Ku Li ganti Anwar hanya lawak jenaka |
Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan khabar angin yang disebar oleh cyber troopers Umno yang mengaitkan beliau dengan perbincangan melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai lawak jenaka.
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
YOU TUBE : http://www.malaysiakini.tv/video/22088/anwar-sees-no-threat-to-post-as-opposition-leader.html
Sambil menafikan perkara itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menasihatkan mereka yang menyebarkan fitnah itu agar segera menghentikannya sesuai dengan bulan Ramadhan yang mulia.
"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
YBM Tengku Razaleigh Hamzah - Presiden AMANAH
"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.
Penjelasan itu sekaligus menolak khabar angin yang tersebar itu. Sebelum ini Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
YB Datuk Seri Zahrain Hashim - APB Bayan Baru
Beliau yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu ekoran Anwar yang berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.
Menurutnya ianya juga sebagai persiapan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Plihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.
Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan telah berlaku antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai bekerja di rumah Tengku Razaleigh.
Mazlan Datuk Harun
Tamrin Tun Ghafar
Pertemuan itu didakwa berlaku di kediaman Menteri Besar Kelantan.
Mengulas lanjut tuduhan tidak berasas itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata beliau hairan kenapa dakwaan tersebut timbul, atau keputusan untuk memenjarakan Anwar sememangnya benar. "Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan. "Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya. |
Ketua Pakatan hanya yang berada dalam Pakatan |
Aziz Muda
|
KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak sekali-kali dipilih dari para pemimpin NGO dan parti-parti politik lain, sebaliknya hanyalah terbuka kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri. Oleh itu, dakwaan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas dan hanyalah disifatkan sebagai permainan politik Umno semata-mata.
YB Dato' Kamarudin Jaffar - AJK PAS Pusat
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar menjelaskan, dakwaan yang ditimbulkan media itu sebenarnya adalah mahu memberi tekanan kepada Tengku Razaleigh agar beliau menyatakan pendiriannya berhubung kedudukannya dalam parti kini sama ada mahu terus bersama Umno atau tidak. Menurut beliau, di pihak Pakatan Rakyat, perkara itu tidak berbangkit kerana Tengku Razaleigh bukannya berada dalam Pakatan Rakyat. Katanya, bagaimanapun sehingga kini Tengku Razaleigh tidak pula menjawab dakwaan itu bagi menyatakan pendiriannya, walaupun ia merupakan satu tekanan kepada beliau sendiri untuk menjawabnya. "Sungguhpun begitu, tindakan Tengku Razaleigh yang menubuhkan sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) amat kita persetujui dan alu-alukan kerana ia akan membangkitkan satu lagi suara di tanah air kita. "Tapi kalau sekadar pemimpin NGO, tidak berada dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat, tidak berbangkit untuk Tengku Razaleigh hendak dilantik sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat," katanya ketika menjawab soalan Harakahdaily pada majlis tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini. Perlantikan Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, menurut beliau, tidak pernah dibincangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat kerana perkara itu tidak pernah berbangkit dalam gabungan tersebut. "Malah dakwaan mengenainya disifatkan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'lawak jenaka' seperti yang disiarkan Harakahdaily hari ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengatakan beliau telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zahrain yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu dibuat oleh Pakatan Rakyat sebagai persiapan Pakatan Rakyat menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi, ekoran Anwar berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat. Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat. Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan di kediaman Menteri Besar Kelantan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh. "Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," kata Nik Aziz mengulas perkara itu melalui Facebook. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat turut menasihati para pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat agar tidak terpengaruh dengan permainan politik Umno itu. "Dakwaan yang tidak berasas itu tentunya turut mempunyai maksud untuk melaga-lagakan antara para pemimpin Pakatan Rakyat dengan sesama pemimpin Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya. "Jadi para pemimpin dan ahli-ahli parti yang berada dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan permainan Umno itu demi kepentingan Pakatan Rakyat," tegas beliau. Ramadhan bulan tarbiyah Sebelum itu, dalam tazkirahnya, beliau turut mengingatkan setiap umat Islam agar berusaha mempertingkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah sempena ketibaan bulan Ramadhan tahun ini. "Setelah Ramadhan demi Ramadhan kita lalui, sepatutnya Ramadhan tahun ini menjadikan iman dan ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat. "Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang meliputi perjuangan untuk akhirat dan keduniaan, selaras dengan tuntutan Allah yang perlu terus kita pertingkatkan lagi dari semasa ke semasa terutama dengan ketibaan Ramadhan tahun ini," katanya. Cabaran Ramadhan, katanya, antara lain adalah agar setiap muslimin dan muslimat menjadi hamba Allah yang lebih baik dalam pelbagai aspek, sejajar dengan latihan dan praktikal ibadat puasa itu sendiri yang memberikan pelbagai bimbingan, ilmu dan pengalaman kepada setiap orang dari segi kerohanian. Katanya, pengalaman itu pula tidak terkecuali sama ada yang dikumpulkan dengan hanya melibatkan individu itu sendiri sahaja dan menerusi jemaah, termasuk melalui solat tarawih dan berbuka puasa secara berjemaah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4656-ketua-pakatan-hanya-yang-berada-dalam-pakatan
Tiada pertemuan Nik Aziz-Ku Li |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: PAS mendakwa Umno BN cuba membangkitkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menutup isu dalaman Umno.
Dato' Hj Mustafa Ali - SUA PAS
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, wujud gerakan yang serius dalam Umno untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
YAB Dato' Bentara Setia TG Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat -- MB Kelantan
YBM Tengku Razaleigh Hamzah - Presiden AMANAH
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia
(Berita lanjut menyusul) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4713-tiada-pertemuan-nik-aziz-ku-li
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7297-nurul-izzah-nafi-surat-beracun
Nurul Izzah nafi surat beracun |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) menafikan kandungan satu surat layang beracun yang sedang tersebar dalam internet sekarang. "Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar," kata Nurul dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini. Nurul dipercayai mengulas satu surat beracun (email) yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR semula. Dalam surat itu, Nurul dikatakan berjanji kepada Zaid untuk diberikan kerusi parlimen Petaling Jaya Selatan. Ekoran itu, surat itu mengajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu. Pagi tadi, Datuk Zaid Ibrahim menafikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu. “Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung dengan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah). “Jadi jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan lah sendiri masalah mereka,” kata Datuk Zaid Ibrahim kepada laman web The Malaysian Insider. Nurul dalam kenyataannya hari ini juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu. "Saya menggesa semua rakyat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7297-nurul-izzah-nafi-surat-beracun
Macam Muhyiddin lawan Najib, menang Soi Lek
Harakahdaily, | 03 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 3 Feb: Pemimpin Umno berkempen di kawasan pengundi Melayu mendakwa jika mengundi PAS maka yang menang ialah DAP manakala MCA pula berkempen di hadapan pengundi Cina, jika mengundi DAP yang berkuasa nanti ialah PAS.
“Inilah dakwaan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek kepada orang Cina,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai respons kepada kenyataan Soi Lek hari ini.
Katanya, itulah hujah dua parti utama komponen BN ketika berhadapan dengan pengundi masing-masing demi mengekalkan kuasa di dalam pilihanraya akan datang walau pun hujah yang dikemukakan penuh dengan pembohongan dan pendustaan.
Menurutnya, Presiden MCA terpaksa berhujah begitu kerana partinya sudah tidak serasi lagi kepada orang Cina, maka satu hujah yang masih ada ialah hujah perkauman dan membelit fakta.
“Malahan yang paling kelakar mereka menuduh YAB Lim Guan Eng menindas orang Cina di Pulau Pinang sedangkan proksi Umno pula mengadakan siri demonstrasi kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas orang Melayu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Manakala Umno pula, katanya berjaya menakutkan orang Melayu, terutama di kawasan pedalaman yang mengatakan negara ini akan diperintah Cina jika Umno tewas kepada PAS.
Paling lucu sekali, ujarnya ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno ketika merasmi Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri tempoh hari.
“Macam mana seorang Menteri Pelajaran boleh menyebut sedemikian rupa kerana realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, macam mana pula DAP yang menang. Kalau begitu samalah analogi songsang Muhyiddin lawan Najib yang menang ialah Soi Lek,” ujarnya.
Sumber HD : 4//01/2012
“Inilah dakwaan terbaru Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek kepada orang Cina,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai respons kepada kenyataan Soi Lek hari ini.
Katanya, itulah hujah dua parti utama komponen BN ketika berhadapan dengan pengundi masing-masing demi mengekalkan kuasa di dalam pilihanraya akan datang walau pun hujah yang dikemukakan penuh dengan pembohongan dan pendustaan.
Menurutnya, Presiden MCA terpaksa berhujah begitu kerana partinya sudah tidak serasi lagi kepada orang Cina, maka satu hujah yang masih ada ialah hujah perkauman dan membelit fakta.
“Malahan yang paling kelakar mereka menuduh YAB Lim Guan Eng menindas orang Cina di Pulau Pinang sedangkan proksi Umno pula mengadakan siri demonstrasi kononnya kerajaan Pulau Pinang menindas orang Melayu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Manakala Umno pula, katanya berjaya menakutkan orang Melayu, terutama di kawasan pedalaman yang mengatakan negara ini akan diperintah Cina jika Umno tewas kepada PAS.
Paling lucu sekali, ujarnya ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan DAP ganti PAS, bukan PAS ganti Umno ketika merasmi Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri tempoh hari.
“Macam mana seorang Menteri Pelajaran boleh menyebut sedemikian rupa kerana realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, macam mana pula DAP yang menang. Kalau begitu samalah analogi songsang Muhyiddin lawan Najib yang menang ialah Soi Lek,” ujarnya.
Sumber HD : 4//01/2012
No comments:
Post a Comment