lain-lain. Generasi kepimpinan Malaya yang pertama, sebaliknya, hampir tidak pernah melepaskan satu tembakan atau menikam seseorang dengan pisau belati. Tetapi adakah itu perkara yang buruk? Sementara saya memahami nilai patriotisme dan keberanian dalam menghadapi musuh; seseorang harus juga bertanya: jika dan apabila kita dihadapkan dengan musuh yang mahu berundur yang ingin merundingkan syarat pengunduran, patutkah kita berunding atau berlawan? Saya secara peribadi merasa muak dengan kesemua percakapan kejantanan yang menzahirkan sifat macho dan aksi heroik, dan dengan terus terang benci pada semua lagak keganasan. Melihat pada India, kita harus ingat bahawa sementara terdapat nasionalis India yang bersedia untuk bertempur dengan kekuatan militer British (seperti Subhas Chandra Bose), kemerdekaan India juga dirundingkan – melalui kaedah pembangkangan sivil yang pasif dan penentangan yang berterusan, daripada menggunakan senapang dan bom. Hal yang sama boleh diungkapkan tentang Afrika Selatan, dimana dasar Apartheid ditundukkan oleh tuntutan akhlak yang tinggi daripada tenggelam ke tahap yang sama dengan keganasan regim. Negara-negara di mana gerombolan nasionalis militia/askar tempatan menentang cengkaman penjajah hasilnya adalah campurtangan militer, dan penerusan pengaruh militer dalam politik..PATUTKAH nasionalis Melayu memilih untuk berunding atau berjuang ketika itu? Sekarang dengan jujur saya tidak melihat bagaimana persoalan ini dapat dijawab secara objektif oleh sesiapa (walau saya sendiri). Apa yang boleh kita katakan, dengan sedikit kepastian, adalah dalam kes negara-negara di mana gerombolan nasionalis militia/askar tempatan menentang cengkaman penjajah hasilnya adalah campurtangan militer, dan penerusan pengaruh militer dalam politik. (Pasukan tentera Indonesia di bawah pentadbiran Sukarno dan Suharto menuntut hak untuk menubuhkan kuasa politik, berdasar pada sejarah institusinya dan peranannya dalam perang menumpaskan penjajah.) Apakah yang berlaku sesudah itu? Berkemungkinankah Tanah Melayu/Malaysia dengan itu menjadi negara militer? Kita sama sekali tidak tahu, dan spekulasi yang melangkaui hal ini, adalah, sia-sia. Asas dari kebuntuan yang berakar dalam politik Malaysia kini nampaknya berlegar pada persoalan siapa yang menulis sejarah negara kita dan siapa yang mentafsir/memaknakannya. Kemungkinan salah satu alasan mengapa kita terus saja mengulangi perdebatan ini adalah kebimbangan bahawa sejarah kita tidak cukup inklusif sebagaimana sepatutnya. Kita tidak boleh menafikan bahawa akhirnya pakatan UMNO/MCA yang memenangi syarat kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Tetapi kita juga tidak dapat, dan tidak wajar, menafikan peranan yang dimainkan oleh kumpulan lain termasuk gerakan kesatuan peniaga, gerakan sekerja, media yang masih mentah ketika itu, golongan inteligensia anak watan, budayawan, aktivis Islam dan pejuang kiri kesemuanya. Kesemua mereka adalah sebahagian daripada keseluruhan drama yang kita nyatakan sebagai sejarah negara kita. Dan sejarah negara kita harus menjadi jelas begitu: suatu rakaman Sejarah Negara yang memperlihatkan kerumitan dan kepelbagaian daripada hal yang kompleks ini yang dipanggil ‘Malaysia’. Kekesalan saya, sebagai ahli akademik yang tidak mempunyai pilihan, adalah nilai objektiviti dan keseimbangan telah lama meninggalkan pentas dan terlontar keluar dari jendela. Namun kita tidak harus lupa bahawa kisah sejarah yang dipintal menurut acuan yang pincang dan berat sebelah tidak sekadar menggambarkan catatan silam yang tidak benar atau tidak sempurna; malah turut menjadi legasi yang terputus yang sedihnya akan diwariskan pada generasi akan datang. Dan hal itu bukan satu kehilangan kepada salah seorang daripada kita, tetapi kepada semua. Dr. Farish A. Noor adalah Felo Penyelidik Kanan di S. Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University NTU, Singapura dan penulis buku Islam Embedded (Vol: I & II) —The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS (1951-2003). Penerbit: Malaysian Sociological Research Institute, Kuala Lumpur Tahun: 2004 ISBN: 983-99866-8-6. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5296-dr-farish-noor-rekonstruksi-semula-sejarah
Kajian: Mat Indera bukan komunis |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis. Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian tersebut adalah Latihan Ilmiah untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem”. Tambahnya, tujuan kajian tersebut adalah untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong, Muar. Menurutnya, meskipun kajian tersebut adalah dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Haji Nawi Idrus, Ketua Pengawal Kampung (Home Guard) dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan. “Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka. “Setakat kajian PPP, mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera,” jelasnya dalam satu kenyataan. Di dalam kajian tersebut, ujarnya pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai: “Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya.” Selain daripada itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis. “Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas,” katanya. Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Haji Ibrahim Jubah dan Haji Muhammad Yassin Muhammad (bapa Tan Sri Muhyiddin). Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu. Malah, katanya menurut pengkaji lagi pada mukasurat 30, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif. Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua. “Fakta ini sekaligus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD, bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi,” ujarnya. Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA, sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun. Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya. “Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal,” ujarnya. Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya “25 Tahun Merdeka” mukasurat 357-358: “Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat Nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita. “Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan To’ Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Dato’ Dol Said di Naning, Dato’ Maharajalela di Pasir Salak, To’ Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu”. Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, PPP melihat kenyataan Tan Sri Abdul Samad Idris itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5301-kajian-mat-indera-bukan-komunis
Komunis: Najib jangan bohongi rakyat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar-benar ikhlas hendak melawan komunis. “Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MoU dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2010. Ini, ujarnya bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti. Tambahnya, lebih merbahaya lagi Umno bersetuju untuk menghantar pemuda dan puteri untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini, jelasnya bererti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak. Katanya, jika Najib enggan memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka. “Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Parti Komunis China,” ujarnya. Soal beliau, apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya. “Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? “Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya?” tanya beliau lagi. Justeru, katanya PAS menganggap kedua-duanya sama-sama merbahaya kepada negara dan agama. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6161-komunis-najib-jangan-bohongi-rakyat
No comments:
Post a Comment