Gaza: Bernaung di bawah langit Ramadhan |
SIRI 1 “Wah ! terlalu banyak yang berubah Gaza berbanding dua setahun setengah yang lepas” ujar Zulkifli Wahijan apabila van Muslim Care membelah aspal yang kelihatan baru diperbaiki di Rafah sehinggalah ke jantung kota Gaza. Gaza selepas perang adalah sebuah wajah yang berbeza dengan kunjungan kami sewaktu peperangan Cast Lead pada Januari 2009. Di saat itu ketakutan muncul di segenap sudut kerana Israel yang sedang mengganas tidak mempedulikan langsung nyawa dan kesakitan umat Islam Gaza. Kami sewaktu itu hanya mengumam ayat-ayat Allah kerana melintasi zon peperangan Gaza yang menyimbah darah umat Islam. Ledakan bom dan pembantaian berskala besar telah mengambus keceriaan wajah warga bumi Isra’ yang diserkap semenjak tahun 1948. Operasi serangan Cast Lead telah memusnahkan 22,000 bangunan di seluruh Gaza, membunuh ribuan manusia dan mencederakan ribuan yang lain, maka terpampang wajah Gaza ketika kunjungan pertama kami adalah kesakitan dan kepedihan. Luka itu sangat mendalam dan menghiris. “Selamat datang ke Gaza, penjara terbesar di dunia” kata Dr Ahmad An Najjar, yang menyambut kedatangan kami dengan sambutan hangat dan penuh protokol kerajaan. HAMAS yang membentuk kerajaan di Gaza mempunyai hubungan yang baik dengan PAS, yang membela Palestin semenjak zaman Dr Burhanuddin al Helmi lagi. Pegawai-pegawai kerajaan menyambut kami di sempadan Rafah dengan sejambak bunga sebagai simbolik menghargai kedatangan kami yang melangkaui ribuan kilometer dan sejuta halangan daripada pihak Mesir yang sebelum ini telah menggagalkan misi kedua Muslim Care pada Jun tahun 2009 (misi menghantar ambulan).
YB Ir Khalid Samad - AJK PAS Pusat
Perjalanan kami kali ini membawa 10 orang anggota misi yang terdiri daripada Haji Arifin Ismail, Zulkifli Nani, YB Hj Khalid Samad, Zulkifli Wahijan, Zakaria Latif, Abdul Halim Redhuan, Ahmad Safuan, Ir Izham Hashim , Zahari (Cakna Palestin). Perjalanan kami telah dirancang dengan penuh teliti dengan bantuan Encik Kamal El Samy, Pengerusi Kesatuan Sekerja di Mesir yang sangat berpengaruh. Perjalanan panjang ini terasa amat menjerihkan tetapi kepenatan sedikit demi sedikit terurai apabila kami diizinkan untuk memijak bumi Palestin yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Apatah lagi karenah birokrasi kerajaan Mesir yang sering menggagalkan kehadiran NGO-NGO asing yang ingin membantu Gaza.
Pusat Sempadan Rafah kembali ceria terutama kerana Ramadhan yang menjengah, bulan rahmat ini disambut dengan besar-besaran oleh umat Islam Palestin. Amat menguja akal ialah apabila kenderaan serbaguna sumbangan Muslim Care kepada rakyat Palestin digunakan untuk mengambil kami.
Kenderaan sumbangan rakyat Malaysia melalui Muslim Care itu telah dua tahun sebulan beroperasi di Gaza yang diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan. Ia kelihatan terjaga dengan baik dan agak mewah jika dibandingkan dengan kenderaan lain di wilayah yang masih terkepung ini. Di pintu sempadan Rafah, keadaan begitu meriah, kenderaan berdesakan dengan suara riuh rendah buruh-buruh pemunggah barang yang meraih rezeki dengan kehadiran ramai orang di pintu masuk. ini berkemungkinan kerana apabila Ramadhan menjelang, bumi Isra’ ini begitu sebagaimana lazimnya di negara Arab yang lain. Gaza kali ini menyembulkan senyumannya yang luar biasa, saya terpanar melihat di hamparan Pantai Gaza yang terhampar luas itu dipadati dengan kunjungan ribuan pengunjung. Ada yang bermandi manda, berkejaran, bermain bolasepak, menaiki bot santai, bercanda santai namun diawasi dengan ketat oleh kapal-kapal peronda Israel. Regim tolol itu tidak teragak-agak melepas tembakan. Seminggu sebelumnya, beberapa orang telah terkorban dalam serangan ke atas Khan Yunis. Chalet dan hotel mula dibina dan dipulihkan kembali di sepanjang pantai menandakan keazaman dan kemampuan untuk membangunkan kembali ekonomi mereka yang terjejas akibat peperangan serta kepungan yang berterusan. Matahari petang di Gaza memantulkan cahaya keperakan di atas lautan Mediteranean yang terkenal sarat dengan sejarah pelayaran bahkan pertembungan. Angin sepoi-sepoi bahasa sangat menyamankan perasaan tentang indahnya setiap inci tanah Palestin. Anak-anak gadis Palestin yang turut mandi bersama keluarga tetapi masih menjaga pakaian sopan mereka. Petang hari di jajaran pantai ini dengan puluhan ribu warga Gaza mengambil peluang menghirup udara bersih dan menghiburkan hati walaupun dikepung sejak lima tahun lepas. “Issk, tak macam perang….kalau tengok gambar-gambar Gaza kita terbayang dengan perang dan darah” kata Ahmad Safwan yang kelihatan agak terkejut dengan pengalaman pertama menjejaki bumi Palestin. Beliau antara anak muda yang kerap turun ke lapangan kerja menggerakkan ekspedisi dakwah di Borneo dan juga di perkampungan orang Asli.. Suasana meriah di jajaran pantai yang bersih itu melambangkan rakyat Palestin yang menzahirkan kecintaan mereka kepada kemerdekaan tanahair mereka yang telah 63 tahun terjajah bangsa terlaknat. AKTIVITI MISI RAMADHAN Dalam misi kali ini Muslim Care telah berjaya mengadakan program yang telah dijadualkan dengan sejumlah RM650,000 dibawa hasil sumbangan rakyat Malaysia. Antara projek besar yang dibawa kali ini ialah menyediakan kilang roti berskala sederhana untuk penduduk Gaza di mana kerjasama telah diadakan dengan sebuah NGO Palestin iaitu El Emaar. Muslim Care juga telah menubuhkan sebuah makmal komputer di sebuah sekolah yang terpilih dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Apa yang sangat ketara ialah sikap penduduk Gaza yang sangat mengutamakan pendidikan dan menghargai ilmu. Di celah kemiskinan dan kemelaratan hidup, mereka bangkit untuk membebaskan tanahair yang terjajah dengan ilmu. Menurut Ahmad An Najjar, Pengarah Hubungan Luar Kementerian Pendidikan, banyak sekolah yang terjejas sosok fizikal akibat serangan Israel tidak mampu dibangunkan semula kerana ketidakcukupan dana. Banyak negara Muslim yang berjanji tetapi tidak mengotakan janji mereka untuk membangunkan kembali Gaza yang dirempuh Israel. Walaupun dengan kekuatan petrol gas, Negara Arab begitu takut untuk dilihat bersahabat dengan Gaza kerana bimbangkan tekanan Amerika Syarikat dan juga Israel. “Yang mengambil peranan membantu kebanyakannya ialah NGO-NGO Islam termasuk NGO bukan Islam dari Eropah” rungut seorang teman Palestin tentang sikap dingin negara Arab dalam membantu Palestin yang terpuruk. Pihak berkuasa Gaza menyusun dengan padat jadual kami, antaranya kami dibawa melawat Universiti Islam Gaza yang mempunyai seramai 21,000 orang pelajar.Universiti ini telah dibom dalam serangan Cast Lead, di mana dua makmal Fakulti Perubatan dan Kejuruteraan diranap serangan udara. Sehingga kini kesan serangan masih kekal dan tak mampu dipulihkan kembali. Rombongan juga turut melawat dan memberi sumbangan kepada Pusat Pemulihan Trauma Peperangan di Khan Yunis di mana mangsa-mangsa peperangan mendapatkan khidmat kaunseling dan rawatan secara percuma. Di antara aktiviti lain yang diadakan ialah memberikan bantuan secara terus kepada mangsa peperangan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Kami telah dibawa melihat kejerihan hidup rakyat. Mereka tinggal di kawasan penempatan padat penduduk dan biasanya mendiami bilik sempit dengan ahli keluarga yang ramai.Tak tergambar bagaimana manusia boleh hidup begitu melarat seperti gelandangan kota dalam keadaan manusia Arab di negara lain hidup berselimut dengan kemewahan. Bekalan eletrik yang sangat daif turut menyempurnakan kejerihan hidup mereka, dengan bekalan yang sering terputus dan tak terbayang bagaimana keadaan mereka di musim sejuk. Muslim Care turut mengadakan program memberikan bantuan kepada keluarga syuhada dan ahli keluarga yang berada di penjara regim Israel. Terpahat kukuh dalam ingatan bagaimana keluarga syuhada ini membawa foto besar ahli keluarga mereka yang telah gugur sebagai syuhada atau yang berada di penjara pengap regim Israel. Ada tahanan yang paling lama ditahan selama 34 tahun, mengatasi rekod Nelson Mandela, pejuang apartheid di selatan Afrika. Berada di penjara Israel bermakna dipakejkan sekali dengan penderaan dan penyiksaan. Pelbagai program yang telah disertai sangat memberikan kesan ke atas rombongan, apatah lagi dengan sambutan hangat rakyat dan juga pimpinan kerajaan Palestin yang dipilih secara demokratik. Kami dijemput untuk menjadi tetamu Dr. Ismail Haniyeh, Perdana menteri yang sangat berwibawa, juga berkesempatan menunaikan solat terawih berimamkan Ismail Haniyyeh yang mempunyai suara yang unik. Pihak Parlimen Palestin juga mengadakan sambutan khas kepada rombongan, di mana ketua sambutan ialah Dr Muhamad Bahar. Beliau merakamkan penghargaan terhadap rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan perhatian terhadap nasib umat Islam di Palestin. RAMADHAN YANG MERIAH Palestin , bumi suci umat Islam ini menyaksikan betapa hebat dan ghairahnya mereka memasuki bulan yang penuh keberkatan ini. Beberapa hari menjelang Ramadhan, warganya kelihatan begitu sibuk membuat persiapan seperti memasang bendera, memasang pemidang dan poster yang menunjukkan kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan. Pasar-pasar begitu sekali rancak dengan jual beli barang-barang keperluan Ramadhan, kaum muslimat begitu teruja memilih barang dapur. Buah-buahan seperti tomato, tembikai, limau dan mangga kelihatan begitu segar walaupun disengat cuaca panas dan berdebu. “Masyaallah…suburnya tanah Palestin ini” ungkap Haji Izham Hashim dengan mata tidak puas mendakap tanah Gaza yang subur dengan tanaman. “ Ramadhan di sini terasa sangat luarbiasa sambutannya dengan masjid-masjid yang penuh dan mungkin akan terus padat sehingga akhir Ramadhan” ujar seorang teman yang begitu asyik menikmati pemandangan Gaza di malam Ramadhan. Dentuman mercun juga sekali sekala membelah kesunyian malam di sini, dengan anak-anak berlari riang di celah-celah lorong yang padat penduduk. Masing-masing sibuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan terpancar guratan wajah ceria.
Sheikh Ismail Haniyeh - PM Pelastine
“Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, bulan pengampunan yang menawarkan pintu kebaikan” syarah Sheikh Ismail Haniyeh, Perdana Menteri dalam tazkirahnya usai solat terawih lapan rakaat di masjid berhampiran kediamannya yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan. Sang pemimpin itu walaupun sibuk dengan urusan memimpin di siang hari, namun meluangkan masa dengan rakyat di masjid. Wajahnya begitu berseri, dengan senyuman khas menyambut kami dan menyalami rakyat. Beliau menyantuni kami usai solat witir sebelum bergerak ke lokasi rahsia dengan kawalan anggota-anggota unit khas yang berbadan tegap. **Riduan Mohamad Nor adalah Ketua Penerangan Dan Dakwah DPPP, juga Perunding Motivasi dan Pendakwah |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/art-a-lit/4750-gaza-bernaung-di-bawah-langit-ramadahan
Gaza: Misi Muslim Care berjaya sampaikan bantuan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Walaupun pelbagai rintangan dihadapai untuk sampai ke sempadan Rafah, pasukan Misi ke Gaza anjuran Muslim Care Malaysia berjaya memasuki Gaza bagi menghantar bantuan sempena Ramadhan pada 28 Ogos 2011. Zulkefli Mohd Nani, Ketua Misi ke Gaza merangkap Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia memaklumkan bahawa Muslim Care juga menyediakan prasarana dan peralatan bagi menubuhkan sebuah kilang roti bagi membangunkan ekonomi muslimah di Gaza sewaktu misi tersebut.
Misi itu turut disertal Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Presiden Muslim Care Mat Arifin Ismail, anggotanya Zakaria Abdul Latif, Hj Zulkifli Wahijan, Ust Reduan Md Nor, Halim Redzuan, Ahmad Safuan Ujar, kesemuanya dari Muslim Care, wakil PAS Selangor Izham Hashim, Zahari dari Cakna Palestin.
Mereka bertolak ke gaza bermula 27 Julai lalu dan selamat pulang ke tanah air 2 Ogos lalu.Sewaktu di Gaza, misi turut berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan bertemu dengan 11 ahli parlimen Gaza. Di samping itu, misi ini turut menyediakan sebuah makmal komputer untuk sebuah sekolah menengah di Khan Younis yg tidak pernah mempunyai makmal komputer di sekolah tersebut sebelum ini. Disamping itu anggota misi juga telah berjumpa sendiri anggota keluarga yang ada dikalangan ahli keluarga mereka sedang dipenjarakan di penjara Israel. (Gambar: Anggota misi bergambar selepas menyediakan makmal komputer di sebuah sekolah menengah di Khan Younis) Menurut Zulkefli Nani, mereka dimaklumkan bahawa ada diantara tahanan tersebut yang telah 34 tahun dipenjarakan di Israel, lebih lama dari Neson Mandela yang dipenjarakan selama 29 tahun. Selain itu pasukan misi ini juga turut memberikan bantuan kewangan dan makanan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tinggal serta warga miskin di Gaza di mana misi ini telah pergi terus ke rumah-rumah warga miskin bagi menyampaikan bantuan tersebut. Dengan sumbangan yang telah diberikan oleh penderma melalui Muslim Care, mereka juga mengadakan majlis berbuka puasa selama 7 hari dianjurkan di masjid-masjid di sekitar Gaza dengan sumbangan tersebut. Selain itu juga masyarakat dan kanak-kanak yg kurang berkemampuan juga akan diberikan pakain baru sebelum Aidil Fitri nanti melalui sumbangan yang dihulurkan Muslim care. Menurut Zulkefli lagi, walaupun sempadan Rafah dikatakan telah dibuka oleh Kerajaan Mesir, hakikatnya sekatan ke atas Gaza masih berterusan dan umat Islam masih terus dihimpit kemiskinan di Gaza. Beliau menegaskan bahawa bantuan kepada umat Islam di Gaza mesti diteruskan kerana "humanitarian aide" dari NGO luar ini adalah penghubung nyawa bagi ramai warga miskin. Di Gaza, Muslim Care telah menandatangani perjanjian dengan Emaar Association sebuah NGO kebajikan yg akan melaksanakan beberapa program bagi pihak Muslim Care di Gaza kelak. Untuk perancangan seterusnya, Muslim Care berhasrat membina sebuah Masjid di sebuah kawasan penduduk miskin berdasarkan permintaan umat Islam di sana dan juga mencari dana bagi membaiki rumah keluarga-keluarga dhoif di Gaza, Palestin. Sebanyak USD180,000 diperlukan bagi menjayakan bantuan seterusnya. Kepada mereka yang mahu memberi sumbangan kepada rakyat palestin, bolehlah berbuat demikian melalui Tabung Muslim Care melalui Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestina) 5644-902-111-59. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4751-gaza-misi-muslim-care-berjaya-sampaikan-bantuan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/art-a-lit/5290-mengapa-as-enggan-iktiraf-negara-berdaulat-palestin
Mengapa AS enggan iktiraf Negara Berdaulat Palestin? |
HALUAN Palestin |
Rakyat Palestin menuntut dunia dan PBB mengiktiraf negara berdaulat Palestin mengikut persempadanan yang ditetapkan pada 4 Jun, 1967. Hakikatnya, proses perdamaian yang telah berlangsung selama 18 tahun antara Palestin dan Israel adalah untuk mengakhiri konflik berpanjangan antara kedua belah pihak dan menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat. Negara ini tentunya dibentuk berdasarkan persempadanan tahun 1967. Konflik ini akan berakhir lebih mudah kerana matlamat yang satu: mencapai keamanan. Keamanan mampu direalisasi apabila dunia membuka mata dan mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat yang bersempadan dengan Israel. Melihat kepada fakta-fakta ini, saya terfikir: Mengapa pentadbiran US tidak melihat matlamat ini, dan menganggap kedua-dua pihak sedang bergerak ke arah yang sama? Atau, adakah dengan memperoleh pengiktirafan daripada PBB bermakna perbincangan antara kedua-dua negara sudah tidak diperlukan lagi? Untuk menjawab persoalan ini, kita harus mengenepikan seketika peranan PBB, dan melihat tindakan Amerika dan Israel sepanjang proses perdamaian berlangsung. Adalah tidak bijak untuk Amerika menggunakan kuasa Veto untuk menggagalkan usaha Palestin sambil melaungkan pula komitmennya untuk menghidupkan proses perdamaian. Fakta ini amat penting kerana usaha-usaha yang diambil Palestin ke arah mencapai matlamat perdamaian dan pengiktirafan dunia sangat jelas dapat dilihat. Tanpa lelah, ia telah mengumpul respons massa dan membendung sebarang keganasan politik. Semua pihak yang berusaha ke arah pengiktirafan Palestin sebagai negara berdaulat tidak pernah mempamerkan niat untuk mengetepikan kewujudan Israel. Bahkan, ia berhajat untuk berada di dalam kelab yang sama dengan Israel dan negara berdaulat lain yang telah menjadi ahli. Agenda ini akan terus dihidupkan dalam forum dan organisasi serantau dan antarabangsa. Palestin akan terus mendedahkan perkara pokok permasalahan ini iaitu pendudukan haram secara paksa dan kekerasan. Ini jugalah yang dibawa ke resolusi 242 dan 338 di PBB dan membawa kepada penerimaan Palestin sebagai ‘entiti bukan ahli’ di PBB. Gerakan untuk memperoleh penerimaan PBB dan pengiktirafan dunia tidak bercanggah dengan pokok proses perdamaian yang sedang diusahakan. Namun, bagaimana pula kini apabila proses itu terbantut selama 3 tahun akibat pendudukan dan keganasan ekstrim rejim Israel? Segala kepentingan Israel harus dibawa ke meja rundingan secara rasional bersama Palestin. Kepentingan tersebut juga tidak patut mengakibatkan sekatan dan embargo ke atas Palestin yang menambah parah ke atas masalah yang sedia ada. Israel sepatutnya bertindak rasional dengan mengambil setiap undi yang menyokong penubuhan negara berdaulat Palestin mengikut persempadanan 1967 sebagai menyokong pengiktirafan ke atas mereka. Ini berikutan masih wujud beberapa negara yang tidak mengiktiraf kewujudannya sebagai sebuah negara. Amerika Syarikat, sebagai penaja utama rundingan wajib menangani situasi ini dengan tanggungjawab, hikmah dan keprihatinan yang tinggi. Malangnya, pentadbiran Amerika dilihat dengan terang-terangan mengamalkan dasar berat sebelah kepada Israel dan mengenepikan hak Palestin secara melampau dan tidak rasional. Dasar ini hakikatnya merugikan Amerika dan menghilangkan keyakinan dunia terhadap peranan dan pengaruhnya di rantau itu, terutamanya dengan perubahan pucuk pimpinan di negara-negara Arab. Peluang Palestin di sidang PBB September ini mesti digunakan sebaiknya untuk menterjemahkan sokongan antarabangsa ke arah Palestin yang merdeka, berdaulat dan diperakui mengikut persempadanan 1967 agar kedua-dua negara dapat wujud dengan aman. Pengiktirafan PBB jika diperolehi, tetap tidak akan mencapai matlamat yang dituju tanpa rundingan perdamaian yang tulen berjaya dilakukan. Jika rundingan itu berjaya, sebuah era baru di Timur Tengah akan bermula, lebih-lebih lagi dengan jatuhnya rejim sedia ada yang digantikan oleh pentadbiran baru yang lebih menyokong prinsip demokrasi dan penglibatan politik yang lebih meluas. Pentadbiran baru ini juga dibina atas dasar kerjasama ekonomi serantau dan keselamatan. Rundingan-rundingan ini mampu mencapai matlamat yang dituju dengan pelbagai inisiatif dan idea yang dikemukakan sejak bertahun-tahun untuk menyelesaikan konflik ini. Nidal Foqaha ialah Pengarah Am Palestinian Peace Coalition – Geneva Initiative, Ramallah. Beliau juga terlibat dalam jawatankuasa pemandu Forum NGO Keamanan Palestin-Israel |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/art-a-lit/5290-mengapa-as-enggan-iktiraf-negara-berdaulat-palestin
Nakba, ISA: Penjajahan hak yang tak patut berlaku
Harakahdaily, | 15 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 15 Mei: Malapetaka Nakba 15 Mei 1948 di Palestin boleh diterjemah dengan kesengsaraan sebilangan tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting nekad melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.
“Malapetaka Nakba ataupun kesengsaraan ISA adalah dua bentuk penjajahan hak yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah dunia yang sedang bergerak ke hadapan,” kata Presiden Anwar Ibrahim Club, Saifuddin Shafi Muhammad.
Tambahnya, hari ini adalah 15 Mei, di mana setiap tahun semenjak 1948 orang Palestin akan menyambut Nakba di mana tarikh ini adalah malapetaka dan bukannya pesta bagi orang Palestin.
"Tarikh Nakba ini 15 Mei 1948 adalah tarikh di mana sebuah negara haram Israel ditegakkan di bumi milik Palestin secara paksa.
"Jadi pada tarikh musibah ini, orang Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari penuh tragedi," ujarnya dalam satu kenyataan.
Ujarnya, semenjak 15 Mei 1948 – sebut sahaja kesengsaraan apa yang tidak dilalui oleh orang Palestin di mana tanah mereka dirampas dan kediaman berteduh mereka dirobohkan.
Mereka, katanya kehilangan harta benda, kehilangan hak demokrasi, kehilangan kampung halaman dan kehilangan maruah diri.
Beliau berkata, rakyat Palestin diserang, dibunuh dan wanita dirogol dan esiapa yang berani melawan akan dipenjara dan dikurung selama belasan malah puluhan tahun.
"Kini setelah 64 tahun, nasib orang Palestin belum menunjukkan tanda-tanda akan reda. Orang Palestin ini terus dirundung malapetaka, walaupun kepimpinan mereka silih berganti.
"Apakah mereka masih boleh bertahan lima tahun akan datang, tiada siapa yang dapat memastikannya?" tanya beliau.
Tambahnya, dunia terus bersimpati, tetapi apalah daya yang dapat dihulurkan bagi meringankan malapetaka besar ini.
Justeru, ujarnya Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat malapetaka Nakba ini sebagai sesuatu yang dapat dipelajari natijahnya oleh bangsa Malaysia.
Katanya lagi, keengganan untuk peduli akan nasib dan masa depan suram yang telah dicipta oleh pemerintahan Barisan Nasional menjadikan kita semakin hampir dengan malapetaka Nakba yang sedang mengazab orang Palestin.
Tambahnya, malapetaka Nakba ini boleh diterjemah dengan kesengsaraan sebilangan tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting nekad melancarkan mogok lapar bagi menuntut pembebasan mereka.
Menurutnya, tindakan itu dilakukan memandangkan status mereka sebagai tahanan ISA masih tergantung setelah kerajaan bersetuju memansuhkan akta itu, Mac lalu.
"Tahanan ini dinafikan hak mereka untuk dibicarakan, malah setelah kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memansuhkan ISA, status mereka sebagai tahanan tidak diperincikan dan terus tergantung untuk terus ditahan dengan zalim di bawah akta ini.
"Mereka ini dinafikan hak hidup bebas, diputuskan perhubungan dengan keluarga dan sahabat handai, penderaan emosi berkekalan dan juga keperitan hidup yang tidak terbela," ujarnya.
Sehubungan itu, tegasnya AIC berasa bangga melihat begitu ramai anak-anak muda yang melahirkan simpati dengan perjuangan berterusan orang Palestin dalam malapetaka
"Nakba ini, tetapi jangan buta sejarah dengan tidak menoleh tentang kesengsaraan bangsa kita sendiri yang sedang dizalimi dan dianiayai dibawah akta ISA yang bukan sahaja merosakkan diri orang yang ditahan, tetapi mendera emosi dan perasaan ibu, ayah, isteri dan anak-anak mereka.
"Kitalah yang harus berani untuk menggerakkan zaman gelap ini ke arah yang lebih baik," ujarnya lagi.
Menurutnya, malapetaka Nakba ataupun kesengsaraan ISA adalah dua bentuk penjajahan hak yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah dunia yang sedang bergerak ke hadapan.
Katanya, manusia punya hak yang perlu dihormati, dan bukannya ditindas sewenang-wenang demi kepentingan sesetengah pihak.
Justeru, ujarnya AIC menggesa gerakan anak muda Malaysia dan seluruh dunia melihat kedua isu ini sebagai isu global.
"Penjajahan hak oleh sang zalim tidak boleh dibenarkan sama sekali malah perlu dikutuk dan dihentikan serta-merta untuk sedikit keinsafan dan hati budi yang masih bersisa," katanya.
Sumber HD : 15/05/2012
JERUSALEM: Menteri Pertahanan Israel mengemukakan idea untuk meninggalkan sebahagian besar Tebing Barat jika usaha perdamaian dengan Palestin masih tidak menunjukkan progres.
Ehud Barak berkata Israel akan menumbangkan berpuluh-puluh penempatan tetapi akan menyimpan blok penempatan utama, yang kebanyakannya berhampiran sempadan Israel, dan mengekalkan kehadiran tentera di kawasan sepanjang sempadan dengan Jordan.
Komen beliau datang dalam satu temu bual yang disiarkan Isnin lalu dalam akhbar Israel, Hayom.
Beliau berkata adalah lebih baik untuk mencapai perjanjian damai dengan Palestin selepas empat tahun menemui jalan buntu, beliau berkata Israel mesti mengambil "langkah-langkah yang praktikal."
Palestin menolak cadangan Israel tersebut. Mereka menyatakan dalam rundingan berikutnya bahawa mereka mahukan kesemua Tebing Barat.
Cadangan Barak berkemungkinan besar menghadapi tentangan hebat dari pihak konservatif Israel.
Sumber HD : 26/09/2012
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkemungkinan mengadakan debat mengenai status negara Palestin di PBB pada pertengahan November - selepas pilihan raya Amerika Syarikat, ujar presiden kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Rabu lalu.
Setelah gagal tahun lepas untuk diiktiraf kenegaraan penuh di PBB, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata minggu lepas beliau akan berusaha menaik taraf status kepada “negara bukan ahli negeri" seperti Vatican.
Status semasa Palestin PBB adalah "entiti pemerhati." Jika berjaya, ia akan bertukar kepada "negara pemerhati."
"Pada pertengahan November, akan ada debat antarabangsa mengenai isu Palestin dalam Perhimpunan Agung," ujar Presiden Perhimpunan Agung PBB, Vuk Jeremic dalam satu sidang akhbar.
"Terdapat banyak pilihan raya dan kalendar politik di serata dunia," katanya merujuk kepada pilihanraya termasuk pilihan raya Amerika Syarikat pada 6 November.
"Pemahaman saya adalah kepimpinan Pihak Berkuasa Palestin akan melakukan perbincangan yang mendalam, dan membuat kesimpulan tentang apa yang mereka mahu lakukan pada bulan November."
Status negara untuk Palestin menimbulkan perasaan tidak selesa untuk Israel. Didaftarkan sebagai sebuah negara dan bukannya entiti bermakna Palestin boleh menyertai badan-badan antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan memfailkan aduan terhadap Israel untuk penjajahan berterusan.
Status negara juga akan menimbulkan kemarahan sekutu rapat Israel, Amerika Syarikat, yang berhujah bahawa negara Palestin hanya boleh diwujudkan melalui rundingan bersemuka.
Tiada rundingan damai antara Palestin dan Israel sejak 2010, kerana rakyat Palestin enggan untuk meneruskan rundingan melainkan jika kerajaan Israel menghentikan pembinaan penempatan di Tebing Barat dan Timur Baitul Muqaddis.
Sumber HD : 5/10/2012
(Gambar yang dikatakan jet F16 Israel yang ditembak jatuh)
GAZA: Pejuang Palestin di Gaza berjaya menembak jatuh sebuah jet F16 Israel yang terbang di ruang udara Gaza, lapor Presstv.ir.
Kapal perang Israel itu ditembak jatuh serentak dengan serangan roket dari Gaza yang mengenai sasaran Israel di kawasan penempatan Gush Etzion di al-Quds (Jerusalem).
Tembakan roket itu mencederakan beberapa orang Israel.
Roket dan peluru berpandu Palestine juga jatuh di lain-lain kawasan dalam negara Israel termasuk Tel Aviv, Eshkol, Ashdod, Ashkelon dan Be’er Sheva.
Selama ini, dunia menganggap negara Israel kebal dari serangan kerana kehebatan sistem pertahanannya.
Serangan ini dibuat ekoran serangan maut yang dibuat Israel ke atas Gaza yang membunuh panglima tentera Brigade Ezaddin Al Kassam, cabang tentera di bawah Hamas, Al Jabari.
Sumber HD - 17-11-2012
(Suasana bandar Gaza apabila diserang Israel)
KOTA BHARU: PAS mengecam tindakan serangan udara terbuka oleh Israel terhadap Semenanjung Gaza yang mengorbankan berpuluh rakyat, termasuk ketua sayap tentera Hamas.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS turut mengutuk kenyataan terbuka Israel untuk terus menyerang Gaza.
Beliau turut mempersoalkan tindakan membisu Wisma Putra yang masih menyatakan pendirian rasmi terhadap pencerobohan terbaru ini.
“Majlis Keselamatan PBB, Liga Arab dan OIC perlu mengadakan sidang tergempar untuk mencari penyelesaian segera.
Kekejaman terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan segera. Rakyat seluruh dunia sepatutnya bersama mengutuk kezaliman ini kerana ia telah melanggar hak kemanusiaan melampau,” tegas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau turut menasihatkan dunia Islam untuk mengetepikan soal perbezaan mahzab dan menggesa mereka bersatu memperjuangkan isu Palestine, yang berdekad lamanya ditindas Zionis Israel yang dibantu Amerika Syarikat.
Rabu lepas, tentera Israel telah mengebom bandar Gaza Palestin pada malam tahun baru Islam dalam satu misi khas yang dinamakan 'Pillar of Defence' yang sehingga kini membunuh 15 orang termasuk seorang pemimpin kanan Hamas.
Israel melancarkan serangan tersebut kira-kira jam 10 malam (waktu Malaysia) pada Rabu.
Selain serangan udara, serangan roket juga dilancarkan dari kapal tentera laut Israel ke penempatan masyarakat Palestin di Gaza.
Semalam, dua demonstrasi aman telah dilakukan untuk membantah serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap Gaza.
Di Kuala Lumpur, himpunan bermula di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat kemudiannya berarak dan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika disertai oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan Malaysia) dan Aqsa Syarif.
Di Kota Bharu, Himpunan Aman Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah kekejaman terbaru Israel ke atas Gaza Palestine telah diadakan di Masjid As Salam Pangkalan Chepa.
Sumber HD - 18-11-2012
(Lapan warga Palestin terbunuh dan puluhan tercedera selepas jet pejuang Israel menyerang halaman kerajaan Hamas, terowong dan pengubah kuasa letrik.)
GAZA: Israel dan pejuang Palestin berbalas serangan roket dan udara untuk hari keempat, dengan Israel menyerang pejabat perdana menteri Hamas dan juga menjatuhkan sebuah roket yang disasarkan ke Tel Aviv.
Angka kematian dari konflik tersebut terus meningkat Sabtu lalu ke 45 orang, dengan 40 daripada adalah warga Palestin, sekurang-kurangnya 13 daripada mereka adalah orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan tiga orang awam Israel.
Sistem pertahanan Iron Dome Israel memintas lewat Sabtu lalu sebuah peluru berpandu yang disasarkan ke Tel Aviv dengan siren memberi amaran kepada Yahudi Sabat di metropolis yang padat dengan penduduk.
Roket tersebut - yang ketiga disasarkan ke Tel Aviv dalam masa tiga hari - dilancarkan selepas Rukun Operasi Pertahanan Israel tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti menyerang, dengan tentera udara Israel berterusan mengebom Semenanjung Gaza.
Sehingga petang Sabtu, peluru berpandu Israel telah menyerang Gaza kira-kira 950 kali sejak Rabu lalu.
Serangan Israel, yang tujuh kali ganda lebih hebat daripada serangan 2008-2009 semasa perang di Gaza, mungkin hanyalah "isyarat amaran" kepada Hamas bahawa "Israel tidak gembira" dan serius tentang panggilan untuk menamatkan serangan roket, ujar Chris Bellamy, pengarah Greenwich Maritime Institute dan penganalisis ketenteraan
Sumber HD - 18-11-2012
Sumber HD - 19-11-2012
Terbaru, Israel telah menyatakan komitmennya untuk melancarkan serangan ke atas hampir 1000 sasaran melibatkan pejabat, rumah pejuang dan pusat ketenteraan Hamas di Gaza. Dalam serangan sejak Rabu lalu itu, kini telah mengorbankan lebih 50 orang penduduk Gaza dan ratusan yang lain cedera teruk.
Gaza kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Dengan bilangan penduduk mencecah 1.7 juta orang di dalam kawasan berkeluasan 140 batus persegi menjadikan Gaza sebagai salah satu tempat paling padat di dunia. Lebih 10% kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 tahun terbantut tumbesaran mereka, lebih 30% hidup tanpa pekerjaan, setiap 1 daripada 5 kanak-kanaknya mengalami Post-Traumatic Stress Disorder, 45% rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, hak asasi mereka khususnya makanan dan tempat tinggal diragut kejam oleh perbuatan durjana tentera Israel.
Perkembangan terkini ini sangat membimbangkan. Israel dan sekutunya tidak mustahil akan melakukan seperti dalam 'Six Days War' pada tahun 1967 sehingga terjajahnya sebahagian besar bumi Palestin, semenanjung Sinai dan Bukit Golan, atau juga 'Operation Cast Lead' pada tahun 2008 yang mengorbankan lebih 1,000 orang penduduk Gaza, bahkan mereka pasti bersiap siaga untuk melakukan lebih daripada itu.
Jika tiada peranan masyarakat dunia, negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Palestin, dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk membendung konflik ini, perang besar pasti akan meletus lagi.
Alhamdulillah, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing. Di peringat antarabangsa, kebijakan dan komitmen Mesir dan Turki dalam menangani krisis ini amat diharapkan oleh muslim seluruh dunia.
Liga Arab, OIC dan EU perlu lebih tegas dan melakukan tindakan secara lebih komprehensif dan kolektif.
PBB pula mesti bersikap adil menjalankan fungsinya dan tidak menjadi budak suruhan Israel dan AS dengan tunduk kepada kemahuan mereka bersandar kepada alasan "...hak dan tanggungjawab Israel untuk melindungi rakyatnya...".
Di Malaysia pula, kerajaan, parti politik, NGO Islam, pertubuhan hak asasi manusia, media dan masyarakat perlu berpakat berpadu tenaga menyelamatkan warga Gaza dan tanah air Palestin.
Insya Allah, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dengan upaya yang ada akan turut serta berpartisipasi menangani isu ini khususnya dalam memberi kefahaman dan maklumat semasa kepada masyarakat, dan akan mengadakan pertemuan serta kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengatur tindakan yang lebih efektif.
Selepas mengadakan pertemuan dengan duta Mesir Jumaat lalu, Selasa ini Gamis akan bertemu pula dengan duta Turki untuk mendapat maklum balas terkini perkembangan peranan Turki dalam isu ini dan juga bertujuan untuk menyerahkan beberapa cadangan kepada pihak kedutaan. Rabu ini pula Gamis bercadang untuk mengadakan piket mega di hadapan pejabat United Nations (UN) di Kuala Lumpur.
Meneliti sejarah panjang Gaza dan Palestin ini, Gamis yakin dan percaya bahawa pendekatan 'two state solution' pun tidak mampu mengembalikan keamanan di wilayah yang telah bergolak sejak berabad lamanya ini.
Gamis menyokong penuh perjuangan Hamas dan rakyat Palestin untuk terus berurusan dengan Israel dengan 'bahasa darah'. Hamas dan rakyat Palestin pasti sekali akan mendapat salah satu dari dua kemuliaan; menang atau mati syahid. Allahuakbar.
Penulis ialah Presiden Gamis.
Sumber HD - 19-11-2012
Komen beliau dibuat selepas hampir seminggu serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dan serangan roket Palestin ke atas Israel. Satu peluru berpandu Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang awam Palestin termasuk empat kanak-kanak di Gaza Ahad lalu. Jumlah kematian menghampiri 100 orang.
"Mereka yang mengaitkan Islam dengan keganasan menutup mata mereka ketika menghadapai pembunuhan beramai-ramai umat Islam, memalingkan kepala mereka dari pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di Gaza," Erdoğan memberitahu persidangan Majlis Agama Islam Eurasia di İstanbul.
"Atas sebab ini, saya mengatakan bahawa Israel adalah negara pengganas, dan tindakan mereka adalah perbuatan pengganas," katanya.
Hubungan antara Israel dan Turki, yang pernah menjadi satu-satunya sekutu negara Islam Israel, gagal selepas marin Israel menyerang sebuah kapal bantuan pada tahun 2010 untuk menguatkuasakan sekatan tentera laut ke atas Palestin-Gaza. Sembilan warga Turki terbunuh dalam pertempuran dengan aktivis di atas kapal tersebut.
Ankara mengusir duta Israel dan membekukan kerjasama ketenteraan selepas laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kejadian itu yang dikeluarkan bulan September tahun lalu membebaskan negara Yahudi itu dari tuduhan.
Awal bulan ini Turki memulakan perbicaraan tanpa kehadiran empat bekas komander tentera Israel berkaitan serbuan pada tahun 2010. (todayszaman.com).
Sumber HD - 20-11-2012
Dalam ucapan itu, Presiden AKP Turki itu berkata, bagaimana Gaza boleh dibiarkan diserang oleh Israel begitu sahaja sedangkan di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki?
Di kiri dan kanannya juga ada Mohamad Morsi yang menjadi Presiden Mesir dan Recep Tayyib Erdoğan yang menjadi Perdana Menteri Turki.
Berikut adalah ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.
1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!
2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!
3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.
4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.
5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.
6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.
7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.
8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.
9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.
10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.
11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.
12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.
13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.
14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.
15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.
Sumber HD - 20-12-2012
Sumber HD - 21-11-2012
Inilah yang dilalui oleh anak-anak Palestin di Gaza... Kini Gaza terus menerus di serang oleh tentera Yahudi laknatullah.
Kita sebagai umat Islam wajib membantu setakat mana termampu. Yang paling penting adakan solat hajat, sentiasa baca qunut nazillah dan berdoa bagi kesejahteraan umat Islam di Palestin.
Kepada masjid-masjid di seluruh negara di anjurkan adakan kutipan derma pada solat jumaat bagi membantu rakyat Palestin. Semoga bantuan tak seberapa kita ini di kira sebagai amal ibadah oleh Allah SWT.
Sumber HD - 21-11-2012
Erdoğan, yang berucap kepada timbalan-timbalan beliau dalam satu mesyuarat kumpulan parlimen Selasa lalu, berkata Israel menjejaskan keamanan dan undang-undang antarabangsa di rantau ini dan melakukan pembersihan etnik.
"Israel menjajah tanah Palestin langkah demi langkah," ujar Erdoğan, sambil menambah bahawa Israel melakukan keganasan di Timur Tengah.
Pertempuran selama seminggu tersebut telah meragut sebanyak 113 nyawa rakyat Palestin, termasuk 54 orang awam. Operasi tersebut adalah respons kepada Hamas yang menyerang bandar-bandar Israel dengan roket. Serangan roket Hamas adalah respons kepada serangan Israel yang membunuh ketua tentera Hamas.
Israel, Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas dan telah meminta Hamas untuk menamatkan serangan roket terhadap Israel, sambil menekankan hak Israel untuk mempertahankan diri.
"Tiada negara di Barat yang boleh mendakwa bahawa Israel hanya mempertahankan diri," Erdoğan berkata dalam satu ucapan yang bersemangat, sambil menambah bahawa jumlah tindakan Israel menyebabkan keganasan di Timur Tengah.
Beliau menyifatkan keeggganan Hamas untuk tidak bekerjasama sebagai sah dan menyifatkan Israel melakukan "penjajahan dan pembersihan etnik."
Erdoğan turut membidas Majlis Keselamatan PBB yang gagal untuk mencadangkan apa-apa penyelesaian bagi konflik Gaza yang semakin meruncing.
Majlis Keselamatan mengadakan rundingan tertutup Isnin lalu, tetapi diplomat berkata penghalang mesyuarat itu adalah teks tidak menyebut serangan peluru berpandu Hamas ke atas Israel. Israel berkata serangan tersebut yang mendorong serangan besar terhadap pejuang di Gaza.
Satu resolusi diluluskan apabila ia menerima sembilan undi memihak dan tiada undi veto oleh lima anggota tetap Majlis Keselamatan - Rusia, China, Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Beberapa diplomat berkata undi untuk resolusi Rusia mungkin akan menjadi sengit dan boleh memaksa undi veto oleh Amerika Syarikat.
Majlis Keselamatan PBB buntu mengenai konflik Israel-Palestin, di mana diplomat PBB mengatakan ia disebabkan keazaman Amerika Syarikat untuk melindungi sekutu rapat, Israel. Majlis mengadakan mesyuarat tergempar Rabu lalu untuk membincangkan serangan Israel ke atas Gaza, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
Erdoğan berkata dia benar-benar telah hilang kepercayaan dalam Majlis Keselamatan PBB. "Di manakah keadilan?" tanya Erdoğan secara retorik. (todayszaman.com).
Sumber HD - 21-11-2012
(Dr Syed Azman [kiri sekali] dan Khalil [berdiri di tengah] berbincang bersama para pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia)
KHARTOUM (Sudan): Mesyuarat gerakan Islam sedunia yang baru selesai di sini mengambil keputusan untuk terus berdiri bersama rakyat Palestin bagi menentang keganasan Zionis.
Keputusan juga diambil bagi membantas keras kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden Obama dan sekutunya yang terus menyokong keganasan Israel ini.
Keganasan Zionis Israel yang menyerang Gaza sejak seminggu lalu tanpa henti ini membuktikan keangkuhan Israel yang di lindungi oleh sekutu rapatnya, Amerika Syarikat dan Britain.
Gerakan Islam seluruh dunia dari Ikhwan Mesir, Sudan, Jordan, Irak, Syria, Tunisia, Libya, Moroko, Pakistan, Bangladesh dan PAS Malaysia yng berhimpun di ibu negara Sudan, Khartoum, juga mencapai kata sepakat untuk segera menggerakkan massa di setiap negara masing-masing bagi membantu rakyat Palestin dalam bentuk bantuan kemanusiaan seperti perubatan, makanan serta keperluan harian.
PAS diwakili oleh Penolong Setiausaha Agungnya, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dan Khalil Abdul Hadi.
Presiden Sudan, Dr. Omar Bashir, yang turut berucap dalam himpunan tersebut, menegaskan bahawa Sudan akan sentiasa berada bersama rakyat Paletin bagi menentang kekejaman Zionis Israel yang turut juga menyerang pusat ketenteraan Sudan di pinggir Khartoum baru-baru ini.
Beliau juga memberi amaran keras kepada Israel agar segara berhenti dari menyerang Gaza kerana kemarahan umat Islam sedunia terhadap kengkuhan Israel sudah sampai kepada kemuncak.
Murshidul Am Ikhwan Mesir, Dr. Muhamad Al-Badie menegaskan penyatuan seluruh Gerakan Islam sedunia bagi berhadapan dengan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dari Palestin, Afghanistan, Syria sehingga ke Rohingya, Myanmar.
Bagi beliau, agenda utama gerakan Islam adalah untuk menyatukan ummat dan membela yang tertindas.
Sementara itu, menurut Dr Syed Azman, jambatan utama yang menghubungkan utara dan tengah Gaza baru dimusnahkan oleh peluru berpandu rejim Israel hari ini.
Ia menyebabkan perhubungan penting antara kedua-dua bahagian Gaza itu terputus dan melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Israel serah sebahagian besar Tebing Barat?
Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 26 Sep 2012 |

Status negara Palestin di PBB dibahas November
Terjemahan Mohd Yahya, | 05 Okt 2012 |

Jet F16 Israel ditembak jatuh di Gaza
Harakahdaily, | 17 Nov 2012 |
(Gambar yang dikatakan jet F16 Israel yang ditembak jatuh)
GAZA: Pejuang Palestin di Gaza berjaya menembak jatuh sebuah jet F16 Israel yang terbang di ruang udara Gaza, lapor Presstv.ir.
Kapal perang Israel itu ditembak jatuh serentak dengan serangan roket dari Gaza yang mengenai sasaran Israel di kawasan penempatan Gush Etzion di al-Quds (Jerusalem).
Tembakan roket itu mencederakan beberapa orang Israel.
Roket dan peluru berpandu Palestine juga jatuh di lain-lain kawasan dalam negara Israel termasuk Tel Aviv, Eshkol, Ashdod, Ashkelon dan Be’er Sheva.
Selama ini, dunia menganggap negara Israel kebal dari serangan kerana kehebatan sistem pertahanannya.
Serangan ini dibuat ekoran serangan maut yang dibuat Israel ke atas Gaza yang membunuh panglima tentera Brigade Ezaddin Al Kassam, cabang tentera di bawah Hamas, Al Jabari.
Sumber HD - 17-11-2012
PAS kecam serangan terhadap Gaza
Harakahdaily, | 18 Nov 2012 |
(Suasana bandar Gaza apabila diserang Israel)
KOTA BHARU: PAS mengecam tindakan serangan udara terbuka oleh Israel terhadap Semenanjung Gaza yang mengorbankan berpuluh rakyat, termasuk ketua sayap tentera Hamas.
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS turut mengutuk kenyataan terbuka Israel untuk terus menyerang Gaza.
Beliau turut mempersoalkan tindakan membisu Wisma Putra yang masih menyatakan pendirian rasmi terhadap pencerobohan terbaru ini.
“Majlis Keselamatan PBB, Liga Arab dan OIC perlu mengadakan sidang tergempar untuk mencari penyelesaian segera.
Kekejaman terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan segera. Rakyat seluruh dunia sepatutnya bersama mengutuk kezaliman ini kerana ia telah melanggar hak kemanusiaan melampau,” tegas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau turut menasihatkan dunia Islam untuk mengetepikan soal perbezaan mahzab dan menggesa mereka bersatu memperjuangkan isu Palestine, yang berdekad lamanya ditindas Zionis Israel yang dibantu Amerika Syarikat.
Rabu lepas, tentera Israel telah mengebom bandar Gaza Palestin pada malam tahun baru Islam dalam satu misi khas yang dinamakan 'Pillar of Defence' yang sehingga kini membunuh 15 orang termasuk seorang pemimpin kanan Hamas.
Israel melancarkan serangan tersebut kira-kira jam 10 malam (waktu Malaysia) pada Rabu.
Selain serangan udara, serangan roket juga dilancarkan dari kapal tentera laut Israel ke penempatan masyarakat Palestin di Gaza.
Semalam, dua demonstrasi aman telah dilakukan untuk membantah serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap Gaza.
Di Kuala Lumpur, himpunan bermula di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat kemudiannya berarak dan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika disertai oleh Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institut Pendidikan Malaysia (Haluan Malaysia) dan Aqsa Syarif.
Di Kota Bharu, Himpunan Aman Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah kekejaman terbaru Israel ke atas Gaza Palestine telah diadakan di Masjid As Salam Pangkalan Chepa.
Sumber HD - 18-11-2012
Israel teruskan serangan, hancurkan pejabat Hamas
Terjemahan Mohamad Yahya, | 18 Nov 2012 |
(Lapan warga Palestin terbunuh dan puluhan tercedera selepas jet pejuang Israel menyerang halaman kerajaan Hamas, terowong dan pengubah kuasa letrik.)
GAZA: Israel dan pejuang Palestin berbalas serangan roket dan udara untuk hari keempat, dengan Israel menyerang pejabat perdana menteri Hamas dan juga menjatuhkan sebuah roket yang disasarkan ke Tel Aviv.
Angka kematian dari konflik tersebut terus meningkat Sabtu lalu ke 45 orang, dengan 40 daripada adalah warga Palestin, sekurang-kurangnya 13 daripada mereka adalah orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak, dan tiga orang awam Israel.
Sistem pertahanan Iron Dome Israel memintas lewat Sabtu lalu sebuah peluru berpandu yang disasarkan ke Tel Aviv dengan siren memberi amaran kepada Yahudi Sabat di metropolis yang padat dengan penduduk.
Roket tersebut - yang ketiga disasarkan ke Tel Aviv dalam masa tiga hari - dilancarkan selepas Rukun Operasi Pertahanan Israel tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti menyerang, dengan tentera udara Israel berterusan mengebom Semenanjung Gaza.
Sehingga petang Sabtu, peluru berpandu Israel telah menyerang Gaza kira-kira 950 kali sejak Rabu lalu.
Serangan Israel, yang tujuh kali ganda lebih hebat daripada serangan 2008-2009 semasa perang di Gaza, mungkin hanyalah "isyarat amaran" kepada Hamas bahawa "Israel tidak gembira" dan serius tentang panggilan untuk menamatkan serangan roket, ujar Chris Bellamy, pengarah Greenwich Maritime Institute dan penganalisis ketenteraan
Sumber HD - 18-11-2012
Gambar PM Israel lari tak cukup tanah...
http://shalehudin.blogspot.com, | 19 Nov 2012 |
TV Israel:
Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby telah berikrar untuk menyokong rakyat Palestin menentang "pencerobohan Israel" dan untuk menamatkan sekatan Gaza semasa rundingan antara menteri luar Arab di Kaherah.
Para pemimpin berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu bahawa ketua Liga Arab akan mengetuai delegasi ke Semenanjung Gaza pada hari Ahad dan menyokong usaha Mesir untuk berunding berkenaan gencatan senjata.
Agensi Berita Maan melaporkan delegasi yang diketuai oleh Elaraby akan disertai Riyad Al-Malki, Menteri Luar Palestin, dan empat menteri luar lain. Hamas tidak lagi mengesahkan penyertaan dalam lawatan tersebut.
Mesyuarat Sabtu lalu telah diadakan selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran bermula Rabu lalu kononnya bertujuan menghalang Hamas, kumpulan Palestin yang mengawal Gaza, daripada melancarkan roket salvo merentas sempadan.
Pesawat Israel mengebom bangunan kerajaan Hamas Sabtu lalu di wilayah Palestin, selepas kabinet Israel memberi kebenaran mobilisasi sehingga kepada 75,000 pasukan simpanan, bersedia untuk pencerobohan darat.
Mesir telah menaja gencatan senjata tidak rasmi Oktober lalu, yang kini gagal. Mesir berkata mereka sedang mengusahakan satu perjanjian baru.
Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata Sabtu lalu terdapat "beberapa petunjuk" gencatan senjata boleh dicapai tidak lama lagi antara Israel dan Gaza Palestin tetapi dia tidak dapat memberi jaminan yang pasti. - (aljazeera.com).
Sumber HD - 19-11-2012
Sumber HD - 19-11-2012
"Hamas mengejutkan kita kali ini dengan serangan terhadap Tel Aviv dan yang lebih jauh kemampuan mereka menyerang jajahan Israel di utara (Al-Quds)."Sumber: Qassam Media
Gambar Benjamin Netanyahu sedang lari tak cukup tanah menyelamatkan diri...
Dikhabarkan juga roket Al-Qassam ini telah sampai menghampiri parlimen Knesset. Roket HAMAS ini juga telah sampai ke rumah Menteri Luar Israel. Sementara Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak pula kini sedang bersembunyi apabila roket yang dilancarkan Briged Al-Qassam banyak mengenai sasaran di Tebing Barat.
Allahu Akbar...
Allahu Akbar...
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 19-11-2012
Liga Arab hantar delegasi runding gencatan senjata
Terjemahan Mohamad Yahya, | 19 Nov 2012 |
Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby telah berikrar untuk menyokong rakyat Palestin menentang "pencerobohan Israel" dan untuk menamatkan sekatan Gaza semasa rundingan antara menteri luar Arab di Kaherah.
Para pemimpin berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Sabtu lalu bahawa ketua Liga Arab akan mengetuai delegasi ke Semenanjung Gaza pada hari Ahad dan menyokong usaha Mesir untuk berunding berkenaan gencatan senjata.
Agensi Berita Maan melaporkan delegasi yang diketuai oleh Elaraby akan disertai Riyad Al-Malki, Menteri Luar Palestin, dan empat menteri luar lain. Hamas tidak lagi mengesahkan penyertaan dalam lawatan tersebut.
Mesyuarat Sabtu lalu telah diadakan selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran bermula Rabu lalu kononnya bertujuan menghalang Hamas, kumpulan Palestin yang mengawal Gaza, daripada melancarkan roket salvo merentas sempadan.
Pesawat Israel mengebom bangunan kerajaan Hamas Sabtu lalu di wilayah Palestin, selepas kabinet Israel memberi kebenaran mobilisasi sehingga kepada 75,000 pasukan simpanan, bersedia untuk pencerobohan darat.
Mesir telah menaja gencatan senjata tidak rasmi Oktober lalu, yang kini gagal. Mesir berkata mereka sedang mengusahakan satu perjanjian baru.
Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata Sabtu lalu terdapat "beberapa petunjuk" gencatan senjata boleh dicapai tidak lama lagi antara Israel dan Gaza Palestin tetapi dia tidak dapat memberi jaminan yang pasti. - (aljazeera.com).
Sumber HD - 19-11-2012
Mursi: Mesir tidak akan tinggalkan Gaza sendirian
Terjemahan Mohamad Yahya, | 19 Nov 2012 |
KAHERAH: Bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat, Duta Mesir ke Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Osman menekankan bahawa Kaherah bukan pengantara di antara Israel dan Palestin, tetapi berdiri teguh di pihak Palestin.
Beliau menambah bahawa Mesir sedang melaksanakan setiap usaha untuk menghentikan pencerobohan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza, mengesahkan bahawa pihak Israel memulakan konflik dan tindakan dari puak Palestin adalah tidak lebih dari hanya mempertahankan diri.
Duta Mesir, bercakap kepada Asharq Al-Awsat melalui telefon dari Ramallah, juga menegaskan bahawa "tindakan diplomatik dan politik yang sedang diambil oleh Mesir bertujuan memberikan sokongan kepada Gaza, dan kami juga menghantar mesej kepada pihak Israel tentang keperluan untuk menghentikan pencerobohan. "
Jurucakap Presiden Mesir, Dr Yasser Ali mengumumkan Rabu lalu bahawa Presiden Mohamed Mursi telah mengambil keputusan untuk memanggil balik duta Mesir ke Israel sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel yang mensasarkan Semenanjung Gaza. Mursi juga mengarahkan Kementerian Luar Mesir untuk memanggil duta Israel ke Kaherah untuk mengeluarkan bantahan rasmi terhadap tindakan Israel.
Bercakap kepada TV kerajaan Mesir, jurucakap Presiden Mesir berkata, "Presiden Mursi telah mengikuti serangan kejam Israel di mana beberapa pejuang dan anak-anak rakyat Palestin terbunuh. Atas dasar ini, beliau telah memanggil balik duta Mesir ke Israel, dan telah mengarahkan wakil Mesir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, dan memanggil duta Israel di Mesir untuk membantah serangan tersebut."
Osman juga menafikan laporan media Israel bahawa Tel Aviv telah meminta pengantaraan Mesir untuk gencatan senjata berikutan pembunuhan komander Hamas, Ahmed al-Jabari, menekankan bahawa "Mesir bukan pengantara; kami berada di pihak Palestin untuk menghentikan serangan Israel terhadap Palestin."
Beliau menambah bahawa Kaherah telah memanggil untuk campur tangan Arab dan antarabangsa bagi menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, sambil menambah "Mesir lebih prihatin untuk menghentikan pencerobohan, sebelum berbincang tentang gencatan senjata."
Duta Mesir kepada Pihak Berkuasa Palestin juga menafikan bahawa Kaherah berhubung dengan puak Palestin untuk menghentikan serangan roket ke Israel sebagai antara langkah ke arah gencatan senjata.
Beliau memberitahu Asharq Al-Awsat "Israel memulakan pencerobohan, dan apa yang dilakukan puak Palestin adalah mempertahankan diri." Beliau menambah, "Ia adalah terpulang kepada pihak yang memulakan pencerobohan untuk menghentikannya."
Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil membuat satu lawatan selama tiga jam di Semenanjung Gaza Jumaat lalu di mana dia mengutuk pencerobohan Israel ke atas Gaza sebagai "bencana." Qandil melawat bangunan Council of Ministers di Gaza City, serta sebuah hospital yang merawat mereka yang cedera dalam serangan.
Perdana Menteri Mesir berkata, "Apa yang saya saksikan di Gaza adalah bencana dan saya tidak boleh berdiam diri. Pencerobohan Israel mesti dihentikan. "Beliau juga menegaskan bahawa "Mesir akan mencuba sedaya upaya untuk menghentikan pencerobohan dan mencapai perjanjian gencatan senjata".
Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon juga turut memberi gambaran bahawa Tel Aviv berminat dalam gencatan senjata, memberitahu radio Israel "Jika Hamas mengatakan ia memahami mesej dan melakukan gencatan senjata untuk tempoh yang lama melalui perantaraan Mesir atau sesiapa sahaja, maka itulah apa yang kami mahukan. Kami mahu ketenangan di selatan dan pencegahan yang kuat”.
Beliau menambah, "Rakyat Mesir telah menjadi saluran untuk menyampaikan mesej. Hamas sentiasa menggunakan mereka untuk meminta gencatan senjata. Kami sedang berhubung dengan Kementerian Pertahanan Mesir, dan ia boleh menjadi satu saluran di mana gencatan senjata dapat dicapai."
Walau bagaimanapun, ia jelas kelihatan bahawa pendekatan luar Mesir telah berubah dengan ketara sejak rejim Mubarak dijatuhkan dan pelantikan Presiden yang disokong Ikhwanul Muslimin. Presiden Mohamed Mursi, bercakap Jumaat lalu, menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian" dan memanggil serangan Israel ke atas wilayah itu sebagai "satu pencerobohan secara terang-terangan terhadap kemanusiaan."
Mursi membuat komen tersebut dalam ucapan selepas solat Jumaat. Beliau menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, Mesir hari ini bukan Mesir yang semalam, dan Arab hari ini bukan Arab yang semalam”.

Kami sokong penuh Israel pertahan diri - Obama
Terjemahan Mohamad Yahya, | 19 Nov 2012 |
Presiden Barack Obama berkata Ahad lalu bahawa Israel mempunyai "hak" untuk mempertahankan dirinya daripada serangan peluru berpandu oleh militan di Gaza tetapi memberi amaran bahawa memesatkan serangan dengan menggunakan tentera darat Israel akan menjejaskan harapan proses damai dengan Palestin.
"Mari kita fahami kejadian yang merupakan punca krisis sekarang dan ia adalah kerana serangan peluru berpandu yang dilancarkan bukan sahaja ke wilayah tentera Israel tetapi di kawasan yang didiami orang awam, tiada negara di dunia ini yng akan bertolak ansur dengan serangan peluru berpandu merentas sempadan kepada rakyatnya," ujar Obama ketika sidang akhbar di Thailand, permulaan lawatan tiga negara beliau di Asia.
"Jadi, kami menyokong sepenuhnya hak Israel untuk mempertahankan dirinya daripada pendaratan peluru berpandu di rumah dan tempat kerja orang awam yang berpotensi membunuh orang awam."
Beliau menambah: "Israel mempunyai setiap hak untuk mengharapkan bahawa mereka tidak mendapat serangan peluru berpandu yang dilancarkan ke wilayahnya. Jika harapan itu dapat dicapai tanpa menambahkan aktiviti ketenteraan di Gaza, maka itu adalah lebih baik. Ia bukan hanya lebih untuk rakyat Gaza. Ia juga lebih baik untuk rakyat Israel, kerana jika tentera Israel berada di Gaza, mereka berisiko tinggi untuk mati atau tercedera. " (nbcnews.com)
(Gambar: Presiden Barack Obama berucap mengenai pergolakan di Timur Tengah semasa lawatan ke Asia.)
"Jadi, kami menyokong sepenuhnya hak Israel untuk mempertahankan dirinya daripada pendaratan peluru berpandu di rumah dan tempat kerja orang awam yang berpotensi membunuh orang awam."
Beliau menambah: "Israel mempunyai setiap hak untuk mengharapkan bahawa mereka tidak mendapat serangan peluru berpandu yang dilancarkan ke wilayahnya. Jika harapan itu dapat dicapai tanpa menambahkan aktiviti ketenteraan di Gaza, maka itu adalah lebih baik. Ia bukan hanya lebih untuk rakyat Gaza. Ia juga lebih baik untuk rakyat Israel, kerana jika tentera Israel berada di Gaza, mereka berisiko tinggi untuk mati atau tercedera. " (nbcnews.com)
Sumber HD - 19-11-2012
Rakyat Palestin dapat kemenangan atau syahid
Azan Safar, | 19 Nov 2012 |
Gaza dan Palestin terus diserang, selepas serangan demi serangan berlangsung sejak 1948 sehingga kembali meletus sejak Rabu (14 Nov) lepas. Israel yang bertanggungjawab ke atas serangan ini terus rakus bertindak di luar batas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa demi menjayakan agenda pembentukan wilayah Israel raya. Amerika Syarikat (AS) pasti sekali bersekutu dan bekerjasama dalam hal ini demi memastikan kepentingannya terpelihara.
Terbaru, Israel telah menyatakan komitmennya untuk melancarkan serangan ke atas hampir 1000 sasaran melibatkan pejabat, rumah pejuang dan pusat ketenteraan Hamas di Gaza. Dalam serangan sejak Rabu lalu itu, kini telah mengorbankan lebih 50 orang penduduk Gaza dan ratusan yang lain cedera teruk.
Gaza kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Dengan bilangan penduduk mencecah 1.7 juta orang di dalam kawasan berkeluasan 140 batus persegi menjadikan Gaza sebagai salah satu tempat paling padat di dunia. Lebih 10% kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 tahun terbantut tumbesaran mereka, lebih 30% hidup tanpa pekerjaan, setiap 1 daripada 5 kanak-kanaknya mengalami Post-Traumatic Stress Disorder, 45% rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, hak asasi mereka khususnya makanan dan tempat tinggal diragut kejam oleh perbuatan durjana tentera Israel.
Perkembangan terkini ini sangat membimbangkan. Israel dan sekutunya tidak mustahil akan melakukan seperti dalam 'Six Days War' pada tahun 1967 sehingga terjajahnya sebahagian besar bumi Palestin, semenanjung Sinai dan Bukit Golan, atau juga 'Operation Cast Lead' pada tahun 2008 yang mengorbankan lebih 1,000 orang penduduk Gaza, bahkan mereka pasti bersiap siaga untuk melakukan lebih daripada itu.
Jika tiada peranan masyarakat dunia, negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Palestin, dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk membendung konflik ini, perang besar pasti akan meletus lagi.
Alhamdulillah, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing. Di peringat antarabangsa, kebijakan dan komitmen Mesir dan Turki dalam menangani krisis ini amat diharapkan oleh muslim seluruh dunia.
Liga Arab, OIC dan EU perlu lebih tegas dan melakukan tindakan secara lebih komprehensif dan kolektif.
PBB pula mesti bersikap adil menjalankan fungsinya dan tidak menjadi budak suruhan Israel dan AS dengan tunduk kepada kemahuan mereka bersandar kepada alasan "...hak dan tanggungjawab Israel untuk melindungi rakyatnya...".
Di Malaysia pula, kerajaan, parti politik, NGO Islam, pertubuhan hak asasi manusia, media dan masyarakat perlu berpakat berpadu tenaga menyelamatkan warga Gaza dan tanah air Palestin.
Insya Allah, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dengan upaya yang ada akan turut serta berpartisipasi menangani isu ini khususnya dalam memberi kefahaman dan maklumat semasa kepada masyarakat, dan akan mengadakan pertemuan serta kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengatur tindakan yang lebih efektif.
Selepas mengadakan pertemuan dengan duta Mesir Jumaat lalu, Selasa ini Gamis akan bertemu pula dengan duta Turki untuk mendapat maklum balas terkini perkembangan peranan Turki dalam isu ini dan juga bertujuan untuk menyerahkan beberapa cadangan kepada pihak kedutaan. Rabu ini pula Gamis bercadang untuk mengadakan piket mega di hadapan pejabat United Nations (UN) di Kuala Lumpur.
Meneliti sejarah panjang Gaza dan Palestin ini, Gamis yakin dan percaya bahawa pendekatan 'two state solution' pun tidak mampu mengembalikan keamanan di wilayah yang telah bergolak sejak berabad lamanya ini.
Gamis menyokong penuh perjuangan Hamas dan rakyat Palestin untuk terus berurusan dengan Israel dengan 'bahasa darah'. Hamas dan rakyat Palestin pasti sekali akan mendapat salah satu dari dua kemuliaan; menang atau mati syahid. Allahuakbar.
Penulis ialah Presiden Gamis.
Sumber HD - 19-11-2012
Israel adalah negara pengganas - Erdoğan
Terjemahan Mohamad Yahya, | 20 Nov 2012 |
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan Isnin lalu menyifatkan Israel sebagai "negara pengganas" kerana melakukan pengeboman ke atas Gaza, menekankan permusuhan kepada bekas sekutu Ankara sejak hubungan antara mereka gagal pada tahun 2010.
Komen beliau dibuat selepas hampir seminggu serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dan serangan roket Palestin ke atas Israel. Satu peluru berpandu Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang awam Palestin termasuk empat kanak-kanak di Gaza Ahad lalu. Jumlah kematian menghampiri 100 orang.
"Mereka yang mengaitkan Islam dengan keganasan menutup mata mereka ketika menghadapai pembunuhan beramai-ramai umat Islam, memalingkan kepala mereka dari pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak di Gaza," Erdoğan memberitahu persidangan Majlis Agama Islam Eurasia di İstanbul.
"Atas sebab ini, saya mengatakan bahawa Israel adalah negara pengganas, dan tindakan mereka adalah perbuatan pengganas," katanya.
Hubungan antara Israel dan Turki, yang pernah menjadi satu-satunya sekutu negara Islam Israel, gagal selepas marin Israel menyerang sebuah kapal bantuan pada tahun 2010 untuk menguatkuasakan sekatan tentera laut ke atas Palestin-Gaza. Sembilan warga Turki terbunuh dalam pertempuran dengan aktivis di atas kapal tersebut.
Ankara mengusir duta Israel dan membekukan kerjasama ketenteraan selepas laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk kejadian itu yang dikeluarkan bulan September tahun lalu membebaskan negara Yahudi itu dari tuduhan.
Awal bulan ini Turki memulakan perbicaraan tanpa kehadiran empat bekas komander tentera Israel berkaitan serbuan pada tahun 2010. (todayszaman.com).
Sumber HD - 20-11-2012
Mesir dan Turki akan pertahan Gaza - Erdoğan
Harakahdaily, | 20 Nov 2012 |
KAHERAH: Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdoğan melalui ucapannya di Cairo University mengajak pemuda Mesir yang membuat revolusi di negara itu sebelum ini bersama-sama pemuda Turki mempertahankan Gaza yang kini sedang diserang Israel.
Dalam ucapan itu, Presiden AKP Turki itu berkata, bagaimana Gaza boleh dibiarkan diserang oleh Israel begitu sahaja sedangkan di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki?
Di kiri dan kanannya juga ada Mohamad Morsi yang menjadi Presiden Mesir dan Recep Tayyib Erdoğan yang menjadi Perdana Menteri Turki.
Berikut adalah ringkasan ucapan Recep Tayyib Erdoğan di Cairo University.
1- Bagaimana Gaza boleh dibiarkan ketika di kiri dan kanannya ada Mesir dan Turki? Ada Morsi dan Erdoğan!
2- Wahai pemuda Mesir, melalui revolusi kalian, kezaliman telah tahu bahawa mereka tidak mampu kekal. Ajalnya akan tiba di sana sini!
3- Ayat 139 dari Surah Al Imraan, Allah sudah mengingatkan kita semua agar tidak berasa lemah dan terhina selagi kita beriman.
4- Jangan lemah, jangan sedih! Di Turki dan Mesir, serta rantau ini, Medan Tahrir adalah tempat kamu mengangkat wajahmu. Penuh bangga kerana kamu Misri.
5- Kita warga rantau ini tidak akan membiarkan kesedihan dan kezaliman membelenggu kita.
6- Semua sejarah rantau ini yang menjadi kebanggaan kita. Semangat Salahuddin Al-Ayubi akan kita lakarkan kembali. Dan kita sedang melakarkannya.
7- Sempadan yang dilakar oleh pena politik tidak akan menyekat kasih sayang dan ukhuwwah kita.
8- Kita di wilayah ini dalam sejarah yang dikongsi bersama selama ini perlu berpanjangan dan berterusan.
9- Apa yang sedang berlaku hasil revolusi Mesir adalah pada mengembalikan wilayah ini ke sifat asalnya yang bertamadun tinggi dan penuh kemuliaan.
10- Apabila Turki menjadi kuat, Mesir juga akan bertambah kuat. Dan kekuatan Mesir menambahkan kekuatan Turki. Kita adalah kekuatan utama di wilayah ini.
11- Turki menyediakan seluruh keupayaan kami untuk membantu rakyat Syria di sempadan.
12- Menjadi kewajipan kemanusiaan dan keagamaan untuk kita membantu. Termasuk Saudi, Jordan dan Negara Teluk. Mesti berganding bahu membantu.
13- Sistem yang dipakai di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan keamanan tidak berfungsi, United Nations gagal. Turki melihat perubahan mesti dilakukan pada sistem itu, di peringkat fundamental.
14- Seluruh dunia dengan sistem itu bersidang untuk pelbagai isu, tetapi apabila tiba isu Syria dan Palestin, tiada keputusan konkrit yang terhasil.
15- Kita bercakap dalam dua bahasa yang berbeza tetapi kita saling memahami kerana bahasa hati kita adalah bahasa yang sama, kerana mengimani perkara yang sama.
Sumber HD - 20-12-2012
Gambar ini buktikan kebenaran Al Quran tentang kebaculan Israel
http://wasukalu.blogspot.com, | 20 Nov 2012 |
Miracle in the Quran proving the cowards of Israel.
لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعاً إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاء جُدُرٍ بَأْسُهُمْ بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعاً وَقُلُوبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ
Sumber HD - 20-11-2012
Jom kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ". Jika di Britain mempunyai British Special Air Service (SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya dan Israel dengan Shayetet 13.
Manakala Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.
Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.
Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.
Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.
Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.
"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.
Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.
Peraturan " Briged Al-Qassam ".
"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.
Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.
"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.
"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.
Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.
"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.
Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.
Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).
Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.
Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.
Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.
Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.
Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."
Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.
Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri.. 'Mengapakah saya tidak Syahid?
Kenali Komander Elit Hamas.. Briged Al-Qassam
http://muslimeen-united.blogspot.com, | 20 Nov 2012 |

Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu menangis teresak-esak ketika bertemu seorang warga Gaza yang baru kehilangan beberapa ahli keluarga beliau. (Gambar: AA)
Militan Israel dan Gaza telah bersetuju untuk gencatan senjata yang dikendalikan Mesir Selasa lalu tetapi jurucakap Perdana Menteri Israel berkata, "persetujuan masih belum dicapai". Komen tersebut dibuat selepas menteri Turki dan Arab melawat Gaza serta Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menuju ke rantau tesebut Isnin lalu selepas tekanan antarabangsa kepada Hamas dan Israel untuk menamatkan konflik yang telah meragut nyawa lebih daripada 100 rakyat Palestin dalam tempoh tujuh hari.
"Satu perjanjian damai telah dicapai. Ia akan diisytiharkan pada 09:00 (1900 GMT) dan berkuat kuasa pada tengah malam (2200 GMT)," pegawai Hamas, Ayman Taha memberitahu Reuters dari Kaherah, di mana usaha-usaha telah dijalankan untuk menghentikan keganasan tujuh hari tersebut.
Walau bagaimanapun, seorang jurucakap kerajaan Israel memberitahu CNN Selasa lalu bahawa perjanjian gencatan senjata dengan militan Gaza belum muktamad dan "masih dalam rundingan"."Sehingga ia dicapai, ia masih belum tercapai," katanya.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata sebelum ini dia terbuka kepada perjanjian jangka panjang untuk menghentikan serangan roket Palestin di negaranya.
Selaras dengan pegawai Hamas, Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu juga mengesahkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk perjanjian gencatan senjata. Bercakap kepada agensi berita Anatolia pada hari yang sama Davutoglu berkata perjanjian gencatan senjata telah dirundingkan dan akan berkuat kuasa pada tengah malam.
Davutoglu menuju ke Gaza selepas mesyuarat dengan delegasi Menteri-Menteri Luar Liga Arab dan Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Elaraby di Arish, Mesir. Misi Gaza telah diputuskan pada mesyuarat Liga Arab di Kaherah Sabtu lalu. Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan, yang bertemu dengan Morsi dan pemimpin Hamas, Khaled Meshaal semasa lawatan hujung minggu ke Kaherah, meninggalkan dua pembantu - Ketua Hubungan Luar Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Çelik Ömer dan Ketua Pertubuhan Perisikan Kebangsaan ( MIT), Hakan Fidan - di Kaherah untuk meneruskan rundingan pengantaraan di ibu negara Mesir.
Israel dan Hamas berkata mereka terbuka kepada usaha pengantaraan Mesir tetapi mereka mempunyai permintaan. Israel berkata Hamas harus menghentikan serangan roket dan juga menuntut menamatkan penyeludupan senjata ke Gaza melalui terowong di bawah sempadan dengan Mesir.
Hamas pula menuntut gencatan senjata supaya diadakan serentak dan mahu jaminan Amerika Syarikat bahawa Israel tidak akan mengulangi serangan serta menamatkan sekatan Israel ke atas Gaza, yang bermula sejak 2007.
Clinton tergesa-gesa bertolak Selasa lalu ke rantau tersebut dari Kemboja, di mana beliau telah mengiringi Presiden Barack Obama dalam lawatan di Asia Tenggara. Rumah Putih berkata beliau akan membuat tiga pertemuan, berjumpa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Jerusalem, kemudian pegawai-pegawai Palestin di Ramallah dan di Tebing Barat akhirnya pemimpin Mesir di Kaherah. (todayszaman.com)
Sumber HD - 20-11-2012
Hamas setuju, Israel tangguh gencatan senjata
Terjemahan Mohamad Yahya, | 21 Nov 2012 |

Gambar paling menyayat hati dari bumi Gaza
http://addin77.blogspot.com, | 21 Nov 2012 |
Pernah tak kita terbayang situasi ini berlaku di Malaysia? Ketika anak-anak kita masuk kelas, kawan di sebelah mati syahid di usia muda akibat kekejaman Yahudi.
Inilah yang dilalui oleh anak-anak Palestin di Gaza... Kini Gaza terus menerus di serang oleh tentera Yahudi laknatullah.
Kita sebagai umat Islam wajib membantu setakat mana termampu. Yang paling penting adakan solat hajat, sentiasa baca qunut nazillah dan berdoa bagi kesejahteraan umat Islam di Palestin.
Kepada masjid-masjid di seluruh negara di anjurkan adakan kutipan derma pada solat jumaat bagi membantu rakyat Palestin. Semoga bantuan tak seberapa kita ini di kira sebagai amal ibadah oleh Allah SWT.
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
~ Ali Imran: 169.
Sumber HD - 21-11-2012
Erdoğan bidas PBB, dakwa Israel bersih etnik
Terjemahan Mohamad Yahya, | 21 Nov 2012 |
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan telah membidas Israel, mendakwa bahawa negara tersebut sedang melakukan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin dengan melakukan serangan udara terhadap Gaza yang telah mengakibatkan lebih daripada 100 orang, kebanyakannya orang awam, terkorban.
Erdoğan, yang berucap kepada timbalan-timbalan beliau dalam satu mesyuarat kumpulan parlimen Selasa lalu, berkata Israel menjejaskan keamanan dan undang-undang antarabangsa di rantau ini dan melakukan pembersihan etnik.
"Israel menjajah tanah Palestin langkah demi langkah," ujar Erdoğan, sambil menambah bahawa Israel melakukan keganasan di Timur Tengah.
Pertempuran selama seminggu tersebut telah meragut sebanyak 113 nyawa rakyat Palestin, termasuk 54 orang awam. Operasi tersebut adalah respons kepada Hamas yang menyerang bandar-bandar Israel dengan roket. Serangan roket Hamas adalah respons kepada serangan Israel yang membunuh ketua tentera Hamas.
Israel, Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas dan telah meminta Hamas untuk menamatkan serangan roket terhadap Israel, sambil menekankan hak Israel untuk mempertahankan diri.
"Tiada negara di Barat yang boleh mendakwa bahawa Israel hanya mempertahankan diri," Erdoğan berkata dalam satu ucapan yang bersemangat, sambil menambah bahawa jumlah tindakan Israel menyebabkan keganasan di Timur Tengah.
Beliau menyifatkan keeggganan Hamas untuk tidak bekerjasama sebagai sah dan menyifatkan Israel melakukan "penjajahan dan pembersihan etnik."
Erdoğan turut membidas Majlis Keselamatan PBB yang gagal untuk mencadangkan apa-apa penyelesaian bagi konflik Gaza yang semakin meruncing.
Majlis Keselamatan mengadakan rundingan tertutup Isnin lalu, tetapi diplomat berkata penghalang mesyuarat itu adalah teks tidak menyebut serangan peluru berpandu Hamas ke atas Israel. Israel berkata serangan tersebut yang mendorong serangan besar terhadap pejuang di Gaza.
Satu resolusi diluluskan apabila ia menerima sembilan undi memihak dan tiada undi veto oleh lima anggota tetap Majlis Keselamatan - Rusia, China, Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Beberapa diplomat berkata undi untuk resolusi Rusia mungkin akan menjadi sengit dan boleh memaksa undi veto oleh Amerika Syarikat.
Majlis Keselamatan PBB buntu mengenai konflik Israel-Palestin, di mana diplomat PBB mengatakan ia disebabkan keazaman Amerika Syarikat untuk melindungi sekutu rapat, Israel. Majlis mengadakan mesyuarat tergempar Rabu lalu untuk membincangkan serangan Israel ke atas Gaza, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.
Erdoğan berkata dia benar-benar telah hilang kepercayaan dalam Majlis Keselamatan PBB. "Di manakah keadilan?" tanya Erdoğan secara retorik. (todayszaman.com).
Sumber HD - 21-11-2012
Mesyuarat gerakan Islam seru bersatu tentang Zionis
Harakahdaily, | 21 Nov 2012 |
(Dr Syed Azman [kiri sekali] dan Khalil [berdiri di tengah] berbincang bersama para pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia)
KHARTOUM (Sudan): Mesyuarat gerakan Islam sedunia yang baru selesai di sini mengambil keputusan untuk terus berdiri bersama rakyat Palestin bagi menentang keganasan Zionis.
Keputusan juga diambil bagi membantas keras kerajaan Amerika Syarikat di bawah Presiden Obama dan sekutunya yang terus menyokong keganasan Israel ini.
Keganasan Zionis Israel yang menyerang Gaza sejak seminggu lalu tanpa henti ini membuktikan keangkuhan Israel yang di lindungi oleh sekutu rapatnya, Amerika Syarikat dan Britain.
Gerakan Islam seluruh dunia dari Ikhwan Mesir, Sudan, Jordan, Irak, Syria, Tunisia, Libya, Moroko, Pakistan, Bangladesh dan PAS Malaysia yng berhimpun di ibu negara Sudan, Khartoum, juga mencapai kata sepakat untuk segera menggerakkan massa di setiap negara masing-masing bagi membantu rakyat Palestin dalam bentuk bantuan kemanusiaan seperti perubatan, makanan serta keperluan harian.
PAS diwakili oleh Penolong Setiausaha Agungnya, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dan Khalil Abdul Hadi.
Presiden Sudan, Dr. Omar Bashir, yang turut berucap dalam himpunan tersebut, menegaskan bahawa Sudan akan sentiasa berada bersama rakyat Paletin bagi menentang kekejaman Zionis Israel yang turut juga menyerang pusat ketenteraan Sudan di pinggir Khartoum baru-baru ini.
Beliau juga memberi amaran keras kepada Israel agar segara berhenti dari menyerang Gaza kerana kemarahan umat Islam sedunia terhadap kengkuhan Israel sudah sampai kepada kemuncak.
Murshidul Am Ikhwan Mesir, Dr. Muhamad Al-Badie menegaskan penyatuan seluruh Gerakan Islam sedunia bagi berhadapan dengan cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dari Palestin, Afghanistan, Syria sehingga ke Rohingya, Myanmar.
Bagi beliau, agenda utama gerakan Islam adalah untuk menyatukan ummat dan membela yang tertindas.
Sementara itu, menurut Dr Syed Azman, jambatan utama yang menghubungkan utara dan tengah Gaza baru dimusnahkan oleh peluru berpandu rejim Israel hari ini.
Ia menyebabkan perhubungan penting antara kedua-dua bahagian Gaza itu terputus dan melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.
Sumber HD - 21-11-2012
Kemenangan tekad perjuangan rakyat Gaza
Harakahdaily, | 22 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut dan mengalu-alukan pengumuman genjatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza yang dikatakan dikuatkuasakan pada 19:00 GMT Rabu 21 November 2012.
“Ini adalah kemenangan kepada daya tahan dan tekad perjuangan rakyat Gaza.
“Kami kagum dan menyatakan sokongan penuh kami kepada kepimpinan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza yang tidak berganjak bersama rakyat Gaza menghadapi serangan ganas tentera Zionis Israel yang telah membunuh lebih seratus rakyat awam Gaza,” ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Majlis Perindingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyambut dan mengalu-alukan pengumuman genjatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza yang dikatakan dikuatkuasakan pada 19:00 GMT Rabu 21 November 2012.
Ini adalah kemenangan kepada daya tahan dan tekad perjuangan rakyat Gaza. Kami kagum dan menyatakan sokongan penuh kami kepada kepimpinan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza yang tidak berganjak bersama rakyat Gaza menghadapi serangan ganas tentera Zionis Israel yang telah membunuh lebih seratus rakyat awam Gaza.
Kami menyatakan sokongan kepada perjanjian genjatan senjata namun mengutuk penolakan Israel untuk menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. Isu sekatan adalah isu kunci untuk mendapatkan genjatan senjata dalam jangka panjang dan untuk memulihkan Gaza dari kemusnahan yang dideritai rakyat Gaza.
Kami kesal dan mengutuk serangan yang berterusan yang dilakukan oleh tentera Israel pada hari ke lapan walaupun usaha diplomatik sedang dijalankan untuk bersetuju terhadap genjatan senjata.
Ini menunujukkan bahawa Israel sebenarnya tidak mahu genjatan senjata dicapai. Dalam serangan itu lebih 12 orang awam terbunuh di Gaza yang meningkatkan bilangan yang terbunuh di Gaza seramai 150 orang sejak keganasan Israel pada 14 November.
Agenda genosid yang jelas oleh Israel dapat dilihat bila operasi tenteranya bukan sahaja membunuh rakyat awam tetapi juga infrastruktur awam di Gaza.
Dunia tidak boleh memejam mata terhadap jenayah Israel ini.
Kami kecewa terhadap pernyataan Setiausaha Negara AS Hillary Clinton yang menyatakan heartfelt concern for innocent lives lost yang telah berlaku dikedua belah pihak sedangkan dunia dan beliau tahu betapa fakta yang berlaku ialah Gaza telah menanggung kemusnahan dan kehilangan nyawa yang jauh lebih tinggi.
Serangan yang kononnya dikatakan "serangan tepat" oleh Israel adalah suatu penghinaan terhadap penyaksiaan jutaan manusia di seluruh dunia yang melihat operasi tentera Israel melancarkan roket secara rambang ke Gaza termasuk di kawasan perumahan awam.
Kami hormati dan menyokong kepimpinan President Mesir Dr Mohammad Morsi yang teguh pendiriannya terhadap keganasan Israel. Pernyataannya yang tegas dan membenarkan sempadan Rafah dibuka untuk membolehkan bantuan di hantar ke Gaza dan mereka yang cedera dibawa keluar untuk mendapat rawatan di Mesir adalah petanda yang sangat memberangsangkan.
Malah tindakan beliau untuk menghantar Perdana Menterinya ke Gaza ketika serangan memuncak adalah sangat mengkagumkan. Ini adalah tindakan politik yang bersungguh dari seorang pemimpin Arab untuk membantu Gaza.
Kepimpinannya amat menyerlah untuk memberi pengharapan bagi membebaskan Gaza dari sekatan yang dikenakan oleh Israel dan akan menjadi titik mula menyelesaikan perjuangan hak Palestin dalam jangka panjang.
Syarat untuk mendapat penyelesaian jangka panjang yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu hanya satu lakonan bagi Israel melancarkan pencerobohan ke atas Gaza. Memusnahkan Hamas akan membina laluan bagi Israel merampas Gaza menjadi wilayah Israel.
Sumber HD - 22-11-2012

Semalam aku telah piatu
ayah tempat bermanja
ibu teman bermesra
tanpa dosa tanpa kata
kemanusiaan musnah segala
Sambil aku menunggu
ayah pulang menjamah
juadah tengah hari
sajian istimewa ibu
siap sedia menanti
salad maza dan syineena
Tiba-tiba di muka pintu
tubuh wajah ayah
merah simbah berdarah
kesan roket peluru
kejam zionis netanyahu
membunuh ayah di hadapanku
Meluru ibu mahu mendakap
tembakan pun bertubi-tubi
rebah ibu ke bumi
layu terkulai sepi
tanpa dapat menggapai
tubuh ayah dikasihi
ayah tempat bermanja
ibu teman bermesra
tanpa dosa tanpa kata
kemanusiaan musnah segala
Sambil aku menunggu
ayah pulang menjamah
juadah tengah hari
sajian istimewa ibu
siap sedia menanti
salad maza dan syineena
Tiba-tiba di muka pintu
tubuh wajah ayah
merah simbah berdarah
kesan roket peluru
kejam zionis netanyahu
membunuh ayah di hadapanku
Meluru ibu mahu mendakap
tembakan pun bertubi-tubi
rebah ibu ke bumi
layu terkulai sepi
tanpa dapat menggapai
tubuh ayah dikasihi
Begitulah cebisan hari
gadis kecil di pinggir gaza
lumpuh tidak berdaya
suatu waktu dahulu
dihujani peluru tubuh kecilku
angkara yahudi tidak berperi
Aku hanya menyimpan impian
keamanan dan kasih sayang
saban hari dengan ayah ibu
membilang serpihan waktu
di kem shati kami menghuni
setelah berduka kehilangan
adikku iyad dan tamer
yang baru bergelak ketawa
Hari ini di gubuk usang
yang baru kami diami
titis-titis darah dan air mata
telah menyaksikan tragedi
menimpaku gadis kecil lumpuh
bernama tasneem al-nahl
tiga belas tahun usiaku
di pinggir gaza yang kelabu!
DR.RAJIEE HADI.
lumpuh tidak berdaya
suatu waktu dahulu
dihujani peluru tubuh kecilku
angkara yahudi tidak berperi
Aku hanya menyimpan impian
keamanan dan kasih sayang
saban hari dengan ayah ibu
membilang serpihan waktu
di kem shati kami menghuni
setelah berduka kehilangan
adikku iyad dan tamer
yang baru bergelak ketawa
Hari ini di gubuk usang
yang baru kami diami
titis-titis darah dan air mata
telah menyaksikan tragedi
menimpaku gadis kecil lumpuh
bernama tasneem al-nahl
tiga belas tahun usiaku
di pinggir gaza yang kelabu!
DR.RAJIEE HADI.
Bangi, Malaysia.
20 November 2012.Sumber HD - 22-11-2012
Gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza
Terjemahan Mohamad Yahya, | 22 Nov 2012 |
Gencatan senjata telah berkuatkuasa di dalam dan sekitar Semenanjung Gaza, selepas Israel dan Hamas bersetuju untuk menghentikan permusuhan.
Sesetengah rakyat Palestin di Gaza City meraikan gencatan senjata di jalanan malam Rabu lalu, membunyikan hon kereta dan menyalakan bunga api.
Menteri Luar Mesir mengumumkan perjanjian gencatan senjata beberapa jam sebelum ia berkuatkuasa pada 19:00 GMT hari Rabu.
Mohamed Kamel Amr mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan gencatan senjata ketika beliau membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di ibu negara Mesir, Kaherah.
Di bawah syarat-syarat gencatan senjata, Israel perlu menghentikan semua serangan terhadap Semenanjung Gaza dari darat, laut dan udara, termasuk serangan rentas sempadan dan pembunuhan yang disasarkan.
Puak Palestin juga perlu menghentikan semua serangan dari Gaza ke Israel, termasuk serangan roket dan serangan di sempadan.
Dua puluh empat jam selepas gencatan senjata ini berkuat kuasa, Israel akan bertanggungjawab untuk membuka semua laluan sempadan dan memudahkan pergerakan keluar masuk rakyat dan barangan ke enklaf tersebut. (aljazeera.com).
Sumber HD - 22-11-2012
(Dr Syed Azman bergambar dengan Dr Musa dalam pertemuan mereka di Kaherah)
KAHERAH: “Hamas tidak akan berganjak walau satu inci pun dari bumi Gaza. Kami akan terus memperjuangkannya," kata Dr. Musa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro Politik Gerakan Pembebasan Palestin (Hamas).
"Ini adalah tuntutan perjuangan kami sehingga kami dikuriakan kemenangan,” tambah beliau kepada deligasi PAS yang diketuai oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
Di tengah-tengah kesibukan menangani serangan berterusan tentera Zionis Israel di Gaza, Dr. Musa Abu Marzouk masih sempat meruangkan masa menerima kunjungan Dr. Syed Azman dan rakan-rakannya.
Dr Syed Azman yang mewakili seluruh pimpinan PAS, singgah sebentar di kota Kaherah untuk bertemu dengan pimpinan Hamas bagi menyatakan sokongan padu PAS kepada seluruh rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan perang dengan Zionis Israel.
Dalam pertemuan tersebut, Dr. Musa melahirkan kekesalan beliau terhadap sikap ‘double standard’ Amerika Syarikat yang terus menyokong dan membela serangan berterusan sekutunya Israel terhadap bumi Gaza.
Sehingga kini, hampir setiap hari bumi Palestin di ceroboh secara rakus dan pembunuhan terhadap warga Palestin terus dilakukan secara kejam oleh tentera-tentera Zionis Israel tanpa sebarang perikemanusiaan.
Bagi beliau, perkembangan yang sedang berlaku di bumi Gaza, ada amat memilukan.
Tentera Zionis Israel dengan sokongan Amerika Syarikat dan sekutunya terus menerus menyerang dengan mengebom dan mengepung bumi yang berpenduduk 1.6 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaan.
Setakat ini mereka telah membunuh ratusan rakyat awam Palestin serta mencederakan lebih 2000 penduduk awam.
Tentera Zionis ini juga telah bertindak memusnahkan beratus-ratus buah bangunan, termasuk sekolah, pejabat dan stesen TV.
Mereka juga bertindak memutuskan bekalan letrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan dari sampai kepada penduduk di Gaza.
Dr. Musa terus menegaskan bahawa, walaupun kini telah diadakan ‘gecatan senjata’ antara Hamas dan tentera Israel, Hamas tidak akan teragak-agak untuk melakukan gerakan ketenteraan baru sekiranya sekatan ke atas Palestin masih diteruskan dan penceroboh tentera Zionis Israel di bumi Palestin terus menerus dilakukan tanpa menghormati sebarang undang-undang antarabangsa.
Beliau berkata, “keadaan kekejaman yang berterusan ini akan membawa kepada ledakan yang besar bagi rakyat Palestin dan dunia Islam menentang penjajahan berterusan rejim Zionis”.
Namun di akhir pertemuan tersebut, Dr. Musa sekali lagi melahirkan ucapan terimakasih kepada seluruh pimpinan PAS terutamanya Presiden PAS Datuk Sri Tuan Guru Abdul Hadi yang sentiasa berdiri teguh bersama Hamas dan tidak putus-putus membantu rakyat Palestin.
Begitu juga ucapan terimakasih beliau kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan membantu penduduk Gaza bagi meringankan bebanan mereka.
Beliau menyatakan; "Sampaikan salam perjuangan kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan bumi Palestin. Bantulah kami sedaya mungkin bagi berhadapan dengan kekejaman Zionis Israel ini, sekurang-kurangnya dengan doa”.
Sumber HD - 22-11-2012
Pintasan Iron Dome ke atas roket Palestin semasa pertempuran lapan hari di Gaza melibatkan kos sebanyak $25 juta hingga USD30 juta, lapor kerajaan Khamis lalu, berhujah bahawa sistem yang disokong Amerika Syarikat itu adalah pelaburan yang sangat berbaloi.
"Andai Iron Dome diniagakan di bursa saham (Tel Aviv) atau Nasdaq, harga sahamnya akan naik berlipat kali ganda," ujar Menteri Pertahanan Awam Avi Dichter kepada Radio Israel dalam satu temu bual di mana beliau menerangkan perbelanjaan sistem tersebut.
Menggunakan peluru berpandu pemintas berpandukan radar, bateri Iron Dome yang ditunda menggunakan lima trak menembak jatuh 421 dari kira-kira 1,500 roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza antara 14 Nov sehingga Rabu lalu, lapor pihak tentera.
Ini meletakkan kadar kejayaan Iron Dome pada 90 peratus. Untuk mengurangkan kos, Iron Dome yang melancarkan dua peluru berpandu sekaligus hanya memintas roket yang mengancam kawasan berpopulasi padat.
Serangan roket telah membunuh lima rakyat Israel dan berpuluh-puluh cedera semasa konflik, lapor pihak polis. Tiga terkorban di pantai Ashdod pada hari sistem berkenaan mengalami kerosakan, seperti yang diberitahu Rafael Advanced Defence Systems Ltd, pengeluar Iron Dome milik Israel.
Seorang pegawai kanan kerajaan menganggarkan bahawa peningkatan itu boleh melibatkan kos sebanyak $380juta sehari kepada Israel. Dalam mengekang risiko tersebut, Amerika Syarikat telah membantu pembiayaan Iron Dome. Rabu lalu, Presiden Barack Obama berjanji untuk terus memberi sokongan.
Israel berkata mereka memerlukan 13 bateri untuk pertahanan negara yang memuaskan. Satu sumber industri pertahanan meletakkan kos sekitar USD50 juta seunit.
Fokus serangan udara Israel ke atas Gaza adalah stok simpanan dan silo roket yang diimport atau diubahsuai oleh Hamas dan pihak lain. Pegawai perubatan Gaza melaporkan seramai 162 rakyat Palestin terbunuh dan lebih separuh daripada mereka adalah orang awam.
Roket yang paling berbahaya adalah roket yang direka Iran, Fajr-5S dengan julat 75 km (46 batu) dan 175 kg (385 lb) kepala peledak, walaupun Hamas juga menggunakan versi buatan Gaza, "Qassam M-75".
Iran menafikan membekal senjata kepada rakyat Palestin. Tetapi laman web Iranian Young Journalists Club web pada Rabu lalu memetik komander Pengawal Revolusi di republik Islam berkenaan, Mohammad Ali Jafari, mengatakan “pihak tentera Gaza memiliki teknologi peluru berpandu Fajr-5 dan sekarang beberapa peluru berpandu telah dibuat dan tersedia untuk mereka ". (todayszaman.com).
Sumber HD - 23-11-2012
Sumber HD - 26-11-2012
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” :Al Imran:169
Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi.
Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiwa
Dari kiri atas:
1) Asy Syahid Ir Imad Aqal
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi
5) Asy Syahid Dr Said Syiam
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja’abarri
Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya….

Abu Marzouk: Hamas akan pertahankan bumi Gaza

Israel belanja USD30 juta pintas roket Gaza
Terjemahan Mohamad Yahya, | 23 Nov 2012 |

"Kami menang atau syahid" - Pemimpin Hamas
Terjemahan Mohamad Yahya, | 26 Nov 2012 |
KAHERAH: 'Roket rintangan' yang menyerang Tel Aviv menunjukkan perubahan dalam imbangan kuasa antara Hamas dan entiti Israel, kata ahli biro politik Hamas, Dr Mahmoud al-Zahar ketika bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat.
(Roket jarak jauh Hamas yang memasuki Israel membentuk keseimbangan baru di Gaza)
Beliau mendakwa, roket ini menyeimbangkan 'keganasan' oleh satu pihak ke atas pihak yang lain, menambah keseimbangan baru ini akan menyebabkan Israel berfikir dua kali sebelum memulakan apa-apa pencerobohan baru terhadap Semenanjung Gaza.
Al-Zahar juga memuji kedudukan yang diambil oleh Mesir dalam konflik dan usahanya dalam mendapatkan perjanjian gencatan senjata, berkata "kami menjangka kedudukan ini dari Mesir yang baru yang mana Presiden, kerajaan dan rakyatnya berdiri teguh di belakang rakyat Palestin".
Al-Zahar (gambar) menyamakan peluru berpandu jarak jauh Hamas seperti "batu-batu dari tanah yang dibakar keras", merujuk al-Quran, Surah al-Fil.
Al-Zahar berkata "pertempuran batu-batu dari tanah yang dibakar" dengan Israel telah memberi faktor baru dalam konflik dan akan membentuk pengakhiran pencerobohan melalui pertempuran yang terancang dan meningkat yang akan mendedahkan tahap khayalan musuh yang mengabaikan kehendak rakyat Palestin dan ketahanan mereka."
Beliau menambah, "peperangan ini akan menjadi peristiwa penting, bukan sahaja dalam sejarah di rantau ini, yang telah menyaksikan perubahan rejim yang banyak, khususnya di Mesir, tetapi juga dalam sejarah dunia. "
Al-Zahar juga memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa "[Perdana Menteri Israel] Netanyahu mahu menamatkan perang selepas tiga hari kerana pihak keselamatan beliau memberitahunya bahawa musuh hanya memiliki 300 roket yang boleh dilancarkan, namun mereka terkejut apabila roket terus dilancarkan dan menghujani Israel pada hari-hari terakhir di mana pada pencerobohan dipesatkan, bukan dikurangkan."
Al-Zahar mendedahkan bahawa Israel telah menerima semua syarat Palestin, tanpa apa-apa pindaan, tidak seperti yang didakwa oleh media Israel.
Beliau berkata "Kami tidak menerima cadangan Israel mengenai penyelesaian dua peringkat, iaitu pertama gencatan senjata dan kemudian membuka lintasan sempadan. Kami menolak cadangan tersebut dan tetap dengan tuntutan asal kami iaitu gencatan senjata dan membuka lintasan sempadan dalam satu langkah, dan Israel bersetuju untuk ini."
Beliau menambah, "Kami telah membuktikan bahawa pilihan melawan kembali ketika konflik berlangsung adalah satu-satunya pilihan yang menunjukkan kejayaan dan kita telah menunjukkan ini ketika menghalau keluar pendudukan Israel dari Gaza pada tahun 2005."
Beliau berkata "Tempoh di mana musuh menyerang kita sudah berlalu, dan kita sekarang dalam peringkat kita menyerang mereka."
Beliau mengesahkan bahawa tempoh ini adalah "pertumpahan darah dan senjata" dan satu-satunya pilihan rakyat Palestin adalah melawan kembali.
Di samping itu, beliau menyeru semua individu untuk mengkaji semula kedudukan mereka dan membentuk sebuah gabungan yang menyokong penentangan bersenjata, menegaskan bahawa rakyat Palestin yang keluar meraikan kemenangan Gaza mewakili satu referendum mengenai pilihan jihad dan penentangan.
Beliau menegaskan bahawa rakyat Palestin hari ini menyokong penentangan dan berdiri teguh dalam menghadapi pencerobohan Israel.
Beliau berkata, "darah pemimpin kekal membakar perjuangan rakyat dan penentangan."
Al-Zahar juga menafikan laporan bahawa dia melarikan diri dari Gaza semasa pencerobohan Israel, mengatakan "syahid di tangan Allah dan mengalahkan penjajahan adalah matlamat kami, rakyat Palestin, yang tidak sabar-sabar untuk mendapatkannya.
"Kami telah menyerahkan anak-anak kami demi Islam dan untuk mempertahankan tanah dan tapak suci kami. Oleh itu, bagaimana anda boleh mengatakan bahawa saya, seorang pemimpin Hamas, akan lari dari peperangan ke Mesir? "
Beliau menambah, "Saya di Gaza dan saya bertemu dengan delegasi Mesir dan berkongsi kegembiraan rakyat Palestin malam tadi dalam kemenangan kita. Saya akan kekal di sini di atas tanah Palestin, di barisan hadapan rakyat Palestin sehingga menang atau syahid!"
* Tulisan asal http://www.asharq-e.com/news.asp?section=1&id=31914

Gambar 6 pemimpin Hamas yang telah syahid
http://pinkturtle2.wordpress.com, | 26 Nov 2012 |
“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki” :Al Imran:169
Setiap pejuang memberikan apa sahaja kemampuan mereka menyediakan diri bertemu Ilahi.
Semoga darah para Syuhada dari dahulu hingga kini masih mengalir dalam jiwa
a-jiwa umat ini.Semoga Allah merahmati roh mereka dan berkati perjuangan mereka membebaskan bumi Palestin yang tercinta.
Dari kiri atas:
1) Asy Syahid Ir Imad Aqal
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi
5) Asy Syahid Dr Said Syiam
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Ja’abarri
Mereka telah berikan apa yang mereka punya, kini giliran kita menyediakan dan memberi apa yang kita punya….
Sumber HD - 26-11-2012
Undi PBB: Palestin naik taraf negara bukan ahli
Terjemahan Mohamad Yahya, | 30 Nov 2012 |
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengundi memihak Palestin dan memberikan Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.
Undi Perhimpunan Agung PBB yang diadakan pada mesyuarat di New York Khamis lalu, merupakan kejayaan yang telah lama diimpikan Palestin dan kekalahan diplomatik bagi Amerika Syarikat, dengan 138 negara mengundi memihak Palestin untuk menaik taraf status.
Sembilan negara mengundi menentang dan 41 negara yang lain berkecuali.
Satu bendera Palestin terus dikibarkan di tingkat Perhimpunan Agung, di belakang delegasi Palestin.
Status baru tersebut merupakan pengiktirafan tidak langsung tuntutan Palestin terhadap kenegaraan di Tebing Barat, Timur Baitul Muqaddis Timur dan Semenanjung Gaza. Ia membolehkan mereka menyertai beberapa agensi PBB, serta Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Sejurus selepas keputusan diumumkan, duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice menggelarkan tindakan itu "tidak produktif" dan jabatan negara Amerika Syarikat memberi amaran perubahan status boleh membawa kepada pengurangan sokongan ekonomi Amerika Syarikat untuk rakyat Palestin.
"Resolusi yang malang dan tidak produktif ini menambahkan lagi halangan dalam usaha ke arah keamanan. Itulah sebabnya Amerika Syarikat mengundi menentang tuntutan tersebut," katanya.
"Para penyokong resolusi hari ini berkata mereka mahukan negara Palestin yang bebas dan berfungsi berdamai dengan Israel, dan kami pun mahukan perkara yang sama. Tetapi kita telah lama jelas bahawa satu-satunya cara untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang bebas dan menyelesaikan semua isu adalah adalah melalui rundingan langsung yang memenatkan tetapi penting antara kedua-dua pihak. "
Amerika Syarikat dan Israel mengundi menentang pengiktirafan, bersama dengan Kanada, Republik Czech, Marshall Islands, Micronesia, Nauru, Palau dan Panama.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon memperbaharui panggilan untuk penyambungan semula rundingan langsung antara Israel dan Palestin.
"Undi hari ini menegaskan kepentingan penyambungan semula rundingan," kata Ban.
"Kedudukan saya konsisten selama ini. Saya percaya bahawa rakyat Palestin mempunyai hak yang sah untuk negara yang bebas. Saya percaya bahawa Israel mempunyai hak untuk hidup dalam keamanan dan keselamatan dengan jiran-jirannya. Tiada pengganti untuk rundingan bagi mencapai matlamat ini." (aljazeera.com)
Sumber HD - 30-11-2012

Undian PBB: Palestin diiktiraf negara berdaulat
Harakahdaily, | 01 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengalu-alukan undi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah memihak kepada Palestin dan memberikan Palestin status negara pemerhati bukan ahli di badan dunia itu.
“Undian Perhimpunan Agung PBB tersebut sekurang-kurangnya telah mengiktiraf kehadiran Palestin sebagai negara yang berdaulat,” kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Katanya, kemenangan diplomatik yang ditunjukkan oleh 138 negara mengundi memihak kepada Palestin untuk menaik taraf status, dengan itu memungkin ia juga boleh terlibat dengan pelbagai forum dalam PBB dan di dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Beliau berkata, pokoknya status Palestin semakin jelas untuk menyuarakan haknya yang selama ini dinafi oleh Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat.
“Kami mengutuk reaksi duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Susan Rice menggelarkan tindakan itu "tidak produktif" dan jabatan negara Amerika Syarikat memberi amaran perubahan status boleh membawa kepada pengurangan sokongan ekonomi Amerika Syarikat untuk rakyat Palestin,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Ini, ujarnya jelas membuktikan Amerika bukan sahaja menyokong Israel menafikan hak Palestin malah telah merestu segala tindakan ganas yang dilancarkan oleh Israel ke atas rakyat Palestin selama lebih 64 tahun.
Tegasnya, seluruh Negara Islam yang memberi undi menyokong Palestin harus faham bahawa ini adalah langkah kecil dalam proses yang masih panjang untuk menuntut hak Palestin dikembalikan.
Tambahnya, terlalu banyak lagi yang perlu diperjuangkan terutama soal mengembalikan wilayah Palestin yang telah dirampas oleh Israel sejak 1967.
Katanya lagi, perjuangan yang paling utama ialah hak umat Islam ke atas Masjid Al Aqsa yang sangat dekat dengan hati ummah.
“Dengan membantah usul ke atas Palestin ternyata Amerika dan Israel merupakan negara yang tidak mahu perdamaian dicapai dengan memberi hak kepada Palestin,” katanya.
Sumber HD - 1-12-2012

Tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang
Detik Islam, | 01 Dis 2012 |
Bunuh diri merupakan penyebab utama kematian di kalangan pasukan tentera yahudi zionis laknatullah. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi laknatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.
Dari laporan tersebut jumlah meningkat kepada 43 tentera Zionis laknatullah bunuh diri berbanding dari angka tahun sebelumnya yang mencatatkan 30 orang. Data ini menunjukkan adanya kenaikan 30% dari jumlah tentera yahudi bunuh diri pada 2002 yang mencapai 31 orang.
Pada tahun 2003 semasa Intifada kedua, seramai 43 tentera yahudi dilaporkan mati kerana bunuh diri dan ini menjadi menjadi penyebab utama kematian di kalangan tentera rejim laknatullah itu. Sementara pada enam bulan pertama tahun 2004 seramai 15 tentera yahudi dilaporkan bunuh diri.
Kementerian Pertahanan sendiri menolak untuk memberi kenyataan kerana merasa malu atas laporan itu.
Jurucakap kementerian hanya mengatakan bahawa dia tidak mengetahui masalah itu dan pihaknya tidak ada hubungannya dengan kes bunuh diri tersebut.
Tentera yahudi laknatullah juga menyangkal bahawa tindakan bunuh diri itu ada kaitan dengan tindakan-tindakan jahat yahudi di wilayah jajahannya.
Sumber tentera berkata alasan seperti faktor emosi, penganiayaan dan ugutan oleh pihak atasan, serta tekanan psikologi sebagai punca tentera yahudi bunuh diri. Hakikat sebenarnya tentera yahudi ini mengalami trauma atas kejahatan mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza yang kemudian berakhir dengan bunuh diri.
Aktivis keamanan Israel mengatakan kepada Aljazeera.net bahawa mereka yakin bahawa kebanyakan tentera yang bunuh diri tidak boleh hidup dengan menanggung beban yang mengerikan atas tindakan kejam mereka di wilayah Palestin.
Pada 2008 seorang polis sempadan Israel bunuh diri di depan Perdana Menteri Perancis ketika itu Nicholas Sarkozy. Pada tahun 2007 hingga tahun 2009 terdapat penurunan jumlah kes bunuh diri. Namun jumlah kes bunuh diri melonjak selepas tahun 2009.
Pada suku pertama 2010 seramai 19 tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri sedangkan pada tahun 2009 statistik mencatatkan terdapat 21 tentera bunuh diri.
Pada 2010 itu dua tentera yahudi laknatullah dilaporkan bunuh diri di Daliat el Carmel. Tentera pertama Ashraf Meriyah 18, ditemui mati kerana tembakan di kepala di rumahnya. Manakala Louis Nasser a Din 21, mengetahui rakannya itu bunuh diri di wilayah tentera yahudi di Haifa, dia juga turut sama bunuh diri dengan menembak kepalanya.
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pernah menjalankan program khusus untuk membantu komander-komander mereka mengesan tekanan psikologi di kalangan tentera akibat meningkatnay jumlah tentera yahudi bunuh diri. Sebahagian daripada program ini, IDF memutuskan untuk mengurangkan jumlah tentera yang membawa senjata ketika pulang.
Menurut IDF, kes bunuh diri ini tidak ada hubungannya dengan perkhidmatan ketenteraan mereka dan IDF mengkaji apakah ada kesilapan oleh komander sebagai pencetus kes bunuh diri.
Pada 2008, laman Ynet melaporkan terdapat dua pegawai dihukum kerana dianggap gagal menghalang seorang prajurit yang bunuh diri akibat tekanan psikologi. Dalam kes yang sama, seorang pegawai kesihatan mental dikenakan tindakan disiplin kerana gagal membantu tentera.
Pada 2011 dilaporkan seorang pengasas kumpulan anti tentera rejim Israel New Profile, Ruth Hiller memberitahu bahawa dianggarkan sebanyak 50% tentera yahudi yang ditanam di tanah perkuburan tentera adalah akibat mati bunuh diri berbanding kemalangan atau dibunuh.
Pada tahun 1989, Jabatan Tentera Israel melaporkan purata angka bunuh diri setiap tahun mencapai 35 orang.
Diterjemahkan dari sumber globalmuslim - http://detikislam.blogspot.com

170 syahid semasa 8 hari serangan Israel
Harakahdaily, | 02 Dis 2012 |
GAZA: 800 rumah musnah samasekali, 170 syahid, 300 yang cedera parah, 1000 yang cedera rengan, 5000 kediaman yang rosak manakala 50,000 keluarga kini menjadi miskin tegar.
Itulah apa yang diperolehi Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) dalam tinjauan mereka ke Gaza.
Misi tinjauan dan mencari fakta MAPIM ke Gaza memutuskan bahawa keperluan utama yang mendesak sekarang di Gaza ialah rumah orang awam yang separuh musnah dan yang musnah samasekali sejak peperangan 8 hari (14-22 hb November 2012) yang lalu.
Dalam tinjauan MAPIM di Gaza bermula sejak perang bermula apabila wakil MAPIM, Sany Araby, telah dapat masuk menyaksikan sendiri perang tersebut.
Misi kedua seramai lima orang yang diketuai Cikgu Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agong Mapim kini berada di Gaza meneruskan tinjauan selanjutnya.
Menurut Setiausaha Agong Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Mapim sedang mengerakkan usaha untuk memberi keutamaan yang mendesak mengikut keperluan dan telah menjalin kerjasama dengan Majlis NGO Pembangunan Gaza untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa.
Kordinasi juga telah diperolehi dengan pejabat OIC di Gaza yang sedang giat mengemaskini data dan maklumat terkini mengenai keperluan Gaza.
Mapim, katanya, membawa bantuan kemanusiaan berbentuk makanan dan ubatan bernilai RM 200,000.
Delegasi Mapim yang sempat meninjau masjid yang telah dibina oleh Mapim di daerah Beit Hanoun.
Cikgu Azmi menyatakan kesyukuran masjid tersebut tidak terjejas.
Sebuah masjid lagi yang sedang dibangunkan oleh Mapim iaitu Masjid Umar Abdul Aziz sedang berjalan lancar yang dijangka siap Mei 2013.
Program tinjauan telah dapat menemukan Cikgu Azmi dengan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza serta Dr Mulfid Menteri Kesihatan Gaza.
Dalam pertemuan tersebut PM Gaza tersebut menyatakan kekagumannya terhadap kegigihan NGO Malaysia yang tidak henti-henti meneruskan bantuan kepada Gaza.
Beliau sangat menghargai kesungguhan rakyat Malaysia dan menyatakan bahawa kemenangan Gaza adalah kemenangan Ummah.
Dalam tinjuan selepas gencatan senjata 23 hb Novemebr yang lalu ini keadaan di Gaza kelihatan tenang dan masyarakat menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Gencatan senjata yang telah dimeterai membolehkan nelayan pergi ke laut sejauh 6 batu nautikal berbanding 3 batu nautikal sebelum ini.
Mapim sedang menyusun usaha yang lebih besar untuk menghubungkan pelbagai pihak di Malaysia dengan Gaza dalam pelbagai sektor dalam rangka mengusahakan proses pemulihan Gaza dengan secepat mungkin.

Sumber HD - 2-12-2012
Duta Palestin: 'Azeez bukan pertama, laporan muka depan pertama'
Harakahdaily, | 14 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Sehingga kini beratus orang mungkin telah dilantik sebagai Duta Khas Palestin dari seluruh dunia dan salah seorang dari mereka adalah Datuk Abdul Azeez Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia.
Kerana berbangga dengan perlantikan itu, akhbar Umno telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu.
Antara laporan itu, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.
Namun sebelum perlantikan Abdul Azeez, kira-kira 50 orang dari seluruh dunia telah menerima perlantikan yang sama pada 4 Syawal lalu.
19 dari mereka adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Salah seorang penerima itu, Dr Fauzi Zakaria berkata, beliau dan kira-kira 50 lagi ditanya apakah mereka mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebelum diberikan watikah sebagai Duta Khas itu.
(Dr Fauzi menunjukkan sijil Duta Kehormatnya yang diberikan oleh kerajaan Palestin pada 22 Ogos 2012 lalu)
Selepas berkata setuju, mereka diminta berbaiah (berikrar) dengan nama Allah akan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Selepas itu, mereka dianugerahkan sijil berupa perlantikan sebagai Duta Khas itu sebagaimana surat yang diterima Abdul Rahim yang dilaporkan akhbar Umno itu hari ini.
"Kami dah terima perlantikan itu 4 Syawal (22 Ogos 2012) iaitu kira-kira empat bulan lalu lagi, tetapi kerana bukan pemimpin Umno, tak adalah muka kami masuk muka depan Utusan," kata Fauzi kepada Harakahdaily.
Menurutnya, pelbagai NGO dari seluruh dunia datang ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin.
"Biasanya ketua rombongan atau ketua NGO yang datang akan dilantik sebagai Duta Khas Palestin ini," katanya.
Sumber HD - 14-12-2012

No comments:
Post a Comment