Khatam al-Quran 100 kali di Qaryah Ramadan |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 17 Ogos: Kerajaan Kelantan yang menjunjung syariat dalam pentadbirannya, meneruskan lagi program tadarus al-Quran sempena bulan Ramadan tahun ini. Malam tadi, selepas solat sunat tarawikh sempena nuzul al-Quran sekali lagi sejarah tercipta apabila pengunjung Qaryah Ramadan berjaya mengkhatam al-Quran sebanyak 100 kali melalui 3,000 peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), golongan profesional, kakitangan kerajaan negeri serta individu. Sebanyak 3,200 naskah al-Quran disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) untuk menjayakan program itu di mana 1,500 pesertanya terdiri dari pelajar sekolah Yik. Dr Asri diundang khas Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohammad Asri Zainal Abidin telah diundang khusus untuk mengulas bacaan al-Quran yang dibaca oleh peserta di Qaryah Ramadan.
Professor Madya Dr Mohammad Asri Zainul Abidin - Mantan Mufti Perlis / Pensyarah UIAM
Gimik penyerahan telah disampaikan oleh pengurus Cawangan Jalan Sultan Ibrahim, Wan Mohd Faizul Wan Mohd Zain kepada anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan sebanyak 3,000 bag. Rujuk agama, bukan politik Dr Asri ketika berucap pada majlis itu melahirkan rasa kesal sikap individu yang tidak memahami kehendak Islam sebenar. Katanya, perkara ini berlaku berikutan mereka hanya memahami pengertian Islam mengikut fahaman mereka sendiri bukan kerana Allah dan al-Quran itu sendiri. Menurutnya, isu yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini berlaku kerana adanya sifat manusia sedemikian. "Apabila kerajaan Pulau Pinang melalui jabatan agama Islamnya melarang menyiarkan bacaan al-Quran dengan kuat ramai yang mengritik serta menyifatkan kerajaan negeri itu menentang al-Quran,"ujarnya. Menurutnya, Islam sendiri tidak menggalakan perkara itu berlaku kerana ianya boleh mengganggu keselesaan orang lain. "Andainya kita melarang seseorang sedang membaca al-Quran dalam masjid kerana mengganggu seseorang yang lain, adakah wajar kita menuduhnya menentang al-Quran?,"soalnya. Menurutnya, menghukum sesatu perkara tidak boleh mengikut sentimen sendiri apa lagi politik, sebaliknya wajib berlandaskan Islam. |
Persada anjur buka puasa bersama anak yatim |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Hotel Vistana Kuala Lumpur pada 20 Ogos 2011 ini (Sabtu). Program yang akan bermula jam 5.30 petang itu dijangka akan turut disertai Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa bagi memeriahkan majlis dan meraikan anak-anak yatim daripada PPR Kg Muhibbah tersebut.
YB Dato' Husam Musa - Exco Kerajaan Kelantan
Setiausaha Persada, Razali Mat Ail berkata, program berbuka puasa bersama-sama anak-anak yatim adalah satu program kebajikan khas setiap bulan Ramadhan dan akan direalisasikan sebagai aktiviti tahunan Persada. Disamping untuk meraikan anak-anak yatim serta memberi mereka sumbangan, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga Kelantan di perantauan. Mereka yang berminat boleh membuat tempahan dengan bayaran sumbangan RM50/seorang atau RM500/semeja. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun BIMB 16018010017216 atas nama Persatuan Anak Kelantan Di Sel dan KL. "Kami juga mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada orang ramai untuk anak-anak yatim tersebut bagi persediaan mereka menghadapi hari raya Aidil Fitri" “Selain itu kami juga telah mewujudkan Tabung Kebajikan Persada bagi membantu mereka yang memerlukan terutama kepada warga Kelantan perantauan yang mengalami kesusahan dan kecemasan, justeru kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada mereka yang perihatin untuk menjayakan usaha kami ini” kata Razali. Sumbangan kepada Tabung Kebajikan Persada boleh dibuat melalui akaun BIMB No. 16018010017227. Maklumat lanjut boleh hubungi beliau ditalian 017-6242252 atau Bendahari Persada, Zainuha ditalian 012-3619259 atau lawati website http://www.persada.net/. |
Keluarga anak yatim Kampung Chicha dapat rumah baru |
Harakahdaily |
KUBANG KERIAN, 19 Ogos: Setelah dua minggu bertungkus-lumus mencari dana, sekeluarga anak-anak yatim Kampung Chicha akhirnya boleh bersenyum apabila ahli parlimen mereka, Salahuddin Ayub berjaya mendapatkan dana yang cukup untuk membina semula rumah mereka yang musnah dalam satu kebakaran. “Pada hari ini Khamis 18 Ramadhan / Ogos 2011 sebanyak RM20 ribu lagi sumbangan telah dapat disampaikan kepada anak-anak yatim ini. (Salahudin bersama anak-anak yatim di tapak rumah baru mereka yang sedang dalam pembinaan. Salahudin berjaya mengumpulkan RM50,000 sehingga kini untuk anak-anak yatim ini) "Kerja-kerja awal untuk membina semula rumah anak-anak yatim ini telah pun bermula dengan diseliakan oleh pihak Pas Kawasan Kubang Kerian,” kata Salahuddin dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. Semenjak nasib malang anak-anak yatim Kampung Chicha dilaporkan di portal Harakahdaily dua minggu yang lepas, ramai pihak yang bersimpati telah memberikan derma untuk membantu melegakan kesusahan yang dialami oleh lima beradik yatim ini. Setakad ini, Salahuddin telah menyerahkan RM40 ribu yang berjaya dikumpulkan kepada anak-anak yatim ini untuk mendirikan semula rumah mereka yang hangus akibat kebakaran. “Setakad ini saya telah menyerahkan sebanyak RM40 ribu, sebagai menunaikan amanah dan tanggungjawab semua penderma yang sangat perihatin kepada nasib anak-anak yaim ini. "Saya akan terus berusaha untuk menyempurnakan tanggungjawab ini insyaAllah. Saya telah menyampaikan juga salam semua penderma-penderma kepada anak-anak yatim ini dan mereka mendoakan agar penderma-penderma semua menerima ganjaran sewajarnya disisi Allah SWT,” kata Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS. |
Tiga tahun hidup dengan cahaya lilin |
Harakahdaily |
AMPANG, 18 Ogos: Sasaran jejak Ramadan anjuran Editorial Harakah bersama Dewan Muslimat PAS Pusat kali ini tertumpu kepada golongan ibu tunggal dan warga emas yang terlantar sakit.
Di sebalik tirai kemegahan dan kegemilangan kota raya Kuala Lumpur, di Dun Lembah Jaya masih ramai lagi insan yang terpinggir dan amat memerlukan bantuan. Mereka memerlukan bantuan bukan sekadar sesuap nasi tetapi mahu mengubah nasib kehidupan anak-anak.
(Khasim menyampaikan sumbangan Harakah kepada suami Sofiah, warga emas yang lumpuh dan tidak mampu bercakap.)
Beliau mempunyai tiga anak terpaksa berhenti daripada kerja membantu menjual ais kerana kuku dan kakinya rosak. Suaminya telah melafazkan cerai talak satu selepas beliau melahirkan anak ketiga. Fauziah Ramli, 30-an, baru melahirkan anak kelima juga memerlukan bantuan kerana suaminya berada dalam penjara. Meringankan bebanan, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz menghulurkan bantuan.
YB Hj Khasim Abdul Aziz - ADUN Lembah Jaya
Beliau terbaring di atas katil dan hanya mampu menggerakkan tangan sebelah kanan. Selama lima tahun beliau terbaring dan hanya minum susu melalui hidung. Jejak Ramadan akan terus menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Tiga ibu tunggal, dua warga emas serta seorang pesakit kritikal turut mendapat sumbangan. Mereka mendapat bantuan wang tunai serta barangan asas beras, tepung, gula dan teh. Dana Ramadan yang digerakkan Unit Editorial Harakah dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Pusat mendapat sambutan menggalakkan. Sumbangan yang diperolehi telah diagih-agihkan kepada golongan kurang bernasib baik. Mereka yang bersimpati dan menyokong misi mulia ini boleh salurkan sumbangan atas nama DMPP ke akaun Maybank 564025400533. |
Armalah terima sumbangan kerajaan negeri |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 20 Ogos: Sejumlah RM30,000 telah disumbangkan kepada golongan armalah (ibu tunggal) membabitkan 300 penerima dalam tiga kawasan Parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Kubang Kerian. Penyampaian sumbangan kepada armalah itu merupakan siri dalam Program Ihya’ Ramadhan 1432 Hijriah yang berlangsung di Qariah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, kelmarin. Sumbangan yang serupa disampaikan kepada 300 orang golongan miskin (11 Ogos 2011) dan kepada golongan anak yatim (19 Ogos 2011) dari kawasan yang sama. Turut hadir pada majlis sumbangan itu yang berlangsung petang tadi ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk, Takiyuddin Hassan.
YB Dato' Takiyuddin Hassan - Exco Kerajaan Kelantan
Hadir sama pada program tajaan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu ialah Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Kelantan (Purnama).
Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak - Isteri MB Kelantan
Sumbangan-sumbangan disampaikan isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Zubaidah Abdul Hamid. |
Prasarana terbaik dalam negara berkebajikan |
Harakahdaily |
RAWANG, 21 Ogos: "Negara berkebajikan PAS bukan bermakna semua perkara akan disubsidikan tetapi menyediakan prasarana yang terbaik untuk rakyat hidup dengan baik," kata Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.
Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis berbuka puasa dan meraikan anak yatim anjuran PAS cawangan Bandar Tasik Puteri semalam.
(Antara anak yatim yang diraikan bersama peserta majlis berbuka puasa PAS cawangan Bandar Tasik Puteri) 20 anak yatim dari Persatuan Kebajikan Ay Syakur diraikan di majlis berbuka puasa itu. Lebih 150 peserta menyertai majlis berbuka itu. Di majlis itu, Dr Dzulkefly telah menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim itu dengan ditemani Bendahari PAS Selayang, Haji Ismail Hassan. "Antara yang kita fokaskan adalah anak yatim sebagaimana yang dibuat oleh PAS cawangan ini," kata Dr Dzulkefly. Dalam majlis itu, Dr Dzulkefly yang merupakan pakar toksid menyarankan kepada semua umat Islam jangan jadikan waktu berbuka untuk qadak semua makanan yang telah seharian tidak dimakan. (Dr Dzul menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim) "Itu satu salah faham dalm berbuka dan berpuasa," katanya. Beliau kesal dengan sikap ramai umat Islam yang berbuka dengan meah dan memakan dengan pelbagai jenis makanan sehingga memudharatkan kesihatan. |
Ulama Politik, Untuk Dakwah atau Parti?
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat
SS Tan Sri Harussani Zakaria - Mufti Perak
Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya - Ulama Muda UMNO
You tube 1 : http://www.youtube.com/watch?v=qNnRiXuNRXY
You tube 2 : http://www.youtube.com/watch?v=49vodyVO8dM
You tube 5 : http://www.youtube.com/watch?v=pK6jqOvpJf8
You tube 6 : http://www.youtube.com/watch?v=OMUfPVt6XGo&feature=channel_video_title
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5570-anak-yatim-kampung-chicha-harap-dapat-jumpa-nik-aziz
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6969-rumah-baru-anak-yatim-kg-chicha-siap-dibina
Sumber HD : 19/07/2012
Sumber HD : 19/07/2012
Anak yatim kampung Chicha harap dapat jumpa Nik Aziz |
Harakahdaily |
KUBANG KERIAN, 23 Sept: Harapan anak-anak yatim di Kampung Chicha semakin menjadi kenyataan kerana rumah baru mereka yang diusahakan ayah angkat mereka Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub dengan hasil titik peluh para penderma sudah hampir selesai. Harakahdaily mula menyiarkan kesengsaraan yang dialami anak-anak yatim Kampung Chicha, yang nasib bagai jatuh ditimpa tangga, yang ibu bapa mereka meninggal setahun yang lalu kini tinggal sehelai sepinggan akibat rumah mereka terbakar hangus enam minggu yang lalu. (Rumah anak yatim Kampung Chicha yang dibina atas sumbangan orang ramai hampir siap) Salahuddin, yang juga Naib Presiden PAS telah memohon kepada mereka yang bersimpati agar dapat bersama-sama membantu anak-anak yatim untuk membina rumah baru kepada para anak buahnya ini. “Hasil daripada kutipan sumbangan rakyat termasuk mereka yang tinggal di luar negara sebanyak lebih RM45 ribu telah dapat dikumpul untuk membina semula rumah kediaman mereka,” kata beliau kepada Harakahdaily selepas melawat tapak rumah baru (gambar) tersebut. PAS Kawasan Kubang Kerian, katanya telah mengambil tanggungjawab menyelia pembinaan rumah anak-anak yatim ini yang dijangka siap dalam sebulan dua lagi. “Anak-anak yatim ini berharap Yang Amat Berhormat Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan dapat datang membaca doa selamat sempena berpindah ke rumah baru mereka,” tambah beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5570-anak-yatim-kampung-chicha-harap-dapat-jumpa-nik-aziz
Rumah baru anak yatim Kg Chicha siap dibina |
Harakahdaily |
KUBANG KERIAN, 9 Dis: Anak-anak yatim Kg Chicha yang kediaman mereka musnah dalam kebakaran awal Ogos lalu kini terbela apabila rumah baru mereka siap dibina sepenuhnya. Melalui sumbangan orang ramai yang diusahakan oleh ahli parlimen mereka, akhirnya tempat berteduh untuk lima beranak itu kini sudah berganti baru. Ahli parlimennya, Salahudin Ayub berkata, beliau mengucap syukur kepada Allah SWT kerana hasrat anak-anak yatim Kg Chicha untuk mendapat rumah kediaman baru telah menjadi satu kenyataan. "Sejak berita kebakaran rumah anak-anak yatim Kg Chicha disiarkan dua bulan yang lalu, ramai penderma telah memberikan sumbangan untuk mendirikan rumah baru mereka. "Saya sebagai ahli parlimen Kubang Kerian telah sedaya upaya membantu anak-anak yatim ini dan kesempatan hari ini bagi pihak keluarga anak-anak yatim Kg Chicha saya dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih pada semua penderma yang telah begitu perihatin untuk membantu anak-anak yatim yang malang ini," katanya kepada Harakahdaily. "Semoga Allah SWT sahaja mampu membalas segala kebaikan anda semua," tambahnya terharu. Ogos lalu, Harakahdaily ada melaporkan nasib anak-anak yatim tersebut yang bagai jatuh ditimpa tangga apabila kediaman mereka pula musnah selepas ibu bapa mereka meninggal dunia setahun lalu. Mereka sebelum ini terpaksa tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran itu. Namun dengan sumbangan oleh pelbagai pihak, kediaman mereka kini barjaya disiapkan sepenuhnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6969-rumah-baru-anak-yatim-kg-chicha-siap-dibina
Sumbangan Ramadhan ubat rindu pada arwah ayah
Khairil Abdul Rahim, | 19 Jul 2012 |
TEMERLOH: Seramai 220 orang miskin, anak yatim dan orang kelainan upaya (OKU) dari 22 kampung dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau dekat sini, mampu menguntum senyum menyambut Ramadhan ini.
Semalam, Dun dalam Parlimen Kuala Krau itu menjadi Dun pertama di negeri ini menyalurkan sumbangan Ramadhan melalui Majlis Sumbangan Kepada Warga Miskin, OKU dan Anak Yatim Dalam Dun Kerdau.
Dalam majlis berkenaan sebanyak RM15,000 sumbangan dalam bentuk barangan dan wang tunai disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat Ustaz Kamal Ashaari dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.
Kamal Ashaari ialah Penyelaras Dun Kerdau sementara Shahril Azman merupakan Ketua Pemuda PAS Kuala Krau.
Sementara itu, Pengarah Dun Kerdau Ahmad Mat Yaman berkata majlis seumpama itu sudah menjadi acara tahunan dan menjelang hari raya serta selepas raya tahun ini akan diadakan lagi majlis sumbangan bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik.
“Yang menariknya, daripada 61 keluarga yang menerima bantuan hari ini hanya empat sahaja merupakan ahli PAS sementara yang lain bukan. Ini bermakna, orang PAS sudah tidak ramai lagi yang memerlukan bantuan,” ujarnya.
Dalam pada itu tiga orang anak-anak yatim bekas pengedar akhbar Harakah yang meninggal pada bulan puasa tahun lalu, menganggap sumbangan yang diberi PAS Kerdau dapat mengubati rindu mereka kepada arwah ayah mereka.
“Dengan sumbangan ini dapatlah kami tiga beradik tersenyum setelah kehilangan ayah tercinta,” kata Zul Muhammad Shakir,12.
Zulhazmi Nuwawi terkorban dalam kemalangan jalan raya pada bulan puasa tahun lalu di Bentong ketika dalam perjalanan pulang mengambil akhbar berkenaan dari Kuala Lumpur.

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Sabtu
Harakahdaily, | 19 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan mula menjalani ibadah puasa pada Sabtu, 1 Ramadhan bersamaan 21 Julai ini.
Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Sumber HD : 19/07/2012
Suasana bazar Ramadan Sungai Golok lengang
M Zin, | 25 Jul 2012 |
NARATHIWAT (Selatan Thailand): Suasana Bazar Ramadan di bandar pelancongan terkenal di wilayah ini iaitu Sungai Golok agak lengang berbanding tahun-tahun lepas.
Tinjauan Harakahdaily mendapati suasana tidak meriah, jauh berbeza seperti tahun sebelumnya. Biar pun begitu masih ramai penduduk tempatan berniaga pelbagai juadah dan keperluan harian.
Difahamkan Majlis Perbandaran Sungai Golok menyediakan ruang kepada 1,020 peniaga menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan.
Seorang peniaga, Munah Abdullah, 51, ketika ditemui mengakui jualannya agak merosot tahun ini kerana tidak ramai pelanggan yang datang.
“Sambutan Ramadan tahun ini di Sungai Golok agak sunyi. Ini mungkin penduduk tempatan bimbang untuk datang kerana berlaku kejadian bom baru-baru ini,” katanya.
Seorang lagi perniaga, Muhammad Sudin, 40, juga mengakui sambutan di Bazar Ramadan Sungai Golok tahun ini tidak memberangsangkan.
Menurutnya, mungkin masyarakat tempatan masih ketakutan ekoran beberapa siri kejadian pengeboman di Bandar Sungai Golok yang berlaku kebelakangan ini.
Sementara itu, bekas wakil rakyat Sungai Golok, Wan Suhaimee Wan Hassan atau lebih dikenali dengan gelaran Pakcu Tak mengalu-alu penduduk yang tinggal di kawasan sempadan di Kelantan datang ke pasar Ramadan tersebut.
“Saya mengalu-alukan umat Islam dan rakyat Malaysia untuk datang ke Bazar Ramadan Sungai Golok kerana pelbagai barangan jualan untuk berbuka puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri disediakan.
“Harga pakaian dan barangan lain agak berpatutan dan murah. Biar pun berlaku kejadian pengemboman baru-baru ini, namun suasana masih lagi terkawal,” ujarnya.
Sumber HD : 25/07/2012

No comments:
Post a Comment