Lynas: Kenyataan Dr Che Rusli, Dr Ahmad Termizi di TV3 |
Zulkefly Mohamad Omar |
Saya Saudara Zulkefly Mohamad Omar, AJK PAS Pusat Merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat ingin memberi kenyataan berhubung kait kenyataan Dr Che Rusli Che Mat dan Prof Ahmad Termizi di TV3 semalam dalam Buletin Utama TV3.
YB Dr Che Rosli Che Mat - AP Hulu Langat
Sehubungan dengan saya telah mengamati kenyataan kedua-dua tokoh tersebut dan sama sekali tidak berhasrat untuk mempertikaikan kaliber mereka sebagai Pakar Saintis Nuklear. Apa yang saya utarakan bahawa beberapa pandangan yang berbeza boleh dianggap sebagai medan untuk saya perjelaskan tentang Pendirian Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat dan Badar (Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery) berkaitan Isu Kilang Rare Earth Refinery yang akan beroperasi Gebeng, Kuantan.
Pendedahan mereka yang dipetik dari TV3 berkenaan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS adalah Loji Nuklear disangkal PAS. PAS tidak pernah mengakui bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu adalah Loji Nuklear, malah nama badan yang berjuang untuk menentang LYNAS itu adalah Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR) di mana pekataan ‘refinery’ itu sendiri merujuk kepada KILANG.
Prof Dr Ahmad Termizi Ramli
Memetik kenyataan Prof.Dr.Ahmad Termizi bahawa risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara dan risiko itu mesti berpadanan dengan manfaat jelas merupakan satu kenyataan yang tidak berasas malah dilihat seolah-olah cuba memperjudikan nasib penduduk setempat khususnya penduduk di sekitar Balok Kuantan di atas nama kemajuan teknologi dan ekonomi.
Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik LYNAS di Gebeng Kuantan, ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya.
Kami tahu banyak air sisa yang dikatakan ‘telah dirawat’ akan dilepaskan ke Sungai Balok yang diketahui umum sudah tercemar pada tahap 2 dan 3. Malah sehingga hari ini, penduduk setempat masih tidak dilibatkan di dalam menilai perancangan pengurusan sisa buangan milik LYNAS itu. Risiko dari Kilang LAMP milik LYNAS adalah sesuatu risiko yang tidak boleh dikompromi walaupun jika ada manfaatnya dari aspek ekonomi walaupun PAS ragu-ragu dengan manfaat ekonomi yang dimaksudkan. Pelepasan cukai perolehan selama 12 tahun kepada LYNAS adalah satu tindakan yang tidak menguntungkan Negara. Risiko itu tidak boleh dikompromi dengan manfaat kerana pencemaran sisa radioaktif kepada alam sekitar tidak mampu dipulihkan dalam tempoh yang singkat malah dikenalpasti akan kekal sehingga tempoh yang lama iaitu puluhan tahun lamanya. Malah ancaman kepada kesihatan juga boleh berlaku seperti penyakit kanser dan lieukemia jika terdapat kebocoran dan kegagalan fungsi peralatan yang sedia ada sehingga menyebabkan pendedahan bahan-bahan beradioaktif kepada penduduk setempat. Laporan keretakan tangki simpanan serta spesifikasi yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti yang dipaparkan oleh New York Times (NYT) mengukuhkan lagi ketidakyakinan penduduk setempat kepada jaminan keselamatan yang acap kali diwawarkan oleh agensi yang berkenaan termasuk pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN). PAS sekali lagi menegaskan tahap dos sinaran yang dimaksudkan Prof Dr Ahmad Termizi hanyalah satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan rakyat. Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana membangkitkan kegusaran mereka terhadap aspek-aspek keselamatan termasuk potensi ancaman dari kilang LAMP milik LYNAS itu. Lebih-lebih lagi penglibatan pihak awam tidak dialu-alukan dari peringkat awal malah kelemahan aspek ini diakui oleh wakil MITI tempoh hari. Lebih-lebih lagi Kajian Alam Sekitar (PEIA) jelas tidak melibatkan pihak awam ketika itu walaupun Kajian Terperinci Alam Sekitar (DEIA) boleh digunapakai seolah-olah potensi pelbagai ancaman yang tidak sahaja terhad kepada pancaran radiasi tidak menjadi satu kepentingan dan keutamaan kepada penduduk setempat. Apakah risiko itu boleh dipadankan dengan manfaatnya? PAS menyangkal kenyataan ini apabila ia melibatkan industri yang berisiko tinggi seperti ini. Insiden dari loji nuklear Fukushima boleh dirasai oleh beberapa Negara yang beribu-ribu batu jauhnya. Tetapi kesan ini tidak dirujuk sebagai kesan radiasi sahaja tetapi lebih dirujuk kepada potensi penyebaran radioactive particles atau ‘serbuk/habuk radioaktif’ yang boleh bergerak dan tersebar melalui air dan udara sehingga manusia yang menghidunya atau menelannya berpotensi sebagai ancaman kepada organ dalaman manusia. External Radiation atau ‘Radiasi Luar’ bukan kerisauan utama penduduk setempat tetapi ‘Internal Radiation’ atau ‘Radiasi Dalaman’ itulah yang menjadi kegusaran utama penduduk setempat. Tahap pencemaran habuk yang sedia dari Kawasan Perindustrian Gebeng (GIE) akan lebih parah dengan kehadiran kilang LAMP milik LYNAS itu. Pendedahan radiasi dalaman berkemungkinan tetap ada. Kenyataan yang mengatakan bahawa ketakutan orang ramai hanya merujuk kepada tahap radiasi sahaja juga tidak tepat kerana hakikatnya bukan tahap radiasi sahaja yang menjadi pertikaian penduduk setempat selama ini malah tahap radiasi yang dimaksudkan beliau yang mirip hanya kepada external radiation atau ‘radiasi luar’ sahaja sebenarnya lebih menjurus kepada ancaman internal radiation atau ‘radiasi dalaman’ seperti yang dimaksudkan di atas. Radiasi dalaman boleh menyumbang kepada kerosakan organ dalaman manusia. Kegusaran penduduk dan pandangan umum dari berbagai lapisan masyarakat adalah berdasarkan beberapa tindakan yang di lakukan oleh Lynas terlalu tergopoh-gapah untuk meneruskan operasi pembinaan tanpa mengambil pandangan penduduk dan rakyat khususnya di Kuantan serta kawasan yang berhampiran. Bagaimanakah keyakinan tinggi di kalangan penduduk setempat terhadap agensi penguatkuasa alam sekitar itu wujud jika pencemaran Sungai Balok sudah ditahap 2 dan 3? Adakah rakyat harus yakin akan kredibiliti agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk memantau kilang LAMP milik LYNAS jika Sungai Balok sendiri sudah gagal dipantau agensi kerajaan yang berkenaan. Adakah dengan semua ini, rakyat harus tetap yakin dengan kredibiliti agensi kerajaan yang berkaitan? Rakyatkah yang salah? PAS juga menyangkal bahawa isu LYNAS ini dibawa oleh PKR. Malah PAS sekali lagi tetap bertegas bahawa isu LYNAS adalah isu yang dibawa oleh PAKATAN RAKYAT dan telah lama disepakati. Rakyat Kuantan khususnya mempunyai sebab untuk takut akan kewujudan Kilang LAMP milik LYNAS. Kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu selamat bersandarkan laporan IAEA juga tidak tepat kerana penilaian panel pakar IAEA itu hanya bersandarkan tahap pembinaan infrastruktur Kilang LAMP milik LYNAS yang pada ketika itu hanya ditahap 40 peratus sahaja malah Kilang itu masih belum beroperasi dan pengurusan sisa buangan juga tidak dinilai, bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu SELAMAT? Malah 11 cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh panel IAEA itu jelas menunjukkan bahawa polisi, piawaian dan prosedur yang sedia ada di Negara ini masih terbelakang berbanding piawaian antarabangsa. Jika Negara ini memenuhi piawaian antarabangsa, kenapa perlu ada 11 penambahbaikan itu? Hakikatnya kehadiran Kilang LAMP milik LYNAS dibuat tanpa penglibatan pihak awam dan tidak menyeluruh. Malah kelemahan ini diakui panel IAEA itu dan wakil MITI sendiri. Adakah salah rakyat untuk beremosi apabila hanya diberitahu ketika pembinaan infrastruktur kilang sudah mencecah 40 peratus? Dan adakah fakta-fakta yang dibentangkan oleh wakil penduduk adalah semata-mata propaganda dan tidak berdasarkan ilmu? Termasuk tiada rujukan kepada pakar-pakar tertentu? Rakyat tidak pernah beremosi kosong, malah emosi itu disertakan kajian yang menyeluruh dan bersandarkan rujukan-rujukan yang tertentu sehingga terbukti bahawa salah satu isu yang dibangkitkan wakil penduduk setempat berkenaan ketiadaan pelan pengurusan sisa buangan diakui oleh panel IAEA sendiri sebagai salah satu penambahbaikan yang perlu disediakan oleh pihak LYNAS dan AELB. Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas meyakinkan kerajaan sedangkan agensi-agensi yang berkenaanlah yang harus menyakinkan pihak kerajaan bahawa pelan pengurusan sisa buangan adalah satu kewajipan yang perlu ada. Bukankah rakyat yang berperanan sebagai majikan kepada agensi-agensi yang berkenaan melalui bayaran cukai pendapatan tahunan? Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar penduduk setempat? Zulkefly Mohamad Bin Omar Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat |
Lynas: Pandangan berbeza Lajnah Alam Sekitar PAS |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Lajnah Alam Sekitar PAS mempunyai pandangan berbeza dengan dua pakar atom termasuk seorang anggota parlimen PAS, Dr Che Rosli Che Mat berkaitan dengan kilang Lynas di Kuantan. (Zulkefly kiri dan Dr Che Rusli kanan)
Menurut pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar, perbezaan ini berdasarkan kajian mendalam yang mereka buat terhadap kilang ini dan pengalaman yang dilalui oleh kilang seumpamanya seluruh dunia.
Malam tadi, Dr Che Rusli, anggota parlimen Hulu Langat, seorang pakar atom yang pernah bertugas di Puspati dan pensyarah UKM memberikan wawancaranya dengan TV3 dan yakin kilang itu selamat.
Namun, aktivis dan pimpinan PAS di peringkat kawasan Kuantan khasnya di Gebeng, tempat kilang itu sedang dibina membantah keras pembinaannya.Perbezaan ini disifatkan oleh sesetengah pihak sebagai perbezaan pendapat teknikal yang tidak menjadi kesalahan kerana PAS menyatukan ahli-ahlinya dengan kesatuan aqidah melalui Islam. Ia juga melambangkan kesuburan kebebasan memberikan pandangan yang bukan menjadi tunjang kepada aqidah. Berikut adalah kenyataan penuh Zulkefly yang dihantar kepada Harakahdaily. Saya Zulkefly Mohamad Omar, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat ingin memberi kenyataan berhubungkait kenyataan Dr Che Rusli Che Mat dan Prof Ahmad Termizi di TV3 semalam dalam Buletin Utama TV3. Saya telah mengamati kenyataan kedua-dua tokoh tersebut dan sama sekali tidak berhasrat untuk mempertikaikan kaliber mereka sebagai Pakar Saintis Nuklear. Apa yang saya utarakan bahawa beberapa pandangan yang berbeza boleh dianggap sebagai medan untuk saya perjelaskan tentang Pendirian Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat dan Badar (Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery)berkaitan Isu Kilang Rare Earth Refinery yang akan beroperasi Gebeng, Kuantan. Pendedahan mereka yang dipetik dari TV3 berkenaan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS adalah Loji Nuklear disangkal PAS. PAS tidak pernah mengakui bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu adalah Loji Nuklear, malah nama badan yang berjuang untuk menentang LYNAS itu adalah Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR) di mana pekataan ‘refinery’ itu sendiri merujuk kepada KILANG. Memetik kenyataan Prof.Dr.Ahmad Termizi bahawa risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara dan risiko itu mesti berpadanan dengan manfaat jelas merupakan satu kenyataan yang tidak berasas malah dilihat seolah-olah cuba memperjudikan nasib penduduk setempat khususnya penduduk di sekitar Balok Kuantan di atas nama kemajuan teknologi dan ekonomi. Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik LYNAS di Gebeng Kuantan, ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya. Kami tahu banyak air sisa yang dikatakan ‘telah dirawat’ akan dilepaskan ke Sungai Balok yang diketahui umum sudah tercemar pada tahap 2 dan 3. Malah sehingga hari ini, penduduk setempat masih tidak dilibatkan di dalam menilai perancangan pengurusan sisa buangan milik LYNAS itu. Risiko dari Kilang LAMP milik LYNAS adalah sesuatu risiko yang tidak boleh dikompromi walaupun jika ada manfaatnya dari aspek ekonomi walaupun PAS ragu-ragu dengan manfaat ekonomi yang dimaksudkan. Pelepasan cukai perolehan selama 12 tahun kepada LYNAS adalah satu tindakan yang tidak menguntungkan negara. Risiko itu tidak boleh dikompromi dengan manfaat kerana pencemaran sisa radioaktif kepada alam sekitar tidak mampu dipulihkan dalam tempoh yang singkat malah dikenalpasti akan kekal sehingga tempoh yang lama iaitu puluhan tahun lamanya. Malah ancaman kepada kesihatan juga boleh berlaku seperti penyakit kanser dan lieukemia jika terdapat kebocoran dan kegagalan fungsi peralatan yang sedia ada sehingga menyebabkan pendedahan bahan-bahan beradioaktif kepada penduduk setempat. Laporan keretakan tangki simpanan serta spesifikasi yang tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti yang dipaparkan oleh New York Times (NYT) mengukuhkan lagi ketidakyakinan penduduk setempat kepada jaminan keselamatan yang acap kali diwawarkan oleh agensi yang berkenaan termasuk pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN). PAS sekali lagi menegaskan tahap dos sinaran yang dimaksudkan Prof. Dr. Ahmad Termizi hanyalah satu daripada beberapa isu yang dibangkitkan rakyat. Rakyat tidak boleh dipersalahkan kerana membangkitkan kegusaran mereka terhadap aspek-aspek keselamatan termasuk potensi ancaman dari kilang LAMP milik LYNAS itu. Lebih-lebih lagi penglibatan pihak awam tidak dialu-alukan dari peringkat awal malah kelemahan aspek ini diakui oleh wakil MITI ketika kami bertemu mereka tempoh hari. Lebih-lebih lagi Kajian Alam Sekitar (PEIA) jelas tidak melibatkan pihak awam ketika itu walaupun Kajian Terperinci Alam Sekitar (DEIA) boleh digunapakai seolah-olah potensi pelbagai ancaman yang tidak sahaja terhad kepada pancaran radiasi tidak menjadi satu kepentingan dan keutamaan kepada penduduk setempat. Apakah risiko itu boleh dipadankan dengan manfaatnya?. PAS menyangkal kenyataan ini apabila ia melibatkan industri yang berisiko tinggi seperti ini. Insiden dari loji nuklear Fukushima boleh dirasai oleh beberapa negara yang beribu-ribu batu jauhnya. Tetapi kesan ini tidak dirujuk sebagai kesan radiasi sahaja tetapi lebih dirujuk kepada potensi penyebaran ‘radioactive particles’ atau ‘serbuk/habuk radioaktif’ yang boleh bergerak dan tersebar melalui air dan udara sehingga manusia yang menghidunya atau menelannya berpotensi sebagai ancaman kepada organ dalaman manusia. ‘External Radiation’ atau ‘Radiasi Luar’ bukan kerisauan utama penduduk setempat tetapi ‘Internal Radiation’ atau ‘Radiasi Dalaman’ itulah yang menjadi kegusaran utama penduduk setempat. Tahap pencemaran habuk yang sedia dari Kawasan Perindustrian Gebeng (GIE) akan lebih parah dengan kehadiran kilang LAMP milik LYNAS itu. Pendedahan radiasi dalaman berkemungkinan tetap ada. Kenyataan yang mengatakan bahawa ketakutan orang ramai hanya merujuk kepada tahap radiasi sahaja juga tidak tepat kerana hakikatnya bukan tahap radiasi sahaja yang menjadi pertikaian penduduk setempat selama ini malah tahap radiasi yang dimaksudkan beliau yang mirip hanya kepada ‘external radiation’ atau ‘radiasi luar’ sahaja sebenarnya lebih menjurus kepada ancaman ‘internal radiation’ atau ‘radiasi dalaman’ seperti yang dimaksudkan di atas. Radiasi dalaman boleh menyumbang kepada kerosakan organ dalaman manusia. Kegusaran penduduk dan pandangan umum dari berbagai lapisan masyarakat adalah berdasarkan beberapa tindakan yang di lakukan oleh Lynas terlalu tergopoh-gapah untuk meneruskan operasi pembinaan tanpa mengambil pandangan penduduk dan rakyat khususnya di Kuantan serta kawasan yang berhampiran. Bagaimanakah keyakinan tinggi di kalangan penduduk setempat terhadap agensi penguatkuasa alam sekitar itu wujud jika pencemaran Sungai Balok sudah ditahap 2 dan 3? Adakah rakyat harus yakin akan kredibiliti agensi penguatkuasa yang berkenaan untuk memantau kilang LAMP milik LYNAS jika Sungai Balok sendiri sudah gagal dipantau agensi kerajaan yang berkenaan. Adakah dengan semua ini, rakyat harus tetap yakin dengan kredibiliti agensi kerajaan yang berkaitan? Rakyatkah yang salah? PAS juga menyangkal bahawa isu LYNAS ini dibawa oleh PKR. Malah PAS sekali lagi tetap bertegas bahawa isu LYNAS adalah isu yang dibawa oleh PAKATAN RAKYAT dan telah lama disepakati. Rakyat Kuantan khususnya mempunyai sebab untuk takut akan kewujudan Kilang LAMP milik LYNAS. Kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu selamat bersandarkan laporan IAEA juga tidak tepat kerana penilaian panel pakar IAEA itu hanya bersandarkan tahap pembinaan infrastruktur Kilang LAMP milik LYNAS yang pada ketika itu hanya ditahap 40 peratus sahaja malah Kilang itu masih belum beroperasi dan pengurusan sisa buangan juga tidak dinilai, bagaimanakah pihak-pihak tertentu boleh dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan bahawa Kilang LAMP milik LYNAS itu SELAMAT? Malah 11 cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh panel IAEA itu jelas menunjukkan bahawa polisi, piawaian dan prosedur yang sedia ada di Negara ini masih terbelakang berbanding piawaian antarabangsa. Jika Negara ini memenuhi piawaian antarabangsa, kenapa perlu ada 11 penambahbaikan itu?. Hakikatnya kehadiran Kilang LAMP milik LYNAS dibuat tanpa penglibatan pihak awam dan tidak menyeluruh. Malah kelemahan ini diakui panel IAEA itu dan wakil MITI sendiri. Adakah salah rakyat untuk beremosi apabila hanya diberitahu ketika pembinaan infrastruktur kilang sudah mencecah 40 peratus? Dan adakah fakta-fakta yang dibentangkan oleh wakil penduduk adalah semata-mata propaganda dan tidak berdasarkan ilmu? Termasuk tiada rujukan kepada pakar-pakar tertentu?. Rakyat tidak pernah beremosi kosong, malah emosi itu disertakan kajian yang menyeluruh dan bersandarkan rujukan-rujukan yang tertentu sehingga terbukti bahawa salah satu isu yang dibangkitkan wakil penduduk setempat berkenaan ketiadaan pelan pengurusan sisa buangan diakui oleh panel IAEA sendiri sebagai salah satu penambahbaikan yang perlu disediakan oleh pihak LYNAS dan AELB. Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas meyakinkan kerajaan sedangkan agensi-agensi yang berkenaanlah yang harus menyakinkan pihak kerajaan bahawa pelan pengurusan sisa buangan adalah satu kewajipan yang perlu ada. Bukankah rakyat yang berperanan sebagai majikan kepada agensi-agensi yang berkenaan melalui bayaran cukai pendapatan tahunan? Kenapa rakyat pula yang terpaksa berhempas pulas untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan alam sekitar penduduk setempat? Zulkefly Mohamad Bin Omar Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat |
Lynas: PAS Pusat akan panggil Dr Che Rosli |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 25 Ogos: PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat (gambar) berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama. Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu. Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas. Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu. "Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini. Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas. Selain itu, Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya. Kenyataan Dr Che Rusli itu amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS kerana ia jelas bertentangan dengan pendirian PAS mengenai isu Lynas. Menurut Tuan Ibrahim, PAS dan Pakatan Rakyat tetap menolak projek nuklear Lynas di Gebeng, Kuantan kerana memikirkan risiko yang terpaksa dihadapi oleh penduduk negara ini terutama penduduk di kawasan itu. Risiko yang dikenalpasti bukanlah hanya daripada pancaran radiasi, katanya, malah terdapat banyak potensi risiko yang cukup tinggi ketika pengangkutan bahan mentah yang tiba dari Australia di pelabuhan Kuantan ke tapak kilang LAMP milik Lynas di Gebeng Kuantan. "Selain itu, risiko yang tinggi juga akan dialami ketika kerja-kerja pemprosesan, simpanan dan pengurusan sisa buangan (pepejal, air sisa dan gas) yang dikenalpasti mempunyai elemen radioaktif di dalamnya," katanya. Menyedari hakikat itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menegaskan, PAS Pahang tetap konsisten dengan keputusannya sejak dulu yang bersama-sama penduduk di kawasan Gebeng, Kuantan menolak projek nuklear Lynas. "Malah berdasarkan kenyataan penduduk di kawasan itu, sekiranya Dr Che Rosli yang bersetuju dengan projek itu, jangan sekali-kali dibina di kawasan mereka, tetapi bawalah projek nuklear Lynas itu ke tepi rumah Dr Che Rosli sendiri. "Kenyataan penduduk di kawasan Gebeng itu perlu difahami dengan jelas oleh Dr Che Rosli. Mereka menentangnya bukan kerana tidak memahami kepentingan nuklear, tetapi tidak yakin dengan pengawalan dan pemprosesannya. "PAS dan Pakatan Rakyat amat faham perkara itu dan ia juga amat perlu difahami oleh pelbagai pihak. Itulah sebabnya PAS bersama-sama penduduk di kawasan itu konsisten menentangnya sejak dulu," ujar beliau. |
PAS Pahang tetap tolak projek Lynas |
Harakahdaily |
KUANTAN, 25 Ogos: PAS Pahang tetap menentang projek Lynas walaupun ada percanggahan dalam kenyataan pakar-pakar, yang sebilangan kecilnya dalam PAS yang mengatakan ia tidak mengundang bahaya kepada manusia dan alam sekitar. Dalam satu kenyataannya hari, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau tetap menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang anggota parlimen PAS, Dr Che Rosli Che Mat, walaupun pendapat beliau berbeza dengan pendirian parti dan Pakatan Rakyat dalam hal ini. “Kenyataan beliau berupa hak dan kepakaran pandangan peribadi yang harus dihormati. Ini tidak menjadi masalah kepada parti, malah parti meraikan perbezaan pendapat ini dalam juzuk selaras dengan landasan demokrasi,” terang beliau. Sebelum itu, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS menjelaskan bahawa PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan Che Rosli, ahli parlimen Hulu Langat yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas. Sehingga kini, terang Tuan Ibrahim, beliau yang baru menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat selama 2.5 bulan ini tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas. Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas. Selain itu, Che Rosli turut mengkritik akhbar rasmi PAS, Harakah kerana bersikap tidak adil terhadap beliau berbanding Ahli Parlimen Kuantan dari PKR, Fauziah Salleh yang sering disiarkan kenyataan-kenyataannya berhubung nuklear dan isu Lynas yang bertentangan dengan pendiriannya. Mengenai kenyataan Che Rosli yang mengenai bahawa kilang loji nadir bumi Lynas tidak membawa ancaman, Tuan Ibrahim berkata bagi pihak PAS, rakyat perlu didahulukan dalam hal ini. “Kebimbingan risiko akibat projek Lynas oleh orang ramai, terutamanya penduduk Kuantan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Rakyat mempunyai hak terbesar yang mesti didengar semua. PAS tetap melihat projek ini tidak mendatangkan apa-apa manfaat selain peluang pekerjaan hanya cukup menampung beberapa kerat pekerja tempatan; berbanding dengan risiko yang sedang menanti,” tegas beliau. Projek Lynas sebagaimana projek be-risiko tinggi yang lain, katanya sekiranya mengikut semua pakar nuklear, tidak akan mendatangkan ancaman dan bahaya dalam keadaan normal. “Bahkan loji nuklear pun dikatakan selamat, begitu juga loji tenaga dan seumpamanya. Namun, apabila berlaku sesuatu di luar kawalan manusia seperti yang terbesar kecuaian manusia sendiri, gempa bumi, banjir, tsunami dan lain-lain – apakah pada waktu itu baru kita hendak mengakui bahawa ia telah menjadi satu ancaman?” soal beliau. Menurut Tuan Ibrahim, penduduk di sekitar Gebeng dan Kuantan masih teringat projek nadir bumi di Bukit Merah pada 1980an – semasa ia diluluskan, ia juga dikatakan tidak bahaya dan tidak mengancam manusia dan alam sekitar. “Akan kini setelah terbukti ancamannya, ke mana semua pakar yang berhujah pada masa itu bahawa ia selamat? Semuanya senyap menyepi – yang menanggung bala adalah penduduk di sekitar kawasan loji tersebut, bahkan sisa toksiknya masih belum diselenggara sepenuhnya dengan baik sehingga kini. Percayalah, bila loji di Gebeng bertukar menjadi ancaman, orang asing dan tempatan beserta pakar yang menyokong loji ini akan mencari mangsa untuk dipersalahkan, lebih teruk lagi senyap menyepi tanpa sesiapa yang sanggup berdiri keluar untuk bertanggungjawab kepada akibat yang berlaku,” selarnya. Rakyat Pahang rata-ratanya sehingga kini ingin tahu ke mana sisa radioaktif akan dilupuskan, kata Tuan Ibrahim, dan sekiranya ianya tidak bahaya seperti yang dinyatakan, pihak yang menyokong penubuhan kilang ini dicabar untuk menyatakanlah sebuah negara yang sudi terima sisa toksik ini. “Apakah sisa ini akan ditanam dalam bumi kita – isi dan untung mereka yang dapat tapi sisa dan toksik rakyat kita yang tanggung? PAS Pahang berdiri teguh bersama rakyat Pahang yang menentang projek ini, dan bagi sesiapa yang menyokongnya, bolehlah usahakan agar projek ini dibawa ke kawasannya, dan tengoklah apa reaksi pengundinya di sana. Carilah negeri lain yang rakyatnya sedia dan sanggup terima, itupun jika dapat cari,” bidas beliau. Mengenai tindakan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah menetapkan 11 syarat dikeluarkan untuk pertimbangan Lynas dan AELB (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia) sebelum projek kilang tersebut diteruskan, Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat bahawa badan ini merupakan badan yang juga menggalakan pengunaan tenaga nuklear di dunia. “Menurut President Sahabat Alam Malaysia (SAM) S. M. Mohamed Idris, badan inilah yang membuat perakuan loji nadir bumi di Bukit Merah tidak membahayakan orang ramai. Tapi sekarang, apa yang sudah berlaku ? PAS Pahang tetap berpegang bahawa suara rakyat jadi penentu. Kita akan terus mendesak sehingga projek ini dibatalkan. Rakyat Pahang akan memberikan jawapan yang jelas menentang hal ini apabila datang PRU-13 nanti,” tegas beliau lagi. |
Fuziah Salleh tuntut TV3 minta maaf |
Khairil Abdul Rahim |
YB Fuziah Salleh = Naib Presiden PKR
KUANTAN, 27 Ogos: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh semalam menuntut permohonan maaf daripada wartawan TV3, Karam Singh Walia dan Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker kerana didakwa menjatuhkan air muka dan kredibiliti beliau sebagai wakil rakyat.
Karam Singh Walia - Wartawan TV3
Ti Lian Ker - Ketua MCA Kuantan
Menurutnya notis saman juga talah dihantar melalui peguam Tetuan Edwin Lim Suren & Soh Dua kerana kedua-duanya telah membuat tuduhan kepadanya mengatakan dia berbohong memperkatakan isu Lynas. Fuziah yang juga Naib Presiden PKR berkata, melalui siaran di Buletin Utama pada 28,29,30 Jun dan 24 Ogos lalu, Karam Singh Walia telah mendakwa beliau mengatakan bahawa pakar-pakar Melayu dan pakar di Malaysia tidak boleh dipercayai. “Saya merasakan diri saya telah diperkecil kerana membawa kepada ketidakpercayaan rakyat terutama penduduk di Kuantan mengenai pegangan saya dan beberapa NGO lain yang tidak setuju kilang ini dibina. “Saya menghormati pendapat yang mereka lontarkan, tetapi mereka tidak boleh memperlekehkan pendapat saya kerana apa yang saya cakap mempunyai fakta tersendiri. Mereka juga menuduh saya penipu dan ini membuatkan maruah saya sebagai Ahli Parlimen turut tercalar,” katanya. Selain itu, pendapat beliau mengenai kilang tersebut yang akan mengundang bahaya kepada rakyat tidak boleh disangkal begitu sahaja kerana selain daripada hujahnya sendiri, ia turut disokong oleh pakar-pakar yang lain juga. Sehubungan itu, melalui peguamnya juga, dua individu tersebut harus membuat kenyataan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan mahkamah. Menurutnya,, mereka harus membuat jaminan bertulis bahawa tidak membuat dakwaan seumpama itu lagi kepadanya. Katanya, mereka harus membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi yang menyebabkan kredibiliti dan reputasinya terjejas teruk akibat tuduhan tersebut. |
Lynas: Tangguh operasi, tunggu pakar |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan mencadangkan agar kerajaan Malaysia mengarahkan Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu operasi mereka di Gebeng, sehingga pertikaian berkaitan keselamatan operasi itu diputuskan oleh semua pakar. Menulis dalam ruangan kolumnya di Harakahdaily Nasrudin berkata, tempoh masa itu perlu bagi memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji dan mengeluarkan rumusan konkrit berhubung isu itu. "Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang - undang dan lain-lain pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas antarabangsa," katanya. Selain itu, beliau juga akan mengatur perbincangan dengan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham), untuk berusaha mendapatkan arahan mahkamah agar Kilang Lynas yang penuh dengan kontraversi ini ditangguhkan operasinya sehingga jelas kedudukannya di mata rakyat. Beliau mengutarakan cadangan sedemikian berikutan keadaan saling 'serang menyerang' antara beberapa pihak yang tidak sependapat berhubung isu keselamatan operasi kilang memproses nadir bumi di Gebeng tersebut. PAS melalui Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar parti itu sebelum ini menyatakan pendirian mereka untuk bersama rakyat di Kuantan menentang operasi Lynas tersebut kerana dikhuatiri memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada masyarakat sekitar. Selain itu, PAS juga menubuhkan Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar) bagi meneliti isu tersebut yang juga menyatakan pendirian menolak operasi Lynas itu. TV3 dalam beberapa siri laporan mereka di Buletin Utama baru-baru ini pula tampil menghentam Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang juga dilihat tegar menolak projek Lynas tersebut. Mereka juga membawa pakar atom PAS, Dr Che Rosli Che Mat yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat memberi pandangan yang agak berbeza dengan pendirian Pas dan Fuziah. Bagaimanapun kata Nasrudin, perbezaan pendapat yang diutarakan Dr Che Rusli tidak harus dilihat sebagai pertentangan dengan parti kerana beliau bercakap berasaskan ilmu serta kepakaran bidang yang beliau miliki. "Kita sewajarnya menghormati ilmu beliau. Jangan bergaduh dengan beliau dan sabarlah dengan perbezaan ini serta bertindaklah sebaik mungkin. "Pandangan berbeza ini insyaallah akan membuka lebih lebar ruang perbahasan, lebih mendalam perbincangan dan lebih detail atau jelas butir perdebatan. "Harapan saya selepas ini, akan terungkaplah segala keraguan. Setelah seorang Pakar mengemukakan pandangan beliau yang dilihat sebagai menyongsang arus, maka saya juga yakin, skuad Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR] akan melipat gandakan pengumpulan maklumat, bahan bukti serta fakta kes bagi menjelaskan lagi kedudukan Lynas Corporation ini," katanya. |
Lynas: Antara pandangan pakar dan rakyat. |
Nasrudin Hassan |
1. PAS sememangnya berbangga mempunyai ramai pakar saintis seperti Dr Che Rosli, Dr Zulkifli Ahmad dan lain - lainnya. Malah mereka adalah sebahagian dari pemimpin PAS yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Selain daripada sikap PAS yang selama - lamanya menghargai dan menghormati ilmu serta kepakaran seseorang tokoh yang diiktiraf, penglibatan mereka bersama PAS juga satu penghargaan besar kepada PAS setelah sekian lama PAS dimomokkan sebagai parti kampung, parti tok lebai, parti kain pelikat dan sebagainya. 2. Ertinya kini PAS tidak lagi parti pinggiran atau kampungan yang hanya menjadi mangsa belasahan UMNO dan BN sebagaimana dulu. PAS juga bukan hanya sebuah parti yang hitung tindaknya berasaskan millage politik semata - mata tetapi kini PAS juga boleh menjadi wadah cendikiawan, sasterawan, budayawan, hartawan dan agamawan yang sememangnya menjadi pahlawan yang berjuang mendokong dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu Islam. 3. Apabila PAS menjadi wadah yang besar dan lebar, lalu berlakunya perbedaan pendapat adalah suatu yang lumrah malah menonjolkan kehebatan PAS dalam menangani dan mendepani sesuatu isu atau kes. Kini PAS bukan lagi sebuah jamaah kecil yang dinding pagarnya laksana sebuah surau atau musolla dengan seluruh anggota jamaahnya berpada dengan bimbingan seorang syeikh atau muallim pula berpaut pada satu mazhab [aliran pemikiran]. 4. Sebaliknya PAS kini adalah platform ummah yang batu sempadannya laksana sebuah negeri atau negara dengan seluruh anggota jamaahnya memerlukan ramai mujtahid, mufakkir dan muallim dengan mengenengahkan sekurang - kurang 4 mazhab utama ahli sunnah wal jamaah sebagai landasan beramal dan bertindak. Justeru satu mazhab akan menyulitkan perlaksanaan Islam di peringkat agenda nasional dalam zaman yang serba rencam dan kompleks masaalahnya kini. [ mungkin pada peringkat individu, tidak mengapa berpaut kejap pada satu mazhab] 5. Sungguhpun begitu, uniknya Islam sekalipun ia adalah sebuah Manhaj Kehidupan yang besar dan terbuka, Islam diperkaya dengan disiplin dan akhlak yang tinggi serta peraturan yang lengkap dan sempurna. Biarpun Islam dilihat terlalu banyak perbedaan pandangan pada segala masaalahnya seperti fekah namun perbedaan itu diurus dengan baik, teliti dan disiplin menepati prinsip dan kaedah ilmu. 6. Kini PAS mula merasai dan meluruti keunikan itu. Saya harap semua pimpinan, ahli dan penyokong malah pemerhati dari kalangan rakyat terbanyak, dapat bersabar menekuni perkembangan ini tanpa mewajarkan diri keluar atau terhindar dari garis akhlak dan disiplin ilmu. 7. Sungguhpun kesilapan boleh berlaku pada bila - bila masa dan pada sesiapa jua atas sifat kita bukanlah insan yang maksum dan sempurna dalam segala aspek, namun saya tegaskan sekali lagi [kalau berlaku kesilapan], agar kesilapan itu tidak mewajarkan kita bergelut dan berpolemik sesama sendiri, apalagi untuk lari dari manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Min baabil Aula [terlebih layaklah] kalau kita sememangnya tidak silap. 8. Kembali kepada isu Lynas yang hangat diperbahaskan mutaakhir ini, Dr Che Rosli tampil menyatakan pandangannya yang sangat berbeza dengan pandangan dan perjuangan rakyat di Kuantan khasnya di Pahang amnya. Malah berbeza sekali dengan pandangan PAS Pusat yang terlebih dahulu telah mengambil keputusan untuk bersama rakyat Pahang khasnya dan rakyat seluruh negara amnya, menolak operasi Lynas di Gebeng Pahang. [ Hujjah kenapa rakyat menolak Lynas telah dikemukakan secara rasmi oleh Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat Sdr Zulkifli Mohamad Omar, juga kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan boleh ikuti hujjah lebih jelas dari buku khas "Lynas @ Gebeng Kenapa Kami Bantah ?" yang telah diterbitkan oleh Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR]. ~ sebagaimana pandangan berbeza pula dikeluarkan oleh Dr Che Rusli melalui wawancara beliau dengan TV 3 baru - baru ini ] 9. Saya menghormati pandangan Dr Che Rusli sebagai seorang pakar dan bercakap pula berasaskan ilmu serta kepakaran bidang yang beliau miliki. Bertambah bangga saya, apabila beliau adalah ahli dan pimpinan PAS. Walaupun beliau mengemuka pandangan berbeza, berbeza dengan PAS Pusat, berbeza dengan rakyat Pahang dan berbeza dengan saya, tapi saya lihat tiada cacat celanya dan tidak perlu pula dikata nista kepada beliau selama beliau bercakap dan memberi pandangan berasaskan ilmu yang beliau miliki. Kita sewajarnya menghormati ilmu beliau. Jangan bergaduh dengan beliau dan sabarlah dengan perbezaan ini serta bertindaklah sebaik mungkin. 10. Pandangan berbeza ini insyaallah akan membuka lebih lebar ruang perbahasan, lebih mendalam perbincangan dan lebih detail atau jelas butir perdebatan. Ia akan menjadi ilmu kepada masyarakat untuk lebih nampak dan jelas secara sentimen dan secara saintifik betapa Lynas adalah sebuah industri yang boleh diterima atau mesti ditolak. 11. Harapan saya selepas ini , akan terungkaplah segala keraguan. Setelah seorang Pakar mengemukakan pandangan beliau yang dilihat sebagai menyongsang arus, maka saya juga yakin, skuad Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR] akan melipat gandakan pengumpulan maklumat, bahan bukti serta fakta kes bagi menjelaskan lagi kedudukan Lynas Corporation ini. 12. Ertinya selepas ini ia akan menjadi perbahasan yang lebih ilmiah bukan lagi sentimen sebagaimana yang dimomokkan sebelum ini. Saya kira selepas ini akan banyak pihak sedia menganjurkan seminar di peringkat nasional dengan menampilkan pakar mewakili pihak masing - masing. Barangkali Sinar Harian akan menjadikan tapak Karangkrafnya sebagai medan perdebatan para pakar ini. Kiranya tiada, Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi sedia untuk menjadi penganjur kepada perdebatan dan perbahasan ilmiah ini. 13. Tapi ingat ! jangan ambil masa terlalu lama untuk memperbahaskan perkara ini, kerana saya bimbang kalau keputusannya kelak, selepas meneliti perbahasan demi perbahasan pakar, akhirnya merumuskan Lynas mesti ditolak, sedang Lynas telah beroperasi, maka rakyat sekali lagi menjadi mangsa dam keadaan mereka tidak ubah seperti tikus makmal. 14. Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang - undang dan lain - lain pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas antarabangsa. 15. Sejurus selesai ummat Islam menyambut Aidil Fitri, Insyaallah saya akan berbincang dengan Jabatan Undang - Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] DPP Malaysia, kemungkinan untuk berusaha mendapatkan arahan mahkamah agar Kilang Lynas yang penuh dengan kontraversi ini ditangguhkan operasinya sehingga jelas kedudukannya di mata rakyat. Agar negara tidak memperjudikan masa depan rakyat sendiri. Apakah kilang ini selamat atau bahaya ! 16. Saya yakin dan percaya, bagi pihak BADAR telah muktamad menolak Lynas sebagaimana saya juga salah seorang yang tinggal di kawasan padat penduduk tidak melebihi 30 KM dari Kilang Lynas ini, telah mengambil keputusan muktamad bahawa kilang ini wajar dihenti dan mesti ditutup segera. 17. Tapi nampaknya sebahagian rakyat masih belum memahaminya, belum menerima mesej yang jelas dan belum mendapat maklumat yang tepat dari pihak BADAR. Tambahan pula ada pandangan pakar yang berbeza. Maka adilnya untuk rakyat umum, mereka mesti didedahkan maklumat dari kedua belah pihak terutama kepada rakyat tempatan yang tingal dalam lingkaran 30 kilometer persegi dengan Kilang Lynas ini. **Nasrudin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/5137-lynas-antara-pandangan-pakar-dan-rakyat
PAS cadang referendum awam untuk Lynas |
Harakahdaily |
KUANTAN, 29 Ogos: Dengan percanggahan yang semakin ketara antara ahli-ahli pakar dalam isu keselamatan pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan, PAS hari ini menyarankan kerajaan untuk mengadakan satu referendum awam untuk menyelesaikan kemelut ini. Dalam satu kenyataan hari ini kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS melihat jalan keluar kepada masalah ini dengan mengadakan referendum awam. “Melalui referendum awam, ia boleh dijadikan landasan utama kepada kerajaan bagi meneruskan atau membatalkan projek ini. Ditambah pula, dengan cara ini, apa-apa keputusan yang diambil boleh kelihatan lebih adil kepada semua pihak. "Dengan kata lain, jikalau referendum awam menunjukkan majoriti rakyat bersetuju dengan projek tersebut, maka syarikat Lynas dan kerajaan tidak akan menghadapi masalah lagi,” seru beliau. Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim mengakui bahawa wujud dua pihak iaitu kumpulan yang menyokong dan yang menentang dalam isu Lynas. Golongan yang menyokong, kata beliau terdiri daripada beberapa pakar tempatan dan luar negara termasuk pemantau antarabangsa dan juga kerajaan negeri. “Disebabkan pihak yang menyokong pembinaan kilang ini adalah kerajaan sendiri, maka ia juga menarik sama ahli-ahli Umno dan komponen parti Barisan Nasional yang lain untuk turut menyokong projek ini. "Kumpulan yang menyokong telah menggunakan kekuatan media perdana, dialog terus dengan penduduk dan NGO serta pelbagai promosi bagi meyakinkan penduduk ia adalah projek yang selamat dan tidak perlu dibimbangi,” tambahnya. Dalam golongan yang menentang, ia terdiri dari beberapa orang pakar alam sekitar, pakar kesihatan awam, pencinta alam yang disokong oleh beberapa NGO seperti Badar dan ‘Save Malaysia! Stop Lynas!’ dan pemimpin parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
YB Fauziah Salleh - AP Kuantan
Hj Zulkifli Muhammad Omar - Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat
Ia diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bersama Yang DiPertua PAS Indera Mahkota Nasrun Amir dan dibantu oleh Andansura, Ustaz Suhaimi Saad Ketua Penerangan Negeri dan Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat yang diketuai oleh Zulkifli Mohamad Omar serta berpuluh NGO lain, kata Tuan Ibrahim. Namun bagi pihak yang menyokong kilang Lynas pula beranggapan bahawa kebimbangan tersebut hanyalah ketakutan kepada bayang-bayang semata-mata, kata Tuan Ibrahim. “Lebih parah lagi, di kalangan penduduk kini terbahagi kepada dua pihak iaitu kumpulan yang menyokong dan yang menentang,” beliau menambah. Meskipun wujud dua kumpulan, menurut beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, penelitian umum mendapati sebahagian besar masyarakat masih tidak dapat informasi secukupnya daripada kedua-dua belah pihak. “Kekangan media perdana untuk memberikan liputan yang adil dan sikap media Melayu yang terlalu 'membela' kerajaan dalam laporan mereka telah menyebabkan sensitiviti orang Melayu rendah dalam isu sebegini dan kerana itu, menerima projek ini sebagai selamat,” kata Tuan Ibrahim (gambar) dengan kesal. Namun begitu, oleh kerana isu ini mempunyai impak besar kepada penduduk Kuantan dan sekitarnya, Tuan Ibrahim berkata kerajaan dan Lynas dinasihatkan supaya tidak boleh memandang mudah bantahan dari rakyat. “Kerana apa jua keputusan yang ingin dilakukan samada untuk menerus atau membatalkan projek ini mempunyai kesan langsung kepada penduduk dan syarikat berkenaan. "Andainya Lynas dan kerajaan mengambil sikap memekakkan telinga dengan bantahan rakyat, kita yakin bantahan ini akan berterusan dan tidak mustahil golongan yang membantah akan membuat injuksi mahkamah,” beliau memberikan amaran. Badar iaitu Badan Bertindak Anti Lynas Refinery juga bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah tidak lama lagi. Referendum awam, kata Tuan Ibrahim adalah salah satu mekanisma yang ada dalam rangka sistem demokrasi bagi memberi ruang kepada rakyat khasnya di kawasan sekitarnya untuk membuat keputusan terhadap sesuatu yang besar kesannya kepada kehidupan mereka. “Tanpanya, pihak kerajaan juga tentu akan berhadapan dengan tekanan berterusan seandainya sesuatu yang buruk terjadi bilamana sesuatu projek diluluskan. "Semoga penyelesaian in akan mengundang keputusan yang baik bagi kedua-dua belah pihak dan haruslah diingatkan rakyat mempunyai hak terbesar bagi menjamin suara mereka didengar oleh pemerintah,” tambah beliau. |
http://202.190.180.135/index.php/berita-utama/5151-pas-cadang-referendum-awam-untuk-lynas
Lynas : Kenyataan Tun M Berbaur Politik
Oleh pemudatua2011
"Saya berbelah-bagi sama ada perlu menjawab semula atau tidak kenyataan Tun M berkenaan isu kilang LAMP milik Lynas pada 21hb September 2011 yang lalu di Malaysiakini. Bukan kerana kenyataannya yang adil dan saksama tetapi kerana saya beranggapan bahawa kenyataan seperti itu kebudak-budakkan, cukup mentah serta tidak berinformasi untuk diulas oleh sesiapapun.
“Biarlah ia dibakul-sampahkan, bisik hati saya”. Walaubagaimanapun tergerak di hati untuk saya ulaskan hari ini bukanlah kerana saya rasakan perlu untuk ia diulas tetapi sebagai satu nasihat daripada seseorang yang pernah melalui kekejaman AUKU di bawah pentadbiran beliau sebagai PM satu ketika dahulu agar Tun M dapat banyak meluangkan baki usia yang sudah melepasi senja itu dengan amal ibadah yang berlipat-ganda serta pohonan taubat sebelum kita semua pergi menemui yang maha kuasa.

Tun Dr Mahathir Mohamed - Mantan PM
Komentar saya berkenaan komentar Tun M adalah seperti berikut:
1. Deklarasi ‘SELAMAT’ tidak sesuai diucapkan dengan hanya bersandarkan Laporan IAEA kerana penilaian itu hanya dilakukan ketika pembinaan infrastruktur Kilang LAMP milik LYNAS pada tahap 40 peratus sahaja. Pembinaan infrastruktur juga masih belum 100 peratus siap serta kilang LAMP itu masih belum beroperasi.
2. Tiada penilaian bersama penduduk setempat berkenaan isu pengangkutan bahan mentah dari Pelabuhan Kuantan ke tapak kilang, latarbelakang terperinci penyimpanan bahan mentah, juga penyimpanan dan pemprosesan sisa buangan beradioaktif serta tahap ‘reliabiliti’ atau keyakinan operasi, kualiti serta ketahanan semua komponen-komponen infrastruktur kilang itu untuk memastikan risiko kebocoran dapat dielakkan sama sekali.
3. Tiada laporan terperinci diperolehi dari agensi-agensi berkaitan berkenaan laporan New York Times (NYT) bahawa berlaku kebocoran tangki simpanan dan pengunaan komponen-komponen kilang di bawah piawaian atau standard yang sepatutnya.
4. 11 cadangan penambahbaikan oleh panel IAEA yang masih tidak diketahui statusnya sebelum lesen operasi boleh dikeluarkan AELB.
5. Kegagalan ‘Public Engagement’ atau perbincangan awam yang telah DIAKUI serta tidak dilihat oleh penduduk setempat adanya usaha-usaha yang komited dan berterusan untuk memperbaiki persepsi serta keyakinan itu seperti yang disarankan juga oleh Local Agenda 21.
6. Penduduk setempat tahu akan hubungan MIDA dan MITI di dalam menarik pelaburan Lynas ke Malaysia dan peranan anak Tun M sendiri di dalam MITI.
7. Adakah Tun M tiada kaitan dengan tragedi Bukit Merah dari tahun 1982-1992? Bukankah industri nadir bumi beradioaktif di Bukit Merah Taiping pernah juga dikatakan ‘SELAMAT’ satu ketika dahulu?.
8. Kenyataan Tun M bahawa protes yang dilancarkan ke atas usaha membuka kilang memproses nadir bumi di Kuantan merupakan satu tindakan politik untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Tun M perlulah tahu bahawa MITI dan MIDA adalah di bawah pentadbiran ahli-ahli politik dan melalui merekalah perlaburan ini di bawa masuk. MITI hanya melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli politik ini. Ia juga disokong oleh Kerajaan Negeri Pahang yang juga di bawah urusselia ahli politik Kerajaan Barisan Nasional (BN). Adakah Isu LYNAS tiada kaitan langsung dengan POLITIK?
9. Masalah Alam Sekitar memang diakui wujud di beberapa buah negara hasil daripada industri nadir bumi beradioaktif ini. Saya serahkan kajian itu untuk dikaji dengan lebih mendalan lagi oleh Tun M.
Adakah Tun M tidak berpolitik apabila menuduh aktivitis politik dan alam sekitar yang menentang Kilang LAMP milik LYNAS ini semuanya palsu?
Adakah Tun M tidak berpolitik apabila mempertahankan kepentingan ekonomi daripada Industri Nadir Bumi Beradioaktif ini?
Siapakah yang sebenarnya PALSU?
Siapakah yang sebenarnya BERPOLITIK?
Yang pastinya, saya bukan Ahli Politik, tetapi hakikatnya Tun M memang Ahli Politik dan Ini sudah diketahui ramai.
Wallahua’lam.
Sumber DD : 26/09/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5679-pas-sambut-hari-habitat-sedunia-di-shah-alam
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5915-lynas-malaysia-jadi-tong-sampah-dunia-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/5930-lynas-mahathir-patut-pindah-ke-gebeng
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/5970-lynas-masih-angkuh-dengan-tuntutan-rakyat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6043-lynas-setuju-pandangan-subky
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6324-lynas-mustapa-putar-belit-kenyataan-presiden-pas-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6483-lynas-mb-pahang-dituntut-mohon-maaf
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/6627-lynas-kenyataan-mb-sekadar-tutup-kelemahan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6833-ambil-iktibar-kebocoran-kilang-lynas-di-australia
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6881-sokong-dedah-senarai-kontraktor-lynas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7241-slc-gesa-kerajaan-wajibkan-lynas-jalankan-deia
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7322-fuziah-mahu-jas-berterus-terang-status-lynas
PAS sambut hari habitat sedunia di Shah Alam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Sept: PAS akan menyertai masyarakat antarabangsa apabila akan menyambut Hari Habitat Sedunia 3 Oktober ini. Ia akan disambut di Dataran Shah Alam, Selangor 3 Oktober ini mulai 8.30 malam, kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkifli Mohd Omar (gambar) kepada Harakahdaily. Ia dianjurkan bersama PAS kawasan Shah Alam dan MBSA MPP Zon 1. Program ini adalah program yang merupakan menifestasi serta hasil sambutan World Habitat Day melalui deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang akan di adakan pada 3 Oktober, 2011 dan akan diraikan oleh semua negara-negara di dunia. Bulan habitat sedunia, katanya, di harapkan dapat memberi suatu impak yang amat besar bagi gerakan kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar amnya serta ke arah memperkemaskan dan memperkasakan tataurus dan gerak kerja badan-badan berkanun, kerajaan, dan badan-badan bukan kerajaan di dalam kesedaran awam berkenaan isu-isu alam sekitar. Menurut Zulkifli, sambutan ini dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan badan-badan bukan kerajaan dalam pengurusan alam sekitar setempat. Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta, industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Menurut beliau, objektif sambutan ini adalah I.Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai II.Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara badan-badan bukan kerajaan dan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan alam sekitar; dan III.Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar IV.Memberi Kesedaran Pihak Berkuasa, Jabatan dan Agensi Kerajaan, Swasta sentiasa memberi kepentingan dan keutamaan Alam Sekitar bila membuat sesuatu pembangunan atau penerokaan bumi kita. V.Mengujudkan rasa tanggungjawab bersama bahawa tempat,bumi/planet kita adalah tanggungjawab kita semua VI.Acara Hari Sambutan Alam Sekitar disambut oleh kebanyakan Negara di dunia dijadikan acara penting oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Negeri yang kita perintah seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. VII. Mesej kepada Rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat sentiasa prihatin terhadap Alam Sekitar. Sambutan kali ini, kata beliau, bertemakan 'Air Boleh Merubah Segalanya, Manusia dan Pembangunan'. Tema ini dipilih berdasarkan beberapa Faktor dan isu yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan. i.Air sebagai Sumber Kehidupan. Sebarang Pembangunan dan Penerokaan Kawasan Tadahan Air atau Kawasan Hutan Simpan kekal mestilah dielakkan. ii.Kesedaran Rakyat dan Pihak Berwajib soal Penjagaan dan Pemeliharaan Sungai-Sungai dari dicemari oleh bahan-bahan sisa pepejal, berair,bergas yang mengandungi Asid, Toksid dan elemen radio-aktif mestilah dibuat secara berterusan. iii.Isu Air yang melibatkan Kerajaan Negeri dengan Syabas dan Kerajaan Persekutuan mestilah diselesaikan segera demi kebaikan Rakyat Negeri Selangor iv.Pembinaan Industri yang berisiko tinggi mestilah jauh dari kawasan sumber air dan tempat tinggal rakyat v.Kualiti air dan penemuan sumber baru serta penambahbaikan pengurusan pentadbiran bekalan air merupakan agenda dalam pembangunan sosial–ekonomi rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5679-pas-sambut-hari-habitat-sedunia-di-shah-alam
Lynas: Malaysia jadi ‘tong sampah dunia’ ? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pemuda DAP Kebangsaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan Barisan Nasional yang cuba menjadikan Malaysia sebagai ‘tong sampah dunia’ melalui projek pembangunan nadir bumi oleh Lynas di Kuantan, Pahang. Timbalan Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan Jenice Lee berkata, kempen yang telah dijalankan bersama penduduk-penduduk sekitar langsung tidak diambil peduli oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar, lapor Roketkini. “Pimpinan kementerian itu asyik tidur sahaja, malah respon mereka terhadap desakan kami hanya dibalas dengan kata-kata kononnya dengan pembukaan kilang Lynas itu ia akan membuka 400 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar,” katanya kepada Roketkini. Justeru, beliau berkata, dengan ketidakprihatinan terhadap alam sekitar, kerajaan seolah mahu menjadikan Malaysia sebagai tempat longgokan sampah sahaja. “Apabila kilang tersebut mula beroperasi, ia akan menghasilkan sisa-sisa yang tidak boleh dikitar semula dan kesan radioaktifnya tidak dapat diukur,” katanya. Jenice yang juga Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor memberi contoh mengenai loji pemprosesan Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah telah ditutup pada tahun 1992 berhubung beberapa kematian yang didakwa ada kaitan dengan leukemia dan keguguran. Menurutnya, punca kematian yang tidak dapat dijelaskan itu melibatkan wanita muda yang sihat yang tinggal di sekitar kawasan loji. “Malah, dalam pembentangan Bajet 2012 Barisan Nasional baru-baru ini isu pemeliharaan alam sekitar tidak tersenarai sebagai salah satu usaha pembangunan dan isu-isu seperti cyanide atau nadir bumi tidak disebut langsung,” katanya. Jenice yang juga Adun Teratai berkata, walau pun pebagai kempen dan protes telah dijalankan, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri BN langsung tidak mempedulikan tuntutan rakyat Kuantan khususnya. Beliau berpendapat, jika kerajaan benar bertanggungjawab terhadap rakyat, mereka harus menghentikan pembinaan kilang-kilang yang mengeluarkan produk-produk toksik dan berbahaya. “Rakyat tidak akan mendapat apa-apa manfaat dari kilang ini, malah rakyat perlu membayar pula kos kesihatan dan pencemaran yang dihasilkan kilang-kilang tersebut,” katanya. Oleh itu, menurutnya, Pemuda DAP bersama kumpulan masyarakat madani dan penduduk tempatan akan memperluaskan lagi kempen itu ke peringkat kebangsaan agar seluruh rakyat Malaysia sedar akan bahayanya ancaman isu-isu radioaktif ini.. Sementara itu, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching berkata, kerajaan Najib telah melanggar janji rerformasi kebebasan politik apabila membiarkan pihak polis menyerang perhimpunan aman Himpunan Hijau 109 di Taman Gelora, Kuantan pada Ahad lalu. Katanya, tidak sampai tiga minggu Najib menjanjikan kebebasan, tindakan keras polis terhadap perhimpunan aman itu yang membantah pembinaan kilang Lyna. “Pihak penganjur telah mendapat permit polis untuk mengadakan perhimpunan aman itu tetapi polis menarik balik di saat-saat akhir atas alasan ada pihak lain akan mengadakan acara di tempat yang sama,” ujarnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang kesal kerana janji Najib dan BN gagal menyedarkan polis tentang hak dan tanggungjawab mereka untuk melindungi rakyat dan menjaga keamanan dengan cara yang tertib dan betul. – Roketkini.com |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5915-lynas-malaysia-jadi-tong-sampah-dunia-
Lynas: Mahathir patut pindah ke Gebeng |
Subky Latif |
PROJEK dan pelaburan Lynas di Gebeng, Kuantan terus terawang-awang apakah ia bahaya untuk alam sekitar atau ia selamat untuk didiami oleh manusia? Pakatan Rakyat menyokong Anggota Parlimen Kuantan, Fauziah Salleh mahu projek itu dikaji semula tetapi kerajaan Pahang yang mendapat sokongan pusat tidak bercadang untuk menangguhkannya. Tidak badan berwibawa dibentuk bagi membuat kajian atas projek yang dipertikai itu. Apa pun isu itu telah menimbulkan rasa ragu setengah penduduk atas keselamatan mendiami kawasan itu. Dr. Mahathir keluar dengan kenyataannya memihak kepada kerajaan Pahang, mengira ia tidak mengancam mesra alam dan selamat untuk semua. Tetapi tidaklah mudah bagi orang yang bimbang untuk menerima jaminan Dr. Mahathir itu. Dr. Mahathir boleh jadi bercakap betul, tetapi tidaklah mudah bagi meyakinkan semua orang. Jika pandangan Dr. Mahathir itu tepat, apa cara bagi meyakinkan orang-orang yang bimbang dengan keselamatan mereka? Ada satu cara bagi merdakan keraguan setengah orang itu. Ia itu Dr. Mahatahir dan setengah pembesar Pahang pindah ke Gebeng. Beli rumah di situ dan tinggal di situ. Bukan pergi sekali sekala. Tetapi banyakkan masa tinggal di situ. Menteri Besar Pahang, Dato’ Adnan Yaakub dan keluarganya juga pindah ke kawasan itu. Jika Dr. Mahathir bertindak pindah ke situ, maka ia boleh meyakinkan orang lain membenar projek itu dan menerima apa yang disangsikan. Apakah Dr. Mahathir terpaksa bertindak begitu? Tidak ada cara bagi menyakinkan orang lain, melainkan beliau terpaksa mengambil risiko menghadapi apa juga kemunginannya. Sekadar dia bercakap mengatakan selamat dan tidak bahaya tidak memadai. Tidak menyakinkan orang lain. Sebagai pemimpin Dr. Mahathir boleh mengambil contoh dari tindakan Rasulullah SAW dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Rombongan baginda disekat di Hudaibiyah. Tidak dibenarkan menunaikan Umrah. Rombongan sekitar 1,400 jamaah umrah terpaksa membatal niat umrah, terpaksa pulang ke Madinah. Hanya tahun akan datang baru boleh masuk Mekah bagi menunaikan umrah. Baginda bersetuju dengan tuntutan musyrikin Mekah. Para sahabat yang kanan dalam rombongan itu semuanya tidak gembira dengan persetujuan Rasulullah SAW itu. Mereka kira ia satu kekalahan bagi baginda. Musyrikin Quraisy menolak kalimah Muhamad Rasulullah dalam draf perjanjian Hudaibiyah yang ditulis oleh Saidina Ali kerana mereka tidak percaya baginda Rasulullah. Mereka menerima kalimah Muhammad saja. Baginda bersetuju tetapi Saidina Ali enggan memadam kalimah Rasulullah. Baginda mengambil draf itu dan memadam sendiri kalimah Rasulullah itu. Sebelum berangkat pulang ke Madinah baginda memerintahkan sekaliannya supaya bercukur atau memotong rambut bagi membatalkan niat umrah itu supaya bolehlah pakaian ihram ditanggalkan. Tidak seorang pun, termasuk Saidina Umar al-Khatab, melaksanakan perintah baginda. Ini menyebabkan baginda dukacita dan masuk berihak di khemahnya. Baginda menyatakan kepiluannya kerana perintah itu tidak dipatuhi oleh sekalian. Isterinya lalu menasihatkan baginda supaya keluar khemah dan mencukur rambutnya dulu, nescaya sekaliannya akan mengikut apa yang dibuat oleh baginda. Baginda pun keluar dan bercukur. Seluruhnya bercukur. Buat kali itu sahabat tidak melaksanakan perintah baginda, maka baginda terpaksa menjalannya dulu, maka orang lain pun akan mengikut perbuatannya. Dalam hal ini jika Dr. Mahathir mengikut contoh yang ditunjuk Rasulullah SAW itu, pindah ke Gebeng, berumah tangga di situ. Bersedia mengambil risiko walau pun apa yang terjadi. Apabila dia pindah di situ berjamaah bersama penduduk setiap waktu, moga-moga percaya mereka, projek itu tidak mengancam keselamatan orang ramai. Tetapi sekadar kata ia selamat, tak jadi. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/5930-lynas-mahathir-patut-pindah-ke-gebeng
Lynas: Masih angkuh dengan tuntutan rakyat |
Huzir Sulaiman |
Walaupun kami tidak menyokong panel antarabangsa IAEA kerana peranan mereka yang tidak berfungsi secara sepenuhnya sebagai penggubal undang-undang malah dilihat lebih sebagai penggalak kepada penggunaan tenaga nuklear serta penglibatan beberapa anggotanya sebagai penasihat kepada syarikat-syarikat yang menggunakan tenaga itu, Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui MITI dan MOSTI harus bertanggungjawab kepada 11 cadangan penambahbaikan badan antarabangsa itu sebelum LYNAS dibenarkan beroperasi. Walaupun MITI serta AELB mengakui kegagalan mereka di dalam ‘public engagement’, usaha-usaha reformis ke arah penambahbaikan itu masih kekal tidak kelihatan sehingga ke hari ini khususnya perjumpaan demi perjumpaan dengan Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (BADAR) yang mewakili kepentingan penduduk terdekat dengan Kilang LAMP milik LYNAS itu. Dimanakah kesungguhan mereka bila gendang 1Malaysia dipalu keseluruh negara dengan sogokan palsu “Rakyat Didahulukan”? Dimanakah komitmen Lokal Agenda 21 Kerajaan Negeri Pahang? Bukankah plan perancangan 11 penambahbaikan IAEA itu harus dibentangkan kepada pihak awam terlebih dahulu? Bukankah AELB berjanji untuk melibatkan BADAR di dalam proses menilai kesemua dokumen LYNAS itu khususnya yang berkaitan dengan pengurusan sisa radioaktif jangka panjang? Dimanakah kesungguhan mereka untuk memenuhi tuntutan BADAR itu? Kenapa cadangan BADAR untuk dibatalkan kesemua kelulusan lalu agar penilaian semula dilakukan khususnya Penilaian Terperinci Alam Sekitar (DEIA) bersama-sama dengan rakyat, pakar dan juga NGO-NGO yang berkaitan tidak diendahkan? Inilah polemik murahan UMNO dan konco-konco mereka khususnya MCA yang tidak henti-henti bermuka-muka dan dayus menipu kaum Cina dan Melayu. Disebalik semua ini, LYNAS masih tetap angkuh dengan melancarkan FASA 2 pembinaan serta bersikap optimistik untuk meneruskan niat haram mereka membawa masuk bahan mentah itu dari Mount Weld Australia ke Gebeng Kuantan HUJUNG BULAN INI walaupun pihak AELB dan pihak awam masih belum menilai satu pun dokumen-dokumen yang diserahkan. Kenapakah sikap mereka tidak ubah seperti PENJAJAH yang busuk dan zalim? kalau bukan kerana sayangnya UMNO dan MCA kepada mereka. Sayang seribu kali sayang, UMNO dan MCA masih ditampuk kuasa. Dan selagi itu, LYNAS akan terus menari-nari dengan labunya. HENTIKAN BN, HENTIKAN LYNAS! |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/5970-lynas-masih-angkuh-dengan-tuntutan-rakyat
Lynas: Setuju pandangan Subky |
Pemuda Tua |
Saya amat bersetuju dengan cadangan Sdr.Subky Latif yang dipetik dari Harakahdaily bahawa Tun M harus berpindah dengan seberapa segera ke Gebeng Kuantan Pahang. Jemputan yang harus juga disambut oleh MB Pahang, Exco-exco mereka serta mereka-mereka yang menyokong kewujudan LYNAS di situ sebagai bukti keyakinan mereka kepada rakyat setempat bahawa LYNAS memang selamat untuk bertapak di Malaysia. Saya juga ingin mencadangkan lokasi penempatan mereka itu haruslah di dalam ZON IMPAK 5KM seperti yang tertera di dalam Laporan Kajian Alam Sekitar yang sudah diluluskan Jabatan Alam Sekitar pada bulan Februari 2008 walaupun Kajian Kesan Radiologi (RIA) ketika itu masih belum siap sepenuhnya manakala Kelulusan Membina telahpun dikeluarkan lebih awal pada bulan Disember 2007 yang lalu. Antara lokasi kediaman pilihan pertama yang boleh dipertimbangkan mereka adalah Taman Balok Perdana, Taman Balok Makmur, Kg.Sg Ular dan Kg.Hulu Balok yang merupakan lokasi kediaman terdekat dalam jarak 2-3KM dari lokasi Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) milik LYNAS itu. Pilihan lokasi lain yang melebihi 3KM juga boleh dipertimbangkan, antaranya ialah Kampung Berahi, Kg. Gebeng serta Kampung Selamat yang juga berada di dalam ZON IMPAK 5KM yang ‘Selamat’ itu. Yang pastinya, kepadatan penduduk sekitar 20 ribu orang di mana 87 peratus daripadanya adalah masyarakat Melayu mungkin tidak akan menjadi satu masalah besar kepada mereka-mereka yang PRO-LYNAS ini untuk hidup berjiran. Bukankah “Jiran Tetangga itu Membawa Berkat”. Antara tempat-tempat menarik untuk dilawati setelah bermastautin oleh mereka-mereka yang PRO-LYNAS ini adalah kilang Polyplastics, Erupee Sugar, Kaneka, Flexsys, Eastman, WR, Cryovac, BP Chemicals dan MTBE yang juga hampir dalam jarak 1-3KM daripada lokasi Kilang LAMP milik LYNAS itu. Kepada mereka-mereka (PRO-LYNAS) yang berminat untuk bermandi-manda bolehlah mencuba beberapa lokasi menarik ini, antaranya Sg.Balok yang mempunyai Indeks Kualiti Air di sekitar tahap 2 dan 3 (Tahap 3 bermaksud ‘Rawatan Diperlukan Segera’) manakala Pantai Cherating yang juga berada dalam ZON IMPAK itu. Yang pastinya, Air sisa yang telah ‘dirawat’ dari tapak Kilang LAMP milik LYNAS itu yang dilepaskan pada kadar 330m3/sejam - 500m3/sejam pasti akan ‘memulihkan’ Indeks Kualiti Air Sg.Balok itu. Mereka-mereka yang PRO-LYNAS ini juga boleh mengamati suasana indah proses pengangkutan 66,000 tan "Rare-Earth Concentrate(REC)" bahan mentah yang dieksport ke Gebeng Kuantan melalui Pelabuhan Freemantle Australia dalam masa setahun dengan kekerapan sehari pengangkutan lori dari Pelabuhan Kuantan ke tapak Kilang LAMP secara purata sebanyak 13 kali sehari selama 6 hari seminggu. Kenapa saya menyokong cadangan Sdr.Subky Latif itu sebenarnya adalah kerana ia merupakan satu tindakan yang pernah dilakukan oleh keluarga kepada pengasas sebuah Syarikat DUPONT bernilai 25 Billion USD satu ketika dahulu yang kini terkenal sebagai pengamal utama Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran terbaik dunia semenjak tahun 1802. Keluarga mereka tinggal di tapak Kilang sebagai bukti kesungguhan, komitmen dan keyakinan mereka untuk memastikan keselamatan kilang serta pekerja-pekerja mereka berada di tahap yang tinggi. Jika mereka-mereka yang PRO-LYNAS ini sentiasa mementingkan keselamatan penduduk setempat dan pekerja mereka sebagai keutamaan melebihi keuntungan ekonomi, saya syorkan LYNAS dan mereka-mereka yang menyokong LYNAS itu agar dapat dengan seberapa segera mencontohi tindakan pihak pengurusan DUPONT ini serta menyahut cadangan Sdr.Subky Latif untuk bermastautin di Gebeng Kuantan agar keyakinan dan persepsi rakyat terhadap pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan impak Persekitaran khususnya ancaman radioaktif dari Kilang LAMP milik LYNAS ini dapat diperbetulkan dan diperbaiki demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keluarga dan keturunan mereka. Adakah anda (PRO-LYNAS) berani atau tidak berani? |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6043-lynas-setuju-pandangan-subky
Lynas: Mustapa putar belit kenyataan Presiden PAS |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 2 Nov: PAS mengecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang memutar belit kenyataan presiden parti itu mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh syarikat Australia, Lynas Corporation Ltd (Lynas). Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad berkata, tindakan Mustapa yang merujuk kepada kenyataan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum keputusan rasmi dibuat parti itu adalah tidak wajar. "Pihak menteri pun bertindak dengan tidak bertanggungjawab dengan merujuk kepada kenyataan yang dibuat (Hadi) sebelum PAS buat keputusan rasmi selepas kita bermesyuarat," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ustaz Hadi dalam muktamar PAS Jun lalu ada menyebut akan merujuk mengenai tahap keselamatan projek pembinaan tersebut kepada pakar-pakar dalam bidang berkaitan daripada parti itu sendiri. "PAS buat kenyataan rasmi bahawa pembinaan Lynas berbahaya dan tidak boleh diteruskan sebelum Lynas memberikan penjelasan kepada penduduk. "Menteri putar belit kenyataan Presiden dengan menggunakan hujah (Ahli Parlimen) Hulu Langat yang daripada sisi beliau sebagai pakar nuklear. "Mengikut disiplin nuklear memang tak selamat tapi kena ikut disiplin yang lain juga," katanya. Dr. Che Rosli Che Mat, Ogos lalu mengeluarkan kenyataan bahawa projek pembinaan tersebut tidak berbahaya kepada penduduk setempat. Bagaimanapun kata Khalid, ianya merupakan pandangan peribadi beliau, bukan pendirian PAS dan disokong Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut bersama pada sidang media tersebut. Cabar menteri bincang Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mencabar Mustapa berhujah dengannya mengenai perkara tersebut, bukan hanya mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta Lynas sahaja. "Menteri harus mendapatkan input alternatif sebelum berhujah...jangan guna input Lynas semata-mata, seperti yang saya katakan Menteri seolah-olah menjadi jurucakap Lynas. "Saya cabar menteri kalau benar-benar ikhlas, dengar apa saya nak cakap. Saya ada banyak input alternatif yang saya nak kongsikan. Kalau beliau sedia, saya pun bersedia," katanya Tambahnya, pihaknya sangat kecewa dengan tindakan menteri yang menggunakan kuasa beliau untuk mendapatkan liputan media bagi menunjukkan kononnya semua pihak bersetuju dengan Lynas. "Kita sangat kecewa dengan menteri yang tidak berlandaskan fakta dan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapat liputan media," katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat. Semalam, Mustapa sewaktu menjawab pencelahan Fuziah sewaktu membahaskan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat semalam berkata majoriti penduduk bersetuju dengan pembinaan projek tersebut selepas pertemuan dan penerangan dilakukan dengan pihak terbabit. Namun, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar membantah perkara itu kerana beberapa pertemuan yang dibuat dengan pihak berwajib menunjukkan projek tersebut tidak boleh diteruskan sehingga menepati piawaian. "Lajnah Alam Sekitar dah lakukan pertemuan dengan pihak berwajib sepert Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Menteri Besar Pahang kita gagal jumpa kerana tidak pernah ada di pejabatnya. "Akhirnya pertemuan dengan Ketua Setiausaha Miti dan beliau berkata Miti akan hentikan dulu projek ini sekiranya tidak menepati prosedur," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6324-lynas-mustapa-putar-belit-kenyataan-presiden-pas-
Lynas: MB Pahang dituntut mohon maaf |
Khairil Abdul Rahim |
KUANTAN, 13 Nov: Gabungan Hentikan Lynas (GHL) menuntut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memohon maaf di atas kesilapan beliau menyebut bahawa bahan di Bukit Merah adalah bukan tanah jarang (rare earth) semasa temuramah beliau dengan aktivis Australia Ryan Albrey baru-baru ini. GHL dalam kenyataan yang diedarkan kepada media menyebut, mereka amat terkilan dengan kenyataan Adnan dalam temuramah tersebut bahawa Asian Rare Earth (ARE) itu hanya merupakan nama syarikat tetapi tidak memproses tanah jarang. GHL mendakwa, kenyataan Adnan itu merupakan satu tuduhan palsu dan tidak berasas kerana ARE menghasilkan Yttrium daripada Monozite sementara Yttrium pula merupakan bahan mentah untuk menghasilkan tiub untuk televisyen. “Mengikut definasi International Union of Pure and Applied Chemistry (IUPAC), tanah jarang terdiri daripada 17 jenis bahan, iaitu 15 jenis Lanthanides, Scandium dan Yttrium. Maka jelas bahawa kilang ARE memang menghasilkan tanah jarang, mana pula juga telah mengaut keuntungan besar dengan menggadaikan nyawa dan keselamatan rakyat tempatan. “Peristiwa pahit Bukit Merah telah memberikan satu iktibar besar kepada Rakyat Malaysia supaya jangan mengulangi kesilapan yang sama. GHL menganggap mungkin Adnan tidak berapa memahami peristiwa Bukit Merah sehingga boleh melontarkan kenyataan yang tidak berasaskan fakta, membuat perbandingan yang meremeh-temehkan perjuangan penduduk, dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa di Bukit Merah. “Justeru, GHL menggesa Adnan Yaakob meminta maaf kepada penduduk Bukit Merah atas kesilapan fakta tersebut,” tulis kenyataan tersebut. Selain itu, GHL juga berasa kesal dengan kenyataan Adnan yang berbaur rasis dan cuba memutarbelitkan isu sebenar di mana dalam temuramah tersebut beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Orang Cina di Malaysia cuba bersuhabat dengan negara China untuk menggagalkan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) supaya China boleh kekal memonopoli pasaran tanah jarang di dunia. “Ini merupakan satu tuduhan yang serius dan GHL harap Adnan dapat menunjukkan bukti atas dakwaan beliau. Jika tidak, Adnan selaku Menteri Besar Pahang bukan sahaja tidak peka terhadap kesejahteraan dan keharmonian masyarakt majmuk di Malaysia, malah cuba mengkaburi mata orang awam dengan andaian yang tidak berasas malah bersifat perkauman. “GHL ingin mengingatkan Menteri Besar Pahang bahawa rakyat Kuantan dan Pahang sedang meneliti tindaklaku dan perbuatan Kerajaan BN sekarang. Rakyat Kuantan yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama telah menghantar satu mesej yang jelas kepada pihak yang berkuasa bahawa mereka menolak Projek LAMP sepenuhnya. “Walhal, dalam temuramah tersebut Adnan sendiri mengakui bahawa Negeri Pahang tidak mendapat apa-apa daripada Projek LAMP melainkan cukai tahunan tanah dan cukai pintu sahaja.” Sementara itu, GHL juga meminta Adnan supaya hentikan percakapan yang bercanggah dari segi logik dan rasional. Misalnya, Adnan berkata semua perkara yang dijalani dalam kehidupan seharian ada risiko. Akan tetapi, Adnan sengaja mengabaikan hakikat bahawa Projek LAMP merupakan risiko lebihan yang disuapkan kepada rakyat dan generasi yang akan datang tanpa persetujuan mereka. “Dalam temuramah tersebut, secara semberono Adnan juga berkata bahawa keadaan hartanah turun harga merupakan satu perkara yang baik dan menasihatkan siapa yang ada duit untuk membeli hartanah yang sedang turun sekarang. “GHL menganggap kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Adnan ini hanya menunjukkan kelalaian dan kecetekan pandangan beliau terhadap Projek LAMP serta hak dan kepentingan rakyat justeru GHL meminta Adnan berhenti menjadi jurujual kepada LAMP dengan kata-kata yang manis tetapi tidak masuk akal dan tidak membawa makna. “Apa yang rakyat harap adalah sikap pihak pemerintah yang akur dan mendengar kepada suara rakyat, tetapi bukan sikap politik yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus kekal berkuasa sahaja,” kenyataan tersebut dipetik. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6483-lynas-mb-pahang-dituntut-mohon-maaf
Lynas: Kenyataan MB sekadar tutup kelemahan |
Khairil Abdul Rahim |
KUANTAN, 21 Nov: PAS Pahang menganggap kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa kerajaan meluluskan projek pembinaan loji nadir bumi Lynas kerana tidak membahayakan nyawa orang ramai, hanyalah untuk menutup kelemahan setelah mendapat bantahan penduduk. Kata Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad, bahkan Adnan cuba menutup isu sebenarnya iaitu tempat buangan sisa pemprosesan berkenaan yang menjadi keresahan penduduk kerana kesannya amat berbahaya. “Apa yang menjadi kebimbangan penduduk ialah kesan sisa buangan daripada kilang berkenaan kerana setakat ini pihak Lynas masih gagal mengemukakan pelan pengurusan sisa buangan dan yang penduduk tahu sisa tersebut akan ditanam di Gebeng. “Bayangkan dalam tempoh 20 tahun ribuan tan sisa akan terhasil dan sisa buangan inilah yang membawa bencana kepada penduduk di Bukit Merah, Perak. Tetapi isu ini tidak dijawap. “Pada 1986, Menteri Besar Perak kata kilang proses nadir bumi selamat, Menteri Alam Sekitar pun kata selamat. Tetapi apabila berlaku bencana akibat sisa buangan itu, akhirnya penduduk yang mendapat musibah dan kerajaan kena keluar belanja berjuta ringgit menguruskan sisa buangan,” katanya sebagai respons kepada kenyataan Adnan di akhbar hari ini. Adnan ketika berucap dalam satu majlis di sini berkata sebagai Menteri Besar, beliau terlebih dahulu meneliti dokumen laporan mengenai pembinaan kilang itu sebelum ia diluluskan dan kerajaan tidak akan membahayakankan nyawa orang ramai kerana loji itu dibina bagi tujuan pemprosesan sahaja. Soal Suhaimi, kenapa diberitahu tentang pemprosesan sahaja tetapi tidak diberitahu kemana sisa prosesan itu dilambakkan. “Menurut kenyataan CEO Lynas sendiri, kerajaan Malaysia yang akan menguruskan sisa prosesan. Maknanya Lynas akan berlepas tangan, tapi kerajaan pula tidak pernah dedahkan pelan pelupusan sisa nadir bumi itu. “Akhirnya rakyat juga yang akan menanggung bencana. Jika sisa pemprosesan kilang tersebut dibawa balik ke Australia, rakyat tidak akan membantah,” tambah Suhaimi. Kata Suhaimi, pada hakikatnya pihak Kerajaan Pahang dan menteri besar sendiri sentiasa mengelak apabila persatuan penduduk cuba untuk bertemu dan berunding berkaitan Lynas. “Masa saya bersama Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar) menghantar memorandum ke pejabatnya dulu, MB melarikan diri dan arahkan kakitangannya dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tak terima memorandum. “Begitu juga dengan dialog yang sepatutnya diadakan 8 siri, hanya dibuat dua kali sahaja apabila tidak tahan dengan rakyat yang menyoal. Ini membuktikan kerajaan seolah-olah menyembunyikan sesuatu,” katanya. Sementara itu Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang didakwa Adnan (dalam berita berkenaan) telah memperbesarkan isu Lynas untuk tujuan politik, berkata Adnan membuat kenyataan begitu untuk mewajarkan pendiriannya sendiri. “Jika dia (Adnan) tuduh saya sengaja mempolitikkan isu Lynas walhal ia (Lynas) tidak bahaya, saya sebagai pemimpin yang dipilih rakyat sedia untuk berdialog dengan sesiapa saja mengenai isu itu. “Bagi saya kenyataan beliau bahawa agensi kerajaan negeri sedia membeli rumah di Gebeng jika penduduk di kawasan itu ingin menjual rumah mereka disebabkan pembinaan kilang Lynas, itu kenyataan yang ego dan tidak betanggungjawab. “Bila dia bercakap masih ramai yang memerlukan rumah (untuk tinggal di Gebeng), seolah-olah nyawa orang miskin tiada nilai manakala yang berkemampuan ada pilihan tinggal di tempat lain," katanya. Kata Fuziah, sepatutnya Adnan yang membeli rumah dan duduk di situ bagi membuktikan projek itu tidak bahaya bukannya menjadikan orang lain mangsa. |
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/6627-lynas-kenyataan-mb-sekadar-tutup-kelemahan
Ambil iktibar kebocoran kilang Lynas di Australia |
Khairil Abdul Rahim |
KUANTAN, 2 Dis: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) menggesa kerajaan ‘membuka mata’ dengan berlakunya kebocoran sisa radioaktif di Concentration Plant Lynas di Mt Weld, Australia baru-baru ini kerana kedudukan kilang Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng nanti dijangkakan akan membawa bahaya yang jauh lebih tinggi. Menurutnya, ini disebabkan kandungan radioaktif pada sisa pejal di Mt Weld ialah pada kadar 1.8 Bq|g sedangkan radioaktif sisa pepejal yang dijangkakan terhasil kilang itu di Gebeng ialah pada kadar 6 Bq|g. Tambahnya, kadar maksimum yang diterima antara bangsa pula ialah 1 Bq|g dengan Malaysia sendiri turut menerima pakai standard antara bangsa tersebut. “Bukan itu saja, dalam jarak 30 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak wujud penduduk di sana sedangkan dalam 30km radius di Gebeng ada terdapat 700,000 penduduk. “Sementara dalam jarak 25 kilometer radiasi Lynas di Mt Weld, tidak terdapat air bawah tanah sedangkan di Gebeng, kedudukan Lynas di Gebeng terletak di atas tanah gambut yang paras airnya lebih tinggi daripada paras air biasa dan sungai Balok berkedudukan disebelah Gebeng. “Lynas Gebeng juga terletak dalam lingkungan 5 kilometer dari Laut China Selatan, bersebelahan pusat peranginan Cherating yang menjadi tumpuan destinasi pelancong sementara perairan tersebut juga merupakan sumber hasil ekonomi tempatan di mana industri perikanan juga merupakan sumber ekonomi utama,” katanya. Tambah Fuziah, sebarang kebocoran jika berlaku di Lynas akan meninggalkan impak yang bakal memusnahkan alam sekitar serta ekonomi di samping kesihatan penduduk kerana tiada industri yang bebas seratus peratus daripada kemalangan termasuk Lynas terkecuali. Katanya, selama ini Lynas berselindung di sebalik Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang seolah-olah menjadi ‘jurucakap’ mereka. “Saya tegaskan bahawa Lynas tidak wajar berada di Gebeng kerana situasi di Gebeng sekali-kali tidak akan menepati segala aspek keselamatan mengikut piawaian antarabangsa. “Sebab itu saya menyambut baik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan, Datuk Rebecca Sta Maria yang menyatakan bahawa Lynas mesti mematuhi peraturan sebelum lesen pra-operasi boleh di keluarkan keatas LAMP ketika beliau melawat kilang itu di Gebeng kelmarin. “Janganlah cuba mengulangi kesilapan di tempat lain yang hanya akan menjadikan penduduk di Gebeng dan sekitarnya menjadi mangsa,” katanya. Beliau turut kesal sebelum ini pihak kerajaan cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa sisa dari Lynas adalah selamat sehingga boleh ditabur merata-rata dan percaya maklumat tersebut merupakan input daripada Lynas semata-mata. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6833-ambil-iktibar-kebocoran-kilang-lynas-di-australia
Sokong dedah senarai kontraktor Lynas |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Dis: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Adnan Yaakob di Dewan Undangan Negeri Pahang, semalam untuk meminta Lynas menyenaraikan kontraktor binaan membabitkan Lynas LAMP. Beliau berkata, selama ini rakyat hanya mengetahui berkenaan Ranhill dan UGL yang menjadi kontraktor utama pembinaan LAMP. "Gesaan Menteri Besar Pahang supaya Lynas mendedahkan senarai semua kontraktor akan memberi peluang kepada rakyat untuk memberitahu kepada mereka (kontraktor) bagaimana bentuk bahaya yang bakal dibawa oleh LAMP terhadap manusia dan alam sekitar kelak. "Sama ada kontraktor yang dilantik merupakan penyokong Pakatan Rakyat atau penyokong Barisan Nasional ia tidak membawa apa-apa perbezaan tetapi LAMP tetap merbahaya, tanpa mengira siapa yang membinanya. "Saya yakin bahawa beliau telah tidak menerima maklumat yang tepat berkenaan bahaya LAMP, dan besar kemungkinan segala maklumat yang disampaikan kepada beliau ialah maklumat dari Lynas sendiri," jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, Lynas cukup bijak di dalam mengelirukan orang ramai, termasuk juga mengelirukan agensi kerajaan dengan fakta yang mengelirukan, malah laporan IAEA juga tidak pernah mengatakan bahawa LAMP adalah selamat. Katanya, Adnan harus tahu selepas laporan IAEA dikeluarkan ada beberapa pindaan perlu dilakukan oleh AELB, akan tetapi AELB menggunakan seksyen 41 dalam Akta 304 (berkenaan kerahsiaan) untuk tidak mendedahkan tindakan tersebut kepada orang awam. Antaranya, kata beliau, satu peraturan baru dibawah Akta 304 telah terpaksa diperkenalkan bertajuk "Pengurusan sisa buangan radioaktif" untuk digunapakai khas oleh Lynas yang mana sebelum ini peraturan tersebut tidak wujud kerana sebelum ini Lynas mengatakan bahawa sisa dari LAMP merupakan sisa buangan industri yang mengandungi NORM yang tidak merbahaya. Katanya, pada bulan September lalu, AELB telah pun meluluskan pindaan ke atas lesen mengimport bahan mentah REO dari Australia oleh Lynas kepada lesen import eksport bahan radioaktif. Di samping itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah terpaksa mengaku di dalam Dewan Rakyat pada 14 November lalu bahawa sisa buangan dari LAMP bersifat radioaktif. Justeru, katanya IAEA meminta satu pelan jangka panjang pengurusan sisa buangan dari LAMP untuk sisa WLP berbentuk pepejal yang mempunyai bacaan 6 Bq|g menandakan sisa dari LAMP bersifat radioaktif. Selama ini, ujarnya Lynas berani bercakap hanya dari aspek radiasi luaran tanpa berani bercakap tentang radiasi dalaman dan juga tidak berani bercakap tentang sisa buangan berbentuk radioaktif (WLP solid waste) dari LAMP yang bertujuan mengelirukan semua pihak termasuk agensi Kerajaan. "Dan malang sekali buat rakyat kerana segala fakta yang mengelirukan oleh Lynas di ulang oleh pihak agensi Kerajaan sebelum ini tanpa usul periksa," katanya lagi. Beliau yakin Adnan yang berjiwa rakyat dan mahukan yang terbaik buat rakyat. Sehubungan itu, beliau juga menggesa Adnan mengarahkan supaya dikeluarkan juga kepada orang awam syarat-syarat yang dikenakan oleh JAS Pahang ke atas Lynas sewaktu JAS meluluskan laporan EIA pada 15 Februari 2008. "Saya tegaskan sekali lagi dengan berhujahkan fakta-fakta, bahawa isu LAMP ialah isu yang menggugat keselamatan awam dan Lynas harus ditangani bersama. Sekiranya pihak BN tidak terus mempolitikkan isu ini, ianya adalah lebih baik buat rakyat," ujarnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6881-sokong-dedah-senarai-kontraktor-lynas
SLC gesa kerajaan wajibkan Lynas jalankan DEIA |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Dis: Gabungan Hentikan Lynas (SLC) menggesa kerajaan mengundang Lynas supaya menjalankan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) atas Lynas Advanced Material Plant (LAMP) bagi memenuhi kriteria terbaru yang ditetapkan oleh kerajaan. SLC dalam satu kenyataan menyatakan, menurut ketetapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang dipaparkan di laman web bertarikh 20 Jun 2011, aktiviti tambahan yang memerlukan DEIA adalah “kegiatan yang melibatkan bahan radioaktif dan menghasilkan sisa radioaktif. “Jelas bahawa sisa buangan melalui proses Penapisan dan Penulenan Air (Water Leach Purification, WLP) dari LAMP adalah sisa buangan yang beradioaktif. Fakta ini juga dikenalpasti dan diperakui oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Parlimen pada 14 Nov 2011,” ujar SLC dalam kenyataan itu. SLC mengalu-alukan pengemaskinian terbaru JAS kerana ini membuktikan kerajaan mula mengambil berat atas pengendalian dan pengurusan sisa buangan radioaktif. Walaupun masih terdapat banyak kelemahan dari segi undang-undang yang berkaitan dengan alam sekitar terutamanya dari sudut pemantauan dan penguatkuasaan, SLC menganggap langkah tersebut menunjukkan satu titik permulaan kerajaan ke arah pengurusan alam sekitar yang lebih mantap dan profesional. SLC juga berharap kerajaan jangan memberikan alasan bahawa projek LAMP diluluskan sebelum ketetapan terbaru ini dan oleh itu boleh dikecualikan daripada DEIA. Menurut SLC lagi, LAMP merupakan kilang pemprosesan tanah nadir terbesar di dunia dan bakal memproses sebanyak 64,000 tan tanah nadir mentah dari Mt. Weld Australia serta berupaya menghasilkan 22,000 tan tanah nadir setahun. SLC juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa Kajian Awal Kesan Alam Sekitar (PEIA) LAMP diluluskan dengan cepat sekali oleh kerajaan iaitu hanya mengambil masa 3 minggu sahaja. Dari segi lokasi LAMP, jarak tapak tersebut hanya 2 km daripada kawasan penduduk terdekat, 4 km daripada pinggir pantai dan 25 km daripada Bandar Kuantan. Lingkungan 30 km jejari daripada tapak LAMP akan merangkumi 700,000 penduduk iaitu lebih kurang 47% daripada jumlah penduduk Pahang. Sementara itu, SLC juga menganggap bahawa DEIA dapat membantu LAMP memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mana kemudian juga dipersetujui oleh kerajaan Malaysia. Antaranya syarat ke-9 dan ke-10 menetapkan bahawa AELB dan Lynas harus mengerapkan komunikasi dengan pihak yang berminat dan terjejas. Jelas, DEIA yang mewajibkan perundingan awam dapat membantu memenuhi syarat-syarat tersebut. “Maka adalah menjadi satu kewajiban bagi sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab, profesional dan berorientasikan rakyat untuk memastikan pelaksanaan projek tersebut tidak menggadaikan keselamatan penduduk dan kelestarian alam sekitar,” ujar SLC lagi. Dengan itu, SLC menggesa kerajaan mengarahkan Lynas secepat mungkin supaya menjalankan DEIA bagi memulihkan keyakinan dan meningkatkan ketelusan projek tersebut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7241-slc-gesa-kerajaan-wajibkan-lynas-jalankan-deia
Fuziah mahu JAS berterus terang status Lynas |
Khairil Abdul Rahim |
KUANTAN, 31 Dis: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh (gambar) mahu Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang berterus terang kepada rakyat mengenai status sebenar kilang Lynas supaya tidak menyelewengkan pandangan awam mengenai isu kilang Lynas.
Fuziah dalam kenyataan medianya di sini, berkata Pengarah JAS sewaktu taklimat tertutup anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Khamis lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Lynas ialah kilang kimia dan bukan kilang radioaktif.
Kenyataan Pengarah JAS dalam masjlis di Kompleks Penyiaran Pahang, Tanah Putih dekat sini itu telah disiarkan sebuah akhbar harian semalam.
Kata Fuziah, beliau kesal dengan kenyataan Pengarah JAS itu yang sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana ia merupakan kenyataan 'separuh benar' yang berselindung di sebalik fakta.
“Mengapakah Pengarah JAS tidak boleh berterus-terang bahawa Lynas ialah kilang kimia yang akan mengeluarkan sisa buangan bersifat radioaktif di paras 6bq|g. Menteri Perdagangan Antarabnagsa (MOSTI) di dalam Dewan Rakyat pada 14 November juga telah mengakui bahawa WLP (water leach purification) solid residue -sisa berbentuk pepejal ialah sisa yang diklasifikasikan sebagai radioaktif.
“Bahawa Kilang Lynas juga merupakan loji pemrosesan nadir bumi yang terbesar didunia di luar negara Cina apabila ianya beroperasi sepenuhnya kelak dan akan mengeluarkan sebanyak 30% keperluan 'rare earth' didunia menggunakan bahan galian yang dibawa dari Australia dan kemudian di proses di Gebeng dimana sisa radioaktifnya akan di buang di Malaysia.
“Sisa pepejal bersifat radioaktif (WLP solid residue) yang akan di keluarkan nanti ialah sebanyak lebih dari 60,000 tan metrik setahun dan setakat ini masih belum ada jalan penyelesaian yang ditemui oleh Lynas berkenaan dengan pengurusan jangka panjang sisa buangan radioaktif tersebut, malah cadangan dari Lynas telah di tolak sekurang-kurangnya 3 kali oleh pihak AELB,” katanya. Menurut Fuziah, malangnya semua fakta tersebut tidak diutarakan dalam taklimat tertutup itu sehingga boleh membuatkan rakyat menjadi lebih keliru. “Sebenarnya Preliminary EIA untuk kilang Lynas diluluskan secara ekspres dalam masa 3 minggu oleh JAS Pahang iaitu diterima 21 Januari 2008 dan mendapat kelulusan pada 15 Februari 2008. Sedangkan Detailed EIA tidak pernah dipinta daripada Lynas oleh pihak JAS Pahang. “Pada 20 Jun 2011, pihak JAS telah pun meletakkan aktiviti seperti kilang Lynas ini diantara yang memerlukan DEIA. (Aktiviti memproses bahan radioaktif dan mengeluarkan sisa buangan radioaktif) - fakta ini menunjukkan bahawa aktiviti kilang ini termasuk didalam aktiviti yang memerlukan penelitian dan kajian terperinci berkenaan kesan pemrosesan di kilang ini terhadap alam sekitar dan kesihatan awam,” tambahnya. Katanya, kesemua fakta tersebut wajib di terangkan kepada orang ramai tetapi JASA pula mengadakan taklimat tertutup sehingga tidak membenarkan sebahagian dari meraka yang hadir dan wartawan untuk masuk ke Dewan Auditorium RTM. “Mengapakah Pengarah JAS perlu bersekongkol dengan JASA dalam taklimat tertutup? Bukan kah juga tanggungjawab Pengarah JAS ialah memberitahu perkara yang benar kepada rakyat dan tidak diperalatkan sebagai alat politik oleh pihak pemerintah yang mahu memutar belitkan fakta sebenar? “Jadi demi Rakyat, saya tuntut Pengarah JAS Pahang menjelaskan kebenaran kepada rakyat berlandaskan fakta sebenar. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7322-fuziah-mahu-jas-berterus-terang-status-lynas
Pelombong bantah guna sinida di lombong emas
Khairil Abdul Rahim, | 17 Jan 2012 |
RAUB, 17 Jan: Susulan keputusan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Richard Malanjum minggu lalu yang membenarkan permohonan penduduk bagi kebenaran merayu dalam isu penggunaan sinida (cynades) di lombong emas Bukit Koman di sini, akan memberi peluang penduduk mendapatkan keadilan.
Adun Tras Choong Siew Onn berkata, penduduk Kampung Bukit Koman yang mendakwa mengalami masalah kesihatan daripada penggunaan sinida dalam lombong emas di kawasan itu, boleh meneruskan perjuangan mereka daripada segi undang-undang bagi persekitaran bebas pencemaran.
“Mereka perlu mendapat keadilan untuk menghalang pengusaha lombong daripada menggunakan sinida kerana antara kesan yang dialami penduduk ialah gatal-gatal pada kulit, alahan dan mudah demam,” katanya.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan penduduk memulakan semakan kehakiman pada 1 Jun 2009 untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar yang meluluskan laporan awal Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) membabitkan lombong emas yang terletak berhampiran dengan tempat tinggal penduduk.
Penduduk diwakili peguam Malik Imtiaz Sarwar.
Bahan kimia sinida digunakan syarikat pelombong bagi ‘menarik’ emas tulen daripada campuran galian yang telah dilombong.
Sementara itu seorang wakil Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Cyanide Pelombongan Bukit Koman, Franchis yang hadir bersama Choong, berkata pihaknya telah menuntut beberapa perkara daripada pihak kerajaan.
“Penduduk minta kerajaan mendirikan satu alat pemantauan di sekitar perkampungan bagi memantau dan merekodkan tahap pelepasan bahan kimia termasuk sulfur dioksida melalui asap yang terapung di udara.
“Bukit Koman hanya terletak tiga kilometer dari bandar Raub dan terdapat sekitar 30,000 penduduk yang terlibat dalam lingkungan itu. Di situ terdapat Sungai Pasu dan Sungai Lui jadi sungai-sungai tersebut mesti dipantau kadar kandungannya.
“Penyiasatan terperinci harus dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan untuk mengetahui punca kemerosotan kesihatan penduduk akhir-akhir ini,” jelasnya.
Pelombongan di Bukit Koman telah diusahakan oleh Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd dan lokasi berkenaan telah dilombong emas sejak hampir 200 tahun lalu melalui penerokaan British semasa menjajah Pahang dulu.
Sumber HD : 17/01/2012

Debat Lynas: PAS minta Adnan jangan dolak dalik
Khairil Abdul Rahim, | 18 Jan 2012 |
KUANTAN, 18 Jan: PAS Pahang meminta Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berhenti berdolak-dalik sebaliknya serius untuk berdebat dalam isu Lynas jika tidak mahu dicop pengecut.
Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad berkata, Adnan tidak sepatutnya menganggap debat dengan Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sia-sia kerana isu tersebut terus menjadi kontroversi kepada umum.
“Jika tidak mahu dicop pengecut tetapi terus berdolak-dalik itu tak guna, debat ini penting supaya rakyat dapat didedahkan dengan maklumat sebenar tentang isu yang menghantui mereka,” katanya.
Suhaimi berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Adnan yang tampil di muka depan sebuah akhbar hari ini mendakwa beliau bukanlah seorang pengecut untuk berdebat Fuziah dalam isu Lynas.
Namun dalam masa yang sama awal-awal lagi beliau sudah menganggap debat tersebut adalah sia-sia kerana bakal dijadikan propaganda politik.
“Saya bukan pengecut. Saya tak gentar sekiranya Fuziah mahu ajak saya berdebat tetapi jika dia mahu menjadikannya isu propaganda, maka perdebatan itu sia-sia.
“Kita boleh berdebat dengan orang-orang bijak tetapi adakah kumpulan anti-Lynas ini bijak? Kita telah berikan mereka semua fakta daripada tetapi mereka masih tidak menerimanya,” katanya sebagaimana disiar media.
Sebelum ini Fuziah bersedia untuk menyertai debat yang dicadang akan dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perhimpunan Hijau, yang membariskan Fuziah, Adnan dan Ketua MCA Bahagian Kuantan, Datuk Ti Lian Ker berkaitan isu Lynas.
Fuziah mahu debat umum itu melibatkan semua pakar berkaitan supaya rakyat dapat mengetahui dan mendapatkan maklumat lebih tepat dan telus.
Isu Lynas menjadi topik hangat penduduk daerah ini sejak Kerajaan BN Pahang bersetuju membenarkan kilang memproses nadir bumi dari Australia yang dikatakan sudah ditolak oleh negeri-negeri lain itu beroperasi di Gebeng.
Suhaimi berkata, debat yang dicadangkan oleh NGO berkenaan adalah berikutan rakyat gagal untuk mendapat maklumat yang telus dan tepat mengenai Lynas.
“Dulu dianjurkan taklimat 8 siri tentang Lynas. Tetapi setelah orang ramai hadir dan bertanya, program penerangan itu dihentikan oleh penganjur selepas hanya dua kali berjalan.
“Kerajaan ada buat sesi penerangan tetapi secara terpilih dengan memanggil penyokong-penyokong Umno untuk diberi taklimat tertutup, bukannya secara terbuka kepada umum.
“Malam program yang serupa anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bangunan RTM baru-baru ini juga pesertanya dipilih-pilih, bukan semua orang boleh masuk.
“Jadi debat yang dicadangkan itu merupakan cara yang dicadangkan oleh NGO tersebut setelah rakyat dan penduduk Kuantan khususnya, dinafikan mendapat maklumat sebenar,” katanya.
Tambah Suhaimi, sebagai wakil rakyat Kuantan sudah tentu Fuziah mesti membela penduduk Kuantan yang dalam gementar berhadapan projek itu.
Sementara itu, pihak anti-Lynas juga telah membariskan 8 orang pakar dalam pelbagai bidang termasuk Dr Jayabalan yang pernah terlibat sebagai saksi dalam isu radio aktif Bukit Merah dulu.
Sumber HD : 18/01/2012

Himpunan Hijau akan demo bantah Lynas
Hazayani Zakaria, | 27 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 27 Jan: Satu gabungan rakyat yang dinamakan Kumpulan Himpunan Hijau akan mengadakan satu himpunan besar-besaran di Kuantan pada 26 Februari ini.
Himpunan Hijau 2.0 dengan tema Langkah Bestari "Pilihan di tangan kita" bertujuan membantah projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, setelah pelbagai usaha menyuarakan pandangan sebelum ini tidak diendahkan kerajaan.
Setiausaha Kumpulan Himpunan Hijau, Bang Seet Ping berkata, pihaknya komited dalam keadilan alam sekitar dan kemanusiaan serta akan berusaha menyelamatkan rakyat Kuantan daripada berhadapan dengan risiko pembinaan LAMP.
"Kita semua adalah rakyat biasa yang mengambil berat masa depan generasi muda kita.
"Kita tidak akan membenarkan kedatangan sebuah syarikat asing yang membahayakan nyawa anak cucu kita. Tanpa persetujuan rakyat, kilang-kilang sedemikian tidak akan dibenarkan untuk beroperasi," kata beliau pada sidang media bersama beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Sehubungan itu, Seet Ping berkata, Kumpulan HimpunanHijau mengajak semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan parti politik menyertai himpunan tersebut yang berlangsung dalam keadaan santai.
Ia dijangka berlangsung selama satu jam setengah bermula jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi.
Henti Lynas
Selain itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan yang bijak untuk memberhentikan projek tersebut sebelum pilihan raya umum ke-13.
"Jika tidak, rakyat akan menolak mereka yang zalim dan memilih mereka yang bersama rakyat.
"Isu Lynas ini sudah lama diperkatakan. Seluruh komuniti Kuantan terpaksa hidup dalam keadaan tertekan dan tidak selesa. Kita berasa masa dan ruang yang diberikan sudah mencukupi. Berapa lama lagi rakyat harus hidup menderita?" soalnya.
Sebelum ini, HimpunanHijau 1.0 telah diadakan juga di Kuantan pada 9 Oktober tahun lalu dengan kehadiran kira-kira 7,000 ribu rakyat.
Sertai HimpunanHijau 2.0
Sementara itu, pada sidang media sama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru seluruh ahli untuk turut serta dalam himpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap rakyat Kuantan.
"PAS menyokong penuh himpunan aman dan santai ini, dan menyeru ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat untuk turut serta.
"Rakyat negara-negara dunia ke-3 nampaknya kurang peka terhadap hal-hal alam sekitar. Jadi PAS berterima kasih kepada NGO yang bagi kesedaran kepada masyarakat dalam isu ini," kata beliau.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, permit akan dipohon bagi himpunan tersebut dan berharap polis akan memberi kerjasama.
"Himpunan ini bukan demonstrasi, tidak berarak sebaliknya hanya berkumpul setempat dan akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik.
"Tiada perarakan dan tidak akan melibatkan kesesakan lalu lintas, jadi tiada masalah untuk polis beri kebenaran," katanya yang juga Pessuruhjaya PAS Pahang.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang komited membawa isu ini di Parlimen pula berharap kerajaan akan membuka mata terhadap suara rakyat ini.
"Kita sudah banyak kali menyuarakan pandangan dan bantahan kerana kesan yang sangat bahaya terhadap penduduk sekitar.
"Jadi kita akan berusaha untuk memastikan projek ini dibatalkan," kata Naib Presiden PKR itu sambil menambah, akan turut mengerah ahli PKR menyertai himpunan tersebut.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifly Omar dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Sumber HD : 27/01/2012

Pengerusi Eksekutif Lynas berniat jahat
Harakahdaily, | 01 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS menyelar kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang mendakwa bahawa PAS menyokong kilang Lynas dan isu tersebut hanya merupakan pandangan sebelah pihak dari Fuziah Salleh dan PKR sahaja.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan tersebut berniat jahat untuk memesongkan fokus rakyat berkenaan isu sebenar yang timbul berikutan pembinaan kilang kontroversi tersebut dan berniat untuk memecah-belahkan penentangan rakyat terhadap operasi mereka.
Tegasnya, perjuangan menentang pembinaan dan pengoperasian kilang tersebut adalah perjuangan semua golongan rakyat yang prihatin tanpa mengira kaum, agama dan bangsa demi memelihara alam sekitar dan masa depan generasi akan datang.
“Malangnya sebahagian besar masyarakat Melayu disekat dari mendapat maklumat yang telus dan terbuka tidak sebagaimana masyarakat Cina yang bebas menilai maklumat dan membuat penilitian berdasarkan ilmu dan akal yang waras selepas menilai pelbagai kemungkinan dan kesan yang akan timbul kelak,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, maklumat yang disampaikan kepada kebanyakan rakyat terutamanya orang Melayu lebih berbentuk satu hala dan lebih kepada momokan yang memburukkan mereka yang menentang kilang tersebut.
PAS, tegasnya lagi adalah konsisten melalui dan tidak pernah berganjak dari pendirian awal menentang projek tersebut.
Katanya, usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota disokong sebulat suara lalu di panjangkan kepada Muktamar PAS Kawasan Indera Mahkota yang juga disokong secara konsensus.
“Usul ini kemudiannya dipanjangkan ke peringkat PAS negeri Pahang dan seterusnya diluluskan dalam Muktamar PAS Pusat,” jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau berkata, PAS Indera Mahkota seterusnya menubuhkan Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) bagi menyelaraskan asktiviti dan gerak kerja mewakili parti bagi menentang projek tersebut dan BADAR kini merupakan organ parti yang bernaung di bawah Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.
Jelasnya lagi, Tuan Guru Presiden PAS telah menyerahkan mandat PAS kepada Lajnah Alam Sekitar di bawah pimpinan Zulkefly Mohamad Omar untuk bersama-sama dengan penduduk Pahang menentang projek itu.
Katanya, kehadiran dan sokongan dua tokoh utama PAS iaitu Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis Makan Malam Perdana bagi mengutip dana untuk tindakan mahkamah ke atas Lynas pada 7 Januari lalu satu lagi isyarat jelas pendirian kepimpinan utama PAS terhadap isu Lynas.
Beliau menambah, penglibatan segelintir ahli dan penyokong yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung adalah atas dasar peribadi dan tiada kena mengena dengan dasar dan pendirian PAS.
Justeru itu, ujarnya tidak timbul isu PAS menyokong Lynas sebagaimana yang di putar-belitkan oleh Curtis dan golongan-golongan yang berkepentingan dalam projek tersebut.
Katanya, pendirian Curtis bahawa pelabur asing tidak akan datang ke Malaysia sekiranya pembangkang membatalkan projek ini apabila berkuasa nanti adalah sama sekali tidak berasas.
“Saya bersetuju dengan kata-kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh bahawa sebaliknya pelabur asing mana yang sanggup datang ke Kuantan yang bakal dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi kerana radiasi kilang Lynas tersebut,” ujarnya.
Sebaliknya, kata beliau Curtis perlu menjawab dengan jujur mengapa kontractor AkzoNobel yang membekalkan resins untuk pembinaan kilangnya di Gebeng seperti yang didedahkan New York Times.
Soalnya, bagaimana pula masalah kelembapan yang dibangkit AkzoNobel yang menjadi sebab penarikan kontraktor tersebut dalam pembinaan tangki pemprosesan nadir bumi, yang dikatakan tidak stabil dan bakal berlaku kebocoran dan menyebabkan pencemaran.
“PAS tegas dengan keputusannya dan berjanji akan menghalang kilang Lynas habis-habisan. Sekiranya kita diberi kuasa memerintah kelak, PAS berjanji akan memansuhkan operasi kilang ini dengan serta merta.
“Seperti kata Mursyidul Am, rakyat boleh membantu untuk menghentikan kilang Lynas dengan mudah – buang BN, ambil PR!” katanya.
Sumber HD : 1/02/2012

Harakahdaily, | 02 Feb 2012 |
KUANTAN, 2 Feb: Jarum jam bom jangka Lynas telah bergerak! Itulah reaksi Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ke atas kelulusan lesen kendalian sementara (TOL) kepada projek kontroversi Syarikat Lynas Advanced di Gebeng oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) semalam.
“Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2 km dari kilang?
"Sampai hari ini, rakyat masih tidak faham mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko untuk rakyat. Dengan kelulusan lesen pra-operasi telah semalam bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak. Jangan sudah terhantuk baru terngadah!” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut kenyataan AELB semalam, Lynas untuk dibenarkan memulakan operasi memproses nadir bumi di bawah pengawasan yang ketat daripada pihak berkuasa dan berdasarkan lima syarat lain yang mesti dipatuhi oleh Lynas.
1) pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF);
2) pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu.
3) pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL.
4) Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan dan membayar Kerajaan Malaysia sebanyak USD50 juta secara ansuran.
5) Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.
Namun begitu, kelulusan AELB itu dikira sebagai mengejutkan kerana sebelum ini ramai yang menghantar surat bantahan kepada AELB semasa membuka ruang untuk rakyat memberikan maklum balas terhadap paparan dokumen permohonan lesen sementara oleh Lynas.
“Apa makna ribuan bantahan rakyat dibuat, kalau kerajaan langsung tidak memikirkan bantahan tersebut?” soal Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS.
Pada masa yang sama, akhbar New York Times (NYT) semalam melaporkan bahawa kilang RM2.5 bilion itu mempunyai masalah keselamatan dan kebimbangan kesihatan yang baru berikutan pengunduran kontraktor utamanya dari Belanda, AkzoNobel dari projek tersebut.
AkzoNobel membekalkan resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan gentian fiberglass bagi tangki berdinding konkrit yang boleh menahan haba dan kakisan, telah dikatakan menarik diri akibat tidak yakin dengan rekabentuk tangki tersebut, yang dijangka akan menyebabkan kebocoran.
Ratusan tan nadir bumi dengan tahap pencemaran radioaktif yang rendah akan dicampurkan dalam tangki dengan asid yang amat menghakis pada suhu lebih daripada 90 darjah Celsius.
Hakisan pada suhu yang tinggi dikatakan ideal bagi asid membubarkan bijih galian. Walau bagaimanapun, kaedah ini dilaporkan tidak stabil.
Menurut NYT, syarikat itu menarik diri dari projek berkenaan dan ini telah disahkan oleh pengerusi Lynas Corporation Nicholas Curtis.
“Penarikan diri kontraktor utama ini menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan. Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian,” kata Tuan Ibrahim.
PAS, katanya turut mendesak kerajaan dan Lynas untuk menjelaskan kenapa firma AkzoNobel yang merupakan kontraktor utama dari Belanda menarik diri dari projek Lynas di Gebeng sedangkan ia adalah pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.
Untuk menyelesaikan masalah ini, Tuan Ibrahim menyeru rakyat menyokong Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang yang bertekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti.
"Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini,” tegas beliau.
Sumber HD : 2/02/2012

Lynas: Beri lesen bukti abai rintihan rakyat
Hazayani Zakaria, | 03 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 3 Feb: PAS kesal dengan tindakan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) memberikan lesen kendalian sementara (TOL) kepada Lynas Corporation untuk memproses nadir bumi di Kuantan, Pahang.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Mohamad Omar berkata, pemberian lesen itu membuktikan AELB mengabaikan maklum balas rakyat yang tidak bersetuju dengan projek tersebut atas faktor keselamatan.
"PAS sangat kesal dengan pemberian lesen ini dalam pada isu rakyat yang menentang masih belum selesai.
"Pemberian lesen ini sangat tergesa-gesa tanpa mengambil kira suara rakyat yang amat risau kesihatan dan keselamatan mereka untuk jangka masa panjang," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Penasihat Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) itu juga tidak menolak ada agenda tersembunyi di sebalik kelulusan lesen tersebut.
"Dalam pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tahun lepas, setiausahanya, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria kata kilang Lynas ini perlu mematuhi 10 syarat laporan alam sekitar (EIA).
"EIA ini gagal dipatuhi tapi lesen telah dikeluarkan, seolah-olah ada agenda tersembunyi oleh pihak yang berkepentingan," katanya.
Semalam, Setiausaha Eksekutif AELB, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan mengumumkan pemberian lesen kepada Lynas Corporation dan berkata, baki nadir bumi yang diproses adalah di bawah tanggungjawab syarikat tersebut.
Sementara itu, Zulkifli mengulangi gesaan agar Abdul Aziz mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar New York Times mengenai artikelnya yang mengkritik pembinaan kilang yang disifatkan sangat berbahaya itu.
Abdul Aziz bagaimanapun menyanggah artikel tersebut.
"Dalam pertemuan dengan Datuk Abdul Aziz dahulu, saya ada menyuruh beliau menyaman New York Times jika artikelnya mengenai Lynas tidak benar tapi sekarang beliau tidak berbuat demikian. Kalau artikel itu salah, saman sahajalah, katanya.
Terbaru, New York Times menyebut terdapat kebimbangan keselamatan dan kesihatan berikutan tindakan kontraktor utama dari Belanda yang menarik diri dari projek itu.
Sehubungan itu, Badar akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan AELB meluluskan pemberian lesen tersebut selain meneruskan meneruskan mobilisasi ahli untuk turun ke Himpunan Hijau membantah Lynas di Kuantan, 26 Februari ini.
Sumber HD : 3/02/2012

Lynas: SLC sokong penuh Himpunan Hijau 26 Feb
Harakahdaily, | 08 Feb 2012 |
KUANTAN, 8 Feb: Gabungan Hentikan Lynas (Stop Lynas Coalition – SLC) menyokong penuh seruan Himpunan Hijau 2.0 yang bakal diadakan pada 26 Februari ini pukul 9.30 pagi di Padang MPK 1, berhadapan Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini.
Menurut Pengerusi SLC, Andansura Rabu program tersebut mesti disokong memandangkan matlamat Himpunan Hijau 2.0 ialah untuk menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan yang berjuang untuk kesejahteraan, kelestarian dan keadilan terhadap alam sekitar selaras dengan Piagam Bumi (Earth Charter).
Menurutnya, mengambil kira ancaman serius terhadap alam sekitar yang bakal terhasil jika kilang Lynas beroperasi kelak, sekretariat Himpunan Hijau memutuskan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 dengan menjadikan matlamat mendesak penutupan operasi Lynas di Malaysia sebagai perjuangan yang utama Himpunan Hijau buat masa ini.
Justeru itu, katanya SLC amat menghargai sokongan padu dari sekretariat Himpunan Hijau dan akan menggerakkan semua ahli-ahli lebih 20 NGO di bawah gabungannya untuk menjayakan himpunan tersebut.
Menurut sekretariat Himpunan Hijau, Seet Ping masanya sudah tiba untuk segenap lapisan masyarakat di negeri Pahang untuk bangun menyuarakan bantahan mereka demi masa depan anak-anak mereka.
Pandangan beliau dikongsi oleh Clayment Chin yang merupakan aktivis masyarakat dalam isu ini yang mengatakan sudah tiba masanya rakyat mengajar kerajaan yang memerintah agar menghormati hak-hak rakyat dan kemahuan mereka.
Rakyat harus diberikan kebebasan untuk menolak sebarang projek yang bakal mengundang masalah kepada generasi akan datang walaupun tiada kesan pada masa sekarang.
Sumber HD : 8/02/2012

Lynas: Kerajaan pertaruh nyawa rakyat
Harakahdaily, | 08 Feb 2012 |
KUANTAN, 8 Feb: Keputusan tergesa-gesa kerajaan melalui AELB dalam meluluskan lesen sementara TOL kepada Lynas mengundang seribu satu persoalan.
Bahkan tindakan tersebut menimbulkan gelombang baru kesedaran dan penentangan rakyat terhadap projek merbahaya tersebut.
Menurut Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad apa yang berlaku beberapa hari sebelum lesen tersebut dikeluarkan menimbulkan persoalan kepada rakyat apakah benar kerajaan sekarang terpaksa menurut sahaja tuntutan Lynas yang begitu terdesak untuk memulakan projek mereka dengan segera.
Katanya, jika tidak masakan Lynas kelihatan sedari awal lagi melaungkan keyakinan mereka untuk di berikan lesen sementara dalam tempoh terdekat.
Tambahan pula, ujarnya kenyataan Pengerusi Eksekutif Lynas, Nicholas Curtis yang dikeluarkan pada 30 Januari iaitu pada hari yang sama mesyuarat lembaga AELB yang menuduh PAS menyokong kilang Lynas seolah-olah ada kaitan satu sama lain.
“Tuduhan jahat beliau tersebut segera ditangkis oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang menerangkan bahawa PAS tetap teguh dengan pendiriannya menentang Lynas dan sama sekali tiada kaitan dengan individu ataupun projek di Lynas,” jelasnya.
Mengulas perkara yang sama, Pengarah BADAR, Andansura Rabu melahirkan rasa kesal beliau di atas sikap semberono kerajaan dalam menangani isu sebegini besar.
"Apabila kerajaan membuat syarat Lynas mesti membayar cagaran USD50 juta atau RM125 juta atas projek ini, ianya membayangkan 3 perkara yang amat menakutkan kita.
“Pertama projek ini sememangnya merbahaya sebagaimana yang kita perjuangkan selama ini.
“Jika tidak merbahaya mengapa perlu diletakkan deposit keselamatan? Kilang lain di Gebeng tidak perlu pun deposit sedemikian,” katanya.
Kedua, tanya beliau, berbaloikah RM125 juta itu dengan kesengsaraan rakyat yang mendiami kawasan sekitar kilang itu.
Jika sakit, katanya klinik swasta berhampiran jugalah yang akan mengaut keuntungan dan kerajaan pada masa itu entah apa alasan yang akan diberikan.
Ketiganya, kata beliau penerimaan cagaran tersebut seolah-olah menjadikan Pahang laksana 'tandas awam' yang mana bayar 20 sen dapat melepaskan hajat dan sisanya akan diurus oleh tuan tandas, begitulah nasib Pahang dan rakyatnya nanti.
Menurutnya lagi, dengan RM125 juta itulah juga akan digunakan andainya berlaku apa-apa kerosakan dan kemusnahan terhadap kawasan persekitaran di situ dan duit itulah yang akan digunakan untuk membersihkan sisa-sisa yang bakal ditinggalkan nanti.
“Rakyat yang sakit dan merana pandai-pandailah mencari ubat-ubatan sendiri. Yang kaya bolehlah ke hospital pakar swasta dan yang miskin tunggulah giliran di panggil petugas hospital kerajaan.
“Apakah nasib yang menimpa penduduk Bukit Merah, Perak bakal berulang di sini dan adakah rakyat Pahang bersedia menjadi bahan uji kaji atau tikus makmal?” ujarnya.
Justeru, ujarnya perhatikanlah bagaimana sukarnya proses menguruskan sisa di Bukit Merah.
Beliau bekata, pelaburnya sudah tiada, yang tinggal hanyalah sisa merbahaya yang terpaksa dilitupi batu menggunung yang menelan belanja lebih RM300 juta untuk menguruskannya.
Lynas, jelasnya adalah 10 kali ganda lebih besar dari ARE Bukit Merah dan sudah pastinya sisanya jauh lebih besar dan kawasan yang diperlukan tidak terkata luasnya.
“Kawasan manakah dalam negeri Pahang akan dinobatkan sebagai kawasan 'bertuah' untuk dihuni oleh 'najis' ini?
“Mungkinkah Pekan? Sekiranya Pekan sekalipun kita tetap menentangnya kerana ianya tetap sebahagian dari bumi Malaysia tercinta,” tegasnya.
Sebaiknya, kata beliau Lynas ditutup sahaja dan buatlah apa sahaja bahana di tempat asal galian tersebut berasal.

Rekod Tung Shin sebabkan jaminan Tiong Lai dipertikai
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Tragedi Penipuan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengenai tembakan gas pemedih ke Hospital Tung Shin membuatkan jaminan beliau untuk memantau keselamatan kilang Lynas terus dipertikai.
Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ke Tung Shin telah menyebabkan jaminan Tiong Lai dipertikaikan.
"Bolehkah kita mempercayai Pengerusi MCA Pahang dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan dan sekuriti pengendalian Loji Bahan-Bahan Maju Lynas (LAMP) di Kuantan?" soalnya.
Padahal, katanya, beliau telah menunjukkan sikap tidak endah, tidak profesional dan tidak bertanggungjawab dengan menipu dan menafikan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan Hospital Bersalin Tung Shin semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011?
Apabila dibuktikan bahawa polis memang telah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke dalam kawasan hospital, barulah Liow terpaksa memohon maaf secara terbuka.
Namun demikian, tidak ada tindakan yang telah diambil ke atas mereka yang cuba menutup isu ini dan memberi laporan palsu.
Kini, MCA Pahang telah mengumumkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Liow untuk memantau operasi LAMP yang baru sahaja diberi Lesen Kendali Sementara (TOL) selama 2 tahun oleh Kerajaan Persekutuan BN.
Bagi Ketua Menteri Pulau Pinang itu, pemberian TOL oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia untuk loji pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan membawa risiko kepada keselamatan, kesihatan dan juga nyawa rakyat di Kuantan, terutama sekali apabila dasar-dasar perlindungan antarabangsa masih lagi dipertikaikan.
Umum tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan BN bukan sahaja untuk bercakap benar tetapi juga untuk memantau keselamatan secara profesional.
Daripada menangani isu-isu yang serius, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengambil keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memastikan pematuhan LAMP dalam syarat-syarat yang ditetapkan dalam TOL.
"Mengharapkan kredibiliti dan profesionalisme Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk memantau keselamatan LAMP adalah tidak berbeza dengan mempercayai pihak berkuasa Malaysia untuk mengendalikan loji nuklear dengan selamat apabila stadium di Kuala Terengganu pun tidak boleh dibina tanpa keruntuhan bumbung," tegas beliau.
Salah satu daripada lima syarat adalah supaya Lynas menyediakan pelan terperinci dan juga lokasi Fasiliti Pembuangan Sisa (PDF) kepada AELB dalam tempoh 10 bulan dari tarikh pemberian lesen.
Dalam kata lain, AELB dan pihak pengawal selia sendiri tidak mempunyai cadangan pembuangan sisa radioaktif yang jelas daripada Lynas.
Di bawah TOL, Lynas akan bertanggungjawab penuh atas pengurusan sisa termasuk mengembalikannya kepada sumber asal jika perlu.
Tetapi Australia sudah menyatakan bahawa ia tidak akan mengambil balik apa-apa bahan sisa.
"Jika begitu, ke manakah sisa-sisa itu akan dikembalikan?
"Siapakah pakar dalam MCA Pahang yang akan memantau operasi Lynas dan mengenalpasti sama ada ianya selamat atau tidak?" kata Lim Guan Eng dalam kenyataannya.
Adalah jelas, kata beliau, MCA dan BN rela mengorbankan keselamatan rakyat demi keuntungan besar untuk syarikat tersebut dan juga pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dengan membenarkan pengendalian loji nadir bumi Lynas di Kuantan.
Sumber HD : 13/02/2012Bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ke Tung Shin telah menyebabkan jaminan Tiong Lai dipertikaikan.

'Terima kasih MB, tak halang Himpunan Hijau'
Khairil Abdul Rahim, | 15 Feb 2012 |
KUANTAN, 15 Feb: Pengerusi Himpunan Hijau 2.0 Nasrun Amir (gambar), mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang menyatakan kerajaan negeri tidak menghalang program berkenaan dan mahu ia direalisasikan.
Serentak dengan itu, beliau menyeru seluruh penduduk Kuantan yang berkesempatan agar hadir ke program berkenaan di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di sini 26 Februari ini bermula jam 10 pagi.
“Terima kasih Datuk Nan (Adnan) kerana memberikan kebenaran himpunan yang dirancang itu dan kita harap pengakuan tersebut dikotakan.
“Himpunan tersebut hanya mahu menyatakan rasa hati penduduk Kuantan yang mempunyai hak untuk bersuara dan sesuai dengan amalan hak-hak demokrasi dan kebebasan yang diizinkan undang-undang,” katanya.
Himpunan Hijau 2.0 yang terdiri daripada beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang kelulusan operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, sebelum ini merancang perhimpunan 20,000 orang yang mahu menyatakan bantahan.
Adnan pula dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar, berkata Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran dan menyambut mereka (peserta) dengan tangan terbuka kerana ia dianggap pelancongan dan akan menambahkan sumber pendapatan peniaga dan pengusaha hotel di bandar ini.
“Mustahil mereka yang datang tidak berbelanja, makan dan menginap di hotel di sini, jadi ia boleh meningkatkan pendapatan golongan peniaga.
“Kalau boleh, kita galakkan lebih ramai yang datang, lebih ramai lebih bagus, iaitu jadikan ia seramai 30,000 orang datang ke perhimpunan tersebut,” katanya sebagaimana disiarkan media.
Adnan mengakui negara ini adalah negara demokrasi dan menerima daripada mana mereka yang datang asalkan ia tidak melanggar undang-undang dan menggugat ketenteraman orang ramai.
“Lagipun ramai orang suka datang ke sini (Kuantan), cuacanya baik, polis baik tak tangkap orang, ada pantai.
“Mungkin selepas ini, ada pula tunjuk perasaan iaitu 40,000 yang membantah dan melawan balik mereka (Himpunan Hijau), jadi ia sekali gus meningkatkan lagi pendapatan peniaga,” katanya.
Adnan menegaskan ia tidak memerli usaha Himpunan Hijau dan ketika ditanya jika penjawat awam boleh menyertainya, ia bergantung pada kebenaran ketua jabatan masing-masing.
“Malah saya pun nak sertainya dan boleh berjumpa dengan mereka semua,” katanya yang juga mencadangkan supaya perhimpunan itu diadakan secara bersiri seperti Bersih.
Sementara itu, Nasrun, berkata program sehingga jam 12 tengahari pada hari tersebut akan diisi dengan pelbagai acara antaranya dendangan lagu Negaraku, baca doa selamatkan Malaysia, bacaan puisi oleh Sasterawan negara A. Samad Said dan pernyataan aspirasi kanak-kanak.
Difahamkan, ketika ini Himpunan Hijau sedang menunggu kelulusan permit berhimpun daripada polis dan MPK.
Sumber HD : 15/02/2012

Hentikan Lynas bukan sekadar benar himpunan
Hazayani Zakaria, | 16 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Kerajaan bukan hanya perlu membenarkan Himpunan Hijau 2.0, 26 Februari ini namun harus mendengar suara rakyat yang mahu operasi kilang nadir bumi Lynas di Gebeng dihentikan.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohammad Omar berkata, di samping kebenaran berhimpun, perkara yang dituntut jauh lebih besar iaitu mahu Lynas menutup kilang yang membahayakan keselamatan dan kesihatan penduduk Kuantan.
"Sudah sampai masanya suara rakyat Kuantan didengar dan kita mahu Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang bukan sekadar benarkan kita berhimpun tapi apa yang lebih penting, bertindak menghentikan projek itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Penasihat Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Adnan Yaakob yang tidak menghalang himpunan tersebut.
Sambil menyambut baik kenyataan itu, Zulkefly berkata, PAS dan rakyat Kuantan menuntut komitmen kerajaan untuk menjamin keselamatan penduduk.
"Lagi baik kalau kerajaan hentikan projek itu sekarang, jadi rakyat tak payah susah-susah nak berhimpun.
"Mereka tak payah nak perli kita, seolah-olah cakap, buatlah himpunan besar-besaran tapi kerajaan akan tetap teruskan projek ini," katanya.
Himpunan Hijau 2.0 yang disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dengan sokongan Pakatan Rakyat itu dijadualkan akan berhimpun di padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) bermula jam 10 pagi.
Semalam, Najib berkata kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap peserta himpunan kerana rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman.
Adnan pula dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar berkata, Kerajaan Negeri Pahang mengalu-alukan kehadiran dan menyambut peserta dengan tangan terbuka kerana ia dianggap pelancongan dan akan menambahkan sumber pendapatan peniaga dan pengusaha hotel di bandar ini.
Justeru, Zulkefly menyeru rakyat bukan sahaja penduduk Kuantan untuk turun ke perhimpunan tersebut tanpa rasa takut.
"PAS menyeru rakyat di seluruh negara turun menyatakan solidariti terhadap penduduk Kuantan yang diancam bahaya," katanya.
Sumber HD : 16/02/2012

Operasi Lynas: PAS sokong mohon semakan kehakiman
Muhammad Faizal, | 17 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar berkata, pihaknya dan badan bukan kerajaan (NGO), Stop Lynas Coalition (SLC) menyokong penuh tindakan penduduk mengemukakan satu tuntutan semakan kehakiman bagi meneliti kembali pemberian lesen sementara operasi Lynas di Gebeng, Kuantan.
Beliau berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana penduduk dan pihaknya tidak berpuas hati dengan kerajaan yang telah memberi lesen operasi sementara kepada Lynas.
"Apa yang kita tidak berpuas hati adalah tindakan kerajaan memberi lesen sementara kepada Lynas bagi mereka menjalankan operasi.
"Atas desakan tersebut, hari ini kami bersama SLC akan mengemukakan satu permohonan ke mahkamah bagi membuat semakan kehakiman terhadap pemberian lesen tersebut," jelasnya yang juga penasihat badan anti Lynas pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, hari ini.
Tambahnya, permohonan tersebut akan dilakukan melalui sistem e-filing pada petang ini.
"Kita berharap mahkamah dapat mengeluarkan arahan pembatalan kepada pemberian lesen tersebut walaupun ia hanya lesen sementara.
"Jika gagal untuk kita mendapatkan pembatalan kepada lesen tersebut, maka kita akan memulakan permohonan injunksi," sambungnya lagi.
Beliau turut memberitahu, pihaknya telah memulakan tindakan terhadap operasi Lynas dan semakan kehakiman itu merupakan tindakan pertama, seandainya pihak kerajaan masih lagi meneruskan operasi tersebut tindakan susulan akan dilakukan.
Sementara itu, Pengerusi SLC, Andansura Rabu memberitahu semakan kehakiman itu dibuat bagi tujuan agar lesen sementara itu ditangguhkan penguatkuasaannya.
"Kita mahu satu kajian impak alam sekitar dibuat semula secara terperinci dan mengikut peraturan serta dipamirkan kepada umum untuk bantahan.
"Dalam pada itu, Lynas perlu menghentikan segala operasi sehingga mereka mengemukakan kajian tersebut serta mendapat pandangan orang awam berhubung laporan mereka," katanya.
Tambahnya lagi, mahkamah perlu mengarahkan agar segala lesen yang diberikan ditangguhkan termasuk yang masih dalam permohonan mereka sehingga perkara yang penting itu dilakukan sepenuhnya.
"Kita berharap mahkamah akan membuat keputusan yang bijak demi kepentingan alam sekitar dan juga seluruh rakyat terutama rakyat yang berada di kawasan berdekatan," kata beliau lagi.
Permohonan semakan tersebut dilakukan melalui Tetuan Kanesalingam & Co yang mewakili sepuluh pemohon yang merupakan penduduk Kuantan manakala responden terdiri daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekitar dan Lynas Malaysia Sdn Bhd.
Permohonan semakan tersebut akan dikemukakan di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 3 petang ini.

Sumber HD : 17/02/2012
KUANTAN, 21 Feb: PAS Pahang mengarahkan setiap kawasan di negeri itu menghantar 1,000 ahlinya ke program Himpunan Hijau bagi membantah loji memproses nadir bumi Lynas, Ahad ini.
Pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi penyokong-penyokong PAS yang berada di parlimen-parlimen Kuantan, Indera Mahkota, Paya Besar dan Pekan diminta hadir lebih ramai lagi.
"PAS, parti dalam Pakatan Rakyat, NGO dan individu diminta hadir bagi menyatakan sokongan membantah kilang yang kita anggap bom jangka itu kerana lesen sementara operasi telahpun dikeluarkan oleh kerajaan.
“Semua pihak termasuk daripada Umno kita pelawa untuk hadir menyatakan bantahan kerana isu ini melibatkan kepentingan dan keselamatan negara,” tambahnya.
Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, setakat ini kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti serta ahli PAS dari Terengganu telah memberikan komitmen untuk hadir.
Katanya, kumpulan mahasiswa dan aktivis alam sekitar juga akan turut hadir bagi menyatakan sokongan.
Perhimpunan membantah Lynas di Gebeng itu merupakan yang kedua selepas perhimpunan pertama pada 9 Oktober di pantai Taman Gelora, Kuantan.
Perhimpunan kedua Ahad ini diadakan di padang awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) iaitu bersebelahan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 pada 26 Februari mulai bermula jam 10 pagi.
Sementara itu, Pengerusi Mobilisasi Himpunan Hijau 2.0 Nasrun Amir, berkata Jumaat ini tiga buah masjid iaitu Masjid Al-Fatah Batu 3, Balok dan Balok Makmor akan mengadakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat bagi memohon keselamatan dan kelancaran perhimpunan berkenaan.
Mengenai program pada Ahad ini Nasrun berkata ia akan diisi dengan pelbagai acara antaranya dendangan lagu Negaraku, bacaan doa selamatkan Malaysia, bacaan puisi oleh Sasterawan negara A. Samad Said dan pernyataan aspirasi kanak-kanak.
“Kami menjangkakan kehadiran sekitar 20,000 orang jika tanpa sebarang gangguan,” jelasnya
Sebelum ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob secara terbuka menyatakan kerajaan negeri tidak menghalang program berkenaan dan menganggapnya sah di sisi undang-undang.
Sumber HD : 21/02/2012
KUALA LUMPUR, 25 Feb: Himpunan Hijau 2.0 yang akan berlangsung esok tercetus setelah beberapa perbincangan dengan pihak bertanggungjawab menemui jalan buntu.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar) berkata, PAS sangat kecewa dengan maklum balas daripada beberapa pihak seperti Jabatan Alam Sekitar Pahang dan pejabat Menteri Besar sendiri berhubung kerisauan mereka mengenai risiko projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan.
"Bantahan kita dan himpunan esok berdasarkan beberapa perbincangan, bukan terus kepada perhimpunan.
"Pada mulanya kita mengadakan perbincangan dan dialog dengan pihak berkuasa dan saya sendiri pernah mengeatuai perbincangan dengan agensi kerajaan termasuk dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri," kata beliau kepada Harakahdaily semalam.
Malah katanya, sesi dialog juga sepatutnya diadakan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, namun beliau enggan bertemu dengan pihaknya mahupun menerima memorandum bantahan.
"Sebelum bertemu pihak yang lebih tinggi, Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) terlebih dahulu menyerahkan memeorandum ke pejabat Menteri Besar Pahang tapi beliau enggan bertemu dengan kita," katanya yang merupakan penasihat Badar.
Justeru katanya, perhimpunan esok merupakan kemuncak kepada usaha sebelum ini dan sebagai tanda solidariti lebih 80 badan bukan kerajaan (NGO) bersama penduduk Kuantan yang sedang berhadapan bahaya.
"Himpunan ini tidak ada perarakan hanya menghimpunkan rakyat seluruh negara dan khususnya rakyat Kuantan untuk menyatakan hasrat dan menyatakan pandangan dan isi hati mereka di atas pelaksanaan operasi kilang Lynas di Kuantan.
"Kita akan berhimpun secara aman ada pembacaan sajak oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan ada sedikit ucapan oleh NGO-NGO dan pemimpin politik.
"Selepas itu NGO-NGO akan menyatakan deklarasi mereka berkaitan pembangunan kilang lynas yang berisiko tinggi ini, mereka akan tandatangan bantahan mereka dan mereka akan buat penyataan secara beramai-ramai," katanya.
Sementara itu, perhimpunan esok berpindah ke Padang Kemunting, kira-kira setengah kilometer dari tapak asal himpunan iaitu Padang MPK.
Sumber HD : 25/02/2012
KUALA LUMPUR 25 Feb: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan bersama-sama dalam Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Pahang esok.
Presidennya, Ahmad Syukri Abd. Razab berkata, SMM bukan sekadar memberi sokongan kepada penganjur, malah akan terlibat sepenuhnya membantah projek yang membahayakan nyawa penduduk itu.
“SMM telah mengarahkan wakil-wakil pro-mahasiswa setiap universiti untuk terus memobilisasi mahasiswa di kampus masing-masing.
“Malah, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) telah bersetuju untuk mengerahkan ahli-ahli mereka untuk turun ke Kuantan,” jelas Syukri kepada Keadilandaily.
Menurut beliau juga, Pergerakan Belia dan Mahasiswa Demokratik Malaysia (DEMA) mengesahkan akan membawa rombongan menaiki bas dari Lembah Klang.
“Kami menganggarkan lebih 300 mahasiswa dari Lembah Klang yang akan menyertai Himpunan Hijau 2.0 nanti,” ujarnya kepada Keadilandaily.
Sebelum ini, SMM menubuhkan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR), khusus untuk membawa isu ini kepada masyarakat, seperti mengedarkan risalah dan juga memberi penerangan di sekitar ibu kota.
Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Ekhsan Bukharee berkata akan bersama-sama hadir di Himpunan Hijau 2.0 esok.
Beliau berkata, mahasiswa yang tidak berpeluang ke Kuantan akan berhimpun di pusat membeli-belah Maju Junction untuk menyatakan bantahan.
“Buat masa ini, kami sedang mengadakan ‘road show’ di Kelantan dan Terengganu untuk memberi penerangan kepada penduduk setempat dan juga mahasiswa di sini.
“Kami akan ke Kelantan pada hari esok (hari ini) untuk menyertai Kongres Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR). Program penerangan akan diadakan di Kota Bharu dan juga Kemaman, Terengganu,” jelas Ekhsan lagi.
Sumber HD : 25/02/2012
KUANTAN, 26 Feb: Hampir 20,000 rakyat Malaysia khususnya masyarakat Kuantan hari ini turun ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 bagi menyatakan solidariti membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).
Perhimpunan yang diberi nama Himpunan Hijau 2.0 hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO perihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.
Pelbagai cara bantahan dizahirkan bukan sahaja dengan memakai baju hijau, malah juga dengan membawa kain rentang, pengikat kepala, poster dan payung mengecam tindakan Lynas itu.
Antaranya tulisan seperti 'Stop Lynas', 'Save Malaysia', 'No Toxic Cyanide' dan belbagai lagi.
Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya Tionghua turut melaungkan slogan 'Selamatkan rakyat, Hancur Lynas, Say no to Lynas, undur Lynas, Pilihan ditangan kita dan sebagainya.
Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Selain mereka turut hadir memberi sokongan adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Himpunan yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu sekarang ini sedang berlangsung dengan ucapan wakil-wakil NGO dan tamat jam 11.20 pagi, sebentar tadi.
Sumber HD : 26/02/2012
KUANTAN, 26 Feb: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan akan membatalkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp) sebaik mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 20,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi ini.
"Kami dari Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan, sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan.
"Kami juga memberi jaminan semua tindakan merosakan alam sekitar, menibdas rakyat, merosakkan rakyat...akan kami tentang," tegasnya di atas pentas disambut laungan 'lawan tetap lawan' oleh para hadirin.
Pengumuman itu juga dilihat sebagai kemuncak kepada himpunan yang dihadiri pelbagai kaum hari ini.
Sebagai menyokong kempen Anti Lynas juga, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, satu usul tergempar akan dikemukakan di Dewan Rakyat pada persidangan parlimen Mac ini.
"Pada persidangan parlimen Mac ini, kita juga akan mengemukakan usul tergempar bagi menuntut kerajaan Barisan Nasional membatalkan Lynas," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Isu Lynas, ujarnya bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum.
Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu.
Sumber HD : 26/02/2012
PAS kerah ahli ke Himpunan Hijau 2.0 Ahad ini
Khairil Abdul Rahim, | 21 Feb 2012 |

Himpunan Hijau: Mengapa MPK bina penghadang?
Harakahdaily, | 23 Feb 2012 |
KUANTAN,
23 Feb: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoal tindakan Majlis
Perbandaran Kuantan (MPK) yang didakwa cuba menghalang Himpunan Hijau 2.0 di
padang MPK1 yang dijadualkan Ahad ini.
Tidak cukup dengan notis bahawa MPK akan menganjurkan perlawanan futsal di padang itu pada hari yang sama dengan himpunan itu, hari ini pula katanya beberapa orang pekerja sedang membina penghadang di keliling padang itu.
Menurut Fuziah, beliau telah menghubungi bahagian perhubungan awam MPK, dan seorang pegawai memaklumkan kepadanya bahawa penghadang itu bagi memudahkan projek menaik taraf padang MPK1 untuk acara Sukma pada bulan Julai 2012 yang sudah lama tertangguh.
"Bagaimanapun perbualan saya dengan pekerja (warga asing) itu, mendedahkan bahawa pekerja-pekerja ini telah dipanggil dengan tergesa-gesa ke Kuantan oleh MPK dan mereka datang dari Temerloh petang ini.
"Mereka juga menceritakan bahawa mereka masih tidak mempunyai tempat untuk tinggal malam ini," katanya sambil menambah seolah-olah terdapat tangan tersembunyi di belakang semua itu.
Beliau turut meminta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Anwar Yaakob agar mengotakan janjinya sebelum ini untuk tidak menghalang Himpunan Hijau 2.0 diadakan di negeri itu dan bukan bercakap dengan lidah bercabang.
"Tiada sebab untuk tidak memberi kebenaran untuk perhimpunan diadakan di padang tersebut.
"Adalah lebih baik mereka (MPK) meluluskan penggunaan padang untuk perhimpunan secara aman itu daripada membiarkan mereka berarak di atas jalan raya di Kuantan," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR.
Sidang Media Pengerusi Lajnah ASPP : http://www.youtube.com/watch?v=suAUk84c4ag
Sumber : HD - 24/02/2012

Himpunan Hijau 2.0 setelah perbincangan buntu
Hazayani Zakaria, | 25 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 25 Feb: Himpunan Hijau 2.0 yang akan berlangsung esok tercetus setelah beberapa perbincangan dengan pihak bertanggungjawab menemui jalan buntu.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar) berkata, PAS sangat kecewa dengan maklum balas daripada beberapa pihak seperti Jabatan Alam Sekitar Pahang dan pejabat Menteri Besar sendiri berhubung kerisauan mereka mengenai risiko projek pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan.
"Bantahan kita dan himpunan esok berdasarkan beberapa perbincangan, bukan terus kepada perhimpunan.
"Pada mulanya kita mengadakan perbincangan dan dialog dengan pihak berkuasa dan saya sendiri pernah mengeatuai perbincangan dengan agensi kerajaan termasuk dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri," kata beliau kepada Harakahdaily semalam.
Malah katanya, sesi dialog juga sepatutnya diadakan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, namun beliau enggan bertemu dengan pihaknya mahupun menerima memorandum bantahan.
"Sebelum bertemu pihak yang lebih tinggi, Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) terlebih dahulu menyerahkan memeorandum ke pejabat Menteri Besar Pahang tapi beliau enggan bertemu dengan kita," katanya yang merupakan penasihat Badar.
Justeru katanya, perhimpunan esok merupakan kemuncak kepada usaha sebelum ini dan sebagai tanda solidariti lebih 80 badan bukan kerajaan (NGO) bersama penduduk Kuantan yang sedang berhadapan bahaya.
"Himpunan ini tidak ada perarakan hanya menghimpunkan rakyat seluruh negara dan khususnya rakyat Kuantan untuk menyatakan hasrat dan menyatakan pandangan dan isi hati mereka di atas pelaksanaan operasi kilang Lynas di Kuantan.
"Kita akan berhimpun secara aman ada pembacaan sajak oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan ada sedikit ucapan oleh NGO-NGO dan pemimpin politik.
"Selepas itu NGO-NGO akan menyatakan deklarasi mereka berkaitan pembangunan kilang lynas yang berisiko tinggi ini, mereka akan tandatangan bantahan mereka dan mereka akan buat penyataan secara beramai-ramai," katanya.
Sementara itu, perhimpunan esok berpindah ke Padang Kemunting, kira-kira setengah kilometer dari tapak asal himpunan iaitu Padang MPK.
Sumber HD : 25/02/2012
Mahasiswa turut serta Himpunan Hijau 2.0 esok
Harakahdaily, | 25 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR 25 Feb: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan bersama-sama dalam Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan, Pahang esok.
Presidennya, Ahmad Syukri Abd. Razab berkata, SMM bukan sekadar memberi sokongan kepada penganjur, malah akan terlibat sepenuhnya membantah projek yang membahayakan nyawa penduduk itu.
“SMM telah mengarahkan wakil-wakil pro-mahasiswa setiap universiti untuk terus memobilisasi mahasiswa di kampus masing-masing.
“Malah, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) telah bersetuju untuk mengerahkan ahli-ahli mereka untuk turun ke Kuantan,” jelas Syukri kepada Keadilandaily.
Menurut beliau juga, Pergerakan Belia dan Mahasiswa Demokratik Malaysia (DEMA) mengesahkan akan membawa rombongan menaiki bas dari Lembah Klang.
“Kami menganggarkan lebih 300 mahasiswa dari Lembah Klang yang akan menyertai Himpunan Hijau 2.0 nanti,” ujarnya kepada Keadilandaily.
Sebelum ini, SMM menubuhkan Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR), khusus untuk membawa isu ini kepada masyarakat, seperti mengedarkan risalah dan juga memberi penerangan di sekitar ibu kota.
Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Ekhsan Bukharee berkata akan bersama-sama hadir di Himpunan Hijau 2.0 esok.
Beliau berkata, mahasiswa yang tidak berpeluang ke Kuantan akan berhimpun di pusat membeli-belah Maju Junction untuk menyatakan bantahan.
“Buat masa ini, kami sedang mengadakan ‘road show’ di Kelantan dan Terengganu untuk memberi penerangan kepada penduduk setempat dan juga mahasiswa di sini.
“Kami akan ke Kelantan pada hari esok (hari ini) untuk menyertai Kongres Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR). Program penerangan akan diadakan di Kota Bharu dan juga Kemaman, Terengganu,” jelas Ekhsan lagi.
Sumber HD : 25/02/2012
Bantah Lynas: 20,000 sertai Himpunan Hijau 2.0
Nazri Abdullah, | 26 Feb 2012 |
KUANTAN, 26 Feb: Hampir 20,000 rakyat Malaysia khususnya masyarakat Kuantan hari ini turun ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 bagi menyatakan solidariti membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).
Perhimpunan yang diberi nama Himpunan Hijau 2.0 hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO perihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.
Pelbagai cara bantahan dizahirkan bukan sahaja dengan memakai baju hijau, malah juga dengan membawa kain rentang, pengikat kepala, poster dan payung mengecam tindakan Lynas itu.
Antaranya tulisan seperti 'Stop Lynas', 'Save Malaysia', 'No Toxic Cyanide' dan belbagai lagi.
Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya Tionghua turut melaungkan slogan 'Selamatkan rakyat, Hancur Lynas, Say no to Lynas, undur Lynas, Pilihan ditangan kita dan sebagainya.
Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Selain mereka turut hadir memberi sokongan adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Himpunan yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu sekarang ini sedang berlangsung dengan ucapan wakil-wakil NGO dan tamat jam 11.20 pagi, sebentar tadi.
Sumber HD : 26/02/2012
Pakatan batal Lynas jika kuasai Putrajaya
Nazri Abdullah, | 26 Feb 2012 |
KUANTAN, 26 Feb: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan akan membatalkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp) sebaik mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 20,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi ini.
"Kami dari Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan, sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan.
"Kami juga memberi jaminan semua tindakan merosakan alam sekitar, menibdas rakyat, merosakkan rakyat...akan kami tentang," tegasnya di atas pentas disambut laungan 'lawan tetap lawan' oleh para hadirin.
Pengumuman itu juga dilihat sebagai kemuncak kepada himpunan yang dihadiri pelbagai kaum hari ini.
Sebagai menyokong kempen Anti Lynas juga, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, satu usul tergempar akan dikemukakan di Dewan Rakyat pada persidangan parlimen Mac ini.
"Pada persidangan parlimen Mac ini, kita juga akan mengemukakan usul tergempar bagi menuntut kerajaan Barisan Nasional membatalkan Lynas," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Isu Lynas, ujarnya bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum.
Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu.
Sumber HD : 26/02/2012
‘Jangan biarkan orang atas makan rakyat bawah’
Nazri Abdullah, | 26 Feb 2012 |
KUANTAN, 26 Feb: Sasterawan Negara, Datuk A Samad
Said dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut juga turut menyeru rakyat bersama
menentang sebarang usaha atau projek yang disifatkannya 'membahayakan nyawa'
manusia.
"Kita harus pertahan nyawa kita. Jangan biarkan segelintir kecil orang di atas 'makan' ratusan rakyat di bawah.
"Kita harus berlawan. Sediakan rumah yang baik untuk anak cucu kita," katanya ketika berucap pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di padang Majlis Perbandaran Kuantan, di sini pagi ini.
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut berucap pada program itu pula mahu rakyat menolak pemimpin yang bersekongkol dengan Lynas.
"Hari ini Bersih bersama Hijau. Kita tolak Lynas, kita tolak sesiapa sokong Lynas.
"Kita inginkan kerajaan yang dengar apa rakyat nak, bukan kerajaan yang nak rakyat dengar apa yang mereka nak," katanya.
Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat lain termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Penasihat dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.
Hampir 20,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum yang majoritinya Tionghua hadir menyatakan bantahan di perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 hari ini.
Perhimpunan hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO prihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.
Dihujung himpunan itu hari ini, mereka turut bertafakur sejenak bagi mendoakan kempen anti Lynas berjaya sehingga operasi Lynas dibatalkan.
Sebagai bantahan juga, mereka meletakkan tangan secara bersilang di dada masing-masing sambil membacakan ikrar.
Dua tuntutan dalam ikrar itu termasuklah mendesak agar kerajaan membatalakan segera projek nadir bumi Lynas yang disifatkan memudaratkan rakyat Malaysia.
Mereka juga mendesak agar kerajaan memastikan segala rancagan pembgunan adalah mapan dan sejajar dengan prinsip piagam bumi.

Lynas: Bantahan rakyat diterjemah pada PRU13
Muhammad Faizal, | 26 Feb 2012 |
KUALA
LUMPUR, 26 Feb: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad
menyifatkan segala kemarahan rakyat yang hadir pada Himpunan Hijau 2.0
membantah Lynas di seluruh negara hari ini akan diterjemaahkan pada pilihan raya
umum ke-13 nanti.
Tambahnya, segala balasan yang diberikan oleh rakyat itu akan ditanggung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keangkuhan beliau dan Kerajaan Persekutuan enggan mendengar rintihan rakyat terhadap bencana yang bakal menimpa apabila loji tersebut beroperasi.
"Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai setiap apa kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya yang membabitkan bencana alam sekitar serta nyawa manusia dalam jangka masa yang panjang," jelasnya sewaktu menghadiri Himpunan Hijau 2.0 di hadapan bangunan Maju Junction, di sini pagi tadi.
Beliau yang turut memberi ucapan di hadapan ratusan rakyat yang berhimpun itu menjelaskan himpunan hari ini menyaksikan penampilan demostrasi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini kerana ia melibatkan pelbagai kaum dan juga peringkat umur.
"Tahniah kerana hari ini rakyat berbilang kaum turut hadir menyatakan sokongan mereka terhadap membantah pembinaan loji Lynas itu, dan saya pasti mereka ini hadir buka atas dasar parti tetapi atas rasa tanggungjawab mereka.
"Saya melihat lebih kurang 50 peratus mereka berumur 30 tahun ke bawah dan ini satu yang mengejutkan kerana mereka inilah merupakan golongan pengundi muda yang boleh menentukan siapa yang mereka ini pilih pada pilihan raya nanti," ulasnya.
Dr Dzulkefly berpendapat, golongan pertengah inilah merupakan undi penentu dan pada masa ini ia merupakan isyarat awal kepada Barisan Nasional terhadap apa yang bakal mereka hadapi nanti.
"Mereka hadir kerana rasa tanggungjawab mereka kepada negara ini dan juga kepada generasi yang akan datang, sudah pasti apabila bantahan mereka tidak didengari oleh kerajaan maka undi protes akan berlaku secara senyap," sambung beliau lagi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menyatakan tidak ada apa-apa yang diperolehi oleh negara ini walaupun Lynas menyatakan akan untung RM8 bilion setahun dengan modal permulaan sebanyak RM700 juta kerana sikap murah hati kerajaan memberi pelepasan cukai hampir 10 tahun.
"Apa yang rakyat perolehi adalah kesan radioaktif serta malapetaka dan bencana alam sekitar yang akan ditanggung selama-lamanya, malah ia mengambil masa yang lama untuk ditangani secara selamat," kata beliau.
Himpunan aman yang bermula pada jam 9 pagi itu berakhir sekitar pukul 12 tengah hari.

Buang sisa Lynas dalam Sungai Lembing kerja gila
Mohd Azmi Abdul Hamid, | 07 Mac 2012 |
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing kerana kami berpendapat jika ini dilakukan, ia adalah tindakan gila.
Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?
Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat pembuangan sisa radioaktif, pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi.
Di sebaliknya ia akan memperlihatkan slogan ‘Cinta Sungai Kita’ yang selama ini dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan.
Jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi.
Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar.
Walaupun cadangan itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, interaksi air bawah tanah serta akhirnya menyambung ke sungai pasti akan memberi kesan yang merbahaya dalam jangka masa panjang.
Kami difahamkan Sungai Lembing yang dicadang itu adalah kawasan pelancongan yang dikunjungi ramai.
Teras bukan sahaja mengambil kira soal kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan bakal rosak yang tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan sisa radioaktif.
Kini yang menjadi polemik ialah di mana pembuangan sisa radioaktif itu hendak disalurkan.
Padahal kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan membenarkan Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono.
Tiba-tiba MB Pahang pula membuat kenyataan yang jauh lebih mengejutkan.
Teras menyelar kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berwewenang yang bukan sahaja mengelirukan malah menyusahkan pegawai kerajaan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat.
Yang jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
Malangnya setiap kali pengumuman dibuat, setiap kali kesilapan terserlah.
Najib yang cuba membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia, jelas sedang memperjudikan nasib masyarakat dan alam sekitar negara ini.
Rakyat tidak boleh dibohongi hanya dengan strategi emosi dan psikologi seperti yang disebut oleh PM. Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus projek ini demi masa depan masyarakat dan alam sekitar negara.
Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Teras.
Sumber HD : 7/03/2012

Rekreasi: Fuziah mahu AELB bertanggungjawab
Muhammad Faizal, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyifatkan kenyataan Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), berhubung tapak pelupusan sisa Rare Earth di Bukit Kledang, sebagai 'berfikiran lama dan sempit'.
Beliau yang dihubungi memberitahu, Raja Abdul Aziz sepatutnya berfikit terlebih dahulu serta mempunyai tanggungjawab sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal itu.
"Saya hairan bagaimana beliau boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian, malah apa yang dikatakan olehnya itu jelas menunjukkan beliau berfikir cara lama dan sempit.
"Sepatutnya dalam hal sedemikian beliau perlu mempunyai sikap bertangggungjawab serta tahu apa yang sepatutnya diambil terhadap kawasan tersebut bukannya menyatakan ia selamat untuk dijadikan sebuah taman rekreasi," jelasnya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Raja Abdul Aziz ketika taklimat AELB kononnya kawasan tapak pelupusan sisa di Bukit Kledang itu selamat untuk dijadikan sebuah taman rekreasi.
Menurutnya perkara itu boleh dilakukan selepas kawasan tapak itu dikedap sepenuhnya tahun depan.
Menurut Fuziah lagi, perkara yang paling utama sebelum bercakap soal taman rekreasi adalah aspek keselamatan kepada rakyat dan juga penduduk sekitar.
"Bagaimana beliau boleh berfikiran sedemikinan tanpa memikirkan soal keselamatan terlebih dahulu.
"Sepatutnya kerajaan perlu memikirkan apa yang sepatutnya dilakukan pada kawasan tersebut bagi mengelak berlaku sesuatu yang boleh mengancam nyawa bukannya membuat tawaran sebuah taman rekreasi selamat dibina.
"Kesan terhadap kandungan radio aktif ini boleh menyebabkan kanser dan kita tidak mahu generasi akan datang terdedah kepada penyakit tersebut," sambungnya lagi.
Fuziah berpendapat, kerajaan mahupun AELB perlu lebih peka kepada soal keselamatan bukannya hanya ingin menutup soal bahaya sisa radioaktif dengan menyatakan ia selamat digunakan untuk kegunaan orang ramai.
Sumber HD : 8/03/2012

Lynas: Kera di hutan disusu, anak mati kelaparan
Er Teck Hwa, | 09 Mac 2012 |
Loji nadir bumi Lynas di Gebeng telah menimbulkan keresahan penduduk setelah pendedahan dibuat tentang risiko yang boleh ditanggung seandainya sisa-sisa radioaktif dari loji tersebut tidak diuruskan dengan baik.
Ribuan rakyat berbilang kaum telah berhimpun di Kuantan 26 Februari lalu membantah operasi syarikat terbabit.
Himpunan Hijau 2.0 bukan sahaja telah berlaku di Kuantan malahan di beberapa bandar utama di Malaysia menyaksikan rakyat bangkit memberikan isyarat jelas buat Pemerintah, rakyat tidak mahu negara ini menjadi tong sampah radioaktif.
Ada yang memberikan hujah bahawa Loji Lynas ini akan memberikan pulangan baik kepada pendapatan negara. Saya sebenarnya tidak ingin menyangkal hujah ini namun, peluang pekerjaan yang dibuka adalah sebanyak 350 sahaja tambahan lagi, pengecualian cukai diberikan hingga 12 tahun.
Kita sangat baik apabila memberikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif pengecualian cukai begini walaupun industri ini dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya.
Apakah pihak Pemerintah tidak menyedari akan tindakan mereka memberikan pengecualian cukai ini ibarat “Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.
Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Kita telah lihat bencana radioaktif yang berlaku di Bukit Merah dulu. 8 kes leukimia dan 7 kes kematian telah berlaku.
Walaupun telah ditutup pada tahun 1992, namun kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan hingga hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
Apakah kita tidak mempelajari daripada kesilapan kita dahulu?
Di sekeliling loji Lynas ini terdapat banyak kilang-kilang yang telah dibina lama dahulu.
Kilang-kilang seperti BASF Petronas Chemical, BP Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd, W.R Grace Speciality Chemicals (Malaysia) Sdn. Bhd, Kaneka Innovative Fibers Sdn. Bhd, Cargill Palm Products (Kuantan) dan banyak lagi.
Pelbagai produk-produk pengguna dihasilkan oleh kilang-kilang ini, daripada lampin pakai buang untuk bayi, tuala wanita, minuman jus, air mineral, lampu, produk rambut,nutrisi haiwan dan macam-macam lagi.
Apakah alasan Kerajaan Pemerintah untuk membenarkan pembinaan loji berbahaya ini berdekatan dengan industri-industri begini? Apakah pihak Kerajaan Pemerintah tidak memikirkan mengenai nasib ribuan pekerja-pekerja industri yang mencari rezeki untuk menyara keluarga di Pusat Perindustrian Gebeng ini? Bagaimana pula dengan nasib 309 nelayan laut dalam di sekitar Kuantan? Sektor perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar.
Sekiranya terjadi kebocoran sisa atau kemalangan radioaktif bukankah ini turut memberikan kesan kepada industri perikanan?
Manakala, di pihak kilang-kilang lain, adakah anda tidak berani untuk menyuarakan kebimbangan pekerja-pekerja anda terhadap loji penapisan nadir bumi ini? Sekiranya berlaku kebocoran atau kemalangan radioaktif, tidakkah anda sedar ia akan menjejaskan kesihatan pekerja-pekerja anda dan juga produk-produk yang anda hasilkan?
Apakah Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri bersedia untuk memindahalihkan kesemua kilang-kilang di sekeliling loji ini sebagai menuruti syarat minimum seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia?
Sedangkan dalam industri pemprosesan Cyanide, jarak selamat diantara loji pemprosesan dengan kawasan penempatan penduduk adalah sekitar 10 km seperti yang dinyatakan oleh International Cyanide Management Institute (ICMI). Namun, loji pemprosesan Nadir Bumi Gebeng ini hanya berjarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang.
Apakah kita boleh menutup sebelah mata terhadap nasib penduduk Balok dengan membenarkan pembinaan loji pemprosesan Nadir Bumi yang mengandungi pelbagai logam berat ini berdekatan dengan penempatan mereka?
Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima, dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun.
Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang.
Bersediakah kita untuk menghadapi sebarang kemungkinan? Bagaimana dengan pelan evakuasi
dan kontigensi melibatkan hampir 1 juta penduduk ini?
Perdana Menteri menyatakan bahawa Kerajaan ingin memastikan keselamatan rakyat sewaktu mengumumkan keputusan untuk mengarahkan Lynas mengalihkan tempat pengumpulan sisa ini ke lokasi yang lebih jauh dari penempatan.
Namun, ini tidak menjelaskan penyelesaian sebenar kerana Loji Nadir Bumi LYNAS ini tidak seharusnya dibenarkan wujud di bumi Malaysia ini sekiranya Kerajaan Pemerintah dan Perdana Menteri benar-benar ikhlas dalam memastikan keselamatan dan nyawa rakyat.
-------------------------------------------------
Penulis adalah Ahli Parlimen Bakri, Johor.
Sumber HD : 9/03/2012
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Pakatan Rakyat menggesa CEO Lynas Corporation, Nick Curtis mengadakan pertemuan dengan rakyat negara ini terlebih dahulu sebelum berhasrat bertemu dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng.
Tindakan itu, bagi Pakatan Rakyat adalah sejajar dengan slogan kerajaan persekutuan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'.
Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat apabila Lynas Corporation melahirkan kekecewaan dengan keputusan Lim Guan Eng menolak pelawaan untuk bertemu dengan syarikat itu semasa lawatan rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang itu ke Australia nanti.
"Kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju saya tidak berjumpa dengan CEO Lynas selagi pegawai berkenaan tidak berjumpa dengan rakyat negara ini telebih dahulu,"demikian tegas Lim Guang Eng dalam sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.
Terdahulu, dalam satu kenyataan, Lynas mengalu-alukan peluang membantu Lim memahami isu pelaburan Lynas Corporation dalam sebuah kilang di Gebeng, Kuantan, khusus berhubung dengan komen Lim mengenai impak sampingan daripada bahan radioaktif itu.
Ekoran itu, CEO Lynas itu bersedia untuk bertemu dengan Lim Guan Eng bagi menjelaskan kedudukan kilang Lynas di Gebeng.
Nick Curtis, bagaimanapun berkata tawaran berjumpa itu masih lagi terbuka.
Sumbar HD : 13/03/2012

Jumpa rakyat dahulu: Pakatan beritahu CEO Lynas
Salmiyah Harun, | 13 Mac 2012 |

Himpunan Hijau kedua 14 April
Anis Nazri, | 17 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Mac: Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 14 April ini.
Himpunan yang diadakan secara serentak itu akan bermula selepas solat Jumaat, mengikut lokasi-lokasi yang akan ditetapkan kelak.
Namun, himpunan utamanya akan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, di mana sebelum itu para peserta akan berarak dari Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata tujuan himpunan itu diadakan bagi menunjukkan komitmen rakyat di seluruh negara bahawa isu Lynas bukan merupakan isu rakyat Pahang semata-mata.
Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, lokasi perhimpunan bagi negeri-negeri lain akan diumumkan kemudian selepas membuat perbincangan lanjut dengan NGO-NGO anti Lynas di peringkat negeri masing-masing.
Dalam pada itu, beliau melahirkan kekesalan apabila terdapat beberapa pemimpin BN yang mengatakan isu Lynas ini merupakan isu penduduk Pahang dan orang Cina.
"Pandangan saya, isu ini bukan hanya melibatkan penduduk Pahang, dan juga masyarakat Cina tetapi turut membabitkan seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.
"Ia soal kesihatan rakyat, dan ada kes menunjukkan projek seumpama ini memberi kesan kepada rakyat seperti di Bukit Merah, Perak dan beberapa kawasan lain di seluruh negara," tegas beliau ketika dihubungi.
Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai turun beramai-ramai bagi menyertai himpunan aman tersebut sebagai satu langkah sokongan terhadap usaha membantah pembinaan Lynas dan projek-projek lan seumpamanya di negara ini.
Pada 26 Feb lalu, satu himpunan besar-besaran berjaya diadakan di Padang MPK, Kuantan dengan penyertaan puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.
Selain di Kuantan, bantahan tersebut juga diadakan serentak di Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur.
Sumber HD : 17/03/2012

Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau 13 April
Anis Nazri, | 17 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Mac: Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 13 April ini.

Tanah sisa nadir bumi untuk PM, menteri
Harakahdaily, | 18 Mac 2012 |
IPOH, 18 Mac: Gabungan aktivis anti-Lynas, Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) bercadang menghadiahkan contoh tanah tempat pembungan sisa pepejal nadir bumi di Bukit Merah untuk disimpan anggota kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengerusinya Tan Bun Teat berkata, tindakan itu bagi melihat adakah pihak kerajaan, sedia menerima sisa radioaktif itu yang didakwa mereka sebagai selamat dan tidak merbahaya sehingga meluluskan pembinaan loji nadir bumi The Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.
"EALB (Lembaga Perlesenan Atom & Nuklear Malaysia) dan menteri-menteri kabinet kata sisa buangan radioaktif itu tidak merbahaya sampai dia kata 'kosong ancaman'. Kita nak tahu sama ada mereka akan mengotakan kata-kata mereka.
"Kita akan bawa balik sedikit sisa nadir bumi ini, dan kita cabar mereka untuk simpan dirumah mereka. Mereka jangn cakap tak serupa bikin," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan sehari ke Perak semalam bagi meninjau bekas tapak loji sisa nadir bumi di Kampung Bukit Merah yang telah ditutup pada 1992, di sini semalam.
Bagaimanapun katanya, tanah tersebut terlebih dahulu akan dijadikan baja untuk pokok bunga seperti cadangan EALB sebelum pasu bunga itu diserahkan.
Ketika mengambil sampel tanah tersebut, beliau mendapati biarpun sudah lebih 20 tahun ditinggalkan, kadar radiasi tanah tersebut masih melepasi paras bahaya.
Terdahulu hampir 50 orang rombongan SMSL dari Kuantan datang ke sini mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru Bukit Merah di sini bagi mendapatkan maklumbalas berhubung kesan loji nadir bumi yang pernah beroperasi di sini.
Dalam pertemuan yang diadakan di Dewan Pusat Rukun Tetangga kawasan Bukit Merah itu, satu jawatankuasa penduduk dibentuk sebagai menyokong tindakan SMSL membantah Lynas di Pahang.
Tukar kerajaan penyelesaian terbaik
Sementara itu, Naib Pengerusi SMSL Ismail Abu Bakar berkata, langkah terakhir bagi menyelesaikan isu Lynas ini adalah dengan menukar kerajaan.
Katanya, kerajaan yang tidak mahu mendengar suara rakyat dan mahu menggadai keselamatan rakyat harus ditolak dan diganti kerajaan yang lebih bertanggungjawab.
"Apa yang kita dah buat jika tak berjaya, akhirnya kita terpaksa balik kepada rakyat.
"Kita akan mintak rakyat tukar kerajaan sebab Pakatan Rakyat sudah janji akan tutup Lynas jika menguasai kerajaan persekutuan," katanya.
Sumber HD : 18/03/2012

Bekukan Lynas hingga PSC selesai tugas
Harakahdaily, | 18 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Mac: PAS mahu kerajaan membekukan serta-merta sebarang aktiviti termasuk menarik balik lesen yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk menjalankan operasi di Loji Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pembekuan itu perlu sehingga penubuhan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC)untuk mengkaji isu Lynas selesai membuat siasatan dan mengemukakan syor.
"Kita mintak kerajaan bekukan dahulu segala bentuk kebenaran operasi Lynas sehingga PSC selesai membuat penilaian dan syor," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas keputusan kabinet semalam yang bersetuju menubuhkan jawatankuasa pilihan parlimen (PSC)untuk mengkaji isu Lynas.
Menurut Kamaruddin lagi, biarpun penubuhan PSC itu baik, namun sikap kerajaan yang bertindak hanya selepas rakyat bangkit menentang adalah suatu tindakan lambat.
Rakyat katanya mahu melihat tindakan lebih drastik dari kerajaan termasuk menarik lesen Lynas dan bukan mengumumkan penubuhan PSC semata-mata.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, rakyat juga sangsi sama ada penubuhan PSC itu betul-betul menunjukkan keikhlasan atau sekadar tindakan politik semata-mata.
Lebih malang katanya, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempergunakan sistem parlimen semata-mata untuk menarik sokongan pada PRU 13 nanti.
"Itu sahaja tindakan yang paling tepat ketika ini jika BN ikhlas dan mahu dengar suara dan hasrat rakyat.
"Jika tidak, penubuhan PSC sahaja hanya memperlihatkan ianya gimik politik BN bagi menarik sokongan rakyat untuk berdepan PRU 13," katanya.
Sumber HD : 18/03/2012
Persetujuan kabinet untuk mewujudkan jawatankuasa khas mengenai Lynas (PSC) menjelaskan bahawa projek mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Gambang, Pahang itu bermasalah.
Kalau tidak ada masalah dan selamat, untuk apa jawatankuasa khas untuk menilai tahap keselamatannya lagi? Jadi munasabahlah kalau kumpulan hak asasi manusia dan oposisi menentang projek berkenaan kerana dikatakan tidak selamat kepada manusia dan alam sekitar.
Najib dalam mengulas penubuhan jawatankuasa itu berkata ianya perlu untuk mendapat pandangan umum berhubung projek berkenaan. Peliknya di sini kenapa jawatankuasa atau kepedulian itu dibuat setelah projek itu sudah bermula.
Jawatankuasa PSC itu dianggotai sembilan anggota itu yang terdiri daripada empat wakil dari Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang anggota bebas, akan diketuai Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin demikian menurut Nazri Aziz.
Dengan wujudnya jawatan kuasa itu dakwaan sesetengah pakar "mulut renyuk" memberi jaminan dari segi profesional mereka projek itu selamat termasuk seorang pakar dari Pas tidak boleh dipakai lagi.
Orang juga akan mempersoal sejauh manakah wibawa pakar-pakar berkenaan.
Walaupun PSC kata Najib tidak boleh membuat kata putus berhubung projek itu tetapi moral ianya telah merosakkan imej kerajaan sendiri. Walaupun PSC tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menutup tetapi perjuangan para anti Lynas dikira sudah berjaya apabila kerajaan sendiri meragui akan keselamatannya.
Sudah lama terpampang dalam benak saya kenapa bersungguh benar kerajaan hendak bangun projek berkenaan? Apakah wang pelancar untuk projek berkenaan sudah pu diambil? Baik kerajaan menjelaskan saja yang mereka telah terperangkap pihak tertentu dengan projek berkenaan.
Saya teringat kata Daim Zainuddin UBN tidak perlu adakan 'stok BN' atau 'stok Umno" untuk cari dana pilihan raya. Parti itu katanya ada cara dan sumber sendiri. Apakah salah satu sumbernya komisyen kepada projek nadir bumi itu? - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Lynas: PSC gambar kelemahan Najib
Mohd Sayuti Omar, | 18 Mac 2012 |

PSC untuk sekat momentum anti Lynas
Harakahdaily, | 19 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS menyifatkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk mengkaji kes Lynas hanya untuk halang kebangkitan rakyat.
AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohd Omar dalam kenyataannya berkata, ini adalah cara Kerajaan dibawah Datuk Seri Najib untuk menghalang kebangkitan rakyat menentang Lynas dengan memberi harapan kononya kerajaan BN bersedia mendengar pandangan orang ramai (rakyat)
Ini kerana, katanya, selama ini berbagai cadangan dan pandangan rakyat tidak dipedulikan sehingga berlaku Himpunan Hijau 2.0 pada 26 Feb 2012 yang berjaya menghimpunan rakyat lebih 25,000 rakyat di Kuantan.
"Terdapat pandangan menyatakan bahawa ini salah cara BN melewat-lewatkan dan melambatkan pergerakan anti lynas sehingga PRU 13 Selesai," tambah beliau.
Najib mengumumkan keputusan kabinet untuk menubuhkan PSC Lynas bagi mengkaji projek itu.
Namun, beliau juga berkata, cadangan PSC ini tidak muktamad di mana ia boleh diatasi oleh kerajaan.
"Kes ini juga telah dibawa ke mahkamah dan sebutan kali kedua di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
"Jelas dimana ianya mainan panggung wayang bagi membuktikan BN terbuka dan prihatin terhadap rakyat Malaysia," katanya Zulkifly (gambar atas) yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.
Menurut beliau, bagi membuktikan rakyat benci dan muak dengan sandiwara BN maka rakyat menolak Kilang Lynas dan akan bersatu di seluruh negara secara serentak dalam himpunan secara aman pada 13 April nanti.

Sumber HD : 19/03/2012
Isu Lynas: Hakim arah AELB kemuka afidavit
Helmi Ibrahim, | 20 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Rohana Yusof mengarahkan AELB (Agensi Pelesenan Tenaga Atom) mengemukakan afidavit bagi menjelaskan mengenai kelulusan lesen TOL yang telah di berikan kepada Lynas.
Arahan itu dikeluarkan beliau ekoran tindaman saman yang dikemukakan terhadap AELB yang memberikan lesen TOL untuk kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Prosiding secara terbuka akan di adakan di Mahkamah yang sama pada 4 April 2012 pukul 10 pagi.
Menurut peguam yang mewakili 10 plaintif dari Balok dan Kuantan, tiga perkara penting antara yang di tekankan ialah kegagalan kerajaaan mengarahkan Lynas mengemukakan Detail Environment Impact Assesment (DEIA) sebelum lesen TOL di luluskan.
Yang kedua, wujudnya Conlift Of Interest (pertembungan kepentingan) iaitu AELB akan menerima sejumlah peratusan dari hasil Lynas sedangkan AELB merupakan pihak yang meluluskan lesen.
Hujjah yang ketiga ialah tiadanya pelan pengurusan sisa jangka panjang yang ternyata amat menakutkan 10 plaintif yang mewakili puluhan ribu penduduk Balok dan sekitarnya bersama anak- anak kecil dan masa depan mereka.
Menurut Pengerusi SLC yang juga Pengarah Badar, Andansura Rabu keputusan hari ini merupakan kemenangan moral pusingan pertama untuk perjuangan rakyat membela nasib dan masa depan rakyat dan negara.
"Oleh itu kami menyeru seramai mungkin rakyat untuk hadir pada 4 April pukul 10 pagi di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bagi menunjukkan sokongan moral kepada perjuangan untuk masa depan anak cucu kita," katanya.

Sumber HD : 20/03/2012
Selepas 20 tahun masih mengeluarkan radiasi
Nazri Abdullah, | 20 Mac 2012 |
IPOH, 20 Mac: Walaupun sudah 20 tahun ditutup, tapak kilang memproses nadir bumi di Bukit Merah masih mengeluarkan sinaran radioaktif merbahaya dan melebihi paras selamat yang sepatutnya.
(Ini dia bacaannya...selepas 20 tahun masih bahaya)
Gabungan aktivis anti-Lynas, Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) ketika berkunjung ke tapak kilang yang ditutup sejak 1992 itu baru-baru ini mendapati, tahap radioaktif di kawasan tapak itu melebihi tahap selamat yang ditetapkan iaitu 1 Bq/g setahun.
Ketika menguji sampel tanah yang diambil di hadapan pintu pagar kilang itu, pasukan pengkaji SMSL meperoleh beberapa bacaan dan paling tinggi 0.191 micronSievert untuk 24 jam atau pada kadar 1.7 Bq/g setahun iaitu lebih 0.7 Bq/g berbanding tahap selamat.
"Bayangkan tapak ini sudah 20 tahun ditinggalkan, malah didakwa tanahnya sudah dikorek 8 meter dan dibuang ketempat lain, tapi sinaran radioaktifnya masih merbahaya kepada mereka yang tinggal di sekitar sini.
"Bayangkan potensi ancaman di Gebeng, Kuantan jika di sana keluasan tapaknya adalah 10 kali ganda dari Bukit Merah ini," kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teat.
Sabtu lalu, kumpulan 50 aktivis anti-Lynas dari Kuantan mengadakan lawatan sehari ke tapak kilang dan tapak pembuangan sisa kilang nadir bumi di Bukit Merah di sini.
Selain melawat tapak mereka turut bertemu penduduk di situ bagi mendapat pandangan dan maklum balas berhubung isu itu yang pernah menghantui penduduk sekitar di situ.
(Anggota rombongan bergambar dengan sempel tanah yang diambil di Bukit Merah)
Kilang ini telah ditutup 20 tahun lalu hasil bantahan penduduk dan keputusan mahkamah. Namun kes itu tersangkut di Mahkamah Persetuan sehingga sekarang.
Difahamkan selepas kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang mula beroperasi ianya akan menjana sisa dalam kuantiti yang banyak ke perkarangan kilang dalam pelbagai bentuk.
Ianya termasuk Flue gas desulfurization Residue (FGD), Neutralization Underflow Solid (NUF), Water Leach Purification Solid (WLP) dan lain-lain.
Kebanyakan daripada bahan-bahan beradioaktif (Torium (Th-232) dan Uranium (U-238)) akan disalurkan ke saluran sisa tunggal yang dipanggil WLP dengan jumlah kadar radioaktiviti 62.3 Bq/g.
Selain itu, 64.000 tan sisa WLP akan dijana setiap tahun, bersamaan dengan saiz 63 kolam renang Olimpik dan sisa-sisa berkenaan mengandungi 106 tan Torium dan 5.6 tan Uranium.
"Kalau orang kata kilang LAMP di Gebeng ini selamat, saya cabar mereka itu datang di kawasan kilang (nadir bumi) di Bukit Merah ini dan tinggal di sini beberapa tahun," tegas Bun Teat.
Video: Selepas 20 tahun masih mengeluarkan radiasi
Berita berkaitan:
Sumber HD : 27/03/2012
Sumber HD : 30/03/2012

PAS letak 3 syarat untuk sertai PSC Lynas
Harakahdaily, | 20 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS menuntut supaya kerajaan memenuhi tiga cadangannya sebelum mempertimbangkan cadangan menyertai Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk menygendalikan isu kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad dalam ucapannya berkata, kerajan perlu mengeluarkan arahan henti kerja, tarik balik permit kerja sementara (TOL) dan hentikan import rare earth concentrate.
Dr Dzulkefly, pakar toxicology dari Universiti Sains Malaysia sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa membuat cadangan itu ketika membahaskan cadangan penubuhan PSC Lynas di Dewan Rakyat hari ini.
DAP sebelum ini membuat keputusan untuk tidak menyertai jawatankuasa itu kerana ia hanya akan menjadi fait accompli (yang telah diputuskan) atau alat untuk menghalalkan loji nadir bumi syarikat Australia itu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PSC juga akan menjadi alat Barisan Nasional untuk memaksa orang awam menerima loji Lynas tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan rakyat.
“DAP akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak membenarkan BN menggunakan penyertaan PR untuk menghalalkan loji Lynas, bagi memastikan PR tidak akan terlibat dengan apa-apa bencana alam sekitar yang mungkin berlaku pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Dalam ucapannya, Dr Dzulkifly menambah, PSC yang hendak ditubuhkan ini hendaklah berkuasa untuk menentukan samada kilang ini akan diteruskan atau tidak.
Jika tidak, ia hanya cuba mengelabukan mata rakyat sahaja dalam isu ini.
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, PSC Lynas tidak mempunyai kuasa untuk menentukan nasib Lynas.
Najib juga telah mengakui bahawa PSC hanyalah satu proses perbincangan untuk membolehkan projek Lynas diteruskan dan tidak akan ditentang oleh rakyat atau mencetuskan kebimbangan rakyat.

Pakatan Rakyat tidak akan sertai PSC Lynas
Anis Nazri, | 20 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Pakatan Rakyat memutuskan untuk tidak menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi mengkaji isu Lynas setelah mendakwa jawatankuasa itu tidak memberikan ruang kepada mereka untuk menyatakan pendapat.
Keputusan itu berikutan kekecewaan mereka apabila kerajaan tidak memenuhi syarat yang dicadangkan, iaitu kerajaan perlu mengeluarkan arahan henti kerja, tarik balik permit kerja sementara (TOL) dan hentikan 'import rare earth concentrate'.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, yang jelas kecewa dengan ucapan penggulungan menteri, berkata beliau mengharapkan penubuhan PSC ini akan menjadi satu platform bebas bagi memahami masalah rakyat.
Malangnya, kata beliau melihat dari perbahasan dan penggulungan menteri, harapan tersebut tidak akan menjadi kenyataan.
"Kita bersedia untuk terlibat dalam PSC, tetapi melihat kepada apa yang berlaku hari ini, kita tidak boleh bergantung kepada badan itu untuk menjadi satu platform kepada rakyat," tegas beliau pada sidang media, di lobi parlimen, hari ini.
Sebelum itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan setelah kecewa dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika penggulungan perbahasan mengenai penubuhan PSC.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata Pakatan Rakyat terpaksa menolak PSC memandangkan penubuhannya tidak memberikan sebarang makna kepada rakyat, khususnya rakyat Kuantan.
"Kita memang mahu berkongsi segala maklumat, tapi nampaknya ia tidak menjadi kenyataan. Memang hari ini merupakan hari yang paling sedih kepada rakyat Malaysia," kata beliau.
Terdahulu, perbahasan tentang penubuhan PSC ini menjadi hangat apabila kebanyakan ahli parlimen kerajaan berucap seolah-olah menyokong projek Lynas, yang dibina di Gebeng, Pahang sebelum sidang berhenti rehat tengahari tadi.
Kemudiannya, selepas dewan kembali bersidang pada sebelah petang, kekecohan terus berlaku apabila ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Nazri.
Ketika ditanya tindakan susulan Pakatan Rakyat ekoran keputusan tersebut, Fuziah berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk bertindak selepas ini.
"Biarlah rakyat yang memutuskannya," kata beliau.
Turut serta pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; dan beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat.
DAP sebelum ini membuat keputusan untuk tidak menyertai jawatankuasa itu kerana ia hanya akan menjadi fait accompli (yang telah diputuskan) atau alat untuk menghalalkan loji nadir bumi syarikat Australia itu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PSC juga akan menjadi alat Barisan Nasional untuk memaksa orang awam menerima loji Lynas tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan rakyat.
“DAP akan mencadangkan kepada kepimpinan Pakatan Rakyat supaya tidak membenarkan BN menggunakan penyertaan PR untuk menghalalkan loji Lynas, bagi memastikan PR tidak akan terlibat dengan apa-apa bencana alam sekitar yang mungkin berlaku pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sumber HD : 20/03/2012
1.Setelah 20 tahun masih mengeluarkan radiasi : http://www.youtube.com/watch?v=icwCGhHiDWQ

Lynas: PAS sambut baik prosiding terbuka
Hazayani Zakaria, | 21 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Mac: PAS menyifatkan prosiding kes semakan kehakiman berhubung pemberian lesen operasi sementara (TOL) Lynas yang akan diadakan secara terbuka sebagai permulaan yang baik kepada rakyat Kuantan.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Dzulkifly Omar berkata, prosiding terbuka membolehkan semua pihak mendengar penghujahan yang akan dikemukakan.
"Kita menerima baik keputusna ini dan ini peluang baik apabila akan didengar di open court kerana semua orang boleh mendengar penghujahan kedua-dua pihak dan rakyat boleh menilainya," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini menerima semakan kehakiman berhubung pemberian lesen operasi sementara (TOL) Lynas di Gebeng, Kuantan.
Menurut peguam yang mewakili plaintif iaitu 10 penduduk Kuantan, K Shanmuga, kes akan didengar secara terbuka pada 4 April depan.
Hakim, Datuk Rohana Yusuf juga telah mengarahkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memfailkan afidavit bagi menjelaskan mengenai kelulusan lesen TOL yang diberikan kepada Lynas.
Februari lepas, seramai 10 wakil penduduk berada antara tiga ke 10 kilometer dari kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, memfailkan permohonan semakan penghakiman ke atas lesen operasi sementara Lynas yang diluluskan 30 Januari lalu.
Mereka terdiri daripada Zakaria Abdullah, Ramli @ Kamaluddin Awang, Ab Sani Ahmad, Mohd Rasid Hamzah, Mansor Bedu, Ali Akbar Othman, Hashim Bin Awang, R. Nadarajan, Pang Chee Kian dan Tuw Yin Lan dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap agensi berkaitan yang dipertanggungjawabkan kerajaan.
Mereka memohon perintah penggantungan iaitu menghalang Lynas daripada memulakan operasi sehingga semakan kehakiman tersebut dilupuskan yang difailkan melalui syarikat guaman Kanesalingam & Co.
Tiga pihak terlibat, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Jabatan Alam Sekitar dan Lynas Corporation dinamakan sebagai responden dalam kes berkenaan.
Semakan kehakiman tersebut dilakukan kerana penduduk dan pihaknya tidak berpuas hati dengan kerajaan yang telah memberi lesen operasi sementara kepada Lynas.
Semakan kehakiman tersebut bagaimanapun ditolak pada 28 Februari lalu dan difailkan semula semalam.
Dzulkifly yang juga Pengerusi Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) sekali lagi mengulangi bahawa isu Lynas bukan hanya isu kaum Cina seperti yang didakwa BN namun merupakan isu semua kaum.
Ini katanya dapat dilihat dengan kehadiran penduduk Kuantan yang hadir ke mahkamah menyatakan sokongan.
"Semalam yang hadir dari Kuantan sebuah bas dan 10 buah kereta. Bukan Cina sahaja yang datang, Melayu pun ramai, India pun ada. Isu ini merupakan isu keselamatan semua kaum," katanya.
Sumber HD : 21/03/2012

Lynas: Beza dengan Bukit Merah tapi musibah sama
Anis Nazri, | 27 Mac 2012 |
Bahagian 1
KUALA LUMPUR, 27 Mac: Pembinaan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng, dibimbangi mengulangi tragedi Bukit Merah, Ipoh yang menyaksikan kesihatan penduduk sekitar terjejas.
Biarpun kerajaan memberi jaminan projek berkenaan akan diselia dengan ketat, apa yang berlaku di Bukit Merah tidak mungkin boleh diterima kumpulan anti-Lynas.
Mengimbau kembali projek Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) yang dibuka pada 1982, penduduk di sekitar Bukit Merah mula mengadu apabila kilang berkenaan mula mengeluarkan asap dan bau busuk.
Kesihatan penduduk mula terjejas, bukan sahaja mengakibatkan batuk dan selsema semata-mata, malah didakwa menyebabkan leukimia, kecacatan ke atas bayi baru lahir dan juga keracunan kepada genetik.
Tragedi itu bermula apabila bahan sisa hasil dari proses penapisan nadir bumi dari kilang itu dibuang di padang terbuka dan kolam berhampiran.
Perkara tersebut diakui Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu, Datuk Amar Stephen Yong, yang mengatakan projek tersebut selamat dengan mematuhi standard kawalan yang ketat.
Malangnya, dalam masa sama beliau juga mengakui kilang terbabit turut mengundang pencemaran terhadap penduduk dan persekitaran.
Natijahnya, lapan mangsa disahkan mengidap leukimia dan tujuh darinya meninggal dunia kesan langsung dari pencemaran yang terhasil dari projek berkenaan.
Atas alasan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) menyuarakan kebimbangan atas tindakan kerajaan meluluskan pembinaan kilang LAMP di, Gebeng, berdekatan Kuantan.
Beliau yang berpengalaman 12 tahun di bidang toksikologi, berkata sejarah di Bukit Merah yang menyaksikan kegagalan ARE mematuhi standard piawai dalam pengurusan sisa merupakan satu alasan penting kebimbangan banyak pihak terhadap projek LAMP.
"Sedangkan di Bukit Merah dulu, menteri memberi jaminan bahawa pengurusan sisa akan diuruskan secara kawalan ketat, ia tetap tidak diendahkan pihak kilang terbabit. Apa jaminan di Lynas, tragedi sama tidak akan berulang?" soal beliau ketika diwawancara Harakahdaily.
Malah, katanya selepas Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan injuksi untuk menghentikan operasi ARE di Bukit Merah, kerajaan Malaysia melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) bertindak meluluskan lesen kepada kilang tersebut untuk terus beroperasi.
Biarpun projek nadir bumi di Bukit Merah mempunyai banyak bezanya dengan Lynas di Gebeng, dari sudut kemudaratannya ia tetap mengundang musibah yang sama, hasil radioaktif yang dihasilkan.

Takziah kepada keluarga mangsa ARE
Harakahdaily, | 30 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Cheah Kok Leong, 29, yang meninggal dunia malam tadi selepas menderita terencat akal selama 29 tahun.
(Kok Leong dan ibunya, Lai Kwan)
Cheah Kok Leong, 29, anak yang terencat akalnya sejak dilahirkan di Bukit Merah, telah meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 9.30 malam tadi.
Kok Leong ialah anak kepada Lai Kwan, pekerja pembinaan di sebelah kilang pemprosesan nadir bumi Asian Rare Earth pada tahun 1982.
Lai Kwan mengandung ketika bekerja di sebelah kilang Asian Rare Earth (ARE), dan melahirkan Cheah Kok Leong pada tahun 1983 dalam keadaan terencat akal.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefli Mohamad Omar menuntut supaya keluarga Kok Leong diberikan pampasan yang sewajarnya oleh kerajaan.
Ini kerana, kerajaan yang membenarkan pembinaan kilang ARE itu dan mempertahankannya.
"Sehingga kini, sisa ARE masih tertanam di Perak dan kita menuntut sisa itu dikeluarkan dari situ dan dihantar ke negara yang membina kilang itu di sana," kata Zulkefli.
Kilang ARE adalah milik Mitsubishi, sebuah syarikat antarabangsa yang berasal dari Jepun.
Ia telah ditutup 18 tahun lalu selepas menerima arahan mahkamah selepas didakwa mengeluarkan radioaktif dan memberi kesan negatif kepada penduduk sekitar.
Namun sehingga kini kes ini tersadar di Mahkamah Persekutuan akibat pertembungan undang-undang.

Tidak selesai, kita jumpa di Rio - anti Lynas
Harakahdaily, | 30 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Sebuah NGO yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng bercadang untuk berdepan dengan Perdana Menteri di sidang Earth Summit 2012 di Rio de Janeiro jika ia tidak diselesaikan.
"Kami akan berdepan dengan Najib di Rio de Janeiro) jika ia tidak diselesaikan menjelang 20 Jun ini," kata Zulkefly Mohamad Omar (gambar), Pengerusi Green Clean World yang memperjuangkan penutupan kilang Lynas di Gebeng.
Earth Summit 2012 akan diadakan di Rio De Janeiro, Brazil 20 - 22 Jun 2012 ini.
Menjadi amalan biasa, NGO dari seluruh dunia yang memperjuangkan alam sekitar akan berhimpun menjelang perhimpunan di kalangan ketua-ketua kerajaan.
Bruno Masel pernah berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika beliau menjadi Perdana Menteri bagi memperjuangkan hak orang Penan ketika Earth Summit sebelum ini.
Zulkefly berkata, jika pilihan raya umum diadakan sebelum 20 Jun dan Pakatan Rakyat menang, kilang Lynas akan dibatalkan sebagaimana dijanjikan Pakatan.
"Namun jika pilihan raya belum berjalan menjelang 20 Jun, dan Lynas tidak ditutup, kita akan ke Rio untuk bertemu PM di sana," kata beliau yang jga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS.
Solidariti Hijau 13 April
Sementara itu, Zulkefly memaklumkan, Himpunan Solidariti Hijau Semalaysia akan diadakan di Shah Alam 13 April ini.
Ia bertujuan untuk meneruskan tekanan agar kerajaan membatalkan kilang Lynas yang akan dibuka di Gebeng, Kuantan.
"Kita akan berhimpunan dari Masjid Negeri selepas solat Jumaat dan berarak ke Dataran Shah Alam...kita harap orang ramai menyertai bantahan ini," katanya.
Beliau juga memaklumkan, selain perhimpunan di Shah Alam, mereka juga akan mengadakan perhimpunan serupa di seluruh negara.
"Maklumat terperinci akan dimaklumkan 4 April ini diperkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta," kata Zulkefly.
4 April ini, Mahkamah Tinggi akan bersidang secara terbuka bagi mendengar afidavit dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang telah disaman oleh 10 penduduk Kuantan ekoran kelulusan TOL kepada Lynas.

Himpunan 13 April isyarat rakyat tolak PSC Lynas
Salmiyah Harun, | 10 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 April: Himpunan aman besar-besaran yang akan diadakan serentak di 11 lokasi seluruh negara selepas solat Jumaat, 13 April ini bakal menjadi isyarat jelas menunjukkan pendirian tegas rakyat Malaysia menolak penubuhan PSC Lynas sebagai tipu helah untuk melengah-lengahkan pembatalan projek Lynas.
Menurut Gabungan Solidariti Hijau SeMalaysia- Stop Lynas (SHS-SL) lokasi-lokasi yang disenaraikan antaranya Dataran Shah Alam (Selangor dan Kuala Lumpur), Masjid Al-Fatah, Batu 3 Kuantan (Pahang), Tapak Kilang Are bukit Merak (Perak), Masjid Permatatng Janggus, Permatang Pauh (Pulau Pinang), Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu (Terengganu), Masjid Al-Azim (Melaka), Masjid Daerah Batu Pahat (Johor), Dataran Jam Besar, Sungai Petani (Kedah), Taman Tasik Seremban Hadapan Masjid Negeri (Negeri Sembilan), Dataran Ilmu Kota Bharu (Kelantan) dan Masjid At Takwa, Miri (Sarawak).
Himpunan di Kelantan akan dimulakan selepas kuliah mingguan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.30 pagi.
Jurucakap SHS-SL, Zulkefly Mohamad Omar berkata, pehimpunan aman ini bertujuan mematahkan putar belit pihak tertentu yang cuba memomokkan bahawa kempen hentikan Lynas ini cuma sekadar isu terpencil yang hanya melibatkan masalah tempatan penduduk Kuantan semata-mata.
Tambahanya, kerajaan cuba menyekat kemarahan rakyat dengan mewujudkan PSC, walhal jawatankuasa itu bertujuan mengalihkan tumpuan, kritikan dan perhatian terhadap isu berkenaan.
"Dari pusat kuasa pemutus di Putrajaya ke arah mewujudkan jawatankuasa lemah dan tanpa kuasa dengan matlamat utama menyediakan ruang (kononya saluran sah) bersuara supaya dapat meredakan penentangan lantas menyejukkan kemarahan rakyat," katanya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, di sini tengah hari tadi.
Beliau turut mempersoalkan mengapa hanya setelah projek itu hampir 95 peratus selesai dan setelah syarikat Lynas dianugerahkan Temporary Operating Licence (TOL) baru ditubuhkan jawatankuasa yang kononya mengkaji kes ini?
Himpunan itu juga menurut Zulkefly sebagai membina momentum dan sokongan menjelang Himpunan Hijau 3.0 dan bersih 3.0 yang akan diadakan serentak pada 28 April nanti.
Beliau turut meminta orang ramai turun beramai-ramai bagi menyertai himpunan aman tersebut sebagai satu langkah sokongan terhadap usaha membantah pembinaan Lynas dan projek-projek lan seumpamanya di negara ini.
Zulkefly turut menangkis dakwaan beberapa pemimpin BN yang mengatakan isu Lynas ini merupakan isu penduduk Pahang dan orang Cina.
"Ini bukan isu orang Cina, jika inilah dakwaan mereka ia satu yang mendukacitakan. Rakyat Kuantan 90 peratus adalah Melayu sudah tentulah ianya adalah berkaitan dengan orang Melayu, apa yang penting isu ini adalah isu bersama semua terlibat kerana ia membabitkan soal kesihatan rakyat negara ini," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam berkata, Gabungan Solidariti SeMalaysia ini tidak takut dengan gertakan oleh mana-mana pihak yang cuba menghalang tindakan mereka.
Malah beliau turut dimaklumkan pihak Lynas Coporation mendesak Ngo yang terlibat membantah projeknya, memohon maaf kepada Lynas kerana menyifatkan tindakan NGO terbabit tidak betul.
"Kita harus bersatu, kita minta NGO lain terus bersama-sama dengan kita. Kita tidak gentar dengan ugutan Lynas itu, " katanya.
Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, hampir 90 peratus penduduk tempatan tidak bersetuju dengan adanya kilang Lynas di kawasan mereka.
"Pihak kami ada membuat tinjauan dan berjumpa dengan hampir setiap penduduk di situ rata-rata mereka kecewa dengan kerajaan yang meluluskan pembinaan dan operasi kilang Lynas, " katanya.
SHS-SL adalah gabungan daripada 23 Ngo di seluruh negara antaranya, Badan Bertindak Anti-Rare Earth (Badar), Stop Lynas Coalition (SLC, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Asalkan Bukan Umno (Abu), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Himpunan Hijau dan Green Clean World.
Pada 26 Feb lalu, satu himpunan besar-besaran berjaya diadakan di Padang MPK, Kuantan dengan penyertaan puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Selain di Kuantan, bantahan tersebut juga diadakan serentak di Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur.
Sumber HD : 10/04/2012

Terhidu ammonia 27 masuk hospital, kalau Lynas...
Salmiyah Harun, | 10 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 April: "Ini baru kes terhidu gas ammonia, 27 orang di masukkan ke hospital. Kita tidak mahu kes di Lynas yang tentu-tentunya menghasilkan kesan lebih besar kerana mereka akan memproses bahan dengan menggunakan asid sulfurik," demikian luah Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Mohd Omar (gambar).
Mengulas insiden kebocoran gas ammonia yang berlaku di Dungun 5 April lalu, Zulkefly berkata, ia jelas menunjukkan kelalaian serta penguatkuasaan yang longgar oleh pihak yang bertanggungjawab.
Katanya, kejadian terhidu gas ammonia yang dianggap tidaklah seteruk gas lain, namun penghasilan sisa yang banyak dari 'asid sulfurik' di Lynas nanti akan memberi kesan yang lebih dahsyat.
"Asid sulfurik digunakan sebagai bahan pencuci akan disalurkan ke sungai-sungai utama yang menjadi sumber utama penduduk tempatan menjejaskan hidupan sungai.
"Asid berkenaan akan menyerap ke tanah. Semua ini akan memberi kesan kepada tanaman di mana ia mengandungi radioaktif. Tidakkah akan memberi kesan yang lebih dahsyat kepada rakyat?" soalnya kepada Harakahdaily.
Tambahnya yang tidak mahu rakyat tempatan mengidap penyakit kritikal selepas ini, ekoran daripada kesan yang berlaku daripada kilang Lynas itu.
Sebelum itu, seramai 27 orang mangsa dikejarkan ke Hospital Dungun ekoran terhidu gas ammonia di kawasan perindustrian minyak dan gas utama di Kerteh pada 5 April lalu.
Kejadian itu melibatkan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji Petronas, terhidu gas sehingga menyebabkan mereka dihantar ke beberapa untuk mendapat rawatan.

Lynas: Kapitalis untung, rakyat kaut radioaktif
Anis Nazri, | 13 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 April: Setelah hampir sebulan kumpulan anti-Lynas berhimpun secara besar-besaran di Kuantan, sekali lagi himpunan serentak di seluruh negara diadakan, petang tadi.
Di Shah Alam, kira-kira 200 peserta berbaju warna hijau, berhimpun di Dataran Bandaraya Shah Alam, sebagai bantahan terhadap sikap kerajaan dalam menangani isu loji nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Kuantan, Pahang.
Kumpulan tersebut yang bergerak dari Masjid Negeri Shah Alam, selepas solat Jumaat itu, diketuai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mohamad ketika berucap di hadapan peserta solidariti, berkata projek di Kuantan ini hanya memberi keuntungan kepada pihak kapitalis, manakala rakyat hanya mengaut sisa radioaktif dari projek berkenaan.
Katanya, sudah jelas kesan dari projek LAMP ini hanya membawa kemusnahan, bukan sahaja kepada kesihatan manusia, tetapi juga terhadap alam sekitar.
“Kita tidak mahu apa yang berlaku di Bukit Merah, Perak berulang di Kuantan. Malaysia bukan ‘dumping site’ untuk sisa berbahaya. Ini bukan isu parti, bangsa apa yang perjuangkan. Ini tentang kemanusiaan," tegas beliau.
Sementara itu, jurucakap Badan Bertindak Anti Rare Earth (Badar), Zulkefly Mohamad Omar berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung penolakan semakan kehakiman yang difailkan sepuluh penduduk Gebeng, Kuantan terhadap tindakan Atomic Energy Licensing Board (AELB) meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas.
“Kita akan failkan rayuan. Kita yakin ada kepentingan pihak tertentu dalam mempertahankan projek ini. Hanya satu sahaja isyarat yang wajar rakyat tunjukkan kepada pemerintah sebagai penentangan terhadap projek ini. Tolak mereka yang menyokong pembinaan loji Lynas dalam pilihan raya umum akan datang,” tegasnya.
Himpunan itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib; Adun Meru, Dr. Rani Osman; peguam Harris Ibrahim, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvam dan aktivis mahasiswa, Safwan Anang.
Mereka melaungkan pelbagai slogan, antaranya ‘Henti Lynas’, ‘Hidup Rakyat’, Hidup Alam Sekitar’, ‘Jahanam Kapitalis’ dan ‘Go Back To Australia’.
Kira-kira 20 anggota polis beruniform dan berpakaian preman hanya memerhatikan himpunan, manakala anggota trafik mengawal keadaan lalu-lintas.
Di Melaka, Pakatan Rakyat Melaka turut berjaya menghimpunkan kira-kira 200 peserta bagi menyatakan solidariti berhubung isu sama.
Perhimpunan yang diadakan di hadapan kampus Universiti Terbuka Malaysia, Bukit Palah, itu turut disertai Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari.
Selain Adly, turut serta dalam perhimpunan tersebut ialah pemimpin Pakatan Rakyat negeri, antarana Pengerusi DAP, Goh Leong San; Timbalan Pengerusi PKR, Rahim Ali serta wakil daripada Dewan Perhimpunan Cina Melaka dan Solidariti Anak Muda Malaysia.
Di Sungai Petani, Kedah, hampir 2000 kumpulan anti-Lynas berhimpun di Dataran Jam Besar, yang turut disertai Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaffar; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Adun Kota Darul Aman, Lee Guan Aik; wakil Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Selain di Shah Alam, Melaka dan Kedah, turut berlangsung himpunan sama di 10 lokasi lain seperti di Pahang (Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan), Perak (tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu), Sarawak (Masjid At Takwa, Miri), Kelantan (Dataran Ilmu, Kota Bharu), Negeri Sembilan (Taman Tasik Seremban), , Johor (Masjid Daerah Batu Pahat), Terengganu (Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu), Pulau Pinang (Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh).
Sumber HD : 13/04/2012
Demo Anti Lynas di Dataran Shah Alam : 13/04/2012
http://www.malaysiakini.tv/video/23617/200-gather-at-dataran-shah-alam-for-anti-lynas-protest.html
SHAH ALAM, 15 April: Himpunan Anti Lynas anjuran Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau bersama badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Shah Alam petang kelmarin diadakan secara aman tanpa diganggu polis.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad merangkap AJK PAS Pusat mendakwa syarikat yang menjalankan projek tersebut diberi hak istimewa dan kedudukan luar biasa sehingga tidak perlu membayar cukai selama 12 tahun walaupun menerima keuntungan berbilion ringgit.
Beliau berkata, "saya bersama saf pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan kerajaan pusat (UMNO) yang seolah-olah lepas tangan terhadap keselamatan rakyat walaupun sudah sedia maklum.
Katanya, mereka sudahpun bentangkan isu ini di Dewan Rakyat, projek Lynas bernilai jutaan ringgit itu akan menghasilkan sisa radioaktif.
“Kerajaan tidak akan menutup kilang ini sekiranya Pakatan Rakyat gagal membuktikan kilang itu tidak selamat. Nak buktikan macam mana lagi? Nak tunggu sehingga semua rakyat mati baru terbukti ke?," tempelak beliau.
Sepatutnya, kata beliau, kalau terbukti ia selamat, baru dibuka, bukan sebaliknya.
Ada satu penjelasan yang boleh memberi penerangan kenapa kerajaan bertindak sedemikian rupa kerana pihak-pihak tertentu telahpun menerima duit dan sogokan, ujarnya.
“Pada pandangan saya, mereka telah diberikan duit atau dijanjikan duit berterusan sehingga kerajaan tidak sanggup untuk menukar keputusan yang dibuat,” selar Khalid.
Sementara itu, Dr Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor pula berkata, "kita kecam kerajaan pusat sekiranya mereka ingin meneruskan projek Lynas yang sudah pasti memberi ancaman seluruh rakyat Malaysia.
"Sekiranya mereka teruskan niat itu, kita daripada Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan NGO tidak teragak-agak mengadakan bantahan besar-besaran seluruh negara.
"Janganlah mereka hanya mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja tetapi memberi kesan buruk kepada semua rakyat," katanya.
Dalam pada itu beliau juga mempertikaikan Slogan UMNO "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".
Katanya, slogan yang UMNO sering laungkan tidak menggambarkan mesra rakyat langsung.
Turut serta dalam himpunan itu adalah Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dan Pengerusi Solidariti Hijau SeMalaysia, Zulkefly Mohamad Omar.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohamad Safwan Anang dan wakil ABU, Haris Ibrahim.
Difahamkan, himpuna anti Lynas diadakan serentak petang semalam, di 10 lokasi lain seperti di Pahang (Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan), Perak (Tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu), Sarawak (Masjid At Takwa, Miri) dan Kelantan (Dataran Ilmu, Kota Bharu).
Lokasi lain yang turut terbabit adalah Negeri Sembilan (Taman Tasik Seremban), Kedah (Dataran Jam Besar, Sungai Petani), Johor (Masjid Daerah Batu Pahat), Melaka (Masjid Al Azim), Terengganu (Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu), Pulau Pinang (Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh).
Kilang bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan diusahakan oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia.
Ia menimbulkan kontroversi kerana didakwa akan menghasilkan sisa radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.
Sumber HD : 15/04/2012
SHAH ALAM, 15 April: Seluruh Rakyat Malaysia perlu bangkit menentang projek Lynas kerana ia bukan sahaja merbahaya kepada penduduk Kuantan tetapi juga seluruh negara.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) Wan Hasrina Wan Hassan dalam sidang media Anti Lynas di Dataran Shah Alam petang semalam menyeru orang ramai agar membantah projek itu.
"Saya menyeru agar semua rakyat malaysia tanpa kira parti, jantina dan umur membuat bantahan secara aman kepada kerajaan pusat kerana sekiranya projek lynas diteruskan ianya bukan beri kesan di negeri Kuantan, Pahang tetapi seluruh negara di Malaysia di sini," katanya.
Golongan wanita yang melahirkan anak juga akan berhadapan ancaman nyawa kesan rodioaktif, maka dengan itu seharusnya golongan wanita harus bangkit menentang projek Lynas ini bukan hanya mendiamkan diri, ujar Wan Hasrina.
"Kita saf pimpinan Pakatan Rakyat, Badan-badan bukan NGO, Mahasiswa-mahasiswa dan rakyat hari ini hanya menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat prihatin.
"Kita berhimpun secara aman untuk menyedarkan kerajaan Pusat agar hentikan projek Lynas ini. Rakyat Malaysia harus menyedari kesilapan yang dilakukan kerajaan pusat," katanya.
Tanggungjawab menolak projek lynas bukan terletak kepada pimpinan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR, DAP tetapi rakyat yang menyokong UMNO juga harus menentang projek ini.
"Semua rakyat harus bertanggungjawab", kata Wan Hasrinah merangkap Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 1.
Himpunan aman yang dihadiri lebih 300 peserta berakhir jam 3.30 petang itu, penuh dengan laungan rakyat yang hadir dengan stop Lynas, stop BN, dan takbir.
Sumber HD : 15/04/2012
Sumber HD : 19/06/2012
Sidang Media : http://www.youtube.com/watch?v=g4yNTsJf-rQ&feature=youtu.be
Sumber HD : 20/06/2012
Sumber HD - 26-11-2012

Seluruh negara berhimpun bantah Lynas
Khaulah Azwar, | 15 Apr 2012 |

Seluruh bangkit bantah Lynas, bukan Kuantan sahaja

Hari Bumi: Kerajaan jangan abai rakyat, alam sekitar
Anis Nazri, | 22 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR: Pemimpin negara diminta supaya lebih melihat pembangunan yang mendatang diurustadbir dengan baik bagi mengelakkan risiko kepada alam sekitar dan manusia.
Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat turut menyeru pemimpin negara mendengar rintihan rakyat tentang alam sekitar, khususnya berkaitan isu Lynas, pembalakan dan isu membabitkan kesan negatif.
Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, berkata banyak berlaku kerosakan akibat sikap manusia yang rakus untuk pembangunan, tanpa melihat ekologi dunia.
"Masalah bumi kini berada di tahap kritikal, dengan pemanasan global, pencemaran, dan isu-isu berkaitan hidupan manusia. Sudah sampai masanya, rakyat perlu didedah tentang kesedaran alam sekitar supaya tidak berlaku kemusnahan pada alam sekitar," tegas beliau.
Beliau berkata demikian sempena Hari Bumi Sedunia, hari ini, yang diingati untuk meningkatkan kesedaran terhadap bumi.
Pada 2009, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 April sebagai Hari Bumi Internasional.

Sumber HD : 22/04/2012
Teruskan Lynas atau hidup derita
Nurul Huda Samsudin, | 25 Apr 2012 |
Isu Lynas masih lagi hangat diperkatakan walaupun isu ini sudah lama dibangkitkan dan saya juga berminat untuk membincangkan tentang projek yang menelan berjuta-juta ringgit ini yang dikatakan dapat meningkatkan ekonomi negara sedangkan pada pendapat saya, ia lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan. Hal ini kerana berdasarkan pengalaman yang berlaku pada negara matahari terbit iaitu Jepun yang mana ramai penduduk mereka meninggal dunia disebabkan kesan daripada radioaktif yang dikeluarkan oleh sisa nuklear, dan ini terjadi kerana sisa radioaktif tersebut sebenarnya amat susah untuk dilupuskan.
Tetapi jika kilang tersebut beroperasi dan berlaku sesuatu kebocoran, sisa radio aktif itu bakal membahayakan penduduk serta generasi akan datang. Persoalannya mengapa Lynas yang sebelum ini beroperasi di negeri China telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses bahan tersebut sehingga terpaksa mencari lokasi baru. Kenapa Lynas juga enggan memprosesnya di negara mereka sendiri, Australia? Kenapa? Kerana kedua-dua negara tersebut telah sedar kesan buruknya dan kenapa negara kita sanggup membawa bahan tersebut ke tempat kita?
Pada pandangan saya, projek ini bukan hanya tidak banyak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya para graduasi tempatan serta penduduk setempat, malah banyak memberi kesan negatif dan impak yang sangat buruk kepada penduduk yang boleh mengancam nyawa serta kelestarian alam kita. Ini kerana seramai 350 orang sahaja yang diperlukan untuk menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
Selain itu juga, lokasi kilang tersebut yang berada di pinggir laut juga mungkin akan terdedah kepada tsunami, tambahan pula ianya berada di kawasan petrokimia. Dan hal ini,kita boleh mengambil contoh sepertimana yang berlaku di loji nuklear di Jepun baru-baru ini, yang membuktikan teknologi canggih yang cuba membendung sisa radioaktif daripada merebak langsung tidak berkesan apatah lagi untuk melupuskannya.
Hal ini kerana sisa radioaktif itu mengandungi Thorium, iaitu sejenis bahan kimia yang aktif yang terdapat di dalamnya iaitu pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun dan ‘rare earth oxide’ yang akan dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, dan sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan setahun.
Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun manakala,Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan juga udara.
Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium. Kita boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air dan Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Manakala Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama dan boleh menyebabkan risiko kanser tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium tersebut.
Fikirkanlah, betapa deritanya kita apabila terdedah dengan sisa yang sangat berbahaya ini, adakah anda semua ingin hidup dalam keadaan sebegitu?
Dan yang membuatkan saya merasa projek ini juga perlu diberhentikan adalah kerana projek ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesihatan kita, malah sektor pelancongan juga akan turut terjejas. Ini kerana apabila pelancong mengetahui kesan negatif yang akan mereka terima daripada kesan radiasi, mereka tidak lagi rasa berminat untuk melancong ke negara kita lagi dan mereka akan memilih negara lain untuk dilawati.
Memang tidak dinafikan bahawa projek Lynas ini memberi faedah dalam menghasilkan teknologi hijau dan ia juga mendapat permintaan yang tinggi dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optik, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.
Akan tetapi disebabkan kesan buruknya lebih banyak daripada baiknya, jadi saya berpendapat bahawa projek ini harus diberhentikan. Ini kerana apabila teknologi pemperosesan bahan tersebut gagal menguruskan sisa buangan industri dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut akan meningkatkan kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak. Justeru itu, penduduk setempat akan menjadi mangsa serta hidup merana.
Akhir kata, saya berharap kepada pihak yang berkenaan mengambil jalan yang terbaik untuk masa depan generasi akan datang kerana generasi akan datanglah yang dapat menggantikan pemimpin negara untuk menerajui dan membangunkan negara kita yang tercinta ini. Akan tetapi, jika generasi akan datang merana kerana kesan daripada projek ini, maka hancurlah harapan negara nanti, fikirkanlah. Dan saya ingin menegaskan bahawa ini hanyalah pandangan saya sebagai pelajar universiti dan saya bukan menyokong mana-mana belah pihak.
Penulis ialah pelajar Jurusan Bahasa Arab Komunikasi di Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD : 25/04/2012

Laporan Pengerusi PSC Lynas dipertikai
Harakahdaily, | 17 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan, kenyataan Pengerusi PSC Lynas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa Kilang Lynas adalah kilang memproses Nadir Bumi yang terselamat di dunia dan lokasi kilang itu yang jauh dari penempatan penduduk sejauh 6KM jelas membuktikan ia dibentuk untuk menghalalkan kilang itu.
Kenyataan itu juga bercanggah sama sekali dengan Laporan Kajian Alam Sekitar (Preliminary Environmental Impact Assessment – PEIA) yang disediakan oleh ENVIRON pada 21hb Januari 2008 dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) pada 15hb Febuari 2008.
"Jelas, dari kenyataan yang tidak betul dan berat sebelah itu menzahirkan niat sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam penubuhan PSC Lynas untuk menghalalkan kilang LAMP milik LYNAS itu untuk kepentingan diri mereka.
"Malah kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa PSC Lynas itu untuk memimpin jawatankuasa itu dengan telus dan adil kini dipersoal," kata Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohamad Omar (gambar bawah).
Merujuk kepada Laporan EIA, kata Zulkefly, terdapat kawasan penempatan penduduk paling dekat dalam jarak 3-5KM dari lokasi kilang Lynas itu iaitu Taman Balok Perdana, Taman Balok Makmur dan Kem TLDM Kampung Seberang Balok.
Laporan EIA juga dengan jelas menyenaraikan beberapa syarikat yang beroperasi dalam jarak 1km-3km dari lokasi kilang itu iaitu Polyplastics, Erupee Sugar, Kaneka, Flexsys, Eastman, WR, Cryovac, BP Chemicals, Petronas ERC, BASF dan MTBE.
Manakala dalam jarak 3km-5km terdapat penempatan penduduk sepanjang pantai ke Kuala Terengganu, Kuantan-Pelabuhan Bypass, Sg.Tunggak, Penduduk dari Kuantan ke pelabuhan, Lebuhraya Pantai Timur, Pelabuhan Kuantan dan Pantai Cherating.
Laporan EIA juga, katanya, dengan jelas mencatatkan jumlah penduduk dari Taman Balok Perdana, Taman Balok Makmur, TLDM Kg. Seberang Balok sebanyak 5973 org (statistik tahun 2000) dengan komposisi kaum Melayu sebanyak 87 peratus, Cina 0.2 peratus dan India 2.2 peratus.
Katanya lagi, terdapat juga beberapa kampong berdekatan iaitu Kg. Sg Ular (2.5KM dari Kg. Gebeng), Kg. Hulu Balok (3KM dari Tapak Kilang), Kampung Berahi(4.5KM dari Tapak Kilang), Kampung Seberang Balok(6KM dari Tapak Kilang).
Kg. Gebeng (3KM dari Tapak Kilang) dan Kampung Selamat pula 4 KM dari Tapak Kilang.
Kenyataan Khaled Nordin bahawa Kilang LYNAS adalah kilang memproses nadir bumi yang terselamat di dunia juga bercanggah dengan kenyataan Laporan Kajian Alam Sekitar (PEIA).
Dalam laporan itu dinyatakan bahawa ‘potential concern’ jika langkah-langkah kawalan atau pencegahan tidak dilaksanakan oleh Lynas ketika fasa rekabentuk dan ketika fasa operasi mampu menyumbang kepada kesan-kesan pencemaran alam sekitar seperti berikut iaitu:
1. Kualiti air Sg. Balok akan menurun. Jika ‘Standard B discharge limit’ atau had pelepas air sisa ‘dirawat’ melebihi dari kadar yang ditetapkan, Sungai Balok akan tercemar (Kadar pencemaran kini sebenarnya sudah ditahap 2 dan 3). LYNAS harus memastikan keberkesanan ‘waste water treatment facilities’ atau kemudahan rawatan air sisa diambil kira khususnya ketika fasa rekabentuk.
2. Penurunan Kualiti Udara - pelepasan ketika operasi dari ‘waste gas treatment system’, ‘gas fired boilers’ dan ‘product calciners’. (mesti di pastikan selamat dalam radius 5KM ZON IMPAK) kerana terdapat penduduk Balok dalam jarak 2-5KM dari lokasi kilang itu.
3. Kesan Bunyi Bising. EIA mengakui adanya penduduk dalam radius 3KM terutamanya Taman Balok Perdana dan Taman Balok Makmur.
4. Potensi Pencemaran Tanah dan Groundwater/Air Bawah Tanah.
5. Sumber stim akan terhasil iaitu dari WLP, PGD dan NUF dan diklasifikasikan sebagai sisa radiological oleh AELB dan akan diuruskan/disimpan mengikut keperluan AELB. Tempat simpanan sisa ini hasil kerjasama Lynas dan Ranhill Worley berdasarkan cadangan MNA (Malaysia Nuklear Agency/Agensi Nuklear Malaysia) yang tercatat dalam RIA.
6. Potensi kebocoran dari tempat simpanan sisa dan langkah-langkah melindungi tanah dan air bawah tanah yang tidak mencukupi mampu menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.
7. Kebocoran simpanan bahan-bahan bahaya (reagents dan bahan asid). Langkah-langkah ‘Containment’ atau Simpanan harus dipastikan ada dan haruslah diurus dengan baik.
Bagaimanakah kenyataan itu boleh berkata bahawa kilang Lynas adalah kilang memproses nadir bumi yang terselamat di dunia jika langkah-langkah pencegahan malah kemudahan ‘state-of-the-art’ yang terdapat di kilang itu masih belum dibuktikan lagi, tambah beliau.

Sumber HD : 17/05/2012
KUALA LUMPUR: Seluruh ahli PAS, khususnya di Pahang dan Terengganu diminta hadir ke program Himpunan Hijau 'Occupy Balok-Gebeng 24 Jam' yang akan diadakan pada 23 dan 24 Jun ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata himpunan itu perlu disertai sebagai bantahan umum terhadap sikap kerajaan yang tidak mengendahkan kebimbangan rakyat berhubung isu Lynas, di Gebeng.
"PAS menyokong penuh himpunan ini. Justeru, saya minta seluruh ahli PAS, khususnya di Pahang dan Terengganu untuk turun menyatakan solidariti pada himpunan ini, yang bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghentikan operasi kilang nadir bumi ini," kata beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.
Tegas beliau, pihaknya sedar mana-mana himpunan yang menyatakan penentangan terhadap kerajaan akan mengundang risiko yang tersendiri, oleh itu meminta peserta bersatu dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
"Namun, kita harapkan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, lebih-lebih lagi jika pihak polis bekerjasama," tegas beliau yang turut menekankan kepentingan pendedahan terhadap awam berhubung alam sekitar.
Himpunan anjuran Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau itu akan berjalan selama 24 jam, di Pantai Balok, bermula jam 12 tengahari pada 23 Jun dan akan berakhir pada 24 Jun, 12 tengah hari.
Selain pameran berkaitan isu Lynas dan isu alam sekitar, beberapa program seperti parlimen rakyat dan gotong-royong diadakan sepanjang 'occupy' tersebut.
Manakala, di sebelah malam pula terdapat tiga program berasingan, iaitu konsert remaja yang akan diadakan bersebelahan Restoran Alif, Balok; ceramah Bersih 2.0 di Markaz PAS Sungai Lembing, dan Ceramah Himpunan Hijau di Pantai Balok.
Ceramah Bersih 2.0 akan dibarisi Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, dan Pengerusi Lanjah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar serta barisan pimpinan Pakatan Rakyat Pahang.
Acara kemuncak bagi program 'occupy' itu ialah peserta himpunan akan bergerak dari Balok ke Gebeng, dan kemudiannya ke kilang Lynas menyatakan bantahan, yang turut disertai Mohamad.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Ketua Publisiti Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, wakil Asal Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim dan Ahli Jawatankuasa Kerja Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.
Sumber HD : 15/06/2012
'Occupy Balok-Gebeng 24 Jam' pada 23-24 Jun
Anis Nazri, | 15 Jun 2012 |

Projek Lynas kilang kimia, bukan loji nuklear?
Salmiyah Harun, | 19 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) menegaskan projek Lynas yang diadakan di Gebeng, Kuantan merupakan kilang kimia yang menghasilkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear atau aktiviti perlombongan.
Menurut laporan jawatankuasa tersebut, hujah mereka itu berdasarkan fakta-fakta saintifik, takrifan undang-undang dan maklumat yang diperolehi daripada pakar-pakar berhubung perojek berkenaan juga mendapati projek LAMP akan menggunakan teknologi termaju.
Jawatankuasa Khas itu juga berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia yang setaraf dengan amalan dan standard antarabangsa.
Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa.
Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah menyediakan sistem kawalan yang diperlukan seperti yang telah ditetapkan di dalam perundangan kebangsaan dan standard antarabangsa bagi memastikan keselamatan dan kesihatan awam serta perlindungan alam sekitar untuk kilang beroperasi sementara.
Jawatankuasa juga mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawalselia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa.
"Di peringkat ini, LAMP perlu mematuhi kesemua syarat-syarat lesen yang lazim dan syarat-syarat tambahan yang telah dikenakan di dalam lesen TOL ini. Data yang diperolehi di peringkat ini akan menjadi asas kepada pertimbangan proses perlesenan selanjutnya," tegas jawatankuasa itu.
Pihak Jawatankuasa juga mengesyorkan satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.
Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan serta penglibatan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan pakar bertauliah.
Jawatankuasa Pemilih telah bermesyuarat pada hari Rabu, 21 Mac 2012 dan 22 Mac telah melantik Ahli-ahli Jawatankuasa LAMP iaitu Ahli Parlimen (BN-Pasi Gudang) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai Pengerusi, Ahli Parlimen (BN-Kota Belud) Datuk Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen (BN-Tebrau) Teng Boon Soon, Ahli Parlimen (BN-Batang Sadong) Nancy Shukri, Ahli Parlimen (BN-Simpang Renggam) Liang Teck Meng dan Ahli Parlimen (Bebas-Kulim Bandar Baharu) Datuk Zulkifli Noordin.
Sebanyak enam mesyuarat telah diadakan bermula pada 18 April, 6 Mei, 4 Jun, 5 Jun, 7 Jun dan 11 Jun.
Laporan itu turut melampirkan laporan prosiding sesi pendengaran awam yang diadakan sebanyak tiga kali iaitu pada 10, 11 dan 21 Mei 2012.

Media putar belit kenyataan saya - Dr. Che Rosli
Anis Nazri, | 20 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkenaan Lynas Advanced Material Plants (LAMP) tidak memperincikan butirannya secara saintifik.
Biarpun pendengaran awam yang dijalankan mengambilkira pandangan daripada pelbagai pakar, persoalan yang membimbangkan rakyat masih tidak terjawab.
Demikian dinyatakan ahli parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata sewajarnya sebuah makmal ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci segala kesan dari pemprosesan nadir bumi terhadap kesihatan dan alam sekitar.
Mengakui beliau hanya mempunyai kepakaran di bidang nuklear dan tidak arif mengenai bidang-bidang lain, justeru beliau meminta tidak ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini.
"Memang saya mengatakan projek Lynas itu hanya mempunyai kadar radiasi yang rendah, namun ia tidak membuktikan ia selamat," tegas beliau lagi.
Ini kerana, katanya kesan dari proses penguraian bahan-bahan nadir bumi itu akan menghasilkan tiga jenis residu yang memberi kesan kepada kesihatan.
Sehubungan itu, beliau mengatakan keperluan untuk mengadakan 'Health Impact Assessment' (HIA) dan 'Health Risk Assessment' (HRA) dan aspek pengurusan residu perlu dititikberatkan.
Dalam pada itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata pengalaman dalam kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ketiadaan pelan pengurusan sisa membabitkan bahan radioaktif.
"Memang kadar radiasinya rendah sebagaimana dinyatakan Hulu Langat (Che Rosli), tapi residu yang terhasil dari bahan itu yang membimbangkan kita," tegas beliau.
Katanya, tindakbalas kimia ini menghasilkan 'heavy metals' seperti plumbum, merkuri, arsenik, cadmuim dan nikel, yang mana ketiga-tiga 'heavy metals' terakhir itu adalah karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
Atas sebab itu, beliau berpendirian PAS tidak dapat menerima projek tersebut kerana ia tidak dikemukakan secara saintifik berhubung kesan-kesan sampingan dari pemprosesan nadir bumi tersebut.
Turut serta dalam sidang media itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Laporan PSC Lynas: Siapakah yang keliru?
Huzir Sulaiman, | 21 Jun 2012 |
Ramai di kalangan sukarelawan gerakan Anti-LYNAS sudah menjangka keputusan akhir dari Jawatankuasa PSC LYNAS yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri itu.
Jangkaan itu bukanlah dikhususkan hanya kepada penubuhan Jawatankuasa itu sahaja, tetapi kepada seluruh respon dan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional melalui agensi-agensi yang berkaitan khususnya Jabatan Alam Sekitar(DOE) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) terhadap segala desakan dan bantahan dari penduduk setempat semenjak tahun 2008 lagi yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.
Malah satu perjumpaan di antara penduduk Balok yang majoritinya Melayu yang semuanya tinggal di dalam ZON Impak 5KM dengan pihak MITI dan disertai AELB, MOH dan DOE telahpun diadakan pada pertengahan tahun yang lalu walaupun MPK dan Kerajaan Negeri Pahang tidak bersedia untuk berjumpa dan berbincang dengan mereka walaupun mereka juga majoritinya orang Melayu.
Terlalu banyak persoalan yang disenaraikan, seingat saya lebih 70 soalan dan banyak juga soalan yang masih tidak terjawab sehingga ke hari ini.
Saya tumpang simpati kepada masa hadapan penduduk Balok khususnya dari aspek pencemaran alam sekitar (habuk, bunyi, asap dan sebagainya) yang sudah sedia ada kerana lokasi penempatan mereka yang agak dekat dengan Kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan.
Ini hanyalah pemerhatian dan pandangan peribadi saya dan kerana itu kewujudan kilang LYNAS itu amatlah tidak dialu-alukan.
Hanya pihak yang pernah menetap di kawasan itu akan tahu isi sebenar hati dan perasaan mereka yang pastinya tidak sama dengan mereka-mereka yang jauh duduknya dari kawasan itu.
Ramai yang tidak tahu bahawa kilang ini sedang dibina. Ramai yang tidak tahu apakah itu nadir bumi, apakah itu radiasi dan apakah itu radioaktif.
Ramai juga yang tidak tahu kesannya kepada mereka jika langkah-langkah pencegahan tidak diambil oleh pihak kilang LYNAS itu.
Malah jika kita amati Laporan Kajian Impak Alam Sekitar (PEIA), kita akan temui pentingnya cadangan ‘adequate mitigation’ atau pencegahan yang sesuai dan secukupnya untuk mengelak pencemaran Alam Sekitar khususnya kepada kawasan di sekitarnya.
Perkataan ‘ZON IMPAK’ juga terdapat di dalam laporan itu termasuk senarai kawasan penempatan yang berada di dalam ZON itu.
Sukarelawan Anti-LYNAS malah penduduk setempat tidak mempertikaikan Laporan itu. Laporan yang disediakan oleh ENVIRON, konsultan yang dilantik pihak LYNAS dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar ada asasnya.
Ia termasuklah maklumat tahap pencemaran yang sudah sedia ada kepada Sg. Balok yang akan digunakan pula oleh pihak LYNAS untuk melepaskan sisa buangan cecair yang dirawat mereka.
Sejauhmana keberkesanan ‘Waste Water Treatment Facility’ atau kemudahan rawatan sisa buangan air itu tidak pulak saya ketahui. Sama ada kemudahan itu dinilai pihak ketiga untuk memastikan tahap keberkesanannya juga tidak juga saya ketahui.
Banyak juga yang saya masih tidak tahu, banyak juga persoalan yang masih tidak terjawab. Lagipun saya bukan pakar yang sepatutnya ambil tahu tetapi saya perlu tahu agar air yang saya minum dan mandi termasuk ikan yang saya tangkap di sungai itu tidak dicemari sisa radioaktif dari kilang LYNAS itu.
Keberkesanan ‘Waste Water Treatment Facility’ hanyalah satu daripada 70 lebih persoalan yang dibangkitkan.
Jika diulas seluruh 70 lebih persoalan yang dibangkitkan penduduk setempat dan sukarelawan gerakan Anti-LYNAS, saya yakin ulasan mereka akan lebih tebal dari buku Laporan Jawatankuasa PSC itu.
Cuma yang ingin saya sampaikan hari ini adalah, TIDAK ADA satu persoalan pun yang dibangkitkan berkenaan TAHAP RADIASI.
TIDAK ADA satu pun kenyataan yang dibuat berkenaan Kilang LYNAS yang dikatakan LOJI NUKLEAR. Namun begitu, 2 aspek ini lah yang kerap dibangkitkan pihak tertentu dan diulas berulang kali di media-media. Hakikatnya bukan dari penduduk setempat dan sukarelawan gerakan Anti-LYNAS.
Kenapa kedua-dua aspek ini pula yang lebih diulas dan diulang tayang berulang-ulang kali? Kedua-dua aspek itu tidak pernah menjadi sebahagian daripada 70 lebih persoalan yang dibangkitkan.
Walaubagaimanapun, adakah kerana kenyataan Kilang LYNAS itu Loji Nuklear membuktikan bahawa seluruh 70 lebih persoalan itu yang dibangkitkan tidak berasas? Adakah kerana tahap radiasi yang rendah memadai untuk meluluskan lesen TOL kepada LYNAS?
Kitaran proses nadir bumi LYNAS melalui banyak peringkatnya, bermula dengan perlombongan, pengangkutan, penyimpanan bahan mentah, pemprosesan dengan menggunakan jumlah asid sulfurik dan hidroklorik yang tinggi setiap hari pada suhu yang amat tinggi, penyimpanan produk akhir dan sisa buangan serta pelupusan sisa buangan yang terdiri dari gas, cecair dan pepejal.
Persoalannya, adakah tahap radiasi itu diukur pada setiap peringkat kitaran proses itu lebih-lebih lagi LYNAS belum memulakan operasinya. Jawapannya adalah ‘PASTI BELUM SEMUANYA’.
Persoalannya, adakah makluman Tahap Radiasi yang rendah sudah muktamad? Di peringkat manakah kitaran proses nadir bumi itu sudah diukur tahap radiasinya?. Sekali lagi, banyak yang kita tidak tahu dan tidak diberitahu.
Namun begitu, 2 aspek ini TIDAK PERNAH dijadikan persoalan penduduk setempat dan sukarelawan gerakan Anti-LYNAS dan kerana itu saya tidak berhasrat untuk berhujah panjang.
Namun begitu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk setempat dan sukarelawan gerakan Anti-LYNAS kerana berfungsi sebagai kumpulan pendesak yang baik. Jika tiadanya mereka, pasti, banyak aspek yang akan terlepas pandang sebelum TOL diluluskan.
Tiada niat yang lain, hanya untuk memastikan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar seluruh rakyat Malaysia khususnya penduduk setempat tanpa mengira warna kulit dan agama terperlihara dan tidak musnah kerana rakusnya kita mengejar kepentingan ekonomi.
‘Check and Balance’ harus ada. Semua pihak haruslah mengambil sudut positif dari semua konflik yang berlaku untuk terus maju sebagai masyarakat yang kritis dan progresif dalam sebuah negara yang sedang berkembang maju dari aspek amalan demokrasinya.
Bukankah sumbangan kumpulan pendesak ini salah satu teknik penyuburan amalan demokrasi. Datuk Saifuddin dan Salahuddin pasti tersenyum dengan komentar ini.
---------------------------------------
Penulis terlibat secara langsung dalam kajian mengenai kilang Lynas yang terletak di Gebeng, Kuantan.
Sumber HD : 21/06/2012
(Sidang media Jawatankuasa Himpunan Hijau di bangunan Parlimen hari ini)
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Himpunan Hijau mengingatkan kerajaan agar mengambil kira bantahan penduduk Kuantan berhubung pembinaan projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng.
Pengerusinya, Wong Tack berkata, pihaknya bersedia meneruskan gelombang bantahan jika projek itu diteruskan.
Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mempercayai kewujudan Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung isu tersebut kerana yakin jawatankuasa itu hanya untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa projek itu selamat.
“Kami tahu kerajaan tidak pernah memberikan perhatian terhadap kerisauan kami yang tinggal di kawasan berhampiran.
"Kerajaan hanya mengutamakan kepentingan politik dan membetulkan kesilapan bukan agenda mereka,” kata beliau pada sidang media bersama ahli Parlimen Pakatan Rakyat di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga mengajak orang ramai menyertai Himpunan Hijau 'Occupy Balok-Gebeng 24 Jam' yang akan diadakan pada 23 dan 24 Jun ini.
Pelbagai program akan diadakan sepanjang tempoh 24 jam himpunan tersebut antaranya konsert ‘hijau’, gig band tengah malam, perkhemahan, pameran dan kempen kesedaran alam sekitar, dialog dan ceramah.
Himpunan tersebut turut mendapat sokongan PAS malah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu sebelum ini meminta seluruh ahli PAS, khususnya di Pahang dan Terengganu untuk turun menyatakan solidariti pada himpunan tersebut.
Turut bersama pada sidangmedia tersebut ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Lynas: JK Himpunan Hijau tolak laporan PSC
Hazayani Zakaria, | 21 Jun 2012 |

Teras tolak keputusan PSC Lynas selamat
Harakahdaily, | 22 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menolak keputusan PSC bahawa Lynas selamat dan dengan itu kerajaan mengeluarkan lesen beroperasi kepada Lynas.
NGO Melayu itu menyifatkan tindakan itu adalah tindakan yang tidak wajar dan mengenepikan suara rakyat.
"Jelas slogan 'rakyat didahulukan' hanya retorik kosong. Dengan keputusan kerajaan mengeluarkan lesen operasi kepada Lynas, slogan yang sebenarnya diguna pakai ialah "keuntungan diutamakan, dan rakyat diperjudikan," kata Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras.
Kata Azmi, kerajaan sepatutnya menimbangkan dengan teliti bantahan rakyat kerana betapa canggih sekalipun teknologi yang diguna untuk menjamin tahap keselamatan ia tetap tidak boleh mengenepikan kekhuatiran rakyat bahawa Lynas akan meletakkan nyawa penduduk persekitaran dalam keadaan merbahaya malah seluruh pekerja Lynas berhadapan dengan risiko.
Pertimbangan yang paling berat seharusnya diberi kepada persoalan kenapa syarikat Australia ini tidak mahu beroperasi di negara itu sendiri jika benar ia selamat, kata beliau.
Oleh itu, beliau berpendapat, kekhuatiran rakyat adalah berasas kerana dalam jangka masa panjang kilang tersebut terdedah kepada keadaan yang tidak menentu.
Dengan maklumat yang rakyat perolehi dari tragedi kebocoran gas Bhopal di India pada Disember 2-3 hb 1984 ( membunuh 3,000 dan mencederakan lebih 500,000 orang ) dan letupan kilang nuklear Chernobyl pada April 1987 di Ukraine sudah cukup untuk mencemaskan masyarakat khususnya yang berdekatan dengan kilang Lynas.
Laporan sebuah agensi PBB, UNSCEAR menetapkan akibat tragedi Chernobyl, 64 kematian, dan kematian selebihnya yang berkaitan dengan tragedi itu kepada 4,000 yang terdedah kepada radiasi (200,000 pekerja keselamatan, 116,000 penduduk yang dievakuasi dan 270,000 penduduk yang berada di kawasan sekitar yang dikontaminasi oleh radiasi).
Di anggar 3940 kematian adalah akibat kanser dan leukemia kerana terdedah kepada radiasi Chernobyl .
Berdasarkan sejarah ini apakah kerajaan akan bertanggungjawab jika tragedi luar jangka berlaku? soal beliau.
"Betapa jaminan keselamatan ditetapkan sekalipun, jelas kekhuatiran yang disuarakan oleh rakyat tidak boleh diketepikan begitu sahaja," katanya.
Rakyat bukan sahaja ada asas untuk membantah malah punya hak untuk menolak Lynas jika ia berpotensi boleh mencetuskan malapetaka jika kececuaian manusia berlaku, tegas Azmi lagi.
Sumber HD : 22/06/2012

Pelbagai acara di himpunan Occupy Balok-Gebeng
Khairil Abdul Rahim, | 22 Jun 2012 |
KUANTAN: Ibu negeri Pahang ini sekali lagi akan dibanjiri puluhan ribu rakyat yang membantah loji memproses nadir bumi Lynas, dengan program santai ‘Occupy Balok-Gebeng’ pada 23 dan 24 Jun ini.
Program anjuran NGO Himpunan Hijau itu akan berlangsung selama 24 jam bermula pukul 12 tengahari 23 Jun dan akan berakhir pada jam yang sama keesokan harinya dengan kemuncaknya peserta berkumpul di hadapan Lynas, Gebeng.
Menurut Pengerusi Mobilisasi program berkenaan, Nasrun Amir Abdullah, pelbagai acara akan diadakan selama dua hari itu dengan pelancarannya akan diadakan di Pelangi Beach Resort pantai Balok.
Katanya, selain daripada itu program akan diisi dengan pameran, mini konsert melepaskan layang-layang yang tertulis mesej selamatkan bumi dan ceramah.
“Di tapak pelancaran pada sebelah malam akan diadakan ceramah melibatkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, aktivis Hishamuddin Rais dan Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack.
“Pada waktu yang sama juga di Kampung Padang jalan Sungai Lembing, satu ceramah lagi akan dijayakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat Zulkefly Omar.
“Pada esoknya pula bermula pukul 9 pagi peserta akan bertolak ke Gebeng di mana terletaknya kilang Lynas. Perarakan akan diketuai oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu,” jelasnya.
Menurut Nasrun, jarak di antara Balok ke Gebeng ialah 11 kilometer jadi orang ramai boleh menyertai konvoi dengan berkereta, motosikal atau berjalan kaki," kata Wong.
Serentak dengan itu, beliau menyeru seluruh penduduk Kuantan yang berkesempatan agar hadir ke program berkenaan demi menunjukkan bantahan dengan operasi kilang Lynas seperti dua perhimpunan yang diadakan sebelum ini.
“Himpunan tersebut hanya mahu menyatakan rasa hati penduduk Kuantan yang mempunyai hak untuk bersuara dan sesuai dengan amalan hak-hak demokrasi dan kebebasan yang diizinkan undang-undang.
“Jika boleh kami mahu program ini disertai tidak kurang daripada perhimpunan terdahulu iaitu tidak kurang daripada 20,000 orang,” katanya.
Perhimpunan membantah Lynas di Gebeng itu merupakan yang ketiga selepas perhimpunan pada 26 Februari lalu di padang awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan 9 Oktober tahun lalu di pantai Taman Gelora, Kuantan.
Baru-baru ini jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) yang diketuai Datuk Seri Khaled Nordin mengesyorkan
Lynas Corp diberi Lesen Operasi Sementara (TOL) kerana menurut kajian mereka kilang yang dianggap kontroversi itu selamat.
Bagaimanapun penduduk tetap tidak berpuas hati dan membantah keputusan kerajaan untuk meluluskan lesen TOL untuk projek Lynas kerana menganggap PSC hanya membenarkan tindakan menghalalkan lynas oleh pihak kerajaan sebelum ini.
Sidang Media : http://www.youtube.com/watch?v=vjFtvgDpsUQ

Lynas: PSC lebih sudu dari kuah
Dr. Dzulkefly Ahmad, | 22 Jun 2012 |
1. Amat nyata bahawa Laporan JK Pilihan Khas (PSC) Lynas semacam telah membuat keputusan bahawa apa pun dapatan dari penelitian dari isu-isu perhatian awam dan pihak yang berpengetahuan tentang keselamatan projek ini, PSC ini mahukan projek ini diteruskan dan kelulusan yang diberikan oleh AELB pada 17 Ogos, 2007 untuk lesen kelas A (Mengilang Penempatan Tapak dan Pembinaan) sekarang ini diminta supaya dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk “Lynas Advanced Material Plant” (LAMP) mula beroperasi.
2. Dalam ‘Rumusan Jawatankuasa’ di muka surat 69 – tercatat: Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau Temporary Operating Licence (TOL) dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agensi penguatkuasa.
3. Cadangan ini adalah jelas bercanggah dengan kefahaman bahawa LAMP mesti memenuhi antara lain 7 syarat yang dikenakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebelum AELB boleh pertimbangkan untuk mendapat lessen TOL yang disebut-sebutkan diberikan sebelum hujung tahun.
4. Antara 2 syarat terpenting adalah pertama –pengurusan penyimpanan residu atau sisa radioaktif samada sementara di ‘Residue Storage Facility’ – RSF atau kekal di ’Permanent Disposal Facility’ - DPF. Kedua – pelan menjamin perlindungan keseluruhan RSF supayadebutidakberterbangankeudarasecarabebasataudalamkeadaanmenanganikes emergency berlakukebocorankedalamtanah.
5. Dalam perbahasan, saya telah mengingatkan sekeras-kerasnya bahawa pengalaman dalam Kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ketiadaan pelan pengurusan sisa (long term waste management plan) yang telah berakhir dengan penyelenggaraan ‘ad-hoc’ sehingga tutupnya tempat pelupusan di Papan dan pembuangan sisa radioactive secara tidak bertanggungjawab di Menglembu, Pengkalan, Jelapang, Buntong dan Simpang Pulai dan kini mesti dipantau kerana dalam proses ‘Dibubar dan Dinyahkontaminasi’ (Decommissioning and Decontamintion) di bawah Akta 304, seliaan AELB untuk selama 300 tahun.
6. Sementara PSC berpuas hati menyokong pentakrifan MITI dan AELB bahawa kilang LAMP adalah sebuah kilang kimia dan bukan kilang memproses pengeluaran torium atau uranium, umum kini juga di beritahu oleh laporan bahawa antara 3 jenis residu yang akan dihasilkan oleh LAMP, residu Water Leach Purufication (WLP) adalah paling bahaya.
7. Kepekatan keradioaktifannya toriumTh- 232 dalam residu WLP dinyatakan dalam laporan Lynas adalah 5.87 Bq/g dan 0.30 Bq/g untuk Uranium U238. Persoalannya sekarang ialah berapakah jumlah radioaktiviti dalam tempoh 10tahun LAMB yang dianggarkan dalam jumlah 32,000 ton setiap tahun yang dihasilkan dalam sisa WLP LAMP itu? Wajar juga dingatkan bahawa bahan torium dan uranium yang wujud secara normal yang dipanggil sebagai NORM (Naturally Occurring Radioactive Material) diketahui menjadi lebih aktif apabila melalui proses kimia dan etraksi yang disebutkan sebagai TENORM atau “Technically Enhanced Naturally Occurring Radioactive Materials”.
8. Untuk peringatan semua, khasnya pihak PSC, AELB dan rakyat di Balok-Gebeng dan diseluruh negara, anggaran jumlah radioaktiviti dalam 1 tahun adalah seperti berikut, berdasarkan sedikit maklumat jumlah sisa residu yang dapat diketahui penulis. Untuk peringatan juga 1 unit Bacquerel adalah pecahan (decay) satu nucleus pada setiap saat (second) menghasilkan particles. Torium menghasilkan alpha-particles yang 20 kali lebih bahaya dari gamma atau beta dalam mencetuskan kerosakan (damage) kepada bahan genetic (DNA Materials) dalam sel badan khasnya apabila bertindak sebagai ‘internal emitters’. Ini dijadikan sebab utama sebagai pencetus kanser oleh pandangan sebuah badan pakar di United Kingdom mengkaji risiko kanser dan toksikologi dari radioaktiviti (CERRIE- Committee Examining Radiation Risks for Internal Emitters).
9. Mengikut laporan Lynas, 32,000 ton WLP dihasilkan setahun bersamaan dengan 32 x 106 kg atau 32 x 109 g. Ini memberi jumlah anggaran radioaktiviti pada para 5.87x 32 x 109 = 155.6 x 109Bacquerel (Bq) bersamaan dengan 155.6 x 103 Megabacquerel (MBq) bersamaan dengan 155.6 Gigabacquerel (GBq)! Jumlah radioaktiviti yang amat besar yang terkumpul di sesuatu tempat. Namun lebih bahaya adalah bentuk atau ‘debu atau dust’ yang diakui oleh AELB khususnya kepada pekerja yang andainya dihidu akan tersimpan dalam paru-paru, pancreas dan tulang. Tentukan SPF bukan caranya mengendali sisa radioaktif ini secara mapan, maka ia memerlukan PDF yang masih lagi dalam alam teori dan penyelidikan.
10. Ingat apa makna 1 unit Bacquerel! Memang Lynas adalah sebuah kilang kimia dan bukan kilang pepasangan nuklear atau pengeluaran torium seperti disebut dalam laporan PSC. Akan tetapi kalau jumlahnya setahun adalah 155.6 MBq, bayangkan 10 kali ganda dalam 10 tahun dan torium mempunyai separa hayat yang panjang selama 74,000 tahun dalam emisi alpha particlenya, maka dalams etahun sahaja telah terkumpul sebanyak yang mesti disimpan di dalam simpanan sementara ‘Residue Storage Facility (RSF)! Sebab itu persoalan mempersiapkan PDF (Permanent Depository Facility) adalah penting sekarang dan bukan seperti Lynas dakwa 17 tahun lagi.
11. Disamping itu, laporan PSC juga mengakui bahawa proses kilang Lynas melibatkan tindakbalas kimia dan fizikal (cracking, leaching, extraction and finishing) dalam menghasilkan lanthanum dan nadir bumi oksida dan karbonat (rare earth carbonat oxide) Namun masih tidak dapat dikenalpasti lagi tindakbalas kimia ini samada menghasilkan ‘logam berat atau heavy metals’ seperti plumbum, mercury, arsenic, cadmuim dan nickel dalam proses dan perlu dikaji sebab ketiga-tiga ‘heavy metals’ yang terakhir adalah logam karsinogenik kepada manusia.
12. Kajian di peringkat ‘makmal’ atau ‘lab-scale’ wajar dilakukan untuk mengenalpasti keseluruhan residutoksik, samada radioaktiviti dan logam berat, patut dilakukan seperti dicadang oleh Prof Jamal Hashim dan Dr Che Rosli, pakar nuclear PAS yang kenyataannya kerap diselewengkan maksud sebenarnya. Kini Dr Che Rosli telah mempertegaskan pendirian beliau. Prof Jamal juga mencadangkan kajian HIA(Health Impact Assessment) dan HRA (Health Risk Assessment) dan amat khuatir dengan tergesa-gesa PSC dan kini PSC mendesak supaya LAMP diberikan TOL.
13. Isu pengendalian pengurusan residue adalah paling membimbangkan sebab ia tidak dapat ditentukan sehingga kini oleh pihak Lynas. Ini mengingatkan kita kepada kes pengurusan sisaradioaktif di ARE, Bukit Merah. PSC mahukan Lynas mengemukakan hasil penyelidikan pengkitaran semula, pengurangan sisa (waste minimization), penggunaan dan pengkomersialan residu dalam tempoh 10 bulan selepas TOL dikeluarkan. Ia agak tersasar.
14. PSC mengesyorkan sekiranya penyelidikan pengkitaran semula serta lokasi tidak dapat di kenalpasti atau diluluskan, Lynas hendaklah membawa residu yang dihasilkan oleh LAMP keluar dari Malaysia dan akan dihantar ke Negara. AELB seperti yang saya tegaskan di atas tadi sebenarnya meletakkan ini sebagai syarat untuk LAMP mendapat TOL.
15. Paling malang, terkini, kerajaan Australia, mengikut Menteri Lombong dan Petroleumnya, telah menekankan bahawa mereka tidak mahu menerima dan tidak bertanggungjawab untuk menerima sisa toksik LAMP oleh Lynas.
16. Masihkah PSC boleh merumuskan bahawa mereka berpuashati untuk mengesyorkan agar lesen Kelas A (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan supaya projek LAMP dapat mengilang bahan mentah pekatan lantanid secara berperingkat dan terhad serta dikawal selia secara berterusan oleh agen si penguatkuasa. PSC juga secara selektif hanya menonjolkan aspek sinaran 2mSv setahun (sebenar 5.61 mSv setahun) untuk pekerja dan 0.002 mSv kepada awam, lantas mengatakan bahawa projek LAMP selamat.
Dengan keputusan di buat oleh PSC dalam laporanya, maka PSC mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat Gebeng, Kuantan khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Penulisan ini tidak meninjau aspek ‘cost-benefit analysis’ yang tidak juga dilakukan secara ‘professional’ , lebih bersifat ‘anecdotal’ berapa banyak yang kononnya akan Malaysia untung di segi pulangan ekonomi dan pemindahan teknologi sebagainya.
12 tahun ‘pengecualain cukai’ atau ‘tax-break’ itu sudah cukup mengecewakan umum pada pelaburan yang begini besar risiko dan impak negatifnya kepada alam sekitar dan kesihatan penduduk. Sekali lagi tragedy ARE, Bukit Merah yang telah merakamkan insiden leukemia dan kecacatan bayi (yang meskipun tidak dikaji secara kaedah ‘Epidemiology’sehingga kini) mengingatkan kita supaya mempastikan kerajaan yang bertanggungjawab mesti memacu erti sebenar “Pertumbuhan Mapan-Hijau-Green Growth’ yang bertentangan dengan konsep” Brown Growth- Pertumbuhan Membawa Kemusnahan” kepada manusia dan alam sekitar.
Dr Dzulkefly Ahmad
Ketua Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS.
Sumber HD : 22/06/2012
(Mohamad Sabu, Tuan Ibrahim dan lain-lain di atas satu pentas khas yang dibuat dari lori)
KUANTAN: Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas.
Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam, lapor Malaysiakini.
Kumpulan yang diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan ketua lajnah alam sekitar parti itu, Zulkefly Mohd Omar pada awalnya diminta untuk berpatah balik oleh anggota polis yang mengawal di sekatan tersebut.
Walaupun sebahagian daripada kumpulan berkenaan berjaya membolosi sekatan, kumpulan berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk duduk di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan mereka.
Beberapa orang turut berucap daripada satu pentas yang menggunakan bahagian belakang sebuah lori.
Antaranya adalah Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack, Pengerusi bersama Bersih A Samad Said, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Pahang DatukTuan Ibrahim Tuan Man dan Adun Triang, Leong Ngah Ngah.
Ketua Polis Kuantan Mohd Jasmani Yusof bersama pasukannya kemudian menyekat mereka dan meminta bersurai kerana perhimpunan itu tidak mempunyai permit polis.
Sumber HD : 24/06/2012

Occupy Balok-Gebeng tembusi sekatan polis
Khairy Atan, | 24 Jun 2012 |

Jangan guna saya pertahan Lynas - Dr Che Rosli
Muhammad Faizal, | 25 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat memberi amaran agar tidak menggunakan nama beliau untuk mempertahankan projek Lynas atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Beliau yang berkata pada sidang media di Parlimen hari ini, tidak pernah ada mana-mana pihak meminta keizinan darinya untuk terus menggunakan nama beliau serta kenyataannya di Parlimen bagi menyatakan loji Lynas selamat didirikan di Kuantan.
"Secara jelas saya nyatakan bahawa kenyataan saya sebelum ini hanya merangkumi satu bahagian sahaja tetapi jika melibatkan keseluruhan operasi Lynas secara terus terang ia tidak selamat untuk beroperasi.
"Selain itu juga, saya tidak membenarkan mana-mana pihak cuba menggunakan nama saya bagi menunjukkan saya menyokong pembinaan loji tersebut," katanya.
Tambahnya lagi, jika perkara ini berterusan beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari sudut undang-undang kerana menggunakan nama tanpa izin.
"Sebelum ini Perdana Menteri dalam kenyataannya telah membabitkan nama saya yang turut menyatakan bahawa Lynas itu selamat dibangunkan.
"Saya tidak pernah mengizinkan nama serta kenyataan saya digunakan untuk menyokong pembinaan loji tersebut, Lynas bagi saya tetap merbahaya dan Najib perlu peka dalam soal ini kerana membabitkan saya tanpa sebarang kebenaran," tegasnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam kenyataannya memberitahu PAS mendengar pandangan yang dikemukakan oleh pakar-pakar namun dalam masa yang sama faktor dari sudut lain juga turut diambil kira.
"PAS mengambil kira setiap pandangan pakar tentang isu Lynas seperti mana yang dinyatakan oleh Dr Che Rosli sebelum ini tetapi dari faktor lain kita juga turut mengambil perhatian.
"Secara jelas beliau menyatakan Lynas ini tetap merbahaya dan kepada mana-mana pihak tolong hentikan menggunakan nama beliau dalam mencari sokongan pembinaan loji tersebut jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil," katanya.

Sumber HD : 25/06/2012
Kempen 714: Demonstrasi aman bantah Lynas
Muhammad Faizal, | 07 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Save Malaysia Top Lynas (SMSL) akan menganjurkan demonstrasi aman pada 14 Julai ini bagi membantah operasi kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang.
Demostrasi kempen 714 itu akan diadakan serentak di 30 lokasi terpilih di seluruh negara.
Jelas Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur, semalam sudah sampai masanya kerajaan perlu tahu bahawa Lynas bukan hanya melibatkan kepentingan orang Kuantan tetapi seluruh rakyat negara ini.
"Kita ingin perjelaskan kepada kerajaan isu Lynas ini bukan hanya tertumpu kepada masyarakat Kuantan tetapi juga seluruh rakyat negara ini bahawa bahayanya kesan radioaktif.
"Kempen ini juga menunjukkan bahawa rakyat menentang keras pembinaan Lynas itu," katanya.
Tambahnya lagi, perhimpunan selama satu jam setengah itu akan bermula pada jam 5 petang.
"Lokasi di Kuantan kita telah memilih untuk berkumpul di Bukit Roga dan selepas itu kita akan mendaki bukit berkenaan.
"Setelah mendaki setiap peserta akan mengundi sama ada menyokong Lynas atau menentang, kita akan mengumumkan pihak mana yang menang berdasarkan pengundian tersebut," katanya lagi.
Menurutnya, ini merupakan satu simbolik dan juga isyarat kepada kerajaan bahawa kuasa yang akan menentukan kemenangan kepada sesebuah parti itu terletak pada tangan rakyat.
Tan Bun Teet juga menegaskan bahawa kumpulan SMSL akan menyokong kumpulan yang berjaya menghentikan Lynas tanpa mengambil kira latar belakang politik.
"Kita akan menghantar surat jemputan kepada pemimpin parti politik untuk turut serta dalam perhimpunan tersebut," ujarnya lagi.
Kempen 714 itu mensasarkan antara 15,000 hingga 20,000 orang akan mengikut demonstrasi untuk ke semua lokasi.
Antara lokasi yang dipilih ialah, Pahang: Kuantan, Temerloh, Jerantut, Raub, Sri Jaya, Triang.
Terengganu: Kuala Terengganu.
Kelantan: Kota Bharu.
Pulau Pinang: Pulau Pinang.
Perak: Ipoh, Kampar, Bukit Merah.
Selangor: Cheras Mahkota, Rawang.
Melaka: Melaka.
Negeri Sembilan: Seremban, Air Itam.
Johor: Segamat, Pengerang, Batu Pahat, Jementah, Tangkak, Simpang Renggam, Kluang, Kulai, Bekok,
Yong Peng, Johor Bahru, Labis, Muar.
Sabah: Kota Kinabalu.
Australia: Perth, Sydney, Melbourne.
Sumber HD : 7/07/2012

Himpunan bantah guna kimia berbahaya 2 Sept
Anis Nazri, | 02 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Satu himpunan besar-besaran membantah penggunaan bahan kimia berbahaya akan diadakan pada 2 September jam 2 petang, di Dataran Raub, Pahang.
Himpunan yang dinamakan Himpunan Hijau Raub itu diadakan bagi menuntut kehidupan yang lebih sihat dengan menghentikan proses perlombongan emas yang menggunakan cyanide.
Himpunan yang mensasarkan 20,000 penyertaan dari seluruh negara itu akan dimobilisasikan Himpunan Hijau bersama NGO-NGO lain, beserta Pakatan Rakyat.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata PAS akan mengerahkan ahli-ahlinya untuk menyertai himpunan ini, khususnya di Pahang.
Beliau berkata, PAS sememangnya menyokong sebarang tuntutan rakyat, lebih-lebih lagi hak rakyat untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
"Terlalu banyak isu alam sekitar berlaku di Pahang. Di Kuantan dengan isu Lynas, begitu juga di Cameron Highland. Isu ini bukan isu Pahang tetapi seluruh negara. Jika kita tidak bersatu, ia akan membawa kehancuran kepada seluruh negara," tegas beliau pada sidang media yang diadakan di Dewan Himpunan Cina, petang tadi.
Beliau berkata, rakyat tidak menolak sebarang pembangunan yang dibuat kerajaan, namun menginginkan pembangunan yang memikirkan aspek kesihatan dan kesejahteraan semua pihak.
Turut serta pada sidang media itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr. Hamzah Jaaffar; Timbalan Yang Dipertua PAS Raub, Tengku Shahadan Tengku Jaafar; ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai; dan exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.
Lombong emas Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang beroperasi sejak Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berdekatan, khususnya Kampung Bukit Koman, Raub yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit, kesukaran bernafas dan pelbgai kesan lain ekoran penggunaan cyanide.
Sidang Media Zulkefli Omar : http://www.youtube.com/watch?v=DcIQ0KkgCwE&feature=youtu.be
Sumber HD : 2/08/2012

Cyanide Bkt Koman: Apa yang perlu anda tahu
Pemuda Tua, | 15 Ogs 2012 |
Cyanide adalah di antara bahan kimia yang paling merbahaya di dunia, yang wujud dalam perlbagai bentuk. Sama ada dalam bentuk gas yang tidak bewarna seperti hydrogen cyanide (HCN) dan yanogen chloride (CNCl) atau dalam bentuk kristal seperti sodium cyanide (NaCN) dan potassium cyanide (KCN).
Hydrogen cyanide (HCN) pernah digunakan dalam Perang Dunia Kedua sebagai agen pembunuh oleh Tentera Jerman, Tentera Amerika Syarikat dan Tentera Jepun malah ada juga laporan yang mengatakan agen pembunuh itu juga telah digunakan ketika perang Iran-Iraq pada tahun 80-an. Ia juga pernah digunakan oleh Tentera Perancis ketika Perang Dunia Pertama.
Penggunaan bahan kimia ini telah diharamkan di beberapa buah negara khususnya di sektor perlombongan antaranya adalah Amerika Syarikat (Montana, Colorado, Wisconsin), Turki, Honduras, Republik Czech, Argentina, Jerman, Greece, Costa Rica, Peru, dan Filipina kerana ancamannya kepada keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.
Pendedahan berterusan bahan kimia ini melalui pernafasan udara, air minuman, makanan malah memegang tanah yang dicemari cyanide kepada manusia boleh menyebabkan kematian malah jika mangsa berjaya diselamatkan sekalipun, dengan tahap keracunan yang tinggi boleh menyebabkan jantung dan otak mangsa rosak. Cyanide akan menghalang sel badan manusia daripada menerima oksigen yang secukupnya dan jika sel badan tidak dapat menerima oksigen yang secukupnya, sel itu akan mati. Jantung dan otak adalah organ manusia yang banyak menggunakan oksigen.
Kesan pendedahan langsung bahan kimia cyanide itu dalam jumlah yang kecil boleh dilihat melalui tanda-tanda berikut iaitu sesak nafas, kegelisahan, pening, lemah, sakit kepala, loya/muntah, dan degupan jantung yang kencang manakala pendedahan dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan sawan, tekanan darah rendah, degupan jantung yang perlahan, pengsan, kerosakan salur pernafasan termasuklah seluruh sistem pernafasan manusia dan seterusnya kematian.
Kemalangan maut yang pernah melibatkan cyanide berlaku di utara Indiana Amerika Syarikat melibatkan 4 pekerja kilang dan mencederakan 20 yang lain akibat daripada pendedahan kepada gas beracun cyanide. Di Ghana, 30 penduduk dilaporkan mengalami tanda-tanda keracunan cyanide selepas sungai Ajoo dicemari pencemaran cyanide dari sebuah syarikat perlombongan emas di situ. Malah di Laos, pencemaran cyanide dari sebuah syarikat perlombongan emas dari Australia telah menyebabkan kematian ikan dan keracunan kepada penduduk yang tinggal sehingga 3KM jaraknya dari kilang itu.
Di Beijing China, kebocoran gas cyanide di salah satu syarikat perlombongan emas di daerah Huairou telah menyebabkan 3 kematian manakala 15 lagi dimasukkan ke hospital. Malah kemalangan maut yang melibatkan cyanide telah meragut nyawa 12 kanak-kanak yang tidak berdosa akibat pencemaran air di Sungai Bambana.
Bencana alam sekitar yang paling ketara kesan daripada kebocoran cyanide dari sebuah syarikat perlombongan emas berlaku di bahagian utara-barat Romania pada tahun 2000 dan diklasifikasikan sebagai bencana sungai yang paling teruk di Eropah sehingga menyebabkan pencemaran sumber air serta kematian hampir 20 jenis ikan yang dilindungi termasuklah binatang-binatang lain seperti memerang, musang dan burung.
Malah pada tahun 1995 dan pada tahun 2000 di Guyana, pencemaran sungai akibat kebocoran cyanide dari sebuah syarikat perlombongan emas telah menyebabkan pencemaran sumber air dan kematian kehidupan akuatik sejauh 4KM malah penduduk yang telah terdedah dengan pencemaran cyanide itu mengalami ruam-ruam merah di badan mereka, muntah dan ceret-beret.
Kemalangan yang melibatkan bahan kimia cyanide ini terlalu banyak di seluruh dunia dan kerana ancaman ini, PAS melalui Lajnah Alam Sekitar Pusatnya yang dipengerusikan oleh Zulkefly Mohamad Omar serta Andansura Rabu yang mewakili Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang telah mengambil ketetapan untuk bersama-sama Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Cyanide Dalam Perlombongan Emas di Bukit Koman.
(Pintu masuk ke syarikat perlombongan Raub Australian Gold Mining [RAGM] seluas 300 ekar di Bukit Koman, Raub, Pahang)
“Kedudukan kilang Raub Australian Gold Mining (RAGM) yang hanya kurang dari 500 meter dari lokasi penempatan 3000 penduduk dan dimiliki oleh anak kepada veteran politik MCA itu jelas tidak berapa sesuai kerana spesifikasi bahaya bahan kimia Cyanide yang digunakan untuk melombong emas di situ iaitu Sodium Cyanide dan Hydrogen Cyanide adalah di antara bahan kimia yang paling merbahaya di dunia.
"Pihak RAGM, pihak berkuasa tempatan, serta agensi berkaitan pada pandangan saya harus mengambil kira faktor ‘social obligation’ atau khidmat masyarakat untuk melaksanakan konsultansi pihak awam terlebih dahulu sebelum keputusan kesesuaian tapak lokasi syarikat perlombongan itu diputuskan serta diluluskan.
"Secara peribadi, saya berpandangan bahawa syarikat perlombongan emas seperti RAGM seharusnya diklasifikasikan sebagai INDUSTRI BERAT dan seharusnya lokasi Industri Berat seperti RAGM ini berada di dalam Kawasan Perindustrian dan tidak seperti sekarang, ” ujar Zulkefly Mohamad Omar (gambar) selaku AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.
Beliau juga mempersoalkan di manakah garis panduan dari pihak Kerajaan Pusat dan Negeri untuk industri perlombongan emas yang menggunakan Cyanide ini seperti yang sudah sedia ada untuk insinerator lebih-lebih lagi apabila terdapat terlalu banyak kemalangan di seluruh dunia yang melibatkan penggunaan bahan kimia Cyanide ini khususnya di dalam sektor perlombongan emas.
Malah terbukti beberapa negara sudah pun mengambil tindakan mengharamkan penggunaan Cyanide di negara mereka malah Kesatuan EU walaupun tidak mengharamkan penggunaan Cyanide di atas sebab-sebab kesan pengharaman bahan kimia itu ke atas keperluan sosio-ekonomi mereka di sana (peluang pekerjaan, dan sebagainya), satu garis panduan yang ketat telah pun dikuatkuasakan. Persoalannya, adakah garis panduan yang ketat ini seperti di Eropah wujud di Malaysia.
“Kita dimaklumkan oleh wakil penduduk bahawa tidak ada latihan ‘Emergency Response Plan (ERP) atau latihan Plan Tindakan Kecemasan yang dibuat pihak pengurusan RAGM dengan penduduk terdekat setelah 3 tahun beroperasi. Seolah-olah ia sesuatu yang tidak penting memandangkan lokasi syarikat perlombongan itu dengan kawasan penempatan penduduk adalah terlalu dekat (<500 meter).
"Kegagalan peralatan operasi syarikat RAGM boleh berlaku dan jika ini berlaku, kebocoran bahan kimia Cyanide serta bahan kimia yang lain boleh mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk setempat termasuklah kepada Alam Sekitar.
"Persoalannya, bagaimanakah operasi menyelamat akan digerakkan secara efektif jika bencana ini berlaku. Malah, merujuk kepada Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat(CDC), jika berlaku kebakaran di tangki simpanan cyanide itu, pengasingan atau ‘isolation’ serta ‘evacuation’ atau proses pemindahan pekerja/penduduk haruslah dipertimbangkan pasukan ‘Emergancy Response Team (ERT)’ sejauh 800 meter dari lokasi kebakaran atau bencana itu.
"Kita juga dimaklumkan terdapat Kem Tentera di Kampung Bukit Koman. Pihak RAGM juga harus mengambil kira keselamatan anggota tentera kita di sana selain penduduk setempat,” ujar Sdr. Andansura Rabu (gambar) selaku Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang serta Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar Negeri.
Zulkefly dan Andansura mempertikaikan kegagalan Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong Pahang, Menteri Pelancongan Datuk Sri Dr Ng Yen Yen yang juga Ahli Parlimen Raub Pahang serta Datuk Hoh Khai Mun, ADUN Bilut selaku Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Kesihatan Pahang dari MCA itu untuk menyelesaikan isu penduduk Bukit Koman ini di Raub.
Malah kenyataan Datuk Sri Liow Tiong Lai yang mempersoalkan di manakah penyelesaian terhadap masalah ini daripada penduduk Bukit Koman serta mempertikaikan sumber ancaman kesihatan itu yang mungkin bukan dari RAGM jelas menyerlahkan sikap beliau untuk mempertahankan RAGM berbanding kepentingan rakyat.
“Adakah mereka melindungi kepentingan RAGM kerana hubungan pemegang saham utama RAGM itu dengan ayahnya yang pernah menjadi veteran MCA? berbanding kepentingan rakyat yang telah mengundi mereka sebagai Ahli Parlimen?. Kerana selepas 3 tahun RAGM beroperasi, isu yang melibatkan kepentingan rakyat setempat masih tidak dapat diselesaikan. Adakah mereka juga yakin jika berlaku kebocoran Cyanide dari RAGM tidak akan hanya menjejaskan kesihatan penduduk Raub khususnya di Bukit Koman tetapi akan juga menjejaskan Empangan Klau di mana airnya akan disalurkan pula ke penduduk di Selangor selepas projek Pemindahan Air di antara Negeri Pahang-Selangor (ISRWT) siap nanti?” ujar Zulkefly.
Memetik kenyataan Andansura (gambar kiri), selepas isu pencemaran alam sekitar di Cameron Highlands didedahkan PAS minggu yang lalu termasuk isu pencemaran sungai di Bentong serta Kuala Lipis dan isu LYNAS, kini rakyat Pahang dihantui pula dengan ancaman agen pembunuh Cyanide di Bukit Koman Raub. Rakyat Pahang dilihat telah diperlakukan seperti tikus makmal oleh Kerajaan Negeri Pahang dalam kerakusan mereka mengejar keuntungan ekonomi semata-mata.
Kerana sikap kejam dan tidak berperikemanusiaan inilah, PAS mengambil pendirian dan ketetapan untuk bersama-sama dengan Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Cyanide Dalam Perlombongan Emas di Bukit Koman untuk sama-sama menganjurkan “Himpunan Hijau Raub” 2hb September (Ahad) ini di Dataran Raub Pahang. PAS Pusat bersama-sama dengan Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang ingin menyeru seluruh ahli PAS di seluruh negara khususnya di Pahang untuk sama-sama turun ke Raub untuk memberikan sokongan menghalang penggunaan ancaman bahan kimia Cyanide ini oleh RAGM.
Sumber HD : 15/08/2012

Bukit Koman: Ancaman baru selepas Lynas
Zulkefly Mohamad Omar, | 24 Ogs 2012 |
Kita semua tahu bagaimana Pahang, sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung telah dikurniakan khazanah Alam Semulajadi yang luas sehingga sebahagian darinya dijadikan sumber rezeki kepada penduduknya malah hasil tanaman, ternakan malah sumber air dari negeri itu disalurkan pula ke negeri-negeri yang lain.
Kawasan tanahnya pula terlalu luas sehingga ada sahabat-sahabat saya dari PAS Negeri adakalanya mengeluh letih sehingga ada yang demam beberapa hari kerana terpaksa bergerak jauh menunaikan tanggungjawab masing-masing ke seluruh pelosok negeri.
Di atas bantuan merekalah, pendedahan demi pendedahan jenayah Alam Sekitar di negeri itu dipaparkan buat pengetahuan umum. Saya dimaklumkan ada di antara petugas-petugas kita yang terdedah kepada ancaman keselamatan oleh pihak yang tertentu ketika proses mengumpulkan bukti jenayah itu. Inilah komitmen PAS untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini sehingga sanggup meletakkan misi itu melebihi kepentingan diri dan keluarga.
Ancaman sisa radioaktif LYNAS di Gebeng Kuantan, pencemaran Sungai di Cameron Highlands, Bentong dan di Kuala Lipis, pembangunan dan penerokaan tanah tidak terkawal dilereng bukit di sekitar Cameron Highlands, pusat insinerator di Blue Valley, projek Hidroelektrik di Ulu Jelai, pembalakan haram, serta pencemaran Tasik Chini yang dijangka akan pupus menjelang tahun 2030 adalah sebahagian dari bukti jelas kerakusan pemerintah khususnya di negeri itu yang meratah sumber alam ini seolah-olah alam yang kita pinjam ini tidak perlu dipulangkan kembali seperti sediakala kepada anak-anak dan keturunan kita.
Bukankah kita hanya meminjam? Tetapi kenapakah kerajaan negeri di bawah UMNO dan Barisan Nasional menjadikan semua itu MILIK dan HAK KEKAL mereka?
Ketika semua lokasi yang saya sebutkan tadi sedang diratah oleh pihak tertentu, penduduk sebuah perkampungan di Bukit Koman Raub pula sedang berjuang selama lebih 3 tahun demi nyawa keluarga mereka dari ancaman bahan kimia Cyanide yang amat bertoksik itu malah dikatakan antara bahan kimia yang paling merbahaya di dunia ini dan pernah diberi gelaran ‘agen pembunuh’ ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Tahukah anda bahawa rakyat terpaksa membayar dengan harga yang tinggi dan tanpa pengetahuan mereka akan bahaya sebenar yang wujud disekeliling kita?
Kenapakah industri berat atau berisiko tinggi seperti ini sentiasa menjadi pilihan UMNO dan Barisan Nasional? Adakah kerana lebih tinggi risikonya, maka lebih besar pulangannya kepada negara atau adakah kerana besar pulangannya kepada kroni-kroni mereka?
Saya pernah menegur wakil MITI kerana tidak berhati-hati ketika menerima kemasukan industri berisiko tinggi seperti LYNAS kerana terlalu teruja untuk mencapai sasaran ‘FDI’ atau ‘Foreign Direct Investment’ negara. Tidak salah untuk menerima pelaburan luar asing tetapi biarlah keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan penduduk diambil kira terlebih dahulu sebelum pelaburan luar asing itu diluluskan.Yang lebih mendukacitakan ialah tindakan memberi pengecualian cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia walaupun LYNAS menyatakan bahawa mereka memperolehi pendapatan 8 billion setahun.
Bukankah banyak industri luar lain yang boleh dibawa masuk oleh MITI? Industri di mana Malaysia mahir dan berpengalaman di dalam menguruskannya. Tidak yakinkah kita untuk mencapai sasaran FDI itu tanpa industri berisiko tinggi seperti itu?
Memandang industri nadir bumi adalah industri yang baru di negara ini ditambah pula dengan krisis keyakinan rakyat terhadap kegagalan kerajaan persekutuan dan negeri dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional di dalam menyelia dan menyediakan kekuatan yang mencukupi untuk agensi-agensi penguatkuasaan di dalam menjalankan tugas mereka dengan baik, ditambah pula dengan kelemahan undang-undang serta proses yang sedia ada yang terdedah kepada manipulasi pihak tertentu untuk ‘menghalalkan’ industri yang tidak halal itu, maka PAS telah mengambil pendekatan mencegah adalah lebih baik dari mengubati untuk tidak menyokong industri berisiko tinggi seperti itu.
Dan kerana kelemahan yang sedia ada kerana kegagalan Umno dan Barisan Nasional di dalam mentadbir negara ini, PAS juga menolak industri perlombongan emas yang menggunakan ‘agen pembunuh’ Cyanide ini.
Terlalu banyak fakta dan bukti jelas akan bahayanya Cyanide ini kepada nyawa manusia dan alam sekitar di seluruh dunia sehingga terdapat beberapa negara yang sudah mengharamkan kemasukan bahan berisiko tinggi itu ke negara mereka, tetapi kenapakah Malaysia tidak mengharamkannya? Kenapa pula apabila ia tidak diharamkan, tidak pula diwujudkan panduan yang jelas seperti yang dilakukan Kesatuan EU untuk mengawal selia sektor perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia yang amat bertoksik itu? Bukankah ini bukti jelas bahawa pembuat dasar yang terdiri dari kalangan ahli politik UMNO dan Barisan Nasional tidak sensitif maklumat?
Ketika PAS mempertikaikan kelulusan membina kilang LAMP milik LYNAS yang dikeluarkan SEBELUM kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar(PEIA) oleh Jabatan Alam Sekitar termasuk pengabaian tuntutan konsultansi pihak awam melalui Lokal Agenda yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran yang akhirnya diakui oleh Jawatankuasa PSC LYNAS, PAS juga mempertikaikan bagaimanakah sebuah syarikat perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia yang amat bertoksik ini ditambah pula dengan bukti kemalangan demi kemalangan yang melibatkan banyak kemusnahan alam sekitar dan kemalangan jiwa di seluruh dunia, kelulusan tetap diberikan kepada sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan dengan veteran politik dari MCA itu walaupun lokasi syarikat perlombongan itu hanyalah kurang dari 500 meter dari kawasan penempatan penduduk Kampung Bukit Koman termasuklah sebuah Kem Tentera. Kenapakah INDUSTRI BERAT seperti ini tidak diletakkan di dalam Kawasan Perindustrian agar proses kawalan yang lebih ketat dapat dikuatkuasakan?
PAS juga mempertikaikan atas dasar apakah syarikat perlombongan itu dikurniakan pajakan tanah seluas 300 ekar selama 19 tahun? Termasuk tiadanya ‘Emergency Response Plan (ERP)’ atau Pelan Tindakan Kecemasan yang seharusnya diwajibkan ke atas industri berat seperti itu. Kenyataan yang dipetik dari wakil Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Koman jelas membuktikan tiada satu pun latihan bersama yang dibuat oleh pihak syarikat dengan penduduk setempat malah dengan pihak berkuasa khususnya polis dan bomba jika berlaku apa jua kemalangan dari operasi syarikat perlombongan emas itu.
Potensi kemalangan dan kesan akibat kemalangan khususnya dari ‘CIL Plant’ atau Loji CIL termasuklah ‘Detoxification Plant’ atau Loji Detoksifikasi khususnya pelepasan gas dan letupan termasuklah kebakaran adalah tinggi serta mampu melebihi tahap pendedahan yang dibenarkan malah kenyataan yang dipetik dari Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat(CDC), ketika berlakunya kemalangan yang melibatkan bahan Cyanide itu, penduduk haruslah dipindahkan sejauh 800 meter dari lokasi kebakaran atau bencana itu.
Bagaimanakah proses pemindahan penduduk itu mampu dilaksanakan dengan baik jika tidak ada kekerapan latihan bersama yang pernah dilakukan oleh pengurus syarikat perlombongan itu dengan penduduk setempat dan pihak berkuasa?
Bagaimanakah keselamatan penduduk setempat termasuklah anggota tentera dari Kem yang terdekat terjamin jika lokasi penempatan mereka hanya kurang dari 500 meter apabila CDC mencadangkan pemindahan penduduk haruslah melebihi 800 meter?
Pemantauan dari wakil Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat jelas menunjukkan jika tiadanya latihan bersama yang berterusan seperti yang dituntut oleh Pelan Tindakan Kecemasan(ERP) itu termasuk faktor kepadatan perumahan di sekitar lokasi penempatan 3000 penduduk disitu, proses pemindahan penduduk akan menjadi sukar dan perlahan sedangkan aspek MASA dan ALATAN PERLINDUNGAN atau ‘PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT(PPE)’ yang harus dipakai penduduk amatlah dititikberatkan ketika proses pemindahan itu.
Inilah kelemahan ketara UMNO dan Barisan Nasional khususnya Ahli Parlimen Raub mereka yang juga Menteri Pelancongan dari MCA itu yang jelas tidak mengambil kira aspek-aspek mandatori yang perlu ditekankan oleh syarikat perlombongan emas itu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan parlimen beliau sentiasa terjamin.
Selepas lebih 3 tahun wakil Jawatankuasa Penduduk Bukit Koman merintih perhatian dan tindakan dari beliau, MCA masih gagal bertindak untuk menyelesaikan isu ini. Mungkinkah kerana MCA sibuk mempertikaikan isu Hudud sehingga lupa kebajikan rakyat di kawasan mereka? atau mereka hanya meletakkan kepentingan syarikat perlombongan emas itu yang dikaitkan juga dengan veteran MCA itu berbanding kepentingan rakyat?
Agak memalukan apabila Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen dari Bentong itu serta berjiran dengan Menteri Pelancongan itu juga gagal menyelami masalah penduduk di Bukit Koman. Sepertimana beliau berdolak-dalik dalam isu LYNAS di Gebeng Kuantan, beliau juga kini dilihat berdolak-dalik dalam isu Bukit Koman di Raub. Jelas inilah kepakaran ahli politik dari UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat mahir berdolak-dalik demi menyelamatkan karier politik mereka daripada nyawa pengundi-pengundi mereka yang tidak berdosa.
Mereka pernah mengeluarkan kenyataan mengelirukan bahawa sisa buangan radioaktif LYNAS akan disimpan di negara ini, kadang-kala hanya sementara dan ada pula kalanya akan dihantar kembali ke negara asalnya, sehingga rakyat keliru yang mana satukah keputusan mereka kesan dari kerap berdolak-daliknya mereka itu. Mungkinkah ini tabiat semulajadi semua wakil rakyat dari MCA itu?
Saya juga dimaklumkan bahawa sebuah syarikat petro-kimia dari Taiwán yang ditolak oleh Kerajaan Taiwán sendiri kerana isu potensi pencemaran alam sekitar di negara itu mungkin akan diberi kelulusan untuk pelaburan berbillion ringgit dalam projek Rapid di Pengerang Johor. Jika ini berlaku, maka jelaslah bahawa pembuat dasar dari UMNO dan Barisan Nasional sama ada diperingkat persekutuan dan negeri yang diperintah mereka hanyalah mengutamakan keuntungan ekonomi semata-mata khususnya kroni-kroni mereka sehingga membelakangkan keselamatan dan kesihatan rakyat di negara ini serta pemuliharaan alam sekitar.
Adakah negara ini tempat pembuangan sisa-sisa yang ditolak oleh negara asal mereka? (Taiwán dan Australia) Jika YA, maka tiadalah beza kita dengan negara dunia ketiga dan tersasar jauhlah kita dari matlamat asal negara untuk menjadi sebuah negara maju.
Saya amat yakin, jika UMNO dan Barisan Nasional terus diberi mandat untuk memerintah negara ini selepas PRU-13, segala-galanya akan hancur berkecai sehingga tiada apa lagi yang boleh kita wariskan kepada anak dan cucu kita. Semoga Allah S.W.T menyelamatkan kita dari kerosakan yang dibawa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Sekali lagi saya ingin menyeru, seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kezaliman ini untuk sama-sama turun ke Raub Pahang pada 2hb September ini (Ahad) sebagai satu tindakan solidariti bantahan penggunaan ‘agen pembunuh’ Cyanide serta suara rintihan rakyat terhadap kemusnahan alam sekitar khususnya di negeri Pahang.
“HIJAUKAN BUMI MALAYSIA”
Zulkefly Mohamad Omar ialah AJK PAS PUSAT & Merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat.
Sumber HD : 24/08/2012

Zulkefly Mohamad Omar, | 27 Ogs 2012 |
Kita semua tahu bagaimana Pahang, sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung telah dikurniakan khazanah Alam Semulajadi yang luas sehingga sebahagian darinya dijadikan sumber rezeki kepada penduduknya malah hasil tanaman, ternakan malah sumber air dari negeri itu disalurkan pula ke negeri-negeri yang lain.
(Antara kesan Cyanide di Bukit Koman)
Kawasan tanahnya pula terlalu luas sehingga ada sahabat-sahabat saya dari PAS Negeri adakalanya mengeluh letih sehingga ada yang demam beberapa hari kerana terpaksa bergerak jauh menunaikan tanggungjawab masing-masing ke seluruh pelusok negeri.
Sumber yang terhad, kos yang tinggi (selalunya dari poket sendiri) serta keringat badan yang semakin lemah kerana dimakan usia malah ada yang menghidap penyakit kronik tidak menghalang mereka untuk mengharungi ujian itu pada pandangan saya agak besar berbanding di negeri-negeri yang lain.
Di atas bantuan merekalah, pendedahan demi pendedahan jenayah Alam Sekitar di negeri itu dipaparkan buat pengetahuan umum. Saya dimaklumkan ada di antara petugas-petugas kita yang terdedah kepada ancaman keselamatan oleh pihak yang tertentu ketika proses mengumpulkan bukti jenayah itu.
Inilah komitmen PAS untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini sehingga sanggup meletakkan misi itu melebihi kepentingan diri dan keluarga.
Ancaman sisa radioaktif LYNAS di Gebeng Kuantan, pencemaran Sungai di Cameron Highlands, Bentong dan di Kuala Lipis, pembangunan dan penerokaan tanah tidak terkawal dilereng bukit di sekitar Cameron Highlands, pusat insinerator di Blue Valley, projek Hidroelektrik di Ulu Jelai, pembalakan haram, serta pencemaran Tasik Chini yang dijangka akan pupus menjelang tahun 2030 adalah sebahagian dari bukti jelas kerakusan pemerintah khususnya di negeri itu yang meratah sumber alam ini seolah-olah alam yang kita pinjam ini tidak perlu dipulangkan kembali seperti sediakala kepada anak-anak dan keturunan kita.
Bukankah kita hanya meminjam? Tetapi kenapakah kerajaan negeri di bawah UMNO dan Barisan Nasional menjadikan semua itu MILIK dan HAK KEKAL mereka?
Ketika semua lokasi yang saya sebutkan tadi sedang diratah oleh pihak tertentu, penduduk sebuah perkampungan di Bukit Koman Raub pula sedang berjuang selama lebih 3 tahun demi nyawa keluarga mereka dari ancaman bahan kimia Cyanide yang amat bertoksik itu malah dikatakan antara bahan kimia yang paling merbahaya di dunia ini dan pernah diberi gelaran ‘agen pembunuh’ ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Tahukah anda bahawa rakyat terpaksa membayar dengan harga yang tinggi dan tanpa pengetahuan mereka akan bahaya sebenar yang wujud disekeliling kita?
Kenapakah industri berat atau berisiko tinggi seperti ini sentiasa menjadi pilihan UMNO dan Barisan Nasional? Adakah kerana lebih tinggi risikonya, maka lebih besar pulangannya kepada negara atau adakah kerana besar pulangannya kepada kroni-kroni mereka?
PAS pernah menegur wakil MITI kerana tidak berhati-hati ketika menerima kemasukan industri berisiko tinggi seperti LYNAS kerana terlalu teruja untuk mencapai sasaran ‘FDI’ atau ‘Foreign Direct Investment’ negara.
Tidak salah untuk menerima pelaburan luar asing tetapi biarlah keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan penduduk diambil kira terlebih dahulu sebelum pelaburan luar asing itu diluluskan.
Bukankah banyak industri luar lain yang boleh dibawa masuk oleh MITI? Industri di mana Malaysia mahir dan berpengalaman di dalam menguruskannya.
Tidak yakinkah kita untuk mencapai sasaran FDI itu tanpa industri berisiko tinggi seperti itu? Walaubagaimanapun saya tidak pernah menyalahkan tenaga kerja MITI termasuklah Setiausaha Kementerian itu kerana mereka hanyalah pelaksana arahan pembuat dasar yang terdiri daripada kalangan ahli politik UMNO dan Barisan Nasional yang tamak haloba dan angkuh itu.
Memandang industri nadir bumi adalah industri yang baru di negara ini ditambah pula dengan krisis keyakinan rakyat terhadap kegagalan kerajaan persekutuan dan negeri dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional di dalam menyelia dan menyediakan kekuatan yang mencukupi untuk agensi-agensi penguatkuasaan di dalam menjalankan tugas mereka dengan baik, ditambah pula dengan kelemahan undang-undang serta proses yang sedia ada yang terdedah kepada manipulasi pihak tertentu untuk ‘menghalalkan’ industri yang tidak halal itu, maka PAS telah mengambil pendekatan mencegah adalah lebih baik dari mengubati untuk tidak menyokong industri berisiko tinggi seperti itu.
Dan kerana kelemahan yang sedia ada kerana kegagalan UMNO dan Barisan Nasional di dalam mentadbir negara ini, PAS juga menolak industri perlombongan emas yang menggunakan ‘agen pembunuh’ Cyanide ini.
Terlalu banyak fakta dan bukti jelas akan bahayanya Cyanide ini kepada nyawa manusia dan alam sekitar di seluruh dunia sehingga terdapat beberapa negara yang sudah mengharamkan kemasukan bahan berisiko tinggi itu ke negara mereka, tetapi kenapakah Malaysia tidak mengharamkannya? Kenapa pula apabila ia tidak diharamkan, tidak pula diwujudkan panduan yang jelas seperti yang dilakukan Kesatuan EU untuk mengawal selia sektor perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia yang amat bertoksik itu? Bukankah ini bukti jelas bahawa pembuat dasar yang terdiri dari kalangan ahli politik UMNO dan Barisan Nasional tidak sensitif maklumat?
Ketika PAS mempertikaikan kelulusan membina kilang LAMP milik LYNAS yang dikeluarkan SEBELUM kelulusan Kajian Impak Alam Sekitar(PEIA) oleh Jabatan Alam Sekitar termasuk pengabaian tuntutan konsultansi pihak awam melalui Lokal Agenda yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran yang akhirnya diakui oleh Jawatankuasa PSC LYNAS, PAS juga mempertikaikan bagaimanakah sebuah syarikat perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia yang amat bertoksik ini ditambah pula dengan bukti kemalangan demi kemalangan yang melibatkan banyak kemusnahan alam sekitar dan kemalangan jiwa di seluruh dunia, kelulusan tetap diberikan kepada sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan dengan veteran politik dari MCA itu walaupun lokasi syarikat perlombongan itu hanyalah kurang dari 500 meter dari kawasan penempatan penduduk Kampung Bukit Koman termasuklah sebuah Kem Tentera. Kenapakah INDUSTRI BERAT seperti ini tidak diletakkan di dalam Kawasan Perindustrian agar proses kawalan yang lebih ketat dapat dikuatkuasakan?
PAS juga mempertikaikan atas dasar apakah syarikat perlombongan itu dikurniakan pajakan tanah seluas 300 ekar selama 19 tahun? Termasuk tiadanya ‘Emergency Response Plan (ERP)’ atau Pelan Tindakan Kecemasan yang seharusnya diwajibkan ke atas industri berat seperti itu.
Kenyataan yang dipetik dari wakil Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Koman jelas membuktikan tiada satu pun latihan bersama yang dibuat oleh pihak syarikat dengan penduduk setempat malah dengan pihak berkuasa khususnya polis dan bomba jika berlaku apa jua kemalangan dari operasi syarikat perlombongan emas itu.
Potensi kemalangan dan kesan akibat kemalangan khususnya dari ‘CIL Plant’ atau Loji CIL termasuklah ‘Detoxification Plant’ atau Loji Detoksifikasi khususnya pelepasan gas dan letupan termasuklah kebakaran adalah tinggi serta mampu melebihi tahap pendedahan yang dibenarkan malah kenyataan yang dipetik dari Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat(CDC), ketika berlakunya kemalangan yang melibatkan bahan Cyanide itu, penduduk haruslah dipindahkan sejauh 800 meter dari lokasi kebakaran atau bencana itu.
Bagaimanakah proses pemindahan penduduk itu mampu dilaksanakan dengan baik jika tidak ada kekerapan latihan bersama yang pernah dilakukan oleh pengurus syarikat perlombongan itu dengan penduduk setempat dan pihak berkuasa?
Bagaimanakah keselamatan penduduk setempat termasuklah anggota tentera dari Kem yang terdekat terjamin jika lokasi penempatan mereka hanya kurang dari 500 meter apabila CDC mencadangkan pemindahan penduduk haruslah melebihi 800 meter?
Pemantauan dari wakil Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat jelas menunjukkan jika tiadanya latihan bersama yang berterusan seperti yang dituntut oleh Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) itu termasuk faktor kepadatan perumahan di sekitar lokasi penempatan 3000 penduduk disitu, proses pemindahan penduduk akan menjadi sukar dan perlahan sedangkan aspek MASA dan ALATAN PERLINDUNGAN atau ‘PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT(PPE)’ yang harus dipakai penduduk amatlah dititikberatkan ketika proses pemindahan itu.
Inilah kelemahan ketara UMNO dan Barisan Nasional khususnya Ahli Parlimen Raub mereka yang juga Menteri Pelancongan dari MCA itu yang jelas tidak mengambil kira aspek-aspek mandatori yang perlu ditekankan oleh syarikat perlombongan emas itu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan penduduk di kawasan parlimen beliau sentiasa terjamin.
Selepas lebih 3 tahun wakil Jawatankuasa Penduduk Bukit Koman merintih perhatian dan tindakan dari beliau, MCA masih gagal bertindak untuk menyelesaikan isu ini.
Mungkinkah kerana MCA sibuk mempertikaikan isu Hudud sehingga lupa kebajikan rakyat di kawasan mereka? atau mereka hanya meletakkan kepentingan syarikat perlombongan emas itu yang dikaitkan juga dengan veteran MCA itu berbanding kepentingan rakyat?
Agak memalukan apabila Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen dari Bentong itu serta berjiran dengan Menteri Pelancongan itu juga gagal menyelami masalah penduduk di Bukit Koman.
Sepertimana beliau berdolak-dalik dalam isu LYNAS di Gebeng Kuantan, beliau juga kini dilihat berdolak-dalik dalam isu Bukit Koman di Raub. Jelas inilah kepakaran ahli politik dari UMNO dan Barisan Nasional yang dilihat mahir berdolak-dalik demi menyelamatkan karier politik mereka daripada nyawa pengundi-pengundi mereka yang tidak berdosa.
Mereka pernah mengeluarkan kenyataan mengelirukan bahawa sisa buangan radioaktif LYNAS akan disimpan di negara ini, kadang-kala hanya sementara dan ada pula kalanya akan dihantar kembali ke negara asalnya, sehingga rakyat keliru yang mana satukah keputusan mereka kesan dari kerap berdolak-daliknya mereka itu. Mungkinkah ini tabiat semulajadi semua wakil rakyat dari MCA itu?
Saya juga dimaklumkan bahawa sebuah syarikat petro-kimia dari Taiwán yang ditolak oleh Kerajaan Taiwán sendiri kerana isu potensi pencemaran alam sekitar di negara itu mungkin akan diberi kelulusan untuk pelaburan berbillion ringgit dalam projek Rapid di Pengerang Johor.
Jika ini berlaku, maka jelaslah bahawa pembuat dasar dari UMNO dan Barisan Nasional sama ada diperingkat persekutuan dan negeri yang diperintah mereka hanyalah mengutamakan keuntungan ekonomi semata-mata khususnya kroni-kroni mereka sehingga membelakangkan keselamatan dan kesihatan rakyat di negara ini serta pemuliharaan alam sekitar.
Adakah negara ini tempat pembuangan sisa-sisa yang ditolak oleh negara asal mereka? (Taiwán dan Australia) Jika YA, maka tiadalah beza kita dengan negara dunia ketiga dan tersasar jauhlah kita dari matlamat asal negara untuk menjadi sebuah negara maju.
Saya amat yakin, jika UMNO dan Barisan Nasional terus diberi mandat untuk memerintah negara ini selepas PRU-13, segala-galanya akan hancur berkecai sehingga tiada apa lagi yang boleh kita wariskan kepada anak dan cucu kita. Semoga Allah S.W.T menyelamatkan kita dari kerosakan yang dibawa pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.
Sekali lagi saya ingin menyeru, seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kezaliman ini untuk sama-sama turun ke Raub Pahang pada 2hb September ini (Ahad) sebagai satu tindakan solidariti bantahan penggunaan ‘agen pembunuh’ Cyanide serta suara rintihan rakyat terhadap kemusnahan alam sekitar khususnya di negeri Pahang.
------------------------------------
Penulis adalah AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS.
Sumber HD : 27/08/2012
(Lautan manusia yang menukarkan warna biru Raub kepada hijau)
Lautan manusia membanjiri Bandar Raub semalam sehingga warna ‘biru’ kesukaan Ahli Parlimennya yang juga Menteri Pelancongan Datuk Sri Dr. Ng Yen Yen bertukar ‘hijau’.
Jelas Parlimen Raub bukannya kawasan selamat untuk Ng Yen Yen. Tempiasnya akan diterima Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mana kawasan Parlimen Bentong bersebelahan dengan Raub.
Kehadiran ribuan rakyat di Raub semalam dan di Kuantan beberapa bulan yang lalu merupakan petanda bahawa Pahang akan dikenali oleh pelancong sebagai sebuah negeri yang penuh bahan-bahan buangan yang bertoksid, beracun dan bahan sisa radio-aktif.
(Datang ke Raub dengan menaiki basikal)
Kegagalan Kerajaan negeri menjaga Tasik Chini yang terus dicemari dengan aktiviti perlombongan mengakibatkan kawasan yang di iktiraf oleh Unesco sebagai destinasi pelancongan telah menjadi kawasan paling teruk dicemari.
Peserta perhimpunan yang datang dari seluruh pelusok tanah air malah dilaporkan terdapat beberapa bas yang tiba sejak awal pagi lagi adalah dari Kedah dan Pulau Pinang membuktikan bahawa isu 3000 penduduk Bukit Koman termasuk anggota tentera yang hanya tinggal kurang dari 500 meter dari lokasi syarikat perlombongan itu bukanlah isu tempatan tetapi adalah isu di peringkat nasional.
Kesungguhan peserta perhimpunan terserlah apabila hampir 50 penunggang basikal berjaya tiba di bandar itu selepas berkayuh sejak awal pagi dari Kuala Lumpur.
Penggunaan bahan kimia Cyanide yang merupakan salah satu daripada bahan kimia yang paling merbahaya di dunia ini.
Ia akibatkan kemalangan jiwa serta kerosakan alam sekitar yang pernah berlaku kesan dari kebocoran bahan kimia itu.
Pengunaannya juga meluas sebagai senjata biologi ketika Perang Dunia I dan II.
Ia diharamkan dari diimport oleh Turki, Honduras, Republik Czech, Argentina, Jerman, Greece, Costa Rica, Peru, Filipina termasuk 2 wilayah di Amerika Syarikat (Montana, Colorado, Wisconsin).
Kesemua ini menunjukkan dengan jelas kepimpinan Umno dan Barisan Nasional tidak sensitif akan potensi ancaman bahan kimia itu kepada penduduk setempat malah rakyat Malaysia kerana dilaporkan adanya pengunaan bahan kimia yang sama di negeri-negeri yang lain.
(Tuan Ibrahim berucap kepada peserta perhimpunan)
PAS mengambil pendekatan untuk membantah pengunaan bahan kimia ini bukanlah kerana ia digunakan di Bukit Koman Raub sahaja tetapi potensi penggunaan bahan kimia itu di seluruh negara khususnya oleh syarikat-syarikat perlombongan lain kerana tidak wujudnya panduan serta kawalan yang ketat buat masa ini.
Kenapa Industri Berat seperti ini berada terlalu dekat dengan kawasan penduduk? Dan kenapa pelan tindakan kecemasan atau ‘Emergency Response Plan (ERP)’ tidak dikuatkuasakan?
Isu penggunaan Cyanide ini bukannya isu kaum Cina yang cuba digambarkan oleh media pro BN tetapi ianya adalah isu rakyat berbilang kaum kerana melibatkan soal kesihatan dan keselamatan penduduk.
Tidak mustahil penggunan Cyanide bagi perlombongan emas dilain-lain tempat dalam Negara kita akan berlaku.
Maka kerana itu, seluruh rakyat Malaysia haruslah bersatu-padu menentang segala ancaman kesihatan, keselamatan serta kerosakan alam sekitar yang sedang berlaku di negara ini.
Rakyat tidak harus diperjudikan nasib mereka kerana ingin mengejar keuntungan ekonomi semata-mata.
(Penulis sedang memberi Ucapan kepada Peserta Himpunan Hijau Raub 2 September)
Selepas lebih 3 tahun Jawatankuasa Penduduk Bukit Koman merintih bantuan dari Ahli Parlimen mereka termasuklah Ahli Parlimen Bentong yang hanya berjiran dengan mereka iaitu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Namun masih tiada jalan keluar yang dilihat dari kemelut ini menjadi bukti jelas omongan 1Malaysia yang dilaungkan serta jajaan Program Transformasi mereka hanyalah kosmetik politik murahan untuk mengaburi mata rakyat di negara ini agar terus tertipu.
Mungkin sudah tiba masanya, Tiong Lai serta Ng Yen Yen cabut lari menyelamatkan diri sebelum ditelan gelombang kemarahan penduduk setempat di situ.
“HIJAUKAN BUMI MALAYSIA
-----------------------------------------------------------------------------------------
Zulkefly Mohamad Omar adalah AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS dan Pengerusi NGO Green Clean World (GCW)
Sumber HD : 4/09/2012

Cyanide: Biru bertukar hijau di Raub
Zulkefly Mohamad Omar, | 04 Sep 2012 |

Lynas: AELB didakwa terburu-buru lulus TOL
Harakahdaily, | 10 Sep 2012 |
KUANTAN: PAS Pahang melahirkan rasa kecewa kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) kerana dilihat terburu-buru meluluskan lesen operasi sementara kepada Lynas walaupun mahkamah Kuantan sudah membenarkan penilaian semula.
Pada 28 Ogos tempoh hari, Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan penilaian semula ke atas keputusan menteri dari MOSTI iaitu Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili kerana menolak rayuan kumpulan Anti-Lynas pada bulan jun yang lalu.
AJK BPPNP merangkap pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang yang juga merupakan pengerusi Stop Lynas Coalition(SLC) Andansura Rabu (gambar bawah) berkata, beliau melahirkan rasa terkejut dengan keputusan terburu-buru AELB itu.
"Lebih-lebih lagi keputusan itu dilihat seolah-olah menghina keputusan mahkamah kuantan, ditambah pula dengan kes rayuan Stop Lynas Coalition (SLC) yang akan didengar mahkamah 10hb september ini," katanya.
Keputusan AELB itu disifatkan beliau tidak masuk akal dan amat memalukan bagi sebuah agensi dan kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat termasuklah alam sekitar.
"Keputusan terburu-buru seperti itu akan mendorong persepsi negatif dari pihak awam bahawa AELB seolah-olah berkhidmat untuk lynas dan bukan untuk rakyat," katanya.
Ketika pihaknya masih tertanya-tanya halatuju MOSTI sama ada ingin melupuskan sisa buangan radioaktif mereka melalui 'Permanent Disposal Facility' (PDF) atau dihantar kembali ke Australia termasuklah pelan terperinci pengurusan sisa berjadual dari LYNAS itu, MOSTI melalui AELB sanggup mengambil keputusan terburu-buru seperti ini.
"Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan Umno dan BN khususnya MCA tidak pernah mengambil kira soal nyawa rakyat, malah meletakkan keuntungan ekonomi yang tidak setimpal itu.
"Dengan pengecualian cukai selama 12 tahun serta peluang pekerjaan kepada hanya 300 orang sahaja melebihi kepentingan hampir 900,000 ribu nyawa rakyat kuantan," ujar beliau sambil memberi jaminan bahawa PAS negeri akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap MOSTI khususnya AELB dan Lynas.
Ketua Penerangan PAS Pahang yang juga merupakan Timbalan Pengarah II Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery(Badar), Ustaz Suhaimi Md. Saad (gambar) ketika dihubungi pula berkata tindakan AELB ini mirip tindakan sama yang dibuat AELB di Bukit Merah satu ketika dahulu.
"Seolah-olah tindakan seperti ini sudah dirancang terlebih awal untuk mengelak kesan ekonomi yang berpanjangan kepada Lynas," kata Suhaimi.
"Kita dimaklumkan saham Lynas sudah menjunam teruk semenjak tahun lepas, lebih dari AUD2.00 kepada AUD0.82 hari ini.
"Oleh kerana itu, mungkin AELB cuba menyelamatkan Lynas," ujar beliau yang menyeru seluruh rakyat Kuantan dan di seluruh negara untuk bangkit membantah keputusan AELB dan MOSTI ini termasuklah menukar pemerintah yang sedia ada sebagai satu-satunya pilihan atau alternatif akhir untuk menutup Lynas.

Sumber HD : 10/09/2012
Jangan ancam keselamatan penduduk Bukit Koman
Anis Nazri, | 19 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pahang dan pihak berkuasa tempatan wajar mengambil serius penempatan kilang yang dikategorikan sebagai industri berat.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata penempatan kilang-kilang terbabit perlu mengambil kira lokasi dan jarak di antara kilang dan kawasan kediaman.
"Bagaimana kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan boleh membiarkan operasi lombong emas di Bukit Koman, Raub yang begitu hampir dengan kawasan penduduk?" soal beliau merujuk lokasi Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang dikatakan hanya sekitar 50 meter dari rumah penduduk.
Tambah beliau, lombong emas yang menggunakan bahan sianida yang sudah tidak digunakan di negara-negara lain itu, dibimbangi akan menyumbang kepada masalah kesihatan di kalangan penduduk.
Ia berikutan aduan yang diterima daripada penduduk Bukit Koman yang mula mengadu mengalami kegatalan, batuk berpanjangan, dan simptom-simptom lain yang membimbangkan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang menafikan penggunaan sianida di lombong itu menjejaskan alam sekitar.
Mengulas lanjut, Zulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu, berkata adalah tidak wajar bagi industri berat beroperasi berdekatan rumah penduduk.
"Kenyataan menteri besar itu tidak akan menyelesaikan masalah yang dilalui penduduk. Kerajaan negeri sepatutnya memberi perhatian yang lebih serius berhubung hal ini dan tidak menyalahkan Pakatan Rakyat semata-mata," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Adnan, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, semalam dilaporkan berkata ancaman sianida terhadap penduduk sekitar Bukit Koman, Raub yang didakwa berpunca dari kilang RAGM merupakan satu agenda politik pembangkang.
Beliau berkata ia bukan masalah alam sekitar, sebaliknya isu politik yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang.
Zulkefly, bagaimanapun berkata penggunaan sianida ini sudah lama dihentikan oleh negara-negara lain kerana kandungannya yang berbahaya.
Selain ia mudah larut di dalam air, Zulkefly juga mendakwa bahan ini juga turut digunakan ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Sehubungan itu, beliau bimbang sekiranya berlaku sebarang kebocoran atau apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada penduduk setempat.
Sumber HD : 19/09/2012

Program 'Hijaukan Bumi' Sabtu ini
Anis Nazri, | 11 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Satu program Hijaukan Bumi akan diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 13 Oktober ini.
Program anjuran Green Clean World (GCW) dan Majlis Perbandaran Klang itu diadakan bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran berkaitan kepenggunaan air.
Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar, berkata pada himpunan itu juga satu deklarasi berkaitan air oleh badan bukan kerajaan yang prihatin akan diumumkan.
"Kita mahu rakyat sedar bahawa sumber air ini perlu dilindungi, selain penggunaannya bukan berdasarkan keuntungan, sebaliknya keperluan semua pihak," tegas beliau pada satu sidang media, di parlimen.
Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat berkata deklarasi itu juga akan dihantar ke semua negeri, termasuk kepada menteri yang didakwanya cuba mempolitikkan isu air, khususnya di Selangor.
Himpunan tersebut akan bermula jam 8.30 pagi dengan pelbagai aktiviti santai seperti pameran, persembahan dikir barat yang berkonsepkan alam sekitar, dengan sebelah malamnya berlangsung ucapan-ucapan daripada tokoh-tokoh NGO dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai untuk menyertai himpunan tersebut.
Sumber HD : 11/10/2012

NGO anti Lynas failkan rayuan
Harakahdaily, | 12 Nov 2012 |
KUANTAN: NGO 'Selamat Malaysia, Hentikan Lynas' (SMSL) telah memfailkan rayuan di atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini yang membenarkan projek Lynas diteruskan melalui pengesahan Temporary Operating License (TOL).
Peguam kepada SMSL telah memfailkan penangguhan sementara sekali lagi (interlocutory interim stay) kepada TOL Lynas di Mahkamah Tinggi Kuantan Jumaat lepas.
Pendengaran kes ini dijangka akan dibuat pada hari Rabu, 14 November ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini mengesahkan TOL yang diperolehi oleh Lynas selepas digantung buat sementara oleh Mahkamah.
Ketika membuat keputusan itu, hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan, isu kesihatan dan keselamatan yang tidak boleh diperbetulkan adalah terlalu awal (premature) untuk diputuskan.
Pemohon kepada penangguhan lesen TOL itu, Tan Bun Teet dalam kenyataannya berkata, isu radiasi dan bahan buangan merbahaya dari kilang ini bukan isu yang boleh diambil mudah.
"Lynas akan mengeluarkan jumlah bahan buangan toksid yang sangta banyak, sedangkan kilang ini tidak mempunyai pelan yang selamat untuk membuang bahan buangan merbahaya ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Sumber HD - 12-11-2012
(Andansura [baju kuning] mengiringi Wong Tuck (3 dari kanan) di fasa pertama kempen dari Kuantan ke Gambang)
KUANTAN: Protes terhadap Lynas di teruskan hari ini dengan Wong Tuck selaku pengerusi Himpunan Hijau secara solo memulakan kempen berjalan kaki dari perkarangan Masjid Negeri Kuantan menuju ke bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Acara pelepasan beliau turut di sertai oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang menyokong penuh sebarang kempen kesedaran bagi membantah operasi Lynas di Gebeng.
Turut serta ialah Andansura Rabu (TYDP Pas Indera Mahkota/Pengerusi Lujnah Alam Sekitar Pahang), Fuziah Salleh (MP Kuantan), Ustaz Syed Anis (PAS Kuantan) serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO lain yang berjuang menentang operasi Lynas di bawah gabungan SLC (Stop Lynas Coalition) dan Himpunan Hijau.
Kempen ini akan berlangsung selama 10-13 hari dan Wong Tuck berharap agar dapat mencapai jarak yang di tetapkan iaitu 25-30 km sehari untuk sampai ke Dataran Merdeka pada 25 November 2012.
Bagaimana pun ia bergantung kepada keadaan kesihatan beliau dan situasi semasa.
Beberapa lokasi telah di kenal pasti sebagai tempat perhentian beliau di sepanjang perjalanan dan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta NGO yang prihatin di seru agar memberikan sokongan moral kepada beliau.
“Kita benar-benar mengharapkan agar sesiapa sahaja yang berkelapangan dan berkesempatan agar dapat memberikan sokongan moral terhadap usaha gigih saudara Wong Tuck ini atas satu matlamat – agar kerajaan mendengar suara hati rakyat untuk menghentikan operasi Lynas!” tegas Andansura Rabu sewaktu sidang media pagi tadi.
“Ahli-ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat yang tinggal di sepanjang laluan atau di perhentian sementara beliau di lokasi yang di tetapkan di harapkan mengambil peluang untuk berbakti sesama rakan seperjuangan sambil meniupkan semangat kepada Wong Tuck dan sukarelawan yang mengiringi perjalanan beliau.
“Juga tidak ketinggalan untuk para perwakilan dan pemerhati yang akan beramai-ramai ke Kelantan bermula hari ini agar dapat meraikan kempen ini di sepanjang laluan dari Kuala Lumpur ke pantai timur,” ujar beliau mengakhiri temubual.
Sumber HD - 13-11-2012
Rombongan disertai 200 orang itu memulakan perjalanan pagi Selasa dari Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, sebelum berhenti dan bermalam di beberapa lokasi iaitu Gambang, Sri Jaya, Maran dan Mentakab.
(Gambar: Sebahagian peserta jalan kaki anti Lynas berjalan kaki dari Mentakab ke Lanchang.)
Perjalanan tersebut dianjurkan oleh beberapa buah pertubuhan (NGO) anti Lynas berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan 8 November lalu yang menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) sekali gus memutuskan kilang tersebut dibenarkan beroperasi di Gebeng.
Menurut pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck, yang mengetuai kempen berjalan kaki itu berharap, kempen akan berlangsung selama 10 ke 13 hari dengan sasaran jarak perjalanan ditetapkan sekitar 30 kilometer sehari untuk sampai ke Dataran Merdeka pada 25 November ini.
“Kami mendapat sokongan padu sepanjang perjalanan setakat ini termasuk disediakan makan minum, penginapan dan penyokong setempat yang sanggup memberi sokongan moral berjalan sama. Setiap malam dianjurkan ceramah dan forum anti Lynas.
“Pagi esok kami akan meneruskan berjalan kaki ke Karak dan lusa ke Bentong hinggalah sampai ke Dataran Merdeka dan bangunan parlimen untuk menyampaikan bantahan,” katanya.
Turut menyertai kempen jalan kaki itu ialah NGO anti Rapid Pengerang, anti Sinida Raub, 12 orang Pribumi Sarawak yang membantah projek Hidroelektrik di negeri itu, ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH dan wakil dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang.
Sumber HD - 19-11-2012
Saya tiba di Kampung Awah, Maran pada waktu senja 16 November, setelah tiga jam memandu kereta. Penghuni kampung yang berdekatan menunding jari ke arah masjid, sambil berkata di situlah tempatnya peserta jalan kaki "Stop Lynas" berteduh.
Berteduh di masjid? Mungkinkah? Rupa-rupanya pendeta Buddha dan kawannya benar-benar berteduh di situ untuk semalaman, tetapi di bilik tadika yang bersebelahan dengan masjid. Sememangnya gerakan Stop Lynas tidak berkenaan dengan politik dan tiada kaitan dengan agama. Saya nampak mereka sedang berehat di tepi jalan ketika saya sampai di situ, sementara sesetengahnya pergi mandi. Saya pergi mencari Wong Tack.
Sedikit "hangus" Wong Tack dijemur keterikan matahari. Kakinya yang sedang berdiri tidak bergetar. Beliau menuju ke arah saya untuk berjabat tangan. Saya memaklumkan bahawa saya membawa sedikit barangan untuk mereka, dan harap mereka tidak mengambil hati.
"Tidak, tidak," lantas beliau membalas. Maka mereka membantu untuk memunggah barangan dari kereta saya, antaranya ubat, plaster, dan minuman herba. Mereka bersorak, mengagihkan minuman herba kepada yang lain dan minum di situ juga. Kulit hitam pada wajah mereka akhirnya mengukir senyuman yang puas.
Adegan terharu di mana-mana
Wong Tack tergelak. Menurut beliau, mustahil perjalanan ini dihabiskan hanya dengan kaki. Tekad adalah motivasi yang menyuntik semangat agar kita menghabiskan perjalanan.
Ada kalanya kami keletihan, tetapi kekuatan kembali semula apabila kereta yang melalui membunyikan hon-nya sebagai tanda sokongan. Tadi, seorang pakcik berjalan sehingga kasutnya koyak. Kebetulan seorang anak muda memandu melalui situ. Anak muda itu telah menanggalkan kasutnya yang berjenama itu dan terus dihadiahkan kepada pakcik.
Adegan yang membuat kita terharu ini disaksikan di mana-mana. Apabila kami kepenatan, kami pun mendampingi pendeta Buddha. Ringan saja cara beliau berjalan. "Ni Kungfu ni," katanya dengan nada berseloroh.
Polis bertanya kepada saya, apa pertubuhan kamu? Tiada pertubuhan. Hanya sekumpulan orang kampung, dan antaranya dengan usia yang lanjut. Siapa Chairman (pengerusi)? Tiada Chairman, kan ini bukan pertubuhan? Mereka kata saya, jadi sayalah. Muka Wong Tack yang hitam dijemur itu tergelak lagi, dengan gigi yang putih.
Saya agak pasrah, ramai yang tidak tahu usaha ini. Lebih ramai lagi yang menganggap usaha ini sia-sia sahaja. Kau orang ni semua gila. Dengan serius dan tegas Wong Tack menjawab, semestinya mereka (kerajaan) akan memberi lampu hijau untuk Lynas agar memulakan operasi. Cuma, kita berkata sekarang, tidak boleh! Malaysia bukan negara yang miskin sangat. Negara kita dilimpahi sumber alam semulajadi yang lumayan, tiada yang kebuluran. Apa perlunya kita menjadikan negara ini tong sampah kepada racun yang mengancam alam sekitar? Kerajaan dipilih rakyat. Kembalikanlah kuasa kepada rakyat. Kita memiliki hak untuk bersuara!
Tiada yang meraung kerana keletihan
Kami berehat di bilik darjah yang bersebelahan dengan masjid. Masing-masing membaringkan kakinya yang sudah "kilat" digosok sepanjang perjalanan. Saya mengurut untuk mereka, sambil berjenaka. Anak perempuan berehat di sebelah saya.
Mereka akan mengerang ketika diurut. Kami mandi bergilir-gilir, kemudian tidur di lantai. Tiada televisyen, tiada penghawa dingin. Kami makan malam dalam cahaya yang malap. Nasi tidak cukup. Wong Tack membeli sedikit roti dan makan, agar orang lain boleh memakan nasi itu.
Saya memeluk Aunty Mei. Nenek yang berusia 70 tahun ini bersama saya ketika perhimpunan BERSIH 3.0, ditangkap polis atas tuduhan merusuh. (Warga asing tertanya-tanya bagaimana seorang nenek tua yang berusia 70 tahun boleh 'merusuh'?) Saya meminta Aunty Mei untuk berehat, dan saya telah membawakannya ubat pelekat yang sangat mujarab. Lantas beliau membalas, "Tak boleh, kita tak boleh rehat. Selagi kilang tu tak ditutup, takkanlah nyenyak tidur ku? Jalan! Teruskan perjalanan kita!" Aunty Mei memeluk saya dengan erat.
Nenek berusia 70 tahun yang kurus ini tiba-tiba menjadi gergasi dalam hidup saya. Beliau bukan lagi seorang ibu atau nenek. Sayapnya yang melebar memberi perlindungan bukan lagi hanya satu keluarganya.
Orang-orang hijau ini menjadi tentera yang tercedera. Lelaki, perempuan, yang muda dan yang tua, yang gemuk yang kurus - dengan kulit yang "hangus" dijemur. Saya bersama mereka untuk kira-kira dua jam.
Tiada sepatah ayat rungutan sama ada letih mahupun menganggap dirinya bodoh - dari bibir yang kekeringan, termasuk seorang budak perempuan kecil. Tak pernah saya dengar rungutannya.
Sebelum berpisah, saya melambai-lambai tangan kepada mereka. Saya menahan sebak, dan cuba menenggelamkan kesebakan dalam hati saya dengan jeritan, "Jumpa lagi pada 20 haribulan. Kita berjumpa di parlimen!"
Sorakan dan tepukan yang gemuruh menenggelamkan saya. Dengan tangkas saya masuk ke dalam kereta, dan mengurung diri saya yang bercucuran air mata dalam kereta.
Ya, kita pasti akan berjumpa lagi di bumi Malaysia tanpa Lynas!
*Diterjemah dari artikel asal (http://www.malaysiakini.com/news/214512) dalam bahasa Cina.
Sumber HD - 21-11-2012
(Peserta beragama Islam berdoa sebelum memulakan perjalanan)
KUALA LUMPUR: Rombongan jalan kaki membantah projek Lynas yang bermula di Kuantan 13 November lalu yang kini menghampiri Kuala Lumpur disifatkan perjalanan terhebat abad ini.
Rombongan hari ini sampai ke Bukit Tinggi dan akan berjalan menuju ke Taman Rimba hari ini.
(Antara yang menyertai jalan kaki bantah Lynas)
Selepas itu, destinasi mereka adalah Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar yang kini menempatkan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM).
Pagi esok, 24 November, mereka dijangka akan berkumpul di Tol Gombak sebelum berjalan ke Markas Tarbiyah Taman Melewar.
Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh berkumpul di Tol Gombak untuk bersama-sama dengan mereka.
Dari Taman Melewar, mereka akan bergerak ke Dataran Merdeka sebelum ke Parlimen pada 25 November.
Berikut adalah kawasan-kawasan yang mereka lalui sehingga kini dan gambar-gambar berkaitan dengan perjalanan hebat ini.
(Muslimat juga menyertai jalan kaki ini)
13hb: Kuantan-Gambang, 30km
14hb: Gambang-SriJaya, 31km
15hb: Sri Jaya-Maran, 16km
16hb: Maran-Kg Awah, 29km
17hb: Kg Awah-Mentakab, 26km
18hb: Mentakab-Lanchang, 19km
19hb: Lanchang-Karak, 25km
20hb: Karak-Bentong, 22km
21hb: Bentong-Kolam Air Panas, 16.5km
22hb: Akan Bergerak dari Kolam Air Panas ke Bukit Tinggi
23hb: Bergerak dari Bukit Tinggi ke Taman Rimba
24hb: Bergerak dari Taman Rimba ke Markas Tarbiah, Taman Melewar (NGO dan Orang Awam digalakkan berkumpul di Gombak Tol)
25hb: Bergerak ke Parlimen (Tempat berkumpul sepanjang jalan akan diumumkan esok)
(Peserta jalan kaki di sambut oleh PAS Kampung Awah di Temerloh)
(Semangat Mat Kilau untuk peserta jalan kaki)
(Membuat senaman pagi sebelum memulakan perjalanan)
(Tidur di mana-mana bukannya hotel berbintang-bintang)
(Tiada bumbung, tepi jalan pun boleh jadi tempat berehat untuk mengumpulkan tenaga sebelum meneruskan perjalanan)
Sumber HD - 23-11-2012
KUALA LUMPUR: Kumpulan pejalan kaki Stop Lynas tiba di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamed (KUIZM), Taman Melewar, tepat jam 4 petang ini, diiringi Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin.
Sebelum itu, mereka berarak dari Tol Gombak, bermula jam 3 petang dan disambut meriah oleh PAS Batu. Kumpulan tersebut turut diiringi beberapa kenderaan berpacuan empat roda sepanjang perjalanan dari Tol Gombak ke Taman Melewar.
Ironinya, biarpun kebanyakan di kalangan mereka berbangsa Cina, namun ketibaan mereka disambut oleh pelbagai pihak agama dan bangsa, yang menunjukkan solidariti mereka dalam usaha menghentikan sebarang pembangunan atau projek yang menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dan kesihatan rakyat.
Ketibaan mereka disambut dengan tepukan dan sorakan 'Stop Lynas', 'Close The Damn', 'Stop Baram' dengan penuh bersemangat, biarpun keletihan dan kepanasan terpancar di wajah mereka.
Turut kelihatan bersama-sama mereka Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Salbiah Wahab.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang mengetuai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ketika ditemui, berkata pihaknya gembira kerana berjaya sampai ke destinasi seterusnya, sebelum ke destinasi selanjutnya.
Mengakui perjalanan sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan sejak 13 Nov lalu, mempunyai pelbagai ranjau dan cabarannya, namun keletihan yang diharungi hilang sekelip mata apabila terdapat kenderaan yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
"Kita berjaya sampai di sini, dengan pelbagai cabaran yang dihadapi. Kita tidak mempunyai masalah sepanjang perjalanan, kerana kita jaga dari seluruh aspek. Dari segi keselamatan, lalulintas, semuanya tidak bermasalah," tegas beliau sebelum dibawa berehat di Markaz PAS Batu, berhampiran Taman Melewar.
Sebelum meninggalkan Taman Melewar untuk berehat di Markaz PAS Batu, berhampiran Taman Melewar, Wong Tack sempat berkata perjalanan kumpulannya dari Kuantan tidak bermasalah, sebaliknya bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan dan kekangan untuk perjalanan seterusnya.
"Sepanjang jalan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, tiada masalah. Esok, tidak tahulah," ujar beliau sambil ketawa kecil.
Sekumpulan pejalan kaki Stop Lynas kini sedang berehat di ruang-ruang legar di KUIZM ini dengan dilayan dengan makanan dan minuman.
Difahamkan, sebahagian besar di kalangan pejalan kaki ini akan bermalam di sini, pada malam ini dan akan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 9 pagi.
Malam ini juga, di KUIZM, akan berlangsung ceramah umum membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Che'gu Bard, Cikgu Ishak Surin.
Sementara itu, Cikgu Ishak ketika ditemui, berkata PAS Batu berbesar hati menyambut kumpulan Stop Lynas ini yang dianggap sebagai pejuang rakyat.
"Dengan semangat mereka berjalan kaki dan bertanggungjawab unuk menentang Lynas, kita juga bertanggungjawab memberikan penghormatan kepada mereka dengan menyediakan makan minum, dan tempat tinggal kepada mereka," tegas beliau.
Sambil mengharapkan perjalanan kumpulan ini ke Dataran Merdeka esok berjalan lancar, beliau turut menyeru ahli-ahli PAS, khususnya PAS Batu untuk bersama-sama berjalan ke Dataran Merdeka.
"Tujuan mereka murni, jadi tiada sebab untuk dihalang mereka ke Dataran Merdeka. Menghalang mereka hanya menunjukkan tindakan yang amat tidak wajar. Saya harapkan mereka ini diberi kesempatan utk berada di Dataran Merdeka," kata beliau.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Batu, Abu Bakar Abdul Rahman berkata, Pemuda PAS Batu akan turut bersama-sama mereka ke Dataran Merdeka keesokan harinya.
Sumber HD - 24-11-2012

Anti Lynas: Jalan kaki Kuantan - KL bermula hari ini
Helmi Ibrahim, | 13 Nov 2012 |

Pejalan kaki anti Lynas hampiri sasaran
Khairil Abdul Rahim, | 19 Nov 2012 |
TEMERLOH: Kumpulan Hijau Anti Lynas yang berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan untuk ke Dataran Merdeka dan parlimen, tengah hari semalam sampai ke Lanchang iaitu setengah perjalanan.
Rombongan disertai 200 orang itu memulakan perjalanan pagi Selasa dari Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1, sebelum berhenti dan bermalam di beberapa lokasi iaitu Gambang, Sri Jaya, Maran dan Mentakab.
(Gambar: Sebahagian peserta jalan kaki anti Lynas berjalan kaki dari Mentakab ke Lanchang.)
Perjalanan tersebut dianjurkan oleh beberapa buah pertubuhan (NGO) anti Lynas berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan 8 November lalu yang menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) sekali gus memutuskan kilang tersebut dibenarkan beroperasi di Gebeng.
Menurut pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck, yang mengetuai kempen berjalan kaki itu berharap, kempen akan berlangsung selama 10 ke 13 hari dengan sasaran jarak perjalanan ditetapkan sekitar 30 kilometer sehari untuk sampai ke Dataran Merdeka pada 25 November ini.
“Kami mendapat sokongan padu sepanjang perjalanan setakat ini termasuk disediakan makan minum, penginapan dan penyokong setempat yang sanggup memberi sokongan moral berjalan sama. Setiap malam dianjurkan ceramah dan forum anti Lynas.
“Pagi esok kami akan meneruskan berjalan kaki ke Karak dan lusa ke Bentong hinggalah sampai ke Dataran Merdeka dan bangunan parlimen untuk menyampaikan bantahan,” katanya.
Turut menyertai kempen jalan kaki itu ialah NGO anti Rapid Pengerang, anti Sinida Raub, 12 orang Pribumi Sarawak yang membantah projek Hidroelektrik di negeri itu, ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH dan wakil dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pahang.
Sumber HD - 19-11-2012
Semoga berjumpa lagi di bumi Malaysia tanpa Lynas!
Jade Tang, | 21 Nov 2012 |
Saya tiba di Kampung Awah, Maran pada waktu senja 16 November, setelah tiga jam memandu kereta. Penghuni kampung yang berdekatan menunding jari ke arah masjid, sambil berkata di situlah tempatnya peserta jalan kaki "Stop Lynas" berteduh.
Berteduh di masjid? Mungkinkah? Rupa-rupanya pendeta Buddha dan kawannya benar-benar berteduh di situ untuk semalaman, tetapi di bilik tadika yang bersebelahan dengan masjid. Sememangnya gerakan Stop Lynas tidak berkenaan dengan politik dan tiada kaitan dengan agama. Saya nampak mereka sedang berehat di tepi jalan ketika saya sampai di situ, sementara sesetengahnya pergi mandi. Saya pergi mencari Wong Tack.
Sedikit "hangus" Wong Tack dijemur keterikan matahari. Kakinya yang sedang berdiri tidak bergetar. Beliau menuju ke arah saya untuk berjabat tangan. Saya memaklumkan bahawa saya membawa sedikit barangan untuk mereka, dan harap mereka tidak mengambil hati.
"Tidak, tidak," lantas beliau membalas. Maka mereka membantu untuk memunggah barangan dari kereta saya, antaranya ubat, plaster, dan minuman herba. Mereka bersorak, mengagihkan minuman herba kepada yang lain dan minum di situ juga. Kulit hitam pada wajah mereka akhirnya mengukir senyuman yang puas.
Adegan terharu di mana-mana
Wong Tack tergelak. Menurut beliau, mustahil perjalanan ini dihabiskan hanya dengan kaki. Tekad adalah motivasi yang menyuntik semangat agar kita menghabiskan perjalanan.
Ada kalanya kami keletihan, tetapi kekuatan kembali semula apabila kereta yang melalui membunyikan hon-nya sebagai tanda sokongan. Tadi, seorang pakcik berjalan sehingga kasutnya koyak. Kebetulan seorang anak muda memandu melalui situ. Anak muda itu telah menanggalkan kasutnya yang berjenama itu dan terus dihadiahkan kepada pakcik.
Adegan yang membuat kita terharu ini disaksikan di mana-mana. Apabila kami kepenatan, kami pun mendampingi pendeta Buddha. Ringan saja cara beliau berjalan. "Ni Kungfu ni," katanya dengan nada berseloroh.
Polis bertanya kepada saya, apa pertubuhan kamu? Tiada pertubuhan. Hanya sekumpulan orang kampung, dan antaranya dengan usia yang lanjut. Siapa Chairman (pengerusi)? Tiada Chairman, kan ini bukan pertubuhan? Mereka kata saya, jadi sayalah. Muka Wong Tack yang hitam dijemur itu tergelak lagi, dengan gigi yang putih.
Saya agak pasrah, ramai yang tidak tahu usaha ini. Lebih ramai lagi yang menganggap usaha ini sia-sia sahaja. Kau orang ni semua gila. Dengan serius dan tegas Wong Tack menjawab, semestinya mereka (kerajaan) akan memberi lampu hijau untuk Lynas agar memulakan operasi. Cuma, kita berkata sekarang, tidak boleh! Malaysia bukan negara yang miskin sangat. Negara kita dilimpahi sumber alam semulajadi yang lumayan, tiada yang kebuluran. Apa perlunya kita menjadikan negara ini tong sampah kepada racun yang mengancam alam sekitar? Kerajaan dipilih rakyat. Kembalikanlah kuasa kepada rakyat. Kita memiliki hak untuk bersuara!
Tiada yang meraung kerana keletihan
Kami berehat di bilik darjah yang bersebelahan dengan masjid. Masing-masing membaringkan kakinya yang sudah "kilat" digosok sepanjang perjalanan. Saya mengurut untuk mereka, sambil berjenaka. Anak perempuan berehat di sebelah saya.
Mereka akan mengerang ketika diurut. Kami mandi bergilir-gilir, kemudian tidur di lantai. Tiada televisyen, tiada penghawa dingin. Kami makan malam dalam cahaya yang malap. Nasi tidak cukup. Wong Tack membeli sedikit roti dan makan, agar orang lain boleh memakan nasi itu.
Saya memeluk Aunty Mei. Nenek yang berusia 70 tahun ini bersama saya ketika perhimpunan BERSIH 3.0, ditangkap polis atas tuduhan merusuh. (Warga asing tertanya-tanya bagaimana seorang nenek tua yang berusia 70 tahun boleh 'merusuh'?) Saya meminta Aunty Mei untuk berehat, dan saya telah membawakannya ubat pelekat yang sangat mujarab. Lantas beliau membalas, "Tak boleh, kita tak boleh rehat. Selagi kilang tu tak ditutup, takkanlah nyenyak tidur ku? Jalan! Teruskan perjalanan kita!" Aunty Mei memeluk saya dengan erat.
Nenek berusia 70 tahun yang kurus ini tiba-tiba menjadi gergasi dalam hidup saya. Beliau bukan lagi seorang ibu atau nenek. Sayapnya yang melebar memberi perlindungan bukan lagi hanya satu keluarganya.
Orang-orang hijau ini menjadi tentera yang tercedera. Lelaki, perempuan, yang muda dan yang tua, yang gemuk yang kurus - dengan kulit yang "hangus" dijemur. Saya bersama mereka untuk kira-kira dua jam.
Tiada sepatah ayat rungutan sama ada letih mahupun menganggap dirinya bodoh - dari bibir yang kekeringan, termasuk seorang budak perempuan kecil. Tak pernah saya dengar rungutannya.
Sebelum berpisah, saya melambai-lambai tangan kepada mereka. Saya menahan sebak, dan cuba menenggelamkan kesebakan dalam hati saya dengan jeritan, "Jumpa lagi pada 20 haribulan. Kita berjumpa di parlimen!"
Sorakan dan tepukan yang gemuruh menenggelamkan saya. Dengan tangkas saya masuk ke dalam kereta, dan mengurung diri saya yang bercucuran air mata dalam kereta.
Ya, kita pasti akan berjumpa lagi di bumi Malaysia tanpa Lynas!
*Diterjemah dari artikel asal (http://www.malaysiakini.com/news/214512) dalam bahasa Cina.
Sumber HD - 21-11-2012
Lynas: Perjalanan terhebat abad ini
Harakahdaily foto Stop Lynas, | 23 Nov 2012 |
(Peserta beragama Islam berdoa sebelum memulakan perjalanan)
KUALA LUMPUR: Rombongan jalan kaki membantah projek Lynas yang bermula di Kuantan 13 November lalu yang kini menghampiri Kuala Lumpur disifatkan perjalanan terhebat abad ini.
Rombongan hari ini sampai ke Bukit Tinggi dan akan berjalan menuju ke Taman Rimba hari ini.
(Antara yang menyertai jalan kaki bantah Lynas)
Selepas itu, destinasi mereka adalah Markas Tarbiyah PAS Pusat di Taman Melewar yang kini menempatkan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM).
Pagi esok, 24 November, mereka dijangka akan berkumpul di Tol Gombak sebelum berjalan ke Markas Tarbiyah Taman Melewar.
Orang ramai yang ingin menyertai kempen ini boleh berkumpul di Tol Gombak untuk bersama-sama dengan mereka.
Dari Taman Melewar, mereka akan bergerak ke Dataran Merdeka sebelum ke Parlimen pada 25 November.
Berikut adalah kawasan-kawasan yang mereka lalui sehingga kini dan gambar-gambar berkaitan dengan perjalanan hebat ini.
(Muslimat juga menyertai jalan kaki ini)
13hb: Kuantan-Gambang, 30km
14hb: Gambang-SriJaya, 31km
15hb: Sri Jaya-Maran, 16km
16hb: Maran-Kg Awah, 29km
17hb: Kg Awah-Mentakab, 26km
18hb: Mentakab-Lanchang, 19km
19hb: Lanchang-Karak, 25km
20hb: Karak-Bentong, 22km
21hb: Bentong-Kolam Air Panas, 16.5km
22hb: Akan Bergerak dari Kolam Air Panas ke Bukit Tinggi
23hb: Bergerak dari Bukit Tinggi ke Taman Rimba
24hb: Bergerak dari Taman Rimba ke Markas Tarbiah, Taman Melewar (NGO dan Orang Awam digalakkan berkumpul di Gombak Tol)
25hb: Bergerak ke Parlimen (Tempat berkumpul sepanjang jalan akan diumumkan esok)
(Peserta jalan kaki di sambut oleh PAS Kampung Awah di Temerloh)
(Semangat Mat Kilau untuk peserta jalan kaki)
(Membuat senaman pagi sebelum memulakan perjalanan)
(Tidur di mana-mana bukannya hotel berbintang-bintang)
(Tiada bumbung, tepi jalan pun boleh jadi tempat berehat untuk mengumpulkan tenaga sebelum meneruskan perjalanan)
Sumber HD - 23-11-2012
Pejalan kaki anti Lynas tiba di Taman Melewar
Anis Nazri, | 24 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Kumpulan pejalan kaki Stop Lynas tiba di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamed (KUIZM), Taman Melewar, tepat jam 4 petang ini, diiringi Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin.
Sebelum itu, mereka berarak dari Tol Gombak, bermula jam 3 petang dan disambut meriah oleh PAS Batu. Kumpulan tersebut turut diiringi beberapa kenderaan berpacuan empat roda sepanjang perjalanan dari Tol Gombak ke Taman Melewar.
Ironinya, biarpun kebanyakan di kalangan mereka berbangsa Cina, namun ketibaan mereka disambut oleh pelbagai pihak agama dan bangsa, yang menunjukkan solidariti mereka dalam usaha menghentikan sebarang pembangunan atau projek yang menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dan kesihatan rakyat.
Ketibaan mereka disambut dengan tepukan dan sorakan 'Stop Lynas', 'Close The Damn', 'Stop Baram' dengan penuh bersemangat, biarpun keletihan dan kepanasan terpancar di wajah mereka.
Turut kelihatan bersama-sama mereka Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Salbiah Wahab.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack yang mengetuai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ketika ditemui, berkata pihaknya gembira kerana berjaya sampai ke destinasi seterusnya, sebelum ke destinasi selanjutnya.
Mengakui perjalanan sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan sejak 13 Nov lalu, mempunyai pelbagai ranjau dan cabarannya, namun keletihan yang diharungi hilang sekelip mata apabila terdapat kenderaan yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan.
"Kita berjaya sampai di sini, dengan pelbagai cabaran yang dihadapi. Kita tidak mempunyai masalah sepanjang perjalanan, kerana kita jaga dari seluruh aspek. Dari segi keselamatan, lalulintas, semuanya tidak bermasalah," tegas beliau sebelum dibawa berehat di Markaz PAS Batu, berhampiran Taman Melewar.
Sebelum meninggalkan Taman Melewar untuk berehat di Markaz PAS Batu, berhampiran Taman Melewar, Wong Tack sempat berkata perjalanan kumpulannya dari Kuantan tidak bermasalah, sebaliknya bersedia untuk menghadapi sebarang kesulitan dan kekangan untuk perjalanan seterusnya.
"Sepanjang jalan dari Kuantan ke Kuala Lumpur, tiada masalah. Esok, tidak tahulah," ujar beliau sambil ketawa kecil.
Sekumpulan pejalan kaki Stop Lynas kini sedang berehat di ruang-ruang legar di KUIZM ini dengan dilayan dengan makanan dan minuman.
Difahamkan, sebahagian besar di kalangan pejalan kaki ini akan bermalam di sini, pada malam ini dan akan berarak ke Dataran Merdeka, bermula jam 9 pagi.
Malam ini juga, di KUIZM, akan berlangsung ceramah umum membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Che'gu Bard, Cikgu Ishak Surin.
Sementara itu, Cikgu Ishak ketika ditemui, berkata PAS Batu berbesar hati menyambut kumpulan Stop Lynas ini yang dianggap sebagai pejuang rakyat.
"Dengan semangat mereka berjalan kaki dan bertanggungjawab unuk menentang Lynas, kita juga bertanggungjawab memberikan penghormatan kepada mereka dengan menyediakan makan minum, dan tempat tinggal kepada mereka," tegas beliau.
Sambil mengharapkan perjalanan kumpulan ini ke Dataran Merdeka esok berjalan lancar, beliau turut menyeru ahli-ahli PAS, khususnya PAS Batu untuk bersama-sama berjalan ke Dataran Merdeka.
"Tujuan mereka murni, jadi tiada sebab untuk dihalang mereka ke Dataran Merdeka. Menghalang mereka hanya menunjukkan tindakan yang amat tidak wajar. Saya harapkan mereka ini diberi kesempatan utk berada di Dataran Merdeka," kata beliau.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Batu, Abu Bakar Abdul Rahman berkata, Pemuda PAS Batu akan turut bersama-sama mereka ke Dataran Merdeka keesokan harinya.
Sumber HD - 24-11-2012
Anti Lynas: Ahli PAS diseru ke Dataran esok
Aniz Nazri, | 24 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS menyeru ahli-ahlinya yang berkelapangan untuk turut menyertai kumpulan pejalan kaki Stop Lynas ke Dataran Merdeka, pagi esok.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata ahli-ahli PAS yang berada di sekitar Lembah Kelang digalakkan menyertai perarakan mereka sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan mereka.
Tambah Mahfuz, perjuangan kumpulan Himpunan Hijau itu perlu dihargai memandangkan mereka sanggup berjalan kaki sejauh lebih 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
"Perjuangan mereka bukan kecil. Mereka berjalan kaki, demi menyelamatkan masa depan generasi akan datang. Saya seru ahli-ahli PAS untuk bersama-sama mereka. Lebih baik, jika dapat berjalan bersama mereka ke Dataran (Merdeka) esok," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Seruan sama turut dinyatakan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang menyifatkan kumpulan pejalan kaki itu sebagai pejuang rakyat.
"Kita amat mengharga usaha dan jerit perih mereka dalam menentang isu Lynas hingga sanggup berjalan kaki, tanpa mengira hujan dan panas. Maka, kita perlu menyatakan solidariti kita kepada mereka dengan bersama mereka," tegas beliau kepada Harakahdaily.
Kumpulan pejalan kaki yang diketuai Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack tiba di Tol Gombak, jam 3 petang tadi sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.
Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.
Selain PAS, turut bersama mereka berarak ke Taman Melewar ialah Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu.
Ahli parlimen Batu, Tian Chua turut bersama menyambut ketibaan kumpulan pejalan kaki Stop Lynas, di Taman Melewar.
Malam ini, kumpulan tersebut akan bermalam di KUIZM, sebelum memulakan perjalanan mereka ke Dataran Merdeka esok.
Sumber HD - 24-11-2012
KUALA LUMPUR:Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.
Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka. Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.
"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.
"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.
Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.
Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.
Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjalan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.
Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUIZM ke Sentul Pasar.
Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.
Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.
Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan.
Sumber HD - 25-11-2012

20,000 sertai Anti Lynas di Dataran Merdeka
Hazayani Zakaria, | 25 Nov 2012 |

Lynas: Pilih kerajaan yang dengar suara rakyat
Harakahdaily, | 26 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Anti Lynas berjaya menyerahkan tiga resolusi kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas "mesyuarat rakyat" di Dataran Merdeka pagi tadi.
Tiga resolusi tersebut adalah:
1. Menuntut pembatalan segera Loji Nadir Bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP).
2. Penghentian atau penilaian projek-projek memudaratkan di Malaysia seperti di lombong emas Bukit Koman, pemasangan kabel voltan tinggi di Rawang, projek insinerator di Cameron Highland, projek bijih besi Lumut, projek Rapid, pembinaan serta perampasan tanah orang Asal di mana kerajaan perlu melakukan perundingan awal dengan masyarakat awam dan sesiapa sahaja yang terbabit dalam hal alam sekitar.
3. Memastikan segala rancangan pembangunan adalah mapan dan sejajar dengan prinsip-prinsip piagam bumi.
Ia dibacakan oleh Zamri yang menyertai perjalanan sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack sewaktu berucap dalam 'persidangan rakyat', menyeru golongan itu memilih kerajaan yang mendengar suara rakyat.
"Kami memerlukan kerajaan yang bersih dan adil. Kerajaan yang mengambil berat dan mendengar suara rakyat. Kerajaan yang bersama-sama dengan rakyat," katanya sambil diiringi dengan laungan slogan 'Hidup rakyat' dan 'Rakyat bangkit' oleh peserta perhimpunan.
Antara ahli parlimen dan Adun Pakatan yang kelihatan bersama-sama berhimpun ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah), Dr D Jeyakumar (Sungai Siput) dan Chong Eng (Bukit Mertajam).
Wong yang mengetuai perarakan berjalan kaki sejauh 300 kilometer dari Kuantan ke Kuala Lumpur bermula 13 November lalu bermalam di sekitar Dataran Merdeka selepas tiba di situ kira-kira jam lima petang semalam.
Mereka nekad menyuarakan bantahan terhadap operasi Loji Nadir Bumi Lynas, di Kuantan, Pahang.
Mereka berhimpun sehingga jam 10 pagi tadi dan bersurai selepas menyerahkan resolusi.
Himpunan Hijau turut mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Jawatankuasa Membantah Sianida Raub, Gabungan NGO Pengerang, dan NGO anti empangan Murum.

'Benteng manusia' halang bahan ke kilang Lynas
Anis Nazri, | 26 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan kumpulan pejalan kaki Stop Lynas tiba di Dataran Merdeka, semalam, mereka akan meneruskan perjuangan mereka di Kuantan, Pahang.
Biarpun masih belum ada tarikh khusus diputuskan, mereka sedang merangka untuk mengadakan program 'benteng manusia' atau 'barricade' bagi menghalang kemasukan bahan-bahan mentah ke kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Ketua Publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, berkata biarpun rakyat tidak mampu menutup kilang Lynas dari beroperasi, kerajaan yang enggan mendengar suara rakyat perlu ditunjukkan kebangkitan rakyat.
"Kita sedar, kilang itu tidak akan ditutup kerana kerajaan yang ada tidak mendengar suara rakyat. Jadi, kita akan menyekat kemasukan bahan mentah ke kilang terbabit dengan program 'barricade' kebangkitan rakyat ," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, selain program tersebut, pihaknya juga akan memulakan 'roadshow' perkongsian tentang kesan pembinaan dan penggunaan bahan-bahan berbahaya kepada alam sekitar.
Jelajah perkongsian itu, kata Lee akan dijalankan dalam tiga bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris kepada seluruh rakyat Malaysia.
Biarpun beranggapan rakyat sudah semakin sedar dengan isu alam sekitar ini, Lee masih mengharapkan lebih ramai lagi rakyat yang akan menyokong usaha ke arah persekitaran yang sihat dan harmoni.
Semalam, Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang.
Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka dan duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.
Wong Tack juga mengetuai kumpulan pejalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur dalam usaha memberi tekanan kepada kerajaan untuk menutup kilang Lynas, di Kuantan.

Langgar syarat: Kerajaan didesak tarik balik TOL Lynas
Harakahdaily, | 11 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Solidariti Hijau menggesa kerajaan membatalkan lesen sementara (TOL) kepada Lynas ekoran keengganannya menghantar sisa toksid kilang itu ke luar negara.
Ini kerana, berdasarkan kenyataan dari empat menteri sebelum ini, lesen TOL Lynas diberikan dengan syarat bahan sisa toksid kilang itu dibawa ke negara asal iaitu Australia.
Zulkefly Mohd Omar (gambar) yang juga Pengerusi Green Wold mewakili 80 NGO Solidariti Hijau dalam kenyataannya berkata, terbukti sekarang Lynas akan melanggar syarat yang diberikan oleh kerajaan.
"Maka sewajarnya, Lesen Sementara Operasi(TOL) itu TERBATAL dengan sendirinya dan LYNAS Malaysia seharusnya tidak dibenarkan memulakan operasi kilang LAMPnya di Gebeng Kuantan," kata beliau dalam kenyataannya.
Pengarah Urusan Lynas, Datuk Mashal Ahmad dalam kenyataannya berkata, sisa buangan dari Kilang Lynas itu tidak akan dihantar keluar dari Malaysia kerana Lynas terpaksa mematuhi Konvensyen Antarabangsa yang menghalang eksport keluar sisa buangan berbahaya itu ke luar negara.
Semalam, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ucapannya mendesak kerajaan BN menghentikan operasi kilang Lynas selepas gagal mematuhi syarat yang diberikan kerajaan.
"Atau empat menteri yang membuat janji ini kena letak jawatan bagi mengambil tanggungjawab di atas kegagalan ini," kata Guan Eng.
Ekoran kegagalan itu juga, Zulkefly bersama dengan 80 NGO Solidariti Hijaunya akan menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada hari Khamis 13 Disember jam 10 pagi di pejabat MITI Jalan Duta Kuala Lumpur.

Sumber HD - 11-12-2012
KUALA LUMPUR: Solidariti Hijau mendesak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membatalkan atau sekurang-kurangnya menangguhkan lesen operasi sementara (TOL) yang diberikan kepada syarikat pemprosesan nadir bumi, Lynas.
Desakan tersebut kerana Lynas tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam TOL dan tidak dipersetujui penduduk Balok yang merupakan penduduk paling hampir dengan kilang Lynas iaitu 5 kilometer.
Kelulusan TOL memerlukan Lynas memenuhi beberapa keperluan yang ditetapkan, antaranya ialah:
1. Pelan hasil penyelidikan (R&D) berkaitan hasil kitar semula residu WLP.
2. Pelan tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan) untuk mengawal penyebaran debu ke udara dan alam sekitar.
3. Pelan dan lokasi bagi Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF) dan Pengurusan Sisa Buangan atau Waste Management Plan.
4. Pendekatan 'innovatif' yang dicadangkan Lynas untuk menukar sisa buangan kepada produk biasa yang boleh digunakan oleh industri luar negara dan dalam negara.
Bagaimanapun, Pengerusi Solidariti Hijau, Zulkefly Mohamad Omar berkata, empat pelan tersebut tidak diserahkan kepada kerajaan sebelum TOL diluluskan.
"Meletakkan syarat-syarat tersebut hanya selepas kelulusan TOL diberikan seolah-olah kerajaan tidak mengguna pakai pendekatan pencegahan serta mengabaikan 'potenctial concern' yang mungkin berlaku jika 'adequate mitigation' tidak dilaksanakan sebelum mulanya operasi kilang Lynas," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil MITI di Kompleks Kerajaan Jalan Duta, dekat sini hari ini.
Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia (AELB) mengeluarkan TOL bagi Lynas pada 5 September lalu walaupun mendapat bantahan meluas.
Solidariti Hijau yang mewakili 80 NGO menegaskan, kerajaan harus menangguhkan TOL tersebut dan melaksanakan konsultansi dengan penduduk Balok.
"Masih ramai penduduk yang tidak memahami bagaimana proses pengurusan sisa buangan itu dilakukan.
"Solidari Hijau mencadangkan agar proses itu dibentangkan secara terperinci kepada penduduk Balok khususnya," katanya.
Selain itu, Solidariti juga menuntut 100 peratus residu yang dihasilkan dihantar kembali ke Australia tanpa perlu memberi pilihan kepada Lynas untuk menghasilkan pelan kitar semula.
Pada Julai tahun lalu, Zulkefly yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat pernah menghantar memorandum membantah kelulusan TOL Lynas kepada MITI.
Sumber HD - 13-12-2012
Gabungan 80 NGO Solidariti Hijau berjaya menyerahkan Memorandum Kepada Timbalan KSU MITI pada 13/12/12 menuntut agar Kerajaan dapat membatalkan Lesen Sementara Operasi (TOL) LYNAS kerana kegagalan LYNAS menyediakan 4 dokumen penting iaitu:
1.Pelan hasil penyelidikan (R&D) berkaitan hasil kitar semula residu WLP.
2.Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan).
3.Pelan dan lokasi bagi Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF).
4.Pelan Pengurusan Sisa Buangan.
4 dokumen ini seharusnya diserahkan dan dinilai semua pihak sebelum kelulusan TOL oleh AELB kepada LYNAS kerana pentingnya dokumen-dokumen ini untuk memastikan LYNAS dan Kementerian yang bertanggungjawab menyediakan langkah-langkah pencegahan awal untuk mengelak ancaman kepada Kesihatan dan Keselamatan rakyat sebelum operasi dimulakan.
LYNAS juga tidak seharusnya diberi tempoh 10 bulan selepas kelulusan TOL untuk menyediakan semua dokumen itu kerana mereka sudah ada di Malaysia semenjak tahun 2005 lagi (Kajian Feasibility). Mereka sepatutnya sudah berupaya untuk menyediakan semua dokumen itu lebih awal lagi. Kenapa perlu diberi lagi 10 bulan selepas kelulusan TOL???
Yang ‘PELIK bin AJAIBnya’ ialah Penduduk Balok (paling dekat dengan lokasi kilang <5KM) juga tidak dilatih untuk menghadapi saat kecemasan atau kemalangan dari kilang LYNAS itu kerana tiadanya Pelan Tindakan Kecemasan(ERP).
Nak pakai Alat perlindungan pun tak tahu. Macammana nak selamatkan diri jika berlaku kebocoran dari operasi Kilang LYNAS??? Bukankah ‘ERP’ menuntut kerjasama di antara BOMBA, PDRM, LYNAS dan Penduduk terdekat jika berlaku apa-apa kemalangan atau kebocoran sehingga memerlukan penduduk terdekat untuk berpindah??? BOMBA, PDRM dan Penduduk seharusnya dilatih dan tahu apa yang perlu mereka lakukan pada tahap kecemasan tertentu (Tier 1, Tier 2, Tier 3 dan 4).
Malah penglibatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga perlu pada tahap kecemasan yang tertentu. Dimanakah latihan kecemasan yang seharusnya diberikan kepada penduduk terdekat??? Sedangkan operasi Kilang LYNAS sudah pun bermula.
Solidariti Hijau juga ingin mempertikaikan bagaimanakah pilihan menghantar kembali residu ke sumber asal iaitu ke Australia dijadikan pilihan dalam dokumen pengurusan residu yang diberikan oleh AELB kepada LYNAS apabila mengetahui akan kekangan Konvensyen Basel yang tidak membenarkan penghantaran keluar sisa merbahaya dan keputusan Kerajaan Australia yang tidak mahu menerima kembali residu itu??? (sila rujuk gambarajah pengurusan residu LYNAS oleh AELB bertarikh 28/06/12).
Gambarajah itu menunjukkan jika LYNAS gagal mengguna semula atau mengitar semula residu yang banyak dihasilkan dari operasi LYNAS serta mempunyai bacaan tahap radioaktiviti melebihi 1bq/gm (becquerel per gram), LYNAS perlu menyediakan Lokasi/Pelan ‘Permanent Disposal Facility(PDF)’ atau Kemudahan Pusat Pelupusan dan jika LYNAS gagal menyediakan ‘PDF’ itu bermakna residu itu haruslah dihantar kembali ke sumber asalnya iaitu di Australia.
Ini bermakna sebelum MOSTI melalui AELB mahu residu itu dihantar kembali ke Australia, mereka membenarkan LYNAS untuk mengguna semula/mengitar semula residu itu malah jika bacaan radioaktivitnya tinggi (>1bq/gm), residu itu dibenarkan pula untuk disimpan di ‘PDF’ iaitu Kemudahan Pusat Pelupusan yang terletak di negara ini. Hanya jika ‘PDF’ gagal disediakan, baru dihantar kembali ke Australia.
Jelas terbukti pilihan pertama dan kedua yang diberi kepada LYNAS ialah residu itu dibenarkan untuk terus kekal berada di negara ini.
Hanya pilihan ketiga@pilihan akhir sahaja diberikan untuk menghantar residu itu kembali ke Australia. Terbukti keputusan menghantar residu itu kembali ke Australia bukanlah pilihan pertama atau satu-satunya pilihan yang ditetapkan kerajaan UMNO/BN kepada LYNAS.
Tanpa semua dokumen ini khususnya 'ERP', bagaimanakah TOL boleh diluluskan???. Jelas Keselamatan dan Kesihatan Rakyat dikemudiankan, Keuntungan Ekonomi diutamakan. Inilah sikap bias kerajaan terhadap rakyat.
(Penulis adalah Pengerusi NGO Green Clean World/Gabungan Solidariti Hijau)
Sumber HD - 17-12-2012
KUALA LUMPUR: Kumpulan Anti Lynas, Himpunan Hijau akan meneruskan bantahan terhadap pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi dengan konvoi kenderaan dari Kuala Lumpur ke kilang tersebut di Gebeng, Kuantan pada 31 Disember ini.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck berkata, konvoi kenderaan tersebut merupakan salah satu program dalam kempen seratus hari menentang projek Lynas yang didakwa mengancam keselamatan penduduk setempat.
"Rakyat sangat marah dengan aktiviti yang akan memusnahkan alam sekitar, rakyat dan negara sendiri.
"Sebab itu rakyat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan Lynas tidak akan meneruskan operasi mereka," kata beliau dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.
Konvoi akan bermula di Markas PAS Taman Melewar, Gombak pada jam lapan pagi dan dijangka tiba di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong yang akan diisi dengan ucapan pemimpin parti-parti politik dan kumpulan pecinta alam sekitar.
Kumpulan itu kemudiannya akan bergerak ke Gebeng dan akan berkampung di markas Himpunan Hijau di sana.
"Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk menjual ‘Biskut Telinga Cap Adnan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut bersama dalam sidang media tersebut berkata, Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahli untuk bersama-sama Himpunan Hijau pada tarikh tersebut.
"Saya bagi pihak Sekretariat Pakatan Rakyat akan menyeru ahli-ahli dan penyokong parti Pakatan Rakyat untuk bersama dalam program 31 Disember yang akan berakhir di Kuantan.
"Melalui media yang kami ada, kami akan cuba memberikan gambaran sokongan dan penyertaan kepada Himpunan Hijau," katanya.
Sumber HD - 20-12-2012
Tangguh sementara, batal TOL kepada Lynas
Hazayani Zakaria, | 13 Dis 2012 |

Lynas: Residu ke Australia pilihan akhir kerajaan
Zulkefly Mohamad Omar, | 17 Dis 2012 |

Bantah Lynas, NGO Hijau konvoi ke Gebeng
Hazayani Zakaria, | 20 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Kumpulan Anti Lynas, Himpunan Hijau akan meneruskan bantahan terhadap pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi dengan konvoi kenderaan dari Kuala Lumpur ke kilang tersebut di Gebeng, Kuantan pada 31 Disember ini.
Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck berkata, konvoi kenderaan tersebut merupakan salah satu program dalam kempen seratus hari menentang projek Lynas yang didakwa mengancam keselamatan penduduk setempat.
"Rakyat sangat marah dengan aktiviti yang akan memusnahkan alam sekitar, rakyat dan negara sendiri.
"Sebab itu rakyat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan Lynas tidak akan meneruskan operasi mereka," kata beliau dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.
Konvoi akan bermula di Markas PAS Taman Melewar, Gombak pada jam lapan pagi dan dijangka tiba di Markas PAS Chegar Mendang, Bentong yang akan diisi dengan ucapan pemimpin parti-parti politik dan kumpulan pecinta alam sekitar.
Kumpulan itu kemudiannya akan bergerak ke Gebeng dan akan berkampung di markas Himpunan Hijau di sana.
"Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk menjual ‘Biskut Telinga Cap Adnan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut bersama dalam sidang media tersebut berkata, Pakatan Rakyat akan mengerahkan ahli untuk bersama-sama Himpunan Hijau pada tarikh tersebut.
"Saya bagi pihak Sekretariat Pakatan Rakyat akan menyeru ahli-ahli dan penyokong parti Pakatan Rakyat untuk bersama dalam program 31 Disember yang akan berakhir di Kuantan.
"Melalui media yang kami ada, kami akan cuba memberikan gambaran sokongan dan penyertaan kepada Himpunan Hijau," katanya.
Sumber HD - 20-12-2012
Anak muda anti-Lynas anjur mogok lapar 100 jam
Hazayani Zakaria, | 20 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Sebuah kumpulan anak muda, yang menggelarkan diri mereka Anak Muda Menentang Projek Memudaratkan Alam Sekitar akan menganjurkan mogok lapar selama seratus jam di Dataran Merdeka, bermula 27 Disember hingga 1 Januari.
Jurucakap kumpulan tersebut, Tan Woon Tian berkata, mereka mahu mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat berhubung projek yang mengancam nyawa rakyat termasuk projek pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
"Oleh sebab itu kami bekerjasama dengan Himpunan Hijau. Kami mengharapkan kerajaan akan lebih telus dalam menangani projek seperti ini,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini..
Mengulas lanjut, beliau berkata, mogok lapar yang bermula jam lapan malam 27 Disember itu dijangka tamat pada 12 tengah hari, 1 Januari dengan penyertaan daripada pelajar sekolah rendah berusia lingkungan 14 tahun.
“Kami juga meminta Kabinet untuk memberikan respons mereka dalam perkara ini,” katanya lagi.
Selain mogok lapar, mereka juga akan mewujudkan speaker corner yang akan menjemput wakil pertubuhan alam sekitar.
“Kami sudah maklumkan kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan St John Ambulans.
“Kami bagaimanapun tidak merasakan keperluan untuk memaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya lagi.
Mereka yang ingin menyertai mogok lapar tersebut boleh melayari laman Facebook kumpulan itu di Hunger Protest 100: Say No to Public Hazard: Protes Lapar Tolak Ancaman Alam.
Sumber HD - 20-12-2012
2. Pusat simpanan sisa radioaktif dan sisa toksik tidak dapat mencegah pengaliran keluar sisa itu daripada mencemari tanah dan air bawah tanah.
3. Cadangan pelupusan sisa buangan jangka panjang yang berkait rapat dengan keselamatan radiasi pada situasi atau keadaan yang diterima pakai masih tidak kelihatan.
4. Harapan bahawa sisa buangan boleh diguna semula oleh pihak awam adalah mengarut/merepek dari aspek saintifik dan teknikal. Tindakan ini akan membahayakan orang awam dan tidak seharusnya diteruskan.
5. Anggaran kasar 1.2 juta tan sisa WLP yang dihasilkan daripada Kilang LYNAS haruslah dilupuskan dengan segera di Pusat Pelupusan Kekal atau ‘Permanent Disposal Facility(PDF)’ yang masih tidak kelihatan sehingga ke hari ini. Operasi Kilang LYNAS tidak seharusnya diluluskan tanpa Pusat Pelupusan Kekal atau ‘Permanent Disposal Facility(PDF)’ itu.
6. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa(IAEA), LYNAS, AELB dan MOSTI tidak bertanggungjawab apabila tidak mengenalpasti, mengambilkira malah menghormati kriteria dos.
7. Kemudahan Simpanan Residu atau ‘Residue Storage Facilities(RSF)’ yang dibina di Kilang LYNAS di Gebeng Kuantan untuk menyimpan Residu/Sisa dengan menggunakan hanya 1mm lapisan HDPE dan satu lapisan 30cm tanah liat tidak akan diluluskan di Negara Jerman malah untuk sisa toksik yang paling rendah kategorinya sekalipun. Isu kelembapan lapisan RSF ketika waktu hujan dan ketika musim tengkujuh termasuklah keperluan pengeringan untuk simpanan sisa WLP di atas RSF yang tidak diambil kira oleh LYNAS, Kemudahan Simpanan Residu atau ‘Residue Storage Facilities (RSF)’ itu tidak seharusnya diluluskan oleh agensi yang berkaitan(AELB).
8. Peralatan Penapisan yang kini digunapakai Kilang LYNAS untuk mengurangkan pelepasan gas ketika operasi tidak mencukupi/memadai. Malah berdasarkan teknologi terkini di Eropah, penggunaan peralatan yang sedia ada tidak akan diluluskan.
9. Sisa Air yang dihasilkan daripada Kilang LYNAS mengandungi kandungan garam yang tinggi yang hampir sama dengan air laut. Kandungan bahan ini tidak pernah disebut malah tidak pernah dikaji di dalam Kajian Impak Alam Sekitar(PEIA) yang diluluskan Jabatan Alam Sekitar(DOE) pada tahun 2008.
10. Lokasi pengaliran air sisa yang terbuka sejauh beberapa kilometer boleh dimasuki manusia dan binatang.
11. Kandungan garam malah nadir bumi dari sisa air itu tidak dihadkan malah tidak diawasi. Sesuatu yang sukar difahami kenapa isu alam sekitar yang amat serius seperti ini tidak dikesan malah diperiksa oleh pihak yang berkenaan ketika Kajian Impak Alam Sekitar ini dilakukan pada tahun 2007 lagi.
12. Kajian dan Kawalan Ancaman ketika proses pengeluaran/operasi tidak dilakukan sepenuhnya khususnya yang berkait rapat dengan langkah kawalan kebocoran tangki simpanan, pelepasan wap asid sulfurik ke udara dan kebakaran akibat penggunaan bahan mudah bakar dari penggunaan bahan kimia (asid sulfurik dan asid hidroklorik) pada kuantiti yang banyak.
Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang yang juga AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang dan Pengerusi Stop LYNAS Coalition(SLC), Sdr. Andansura Rabu ketika dihubungi selepas pendedahan laporan kajian saintifik ini mengakui wujudnya kepincangan perancangan rekabentuk dan operasi Kilang LYNAS semenjak awal lagi malah sebahagian hasil kajian yang dilakukan Institut OEKO dari Jerman itu mirip beberapa isu yang pernah dibangkitkan PAS dan Kumpulan Anti-LYNAS sebelum ini.
Beliau mencabar semua pihak yang berkenaan khususnya AELB, Menteri Besar Pahang, Mustapa, Maximus Ongkili dan Najib untuk menjelaskan setiap butiran kajian itu dengan terperinci kerana jelas semua isu yang dibangkitkan Gerhard Schmidt yang mewakili Institut OEKO Eropah itu mempunyai asas saintifik dan fakta teknikal yang kukuh. Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa Lesen Sementara Operasi(TOL) perlulah dibatalkan dan operasi Kilang LAMP milik LYNAS haruslah dihentikan serta-merta demi Keselamatan dan Kesihatan penduduk setempat termasuklah ancaman kepada Alam Sekitar.
Dalam hal ini Andansura juga kecewa dengan sikap AELB, MITI dan MOSTI yang tidak mengendahkan tuntutan untuk membatalkan Lesen Sementara Operasi(TOL) semenjak penyerahan memorandum ke MITI akhir tahun yang lalu.
Hanya perubahan tampuk pemerintahan yang sedia ada di peringkat persekutuan dan negeri kepada PAKATAN RAKYAT sahaja satu-satunya kaedah yang tinggal untuk menghalau LYNAS keluar dari negara ini. Rakyat Malaysia khususnya di Pahang harus menghukum keangkuhan UMNO/BN pada PRU yang ke-13 ini.
Perubahan Di Tangan Anda!
(Penulis adalah Setiausaha LPPAS PAS Pahang)
Kajian Penuh Institut OEKO Eropah boleh dicapai di
http://www.oeko.de/oekodoc/1628/2013-001-en.pdf
Kenyataan Akhbar Institut OEKO Eropah boleh dicapai di
http://www.oeko.de/press/press_releases/dok/1484.php
Sumber HD - 31-1-2013
SEREMBAN: Bantahan yang dibuat oleh PAS lebih 10 tahun lalu kini terbukti benar apabila kilang yang mengendalikan sisa berjadual, Kualiti Alam Sdn Bhd menelan dua mangsa Isnin lepas.
Semalam, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkifly Mohamad Omar buat kedua kalinya mengunjungi kilang itu.
(Zulkifly berbincang dengan balu K Segar, ibu dan anaknya di Taman Indah Jaya, Lukut petang semalam)
Kali ini beliau berjumpa dengan keluarga mangsa yang meniggal dunia akibat terdedah dengan gas toksid dari kilang itu.
Isnin lepas, dua pekerja kilang itu K. Segar, 42, dan pekerja Bangladesh Khalil Abdul Mozaid, 47, meninggal dunia selepas dipercayai terhidu hydrogen sulphid di kilang yang terletak di Bukit Nanas, Port Dickson itu.
Mendiang K Segar a/k Kandasamy. Umur 42 tahun anak ketiga dalam keluarga. Beliau meninggalkan isterinya Thilaga A/P Albin dan anaknya seorang perempuan umur 7 tahun serta ibu, Valiama A/P Arnasalam yang tinggal bersamanya.
Mereka sekeluarga tinggal di Taman Indah Jaya, Lukut, Negeri Sembilan
Mendiang telah bekerja di kualiti alam selama 16 tahun bermula daripada tahun 1997 sebagai general worker.
Setakat ini majikannya telah menanggung kos pengembumiannya.
"Saya mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga K Segar yang kehilangan beliau akibat dari kebocoran gas ini," kata Zulkifly.
Zulkifly pergi ke rumah Thilaga dan keluarganya bersama AJK Lajnah Alam Sekitar, Ahmad Zawawi bin Mat.
"Kami telah buat bantahan terhadap operasi kilang Kualiti Alam pada tahun 2001 lagi. Kita membantah operasi kilang tersebut didirikan dengan kediaman penduduk Felda Sendayan," kata Zulkifli kepada Harakahdaily.
Semasa itu penduduk Felda telah mengalami masalah penyakit asma dan sakit kulit.
Bila kilang melepaskan asap, gas dan debu ke udara, kawasan berhampiran akan mengalami debu dan habuk yg berwarna kuning dan hitam.
(Zulkifli dan Ahmad Zawawi bersama keluarga mendiang K Segar menunjukkan sijil-sijil yang pernah diterima mendiang)
Akibatnya, atap rumah, kenderaan termasuk kereta dan pokok serta tanaman diselaputi debu yang berwarna kuning.
"Saya sendiri melihat bagaimana daun pokok atau bunga menjadi berlubang akibat kesan bahan buangan kilang itu ke udara," katanya.
Namun, bantahan penduduk ketika itu ditolak masa itu kerana kilang telah beroperasi dan mendapat kelulusan dari agensi kerajaan dan penguasa tempatan.
"Keadaan kin lebih kritikal lagi apabila lebih banyak taman perumahan baru yang telah siap dibina dan didiami oleh penduduk sekitar ini," kata Zulkifly.
Kini kilang itu ditutup buat sementara. Namun, penduduk sekitar dan pekerjanya terus dihantui pelbagai masalah yang tidak selesai sejak dahulu.
LAPORAN BERKAITAN

Institut OEKO Eropah – operasi LYNAS tidak selamat
Huzir Sulaiman, | 31 Jan 2013 |
Memetik kenyataan akhbar yang dikeluarkan Institut OEKO Eropah yang berpengkalan di Jerman pada 28hb Januari 2013, Kilang LAMP milik LYNAS di Gebeng Kuantan dikatakan mempunyai beberapa kelemahan dari aspek operasinya termasuk kesan daripada operasi Kilang itu kepada Alam Sekitar.
Laporan kajian setebal 114 mukasurat yang disediakan oleh Gerhard Schmidt, seorang pengkaji senior yang mempunyai 23 tahun pengalaman dalam Pengurusan dan Pelupusan Sisa Nuklear, Pembersihan dan Pemulihan Lokasi Tercemar khususnya yang berkait rapat dengan lokasi perlombongan Uranium dan lokasi simpanan sisa, Perlindungan Radiasi, Isu Keselamatan Kemudahan Infrastruktur termasuklah berpengalaman luas di dalam Kajian Impak Alam Sekitar dan Kajian Sisa Merbahaya merumuskan hasil penemuan ini.
Selaku wakil kepada badan bebas yang terlibat secara langsung dalam projek yang melibatkan penggubal undang-undang negeri dan persekutuan di negara itu, beliau menyenaraikan beberapa hasil daripada kajian saintifik beliau di dalam laporan tersebut, diantaranya ialah:
1. Kawasan sekitar telah dicemari bahan asid pada kepekatan yang tinggi yang tersebar melalui udara dalam bentuk zarah habuk.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-1-2013
Kilang Kualiti Alam: Bantahan 12 tahun lalu kini terbukti
Harakahdaily, | 28 Mac 2013 |
SEREMBAN: Bantahan yang dibuat oleh PAS lebih 10 tahun lalu kini terbukti benar apabila kilang yang mengendalikan sisa berjadual, Kualiti Alam Sdn Bhd menelan dua mangsa Isnin lepas.
Semalam, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkifly Mohamad Omar buat kedua kalinya mengunjungi kilang itu.
(Zulkifly berbincang dengan balu K Segar, ibu dan anaknya di Taman Indah Jaya, Lukut petang semalam)
Kali ini beliau berjumpa dengan keluarga mangsa yang meniggal dunia akibat terdedah dengan gas toksid dari kilang itu.
Isnin lepas, dua pekerja kilang itu K. Segar, 42, dan pekerja Bangladesh Khalil Abdul Mozaid, 47, meninggal dunia selepas dipercayai terhidu hydrogen sulphid di kilang yang terletak di Bukit Nanas, Port Dickson itu.
Mendiang K Segar a/k Kandasamy. Umur 42 tahun anak ketiga dalam keluarga. Beliau meninggalkan isterinya Thilaga A/P Albin dan anaknya seorang perempuan umur 7 tahun serta ibu, Valiama A/P Arnasalam yang tinggal bersamanya.
Mereka sekeluarga tinggal di Taman Indah Jaya, Lukut, Negeri Sembilan
Mendiang telah bekerja di kualiti alam selama 16 tahun bermula daripada tahun 1997 sebagai general worker.
Setakat ini majikannya telah menanggung kos pengembumiannya.
"Saya mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga K Segar yang kehilangan beliau akibat dari kebocoran gas ini," kata Zulkifly.
Zulkifly pergi ke rumah Thilaga dan keluarganya bersama AJK Lajnah Alam Sekitar, Ahmad Zawawi bin Mat.
"Kami telah buat bantahan terhadap operasi kilang Kualiti Alam pada tahun 2001 lagi. Kita membantah operasi kilang tersebut didirikan dengan kediaman penduduk Felda Sendayan," kata Zulkifli kepada Harakahdaily.
Semasa itu penduduk Felda telah mengalami masalah penyakit asma dan sakit kulit.
Bila kilang melepaskan asap, gas dan debu ke udara, kawasan berhampiran akan mengalami debu dan habuk yg berwarna kuning dan hitam.
(Zulkifli dan Ahmad Zawawi bersama keluarga mendiang K Segar menunjukkan sijil-sijil yang pernah diterima mendiang)
Akibatnya, atap rumah, kenderaan termasuk kereta dan pokok serta tanaman diselaputi debu yang berwarna kuning.
"Saya sendiri melihat bagaimana daun pokok atau bunga menjadi berlubang akibat kesan bahan buangan kilang itu ke udara," katanya.
Namun, bantahan penduduk ketika itu ditolak masa itu kerana kilang telah beroperasi dan mendapat kelulusan dari agensi kerajaan dan penguasa tempatan.
"Keadaan kin lebih kritikal lagi apabila lebih banyak taman perumahan baru yang telah siap dibina dan didiami oleh penduduk sekitar ini," kata Zulkifly.
Kini kilang itu ditutup buat sementara. Namun, penduduk sekitar dan pekerjanya terus dihantui pelbagai masalah yang tidak selesai sejak dahulu.
LAPORAN BERKAITAN
2 mati tersedut gas beracun, kilang tutup
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-3-2013
No comments:
Post a Comment