Sambutan 60 tahun PAS di Pulau Pinang |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: PAS akan mengadakan sambutan besar-besaran perayaan 60 tahun penubuhan parti itu di Pulau Pinang pada 1 Oktober depan.
Tn Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi sambutan kerana negeri itu merupakan tempat lahir PAS. "Hari lahir PAS memang pada bulan Ogos tapi disebabkan bulan Ramadhan, pimpinan minta tangguh ke bulan Oktober. "Kita akan cuba dapatkan padang Majlis Perbandaran Butterworth, tempat kongres pertama PAS diadakan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Sambutan tersebut akan diisi dengan konvensyen pada sebelah paginya, petang acara melibatkan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Unit Amal dan ceramah pimpinan tertinggi parti pada sebelah malam.
Sdr Anuar Tahir - AJK PAS Pusat
Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, sambutan itu juga bersifat karnival dengan pelbagai pameran akan diadakan.
"Kita akan ada pameran terbuka kepada masyarakat dan orang ramai boleh datang memeriahkan karnival ini," katanya. |
P Pinang sambut baik tuan rumah 60 tahun PAS |
Mohd Sabri Said |
PULAU PINANG, 14 Ogos: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) menyambut baik cadangan PAS Pusat untuk mengadakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di negeri ini. Katanya, cadangan itu nanti bukan sahaja boleh mengembalikan nostagia penubuhan PAS sebaliknya boleh menyemarakkan semangat para pejuang kini untuk bekerja lebih keras memenangkan beberapa kerusi lagi yang PAS tandingi pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Beliau juga turut setuju agar sambutan berkenaan diadakan di Padang Putra Merdeka, Butterworth yang dulunya dikenali sebagai padang bandaran yang juga merupakan tapak asal penubuhan PAS tahun 1951. "Kami di sini amat bangga cadangan tersebut sebab ia merupakan sejarah yang terpahat," tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir. Namun begitu katanya, memandangkan masa yang agak suntuk sebab tarikhnya ditetapkan pada 1 Oktober 2011 maka mesyuarat berkaitan perlu diadakan segera untuk membincangkan beberapa kaedah yang patut diatur sebagai tuan rumah. Baginya, peluang berkenaan akan digunakan sepenuhnya untuk membangkitkan semangat para ahli PAS di negeri ini agar belajar dari pengalaman orang dahulu yang senantiasa mengasak pemerintahan yang tidak mahu mendaulatkan Islam. Tambahnya, tanpa penyatuan hati ahli PAS waktu itu semuanya tidak menjadi kenyataan kerana PAS berpecah dengan Umno demi Islam. "Para ulamak terdahulu melihat Umno dah menyeleweng dari sasaran maka mereka keluar menubuhkan PAS untuk selamatkan Islam daripada diperkudakan oleh musuhnya," ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4905-p-pinang-sambut-baik-tuan-rumah-60-tahun-pas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/5659-menjelang-60-tahun-rahsia-kekuatan-pas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5676-selamat-datang-ke-sambutan-60-tahun-pas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5690-sambutan-60-tahun-perjuangan-pas-dalam-kerangka-demokrasi
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/5697-fakta-penubuhan-pas-bukti-umno-tolak-islam
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5714-60-tahun-pas-semakin-diyakini-semua-rakyat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5713-pas-bangga-pemimpin-berfikiran-jauh-istiqamah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5715-umno-i-know-who-you-are-nik-aziz
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5720-60-tahun-pas-matang-berhadapan-dengan-umno
Karpal: Saya tak boikot sambutan 60 tahun PAS
Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menafikan bahawa beliau memulaukan majlis penutupan sambutan ulang tahun ke-60 PAS di Kepala Batas malam tadi.
Katanya, keadaan kesihatan yang kurang memuaskan memaksa beliau tidak hadir dan perkara itu telah dimaklumkan kepada ibu pejabat DAP semalam. Karpal pada upacara malam semalam sepatutnya dijadualkan berucap kepada kira-kira 10,000 hadirin bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.
Menurutnya lagi, perkara itu bukan disengajakan ataupun beliau mempunyai niat untuk mengelakkan atau memboikot PAS dan penyokong parti itu.
Semalam, pemimpin-pemimpin kanan PAS dan DAP tidak dapat memberikan jawapan mengenai ketidakhadiran Karpal. Majlis profil tinggi itu malam tadi, turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir.
Hadir sama adalah presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang; timbalannya Mohamad Sabu; mursyidul am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin kanan lain parti itu.
"Saya telah memberitahu ibu pejabat bahawa saya tidak sihat ... bukan, ini bukan boikot," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
Sebelum ini, timbul ura-ura ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
Menjelang 60 tahun, rahsia kekuatan PAS |
Idris Ahmad |
PAS akan menyambut ulang tahun ke 60 pada 1 Oktober 2011 di Dewan Melinium Kepala Batas. Pas memilih Pulau Pinang kerana nostalgia lama Pas yang dilahirkan secara rasmi pada 24 Nov 1951 di Bagan Tuan Kecil Seberang Perai. Pas sudah muncul sebagai parti yang tertua di Malaysia, setelah Umno 1946 diharamkan oleh mahkamah, sedangkan Umno sekarang ialah Umno 1988. Apakah rahsia Pas sehingga mampu menonggah arus dan badai taufan yang melanda, namun Pas dengan izin Allah mampu berada di persada politik tanah air bergerak dengan penuh izzah. Semua ini kerana Pas mempunyai dasar Islam yang tulin. Walaupun Pas telah bertukar kepimpinan daripada berbagai latar belakang namun Pas tidak pernah menukar dasar, iaitu Islam sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasa 3. Mereka memilih Pas kerana dasar, bukan kerana pemimpin. Islam yang tulin sentiasa dinamik dan sesuai dengan semua masa dan keadaan. Oleh itu semua perhitungan yang dibuat semuanya bersandarkan kepada ajaran Islam. Pas tidak sekali-kali untuk menggadaikan prinsip Islam semata-mata untuk mendapat kemenangan dunia yang tidak seberapa Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara). Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan “syumul”, bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak. Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada kita. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan. Walaupun Pas pernah dituduh merasuah syurga oleh pemimpin Umno. Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja Pas mengajak manusia kepada Islam bukan supaya taasub kepada mana-mana pemimpin. Oleh itu ahli Pas tidak akan keluar parti jika pemimpin mereka keluar parti, kerana perjuangan mereka bukan kerana individu. Berapa ramai pemimpin Pas yang melarikan diri dalam perjuangan tetapi kesetian ahli tidak pernah luntur, malahan Pas semakin berkembang. Keluarnya mereka daripada parti tidak memberi kesan apa-apa kepada parti. Dato’ Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas seperti berikut, “Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato’ Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang”. Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990) Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana Pas mempunyai ahli yang ikhlas. Mereka menyertai Pas tidak ada matlamat yang lain, kecuali untuk melihat Islam dihayati di negara ini. Penyertaan mereka tanpa dipaksa sebaliknya dengan kesedaran yang membuahkan iman di dalam diri mereka untuk berjuang bersama dengan Pas, selagi Pas berpegang dengan dasar Islam. Kehadiran mereka bersama Pas bukan untuk meminta sesuatu daripada Pas, sebaliknya mereka yang akan berusaha untuk memberi kepada Pas samaada di segi wang ringgit atau tenaga. Mereka sedar jika berjuang bersama dengan Pas telah terpahat di dalam fikiran mereka bahawa perjuangan ini susah dan payah. Mereka tidak mengharapkan sesuatu di dunia atau imbuhan daripada Pas atau wakil rakyat Pas. Kekuatan ini lah yang dimiliki oleh Pas kerana mempunyai ahli yang begitu ikhlas di dalam perjuangan. Mereka mengahbiskan wang ringgit dan harta benda untuk diinfaq kepada Pas. Ini boleh dilihat setiap kali pilihanraya mereka mengeluarkan belanja sendiri tanpa mengharapkan daripada pemimpin atau parti. Walaupun di kalangan mereka ini hanya bekerja sebagai pesawah, penoreh getah, buruh kasar, tetapi mempunyai jiwa yang besar untuk menumbangkan kezaliman di nagara ini. Tepatlah seperti sabda Rasulullah SAW”Bukanlah kaya itu, kaya harta, tetapi kaya yang sebenar ialah kaya jiwa”. Apabila calon yang bertanding menang, sedikit pun mereka tidak ungkit kerja buat dan meminta kembali imbuhan yang mereka labur semasa pilihanraya, cuma mereka harap laksana amanah parti dan ingatlah kepada petugas parti yang memenangkan mereka. Semua pengkaji politik akur bahawa kekuatan inilah yang membolehkan Pas bergerak sehingga kini dan menjadi saingan terdekat dengan Umno. Sekiranya Pas tidak mempunyai ahli yang ikhlas bagaimana Pas mampu bertahan sehingga kini. Bukan senang untuk melawan gergasi politik yang mempunyai seluruh kelengkapan untuk menghalang kebangkitan sokongan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Wasiat Allahyarham Profesor Dr Zulkifli Muhammad kepada wakil rakyat Pas selepas pilihanraya 1964 amat menyusut hati. “Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita” Sebab itu jika ada di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai agenda yang tersembunyi mereka ini tidak akan kekal lama, samada mereka ini terbuang atau pun mereka yang membuang diri mereka sendiri. Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang berkelulusan Ph.D hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan. Semuanya mereka sanggup menerima kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi boleh dibeli oleh Umno. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiah yang jelas mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang berunsur maksiat. Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana ia didokong oleh ulama’ dan mereka yang mempunyai latar belakang agama. Kebetulan penubuhan Pas kerana kesedaran untuk membentuk jamaah yang melakukan kerja-kerja para nabi dan Rasul yang terdahulu iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara munkar. Ulama’ yang memahami agama dan perintah Allah akan melibatkan diri bersama dengan Pas. Penglibatan mereka secara langsung telah memberikan impak yang besar kepada Pas. Kerana sikap orang melayu yang begitu intim dengan orang agama telah berjaya memberi kesan yang positif kepada perjuangan Pas. Penyertaan orang agama bersama Pas kerana serasi dengan apa yang mereka belajar di sekolah, pondok atau universiti. Sebab itu Mahathir Mohd Khir pernah menulis Pas mempunyai kaitan dnegan 3P, iaitu padi pondok dan Pas. Memang ini terbukti tempat yang kuat pengajian agama maka di situlah akan menjadi pengkalan Pas. Sebab itu Pas berkembang di Kelantan walau pun penubuhanya di Seberang Perai, kerana Kelantan mempunyai institusi pondok yang banyak. Pondok menjadi pengkalan Pas walaupun ia bukan markaz Pas tetapi secara tidak langsung segala idea dan fikrah yang bawa oleh Tok Guru telah mempengaruhi orang awam yang untuk menyokong Pas. Sebab itu jika ada Tuan Guru pondok yang menyokong perjuangan Umno, maka pondoknya tidak ramai penghuninya akhirnya pondok tersebut mati begitu sahaja. Dokongan di kalangan profesionl dan aktivis hasil daripada pentarbiahan yang mereka dapat daripada ulamak telah menjadi nilai tambah kepada Pas. Mereka ini pula berusaha untuk mendekati golongan yang mungkin tidak mampu untuk duduk bersila di masjid atau di surau bersama dengan Tuan Guru. Apabila orang ramai melihat sikap keterbukaan Pas dan pelbagai ragam yang memimpin Pas maka mereka akan tertarik bersama dengan perjuangan Pas. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/5659-menjelang-60-tahun-rahsia-kekuatan-pas
Selamat datang ke Sambutan 60 Tahun PAS |
Mohd Sabri Said |
Saya di antara orang yang paling gembira apabila mendengar PAS Pusat menerima cadangan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk membawa PAS ke tapak asalnya di Pulau Pinang ketika PAS merayakan 'Sambutan 60 tahun PAS' di Dewan Millenium, Kepala Batas pada 30 September hingga 1 Oktober ini. (Kanan: Padang Bandaran Butterworth.) Sebabnya kerana ahli PAS terutamanya generasi muda harus tahu sejarah perjuangan ulamak terdahulu yang keluar dari Umno lalu menubuhkan sebuah parti berteraskan Islam bukan main-main sebagaimana yang menjadi amalan kepimpinan Umno dari dulu sehinggalah sekarang. Mereka menjadikan medan Padang Bandaran Butterworth yang kini lebih dikenali Padang Putra Merdeka sebagai tapak pelancaran parti Islam yang senantiasa utuh dari segi kepimpinan, perjuangan dan pendekatan walaupun terpaksa mengalami jatuh bangun akibat kepimpinanya yang terjun ke laut sebelum sampai ke daratan. Namun begitu, PAS yang kian meningkat sokongan tahun demi tahun sudah matang dan memerlukan daya tahan yang lebih bagi memenangi hati rakyat pada pilihanraya umum. Natijah pembaharuan yang dibuat membuatkan pimpinan Barisan Nasional (BN) bagaikan cacing kepanasan bimbangkan terkuburnya sebuah pemerintahan yang sudah bertapak 50 tahun lebih. (Kiri: Rumah almarhum Ustaz Fuad di Bukit Mertajam.) Apabila datang ke sini nanti para tetamu usah membuang masa mundar mandir mencari barangan untuk dibawa balik sebagai cenderahati sahaja bahkan mesti mengambil langkah lebih kehadapan pergi meninjau sendiri tempat yang dikatakan tempat lahir PAS, rumah Yang Dipertua PAS pertama di Bukit Mertajam begitu juga Madrasah Al Masriyah yang pernah menjadi medan PAS membina kepimpinan dan lebih penting lokasi inilah juga merupakan catatan sejarah bertukarnya kepimpinan Datuk Asri Muda kepada Ustaz Yusof Rawa yang membawa kepada lakaran sejarah kepimpinan ulamak. Waktu itu terciptalah satu gelombang yang melonjak nama PAS ke arena politik yang lebih mencabar. Ramai anak muda berkupiah putih, berserban, berjubah dan berjanggut berbanding dulunya nampak lebih 'simple'. Jika ke Pokok Sena yang tidak jauh dari Dewan Millenium tempat berlangsungnya sambutan 50 tahun PAS itu para hadirin boleh singgah ke Madrasah Khariah Islamiah yang diterajui oleh Tuan Guru Ahmad Tuan Husein iaitu Ahli Parlimen PAS yang pertama. Begitu juga anda boleh meninjau sendiri ke Masjid Al Jamiul Badawi yang mana anda boleh melihat sendiri sebuah bangunan yang ada dua beranda (serambi) yang mana suatu ketika dahulu merupakan tempat tarbiyah yang pertama di waktu Allahyarham Ahmad Badawi sebagai Ketua Pemuda manakala ayahandanya Tuan Guru Abdullah Fahim bertindak sebagai penasihat penubuhan. Selepas itu pusat berkenaan berpindah pula ke Masriyah di Bukit Mertajam apabila Ustaz Ahmad Fuad dilantik sebagai Yang Dipertua PAS pertama. Itulah antara lokasi yang menjadi kewajipan kepada para peserta sambutan ke 60 tahun PAS mesti lihat dengan mata kepala sendiri kerana tempat itu adalah koleksi perjuangan yang mesti terpahat di dada ahli PAS yang mahu melihat Islam didaulatkan di bumi Malaysia. Sempena sambutan 60 tahun PAS itu pada 30 September akan berlangsungnya solat Maghrib dan hajat di Dewan Millenium bersama dua tokoh besar PAS iaitu Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. (Kiri: Sekolah agama bersebelahan Masjid Al Jamiul Badawi merupakan pusat tarbiyah pertama PAS.) Manakala pada malam yang sama juga forum perdana diadakan dengan tajuk 'PAS: Pembangkang dan Pemerintah Penyelamat Umat'. Antara ahli panelnya ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Salahudin Ayub, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Pada keesokan harinya, 1 Oktober jam 9.00 pagi, perasmian kongres Sambutan 60 Tahun PAS akan berlangsung dan diikuti pada sebelah petang berbagai program Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulamak termasuk pertandingan motorsikal klasik yang menggunakan plat 'PAS'. Sementara itu sebelah malamnya akan diadakan 'Rapat Umum Perdana' yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Gurtu Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengeruasi dan Setiausaha Agung DAP, Karpal Singh dan Lim Guan Eng yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5676-selamat-datang-ke-sambutan-60-tahun-pas
Sambutan 60 Tahun: Perjuangan PAS dalam kerangka demokrasi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Menjelang Sambutan 60 Tahun PAS yang bermula malam ini, PAS menjelaskan bahawa aktiviti dan perjuangannya adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini, aktiviti dan perjuangan PAS yang dimaksudkan termasuklah: 1. Soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain 2. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing 3. Kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu dan 4. Kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan. Kenyataan itu turut menyatakan dengan jelas komitmen PAS untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Buku Jingga. PAS turut berjanji untuk terus berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat. Pada masa yang sama, Tuan Ibrahim berkata PAS turut memberikan jaminan akan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS. Menyentuh mengenai perbezaan pendapat dengan DAP dalam melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang menjelaskan bahawa perbezaan tersebut berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. “Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana ujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan,” kata beliau lagi. Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa PAS melihat perakuan Pakatan Rakyat terhadap Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu sebagai satu hak untuk kerajaan negeri untuk memperkanunkan undang-undang tersebut. “Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. "Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya,” kata kenyataan itu lagi. Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS malam semalam telah mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama di samping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud. Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.
YB Dato' Takiyuddin Hassan - Exco Kerajaan Kelantan
"Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan. "Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah.
DAP
PKR
PAS "Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5690-sambutan-60-tahun-perjuangan-pas-dalam-kerangka-demokrasi
Fakta penubuhan PAS bukti Umno tolak Islam |
Mohd Nasir Awang |
Esok, 1 Oktober 2011, ribuan pemimpin, ahli dan pendukung PAS dijadualkan berhimpun di Kepala Batas, Pulau Pinang bagi merayakan Sambutan Ulangtahun ke-60 usia perjuangannya. ‘Sepak mula’ aturcara sambutan itu malah berlangsung lebih awal dengan acara Forum Perdana yang dijadual diadakan malam ini (Jumaat). Dengan tajuk “PAS: Pembangkang, Pemerintah dan Penyelamat Ummah”, forum yang menampilkan Ustaz Idris Ahmad sebagai moderator itu turut membariskan empat nama besar dalam perjuangan Islam tanahair.
Ustaz Idris Ahmad - Moderator / AJK PAS Pusat
Mereka adalah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Naib Presiden, YB Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Tn Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
Agenda lebih padat bagaimana pun menanti hadirin esok hari. Seperti biasa, ia bakal dipenuhi sessi ucapan, pembentangan kertas kerja dan perbahasan di sebelah pagi. Serentak itu turut dilangsungkan karnival jualan dan pameran sejarah PAS, selain ikut diselit aturcara persembahan pentas.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat
Professor Madya Dr Mohd Ari Zainul Abidin - Mantan Mufti Perlis / Pensyarah USM Manakala di sebelah malamnya akan diadakan Solat Hajat dan Munajat Perdana, sebelum diakhiri dengan Ucap Perdana membariskan lima pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat mewakili DAP, KeADILan dan PAS sendiri. Pemilihan Pulau Pinang sebagai tapak sambutan bukan dibuat tanpa perhitungan politik. Ia bukan semata-mata memanfaatkan negeri diperintah Pakatan Rakyat bagi memudahkan urusan sambutan. Ia sebenarnya bersandarkan fakta sejarah penubuhan PAS itu sendiri. Parti Islam itu terbentuk secara rasmi 60 tahun lalu menerusi Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterworth. Sepertimana bunyi namanya, Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) yang kemudiannya didaftarkan sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP), tujuan penubuhan PAS adalah demi memenuhi tuntutan agama. Ia digariskan dengan jelas “.. untuk membentuk suatu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah berdasarkan demokrasi”.
Almarhum Tuan Guru Hj Ahmad Fuad Hassan - YDP (Presiden) Pertama
Agak janggal bunyinya apabila pertubuhan baru itu memilih bekas Pengerusi Biro Agama Umno, Tuan Guru Ahmad Fuad Hassan sebagai Yang Dipertuanya (Presiden) yang pertama. Walau pun ada penulis sejarah mendakwa kesediaan beliau menerajui PAS ekoran permasalahan peribadinya dengan para pemimpin Umno, fakta sejarah lebih popular mengenai faktor berpalingnya Ahmad Fuad daripada parti Melayu itu ialah perbezaan pendirian mengenai hukum Islam. Beliau dikatakan sangat kecewa apabila Umno memutuskan untuk mewujudkan Loteri Kebajikan Masyarakat. Selaku orang agama dalam Umno, beliau menegaskan betapa perkara itu tidak terlepas daripada unsur perjudian yang mana hukumnya di sisi Islam adalah jelas haram. Sebagaimana diduga pandangan beliau diketepikan begitu sahaja oleh Umno dan permainan loteri itu dilaksanakan. Umno tidak pernah menganggapnya sebagai judi. Mungkin setelah 60 tahun berlalu, ada pengkaji sejarah yang masih mempertikaikan percanggahan fakta tersebut. Sudah tentu khalayak yang kuat menyokong Umno atau amat cenderung hati kepada perjuangan nasionalisme-sekularisme dianuti parti itu akan mempertahankan versi pertama, iaitu Ahmad Fuad menyertai dan memimpin PAS kerana kecewa setelah gagal mendapat tempat dalam pemilihan Umno. Namun rasanya tidak akan ada mana-mana pakar sejarah yang tergamak memperbodohkan dirinya dengan mendakwa kononnya Ahmad Fuad tidak pernah menjadi ahli dan pemimpin Umno, sepertimana ada profesor kini mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah British dulu-dulu! Penafian fakta sejarah diterima umum sekian lama itu mungkin bermaksud membasuh imej Umno. Logiknya, jika Ahmad Fuad bukan pemimpin Umno, maka tidka timbul soal beliau menentang judi dianjurkan parti itu dari dalam. Samalah juga usaha seorang profesor membela maruah Umno yang kian tercemar ekoran kesedaran umum mengenai fakta sebenar sejarah negara. Logiknya, jika benar British tidak pernah menjajah Malaya, sebaliknya hanya menaungi dan membantu Raja-Raja Melayu mengurustadbir negara, maka sudah tentu sesiapa yang menentang British dulu boleh dianggap pemberontak dan pengganas. Namun perbuatan sedemikian pada hakikatnya satu bentuk jenayah akademik yang hanya mencemar dan menjatuhkan martabat cendikiawan itu sendiri. Kalangan pencatat sejarah yang condong kepada kepentingan Islam pula akan melihat kesediaan Ahmad Fuad menerajui PAS sebagai natijah percanggahan pendirian Umno dengan hukum Islam diperjuangkan ulama, termasuk ulama di kalangan parti itu sendiri. Sebetulnya itulah antara pengajaran dan pemerhatian yang sepatutnya dikutip generasi kini, terutama dalam menghayati sejarah penubuhan dan perkembangan PAS sejak enam dekad lalu. Bahawa pendirian Umno dan hukum Islam adalah dua perkara yang kerap tidak sehaluan sejak dulu. Islam dan al-Quran mengatakan judi itu haram, Umno mendakwa sebaliknya. Selagi mana ia melihat ada ruang dan peluang menjana pendapatan dan memacu ekonomi, apa dipedulikannya hukum agama? Sebab itu Umno bukan sahaja membolehkan pihak lain mengoperasi aktiviti perjudian menerusi pemberian lesen dan berbagai kemudahan, malah parti itu sendiri turut terlibat secara aktif menganjurkannya. Kes Loteri Kebajikan Masyarakat itu adalah pemula sejarah. Ia dianjurkan kerajaan Umno sendiri. Pendirian Umno yang kerap bercanggah dengan Islam sebegitu berterusan hingga ke era kini. Masakan anda sudah lupa bagaimana para pemimpin Umno menjadi pencetus idea dan pencanang utama untuk melesenkan (baca ‘menghalalkan’) pertaruhan sempena pertandingan bolasepak Piala Dunia tahun lalu? Sebaliknya PAS bukan setakat membantah agenda mengharuskan judi oleh Umno sewaktu penubuhannya dulu, pendirian yang selari dengan tuntutan hukum Islam itu kekal dipegang PAS hingga kini. Anda boleh semak fakta sejarah dan akui keseriusan parti Islam itu menentang sebarang bentuk perjudian melibatkan bidang kuasa kerajaan dan ia menjadi agenda perjuangan PAS sepanjang zaman. Sebagai bukti paling jelas, PAS serta-merta mengarahkan penutupan premis perjudian di Kelantan dan Terengganu yang diperintahnya secara mutlak. Di atas bidang kuasa terbatas dimilikinya ke atas lesen premis, kerajaan negeri ditadbir PAS telah melakukan sedayanya. Sedangkan lesen pengoperasian adalah di bawah Kementerian Kewangan dikuasai Umno. Pendirian mengenai judi itu adalah pemerhatian pertama dari fakta penubuhan PAS, sekaligus menyerlahkan perbezaan pendirian antara PAS dan Umno. Al-Quran kata judi haram, PAS menegaskan judi haram, Umno sebaliknya menghalalkannya. Maka jangan terkejut dan pura-pura hairan jika mutakhir ini kita dapati Umno bermati-matian menegaskan bahawa parti itu tidak pernah dan tidak akan bersedia melaksanakan hukum Islam, termasuk hudud, di dalam pemerintahannya! Ingat, sudah menjadi tradisi sejak berdekad lalu bahawa pendirian Umno dan hukum Islam memang tidak sehaluan. Kedua, sepertimana disebutkan sepintas lalu di atas, bahawa pandangan mengenai hukum Islam selalunya sukar mendapat tempat di dalam Umno. Jangan dikatakan pandangan itu datang daripada luar suku-sakat parti itu, ia termasuk juga yang disuarakan kalangan pemimpin Umno sendiri. Kes Ahmad Fuad membantah loteri itu sekali lagi menjadi contoh terbaik. Nampaknya itulah cara ‘terbaik’ Umno melayan ulama dan agamawan di dalam parti itu. Meneliti perjalanan Umno dalam era kemudian ini pun, hakikat itu tidak jauh bezanya. Mana ada seorang yang dikenali sebagai ilmuan agama kekal lama dalam hierarki kepimpinan Umno? Kalau ada pun yang mampu bertahan agak lama, sejauh manakah suaranya berhubung hukum dan peraturan Islam diendahkan khalayak terbanyak parti itu? Sebaliknya pemimpin berlatar belakang agama itu sendiri hanyut dan tenggelam bersama sikap dan tabiat ‘haru-biru’ yang bersebati dengan parti itu. Pengajaran ketiga daripada fakta penubuhan PAS di atas ialah bagaimana cetek dan terpesongnya penafsiran Umno terhadap istilah-istilah berkaitan agama. Lihat saja bagaimana ia tergamak melabelkan permainan judi yang jelas haram itu sebagai Loteri Kebajikan Masyarakat? Agaknya bagi Umno kebajikan itu tidak perlu mengambilkira halal atau haram, ya? Sedangkan konsep kebajikan (al-Birr) disebutkan al-Quran dan diperjuangkan PAS semestinya tidak lari daripada paksi ‘beriman kepada Allah dan Hari Akhirat’. Ertinya kebajikan dimaksudkan PAS senantiasa mengambilkira pahala-dosa, selari digariskan Islam. Sebab itu jangan terpedaya dengan dakwaan Umno kononnya Negara Berkebajikan diperjuangkan PAS sudah lama dilaksanakannya. Pemahaman Umno terhadap istilah ‘kebajikan’ itu amat dangkal dan terpesong dari landasan Islam. Buktinya, ia dengan mudah mendakwa PAS telah meninggalkan matlamat menubuhkan Negara Islam apabila menyatakan hasrat ‘Membangun Negara Berkebajikan’. Kejahilan dan kebebalan Umno menyebabkan ia tidak faham bahawa Negara Berkebajikan itu salah satu wajah atau ciri bagi Negara Islam. Di atas hakikat sama jangan pelik apabila Umno mencipta istilah ‘Islam Hadhari’ yang bukan sahaja janggal dari segi nahu Arabnya, malah mengelirukan fahaman masyarakat mengenai ajaran Islam itu sendiri. Akhirnya Umno sendiri pun malu menyebutnya dan kini ‘Islam Hadhari’ dianggap berkubur bersama jatuhnya sang pencetus istilah itu. Ada pula pemimpin Umno tergamak menyandarkan fahamannya yang cetek mengenai ketetapan agama untuk dijadikan dalih daripada melaksanakan hukum Islam. Kononnya dia faham apa itu maqasid syariah. Bahawa maksud-maksud ketetapan syariat Islam itu mementingkan keadilan dalam mempertahankan kesucian aqidah, harta benda, nyawa dan lain-lain. Lalu di atas penafsiran ceteknya terhadap maqasid syariah itu, dia sewenangnya menidakkan perlunya ditegakkan hudud dan qisas. Sedangkan sebagai orang beriman kepada Allah, sudah tentu kita dituntut mengakui dan meyakini bahawa tiada undang-undang dan hukum yang lebih adil dan lebih menjamin aqidah, nyawa dan lain-lain itu selain hukum diturunkan Allah Ta’ala sendiri. Itulah sepintas lalu penelitian terhadap fakta-fakta melingkungi sejarah penubuhan PAS 60 tahun lalu. Di samping berbangga dengan kelangsungan perjuangannya hingga kini, penubuhan parti Islam itu juga selayaknya dianggap bukti betapa tidak mahunya Umno kepada hukum dan peraturan Islam! |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/5697-fakta-penubuhan-pas-bukti-umno-tolak-islam
60 Tahun: PAS semakin diyakini semua rakyat |
Nazri Abdullah |
KEPALA BATAS, 1 Okt: PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini. Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri. "PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah. "Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya. Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat. "Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi. Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai. Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India. Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama. Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini. "Di zaman Nabi Nuh, bahtera Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya. Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini. Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.
Almarhum Dr Buhanuddin al Helmy - Mantan YDP (Presiden)
Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut. Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5714-60-tahun-pas-semakin-diyakini-semua-rakyat
PAS bangga pemimpin berfikiran jauh, istiqamah |
Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS, 1 Okt: "PAS berbangga memiliki kepimpinan yang melampaui masa iaitu berfikiran jauh ke hadapan, matang dan beristiqamah bersama rakyat merasai keperitan," kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
Menurutnya, contoh paling ketara ialah bekas Yang Dipertua PAS, Prof Zulkifli Mohamad yang memiliki pemikiran jauh yang tidak terfikir oleh orang lain, umpamanya idea penubuhan Bank Islam, Univesiti Islam, pajak gadai Islam dan sebagainya. Katanya, apa yang disuarakan oleh almarhum kini Umno dan Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan, seolah-olah semua itu adalah hasil gabungan pemikiran mutlak kepimpinan parti bangsa yang sewenang-wenangnya menolak Islam. Tambahnya, begitu juga dengan Yang Dipertua PAS selepas itu sehinggalah kini semuanya mempunyai pemikiran yang unik, dapat menerima dan menyelesaikan permasalahan yang timbul. Katanya lagi, Presiden PAS sekarang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak terlepas daripada acuan berkenaan dengan bertindak mengarahkan semua ahli parlimen pembangkang agar tidak berfikiran dalam ruang lingkup pembangkang malahan melebihi dari itu. "Kita mahu memerintah. Bercakap, bertindak mesti ke arah itu," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian ketika berucap pada forum sempena Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas malam tadi. Tambahnya, isu ketuanan Melayu yang ditonjolkan oleh Umno untuk menjerat orang Melayu supaya membenci PAS tidak berhasil kesan daripada penerangan yang berterusan. Katanya, lagi banyak Umno bercakap mengenai ketuanan Melayu semakin banyak rasuah berlaku, ekonomi negara makin parah, Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak sampai ke tahap yang diharapkan serta banyak lagi skandal besar melibatkan kepimpinan negara. Itu semua sambungnya, berpunca daripada pemikiran kepimpinan Umno dan BN yang sempit, tidak jauh dan hanya mementingkan periuk nasi sendiri sahaja. "Jika biarkan Umno dan BN memerintah, rosaklah negara ini. Tiada jalan lain melainkan kuburkan mereka sahaja selepas pilihan raya umum ke 13 kelak," tegasnya yang . Turut menjadi ahli panel dalam program berkenaan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5713-pas-bangga-pemimpin-berfikiran-jauh-istiqamah
'Umno, I know who you are' - Nik Aziz |
Nazri Abdullah |
KEPALA BATAS, 1 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak mahu 'terjerumus dua kali' untuk menjalinkan hubungan politik dengan Umno BN. Menurutnya yang juga Menteri Besar Kelantan, PAS sudah serik dengan pengkhianatan Umno sewaktu PAS menyertai kerajaan campuran bersama parti itu pada tahun 1973 yang menyaksikan PAS ditendang keluar pada tahun 1977. "Kita pernah bersama Umno dulu, saya sendiri sokong PAS bersama Umno sehingga PAS waktu itu pecah empat, kemudian PAS ditendang keluar. "Sekarang (Umno) ajak kami balik, saya kata I know, who you are," katanya pada sidang media di sini. Mengimbau sejarah perjuangan PAS lalu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, Umno melakukan jenayah besar kerana mengharamkan lambang bulan dan bintang pada bendera PAS. Ditanya apa alasan Umno untuk mengharamkan lambang itu, beliau berkata kerana parti nasionalis itu tidak mahu PAS membawa perjuangan agama. "Ni kena tanya Umno la. Cuma Umno ni tak mahu ugama, bukan stakat hudud, Islam pun dia tak mahu," katanya. Ditanya lagi adakah pintu hubungan politik dengan Umno ditutup selama-lamanya, beliau berkata PAS bersama Umno jika parti itu menerima Islam dan meninggalkan perjuangan nasionalis. "(Nak tutup pintu) Selama-lamanya tak boleh lah. Kita berdoa agar Umno berubah dari nasionalis kepada Islam. "Sekarang, orang bukan Islam pun terima perjuangan Islam PAS sehingga kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS," ujarnya lagi. Menurutnya lagi, tidak mustahil PAS akan datang bukan sahaja menjadi Parti Islam Se-Malaysia, malah akan berkembang menjadi Parti Islam Se-Dunia. "Sikit lagi Parti Islam Se-Dunia sebab Islam bukan untuk orang Islam sahaja tapi untuk semua, rahmatan lil 'alamin," ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5715-umno-i-know-who-you-are-nik-aziz
60 tahun: PAS matang berhadapan dengan Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Okt: Usia 60 tahun PAS seharusnya mematangkannya berhadapan dengan lawan iaitu Umno, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib. Sehubungan itu, beliau mengucapkan selamat ulang tahun ke-60 PAS kepada seluruh pendukung dan penyokongnya agar terus thabat dan anjal di dalam menghadapi hari-hari muka yang semakin mencabar daripada pihak musuh yang semakin hilang panduan. “Semoga dengan itu kita terus mara kehadapan dengan penuh keyakinan tentang janji Allah untuk mendapat kejayaan dan kemenangan, dan penuh kesabaran dalam perjuangan dan dalam rintangan,” ujarnya dalam perutusan sempena Sambutan 60 Tahun PAS. Berikut adalah perutusan penuh beliau. Bersempena dengan Sambutan 60 tahun PAS, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua para pendukung dan penyokong sejak dahulu hingga sekarang yang terus bersama dengan PAS memperjuangkan Islam agar tertegak di atas tanah air tercinta ini. PAS adalah mata rantai perjuangan para Nabi dan Rasul bagi mengajak manusia agar kembali kepada Allah dan hukum hakam-Nya. Prinsip PAS ini tidak pernah berubah walaupun strategi politik berbeza-beza untuk mencapai matlamat tersebut. Ijtihad dalam politik tidak pernah menidakkan perkara yang thawabit dan tetap dalam PAS. Strategi dan cabang agama terbuka kepada perubahan dan penyesuaian berdasarkan ijtihad. Keanjalan inilah yang memungkinkan PAS terus relevan sehingga kini, mampu menyerap dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa. Tahalluf siasi dengan parti yang mempunyai ideologi yang berbeza sebagai contoh, adalah strategi terbaik masa kini untuk mencapai kemenangan. Ia tidak mengorbankan prinsip dan thawabit PAS sebagai gerakan Islam untuk melaksanakan Islam secara syumul termasuk hukum hudud. Ulama telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam menempuh badai perjuangan ini. Ulama telah menjadi nadi kepada PAS dengan kedudukannya yang tinggi dalam organisasi. Majlis Syura Ulamak menjadi pemandu kepada parti agar tidak menyeleweng daripada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi rujukan tertinggi dalam PAS. Usia 60 tahun PAS seharusnya mematangkannya berhadapan dengan lawannya iaitu Umno. Pelbagai rintangan dan mehnah telah dihadapi dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Walaupun ada di kalangan pendokongnya terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mehnah namun PAS masih mampu bertahan kerana keyakinan kepada janji kemenangan oleh Allah s.w.t. Pilihan raya yang hampir tiba seharusnya dihadapi dengan penuh strategi dan bijaksana. Tenaga para ulama dalam berhadapan dengan ujian besar ini adalah sangat dituntut. Ulamak tidak harus hanya menjadi penonton di luar gelanggang tetapi harus masuk berpencak silat bersama demi untuk melaksanakan tuntutan ilmu yang dipelajari. Inilah masanya untuk para ulama beramal dengan ilmunya agar menjadi pohon yang menghasilkan buah yang ranum dan sedap dimakan. Buat akhirnya, sekali lagi saya mengucapkan selamat ulang tahun ke-60 PAS kepada seluruh pendokong dan penyokongnya. Agar anda terus thabat dan anjal di dalam menghadapi hari-hari muka yang semakin mencabar daripada pihak musuh yang semakin hilang panduan. Semoga dengan itu kita terus mara kehadapan dengan penuh keyakinan tentang janji Allah untuk mendapat kejayaan dan kemenangan, dan penuh kesabaran dalam perjuangan dan dalam rintangan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5720-60-tahun-pas-matang-berhadapan-dengan-umno
Karpal: Saya tak boikot sambutan 60 tahun PAS
Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menafikan bahawa beliau memulaukan majlis penutupan sambutan ulang tahun ke-60 PAS di Kepala Batas malam tadi.
Katanya, keadaan kesihatan yang kurang memuaskan memaksa beliau tidak hadir dan perkara itu telah dimaklumkan kepada ibu pejabat DAP semalam. Karpal pada upacara malam semalam sepatutnya dijadualkan berucap kepada kira-kira 10,000 hadirin bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.
Menurutnya lagi, perkara itu bukan disengajakan ataupun beliau mempunyai niat untuk mengelakkan atau memboikot PAS dan penyokong parti itu.
Semalam, pemimpin-pemimpin kanan PAS dan DAP tidak dapat memberikan jawapan mengenai ketidakhadiran Karpal. Majlis profil tinggi itu malam tadi, turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir.
Hadir sama adalah presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang; timbalannya Mohamad Sabu; mursyidul am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin kanan lain parti itu.
"Saya telah memberitahu ibu pejabat bahawa saya tidak sihat ... bukan, ini bukan boikot," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
Sebelum ini, timbul ura-ura ketidak-hadiran Karpal ada kaitan dengan kontroversi baru-baru ini berhubung desakan PAS untuk melaksanakan hukum hudud.
Sumber MK : 3/10/2011
Sejarah Ringkas PAS : http://www.youtube.com/watch?v=TtlMRsilNik
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/5773-nostalgia-jubli-intan-pas-di-dewan-milenium
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/81-negeri-pahang/5981-sambutan-60-tahun-pas-di-pahang-26-oktober
Sejarah Ringkas PAS : http://www.youtube.com/watch?v=TtlMRsilNik
Nostalgia Jubli Intan PAS di Dewan Milenium |
SAMBUTAN Jubli Intan – genap 60 tahun – PAS di Dewan Milenium Kepala Batas berjalan dalam suasana yang amat sederhana satu hari dua malam dari malam 30 September hingga 01 Oktober 2011. Ia diisi dengan pameran peristewa dan gambar bersejarah PAS selama 60 tahun dan pembicaraan sejarah pasang surut parti itu dalam usaha membangkitkan kesedaran dan menyelamatkan umah. Memang ia tidak dirancang secara gah bagi menunjukkan kekuatan parti, tetapi ia tetap komited memperaga sumbangan bersama sekutunya dalam Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya. Ia diadakan di Kepala Batas bagi menyerlahkan nostalgia pembentukannya 60 tahun dulu di sekitar Butterworth yang sebelum dijajah dulu dipanggil Bagan Tuan Kecil. Sambutan itu tidak dibuat di tapak ia ditubuhkan, tetapi diadakan di pekan Kepala Batas yang padat dengan nostalgianya di samping ada kemudahan dan keselesaan yang diperlukan.
Allahyarham Hj Ahmad Badawi - Ayahanda Pak Lah
Di sekitar pekan yang ada Dewan Milenium itulah letaknya pejabat agung yang awal bagi parti itu, di sekolah agama rakyat milik Haji Ahmad Badawi, malah kaum kerabat Haji Ahmad Badawilah antara penyumbang tenaga besar menggerakkan parti itu pada peringkat awal.
Almarhum Sheikh Abdullah Fahim - Mantan Mufti Pulau Pinang
Ayahnya Mufti Pulau Pinang. Haji Abdullah Fahim ada tokoh ulama terserlah dan berpengaruh menjadi daya tarikan umat untuk menyokong PAS. Hingga Ibrahim, adik mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, mengikut seorang ustaz, merasa begitu bangga dengan sijil keahlian PAS datuknya yang bertulis tangan.
Tun Abdullah Ahmad Badawi - Mantan PM
Dia dikatakan tidak akan membuang sijil yang berperem itu, kerana ia adalah kenangan dan pesaka manis Tokwannya. Ayah bonda dan keluarga terdekat mantan Perdana Menteri itu adalah ahli PAS dua angka belaka. Sekali pun ayah bonda tadi meninggalkan PAS tetapi kebanyakan penyokong kekal bangun rebah bersama parti Islam itu. Nostalgia sejarah awal itu PAS memilih Kepala Batas bagi sambutan nasional jubli intannya. Ia tidak untuk menunjukkan gah. Seberang Perai tidak dibalut dengan bendera PAS. Pekan Kepala Batas pun tidak dipenuhi bendera. Bagi orang yang tidak tahu PAS berhimpun di situ, orang yang ke Kepala Batas mungkin tidak tahu akan perayaan PAS diadakan di situ kerana benderanya tidak berapa nampak di pekan itu. Tiadalah musuh politik yang sakit hati dan sakit mata dengan lambang hijau Bulan Penuh Purnama itu. Hanya kawasan persekitaranya Dewan Milenium yang jadi tapak sambutan itu barulah dilihat kibaran benderanya mengalukan pengunjung dari dalam dan luar Pulau Pinang. Dewan Milenium terseregam di pekan yang bersaiz sederhana itu. Tidak pernah sesiapa terfikir sepuluh tahun dulu dewan itu boleh jadi PAS berkampung merayakan Jubli Intannya. Bukan duit ringgit PAS mendirikannya. Jangankan untuk menggunakannya, untuk mendekatinya pun tak tergamak. Ia seumumnya digunakan bagi acara yang ada kaitan dengan Perdana Menteri, penyokong partinya dan kerajaannya. Dan kerana Tun Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri menyebabkan didirikan dewan itu di pekan itu. Belum ia ada kalau tiada orang di situ menjadi TPM dan kemudiannya PM. Itulah tuah Kepala Batas kerana ada orangnya jadi Perdana Menteri. Seolah-olah Perdana Menteri dulu itu mendirikan Dewan Milenium itu sebagai persediaan PAS untuk mengadakan Jubli Intannya di situ. Bertuah PAS dapat memanfaatkan dewan yang disiapkan oleh pemimpin Umno BN itu. Siapa fikir PAS menikmati kemudahan itu? Bersyukurlah kerana tidak perlu susah payah, telah tersedia kemudahan bagi kegiatan besarnya.
Tun Dr Mahathir Mohamed - Mantan PM
Sekarang ia menunggu masuk ke Putrajaya pula. Dr. Mahathir bersusah payah menyediakan pembangunan Putrajaya di kebun kelapa sawit dulunya bagi menjadi pusat baru pentadbiran negara menggantikan Kuala Lumpur. Jika berjaya Pakatan Rakyat mengambil Putrajaya nanti, maka tidak perlu susah payah lagi baginya mengadakan tapak pentadbiran baru kerana ia sudah disiapkan oleh Dr. Mahathir. PAS dengan sekutu Pakatan Rakyatnya masuk saja ke Putrajaya seperti ia masuk ke Dewan Milenium yang sudah disediakan. Tidak mustahil ia disiapkan oleh Dr. Mahathir untuk dimasuki Pakatan Rakyat. Itulah indahnya demokrasi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/5773-nostalgia-jubli-intan-pas-di-dewan-milenium
Sambutan 60 tahun PAS di Pahang 26 Oktober |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 14 Oktober: PAS akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Pahang 26 Oktober di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau di sini dengan tema “Sejarah, merealisasikan langkah ke Putrajaya”.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - PJ PAS Pahang
Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu dan Kerdau dipilih kerana PAS Pahang diasaskan di situ pada tahun 1955 oleh Pesuruhjayanya yang pertama Allahyarham Mohd Yassin Salleh. "Program akan bermula daripada 25 Oktober lagi dengan pameran sejarah dan jualan serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Salehuddin Ayub, Saifuddin Nasution dan Hishamuddin Rais.
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
YB Saifudin Nasution Ismail - SUA PKR
Sdr Hishamuddin Rais - Blogger
“Keesokan harinya akan berlangsung sukan rakyat melibatka Pasti, aktiviti konvoi ARC dan motivasi kepada isteri pimpinan PAS Pahang oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat. “Majlis perasmian akan bermula jam dua petang oleh Timbalan Presiden sementara Naib Presiden PAS Sallehuddin Ayub akan membentangkan satu kertas kerja selepas itu,” katanya dalam sidang media selepas selesai mesyuarat AJK Harian PAS Pahang di pejabat PAS dekat sini semalam. Tambahnya, pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Pahang, anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih. Kemuncaknya ialah ceramah umum oleh Mohamad Sabu, beliau sendiri dan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat. “Matlamat sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi semua peringkat penggerak dan petugas parti,” katanya. Tuan Ibrahim berkata, bagi sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan dan sebagainya boleh menghubungi urusetia di talian: 09-2965143. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/81-negeri-pahang/5981-sambutan-60-tahun-pas-di-pahang-26-oktober
Sambutan 60 Tahun PAS Wilayah 16 Okt |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan Konvensyen Sempena 60 Tahun PAS esok, 16 Oktober di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak. Pengarah program, Salbiah Abd Wahab berkata, seminar yang bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang itu diisi dengan pembentangan kertas kerja sebagai persiapan dan pengukuhan organisasi menghadapi pilihan raya. “Kita serius untuk memacu kemenangan menuju ke Putrajaya. “Oleh itu, kita harap ahli akan hadir dengan semangat dan membawa balik intipati untuk dilaksanakan dalam konteks amal jama'ie selepas program ini nanti,” ujarnya kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah berkata, apa yang penting di akhir program ialah mahu mengukuhkan ukhuwah sesama ahli, memperkasa tarbiyah dan mengukuh tahap organisasi sebagai persiapan menghadapi PRU ke-13. Katanya, program itu juga bertujuan mempamer kekuatan PAS kepada masyarakat umum bahawa PAS mampu mengambil posisi yang diperlukan di kotaraya Kuala Lumpur. Menurutnya lagi, sempena sambutan 60 Tahun PAS itu juga, pihaknya juga ingin melebarkan jaringan persaudaraan di kalangan ahli dan masyarakat kota metropolitan, mengenali dan menyedari kewujudan PAS dan sejarah perjalanannya serta mengakui kewujudan PAS menjadi mercu-tanda di kota metropolitan ini. Pada sebelah malam pula diadakan ceramah yang akan membariskan Naib Presiden PAS dan PKR, Salahuddin Ayub dan Tian Chua dan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Mohamad Noor Mohamad. “Warga kota dan Lembah Klang akan berpeluang mendengar penjelasan Bajet morfin BN yang melegakan rakyat seketika dan selepas itu rakyat akan kembali perit kerana kenaikan harga barang,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5989-sambutan-60-tahun-pas-wilayah-16-okt
PR perlu ambil Putrajaya elak negara bankrap
Khairil Abdul Rahim, | 29 Jan 2012 |
BERA, 29 Jan: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu percaya keperluan utama untuk memerintah dan menguruskan negara ini ialah dengan amanah, bukannya dengan pengalaman semata-mata.
Katanya, ini terbukti dengan negeri-negeri yang pertama kali diperintah Pakatan Rakyat (PR) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dipuji Ketua Audit Negara.
(Gambar: Mohamad melancarkan penubuhan Kerabat Peringkat Parlimen Bera.)
“Kita dapat lihat Selangor berjaya memberikan kebajikan kepada rakyatnya di samping perbelanjaan berhemat kerajaan negeri menghasilkan lebihan pendapatan.
“Di Pulau Pinang pula pelaburan tertinggi berjaya dibawa masuk sehingga lebih RM10 bilion dan walaupun diperintah Cina DAP peruntukan untuk aktiviti Islam melonjak sehingga RM63 juta.
“Di Kedah hasil balak berjaya ditingkatkan sehingga pendapatan negeri meningkat berkali ganda.
“Di Kelantan sepanjang 20 tahun memerintah kerajaan negeri diisytiharkan bersih. Semua ini dipuji Ketua Audit Negara dalam laporannya,” katanya.
Jelasnya, ini membuktikan amanah adalah keperluan utama untuk memerintah bukannya pengalaman sebagaimana propaganda yang dilemparkan Umno mengenai hasrat Pakatan PR untuk mara ke Putrajaya.
Mohamad berhujah demikian semasa berceramah sempena program Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera, di Darul Ikhwan Mengkarak malam tadi.
Turut berceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dan Bendahari PAS Pahang Musaniff Abd Rahman.
Dalam pada itu Mohamad menambah, PR perlu ke Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) jika rakyat tidak mahu melihat negara ini terjerumus ke dalam bankrap.
“Seorang menteri (Datuk Seri Idris Jala) sendiri memberitahu Malaysia akan bankrap pada 2019 manakala seorang penganalisis ekonomi memberitahu negara ini akan bankrap lebih awal iaitu 2015.
“Jadi rakyat mesti memilih PR untuk ke Putrajaya pada PRU ini kerana tidak ada gunanya memberi peluang mentadbir negara selepas jatuh bankrap,” katanya.
Mohamad berkata, beliau percaya negara ini boleh bankrap berdasarkan hutang yang dilonggokkan kerajaan pada masa ini berjumlah RM450 bilion, rasuah meningkat dan pengaliran wang ke luar negara menjangkau RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.
Sementara itu Nurul Izzah dalam ceramahnya sebelum itu menggambarkan kesulitan PR untuk mempertahankan kerusi Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam PRU akan datang dengan taktik kotor BN.
“Bayangkan di Selangor dan Wilayah pengundi baru bertambah secara mendadak sehingga 200,000 orang dan saya berani katakan sebahagian besarnya pendatang yang diberikan kad pengenalan.
“Tuan-tuan jangan ingat ini gurauan, kerajaan Bangladesh sendiri telah mengesahkan perkara ini dan penipuan ini pernah berlaku di Sabah dulu sehingga dibentuk Suruhanjaya Diraja,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, begitulah BN yang sanggup memberi kewarganegaraan hanya semata-mata untuk menang PRU dan perkara ini perlu disedari rakyat.
Pada majlis yang sama, Mohamad diberikan penghormatan melancarkan penubuhan Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera (KERABAT) peringkat Parlimen Bera.
Penyair Amin Jagat pula diberi peluang mendeklamasikan puisinya.
Sementara itu di lokasi yang sama pada sebelah petang turut diadakan Dialog Warga Peneroka Felda bersama panelnya bekas Timbalan Pengarah BNM Dr. Rosli Yaakop, Presiden Anak Mazlan Aliman dan Peguam Peneroka Harris Abdullah.
Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera berlangsung selama tiga hari iaitu 27, 28 dan 29 Januari dengan pelbagai pengisian.
Sumber HD : 30/01/2012
Katanya, ini terbukti dengan negeri-negeri yang pertama kali diperintah Pakatan Rakyat (PR) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kedah yang menunjukkan prestasi memberangsangkan seperti dipuji Ketua Audit Negara.
(Gambar: Mohamad melancarkan penubuhan Kerabat Peringkat Parlimen Bera.)
“Kita dapat lihat Selangor berjaya memberikan kebajikan kepada rakyatnya di samping perbelanjaan berhemat kerajaan negeri menghasilkan lebihan pendapatan.
“Di Pulau Pinang pula pelaburan tertinggi berjaya dibawa masuk sehingga lebih RM10 bilion dan walaupun diperintah Cina DAP peruntukan untuk aktiviti Islam melonjak sehingga RM63 juta.
“Di Kedah hasil balak berjaya ditingkatkan sehingga pendapatan negeri meningkat berkali ganda.
“Di Kelantan sepanjang 20 tahun memerintah kerajaan negeri diisytiharkan bersih. Semua ini dipuji Ketua Audit Negara dalam laporannya,” katanya.
Jelasnya, ini membuktikan amanah adalah keperluan utama untuk memerintah bukannya pengalaman sebagaimana propaganda yang dilemparkan Umno mengenai hasrat Pakatan PR untuk mara ke Putrajaya.
Mohamad berhujah demikian semasa berceramah sempena program Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera, di Darul Ikhwan Mengkarak malam tadi.
Turut berceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar, Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid dan Bendahari PAS Pahang Musaniff Abd Rahman.
Dalam pada itu Mohamad menambah, PR perlu ke Putrajaya selepas pilihan raya umum (PRU) jika rakyat tidak mahu melihat negara ini terjerumus ke dalam bankrap.
“Seorang menteri (Datuk Seri Idris Jala) sendiri memberitahu Malaysia akan bankrap pada 2019 manakala seorang penganalisis ekonomi memberitahu negara ini akan bankrap lebih awal iaitu 2015.
“Jadi rakyat mesti memilih PR untuk ke Putrajaya pada PRU ini kerana tidak ada gunanya memberi peluang mentadbir negara selepas jatuh bankrap,” katanya.
Mohamad berkata, beliau percaya negara ini boleh bankrap berdasarkan hutang yang dilonggokkan kerajaan pada masa ini berjumlah RM450 bilion, rasuah meningkat dan pengaliran wang ke luar negara menjangkau RM1 trillion sejak sepuluh tahun yang lalu.
Sementara itu Nurul Izzah dalam ceramahnya sebelum itu menggambarkan kesulitan PR untuk mempertahankan kerusi Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam PRU akan datang dengan taktik kotor BN.
“Bayangkan di Selangor dan Wilayah pengundi baru bertambah secara mendadak sehingga 200,000 orang dan saya berani katakan sebahagian besarnya pendatang yang diberikan kad pengenalan.
“Tuan-tuan jangan ingat ini gurauan, kerajaan Bangladesh sendiri telah mengesahkan perkara ini dan penipuan ini pernah berlaku di Sabah dulu sehingga dibentuk Suruhanjaya Diraja,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, begitulah BN yang sanggup memberi kewarganegaraan hanya semata-mata untuk menang PRU dan perkara ini perlu disedari rakyat.
Pada majlis yang sama, Mohamad diberikan penghormatan melancarkan penubuhan Kelab Kebajikan Veteran & Pesara Tentera (KERABAT) peringkat Parlimen Bera.
Penyair Amin Jagat pula diberi peluang mendeklamasikan puisinya.
Sementara itu di lokasi yang sama pada sebelah petang turut diadakan Dialog Warga Peneroka Felda bersama panelnya bekas Timbalan Pengarah BNM Dr. Rosli Yaakop, Presiden Anak Mazlan Aliman dan Peguam Peneroka Harris Abdullah.
Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Parlimen Bera berlangsung selama tiga hari iaitu 27, 28 dan 29 Januari dengan pelbagai pengisian.
Sumber HD : 30/01/2012
No comments:
Post a Comment