STRUKTUR ORGANISASI DHPP DALAM ORGAN PAS :
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/3211-keperluan-ahli-dhpp-dalam-jk-pas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3632-pas-perlu-perkasakan-dewan-himpunan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3641-dhpp-cadang-tubuh-pasukan-pemikir
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5551-dhpp-mahu-hudud-ganti-isa
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5729-dhpp-laporan-mingguan-msia-tidak-tepat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5900-hudud-dhpp-perak-teguh-di-belakang-pas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5929-dhpp-sasar-30000-ahli-menjelang-akhir-tahun
Dari Kelab Penyokong PAS ke Dewan Himpunan Penyokong PAS (2004-2011)
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6181-negara-berkebajikan-bukti-pas-bela-semua-kaum
PERHIMPUNAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS PERINGKAT NASIONAL 2011:
TARIKH : 26 NOVEMBER 2011 JAM : 8.00 PAGI
TEMPAT : BALLROOM, HILLCITY HOTEL, JALAN GOPENG, IPOH, PERAK D.R.
PERASMIAN OLEH :
TN HJ MOHAMAD SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS MALAYSIA
TURUT MEMBERI UCAPAN :
1. YB SDR SALLAHUDIN AYUB - NAIB PRESIDEN PAS
2. YB DR MUJAHID YUSOF AR RAWA - PENGERUSI LAJNAH PERPADUAN NASIONAL PAS
3. SDR HU PANG CHOW - PENGERUSI DHPP
Semua Ahli dan Penyokong di peringkat nasional,negeri dan kawasan dijemput hadir beramai-ramai.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7258--dhpp-suntik-semangat-rampas-kembali-perak
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7312-pas-pelawa-pemuda-mca-pulau-pinang-sertainya
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7333-pru-13-bersatu-tamatkan-keangkuhan-umno-bn
YB Dr Mujahid Yusof Ar Rawa - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional / Penasihat
Sdr Hu Pang Chow - Ketua DHPP
Sdr N. Balasubramaniam - Timbalan Ketua DHPP
Sdr Vincent Lee - Naib Pengerusi
YDP Kawasan Hulu Langat, Hj Razaly Hassan sedang berucap pada majlis penubuhan DHPP Kawasan Hulu Langat di Taman Suntex, Cheras.
Keperluan ahli DHPP dalam JK PAS |
Panah Hijau |
PAS memang sebuah parti politik yang penuh berwibawa dan taat setia kepada konsep perjuangan dan persahabatan. Di saat rakan seperjuangannya dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP sedang berhadapan dengan serangan dari Umno-BN dan sebuah akhbar harian yang menjadi mikrofon Umno atas isu ugama Kristian, pemimpin-pemimpin PAS telah menyuarakan pendapat mereka mempertahankan fakta yang benar. Ia bukan merupakan semata-mata mempertahankan DAP, bukan begitu tetapi hakikatnya ialah menentang fitnah dan mempertahankan kebenaran. Para pemimpin PAS mesti diberi penghormatan sebab berani bersuara dalam isu yang sensitif ini. Malah, ada setengah-setengah pemerhati politik yang berpendapat bahawa mungkin PAS akan kehilangan sokongan orang Melayu kerana dilihat sebagai mempertahankan DAP. Jika itu yang berlaku, maka ini akan menunjukkan bahawa orang Melayu belum lagi matang dan cerdik dalam membuat analisis mendalam mengenai situasi politik di negara ini sebab apa yang dipertahankan oleh PAS bukanlah DAP tetapi fakta yang benar. Begitu juga apabila para pemimpin PAS mempertahankan rakan seperjuangan mereka PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau telah terpalit dalam skandal video seks angkara Datuk T. Ia adalah satu helah musuh Pakatan Rakyat, dibuat dengan tujuan untuk menjatuhkan Pakatan, seperti juga apa yang telah dilakukan oleh 2 penulis blog itu terhadap DAP apabila mereka mendakwa DAP bersama dengan ketua agama Kristian hendak menggantikan ugama Islam dengan ugama Kristian sebagai ugama rasmi. PAS mempertahankan kebenaran dan keadilan dan menentang fitnah dan politik durjana. Sepanjang masa PAS berada dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak pernah terpesong dari jalan yang betul dan lurus walaupun telah diajak berkalik-kali oleh UMNO untuk menyertai Barisan Nasional (BN). Inilah yang perlu diteliti dan diingati oleh para pengundi Melayu sebelum mengundi. Mereka harus ingat bahawa PAS adalah parti Islam yang tulen yang tidak akan berganjak dari pendiriannya untuk berjuang demi kebaikan semua golongan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Oleh itu, PAS adalah benar-benar sebuah parti yang adil yang memegang kuat kepada ajaran ugama Islam. Selain daripada itu, saya berharap dalam pemilihan parti kali ini, sekurang-kurangnya seorang bukan-Melayu akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat. Ini bukanlah sesuatu hasrat yang luar biasa sebab sekarang orang bukan-Melayu sudah pun boleh menyertai PAS dengan adanya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
YB Drs Khalil Idham Lim - ADUN Titi Serong
Semoga dalam Muktamar dan pemilihan parti yang akan dilangsungkan bulan depan nanti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, iaitu Khalil Idham Lim akan dipilih untuk mewakili orang bukan-Melayu dalam AJK PAS Pusat. Saya berpendapat ramai ahli DHPP selain daripada saya akan berasa amat gembira dan teruja sekiranya ini berlaku sebab ini akan membuktikan bahawa slogan PAS Untuk Semua adalah satu slogan yang benar dan bukan sekadar retorik kosong sahaja seperti slogan 1Malaysia itu. Saya berdoa PAS akan mengorak langkah maju ke depan dan bersama-sama dengan rakan seperjuangannya PKR dan DAP tidak akan mengenal penat-lelah dalam usaha menentang kezaliman yang sedang berlaku sekarang dibawah pentadbiran Kerajaan BN. PANAH HIJAU 10hb Mei 2011 |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/3211-keperluan-ahli-dhpp-dalam-jk-pas
PAS perlu perkasakan Dewan Himpunan |
Afiq Hizami, Pelatih UKM |
KUALA LUMPUR, 4 Jun: PAS perlu mengukuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sekiranya ingin menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.
Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil - SU DPPP
Bercakap pada perbahasan sidang Muktamar PAS kali ke-57 Khairul Faizi Ahmad Kamil menjelaskan PAS perlu merapatkan hubungan dengan masyarakat bukan Islam yang menjuruskan kepada perwakilan daripada DHPP. Beliau juga perwakilan kawasan Kluang, Johor mempersoalkan peranan Dewan Himpunan yang dipinggirkan dalam persidangan tersebut. "Kita lihat semua perwakilan berucap dan berbahas di sini, tetapi kita tidak mendengar lagi suara daripada Dewan Himpunan," kata beliau sewaktu perbahasan sebentar tadi. Beliau juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, mengharapkan PAS pusat supaya memberikan peruntukan khas kepada Dewan Himpunan yang lebih 20,000 keahlian itu agar dapat lagi memperkasakan dewan tersebut dalam jentera parti. Ketua Dewan Pemuda PAS Johor itu, turut menegaskan bahawa Dewan Himpunan perlu dan berhak dipanggil dalam mesyuarat PAS pusat selepas ini bagi mengelak dewan tersebut dipinggirkan. Selain itu, beliau turut menyampaikan cadangan kepada pimpinan PAS pusat supaya ada satu pengukuhan lajnah diperingkat negeri dan fungsi dan pergerakan lajnah tersebut dapatlah diperkasakan sekiranya dipimpin oleh salah seorang daripada naib presiden yang diumumkan menang bertanding sebentar tadi. Dalam kemeriahan persidangan PAS kali ini, beliau juga sebagai wakil PAS negeri Johor mencubit hadirin perwakilan yang hadir dengan isu fitnah dan tomahan yang terlalu banyak dilemparkan oleh musuh-musuh PAS sewaktu muktamar kali ini dan isu fitnah sebelum serta mungkin selepas muktamar ini. Wakil PAS Johor itu menegaskan PAS pusat perlu mengadakan satu langkah untuk menangani isu ini. "Kita perlu mempergiatkan langkah untuk masyarakat tahu pekara yang sebenarnya. "Kita tidak mahu diri kita difitnah sedangkan kita mahu masyarakat tahu yang pihak Umno itu sendiri adalah pemfitnah," jelas beliau mendapat sorakan gemuruh hadirin. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3632-pas-perlu-perkasakan-dewan-himpunan
DHPP cadang tubuh pasukan pemikir |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mencadangkan PAS menubuhkan kumpulan "think tank" (pemikir) yang membabitkan pelbagai kaum untuk memperoleh pemikiran dan persepsi berbeza mengenai PAS. Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, untuk memperkasakan parti, PAS memerlukan perkongsian dan lontaran pandangan dan cetusan idea yang berkualiti serta perancangan gerak-gempur yang menepati sasaran. "Pembentukan “think tank” ini nanti, akan menjadikan PAS sebagai satu wadah perjuangan yang cekal, mesra dan beriltizam murni dalam mengharungi abad ke 21," kata beliau sewaktu membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar PAS kali ke-57 hari ini. Beliau mencadangkan Adun Lubuk Merbau, Perak, Mohd Zainuddin bin Mohd Yusuf menerajui think thank ini berdasarkan pengalaman dan kewibawaannya. "Beliau bukan sahaja berpengalaman luas dalam sektor perkhidmatan awam, pernah menghadiri pelbagai kursus dalam dan luar negara, beliau banyak memberi sumbangan idea dalam banyak projek pembangunan Melaka semasa bertugas sebagai Pengarah JPJ Melaka," katanya. Dana RM10 juta Selain itu, beliau turut mencadangkan PAS mewujudkan dana RM10 juta bagi memastikan segala program membabitkan latihan, kursus serta kebajikan ini berjalan secara terurus dan lancar selari tema muktamar tahun ini “ Membangun Negara Berkebajikan. "Dana ini mampu menjadi penggerak kepada kita dari segi kewangan yang mantap bagi menarik lebih ramai golongan yang dikenalpasti sebagai “the best brain” untuk berkhidmat dalam parti. "Kita mahu memastikan hasil daripada jentikan dana ini akan menjana kekuatan untuk PAS bergerak ke depan," katanya. Tambahnya, dana yang besar sahaja tidak akan memberikan sebarang impak besar, jika ia tidak diurus secara bijak dan teliti, oleh itu pengurusan dana ini amat perlu diketuai seorang ahli ekonomi yang berpengalaman luas dalam sektor kewangan dalam dan luar negara. Sehubungan itu, beliau mencadangkan bekas pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr Rusli Yakub menguruskan dana tersebut. "Beliau pernah bertugas sebagai senior officer di Bank Negara Malaysia dan bertugas sebagai penasihat ekonomi di Negara Arab dan Bangladesh," katanya. Beliau juga berkata, PAS kini wajar bergerak dengan lebih proaktif, progresif dan dinamik tanpa tergelincir daripada matlamat perjuangan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti. "Ini bermakna, menerusi DHPP, inti perjuangan PAS dilebarkan tumpuannya ke arah memantapkan ia sebagai parti yang mampu mendekati pelbagai lapisan masyarakat majmuk di Negara ini, sejajar semangat “Pas For All”," katanya. DHPP tekad tarik lebih ramai bukan Melayu Selain itu beliau menyatakan komitmen DHPP untuk bersama-sama kaum Melayu menegakkan keadilan dalam Islam. "Kami mahu buktikan bahawa DHPP , salah satu sayap PAS adalah terdiri daripada kaum bukan Melayu dan bukan Islam sesungguhnya amat prihatin tentang masa depan kaum Melayu. "Kita mahukan orang Melayu maju bersama PAS kerana perjuangan PAS adalah berlandaskan Islam yang sebenarnya , perjuangan bagi menegakkan keadilan sebagai addin dan Islam adalah untuk umat manusia yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa," katanya. Tegasnya, DHPP akan terus menggembleng tenaga menarik lebih ramai bukan Melayu untuk menyokong perjuangan PAS, bukan sekadar menghantar wakil dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh PAS semata-mata. "Di sini ingin saya menyarankan agar PAS di semua peringkat tidak keberatan menjemput DHPP turut serta dalam semua mesyuarat supaya kita semua dapat berkongsi idea demi merancangkan sesuatu yang terbaik untuk semua," katanya. Perluas peranan Harakah Sementara itu, beliau mencadangkan peranan Harakah diperluas termasuk menerbitkan majalah dan buku-buku yang akan membuka minda rakyat dan menyampaikan ilmu dalam semua bidang. "Ini kerana katanya Harakah memainkan peranan cukup memberansangkan dalam “melayan” karenah parti lawan serta menyebar info parti, menerusi akhbar bercetak mahu pun porta web. "Keuntungan daripada penerbitan wajar juga diperuntukan bagi meningkatkan pengetahuan staf dan wartawan, termasuk hantar mereka ke luar negara untuk mendapat lebih banyak ilmu media , idea-idea baru serta corak penulisan yang lebih segar dan menarik perhatian. "Saya tidak hairan kalau suatu hari nanti kita mampu wujudkan pejabat perhubungan di luar Negara, sekaligus menjadi medan interaksi yang berperanan mengeratkan hubungan antara PAS dengan kalangan rakyat Malaysia di negara terbabit," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3641-dhpp-cadang-tubuh-pasukan-pemikir
DHPP mahu hudud ganti ISA |
Khairil Abdul Rahim |
JERANTUT, 22 Sept: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat menyambut baik pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, namun mahu akta yang baru diganti dengan hudud. Timbalan Ketua DHPP Pusat, N. Balasubramaniam, berkata pemansuhan tersebut menampakkan kerajaan telah insaf dengan kesalahan menggunakan hukum yang zalim itu jadi sewajarnya digantikan dengan undang-undang yang adil. “Secara peribadinya, saya melihat penggantian dua akta baru kepada ISA seperti yang diumumkan itu tidak perlu diwujudkan sebaliknya digantikan dengan pelaksanaan hukum hudud. “Hukum hudud itu lebih dekat dengan keadilan kerana penggubalannya tidak terikat dengan politik atau kepentingan kelompok tertentu, sedangkan akta baru dikhuatiri jelmaan roh ISA yang asal juga,” katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak memansuhkan undang-undang peninggalan penjajah ISA dalam Perutusan Khas Hari Malaysia minggu lalu. Sebaliknya Najib memaklumkan dua undang-undang baru akan digubal (sebagai ganti) bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. Dalam perutusan itu juga, Najib turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27 Akta Polis 1967. Tambah Bala, oleh kerana kerajaan sudah sedar bahawa selama ini negara menggunakan undang-undang yang salah dan zalim beliau sependapat dengan kenyataan Mohamad Sabu yang mahukan kerajaan memohon maaf secara terbuka kepada mangsa tahanan ISA terdahulu. “Adab orang yang sudah membuat salah, mestilah meminta maaf. Bahkan ganti rugi kepada mangsa juga perlu memandangkan sebahagiannya telah dipandang serong oleh masyarakat sedangkan kesalahan mereka tidak pernah dibuktikan di mahkamah. “Selain daripada kerjaya mereka musnah sehingga pendapatan mereka terjejas. Apa lagi terpaksa meninggalkan anak-anak yang terpaksa berhadapan dengan tohmahan umum dan sentiasa hidup dalam ketakutan. “Mangsa telah menanggung kerugian yang teruk dan dijatuhkan maruah, jadi mengapakah kerajaan tidak boleh memohon maaf dan memberi ganti rugi,” soalnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5551-dhpp-mahu-hudud-ganti-isa
DHPP: Laporan Mingguan M'sia tidak tepat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Okt: Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berpandangan laporan Mingguan Malaysia hari ini mengenai kenyataan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Phang Chow tidak tepat dan lari dari maksud sebenar. Katanya, pembaca boleh membandingkan laporan itu dengan laporan oleh Sinar Harian Kelantan pada hari yang sama. “Ianya amat jelas berbeza dan bagi saya laporan Sinar Harian adalah lebih menepati maksud Hu Phang Chow,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Justeru, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan ingin membuat penegasan bahawa DHPP lahir dari kesedaran di kalangan masyarakat bukan Islam bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS bukan sahaja untuk menentang kezaliman BN malah adalah untuk keadilan dan kesejahteraan semua kaum tanpa mengira agama. Katanya, pengalaman rakyat bukan Islam di bawah kerajaan PAS dan PR di Kelantan sudah cukup membuktikan hal itu. Jelasnya, sebelum DHPP dinaikkan taraf menjadi salah satu sayap penting PAS, kelab penyokong PAS di kalangan masyarakat bukan Islam sangat faham akan matlamat perjuangan PAS untuk melaksanakan keseluruhan syariat Islamiah termasuk juga hukum hudud. “Malah ada di kalangan pimpinan DHPP sendiri yang meminta supaya hukuman hudud ini dilaksanakan menggantikan undang-undang jenayah yang ada kerana ia lebih adil dan diyakini mampu menyelesaikan ancaman jenayah yang amat menggerunkan dalam negara kita sekarang ini,” ujarnya . Jadi, ujarnya tidak patut timbul soal DHPP tidak faham dengan sikap PAS kerana beliau yakin keseluruhan ahli DHPP sudah sedia maklum dan faham benar akan matlamat perjuangan PAS. Tambahnya, Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1993 yang dikenali sebagai Enakmen Hudud ini telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan sejak tahun 1993 lagi. Beliau berkata, jadi isu DHPP tidak dibawa berbincang berhubung dengan hudud itu adalah tidak timbul langsung kerana ketika itu DHPP belum wujud. “Kita juga ingin menegaskan sekali lagi bahawa dua golongan yang tidak perlu takut kepada hudud. “Pertama orang bukan Islam kerana PAS hanya akan melaksanakan hudud ini kepada orang Islam di Kelantan sahaja. Ini telah ditegaskan oeh Tuan Guru Nik Abdul Aziz,” jelasnya. Yang kedua, katanya adalah orang yang tidak mempunyai niat untuk melakukan jenayah hudud, kerana hudud adalah hukuman bagi para penjenah berat sahaja. Menurutnya lagi, bagi masyarakat Islam, hudud adalah hukum dari Allah. “Tidak boleh soal, sama ada kita boleh melaksanakannya atau tidak. Apa yang boleh kita bincangkan adalah bagaimana cara untuk melaksanakannya,” ujarnya. Beliau berkata, sebelum Enakmen Hudud Kelantan diluluskan, ia telah dibincang dan dimaklumkan pada rakyat. Manakala penggubalannya dilakuman oleh para pakar dalam dan luar Kelantan juga dari universiti tempatan dan luar negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5729-dhpp-laporan-mingguan-msia-tidak-tepat
Hudud: DHPP Perak teguh di belakang PAS |
Muhammad Faeez |
IPOH, 10 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.
Sdr Beh Heng Kim - Pengerusi DHPPPrk
Ketuanya, Beh Heng Khim berkata DHPP Perak menyokong penuh jika Hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan. "Tidak ada sebab kami menolak Hukum hudud," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak. Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum ini kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada. "Kami DHPP sudah memahami sedalam-dalamnya dan memahami kebaikan sebenar hukuman ini. Kami sudah diracuni oleh Umno tentang hukum Hudud sebelum ini. Setelah kami berada dalam PAS, baru kami tahu tentang hudud yang sebenarnya," tegasnya lagi. Beh Heng juga mendesak Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw menyaman akhbar dan pemberita yang mengatakan beliau membuat ancaman untuk tinggalkan PAS dalam isu hudud. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5900-hudud-dhpp-perak-teguh-di-belakang-pas
DHPP sasar 30,000 ahli menjelang akhir tahun |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mensasarkan 30,000 ahli menjelang akhir tahun ini. Komitmen ini dibuat oleh DHPP dalam mesyuarat pimpinan DHPP Pusat dengan pimpinan Jabatan Pilihanraya PAS (JPP) di bangunan Parlimen hari ini. Mesyuarat itu disertai oleh pengerusi DHPP Hu Pang Chaw, timbalannya N Balasubramanian, naib pengerusi Vincent Lee, setiausaha Letchumanan dan lain-lain pimpinan pusat dan negeri DHPP. Turut serta adalah lembaga penasihatnya iaitu Dr Mujahid Yusof dan pimpinan lain. JPP pula diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Dr Hatta Ramli serta ahli-ahlinya iaitu Mohd Firdaus Jaafar (anggota parlimen Jerai) dan Mohamad Husin (anggota parlimen Pasir Puteh). Hu Pang Chaw ketika dihubungi berkata, usaha akan dibuat dengan kerjasama JPP untuk mencapai sasaran itu. "Kita akan buktikan PAS sebuah parti yang relevan dan diterima pelbagai pihak dalam masyarakat majmuk Malaysia ini," katanya. Dalam mesyuarat itu juga DHPP dan JPP saling bertukar idea dalam usaha mereka mempersiapkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Mereka juga mencapai kata sepakat usaha yang perlu dibuat untuk memenangi hati masyarakat di samping mengembangkan PAS. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5929-dhpp-sasar-30000-ahli-menjelang-akhir-tahun
Dari Kelab Penyokong PAS ke Dewan Himpunan Penyokong PAS (2004-2011)
Oleh Mujahid Yusof Rawa
Parti yang menjadikan Islam sebagai dasar dari sudut falsafahnya menolak sebarang perjuangan yang berteraskan perkauman. Sepanjang penglibatan PAS di persada politik tanahair PAS tidak dikategorikan sebagai parti rasis kerana nama Islam itu sendiri menggambarkan kesejagatan falsafah perjuangan PAS.
Atas kewajaran ini, PAS mengorak langkah untuk menyongsang arus politik negara yang berdiri atas iklim politik perkauman dengan memperkenalkan CCC iaitu Chinese Consultative Council pada pertengahan 1980-an bagi memecah tembok perkauman yang selama ini menghalang suara Parti Islam itu untuk menjangkau kepada masyarakat selain daripada orang-orang Melayu. Hasilnya suara PAS mula kedengaran di ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh persatuan Cina di premis-premis Tokong mereka dan dewan-dewan Cina.
Sejak dari saat itu usaha mendekatkan jurang dengan kaum lain dalam usaha PAS untuk menjadi multiracial bukan sahaja retorik falsafah tetapi diterjemahkan dalam bentuk pendekatan strategik. Usaha pertengahan 1980-an ini juga adalah sesuatu yang berani kerana bagi organisasi PAS sendiri ianya bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh ahli. Pada penghujung 1990-an Jabatan Antara Budaya ditubuhkan bagi mencapai hasrat yang sama supaya perjuangan PAS dapat diterima oleh masyarakat berbilang bangsa.
Walaupun pada peringkat awal hanya orang Cina yang nampaknya lebih berminat untuk mengenali PAS tetapi pada tahun 2004 ambang PRU ke-11 satu entiti baru mula disebut oleh Pemangku Presiden PAS ketika itu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Nama yang baru pertama kali disebutkan itu ialah Kelab Penyokong PAS yang diharapkan menjadi wahana penting meneruskan kesinambungan menggapai dan mencapai sokongan bukan Melayu. Nama Kelab Penyokong PAS atau ringkasnya KPP sejak dari itu menjadi sebahagian daripada komponen strategik parti. Hari ini KPP menempa sejarah apabila entiti parti ini dipertingkatkan peranannya dengan parti memberi pengiktirafan kepada KPP melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dipandu oleh Aturan dan Peraturan. Aturan dan Peraturan DHPP mendapat pengiktirafan PAS Pusat dengan kuasa 26 (9) (g) dan (h).
MENELUSURI PERJALANAN
Di ambang PRU ke-11 Oktober 2004, Kelab Penyokong PAS diisytiharkan sebagai satu usaha untuk menggapai sokongan bukan Melayu kepada PAS. Dalam usianya yang muda KPP masih mentah untuk diterima oleh masyarakat bukan Melayu namun berbekalkan semangat dan azam KPP mengorak langkah. Keputusan 2004 tidak banyak membantu peningkatan kerusi kepada Barisan Alternatif (BA) ketika itu. Selesai PRU ke-11, KPP menggiatkan aktiviti awal melalui dialog dan perbincangan kecil-kecilan dengan Persatuan-Persatun Cina dan para wartawan dan kumpulan akademik. Tujuan dialog ini adalah untuk mengenengahkan PAS kepada masyarakat bukan Melayu yang selama ini mempunyai persepsi yang negatif kepada aspirasi dan perjuangan PAS. KPP terus mara dengan wahana dialog dan mula mendapat perhatian. Mulai daripada itu KPP tidak menoleh ke belakang dan terus mara memperkenalkan PAS kepada masyarakat bukan Melayu.
Pada tahun 2005 bulan Ogos, satu lagi pencapaian membangakan KPP dicatat dengan penubuhan KPP di kalangan Masyarakat India. Pengerusinya ketika itu telah menyebut sesuatu yang cukup signifikan bagi menggambarkan hubungan antara masyarakat India dan PAS dengan kata-katanya "Hari ini kita (masyarakat India) telah membina jambatan yang kukuh ke Bulan (dimaksudkan PAS)" KPP tidak lengkap tanpa penyertaan masyarakat lain yang membentuk negara ini, oleh itu pada tahun 2006, melalui inisiatif Lujnah Perpaduan Nasional KPP di kalangan masyarakat Iban berjaya ditubuhkan di 10 rumah panjang sekitar Batang Lupar.
Rombongan Lujnah Perpaduan bersama PAS Sarawak berjaya merentasi jalan yang berliku untuk memperkenalkan PAS kepada masyarakat Iban di sana. Kunjungan Sarawak kali keduanya adalah juga kunjungan kebajikan di mana 10 orang doktor sukarela menyertai misi Lujnah memberikan perkhidmatan percuma di pedalaman Sarawak. Seterusnya nama KPP tersebar merentasi organisasi PAS dan negeri-negeri lain turut menjayakan misi menubuhkan KPP di tempat masing-masing. Masyarakat Siam tidak ketinggalan menjadi ahli KPP khusus di Kedah dan Kelantan pada penghujung tahun 2007 nama KPP menjadi sebutan di seluruh negara dan di kalangan organsiasi PAS ia menjadi tumpuan strategik utama untuk mengembangkan pengaruh PAS di kalangan bukan Melayu.
PAS FOR ALL
Lujnah Perpaduan Nasional (LPN) adalah antara Lujnah parti yang bertungkus lumus membina infrastruktur KPP dan mempromosikannya kepada masyarakat bukan Melayu/Islam. Tidak cukup hanya dengan kewujudan KPP, LPN memperkenalkan satu slogan yang sinonim dengan PAS iaitu PAS FOR ALL. Menarik untuk dicatat di sini bahawa slogan ini dimenangi dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh LPN untuk mendapat satu slogan dan lambang bagi mempromosikan PAS sebagai parti yang mementingkan integrasi nasional.

Pertandingan itu menerima banyak peserta dari seluruh dunia kerana diiklankan dalam internet. Jawatankuasa memilih akhirnya bersetuju dengan lambang dan logo PAS FOR ALL. Logo PAS For All berjaya menarik minat jawatankuasa kerana simboliknya melambangkan peranan PAS dalam negara ini berlatarbelakangkan bendera jalur gemilang dan simbol dunia bulat adalah satu realiti bahawa PAS adalah sebahagian dari kesejagatan ini. Manakala tulisan PAS for All dalam ketiga-tiga bahasa Malaysia, Cina, dan Tamil melambangkan kesatuan pelbagai kaum di negara ini.
Pada 11 Sept 2007, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS telah melancarkan logo dan slogan PAS For All di Pejabat Jalan Raja Laut dengan satu harapan bahawa PAS For All boleh diterjemahkan dalam bentuk komitmen PAS kepada Perpaduan Nasional di dalam negara ini. Tanggal tersebut menjadi mercu tanda penting bagi PAS kerana kemudiannya PAS For All dan logonya diadaptasikan menjadi lambang yang dipakai di mana-mana malah ungkapan PAS For All dijadikan tema ucapan dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS tahun 2008 di Ipoh.
HINDRAF DAN KAUM INDIA
Peristiwa HINDRAF pada 2007 telah membangkitkan kesedaran politik kaum India dan KPP waktu itu berada di persada untuk menyambut orang India dari exodus besar-besaran mereka daripada MIC. KPP yang telah sedia ada bahagian kaum Indianya mengorak langkah melebarkan sayapnya kepada kaum India. Di ambang PRU ke-12 sokongan India kepada PAS melalui KPP semakin meningkat hampir setiap malam LPN merasmikan penubuhan KPP di serata tempat khususnya Selangor, Perak dan Kedah dan Pahang.
Selain PKR dan DAP orang India mengalihkan juga perhatian mereka kepada PAS dan KPP bersedia menampung kehadiran mereka. Dalam sekelip mata selepas peristiwa HINDRAF bilangan ahli KPP kaum India mendadak dan tiba PRU ke-12 sokongan masyarakat India kepada Pakatan Rakyat meningkat dan hasilnya Pakatan mendapat kemenangan yang memberangsangkan pada PRU ke-12. Di Parlimen Kota Raja, PAS kemenangan calonnya di mana peratus pengundi India 60% mengejutkan pemerhati politik tanahair. PAS berjaya membuktikan penerimaannya di kalangan masyarakat India. Walaupun KPP bukan satu-satu faktornya namun kehadirannya telah menyumbang kepada satu lanskap baru yang terbentuk pasca PRU ke 12.
KONVENSYEN KPP
KPP melalui LPN telah berjaya mengadakan dua konvensyen, Pertama ialah pada bulan Disember 2007 di mana Pulau Pinang menjadi tuan rumah. Konvensyen yang diadakan di Red Rock Hotel itu telah menarik minat seluruh ahli KPP khususnya dari Kelantan. Bertemakan "Kerajaan berkebajikan untuk Semua", konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden dan menjadi sepak mula pada kehangatan PRU yang bakal diadakan pada awal tahun 2008.

Konvensyen kedua ialah pada bulan Mei tahun 2009 diadakan di Kompleks Pejabat Tanah Kelang dengan tema "Stay United, Brave the Challenges" telah dirasmikan dengan gilang gemilang oleh Mursyidul Am PAS. Hampir 1,000 perwakilan hadir dan resolusi telah disepakati oleh semua perwakilan, antaranya adalah menstrukturkan Semula Kepimpinan KPP, Mengemaskan Data Keahlian dan Memperkukuhkan KPP untuk dipertingkatkan peranannya dalam PAS. Resolusi Konvensyen telah diadaptasikan dengan bantuan seluruh LPN negeri sehingalah hari ini usaha-usaha tersebut terus dijalankan bagi membuka ruang kepada proses penyerapan KPP menjadi entiti sebuah Dewan dalam parti.
PROSES PENYERAPAN KPP MENJADI SAYAP PARTI
Perlu dijelaskan bahawa setelah PRU ke-12 perkembangan KPP begitu pesat dan sambutan untuk menambahkan bilangan KPP seluruh negara memberangsangkan. Dalam masa setahun lepas PRU baru-baru ini ahli KPP mencecah 20,000 ahli. LPN yang menjadi peneraju tidak mampu lagi menampung keahlian yang begitu ramai sedangkan LPN hanyalah Lujnah yang mempunyai bidang kuasa yang terbatas. Pemikiran untuk diserapkan keahlian bukan Islam ke dalam organisasi parti mula diperbincangkan secara serius. LPN diminta untuk membentang satu kertas kerja bertajuk "Keahlian Bukan Islam dalam Organisasi PAS" kertas dibentangkan dalam retreat parti di Langkawi bulan Disember 2008.
Antara cadangan ialah bukan Islam menjadi ahli PAS, mengekalkan entiti KPP yang ada sekarang atau menubuhkan Dewan sebagai sayap baru parti untuk keahlian bukan Islam. Kesemua pilihan ini dibahaskan dan parti menerima secara dasar cadangan-cadangan LPN. Dalam mesyuarat PAS Pusat awal 2009, satu ketetapan dibuat untuk menubuhkan Jawatankuasa Teknikal bagi mencadangkan kepada PAS Pusat sebuah deraf Aturan dan Peraturan dewan baru yang akan ditubuhkan. Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan oleh Ustaz Hassan Shukri dianggotai oleh Pengerusi LPN, dua peguam, seorang ulamak dan seorang Setiausaha Jawatankuasa.
Setelah bermesyuarat beberapa kali satu deraf Aturan dan Peraturan bagi maksud menubuhkan Dewan baru telah dibacakan kali pertama dalam Mesyuarat dan Retreat PAS Pusat yang diadakan di Alor Setar, Kedah. Bacaan kali kedua dibuat pada mesyuarat bulan November 2009 setelah dibuat beberapa pindaan hasil cadangan-cadangan yang diberikan dan akhirnya mesyuarat AJK PAS Pusat pada 10 Jan 2010, meluluskan deraf Aturan dan Peraturan dan sekaligus menandakan kejayaan proses penyerapan KPP yang kini dikenali sebagai DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS atau singkatannya DHPP.
HARAPAN DAN CABARAN
Adalah menjadi harapan Presiden Parti dan seluruh kepimpinan PAS untuk melihat kelahiran DHPP akan melonjakkan PAS kepada satu lagi tahap dalam perjuangannya. Lonjakan ini menjadikan PAS kekal releven dalam melalui cabaran politik berbagai kaum di negara ini. Hasrat Presiden PAS ialah mahu melihat DHPP terus menjadi contoh perpaduan yang kukuh di kalangan ahlinya dan membuktikan bahawa PAS mampu menyatukan semua kaum di negara ini melalui DHPP.

Walaupun hari ini menandakan kelahiran sebuah lagi sayap parti yang akan berperanan dengan penuh kesetiaan kepada parti namun cabarannya amatlah besar tetapi dengan perpaduan dan bimbingan seluruh organisasi PAS DHPP akan terus menyumbang untuk menyuburkan perjuangan PAS dan membuahkan hasil yang lumayan. Jalan DHPP masih berliku, hanya Tuhan sahaja yang tahu sejauh mana ia mampu terus bersama PAS.
*Mujahid Yusof Rawa (gambar kanan) ialah Pengerusi Perpaduan Nasional PAS merangkap ahli parlimen Parit Buntar.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5961-dhpp-kelantan-jelajah-malaysia-jelaskan-hudud
DHPP Kelantan jelajah Malaysia jelaskan hudud |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 13 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ll) kepada masyarakat bukan Islam. Penasihat DHPP Kelantan, Jeffry Lee Weng Chun berkata, program penerangan itu dijangka turut disertai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya, program penerangan dianggap perlu memandangkan hukum hudud sengaja dimanipulasikan pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka. “Program penerangan itu akan bermula November ini. Tenaga penceramahnya beberapa orang peguam bukan Islam yang akan bercakap berkaitan perundangan Islam. “Kami merasa terpanggil mengambil tanggungjawab ini bagi memberi penerangan lebih jelas kepada bukan Islam terutamanya mereka yang sudah berusia,” katanya kepada media di sini hari ini. Menurutnya media bukan medan sesuai memberikan penjelasan berkaitan hudud memandangkan ruangan agak terbatas, lagi pun media arus perdana lebih gemar menyiar aspek negatif. Jeffri yang juga seorang usahawan berkata, masyarakat bukan Islam di Kelantan sudah diberi penerangan sejak 21 tahun lalu mengenai perundangan Islam, sebelum enakmen hudud diluluskan. Kata beliau, rata-rata masyarakat bukan Islam terutamanya golongan muda faham kerana penerangan mengenai hudud diadakan sepanjang masa. ”Bagi mereka yang tinggal di luar Kelantan mungkin ada sedikit masalah memandangkan tidak banyak penerangan mengenai hudud dibuat. Lagi pun kekeliruan sengaja ditimbulkan media massa,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5961-dhpp-kelantan-jelajah-malaysia-jelaskan-hudud
Negara berkebajikan bukti PAS bela semua kaum |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Seluruh rakyat negara ini diseru menyertai kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan terhadap kepimpinan negara. Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, masa kepada politik perkauman di negara ini sudah berakhir. Menurut beliau, sebaliknya, seluruh rakyat negara ini mesti dikenali sebagai rakyat Malaysia dan bukan lagi dari latar belakang kaum dan agama. Katanya, sejajar dengan itu, PAS yang ditubuhkan sejak 60 tahun lalu sudah lama mengamalkan konsep menghormati antara satu sama lain demi kemanusiaan. "Sehubungan itulah, PAS tidak mengira kaum atau agama dalam memberikan sumbangan, apatah lagi dengan konsep negara berkebajikan menjadikan PAS lebih bersungguh-sungguh membela semua kaum," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Barit Buntar mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada para penganut agama Hindu di negara ini. "Selamat Menyambut Hari Deepavali untuk penganut Hindu semoga sambutan cahaya ini menyinari usaha perubahan yang kita lakukan," katanya. Kelmarin, beliau turut menghadiri satu program sumbangan kepada fakir miskin bagi kaum India yang berlangsung di Telok Intan. Program anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan PAS Kawasan Telok Intan itu membabitkan sumbangan kepada 240 orang fakir miskin di kawasan itu. Turut hadir pada program itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jong, Annuar Sudin yang turut menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin terbabit dan Pengerusi DHPP Kawasan, Archaran Singh. Sementara itu, Archaran dalam ucapannya mengharapkan program tersebut akan lebih meriah pada tahun-tahun akan datang. Masyarakat India masih tercicir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada penganut Hindu. Beliau bagaimanapun kesal kerana sebagai salah satu kaum utama di Malaysia, masyarakat India khususnya yang beragama Hindu masih tercicir. “Lihat sahaja bagi mereka yang tinggal di estet-estet, keadaannya masih daif. Berulang kali disebutkan, termasuk di dalam Parlimen bahawa angka banduan, keciciran pendidikan di sekolah dan gangsterisme masih ramai yang melibatkan belia dari masyarakat India,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, yang jelas ialah kepercayaan sekian lama yang mereka berikan kepada pemerintah sediakala telah dikhianati. “Malah kita dengar bagaimana saham berbilion ringgit yang diperuntukkan kepada masyarakat kita yang keturunan India, lenyap begitu sahaja. Pembelaan bagi pihak semua masyarakat yang memerlukannya adalah tunggak perjuangan Keadilan sejak penubuhannya,” katanya. Dalam konteks ini, katanya masyarakat India tidak boleh dibiarkan terkebelakangan mengakibatkan keseluruhan corak masyarakat negara menjadi tidak seimbang. Ujarnya, inilah ujian dan cabaran yang sedang dihadapai oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kesejahteraan dan PKR tidak memandang sambil lewa hal itu. “Kita dengan sepenuh daya upaya mahukan agar masyarakat India tidak lagi ketinggalan, dan keberadaan mereka bukan hanya tempelan di kaca TV untuk menampakkan keharmonian yang serba pura-pura,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6181-negara-berkebajikan-bukti-pas-bela-semua-kaum
PERHIMPUNAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS PERINGKAT NASIONAL 2011:
TARIKH : 26 NOVEMBER 2011 JAM : 8.00 PAGI
TEMPAT : BALLROOM, HILLCITY HOTEL, JALAN GOPENG, IPOH, PERAK D.R.
PERASMIAN OLEH :
TN HJ MOHAMAD SABU - TIMBALAN PRESIDEN PAS MALAYSIA
TURUT MEMBERI UCAPAN :
1. YB SDR SALLAHUDIN AYUB - NAIB PRESIDEN PAS
2. YB DR MUJAHID YUSOF AR RAWA - PENGERUSI LAJNAH PERPADUAN NASIONAL PAS
3. SDR HU PANG CHOW - PENGERUSI DHPP
Semua Ahli dan Penyokong di peringkat nasional,negeri dan kawasan dijemput hadir beramai-ramai.
DHPP suntik semangat rampas kembali Perak |
Johari Jaafar |
IPOH, 28 Dis: Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak secara rasmi 31 Desember ini akan menaikkan semangat ahli PAS untuk turut memberikan sumbangan terbaik dalam memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13 ini. Ini sekaligus membantu Pakatan Rakyat Negeri Perak untuk mengambil alih semula pemerintahan negeri ini setelah dirampaskuasa oleh BN. Demikian ditegaskan Ketua DHPP Perak, Beh Heng Kin ketika ditemui pada sidang media dewan tersebut yang diadakan di Pejabat PAS Negeri Perak semalam. Menurut beliau, seramai 500 orang ahli akan hadir dan mendapat suntikan semangat yang akan disampaikan oleh Penasihat DHPP, Salahuddin Ayub pada program tersebut yang akan diadakan di Dewan Budaya, Jalan Tun Razak. Sehingga ini DHPP Perak mempunyai 15 kawasan dengan jumlah ahli kira-kira 5,000 orang. Adalah dijangkakan jumlah tersebut akan bertambah dengan terlancarnya DHPP Perak secara rasminya pada 31 Desemberini. Turut serta dalam sidang media itu, Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, Mohd Saat Ismail dan Setiausaha DHPP Perak, S. NaNaliraja a/l Sengodan. Pelancaran DHPP Perak ini amat penting kerana segala keraguan yang timbul di kalangan orang bukan Islam akan terungkai, dengan ini mereka akan merasa lega untuk berada di bawah PAS, katanya. DHPP Perak akan mendekati masyarakat bukan Islam terutamanya orang orang Cina, India bagi menarik mereka memahami perjuangan yang dibawa oleh PAS, sekaligus menyokong dan menyertai DHPP, tambahnya. Sementara itu Mohd Saat Ismail menyifatkan pelancaran DHPP Perak ada 31 Desember ini satu sejarah bukan sahaja kepada PAS tetapi kepada negara ini kerana sebuah parti Islam mempunyai menjadi sayap parti yang terdiri daripada bukan Islam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7258--dhpp-suntik-semangat-rampas-kembali-perak
PAS pelawa Pemuda MCA Pulau Pinang sertainya |
Mohd Sabri Said |
PULAU PINANG, 30 Dis: Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang. Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat. Eng Hiap Boon (gambar) dan anggotanya meletakkan semua jawatan dalam parti itu beramai-ramai semalam ekoran hilang kepercayaan kepada kepimpinan MCA dan BN. Tindakan mereka mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri itu dibubarkan. Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka. Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas. Tindakan Eng Hiap Boon pasti memberikan tamparan hebat kepada pucuk pimpinan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang seakan sudah bersedia dengan kekuatan baru untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. Langkah drastik itu juga memberikan kekuatan baru kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk teruskan usaha menyakinkan rakyat dengan berbagai skim batuan hasil lebihan perbelanjaan kerajaan tanpa melihat lagi kebelakang. "Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat saya menyeru beliau dan ahlinya menyertai DHPP di Pulau Pinang bagi membantu memperkuatkan PAS sekaligus memperkemaskan jentera Pakatan Rakyat yang sedang diperlekehkan oleh Umno dan BN. "Dewan Pemuda PAS yakin ia satu perkembangan yang positif terhadap Pakatan Rakyat di negeri ini, " jelas Husni dalam kenyataannya. Dewan Pemuda PAS sendiri katanya, cuba mencari jalan mendekati mereka dengan sokongan DHPP Pulau Pinang bagi menerangkan betapa pentingnya perlawaan tersebut. Ia amat wajar kerana Malaysia amnya Pulau Pinang kena di selamatkan daripada jatuh semula ke tangan Umno dan BN yang ketagih kuasa. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7312-pas-pelawa-pemuda-mca-pulau-pinang-sertainya
PRU 13: Bersatu tamatkan keangkuhan Umno BN |
Johari Jaafar |
IPOH, 1 Jan: Pilihanraya umum ke 13 yang dijangka pada pertengahan bulan Mac ini begitu penting kepada rakyat negara ini bagi membuat perubahan besar menamatkan keangkuhan dan kezaliman Umno BN sepanjang 54 tahun memerintah negara ini. Oleh itu, seluruh rakyat perlu bersatu bersama Pakatan Rakyat menumbangkan Umno BN pada pilihanraya umum ini bagi menyelamatkan negara dan rakyat negara ini daripada kehancuran dan kezaliman. "Kita perlu bersatu dalam menuju ke Putrajaya, PAS bersendirian tidak mampu untuk ke Putrajaya, begitu juga PKR dan DAP tidak memampu ke Putrajaya jika bersendirian, kita perlu bersatu bersama Pakatan rakyat dalam memastikan langkah ke Putrajaya berjalan dengan baik, kerana itu orang Melayu, Cina dan India mesti besatu untuk kita meranapkan Umno BN melalui undi dalam pilihanraya ini," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub ketika berucap merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak di Dewan Budaya Jalan Tun Perak di sini semalam. Rakyat negara ini telah memberikan masa yang panjang untuk Umno/BN memerintah negara ini, ternyata BN gagal mentadbir dengan baik dan banyak melakukan ketidakadilan dan kezaliman kepada rakyat serta menjuruskan negara ini ke arah kehancuran. Menurut beliau, rakyat pelbagai kaum di negara ini mesti berani membuat perubahan besar dalam menyelamatkan negara demi masa depan genarasi yang akan datang. "Angin perubahan telah pun berlaku di negara Amarika Syarikat dan juga negara negara Arab, sudah sampai masanya angin perubahan itu melanda negara ini, rakyat perlu bersatu untuk kit buat perubahan besar melalui undi dalam piihanraya umum ke 13 ini, jika rakyat berani membuat perubanan ini Umno/BN adalah terlalu kecil untuk kita tewaskan," tegasnya disambut dengan tepukan bergemuruh daripada hampir 300 orang ahli Dewan Himpunan Pemyokong PAS negeri Perak yang memenuhi dewan tersebut. Sehubungan itu beliau yakin Dewan Himpunan Penyokong PAS di seluruh negara mampu menggerakkan masyarakat bukan Islam untuk bangkit membuat perubahan besar kepada politik negara. Turut berucap memyuntik semangat ahli ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak pada pelancaran itu Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Penerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak, Mohd Zainudin Mohd Yusof, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Beh Heng Kin, Timbalan Pengerusi DAP Perak, V. Sivakumar dan Setiausaha DHPP Perak, Naliraja a/l Sengadam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7333-pru-13-bersatu-tamatkan-keangkuhan-umno-bn
Cuba takutkan Cina: DHPP bidas Soi Lek
Aziz Muda , | 26 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ternyata tidak berasas dan menyimpang jauh dengan realiti sebenar yang berlaku dalam masyarakat, terutama membabitkan kaum Cina di negara ini.
Sebaliknya, sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional (BN) ternyata semakin merosot berbanding sokongan yang diberikan oleh mereka terhadap Pakatan Rakyat yang semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee (gambar) menegaskan, bagi PAS sendiri lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP, sokongan kaum Cina terhadap PAS ternyata semakin kuat.
Menurutnya, perkembangan tersebut berlaku ekoran orang-orang Cina di negara ini ternyata semakin faham dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Islam yang pasti akan memberikan keadilan kepada semua penduduk di negara ini dan ketelusan.
Katanya, dalam masa yang sama, sokongan orang-orang Cina terhadap DAP turut meningkat, sejajar dengan perjuangan parti itu yang juga untuk keadilan dan ketelusan bersama-sama dengan PAS.
"PAS adalah satu-satunya parti di negara ini yang berlandaskan agama iaitu Islam, manakala pada asasnya pula setiap agama memperjuangkan keadilan dan ketelusan.
"Itulah yang menyebabkan orang-orang Cina turut menyokong PAS, lebih-lebih lagi dengan adanya DHPP yang menjadi jambatan antara PAS dan orang bukan Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Chua Soi Lek ketika membangkitkan isu mengenai undang-undang Islam di negara ini mengatakan bahawa masyarakat Cina kini mula kembali ke pangkuan BN kerana mereka sedar sokongan mereka kepada DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.
“PAS yang akan menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.
“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya seperti yang dilaporkan media semalam.
Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, PKR tidak mampu bersaing dengan parti Islam itu dalam soal organisasi, disiplin parti dan yang lebih penting, kesetiaan ahli sambil menyifatkan parti itu lebih lemah dalam gabungan tiga parti tersebut dalam Pakatan Rakyat.
Menurut Vincent, bagi orang-orang Cina di Malaysia sekarang, mereka tidak lagi boleh dipengaruhi dengan kenyataan yang bukan-bukan dari Umno BN yang memburuk-burukkan PAS kerana perjuangan PAS sudah difahami oleh mereka.
"Begitu juga jika mereka menggunakan isu hukum hudud. Ini sudah tidak memberikan sebarang kesan buruk bagi sokongan orang-orang Cina terhadap PAS kerana semua itu sudah difahami dengan jelas oleh orang-orang Cina setelah mereka memahami perjuangan PAS.
"Malah jika isu hukum hudud ditimbulkan, masyarakat Cina pasti akan tahu dengan sendirinya bahawa pilihanraya sudah semakin dekat kerana isu mengenai hukum hudud akan ditimbulkan oleh Umno BN setiap kali menjelang pilihanraya.
"Dengan itu, orang-orang Cina dengan sendirinya akan lebih bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya dengan memberikan sokongan kepada PAS," jelasnya.
Begitu juga jika ditimbulkan isu kononnya DAP perkudakan PAS, tambahnya, juga tidak akan berhasil kerana orang-orang Cina sendiri tahu realiti sebenarnya dalam Pakatan Rakyat.
Katanya, setelah gagal mempengaruhi orang-orang Cina dengan isu-isu seperti itu, kini Soi Lek pula membangkitkan perkara itu untuk menghalang sokongan orang Cina terhadap DAP dan PAS, tetapi ia tetap juga tidak berhasil.
"Orang-orang Cina sendiri sudah tahu dalam Pakatan Rakyat berbeza dengan BN yang tidak terdapat parti yang dominan. Sebaliknya dalam Pakatan Rakyat semua parti mempunyai peranan yang selari," tegasnya.
"Perkara itu tidak berlaku dalam BN kerana Umno yang menjadi parti dominan dalam BN. Jadi jika benar itulah yang menjadi puncanya, Soi Lek kenalah berikan alasannya, bukannya dengan hanya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana kenyataan Soi Lek itu hanyalah kenyataan politik dan tidak tepat sama sekali," katanya.
Beliau juga menegaskan, kerjasama erat antara DAP dan PAS sememangnya sudah tidak boleh dinafikan oleh sebarang pihak, malah sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa atau mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13, DAP telah berjanji untuk terus memberikan sokongan kepada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dari PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak.
Sumber HD : 26/01/2012

PRU13: PAS tunggu senarai calon DHPP negeri
Aziz Muda, | 16 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat kini sedang menunggu senarai calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri-negeri untuk pencalonan ahli-ahli dewan itu, bagi mewakili PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Pengerusinya, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menjelaskan, sehingga kini pihaknya masih lagi menunggu senarai tersebut dari DHPP negeri-negeri yang masih lagi belum diserahkan kepadanya.
Menurutnya, sepatutnya senarai tersebut telah diserahkan oleh dewan-dewan penyokong PAS di seluruh negara sehingga akhir bulan lalu.
Katanya, namun sehingga akhir bulan lalu, dewan-dewan berkenaan masih juga belum berbuat demikian sehingga menyebabkan pihaknya masih lagi menunggu sehingga sekarang.
"Mengikut prosedur, senarai pencalonan itu hendaklah diserahkan oleh dewan-dewan penyokong PAS kepada Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPP) yang dipengerusikan oleh Dr Mohd Hatta Ramli yang kemudiannya akan dimaklumkan kepada saya.
"Tetapi sehingga sekarang, saya masih belum dimaklumkan lagi tentang senarai itu. Ini menunjukkan senarai itu masih belum diserahkan lagi oleh dewan-dewan penyokong PAS kepada JPP," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, menurutnya, satu kerusi dari DPP kini telah ditetapkan oleh PAS khususnya di Dun Tiram yang terletak dalam Parlimen Johor Bahru, Johor yang akan diwakili oleh Kumutha Rahman.
"Dalam PRU Ke-12 pada tahun 2008 lalu, Kumutha yang mewakili Kelab Penyokong PAS bagi kaum India telah bertanding atas tiket PKR, tetapi pada PRU Ke-13 nanti, beliau akan bertanding atas tiket PAS," jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berharap agar dewan-dewan penyokong PAS di seluruh negara segera menyerahkan senarai pencalonan masing-masing kepada JPP bagi memudahkan urusan selanjutnya.
"Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan PAS Pusat, saya sememangnya bertanggungjawab atas DHPP. Jadi saya berharap agar ahli-ahli DHPP akan diberikan peluang oleh PAS untuk menjadi calon yang akan bertanding mewakili PAS dalam PRU Ke-13 akan datang," katanya.
Sungguhpun begitu, tambah beliau, ia tidaklah pula semestinya semua negeri mesti mempunyai calon dari DPP untuk bertanding dalam pilihanraya umum.
Katanya, perkara paling asas berhubung pencalonan DPP, kebenaran untuk ahli-ahli DPP bertanding atas tiket PAS telah diputuskan oleh Majlis Syura, manakala penubuhan dewan itu pula telah dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada tahun 2010 lalu di Klang, Selangor.
Sekiranya terdapat senarai calon dari DPP negeri-negeri, jelasnya, PAS akan meneliti kawasan-kawasan yang sesuai untuk ditandingi oleh ahli DPP terbabit yang kemudiannya akan dibawa oleh pihak PAS kepada perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat agar tidak berlaku pertindihan kerusi yang ditandingi oleh Pakatan Rakyat.
"Itu dari segi konsepnya dalam Pakatan Rakyat, manakala dari segi persetujuan politik dengan PAS pula, kebenaran yang diberikan oleh PAS kepada DPP itu setelah disepakati oleh pemimpin-pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin DPP sendiri," katanya.
Sumber HD : 16/02/2012

PAS sasar letak calon bukan Islam di 6 negeri
Salmiyah Harun, | 07 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Mac: Kepimpinan
PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan
Sabah diminta memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah
meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam
PRU-13 nanti.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura.
Keenam-enam negeri tersebut, katanya mempunyai kekuatan DHPP yang dilihat berdasarkan semangat yang ada melalui keahlian, aktiviti serta sambutan program yang diadakan.
"Saya berharap sangat negeri-negeri berkenaan supaya memberikan semangat kepada DHPP sementara masih ada ruang untuk diisi oleh mereka," katanya kepada Harakahdaily.
Pada Pilihan raya Umum ke-12 tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam, Kumuta Raman, walaupun atas nama Kelab Penyokong PAS waktu itu tetapi beliau bertanding atas tiket PKR.
Ekoran itu, Mujahid yang juga penasihat bersama DHPP berkata kini dewan itu menjadi sayap parti maka PAS menyusun gerak kerja pilihan raya termasuklah menyusun calon dari kalangan DHPP.
Sehubungan itu, Mujahid berkata, negeri Johor telah memperlihatkan semangat DHPP yang kuat dan berkemungkinan akan memberi lebih dari satu kerusi kepada DHPP.
Bagaimanapun, katanya, perlu ada rundingan yang bijak dalam menentukan calon supaya ia tidak berlaku pertindihan.
"Kalau kerusi kita (PAS) lebih selesa dan mudah untuk dirunding. Saya lihat kerusi parlimen agak mudah. Bagaimanapun kepimpinan negeri kena bijaksana,"katanya.
DHPP mempunyai keahlian seramai 20,000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.
DHPP dilancarkan pada 23 Mei 2010 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sumber HD : 7/03/2012

PAS Selangor harap DHPP tanding lebih satu kerusi
Salmiyah Harun, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: PAS Selangor telah memilih kerusi yang sesuai untuk meletakkan calon di kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman berkata, senarai nama calon DHPP sudah dihantar kepada PAS Pusat dan terserah kepada pucuk pimpinan pusat untuk menentukan.
"Kami sudah hantar lebih daripada satu nama calon kepada PAS Pusat, nama calon itu saya harus rahsiakan," katanya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, senarai nama itu telah dihantar kepada PAS Pusat pada Disember tahun lepas.
Ketika ditanya berapa kerusi untuk diletakkan calon DHPP, Dr Rani berkata lebih daripada satu kerusi dan kerusi itu adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Bagaimanapun, beliau menaruh harapan agar calon DHPP bertanding lebih daripada satu kerusi di negeri Selangor.
"Calon DHPP perlu diletakkan di kawasan yang sesuai, misalnya kawasan majoriti Melayu PAS letak calon kaum India dalam masa yang sama BN letakkan calon Melayu, ia situasi yang sukar bagi PAS," katanya.
Semalam, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional yang juga penasihat DHPP Dr Mujahid Yusof Rawa menyasarkan enam negeri meletakkan calon bukan Islam dalam pilihan raya akan datang.
Negeri berkenaan ialah Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah.
DHPP mempunyai keahlian seramai 20,000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.
LAPORAN BERKAITAN
PAS sasar letak calon bukan Islam di 6 negeri
Sumber HD : 8/03/2012

Isu Ketua DHPP P Pinang letak jawatan akan selesai
Harakahdaily, | 26 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 26 Mac: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin dapat menyelesaikan isu perletakan jawatan ketua DHPP Pulau Pinang tidak lama lagi.
Ini kerana, ia berlaku ekoran salah faham sahaja, kata Timbalan Ketua DHPP Pusat, Balasubramaniam Nachiappan (gambar).
"Saya telah berbincang dengan Mr.Ooi Ketua DHPP Penang mengenai beliau letak jawatan sebagai ketua DHPP negeri.
"Masalah yang dihadapi oleh beliau adalah beliau tidak dapat bertanding dalam PRU13. Sebenarnya ini adalah salah faham maklumat (miscommunication) kerana saya difahamkan PAS Pusat belum buat keputusan untuk calon bertanding. Nama calon pun belum di umum," katanya.
"Selepas saya berbincang dengan Dr.Ooi beliau meminta tempoh satu minggu untuk berfikir dan menyelesaikan masalah tersebut," berita Bala kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak lain jangan masuk campur dahulu dalam isu dan berjanji ia akan diselesaikan secepat mungkin.
Semalam, Dr Ooi dalam sidang medianya memaklumkan perletakan jawatannya ekoran merasakan jasa dan khidmatnya dalam PAS seperti tidak diperlukan lagi.
Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan kerana kecewa terhadap PAS, namun merasakan khidmat dan kesetiaannya kepada parti itu selama 20 tahun tidak dihargai, selain pandangannya demi kebaikan parti tidak diambil berat oleh kepimpinan tertinggi.
Ooi lebih yakin dengan tindakan itu apabila PAS Pusat dilihat seperti meminggirkan DHPP Pulau Pinang dengan memutuskan untuk tidak memilih calon di kalangan DHPP untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sementara itu, cara seperti yang dilakukan Ketua DHPP PAS Pulau Pinang ini memang telah berlaku di mana - mana; jika tidak ada sanjung atau habuan, maka berlakulah undur - unduran, tulis pembaca Sinar Harian yang menyiarkan perletakan jawatan Dr Ooi itu.
Katanya, dalam Islam, sekali manusia berjuang pada jalan Allah, sama ada diterima manusia atau tidak, maka dia terus berjuang, walaupun tidak mendapat balasan dari manusia seperjuangan dengannya.
"PAS parti politik Islam, dasarnya Islam, maka, kalau manusia atau orang Islam atau bukan Islam berjuang kerana hendakkan balasan dan sebagainya, lebih baik tidak usah berjuang," tulis Mokhtar Petah.
Katanya, jika mahukan duit, lebih baik berniaga nasi kandar, dari pagi sampai ke Subuh orang datang menadah pinggan, walaupun sakit perut kerana makanan terlalu pedas!.
Sumber HD : 26/03/2012
(Salahudin dalam sidang media bersama DHPP dan anggota Parlimen India hari ini)
KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mempertahankan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bahawa beliau tidak berniat menghina agama Hindu dan penganutnya dan jika dia menghina Hindu, pihaknya yang pertama membuat bantahan.
Timbalan Pengerusi DHPP N. Balasubramaniam berkata, apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian itu langsung tidak membawa apa-apa masalah di kalangan kaum India yang majoriti penganut agama Hindu.
"Orang India masih aman di Malaysia, dalam isu ini tidak ada bawa apa-apa masalah," katanya dalam sidang media.
Sebelum ini, Ketua Pemuda MIC T Mohan meminta Salahuddin mohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.
Menurut Bala, kenyataan Salahuddin dalam Debat Sinar Harian pada 19 Jun lalu sengaja diputarbelitkan oleh MIC untuk menimbulkan persepsi negatif kepada kaum India.
"Jika benar ada penghinaan kepada penganut Hindu kami sendiri pun boleh tegur. Nampaknya MIC sengaja cari pasal. Kenyataan Salahuddin cukup jelas," katanya.
Bala turut percaya Salahuddin tidak akan mengeluarkan kenyataan menghina kaum dan agama lain kerana agama Islam tidak mengajar untuk berbuat begitu.
Ahli Parlimen Batu Kawan P. Ramasamy juga menyifatkan MIC ketandusan modal politik sebab itu mereka sengaja putar belit kenyataan.
"Saya ada baca dalam akhbar Tamil tuduhan terhadap Salahuddin, tidak ada bukti beliau hina kaum India," katanya dalam sidang media yang sama.
P. Ramasamy turut mempertikaikan di mana kelantangan MIC apabila Umno pernah menimbulkan isu bebaur perkauman dan memperlekehkan kaum India.
"Umno pernah guna isu paria. MIC mendiamkan diri. Tapi berbeza dengan Salahuddin yang jelas tidak hina agama kami," katanya.
Begitu juga ketika penyokong Umno mengarak kepala lembu ke bangunan SUK Selangor yang memang jelas cuba menghina orang Hindu (gambar).
Salahuddin mengulangi penegasanya beliau tidak berniat untuk menghina penganut agama Hindu dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat itu.
Sidang Media Ahli-ahli Parlimen India dan DHPP bersama YB Salahudin Ayub :
http://www.youtube.com/watch?v=yfwmh2Yi1HI&feature=youtu.be
Sumber HD : 25/06/2012

Kalau hina Hindu, kami pertama bantah - DHPP
Salmiyah Harun, | 25 Jun 2012 |

Rumah Timbalan Pengerusi DHPP dipecah masuk
Khairil Abdul Rahim, | 28 Jun 2012 |
JERANTUT: Kediaman Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, N Balasubramaniam di Taman Bukit Pedah, dekat sini, dipecah masuk semalam.
Menceritakan peristiwa tersebut, Balasubramaniam berkata, kejadian berlaku pukul 8.30 pagi selepas 10 minit beliau meninggalkan rumahnya untuk berurusan di bandar Jerantut, manakala isterinya, N Letchmy, 54, keluar bekerja dan hanya anaknya, Koshini, 25, berada di rumah.
Menurutnya, anaknya telah diacu parang di leher oleh perompak terbabit dan mengalami sedikit kecederaan sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan di tangan.
“Semua bahagian kediaman saya digeledah, malah cermin di bilik tidur juga dipecahkan. Beg sandang yang digunakan untuk kerja, komputer riba, telefon mudah alih, wang tunai, barang kemas dan koleksi wangian berjenama semua dilarikan perompak,” katanya.
Balasubramaniam yang juga Ketua DHPP Pahang menceritakan, anaknya Koshni pada mulanya tergamam melihat empat lelaki masuk ke dalam rumahnya sambil menghunus parang.
Menurutnya, dua daripada lelaki itu kemudiannya mengacukan parang di lehernya, manakala dua lagi menggeledah keseluruhan bahagian rumah.
“Anak saya turut disepak, ditampar dan dilempar dengan pelbagai objek. Mereka juga cederakan tangannya dan ugut sembelih lehernya jika tidak ditunjukkan tempat simpanan barang berharga.
“Selepas menggeledah semua bahagian rumah, mereka kurung Koshini dalam bilik air. Apabila mendengar keadaan agak tenang, dia berusaha keluar melarikan diri ikut pintu dapur, lalu ke rumah jiran meminta tolong dan menghubungi saya memaklumkan kejadian itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jerantut.
Sumber HD : 28/06/2012

Occupy: Mengapa ditahan, mereka mahu jumpa MB
Anis Nazri, | 12 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pahang mengecam tindakan pihak polis yang bertindak menahan sekumpulan 31 orang peserta 'Occupy Pejabat MB', 10 Julai lalu.
Pengerusinya, N. Balasubramaniam (kiri), berkata kesemua mereka yang ditahan itu sewajarnya didengari masalah, bukan bertindak menahan mereka.
"Mereka merupakan penduduk kampung yang masalah mereka sudah sekian lama tertangguh untuk diselesaikan. Lagipun, mereka bukan membuat kekecohan, cuma ingin menemui menteri besar sahaja," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, tindakan pihak polis yang menahan mereka termasuk kanak-kanak, menunjukkan sikap polis yang 'double standard'.
Katanya, dalam banyak kejadian jenayah, pihak polis tidak bertindak sepantas itu untuk mengambil langkah pencegahan.
"Apa yang lebih penting, tindakan yang boleh diambil ialah mendengar apa yang mereka mahukan. Kalau menteri besar tiada, berilah satu tarikh lain untuk temujanji semula, bukan bertindak menahan mereka," tegas beliau dalam nada kesal.
Pada program 'Occupy Pejabat MB' itu, 33 penduduk Cameron Highland berhimpun secara aman di depan pejabat MB Pahang bagi menuntut janjinya yang mahu menyelesaikan masalah tanah dan kediaman mereka yang terancam.
Mereka cuba berunding dengan polis untuk membolehkan mereka menunggu MB yang telah berjanji kepada mereka sebelum ini namun tidak berjaya.
Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh tahanan mereka tamat.
Seseorang itu hanya boleh ditahan tidak lebih dari 24 jam.
Sumber HD : 12/07/2012

DHPP: PAS beri ruang kaum India bersuara
Mohd Sabri Said, | 02 Nov 2012 |
PERMATANG PAUH: PAS tidak pernah menyisihkan kaum India sejak dahulu malah memberikan mereka bersuara melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diiktiraf duduk sama rata dengan dewan-dewan dalam PAS.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man ketika berucap pada majlis sempena sambutan Deepavali 2012 di Pasar Awam, Penanti, Bukit Mertajam semalam.
PAS katanya, memberikan hak bersuara dan kaum lain boleh mengemukakan pandangan untuk mengukuhkan PAS sebagai salah sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.
"PAS tetap mementingkan suara dan pandangan kaum India dan lain kaum dalam negara ini. Justeru itu PAS menubuhkan DHPP supaya kehendak kaum lain juga akan diambil kira dalam pembangunan negara," tegasnya lagi.
Maka, ujarnya menjadi tanggungjawab kaum India untuk meneruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana dengan cara itu sahaja dapat menyelamatkan kaum India daripada dianaktirikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sepertimana janji Pakatan Rakyat sambungnya, kaum India yang miskin tetap dipelihara dengan sistem demokrasi dan menentang individu India yang rakus dan mementingkan diri sendiri.
Jelasnya, apabila PAS berjaya mewujudkan DHPP, Umnolah parti pertama yang bimbang pengaruh mereka merosot sekaligus menyukarkan bertahan di kerusi yang ditandingi calon MIC.
"DHPP memang digeruni oleh Umno maka BN sedang mencari kaedah yang membolehkan perpecahan dalaman dengan mempergunakan individu yang kecewa terhadap kebangkitan PAS," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.
Sumber HD - 2-11-2012

Kelantan berhak laksana tuntutan Islam - DHPP
Hazayani Zakaria, | 28 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam (gambar) berpandangan tidak salah jika Kerajaan Kelantan melaksanakan perundangan Islam untuk memelihara kesucian agama itu.
Beliau berkata, Kelantan yang diperintah PAS berhak melaksanakan perundangan Islam bagi mengelakkan orang Islam di negeri itu memandang remeh hukum hakam agama.
"Kelantan diperintah Kerajaan Islam, jadi mestilah nak laksanakan undang-undang Islam. Kadang-kadang mereka kata salun uniseks untuk orang bukan Islam tapi ada juga orang lelaki Islam yang pergi, jadi timbul isu ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Tinjauan satu sumber kelmarin mendapati bukan muslim di Kota Bharu selesa dengan peraturan kedai gunting dan salun yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan sebagaimana disyaratkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan negeri bersedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan.
Balasubramaniam berkata, beliau bimbang jika Kerajaan Kelantan melonggarkan undang-undang, akan wujud premis-premis yang tidak disenangi orang Islam.
"Kalau undang-undang ini dilonggarkan nanti mungkin ada pihak yang nak buka kedai judi atau arak dan sebagainya.
"Jadi perkara ini harus diselesaikan secara baik, jangan jadikan isu politik pula," katanya.

Sumber HD - 28-11-2012
IPOH: Dialog yang diadakan oleh PAS Kawasan Gopeng dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di UPU Taman Song Choon, di sini malam kelmarin mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat India setempat.
Setiausaha DHPP Perak, S Naliraja yang datang dari Taiping telah memberikan satu impak baru kepada mereka dengan penerangannya yang begitu berkesan.
Menurut blog Warta Sg Rapat, sesi dialog juga dibuka bagi mereka meluahkan segala pertanyaan yang masih tersimpan di minda mereka.
Di akhir pertemuan, 100 borang ahli baru DHPP telah diserahkan oleh wakil mereka, Saudara Hanifah kepada Naliraja dengan disaksikan oleh Yang Dipertua PAS Gopeng, Abd Rahim Md Ariff dan Ketua UPU Taman Song Choon, Zulkifli Tafsiron. (Gambar atas)
100 kaum India jadi ahli baru DHPP Perak
Harakahdaily, | 26 Apr 2013 |

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-4-2013
MIC dicabar tinggalkan BN
Harakah, | 22 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mencabar parti komponen BN, MIC supaya meninggalkan parti itu ekoran pelantikan P Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) oleh Najib Tun Razak baru-baru ini.
Naib Pengerusinya, S Suria Narayanan (gambar) berkata, pelantikan Waytha dalam Kabinet Najib itu sekaligus telah menghina MIC dan seolah-olah parti kaum India itu gagal untuk mewakili kepentingan mereka dalam kerajaan.
MIC, ujarnya, tidak perlu berpura-pura menerima pelantikan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) itu demi menjaga kuasa yang diperoleh masing-masing.
Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetak Jumaat ini.
Naib Pengerusinya, S Suria Narayanan (gambar) berkata, pelantikan Waytha dalam Kabinet Najib itu sekaligus telah menghina MIC dan seolah-olah parti kaum India itu gagal untuk mewakili kepentingan mereka dalam kerajaan.
MIC, ujarnya, tidak perlu berpura-pura menerima pelantikan Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) itu demi menjaga kuasa yang diperoleh masing-masing.
Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetak Jumaat ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-5-2013
No comments:
Post a Comment