ANWAR : TIDAK PERLU KABINET BAYANGAN
Petaling Jaya,23-02-2011 - Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap remeh cabaran yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,Perdana Menteri pada satu majlis di Merlimau pada 19.02.2011 lalu. Pembentukan kabinet bayangan Pakatan Rakyat itu tidak perlu menurutnya ketika diajukan soalan dalam sidang media di Pejabat PKR selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Turut hadir pada sidang media itu, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang,Presiden PAS dan Setiausaha Agong DAP, YAB Lim Guan Eng.
You tube : http://www.malaysiakini.tv/video/21090/anwar-no-need-for-shadow-cabinet.html
Sementara itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak, Baru Bian memegang portfolio Hal Ehwal Tanah Adat.
Wong Ho Leng ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, penubuhan Kabinet bayangan yang berkuat kuasa hari ini disertai 16 anggota iaitu 15 ADUN pembangkang yang menang pada pilihan raya negeri lalu serta seorang wakil Pas.
"Beberapa portfolio baru turut ditambah pada portfolio sedia ada iaitu Tadbir Urus Yang Baik, Hubungan Agama dan Perpaduan Nasional, Wanita dan Pengguna," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Berbeza dengan Pas yang diberi peranan berkongsi portfolio dengan wakil PKR walaupun tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri, wakil Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) langsung tidak disenaraikan.
Ditanya mengenai perkara itu, Ho Leng yang enggan mengulas lanjut sekadar memberitahu, senarai nama pemegang portfolio yang dikeluarkan secara jelas tidak mengandungi mana-mana wakil daripada Snap.
"Senarai anggota Kabinet bayangan ini telah diputuskan dan dipersetujui bersama oleh parti pembangkang.
"Selepas ini DAP, PKR dan Pas diminta mengemukakan tiga lagi wakil bagi membantu setiap anggota Kabinet yang kita umumkan hari ini," katanya
Sumber : Blog Sharpshooter - 2/05/2011
KABINET BAYANGAN BELUM MUKTAMAT - ANWAR
You tube : http://www.malaysiakini.tv/video/21526/anwar-swak-shadow-cabinet-not-finalised.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6741-tiada-pemimpin-bukan-melayu-bercita-cita-jadi-pm
Serangan terbaru UMNO BN kali ini berterusan dengan menyerang Pakatan Rakyat yang tidak menampilkan kabinet bayangannya jika menang dalam PRU 13 ini kelak. Pastinya barisan kabinet PR itu kelak (jika diumumkan) akan diputar-putar menjadi bahan untuk melagakan anggota PR. Sudah terang lagi bersuluh, ini suatu kerja bodoh untuk dilakukan oleh PR.
Bercakap tentang kabinet bayangan ini, katanya di Parlimen UK, memang wujud kabinet bayangan ini. Ia wujud semasa kerajaan yang dipilih itu memerintah, bukan sekadar semasa kempen pilihanraya. Ia secara tidak langsung menjadi satu sistem ‘semak dan imbang’ tentang kerja-kerja kerajaan yang sedang berjalan yang akan sentiasa dipantau oleh barisan kabinet bayangan tersebut.
Kabinet bayangan dalam realpolitik
Katanya lagi, kabinet banyangan di UK ini diiktiraf sebagai satu elemen secara sah disisi undang-undang. Maka, kabinet bayangan ini bukanlah sekadar retorik politik untuk kempen raih undi, sebaliknya ia memang satu sistem yang berfungsi seperti mana yang telah disahkan oleh undang-undang British. Katanya lagi, menteri-menteri kabinet bayangan (yang terdiri dari parti pembangkang) memang dibayar separuh dari jumlah gaji menteri kabinet yang sedang berfungsi.
Katanya lagi, ia berfungsi sedemikian kerana mahu memastikan kabinet bayangan ini juga membuat kerja dengan betul, bukan makan gaji buta untuk kepentingan politik sempit. Nah, sistem kabinet bayangan di UK ini rupanya lebih memahami yang mana politik sampah dan yang mana realpolitik.
Justeru, pasti ada yang berkata, pasti duit cukai rakyat akan habis untuk menggajikan semua menteri kabinet banyangan ini. Tetapi tidak, sistem kabinet bayangan di UK ini pula, bukanlah mencakupi semua portfolio (kementerian). Ia hanya meliputi beberapa kementerian yang penting contohnya,
Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Undang-undang dan Keselamatan dan Kebajikan.
Ia sekitar empat ke lima portfolio sahaja. Bergantung kepada saiz kabinet kerajaan itu sendiri. Ini disebabkan, sistem kabinet bayangan ini hanya bertujuan untuk memantau beberapa kementerian yang sangat penting yang banyak melibatkan kepentingan awam. Maka, menteri-menteri kabinet bayangan pembangkang ini bertanggungjawab pula untuk memantau secara rasmi dengan mendapat akses maklumat dan dokumen setiap kerja yang dibuat oleh kementerian terbabit. Ini pastinya meningkatkan mutu kerja, pentadbiran dan secara tak langsung ia pasti meningkatkan mutu perdebatan politik.
Retorik Kabinet Bayangan di Malaysia
Tetapi di Malaysia, sistem pemerintahan yang kita ada dikatakan mengambil model British iaitu Westminster, namun demikian sistem kabinet bayangan ini hanya menjadi isu, bukan diimplimentasi menjadi realpolitik sebagaimana yang dipraktikan oleh model Westminster itu sendiri. Tetapi ‘ini model dan acuan kita’, inilah alasan klise UMNO BN.
Akhirnya semua perkara-perkara baik, tidak dapat diterjemah dengan sihat untuk rakyat fahami malah ia menyimpang hingga menjadi politik murahan. Inilah yang sedang dijaja oleh UMNO.
Malah Parlimen kita juga agak miskin dari segi semangatnya. Ahli Parlimen pembangkang langsung tidak ada peruntukan untuk mengupah tenaga kerja pakar dan penyelidik untuk membantu kerja-kerja parlimen dalam merangka, membahas dan merencana dasar negara.
Akhirnya, ini juga menjadi salah satu faktor penyumbang lahirnya ‘perbahasan politik yang murah’ di Parlimen.
Parlimen kita hanya gah dengan bangunannya. Itu sahaja.
Sekarang UMNO nak bercakap tentang kabinet bayangan? Hentikanlah. – Roketkini.com

SARAWAK SUDAH MEMERLUKAN KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT : WAKIL PAS DIANGKAT WALAUPUN TIDAK MEMENANGI SEBARANG KERUSI
KUCHING 1 Mei – Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pembentukan Kabinet bayangan sebagai persiapan untuk menghadapi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka diadakan bulan depan.
Pembentukan Kabinet bayangan yang mengandungi 15 portfolio itu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mendominasi 12 daripadanya dengan Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

YB Wong Ho Leng - Ketua Pembangkang DUN Sarawak / AP Sibu / ADUN Bukit Assek
Sementara itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak, Baru Bian memegang portfolio Hal Ehwal Tanah Adat.
YB Baru Bian - Ketua PKR Sarawak / ADUN Ba'kelalan
Wong Ho Leng ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, penubuhan Kabinet bayangan yang berkuat kuasa hari ini disertai 16 anggota iaitu 15 ADUN pembangkang yang menang pada pilihan raya negeri lalu serta seorang wakil Pas.
"Beberapa portfolio baru turut ditambah pada portfolio sedia ada iaitu Tadbir Urus Yang Baik, Hubungan Agama dan Perpaduan Nasional, Wanita dan Pengguna," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Berbeza dengan Pas yang diberi peranan berkongsi portfolio dengan wakil PKR walaupun tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri, wakil Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) langsung tidak disenaraikan.
Ditanya mengenai perkara itu, Ho Leng yang enggan mengulas lanjut sekadar memberitahu, senarai nama pemegang portfolio yang dikeluarkan secara jelas tidak mengandungi mana-mana wakil daripada Snap.
"Senarai anggota Kabinet bayangan ini telah diputuskan dan dipersetujui bersama oleh parti pembangkang.
"Selepas ini DAP, PKR dan Pas diminta mengemukakan tiga lagi wakil bagi membantu setiap anggota Kabinet yang kita umumkan hari ini," katanya
Sumber : Blog Sharpshooter - 2/05/2011
KABINET BAYANGAN BELUM MUKTAMAT - ANWAR
You tube : http://www.malaysiakini.tv/video/21526/anwar-swak-shadow-cabinet-not-finalised.html
Tiada pemimpin bukan Melayu bercita-cita jadi PM |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu. “Malah, Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. “Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan. Tegasnya, DAP bukan ancaman kepada orang Melayu tetapi Umno yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Menruutnya, dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit seperti pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan. Selain itu, katatanya kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah. “Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka,” katanya. Katanya lagi, ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu. Dalam politik pula, ujarnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu, semua menteri besar dan ketua menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang. Tambahnya, tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu. Oleh itu, ujarnya ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6741-tiada-pemimpin-bukan-melayu-bercita-cita-jadi-pm
Pojok: Katanya.. BN pun tiada kabinet bayangan
http://penpasksgb.blogspot.com, | 07 Okt 2012 |
Oleh : Daing Yahya
Serangan terbaru UMNO BN kali ini berterusan dengan menyerang Pakatan Rakyat yang tidak menampilkan kabinet bayangannya jika menang dalam PRU 13 ini kelak. Pastinya barisan kabinet PR itu kelak (jika diumumkan) akan diputar-putar menjadi bahan untuk melagakan anggota PR. Sudah terang lagi bersuluh, ini suatu kerja bodoh untuk dilakukan oleh PR.
Bercakap tentang kabinet bayangan ini, katanya di Parlimen UK, memang wujud kabinet bayangan ini. Ia wujud semasa kerajaan yang dipilih itu memerintah, bukan sekadar semasa kempen pilihanraya. Ia secara tidak langsung menjadi satu sistem ‘semak dan imbang’ tentang kerja-kerja kerajaan yang sedang berjalan yang akan sentiasa dipantau oleh barisan kabinet bayangan tersebut.
Kabinet bayangan dalam realpolitik
Katanya lagi, kabinet banyangan di UK ini diiktiraf sebagai satu elemen secara sah disisi undang-undang. Maka, kabinet bayangan ini bukanlah sekadar retorik politik untuk kempen raih undi, sebaliknya ia memang satu sistem yang berfungsi seperti mana yang telah disahkan oleh undang-undang British. Katanya lagi, menteri-menteri kabinet bayangan (yang terdiri dari parti pembangkang) memang dibayar separuh dari jumlah gaji menteri kabinet yang sedang berfungsi.
Katanya lagi, ia berfungsi sedemikian kerana mahu memastikan kabinet bayangan ini juga membuat kerja dengan betul, bukan makan gaji buta untuk kepentingan politik sempit. Nah, sistem kabinet bayangan di UK ini rupanya lebih memahami yang mana politik sampah dan yang mana realpolitik.
Justeru, pasti ada yang berkata, pasti duit cukai rakyat akan habis untuk menggajikan semua menteri kabinet banyangan ini. Tetapi tidak, sistem kabinet bayangan di UK ini pula, bukanlah mencakupi semua portfolio (kementerian). Ia hanya meliputi beberapa kementerian yang penting contohnya,
Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Undang-undang dan Keselamatan dan Kebajikan.
Ia sekitar empat ke lima portfolio sahaja. Bergantung kepada saiz kabinet kerajaan itu sendiri. Ini disebabkan, sistem kabinet bayangan ini hanya bertujuan untuk memantau beberapa kementerian yang sangat penting yang banyak melibatkan kepentingan awam. Maka, menteri-menteri kabinet bayangan pembangkang ini bertanggungjawab pula untuk memantau secara rasmi dengan mendapat akses maklumat dan dokumen setiap kerja yang dibuat oleh kementerian terbabit. Ini pastinya meningkatkan mutu kerja, pentadbiran dan secara tak langsung ia pasti meningkatkan mutu perdebatan politik.
Retorik Kabinet Bayangan di Malaysia
Tetapi di Malaysia, sistem pemerintahan yang kita ada dikatakan mengambil model British iaitu Westminster, namun demikian sistem kabinet bayangan ini hanya menjadi isu, bukan diimplimentasi menjadi realpolitik sebagaimana yang dipraktikan oleh model Westminster itu sendiri. Tetapi ‘ini model dan acuan kita’, inilah alasan klise UMNO BN.
Akhirnya semua perkara-perkara baik, tidak dapat diterjemah dengan sihat untuk rakyat fahami malah ia menyimpang hingga menjadi politik murahan. Inilah yang sedang dijaja oleh UMNO.
Malah Parlimen kita juga agak miskin dari segi semangatnya. Ahli Parlimen pembangkang langsung tidak ada peruntukan untuk mengupah tenaga kerja pakar dan penyelidik untuk membantu kerja-kerja parlimen dalam merangka, membahas dan merencana dasar negara.
Akhirnya, ini juga menjadi salah satu faktor penyumbang lahirnya ‘perbahasan politik yang murah’ di Parlimen.
Parlimen kita hanya gah dengan bangunannya. Itu sahaja.
Sekarang UMNO nak bercakap tentang kabinet bayangan? Hentikanlah. – Roketkini.com
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD : 7/10/2012
No comments:
Post a Comment