Presiden PAS nafi suruh Azizan letak jawatan |
Aziz Muda |
KUALA TERENGGANU, 2 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletakkan jawatannya. Menurut beliau, tada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya. "Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar. Namun buat masa ini beliau masih berehat disebabkan masih dalam rawatan," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat meminta Datuk Seri Azizan meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar. Selain The Star, dakwaan tersebut turut dilaporkan bebertapa portal berita, sehingga ia menjadi tanda tanya pelbagai pihak terutama mengenai kesahihannya. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini, berkata perkara itu telah dirujuk kepada Abdul Hadi dan Abdul Hadi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut hairan bagaimana dakwaan itu muncul, sedangkan beliau dan pimpinan PAS Pusat tidak pun mendesak Azizan berbuat demikian. "Jadi dengan itu ditegaskan, Presiden PAS menafikan perkara tersebut. Ustaz Azizan tidak pun didesak atau dinasihat pimpinan pusat khususnya Presiden PAS supaya meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar. "Tiada desakan baik daripada Presiden atau mana-mana pimpinan pusat supaya Ustaz Azizan meletakkan jawatan," tegasnya. Sebaliknya, tegas beliau, Presiden PAS memaklumkan bahawa Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi masih berehat buat masa ini disebabkan masih dalam rawatan. Sehubungan itu, beliau berharap supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan laporan tersebut kerana ia jelas tidak berasas. |
Pemimpin PAS sangkal laporan The Star |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Sept: Para pemimpin PAS hari ini menyangkal laporan akhbar milik MCA, The Star hari ini yang melaporkan parti sedang mengorak langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu. Ketika dihubungi Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata mereka langsung tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut, malah perkara tersebut tidak pernah dibincangkan di dalam mana-mana mesyuarat. PAS, kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan ringkas hari ini menafikan ada usaha untuk menukarkan Menteri Besar Kedah saebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar The Star. “Bahkan perkara ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat tertinggi parti, samada dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian atau Mesyuarat Lujnah Politik parti. Sekiranya ada perkara penting sebagaimana yang dilaporkan, tentulah ia akan dibawa dalam mesyuarat penting parti,” terang beliau. Tuan Ibrahim turut menyifatkan berita tersebut sebagai salah satu usaha melaga-lagakan kepimpinan PAS oleh pihak-pihak tertentu, kerana melihat perpaduan yang kukuh dalam PAS.
“Menjelang pilihanraya umum akan banyak isu yang sengaja ditimbulkan oleh musuh bahkan akan ada pula perisytiharan keluar parti beramai-ramai sebagai petanda pilihanraya umum bertambah hampir. Saya menyeru seluruh ahli dan penyokong Pakatan Rakyat agar mendapatkan maklumat parti melalu saluran rasmi parti, agar kita tidak terperangkap dengan mainan musuh,” nasihat beliau.
Laporan Star hari ini bertajuk Azizan resists PAS leadership’s moves to replace him (Azizan menentang usaha pimpinan PAS untuk menggantikan beliau) nukilan Joceline Tan memetik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur. “Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu. “Saya tidak ada rancangan untuk mengambil sebarang cuti sebab ada lagi banyak kerja yang perlu dilakukan. "Saya sedang memikirkan tentang bajet negeri bulan depan dan juga persiapan untuk Sultan kita, yang bakal menjadi Yang di-Pertuan Agong,” akhbar itu memetik Azizan sebagai berkata lagi. Sementara itu, akhbar tersebut juga menamakan tiga Adun Pas yang disebut-sebut bakal menggantikan Azizan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.
Perlembagaan negeri Kedah tidak memperuntukkan jawatan timbalan menteri besar.
Menurut akhbar tersebut, sumber dari dalam PAS Kedah turut memberitahu bahawa parti sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan Azizan untuk dipersembahkan ke Istana dan juga Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena lawatannya ke negeri tersebut minggu ini. Tanpa menamakan siapa, laman portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa pembantu Abdul Hadi telah mengesahkan bahawa beliau akan bertandang ke Kedah hujung minggu ini.
Laman tersebut turut melaporkan reaksi spontan Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul yang berkata beliau diberitahu oleh seseorang bahawa terdapat laporan sampah mengenai pentadbiran Kedah.
“Saya tidak tahu. Saya tidak pernah berjumpa dengan sesiapa dua hari lepas kerana Hari Raya. Tapi hari ini, ada seseorang itu memberitahu saya terdapat sampah di dalam suratkhabar. Nampaknya saya kena berbincang dengan rakan sekerja saya mengenai ini,” kata beliau. Beliau turut menambah situasi Azizan adalah OK – hanya kekadang beliau menjadi letih dan doktor tidak membenarkan terlalu banyak pelawat kerana ia akan membuatkan beliau terasa stress and penat. “Namun, ada orang yang melawat beliau pukul 2 dan 3 pagi,” kata beliau. Laman TMI turut memetik kata Amiruddin yang menyatakan beliau terkejut dengan berita tersebut, dan menyatakan bahawa beliau tidak sedar bahawa ada rancangan perubahan kepimpinan di Kedah. “Jadi saya tak tahu mana berita ini datang… anda perlu semak dengan penulis,” kata beliau, sambil menekankan bahawa sokongan terhadap Azizan adalah kuat, dan tidak menafikan bahawa berita tersebut mungkin bertujuan untuk memecahkan perpaduan utuh PAS Kedah. Sementara itu, Phahrolrazi, lapor TMI tidak mahu memberikan sebarang komen dalam isu ini kerana nama beliau terpalit dalam laporan akhbar tersebut sebagai pengganti Azizan. |
Bukit Kepong: Mohamad ada alasan tersendiri |
Mohd Shubihi Muhamad Zain
|
ALOR SETAR, 5 Sept: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) percaya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempunyai alasan tersendiri apabila memberikan kenyataan berhubung tragedi Bukit Kepong yang menjadi kontroversi pada masa kini. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri mengakui tidak mengikuti secara dekat kenyataan Mohamad yang menjadi topik panas itu bagaimanapun turut memberikan pandangan apabila didesak media. "Saya pun tak baca apa dia kata, saya pun tak dengar apa dia kata. Tentu dia ada fakta sejarah tentang perkara tersebut. "Tapi sejarah ni perpepsi saja, analisa.. suatu masa dulu, orang kata Hang Jebat itu penderhaka tapi kemudiannya lepas beberapa ratus tahun orang kata Hang Jebat itu hero. "Dulu ada baca sejarah Melayu tak?" soalnya sinis semasa sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Menteri Besar di kediaman rasminya, Seri Mentaloon, semalam. Pemimpin nombor dua PAS itu menjadi fokus utama serangan bertali arus media perdana pro-Umno berikutan kenyataannya yang menyentuh tentang perjuangan Muhammad Indera atau Mat Indera melawan penjajah dan turut terlibat dalam tragedi Bukit Kepong. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5220-bukit-kepong-mohamad-ada-alasan-tersendiri
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5889-pang-chow-nafi-sekeras-kerasnya-ugutan-tinggalkan-pas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5934-benarkah-yuran-sekolah-2012-percuma
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6360-pengamal-media-mesti-bertanggungjawab
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6385-mccbchst-harus-hargai-toleransi-agama
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6601-serah-bantuan-rm100-di-pejabat-umno
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6646-ka-siong-perlu-belajar-perlembagaan-negeri
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6742-banjir-apa-agenda-media-mengelirukan-rakyat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6813-dap-anti-islam-tuduhan-jahat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7063-pkr-gembira-lim-boon-chang-keluar-parti
Pang Chow nafi sekeras-kerasnya ugutan tinggalkan PAS |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan. Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar). "Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian. "Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily. Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan. Selesai melalui mesyuarat Sementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan. Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini. Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti. Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. "Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Abdul Latif menyatakan demikian ketika memberikan ulasan berkaitan kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow seperti yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini. Di dalam kenyataannya, Pang Chow memberikan isyarat bahawa akan berlaku tindakan keluar beramai-ramai daripada sayap parti itu jika PAS terus memperjuangkan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan. "Saya melihat kenyataan Hu Pang Chow sebagai satu kenyataan yang kurang tepat serta tidak realistik dengan senario politik semasa yang sedang berlaku di Malaysia. "Justeru, saya ingin mengulangi sekali lagi penegasan yang dibuat oleh pimpinan PAS samada Presiden ataupun Mursyidul Am bahawa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja dengan tidak melibatkan langsung golongan non muslim. "Pada hari ini, apa yang diperjuangkan oleh PAS adalah pelaksanaan hudud di negeri Kelantan sesuai dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan," kata beliau dalam kenyataan itu. Oleh yang demikian, katanya, Pang Chow selaku Pengerusi DHPP sewajarnya lebih bertindak ke arah memberikan penjelasan kepada non muslim agar tidak khuatir dan bimbang dengan pelaksanaan hukum hudud serta bukannya mengambil langkah untuk menyongsang arus dan membuat pendirian berbeza dengan pucuk pimpinan parti. "Ingin saya ingatkan bahawa kerajaan Kelantan akan terus menjaga dan menjamin hak-hak masyarakat non muslim dan ia diterima oleh rata-rata ahli DHPP," katanya. Sebagai contoh pada 8 Oktober 2011 yang lepas telah diadakan Seminar Keharmonian Masyarakat Majmuk anjuran kerajaan negeri Kelantan. Ia dihadiri oleh wakil-wakil DHPP dari seluruh negara dan rata-ratanya memberikan respon yang cukup positif dan menyambut baik hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk menguatkuasakan hudud ke atas umat Islam di Kelantan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5889-pang-chow-nafi-sekeras-kerasnya-ugutan-tinggalkan-pas
Benarkah yuran sekolah 2012 percuma? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Pengalaman ibu bapa apabila hari persekolahan bermula mereka terpaksa membayar wang tambahan mencecah hampir RM100 dengan dinamakan pakej tambahan.
Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat / Pengarah Jabatan Tarbiyah
“Apakah maksud yuran percuma?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Jumaat lalu. Katanya, yang memeningkan kepala nanti ialah guru-guru yang bertugas kerana dimarah oleh ibu bapa kerana Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak tahu apa yang akan berlaku di sekolah nanti. “Sebab itu Najib mesti mengeluarkan kenyataan hitam putih perkara ini supaya guru-guru di sekolah senang menjawab kepada ibu bapa,” katanya. Beliau menambah, jangan dimangsakan guru-guru kerana hendak meraih undi, sehingga guru-guru bermasam muka dengan ibu bapa. Contohnya, kata beliau ketika Tun Abdullah Badawi mengumumkan belanjawan 2008 pada 7 September 2007, mengatakan yuran percuma. Namun begitu, katanya ketika sesi persekolahan baru bermula kerajaan telah mengumumkan tiga pakej bayaran tambahan (PBT) bagi menggantikan yuran sekolah. Ini, katanya belum lagi yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tidak kurang RM20 malahan ada yang mencecah RM100. “Yuran PIBG terpaksa dipungut ,kerana hendak menampung beberapa kegiatan sekolah, ini semuanya gara-gara sekolah tidak cukup wang,” ujarnya lagi. Katanya, kalau benar kerajaan prihatin, PIBG tidak perlu memungut wang daripada pelajar lagi kerana ia menambahkan bebanan ibu bapa. Najib juga, ujarnya tidak bercakap benar kerana memaklumkan bahawa inilah pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan pendidikan percuma. Pada hal, katanya Tun Abdullah Badawi sewaktu membentang perbelanjaan untuk tahun 2008 pengumumkan yuran percuma. Malahan mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Tambahnya, tentu Abdullah tersenyum apabila Najib mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah pendidikan Malaysia. Sebab itu, katanya ibu bapa yang cerdik sudah mengatakan ini semua hanya coklat getah untuk modal pilihan raya sahaja. “Ibu bapa mesti hentikan pembohongan ini, jika kerajaan BN masih menipu ibu bapa dengan menolak BN di dalam PRU akan datang,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5934-benarkah-yuran-sekolah-2012-percuma
Pengamal media mesti bertanggungjawab |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan pengamal media perlu melaksanakan tanggungjawab yang betul dalam setiap apa yang dilaporkan. Ini, katanya kerana kesilapan mereka menyiarkan sebarang berita akan menjatuhkan maruah sesebuah negara mahupun individu tertentu. Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas tindakan akhbar Australia, The West Australian mengakui laporannya sebelum ini yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Razak berbelanja besar di negara itu sebagai tidak benar. "Saya rasa apa yang penting adalah sikap tanggungjawab pengamal media apatah lagi ia menjadi rujukan sehingga peringkat antarabangsa. "Sebarang laporan yang tidak tepat sudah pasti akan memjatuhkan imej sesebuah negara serta individu tersebut, dan apa yang saya katakan ini bukan hanya merujuk kepada apa yang disiarkan di dalam akhbar milik Australia itu sahaja tetapi ia meliputi pengamal media di dalam negara kita. "Yang mana penyebaran fitnah berita-berita yang tidak tepat sudah menjadi sinonim dengan mereka terutamanya di media elektronik milik kerajaan dan juga media cetak," jelasnya. Beliau juga berkata, tidak kira berita kepada siapa jua disiarkan kalau ia berunsur fitnah serta tanpa bukti yang kukuh, maka perlu diketepikan. Justeru, ahli Parlimen Kubang Kerian itu meminta pengamal media agar perlu berhati-hati dalam setiap apa yang mereka ingin sampaikan. "Kita berharap akhbar milik kerajaan di negara ini juga mempunyai sikap yang sama. Kalau perkara itu tidak betul atau masih samar-samar janganlah disiarkan kerana ia boleh menjatuhkan maruah seseorang. Jangan pula terkena pada diri sendiri baru kita nak melenting," sambungnya lagi. Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis Najib membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. Dalam laporan tersebut juga, peniaga membuat keuntungan besar apabila "seorang wanita pertama" membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' dilapor membelanjakan A$60,000. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6360-pengamal-media-mesti-bertanggungjawab
MCCBCHST harus hargai toleransi agama |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Nov: Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) seharusnya menghargai sifat toleransi penganut agama Islam yang tidak masuk campur hal ehwal agama lain. Justeru, merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh MCCBCHST yang menggesa supaya amalan menyembelih lembu-lembu tidak diteruskan di perkarangan sekolah dan tempat-tempat awam, pihak Sekretariat Persefahaman dan Kerjasama Gerakan Dakwah (SPKGD) yang disertai oleh 3 NGO Islam iaitu Isma, Abim dan PUM rasa terpanggil untuk membuat kenyataan balas. Dalam satu kenyataan, SPKGD berharap pihak MCCBCHST juga perlu memberikan kerjasama seperti mana umat Islam bekerjasama terhadap penganut agama Hindu bagi merayakan Thaipusam, masyarakat Cina merayakan pesta tanglung, penganut Taoisme merayakan pesta hantu lapar dan seumpamanya. “Kami menyarankan agar mereka dapat mencontohi rakan mereka di Singapura, Thailand dan Indonesia yang tidak menimbulkan isu remeh yang memalukan masyarakat di negara ini,” kata Abdullah Zaik Abd. Rahman (Isma), Amidi Abdul Manan (Abim) dan Dr Fauzi Draman (PUM) dalam kenyataan bersama itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6385-mccbchst-harus-hargai-toleransi-agama
Serah bantuan RM100 di pejabat Umno? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dakwaan banyak pihak bahawa pemberian bantuan persekolahan RM100 dijadikan alat politik Umno BN menagih undi, nampaknya ada kebenarannya.
YB Zuraida Kamaruddin - Ketua Wanita PKR
Semalam, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga ketua Wanita PKR mendedahkan wang bantuan RM100 kepada murid sekolah yang sepatunya diadakan di sekolah, diberikan di pejabat Umno. Zuraida mendakwa sebuah sekolah rendah di Ampang membawa pelajarnya ke pejabat Umno bahagian untuk mendapatkan wang bantuan terbabit. Malah bantuan tersebut diberikan oleh Ketua Umno bahagian Datuk Ismail Kijo di bangunan Umno Ampang di Jalan Bukit Belacan.
Datuk Ismail Kijo - KUB Ampang
“Saya dapat panggilan dari guru besar dan ibu bapa yang memberitahu murid-murid terpaksa dibawa ke bangunan Umno Ampang untuk menerima wang itu. “Sepatutnya bantuan itu diserahkan oleh kakitangan kerajaan atau pun daripada Kementerian Pelajaran,” kata Zuraida dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR semalam. Wang bantuan persekolahan RM100 diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 lalu. Ianya sepatutnya diserahkan kepada pelajar melalui satu majlis penyerahan yang diadakan di sekolah, dan bukan di pejabat Umno. agenda terdesak Sebelum ini, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa Umno sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan projek pemberian RM100 itu sebagai medan politik mereka. Dalam sesetengah majlis penyerahan yang diadakan, ibu bapa yang hadir bagi menerima wang tersebut didakwa dipaksa menunggu dan mendengar 'ceramah politik' dari pemimpin Umno yang turut dijemput serta dalam program itu.
Datuk Dr Rosli Mohamed - Ketua SU KPM
Malah, satu surat yang mendedahkan arahan khas daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pengurusan sekolah dan pengarah pelajaran negeri agar menjemput wakil rakyat BN ke program penyampaian bantuan itu juga dilihat ada agenda politik tertentu. Kandungan surat itu menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat. "Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".
YB Sdr Saifudin Nasution Ismail - SUA PKR
"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6601-serah-bantuan-rm100-di-pejabat-umno
Ka Siong perlu belajar perlembagaan negeri |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 22 Nov: Pemuda Pakatan Rakyat hari ini menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong adalah tidak bertanggungjawab serta tidak memahami perlembagaan negeri.
YB Datuk Wee Ka Siong - Ketua Pemuda MCA
Berkata pada satu sidang media di Ibu Pejabat Keadilan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Wee Ka Siong sebenarnya terlupa kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah hak Menteri Besar di sesebuah negeri. "Kita melihat kenyataan beliau tidak bertanggungjawab serta keterlaluan dan Pemuda Pakatan Rakyat menyambut baik tindakan berani Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim atas pengumuman tersebut.
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor
"Walaupun beliau tidak menetapkan tarikh tetapi beliau berani mengatakan pendirian bahawa Dun Selangor tidak akan dibubarkan sebelum Julai 2012. "Dan alasan yang dikatakan oleh Khalid ini memang munasabah kerana janji Kerajaan Selangor pada belanjawaan 2012 perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan hak untuk rakyat perlu diberikan, ini satu usaha yang baik Kerajaan Pakatan Rakyat," jelasnya. Tambah beliau lagi, kalau Ketua Pemuda MCA itu ingin bercakap soal demokrasi beliau perlu tuju terus kepada Perdana Menteri agar menetapkan terus tarikh pilihanraya bila akan dilaksanakan bukannya hanya menggunakan konsep 'tunggu ilham'. "Sebelum menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat, Wee Ka Siong perlu tanya Datuk Seri Najib Razak agar meletakkan terus tarikh pilihanraya dan ini barulah dikatakan sebuah negara yang demokrasi," sambungnya lagi.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia
Sementara itu Timbalan Ketua Penerangan Najwan Halimi melalui kenyataan medianya menjelaskan AMK melihat kenyataan Wee Ka Siong ini datang dari seorang yang tidak memahami Perlembagaan serta satu usaha terdesak untuk meraih publisiti murah. "Umum sedia maklum bahawa parti MCA kini merupakan salah satu parti komponen BN yang semakin tidak popular serta sudah tidak relevan kepada masyarakat Malaysia khususnya terhadap masyarakat Cina terutama selepas kemerosotan teruk prestasi mereka dalam PRU ke-12 pada Mac 2008. "Pemuda MCA pula kini dilihat sudah tidak lagi memiliki sebarang kredibiliti di kalangan anak muda, Ketua Pemuda MCA seharusnya membaca kembali Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas menyatakan bahawa kuasa untuk membubar DUN terletak di bawah bidang kuasa Menteri Besar atau Ketua Menteri sesebuah Kerajaan Negeri setelah menerima perkenaan daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri tersebut," jelasnya. Tambahnya justeru soal cabar mencabar atau dakwaan 'cuba mengelak dari melaksanakan pilihan raya' sewajarnya tidak berbangkit kerana telah jelas bahawa setiap negeri berhak menentukan sendiri tarikh pilihan raya DUN masing-masing tanpa tertakluk kepada pembubaran Parlimen. "AMK juga menolak dakwaan YB Ketua Pemuda MCA bahawa kerajaan negeri pimpinan PR "gagal memenuhi janji-janji pilihan raya" dan lantaran itu takut untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan PRU. "Perlu ditegaskan bahawa Menteri Besar Selangor dalam kenyataan beliau pada 17 November 2011 antara lain telah menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan Negeri Selangor pimpinan PR akan memastikan segala apa yang dijanjikan pada Belanjawan Negeri 2012 akan dapat dipenuhi sepenuhnya dan rakyat dapat menikmati apa yang telah dijanjikan di dalam rancangan belanjawan tersebut," sambungnya lagi. Dalam pada itu beliau berharap supaya kepimpinan Pemuda MCA menghentikan budaya politik remeh 'cabar-mencabar' ini dan menumpukan sepenuh usaha kepada usaha pembangunan anak muda, memerangi penyelewengan dan rasuah serta menangani masalah-masalah yang lebih besar dan berkait-rapat dengan kepentingan rakyat terbanyak. "Hormatilah hak serta mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada kerajaan negeri tidak kira sama ada kerajaan negeri tersebut diterajui oleh Pakatan Rakyat mahu pun BN," sambungnya lagi. Sebelum itu Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong telah mengeluarkan kenyataan dalam media pada 21 November lepas yang "mencabar kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat supaya mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang. Beliau turut mendakwa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak bersedia menghadapi Barisan Nasional dan cuba mengelak daripada mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan PRU serta menuduh kerajaan negeri pimpinan PR "gagal memenuhi janji-janji pilihan raya". |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6646-ka-siong-perlu-belajar-perlembagaan-negeri
Banjir: Apa agenda media mengelirukan rakyat |
Ibnu Halim, Tanah Merah |
23 November 2011 yang merupakan penghulu segala hari, Hari Jumaat yang lepas telah dicemari dengan budaya kerja media yang mengelirukan rakyat melalui medan suaranya yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan.
Jam 7.00 pagi, berita RTM memaparkan berita perkembangan semasa banjir. Menyentuh banjir di Kelantan, pembaca berita menyebut berita yang menggambarkan bahawa banjir amat buruk sedang berlaku di Kelantan yang ingin dikaitkan dengan kegagalan kerajaan Kelantan mengawal masalah banjir saban tahun. Apabila menyebut jumlah mangsa yang berpindah di Kelantan pula disebut 1800 orang tapi jadual grafik yang dipaparkan hanya menunjukkan jumlah 1,400 orang, menggambarkan media yang ingin melebih-lebih dalam memburukkan keadaan Kelantan. Walhal melihat kepada jumlah mangsa banjir di Kelantan adalah jauh lebih rendah berbanding Terengganu pada masa itu, berjumlah lebih 2,000 orang, namun tidak pula disebutkan banjir sedang buruk di Terengganu. Tengah hari, selepas Solat Jumaat saya membelek sebuah akhbar bahasa Melayu yang beredisi Kelantan. Sekali lagi terdapat perkara yang memburukkan imej Kelantan dilakukan oleh media. Membelek helaian 4 sisipan berita daerah Kelantan, berita yang agak besar di bahagian bawah melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi pesan kepada rakyat Kelantan agar menyatakan pendirian dengan mengubah kepimpinan Kelantan sekarang dalam PRU-13 akan datang yang katanya ‘agar Kelantan tidak semakin ketinggalan’. Berita berkenaan menyebut seramai 15,000 rakyat hadir memberi sokongan ke majlis jamuan rakyat bersama TPM di SK Gual Ipoh, Tanah Merah pada 23 Nov yang lepas. Namun, apabila dibelek lagi di muka 19, berita khas daerah Tanah Merah, dilaporkan berita bertajuk “18,000 memeriahkan karnival”. Pihak Umno Bahagian Tanah Merah menyatakan sejumlah 18,000 orang yang hadir dan ini adalah tanda sokongan dan komitmen rakyat terhadap Umno semakin bertambah di Tanah Merah & Kelantan. Ini jelas berbeza dengan berita di muka yang terkedepan tadi iaitu diberitakan 15,000 orang yang hadir, namun pihak Umno Bahagian melalui media berkenaan bersikap melebih-lebih apabila menyatakan 18,000 rakyat yang hadir. Percanggahan fakta ini menggambarkan sikap media yang tidak telus dalam melaporkan berita dan kemungkinan jumlah orang yang hadir dalam majlis tersebut jauh lebih rendah berbanding jumlah yang dilaporkan . Walaupun 10,000 orang yag hadir sekalipun, pihak Umno tidak boleh berbangga dengan jumlah itu kerana sebenarnya semua sekolah dalam daerah Tanah Merah telah mengeluarkan sepucuk surat yang ditandatangani Guru Besar kepada semua guru, guru Kafa, staf sekolah, dan ibu bapa pelajar yang mana menyatakan semua yang terbabit Diwajibkan Hadir (dengan tulisan Bold Hitam) ke majlis tersebut. Maka semua ibu/bapa/penjaga yang rata-ratanya masyarakat kampung di Tanah Merah ini merasakan perlunya hadir, bimbang kehadiran diambil dan tindakan akan dikenakan kepada anak masing-masing di sekolah nanti. Tidak dikira lagi dengan semua guru yang sememangnya akan dikenakan tindakan sekiranya tidak hadir, maka tidak hairanlah walaupun ramai orang yang hadir. Membelek halaman lain, terjumpa berita bertajuk “Banjir Kelantan Paras Bahaya”. Apabila dibaca berita lanjut dalam artikel berkenaan, berita mengatakan air sungai utama di Kelantan berada pada paras amaran dengan jumlah mangsa perpindahan banjir seramai 1,184 orang. Langsung tidak menghuraikan tajuk utama, “Banjir Kelantan Paras Bahaya”. Namun, dalam artikel dibawah tajuk yang sama, dipaparkan air sungai di beberapa lokasi di Terengganu dilaporkan Melebihi Paras Bahaya dengan mangsa perpindahan banjir seramai 2,402 orang (jauh lebih ramai berbanding Kelantan). Secara jelas berita ditulis air sungai di Terengganu berada pada paras melebihi tahap berbahaya berbanding Kelantan hanya pada paras amaran dan sepatutnya berita tersebut bertajuk “Banjir Terengganu Paras Bahaya”. Hanya kerana Kelantan dibawah pimpinan ulama’ dan Terengganu di bawah pimpinan nasionalis (Umno), maka berita dilaporkan sedimikian rupa. Sekali lagi secara jelas media melebih-lebih dalam memburukkan imej & keadaan di bawah kepimpinan ulama’ Kelantan. Seterusnya, selepas pulang Solat Isya’ di masjid, saya membuka saluran TV3 menonton siaran Buletin Utama bagi mengetahui isu semasa negara tercinta ini. Sekali lagi pada hari ini berita mengelirukan rakyat dikeluarkan oleh media Malaysia. Berita ringas dalam bentuk tulisan yang sentiasa bergerak di bahagian bawah berita memaparkan “Orang Ramai Dijemput Hadir Ke Majlis Bekwoh Anak Kelate 2011 bersama Pemimpin-Pemimpin Kelantan pada 26 Nov 2011, Sabtu di Stadium Putra, Bukit Jalil”. Saya yang pada mulanya bersangka baik kepada TV3 memikirkan TV3 sanggup mengiklankan program kerajaan negeri dalam siaran berita mereka. Namun apabila disiasat, kawan saya memaklumkan bahawa majlis tersebut sebenarnya adalah Majlis Perhimpunan Ahli Umno Kelantan bersama pemimpin pengkhianat Kelantan yang bermimpi memerintah Kelantan sejak 2 dekad yang lalu iaitu Dato’ Mustapha Mohamad & Awang Adek serta dihadiri seorang Menteri jemputan, Dato’ Shabery Chik. Keesokan harinya, (26 Nov) saya menonton Buletin 1.30 TV3. Sekali lagi iklan majlis tersebut diiklan dalam TV3, bagaikan TV3 ini adalah media rasmi Umno walaupun umum mengetahu TV3 adalah media swasta. Satu lagi perkara menyakitkan hati selaku rakyat Kelantan apabila berita ringas dalam bentuk tulisan yang sentiasa bergerak di bahagian bawah berita memaparkan “Banjir Kelantan Semakin Buruk”. Namun tidak sampai 5 minit kemudian pembaca berita membacakan berita berbunyi : “Banjir di Kelantan semakin pulih….”. Secara jelas, sekali lagi percanggahan berita diberikan kepada rakyat Malaysia dalam satu berita yang sama, sama seperti berita dari akhbar yang saya ceritakan tadi. Sungguh keji etika kewartawanan dan kebebasan media yang diamalkan para media negara ini apabila banyak memutar belitkan fakta dengan niat mengelirukan rakyat. Mereka ini tidak mengambil iktibar terhadap peringatan yang diberikan di mana setiap tulisan dan perbuatan mereka walau baik dan buruk akan dicatat oleh malaikat dan dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak. Semoga Allah dapat menunjukkan yang hak & menjatuhkan yang batil suatu hari nanti. Insya-Allah... |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6742-banjir-apa-agenda-media-mengelirukan-rakyat
DAP anti Islam tuduhan jahat |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 1 Dis: DAP hari ini secara tegas menolak tuduhan jahat pihak-pihak tertentu terhadap parti itu yang mengatakan DAP anti Melayu dan anti Islam. Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang (gambar) berkata, tuduhan-tuduhan seperti itu ternyata tidak berasas dan berniat jahat terhadap DAP. Menurut beliau, sebaliknya DAP tidak pernah anti Melayu dan anti Islam dan tuduhan seperti itu ternyata satu fitnah jahat terhadap parti itu yang mesti disekat oleh pelbagai pihak. Katanya, bagaimanapun untuk menyekat fitnah jahat seperti itu bukanlah sesuatu yang mudah, melainkan dengan meminda peraturan dalam pilihanraya bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas pihak terbabit. "Itulah sebabnya saya mengemukakan usul ini supaya dipersetujui oleh Dewan yang Mulia ini bagi menyekat fitnah-fitnah jahat disebarkan dalam pilihanraya," katanya ketika membentangkan usul untuk meminda peraturan pilihanraya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Ketika beliau yang juga Penasihat DAP menjelaskan pendirian rasmi parti itu yang tidak anti Melayu dan Islam, Dewan Rakyat tiba-tiba terus menjadi kecoh dengan suara-suara gangguan keras daripada ahli-ahli Parlimen Umno BN. Keadaan itu menyebabkan Lim tidak dapat meneruskan ucapannya beberapa ketika sehingga suasana berjaya ditenangkan kembali oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Usul yang dikemukakan oleh beliau itu melibatkan cadangan pindaan beberapa peraturan pilihanraya di bawah bidang kuasa SPR yang menyokong 8 tuntutan Bersih. Selain itu turut ditambah cadangan pindaan beberapa perkara lain termasuk yang melibatkan hak mengundi bagi pengundi-pengundi luar negara dari kalangan rakyat Malaysia yang bekerja atau tinggal di luar negara. Usul tersebut dikemukakan oleh beliau di bawah peraturan 30 (1) dan 30 (4C) peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, tetapi ditolak oleh Yang Dipertua untuk dibahaskan atas alasan teknikal dan di bawah beberapa peraturan lain. Sebelum itu, persidangan Dewan Rakyat turut kecoh apabila Ahli Parlimen Padang Serai (Bebas), N Gobalakrishnan mengganggu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap membahaskan usul penambahbaikan pilihanraya yang dikemukakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili. Walaupun telah ditegur berkali-kali agar tidak mengganggu persidangan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Gobala tetap tidak mengendahkan teguran itu malah terus bersuara lantang melemparkan pelbagai tuduhan liar terhadap Anwar. Akhirnya, beliau diarahkan keluar dewan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sehingga selesai tempoh waktu persidangan pagi ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6813-dap-anti-islam-tuduhan-jahat
PKR 'gembira' Lim Boon Chang keluar parti |
Mohd Sabri Said |
PULAU PINANG, 15 Dis: Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) Pulau Pinang mengalu-alukan perletakan jawatan Ketua Cabang KeAdiLan Bukit Gelugor, Lim Boon Chang (gambar) untuk sertai parti lamanya, Gerakan yang kian karam dalam arus politik tanahair. Ketuanya, Amir Ghazali ketika dihubungi menegaskan, keputusan itu tepat sekali kerana parti tidak mahu wujudnya individu yang mencari kesempatan untuk bertanding di satu-satu kerusi serta seringkali mengugut parti sekiranya permintaanya tidak diterima. "Sebelum dipecat lebih baik beliau letak jawatan kerana sikap yang ditunjukan mula melampau. Biar dia karam di laut bersama nakhoda Gerakan yang sudah jelas melakukan penyelewengan demi penyelewengan, "ujarnya gembira. Baginya, tidak elok parti menyimpan individu yang sering mengambil kesempatan sedemikian kerana keputusan siapa yang akan dicalonkan atau di kerusi mana dicalonkan bukan keputusan peribadi sebaliknya adalah keputusan parti. Penghijrahan kembali beliau ke Parti Gerakan pastinya mengundang padah kepada Gerakan pimpinan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon yang kini tidak lagi mempunyai kekuatan semaksima dulu selepas berbagai isu dikaitkan denganya ketika bertindak sebagai Ketua Menteri beberapa penggal. "Biarlah dia belayar bernakhodakan bekas ketuanya dulu yang terkenal dengan suka menyeleweng dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan, " tegas beliau. Lim Boon Chang pernah menganggotai Gerakan selama 15 tahun mengambil keputusan menganggotai PKR kira-kira tiga tahun lalu dan tengahari tadi mengambil keputusan meletakan semua jawatan dalam parti dan menyertai semula Gerakan dengan alasan PKR sudah tidak releven apabila kebanyakan suara yang hadir dari peringkat bawahan tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7063-pkr-gembira-lim-boon-chang-keluar-parti
Iktiraf 2 aktiviti Cina untuk tutup skandal BN
Aziz Muda, | 30 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 30 Jan: Kerajaan BN telah mengambil jalan pintas dengan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya kaum Cina bagi melupakan rakyat terhadap skandal-skandal besar yang berlaku dalam negara.
Dua aktiviti budaya baru yang diiktiraf itu melibatkan perarakan bendera besar dari Pulau Pinang dan perarakan satu tokong Cina terbesar di Johor sekitar 6 Februari ini.
Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee berkata, pengiktirafan tersebut dibuat sempena sambutan tahun baru Cina Sabtu lalu di Setiawan Perak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ternyata bermotifkan politik.
Menurutnya, pengiktirafan tersebut amat mengejutkan kaum Cina yang sekali gus turut menimbulkan tanda tanya kenapa baru sekarang dilakukan?
Katanya, ia ternyata dibuat bagi mendapatkan kembali sokongan kaum Cina terhadap BN yang kini semakin merosot, walaupun pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mempromosikan dan menjayakannya.
"Bagi mempromosikan aktiviti itu, pihak kerajaan menerusi Kementerian Multimedia telah pun membuat iklan besar-besar di beberapa saluran TV termasuk TV1 dan TV2 sejak Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Sebelum itu, masyarakat Cina di negara ini, menurutnya, turut terkejut apabila pihak kerajaan turut membenarkan kaum Cina membakar mercun dan bunga api secara bebas pada hari pertama hingga ketiga sambutan Tahun Baru Cina tahun ini.
"Sedangkan pada tahun-tahun lalu aktiviti tersebut dilarang sama sekali, tetapi tahun ini telah berubah. Ini adalah strategi BN untuk mendapatkan sokongan daripada kaum Cina," katanya.
Tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN itu, tambahnya, sememangnya menggembirakan kaum Cina, tetapi dalam masa yang sama turut menyedarkan kaum itu sendiri terhadap peranan Pakatan Rakyat terhadap mereka.
"Tanpa Pakatan Rakyat, tidak mungkin Kerajaan BN akan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya Cina itu dan memberikan kebenaran membakar mercun dan bunga api kerana ia ternyata dibuat kerana terdesak," tegasnya.
Bukti lain yang menunjukkan BN berada dalam keadaan terdesak, katanya, boleh dirujuk dengan iklan yang dibuat oleh pihak kerajaan pada saluran TV tertentu khususnya TV7 sebelum dan selepas berita Mandarin sekitar jam 9.30 malam sejak beberapa hari lalu.
Iklan dalam bahasa Cina yang menggunakan lambang MCA dan Gerakan itu mengajak masyarakat Cina menyokong BN dengan meneruskan pembangunan di Pulau Pinang bersama Gerakan.
"Iklan itu disiarkan sekitar seminit hingga ke dua minit dan ternyata bermotif politik serta memakan belanja yang besar. Semua itu merupakan usaha akhir BN untuk mendapatkan kembali sokongan kaum Cina," katanya.
Namun, segala pelaburan yang dibuat oleh pihak BN itu, katanya, diyakini tetap gagal menarik undi kaum Cina terhadap BN pada pilihanraya umum nanti kerana kaum Cina di negara ini sekarang lebih menyakini Pakatan Rakyat berbanding BN.
Sumber HD : 30/01/2012
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Semalam, 27 Mac genap satu bulan akhbar MCA, The Star menyiarkan semuka penuh cerita dengan gambar Erykah Badu bertatu nama Allah di dadanya yang terlanjang.
Namun, sehingga kini, tidak ada sebarang tindakan yang dikenakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar itu.
(Laporan The Star 27 Februari lalu...gambar nama Allah telah kami kaburkan)
Hal ini amat mengejutkan kerana pelbagai desakan dibuat oleh para pemimpin Umno sendiri di samping pemimpin masyarakat agar pengajaran diberikan kepada semua akhbar agar berhati-hati dengan sensitiviti agama.
Antara yang mendesak selain pembangkang adalah Datuk Dr Mashitah Ibrahim, timbalan menteri di Jabatan Perdan Menteri, Mufti Perlis yang ternyata amat marah dan pelbagai NGO Islam yang membantah keterlanjuran akhbar MCA itu.
27 Februari lalu, akhbar itu menyiarkan tulisan semuka penuh tentang penyanyi Amerika Eryka Badu.
Yang menjolok matanya adalah gambar besar Erykah Badu dengan tatu nama Allah di dadanya yang terlanjang.
Ia dianggap menghina nama Allah kerana ia ditempatkan di dada telanjang seorang artis.
Dengan penyiaran itu, akhbar ini sudah kali ketiga menyiarkan laporan yang mencabar sensitiviti Islam.
Sebelum itu, pengarang kanan The Star membuat kritikan terbuka terhadap keputusan mahkamah syariah Pahang yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang wanita Islam kerana meminum arak di khalayak ramai.
Selepas itu, ketika bulan Ramadhan lepas, akhbar itu menyiarkan menu daging babi panggang sebagai juadah berbuka puasa.
Kedua-duanya telah menyebabkan KDN mengeluarkan surat amaran kepada The Star.
Namun, walaupun sudah dua kali The Star diberi amaran, nampaknya untuk kesalahan kali ketiga ini akhbar kerabat Umno dalam Barisan Nasional itu akan terlepas begitu sahaja tanpa sebarang amaran apatah lagi tindakan.
Ini kerana, selepas sebulan berlalu, tidak ada sebarang tindakan lagi dikenakan ke atas akhbar itu walau sekurang-kurangnya sudah dua kali pengarang kanan mereka dipanggil KDN.
Ia agak bertentangan dengan bunyi kenyataan KDN selepas mendapat jawapan The Star kepada surat tunjuk sebab darinya.
KDN berkata, mereka tidak berpuashati dengan jawapan dari The Star, namun sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas akhbar itu.
Sebelum itu, timbalan menteri Dalam Negeri Lee Chee Leong yang juga AJK Pusat MCA berkata, "Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka."
"Mungkin KDN lepaskan begitu sahaja kerana mereka rasa tindakan nasihat lebih berkesan," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
Ini kerana, minggu lalu para pegawai kanan KDN memberikan taklimat khas kepada para editor kanan The Star tentang sensitiviti umat Islam.
"Mereka diajar cara-cara menilai gambar, istilah dan perkataan yang dianggap sensitif dalam Islam," kata sumber itu.
Misalnya, penggunaan gambar Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam hendaklah dengan berhati-hati. Begitu juga kedudukan iklan yang haram bagi orang Islam.
"Sebenarnya menjadi amalan The Star sangat berhati-hati dalam hal ini. Misalnya jika disiarkan tulisan tentang Islam, muka surat sebelum dan selepas tulisan itu dipastikan tidak disiarkan tulisan atau iklan yang dianggap tidak baik oleh Islam," kata satu sumber.
(Muka surat 25 Utusan menyiarkan iklan ini, muka surat berikutnya iaitu 26 dan 27 ruangan agama...kerja sebegini tidak dibuat oleh The Star)
Sumber itu mungkin mengulas iklan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia baru-baru ini yang menyiarkan iklan Follow Me yang berupa kaki hingga ke pinggang perempuan hampir telanjang.
Selepas iklan telanjang itu, disiarkan pula ruangan agama di muka surat berikutnya.
Seolah-olah mahu memastikan orang Islam yang mahu membaca tentang solat itu, kena lihat iklan itu dulu.
"Saya rasa mereka akan bertindak selepas pilihan raya ini...kerana The Star hendak digunakan dulu sebelum itu," kata sumber kepada Harakahdaily.
The Star nafi sumber
Sementara itu, The Star hari ini menghantar surat kepada Harakahdaily bagi menafikan laporan bertarikh 8 Mac lalu bertajuk 'KDN panggil lagi Editor The Star'.
"Kami dengan ini menafikan sekerasnya tentang sumber yang tuan perolehi seperti yang tertulis di dalam artikel harakahdaily.net yang dipetik:-
"Sementara itu, sumber bahagian sumber manusia The Star memaklumkan, akhbar ini buat pertama kalinya dalam sejarah membuat siasatan dalaman dengan diketuai oleh pihak luar. Seorang bekas hakim mahkamah tinggi akan mengetuai penal siasatan kes ini yang akan berlangsung esok.
"Biasanya bahagian kami (HR) sahaja yang kendalikan kes siasatan dalam ini tetapi oleh kerana kami perlukan kewibawaan dalam siasatan kes ini, pihak luar tepaksa dipanggil," kata sumber itu.
"Sehubungan dengan itu, kami berharap pihak tuan akan lebih profesional dalam menerbitkan lapuran tuan di masa-masa akan datang," kata surat yang ditandatangani oleh Henry Asokan, Pengurus Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran.
Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong ketika mengulas surat itu berkata, memang Harakahdaily tersilap meletakkan bekas hakim Mahkamah Tinggi kerana yang sebenarnya adalah bekas presiden Mahkamah Perindustrian yang mempengerusikan siasatan dalaman itu. Begitu juga sumbernya.
Atas fakta itu, katanya, Harakahdaily memohon maaf.
LAPORAN BERKAITAN
Pemuda PAS dan mufti mahu permit The Star digantung

Selepas sebulan, The Star bebas begitu sahaja
Harakahdaily, | 28 Mac 2012 |

Konsert Erykah batal, Star mesti dihukum juga
The Star terus menerus hina Islam
Mohon maaf demi maaf dari The Star
Editor kanan The Star dipanggil KDN
Sumber HD : 28/03/2012
Islam adalah agama yang syumul, mudah, aman dan sejahtera kepada penganutnya. Islam tidak pernah menegah umatnya melakukan sesuatu mengikut kehendak mereka selagi mana ia tidak bercanggah dengan ajaran dan faham yang di sampaikan.
Setiap umat Islam bebas melakukan apa yang disukai begitu juga dalam bab pemilihan pakaian dan berfesyen.
Islam tidak pernah melarang seseorang itu berfesyen mengikut trend terkini serta cita rasa masing-masing tetapi ia mestilah berperinsip dan mempunyai etika yang tersendiri.
Sabda Nabi: Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka - riwayat Abu Daud.
Namun pada zaman kecanggihan teknologi ini masih ramai lagi yang tidak memahami serta tidak mengetahui cara berfesyen yang di galakkan dalam Islam.
Tahukah anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Islam?
Fesyen secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain, terutama perkara yang baru yang menjadi kegemaran dan kegilaan ramai.
Berbeza pula dengan difinisi berfesyen iaitu menunjukkan atau mengikut sesuatu gaya dan trend terkini dalam cara berpakaian dan lain-lain.
Fesyen bukan hanya tertumpu kepada pakaian seperti baju atau tudung semata-mata, namun ia mempunyai skop yang amat luas seperti perhiasan, kosmetik.
Pada hakikatnya fesyen berkonsepkan Islam sebenarnya mengandugi cara, gaya, panduan dan adab yang tersendiri, tanpa kita sedari Islam telah menggariskan beberapa cara berpakaian atau berfesyen.
Ia begitu indah untuk diikuti dan diteladani oleh penganutnya. Antaranya ialah memakai pakaian yang menutup aurat bagi perempuan dan lelaki berdasarkan had yang ditentukan, sopan serta tidak mengundang fitnah kepada orang yang memakaianya.
Firman Allah dalam [Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Apa yang dapat di fahami dari dalil di atas ialah sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.
Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat.
Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang sebagai seorang Muslim.
Jadi sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya kita mematuhi cara yang ditetapkan.
Rasulullah S.A.W juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagimana ia tidak melanggari batas syariah.
Baginda menggalakkan umat Islam supaya memakai pakaian bewarna putih, namun ada juga hadis-hadis lain menunjukkan baginda juga memakai pelbagai warna.
Baginda memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain.
Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain)
Baginda S.A.W di dalam hayatnya juga pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya.
Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir serta memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas.
Mereka pada zaman tersebut juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas.
Maka, bererti sunah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri.
Memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditangkalkan.” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma‘ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Tanpa disedari sebenarnya fesyen telah banyak mengubah manusia, apabila di perhatikan fesyen-fesyen masa kini terlalu berbeza dari asalnya.
Jika pada zaman dahulu pakaian seperti baju Melayu, baju kurung serta baju kebaya di agung-agungkan kerana ia melambangkan kesopanan, tradisi, adat serta budaya kepada pemakainya.
Akan tetapi setelah dunia melalui arus pemodenan dan berteknologi fesyen menjadi semakin tidak senonoh dan mengairahka serta provokatif.
Perkara sebegini adalah amat bertentangan dengan syariat serta sedikit sebanyak boleh menjejaskan akidah ummat islam.
Biar papa asal bergaya adalah pepatah yang sesuai digunakan kepada mereka yang terlalu obses kepada gaya fesyen terkini, mereka sanggup berhabis duit semata-mata untuk memuaskan hati dan kelihatan cantik di mata masyarakat.
Namun begitu ada juga yang sanggup mengikat perut dan berhutang sana-sini semata-mata untuk bergaya.
Oleh kerana sikap segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa mereka yang tidak berfesyen adalah kolot dan ketinggalan zaman menjadikan manusia lebih terdorong untuk berfesyen dan sanggup menjadi hamba kepada fesyen, sehinggakan mengundang kepada pembaziran harta dan wang ringgit.
Justeru itu, kita seharusnya bijak untuk berfesyen supaya ia tidak melanggari batas-batas yang dibenarkan.
Sumber HD : 23/05/2012
Fesyen: Harus atau sebaliknya dalam Islam?
Nor Azura Shaari, USIM, |

The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan
Harakahdaily, | 05 Jul 2012 |
PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya 'Ramadhan Sale' menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.
Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.
Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.
Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.
Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.
Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.
The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.
Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.
Sumber HD : 5/07/2012

Cara tahan 31 penduduk Cameron dikesali
Harakahdaily, | 12 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melahirkan kekesalan mereka terhadap sikap pihak berkuasa yang menahan 31 penduduk Cameron Highland yang berhimpun dengan aman di depan Pejabat MB Pahang kelmarin.
(Penduduk Cameron membuat khemah di depan pejabat MB Pahang sebelum mereka ditahan polis - gambar Pahang Daily)
Bagi Suaram, tindakan polis membebaskan mereka di saat-saat akhir menjelang tempoh tahanan reman tamat tidak wajar.
"Seolah-olah pihak berkuasa menunggu arahan dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan," kata jurucakap Suaram dalam satu kenyataan mereka hari ini.
Selasa 10 Julai baru-baru ini, 33 penduduk Cameron Highland berhimpun secara aman di depan pejabat MB Pahang bagi menuntut janjinya yang mahu menyelesaikan masalah tanah dan kediaman mereka yang terancam.
Mereka cuba berunding dengan polis untuk membolehkan mereka menunggu MB yang telah berjanji kepada mereka sebelum ini namun tidak berjaya.
31 dari mereka ditahan manakala dua yang dibebaskan adalah seorang Orang Asli dan seorang lagi lelaki tua.
"Seluruh episod ini membayangkan tangkapan ke atas penduduk ini dibuat berdasarkan arahan dan polis menunggu arahan apa dakwaan yang mahu dibuat ke atas mereka.
"Jadi kenapa mereka ditangkap? Ia jelas menunjukkan orang awam ditangkap dahulu sebelum pihak atasan membuat keputusan dan arahan apa yang hendak dibuat," kata R. Thevarajan, Koorditor Hak Keadilan Suaram.
Suaram difahamkan, 25 dari mereka ditahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2011 kerana gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa perhimpunan mereka.
Tahanan lelaki telah diugut untuk dibuat ujian air kencing di bawah Akta Dadah Merbahaya. Selepas itu mereka di dakwa dibawah Seksyen 90 Akta Polis 1971 kerana membuat kecoh di balai polis.
Namun akhirnya mereka dibebaskan dengan jaminan polis tanpa sebarang dakwaan.
"Suaram beranggapan polis keliru samada untuk mendakwa mereka atau tidak kerana mereka adalah penduduk miskin yang menghadapi masalah isu tanah, paksaan pindah dan perobohan rumah.
"Ketua Polis Negara perlu memberikan penjelasan bagaimana mereka dikendalikan termasuk oleh pegawai yang menguruskan kes di Balai Polis Kuantan bernama Mohd Jasmani," desak Suaram dalam kenyataannya.
Sumber HD : 12/07/2012
GEORGETOWN: Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Bukhori Ghazali mengingatkan ahli PAS negeri ini lebih berhati- hati dengan strateji musuh yang sengaja mencari jalan memecahkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
(Gambar demo yang ada bendera PAS yang disiarkan blog Umno, pisau.net)
Musuh sekarang tambahnya, tidak lagi berhadapan dengan PAS tetapi mempergunakan bekas kepimpinan PAS untuk mengucar kacirkan istiqamah perjuangan yang telah terpahat lama dalam diri ahli.
Penggunaan nama Allah ujarnya, telah pun diputuskan oleh kepimpinan PAS dan tidak timbul percanggahan sehingga perlu melakukan demontrasi di Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat semalam.
"Berhati-hatilah dengan taktik musuh yang telah menyelinap masuk menerusi bekas kepimpinan PAS yang telah menjauhkan diri dari perjuangan. Mereka sedang berusaha memecah belahkan perpaduan yang dipupuk dalam Pakatan Rakyat untuk membantu BN kekal berkuasa," tegasnya.
Semalam Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man berkata, beliau tidak tahu menahu tentang demontrasi terhadap isu penggunaan Kalimah Allah yang diketuai oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohamed Hafiz Nordin berhampiran Masjid Simpang Enam kira-kira beberapa meter dengan Pusat Pentadbiran Negeri di Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR).
Lagipun katanya, PAS mempunyai saluran tertentu untuk bersemuka jika timbul sesuatu masalah bukan berdemo sepertimana yang dilaksanakan oleh mereka yang kononnya tidak puas hati terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak mengambil alih pemerintahan dari BN lagi.
"Apa salahnya ikut saluran jika tak puas hati dan saya sendiri menafikan bahawa PAS negeri terlibat dalam hal itu walaupun didakwa banyak bendera PAS berkibaran," katanya.
Sumber HD - 29-12-2012

Bendera PAS di demo isu Allah: Hati-hati strategi musuh
Mohd Sabri Said, | 29 Dis 2012 |

No comments:
Post a Comment