Hazayani Zakaria |
PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
You tube : http://www.youtube.com/watch?v=MyPFOGUlKu0
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika membuat pendedahan mengenai bukti perubahan status PR ini berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara. "Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita dedahkan ini menunjukkan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di pejabat Pakatan Rakyat, seksyen 16, dekat sini hari ini. Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu memdedahkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.
YB Dr Mohd Hatta Ramli - Pengarah PR PAS Pusat
Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong mewakili DAP.
YB Nurul Izzah Anwar - Naib Presiden PKR
|
Sdr Liew Chin Tong - Wakil DAP
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4697-pr-pakatan-desak-sidang-parlimen-tergempar
Gadai keselamatan negara demi secebis kertas undi |
Harakahdaily |
PETALING JAYA, 3 Ogos: Keselamatan negara kita akan tergadai sekiranya rakyat asing boleh menjadi warganegara dalam masa beberapa jam sahaja, malah dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, penipuan terbaru terbongkar apabila Malaysiakini melaporkan bahawa pemastautin tetap (PR) rakyat asing telah dibenarkan mendaftar sebagai pengundi.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini petang semalam mengenai seorang individu bernama “Mismah” dengan kad pengenalan bernombor 640704-71-5238 yang mempunyai PR yang mendaftarkan diri sebagai pengundi. Dalam laporan yang dikemaskini kemudian, Malaysiakini melaporkan “Mismah” sudah menjadi warganegara, tidak sampai empat jam selepas laporan berita asal disiarkan.
Pua mendakwa penipuan itu membuktikan wujudnya konspirasi keji di antara Barisan Nasional, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN untuk menipu secara besar-besaran dalam PRU akan datang. Beliau menambah konspirasi penuh penipuan itu turut membuktikan bahawa cadangan sistem biometrik untuk pilihan raya sebagaimana yang dicadangkan oleh SPR untuk “membanteras pengundi hantu” jelas gagal sebelum dimulakan. “Jika sistem JPN kita boleh dimanipulasi begitu mudah, tidak ada sebarang jaminan kukuh bahawa kerajaan dapat memastikan sistem biometrik yang bernilai beratus juta ringgit itu akan menjamin pilihan raya yang bersih, telus dan selamat,” tambah beliau. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata penipuan demi penipuan dibongkarkan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menggesa BN untuk mencapai kemenangan dengan apa cara sekali pun. Beliau mengingatkan semua pihak bahawa “penganugerahan” kepada rakyat asing, terutamanya dari Indonesia, untuk menjadi warganegara pernah dilakukan melalui Projek IC atau Projek M di Sabah (sewaktu era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad) bagi mengurangkan kuasa politik Bumiputera di negeri itu. Sebagaimana yang diketahui umum, katanya, Sabah mengalami pertambahan penduduk yang luar biasa setelah ramai warga asing menjadi rakyat Malaysia dalam masa yang amat singkat. Pua berkata, BN juga menggunakan rasuah wang dalam pilihan raya, sebagaimana yang dibuktikan sewaktu pilihan raya negeri Sarawak April lalu, dan jika tekanan dan pembelian undi ditolak oleh rakyat, BN menggunakan apa sahaja cara untuk menipu dalam pilihan raya. Menurutnya, kerajaan BN yang turut menguasai media massa dan agensi keselamatan negara terus mengekang dan menekan rakyat termasuk memperlekeh serta menindas perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hanya bertujuan membersihkan amalan pilihan raya di nehara ini. Justeru itu, tuntutan pertama Bersih 2.0 menekankan tentang pelaksanaan usaha membersihkan senarai undi, iaitu dengan menyingkirkan segera ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal dunia, yang berganda pendaftaran, yang bukan warganegara dan sebagainya.
Tan Sri Abdul Aziz Yusof - Pengerusi SPR
Sementara itu, Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menafikan pemastautin tetap telah didaftarkan sebagai pengundi, dengan member alasan ia mungkin kesilapan teknikal oleh JPN.
YB Chow Kon Yeow - AP Tanjung / Exco PP
Penjelasan Abdul Aziz telah dibidas oleh Ahli Parlimen DAP Tanjung Chow Kon Yeow kerana tidak cukup maklumat serta tidak menerangkan bagaimana “kesilapan teknikal” itu boleh berlaku.
Menurutnya, SPR tidak boleh bersembunyi di sebalik alasan yang lekeh itu kerana tanggungjawabnya ialah memastikan kesahihan senarai pengundi.
“Kejadian ini telah menggambarkan betapa seriusnya masalah penyelarasan antara agensi kerajaan yang pasti menjejaskan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya kita,” katanya. Chow yang juga Exco kerajaan negeri Pulau Pinang mempersoalkan bagaimana rakyat negara asing boleh menjadi pengundi di Malaysia menjelang PRU ke-13 akan datang. Beliau meminta SPR dan JPN menyatakan secara terperinci jumlah rakyat asing yang telah menjadi warganegara Malaysia yang didaftarkan sebagai pengundi untuk tiga tahun sebelum ini. “Pengundi Malaysia berhak untuk tahu sama ada berlaku penyelewengan dalam trend senarai undi. Saya amat berharap institusi-institusi kerajaan kita tidak menjadikan rakyat asing sebagai pengundi semata-mata hanya kerana mahu mengekalkan rejim yang korup sebagai kerajaan,” tambah beliau. – Roketkini.com |
Parlimen perlu dedah konspirator isu PR |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 4 Ogos: PAS menuntut diadakan sesi ‘pendengaran awam’ (public inquire) diadakan di seluruh negara bagi menyelesaikan isu penduduk tetap yang memegang MyPR merah didaftar sebagai pemilih baru.
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
“Tindakan agensi tertentu menyenaraikan PR dalam senarai pemilih perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan kemungkiran mereka dibenar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya ketika ditemui di Qaryah Ramadan malam tadi. Sebelum ini portal berita mendedahkan seorang PR bernama Mismah disenaraikan sebagai pengundi berdaftar yang baru.
Datin Jariah Mohd Said - Ketua Pengarah JPN
Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datin Jariah Mohd Said dalam kenyataannya menjelaskan Mismah telah mendapat taraf penduduk tetap pada 17 Julai 1982 dan dilulus taraf warganegara pada 31 Januari lalu.
YB Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein - Menteri HDN
Menurutnya juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah meluluskan sebanyak 29,290 taraf warga negara dalam tempoh 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011.
Salahuddin yang juga Parlimen Kubang Kerian berharap orang ramai tampil ke hadapan bagi menyuarakan kecurigaan terhadap tindakan dilakukan JPN.
Menurutnya juga anggota Parlimen Pakatan Rakyat mendesak supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil segera sidang tergempar Parlimen membincangkan isu tersebut.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia
“Dan Parlimen perlu bersidang untuk kita dedahkan siapakah sebenarnya menjadi dalang atau pun ketua konspirator sindiket tersebut,” katanya. Beliau mendakwa konspirasi itu dianggap sangat merbahaya kepada keselamatan negara. Menurutnya, PAS mempunyai satu pasukan membongkar sindiket tersebut di mana sehingga kini sejumlah 1,500 kes berjaya dikesan di Selangor. “Itu baru di antara sebahagian daripada kajian terperinci yang dilakukan,” katanya. |
Pilih tuntutan Bersih atau 'kerajaan Mismah' |
Abd Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Tn Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden PAS
"Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya. 'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap. Lebih mencurigakan, SPR juga dengan begitu segera tiba-tiba menukar nama Mismah kepada kategori 'dalam proses pengesahan daftar pemilih' selepas pendedahan itu sedangkan sebelum itu namanya berada dalam kategori 'sedang dalam pameran rang'. "Dengan apa yang terjadi itu, kalau Umno dan BN menang di Selangor malah di mana-mana pun dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan tidak bermaruah selepas itu hakikatnya adalah 'kerajaan Mismah' yang menang dengan menggadai kedaulatan dan keselamatan negara kepada orang asing dan bukan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia. "Sebab itulah, rakyat Malaysia yang bermaruah hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan atau meringkuk di bawah pemerintahan 'kerajaan Mismah' yang akan menjerumuskan lagi negara ini ke dalam kehancuran," kata Mohamad. Beliau mengulangi keazamann untuk berusaha menggerakkan lagi kebangkitan rakyat menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan. "Pihak yang berdolak-dalik itu tidak akan melaksanakan tuntutan tersebut melainkan dengan kebangkitan kuasa rakyat yang lebih besar dari apa yang berlaku 9 Julai lalu. "Mereka tidak memberikan pilihan yang lain kepada rakyat," tegas beliau. Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Malaysian Insider semalam melaporkan Umno yakin akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang dengan majoriti sehingga 20 kerusi. |
Sidang tergempar: PAS serah surat pada PM esok |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok meminta sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu keselamatan negara.
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya ekoran pendedahan media minggu lalu mengenai pendaftaran pemegang kad pengenalan bertaraf penduduk tetap (PR) kepada warganegara dalam tempoh sehari.
"Esok jam 12 tengahari di bangunan Parlimen saya bersama ahli Parlimen Pakatan yang lain akan menghantar surat kepada Perdana Menteri meminta sidang khas Parlimen ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, isu ini perlu dibincangkan secara serius kerana ia merupakan pengkhianatan kepada negara. Beliau juga tidak menafikan ianya merupakan satu konspirasi pihak tertentu untuk mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. "Kita yakin wujud konspirasi dalam perkara ini," katanya. Minggu lalu, media mula mendedahkan berkaitan PR yang memegang kad pengenalan merah bertukar status kepada warganegara dan mendapat kad pengenalan biru serta didaftarkan sebagai pengundi.
Tn Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata isu ini telah lama berlaku dan pernah terbukti di mahkamah di Sabah bahawa penduduk Myanmar didaftarkan sebagai warganegara. "Isu daftar pemilih ini pernah dibuktikan di mahkamah dan nampaknya sehingga kini kerajaan tidak pernah berhenti mendaftarkan warga asing untuk mengundi," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4761-sidang-tergempar-pas-serah-surat-pada-pm-esok
Isu Jais tenggelamkan warga asing daftar pemilih |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR. “Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar. “Negara kita ada undang-undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, Pemimpin umno dan NGO umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama. Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini. Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam. Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi.
Nuraishah Bukhari - dipercayai telah dimurtadkan
“Kita harapkan janganlah kerana politik semata-mata. Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara,” ujarnya.
Hartina Kamarudin - dipecayai telah dimurtadkan
Tetapi, katanya dalam masa yang sama menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid. Tanya beliau lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA hendak saman kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi. |
Warganegara: BN sedang menjual negara |
Salmah Mat Husain |
KOTA BHARU, 10 Ogos: Tindakan kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi merupakan tindakan bahaya kerana menjual negara sendiri. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), berkata kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN. Menurutnya, warga asing yang datang ke negara ini berbagai jenis serta latarbelakang hidup yang berbeza. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi. “Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan. “Namun ianya berbeza di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka,”ujarnya . Tegasnya, kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu. Menurut Husam, mereka hanya berminat untuk menjadi warga Negara dan bukannya sebagai pengundi, tetapi tiba-tiba pula mereka didaftarkan sebagai pemilih. Menurutnya lagi, hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya. Beliau menambah, konspirasi itu begitu membahayakan negara ini kerana ianya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang. Sehubungan itu parti-parti politik khususnya dari Pakatan Rakyat perlu merangka gerakerja yang lebih terkehadapan bagi menangi perkara ini. “Ianya tidak begitu sukar memandangkan JPN sendiri telah mengakuinya sebelum ini berhubung pendaftaran terbabit,”ujarnya. Katanya rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya. |
Pakatan mahu sidang khas PR, bukan JK Parlimen |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan asasnya berhubung isu warganegara asing dijadikan warganegara ini. Tindakan menjadikan warganegara asing sebagai warganegara merupakan satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, namun tindakan Najib menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen amat meragukan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi penubuhannya langsung tidak dirundingkan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan dari tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang turut melibatkan beliau yang menghantar surat rasmi ke Parlimen untuk mendesak kerajaan memanggil persidangan khas Parlimen, bagi membincangkan tindakan tidak bertanggungjawab itu, pada 8 Ogos lalu.
|
Jangan ada muslihat dari pemutihan pendatang |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Kerajaan BN diingatkan agar memastikan program pemutihan pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara ini yang sedang dilaksanakan sekarang bebas dari sebarang sindiket yang boleh merosakkan negara. Dalam masa yang sama, PAS turut mengingatkan kerajaan agar tidak mengambil kesempatan dari program yang diadakan itu bagi melaksanakan muslihat Umno BN seperti menjadikan pendatang-pendatang tanpa izin itu sebagai pengundi bagi pihak Umno BN dalam pilihanraya.
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, bagi PAS, program pembersihan Pati yang diadakan itu memberikan kebaikan tertentu kepada negara dan Pati-Pati terbabit.
Menurut beliau, oleh itu, ia tidak akan dipersoalkan oleh PAS sekiranya program tersebut benar-benar dilaksanakan berasaskan undang-undang dan bebas dari sebarang anasir tidak baik, terutama oleh kumpulan sindiket tertentu untuk kepentingan mereka.
"Kita harap program tersebut diadakan dengan baik dan jangan pula terdapat sindiket di dalamnya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang bertanyakan kemungkinan terdapat kaitan antara program pemutihan Pati yang sedang dilaksanakan sekarang dengan tindakan Umno BN menjadikan warganegara asing sebagai warganegara ini. Sehingga kini ribuan pendatang asing telah dijadikan warganegara dan turut disenaraikan dalam daftar pemilih oleh kerajaan BN menerusi agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan undang-undang, satu pengkhianatan yang nyata terhadap negara dan jelas mengancam keselamatan negara. Demi kepentingan negara, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat bagi mendesak kerajaan memanggil persidangan Parlimen khas untuk membincangkan perkara itu pada 8 Julai lalu di bangunan Parlimen.
YB Datuk Seri Nazri Aziz - Menteri di JPM
Surat tersebut diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk diberikan respon segera dalam tempoh seminggu yang berakhir semalam.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM M
Namun desakan tersebut tidak diberikan respon yang baik oleh Perdana Menteri, sebaliknya ditubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, tanpa memanggil persidangan Parlimen dan tanpa sebarang rundingan dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika menjawab soalan wartawan berhubung penubuhan jawatankuasa itu menjelaskan, penubuhan jawatankuasa itu sememangnya penuh dengan keraguan dan tanda tanya. "Sungguhpun begitu, ini menunjukkan apa yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 akhirnya turut diakui oleh Datuk Seri Najib," tegas beliau. Sehubungan itu, beliau mendesak Kerajaan BN supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sebelum tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan oleh kerajaan bagi membolehkan pilihanraya di negara ini dilaksanakan dengan bersih dan adil. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4949-jangan-ada-muslihat-dari-pemutihan-pendatang
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5569-warga-negara-segera-ancam-keselamatan-negara
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5614-layakkah-mismah-dapat-status-warganegara
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5867-himpunan-bantah-jpn-25-oktober-
Sidang Media KP-DPPP : http://www.youtube.com/watch?v=c_u5PB5zAi0
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5937-7-bas-dikesan-bawa-warga-asing-dapatkan-ic
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5941-resort-didakwa-kumpul-pendatang-dapat-ic-dikepung
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5969-sendikit-mykad-5-soalan-untuk-kdn
Kenyataan Media Naib Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=9S7PiNAj1_k
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6669-lagi-sindiket-ic-warga-asing-dikesan
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/6818-tubuh-sjaya-bebas-siasat-pendatang-jadi-pengundi
Warga negara segera ancam keselamatan negara |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Kewarganegaraan segera yang diberi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kepada warga asing mengancam keselamatan rakyat, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Mustaffa Kamil Ayub, lapor KeadilanDaily. Menurut Mustaffa, ia memberi kesan langsung kepada kestabilan ekonomi, politik dan sosial masyarakat semata-mata bagi memenuhi kelangsungan politik Umno-BN. “Isu penting yang tidak boleh ditolak dalam isu ini ialah ia bakal mengundang peningkatan jenayah dalam masyarakat. “Sebab, setiap warga asing memiliki latar belakang budaya berbeza dengan rakyat kita,” katanya kepada Keadilandaily.com. Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajeed baru-baru ini yang mengakui rakyatnya mendapat kerakyatan mudah di Malaysia sejak setahun lalu dengan syarat mengundi Umno BN.
Sheikh Hasina Wajeed - PM Bangladesh
Pendedahan Hasina pada 16 September lalu melalui laman rasmi negara itu bagaimanapun dipadamkan keesokan harinya selepas isu itu didedahkan di Malaysia. “Taktik ini juga bukti jelas betapa zalimnya pentadbiran Najib yang sanggup menjadikan nyawa rakyat demi survival politiknya,” kata Mustaffa. Pada masa ini masa ini, setengah juta warga Bangladesh berada di Malaysia termasuk yang sudah tamat tempoh permit mereka. Angka itu diperoleh setakat 29 Jun lalu seperti diakui sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Pertambahan jumlah itu melonjak lebih sekali ganda berbanding pada 2007 sekadar 200,000 orang sahaja. Selain warga Bangladesh, laman antarabangsa Wikileaks baru-baru ini mendedahkan sebanyak 60,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi di negara ini. Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya kira-kira 200,000 warga Indonesia turut didaftarkan sebagai pengundi. Antara jenayah yang kerap dilakukan warga asing di negara ini ialah membunuh, merompak dan merogol gadis bawah umur. Terbaru kes pembunuhan kejam seorang wanita yang dikerat badannya kepada 15 bahagian yang dilakukan warga Bangla. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5569-warga-negara-segera-ancam-keselamatan-negara
Layakkah Mismah dapat status warganegara? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia. Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat (gambar) juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011. “Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara?” soalnya dalam satu kenyataan. Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita. Kenyataan beliau adalah seperti berikut: ''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.” “Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”. “Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.” Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut : http://www.pinoy-abroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun. Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas. Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian. Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia. Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap. Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR. Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR. “Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR,” katanya. Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini. “Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor. Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara. Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5614-layakkah-mismah-dapat-status-warganegara
Himpunan bantah JPN 25 Oktober |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan himpunan khas bagi membantah tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung Maykad klon pada 25 Oktober ini di bangunan Parlimen, bermula jam 11.00 pagi.
Tn Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menjelaskan, himpunan tersebut diadakan bagi membantah tindakan tidak bertanggungjawab dan penuh kekeliruan dari JPN berhubung kemunculan 170,000 Maykad klon yang dikesan oleh pihaknya.
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi - Ketua Pemuda PAS Pusat
Menurut beliau, sebelum ini, pihaknya telah menghantar memorandum kepada pihak kerajaan berhubung perkara itu, tetapi jawapan yang diterima tetap tidak menyelesaikan masalah yang berlaku. Katanya, dengan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia terpaksa bertindak tegas untuk mengatasi masalah itu bagi ketelusan proses dan perjalanan pilihanraya di negara ini. "Himpunan yang akan kami adakan itu adalah sebahagian dari tindakan tegas yang akan kami lakukan ekoran masalah itu yang perlu diberikan perhatian serius oleh JPN dan Kerajaan BN," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Antara memorandum yang telah dihantar oleh pihaknya atau pihak PAS dan Pakatan Rakyat, menurut beliau, termasuklah berhubung Kg Baru yang turut didaftarkan sebagai pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan isu Mismah. Katanya, selain itu pihaknya turut menghantar memorandum kepada pihak kerajaan berhubung masalah 750 kad pengenalan sama yang dimiliki oleh 2 individu baru-baru ini tetapi masih belum menerima jawapannya. "Kesemua 750 nama pemilik kad pengenalan klon itu ada dalam daftar pemilih. Di samping itu, pihak kami juga turut mengesan kemunculan 10,000 kad pengenalan kembar yang dimiliki oleh mereka yang mempunyai identiti berbeza tetapi mempunyai kad pengenalan yang sama," jelasnya. Kewujudan kad-kad pengenalan seperti itu dengan nama-nama pemiliknya turut terdapat dalam daftar pemilih yang dilakukan oleh SPR dengan kerjasama JPN, tegas beliau, merupakan sebahagian bukti betapa tidak bersihnya proses dan perjalanan pilihanraya di negara kita. Sekiranya tidak, tegas beliau, pihaknya akan mengambil tindakan lebih tegas dengan menggerakkan supaya diadakan pula himpunan Bersih 3.0 tidak lama lagi, dengan penyertaan yang jauh lebih besar daripada pelbagai pihak berbanding Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. "Nampaknya sudah tidak ada cara lain lagi untuk mengajar Kerajaan BN supaya melaksanakan pilihanraya dengan bersih, adil dan telus di negara kita melainkan dengan cara seperti itu sahaja," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5867-himpunan-bantah-jpn-25-oktober-
Sidang Media KP-DPPP : http://www.youtube.com/watch?v=c_u5PB5zAi0
7 bas dikesan bawa warga asing dapatkan IC |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Dewan Pemuda PAS Johor telah berjaya mengesan 7 buah bas yang dipercayai membawa warga asing menuju ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan. Kesemua mereka diyakini dibawa masuk ke negara ini oleh pemimpin Umno BN bagi membolehkan mereka didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih untuk mengundi bagi pihak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat menjelaskan, kesemua bas tersebut telah dikesan dari Johor dan telah sampai ke Masjid Putrajaya pada jam 8 pagi tadi untuk mengambil IC mereka di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Menurut beliau, tidak lama selepas itu, 3 dari 7 buah bas tersebut telah masuk ke JPM bersama sebuah kereta Perdana yang di dalamnya terdapat individu berpangkat datuk. Sebahagian bas lagi, tegasnya, telah diarahkan keluar dari Putrajaya menuju ke arah yang tidak diketahui disebabkan mereka menyedari Pemuda PAS mengekori mereka dan ini jelas merupakan helah penghianat negara. Katanya, setelah cerita mengenai 7 buah bas yang membawa warga asing untuk mengambil IC di JPM itu dimasukkan oleh beliau ke dalam Facebook, mereka telah lari masuk ke dalam hutan di Kajang. "Takut juga rupanya mereka. Saya ingat mereka berani sangat. Tindakan para pemimpin Umno BN itu ternyata satu pengkhianatan kepada negara," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini. Maklumat mengenai warga asing mahu mendapat kerakyatan mudah itu, menurut beliau, telah diterima oleh beliau sejak petang semalam lagi dan sejak itu Pemuda PAS Johor telah berusaha mengesaninya. "Malam tadi jam 1.00 malam, mereka singah di R & R Pagoh. Bermula di situ skuad pemuda PAS ekori mereka. Jam 6 pagi, mereka sampai di Masjid Putrajaya," katanya. Hasil pengesanan yang dilakukan oleh Pemuda PAS, jelasnya, didapati bas-bas yang membawa warga asing untuk mendapatkan IC itu telah diturunkan di Kajang, Selangor. "Ini jelas manipulator terancam yang dibuat ekoran pendedahan Pemuda PAS. Mereka ternyata pengkhianat yang pengecut," tegas beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sejak 3 jam lalu, katanya, kesemua warga asing yang mahu mendapatkan IC mereka itu telah ditempatkan di dalam hutan di Jalan Kajang - Istana Dugang Contry Resout. Sehubungan itu, beliau berharap agar orang ramai yang mempunyai kelapangan masa berkejar ke tempat itu sekarang untuk beramai-ramai bertanya kepada mereka tujuan kedatangan mereka beramai-ramai ke Putrajaya itu. "Sekitar 30 minit lalu, penduduk di kawasan itu sedang mengepong kawasan warga asing yang mahu diberikan IC oleh JPN itu," katanya. Kini, menurutnya, bas-bas yang membawa warga asing itu pula telah keluar dari kawasan resort tersebut dan bas-bas tersebut didapati kosong tanpa penumpang. "Maksudnya, warga-warga asing tersebut telah ditinggalkan di dalam resort itu. Apa yang mereka buat?" tanya beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5937-7-bas-dikesan-bawa-warga-asing-dapatkan-ic
Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung |
Nazri Abdullah |
SEPANG, 12 Okt: PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini. Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad. Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi. Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian. Kepung resort Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini. Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan. Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang. "Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya. "Kita tanya mereka bagi tahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini. Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort. Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut. Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman. Sumber dalaman Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu. "Dia hubungi saya bagi tahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MyKad hari ini. "Dia bagi tahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya. Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui. "Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini. "Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya. Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5941-resort-didakwa-kumpul-pendatang-dapat-ic-dikepung
Sindiket MyKad: 5 soalan untuk KDN |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Dewan Pemuda PAS mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan segera beberapa keraguan yang timbul terhadap sindiket yang disyaki memberikan MyKad kepada warga asing. Mereka merujuk kepada penemuan 6 buah bas pada 11 Oktober lalu yang membawa warga asing dari Johor ke Putrajaya dan kemudiannya ke sebuah resort yang disyaki untuk diberi MyKad. Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishmuddin Tun Hussin perlu memberi penjelasan kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok. Lebih meragukan, kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak di pejabat kerajaan. "Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan? "Kenapa mereka tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai kesetiaan mereka kepada negara," soalnya. Turut menimbulkan tanda tanya kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort. "Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi yang hendak dituju? "Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing," soalnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor. Kesan 7 buah bas Menurut Suhaizan, pada 11 Oktober lalu, Pemuda PAS berjaya mengesan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing daripada negeri Johor menuju ke Putrajaya. Difahamkan mereka memulakan perjalanan pada jam 10 malam daripada beberapa lokasi di Johor Baharu. Kira-kira jam 1 pagi, kumpulan ini telah berhenti di hentian Rehat & Rawat (R &R) Pagoh. Daripada cakap-cakap warga asing ini tujuan mereka ke Putrajaya adalah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka menjadi warganegara. Selepas berehat mereka terus bergerak ke Masjid Putrajaya dan sampai di sana sekitar jam 6 pagi untuk solat Subuh di Masjid Putrajaya. Mereka juga mendakwa seolah-olah ada kawalan daripada anggota polis tidak beruniform (preman) yang mengawal pergerakan mereka. Beberapa buah bas didakwa diarah oleh seorang Datuk yang tidak dikenali masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Bagaimanapun selepas menyedari perjalanan mereka diekori, secara tiba-tiba arahan dibuat kepada pemandu-pemandu bas agar membawa penumpangnya ke sebuah resort berhampiran. Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam menafikan terlibat dengan program yang didakwa memberikan kerakyatan untuk warga asing untuk didaftar sebagai pengundi. 27,293 PR dapat MyKad Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan terdapat 27,293 warga asing telah diterima menjadi warganegara sejak tahun 2008 hingga 2011. Bagi Suhaizan, ianya satu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat negara ini berada dalam kesempitan hidup dan mereka terpaksa bersaing dengan warga asing yang seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana begitu mudah menjadi warga negara ini. "Pemuda PAS tetap curiga terhadap pemberian hak warganegara ini. Kami mengesaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional (BN) untuk terus berkuasa selepas pilianraya ke-13," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5969-sendikit-mykad-5-soalan-untuk-kdn
Kenyataan Media Naib Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=9S7PiNAj1_k
Lagi 'sindiket IC' warga asing dikesan |
Harakahdaily |
SEPANG, 23 Nov: Dewan Pemuda PAS menjejaki satu lagi operasi dipercayai sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing secara tidak sah di Pusat Latihan KIWA di tepi lebuh raya menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Pusat Adram Musa ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pihaknya mengesan perkara itu petang tadi dan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. Menurutnya, kira-kira jam 5 petang tadi, orang ramai melihat sekumpulan warga asing berada di situ dan dilihat seperti sedang dipindahkan dari bilik latihan tersebut. "Pihak polis telah sampai ke tempat kejadian dan telah menahan lima orang suspek yang cuba melarikan diri. "Apa yang mencurigakan kita, agen atau penganjur nya kita dapati orang yang sama dalam kes serupa yang berlaku di Astana Dugang Desa Putra berhampiran Putra Jaya tempoh hari," katanya. Kesemua suspek tambahnya, berjaya ditahan dan telah dibawa ke balai polis IPD Sepang. "Kita serah kepada polis menyiasat kes ini," katanya lagi. Oktober lalu, sindiket serupa dipercayai ada kaitan dengan pemberikan MyKad kepada warga asing untuk tujuan pilihan raya, dikesan melakukan operasi tersebut di sebuah resort berhampiran Putrajaya. Ketika itu, enam buah bas didakwa membawa warga asing dibawa ke resort tersebut. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman mendakwa bahawa ratusan warga asing yang ditemui di Istana Dugang Country Resort itu menghadiri kursus keusahawanan. Namun alasan itu dibidas Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.
Sdr Suhaizan Kaiat - Exco DPPP
Suhaizan mendakwa, alasan itu sama sekali tidak dapat diterima rakyat malah tiada keperluan warga asing mengikuti kursus usahawan kerana mereka memang tidak dibenarkan berniaga di Malaysia. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6669-lagi-sindiket-ic-warga-asing-dikesan
Tubuh s'jaya bebas siasat pendatang jadi pengundi |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Kerajaan BN didesak menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat dengan terperinci warga negara asing turut didaftarkan sebagai pemilih dalam pilihanraya di negara ini. Tindakan tersebut dikesan dilakukan dengan terancang oleh pihak-pihak tertentu sehingga menjadikan negara ini berada dalam bahaya apabila masa depan negara berada dalam tangan warganegara asing. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, tindakan tersebut amat dikesali kerana ia jelas memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab pihak-pihak terbabit terhadap negara. Menurut beliau, tindakan tersebut dilakukan oleh pihak-pihak terbabit bagi mencapai kemenangan dalam pillihanraya untuk terus kekal berkuasa demi keuntungan dalam jangka masa pendek mereka. Katanya, sebagai warganegara, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan, sebaliknya masing-masing mestilah berfikir dan bertindak secara rasional untuk jangka masa panjang demi keselamatan negara. "Untuk mengatasi masalah itu, perlu ada satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat sepenuhnya tentang warganegara asing yang turut didaftarkan sebagai pemilih," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Ketika berucap membahaskan usul penambahbaikan proses pilihanraya yang dikemukakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, beliau berkata, penyata yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu perlu diterima oleh kerajaan. Menurutnya, dalam penyata jawatankuasa itu dicadangkan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya, manakala cadangan itu pula menepati salah satu dari 8 tuntutan Bersih untuk dilaksanakan oleh SPR. "Cadangan itu jelas menafikan kenyataan SPR dan Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan penggunaan dakwat kekal sebagai kolot dan tidak sesuai dilaksanakan dalam pilihanraya," katanya yang juga Naib Prtesiden PAS. Sejajar dengan perkembangan masa, beliau turut mendesak kerajaan menerima sistem dua parti untuk dilaksanakan di negara ini. Beliau juga mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media di negara ini bagi kepentingan rakyat, setelah Kerajaan BN sekian lama membelenggu pemikiran orang ramai dengan ketidakadilannya terhadap laporan-laporan media. "Suara generasi muda mesti didengar oleh kerajaan. Kita harap media dalam pilihanraya umum ini bebas dan tidak lagi dibelenggu dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh kerajaan," tambahnya. PAS dan Pakatan Rakyat, tegasnya, boleh menerima kekalahan dalam pilihanraya sekiranya itulah yang dipilih oleh rakyat, dengan syarat kerajaan tidak menyekat kebebasan media dan pilihanraya dilaksanakan dengan bersih dan adil. Beliau menyarankan kerajaan turut mencontohi sebahagian langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan Singapura berhubung perkara itu, sehingga menjadikan pilihanraya terbaru di republik itu lebih baik berbanding sebelumnya. |
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/6818-tubuh-sjaya-bebas-siasat-pendatang-jadi-pengundi
Najib bertanggungjawab 'task force' warga asing
Harakahdaily, | 05 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 5 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah orang yang paling bertanggungjawab atas kewujudan 'task force' yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Apabila 'task force' itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib sahaja.
"Lebih penting lagi, tak mungkin 'task force' seperti itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan berprofil tinggi," katanya.
Bagi Salahuddin, apa yang berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas kedaulatan negara dan undang-undangnya.
"Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada 'task force' itu?
"Apabila berlaku pengkhianatan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri tidak mengetahui pengkhianatan terhadap negara itu?" katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang melibatkan 'task force' itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar.
"Selepas diberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan warga asing berkenaan mengundi BN.
"Semua itu tentulah menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai projek memenangkan BN itu," kata Salahuddin.
Malah, katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan memakan belanja yang luar biasa besar.
"Dengan taraf sebagai warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang sangat besar jumlahnya.
"Negara terpaksa menanggung beban tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN. Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat dielakkan akan tercetus," kata Salahuddin.
Sebab itulah beliau yakin, 'task force' tersebut akan menjadi pencetus kemarahan rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.
Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain yang ditentukan di seluruh negara.
"'Task force' itu pasti menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara pada 28 April ini.
"500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.
Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menubuhkan 'task force'nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat 'task force' itu.
"Apabila 'task force' itu memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tak mungkin mereka diberi kerakyatan untuk memilih mana-mana parti. Tentulah mereka dikehendaki memilih Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh Najib sahaja.
"Lebih penting lagi, tak mungkin 'task force' seperti itu boleh wujud tanpa keizinan dan persetujuan Perdana Menteri memandangkan sebahagian dari yang terlibat itu adalah pegawai-pegawai kerajaan berprofil tinggi," katanya.
Bagi Salahuddin, apa yang berlaku itu adalah satu pengkhianatan yang sangat keji ke atas kedaulatan negara dan undang-undangnya.
"Lebih malang lagi, bolehkah kita mendakwa bahawa Perdana Menteri bukanlah boss besar kepada 'task force' itu?
"Apabila berlaku pengkhianatan, bolehkah kita mendakwa Perdana Menteri tidak mengetahui pengkhianatan terhadap negara itu?" katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga yakin projek memenangkan BN yang melibatkan 'task force' itu pasti menggasak wang rakyat dalam jumlah yang sangat besar.
"Selepas diberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti, tentulah wajib diadakan sistem pemantauan dan ugutan untuk memastikan warga asing berkenaan mengundi BN.
"Semua itu tentulah menggasak begitu banyak wang rakyat. Tak mungkin Najib dan para pemimpin Umno dan BN mahu mengeluarkan wang dari poket sendiri untuk membiayai projek memenangkan BN itu," kata Salahuddin.
Malah, katanya, pelbagai kesan dan akibat dari tindakan membanjirkan negara ini dengan warganegara asing yang diberi taraf kerakyatan itu juga akan memakan belanja yang luar biasa besar.
"Dengan taraf sebagai warganegara semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN, mereka juga akan mendapat pelbagai keistimewaan yang sememangnya dinikmati oleh rakyat negara ini. Semua itu akan memakan belanja berterusan yang sangat besar jumlahnya.
"Negara terpaksa menanggung beban tambahan berterusan semata-mata kerana hendak memenangkan Umno dan BN. Itu belum lagi diambilkira kesan dan masalah sosial yang tidak dapat dielakkan akan tercetus," kata Salahuddin.
Sebab itulah beliau yakin, 'task force' tersebut akan menjadi pencetus kemarahan rakyat dan mereka akan membanjiri ibu negara dan tempat-tempat perhimpunan lain yang ditentukan di seluruh negara pada 28 April ini.
Bersih 3.0 menetapkan 28 April ini untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran duduk bantah di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat lain yang ditentukan di seluruh negara.
"'Task force' itu pasti menjadi satu lagi penyebab utama yang mendorong seramai-ramai rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 seluruh negara pada 28 April ini.
"500,000 duduk dan bantah di ibu negara bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai oleh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini," kata beliau.
Salahuddin tidak menolak kemungkinan besar PAS akan menubuhkan 'task force'nya sendiri bagi menghadapi kerja jahat 'task force' itu.
Sumber HD : 5/04/2012
Sebab itulah, tegas beliau, suruhanjaya diraja tersebut perlu diwujudkan bagi memastikan bahawa keselamatan masa depan negara terjamin.
"Keselamatan negara kita ini mestilah bermula daripada proses demokrasi dalam negara kita ini - iaitu yang menentukan hala tuju masa depan negara kita ini ialah rakyat di dalam negara kita sendiri dan bukannya rakyat asing yang diberikan taraf kerakyatan," tegas Mahfuz lagi.
Mahfuz ajak sertai gerakan Anti Pemalsuan IC
Abdul Aziz Mustafa, | 06 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 6 April: Perbuatan memalsukan kerakyatan pendatang asing adalah pengkhianatan yang membahayakan keselamatan dan keamanan negara, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"Yang lebih jijik ialah pengkhianatan itu dilakukan oleh parti yang memerintah kerana pembangkang tidak mungkin dapat melakukan perkara itu," katanya.
Serentak dengan itu, beliau mengajak parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini menyertai gerakan Anti Pemalsuan IC (API) bagi menentang pengkhianatan yang dilihat sebagai usaha terdesak untuk mengekalkan cengkaman kuasa Umno ke atas negara ini.
"Saya menggesa semua parti politik dan NGO di seluruh negara yang mahu menyelamatkan negara ini dari ancaman pengkhianatan yang dilihat umum sebagai didalangi oleh Umno itu supaya menyertai PAS dan Pakatan Rakyat menggerakkan API.
"Saya menggesa semua parti politik dan NGO termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasok. Momogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)," katanya.
Dengan penyertaan pelbagai pihak di dalam API, Mahfuz yakin usaha menyelamatkan negara dari ancaman pengkhianatan tersebut.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengulangi gesaannya ketika berucap di Dewan Rakyat Rabu lalu supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat tindakan memberikan kerakyatan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional (BN).
Mahfuz menuntut penubuhan suruhanjaya diraja itu ketika meminta penjelasan dari kerajaan tentang pendedahan wujudnya satu task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN.
"Jika kerajaan jujur, suruhan jaya diraja itu mesti ditubuhkan segera sebelum pilihan raya.
"Mesti ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk nak pastikan supaya pembersihan terhadap daftar pemilih, supaya tidak ada warga asing yang diberikan taraf kerakyatan mereka untuk membolehkan mereka membuang undi dan menentukan masa depan negara kita ini," katanya.
Mahfuz menyifatkan tindakan khianat memberikan kerakyatan kepada warga asing itu sebagai perbuatan "menjual negara kita ini kepada rakyat asing untuk semata-mata bagi kepentingan politik pihak kerajaan BN".
"Yang lebih jijik ialah pengkhianatan itu dilakukan oleh parti yang memerintah kerana pembangkang tidak mungkin dapat melakukan perkara itu," katanya.
Serentak dengan itu, beliau mengajak parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini menyertai gerakan Anti Pemalsuan IC (API) bagi menentang pengkhianatan yang dilihat sebagai usaha terdesak untuk mengekalkan cengkaman kuasa Umno ke atas negara ini.
"Saya menggesa semua parti politik dan NGO di seluruh negara yang mahu menyelamatkan negara ini dari ancaman pengkhianatan yang dilihat umum sebagai didalangi oleh Umno itu supaya menyertai PAS dan Pakatan Rakyat menggerakkan API.
"Saya menggesa semua parti politik dan NGO termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasok. Momogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri (STAR) dan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)," katanya.
Dengan penyertaan pelbagai pihak di dalam API, Mahfuz yakin usaha menyelamatkan negara dari ancaman pengkhianatan tersebut.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengulangi gesaannya ketika berucap di Dewan Rakyat Rabu lalu supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat tindakan memberikan kerakyatan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional (BN).
Mahfuz menuntut penubuhan suruhanjaya diraja itu ketika meminta penjelasan dari kerajaan tentang pendedahan wujudnya satu task force khas di bawah Jabatan Perdana Menteri yang memberikan kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN.
"Jika kerajaan jujur, suruhan jaya diraja itu mesti ditubuhkan segera sebelum pilihan raya.
"Mesti ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk nak pastikan supaya pembersihan terhadap daftar pemilih, supaya tidak ada warga asing yang diberikan taraf kerakyatan mereka untuk membolehkan mereka membuang undi dan menentukan masa depan negara kita ini," katanya.
Mahfuz menyifatkan tindakan khianat memberikan kerakyatan kepada warga asing itu sebagai perbuatan "menjual negara kita ini kepada rakyat asing untuk semata-mata bagi kepentingan politik pihak kerajaan BN".
Sebab itulah, tegas beliau, suruhanjaya diraja tersebut perlu diwujudkan bagi memastikan bahawa keselamatan masa depan negara terjamin.
"Keselamatan negara kita ini mestilah bermula daripada proses demokrasi dalam negara kita ini - iaitu yang menentukan hala tuju masa depan negara kita ini ialah rakyat di dalam negara kita sendiri dan bukannya rakyat asing yang diberikan taraf kerakyatan," tegas Mahfuz lagi.
Sumber HD : 6/04/2012
Selangor tidak akan adakan pilihanraya selagi daftar Pemilih tidak bersih:
Sidang Media Ketua Pembangkang : http://www.youtube.com/watch?v=uNI0LQgAi4A
Selangor tidak akan adakan pilihanraya selagi daftar Pemilih tidak bersih:
Sidang Media Ketua Pembangkang : http://www.youtube.com/watch?v=uNI0LQgAi4A
Bersih 2.0 dedah kes pengundi didaftar tanpa izin
Salmiyah Harun, | 14 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 hari ini mendedahkan terdapat lapan kes daftar pemilih meragukan yang dilaporkan oleh orang awam dalam tempoh dua bulan ini.
Lapan kes itu termasuk lima individu yang terdaftar sebagai pengundi tanpa izin atau pengetahuan mereka di mana tiga daripada mereka didaftarkan di kawasan undi bukan tempat kediaman mereka.
Lapan kes ini telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu ini namun masih belum ada respons daripada SPR, kata Maria Chin.
Jelas Maria, dalam satu kes ada individu diberitahu oleh SPR bahawa pihak SPR tidak pernah menerima borang pendaftaran pengundinya walaupun telah mendaftarkan diri melalui sebuah konsulat luar negara Malaysia pada tahun 2012, justeru itu beliau tidak layak untuk mengundi dalam PRU 13 ini.
Daripada lapan kes ini tegas Maria, ada individu lain pula tidak berjaya mencari rekod pendaftarannya dalam talian sekali gus individu terbabit juga tidak boleh mengundi kali ini.
Tambahnya, ada juga kes di mana salah seorang pengadu memberitahu terdapat pengundi hantu yang didaftar menggunakan alamat kediamannya.
"Lapan kes ini dilaporkan dalam tempoh dua bulan, bukanlah jumlah yang sedikit, dan mungkin menandakan bahawa kes-kes seperti ini lebih banyak lagi, memandangkan kebimbangan yang telah diluahkan sebelum ini terhadap kewibawaan daftar pemilih.
"Malah pihak pengadu telah berjumpa sendiri dengan SPR,"katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tegas Maria, walaupun kenyataan SPR yang menjamin kewibawaan daftar pemilih, namun Malaysia masih lagi ada ruang untuk memperbaiki keadaan.
Katanya, Bersih 2.0 masih bimbang akan kesan daftar pemilih meragukan ke atas pilihan raya akan datang dan merasakan tidak ada apa pembaharuan yang dilakukan oleh SPR sebagaimana dituntut oleh jawatankuasa itu.
"Tiap-tiap suku tahun pertama dia keluarkan atau bersihkan daftar pemilih kemudian masukkan daftar baru pula malangnya kad pengenalan tidak sama, kad lama pula digunakan, kekeliruan gender masih ada orang yang sangat tua, askar tentera yang sudah pencen pun masih daftar undi pos, banyak lagi yang belum bersih," katanya ketika ditemui.
Justeru katanya Bersih masih sangsi dengan ketelusan SPR dalam menjalankan pilihan raya terdekat ini.
Lapan kes itu termasuk lima individu yang terdaftar sebagai pengundi tanpa izin atau pengetahuan mereka di mana tiga daripada mereka didaftarkan di kawasan undi bukan tempat kediaman mereka.
Lapan kes ini telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu ini namun masih belum ada respons daripada SPR, kata Maria Chin.
Jelas Maria, dalam satu kes ada individu diberitahu oleh SPR bahawa pihak SPR tidak pernah menerima borang pendaftaran pengundinya walaupun telah mendaftarkan diri melalui sebuah konsulat luar negara Malaysia pada tahun 2012, justeru itu beliau tidak layak untuk mengundi dalam PRU 13 ini.
Daripada lapan kes ini tegas Maria, ada individu lain pula tidak berjaya mencari rekod pendaftarannya dalam talian sekali gus individu terbabit juga tidak boleh mengundi kali ini.
Tambahnya, ada juga kes di mana salah seorang pengadu memberitahu terdapat pengundi hantu yang didaftar menggunakan alamat kediamannya.
"Lapan kes ini dilaporkan dalam tempoh dua bulan, bukanlah jumlah yang sedikit, dan mungkin menandakan bahawa kes-kes seperti ini lebih banyak lagi, memandangkan kebimbangan yang telah diluahkan sebelum ini terhadap kewibawaan daftar pemilih.
"Malah pihak pengadu telah berjumpa sendiri dengan SPR,"katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tegas Maria, walaupun kenyataan SPR yang menjamin kewibawaan daftar pemilih, namun Malaysia masih lagi ada ruang untuk memperbaiki keadaan.
Katanya, Bersih 2.0 masih bimbang akan kesan daftar pemilih meragukan ke atas pilihan raya akan datang dan merasakan tidak ada apa pembaharuan yang dilakukan oleh SPR sebagaimana dituntut oleh jawatankuasa itu.
"Tiap-tiap suku tahun pertama dia keluarkan atau bersihkan daftar pemilih kemudian masukkan daftar baru pula malangnya kad pengenalan tidak sama, kad lama pula digunakan, kekeliruan gender masih ada orang yang sangat tua, askar tentera yang sudah pencen pun masih daftar undi pos, banyak lagi yang belum bersih," katanya ketika ditemui.
Justeru katanya Bersih masih sangsi dengan ketelusan SPR dalam menjalankan pilihan raya terdekat ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-3-2013
No comments:
Post a Comment