Dr Mariah: Ancaman Kristianisasi, Apa peranan Mais dan LZS? |
Dr Siti Mariah Mahmod |
Hampir semua ugama mengajar penganutnya untuk membuat baik terhadap golongan miskin dan yang kesempitan. Samada ianya ugama Buddha, Kristian, Hindu, Taoist ataupun Islam, soal membantu golongan miskin adalah dianggap amalan baik yang dipercayai akan mendapat balasan kebaikan dari Tuhan. Walaupun sebagai orang Islam kita yakin bahawa hanya Islam diterima Allah sebagai ugama yang menyembahNya tanpa sekutu, namun ini tidak bermakna bahawa kita perlu melihat semua ugama lain sebagai mengajar kejahatan dan kezaliman terhadap manusia. Beza utama diantara Islam dengan ugama yang lain bukan soal amalan2 kebajikan yang digalakkan oleh semua ugama, tetapi pegangan terhadap ke-Esaan Allah yang tidak ada persamaan dengan ugama lain serta keyakinan bahawa Muhammad (SAW) adalah RasulNya. Inilah yang terkandung di dalam Syahadatain yang diucap oleh setiap yang ingin menjadi seorang Muslim. Sebagai orang Islam, kita tidak juga diajar untuk mempunyai buruk sangka terhadap amalan kebajikan yang dilakukan oleh penganut ugama lain. Mereka ingin mengamalkan ugama mereka dan tidak semestinya ianya dilakukan dengan niat yang jahat terhadap umat Islam. Sekiranya mereka membantu seorang Muslim, tidak semestinya ianya bertujuan untuk memurtadkan orang Islam tersebut. Ini adalah lebih benar dalam keadaan sekarang, ia itu zaman pasca penjajah. Semasa zaman penjajahan sememangnya pihak penjajah berusaha seribu upaya untuk memutuskan hubungan umat Islam dengan ajaran Islam. Ini adalah kerana ajaran Islam merupakan asas penentangan terhadap penjajah dan sekutu-sekutu tempatan mereka di bumi Islam. Dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, sekiranya seseorang Islam terpikat dengan kebaikan serta akhlak seorang bukan Islam, dan dengan itu tertarik untuk menganut ugamanya, ianya bukan salah orang bukan Islam tersebut. Ianya salah umat Islam sendiri yang gagal menunjukkan sifat2 yang baik sehingga saudara seislam mereka menjumpainya hanya di kalangan bukan Islam! Kita tidak boleh persalahkan yang bukan Islam kerana menghayati dan mengamalkan ajaran ugamanya sedangkan kita sendiri tidak menunjukkan akhlak yang sepertimana yang dituntut Islam. Adakah apabila kita tidak menghayati Islam maka semua penganut ugama lain ingin kita halang dari mengamalkan ajaran ugama mereka? KRISTIANISASI DAN MASALAH SEBENAR Isu orang Kristian ingin memurtadkan orang Islam telah banyak dimainkan dalam media. Samada ianya benar atau sebaliknya masih tidak lagi dibuktikan tetapi yang jelas terbukti punca ‘perginya orang Islam ke Gereja’ adalah atas sebab kelembapan dan kelewatan perkhidmatan zakat serta ketidak-mesraan perkhidmatannya. Ini katanya, telah menyebabkan beberapa orang Islam meminta dan memperolehi bantuan dari pihak Gereja setelah ditolak oleh pihak LZS. Sudah pasti kesimpulan sebegini merungsingkan golongan yang menimbulkan isu ini, kerana apa yang mereka inginkan ialah untuk mengapi-apikan bahang perkauman dan mengadu-dombakan ugama, bukan mendedahkan pekong di dada umat Islam! Akhirnya senjata mereka makan tuan! Pihak Gereja hanya membantu orang yang datang meminta bantuan, sepertimana dituntut oleh ajaran ugama mereka, tetapi ini hanya berlaku apabila umat Islam telah gagal mendapatkan bantuan dari pihak yang berwajib di kalangan ummat Islam! Ia itu Lembaga Zakat Selangor yang berada di bawah kawalan MAIS. Sepatutnya orang Islam di Selangor tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan bantuan. Zakat yang dikutip mencecah RM 300 Juta setahun. Jumlahnya cukup besar dan ianya semakin meningkat. Masalahnya pengagihannya seolah-olah tidak secekap pengutipannya. Semenjak 2008 apabila naiknya kerajaan PR di Selangor, MAIS tetap dikendalikan orang-orang lama. Oleh itu, tidak khairanlah mengapa kecekapan kerajaan baru seolah-olah tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas pentadbiran dan pengurusan MAIS. Lembaga Zakat Selangor yang dikawal dengan begitu cemburunya oleh MAIS tetap ditahap yang sama. Malahan, baru baru ini dengan pindaan Enakmen yang dibawa, MAIS menjadi semakin bebas dari kawalan kerajaan Negeri. Ini hanya menjamin bahawa ia tidak akan terkesan dengan dasar ketelusan dan kecekapan yang mewarnai pentadbiran PR. Ini amat sayang sekali kerana kedua-dua prinsip pengurusan tersebut adalah dituntut Islam. MAINAN MAIS? Pengamatan saya, MAIS, di bawah Dato’ Adzib kekal sebagai pusat pengaruh kelompok lama, ia itu UMNO dan dengan itu mempengaruhi JAIS, yang dianggap sebagai Jabatan suruhannya, untuk bertindak demi kepentingan UMNO. Kenyataan Dato’ Adzib baru-baru ini yang mengaitkan JAIS dan MAIS serta DYMM Sultan Selangor sebagai institusi-institusi yang berangkai satu sama lain dan tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Negeri Selangor, jelas memperlihatkan sikap ingin membelakangkan kerajaan Negeri. Dato’ Adzib melalui kenyataan itu bagaikan mengambarkan dirinya sebagai ‘bayangan DYMM Sultan Selangor’ dan sebagai bayangan Sultan, tindakan beliau dan tindakan MAIS serta JAIS tidak boleh dipersoalkan. Sehingga hari ini JAIS masih gagal mengemukakan laporan kepada Menteri Besar dan dengar khabarnya tidak dapat menamakan siapakah yang membuat aduan kepadanya mengenai peristiwa kristianisasi yang kononnya akan berlaku di DUMC yang membawa JAIS untuk ‘memeriksa’ DUMC pada 3hb Ogos yang lalu. Namun, walau apa yang diinginkan pada asalnya melalui isu serbuan Gereja DUMC, tumpuan semua sekarang adalah terhadap MAIS, khususnya Lembaga Zakat Selangor yang dianggap telah gagal memenuhi peranannya secara berkesan. Tiada yang mengesahkan ketidak keberkesanan LZS sejelas tindakan Exco Ugama, Dato’ Dr. Hassan Ali, apabila beliau tampil ke depan untuk menawarkan khidmat khas bagi membantu golongan yang ‘diambang Kristianisasi’. Ini mengesahkan perlunya campur tangan EXCO ugama untuk membenteng akidah orang Islam daripada meminta bantuan atau dibantu oleh pihak gereja. Akan tetapi hanya untuk kes yang melibatkan mereka yang menerima atau ingin menerima bantuan dari Gereja! Bagi yang lain, yang istiqamah dengan pegangan akidah mereka sehingga tidak mendampingi Gereja, mereka terpaksa menikmati ‘kecekapan’ perkhidmatan lama. PENYELESAIAN DARI PEMIKIRAN BERCELARU Malangnya, tanpa disedari, tawaran Exco Ugama boleh menyebabkan lebih ramai orang Islam memohon bantuan dari Gereja atau mengugut untuk ke Gereja demi melayakkan diri untuk mendapat perkhidmatan Zakat secara segera! Dalam erti kata yang lain ‘terima kasih Gereja kerana menjadikan LZS semakin cekap!’ Sebenarnya apa yang patut dilakukan Exco Ugama adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan LZS secara menyeluruh tanpa dikaitkan dengan persoalan Gereja. Umat Islam tidak akan ke Gereja sekiranya perkhidmatan LZS cekap, berkesan dan mesra. Ini akan tercapai apabila semua pegawai LZS, termasuk pengarah dan pengurusannya, disedarkan akan amanah yang besar yang ditanggung oleh mereka. Peningkatan kecekapan dan keberkesanan akan hanya tercapai dengan membawa MAIS mendampingi corak pengurusan PR dan bukan sebaliknya. Ini akan hanya berlaku apabila anggota MAIS dirombak sehingga tidak lagi dijadikan kubu kelompok lama. Perlu dimasukkan muka-muka baru, ia itu muka-muka dari kalangan PR yang membawa falsafah ketelusan dan kecekapan serta kebertanggung jawaban. Pada masa yang sama kekurangan yang wujud seperti kurangnya pusat rawatan penyakit Aids dan HIV yang dikendalikan oleh institusi Islam seperti MAIS, perlu ditangani. Adalah difahamkan NGO Harapan Kommuniti yang menganjurkan program makan malam di dewan DUMC pada malam tersebut merupakan NGO yang memberi sokongan material dan moral kepada mangsa dan keluarga HIV-AIDS. Ramai dari pesakit mereka adalah dari kalangan orang Melayu Islam. Mangsa HIV- AIDS yang sebahagian besar daripada mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam mendapat sokongan rawatan dari mereka kerana tiada atau kurangnya NGO atau pusat sokongan atau rawatam sebegini yang diuruskan orang Islam. Ramai di antara sukarelawan NGO-NGO sebegini bukan dari kalangan orang Islam. Mangsa HIV-AIDS sering dipinggirkan oleh masyarakat dan juga tidak diberi perhatian serius oleh MAIS. Janganlah kita bersikap hipokrit dengan menolak pesakit-pesakit ini sebagai ‘sampah masyarakat’ tetapi apabila pihak lain membantu mereka dan dengan itu mereka terpikat dengan kasih sayang yang ditunjukkan, maka kita menuduh pihak ini sebagai berniat jahat terhadap umat Islam! Sebaliknya perlu kita sediakan perkhidmatan yang diperlukan sambil berterima kasih atas bantuan yang telah diberikan selama ini. AGENDA TERSEMBUNYI Setelah satu bulan berlalu, kita masih tidak dapat melihat penyelesaian isu ini. MAIS berdiam diri dan tidak mengemukakan langkah MAIS seterusnya untuk menghadapi ‘ancaman’ Kristiniasasi ini. Selepas episod ‘pemeriksaan’ DUMC akhbar Melayu perdana termasuk Sinar (yang selama ini boleh dianggap salah satu akhbar yang agak objektif) telah memainkan isu Kristiniasasi yang mengancam akidah umat Islam sehinggakan menimbulkan ketegangan dan marah penganut Kristian dan Islam. Orang politik anti Pakatan pula cuba menggambarkan yang Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat tidak mahu menyebelahi JAIS kerana takut hilang undi Kristian dan bukan Melayu dan kononnya kerana takut kepada DAP. UMNO tidak bersuara secara langsung tetapi NGO-NGO pro UMNO sibuk untuk menunjukkan bantahan terhadap kerajaan negeri. Semuanya menunjukkan keperihatinan terhadap ancaman akidah dan memberi gambaran orang Melayu Islam sedang berbondong-bondong akan murtad. Agenda pihak tertentu jelas untuk mengadu-domba umat Islam dengan Kristian sambil memberikan gambaran bahawa DAP adalah parti Kristian. Dengan itu mereka mengharapkan umat Islam akan bersatu menolak PR dan menyokong UMNO/BN dalam PRU ke 13 yang menjelang tiba. Maka tidak khairanlah bantuan dari Gereja disifatkan sebagai ‘perangkap’ dan ancaman terbesar terhadap akidah umat Islam adalah Kristianisasi. Gendang dipalu mengikut apa yang diinginkan UMNO/BN. Hakikatnya, sekiranya ianya ‘perangkap’ sekalipun, maka LZS adalah pihak yang mendorong umat Islam memasukinya atas sebab ketidak-kecekapannya. Hakikat ini diakui oleh Exco Ugama sendiri melalui tindakannya. Pada masa yang sama, adalah merupakan satu hakikat juga bahawa lebih ramai dikalangan umat Islam diancam penyakit kejahilan dan ketidak-taatan kepada ajaran Islam serta fahaman sekular dan perkauman yang turut boleh menyebabkan gugurnya syahadah mereka. Ancaman terhadap ummat Islam hasil dari fahaman-fahaman ini yang diperjuangkan UMNO/BN adalah lebih dahsyat dan lebih merbahaya kerana ianya boleh menyebabkan umat Islam memperlekehkan undang-undang Islam. Ini boleh membawa kepada kekufuran tanpa disedari. KESIMPULAN Sebagai rakyat Malaysia kita ingin melihat rakyat bersatu atas dasar saling hormat menghormati hak masing-masing. Kita ingin melihat wujudnya masyarakat yang bersifat saling berkasih sayang di mana semua pihak saling membantu satu sama lain dengan ikhlas tanpa mengira kaum ataupun ugama. Sifat saling bantu membantu perlu digalakkan bukan dihalang. Dari segi keikhlasan bantuan dan samada adanya udang disebalik batu, kita serahkan kepada Allah untuk menzahirkan. Sekiranya ianya wujud, di mana bantuan hanya diberi atas syarat meninggalkan ugama sendiri, maka Allah pasti akan dedahkannya. Dengan itu pihak yang mengambil kesempatan dan mengamalkan rasuah ugama ini boleh didakwa dan dihukum selayaknya. Selagimana tiada bukti akan kelakuan sedemikian rupa, maka apa jua bantuan terhadap golongan miskin walau dari mana golongan sekalipun, amat sangat dihargai. “Dan sekiranya mereka cenderung kepada perdamaian, maka cenderunglah kamu juga kepadanya dan bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (Al-Anfal 61). Dr Siti Mariah Mahmud |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5253-dr-mariah-ancaman-kristianisasi-apa-perana-mais-dan-lzs
Khalid Samad: Jais kubu Umno di Selangor |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 7 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu memberi bukti jelas bahwa badan itu merupakan kubu ataupun benteng terakhir Umno dalam usaha menyekat pergerakan PAS. Ini kerana, Jais mahu menyekat PAS dari mendekati rakyat terutamanya program keagamaan yang diadakan di masjid mahupun surau. Khalid yang didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor semalam berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais ke atas beliau itu. “Saya melihat apa yang jua yang dilakukan oleh Jais ini hanyalah bermotifkan politik dan pendirian saya jelas bahawa Jais merupakan kubu Umno serta merupakan benteng terakhir mereka untuk menyekat segala pergerakkan yang dilakukan oleh PAS. "Enakmen yang diguna pakai oleh mereka adalah yang digubal semasa pemerintahan mereka dan dengan cara ini sahajalah mereka dapat membuat apa yang mereka suka lebih-lebih lagi apabila sudah hampir dengan pilihanraya,” jelasnya. Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya di Kuala Terengganu mendakwa Umno terlibat di belakang operasi memeriksa yang dibuat Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama. Ekoran itu, Umno Selangor mahu menyaman beliau dan Mustafa menjawab beliau akan memberikan buktinya dalam mahkamah nanti. Dalam pada itu, Khalid tidak menolak Jais bukan sahaja menyekat pergerakan PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat. “Jelas kerana semuanya bermotifkan politik dan Umno berada dalam ketakutan, mereka bukan sahaja ingin menghalang PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat. “Sepatutnya Intitusi ini bertujuan menyebarkan pengetahuan tentang Islam tetapi sekarang semuanya telah berubah mereka pula yang menghalang. “Selama tiga tahun kita telah cuba mencorak Jais dengan pendirian Islam memerintah bukannya diperintah tetapi Jais tetap berkeras dengan pendirian lama mereka yang mahukan pentauliahan jika ingin menyampaikan tazkirah kecuali di rumah sahaja,” katanya lagi. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. “Saya akan terus lawan untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa hilang keistimewaan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan dengan kesalahan tersebut. “Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup kehilangan segala-galanya dalam mencari keadilan kepada gadis Melayu sebelum ini kenapa kita ingin takut untuk menegakkan Islam. “Dari sudut undang-undang saya akan beri kerjasama sepenuhnya dan akan bersuara jika tindakan tersebut bertentangan dengan apa yang Islam inginkan,” sambungnya lagi. Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5267-khalid-samad-jais-kubu-umno-di-selangor
Dr Asri kecam tindakan Jais |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri. Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama." Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais. Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah. Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini. "..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut. "Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook. Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan. Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa menjaga agama. "Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5268-dr-asri-kecam-tindakan-jais
Tauliah: Jangan sampai jadi bahan ketawa |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Tidak menafikan bahawa pemberian tauliah merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik. Namun begitu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini menasihatkan agar jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia agar memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum yang ingin membantu mendidik masyarakat Islam. “Pemberian tauliah mengajar agama merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik. Hampir semua negeri mempunyai makanisme tauliah ini. “Ia adalah satu makanisma yang sangat baik selagi mana ia berjalan di atas landasan yang bertepatan dengan syarak. Apa yang mendukacitakan kini ialah sedikitnya tauliah yang dikeluarkan berbanding keperluan umat yang mengharapkan siraman ilmu,” tegas beliau dalam satu kenyataannya hari ini. Para ilmuan Islam, kata beliau mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat.” “Di atas asas ini, maka golongan agama mempunyai amanah menyampaikan ilmu yang wajib disampaikan,” tambah beliau. Menurut Tuan Ibrahim, tugas utama menyampai dan membimbing rakyat adalah terpikul di atas bahu para pemimpin Islam di akhirat. Sejajar itu, katanya golongan agama bertanggungjawab membantu para pemimpin ini untuk meringankan hisaban di akhirat. “Pada masa yang sama, para pemimpin yang dibantu ini hendaklah berterima kasih kepada golongan agama kerana membantunya meringankan hisaban di akhirat dan melepaskan bebanan mengurangkan kejahilan rakyatnya. “Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil,” terang beliau. Beliau juga memberikan peringatan bahawa ulamak atau golongan agamawan pula dipertanggungjawabkan mesti memelihara amanah ilmu dengan menyampaikan ilmu tersebut walau pahit sekalipun rintangan yang bakal dihadapinya. Akibat kekurangan siraman ilmu yang mengekalkan kejahilan, terang beliau adalah sebab berlakunya pelbagai gejala sosial, soal murtad, rasuah, berkembangnya ajaran sesat dan sebagainya. Lebih malang kini, mereka yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum dengan kelulusan ilmu agama, jawatan yang disandang seperti pensyarah, mufti, kadhi, guru agama sekolah-sekolah bahkan ulamak yang disegani juga terikat dengan sistem tauliah, tambahnya lagi. “Jika pihak berkuasa agama membimbangi mereka ini menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, bagaimana pula dengan kuliahnya di universiti dan tempat lain? “Bahkan, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tertawa orang jahil dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat,” terang Tuan Ibrahim, sambil menambah ini juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat. Untuk jabatan agama Islam di negeri-negeri, Tuan Ibrahim mengesyorkan agar mereka memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama di mata masyarakat, lebih-lebih lagi apabila golongan ini yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya. “Bersangka baiklah terhadap golongan ilmuan agama, dan bertindak adillah dengan kuasa di dalam tangan dalam pemberian tauliah, dan dengan ini diharap kejahilan masyarakat dapat di atasi dan pemimpin akan dirahmati Allah,” nasihat beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5277-tauliah-jangan-sampai-jadi-bahan-ketawa
Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu. Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu. Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian. Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah. Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit. "Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya. "Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam. "Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya. Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. Beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu. Bob yang juga penulis lirik lagu kesukaan ramai 'Isabella' diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan. Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir ke pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan. Mengulas perkara itu, Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali, mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu. Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan suatu tindakan yang tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang. "Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya. Sebelum beliau ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh kadi berkenaan. "Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah. "Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya. Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati. Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN. "Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah. "Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah. "Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau. Ketika diminta hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat tengah hari ini, Bob Lokman turut sibuk ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah atas undangan pihak tertentu. Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno terlibat dalam pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) pada 3 Ogos lalu. Antara jam 9.45 hingga 12 malam, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jais bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, No 2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya. Sementara itu, Adun Meru yang Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad telah ditarik balik tauliah oleh Jais. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5919-kenapa-saya-ditahan-setelah-jadi-baik-bob-lokman-
Penganut Kristian paling minoriti dalam DAP |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 14 Dis: Penganut agama Kristian adalah paling minoriti dalam parti DAP, kata Teresa Kok, Pengerusi DAP Selangor. "Pengerusi DAP, Karpal Singh adalah beragama Sikh, saya ingat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tiada apa-apa agama tertentu. "Penganut agama Hindu sebenarnya lebih ramai berbanding dengan Kristian dalam DAP," kata Teresa Kok dalam program Fokus Berita, TV Selangor. Teresa menjelaskan perkara ini ekoran dakwaan Umno dan beberapa pihak lagi, DAP cuba untuk mengkristiankan umat Islam di negara ini. Turut menjadi panel dalam diskusi itu adalah Dr Rani Othman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Khalid Samad (anggota Parlimen Shah Alam) manakala Shariden Mahavira bertindak sebagai pengerusinya. Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selalu menyebut, bagaimana Umno boleh membuat tuduhan itu sedangkan beliau sendiripun bukan beragama Kristian. Teresa pula selalu dituduh cuba menyebarkan agama Kristian di kalangan penganut Islam di negara ini. Menjawab persoalan ini, Teresa berkata, ini adalah tuduhan melulu yang tidak berasas sama sekali. "Dalam keluarga saya, hanya saya dan ibu saya sahaja Kristian. Bapa dan adik-adik saya Budhist. "Kalau saya nak usaha tarik masuk Kristian, misalnya untuk menarik YB Dr Rani, baik saya ajak ayah dan adik saya masuk Kristian dulu," katanya. Ketika ditanya penyataan beberapa bekas pendakwah Kristian yang mengatakan ada orang Kristian yang cuba mendakwah orang Islam, Teresa berkata, beliau tidak menafikan perkara itu. "Memang ada tetapi terlalu kecil bilangannya. Orang Kristian, tidak ramai yang gigih untuk menyebarkan agama. Mereka lebih anggap, agama adalah hubungan antara dia dengan Tuhan sahaja," kata Teresa. Bagi Teresa, isu ini hanya menjadi isu selepas pilihan raya umum 2008 dan bersifat agenda politik untuk melawan Pakatan Rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7045-penganut-kristian-paling-minoriti-dalam-dap
Isu Murtad : Kemuka Bukti, jangan tuduh sahaja:
Sidang Media YB DSAI dan YB Dato' Husam Musa:
http://www.youtube.com/watch?v=f3jk0fEMUSU
Sumber HD : 28/03/2012
Murtad: Mapim sambut baik kesediaan Selangor
Harakahdaily, | 05 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 5 April: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut baik kesediaan Kerajaan Negeri Selangor menyiasat aduan kes murtad.
“Tindakan ini adalah wajar memandangkan isu ini menjadi perhatian yang amat sensitif dikalangan umat Islam,” Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).
Katanya, aduan yang dilaporkan mengenai wujudnya pihak yang telah memurtadkan orang Islam perlu diambil tindakan tegas jika benar mempunyai bukti yang kukuh.
Tegasnya, Mapim berpendirian bahawa soal murtad bukan sahaja soal pelanggaran undang-undang negara, malah ia adalah soal maruah agama dan kemuliaan hukum Allah.
“Keputusan Kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa khas adalah wajar agar pemantauan dan tindakan dapat diambil dengan tepat berdasarkan undang-undang yang wujud,” katanya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, ujarnya Mapim menggesa umat Islam perlu peka dengan kelemahan dan kecuaian yang telah lama menjangkiti mereka akibat leka dengan kehidupan materialistik sehingga pihak lain mengambil kesempatan untuk mengubah pegangan Islam yang dianuti selama ini.
Beliau berkata, agenda pihak tertentu yang mahu menggugat aqidah umat Islam akan dapat dikekang jika peruntukan undang-undang dikuatkuasakan dan pendidikan diperkukuhkan.
Di samping itu, kata beliau semua agensi agama Islam semada agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan perlu diperkasa supaya program pengukuhan aqidah dapat dilaksanakan dengan lebih dinamik dan kreatif.
Katanya, kesungguhan pihak lain berperanan untuk menghulurkan bantuan dan menangani keperluan mereka yang menghadapi kesempitan hidup menunjukkan betapa kesalahan harus juga diletakkan ke atas agensi-agensi Islam yang bertangunggjawab.
“Mapim menegaskan bahawa selagi pihak berkuasa dan pelbagai badan dakwah gagal bekerjasama untuk mengukuhkan pendidikan penghayatan Islam di kalangan masyarakat selagi itu umat Islam akan terdedah kepada gugatan aqidah,” ujarnya lagi.
Menurutnya, sudah sampai masanya setiap institusi Islam di peringkat akar umbi seperti masjid dan surau bertindak lebih bersungguh mendidik anak qaryah masing-masing agar kefahaman dan penghayatan Islam disemarakkan.
Sumber HD : 5/04/2012

'Ancaman kristianisasi’ dan gejala murtad
Khalid Samad, | 06 Apr 2012 |
Sejak kebelakangan ini, kedengaran isu ‘ancaman Kristianisasi’ ingin ditonjolkan oleh pihak yang berkepentingan sebagai sesuatu yang sedang melanda ummat Islam, khususnya Negeri Selangor. Walaupun ianya tidak disebut secara terang-terangan, tetapi semua memahami mesej yang cuba disampaikan oleh golongan ‘kontraktor upahan UMNO ini, iaitu di bawah PR, aqeedah ummat Islam terancam dan orang Kristian ‘bermaharajalela’!
Bagi saya ini adalah bukti tambahan yang mengukuhkan keyakinan saya bahawa BN dan khususnya UMNO ketandusan isu. Seperti dakwaan mereka bahawa DSAI menyokong pembunuhan rakyat Palestine demi menjamin keselamatan Israel, ‘ancaman Kristianisasi’ merupakan satu lagi ‘kisah dogeng’ untuk memukul PR. Sedangkan rakyat, khususnya yang di Selangor, dapat melihat sendiri realiti yang berbeza di persekitaran mereka. Masjid dan Surau semakin diimarahkan, bukan semakin sunyi. Para ustadz semakin disanjung dan dihormati, bukan semakin dipinggirkan. Sekolah-sekolah dan tadika Islam semakin dipenuhi murid dan bukan semakin lengang. Malahan, para pemimpin turut kelihatan semakin berakhlak, bukan semakin sombong dan angkuh, tenggelam dalam kemewahan.
Namun, bagi yang tidak mempercayai apa yang dilihat di persekitaran mereka sendiri, maka saya pamerkan bersama jawapan Menteri BN sendiri ke atas soalan yang dikemukakan oleh YB Parit Buntar berhubung statistik murtad di Negara Malaysia.
Jelas terbukti, jawapan yang diberikan oleh YB Menteri adalah:
“Tidak ada penganut agama Islam yang telah murtad berdasarkan tiada jenis permohonan untuk murtad di Mahkamah Syariah, kecuali… (sila baca yang seterusnya)”.
Ini bererti segala dakwaan bahawa ‘gejala murtad’ sedang melanda negara Malaysia, khususnya murtad dalam erti kata orang Islam yang keluar Islam demi memeluk agama Kristian, adalah satu dakwaan yang tidak berasas kepada mana-mana fakta atau perangkaan statistik yang boleh diyakini. Ianya hanya satu dakwaan yang sengaja dihebohkan oleh golongan yang berkepentingan dan tidak berakhlak demi masa depan politik mereka.
ANCAMAN MURTAD YANG SEBENAR
Walaupun begitu, saya tidak menafikan bahawa ummat Islam sememangnya diancam bahaya murtad. Tetapi ianya suatu bahaya yang dihasilkan kejahilan ummat Islam terhadap Islam itu sendiri dalam memahami perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah mereka. Dan di antara perkara yang termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan syahadah itu adalah penolakan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai hukum-hukum yang zalim atau ketinggalan zaman.
Bahaya murtad yang terhasil dengan cara ini adalah lebih bahaya kerana seseorang individu terus menganggap dirinya seorang Muslim tetapi pada hakikatnya namanya telah digugurkan oleh Allah dari senarai orang yang beriman, Naudzubillahi min dzalik. Ini berlaku kerana dia tidak mengimani bahawa Islam dan segala yang terkandung di dalam ajarannya adalah dari Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Ada juga yang menganggap dirinya Muslim walaupun dia tidak sembahyang atau puasa atau membayar zakat. Ini adalah kerana dia Melayu dan Melayu itu adalah Islam mengikut perlembagaan Malaysia. Golongan ini seolah-olah tidak sedar bahawa Perlembagaan Malaysia bukan merupakan rujukannya pada hari akhirat kelak! Kejahilannya ditambahi lagi oleh pihak UMNO yang ingin memperkukuhkan kedududkan politik mereka dengan menyamakan Islam dengan Melayu. Maka diistiharkan perjuangan untuk Melayu adalah perjuangan untuk Islam! Sedangkan untuk menjadi Melayu dan bersama ‘perjuangan Melayu’ tidak dijadikan solat, puasa dan sebagainya sebagai rukun-rukunnya. Apatah lagi mengimani kitab-kitab Allah dan Hari akhirat. Seorang Melayu tetap Melayu walaupun dia menolak perkara ini semua!
Bahaya murtad yang sebegini, yang jauh lebih ramai terancam olehnya, hasil pengaruh UMNO, adalah apa yang ingin ditangani oleh PAS.
DATO DR. HASSAN ALI DAN ISU MURTAD
Ada yang bertanyakan saya sejauhmana DHA ikhlas dalam menangani isu murtad. Saya menjawab, keikhlasan adalah merupakan soal hati dan oleh itu sukar untuk diukur kerana ianya sesuatu yang ghaib. Namun, apa yang boleh saya nyatakan ialah begini: sejak beliau memegang jawatan sebagai Pesuruh Jaya PAS Negeri Selangor pada tahun 2003 sehingga 2011, termasuk tempoh beliau sebagai exco-agama dari 2008 hingga 2011, isu murtad telah dibahas dan dibincang begitu kerap dan hangat sekali sebanyak ‘yiiiilek’ ribu dan ‘yiiilek’ ratus ‘yiiilek’ kali banyaknya. Jelas ianya sejak dulu lagi menjadi tajuk kegemaranya yang tidak dibincang.
Kalau dilihat dari turutan kronologinya, ianya hanya mula dibincang selepas beliau tidak lagi dilantik Pesuruh Jaya PAS Negeri Selangor pada tahun 2011. Ia mula disebut oleh beliau hasil peristiwa tindakan penguatkuasa JAIS menceroboh masuk kawasan DUMC pada Ogos 2011. Pada ketika peristiwa pencerobohan itu berlaku, beliau sendiri mengakui beliau tidak dimaklumkan dan hanya mendapat maklumat mengenainya pada pagi esok ketika bersahur apabila YB Eli menghantar sms kepada beliau.
Apabila ditanya Pengarah JAIS sendiri pada jam 9 lebih pada pagi tersebut, Pengarah JAIS juga memaklumkan beliau juga tidak mengetahui mengapa ianya dilakukan; dan semua pihak terpaksa menunggu pasukan penguat-kuasa kembali untuk memberi penerangan mengenai tindakan tersebut.
Apabila semua keterangan telah diterima, termasuk dari pihak NGO dan Gereja yang terlibat, maka terbukti bahawa dakwaan pihak penguatkuasa JAIS bahawa adanya usaha memurtadkan orang Islam dalam majlis tersebut adalah dakwaan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh. Maka keluarlah titah Baginda, “bukti tidak mencukupi untuk menyabit kesalahan…”. Titah berkenaan turut mengandungi kenyataan bahawa usaha memurtadkan memang dijalankan walaupun pada asalnya diakui bukti tidak mencukupi untuk mengesahkan dakwaan tersebut. Ini bagi saya merupakan sejenis amaran yang dikemukakan pihak Tuanku untuk menentukan tiada usaha oleh mana-mana golongan ke arah itu.
Walau apa pun, isu ini telah dimanfaatkan oleh DHA untuk memukul PAS supaya beliau dikeluarkan dari PAS dan atas isu ini beliau sedang mencari pengaruh untuk menjamin PAS kalah teruk dalam PRU ke 13. Sekiranya ini tercapai maka pada hari itu akan dikatakannya kepada PAS, “padan muka kerana tidak menghargai kehebatan diri saya!” Maka pada hari itu akan terbuktilah kehebatan dirinya dan dengan itu dia akan terus disanjung oleh UMNO dan diberikan jawatan yang bersesuaian dengan kehebatan dirinya. Mungkin inilah yang beliau hajatkan.
Sebenarnya, bukti yang dikemukakan di rumahnya tempoh hari tidak ada apa-apa. Kalau ingin dilihat dari sudut kekukuhan bukti, ianya tidak bernilai sama sekali. Siapa sahaja mampu membuat video yang sebegitu dan hakikat bahawa ianya tidak dibenarkan untuk disalin dan sebagainya amat meragukan. Sekiranya ianya adalah atas alasan ‘keselamatan’, lagi baik tidak dibuat Sidang Akhbar kalau begitu. Serahkan sahaja kepada pihak berwajib dan biar mereka siasat dan dakwa pihak yang bersalah. Jamil Khir di dalam Parlimen telah mengesahkan kes sebegini sudah boleh didakwa di Mahkamah Sivil, maka apa masalahnya?
Masalahnya ialah isu Kristianisasi ini hendak dipolitikkan dan walaupun status persoalan ini tiada apa-apa perbezaan sejak dulu lagi, ia ingin disensasikan oleh DHA untuk tujuan politik beliau. Maka biarlah beliau terjun dengan labu-labunya. Pada masa yang sama, PAS akan terus membenteras gejala murtad dalam ertikata sebenar melalui usaha meningkatkan kefahaman ummat Islam dan perasaan cintakan Islam di kalangan masyarakat, khususnya orang Islam.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
http://www.khalidsamad.com

No comments:
Post a Comment