Nabi pun dianggap pengkhianat |
Khairul Azlam Mohamad | |||
MARANG, 29 Ogos: Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
“Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT,” tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.
“Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.,” jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah. Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri. Tegasnya, Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah mengabdikan diri kepada Allah SWT. Beliau yang juga ahli parlimen marang berkata, tidak ada kemerdekaan selagi tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT. “Selagi sembahyangnya tidak mengadap Allah, selagi syariat dan hukum-hakamnya tidak mengikut syariat dan hukum-hakam Allah, tidak dinamakan merdeka dalam erti kata yang sebenar,” jelasnya. Tegasnya, perjuangan memerdekakan manusia dengan hanya mengabdikan diri kepada Allah. “Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka.
“Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai, perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w. belum selesai,” ujarnya lagi.
|
Rayakan rakyat buat perubahan PRU 13 |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Ogos: “Marilah bersama-sama kita mengubah apa yang berlaku sekarang supaya kita dapat menghayati suasana ‘raya’ dengan lebih bermakna lagi.
“Rayakan rakyat dengan membuat perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang,” kata Pengerusi Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS), Mohd Firdaus Jaafar.
Beliau berkata, sambutlah tetamu yang berkunjung bukan sekadar dengan juadah tapi juga dengan maklumat terkini dan isu-isu yang tidak dimainkan di media arus perdana. Tambahnya, jadikan minda rakyat bebas daripada penipuan Umno BN, juga ‘rayakan’ rakyat dengan menolak kebatilan. Beliau juga mengajak umat Islam bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada semua sepanjang bulan Ramadhan ini sehingga dapat mengisinya dengan agenda-agenda yang membawa kepada ketaqwaan yang sejati. “Setelah kita berjaya menyempurnakan latihan Ramadhan selama sebulan, dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri sebagai satu tanda kesyukuran kita terhadap nikmat-nikmat Allah SWT,” ujarnya dalam perutusan Idulfitri 1432H yang disambut hari ini. Katanya, Ramadhan diharap dapat membentuk diri mengenali sifat kehambaan kepada Allah SWT dengan lebih mendalam supaya selepas ini akan senantiasa mematuhi setiap suruhan-Nya. Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, dengan latihan ubudiyah selama sebulan insya Allah telah dapat memenuhi KPI berpuasa iaitu ketaqwaan kepada Allah SWT. Bagi mereka yang akan pulang ke kampung, LaPAS ingin menasihati agar sentiasa berhati-hati ketika memandu. Katanya, banyakkan bersabar memandangkan jumlah kenderaan yang banyak dan keadaan jalan raya yang sesak sudah pastinya menimbulkan suasana yang tidak selesa namun sekiranya patuh pada undang-undang yang ada, sekurang-kurangnya dapat melancarkan perjalanan. LaPAS juga, ujarnya ingin berpesan kepada semua pengguna agar lebih bijak dalam berbelanja bagi menghadapi musim raya. Serunya, gunakanlah sepenuhnya hak sebagai pengguna supaya tidak diambil kesempatan oleh para peniaga dengan sewenang-wenangnya. “Berhemahlah dalam berbelanja kerana umumnya pasti mengetahui bahawa janji ‘pak menteri’ yang harga barang tidak akan naik menjelang musim perayaan hanyalah ‘omong kosong’ demi untuk ‘menyelerakan’ halwa telinga rakyat yang mana pada hakikatnya sudah pasti berlaku kenaikan harga barang yang mendadak dek kerana kelemahan kerajaan yang ada,” ujarnya. Dan yang pastinya, kata beliau alasan serupa yang akan di’recycle’ oleh pihak berkuasa ialah kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga. Oleh itu, ujarnya lagi LaPAS menyeru kepada semua agar sesuatu dapat dilakukan untuk mengubah kembali suasana yang ada kepada yang lebih baik lagi. Menurutnya, Malaysia sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsul namun dek kerana dimonopoli oleh hanya segelintir golongan, maka natijah kenaikan harga barang yang cukup membebankan rakyat tidak dapat dielakkan. Katanya, dan yang paling menyedihkan lagi apabila yang terpaksa menanggung kesannya adalah rakyat marhaen. “Sebulan kita membina keimanan, Ramadhan menjadi pembersih hati umat Islam. Selamat Hari Raya Idul Fitri 1432H. Maaf zahir dan batin,” ujarnya. |
Sambut merdeka macam sambut ulang tahun Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Kesan daripada kerajaan menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara. “Bukan rakyat tidak patriotik, tetapi rakyat mual dengan Umno. “Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat / Ketua Jabatan Tarbiyah
Justeru, katanya ke mana pergi nama-nama yang mempelopori kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam dan lain-lain lagi.
Armarhum Dr Burhanuddin al Helmy - Mantan YDP PAS Pusat
Allahyarham Ibrahim Yaakob
Armarhum Ustaz Abu Bakar al Bakir - Pemimpin Hizbul Muslimin
Allayarham Ahmad Boestamam
“Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sebaliknya, kata beliau yang diuar-uarkan ketika menyambut kemerdekaan ialah tokoh-tokoh Umno. Pada hal, ujarnya kewujudan Umno hanyalah kerana menentang Malayan Union 11 Mac 1946, malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.
Armarhum Tunku Abdul Rahman Putra al Haj - PM I Tanah Melayu
Menurutnya, laungan kemerdekaan hanya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 di Persidangan Agung Pemuda. Maknanya, kata beliau Umno begitu lambat untuk menyuara kemerdekaan.
Pada hal, tambahnya golongan yang tidak mahu berkompromi dengan British sudah lama menyuarakan kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945), Hizbul Muslimin (1948).
Ini, katanya tentu rakyat bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika memperjuangkan kemerdekaan “Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah,” ujarnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5171-sambut-merdeka-macam-sambut-ulang-tahun-umno
Sebagaimana berkata Rub’ie bin Amir kepada panglima tentera Parsi bahawa kemerdekaan itu ialah membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada pengabdian diri kepada Allah dan membebaskan manusia daripada kezaliman kepada keadilan Islam.
2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.
3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.
4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.
5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).
6. Tuntutan BERSIH 2.0, lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada "di kandang orang salah" menurut pandangan rakyat.
7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.
8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.
9. Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.
*Kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri) pada 2 September 2011.
Perutusan Hari Kemerdekaan Presiden PAS
Oleh Presiden PAS
KETIKA umat Islam berada di penghujung Ramadan, Malaysia pula berada di ambang menyambut kemerdekaan yang usianya sudah melebihi setengah abad.
Penting bagi kita umat Islam khususnya dan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami makna kemerdekaan menurut Islam sebagaimana teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat, dan di zaman kegemilangan Islam.
Sebagaimana berkata Rub’ie bin Amir kepada panglima tentera Parsi bahawa kemerdekaan itu ialah membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada pengabdian diri kepada Allah dan membebaskan manusia daripada kezaliman kepada keadilan Islam.
Rasulullah s.a.w meninggalkan sejarah Fathul Makkah yang berlaku di bulan Ramadan yang juga membawa erti kemerdekaan.
Walaupun yang memerintah Mekah itu merupakan anak jati Makkah, satu bangsa dan keturunan dengan Nabi, mereka hidup dengan penuh kezaliman dan penindasan. Maka peristiwa Fathul Makkah sebenarnya merupakan kesempatan memerdekakan Makkah daripada penjajahan sesama sendiri, akibat melakukan syirik kepada Allah dan berbuat kezaliman.
Di sini juga kita dapat membezakan di antara Islam dengan anutan lain baik agama atau ideologiideologi lain dalam mentakrifkan kemerdekaan dan penjajahan.
Islam tidak melakukan penjajahan, sebaliknya melakukan pembebasan atau kemerdekaan kepada penduduk sesebuah negara yang dimasuki. Bezanya dengan penjajahan, mereka masuk ke sesebuah negara untuk memperluaskan fahaman mereka yang syirik dan mengambil hasil bumi negara tersebut dibawa ke negara asal mereka.
Sedangkan Islam melarang hasil bumi sesebuah negara khususnya yang ditakluk dipindahkan ke negara lain selagi dalam negara tersebut masih ada orang yang miskin dan memerlukan.
Jadi tidak ada manamana negara yang dikuasai kerajaan Islam melakukan peras atau rampasan harta yang dipindah ke negara lain. Sebaliknya, rakyat diberi hak dan kebebasan dan dilayan secara adil termasuklah yang bukan beragama Islam.
Sebab itulah ada di kalangan bukan Islam yang pernah berada dalam negara diperintah Islam, sedia untuk berpindah ke negara Islam lain, apabila negara mereka tumbang kepada kuasa lain. Ini kerana mereka berasa selamat dan mendapat keadilan di bawah pemerintahan Islam.
Dalam konteks hari ini, kita difahamkan penjajahan itu semestinya dilakukan oleh kuasa luar, bangsa luar dari negara kita. Namun, jika diteliti erti kemerdekaan menurut Islam tersebut, jelas kepada kita bahawa orang-orang yang sebangsa dan berasal dari negara yang sama dengan kita juga berpotensi menjadi penjajah apabila mereka melakukan perhambaan kepada dunia dan berbuat kezaliman di dalam negara tersebut.
Kita sudah melihat di negara kita dan luar negara, bagaimana anak jati negara sendiri yang melakukan kezaliman dan penindasan sesama mereka, seolaholah tidak salah berbuat demikian kerana kita penduduk asal negara ini.
Tetapi Islam menggariskan dengan jelas bahawa kemerdekaan sesebuah negara itu berlaku apabila ia berjaya dibebaskan daripada perhambaan bentuk baru ini dan juga kezaliman yang mesti ditentang walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.
Umno yang menjadi teras pemerintahan negara hari ini, memenuhi syarat penjajah untuk memerintah dan mereka telah bertindak lebih setengah abad sebagai penjajah baru di kalangan anak bangsa, yang telah menyebabkan negara menuju kepada kemelut ekonomi, politik dan sosial yang parah.
Maka kerja utama rakyat Malaysia ketika ini ialah membebaskan negara daripada kekuasaan Umno- BN yang memerintah negara.
Semoga sambutan kemerdekaan ini memberi kefahaman bermakna kepada kita untuk meletakkan negara dalam keadaan bebas daripada belenggu kezaliman tersebut.
Selamat menyambut hari kemerdekaan dan sekalung penghargaan diberikan kepada waris-waris pejuang kemerdekaan negara seperti Tok Janggut, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Tokku Paloh, Mat Kilau dan ramai lagi. Wallahualam.
TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Mat Sabu: Perjuangan menuntut merdeka bukan hanya dipelopori UMNO
Oleh Mohamad Sabu
Sebelum menyertai PAS pada Mac 1978, saya telah berkecimpung dalam ABIM. Di dalam Parti Islam PAS saya telah memegang berbagai-bagai jawatan dan kedudukan samada sebagai AJK dewan pemuda PAS pusat, pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, AJK PAS Pusat, Naib Presiden dan sekarang sebagai Timbalan Presiden PAS.
2. Sepanjang penglibatan saya dalam PAS, di antara tokoh idola saya ialah Jamaludin Al-Afghani, Syed Qutb, Hassan Al-Banna, Imam Khomeini, Omar Mokhtar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan tokoh-tokoh ulama' dan cendekiawan Islam.
3. Saya pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah tahanan ISA. Antara tuduhan ialah sebagai pelampau agama.
4. Adapun tokoh-tokoh lain seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain yang disebut oleh saya adalah sebagai sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka sebagai contoh perbandingan.
5. Tuduhan terhadap saya, secara kasar dari 27 Ogos hingga ke hari ini, 2 September sebagai penyokong komunis dan hendak mendewakan fahaman komunis amat keterlaluan dan menjijikkkan. Segala tohmahan ini untuk memburukkan saya dan parti saya (PAS).
6. Tuntutan BERSIH 2.0, lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih (electoral role) dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN telah dan sedang berada "di kandang orang salah" menurut pandangan rakyat.
7. Pemimpin UMNO dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mula diketahui oleh rakyat jelata khususnya generasi muda. Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh UMNO sahaja.
8. Isu komunis sengaja ditimbulkan oleh akhbar milik UMNO untuk mengalih pandangan rakyat dari menumpukan hal pilihanraya yang bersih dan kenaikan harga barang (inflasi) yang sedang melanda negara.
9. Kebebasan media (cetak, pandang, dengar) yang hampir tidak ada di Malaysia membolehkan propaganda BN berjalan tanpa dapat disanggah dengan berkesan oleh pihak yang dituduh atau difitnah.
*Kenyataan akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar kiri) pada 2 September 2011.
Sumber DD : 3//09//2011
Pemuda Umno minat cerca PAS dari bantu perajurit |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Rancangan Pemuda Umno untuk mengadakan program jelajah yang akan ‘menyerang’ Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu amatlah mendukacitakan dan tidak perlu. Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, tindakan itu diputuskan walaupun pelbagai pihak menunjukkan Mohamad Sabu tidak pernah mengagungkan golongan komunis ataupun mempromosi keganasan dalam ucapan beliau 21 Ogos yang lalu. Katanya, apa yang terang lagi bersuluh dalam kontroversi terkini adalah: perbalahan pendapat yang masih belum terhenti mengenai zaman darurat dan juga zaman-zaman lain dalam sejarah negara membuktikan versi ‘rasmi’ sejarah Malaysia yang diangkat pentadbiran BN belum diterima sepenuhnya semua pihak. Malah, ujarnya ia kelihatan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kegusaran dalam masyarakat, dan menyulitkan segala usaha untuk menyatupadukan rakyat. “Kita tidak boleh nafikan kewujudan pendapat berlainan mengenai sejarah Malaysia dan kita juga tidak boleh nafikan pelbagai pihak yang masih belum sembuh luka silamnya,” ujarnya dalam satu kenyataan. Sebagai parti pemerintah, katanya Umno seharusnya memudahkan perbincangan isu-isu sebegini demi usaha perdamaian nasional, agar sejarah menjadi batu asas dan bukannya batu api kepada masa depan kita bersama. “Inilah yang sepatutnya menjadi matlamat parti-parti politik, terutama sayap-sayap pemuda,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai. Beliau menambah, yang sedihnya, Umno sekali lagi mengguna peluang yang ada untuk menimbulkan syak wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat Malaysia demi masa depan politiknya sendiri. Walaupun begitu, tambahnya pasti timbul keraguan di hati pembaca bila melihat pihak ini tiba-tiba begitu beria-ia mahu perjuangkan nasib bekas perajurit. Nampaknya, ujar beliau Pemuda Umno tidak mahu menumpukan usaha mereka untuk betul-betul membantu bekas perajurit dan mereka yang masih berkhidmat, tapi sebenarnya hanya berminat untuk mencerca PAS dan Mohamad Sabu. Sememangnya, kata beliau lagi jika Umno benar-benar mahu perjuangkan nasib para perajurit negara, mereka akan perjuangkan hak para perajurit untuk mengundi dengan bebas dan adil dan bukannya mempertahan sistem undian pos yang sedia ada yang menganiaya hak mengundi para tentera dan polis. “Lebih dari itu, bukanlah lebih baik jika Umno menyalurkan masa, wang ringgit dan tenaga mereka untuk membantu bekas perajurit Malaysia yang memerlukan bantuan, dan bukannya untuk menjalankan program-program jelajah sebegini,” katanya. Beliau mempersoalkan, bukankah Utusan Malaysia, akhbar alat sebaran mereka, sudah cukup untuk mencerca PAS, Mohamad Sabu dan Pakatan Rakyat amnya. “Kita juga terfikir mengapa para "patriot" ini menganggap siri jelajah sebegini lebih membawa manfaat dan kebaikan dari menyokong, mengawas, dan memberi maklum balas kepada badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dan badan-badan seperti itu,” katanya. Beliau menambah, jika mereka bekerjasama dengan badan-badan ini - untuk perjuangkan pembelian aset-aset Exxonmobil, sebagai contoh - pasti pejuang dan perajurit negara akan menikmati kebaikan dan keuntungan, dan kepentingan negara akan terjaga lagi terselamat. Kata beliau, jika Umno begitu serius untuk perjuangkan nasib bekas perajurit yang telah berjuang demi tanah air tercinta, bukankah mereka sepatutnya membantu bekas perajurit yang telah berjuang sewaktu Perang Dunia Kedua, yang mana ada di antara mereka yang masih belum menerima pampasan atau bantuan di atas perjuangan mereka. Oleh kerana Umno berkata dialah satu-satunya pengasas gerakan kemerdekaan negara kita, ujarnya Umno wajib sedar bahawa ia telah mempersendakan prinsip-prinsip asas negara kerana kerajaan pimpinannya masih memperguna empat perisytiharan darurat yang masih wujud, walaupun sudah 54 tahun kita merdeka. “Apakah negara kita masih belum aman damai hingga empat perisytiharan darurat ini masih diperlukan?” soalnya. Malah, soalnya lagi bukankah ini menunjukkan Umno secara tidak langsung merendahkan martabat para perajurit yang kita kasihi dan memperlekehkan perjuangan mereka selama ini, kerana kononnya negara masih belum selamat dan masih memerlukan empat perisytiharan darurat ini. “Atau adakah Umno yang sebenarnya memerlukan empat perisytiharan darurat ini demi masa depan politik sempit mereka? “Sedarlah wahai Umno, buanglah kepura-puraan kamu, dan marilah berganding bahu bersama Pakatan Rakyat untuk menyembuhkan segala duka lara dan luka negara,” katanya. Justeru, katanya Umno dan lebih-lebih lagi Pemuda Umno harus sedar bahawa, meminjam kata-kata Edward Murrow, membangkang tidak bererti mengkhianat, dan tiada sesiapa yang boleh memonopoli kebenaran ataupun rasa cinta kepada negara. “Inilah patriotisme sejati,” tegasnya. |
PAS ajak Umno debat 'Siapa Pejuang Merdeka' |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Memandangkan Umno begitu berminat menggunakan isu sejarah pra-kemerdekaan negara dalam serangannya, PAS hari ini mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah tersebut atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pernimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak kepada isu kedudukan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah negara. Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama 9 hari ini, kata Tuan Ibrahim rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah. Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini, katanya turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang. “Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicapkan sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis. Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan. Sehubungan itu, PAS sedia berdebat secara ilmiah terbuka dengan Umno pada bila-bila masa bagi menghurai kekusutan ini,” kata beliau, sambil menambah ia adalah satu penyelesaian konkrit kepada isu yang hangat dimainkan di media perdana kini. PAS, katanya turut berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab. “Di sebalik tuduhan golongan ini, adakah mereka sengaja tak mengendahkan fakta-fakta pelbagai aspek, contohnya masa kejadian berlaku, kenapa kerajaan Johor mengiktiraf perjuangan mereka dan kenapa Mat Indera diberi tauliah mengajar agama di Johor – sehinggakan menggelar sesiapa yang memberikan pandangan berlainan terhadap versi sejarah mereka sebagai pengkhianat dan penyokong komunis?” soal beliau. Menjawab tuduhan para pemimpin Umno bahawa PAS kini menyokong komunis, Tuan Ibrahim secara sindir berkata PAS hanya mampu ketawa besar mendengar tuduhan yang dilemparkan hanya kerana PAS ingin membela tempat tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah tanah air. “Tuduhan Umno ini bukan sekadar lawak terbesar, malah jenaka terbodoh abad ini kerana antara PAS dan perjuangan komunis langsung tidak ada titik persamaan. Seperti kata Tuan Guru Presiden PAS, umum mengetahui ‘PAS adalah sebuah Parti Islam, dan kita menentang semua samada British, Jepun serta komunis. Umno pula akan menyokong mana-mana kumpulan yang berkuasa dan boleh memberi keuntungan kepada mereka’,” sindir beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Tuduhan Umno terhadap PAS, katanya seolah-olah hendak menyamakan parti Islam ini dengan parti mereka yang terkenal kerana bertulang-belakangkan ‘kuasa dan hanya kuasa’ saja, di mana segala dasar boleh dijual-beli untuk tujuan mendapatkan kuasa. Selain itu, tegas beliau tindakan Umno ini juga benar-benar menggambarkan parti tersebut ketandusan modal bagi menyerang PAS, yang saban hari dilihatnya sebagai parti yang semakin mampu memberikan tentangan terhebat kepadanya, malah menundukkannya dalam head-to-head pada PRU-13. |
Debat 'Siapa Pejuang Merdeka', beranikah Umno? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melontarkan pertanyaan sinis, beranikah Umno untuk berdebat ‘Siapa Pejuang Kemerdekaan’. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menulis ringkas pertanyaan itu di laman Twitter, pagi ini. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan demikian sebagai mengulas tajuk utama Harakahdaily semalam mengenai kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.
Katanya, PAS akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah tersebut atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pernimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak kepada isu kedudukan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah negara. Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi menyatakan kesediaan untuk berdebat secara ilmiah dengan Pemuda Umno berhubung perkara itu.
Menerusi Twitter, beliau menyatakan pihaknya sedia berdebat ilmiah dengan Pemuda UMNO mengenai isu kemerdekaan negara, siapa pejuang sebenar dan siapa menjadi alat penjajah.
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5217-debat-siapa-pejuang-merdeka-beranikah-umno
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5230-mat-indera-umno-guris-hati-rakyat-johor
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5236-pas-akan-bukukan-biografi-mat-indera
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5240-merdeka-jadi-sejarah-umno-rakyat-hilang-patriotik
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5255-umno-halang-mohd-sabu-jumpa-mangsa-bukit-kepong
Selangor Anjur Sambutan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia
Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Umno telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera (gambar) adalah pengkhianat bangsa. Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, Umno tidak cermat mengulas isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong yang membabitkan Mat Indera. "Mereka (Umno) telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa Mat Indera pengkhianat bangsa. Sedangkan dalam buku Pengukir Nama Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang bangsa,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor itu dinaungi oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri. "Saya sebagai Ketua Pemuda PAS Johor sangat kecewa dengan tindakan Umno yang tidak mengiktiraf jasa Mat Indera. "Saya yakin seluruh rakyat negeri Johor terguris dan kecewa dengan tindakan Umno,” ujarnya. Di akhir biografi ringkas Mat Indera di dalam buku tersebut, penulis ada menyebut: "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Sementara itu, walaupun Mat Indera dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, namun menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang. Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5230-mat-indera-umno-guris-hati-rakyat-johor
PAS akan bukukan biografi Mat Indera |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan membukukan biografi pejuang Mat Indera termasuk mewawancara mereka yang mengenali allahyarham terutama keluarga terdekat. Pengarah operasinya, Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, ini ekoran sejak ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan oleh akhbar Utusan Malaysia dan media-media perdana milik Umno, nama Muhammad (Ahmad) bin Indera atau Mat Indera mulai dikenali oleh orang ramai terutama golongan muda. Katanya, profil ringkas beliau mula terpapar di ruangan maya termasuklah dimuatkan di dalam Wikipedia berbahasa Melayu. “Ceramah Mohamad Sabu yang telah disensasikan ini, bukan sahaja telah mempopularkan nama Timbalan Presiden PAS tersebut, malah sejarah berkaitan dengan Mat Indera mula disoroti semula sehingga menuntut kepada satu kajian yang lebih mendalam tentang biografi beliau,” katanya kepada Harakahdaily. Berbeza dengan tokoh-tokoh golongan kiri yang lain, katanya Mat Indera tidak begitu dikenali disebabkan beliau meninggal dunia dalam usia yang begitu muda, iaitu sekitar awal 30-an. Tambahnya, tidak banyak diketahui tentang beliau melainkan melalui sejarah yang ditulis berkaitan dengan peristiwa serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong. Beliau berkata, di dalam peristiwa tersebut Mat Indera telah dilabelkan sebagai pengganas dan bersubahat dengan komunis seperti yang digembar-gemburkan oleh media-media arus perdana. Katanya lagi, disebabkan gambaran tersebut, perjuangan Mat Indera keseluruhannya dilihat dari sisi yang negatif sehingga kaum keluarganya dipercayai tertekan dengan tanggapan-tanggapan tersebut. Bagaimanapun, ujarnya telah ada usaha-usaha untuk mengkoreksi semula sejarah perjuangan Mat Indera seperti yang dilakukan oleh Yayasan Warisan Johor dalam buku “Pengukir Nama Johor” yang diterbitkan pada tahun 2004. Di dalam buku tersebut, sejarah perjuangan Mat Indera telah dilihat dari sudut yang lebih adil termasuklah memaparkan rentetan perjuangan beliau untuk menuntut kemerdekaan. “Secara tidak langsung, melalui buku ini ketokohan beliau turut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor apabila Menteri Besar Johor sendiri telah memberikan prakata di muka hadapan buku ini. “PPP melihat usaha Yayasan Warisan Johor ini merupakan satu langkah yang baik untuk meluruskan semula sejarah berkaitan dengan Mat Indera,” ujarnya. Menurutnya, PPP telah mengenal pasti beberapa orang penulis untuk terlibat dengan penulisan buku ini, di samping akan melakukan sendiri kajian melalui kaedah kajian perpustakaan dan kaedah wawancara dengan mereka yang mengenali Mat Indera, terutama kaum keluarga mereka. Selain daripada itu, jelasnya PPP juga akan menyahut jemputan beberapa orang tokoh sejarah seperti Profesor Emeritus Khoo Kay Kim dan Profesor Ramlah Adam yang bersedia mendedahkan dokumen-dokumen versi mereka. PPP juga, kata beliau merujuk kepada dokumen sejarah golongan kiri seperti memoir-memoir tokoh mereka, seperti Memoir Shamsiah Fakeh yang antara lain pernah menyebut Mat Indera belum pernah menyertai PKM sehingga beliau dihukum bunuh. “Penerbitan buku ini merupakan sebahagian kecil daripada usaha PPP untuk meluruskan semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara, setidak-tidaknya memberikan keadilan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah air yang selama ini telah digelapkan jasa-jasa mereka. “PPP memberi perhatian terhadap Mat Indera bukan sahaja disebabkan nama ini disebut oleh Timbalan Presiden PAS, tetapi juga disebabkan Mat Indera ini merupakan golongan agamawan, malah ada maklumat tidak rasmi yang menyatakan beliau hafiz al-Quran,” ujarnya.
Armarhum Ustaz Abu Bakar al Baqir - Pemimpin Hizbulmuslimin
Beliau berkata, berdasarkan kepada maklumat tersebut, latar belakang beliau adalah seperti perwatakan Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan lain-lain tokoh agamawan yang mempelopori perjuangan kemerdekaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5236-pas-akan-bukukan-biografi-mat-indera
Merdeka jadi sejarah Umno, rakyat hilang patriotik |
Khairil Abdul Rahim |
BANDAR JENGKA, 5 Sept: Sejarah kemerdekaan negara telah ‘diumnokan’ berdasarkan cara kerajaan menyampaikan penceritaan sejarah kemerdekaan dengan hanya menonjolkan tokoh Umno. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya harus dibezakan antara perjuangan parti dengan perjuangan kemerdekaan negara. “Sebab itu akibatnya dapat lihat kurangnya semangat patriotik di kalangan rakyat. “Kerajaan dan media awam mesti jujur dengan fakta sejarah, pejuang-pejuang yang telah terkorban patut dihargai jasa mereka, bukannya dengan hanya menonjolkan peranan Umno. “Sekarang ini hanya Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang ditonjolkan sebagai pejuang kemerdekaan. Tak disebutkan langsung perjuangan anak Melayu yang menentang penjajah Inggeris sehingga berkorban nyawa selain Umno. “Di Pahang sendiri muncul ramai pejuang Islam yang mencetuskan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah sejak zaman Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan yang seangkatan dengan mereka,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Anak Perantauan di dataran Jengka 18 di sini, kelmarin. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, di seluruh negara terdapat nama-nama seperti Tok Janggut, Dato’ Maharajalela, Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Tok Pulau Manis, Rosli Dhobi dan ramai lagi. Tambahnya, hinggalah kepada era menentang penjajah sekitar tahun 1940-an nama-nama seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan lain-lain. “Masalahnya rentetan nama-nama pejuang ini dipadamkan daripada sejarah seolah-olah hanya Umno yang berjuang menuntut kemerdekaan. Perlu disedari akibatnya dapat dilihat kurangnya semangat patriotik di kalangan rakyat. Contoh paling mudah ialah mereka enggan kibar bendera,” katanya. Dalam pada itu, PAS Pusat akan meminta Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu menyaman segera akhbar Utusan Malaysia kerana menyelewengkan fakta sebenar ucapan dalam satu ceramah beliau demi kepentingan politik. Tuan Ibrahim berkata, tindakan akhbar milik Umno itu tidak boleh dibiarkan berterusan memutarbelitkan isu kerana mahu menggambarkan PAS menyokong komunis. Beliau berkata, pada hakikatnya Mohamad tidak menyebut langsung menyokong perjuangan komunis dalam ceramahnya itu. “Isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, Mat Indera dan komunis sengaja diperbesarkan oleh akhbar lidah rasmi Umno itu untuk meraih kepentingan politik. Walhal berdasarkan video rakaman Mat Sabu tidak sepatahpun menyebut tentang menyokong komunis dalam ceramahnya. “Tetapi propaganda tersebut dimainkan secara halus dan berulang-ulang sebagai cubaan mengaitkan PAS dengan komunis dan DAP supaya dibenci oleh orang Melayu. Semuanya kerana kepentingan politik. “Sebab itu PAS Pusat akan meminta Mat Sabu segerakan saman akhbar Utusan Malaysia dan media Umno lain bagi meminta mahkamah menghentikan propaganda itu,” katanya. Kira-kira 500 hadir dalam Sambutan Hari Raya Anak Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) bagi meraikan generasi muda yang bekerja di luar negeri ini. Sdr Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat Turut berucap Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat.
Sdr Roslan Zainal - SUPPPhg
Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) Roslan Zainal, Bendahari, Musaniff Abdul Rahman, Ketua Penerangan Suhaimi Saad, Ketua Pemuda, Shahril Azman Abdul Halim serta AJK BPPNP dan pimpinan PAS Kuala Krau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5240-merdeka-jadi-sejarah-umno-rakyat-hilang-patriotik
Umno halang Mohd Sabu jumpa mangsa Bukit Kepong |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Sept: Pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumah mangsa tragedi Bukit Kepong. “Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah,” kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan.
Sdr Suhaizan Kaiat - Ketua Pemuda PAS Johor
Jelasnya, bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, beliau telah berbincang dengan Mohamad Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. Berikut penjelasan penuh Suhaizan. Pada 4 September 2011 (Ahad), saya telah memohon Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pulai, Johor, Saudara Zaba Bin Ibrahim untuk berjumpa Puan Jamilah Binti Abu Bakar, mangsa Peristiwa Bukit Kepong di rumahnya di Skudai Kanan. Dalam pertemuan tersebut dia (Zaba) telah mendapat persetujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Puan Jamilah pada 5 September 2011 dengan disertai bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu sebaik sahaja sidang akhbar di Johor Bahru. Zaba juga telah mendapat pengesahan dari Puan Jamilah bahawa Mat Indera telah menghalang pihak pemberontak membunuhnya semasa peritiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang lalu. Tujuan utama pertemuan semalam adalah: 1. Untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Syawal yang mulia 2. PAS mahu menawarkan khidmat guaman kepada Puan Jamilah bagi menuntut ganti rugi dari Kerajaan British atas kematian ibu dan adiknya 3. Untuk mendapat maklumat lanjut berhubung kejadian Bukit Kepong. Zaba telah membuat panggilan terakhir sekitar jam 2 petang semalam untuk mengesahkan kehadirannya di rumah Puan Jamilah manakala saya pula telah membawa Mat Sabu ke rumah Puan Jamilah dengan menggunakan kenderaan saya sendiri. Setibanya saya di lorong masuk rumah Puan Jamilah kelihatan lebih kurang 10 hingga 20 orang sedang menunggu. Salah seorang daripada mereka telah memberi isyarat menghalau perjalanan kami di lorong tersebut. Zaba mengesahkan kepada saya bahawa mereka adalah pemimpin Umno tempatan di situ yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di rumah Puan Jamilah. Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah. Bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, saya telah berbincang dengan Mat Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. Lagipun masa sudah agak lewat kerana Mat Sabu juga mempunyai jadual yang agak ketat di sebelah petang hari tersebut. Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merasa cukup kecewa dengan halangan yang dibuat oleh pemimpin dan ahli-ahli Umno di Skudai Kanan dan meminta mereka membaca buku ‘Pengukir Nama Johor’ tulisan Ismail Adnan bertajuk ‘Mat Indera’ pada muka surat 109. Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Editor buku ini adalah Prof Datuk Abu Bakar Hamid dan prakatanya ditulis sendiri oleh Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor. Niat PAS yang baik ini telah disambut dengan halangan ala-ala penjajah. Saya tidak sangka setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan dan anak-anak muda juga sudah banyak terdedah kepada perkembangan isu-isu semasa melalui saluran media baru, rupa-rupanya masih ada lagi pemimpin Umno yang bertindak seolah-olah di zaman penjajah.
YAB Datuk Seri Abdul Ghani Othman - MB Johor
Saya mendesak Menteri Besar Johor yang telah menjadi penaung buku ‘Pengukir Nama Johor’ agar menasihatkan pemimpin Umno Skudai Kanan agar lebih rasional dalam menghadapi isu Mat Indera ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5255-umno-halang-mohd-sabu-jumpa-mangsa-bukit-kepong
Selangor Anjur Sambutan Kemerdekaan Dan Hari Malaysia
–Kenyataan Akhbar–
Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam .
Tema sambutan tahun ini ialah Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera. Program sambutan akan bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.
Acara-acara menarika yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.
Kemuncak sambutan akan dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api.
Semua rakyat Selangor dijemput menghadiri program ini bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan pembentukan Malaysia.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5266-muslimat-pas-pula-cabar-khairy-debat
Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam .
Tema sambutan tahun ini ialah Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera. Program sambutan akan bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.
Acara-acara menarika yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.
Kemuncak sambutan akan dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api.
Semua rakyat Selangor dijemput menghadiri program ini bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan pembentukan Malaysia.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Muslimat PAS pula cabar Khairy debat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Selepas Dewan Pemuda PAS Pusat, Dewan Muslimat pula hari ini ingin menyahut 'keberanian' Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berdebat berhubung isu pejuang kemerdekaan.
Sdri Aiman Athirah al Jundi - Ketua Penerangan DMPP
Bagi ketua penerangannya Aiman Athirah Al-Jundi, muslimat PAS bersedia berada sepentas dengan Khairy berdebat isu itu malah akan menghantar surat jemputan dalam masa terdekat. "Semalam dia (Khairy) heboh menghentam Timbalan Presiden PAS (Mohamad Sabu) sebagai penakut la, bacul, tiada maruah la. YB Sdr Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda UMNO "Sekarang Muslimat pula nak cabar dia berdebat isu yang sama, kita nak tengok dia nak terima atau tidak," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Rembau itu semalam yang menyifatkan Mohamad sebagai bacul dan tiada maruah ekoran tidak mahu berdebat dengannya. Mengulas lanjut, Aiman berkata penolakan timbalan presiden PAS itu dibuat kerana debat tersebut bukan anjuran PAS Pusat malah hanya inisiatif kerajaan negeri Kelantan. Lebih dari itu katanya, gandingan Mohamad dengan Khairy juga dilihat bukan padanan setara kerana Mohamad adalah Timbalan Presiden PAS manakala Khairy hanya Ketua Pemuda Umno yang dipinggirkan.
Tn Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
"Dia (Mohamad) tolak sebab lihat pemuda, bagi la dengan pemuda, timbalan presiden dengan timbalan presiden la," katanya. Debat tersebut sebelum ini dicadang oleh kerajaan negeri Kelantan yang mahu mempertemukan timbalan presiden PAS itu dengan Khairy berhubung isu pejuang kemerdekaan. Mohamad dalam kenyataannya semalam bagaimanapun, menyerahkan kepada Dewan Pemuda PAS untuk berdebat dengan Khairy sebagai 'lawan yang sama padan'.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Presiden UMNO
Menurut Mohamad, beliau hanya bersedia berdebat dengan lawan seangkatan iaitu Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang menyerang beliau termasuk menggesanya "bertaubat dan bertakwa" ekoran ceramahnya berhubung isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong. Sehubungan itu, Dewan Muslimat berharap Khairy sedia menyahut cabaran debat mereka jika beliau tidak mahu dilihat betul-betul penakut dan bacul seperti yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5266-muslimat-pas-pula-cabar-khairy-debat
Muhyiddin akui Malaysia pernah dijajah |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat hari ini mengakui Malaysia pernah dijajah. Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyatakan pendirian tersebut sekaligus menafikan pandangan Majlis Profesor Negara bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. "Sama ada negara kita dijajah atau tidak, jawapannya, ya. "Saya mengambil pendirian begitu walaupun ada beberapa pihak yang memberikan pandangan bahawa kita tidak dijajah. "Kalau kita kaji sejarah, kita tahu bahawa kita sambut kemerdekaan setiap tahun takkanlah sia-sia... tapi kerana kita tahu kita dijajah. 54 tahun kita menyambut perayaan ini mestilah ada signifikannya. "Penasihat British pada waktu itu sebenarnya memberikan nasihat kepada Raja, dalam konteks ini nasihat yang diberi harus diikut.
YB Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR
"Ia tidak bebas dan terpaksa mengikut apa yang dinasihat," jelas beliau yang juga Menteri Pelajaran ketika menjawab soalan tambahan oleh ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Azmin dalam soalannya meminta Muhyidin menyatakan pendirian kerajaan berhubung isu yang didakwa menimbulkan kekeliruan rakyat khususnya pelajar sekolah. "Masyarakat hari ini keliru, anak-anak di sekolah diajar Malaysia merdeka pada 31 Ogos, (tapi) ada tokoh sejarah kata Malaysia tidak pernah dijajah. "Bulan depan anak-anak ini akan menduduki peperiksaan SPM. Sekiranya soalan ini dilontarkan kepada anak-anak maka anak-anak akan celaru. "Maka sekiranya anak-anak ini gagal maka tanggungjawab Umno untuk memberikan penjelasan," katanya yang juga Timbalan Presiden PKR. Panel khas kaji semula sejarah Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sekali lagi mengulangi cadangannya sebelum ini agar ditubuhkan Panel Jawatankuasa Khas bagi membincangkan kembali sejarah negara.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
Ini katanya selaras dengan cadangan yang diambil Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd Khalid Nordin yang mahukan subjek sejarah di peringkat sekolah dikaji semula setelah didapati beberapa fakta sebelum ini tidak lengkap dan bercanggah dengan fakta yang hasil kajian ahli falsafah dan teologi negara, Tan Sri Prof Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam buku terbarunya 'Historical Fact and Fiction'.
YB Datuk Khalid Nordin - Menteri Pengajian Tinggi
Tan Sri Professor Syed Muhammad Naquib al Attas
Syed Naquid mempersoalkan mungkin terdapat beberapa sejarah penting tidak dicatit sebelum pemerintahan Melaka dan kemungkinan beberapa fakta juga berat sebelah. "Perbahasan mengenai sejarah ini menunjukkan kita ada masalah kepada ketepatan fakta sejarah.
Allahyarham Mat Indera - Pejuang Kemerdekaan
"Apa salahnya kerajaan dalam isu sejarah ini termasuk isu Mat Indera dibuat satu panel khas untuk membuat penilaian menyeluruh," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5790-muhyiddin-akui-malaysia-pernah-dijajah
Rais bidas Umno tidak ketepi fahaman politik?
Salmiyah Harun, | 17 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah membidas Umno BN sendiri apabila menyeru semua pihak mengenepikan fahaman politik dalam sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Yusapiza Ya'cob (gambar) walaupun sudah 55 tahun Malaysia merdeka dengan pelbagai tema dibuat untuk menyambut hari bersejarah itu namun, kerajaan tidak pernah sekali pun menjemput pimpinan pembangkang menghadiri upacara hari tersebut.
"Pada tahun ini juga, tidak ada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan hari kemerdekaan ini.
"Apakah Pakatan Rakyat yang tidak patriotik ataupun Umno BN yang masih degil dan tidak mahu mengenepikan fahaman politiknya dalam menyambut ulang tahun hari yang bersejarah ini?"soalnya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, Umno BN masih lagi mengalami sindrom 'Malaysia ini aku yang punya' tanpa mempedulikan pihak-pihak yang lain yang turut sama memperjuangkan kemerdekaan.
DPPWP juga melihat kerajaan Umno BN tidak jujur dalam menyambut Hari Kemerdekaan 2012 ini apabila menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati'.
Tema itu, katanya secara terang-terangan menunjukkan bahawa adanya agenda tersembunyi Umno BN untuk menghadapi PRU ke-13.
Jelas Yusapiza, tema ini sahaja sudah menunjukkan bahawa Umno BN tidak mampu mengetepikan fahaman politiknya sendiri.
"Malahan ia jelas menunjukkan keegoan dan keangkuhan mereka terhadap rakyat Malaysia. Namun rakyat semakin cerdik untuk mengetahui janji siapakah yang ditepati," katanya.
Katanya, Umno BN juga dilihat semakin terdesak dalam meraih undi sehingga sanggup menjadikan sambutan hari kemerdekaan sebagai platform untuk berkempen.
"Umno BN dilihat cuba mencari lubang-lubang tikus yang ada untuk memenangi hati rakyat. Semua saluran kerajaan akan dikerah demi memastikan Umno BN bernafas lagi selepas PRU 13," katanya.
Justeru, DPPWP yakin semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat merupakan rakyat yang patriotik meraikan sumbangan semua pihak yang berusaha memerdekaan negara kita.
"Hari kemerdekaan disambut dengan ikhlas tanpa perlu ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya," tambahnya.
Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Yusapiza Ya'cob (gambar) walaupun sudah 55 tahun Malaysia merdeka dengan pelbagai tema dibuat untuk menyambut hari bersejarah itu namun, kerajaan tidak pernah sekali pun menjemput pimpinan pembangkang menghadiri upacara hari tersebut.
"Pada tahun ini juga, tidak ada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan hari kemerdekaan ini.
"Apakah Pakatan Rakyat yang tidak patriotik ataupun Umno BN yang masih degil dan tidak mahu mengenepikan fahaman politiknya dalam menyambut ulang tahun hari yang bersejarah ini?"soalnya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, Umno BN masih lagi mengalami sindrom 'Malaysia ini aku yang punya' tanpa mempedulikan pihak-pihak yang lain yang turut sama memperjuangkan kemerdekaan.
DPPWP juga melihat kerajaan Umno BN tidak jujur dalam menyambut Hari Kemerdekaan 2012 ini apabila menggunakan tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati'.
Tema itu, katanya secara terang-terangan menunjukkan bahawa adanya agenda tersembunyi Umno BN untuk menghadapi PRU ke-13.
Jelas Yusapiza, tema ini sahaja sudah menunjukkan bahawa Umno BN tidak mampu mengetepikan fahaman politiknya sendiri.
"Malahan ia jelas menunjukkan keegoan dan keangkuhan mereka terhadap rakyat Malaysia. Namun rakyat semakin cerdik untuk mengetahui janji siapakah yang ditepati," katanya.
Katanya, Umno BN juga dilihat semakin terdesak dalam meraih undi sehingga sanggup menjadikan sambutan hari kemerdekaan sebagai platform untuk berkempen.
"Umno BN dilihat cuba mencari lubang-lubang tikus yang ada untuk memenangi hati rakyat. Semua saluran kerajaan akan dikerah demi memastikan Umno BN bernafas lagi selepas PRU 13," katanya.
Justeru, DPPWP yakin semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat merupakan rakyat yang patriotik meraikan sumbangan semua pihak yang berusaha memerdekaan negara kita.
"Hari kemerdekaan disambut dengan ikhlas tanpa perlu ada agenda yang tersembunyi di sebaliknya," tambahnya.
Sumber HD : 17/07/2012
Rakyat diajak cipta tema Hari Kebangsaan baru
Harakahdaily, | 27 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Selepas tiada sebarang perubahan terhadap tema 'Tepati Janji' Hari Kebangsaan yang dianggap dipolitikkan Umno BN, Pakatan Rakyat hari ini menyeru seluruh rakyat mencadangkan tema baru menggantikan tema itu.
Menurut kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat, tema 'Janji Ditepati' untuk sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat.
"Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa.
"Ternyata Datuk Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa," kenyataan itu dipetik.
Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat diketuai Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Pengelola DAP Teresa Kok.
Minggu lalu, mereka telah memberikan masa seminggu kepada Kemeterian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka.
"Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat," kata mereka.
Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.
"Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini," ujar mereka lagi.
Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com
Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.
Menurut kenyataan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat, tema 'Janji Ditepati' untuk sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat.
"Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa.
"Ternyata Datuk Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa," kenyataan itu dipetik.
Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat diketuai Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Pengelola DAP Teresa Kok.
Minggu lalu, mereka telah memberikan masa seminggu kepada Kemeterian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka.
"Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat," kata mereka.
Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.
"Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini," ujar mereka lagi.
Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com
Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.
Sumber HD : 27/07/2012
Lagu tema hari kebangsaan akan ditarik?
Harakahdaily, | 01 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang meminta pandangan berhubung lagu tema Hari Kebangsaan dilihat memberi bayangan kemungkinan lagu itu juga akan ditarik.
Rais melalui Twitter semalam meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut ekoran ianya yang dimuat naik ke Youtube menerima kritikan hebat dari penonton.
"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya sebagai mengakui bahawa lagu ciptaannya itu tidak disukai penonton.
Sehingga pagi ini, video di Youtube bertajuk Lagu Tema - Janji Ditepati (Hari Merdeka ke-55) tersebut ditonton 229,000 orang dengan 28,377 dislike berbanding hanya 395 yang memilih like.
Dalam konem-komen mereka, penonton kebanyakannya mencemuh lirik yang berbunyi "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.
Tidak kurang juga yang menganggap pemberian bantuan oleh kerajaan kepada rakyat selama ini adalah tidak ikhlas dan bersifat memancing undi sehingga memaksa rakyat membalas budi.
Lagu dengan melodi yang dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6 itu juga turut memuatkan selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Bukan asal
Sebenarnya lagu tema yang dimuat naik ke Youtube itu adalah berbeza dengan yang pernah diperdengarkan kali pertama pada himpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) bulan lalu.
Dalam lagu yang dipersembahkan itu, turut diselit lirik memerli pihak tertentu dengan menggunakan perkataan sinis seprti "Orang sana pandai cakap tapi tak boleh buat,' serta 'Orang sana pandai auta tapi budi tak ada'.
Difahamkan terdapat arahan agar rangkap tersebut diubah mungkin kerana terlalu jelas kritikannya.
Rangkap asal yang dibuang
"Orang sana pandai cakap, tapi tak boleh buat
"Orang sana pandai janji..... pada yang tak peduli
"Orang sana pandai auta, tapi budi tak ada".
Video lagu asal di http://www.youtube.com/watch?v=Jmy2dS-GfFQ
Sumber HD : 1/08/2012
Rais melalui Twitter semalam meminta pandangan umum mengenai lagu tema sambutan tersebut ekoran ianya yang dimuat naik ke Youtube menerima kritikan hebat dari penonton.
"Apa pandangan saudara tentang lagu Janji Ditepati? Di Youtube dah cecah 140k lebih. Tapi yg 'ibu jari ke bawah' ada juga," tulisnya sebagai mengakui bahawa lagu ciptaannya itu tidak disukai penonton.
Sehingga pagi ini, video di Youtube bertajuk Lagu Tema - Janji Ditepati (Hari Merdeka ke-55) tersebut ditonton 229,000 orang dengan 28,377 dislike berbanding hanya 395 yang memilih like.
Dalam konem-komen mereka, penonton kebanyakannya mencemuh lirik yang berbunyi "Janji telah ditepati, kini masa balas budi" yang dilihat sebagai kempen politik.
Tidak kurang juga yang menganggap pemberian bantuan oleh kerajaan kepada rakyat selama ini adalah tidak ikhlas dan bersifat memancing undi sehingga memaksa rakyat membalas budi.
Lagu dengan melodi yang dihasilkan oleh Aye, Jasnie dan Arman E 6 itu juga turut memuatkan selingan rap yang menggariskan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak seperti 1Malaysia kedai dan Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Bukan asal
Sebenarnya lagu tema yang dimuat naik ke Youtube itu adalah berbeza dengan yang pernah diperdengarkan kali pertama pada himpunan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) bulan lalu.
Dalam lagu yang dipersembahkan itu, turut diselit lirik memerli pihak tertentu dengan menggunakan perkataan sinis seprti "Orang sana pandai cakap tapi tak boleh buat,' serta 'Orang sana pandai auta tapi budi tak ada'.
Difahamkan terdapat arahan agar rangkap tersebut diubah mungkin kerana terlalu jelas kritikannya.
Rangkap asal yang dibuang
"Orang sana pandai cakap, tapi tak boleh buat
"Orang sana pandai janji..... pada yang tak peduli
"Orang sana pandai auta, tapi budi tak ada".
Video lagu asal di http://www.youtube.com/watch?v=Jmy2dS-GfFQ
Sumber HD : 1/08/2012
No comments:
Post a Comment