Najib sedia ditentang, mengapa?
Subky Latif, | 04 Jun 2013 |
BARU empat tahun Datuk Seri Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, lalu dia menyatakan bersedia ditentang dalam pemilihan pimpinan UMNO yang akan datang, tidak kira bila ia diadakan.
Mengapa dia sedia ditandingi? Jawapannya kerana partinya mengamalkan demokrasi dan dia seperti pemimpin lain-lain parti politik tidak sedia bertanding dan ditandingi. Logiknya partinya juga sebuah parti demokrasi sendiri menggalakkan pertandingan.
Demokrasi itu adalah biasa membenarkan pertandingan, sama ada suka atau tidak, dan tidak sporting jika tidak membenarkan sesiapa mencabar presiden.
Adakah Tunku dan penyokongnya tidak demokrasi menghalang percubaan mencalonkan orang lain di hujung tempoh pimpinannya? Adakah Tun Hussein Onn dan penyokongnya tidak demokratik apabila melihat sinis apabila Haji Sulaiman Palestin mencabarnya.
Dr. Mahathir tidak dapat menghalang Tengku Razaleigh mencabar presidennya, tetapi hati dia tidak terbuka, hingga hari ini mencela tentangan Ku Li itu.
Bukan soal demokrasi saja Najib menyatakan kesediaannya itu tetapi dia juga ada maklumat kepimpinannya dan tentang apa orang ramai termasuk UMNO kata tentangnya. Sudah ada orang mellihatnya bukan lagi aset kepada UMNO, BN dan negara. Sejak dia mula disebut-sebut untuk menggantikan PM Abdullah Badawi, sudah ada yang merassakan dia adalah liabiliti kepada UJMNO dan negara.
Banyaklah fakta yang belum dijawabnya mewajarkan dia dikira liabiliti tetapi UMNO dan penyokongnya tidak mempedulikannya. Jangan kata Mahathir tidak berfikiran begitu. Tetapi kerana dia sudah mengutuk pimpinan Abdullah Badawi, maka dia terpaksa mnyimpan dalam perut, biar meletup ia dalam perut, tidak meletup dari mulut.
Mahathir berupaya menyergah Najib atas sebab kebenaran, tetapi ada risiko jika berterus terang lagi. Orang kira Mahathir buruk kalau dia berkata tentang Najib. Akan ada persepsi, pada Mahathir orang lain semua tidak betul. Orang akan kata, dia saja yang betul.
Sudah banyak yang orang hendak buktikan Najib itu bukan aset bahkan liabiliti. Hanya Tan Sri Abdullah Kok Lanas saja sangka Najib itu elok semua.
Dengan prestasi BN pimpinannya lebih uzur dari pencapaian buruk Tun Abdullah, tidak mustahil ada yang akan mencabarnya. Kita tidak tahu orang lain, tetapi Ku Li dijangka akan menawar diri untuk menjadi Presiden UMNO. Kalau Najib tidak dapat dipertahan lagi, siapa saja boleh menang mencabarnya, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyesal jika tidak merebut peluang itu.
Najib tahu dia adalah liabiliti. Jika dia tidak bersedia pun, dia mungkin dicabar. Sebelum ada orang yang bersedia menyatakan kelemahannya, maka dia suarakan itu dulu supaya dia dapat maklum balas apakah dia dikehendak lagi atau cukuplah setakat yang ada.
Daripada kalah dalam pilihan raya umum, adalah lebih baik dia menerima cabaran dalam partinya sendiri. Kiranya digantikan oleh orang lain, maka mungkin UMNO sebagai tulang belakang kerajaan dapat dipertahan lagi.
Tiada hujah demokrasi boleh mengubah 51 peratus undi popular yang menolak BN dan pimpinannya akan berpatah balik ke belakang. Justeru itu, eloklah dia menggunakan hujah demokrasi bersedia untuk ditentang.
Ada pun pemimpin lain-lain parti politikyang disindirkan tidak sedia ditandingi, rasanya masih menjadi aset kepada parti dan penyokongnya. Mungkin Tok Guru Haji Hadi ada kelemahan, tetapi beliau belum menjadi liabiliti pada PAS. Walaupun Anwar Ibrahim dikata macam-macam, tetapi dia aset pada Pakatan. Kit Siang pula adalah aset yang belum turun nilai bagi DAP.
Semuanya masih menjadi aset kepada parti masing-masing. Nilai aset yang merudum hanya Najib. Ia bukan pesepsi lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-6-2013
Najib lepaskan SPR ke parlimen
Subky Latif, | 05 Jun 2013 |
Melepaskan SPR daripada ketiak Jabatan Perdana Menteri adalah suatu tuntutan yang telah lama dikehendaki pembangkang. Pembangkang tidak pernah bersetuju SPR diletakkan di situ kerana ia tidak akan jadi badan bebas seperti tujuan ia diasaskan. Selagi ia diletak di situ, maka selama itulah akan dicap sebagai badan yang diperalatkan oleh Perdana Menteri.
Yang menariknya ialah sikap orang-orang yang jadi pegawai di situ. Ia tidak pernah dirasakan tidak elok selama berada di bawah ketiak Perdana Menteri itu. Bagi mereka, ia suatu dengan perlembagaan bab itu dan ceraian ini.
Apabila diletakan pula di bawah Parlimen, mereka juga kata elok, sesuai dengan perlembagaan bab itu ceraian ini. Semuanya elok.
Yang tahu tak eloknya di bawah ketiak Perdana Menteri itu ialah pelanggannya yang terdiri daripada parti-parti pembangkang.
Berbuih mulut parti-parti pembangkang menyeru supaya ia dibawa ke Parlimen. Malah satu daripada tuntutan penyokong Bersih yang berarak di jalan raya beberapa kali itu ialah mahu SPR itu dibebaskan daripada jabatan Jabatan Perdana Menteri dengan meletakkannya di bawah pantauan Parlimen.
Tetapi tidak pernah tuntutan itu disukai oleh SPR. Jika Perdana Menteri dan Umno tidak suka, ia adalah bercanggah dengan kepentingan politik orang yang berkuasa. Tetapi SPR sepatutnya suka jika ada seruan di luar mahu membebaskannya daripada belenggu perhambaan JPM.
Ibarat hamba yang tahu erti kemerdekaan dan kebebasan. Rata-rata para hamba abdi mahu diri masing-masing dimerdekakan. Bebas daripada perhambaan itu adalah kemulian dan kesempurnaan sebagai manusia. Hanya setengah hamba Bani Israil yang suka jadi hamba abdi Firaun. Antaranya yang dibebaskan oleh Nabi Musa AS tetapi bercita-cita untuk kembali jadi hamba Firaun. Manusia yang tidak harga diri macam itu lebih selesa ditindas daripada jadi orang merdeka.
SPR yang terbelenggu selama ini suka jadi begitu.
Sekarang Perdana Menteri mungkin sudah tidak terdaya melanjutkan belenggunya ke atas SPR justeru kuatnya tekanan dan serangan dari luar. Ia tidak terdaya hendak mempertahankan maruah badan yang tidak dipercayai oleh semua pelanggannya kecuali Umno. Semua orang tidak menghargainya.
Sekarang Najib sudah setuju hendak melepaskannya, tak tertanggung dia akan serangan semua orang. Maka ia terpaksa lepaskan badan itu logiknya.
Tetapi bolehkah dipercayai tindakan Najib itu setulus Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang membebaskan hamba kulit hitam dulu. Atau ia sama dengan persetujuannya untuk mengadakan jawatankuasa khas Parlimen mengkaji keberkesanan SPR setelah unjukrasa Bersih 2.0 kosong dulu.
Pembangkang pun menghantar wakil ke jawatankuasa itu bagi memikirkan tindakan penambahbaikan perkhdmatan SPR.
Berbulan-bulan mengadakan perbincangan, tiada apa daripada laporan jawatankuasa khas Parlimen itu yang dilaksanakan. Tertipu semua orang dengan taktik muka selamba Najib itu.
Sekarang dia tidak terdaya membela tentang semua orang terhadap SPR. Baru ia hendak melepaskannya daripada ketiaknya.
Tetapi mengapa ia tidak dibebaskan sebelum PRU 5 Mei dulu? Masa itu adalah waktu terbaik bagi menjadikan SPR telus, bebas, bersih dan adil. Sesudah SPR tidak terjawab dengan semua bantahan orag ramai tentang wibawanya, baru ia hendak dibebaskan.
Tetapi pelanggan SPR mahu ia dihadapkan dengan Surhanjaya penyiasatan prestasi lemahnya dalam PRU 13 itu dulu. Tubuh suruhanjaya penyiasatan dulu. Tunggu laporannya. Maka selepas itu barulah ia serahkan kepada Parlimen. Pelangggan mahu ia diaudit dulu.
Jangan bebankan Parlimen dengan tanggungjajwab sebuah SPR yang bermasalah! Serahlah SPR yang sudah dibersihkan.
Ketika SPR mula dibentuk sebelum kemerdekaan dulu, wakil PAS termasuk wakil-wakil parti pembangkang yang lain duduk dalam badan yang lembaga yang bagi mentadbirkan SPR sebagai badan yang adil, bebas dan bersih.

Sumber HD - 5-6-2013
No comments:
Post a Comment