Murtad: Umno tolak mentah-mentah usul PAS |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Lakonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
YB Salahuddin Ayub - Naib Presiden PAS
"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya. Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.
YB Dr Mohd Puad Zarkashi - Ahli MPT UMNO
"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini. Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang - Presiden PAS
Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.
"Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin. Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar. "Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad. "Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin. Beliau juga mempersoalkan di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy.
Aishah Bukhari
Hartina Kamarudin
Lina Joy @ Azlina Jailani
Dengan sejarah sedemikian, Salahuddin sekali lagi meminta umat Islam menolak hipokrit yang cuba berlagak hero yang kononnya memperjuangkan Islam dan kepentingan umat Islam.
|
PAS pilih JAIS atau DAP, jawabnya PAS pilih Islam |
http://mutaligat.blogspot.com |
Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian hari ini menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini.
YB Dr Mashitah Ibrahim - Timbalan Menteri di JPM
Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan. Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising? Dalam isu JAIS ini, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tetap dengan prinsipnya iaitu aqidah umat Islam mesti dipertahankan. PAS sudah lama berjuang supaya undang-undang murtad ditegakkan di negara kita......malangnya setiap kali PAS mengusulkannya di Parlimen ianya ditolak mentah-mentah oleh Umno. Usul mengenai murtad ditolak mentah-mentah termasuk usul yang pernah dibentangkan oleh YB Salahuddin Ayub pada Sidang Parlimen beberapa tahun lalu. Sudah beberapa kali PAS cuba usulkan malangnya ia tetap ditolak mentah-mentah oleh kerajaan pimpinan Umno. PAS mengambil langkah yang cermat dalam hal ini kerana PAS kenal siapa JAIS dan PAS juga tahu kewujudan gerakan kristianisasi. PAS mengambil langkah mengikut undang-undang murtad ala Umno (sangat minima) yang ada di dalam negara kita. PAS kenal JAIS, PAS kenal siapa di dalam dan dibelakang JAIS. Semua orang tidak lupa JAIS pernah merobohkan surau, JAIS pernah menghalang Ustaz mengajar di Masjid dan Surau. JAIS pernah menangkap Ustaz ....Kalau JAIS begitu sombong dan angkuh merobohkan surau atas dasar politik sempit apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu. Dalam masa yang sama PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan pihak-pihak yang melanggar undang-undang sedia ada. Jika benar ada unsur-unsur penyebaran ajaran kristian kepada umat Islam ianya mesti dihalang dan dibenteras. Sebab itu PAS ingin bertemu dengan gereja dan JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar dan selepas itu mengambil ketetapan yang sahih dan tepat. PAS sejak dari dahulu konsisten dalam hal menjaga aqidah ....tetapi siapa yang selalu memberikan jawapan bahawa isu murtad ini isu remeh, baru sedikit yang murtad ....siapa yang selalu mempersenda-sendakan isu murtad ...tepuk dada tanya iman. Semua orang tahu siapa Umno dan apa tindakan Umno dalam isu murtad. Mengapa dalam isu JAIS ini Umno begitu beriya-iya mengambil tahu. Bagaimana dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa ratusan ribu umat Islam murtad di Malaysia. Apa tindakan Umno? Mana undang-undang murtad yang digubal oleh kerajaan Umno? Bagaimana dengan kisah murtad Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan lain-lain mengapa sehingga hari ini ianya senyap dan sunyi. Mengapa Umno yang berkuasa tidak mahu menyokong usul PAS yang mahukan undang-undang murtad yang selaras dengan tuntutan Islam di gubal dan diamalkan di negara kita?
Tun Salleh Abas - Mantan Ketua Hakim Negara
Mengapa Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat? Siapa pula yang menyokong IFC suatu ketikan dahulu. Adakah PAS atau pemimpin PAS yang menyokong IFC? Sedangkan PAS konsisten menentangnya .. Saya mengharapkan Mashitah tidak payahlah sibuk menempelak dan memperlekehkan PAS. Ada baiknya beliau memperjuangkan perkara-perkara asas Islam dalam Umno yang masih belum diselesaikan. Alangkah baiknya beliau menasihat dan memastikan isteri Perdana Menteri dan menteri-menteri Islam tutup aurat. Itu belum kita sentuh isu-isu besar seperti hukum Islam, riba, hudud dan sebagainya. Cukup buat permulaan Mashitah selesaikan isu aurat itu dahulu,,,,,yang mana dalam PAS, kanak-kanak PASTI (Tadika PAS) pun tahu aurat mesti ditutup... |
Jangan manipulasi isu akidah |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 14 Ogos: NGO Islam mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam. Demikian antara resolusi Sidang Meja Bulat NGO-NGO Islam bertajuk Isu Aqidah Ummah: Apa Sikap Kita anjuran Ikatan Ilmuan Malaysia (Ilmuan) yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, semalam. NGO yang terlibat ialah PIMPINAN, ILMAM, Sekteriat Pemuda Perihatin, Yayasan Kepimpinan Malaysia, Ummah Prihatin Malaysia, ILMUAN, Pro – Guam, Perubatan Islam Darus Syifa’, PAPISMA, GAMIS, INTELEK, BISA - Belia Islam Ampang, IKATAN - Ikatan Padu Rakyat Malaysia, IMPROF - Pertubuhan Muslim Professional, Khidmat - Ikatan Khidmat Muslim, MPM - Majlis Perundingan Melayu, GAGASAN, PMRAM, UKP - Usrah Kebajikan Profesional, FORKAD - Front Bertindak Anti Murtad, Umah Care, Terap Care, Tabung Kebajikan Al-Masakin dan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Berikut adalah resolusi penuh sidang meja bulat berkenaan. 1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad. 2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat. 3. Kami menggesa supaya Jais dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan. 4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin. 5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam. 6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub. 7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati. 8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa. 9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini. 10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam. |
Isu azan dedah sikap hipokrit Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Tindakan Umno cuba mempolitikkan semua isu yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka. Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, Umno kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri. “Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat. Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain yang inginkan ketenangan, ada kanak- kanak yang sedang tidur, orang yang uzur, terutamanya yang tua sakit dan sebagainya,” terang Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat
Fatwa larangan pembesar suara di Pulau Pinang yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kini menerima pelbagai sokongan daripada pelbagai pihak, termasuk mufti Perlis, Juanda Jaya, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kerana ia bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur cuba dipolitikkan Umno sebagai satu keputusan negeri Pulau Pinang.
YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Naib Presiden UMNO
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin dipetik sebagai cuba menyalahkan kerajaan negeri Pulau Pinang atas tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tersebut dengan menyatakan “perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.”
“Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan keputusan Fatwa Kerajaan Pulau Pinang, kata Tuan Ibrahim merupakan satu penghinaan kepada wibawa Mufti dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah membua kajian dan keputusan yang teliti.
YAB Tuan Lim Guan Eng - Ketua Menteri PP
Bayangkan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng, tentu ia akan menimbulkan kegilaan huru-hara para pemimpin Umno dan saudara baiknya Perkasa dan juga mengkritik beliau,” bidas Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Lajnah Penerangan PAS bahagian Dakwah. Membandingkan dengan sikap pemimpin Umno dan Perkasa yang berdiam seribu bahasa Kerajaan Negeri Melaka memanjang tempoh hiburan sehingga jam 3 pagi di bulan Ramadhan, Tuan Ibrahim menyifatkan semua aksi ini adalah “gelagat pimpinan Umno Perkasa yang hanya nampak ada mata pada perkara yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat, sebaliknya membiarkan kemungkaran di negeri yang diperintah mereka.” “Sikap sedemikian mencerminkan Umno sebagai sebuah parti yang mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan agama, sehingga sesuatu kemungkaran terang-terangan, terutamanya yang berlaku di negeri pimpinan Umno dibiarkan tanpa sebarang kritikan dikeluarkan,” tambah beliau.
Dalam isu murtad yang kini hangat diperdebatkan di media ekoran kontroversi melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Tuan Ibrahim mengecam sikap Umno yang tetiba cuba menjadi hero dalam isu ini, walhal mereka jugalah yang menyokong usul-usul pencegahan murtad umat Islam di Parlimen yang dibawa oleh para pemimpin PAS.
“Tapi kini dalam kemelut gereja-Jais, lebih-lebih lagi apabila berlaku di negeri Pakatan Rakyat maka golongan ini, seperti skrip drama yang tidak berubah terus berriuh-rendah di media kononnya nak menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad. Sekiranya ini berlaku di negeri mereka, percayalah isu ini akan menjadi senyap-sepi seperti isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu ahli Umno sendiri dan sebagainya. Sekiranya ada keuntungan politik, di sanalah mereka akan berkokok. Demi agama, bangsa dan negara – hanya dan bila hanya ada keuntungan politik - inilah sikap bermuka-muka pimpinan Umno,” selar Tuan Ibrahim. |
Isu aqidah ummat: Apa sikap dan peranan kita |
Nasrudin Hassan |
1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengemuka satu kenyataan ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa [DAP] bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. [ Er Teck Hwa meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu. ]
YB Senator Datuk Seri Jamil Mohd Khir - Menteri di JPM
YB Sdr Er Teck Hwa - AP Bakri
4. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah ummat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah. Justeru itu kita sokong JAIS yang bertindak untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini. 5. Namun dalam masa yang sama, JAIS juga mestilah bermuhasabah malah jika jelas JAIS tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada ummat Islam di atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang dan lain - lain. Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah - penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang JAIS boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah. 6. Sedang rumah Allah inilah menjadi "port" untuk memantapkan ilmu dan amal ummat Islam serta penceramah - penceramah inilah pula menjadi "agen" untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dari musibah murtad yang melanda negara. 7. Murtad yang berlaku dalam negara kita mempunyai beberapa faktor pendorong yang ketara. Samaada faktor itu kecil atau besar, ianya perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri. Zaman ini adalah zaman yang disebut oleh ulamak sebagai zaman "Riddah wa Laa Aba Bakrin Laha" iaitu : Gejala Riddah dan Tiada Abu Bakar Menanganinya" 8. Sejarah Islam telah melakarkan format tindakan Abu Bakar as Siddiq Rha dalam memerangi murtad di hari pertama musibah murtad ini tercetus. Begitu juga di sepanjang zaman khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Maka kesimpulan yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui mesyuaratnya yang berlangsung pada 13 August 2011 ialah : a ] mendesak Akta Murtad dilulus oleh Parlimen Malaysia dan dilaksanakan dalam negara kita. [ Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad. Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, Yb Salahudin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. ] b ] mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan. c ] menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat, Baitul Maal dan lainnya dapat membuat agihan yang adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka. d ] mencadangkan supaya agensi berikut membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan orang asal, Sabah dan Sarawak. e ] mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita. f ] mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam. g ] mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar. 9. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak non muslim yang telah dipelihara oleh syara' seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka termasuk melakukan pencerobohan terhadap hak non muslim. 10. Ummat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai aqidah dan keperibadian mereka sebagai seorang muslim. Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar. Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
|
Utusan putar belit fakta berita Nasrudin |
Saidah Hairan |
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood mengingatkan Utusan Malaysia supaya tidak masuk ke dalam katogeri golongan fasik hanya semata-mata mahu menyebarkan berita yang tidak sahih dan bohong.
Berhubung dengan tajuk berita 'Nasrudin terus desak pimpinan PAS' menampakkan kedangkalan Utusan Malaysia yang sengaja memutar belit fakta dengan menyorokkan berita yang benar.
Ini kerana katanya, kenyataan Nasarudin merupakan perkara biasa dan sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat, beliau membuat kenyataan yang adil dan itulah sifat Pemuda yang tegas. Menurut beliau, Utusan jangan dianggap sebagai pengadu domba dengan menyiarkan berita yang tidak benar dan paling jelas menabur fitnah. Beliau memetik maksud firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki kebenarannya supaya kamu tidak menyampaikan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.” Al Hujarat ayat 6. Katanya, laporan Utusan Malaysia itu bertujuan melaga-lagakan pimpinan PAS disamping mahu memberi tanggapan kepada masyarakat bahawa PAS telah meninggalkan perjuangan Islam.
"PAS tidak pernah mengecam exco Hal Ehwal Agama, Adat istiadat dan Infrastruktur, Datuk Dr Hasan Mohd Ali serta Nasrudin itu sendiri, manakala dalam bab akidah PAS tetap pertahankan," tegasnya.
Ini membuktikan kata beliau, dalam PAS dibenarkan bersuara di mana PAS mengambil keputusan untuk mendengar kedua-dua pihak membuat penjelasan."Sebagai satu parti dalam komponen yang bakal memimpin negara, kita mendengar semua pihak dan tidak menjatuhkan hukuman tanpa mendapat penjelasan terlebih dahulu," tegas Dr Mariah (gambar). Berhubung pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama katanya, jika Jais ada bukti dan melakukan pendakwaan PAS akan sokong dan bukan hanya cakap daripada laporan akhbar yang belum sahih. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja terkilan dengan laporan Utusan Malaysia yang sentiasa tidak tepat dan sering sensasikan berita untuk menarik pembeli.
"Tajuk UM sering menimbulkan kemarahan orang, kalau orang yang membeli dan membaca tidak tahu cerita sebenar mereka akan terpengaruh dengan maklumat tersebut," katanya.
Menurut beliau, isu Jais yang dibesar-besarkan adalah bertujuan politik untuk menggambarkan seolah-olah Islam itu sudah tercabar dan tergugat kedudukannya.
"Saya dapat maklumat NGO di Selangor lebih kurang 200 orang hadir dalam satu maklumat selepas Jais membuat pemeriksaan DUMC. Dalam taklimat itu mereka diminta menandatangani satu memo mengecam Menteri Besar Selangor," katanya.
Beliau menegaskan sudah tentu ada tangan di luar daripada proses yang sah untuk mempolitikkan isu Jais dan sudah terbukti bahawa Utusan Malaysia memainkan isu ini.
Al Mursyidul Am PAS
Berkenaan isu murtad kata beliau, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah membawa perkara itu dalam sidang Parlimen.
YB Sdr Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
Bagaimanapun tegasnya, kedua-dua cadangan itu tidak disokong oleh Umno dan itu menunjukkan bahawa PAS telah menengahkan isu murtad sejak dulu lagi.
|
Khairul Azlam Mohamad | ||||||||||
KUALA TERENGGANU, 15 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.
“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.
Turut sama ialah Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu. Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti. “Kami akan dedah maklumat-maklumat ini kepada beliau. Ini bergantung kepada Jais, jika esok dia hendak berjumpa kita dedah esok, hendak jumpa bila pun, insya Allah,” ujarnya. Sepatutnya, kata beliau pemimpin PAS mengadakan perjumpaan dengan Jais hari ini.
“Tetapi pihak Jais memberi jawapan tidak dapat lagi untuk bertemu kami atas nasihat daripada Tuanku Sultan Selangor berdasarkan surat jawapannya kerana penyiasatan Jais belum lagi selesai,” jelasnya.
|
Umno tidak berusaha banteras jenayah murtad |
Harakahdaily |
Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, isu yang cuba dibangkitkan adalah berkenaan pihak Pakatan Rakyat Selangor tidak berupaya untuk menjaga aqidah ummat Islam daripada dimurtadkan oleh pihak Kristian.
Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan
YB Abdul Shukor Idrus
“Beliau mengaitkan dengan tiadanya tindakan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di atas isu yang berlaku baru-baru ini semata-mata Pakatan Rakyat amat memerlukan undi orang Kristian,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, setelah 50 tahun lebih Umno BN memerintah Selangor dan kini setelah kehilangan kuasa barulah Umno BN sedar kerosakan yang telah mereka lakukan terhadap agama Islam yang menyebabkan ramai orang Islam yang susah terpaksa merempat, mengemis dan terpaksa menjual agama semata-mata untuk meneruskan kehidupan mereka. Menurutnya, Umno BN cuba untuk meraih kepentingan politik semata-mata daripada isu itu tanpa ada kesedaran untuk membanteras jenayah murtad daripada terus berleluasa. Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Abdul Shukur supaya tidak cuba untuk menjadi juara di dalam isu itu kerana Umno BNlah yang telah menggalakkan aktiviti-aktiviti yang menjauhkan Ummat Islam daripada pengamalan dan penghayatan agama Islam yang sebenarnya. “Penerapan budaya hiburan melampau yang menggalakkan pergaulan bebas, pengagungan terhadap budaya hedonism, menghentikan sumbangan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat, menamatkan riwayat tulisan jawi, pengharaman tazkirah di bulan Ramadhan, menyenarai hitam ulamak dan penceramah agama yang tidak selari dengan kerajaan, tragedi pemecatan almarhum Datuk Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor kerana mempertahankan Agama Islam adalah antara kezaliman dan penindasan Umno BN terhadap agama Islam yang telah termasuk di dalam lipatan sejarah yang tidak boleh disangkal oleh Abdul Shukur,” katanya. Beliau menambah, isu penukaran agama ummat Islam tidak akan timbul dalam masa setahun dua, pastinya ia telah berlaku awal sebelum daripada pemerintahan Pakatan Rakyat pada 2008 sepertimana yang telah disebut oleh Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria pada tahun 2007, telah terdapat hampir 250,000 orang Islam telah menukar agama mereaka. Selain itu, katanya Abdul Shukur perlu melawat Jabatan Pendaftaran Negara untuk melihat borang-borang penukaran agama ummat Islam yang cukup banyak sepanjang tempoh pemerintahan Umno BN sebelum daripada ini. Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor penuh yakin dan percaya Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil langkah pendekatan yang cermat dan terbaik di dalam menangani isu itu dan akan sentiasa menjaga kesucian dan kemurnian Agama Islam dan ummat Islam di dalam negeri Selangor daripada di jebak oleh proses Kristianisasi ataupun mana-mana agama sekalipun. Oleh itu, ujarnya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya Umno Selangor melakukan persediaan untuk menjawab penglibatan mereka dalam isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama di mahkamah daripada cuba untuk menjadi ‘hero’ kepada agama Islam. |
Umno hipokrit isu akidah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menasihat supaya masalah akidah jangan dikorbankan walaupun berlainan ideologi politik menunjukkan Umno hipokrit.
YAB Tan Sri Muhyidin Yassin - TPM
“Sebenarnya nasihat ini patut ditujukan kepada pemimpin Umno yang sedang mempolitikkan isu murtad kebetulan isu ini berlaku di negeri Pakatan Rakyat,” katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Jika berlaku di negeri yang ditadbir oleh Umno tentunya nada berlainan, katanya.
Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat
Katanya, jika satu isu itu menguntungkan, maka mereka seolah-olah bercakap mempertahankan Islam seolah-olah lanjutan pemerintahan khalifah al-Rasyidin.
Beliau bertanya, mana suara pemimpin Umno apabila Noraishah Bukhari di Johor, Hartina Kamarudin di Perak, Lina Joy di Wilayah Persekutuan yang murtad.
Nuraishah Bukhari - Johor
Hartina Kamarudin -Perak
Lina Joy - WP
Begitu juga dalam politik, katanya ketika bertemu dengan orang bukan Islam mereka menakutkan dasar Islam yang hendak diperjuangkan oleh PAS. Menurutnya, apabila bertemu dengan orang Islam, mereka mengatakan bahawa PAS sudah tidak berani menegakkan Islam kerana takut kepada DAP dan PKR. “Inilah contoh hipokrit pemimpin Umno ketika berkempen di dalam pilihan raya, Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri tidak menghalang kerajaan Melaka yang hendak membina Tugu 1Malaysia. “Bukankah fatwa mengatakan tidak boleh membina tugu?” soalnya. Katanya, kerajaan pimpinan Umno terus langgar juga fatwa tersebut. Menurutnya lagi, sikap pragmatis dan hipokrit pemimpin Umno terserlah lagi dalam isu larangan memasang bacaan al-Quran melalui pembesar suara sebelum Subuh yang diarah oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang. Maka, ujarnya bangkitlah pemimpin Umno menunjukkan kejahilan mereka menentang secara membuta tuli dengan menuduh itu satu lagi penghakisan syiar Islam di bawah pemerintahan Lim Guan Eng.
YAB Tuan Lim Guan Eng - KM Pulau Pinang
Pada hal, tambahnya isu itu tidak ada kaitan langsung dengan Pejabat Ketua Menteri. Begitupun, katanya pemimpin Umno menikus apabila kerajaan Perlis di bawah pemerintahan Umno bersetuju dengan arahan Jabatan Mufti Pulau Pinang. “Kenapa pemimpin Umno tidak mengamuk kepada kerajaan Perlis?” soalnya lagi. Jawapannya, kata beliau mudah kerana itu negeri Umno dan jika Umno buat semua kebal. Beliau bertanya lagi, mana suara pemimpin Umno ketika seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA dari Pantai Hill Park tidak berpuas hati dengan berkumandangnya azan di Masjid Al-Khadijah, Kampung Pantai Dalam. “ Suasananya tentu berlainan jika yang melakukan ini ahli DAP. Pemimpin Umno tidak tahu mana sunat dan mana haram,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5108-umno-hipokrit-isu-akidah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5990-akta-murtad-mujurnya-kalau-umno-sokong
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6115-semarak-kuliah-pengajian-berteras-aqidah-islam
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6116-pas-konsisten-selamatkan-akidah-umat-islam
Akta Murtad, mujurnya kalau Umno sokong! |
Mohd. Nasir Awang |
Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad. Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad. Ahli Parlimen PAS dari Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ketika itu sebagai Timbalan Presiden PAS telah memohon membawa usul yang dinamakan Rang Undang-Undang Persendirian (Murtad) di Dewan Rakyat. Malangnya, usaha sebegitu baik gagal disempurnakan. Ia ditolak sedari awal dan tidak diberi laluan untuk dibahaskan. Punca utama ialah apabila ia tidak mendapat sokongan daripada walau seorang pun menteri, khususnya menteri dari Umno yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sedangkan menurut aturan dan peraturan diterimapakai Parlimen, sesuatu rang undang-undang yang hendak diterima untuk dibahaskan mestilah dikemukakan oleh seorang menteri dan disokong oleh seorang menteri lain. Kes itu membuktikan betapa Umno sanggup mengenepikan kepentingan agama semata-mata demi menjaga imej dan maruah politiknya. Ia tidak bersedia untuk menerimapakai sebarang idea dan cadangan pihak pembangkang, lebih-lebih lagi sekiranya ia datang daripada PAS yang disifatkan sebagai ‘musuh tradisi’nya dalam meraih sokongan masyarakat Melayu-Islam. Keegoan politik itu telah menyebabkan Umno buta mata hati dan gagal membuat pertimbangan yang sewajarnya, walau pun apa yang dikemukakan PAS itu membabitkan soal menjaga kesucian aqidah dan kepercayaan umat Islam. Sebab itu jika ada pemimpin Umno mendakwa mereka memperjuangkan kedaulatan Islam, rakyat jangan sesekali percaya. Malah jika dalam keadaan tertentu apabila dilihat mampu meraih markah politik, kerap juga pemimpin Umno mengatakan mereka tidak mementingkan soal fahaman politik. Lebih-lebih lagi apabila keadaan memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak, Umno akan cuba melupakan rakyat tentang sikap dan pendiriannya selama ini yang amat berpilih kasih dalam melayan pihak yang tidak sealiran dengannya. Seruan agar tidak mengutamakan sentimen atau fahaman politik hanya dikumandangkan Umno sebagai usaha mewujudkan persepsi kononnya parti lawan yang berperangai sedemikian. Sedangkan yang sebenarnya paling kuat beramal dengan sikap dan pendirian tidak demokratik itu adalah tidak lain daripada Umno sendiri. Hari ini wajah dan suara hipokrasi itu menjelma semula di celah-celah kehangatan perbahasan mengenai isu murtad. Kesedaran masyarakat umum mengenai bahaya gejala kemurtadan umat Islam diulangsuara pelbagai pihak. Media-media arus perdana yang diketahui menjadi talibarut Umno juga tidak melepaskan peluang. Ia bukan setakat menyuarakan sokongan terhadap harapan dan desakan khalayak yang cintakan kesucian agama Islam, malah secara terancang cuba menggambarkan betapa kerajaan dipimpin Umno juga mendukung hasrat serupa. Justeru, suara-suara agar umat Islam bersatu mempertahankan kesucian aqidah dan mendepani pihak-pihak yang cuba menceroboh kepercayaan mereka kembali berkumandang. Sepertimana lazimnya, ia turut diiringi desakan dan cabaran keras kepada para pemimpin politik agar mengenepikan sentimen kepartian dan mengutamakan kepentingan agama. Bahawa dalam menangani isu sebesar dan sepenting gejala murtad ini, para pemimpin Islam tidak sepatutnya terus bertelagah. Sebaliknya, mereka diseru meninggalkan perbalahan politik buat seketika untuk sama-sama mendukung agenda menyelamatkan agama. Oleh kerana suara itu datang daripada pihak-pihak yang ada kecenderungan sangat jelas kepada parti pemerintah, walau atas apa jua nama pertubuhan yang mereka wakili, maka ia turut diiringi persepsi bahawa pihak yang paling dimaksudkan dalam seruan itu ialah para pemimpin politik beragama Islam dari pihak pembangkang. Kononnya yang paling kuat berpegang kepada sentimen parti ialah pemimpin dan pengikut pembangkang. Sedangkan yang terbukti tidak simpatetik terhadap perjuangan pihak ketiga mempertahankan Islam selama ini ialah parti yang menunjangi pemerintahan negara ini sendiri. Masakan tidak jika pengalaman lepas diambil kira. Usah disebut soal kelemahan pentadbiran agama yang acapkali dipertuturkan masyarakat. Tidak payah diperkatakan soal kegagalan kerajaan mengurustadbir wang zakat yang sebegitu banyak untuk menjamin kebajikan golongan kurang berkemampuan sebagai usaha membentengi mereka daripada dakyah agama lain. Keadaan yang berlaku malah jauh lebih mendukacitakan. Umno bukan sahaja tidak bersedia mengakui kelemahan dan ketidakupayaannya menjaga kedaulatan Islam menerusi kuasa dimilikinya dalam pemerintahan, ia malah tidak bersedia memberi laluan kepada penambahbaikan pentadbiran agama. Ambil saja contoh bagaimana Umno menolak mentah-mentah sebarang usaha menggubal undang-undang berkaitan murtad tadi, hanya semata-mata kerana ia dikemukakan pemimpin pembangkang. Usaha serupa bukan sekali, bukan dua kali dilakukan PAS. Tuan Guru Abdul Hadi mengulangi cubaan serupa pada penghujung 1999 setelah gagal lebih enam tahun sebelumnya. Malangnya cubaan beliau kali kedua itu juga tidak diberikan layanan lebih baik. Ia kemudiannya diikuti Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub pada 2006. Ketika itu perbahasan isu murtad sangat hangat, terutama apabila ia dikaitkan dengan kebebasan beragama diperuntukkan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan. Usaha-usaha pihak tertentu mewujudkan justifikasi tindakan mereka mengembangkan agama mereka di kalangan umat Islam, beserta beberapa kes melibatkan wanita Islam menukar agama secara terbuka kepada agama lain, meletakkan negara dalam polemik agama agak panas ketika itu. Ada konvensyen dianjurkan pihak berkuasa agama negara khusus membincangkan tajuk kebebasan beragama dan isu murtad. Para ilmuan Islam dan ahli akademik masing-masing membentangkan kebimbangan mengenai isu diperbahaskan. Para mufti turut bersuara agar diwujudkan undang-undang menangani gejala merosakkan aqidah umat Islam itu. Pada tahun itu juga Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) ditubuhkan. Di tahun sama, Himpunan Sejuta Umat Islam Mempertahankan Aqidah dan Kesucian Islam dilangsungkan. Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menjadi lokasi himpunan itu menyaksikan kehadiran amat membanggakan. Suasana sebegitu tegang dengan kemarahan umat Islam berada di kemuncak ketika itu sepatutnya sudah lebih dari cukup untuk negara kita menghasilkan suatu undang-undang menjamin aqidah umat Islam. Sepatutnya segala desakan para ulama, mufti, pertubuhan bukan kerajaan berkepentingan Islam dan khalayak umum agar kerajaan berbuat sesuatu bagi membendung gejala itu berterusan sudah memadai untuk kita melihat wujudnya kini undang-undang dimaksudkan itu. Namun segala harapan itu bagikan fatamorgana. Dari jauh ia dilihat amat meyakinkan, tetapi apabila tiba semakin hampir kepada realiti, ia sebenarnya hanyalah khayalan. Kini isu murtad kembali mendapat perhatian umum. Himpunan Sejuta Umat Islam juga bakal diadakan buat kali kedua. Sepertimana siri pertama, ia juga dilaungkan sebagai himpunan tanpa sentimen politik. Ia untuk semua jiwa dan insan beragama Islam. Ia semata-mata di atas agenda mempertahankan aqidah dan melawan pencerobohan kepercayaan umat Islam. Betul, ia tidak perlu melibatkan politik untuk memaut sokongan dan kehadiran semua pihak. Namun apakah kita hanya mahu kehadiran yang ramai sebagai penghujung agenda perjuangan? Apakah kita tidak mahu mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu, bahawa sebarang usaha sebegitu keras tidak akan mencapai hasil maksud tanpa campurtangan politik? Di atas permis ia perhimpunan tanpa sentimen politik, himpunan itu nanti mungkin boleh memaut kehadiran yang besar. Tetapi tempik sorak, laungan takbir menyerakkan anak tekak dan gulungan resolusi menyendatkan fail tidak membuahkan hasil maksud apabila ia sewenang-wenangnya ditolak atau disepikan begitu sahaja oleh penguasa politik. Pengalaman lalu sepatutnya mengajar umat Islam negara ini bahawa hanya dengan dokongan politik sesuatu usaha itu mudah direalisasikan. Untuk itu rakyat yang cintakan kesucian aqidah dan sayangkan kedaulatan Islam perlu tahu kepada siapa wajar mereka serahkan sokongan dan kuasa pemerintahan. Begitu juga, setiap jiwa yang lantang memperjuangkan wujudnya undnag-undang berkaitan murtad ini, terutama dari kalangan penyokong tegar Umno seharusnya berhenti daripada terus memberikan kepercayaan kepada parti itu. Akuilah hakikat bahawa Umno bukannya pihak terbaik untuk diharap menyelesaikan permasalahan dihadapi umat Islam. Bahkan, mengambilkira pengalaman lalu, rasanya para pemimpin Umno pun tersangat malu untuk menyokong sebarang usaha mewujudkan akta berkenaan. Jika tidak kerana keegoan politiknya yang terlampau mengutamakan sentiment kepartian, sudah lama akta tersebut menjadi realiti. Justeru, mujur benarlah jika kali ini pemimpin Umno menyokong wujudnya undang-undang murtad! |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5990-akta-murtad-mujurnya-kalau-umno-sokong
Semarak kuliah pengajian berteras aqidah Islam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) amat prihatin dalam soal mempertahankan aqidah serta kesucian agama Islam. Dasar untuk berpegang teguh kepada aqidah Islam adalah jelas seperti yang termaktub dalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud: “dan bahawa Sesungguhnya Inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.” “Oleh yang demikian, PUM adalah sangat bertegas dalam isu-isu yang berkaitan dengan aqidah, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mempertahan serta memperkukuhkan aqidah umat berpandukan kepada kekuatan serta bidang kuasa yang ada,” ujar Pengerusi Lajnah Perhubungan Antarabangsa PUM, Ustaz Nik Muhd Nik Marzuki Muhd Nor kepada Harakahdaily. Dalam mendepani isu aqidah umat, katanya PUM berpandangan salah satu aspek penting yang perlu diberikan perhatian berat adalah soal kefahaman umat Islam tentang manhaj serta prinsip aqidah Islam yang sebenar. Pada hemat PUM, tambahnya kegoyahan pegangan aqidah umat Islam adalah kesan langsung daripada kegagalan umat Islam untuk memahami prinsip serta manhaj aqidah dalam Islam. Oleh yang demikian, ujarnya berpegang kepada prinsip keilmuan yang akan tunjang kepada penghayatan umat, PUM berpandangan adalah menjadi komitmen kepada para ulamak dan agamawan untuk turun ke lapangan umat memberikan kefahaman berkaitan ilmu-ilmu aqidah Islam. Katanya, platform-platform ilmu seperti institusi sekolah, masjid, surau, madrasah, pusat pengajian tinggi, jabatan serta agensi awam dan swasta perlu disemarakkan dengan kuliah pengajian yang berteraskan aqidah Islam. Sesungguhnya, ujar beliau legasi-legasi keilmuan berkaitan aqidah perlulah ditebarkan seluasnya kepada umat tidak kira sama ada kepada kelompok kanak-kanak, remaja dan dewasa. “PUM amat percaya dengan kefahaman berteraskan ilmu adalah tapak asas kepada penghayatan aqidah yang kukuh serta mampu menjadi benteng ampuh bagi menghadapi apa jua cabaran termasuk dakyah-dakyah yang sengaja dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. Menurutnya, dengan ilmu dan iman yang mantap, umat Islam pasti tidak akan mengorbankan aqidah suci yang diimaninya. Beliau menambah, memang sudah menjadi tradisi para ulamak serta agamawan termasuk PUM yang sentiasa menjadikan platform ilmu sebagai wasilah untuk memperkukuhkan kefahaman aqidah umat. “Sesungguhnya kita mempunyai banyak mekanisme untuk memperkukuhkan aqidah umat Islam dalam konteks Malaysia,” katanya. Sehubungan itu, katanya adalah amat penting kepada semua pihak untuk berlapang dada serta menghormati usaha-usaha untuk memperteguhkan aqidah umat selagimana usaha tersebut diiktiraf syarak dan menjunjung tinggi prinsip maqasid al-syariah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6115-semarak-kuliah-pengajian-berteras-aqidah-islam
PAS konsisten selamatkan akidah umat Islam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Okt: PAS istiqamah untuk membersihkan dan mempertahankan akidah kerana ia adalah dasar perjuangannya sejak 1951. Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, dasar Islam di dalam Perlembagaan PAS fasa 3 tidak pernah diubah walaupun kepimpinannya bertukar, sama ada dalam suasana menang atau kalah. “Malahan penubuhan PAS, apabila sekelompok ulamak di dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan sikap Umno mengenai isu Natrah pada tahun 1950,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Jelasnya, sejarah perjuangan PAS untuk mempertahankan akidah di negara ini terpaksa membayar harga yang begitu mahal. Katanya, sewaktu PAS mempertahankan akidah umat, Umno bukan sahaja tidak membantu malahan memfitnah PAS sehingga pemimpinnya ditangkap ISA. Beliau berkata, antara jasa PAS kepada umat ialah memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai batas-batas iman dan kufur sehingga masyarakat tidak berani menghina hukum Islam. Di samping itu, ujarnya tidak ada lagi masyarakat yang menghina Islam seperti hukum Islam hanya sesuai di zaman unta, jika laksanakan hukum Islam boleh membawa huru hara. PAS juga, katanya telah menekankan pendidikan akidah kepada ummah di negara ini melalui kuliah-kuliah dan ceramah umum. “PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad. Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis,” katanya. Selain itu, ujarnya lagi, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy, Hartina Kamarudin, maka PAS ke depan melawan isu gejala murtad pada ketika itu. “Di manakah Umno dan NGO Umno?” soalnya. Beliau menambah, penyokong PAS mengadakan demo membantah seminar untuk membenarkan orang Islam murtad di Pulau Pinang dan Johor tetapi malangnya seorang menteri Umno mengatakan itu tindakan bodoh. Ini semua, katanya membuktikan bahawa PAS konsisten untuk menyelamatkan akidah ia bukan agenda bermusim. “Kita harap Umno berubah sikap selepas ini terhadap Islam dan hukum Islam. Perlu diingat bahawa murtad bukan sahaja menukar agama, tetapi juga boleh berlaku jika menghina hukum Allah,” jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6116-pas-konsisten-selamatkan-akidah-umat-islam
Nasionalis punca murtad – Nik Aziz |
Nazri Abdullah | ||||
KUALA LUMPUR, 25 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah akibat tidak melaksanakan pemerintahan Islam. Menurutnya, dengan mengambil fahaman nasionalis, menyebabkan manusia akan merasa lekeh kepada Islam dan akan mengagung-agungkan fahaman kebangsaan. "Di Malaysia ni punca murtad adalah kerana nasionalis. Golongan nasionalis ini buat manusia rasa lekeh kepada Islam kerana mereka tolak Islam ambik kebangsaan. "Daripada rasa lekeh ini lah timbul masalah menggelongsor luruh daripada Islam. Ini kita panggil murtad," katanya kepada Harakahdaily. Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS adalah parti pertama di negara ini yang memperjuangkan Islam. Jika ada pihak yang mendakwa PAS tidak berusaha menentang murtad, beliau berkata tomahan itu salah kerana penubuhan PAS itu sendiri mahu mempertahankan Islam. "PAS orang pertama mempertahan Islam. "Bila Islam itu diperjuangkan maka segala perkara membawa manusia kepada Islam kita akan gunakan dan segala perkara yang memberi mudarat kepada Islam, PAS akan tentang," katanya lagi. Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan golongan pendakwah di negara ini agar jangan hanya melihat tugas dakwah sekadar menyeru masyarakat memakai serban dan jubah, malah lebih penting katanya adalah menegakkan pemerintahan Islam secara keseluruhan. "Sekarang ini golongan pendakwah banyak, tetapi mereka berkisar hanya pada pakai seban sunnah nabi, berjanggut sunnah nabi dan berjubah sunnah nabi. "Kita tinggal perkara paling penting sekali iaitu memerintah dengan Islam yang juga sunnah nabi. Ekonomi cara Islam, budaya cara Islam, sosial cara Islam dan politik cara Islam," katanya. Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Tarbiah PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata PAS konsisten memperjuangkan isu murtad sejak dahulu lagi. Katanya, sejak 1990, sudah tiga kali PAS membawa undang-undang persendirian mengawal murtad di parlimen. Bagaimanapun usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet itu tidak diangkat sehingga sidang parlimen habis. Selain itu, ketika isu murtad Noraishah Bukhari, Lina Joy dan Hartina Kamarudin, PAS adalah parti paling hadapan melawan isu itu pada ketika itu bukannya Umno atau mana-mana NGO. [Lihat VIDEO]
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/6199-murtad-ke-mana-arah-sasarannya |
Cegah murtad: Mantapkan aqidah, bukan himpunan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS secara konsisten berpendirian bahawa kaedah mencegah murtad adalah dengan cara memantapkan aqidah umat Islam itu sendiri seperti konsep yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Rasulullah S.A.W. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pendekatan hujah dengan ilmu dan perlaksanaan syariat yang tegas dan adil serta menghukum penganut Islam dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan adalah kaedah lebih lunak mencegah gejala tersebut. "PAS memilih uslub menyampaikan mesej Islam dengan konsep yang ditunjukkan oleh Al Quran dan Rasulullah S.A.W. dengan cara memantapkan aqidah umat Islam sendiri secara istiqamah yang menghalang murtad dengan ilmu dan syariat yang tegas dan adil, menghukum penganut Islam, dan menyampaikan dakwah kepada pihak lain tanpa paksaan dengan uslub hiwar antara agama dan tamadun, serta berhujah dengan ilmu dan amal Islam yang adil dan sempurna," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian dipercayai sebagai mengulas pendekatan pihak tertentu yang menganjurkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru-baru ini bagi membantah usaha kristianisasi umat Islam. Bagi PAS, kata Tuan Guru Abdul Hadi, pendekatan berhimpun tersebut ibarat "cuba menangkap segelintir pencuri yang ada bersama dalam himpunan tersebut". Selain itu beliau mempersoal, jika perhimpunan itu satu bantahan, kepada siapa ianya dituju, dan apakah kesannya. "Satu himpunan besar dikerah bagi menangani gejala murtad yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia. Kepada siapa ditujukan sekiranya ia adalah bantahan? Apakah pendekatan dan uslub yang akan diambil?," soalnya. "PAS tidak bersedia bangkit laksana keluar beramai-ramai untuk menangkap hanya segelintir pencuri yang berjaya melepaskan diri, dengan cara pencuri berada sama dikalangan orang ramai yang memburunya, sama-sama meneriakkan : Pencuri! Pencuri! Akhirnya pencuri hilang bersama suara laungan yang berkumandang," katanya lagi. 22 Oktober lalu, beberapa NGO Islam mengadakan Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam atas menyelamatkan aqidah umat Islam. PAS bagaimanapun mengambil sikap tidak terlibat dengan himpunan itu ekoran menghormati penganjur yang tidak mahu melibatkan penyertaan parti politik. [Baca tulisan penuh] |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6203-cegah-murtad-mantapkan-aqidah-bukan-himpunan
Klip video hina hudud dedah sikap hipokrit Umno |
Harakahdaily |
PARIT BUNTAR, 13 Dis: Drs Khalil Idham Lim mempersoalkan mengapa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terus membisu terhadap video yang berjudul 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' itu secara jelas mengelirukan umat Islam di Malaysia yang telah disebar luas di laman Facebook dan Youtube baru-baru ini. “Kita tidak boleh nafikan bahawa sejak akhir-akhir ini media boleh direka dalam pelbagai bentuk dan corak kerana perkembangan teknologi yang pesat, tetapi seharusnya tidak boleh sehingga menghina agama lebih-lebih lagi Islam itu sendiri. “Kita amat khuatir terhadap perkembangan sebegini memandangkan para pelakonnya terdiri dari orang Islam dan ada di antaranya berlakon yang sebagai agamawan di samping penggunaan kamera beresolusi tinggi yang sudah pastinya mahal harganya,” ujar Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak itu. Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, klip video itu juga mempunyai unsur yang boleh mencetuskan salah faham serta penghinaan terhadap hukum Islam. Katanya, kesucian agama Islam boleh tercemar selagi menteri yang bertanggungjawab terus membisu terhadap isu itu, seharusnya menteri terbabit memberi respons segera. Tambahnya, amat dikesali apabila ulasan dan tindakan terpilih dilakukan bila menggugat kuasa dan kedudukan BN dan Umno sedangkan sekiranya tidak merugikan, dibiarkan dan semacam digalakkan. “Rakyat juga masih ingat mengenai respons Rais Yatim terhadap video klip Undilah walaupun pada hakikatnya video tersebut amat bermanfaat untuk rakyat. “Beliau (Rais Yatim) pernah berkata bahawa klip video Undilah tidak sesuai ditayangkan kerana ia mengandungi babak yang tidak disenangi segolongan masyarakat,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini. Rais Yatim juga, ujar beliau sepatutnya perlu sedar bahawa klip video 'Musim Hudud Pas' dan 'Lagi Hudud PAS' juga amat mengelirukan. Ini, katanya kerana soal amalan syariah yang termaktub dalam Al-Quran, ia tidak boleh dipaparkan melalui video melalui cara yang salah tetapi perlu merujuk dahulu dengan agamawan. “Saya memandang isu ini amat berat, Umno BN nampaknya redha dengan perkara ini. Ianya juga mededahkan sikap hipokrit yang sebenar dalam keadaan Umno meluangkan slogan kononnya membela Islam,” katanya. Terbaru, ujarnya didapati berdasarkan pendedahan seorang blogger menjelaskan bahawa admin blog Sembang Rakyat yang bertanggungjawab memuat naik video itu ke internet menunjukkan bahawa individu tersebut adalah orang Umno. Jelasnya, Umno pada hakikatnya adalah penaja perosak kemuliaan Islam dengan membiaya kerja-kerja jahat sebegitu,rakyat sudah muak dengan mereka dan perlu ditolak pada PRU13 demi agama dan kestabilan negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7019-klip-video-hina-hudud-dedah-sikap-hipokrit-umno
Pemuda PAS bantah pindah kes murtad ke mahkamah sivil |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pemuda PAS membantah keras kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu membawa kesemua kes murtad ke mahkamah sivil dan bukan lagi Mahkamah Syariah seperti sebelum ini. Ini berdasarkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara. Media melaporkan, kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil. “Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam. “Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujar Jamil Khir selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin. "Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa terkejut kerana kerajaan membuat keputusan ini tanpa melihat kepada kesan kes ini terhadap umat Islam di negara ini serta merujuk kepada nasihat para ulama’ terlebih dahulu. "Sepatutnya kes seperti ini dirujuk dahulu dengan semua pihak supaya tidak menimbulkan pertikaian dan bantahan di kemudian hari," kata Exco Dewan Pemuda PAS, Mohamad Firdaus Jaffar (gambar atas) dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau yang juga anggota Parlimen Jerai berkata, DPP Malaysia melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai isu ini amat merbahaya dan merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam. "DPP Malaysia mempersoalkan, jika ianya dilaksanakan nanti, bagaimanakah mahkamah sivil boleh memutuskan sesuatu hukuman yang berkait dengan syariat Islam sedangkan mahkamah sivil tiada kuasa memutuskan hal-hal yang berkait dengan undang-undang Islam? "DPP Malaysia khuatir apakah hukuman kepada pesalah murtad nanti akan berdasarkan kepada hukuman Islam atau sebaliknya. "Kalau demikian, apakah bidang kuasa mahkamah syariah sekiranya kes murtad juga akan dibicarakan di mahkamah sivil?" katanya. DPP Malaysia berpandangan, kesan daripada keputusan ini adalah kuasa mahkamah syariah semakin mengecil dan kurang berperanan. Mahkamah syariah hanya untuk mengendalikan kes-kes kecil seperti nikah, talak, harta pusaka dan lain-lain. Manakala kes-kes besar seperti murtad, jenayah, dan lain-lain pula dirujuk kepada mahkamah sivil yang mempunyai peranan yang besar, katanya. "Inilah sistem sekularisma yang masih diamalkan dinegara ini selama ini yang memisahkan antara perundangan menurut Islam dengan bukan Islam. "Selain itu, hukuman terhadap pesalah murtad juga akan dipandang ringan, malah boleh dicabar oleh mereka yang bukan Islam," tegas beliau. Apa yang amat dibimbangkan, katanya, adalah hukuman murtad boleh dipermain-mainkan oleh sesetengah pihak sehingga merendahkan kesucian Islam. Oleh itu, DPP Malaysia mendesak supaya Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik semula usaha membawa undang-undang murtad ke mahkamah sivil. "Beliau perlu ingat bahawa undang-undang pencegahan murtad seperti yang terkandung di dalam perundangan Islam yang sebenar adalah hukuman yang datangnya dari Allah SWT, bukan direka-reka oleh sesiapa pun. "Mengubah hukum Islam yang terkandung didalam Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW, adalah suatu dosa yang besar dan boleh menyebabkan akidah seseorang itu tergelincir," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7257-pemuda-pas-bantah-pindah-kes-murtad-ke-mahkamah-sivil
Dasar sekular kerajaan punca gejala murtad
Harakahdaily, | 30 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 30 Jan: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pusat Mengenai Murtad seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku di kalangan umat Islam perlu segera dibendung terutama ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan telah menjadi punca utama gejala ini semakin parah,” kata presidennnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan itu perlu memberi perhatian serius kepada punca murtad berlaku.
Menurutnya, murtad tidak boleh hanya dilihat dari sudut undang-undang semata-mata tetapi juga harus ditangani dari pelbagai faktor lain iaitu sosio-budaya, pendidikan dan ekonomi masyarakat.
Katanya, kebiasaannya mereka yang menjadi mangsa murtad ialah apabila mereka didekati oleh pihak lain yang sememangnya mempunyai hasrat untuk mempengaruhi agar mangsa dimurtadkan.
Tambahnya, kini sudah ujud kes murtad golongan remaja hanya kjerana terpengaruh dengan perhubungan dalam facebook.
Menurutnya lagi, gejala perhubungan diluar pengetahuan ibubapa dan guru telah mendedahkan remaja kepada penukaran agama tanpa diketahui oleh sesiapapun.
“Kami sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad tetapi terus berpura-pura masih Islam,”katanya kpada Harakahdaily.
Beliau berkata, kes ibu bapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius.
Kami memandang serius gejala murtad yang berkembang dikalangan anak muda akibat masalah keluarga yang tidak dapat dikendali dengan baik.
Justeru, ujarnya, Teras juga berpendapat adalah sangat penting jawatankuasa itu membantu negeri-negeri sama ada negeri yang sudah ada enakmen mengenai larangan menyebar agama lain dari Islam kepada orang Islam atau negeri yang masih belum ada enakmen berkenaan.
Katanya, kerjasama bersepadu dengan semua agensi hendaklah dilakukan jika jawatankuasa ini serius untuk mengatasi gejala murtad.
Menrurutnya, isu penguatkuasaan undang-undang perlu diatasi segera kerana ia akan memberi imej kepada wibawa pihak berkuasa agama.
Ujarnya, jika enakmen yang ada tidak dikuatkuasa walaupun sudah terbukti pihak yang terbabitbersalah maka enakmen dan agensi yang wujud akan menjadi momokan masyarakat.
Jawantankuasa tersebut juga, ujarnya perlu memberi perhatian kepada mengkaji dan menyemak semua enakmen mengenai murtad yang ada di negeri-negeri.
Ini, katanya adalah kerana ada negeri yang maseh mempunyai kelonggoran dalam isu murtad sehingga pihak yang mahu memohon menukar nama dan agama dari Islam kepada bukan Islam boleh berbuat demikian di negeri tersebut.
“Kami juga sangat prihatin terhadap pelbagai kes taraf keislaman anak-anak bila salah seorang pasangan suami isteri memeluk Islam,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, kes suami atau isteri yang memohon untuk membatalkan pengislaman anak di mahkamah sivil akan membawa implikasi besar kepada status undang-undang Islam yang diputuskan di Mahkamah Syariah.
“Teras menggesa supaya Jawatankuasa ini juga memberi perhatian kepada pelbagai persoalan kebajikan mualaf yang masih belum diatasi dengan sempurna terutama dari sudut undang-undang,” ujarnya.
Sumber HD : 30/01/2012
“Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku di kalangan umat Islam perlu segera dibendung terutama ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan telah menjadi punca utama gejala ini semakin parah,” kata presidennnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan itu perlu memberi perhatian serius kepada punca murtad berlaku.
Menurutnya, murtad tidak boleh hanya dilihat dari sudut undang-undang semata-mata tetapi juga harus ditangani dari pelbagai faktor lain iaitu sosio-budaya, pendidikan dan ekonomi masyarakat.
Katanya, kebiasaannya mereka yang menjadi mangsa murtad ialah apabila mereka didekati oleh pihak lain yang sememangnya mempunyai hasrat untuk mempengaruhi agar mangsa dimurtadkan.
Tambahnya, kini sudah ujud kes murtad golongan remaja hanya kjerana terpengaruh dengan perhubungan dalam facebook.
Menurutnya lagi, gejala perhubungan diluar pengetahuan ibubapa dan guru telah mendedahkan remaja kepada penukaran agama tanpa diketahui oleh sesiapapun.
“Kami sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad tetapi terus berpura-pura masih Islam,”katanya kpada Harakahdaily.
Beliau berkata, kes ibu bapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius.
Kami memandang serius gejala murtad yang berkembang dikalangan anak muda akibat masalah keluarga yang tidak dapat dikendali dengan baik.
Justeru, ujarnya, Teras juga berpendapat adalah sangat penting jawatankuasa itu membantu negeri-negeri sama ada negeri yang sudah ada enakmen mengenai larangan menyebar agama lain dari Islam kepada orang Islam atau negeri yang masih belum ada enakmen berkenaan.
Katanya, kerjasama bersepadu dengan semua agensi hendaklah dilakukan jika jawatankuasa ini serius untuk mengatasi gejala murtad.
Menrurutnya, isu penguatkuasaan undang-undang perlu diatasi segera kerana ia akan memberi imej kepada wibawa pihak berkuasa agama.
Ujarnya, jika enakmen yang ada tidak dikuatkuasa walaupun sudah terbukti pihak yang terbabitbersalah maka enakmen dan agensi yang wujud akan menjadi momokan masyarakat.
Jawantankuasa tersebut juga, ujarnya perlu memberi perhatian kepada mengkaji dan menyemak semua enakmen mengenai murtad yang ada di negeri-negeri.
Ini, katanya adalah kerana ada negeri yang maseh mempunyai kelonggoran dalam isu murtad sehingga pihak yang mahu memohon menukar nama dan agama dari Islam kepada bukan Islam boleh berbuat demikian di negeri tersebut.
“Kami juga sangat prihatin terhadap pelbagai kes taraf keislaman anak-anak bila salah seorang pasangan suami isteri memeluk Islam,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, kes suami atau isteri yang memohon untuk membatalkan pengislaman anak di mahkamah sivil akan membawa implikasi besar kepada status undang-undang Islam yang diputuskan di Mahkamah Syariah.
“Teras menggesa supaya Jawatankuasa ini juga memberi perhatian kepada pelbagai persoalan kebajikan mualaf yang masih belum diatasi dengan sempurna terutama dari sudut undang-undang,” ujarnya.
Sumber HD : 30/01/2012
No comments:
Post a Comment