SPR "berpenyakit", ganti muka baru
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyeru rakyat akan berperanan sebagai 'hospital awam' untuk mengeluarkan sijil 'tidak layak urus pilihan raya' kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ini kerana sistem pilihan raya negara ini katanya mengalami kepincangan sangat teruk dibawah kendalian SPR seperti yang didedah banyak pihak.
Sehubungan itu katanya, seluruh rakyat disaran terus membongkar penyelewengan dan salah laku SPR dalam mengendalikan pilihan raya khususnya menjelang PRU ke-13. "Saya selaku Ketua DPPM mengarahkan semua jentera pemuda PAS di semua peringkat khasnya kawasan dan negeri untuk mempertingkatkan tindakan membongkar penyelewengan dan mendedah salah laku SPR, agar rakyat segera menyedari bahawa sistem pilihanraya negara kita pincang teruk setelah dikendalikan oleh SPR yang telah hilang kelayakan mengurus.
"Rakyat mesti menjadi "Hospital Awam" untuk mengeluarkan sijil "Tidak Layak Urus Pilihanraya" kepada SPR ekoran kini SPR sedang mengidap "down sindrom" yang kritikal," katanya.
Beliau mengulas beberapa pendedahan membabitkan pendaftaran penduduk tetap sebagai pengundi yang kemudiannya ditukar status menjadi warganegara.
Ianya juga termasuk pembongkaran wujudnya pengundi klon yang membolehkan seoran individu mengundi dua kali. Jelasnya, SPR kian hilang status kelayakan untuk mengendalikan sistem pilihanraya negara secara adil, telus dan saksama. Runtuhnya nilai integriti dan lunturnya tahap kepercayaan rakyat terhadap SPR bukan berdasarkan graf persepsi tetapi berdasarkan statistik berfakta dan memiliki bukti nyata serta pengakuan saksi seperti dalam kes mengundi dua kali dan manipulasi undi pos. Ekoran pendedahan berterusan itu juga, Umno BN katanya terpaksa mengunci mulut dan SPR hilang nilai integriti dan kebolehkepercayaan terhadap badan pengendali pilihan raya yang juga anak emas Umno itu kini luntur.
Teraju SPR perlu diganti
Sekiranya SPR mempunyai tenaga manusia yang sering melakukan kesilapan serupa ujarnya, pengerusi dan timbalannya mesti mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan segera dan SPR mesti dipimpin oleh manusia yang berkualiti tinggi, berintegriti dan bertanggungjawab. "SPR yang ada pada hari ini mesti dibubarkan segera. Saya merayu dengan segala kerendahan diri sebagai rakyat biasa kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia yang di Pertuan Agong agar merombak SPR dan membuat perlantikan baru dengan diserahkan amanah suruhanjaya ini kepada mereka yang layak, berintegriti serta benar-benar telus dan bebas dari kawalan Umno dan BN atau mana-mana parti politik yang bertanding. "Saya bersumpah dengan nama Allah swt Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Bijak, bahawa saya dan seluruh anak muda khasnya pemuda-pemuda PAS tidak rela menyertai pilihanraya umum yang ke 13 akan datang berwakil "wali" kan SPR yang ada pada hari ini," tegasnya. |
| |||
Umno jumpa SPR bincang p’raya bersih hanya jenaka |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 13 Ogos: Langkah pimpinan Umno Barisan Nasional untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil disifatkan sebagai tidak 'genuine’. Bahkan Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa langkah itu sebagai palsu, wayang dan lawak jenaka.
“Apa saja yang dibuat oleh UMNO-BN, bagi saya itu adalah satu ‘wayang’, pada hal apa yang dibuat oleh Umno-BN, kita boleh buktikan, di belakangnya adalah arahan daripada pimpinan Umno-BN itu sendiri.
“Jadi kalau mereka hendak jumpa SPR bagi mewujudkan satu pilihan raya bersih, itu satu yang tidak ‘genuine’, palsu, wayang dan lawak jenaka,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian hadiah kepada peserta Auto Show Himpunan Remaja Ramadhan di Qariah Ramadhan Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, malam tadi. Beliau mengulas perkembangan terbaru BN akan mengadakan pertemuan dengan SPR bagi membincangkan kaedah terbaik untuk memastikan proses pilihan raya di negara ini berjalan dengan bersih dan adil. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam membayangkan mahu mengadakan perundingan dengan SPR bagi membolehkan merumus kaedah yang boleh menjamin pilihan raya tidak boleh dipertikaikan. Mengulas fenomena yang berlaku dalam negara mutakhir ini yang didakwa membabitkan pimpinan tertinggi Umno BN namun sering dinafikan dan itu perlu kepada perdebatan, Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata pihak Pakatan Rakyat bila-bila masa saja bersedia untuk berdebat (dalam isu berkenaan) kerana memang wajar. “Namun saya tidak yakin pihak Umno BN bersedia menyahut cabaran,” katanya. Mengulas isu pemastautin tetap (PR) yang bertukar kepada pemegang Mykad dan seterusnya tersenarai sebagai pemilih dalam Daftar Pemilih SPR, beliau berpendapat perkara itu tidak begitu komplikated untuk difahami. Ini, katanya kerana untuk memproses kewarganegaraan perlu melalui beberapa prosedur dan tata cara tertentu. “Kalau sekirnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memproses permohonan kewarganegaraan mengikut tata caranya yang ditetapkan, itu tidak menjadi masalah. “Namun yang kita lihat sekarang seolah-olah ada perancangan dan konspirasi pendaftaran atau pun kelulusan permohonan kewarganegaraan itu dan ada tujuan-tujuan tertentu. Sebagai contohnya, yang dibuktikan oleh kita ialah untuk tujuan pilihan raya. “Ini kerana apabila penama berkenaan dapat kewarganegaraan, maka orang itu seolah-olah dipaksa untuk didaftarkan sebagai pemilih dan sudah tentulah memihak kepada pihak Kerajaan Persekutuan yang meluluskan kewarganegaraan itu. “Bagi saya, beban untuk buktikan bahawa tidak berlaku penyelewengan itu JPN mestilah memberi penerangtan yang jelas,” katanya. Beliau mendakwa perkara yang berlaku sekarang adalah perancangan yang terperinci Umno BN sendiri untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka pada bila-bila masa, dan Umno BN nampak sokongan pengundi berdaftar yang ada itu menjejaskan sokongan kepada mereka. “Oleh sebab itu mereka terpaksa buat apa saja untuk mencari undi yang pasti oleh kerana di Sarawak, yang dianggap ‘fix deposit’ kepada Umno BN itu pun sudah tidak terjamin lagi,” katanya. |
Jawapan SPR macam Pak Pandir |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: PAS kesal dengan sikap lepas tangan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini yang menyatakan “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara. “Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak. "Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada,” bidas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini. Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara. Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Abdul Aziz sekadar menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini. “Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna. "Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang,” jelasnya sebagai reaksi balas kepada bukti-bukti yang dikemukakan PAS dan Pakatan Rakyat mengenai isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu yang terdiri daripada ahli Umno sendiri dan nama pengundi yang tidak wujud di sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR. Ketidakikhlasan SPR dalam memperbaiki sistemnya cukup terserlah dalam isu nama Kg Baru (MyKad: 830527115422) yang didaftarkan sebagai pengundi, dimana SPR hanya menukar nama Kg Baru kepada nama pengundi “Noraini binti Abdullah” berdasarkan data JPN tanpa usul periksa mengapa kesilapan demikian boleh berlaku. “Demikian juga pendedahan warga asing yang mendapat kerakyatan, dan didaftarkan sebagai pengundi dengan jumlah ribuan orang adalah gambaran kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. "Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan Bersih 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut,” tegas Tuan Ibrahim, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang. Walaupun SPR dan pihak berkuasa yang di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan nada yang sangat negatif, Tuan Ibrahim berkata dari segi positif perkara ini turut menyebabkan rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihanraya negara kita yang dipenuhi dengan sampah sarap dan diancam oleh pendatang asing yang mendapat kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu senang. “Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?” soal Tuan Ibrahim. SPR, katanya perlu melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihanraya yang bersih dan adil. “Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihanraya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihanraya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihanraya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was. "Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihanraya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya,” kata beliau. |
Pemuda PAS terus bongkar penipuan undi pos |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat antara cabaran untuk melaksanakan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini adalah dengan mereformasikan sistem pengundian pos.
Sdr Mohd Sany Hamzan - Pengarah PR DPPP
“Ini kerana sistem pengundian secara pos yang melibatkan anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan orang-orang yang dinamakan oleh SPR sebagai pengundi pos telah dikenalpasti sebagai ‘undi simpanan tetap’ Umno BN kerana undi pos inilah yang akan menjamin kemenangan mereka di sesebuah Dun atau Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, ujarnya sebelum ini telah mendedahkan dan membawa seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Nasir Ahmad untuk tampil bertemu media pada 4 Ogos lalu di Ampang. Katanya, Nasir telah menceritakan dan mendedahkan bagaimana beliau dan sahabat beliau telah diarahkan oleh pihak atasan beliau untuk menandakan kertas pengundi pos yang berjumlah hampir 900 kertas mengikut selera pilihan mereka di kem Sandakan pada pilihanraya umum tahun 1986. Tambahnya, pihaknya sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk membongkar kesalahan dan penipuan sistem pengundian pos ini dengan membawa ‘keluar’ dan mendedahkan lagi beberapa orang bekas tentera yang telah digunakan oleh pihak atasan mereka untuk memangkah kertas-kertas undi pos ini pada 17 Ogos, jam 12.00 tengah hari di Tingkat 5, Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut. “Para wartawan media alternatif dan arus perdana, wakil media cetak dan elektronik, wakil NGO, wakil parti politik dan jurufoto dijemput hadir,” ujarnya. |
BN tahu SPR balang oksigen terakhir mereka |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR belum digunakan tetapi sudah huru-hara seperti tersilap masuk data, salah maklumat, maklumat tidak sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya.
“Cuba bayangkan jika perkara ini tidak didedahkan oleh Pakatan Rakyat, maka isu ini akan menjadi barah negara yang paling merbahaya sedangkan ini melibatkan pemilihan pimpinan negara untuk masa depan rakyat di negara ini,” katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Ustaz Idris Ahmad - AJK PAS Pusat
Katanya, ini bermakna, baik macam mana tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat, ia tidak bermakna kerana masalah daftar pemilih yang meragukan.
“Bagaimana perkara ini boleh berlaku, seperti kes Mismah dalam masa empat jam sudah bertukar menjadi warga negara dan layak untuk mengundi. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kesilapan teknikal,” katanya.
Pada hal menurut SPR, katanya mereka sentiasa membuat semakan menggunakan Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) untuk mengemas kini daftar pemilih dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kalau kemas kini, kenapa kes Mismah dan yang lain-lain lagi boleh berlaku. Beliau berkata, satu perkara yang pelik apabila SPR turut memotong senarai nama pengundi berumur 90 tahun ke atas yang kesemuanya seramai 12,000 orang jika mereka didapati tidak lagi aktif. “Persoaalannya peraturan mana SPR gunakan sewenang-wenang boleh membuang senarai nama tidak aktif. Bukankah ini bertentangan dengan Perkara 14 Peraturan-Peraturan Pilihanraya 1981?” soalnya. Tambahnya, paling kelakar lagi jika mereka yang nama dipotong datang pada hari pilihanraya, SPR akan membetulkan semula. Soalnya lagi, atas asas apa pula pengundi yang dipotong hendak datang mengundi sedangkan namanya sudah dipotong. “Bukankah ini mendedah kepada penyelewingan untuk hantu-hantu berkeliaran pada hari mengundi?” soalnya. Justeru, ujarnya rakyat mengharapkan SPR jangan menjadi kuda tunggangan Umno. Menurutnya, tipu muslihat akan terdedah satu demi satu, kerana sekarang zaman IT bukan zaman Ashabul Kahfi. Pakatan Rakyat, tegasnya akan menggunakan kepakaran yang ada untuk mendedahkan ketempangan sistem pilihan raya yang berlaku di dalam negara ini kerana BN mengetahui SPR adalah balang oksigen terakhir untuk mereka. |
Umno hilang patriotik mudah beri kerakyatan |
Hazayani Zakaria
|
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pemimpin Umno BN sudah hilang patriotik apabila dengan sewenang-wenangnya memberikan kerakyatan kepada warga asing.
Beliau berkata, sikap tidak patriotik tersebut turut berjangkit kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendaftarkan pemastautin tetap (PR) yang mendapat warganegara sebagai pemilih.
Justeru tegasnya, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar harus dipecat dan seluruh organisasi SPR dirombak sebelum pilihan raya umum ke-13. "Perbuatan memberikan kerakyatan kepada warga asing jelas menunjukkan sikap tidak patriotik pemimpin Umno BN dengan disokong SPR.
"Anggota SPR harus ditamatkan perkhidmatan sebelum PRU ke 13 dan badan bebas perlu ditubuhkan di bawah Parlimen untuk melantik individu yang benar-benar mempunyai kredibiliti untuk menguruskan sistem pilihan raya di nagara ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff - Pengerusi SPR
Sambil melahirkan ras kecewa dengan kenyataan Abdul Aziz bahawa “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih, beliau berkata jelas terbukti terdapat pihak yang cuba 'mengotorkan' daftar pemilih.
"Kenyataan demikian tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pengerusi badan bbas yang ditugaskan untuk memastikan ketelusan sisitem pilihan raya. "Kita sedar berlakunya proses mengotorkan daftar pemilih dengan emmbawa warga asing untuk mengundi," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. Katanya lagi, sistem pilihan raya di Eropah tidak pernah dipertikaikan apatah lagi dicadangkan untuk menggunakan dakwat kekal untuk mengelakkan pengulangan proses membuang undi. "Di negara maju seperti Eropah mereka tak guna biometrik, tak guna dakwat kekal kerana integriti mereka tidak pernah dipertikai. "Di Malaysia rakyat minta guna dakwat kekal sebab tak percaya dengan SPR," katanya. Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Abdul Aziz sekadar menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.
SPR sebelum ini hanya menyalahkan menyalahkan “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.
|
Daftar pemilih: Lain ditanya, lain SPR jawab |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat kecewa dengan jawapan balas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pendedahan mereka bahawa wujudnya penyelewengan dalam daftar pemilih. Exconya, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, jawapan balas Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria bahawa ramai individu yang mempunyai ejaan nama yang sama adalah perkara biasa ibarat "lain biduk lain digalang". Menurutnya yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu, apa yang dipertikai oleh pemuda PAS bukanlah soal ramai yang mempunyai ejaan nama sama, namun yang dipertikai adalah corak perbezaan nombor kad pengenalan mereka yang meragukan.
"Kita tak pertikai soal nama sama, kita tahu nama bukan unik. Kalau ikutkan nama (seperti Timbalan Pengerusi SPR) Wan Ahmad Wan Omar pun ada dua, tapi kita tidak pertikai pun.
"Yang kita pertikai, corak perbezaan no IC mereka yang mempunyai nama sama itu," kata Suhaizan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas penjelasan Kamaruddin semalam yang berkata, nama Azhar bin Ahmad seperti yang didedah pemuda PAS sebelum ini mempunyai 825 nama dengan ejaan serupa. Beliau juga menafikan dakwaan terdapat penyelewengan kerana mereka semua memiliki nombor kad pengenalan berbeza meskipun ejaan nama sama. Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS sebelum ini mendedahkan individu bernama Azhar bin Ahmad memiliki ejaan nama sama, namun perbezaan hanya di dua digit terakhir pada nombor kad pengenalan mereka meragukan dan didaftarkan di dua tempat berbeza dalam Daftar Pemilih SPR. Perbezaan nombor kad pengenalan Azhar bin Ahmad dan maklumat tempat mengundinya adalah seperti berikut: Azhar bin Ahmad MyKad pertama: 680713095049 Lokaliti: Batu 13 Daerah mengundi: Tasoh DUN: Beseri Parlimen: Padang Besar MyKad kedua: 680713095057 Lokaliti: Kg Baru Chuping Daerah mengundi: Sg Buloh DUN: Chuping Parlimen: Padang Besar Mengulas lanjut berhubung perbezaan yang lain, Suhaizan berkata pihaknya mengesan sekurang-kurangnya enam trend perbezaan corak no kad pengenalan. Ianya seperti berbeza pada tahun lahir iaitu dua digit paling awal, bulan lahir, tarikh lahir, kod negeri dan pada dua digit paling akhir. "SPR jangan cepat melatah, kita bukan nak malukan SPR. Kita bangkit soal ini sejak 2007 lagi namun tiada sebarang tindakan proaktif yang dibuat SPR. "Jadi kita tidak ada pilihan, kita dedah kepada rakyat supaya rakyat pula dapat menilai," katanya lagi sebagai menjawab gesaan SPR agar perkara itu dirujuk kepada mereka dan bukan didedah kepada umum. Dari sudut lain katanya, persoalan itu sebenarnya bukan sahaja harus dijawab oleh SPR, tetapi juga oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara JPN kerana data dalam daftar pemilih SPR tersebut adalah dari data JPN sendiri. Bagaimanapun SPR sepatutnya boleh bertindak proaktif jika benar mahu membersihkan daftar pemilih dan bukannya hanya menerima data dari JPN bulat-bulat dan tidak mengendahkan pula pendedahan penyelewengan yang dibuat oleh rakyat. "Sebab itu saya cadang SPR proaktif. Senaraihitamkan nama yang meragukan itu dan semak semula dengan JPN kenapa berlaku seperti itu," katanya. |
JK Khas Parlimen: PAS buat cadangan balas |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat cadangan balas agar Jawatankuasa Khas Pilihanraya dibentuk bagi mengkaji sistem pilihan raya negara agar ia diterima dan diyakini oleh rakyat.
Cadangan ini dibuat beliau untuk memberikan keyakinan kepada rakyat berbanding Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang untuk membaikpulih sistem pilihanraya yang ada yang dianggap tidak bersih dan adil. “Bayangkan lebih separuh daripada anggota dan ketua jawatankuasa ini terdiri daripada manusia-manusia yang merasakan sistem pilihanraya negara ini selama 54 tahun yang lepas adalah bersih, adil dan bebas, apa yang boleh rakyat harapkan daripada jawatankuasa khas ini?” Tuan Ibrahim membuat cadangan ini sebagai reaksi terhadap pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya akan diketuai oleh seorang menteri, lima ahli parlimen BN, tiga dari PR dan seorang ahli bebas. Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim juga menegaskan bahawa tidak dinafikan rata-rata rakyat harapkan jawatankuasa ini akan berjaya mengemukakan satu cadangan konkrit bagi membentuk satu sistem pilihanraya yang bersih dan adil, tapi sebelum itu jawatankuasa ini mestilah ditubuhkan secara seimbang dan adil supaya tidak didominasi mana-mana pihak, pihak pemerintah mahupun pembangkang. “Tanpa penglibatan secara terus Bersih 2.0, ia berupa penghinaan terbaru Nazri terhadap Bersih 2.0, apabila beliau menyoal secara angkuh, “Siapa Bersih?” – susah untuk rakyat untuk menerima bahawa penubuhan jawatankuasa ini sebagai satu tindakan ikhlas daripada Barisan Nasional untuk memulihkan semula sistem pilihanraya negara yang tempang ini "Sebab itulah, satu perubahan terhadap penubuhan jawatankuasa khas parlimen ini harus dibuat agar semua pihak boleh berpuas hati dengan keputusan kajiannya nanti,” kata beliau. Oleh sedemikian, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mencadangkan agar jawatankuasa khas parlimen ini diubah dan dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Reformasi Pilihanraya bagi memberi ruang keanggotaannya lebih terbuka dengan penyertaan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam sistem demokrasi berparlimen ini. “Dicadangkan supaya jawatankuasa yang ditubuhkan ini bukanlah berbentuk jawatankuasa khas parlimen, kerana dalam bentuk ini, ianya akan menyekat keanggotaan pihak lain, seperti Bersih 2.0 dan rakyat biasa yang juga penting dalam proses pembaikan ini,” terang beliau. Dengan melebarkan sayap jawatankuasa ini, kata beliau, maka keanggotaannya lebih terbuka bukan hanya kepada parti- parti politik bahkan ianya boleh disertai bersama oleh badan-badan NGO, Majlis Peguam, dan beberapa individu yang mewakili rakyat biasa yang difikirkan sesuai dan layak. “Perkara yang paling penting dalam penubuhan jawatankuasa khas ini ialah badan ini mestilah diyakini mampu membuat perubahan kepada sistem pilihanraya yang lebih bersih dan adil. Sekiranya ia gagal meyakinkan masyarakat, maka ianya tiada makna ditubuhkan jawatankuasa sedemikian,” tegas beliau. Di samping itu, Tuan Ibrahim juga mencadangkan agar keanggotaan jawatankuasa ini dirombak menjadi 12 orang, dengan 3 ahli parti pemerintah, 3 ahli daripada pembangkang, 3 ahli NGO, satu wakil SPR dan satu wakil JPN dan pengerusi yang dilantik oleh jawatankuasa terbabit mestilah seseorang yang diterima baik dan diyakini oleh semua lapisan rakyat sebagai seorang yang adil dan tegas dalam isu reformasi pilihanraya, seperti wakil dari Bersih 2.0 dan juga Suhakam. “Jawatankuasa ini mestilah diberi tempoh segera, sekurang-kurangnya tiga ke enam bulan bagi menyiapkan cadangan untuk dibahas dan diluluskan di peringkat parlimen. Fokus utama jawatankuasa ini ialah mewujudkan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya di negara ini,” tambah beliau. Menyatakan bahawa kredibiliti SPR dan JPN kini berada pada tahap yang amat meragukan dan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sebagai menghormati hak pengundi-pengundi yang berdaulat, Tuan Ibrahim berkata sepatutnya pilihanraya umum tidak perlu dilaksanakan selagi penambahbaikan sistem pilihanraya ini belum dipulihkan. |
Jika p'raya telus, sudah lama BN pembangkang |
Fakhri Ali |
BUTTERWORTH, 20 Ogos: Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan oleh BN sejak awal lagi sudah menunjukkan ketidakadilan mereka dalam menangani isu pilihan raya. Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Mak Mandin, Butterworth petang semalam. Menurut beliau lagi, dalam pembentukan jawatankuasa tersebut sudah melihat adanya kepincangan, jadi bagaimana untuk mengharapkan suatu keadilan tercapai secara telus. "Mereka ingin bentuk jawatankuasa yang didominasi oleh mereka. Majoriti kuasa ada pada mereka. Suara juga banyak pada mereka. BN ada lima anggota dan PR hanya tiga. NGO yang dicadangkan juga tidak relevan pada mereka. "Pembentukan (jawatankuasa) ini tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya pada awal-awal lagi sudah adanya unsur-unsur tidak telus dalam menangani masalah pilihan raya yang tidak adil dan telus dalam negara. "Selagi SPR diperkudakan oleh Umno dan BN, saya yakin, selagi itulah masalah yang sekian lama dipertikaikan seperti pengundi pos, pengundi hantu dan terkini isu pemilikan Mykad oleh warga asing sebagai pemilih sah," ujarnya lagi. Jelasnya lagi, Umno dan BN tidak akan berani untuk menghadapi pilihan raya secara telus dan adil. Malah katanya, sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara telus BN sudah lama menjadi pembangkang dalam politik negara apabila rakyat menolak mereka melalui keputusan pilihan raya yang bersih. "Namun begitu, adalah sukar untuk merealisasikan pembersihan ini wujud, selagi SPR tidak melepaskan diri mereka dari belenggu parti pemerintah, " tambahnya lagi. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: “Nampaknya mengharapkan kerajaan BN melaksanakan pilihan raya secara bersih seperti meminta sisik daripada ikan keli,” ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar). Justeru, katanya, seperti yang dijangka memang penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen hanyalah gimik untuk menutup lubang kelemahan daftar pemilih yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan jawatankuasa itu sebagai reaksi Pakatan Rakyat meminta beliau mengadakan sidang khas untuk membincang kepincangan dalam daftar pemilih. “Tindakan Datuk Seri Najib seperti kita minta teh tetapi yang diberi ialah kopi,” kata Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya, jika Najib jujur supaya perjalanan pilihan raya bersih dan telus, maka beliau akan menggunakan kuasa yang ada kepadanya untuk menangguhkan pilihan raya sehingga dipastikan daftar pemilih dapat dibersihkan. “Sebaliknya, beliau menyatakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan,” ujarnya lagi. Ketika bercakap kepada media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib berkata PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan. Perdana Menteri berkata, tarikh sebenar bila pilihan raya umum hendak diadakan tiada sebarang kaitan dengan jawatankuasa tersebut, walaupun ia ditubuhkan bagi tujuan menambah baik sistem pilihan raya agar tidak timbul syak wasangka. |
PAS kesal kenyataan PM, mungkin tarik diri |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: PAS hari ini melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa (JK) parlimen khas untuk reformasi pilihanraya sedang bersidang. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu dan berkata ia adalah bukti terhadap sikap sebenar ketidak-ikhlasan BN. Ia juga melambangkan sikap berpura-pura kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.
“Tujuan utama JK Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.
"Apa guna dibentuk JK Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum JK Khas ini menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan Barisan Nasional tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada,” selar Tuan Ibrahim. Perdana Menteri Najib semalam dipetik sebagai berkata bahawa PRU akan datang tiada sebarang kaitan dengan JK Khas parlimen yang bakal ditubuhkan Oktober ini.
“Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am PAS
Murshidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat turut melahirkan rasa terkilannya terhadap kenyataan Najib semalam.
“Sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?” soal beliau. Bagi Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, adalah mustahak untuk rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka kepada sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan. “Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu,” tambah beliau. Kerajaan, kata beliau harus sedar terhadap kemarahan rakyat dan tuntutan yang diadakan dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 baru- baru ini dan dengan sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya akan terus merosot. Sekiranya ini berlaku, tambah Tuan Ibrahim keadaan ini adalah sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri. Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga katanya akan mempercepatkan bantahan rakyat, jesteru menyemarakan semangat untuk himpunan Bersih 3.0 diadakan. “PAS ingin tegaskan kerajaan tidak patut dan sememangnya ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai. Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat,” tegas beliau. Menurut beliau, PAS akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam JK Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna sekiranya ia diadakan setelah Perdana Menteri membuat kenyataan sedemikian. Manakala, pada 24hb Ogos ini juga satu mesyuarat Pakatan Rakyat akan diadakan untuk membincangkan secara serius perkembangan muktahir ini bagi membuat satu keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Najib dan Barisan Nasional untuk melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke 13 yang bakal menjelang. |
JK Khas: Najib hina Parlimen |
Abdul Aziz Mustafa
|
KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghina institusi Parlimen dengan sikap berdolak-daliknya mengenai Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Bila Najib kata pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen itu, ia hakikatnya menghina, memburukkan dan merosakkan institusi Parlimen," tegas beliau. Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, apabila Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan, sepatutnya cadangan jawatankuasa itu didengari dan dihormati bukannya diketepikan begitu sahaja.
"Kenyataan Najib dengan memberi alasan mungkin akan mengambil sedikit masa boleh dianggap bertujuan untuk mengetepikan cadangan jawtankuasa dan terus mengadakan pilihan raya tanpa mengambil kira cadangan jawarankuasa itu.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PMM
"Perbuatan sedemikian bermakna menghina Jawatankuasa Khas Parlimen dan menjadikannya tidak ada harga dan tidak ada nilai. "Itu perbuatan menghina Parlimen," kata Mahfuz. Najib membayangkan kerajaannya hanya sekadar akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang. "Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. "Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," kata Perdana Menteri. Mahfuz menyifatkan dolak-dalik itu membuktikan kerajaan dan khususnya Umno yang diketuai Najib tidak berminat untuk menjadikan pilihan raya negara ini bersih dan adil. "Cadangan Najib mengenai jawatankuasa itu semata-mata mahu merendahkan suhu kemarahan rakyat sahaja. "Bila pihaknya terasa kononnya suhu kemarahan rakyat dapat dikurangkan, Najib akan mengambil langkah untuk membubarkan Parlimen supaya pilihan raya dapat diadakan tanpa mempedulikan sebarang cadangan dan tuntutan supaya pilihan raya dikendalikan dengan adil dan bersih," katanya. Mahfuz mengulangi seruan supaya rakyat bersungguh-sungguh meneruskan usaha menuntut supaya dilaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini. Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) tetap berpendirian penubuhan Suruhanjaya Diraja adalah langkah terbaik untuk membaik pulih sistem pilihan raya di Malaysia.
Beliau berkata, berbanding Jawatankuasa Khas Parlimen yang dicadangkan kerajaan baru-baru ini, Suruhanjaya Diraja boleh disertai oleh banyak pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).
"Kalau Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, ia boleh membabitkan pelbagai pihak, bukan hanya ahli Parlimen sahaja."Jawatankuasa Khas terhad kepada ahli parlimen sahaja, NGO seperti Bersih tak boleh sertai, tak boleh bawa pakar-pakar perlembagaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa (JK) parlimen khas untuk reformasi pilihanraya sedang bersidang, beliau berkata jawatankuasa khas itu tidak membawa sebarang makna. "Bila kerajaan nak tubuh jawatankuasa khas ini (mereka) kena hormatlah. Maksudnya kena tunggu jawatankuasa ini selesaikan perbincangan mereka kemudian mengemukakan cadangan kepada kerajaan dan kerajaan perlu mematuhi cadangan yang dibuat jawatankuasa ini sebagai menghormati Parlimen," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. Namun katanya, kerajaan seolah-olah hanya mahu 'menurunkan suhu politik' yang panas dengan tuntutan rakyat melalui cadangan penubuhan jawatankuasa khas itu. "Bila Najib kata kerajaan tidak terikat dan boleh bubar Parlimen bila-bila masa bermakna jawatankuasa itu hanya ditubuhkan untuk menurunkan suhu politik yang menunjukkan kemarahan rakyat terhadap isu yang berkaitan pilihan raya ini. "Tapi bila tubuh, Parlimen bubar, hilanglah fugsi jawatankuasa itu untuk kemukakan cadangan untuk kebaikan pilihan raya," katanya. Nazri hina Parlimen Sementara itu, beliau turut mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menghina Parlimen apabila mengeluarkan kenyataan mendahului Parlimen mengenai jumlah ahli Parlimen yang akan menganggotai jawatankuasa khas tersebut. "Tak wajar menteri yang menjga hal ehwal Parlimen membuat kenyataan mendahului Parlimen dengan buat kenyataan jumlah anggota jawatankuasa berapa daripada BN dan Pakatan Rakyat. "Dia yang tentukan siapa yang akan menjadi pengerusi.Menteri sendiri menghina dan tidak menghormati Parlimen," katanya. Tambahnya adalah sesuatu yang lucu apabila pihak yang dipertikaikan ketelusannya yang akan menjadi pengerusi jawatankuasa khas yang akan dibawa ke Parlimen Oktober ini.
"Sedangkan yang dipertikaikan dalam sistem pilihan raya ialah kerajaan tapi tiba-tiba kerajaan jadi pengerusi," katanya.
Justeru Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini bagi memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa tersebut atau sebaliknya. |
JK Khas: Pemuda PAS sokong pendirian Pakatan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bertegas tidak akan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen yang dibentuk kerajaan kerana ia sekadar gimik politik Perdana Menteri semata-mata.
Ustaz Riduan Mohd Noor - Ketua Penerangan DPPP
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen yang tidak tertakluk dengan tarikh pilihanraya umum ke 13 tidak akan membawa apa-apa makna terhadap sistem pilihanraya yang sedang dibualkan sekarang.
Katanya, DPPM mahukan kerajaan konsisten terhadap semua 8 tuntutan Bersih dan tidak bersikap retorik dalam menghadapi kemarahan rakyat. “Jika pilihanraya umum dilangsungkan dalam keadaan Jawatankuasa Khas Parlimen tidak sempat membuat apa-apa resolusi, apakah maknanya penubuhan jawatankuasa ini?” soalnya dalam kenyatan kepada Harakahdaily. Ini, katanya lebih membawa maksud penghinaan terhadap Parlimen itu sendiri. Baginya, tidak ada ertinya Pakatan Rakyat (PR) duduk dalam Jawatankuasa Khas Parlimen jika semua tuntutan tidak dilaksanakan dalam PRU ke 13 nanti. DPPM juga, ujarnya mempersoalkan bilakah lagi kerajaan akan melaksanakan reformasi dalam pilihanraya jika pada PRU ke 13 tidak sempat dilaksanakan. “Adakah kerajaan mahu rakyat menunggu sehingga PRU ke 14, atau lebih lama dari itu?” tanya beliau lagi. Ini, tambahnya membuktikan bahawa Datuk Seri Najib sendiri tidak ikhlas dalam melakukan usaha pemulihan sistem pilihanraya. Beliau berkata, Jawatankuasa Khas Parlimen sekadar tempelan bagi mengambil hati rakyat yang masih terluka. DPPM mengingatkan kerajaan bagaimana sistem pilihan raya di Malaysia menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa, ujarnya. Tambahnya, dengan daftar pemilih yang meragukan, pengundi klon dijumpai di mana-mana, pengundi pemastautin tetap yang mendapat hak kewarganegaraan sekelip mata dan diberikan kelayakan mengundi, serta undi pos yang terdedah tembelangnya dengan beberapa siri pendedahan bekas anggota tentera. “Apakah alasan paling konkrit untuk diberikan melainkan reformasi keseluruhan dalam sistem pilihanraya?” soalnya. Kata beliau, rakyat keseluruhannya amat mengharapkan perubahan drastik dan total dalam sistem pilihanraya yang semakin pincang. Menurutnya, sistem pilihanraya di Malaysia sudah tidak dipercayai lagi untuk dijadikan sandaran, menunggu sehingga selepas PRU ke 13 akan menghilangkan kesabaran rakyat. DPPM, katanya bimbang rakyat akan melakukan sendiri reformasi tersebut tanpa menunggu pilihanraya. DPPM juga, ujarnya mengingatkan kerajaan bahawa zaman retorik politik sudah berlalu kerana rakyat semakin cerdik membaca permainan politik BN. “Tiga bulan yang dijanjikan oleh Bersih masih ditagih dan masa semakin suntuk buat kerajaan BN melakukan usaha. “Laksanakan segera reformasi pilihanraya sebelum PRU ke 13 jika tidak mahukan hukuman rakyat dalam Bersih 3.0,” ujarnya. |
P’raya: Mengapa Najib mengalah pada Muhyiddin |
Harakahdaily
|
PETALING JAYA, 23 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya.
YB Nik Nazmi Nik Ahmad - Pengarah Komunikasi PKR
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setiap pelajar undang-undang dan Perlembagaan Malaysia tahu kuasa membubarkan Parlimen adalah tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Mengapa PM harus mengalah kepada TPM dalam hal ini?” soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Katanya, wujud sedikit harapan bahawa PM akan akhirnya menunjukkan kepimpinannya dan menjadikan Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebagai warisannya kepada demokrasi Malaysia tetapi nampaknya harapan tersebut berkecai lagi. “Beza Pakatan dan BN ialah jelas, Pakatan cakap serupa bikin dan BN pula cakap tak serupa bikin,” ujarnya. Pada 15 Ogos, katanya PM menegaskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu dibuat bagi memastikan pilihan raya akan datang akan dijalankan secara bersih dan adil tanpa boleh dipertikaikan mana-mana pihak. Beliau berkata, ini nampaknya ekoran nasihat penasihat-penasihat dan konsultan-konsultan mewah yang dilantik BN yang melihat kesan negatif cara PM menguruskan Bersih 2.0.
YAB Tan Sri Muhyidin Yaasin - TPM
Tambahnya, tetapi penyakit ‘flip-flop’ terus menular dalam Jawatankuasa Pilihan Khas itu apabila Najib tunduk kepada Muhyiddin. |
Pakatan mungkin boikot PSC |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Pakatan Rakyat mungkin memboikot jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya jika perdana menteri dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih enggan bertindak terhadap isu pembersihan daftar pemilih yang dibangkitkan mereka.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS di sini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka memberi peluang sehingga awal Oktober depan sebelum memutuskan menyertai atau memboikot jawatankuasa tersebut.
Katanya, Ini kerana sehingga kini Datuk Seri Najib dan SPR gagal membuktikan komitmen dan kesungguhan mereka untuk melakukan pembaharuan pilihan raya.
Malah katanya, kedua-duanya seperti tidak serius dengan penubuhan jawatankuasa khas tersebut apabila masing-masing mengeluarkan kenyataan bahawa pilihan raya umum ke-13 dan SPR tidak tertakluk kepada keputusan jawatankuasa tersebut. "Mula-mula kita alu-alukan (penubuhan jawatankuasa ini), namun kenyataan perdana menteri (bahawa pilihan raya boleh diadakan tanpa menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen) dan kenyataan pengerusi SPR bahawa mereka tidak terikat dengan keputusan jawatankuasa itu, telah mengubah pendirian kita. "Kita belum buat sebarang keputusan untuk memboikot tetapi menjelaskan bahawa kerajaan perlu menunjukkan niat baik dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengambil tindakan segera, dan PM menunjukkan beliau serius dengan menjamin pilihan raya hanya akan diadakan selepas SPR telah mengambil langkah sewajarnya," katanya. Beliau turut merujuk kepada beberapa gesaan yang dibuat pelbagai pihak berhubung isu pembersihan daftar pemilih khususnya pendedahan pemberian taraf warga negara kepada penduduk tetap demi kepentingan politik pihak tertentu. "Kita lihat mereka menggumumkan jawatankuasa khas parlimen ini hanya untuk melengahkan tindakan untuk membaiki sistem pilihan raya," katanya yang juga Ketua Umum PKR. Turut serta pada sidang media itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Tidak serius, dolak dalik Sementara itu, Mohamad Sabu berkata, SPR sebenarnya mempunyai kuasa untuk melakukan pembaharuan pilihan raya tetapi berdolak dalih berhubung kuasa mereka. "SPR kata mereka tidak ada kuasa seperti dalam forum bersama Datuk Ambiga baru-baru ini. Tapi sekarang kata ada kuasa sendiri (tak perlu tertakluk kepada jawatankuasa khas parlimen). "Mereka sebenarnya ada kuasa untuk membersihkan daftar pemilih, melaksanakan dakwat kekal, dan tempoh kempen lebih lama. "Semua ini boleh dilakukan kalau dia nak, cuma dia berdolak dalih," katanya. Katanya, semua tuntutan itu boleh dibuat SPR tanpa memerlukan pembentukan jawatankuasa khas parlimen yang dijangka dibentuk pada sidang parlimen Oktober ini. |
|
Dakwat kekal: Jangan peristiwa 2008 berulang |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengalukan hasrat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
Suhaimi Abdul Aziz - Timbalan Ketua DPPWP
Bagaimanapun, timbalan ketuanya, Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasrat itu jangan hanya sebagai menyedapkan hati rakyat sahaja seperti berlaku pada PRU ke-12 pada tahun 2008 dahulu.
"DPPWP mengingatkan SPR agar jangan peristiwa tahun 2008 dahulu berulang di mana penggunaan dakwat kekal gagal dilaksanakan meskipun ianya telah diwar-warkan akan digunakan pada PRU ke 12. "Pelbagai helah dan alasan digunakan bagi menutup kelemahan mereka dalam melaksanakan sistem ini. Hakikatnya, dakwat kekal masih gagal dilaksanakan dan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi perbualan rakyat Malaysia ketika ini,' katanya. Beliau mengulas pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa sistem biometrik yang dipersetujui kerajaan untuk digunakan pada PRU akan datang lebih banyak masalah berbanding jika menggunakan dakwat kekal. Sambil menyokong kajian penggunaan dakwat kekal yang dibuat dengan terperinci oleh SPR, biliau berkata tindakan itu walaupun dilihat tradisional dan tidak menggunakan teknologi canggih, tetapi ia mampu menyelesaikan segala persoalan pengundi bertindih atau pengundi yang mengundi berulang. Menyifatkan ianya sesuai di semua tempat sama ada di bandar atau di ceruk kampung, kos penggunaan dakwat kekal juga jauh lebih murah dari sistem biometrik. "Bagaimana jika ianya digunakan di kawasan pedalaman yang tidak ada akses internet, sudah pasti biometrik tidak boleh digunakan kerana tidak boleh online dengan sistem." katanya lagi. Lebih dari itu ujarnya, sistem biometrik tidak mampu menyelesaikan masalah pengundi klon atau bertindih kerana mereka ini masih valid dalam sistem walaupun mengundi berkali-kali. "Setidak-tidaknya, penggunaan dakwat kekal boleh selesaikan satu daripada beberapa isu terhadap sistem pilihanraya di Malaysia dan boleh meredekan seketika suhu kemarahan rakyat. Selebihnya, SPR perlu berusaha keras memenuhi semua tuntutan BERSIH bagi memastikan pilihanraya umum ke 13 nanti benar-benar adil dan bersih dari sebarang penipuan," tegasnya. |
Buang biometrik, guna dakwat kekal |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sistem biometrik banyak kelemahan berbanding dakwat kekal membuktikan pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini adalah tepat. Exconya, Suhaizan Kaiat berkata, PAS sudah lama membangkitkan perkara itu dan kini ianya diakui sendiri oleh SPR. "Kita sebut benda ini awal-awal dulu lagi bahawa waktu sekarang memang tidak sesuai untuk laksanakan biometrik. "Akhirnya SPR sudah memahami selepas mereka membuat simulasi," katanya kepada Harakahdaily. Semalam, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik. Tambahnya lagi, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan. Ianya termasuklah tidak mampu mengesan undi dua kali bagi mereka yang mempunyai dua kad pengenalan dan menyulitkan proses semasa pembuangan undi. Selain itu, SPR juga turut mengakui bahawa sistem biometrik sangat mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dipersiapkan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan cepat. Mengulas perkara itu lebih lanjut, Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Mobilisasi & Demokrasi Dewan Pemuda PAS berkata kenyataan pengerusi SPR itu memberi gambaran jelas bahawa dakwat kekal adalah terbaik buat masa ini. "Sebelum ini SPR akui ada pengundi klon, sekarang akui biometrik tak boleh halang undi dua kali jika ada dua kad pengenalan. "Jadi saya harap kembali kepada gesaan kita selama ini untuk guna dakwat kekal yang terbukti boleh selesai masalah tersebut," ujarnya lagi. Sehubungan itu juga gesanya, SPR perlu menggunakan masa yang ada sebelum PRU ke-13 ini untuk memastikan dakwat kekal dapat digunakan pada pilihan raya nanti. Ianya termasuklah bersedia untuk menggesa kerajaan melakukan pindaan perlembagaan pada sesi persidangan Dewan Rakyat Oktober ini. |
Pakatan mungkin boikot PSC
Senjata doa atasi muslihat BN guna projek IC |
M Faqih |
KOTA BHARU, 27 Ogos: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya. Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih. Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah. Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat. Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan. Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.
Al Mursyidul Am
Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990. “Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.
Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.
Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala. Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa. Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar. “Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya,” ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan. Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur.
Ustaz Idris Ahmad - Ketua Jabatan Tarbiyah PAS Pusat
Presiden PAS
Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddi Aman Razali.
|
Dr Khairuddin Aman Razali - SU DUPP
Dakwat kekal tidak jamin pilihan raya bersih |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak menjamin pilihan raya yang bersih dan adil selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Bersihkan daftar pemilih dahulu selepas itu baru laksanakan penggunaan dakwat kekal dan apa sistem sekalipun untuk memperbaiki sistem pilihan raya negara ini. "Jika daftar pemilih tidak bersih, penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda tidak banyak membantu," katanya. Menurut Mahfuz, walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengakui bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda tidak sebanyak masalah yang ditimbulkan penggunaan sistem biometrik, tetapi perkara itu boleh diberikan perhatian selepas daftar pemilih dibersihkan dahulu. "Selagi daftar pemilih tidak dibersihkan, tidak banyak faedahnya jika sistem yang tidak bermasalah sekalipun digunakan untuk mengelakkan pengundian berganda," katanya. Beliau bersetuju dengan cadangan seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub supaya daftar pemilih diaudit oleh badan audir bebas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa. "Daftar pemilih perlu disemak habis-habisan, berapa nama bertindan, berapa nama mereka yang status kewarganegaraannya dipertikaikan, berapa pengundi yang sebenarnya tidak wujud dan banyak lagi keraguan lain yang perlu dibersihkan dalam daftar pemilih," katanya. Mahfuz melihat kemasukan mereka yang mempunyai status kewarganegaraan yang meragukan dalam daftar pemilih sengaja dibuat untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan daftar pemilih diselewengkan bagi kepentingannya. Dengan penggunaan warga asing, katanya, mungkin tidak perlu lagi diupah "hantu" yang boleh mengundi berkali-kali untuk memenangkan parti yang mempunyai kuasa ke atas pihak yang mengendalikan pilihan raya. Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini. Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5170-dakwat-kekal-tidak-jamin-pilihan-raya-bersih
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5239-warganegara-segera-lebih-bahaya-dari-komunis
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5244-lupa-praya-bersih-dek-putar-belit-isu-sejarah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5295-dakwat-kekal-kabinet-setuju-nazri-kata-tidak-tahu
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6484-dakwat-kekal-tak-perlu-pinda-perlembagaan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6545-boleh-guna-dakwat-kekal
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/6579-pru-spr-patut-ingatkan-najib
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6760-jangan-sampai-dikata-spr-jpn-bela-hantu
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6796-pas-persoal-pengundi-pos-titiwangsa-ditambah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6828-tunggu-fatwa-dakwat-kekal-hanya-dalih-spr
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6899-tugas-spr-bukan-sekadar-bersih-daftar-pemilih
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6902-dakwat-kekal-jangan-hanya-janji-kosong
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7118-dakwat-kekal-jangan-ada-halangan-seperti-2008
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7386-perlu-perubahan-menyeluruh-bukan-hanya-dakwat-kekal
Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub. "Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera. Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong. Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera. Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini. PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13. Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor. Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang. Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen. Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5239-warganegara-segera-lebih-bahaya-dari-komunis
Lupa p’raya bersih dek putar belit isu sejarah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Sept: Kehangatan dan pasca Bersih 2.0 yang menjadi agenda perbualan rakyat semakin tenggelam dek isu sejarah yang diputar belit oleh media. Justeru, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan (gambar) berkata, dalam kehangatan masyarakat berbincang soal siapa pejuang dan petualang negara, maka pelbagai natijah dan kesan yang timbul. Katanya, secara umumnya ia dilihat positif kerana telah membuka ruang dan minda masyarakat untuk membelek semula sejarah perjuangan kemerdekaan negara. Menurutnya, namun hakikat yang lebih besar ialah, sejarah sudah tidak boleh diubah dan sejarah tidak pernah menipu manusia. Tambahnya, penipu dan penyeleweng hanya datang dari mereka yang berkepentingan bagi mendapatkan sokongan moral dan simpati politik tertentu,” katanya. Beliau berkata, media cetak dan elektronik digunakan semaksimanya bagi mempertahankan sejarah yang dilukis oleh pihak pemerintah, walaupun pelbagai keraguan yang timbul di dalamnya. “Perkara pokok di sebalik isu ini ialah masyarakat beralih arah untuk berbincang pasal masa belakang, tidak lagi masa depan. “Masa depan yang dimaksudkan ialah kehangatan dan pasca himpunan Bersih 2.0 yang menjadi agenda perbualan rakyat baru-baru ini semakin tenggelam dek kerana isu sejarah yang diputar belit oleh media,” ujarnya. Ujar beliau, persoalan masa depan negara bergantung kepada ketelusan dan keadilan sistem demokrasi yang dilakukan. Katanya lagi, banyak kepincangan dan kelompangan sistem yang didedahkan oleh pelbagai pihak yang masih belum dijawab dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab. Beliau menambah, peri pentingnya soal demokrasi adalah suatu kayu ukur bagaimana corak dan budaya pemerintah yang akan dipilih oleh rakyat sama ada meneruskan legasi yang penuh kepincangan atau berubah kepada arena politik baru. Jelasnya, masa depan negara ditentukan atas perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil. “Mungkin pada waktu ini pihak SPR boleh menarik nafas panjang dan lega di dalam kekalutan orang beralih dan berbincang isu sejarah, bukan lagi soal pilihan raya,” katanya. Maka, ujarnya perlu diberikan perhatian juga kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang diwakili oleh parti pemerintah, pembangkang dan bebas. “Sejauh mana keberkesanan dan kemampuan jawatankuasa ini membuat transformasi terhadap pilihan raya di Malaysia ini juga perlu dinilai bukan bukan hanya menjadi modal politik untuk menunjukkan keseriusan kerajaan dalam soal penambahbaikan sistem pilihan raya,” ujarnya. Beliau berkata, daftar pemilih, kempen, kebebasan media dan pelbagai lagi isu berkaitan pilihan raya dan masa depan negara perlu diberikan perhatian semula. “Dibimbangi jika kita tercampak dengan lubang yang dibuat untuk menimbus lompang yang lain, maka sampai bilapun kita akan tertipu dengan permainan licik politikus yang berkuasa,” katanya. Justeru, tambah beliau mahasiswa bimbang terhadap masa depan negara akan ditentukan oleh warga Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan Thailand jika senarai daftar pemilih tidak dibersihkan. Katanya, berbincang soal sejarah perlu untuk dijadikan sempadan, berjuang untuk masa depan juga penting untuk kelangsungan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5244-lupa-praya-bersih-dek-putar-belit-isu-sejarah
Dakwat kekal: Kabinet setuju, Nazri kata tidak tahu |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Kabinet telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut laporan sebuah akhbar bahasa Cina. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai keputusan seumpama itu. Memetik sumber, laporan akhbar Sin Chew Daily hari ini menyebut, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam, lapor Malaysiakini. Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda. Ketika dihubungi hari ini, Nazri berkata: "Saya juga tak tahu." Beliau menjelaskan bahawa keputusan kabinet adalah untuk menyerahkan kepada Jawatankuasa Khas Pilihan Raya memutuskan semua isu yang berkaitan dengan reformasi pilihan raya. Sebelum ini, Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa semua cadangan berhubung reformasi pilihan raya perlu dibincang dan diputuskan oleh jawatankuasa khas berkenaan. Jawatankuasa khas itu yang akan dibentuk dalam sidang parlimen akan datang - mulai 3 Oktober ini - dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bulan lalu ekoran tekanan pembangkang dan pertubuhan sivil untuk reformasi sistem pilihan raya. Pembangkang masih belum memutuskan sama ada akan menyertai jawatankuasa khas itu, dan mendakwa Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk reformasi pilihan raya. Menjelang pilihan raya umum 2008, SPR pernah membuat pengumuman akan menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda namun ia dibatalkan kemudiannya. Difahamkan, arahan pembatalan itu dibuat oleh kerajaan BN pimpinan Umno walaupun pengumumannya dibuat oleh Pengerusi SPR ketika itu. Baru-baru ini, Bersih 2.0 mengumumkan antara tuntutan badan itu adalah penggunaan dakwat kekal di samping tujuh lagi tuntutan. Pengerusi SPR pula mengumumkan, penggunaan dakwat kekal lebih realistik untuk mengelakkan pengundian berganda berbanding dengan sistem biometrik yang dicadangkan kerajaan. Ekoran pengumuman itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali bersetuju jika SPR ingin menggunakannya dalam pilihan raya ini tetapi mengingatkan ini hanya satu dari lapan tuntutan Bersih yang turut disokong PAS. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5295-dakwat-kekal-kabinet-setuju-nazri-kata-tidak-tahu
Dakwat kekal tak perlu pinda perlembagaan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Nov: Pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari berkata, penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya boleh dilakukan tanpa pindaan Perlembagaan Pesekutuan.
Prof Dr Abdul Aziz Bari - Pensyarah UIAM
Menurut Abdul Aziz yang juga Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pendiriannya itu berdasarkan perinsip 'jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan'. “Dalam undang-undang, cukup mudah; jika tiada yang menghalang, ia adalah sah dan dibenarkan. Malah, pelajar undang-undang tahun satu juga tahu hal itu,” kata Abdul Aziz dipetik Malaysiakini. Beliau juga dilapor berkata, tidak timbul kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika dakwat kekal diperkenalkan tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan. Katanya, beliau tidak tahu dari mana ahli Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) bagi pembaharuan sistem pilihan raya, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad mendapat tanggapan itu. Sebaliknya, kata Abdul Aziz, pandangan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan dan presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee bahawa perlembagaan tidak perlu dipinda bagi penggunaan dakwat kekal adalah betul.
Datuk S. Ambiga - Pengerusi Bersih 2.0
“Ambiga dan Lim adalah betul: tak perlu pinda perlembagaan. Malah, saya katakan saya pasti 100 peratus, tak perlu pinda. Lim Chee Wee - Presiden MPM “Seperkara, adakah terdapat sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang penggunaan dakwat kekal? Semalam, semasa pendengaran awam, Mohd Radzi dilaporkan berkata kemungkinan keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah jika sistem itu diperkenalkan tanpa meminda perlembagaan persekutuan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6484-dakwat-kekal-tak-perlu-pinda-perlembagaan
Boleh guna dakwat kekal |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini bahawa dakwat kekal boleh digunakan pada pilihan raya umum nanti.
Tan Sri Abdul Gani Patail - Peguam Negara
Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas itu, Datuk Seri Maxmus Ongkili.
YB Datuk Seri Dr Maximus Ongkili - Pengerusi PSC
Katanya, Peguam Negara memberitahu bahawa cukup sekadar pindaan kepada peraturan pilihan raya tanpa perlu meminda perlembagaan. Jelasnya kepada media, ia boleh dilakukan melalui dua cara sama ada meminda peraturan ataupun perlembagaan. Penggunaan dakwat kekal merupakan satu daripada tuntutan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6545-boleh-guna-dakwat-kekal
PRU: SPR patut ingatkan Najib |
Subky Latif |
REAKSI Timbalan Pengerusi SPR terhadap kemungkinan Pulau Pinang dan lain-lain negeri Pakatan Rakyat tidak mengadakan PRU serentak dengan PRU 13 ialah ia akan melibatkan perbelanjaan yang lebih besar. Ia akan tambah membebankan kewangan negara. Lalu dia memuji kerajaan PAS Kelantan kerana tidak pernah mengadakan pilihan raya negeri yang berlainan dengan PRU. Kesedaran SPR tentang beban kewangan dan beban kerja yang bertambah bagi SPR kerana mengendalikan satu lagi pilihan negeri pula adalah sikap prihatin yang munasabah. Adalah wajar jika pilihan raya iu diadakan serentak. Tetapi pandangan SPR itu tidak wajar dituju atau disalahkan kepada kerajaan Pulau Pinang saja. Ia wajar diingatkan sama kepada Perdana Menteri yang ada kuasa bagi mengadakan pilihan raya bila-bila yang dia suka. Zaman bagi Perdana Menteri membuli parti-parti minoriti sudah berakhir. Tidak wajar lagi Perdana Menteri boleh menggunakan kuasa mutlaknya tanpa memikirkan keselasaan pihak lain. Kerajaan Pulau Pinang tidak sengaja mahu membebankan kerja SPR dan bukan ia tidak sedar akan kesan kewangannya, tetapi ia hanya diadakan di waktu yang berbeza kiranya Perdana Menteri tidak mengambil kira waktu matang penggal pilihan raya itu. Tempoh matanya lima tahun. Maka waktu yang terbaik ialah masuk tahun terakhir atau lebih tepat menjelang tamat tempoh penggalnya. Kecuali berlaku kejadian yang yang tidak diduga seperti rampas kuasa di Perak dua tahun lalu, maka munasabah pilihan raya tergempar diadakan bagi menentukan supaya yang berkuasa ialah pihak majoriti yang ditentukan rakyat. Tetapi setiap Perdana Menteri yang sombong tidak pernah memikirkan keselesa orang lain. Justeru dia diberi kuasa, maka dia suka menggunakan kuasanya. Kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Dato Asri dulu dan yang dipimpin oleh ulama sejak 21 tahun dulu tidak pernah tidak serentak dengan PRU ialah ia cukup tenaga dan keupayaan untuk mencabar kuasa Perdana Menteri. Jika ia mengadakan pilihan raya bersendirian sedang ia bukan parti yang disokong oleh kerajaan pusat, ia tidak terdaya untuk menghadapi tumpuan serangan kerajaan pusat dan tenaga parti BN yang dikerah dari seluruh negara. Sama ada Kelantan suka atau tidak suka, ia terpaksa terima hakikat keupayaannya. Dengan pilihan raya serentak, ia dapat mengurangkan kesan tekanan musuh politik. Tetapi dalam suasana Pakatan Rakyat berkuasa di empat buah negeri dan ia mempunyai sokongan yang menggalakkan di beberapa negeri yang dikuasai BN, maka ia mampu bersaing dengan penyokong Perdana Menteri. Malah tindakan yang demikian adalah bagi mencabar Perdana Menteri yang sombong supaya tidak bongkak dengan kuasa sendiri. Kuasa itu adalah sepatutnya diguna seadilnya, bukan untuk membuli seteru politik yang tidak kuat. Tentang SPR terpaksa menghadapi beban kerja bertambah, ia adalah tanggungjawab yang SPR terpaksa pikul. Ia ditubuhkan untuk menguruskan pilihan raya, maka ia mestikan bersedia menghadapinya dalam apa keadaan sekali pun. Sekarang SPR jangan bangkit soal kewangan sebagai bahan propaganda UMNO dan Perdana Menteri. Individu di SPR sebagai rakyat boleh menimbulkannya betapa bertambah beban yang bakal ditanggung rakyat. Tetapi ia tidak ditumpukan pihak yang mencabar saja. Ia juga perlu ditujukan kepada pemegang kuasa supaya tidak lagi bersikap zalim terhadap pelanggan SPR yang lain. SPR wajar menjadi penasihat yang baik kepada Perdana Menteri. Ingatkan dia beban dan risiko yang bakal dihadapi kira PM terus berbangga dan sombong dengan kuasa mutlak yang ada padanya. Perdana Menteri tidak lagi boleh sesuka hati untuk mengadakan pilihan raya mengejut. Dia mesti meninjau pandangan pelanggan SPR yang lain yang ada kuasa dalam perkara itu. Jika Perdana Menteri juga prihatin tentang kewangan negara, maka ia mesti adil dalam menggunakan kuasa dan haknya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/6579-pru-spr-patut-ingatkan-najib
Jangan sampai dikata SPR, JPN bela ‘hantu’ |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui Lajnah Mobilsasi Rakyat mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka. Pengerusi Lajnah Pekerja dan Profesional Muda Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Ghazali Hasbullah berkata, jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno BN. “Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR. “Bukti yang bagaimana lagi yang diperlukan oleh SPR dan JPN?” ujarnya dalam satu kenyataan. Sehingga kini, katanya SPR telah mengiktiraf kenyataan PAS bahawa wujudnya pengundi hantu. Pengiktirafan itu, ujarnya dibuktikan melalui pendedahan nama-nama meragukan yang bukannya seorang dua, tetapi sehingga lebih 60,000 nama. Menurutnya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan. “Namun, sehingga kini, kita menyedari bahawa ini hanyalah tindakan yang sekadar ingin melepaskan jerut di tengkuk bahkan ianya acuh tidak acuh,” katanya lagi. Tambahnya, terdapat beberapa sudut tindakan yang hanya dengan itu membuktikan SPR telus dan benar-benar menegakkan demokrasi di dalam negara. “Nama-nama yang disiarkan, mempunyai rekod alamat tempat tinggal. “Mengapakah tiada agensi, baik SPR, mahupun JPN melakukan penjejakan terhadap mereka ini?” soalnya. Ini, ujarnya adalah suatu kesalahan jenayah, kerana memalsukan maklumat diri seseorang warganegara. Beliau berkata, sebelum mereka mendaftar sebagai pengundi, ‘hantu-hantu’ itu perlu mempunyai kad pengenalan yang berasingan supaya dapat didaftar sebagai pengundi kedua atau berganda. Ujarnya lagi, penghasilan kad pengenalan ini dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara dan rekod petugas yang mendaftar mereka di kaunter ada di dalam simpanan JPN. Maka, soalnya mengapa petugas-petugas yang mendaftar itu tidak disoal siasat. Bahkan, katanya jika didapati bersalah, mereka perlu ditangkap dan dibicarakan kerana mencemarkan institusi demokrasi negara dan secara lebih jelas, memperjudikan keselamatan negara kita. Katanya, pihak PDRM perlu menahan ‘hantu-hantu’ itu kerana mereka telah menipu kesemua rakyat negara ini dan memperjudikan keselamatan negara. Setelah siasatan dibuat, katanya pendedahan siapakah yang merupakan dalang utama ini pendaftaran haram hantu-hantu ini perlu dibuat. “Dalang-dalang ini perlu disiarkan muka mereka dikaca televisyen, dituntut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan. “Pihak SPRM juga perlu melihat kes ini dengan lebih kritis kerana mungkin membabitkan salah guna kuasa pihak SPR atau JPN,” ujarnya. Sepatutnya, kata beliau tindakan diatas perlu dikoordinasikan oleh pihak SPR jika benar-benar ingin melihat demokrasi negara ini menjadi bersih dan adil. Tambahnya, jika tindakan-tindakan itu tidak diambil, maka ternyata, SPR bahkan JPN memang dianggap hendak membela ‘hantu-hantu’ itu atas sebab-sebab menjaga kepentingan ahli politik dan parti pemerintah kerana SPR dan JPN adalah dilantik oleh pemerintah BN yang zalim. “Kami memperingatkan SPR dan JPN, supaya harta yang mereka cari, demi menjaga kerajaan BN serta diri mereka sendiri tidak menjadi bahan bakar api neraka di akhirat nanti,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6760-jangan-sampai-dikata-spr-jpn-bela-hantu
PAS persoal pengundi pos Titiwangsa ditambah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Nov: PAS kawasan Titiwangsa mempersoal tindakan kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa telah membuat penambahan pengundi pos di Parlimen Titiwangsa yang kini berjumlah 1,100 orang. Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya kawasan itu, Khairul Anuar Abdul Manap, penambahan itu didakwa berlaku bagi tahun 2011 untuk suku tahun kedua dan ketiga. Dalam data bagi daftar pemilih suku ketiga tahun 2011, jelasnya seramai 51 pengundi baru didaftarkan sementara pengundi yang berpindah masuk ke Parlimen Titiwangsa sebanyak 471 orang. "Dalam senarai daftar pemilih yang terbaru pula, didapati ada pertambahan empat kem tentera baru. Salah satunya adalah 93 Semboyan DiRaja yang dipindahkan daripada Parlimen Setiawangsa. "Didapati seramai 152 orang pengundi telah dipindah masuk ke kem tersebut, manakala bagi 72 KN Semboyan DiRaja, pengundi baru yang berpindah masuk seramai 57 orang. "Cawangan Siasatan Jenayah KPTD pula mencatatkan perpindahan masuk ke Parlimen Titiwangsa seramai 61 orang, dan 104 Kompeni KPTD seramai 255 orang. Sehubungan itu, PAS Titiwangsa ujarnya mahu kerajaan menjelaskan apakah rasioanalnya kem 93 Semboyan DiRaja Setiawangsa dipindah masuk ke Parlimen Titiwangsa. "PAS Titiwangsa mengesyaki pertambahan undi pos di Parlimen Titiwangsa menunjukkan seolah-olah ada usaha secara halus dan terancang untuk merampas kerusi Parlimen Titiwangsa secara mudah", katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6796-pas-persoal-pengundi-pos-titiwangsa-ditambah
Tunggu fatwa dakwat kekal hanya dalih SPR |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 2 Dis: Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata alasan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bersedia menggunakan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang tetapi perlu menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan adalah satu yang aneh. Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, sedangan pada tahun 2008 penggunaan dakwat kekal telah diluluskan malah telah mempunyai kelulusan daripada Majlis Fatwa. "Alasan SPR itu satu yang aneh serta menunjukkan sikap dolak dalik mereka untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum yang akan datang. "Selain itu juga ia mempunyai motif tersendiri untuk cari alasan agar penggunaan dakwat kekal tidak dilaksanakan, kenapa kena tunggu kelulusan dari Majlis Fatwa sedangkan pada tahun 2008 sebanyak RM2.4 juta telah dibelanjakan untuk membeli dakwat kekal. "Malah kelulusan Majlis Fatwa sudah diperolehi tetapi mereka mencipta alasan lain untuk menolak penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya tahun 2008," jelasnya. Dalam pada itu Saifuddin memberitahu, SPR tidak perlu membangkitkan hal-hal sedemikian kerana perkara itu telah dibincangkan semasa pendengaran awam Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC). "Perkara tersebut telah dibincangkan semasa pendengaran awam PSC yang turut dihadiri Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan ia tidak perlu timbul sekarang. "Nampaknya SPR tidak bersedia untuk melaksanakannya serta menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil," ujarnya. Tambahnya lagi, desakan yang dilakukan oleh Bersih 2.0 dan juga Pakatan Rakyat telah menunjukkan hasil yang baik di mana sewaktu perbahasan laporan awal cadangan PSC di Dewan Rakyat semalam menunjukkan cadangan pertama penambahbaikan pilihanraya adalah penggunaan dakwat kekal. "Persetujuan telah diperolehi dan perbahasan semalam juga telah meluluskan apa yang dicadangkan oleh PSC jadi kenapa SPR ingin berdolak dalik. "Pakatan Rakyat mendesak agar SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum ketiga belas nanti (PRU13) dan apa yang dibincangkan semasa pendengaran awam PSC, SPR hanya memberitahu memerlukan dua bulan untuk proses tempahan dan pembelian dakwat kekal. "Pakatan Rakyat berpendapat alasan itu cukup aneh dan tidak boleh diterima pakai," sambungnya lagi. Sebelum itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang tetapi akan menunggu kelulusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah Setiausaha SPR, Kamaruddin Ahmad Baria memaklumkan bahawa mereka sedia menggunakan dakwat kekal dan sedang menunggu kelulusan terakhir daripada Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memastikan bahan yang digunakan dalam dakwat itu mematuhi kehendak syariah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6828-tunggu-fatwa-dakwat-kekal-hanya-dalih-spr
Tugas SPR bukan sekadar bersih daftar pemilih |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Biarpun menyambut baik jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan nama pemilih yang sudah meninggal, namun bagi Dewan Pemuda PAS Pusat, banyak lagi penambahbaikan yang perlu dilakukan suruhanjaya itu. Ketuanya, Nasruddin Hassan (gambar) berkata, tindakan kecil SPR itu hanya salah satu daripada tuntutan banyak pihak yang mahu melihat proses pilihan raya di negara ini berlangsung dengan bebas dan adil. "Masih banyak perkara yang perlu dilakukan termasuklah membersihkan daftar pemilih dari nama yang bertindan atau yang memiliki nama dan nombor kad pengenalan hampir serupa dan mencurigakan, membersihkan senarai nama yang berkod 71 dimana jumlahnya yang terlalu ramai dan mencurigakan tanpa klasifikasi yang jelas menunjukan maklumat pemilih yang tepat, membersihkan senarai nama pemilih yang terdapat di dalam dua daftar iaitu daftar pemilih biasa dan satu lagi tersenarai sebagai pengundi pos," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas jaminan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar bahawa daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itudalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang adalah daftar pilihan raya yang bersih. Malah katanya akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia. Mengulas lanjut beliau berkata, SPR juga mestilah turut sama memberi jaminan mereka untuk melakukan pembersihan pada sistem dan kaedah pengendalian pilihanraya agar tidak menimbulkan kesangsian dan kecurigaan ketara. Ianya sekaligus menjamin ketelusan dan keadilan dalam pengurusan pilihanraya. "Antaranya penggunaan dakwat kekal yang dituntut oleh rakyat bagi memastikan pengundian berlangsung dengan telus dan meyakinkan, pemansuhan undi pos," katanya lagi. Tanggungjawab memastikan berlangsung satu pilihanraya yang baik, adil dan telus katanya tidak sahaja terletak pada bahu SPR atau JPN tetapi juga kerajaan yang memerintah mesti mempunyai komitmen yang tinggi dan meyakinkan dengan satu tindakan yang benar-benar berkesan seperti membenarkan semua parti politik yang menyertai pilihanraya berkempen menggunakan televisyen sebagaimana yang dinikmati hanya oleh Umno dan BN sebelum ini. "Pilihanraya bukan sekadar daftar pemilih. "Pilihanraya yang adil dan telus bermula dengan kebebasan parti politik untuk berkempen tanpa dikekang oleh peraturan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan semangat demokrasi yang dianut oleh Umno dan BN sendiri seperti RUU Perhimpunan Aman, AUKU bagi golongan mahasiswa, [walaupun telah dipinda beberapa perkara tetapi masih terdapat beberapa perkara yang masih ditakuk lama.] Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak dan lain - lain yang tidak menepati semangat demokrasi apatah lagi perkara yang bertentangan dan bercanggah dengan syariat Islamiah seperti penipuan, sogokan, ugutan, tekanan dan 1001 perkara yang negatif," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6899-tugas-spr-bukan-sekadar-bersih-daftar-pemilih
Dakwat kekal: Jangan hanya janji kosong |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal bagi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Sdr Mohammad Suhaimi Abdul Aziz - TKP DPPWP
Timbalan Ketua DPPWP, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mengharapkan penggunaan dakwat kekal akan direalisasikan pada PRU ke-13, dan tidak tinggal sekadar janji kosong sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008 lalu. “DPPWP berpendapat, penggunaan dakwat kekal amat relevan dan perlu digunakan sekarang,” katanya. Menurutnya, dengan pelbagai isu yang berlaku yang menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia seperti pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan, kad pengenalan bertindih atau klon, pengundi dari kalangan warganegara asing, pengundi yang tidak dapat dikesan dalam Jabatan Pendaftaran Negara tetapi wujud di SPR, pengundi yang sudah mati kembali turun mengundi serta lain-lain lagi, nampaknya SPR tidak boleh berdalih lagi untuk mengelakkan dari menggunakan dakwat kekal. Bagi DPPWP, katanya SPR tidak perlu berlengah masa untuk melaksanakan sistem itu kerana ia tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Tambahan pula, katanya penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini. Selain itu, ujarnya DPPWP meminta SPR agar membersihkan segera senarai daftar pemilih seperti telah diumumkan oleh SPR semalam. Selama ini, kata beliau senarai daftar pemilih di Malaysia menjadi pertikaian banyak pihak yang mendapati banyak kepincangan yang timbul. Beliau berkata, ia juga menjadi hasrat seluruh rakyat yang mahukan sistem pilihanraya di Malaysia ke-13 nanti adalah yang terbaik dan paling bersih dalam sejarah. Untuk itu, tambahnya SPR perlu bersikap adil pada semua pihak tanpa membezakan antara parti pemerintah mahupun pembangkang. Akhirnya, ujar beliau SPR perlu buktikan PRU ke 13 nanti adalah pilihanraya yang adil dan telus dan boleh dipercayai bukan sahaja terhadap warga tempatan malah terhadap masyarakat antarabangsa. “Semua ini perlukan pengorbanan dan kejujuran, kerana keadilan tidak boleh ditegakkan pada sebuah sistem korup yang tempang dan pincang, yang penuh didalamnya unsur penipuan,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6902-dakwat-kekal-jangan-hanya-janji-kosong
Dakwat kekal: Jangan ada halangan seperti 2008 |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 19 Dis: PAS mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi sebarang halangan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 seperti yang berlaku pada 2008. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, biarpun menyambut baik pengesahan SPR untuk menggunakan dakwat kekal itu, namun apa yang dibimbangi sejarah PRU ke-12 pada Mac 2008 lalu akan berulang. "Kita alu-alukan ianya dilaksanakan. Cuma kita harap tidak ada lagi halangan seperti dakwat lewat sampai dan sebagainya. "Kita juga nak kepastian berhubung dengan kualiti dakwat tersebut," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Krai ketika dihubungi Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengesahan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa dakwat kekal akan digunakan pada PRU akan datang. Aziz berkata, SPR juga bersetuju untuk melaksanakan undi awal kepada semua anggota polis dan tentera, termasuk isteri mereka kecuali jika berada dalam tugas dan memohon membuat undian pos. Kedua-dua pembaharuan yang akan diperkenalkan itu adalah sebahagian kecil dari cadangan jawatankuasa pilihan khas (PSC) parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya yang syornya dibentang di Dewan Rakyat baru-baru ini. Cadangan penggunaan dakwat kekal hampir-hampir digunakan pada PRU ke-12 pada tahun 2008, namun ianya ditarik balik beberapa hari sebelum pengundian. "Kita juga minta agar SPR memberi penerangan awal kaedah penggunaan (dakwat kekal) supaya mudah untuk kita memberitahu kepada petugas parti yang akan terlibat," kata Hatta yang juga salah seorang anggota PSC itu. Hatta juga menyifatkan keputusan terbaru SPR itu sebagai kejayaan rakyat yang menuntut penggunaan dakwat kekal sejak sekian lama termasuk melalui himpunan Bersih 10 November 2007 dan terbaru Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. "Saya berani katakan, desakan rakyat inilah yang memaksa kerajaan untuk akur menggunakan dakwat kekal. "Harapan kita supaya penggunaan ini akan mengelakkan mana-mana pihak mengundi lebih sekali," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7118-dakwat-kekal-jangan-ada-halangan-seperti-2008
Perlu perubahan menyeluruh, bukan hanya dakwat kekal |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 3 Jan: Biarpun kerajaan mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti, namun Pakatan Rakyat berpendapat ianya masih tidak boleh menjamin proses pilihan raya bersih dan telus. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya yang adil memerlukan prubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada penggunaan dakwat kekal. Ianya termasuk pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, undi pos serta pengurusan pilihan raya secara keseluruhannya. "...perlu kepada pembersihan pilihan raya secara menyeluruh bukan hanya kepada penggunaan dakwat kekal sahaja. "Ia meliputi pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, pengurusan pilihan yang cekap dan juga termasuk undi pos. Jika ini tidak dilakukan perubahan maka sistem pilihanraya di negara ini tidak akan bersih," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini. Turut bersama pada sidang media itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Presiden PKR Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Masih curiga Sementara itu Anwar mendakwa, Pakatan Rakyat masih curiga dengan janji pembaharuan pilihan raya oleh kerajaan khususnya dalam perkara berkaitan daftar pemilih. Ini kerana terdapat perubahan pada saat akhir terhadap senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Kita menggesa senarai pengundi dibersihkan. Kita masih curiga dengan proses sekarang kerana berlaku perubahan pada daftar pemilih di saat akhir," katanya. Dalam pada itu juga Anwar turut memaklumkan Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 13 dan 14 Januari ini. Konvensyen kali ini katanya memilih tema 'Bersihkan Malaysia'. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7386-perlu-perubahan-menyeluruh-bukan-hanya-dakwat-kekal
Selain dakwat kekal, SPR perlu bersih daftar pemilih
Rizal Tahir, | 12 January 2012 |
KOTA BHARU, 12 Jan: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata bukan hanya dakwat kekal yang perlu dipersoalkan, sebaliknya masaalah pendaftaran pemilih juga perlu diambil kira.
Menurutnya, daftar pemilih yang dilaksanakan oleh pihak tertentu perlu bersih dan amat tidak wajar sekiranya ditambah warganegara lain sebagai pemilih.
“Kenapa perlu disabitkan dengan warga negara lain, Bangladesh la, Burma, ini semuanya berlaku hasil dari kerja mereka yang tidak yakin pada rakyat sendiri.
“Mereka yakin rakyat tidak akan mengundi parti mereka, kerana itu daftar rakyat dari negara lain sebagai pemilih. Ini yang kacau (daftar pemilih),”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung penggunaan dakwat kekal selepas menyampaikan watikah perlantikkan sebagai Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan 2012, disebuah hotel di sini tengahari tadi.
Media masa hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin, penggunaan dakwat kekal pada Pilihanraya Umum Ke-13, harus.
“Apa yang perlu kita ingat berhubung pilihanraya ini adalah soal ‘bersih’ serta ketaqwaan kepada Allah sehingga tidak ada lagi pengundi yang mengundi lebih dari sekali,”ujarnya.
Katanya, apalah ertinya kemenangan dari cara yang tidak halal, sedangkan di akhirat nanti mereka yang terlibat akan dihalang masuk syurga.
Beliau bagaimanapun melahirkan ucapan terima kasih pada pihak tertentu di atas usaha tersebut.
Sumber HD : 12/01/2012

Ada pihak halang saya guna dakwat - Tan Sri Rashid
M Faqih, | 13 Januari 2012 |
KOTA BHARU, 13 Jan: “Saya dah nak buat pada pilihan raya umum lalu, namun ada pihak yang halang,” kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengulas cadangan menggunakan dakwat pada pilihan raya umum akan datang.
Kata beliau kalau kerajaan hendak buat sekarang elok benarlah kerana cadangan itu sudah cuba dilakukan SPR pada pilihan raya umum lepas namun ada halangan tertentu.
Isu penggunaan dakwat menghangatkan Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Kelantan Trade Centre malam tadi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nazri Abdul Aziz cuba berdalih setelah pekungnya didedah Abdul Rashid.
Menteri yang menjaga hal ehwal parlimen itu bersama anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa juga bertindak sebagai ahli panel pada wacana siri ke-9 terbabit. Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof dari UKM bertindak sebagai moderator.
Dewan konvensyen penuh sesak dengan kehadiran orang ramai termasuk dari luar Kelantan.
Pihak penganjur, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri terpaksa memasang layar di luar dewan, menyebabkan orang ramai melimpah ke jalan raya. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Nazri menyebut ketika itu kerajaan tidak dapat melaksanakan penggunaan dakwat pada hari mengundi kerana ada percanggahan dengan perlembagaan dan ada pihak yang menganggap sebagai meragukan.
Sebaliknya, Abdul Rashid mempertahankan hujah penggunaan dakwah pada jari pengundi tidak perlu kepada pindaan perlembagaan, dan ia sekadar melibatkan peraturan di peringkat SPR sahaja.
“Sama seperti arahan setiap pengundi perlu menunjukkan kad pengenalan sebelum diberi kertas undi. Syarat itu hanya peraturan di peringkat SPR sahaja dan tidak perlu kepada pindaan perlembagaan,” katanya.
Malah Husam mengambil peluang mencelah dengan menjelaskan JAKIM sudah mengeluarkan kenyataan dakwat boleh digunakan pada hari mengundi sejak 2007 lagi.
Abdul Rashid juga seakan-akan meluah rasa kecewa memandangkan SPR tidak diberi kuasa penuh bagi mengendalikan pilihan raya secara lebih berkesan, sambil menyifatkan apa yang cuba dilakukan kerajaan sekarang sekadar merubah di bahagian ekor dan bukannya kepala.
“Kepala tidak disentuh hanya ekor sahaja disentuh melalui Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Sepatutnya perubahan perlu dibuat secara lebih menyeluruh. Perubahan perlu kepada political will.
“Apa yang perlu diubah macam tidak disentuh. Sepatutnya kita perdalamkan perbincangan mengenai demokrasi itu sendiri. SPR sejak 1959 hanya berkongsi kuasa dengan pihak lain dan tidak mempunyai kuasa penuh.
“SPR berkongsi kuasa dengan pihak polis, Jabatan Penerangan dan jabatan-jabatan lain lagi. Kuasa yang ada pada SPR tidak kuat,” ujarnya mendapat sokongan gemuruh orang ramai.
(Lagi pelbagai pendedahan mendebarkan wacana cukup hangat itu dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).
Sumber HD : 13/01/2012

Rashid, Husam dedah misteri dakwat kekal PRU12
Harakahdaily, | 13 Januari 2012 |
KOTA BHARU, Jan 13: Misteri pembatalan penggunaan dakwat kekal menjelang pilihanraya umum ke 12 telah terburai semalam di Wacana Perdana 9 bertajuk, “Pilihanraya Bebas dan Adil: Realiti atau Ilusi?” yang diadakan di sini malam tadi.
Forum yang berlangsung hampir tiga jam itu dipengerusikan oleh pensyarah UKM, Datuk Dr Mohd Agus Yusuf dengan tiga panelis – Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS, Tan Sri Abdul Rashid, mantan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Dalam hujahnya, Rashid berkata beliau dan SPR telah berusaha untuk memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, sebelum ia dibatalkan oleh pihak-pihak tertentu menjelang PRU-12.
“Usahlah cakap pasal dakwat kekal, saya dulu pun dah nak buat kalau orang tak sekat… (tepukan gemuruh), undang-undang dah buat, tapi ada orang yang tidak bersetuju dia sekat.
“Jadi ini nak buat pula, baguslah, buat lah, memang itu patut dibuat… SPR tak tipu, kalau ada penipuan, itu orang lain tipu. Jangan salahkan SPR. Orang lain saya tak tahu. SPR ikut undang-undang 100 percent, jangan salahkan SPR. Kalau undang-undang itu bodoh macam lembu, bodoh macam lembulah,” kata Rashid dalam forum itu.
Pada masa ini, Husam mencelah, “Tan Sri, kalau parti-parti lain itu menipu, SPR duduk sana buat apa?”
Rashid pula membalas, “SPR tak ada kuasa.” Balasan Rashid itu membuatkan hadirin yang penuh sesak dalam dewan itu tidak kering gusi dengan gelak ketawa.
Menjawab Rashid, Nazri mengaku bahawa beliaulah antara orang yang mempertikaikan penggunaan dakwat kekal kerana berdasarkan perlembagaan negara, perkara yang melayakkan seseorang itu mengundi hanya dua – berumur 21 tahun dan berdaftar sebagai pengundi.
“Jadi, kalau ada seorang yang tak mahu dakwat kekal dicalit di jari dan mahu kertas undi, apa yang berlaku? Syaratnya cuma dua, berumur 21 tahun dan berdaftar. Disebabkan itu, dan waktu PRU dah dekat, SPR ambil pendekatan untuk batal penggunaan dakwat kekal,” terang Nazri mengenai sebab penggunaan dakwat kekal dibatalkan.
Mengenai persoalan mengapa dakwat kekal digunakan sekarang pula, Nazri berhujah bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan baru sahaja memberikan lampu hijau untuk penggunaan dakwat kekal dan peguam negara bersetuju untuk tukar perlembagaan untuk membolehkannya.
“Sekarang Majlis Fatwa baru umum benarkan, maksudnya dulu tak pernah umum lah, kalau tak mengapa nak umum dua kali,” sindir Nazri.
Menjawab dakwaan Nazri mengenai halangan perlembagaan, Rashid secara sinis menjawab, “Saya tak setuju bantahan Peguam Negara pada 2007. Dalam perlembagaan pun tak kata mesti tunjuk kad pengenalan (IC) sebelum mengundi. Tapi kita suruh tunjuk IC, kalau tak dia tak boleh mengundi. Itupun dipatuhi. Kalau nak mengundi kena patuhi peraturan dan cara-cara mengundi.”
Dalam kontroversi Majlis Fatwa Kebangsaan, Husam mengingatkan Nazri bahawa fatwa sudahpun dikeluarkan pada 2007, dan semua ini boleh disemak melalui web e-fatwa di Internet.
“Tan Sri Rashid baru berbisik kepada saya, SPR ada menerima surat daripada Majlis Fatwa mengenai hal itu pada tahun 2007. Macam mana seorang menteri tak tahu mengenai hal ini? Wallahuaklam,” kata Husam.
Kemudian, exco kerajaan Kelantan turut mengingatkan Rashid mengenai alasan yang diberikannya kepada rakyat ketika pembatalan dakwat kekal bahawa terdapat laporan ada pihak yang cuba mensabotaj proses pilihan raya dengan menyeludup sejumlah besar dakwat kekal ke negara ini.
“Pada 5 Mac 2008, Tan Sri keluar di kaca TV memberikan 2 sebab mengapa dakwat kekal tak jadi guna. Dia memberi sebab keselamatan kerana ada orang ditangkap membawa dakwat ini termasuk di Kelantan.
"Ketua Polis Tan Sri Musa Hasan pula mengesahkan adanya dakwaan tersebut. Dan kemudian ditanya ahli parlimen Pakatan Rakyat selepas Mac 2008, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan tiada tangkapan tersebut dan tiada dakwaan dibuat. Bermakna, Tan Sri Rasyid telah dipaksa berbohong,” selar Husam.
Husam turut berkata keputusan menggunakan dakwat kekal kini adalah hasil perjuangan Bersih 2.0.
“Yang berikan hujah yang kata dakwat kekal boleh digunakan untuk PRU akan datang ini ialah Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang dulunya memberikan nasihat yang sama tak boleh pakai. Peguam Negara yang sama yang dulu kata tak boleh pakai, tetapi kini boleh pakai, bermakna ada sesuatu yang lompang kepada sistem piliharaya ini.
"Yang lebih penting ialah, bila Tan Sri Ghani Patail kata boleh pakai sekarang, ini adalah hasil daripada Bersih. Kalau tak ada Bersih, tak adalah dakwat kekal kini,” tambah beliau lagi.
Sementara itu, Rashid berkata undang-undang pilihanraya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya.
“SPR kena share kuasa, jadi demokrasi negara tak lengkap. Orang lain berkuasa, polis berkuasa, kementerian penerangan berkuasa... bukan Umno berkuasa (gelak hadirin), tapi mereka tak bebas,” kata beliau.
Keterangan Rashid dipersetujui Husam.
“Setuju kuasa SPR tak mencukupi, jadi pemulihan PSC (Jawatankuasa Terpilih Parlimen) tidak kena pada core (tunjang) nya (memberikan kuasa sepenuhnya kepada SPR untuk laksana undang-undang pilihanraya).”

Daftar pemilih: PAS tunggu semakan Mimos
Nazri Abdullah, | 01 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS menyambut baik langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menggugurkan 42,025 nama yang diragui statusnya dari senarai pemilih.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, tindakan itu bagaimanapun belum boleh untuk memberi tafsiran bahawa senarai daftar pemilih kini benar-benar sudah bersih selepas pengguguran nama pemilih diragui itu.
Menurutnya, apa yang sedang ditunggu kini adalah semakan daftar pemilih antara SPR dengan Mimos Berhad seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan raya (PSC).
"Bagi PAS, (pengguguran) itu langkah yang baik, namun kita juga sedang menunggu hasil semakan yang dibuat dengan Mimos itu.
"Yang digugur itu hanya nama yang tidak dapat disahkan oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), sedangkan banyak lagi nama yang disahkan oleh JPN tetapi ada masalah (seperti) mempunyai dua kad pengenalan, bukan warga tempatan dan sebagainya," katanya yang juga salah seorang anggota PSC kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam bahawa suruhanjaya itu akan menggugurkan 42,025 nama pemilih yang diragui yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tempoh semakan tamat semalam.
Sebelum ini SPR mengeluarkan senarai yang mengandungi 42,051 nama pemilih yang diragui statusnya tahun lalu atas permintaan PSC.
Tetapi SPR hanya menerima maklumbalas dari 50 orang, meminta nama mereka diaktifkan kembali.
Abdul Aziz juga memberitahu, tempoh semakan juga tidak akan dilanjutkan semula manakala senarai pemilih terbaru akan diwartakan Mac depan.
Sebelum ini, Mimos Berhad dicadangkan oleh PSC untuk membuat verifikasi terhadap isu-isu yang berkaitan daftar pemilih dan melaporkan balik penemuan kepada jawatankuasa berkenaan.
Ia membabitkan isu dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama, pengundi yang meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih, pengundi yang berumur 90 tahun ke atas, pemilih bukan warga tempatan, ramai pemilih dalam satu alamat, dan pengundi hilang kelayakan.
"Bukan itu sahaja, tidak semua syor PSC diterima SPR untuk dilaksana pada PRU-13 ini.
"Kita harap juga SPR segera kemukakan sebarang pindaan pertauran pilihan raya agar boleh diluluskan parlimen dengan segera," kata Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai.
Sumber HD : 1/02/2012

PAS bantah tiada perarakan calon p’raya
Harakahdaily, | 08 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Feb: PAS mengambil pendirian dengan tegas menolak cadangan ditiadakan perarakan calon semasa hari penamaan calon dalam pilihan raya umum akan datang.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tiada sebarang alasan yang munasabah diberikan untuk memansuhkan perarakan itu khususnya daripada sudut keselamatan.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan media cetak beberapa hari lalu melaporkan bahawa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mencadangkan perarakan calon semasa hari penamaan calon ditiadakan dalam pilihan raya umum nanti.
“Perarakan calon semasa penamaan calon pilihan raya ini sudah dilaksanakan sejak sebelum merdeka lagi dan ianya telah menjadi sebahagian dari proses demokrasi berpilihanraya di dalam negara kita ini,” kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada Harakahdaily.
PAS juga, katanya ingin mengingatkan SPR, supaya tidak sibuk merangka peraturan baru yang belum dibuktikan mengganggu proses pilihan raya, sedangkan 8 tuntutan rakyat terhadap proses pilihan raya yang lebih adil dan telus masih belum dilaksanakan sepenuhnya.
Tambahnya, PAS ingin menegaskan bahawa pilihan raya bukan sekadar memangkah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen semata-mata tetapi melibatkan seluruh proses demokrasi dan menunaikan hak rakyat untuk mendapat maklumat secara adil dan saksama.
“Sepatutnya SPR juga memberikan perhatian untuk menghalang aktiviti merasuah dan mengugut pengundi oleh parti yang memegang tampuk kekuasaan selama lebih 50 tahun ini agar dihentikan dengan segera,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Sumber HD : 8/02/2012

PRU13: 200,000 pemilih dimasukkan secara senyap
Harakahdaily, | 11 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak kerajaan agar memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang benar-benar adil dan telus.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, apa yang diragui kini adalah sejumlah 200,000 senarai pemilih yang dakwanya dimasukkan secara senyap-senyap yang terdiri dari pada warga asing.
"Ini meragukan kita, inilah dikatakan ancaman kepada ketulusan yang dijanjikan itu. Ada parlimen peningkatan pengundi lebih 30 peratus, ini pertambahan luar biasa.
"Rakyat dah muak dengan segala penipuan yang kita dah lalui dalam 12 pilihan raya umum sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.
Sementara itu, timblannya, Dr Siti Mariah Mahmood pula berkata, jentera muslimat pada ketika ini sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU 13.
Katanya, jentera mereka iaitu Halwa telah bergerak aktif di semua kawasan malah sudah mula membuka bilik gerakan.
Halwa katanya akan memberi fokus untuk membantu calon muslimat yang akan bertanding kelak.
"Kami akan bantu semua calon, akan buka bilik gerakan di semua kawasan yang muslimat bertanding," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.
Mengulas soal calon pula, Dr Mariah memberitahu 30 nama yang dihantar kepada pusat terdiri daripada pelbagai latar belakang dan 50 peratus daripadanya adalah golongan muda.
Jumlah 30 itu juga katanya adalah termasuk semua nama wakil rakyat muslimat sedia ada yang dirasakan masih mampu untuk memberi khidmat berdasarkan laporan kecemerlangan mereka.
Muslimat juga ujarnya mensasarkan bertanding di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
"Kami telah serahkan lebih 30 nama kepada pimpinan tertinggi, kami telah kenal pasti sampai ke peringkat kerusi pun.
"Kita juga telah mendapat persetujuan daripada pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri," katanya.
Bawa isu Felda
Sementara itu, Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md. Nawi berkata, isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) antara isu besar yang akan dibawa jentera muslimat kepada rakyat.
Sehubungan itu juga, mereka semalam mengadakan bengkel kepada jentera muslimat bagi memberi kefahaman berhubung isu tersebut.
"Saya percaya kalau isu ini difahami dengan baik, pengundi wanita yang dianggar 51 peratus akan buat kejutan.
“Isu Felda boleh memberi kesan kepada lanskap politik keseluruhan negara kita," katanya.
Sumber HD : 11/03/2012

Kejahatan SPR makin menjadi-jadi
Mohd Sayuti Omar, | 15 Mac 2012 |
Pemindahan tempat mengundi MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dari Petaling Jaya ke Lembah Pantai mengesahkan kerja jahat dan tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan amanah dan amanah rakyat.
Perpindahan nama Khalid tanpa pengetahuan itu adalah perbuatan paling jahat dan tidak bertanggungjawab. Tindakan itu membenarkan dakwaan Bersih dan pembangkang selama ini yang SPR adalah komponen ke 14 atau 15 Barisan Nasional.
Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf akan membuat seribu dalih termasuk soal teknikal berhubung perpindahan nama Khlid itu. Adalah dipercaya perpindahan haram itu untuk sebotaj PKR dan sekaligus menghalang Khlid bertanding di mana-mana kerusi di Selangor.
Niat lebih busuk dari itu ialah untuk menafikan hak Khalid dilantik menjadi MB Selangor sekiranya PKR menguasai Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Kejadian seperti itu bukan baru dan hanya berlaku ke atas Khalid Ibrahim tetapi menimpa ramai lagi pengundi. Saya dan isteri juga ada pengalaman tersendiri di dalam hal ini. Pada tahun 1993 nama saya dipindah ke kawasan lain tetapi nasib baik saya sempat membuat bantahan. Manakala dalam tahun 1999 nama isteri saya dihantar ke lokasi lain menyebabkan dia terpaksa mengundi jauh dari kawasan asal kami.
Perpindahan saya dan isteri di luar pengetahuan kami dan seingat kami tidak pernah memohon untuk membuat perpindahan ke mana-mana kawasan. Adalah dipercayai kerja pindah memindah secara haram ini dilakukan oleh egen Umno kerana pada masa itu ada pegawai dari ibu pejabat Umno berdekatan kediaman kami datang ke rumah meminta no kad pengenalan atas alasan untuk bancian penduduk.
SPR tidak boleh lari dari tanggungjawab ini dan wajar menerima cacian dan sumpah seranah dari rakyat terutamanya mereka yang terlibat dengan pertukaran itu. Mungkin borang permohonan tukar kawasan mengundi dikemukakan, tetapi SPR seharusnya terlebih dahulu kena mengesahkan apakah ia palsu atau benar.
Mungkin setiap kesalahan seperti ini hukuman sewajarnya perlu dikenakan ke atas pegawai terlibat kerana ia membabitkan hak asasi seseorang dan kerja jahat biadap ini satu pencerobohan hak asasi dan sekaligus merudumkan integriti kepada badan bebas itu.
Sehubungan ini para pemimpin perlu mengemaskini nama masing-masing dalam pendaftaran bagi memastikan nama tidak dilempar ke kawasan lain oleh SPR. Tektik menukar kawasan mengundi ini adalah tektik terbaru SPR dalam membantu UBN bagi menghalang pemimpin bertanding di kawasan asal. -
http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 15/03/2012
Yang lebih bagi sakit hati tu, SPR langsung tak maklumkan kepada parti. Mungkin SPR ada meklumkan kepada Umno BN tapi kepada parti-parti Pakatan Rakyat jangan harap la SPR nak bagitau. Kepada pengundi yang terlibat lagi la jangan harap.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/03/alasan-pembetulan-sempadan-pilihanraya.html#ixzz1pCb3D1sE
Sumber HD : 15/03/2012
Sumber HD : 28/04/2012
Perpindahan nama Khalid tanpa pengetahuan itu adalah perbuatan paling jahat dan tidak bertanggungjawab. Tindakan itu membenarkan dakwaan Bersih dan pembangkang selama ini yang SPR adalah komponen ke 14 atau 15 Barisan Nasional.
Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf akan membuat seribu dalih termasuk soal teknikal berhubung perpindahan nama Khlid itu. Adalah dipercaya perpindahan haram itu untuk sebotaj PKR dan sekaligus menghalang Khlid bertanding di mana-mana kerusi di Selangor.
Niat lebih busuk dari itu ialah untuk menafikan hak Khalid dilantik menjadi MB Selangor sekiranya PKR menguasai Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.
Kejadian seperti itu bukan baru dan hanya berlaku ke atas Khalid Ibrahim tetapi menimpa ramai lagi pengundi. Saya dan isteri juga ada pengalaman tersendiri di dalam hal ini. Pada tahun 1993 nama saya dipindah ke kawasan lain tetapi nasib baik saya sempat membuat bantahan. Manakala dalam tahun 1999 nama isteri saya dihantar ke lokasi lain menyebabkan dia terpaksa mengundi jauh dari kawasan asal kami.
Perpindahan saya dan isteri di luar pengetahuan kami dan seingat kami tidak pernah memohon untuk membuat perpindahan ke mana-mana kawasan. Adalah dipercayai kerja pindah memindah secara haram ini dilakukan oleh egen Umno kerana pada masa itu ada pegawai dari ibu pejabat Umno berdekatan kediaman kami datang ke rumah meminta no kad pengenalan atas alasan untuk bancian penduduk.
SPR tidak boleh lari dari tanggungjawab ini dan wajar menerima cacian dan sumpah seranah dari rakyat terutamanya mereka yang terlibat dengan pertukaran itu. Mungkin borang permohonan tukar kawasan mengundi dikemukakan, tetapi SPR seharusnya terlebih dahulu kena mengesahkan apakah ia palsu atau benar.
Mungkin setiap kesalahan seperti ini hukuman sewajarnya perlu dikenakan ke atas pegawai terlibat kerana ia membabitkan hak asasi seseorang dan kerja jahat biadap ini satu pencerobohan hak asasi dan sekaligus merudumkan integriti kepada badan bebas itu.
Sehubungan ini para pemimpin perlu mengemaskini nama masing-masing dalam pendaftaran bagi memastikan nama tidak dilempar ke kawasan lain oleh SPR. Tektik menukar kawasan mengundi ini adalah tektik terbaru SPR dalam membantu UBN bagi menghalang pemimpin bertanding di kawasan asal. -
http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 15/03/2012
Alasan pembetulan sempadan pilihanraya kepala hotak depa
http://cenangau.blogspot.com, | 15 Mac 2012 |
Bising MB Selangor, Khalid Ibrahim bila SPR ubah tempat mengundi dia. Bukan setakat ubah UPU tapi ubah parlimen. Yang paling dia tak puas hati pasai dia langsung tak dimaklumkan oleh SPR.
Kerja SPR memandai-mandai ubah sempadan ni bukan baru. Sebelum ni kalau tak silap aku masa PRK pun dah kecoh pasai ubah sempadan ni.
Macam yang pernah aku tulis sebelum ni dalam posting bertajuk "Lagi aksi SPR 'si anjing Umno' nak menangkan Umno BN" , Dr. Mariah pun pernah timbulkan isu ni bila 1,210 pengundi dari Dun Sabak dipindahkan ke Dun Sungai Panjang, pun gunakan alasan ni. Dun Sabak tu calon Umno cuma menang 117 undi.

Masalahnya yang paling utama, apa sebenarnya tafsiran 'pembetulan sempadan pilihanraya' tu? Yang tu langsung tak pernah didetailkan sebelum ni. Kali ni SPR bagi penjelasan yang lebih nak bagi orang penin, konon nak bagi nampak akademik kut.
Kononnya pembetulan sempadan tu pasai nak bagi selaran dengan peta rasmi negara. Kalau ada yang tanya aku, akan lancang mulut aku jawap "selaras kepala hotak depa".
Tempat lain aku tak pasti, tapi kat tempat aku, sempadan antara Parlimen Parit Buntar dengan Parlimen Bagai Serai kompom celaru. Mana logik sempadan sempadan parlimen boleh belah tengah-tengah kampung, sekerat masuk belah Parit Buntar, sekerat lagi masuk belah Bagan Serai.
Kalau tengok sempadan mukim lagi la jelas nampak. Macamana boleh jadi Simpang Lima yang duduk dalam mukin Parit Buntar boleh masuk dalam parlimen Bagan Serai.
Kalau tengok sempadan antara Kuala Kurau dengan Alor Pongsu lagi la celaru. Dalam Dun Alor Pongsu ada UPU nama Kampung Pandak Putih tapi dalam Dun Kuala Kurau pulak ada satu lokaliti nama Kampung Pandak Putih, padahal Kampung Pandak Putih tu bukannya besar mana pun.
SPR tak pulak sibuk nak buat pembetulan sempadan kat ni, pasainya kalau buat pembetulan sempadan hampir pasti Umno akan kalah di Dun Alor Pongsu.
Pasai tu la aku berani kata alasan 'pembetulan sempadan' tu cuma alasan 'kepala hotak depa'. Yang betulnya SPR gunakan alasan bangang tu untuk bagi kelebihan kepada Umno BN.
Malaysiakini melaporkan:

[Sumber: Mkini] |
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/03/alasan-pembetulan-sempadan-pilihanraya.html#ixzz1pCb3D1sE
Sumber HD : 15/03/2012
SPR tidak tunai janjinya - anggota PSC
Anis Nazri, | 16 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuktikan badan tersebut tidak menunaikan janjinya apabila bertindak menukar kawasan mengundi membabitkan kawasan Parlimen.
Biarpun ia ekoran pembetulan sempadan kawasan pilihan raya, pertukaran itu hanya boleh melibatkan kawasan yang dilingkungi Parlimen yang sama sebelum ini.
"Jika yang bertukar hanya Dun tetapi masih di Parlimen yang sama, ia tidak menjadi masalah. Tapi, apabila membabitkan pertukaran Parlimen (dan dalam kes MB Selangor negeri), itu sudah tidak betul," tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan SPR berhubung pertukaran kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dari Parlimen Petaling Jaya Selatan di Selangor ke Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Akibat pertukaran ini, Khalid tidak lagi boleh bertanding dalam DUN Selangor dan menyebabkan beliau tidak lagi boleh menjadi MB Selangor.
Ketika dihubungi Harakahdaily, Dr. Hatta yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi penambahbaikan pilihan raya (PSC), berkata dengan pertukaran tersebut menunjukkan tindakan SPR yang kononnya membekukan pembetulan sempadan pada 2011 itu sebenarnya tidak berlaku.
"Saya tidak tahu di mana silapnya SPR dalam hal ini, tetapi saya berharap SPR berpegang pada janji bagi memastikan badan itu bebas dari mengundang persepsi negatif daripada rakyat, lebih-lebih lagi dalam 'mood' pilihan raya umum yang semakin hampir, " tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau berkata sewajarnya pihak SPR memaklumkan kepada pengundi yang terlibat dalam pembetulan sempadan itu bagi mengelakkan sebarang kekecohan.
Katanya, jika pengundi dimaklumkan lebih awal tentang pembetulan kawasan mengundi tersebut, kemungkinan berlaku kekecohan pada hari mengundi kelak dapat dielakkan.
"Bayangkan, jika pengundi tidak membuat semakan awal dan tidak dimaklumkan, apabila hari pengundian baru tahu tempat mengundi yang lain, akan berlaku kekecohan. Macam Tan Sri ini, dia sendiri buat semakan," tegas beliau.
Kes membabitkan Khalid ini mula dikesan apabila Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi 'pengundi hantu' di Lembah Pantai.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.
Beliau berkata Khalid telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.
Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

Sumber HD : 16/03/2012
SPR jangan khianati amanah negara
Harakahdaily, | 16 Mac 2012 |
KUALA TERENGGANU, 16 Mac: Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjadi pengkhianat terhadap ketelusan dan keadilan proses pilihan raya di negara ini.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menukar alamat pengundi secara senyap-senyap tanpa kebenaran pengundi adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh badan yang diamanahkan mengurus pilihan raya.
"Tidak wajar menjadi pengkhianat kepada amanah negara dengan memindahkan tempat mengundi pengundi tanpa permohonan daripada pengundi dan tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan, iaitu Akta Pilihan Raya 1958," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau merujuk kepada kes yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga sejumlah 31,294 pengundi yang didakwa dipindahkan tanpa kebenaran.
Dalam semakan di laman web SPR, tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa telah ditukar tanpa pengetahuannya.
Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan bukan lagi di Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor seperti pada PRU 2008 lalu.
Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti Malaya di bawah daerah mengundi Universiti.
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, urusan pilihan raya merupakan amanah terpenting negara kerana ia menentukan parti mana yang akan memerintah.
Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menguruskan pilihanraya sewajarnya SPR tidak melakukan pecah amanah, kata beliau lagi.
Menurutnya, Dewan Ulama PAS Pusat mahu memperingatkan semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya yang terlibat dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 58 bermaksud: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak".
Begitu juga peringatan Nabi saw kepada pengkhianat amanah seperti hadis baginda yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Hakim:
"Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat itu pasti memiliiki bendera di hari Qiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada urusan awam".

Bab undang-undang pilihanraya aku tak mau komen pasai aku takdak latarbelakang undang-undang, tak pernah belajar undang-undang. Baca ayat undang-undang pun pening.
Macam Seksyen 7, Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
Kalau betul macam yang selalu SPR kata, semua tindakan SPR tu ikut undang-undang dan peraturan, apa nak takut berhadapan dengan 'parti pembangkang' ?
SPR kena ingat, dalam perlembagaan Perkara 114(2)ada dinyatakan yang SPR perlu MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM. Kalau SPR terus berlagak macam ni dan ditambah pulak dengan aksi bak 'si anjing Umno' mana mungkin SPR akan mendapat MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
Pasai apa SPR selalu nak sorok dari pembangkang?
http://cenangau.blogspot.com, | 17 Mac 2012 |
Macam yang dijangka SPR hari ni terus mempertahankan pindahkan nama pengundi atas alasan pembetulan sempadan pilihanraya.
SPR mempertahankan "Alasan pembetulan sempadan pilihanraya kepala hotak depa" tu atas alasan aksi tu sah di bawah undang-undang pilihanraya.
Bab undang-undang pilihanraya aku tak mau komen pasai aku takdak latarbelakang undang-undang, tak pernah belajar undang-undang. Baca ayat undang-undang pun pening.
Cumanya pada aku, tak kira apa pun tindakan SPR terutama sekali yang melibatkan kepentingan parti-parti politik, SPR WAJIB bagitau kepada semua parti yang terlibat kalau pun takmau mintak pandangan parti-parti terlibat.
Macam Seksyen 7, Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
7.(1) (d) menyiarkan dalam Warta suatu notis yang menentukan
(i) daerah-daerah mengundi yang mengikutnya bahagian pilihan raya itu telah dibahagi;
Yang paling aku persoalkan, pasai apa SPR susah sangat nak bagitau apa-apa perubahan yang SPR buat kepada parti-parti 'pembangkang' ?
Kalau betul macam yang selalu SPR kata, semua tindakan SPR tu ikut undang-undang dan peraturan, apa nak takut berhadapan dengan 'parti pembangkang' ?
SPR kena ingat, dalam perlembagaan Perkara 114(2)ada dinyatakan yang SPR perlu MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM. Kalau SPR terus berlagak macam ni dan ditambah pulak dengan aksi bak 'si anjing Umno' mana mungkin SPR akan mendapat MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM.
Tapi. bila difikir-fikirkan balik, SPR memang tak perlu MENDAPAT KEPERCAYAAN AWAM, SPR cuma perlu MENDAPAT KEPERCAYAAN UMNO BN.
Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini] |
Sumber HD : 28/04/2012
30 hari Pengerusi SPR, timbalan letak jawatan
Anis Nazri, | 29 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 April: PAS memberi masa 30 hari untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meletakkan jawatan.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar), berkata masa tersebut sudah mencukupi bagi kedua-duanya meletakkan jawatan ekoran terdedahnya keahlian parti politik mereka.
"Kita beri notis 30 hari untuk kedua-duanya meletakkan jawatan. Sewajarnya mereka tidak non-partisan, kerana mereka merupakan 'pengadil' dalam sesebuah pilihan raya," tegas Syed Azman, pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas terbongkarnya identiti Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad bin Wan Omar yang merupakan ahli Umno.
Perkara tersebut disokong Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilasi PAS Pusat.
Katanya, sebagai seorang 'pengadil', adalah tidak adil baginya memihak kepada mana-mana 'pemain'.
"Sama macam bola sepak. Kalau Manchester United lawan Manchester City, mana boleh pengadil dari Manchester United. Mana boleh Selangor lawan Kelantan, pengadilnya Selangor. Teruklah Kelantan," kata beliau.
Sehubungan itu, Mohamad berkata pihaknya akan menyerahkan memorandum mendesak Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletakkan jawatan sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi SPR, esok, di Putrajaya.

Sumber HD : 29/04/2012
Warna SPR: Wan Ahmad kena ‘demam kuning’
Bashir Ishak, | 10 Mei 2012 |
KANGAR, 10 Mei: PAS melihat kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mahu menukarkan warna rasmi mereka iaitu kuning dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjarakkan diri dengan Bersih yang menggunakan warna sama adalah sesuatu yang lucu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir berkata, kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad itu jelas membuktikan beliau sudah dijangkiti ‘demam kuning’.
"Warna kuning adalah satu warna yang terang, malah menjadi warna simbol kepada kebebasan media di seluruh dunia. Di negara kita warna kuning juga dikaitkan dengan kebesaran dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
"Saya ingat Wan Ahmad ni kena periksa balik selepang kebesaran yang dia dapat, takut-takut berwarna kuning. Janganlah sampai nanti 'demam kuning' yang dijangkitinya tu menyebabkan dia benci pula pada pakaian kebesaran diraja," katanya.
Wan Ahmad dipetik portal berita Malaysiakini dilaporkan berkata dalam satu majlis, SPR akan memilih warna berkecuali kerana Bersih telah menghuru-harakan negara dengan warna kuning.
Kata Mohd Anuar lagi, kenyataan Wan Ahmad sebagai seorang pegawai tinggi awam itu jelas melihatkan suatu kelucuan kerana mengambil sikap kebudak-budakan.
"Kenyataan itu saya lihat lebih rendah dari seorang pelajar tadika. Dalam soal macam ni pun dia tak boleh buat pertimbangan maknanya dia tak layak duduk di kerusi tersebut kerana SPR diamanahkan menjaga dan mempertahankan amalan demokrasi di negara ini.
"Jangan kerana sebilangan rakyat yang membuat tuntutan melalui Bersih dan memilih warna kuning, maka semua kena tukar warna lain.
“Sepatutnya sebagai orang nombor 2 dalam SPR, Wan Ahmad kena lebih prihatin tuntutan Bersih bukannya soal remeh-temeh macam ni," ujarnya lagi.
Sumber HD : 10/05/2012

Masih sangsi keselamatan undi pos
Anis Nazri, | 20 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tiada pembabitan pihak ketiga pada proses undi pos membabitkan media, soal keselamatan masih disangsikan.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan, berkata kesangsian itu berasaskan kepada sistem undi pos itu sendiri.
Katanya, selama ini sistem undi pos ini sering dipertikaikan berhubung tahap ketelusan dan keselamatannya oleh Pakatan Rakyat, yang sehingga kini SPR tidak bersedia menghapuskannya.
"Sistem undi pos ini membuka banyak ruang penyelewengan. Apabila media juga dibenarkan berbuat demikian, ia tidak mematikan kesangsian terhadap ketelusan undi tersebut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat SPR untuk mempertimbangkan cadangan undi pos ke atas petugas media pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mengulas lanjut, Sany berkata SPR perlu mencari pendekatan lain yang lebih efektif bagi memastikan petugas media dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, dan dalam masa sama membuat liputan pada hari pengundian.
Sebagai contoh, katanya petugas media mungkin boleh melalui proses undi awal, yang membolehkan wakil-wakil setiap parti memantau sepanjang pengundian hingga tempoh pengiraan undi pada hari tersebut.
"Undi awal lebih baik berbanding undi pos ini. Setiap wakil parti boleh berada ketika proses undi awal itu, sehingga proses pengiraan undi pada hari yang sama dengan menandatangani Borang 14 (a). Itu lebih baik (dari undi pos)," tegas beliau.
Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Bagi Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah, berkata cadangan SPR itu hanya menunjukkan sikap SPR yang memberikan hak kepada petugas media untuk membuang undi.
Bagaimanapun, bagi beliau perkara yang lebih penting bagi SPR ialah memastikan akses media yang lebih adil bagi semua pihak sepanjang pilihan raya umum kelak.
"Ia cadangan yang baik sebagai memastikan hak untuk petugas media mendapatkan hak mereka sebagai pengundi. Tetapi, ia tidak memberi penekanan terhadap akses media yang lebih adil. Pokoknya, ia tiada perubahan kepada akses media yang lebih adil," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Sumber HD : 20/05/2012
Mansuh pamer bantah elak calon BN disabotaj?
Muhamad Faizal, | 08 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak menolak kemungkinan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memansuhkan proses pamer dan bantah adalah kerana bimbang calon-calon BN disabotaj ahli mereka sendiri.
Menurutnya, gerakan sabotaj itu wujud sejak 2008 lagi dan lebih ketara sejak kebelakangan ini sehingga Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan amaran keras kepada pihak yang beniat melakukan tindakan itu.
Malah katanya, kenyataan pimpinan Umno bahawa calon yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini tidak semestinya Ketua Bahagian, mampu menjuruskan sabotaj itu akan benar-benar berlaku.
"Tindakan SPR itu menjelaskan bahawa wujud satu gerakan sabotaj kepada calon BN yang akan bertanding pada pilihanraya nanti dalam bentuk teknikal yang akan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada calon Pakatan Rakyat.
"SPR cuba melindungi kemungkinan besar berlaku gerakan sabotaj dalam Umno-BN yang sememangnya telah berlaku sebelum ini," jelasnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pula berpendapat proses pamer dan bantah perlu bagi memastikan calon yang mewakili setiap parti itu bersih dari perkara-perkara yang menjejaskan diri sebagai calon.
"Proses pamer dan bantah itu adalah satu tindakan untuk kita melihat bahawa calon yang bertanding itu bersih terutama dari segi bankrup serta tidak mempunyai rekod jenayah.
"Apabila proses itu ada, kita boleh membantah kerana kita tidak mahu calon yang bertanding itu mempunyai rekod yang boleh menjejaskan beliau sebagai calon apatah lagi bila memenangi pilihanraya," katanya.
Keputusan terbaru SPR itu juga kata Azmin, jelas menunjukkan badan pilihan raya itu hanya berminat kepada isu-isu serpihan sedangkan perkara besar seperti daftar pemilih yang bersih, kebebasan media mahupun kerajaan sementara tidak diberi keutamaan.
"Kenapa tidak memberi tumpuan kepada perkara yang menjaminkan pilihanraya bersih dan adil.
"Ini yang kita dalam Pakatan Rakyat hadapi, SPR sepatutnya menyenangkan keadaan bukannya menyulitkan keadaan," tegasnya.
Sumber HD : 8/06/2012

Undi pos ruang paling besar untuk penipuan
Muhammad Faizal, | 13 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sistem undi pos merupakan satu ruang yang paling besar untuk melakukan penipuan pada pilihanraya umum akan datang.
Beliau yang menjelaskan perkara terselepas mesyuarat Pakatan Rakyat di parlimen semalam menyatakan kawasan yang terdedah pada penipuan itu adalah melibatkan kawasan Felda, setinggan dan perumahan baru.
Malah penempatan tentera dan polis juga menjadi faktor utama kepada penipuan tersebut, katanya.
"Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengemaskini senarai daftar pemilih undi pos akan menyebabkan wujud satu ruang penipuan yang paling besar.
"Perlaksanaan yang tidak teratur dalam sistem undi pos yang memperlihatkan pertambahan yang luar biasa menyebabkan kita tidak tidak dapat menghalang mereka mengundi dua kali pada pilihanraya nanti," jelasnya.
Sebelum itu, Ustaz Hadi menjelaskan tindakan PAS menyerta himpunan Bersih 3.0 adalah menuntut satu tindakan pilihanraya bersih dan adil dapat dilaksanakan sepenuhnya.
"Walaupun ia dianjurkan oleh NGO tetapi PAS tetap menyertainya kerana kita menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil.
"Malah ini adalah satu amalan demokrasi dalam negara seperti mana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan negara," sambungnya.
Menurutnya lagi, walaupun PSC telah dibentuk oleh parlimen namun SPR dan juga parlimen gagal untuk melaksanakan apa yang telah dituntut oleh Bersih sebelum ini.
"Terbukti ruang penipuan telah dibentuk oleh SPR apabila gagal melaksanakan tuntutan PSC terutamanya dalam soal undi pos," tambahnya lagi.

Sumber HD : 13/06/2012
Daftar pemilih: SPR tolak jumpa Pakatan Rakyat
Anis Nazri, | 22 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak untuk bertemu dengan Pakatan Rakyat bagi membincangkan isu-isu berkaitan pilihan raya.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata Pakatan Rakyat menerima surat jawapan daripada SPR pada 14 Jun lalu, yang menyatakan ketidaksediaan badan itu bertemu Pakatan Rakyat, pada Selasa, 19 Jun lalu.
"Kita serah surat untuk bertemu SPR pada 12 Jun, dan mereka jawab 14 Jun. Mereka menolak untuk bertemu kita buat masa ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Bagaimanapun, tambah beliau SPR dalam surat tersebut menyatakan kesediaan untuk menjemput Pakatan Rakyat dalam siri taklimat dan penerangan mengenai pilihan raya pada satu tarikh yang akan ditetapkan.
Pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa, 19 Jun lalu, ditolak SPR dengan alasan badan itu sedang dalam rangka mengaturkan siri pertemuan dengan wakil-wakil politik.
Ditanya tentang kesediaan Pakatan Rakyat untuk menerima jemputan tersebut, Mustafa berkata Pakatan Rakyat mengharapkan satu pertemuan khusus di antara SPR dn Pakatan Rakyat, tanpa penglibatan parti-parti politik lain.
"SPR mengatakan akan adakan taklimat kepada semua parti-parti politik. Baguslah. Tapi kami harapkan satu pertemuan yang lebih khusus antara SPR dan Pakatan Rakyat kerana ingin berbincang secara khusus dan serius berkaitan isu pilihan raya," tegas beliau lagi.
Jelas Mustafa, pertemuan secara khusus lebih membuka ruang untuk berbincang secara mendalam dan menepati maksud perbincangan tersebut.
"Jika dengan penglibatan ramai-ramai ini, biasanya ia hanya berbentuk taklimat. Tidak dapat berbincang secara mendalam dan sudah tentu tidak mencapai maksudnya. Jadi, kita harapkan akan ada satu pertemuan khusus dengan Pakatan Rakyat selepas itu," kata beliau.
Bagaimanapun, Pakatan Rakyat bersedia menemui SPR untuk taklimat tersebut, dan dalam masa sama meminta untuk diadakan pertemuan tanpa membabitkan parti-parti politik lain.
Selain Mustafa, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Hatta Mohd Ramli, juga merupakan wakil daripada PAS untuk pertemuan tersebut.
Manakala, Naib Presiden PKR, Mohd Azmin Ali dan Fuziah Salleh mewakili PKR, dan Tai Kok Wai dan Anthony Loke mewakili DAP.
Sumber HD : 22/06/2012

Polis boleh mengundi di mana-mana - SPR
Salmah Mat Husein, | 09 Jul 2012 |
TUMPAT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak permohonan membatalkan pendaftaran pengundi secara pos bagi anggota polis yang tidak bertugas di lokaliti Balai Polis Wakaf Bharu.
Dengan alasan anggota polis bertugas tidak tentu lokasi, SPR menyifatkan mereka boleh mengundi di mana-mana.
Perkara itu dinyatakan dua orang pembantah, Alias Awang, 45 dari Kampung Belukar, Wakaf Bharu dan Azoha Awang, 49, yang ditugaskan membantah 37 orang anggota polis yang bertugas di luar lokaliti Wakaf Bharu, dibawa mengundi ke Dun berkenaan.
Alias yang bertugas pada sebelah pagi, memberitahu beberapa penama dari anggota berkenaan yang tinggal di Bachok, Galas di Gua Musang, tiba-tiba menjadi pengundi Dun tersebut.
“Sedangkan nama-nama berkenaan jangankan tinggal di Dun berkenaan, bertugas di situpun tidak,”ujarnya.
Sambungnya, dalam bantahan itu beliau turut mengajukan soalan, kenapa nama-nama berkenaan berada di Dun tersebut.
Azoha yang juga Penghulu Mukim Padang Roma, berkata sebelah petang pula beliau mendapat senarai nama-nama anggota yang tinggal di Pengkalan Chepa khususnya di Dun Panchor, berada dalam Dun berkenaan.
Katanya, alasan Pegawai Perbicaraan SPR mengatakan mereka kadang kala diarah bertugas di Dun Wakaf Bharu satu alasan tidak munasabah.
“Terlalu banyak bukti yang diperolehi pada suku pertama tahun ini pengundi luar tersenarai sebagai pengundi di Dun ini,”ujarnya.
Sementara itu, Adun Wakaf Bharu, Che Abdullah Md Nawi, ketika memberitahu Harakahdaily di pejabatnya petang semalam, berkata alasan SPR cukup membuktikan mereka menjadi alat Umno dan BN.
Tambahnya, jika itu juga alasannya bererti Ketua Polis Negara boleh mengundi di negeri mana yang dia ingin mengundi dan Ketua Polis Negeri juga boleh mengundi di kawasan mana yang mereka suka.
“Bukan anggota polis sahaja, sebelum ini 10 pengundi yang membabitkan orang awam juga telah didapati menjadi pengundi dalam Dun Wakaf Bharu, bila kita membuat bantahan mereka kata akan siasat. Siasatpun macam tu juga, kekal sebagai pengundi,”ujarnya lagi.
Beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri seterusnya memberitahu SPR yang sepatutnya menjadi badan bebas, terbukti menjadi ‘kuda tunggangan Umno’.
Hari ini seramai 20 orang lagi senarai pengundi pos di Dun berkenaan akan dibantah.
Sumber HD : 9/07/2012
Sumber HD : 31/07/2012
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus menerangkan kepada petugas Pilihanraya PAS Bukit Gantang semalam bahawa tempoh pengundian boleh ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa diberi notis, lapor blogger Sisi Bukit.
“Cukup sekadar pengumuman biasa sahaja. Jadi tempoh mengundi boleh dipanjangkan sehingga 7 malam, jika SPR merasakan perlu untuk berbuat demikian,” ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta pengundi yang mengundi PAS mesti dipastikan telah keluar mengundi.
Beliau yang juga seorang peguam menjelaskan celup jari menggunakan dakwat bukannya ada dalam perlembagaan tetapi ia cuma peraturan sahaja.
Jadi SPR juga mungkin bersikap seperti tahun 2008 yang mencipta isu atas faktor keselamatan untuk menidakkan keperluan menggunakan dakwat kekal.

Kaji semula syarat undi pos rakyat di luar negara
Harakahdaily, | 12 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Syarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanah air supaya tahu perkembangan politik di tanah air dilihat seolah-olah memandang rendah keupayaan mereka dalam mengetahui politik semasa.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) meminta SPR mengkaji semula usul membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi pos dengan syarat mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.
Tujuan SPR bagi memastikan rakyat Malaysia di luar negara tahu perkembangan politik di tanah air.
“Bagi DPPWP, tujuan tersebut adalah tidak relevan sekiranya perlu ada di dalam negara sekali dalam tempoh 5 tahun semata-mata untuk memastikan rakyat Malaysia di luar negara tahu perkembangan politik tanah air,” ujar Ketua Pemuda DPPWP, Kamaruzaman Mohamad.
Katanya, dunia kini merupakan dunia yang berteknologi maklumat di seluruh dunia terdapat di hujung jari setiap manusia.
Beliau menambah, rakyat Malaysia boleh mengetahui perkembangan tanah air hanya perlu dengan melayari internet sahaja.
“Pelbagai maklumat boleh didapati. Apatah lagi kebanyakan suratkhabar kini menggunakan internet sebagai medium penyebaran berita mereka,” katanya lagi.
Justeru, ujarnya syarat SPR supaya rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanah air supaya tahu perkembangan politik di tanah air dilihat seolah-olah menganggap mereka ini duduk di bawah tempurung.
DPPWP, katanya percaya rakyat Malaysia di sana sentiasa mengambil berat situasi di Malaysia melalui pebagai medium.
“Apakah sekiranya mereka ini tidak mengetahui situasi politik, mereka kehilangan kelayakan mengundi yang sememangnya wajib untuk setiap rakyat Malaysia?
“Apakah SPR boleh mengetahui bagaimana seseorang itu tahu atau tidak perkembangan politik di Malaysia?” tanya beliau.
Bagi DPPWP, ujar Kamaruzaman cukuplah sekadar rakyat Malaysia di luar negara mendaftar undi sahaja bagi membolehkan mengundi pos.
Tambahnya lagi, tidak perlu menyusahkan mereka dengan menetapkan syarat tersebut.
Katanya, tugas SPR sepatutnya memudahkan setiap rakyat Malaysia untuk mengundi bukan menyulitkan mereka.
“SPR juga dilihat semakin tidak relevan dengan cadangan-cadangan yang tidak munasabah.
“Sepatutnya SPR bertindak dengan memperbaiki kepincangan asas sistem pilihan raya seperti yang dibangkitkan Bersih,” ujarnya.
Sumber HD : 12/07/2012

PAS bantah tambahan pengundi pos di Titiwangsa
Salmiyah Harun, | 31 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memasukkan sejumlah 196 pemilih pos daripada lokaliti KD Sri Gombak dari Setiawangsa sebagai pengundi di Titiwangsa.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohamad Nor Mohamad berkata, sebelum ini lokaliti KD Sri Gombak tidak ada dalam senarai pemilih pos, ia adalah lokaliti baru yang diwujudkan dan pemilih di dalamnya terus dijadikan sebagai pengundi parlimen Titiwangsa.
Beliau difahamkan, jumlah pemilih pos pada suku pertama daftar pemilih SPR 2012 adalah sebanyak 1600 namun ia meningkat menjelang suku kedua tahun ini sebanyak 317 orang.
"Berbeza dengan jumlah pemilih pos pada tahun 2008 yang hanya ada sekitar 450 orang sahaja, ia meningkat naik secara mendadak dan begitu ketara sekali," katanya dalam sidang media di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa hari ini.
Mohammad melahirkan rasa bimbang ekoran peningkatan pemilih pos yang begitu ketara walaupun pada suku pertama dan tidak mustahil peningkatan akan terus berlaku jika PRU diadakan tahun depan.
Beliau turut mempersoalkan apakah relevan SPR memasukkan sejumlah pengundi pos daripada lokaliti KD Sri Gombak ke parlimen Titiwangsa?
Katanya, sepatutnya SPR berusaha mengurangkan jumlah pengundi pos memandangkan keperluannya tidak ada di situ.
Mohamad tidak menolak ada unsur-unsur konspirasi terancang yang dijalankan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk meningkatkan undi pos yang sememangnya dikenali sebagai 'fixed deposit' untuk BN.
"Ada pihak yang merasa cemas terhadap kebangkitan rakyat sehingga gagal menarik sokongan pengundi biasa, lalu terpaksa menggunakan kaedah pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka," katanya.
Malah katanya, PAS mampu kekal di kerusi Titiwangsa dalam PRU-13 nanti sekiranya tidak berlaku peningkatan undi pos.
Tegasnya yang turut mendesak SPR mengeluarkan sejumlah pengundi pos di Titiwangsa khususny lokaliti baru yang diwujudkan iaitu KD Sri Gombak dan kem Markas Latihan Tentera Darat.
Justeru katanya, nilai demokrasi dan pemulihan sistem pilihan raya negara ini tidak memberi apa-apa makna sekiranya SPR sendiri tidak bertegas dan bersungguh dalam memastikan sistem pilihan raya di negara ini dibersihkan.
"Biarkan pilihan raya di negara ini ditentukan oleh rakyat sebagai pemilih biasa di atas gelanggang yang sama rata, bukan dibantu oleh daftar pemilih yang dipertikaikan banyak pihak," katanya.
Turut bersama dalam sidang media itu, YDP PAS Titiwangsa Abdullah Abdul Wahab, Pengarah Pilihan Raya Titiwangsa Khairul Anuar Abdul Manap dan Ketua Penerangan PAS Titiwangsa Suhaimi Abdul Aziz.

90% bantahan PAS terhadap daftar pemilih diterima
Harakahdaily, | 30 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Lebih 90 peratus daripada bantahan terhadap daftar pemilih yang dibuat oleh PAS Selangor telah diterima oleh perbicaraan awam yang ditubuhkan oleh SPR.
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaffar Shamsuddin (gambar) berkata, bantahan ini diterima kerana terbukti pengundi yang dibantah itu bukan pemastautin tetap di alamat yang didaftarkan dalam daftar pemilih.
Jaffar berkata, ini adalah isu utama yang berlaku di Selangor sekarang di mana terdapat ramai yang bukan pemestautin tetap (bukan penduduk tempatan) yang didaftarkan dalam daftar pemilih yang ada.
Selain itu, Jaffar memberikan enam lagi isu yang dihadapi pihaknya menjelang pilihan raya umum akan datang untuk membolehkan pilihan raya yang bersih dan adil berlaku.
Baca laporan sepenuhnya dalam Harakah Jumaat ini.
Sumber HD - 30-10-2012
KOTA BHARU: “Kena ubah sistem pilihan raya yang ada sekarang, saya cadangkan kita daftar semula pemilih buat macam banci penduduk.
“Sekarang timbul macam-macam orang yang mati pun didakwa mengundi,” kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (gambar).
Menurutnya dengan langkah tersebut barulah daftar pemilih betul-betul bersih.
“Daftar pemilih sekarang saya tak kata tak bersih. Ini kerana daftar pengundi tidak boleh bersih dengan undang-undang yang ada dan keadaan sekarang,” ujarnya pada forum pemantauan PRU-13, “Kuasa Rakyat dan Menangani Isu-Isu Semasa” anjuran Gabungan NGO Kelantan di sini, kelmarin.
Turut bertindak sebagai panelis Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat. Manakala Pengerusi Mafrel Syed Ibrahim Syed Noh bertindak sebagai moderator.
Forum tersebut dianjurkan Gabungan NGO Kelantan yang dipengerusikan Dr Abdul Halim Yusof, diadakan di Balai Islam.
Abdul Rashid ketika memberitahu khalayak tidak berpihak pada mana-mana parti, turut mengakui daftar pemilih mempunyai masalah besar.
“Masalah kad pengenalan dan bukannya masalah SPR, dia tidak ada kuasa, masuk campur dalam itu.. ini huru hara, itu JPN.
“Ada IC boleh daftar, masalah di Sabah saya tahu, masa itu saya sebagai Setiausaha SPR, orang itu diberi warga negara dan ada hak hendak daftar sebagai pemilih,” tambahnya.
Menurutnya pada masa lampau ketua-ketua kaum datang membawa penduduk yang hendak mendaftar sebagai pengundi.
Beliau yang berkhidmat 27 tahun di SPR berkata, badan pengendali pilihan raya itu memberi hak untuk mengundi tidak kira kepada sesiapa, asalkan ada dalam daftar pemilih.
“Kiri tak kena, kanan pun tidak kena. Saya sudah lali dimaki,” katanya lagi.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
TSKSF : http://www.youtube.com/watch?v=qHTqbus3Bvo&feature=youtu.be

Kena ubah sistem pilihan raya – Tan Sri Rashid
Aslani M, | 23 Jan 2013 |

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-1-2013
Berulang 13 Mei, tak wajar keluar dari mulut SPR
Muhammad Faizal, | 30 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membayangkan aktiviti membantah dan meraikan kemenangan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) boleh mencetus kembali Tragedi 13 Mei 1969 sebagai tidak bertanggungjawab.
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Dr Mohd Hatta Ramli berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu sangat tidak wajar seolah-olah SPR cuba turut menakut-nakutkan pengundi.
“Bagi saya kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus.
“SPR perlu memastikan pilihanraya kali ini berlangsung dalam keadaan yang lebih telus dan adil, malah kenyataan Abdul Aziz itu seolah-olah mereka mengambarkan bahawa pilihanraya kali ini berlangsung secara tidak adil serta menyebelahi pihak tertentu,” jelas beliau.
Mohd Hatta menegaskan, SPR atau mana-mana pihak tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka bangkit menentang ketidakadilan yang terang-terangan berlaku dalam pilihanraya.
Malah menurut beliau, SPR perlu lebih telus dan bukannya bertindak sebagai sebuah organ parti di dalam Barisan Nasional.
“Banyak isu yang perlu diselesaikan oleh SPR terutamanya dalam pembersihan nama-nama dalam daftar pemilih.
“Perkara ini bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi juga turut berlaku di semenanjung seperti mana yang telah didedahkan oleh kita selama ini, bukannya menakut-nakutkan pengundi dengan perkara-perkara seperti 13 Mei," katanya.
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Dr Mohd Hatta Ramli berkata kenyataan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu sangat tidak wajar seolah-olah SPR cuba turut menakut-nakutkan pengundi.
“Bagi saya kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab sebagai sebuah agensi yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan pilihanraya yang adil dan telus.
“SPR perlu memastikan pilihanraya kali ini berlangsung dalam keadaan yang lebih telus dan adil, malah kenyataan Abdul Aziz itu seolah-olah mereka mengambarkan bahawa pilihanraya kali ini berlangsung secara tidak adil serta menyebelahi pihak tertentu,” jelas beliau.
Mohd Hatta menegaskan, SPR atau mana-mana pihak tidak boleh menyalahkan rakyat jika mereka bangkit menentang ketidakadilan yang terang-terangan berlaku dalam pilihanraya.
Malah menurut beliau, SPR perlu lebih telus dan bukannya bertindak sebagai sebuah organ parti di dalam Barisan Nasional.
“Banyak isu yang perlu diselesaikan oleh SPR terutamanya dalam pembersihan nama-nama dalam daftar pemilih.
“Perkara ini bukan sahaja berlaku di Sabah tetapi juga turut berlaku di semenanjung seperti mana yang telah didedahkan oleh kita selama ini, bukannya menakut-nakutkan pengundi dengan perkara-perkara seperti 13 Mei," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-1-2013
Racuni pemikiran: Bersih selar Wan Ahmad
Harakahdaily, | 14 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 melahirkan kekecewaan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Wan Ahmad Wan Omar terhadap Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bersih menyelar Wan Ahmad yang menuduh Ambiga 'meracuni pemikiran orang ramai dengan perkara palsu', selain menuduh 'beberapa kumpulan' sedang menanamkan ajaran 'jangan percaya'.
Hakikatnya, kenyataan tersebut berniat jahat dan tidak bertanggungjawab, selain cubaan untuk mengalih pandangan orang ramai yang ditimbulkan kumpulan masyarakat madani.
Kenyataan itu menyebut, semenjak Bersih 2.0 dilancarkan tahun 2010, Bersih terus-menerus menuntut dilakukan reformasi bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.
"Dari kes Likas pada tahun 2001 hingga ke kajian Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap), ditambah pula dengan kenyataan saki-saksi Siasatan diRaja Sabah membuktikan bahawa tuntutan Bersih 2.0adalah berasaskan fakta," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, Bersih 2.0 mengingatkan SPR bahawa kumpulan masyarakat madani bersedia untuk membantu membersihkan senarai pengundi.
Bersih 2.0 juga baru-baru ini telah meminta SPR memulakan perbincangan rasmi dengan semua pihak yang berkepentingan dalam pilihan raya.
"Usaha kami untuk membawa orang ramai ke arah melahirkan satu sistem pilihan raya yang bersih dan adil adalah langkah pertama untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap pilihan raya," kata kenyataan itu lagi.
Dalam satu kenyataan hari ini, Bersih menyelar Wan Ahmad yang menuduh Ambiga 'meracuni pemikiran orang ramai dengan perkara palsu', selain menuduh 'beberapa kumpulan' sedang menanamkan ajaran 'jangan percaya'.
Hakikatnya, kenyataan tersebut berniat jahat dan tidak bertanggungjawab, selain cubaan untuk mengalih pandangan orang ramai yang ditimbulkan kumpulan masyarakat madani.
Kenyataan itu menyebut, semenjak Bersih 2.0 dilancarkan tahun 2010, Bersih terus-menerus menuntut dilakukan reformasi bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.
"Dari kes Likas pada tahun 2001 hingga ke kajian Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap), ditambah pula dengan kenyataan saki-saksi Siasatan diRaja Sabah membuktikan bahawa tuntutan Bersih 2.0adalah berasaskan fakta," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, Bersih 2.0 mengingatkan SPR bahawa kumpulan masyarakat madani bersedia untuk membantu membersihkan senarai pengundi.
Bersih 2.0 juga baru-baru ini telah meminta SPR memulakan perbincangan rasmi dengan semua pihak yang berkepentingan dalam pilihan raya.
"Usaha kami untuk membawa orang ramai ke arah melahirkan satu sistem pilihan raya yang bersih dan adil adalah langkah pertama untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap pilihan raya," kata kenyataan itu lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
PRU13: Mungkinkah SPR lanjut masa mengundi?
Harakahdaily, | 17 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Abang Ahmad Kardee Abang Masagus menerangkan kepada petugas Pilihanraya PAS Bukit Gantang semalam bahawa tempoh pengundian boleh ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa diberi notis, lapor blogger Sisi Bukit.
“Cukup sekadar pengumuman biasa sahaja. Jadi tempoh mengundi boleh dipanjangkan sehingga 7 malam, jika SPR merasakan perlu untuk berbuat demikian,” ujarnya.
Justeru itu, beliau meminta pengundi yang mengundi PAS mesti dipastikan telah keluar mengundi.
Beliau yang juga seorang peguam menjelaskan celup jari menggunakan dakwat bukannya ada dalam perlembagaan tetapi ia cuma peraturan sahaja.
Jadi SPR juga mungkin bersikap seperti tahun 2008 yang mencipta isu atas faktor keselamatan untuk menidakkan keperluan menggunakan dakwat kekal.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
No comments:
Post a Comment