PAS tentang PPSMI dikembalikan semula
PAS menentang sama sekali dalam apa bentuk sekali pun cadangan atau tindakan bagi mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Dato' Ustaz Abu Bakar Chik - Pengerusi Lajnah Pendidikan
Ini kerana menurut pengerusi lajnah pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik, rata-rata kajian mendapati PPSMI gagal memajukan bahasa Inggeris di kalangan anak-anak terutama di luar bandar.
Beliau merujuk tuntutan oleh The Parent Action Group For Education (PAGE), baru-baru ini yang meminta satu pertemuan dengan jemaah menteri bagi menerangkan rasional mengapa tuntutan itu dibuat.
“Kita sebenarnya tidak sama sekali dapat menerima kenyataan ini, dan saya minta untuk kita mengadakan pertemuan dengan pihak PAGE ini, kita mahu dengar daripada mereka apa alasan daripada mereka sebab kita mewakili majoriti rakyat yang tidak mahu kepada PPSMI,” kata Abu Bakar.
“Tetapi apabila PAGE melalui presidennya Datuk Noor Azimah (membuat kenyataan), kita menganggapkan ini satu perkara yang luarbiasa, satu perkara yang baru yang mendatang, yang menurut kenyataannya dia mempunyai bukti dan mendapat sokongan lebih 90 peratus ibu bapa.
Menurut beliau, pendirian PAS itu berasaskan keputusan bersama dengan gabungan lebih 80 NGO dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang mengadakan demostrasi besar-besaran sehingga memaksa kerajaan mengembalikan semula polisi pembelajaran yang asal, bermula tahun 2012.
“Kemudiannya, kerajaan membuat pengubahsuaian dalam erti-kata memperteguhkan (memantapkan) bahasa Inggeris dan memperkasakan (memartabatkan) bahasa Melayu.
“Walaupun PAS berpandangan, ia suatu keputusan yang kurang jelas, pada umumnya kita menganggap bahawa ia adalah sesuatu ubah-suai di atas keperluan yang dihajatkan oleh rakyat bagi membasmi PPSMI dan PPSMI tidak akan diteruskan sama sekali, walaupun ada keinginan untuk perbaiki bahasa Inggeris dalam konteks yang lain,” katanya.
Justeru, menurut Abu Bakar adalah pelik apabila PAGE mendakwa bahawa mereka mempunyai bukti serta sokongan.
Namun menurut Abu Bakar, PAS bersedia mengadakan pertemuan dengan PAGE bagi mendengar alasan kumpulan itu.
“Kita mahu mendengar alasan mereka, namun begitu dari segi untuk mendesak kabinet supaya membolehkan PPSMI dikembalikan, kita menentang sama sekali dalam apa bentuk sekali pun. “Tetapi dengan PAGE kita mahu mendengar daripada mereka apa alasan yang mereka hendak bawa kepada kabinet tentang perkara ini,” katanya.
Sumber MK : 29/08/2011
KENANGAN DEMO MANSUHKAN PPSMI 2009 :
Poster Himpunan Bantah PPSMI : 7 Mac 2009
Perarakan Keranda 152 - Simbolik Hapus Bahasa Melayu
Pimpinan Pakatan Rakyat berada di Barisan Hadapan - Abu Bakar Chik, Tian Chua, A. Samad Said dan Hassan Ahmad
Pimpinan Utama PAS turut menyertai demo - Hj Hadi, A. Samad Said dan Nasharudin Mat Isa
3% dapat manfaat, penentangan PPSMI berasas |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bahawa hanya tiga peratus pelajar mendapat manfaat daripada Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membuktikan kebenaran perjuangan menentang dasar tersebut. Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid berkata, kajian itu sekaligus menafikan dakwaan pihak yang pro PPSMI bahawa ianya memberikan banyak manfaat kepada semua pelajar di seluruh negara. Sebaliknya beliau berkata, seperti yang dijelaskan pihak yang menentang PPSMI sebelum ini, PPSMI hanya akan memberikan manfaat kepada pelajar di kawasan bandar. "Yang lebih penting kita tekankan, kalau benar-benar kita nak laksanakan pendemokrasian pendidikan, kita harus menekankan aspek bahasa. "Majoriti penduduk di Malaysia jauh lebih cepat memahami mata pelajaran Matematik dan sains dalam Bahasa Melayu. "Oleh itu adalah tidak logik dan tidak demokratik kalau nak laksanakan PPSMI," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Cikgu Azmi yang merupakan salah seorang anggota Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), turut berkata, PPSMI bukan penyelesaian kepada usaha meningkatkan prestasi pelajar dan mewujudkan persaingan di peringkat antarabangsa. "Kerajaan perlu baiki teknik dan keperluan Bahasa Inggeris kalau betul-betul nak tingkatkan penguatkuasaan bahsa itu. "Kalau kerajaan kata kita akan payah bersaing dalam bidang ekonomi kalau tidak kuasai Bahasa Inggeris, itu tak betul kerana kita lihat sekarang ekonomi sudah jadi kacau bilau walaupun ramai pakar ekonomi yang menguasai Bahasa Inggeris," katanya yang masih aktif menyampaikan ceramah mengenai PPSMI. Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan tetap dengan keputusan untuk memansuhkan PPSMI tahun hadapan jika mengutamakan kepentingan negara. "Saya patahkan hujah pihak yang pro PPSMI bahawa PPSMI untuk kepentingan negara. "Saya tegaskan, dengan melaksanakan PPSMI perbuatan merosakkan negara," katanya. GMP pernah mengajurkan demonstrasi besar-besaran di ibu negara pada 2009 membantah dasar tersebut yang turut disertai Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan pejuang-pejuang bahasa yang lain. |
PPSMI tidak jamin Malaysia jadi negara maju |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR 31 Okt: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjamin negara ini maju. "Dasar Kerajaan Umno ni bila ada menteri baru datang, ada saja dasar baru dan cara sedemikian akan merosakkan masa depan anak bangsa kita. Dari awal lagi kita sudah menegaskan bahawa dasar ini sebenarnya tidak akan menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju. "Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka," jelasnya yang ditemui di parlimen hari ini. Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda. Azmin turut membidas pimpinan Umno sekali lagi tidak langsung mahu buat sebarang rujukan bincang tentang perlaksanaan dasar PPSMI dan akhirnya tujuan untuk mewujudkan kontrak-kontrak bagi kroni-kroni mereka. "Perlaksanaan dasar dalan negara sentiasa dibuat tergesa-gesa tanpa perbincangan menyeluruh terutamanya dengan pihak yang mempunyai kepakaran," ujarnya. Menurutnya dasar itu dibuat tanpa perancangan yang teratur sebagai contoh guru-guru masih lagi tidak cekap dan tidak dihantar utk melatih lebih awal serta buku-buku teks yang tidak disiapkan. Mengulas tentang Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) yang tidak bersetuju dengan pemansuhan dasar tersebut, Azmin memberitahu kerajaan perlu berbincang dengan badan tersebut agar mereka lebih memahami dan menerima perlaksanaan tersebut. "Saya kira kementerian mesti bertanggungjawab untuk bertemu dengan semua pihak dalam mencari jalan penyelesaiannya. Ini kerana sebarang perancangan dasar mestilah dibuat secara terperinci dan tidak tergesa dan bukan kerana kepentingan politik tetapi kepentingan anak bangsa," sambungnya lagi Azmin memberitahu setiap pihak mesti hormati pandangan mereka namun jika perancangan ini dibuat dari awal, supaya ada pertimbangan bagaimana dasar-dasar baru hendak dilaksanakan dan beliau pasti setiap pihak mesti akan bersetuju. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6283-ppsmi-tidak-jamin-malaysia-jadi-negara-maju
Pemansuhan sepenuhnya PPSMI perlu disegerakan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Nov: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah sangat dialu-alukan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). “Walau bagaimanapun, tarikh pemansuhan sepenuhnya yang hanya berkuatkuasa pada 2021 dilihat kurang wajar,” kata presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman. Beliau berkata, Isma menganggap pengumuman itu adalah satu penangguhan. Tambahnya, Isma bimbang sikap tidak konsisten pembuat keputusan akan menimbulkan keresahan berterusan majoriti rakyat, terhadap masa depan pendidikan anak-anak mereka dan nasib Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah diperjudikan. Ia, ujarnya berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan sendiri menunjukkan hanya 5-7% sekolah seluruh negara telah menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya sebelum ini, manfaat daripada penangguhan ini adalah kurang jelas. Di samping itu, katanya kajian-kajian lain juga jelas menunjukkan pencapaian pelajar dalam sains dan matematik lebih baik sebelum dasar PPSMI dilaksanakan. “Oleh itu, penangguhan ini akan lebih banyak memberi kesan buruk,” katanya dalam satu kenyataan. Tambahnya, Isma berpandangan pemartabatan Bahasa Melayu tidak dapat dicapai hanya melalui slogan-slogan dan saranan-saranan yang dilaungkan dalam Bulan Bahasa Kebangsaan sahaja. Menurutnya, iltizam yang kukuh perlu ditunjukkan melalui polisi pendaulatan Bahasa Melayu yang konsisten. Justeru, tegasnya Isma memberi amaran agar tidak ada pihak-pihak yang terus menerus mengambil kesempatan dalam senario politik semasa untuk mengugut kerajaan dengan risiko kehilangan sokongan, jika tidak meneruskan dasar PPSMI. Isma, ujarnya lagi menuntut agar kerajaan tidak berlembut dalam mempertahankan prinsip kenegaraan, terutama berkaitan kedudukan Bahasa Melayu, hanya disebabkan tekanan politik. Ini katanya kerana, jika semua prinsip asas dan dasar kenegaraan dijadikan bahan berpolitik, negara akan terdedah kepada bahaya besar. “Isma yakin kekayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa intelektual dan bahasa kebangsaan dan ia mampu menjadi bahasa pengantar yang berkesan untuk pelajaran Sains dan Matematik. “Ia adalah bahasa yang setanding dengan pelbagai bahasa bangsa lain di dunia,” ujarnya. Oleh itu, katanya Malaysia akan tetap mampu menjadi negara maju seperti Jepun, German, Itali dan Perancis, walaupun tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa sains dan teknologi. Beliau menambah, Isma menyeru agar seluruh rakyat Malaysia terus memupuk rasa cinta dan bangga terhadap Bahasa Melayu kerana ia merupakan lambang jatidiri unggul dan unik yang perlu dipertahankan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6386-pemansuhan-sepenuhnya-ppsmi-perlu-disegerakan
Himpunan desak mansuh segera PPSMI April depan
Anis Nazri, | 10 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan menggerakkan satu himpunan rakyat bagi mendesak kerajaan menyegerakan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Himpunan yang dirangka pada awal April itu akan diadakan di Pagoh, Johor sebagai langkah awal menggerakkan semula bantahan berhubung dasar tersebut.
Pengerusi GMP, Prof Shahril Md Zin, berkata bantahan terhadap dasar itu perlu dihidupkan memandangkan tidak nampak usaha kerajaan bersungguh-sungguh untuk memansuhkannya segera.
"Walaupun kerajaan mengumumkan dasar PPSMI ini akan dimansuhkan, kebelakangan ini kita mendapati seolah-olah ada gerakan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin menghidupkan semula dasar ini," dakwa beliau ketika berucap di Himpunan Ulangtahun Ketiga PPSMI, di Madrasah Tarbiah, Kampung Bandar Dalam, Gombak, hari ini.
Perkara itu, dakwa beliau boleh dilihat saban hari melalui akhbar The Star yang sering memainkan isu agar kerajaan memikirkan semula pelaksanaan dasar tersebut.
Atas sebab itu, Shahril beranggapan perjuangan GMP selama ini boleh dianggap tercapai hanya sekitar 60 peratus sahaja, sekaligus memerlukan lebih banyak usaha ke arah pemansuhan segera dasar tersebut.
Tambah Shahril, GMP bukan sahaja meminta kerajaan memansuhkan dasar PPSMI tersebut, tetapi dalam masa sama mengembalikan martabat bahasa Melayu yang sudah sekian lama dipinggirkan.
Himpunan hari ini diadakan bagi mengingati sejarah perjuangan rakyat bersama GMP pada 10 Mac 2009, yang menyaksikan ribuan rakyat yang menyertai himpunan mansuh PPSMI di ibu kota disembur dengan gas pemedih mata dan 'water cannon' oleh pihak berkuasa.
Selain Shahril, turut memeriahkan majlis hari ini ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said; Setiausaha GMP, Hasni Abas; dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof. Dr. Awang Sariyan.
Selain ucapan para penggiat bahasa, majlis himpunan ini turut memberi ruang kepada penggiat seni untuk menzahirkan pendapat mereka tentang dasar PPSMI seperti deklamasi sajak oleh Dinsman.
Acara kemuncak bagi himpunan ini ialah pelancaran Madrasah Seni, dan pelancaran buku baru Dinsman, Pemikiran dan Perancangan Seni-Budaya, oleh Pak Samad yang akan diadakan malam ini.
Sumber HD : 11/03/2012

Bangkit kembali gelombang bantah PPSMI
Harakahdaily, | 14 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) menegaskan bahawa pengenalan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah suatu tragedi agama, bangsa dan negara.
Malah, kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar), ia suatu musibah besar gara-gara nafsu pemimpin yang dirasuk virus penjajah bahawa dengan mendominasikan bahasa Inggeris, negara boleh berada mencapai tahap kemajuan bertaraf dunia.
“Sementara hujah ini ternyata boleh dipatahkan dengan contoh negara-negara non Inggeris tetapi jelas dengan bahasa ibundanya boleh maju dan membangun pesat, kami juga mempersoalkan kayu ukur apa yang pemimpin negara ingin gunakan untuk mencapai taraf dunia,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Anehnya, kata beliau pemimpin dan wadah parti politik itulah yang beria-ia melaungkan kalam bahawa merekalah pejuang bangsa.
Katanya lagi, ketika PPSMI diperkenalkan tidak ada pertimbangan jangka panjang diambil kira terhadap masa depan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Mujur, ujarnya benak rakyat belum semuanya tercemar dengan alasan bahawa hanya dengan Bahasa Inggeris negara ini akan maju.
Mujur juga, tambahnya semangat kental rakyat tidak semuanya mudah ditundukkan oleh ugutan dan tohmahan pemerintah bersama segala bala jentera medianya.
Menurutnya, rakyat yang masih punya dhomir dan perasan amarah tidak mungkin mendiamkan diri.
Beliau menambah, dengan khittah perjuangan bahawa bahasa adalah jiwa bangsa, rakyat mengambil keputusan yang betul bahawa hanya dengan gelombang bantahan rakyat sahaja mereka yang enak ditampuk kuasa akan faham sanubari rakyat.
Namun nampaknya, ujar beliau pemerintah masih bermain dengan aturannya sendiri.
Katanya, pemerintah kini membayangkan ada ruang untuk meneruskan PPSMI jika ia melakukan ubahsuai sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk mencelah agar PPSMI dapat dilanjutkan.
Menurutnya, mengikut pengumuman Timbalan Perdana Menteri, rakyat diminta bersabar dan pemansuhan PPSMI akan mengambil masa berdasarkan kohot pembelajaran di sekolah lalu 2012 dijadikan tahun sepatutnya berakhir PPSMI.
“Keputusan ini menyebabkan rakyat tergamam kerana terperangkap dengan dalih pentadbiran dan alasan sistem persekolahan. Akhirnya PPSMI diteruskan sehingga hari ini,” ujarnya.
Untuk kesekian kalinya, jelas beliau Teras menyatakan bahawa PPSMI seharusnya dimansuh segera dengan mengguna mekanisme dan kuasa yang ada di tangan pemerintah.
“Jika PPSMI dengan mendadak diperkenalkan tanpa banyak kajian dan hujah, kenapa PPSM-Melayu tidak boleh dikembalikan dengan kaedah yang sama?” tanya beliau.
Kini, tambahnya rakyat pencinta bahasa diminta menunggu terus dengan janji kerajaan.
“Entah berapa menteri yang akan berganti pula untuk PPSMI benar-benar dapat dikuburkan. Sementara itu entah berapa ribu pelajar pula yang terus menjadi mangsa sementara menunggu punca penyakit dihapuskan,” katanya.
Sebab itu, ujarnya Teras bersetuju agar gelombang bantahan diketengahkan kembali dan momentum rakyat dibangkitkan sekali lagi untuk PPSMI ditamatkan sekarang.
“Gelombang ini tidak boleh dimatikan hanya dengan janji kerajaan yang nampaknya cuba buy time,” ujarnya lagi.
Beliau berkata, inilah sebenarnya strategi pihak yang beria-ia PPSMI dipertahankan yang mana mereka bermakar untuk mendesak kepada kerajaan agar PPSMI diteruskan dengan lobi di peringkat tinggi.
“Malangnya sementara atur permainan lobi ke atas sedang senyap-senyap digerakkan, pelajar, ibu bapa dan pendidik jualah yang menjadi mangsa.
“Ribuan yang terpaksa menggagahkan diri untuk melalui PPSMI yang memeritkan seluruh warga pendidikan,” katanya.
Justeru, katanya sudah tiba masanya rakyat sekali lagi bangkit untuk memberi kata muktamad ‘Mansuhkan PPSMI sekarang’.
Sumber HD : 14/03/2012
Antara isu yang boleh diketengahkan sebagai modal kempen dan perang psikologi bagi menghadapi PRU13 ialah isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Walaupun isu ini agak tenggelam oleh beberapa isu utama seperti isu FELDA, NFC, dan Lynas, namun perlu diingat bahawa menteri pelajaran telah berjanji pada tahun 2012 PPSMI akan dihentikan. Isu ini penting terutama bagi para pejuang bahasa kerana sehingga kini tiada tanda-tanda kesungguhan UMNO-BN untuk memertabatkan Bahasa Melayu walaupun selepas 54 tahun negara merdeka.
Kemelut PPSMI bermula pada bulan Julai 2002. Secara tiba-tiba Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui suatu mesyuarat khas jemaah menteri telah meluluskan dasar baru PPSMI.
Namun beberapa bulan sebelum keputusan itu dibuat, ramai yang tidak sedar bahawa media prokerajaan telah memainkan peranan untuk menjayakan misi tersebut.
Bermula dengan isu pengangguran, semua media cetak dan elekronik memainkan isu ini secara berterusan selama beberapa bulan. Bukan itu sahaja, isu ini dibahas, diadakan forum dan pelbagai pihak turut berbahas sama ada rakyat biasa di kampung-kampung mahupun para profesor di universiti.
Akhirnya ramai yang percaya bahawa pengangguran merupakan masalah nombor satu negara dan sesuatu perlukan dilakukan. Apatah lagi statistik yang dikeluarkan menunjukkan bahawa orang Melayu khususnya graduan universiti yang paling ramai menganggur.
Pada fasa kedua, setelah berjaya memusatkan rakyat kepada masalah pengangguran, maka kesimpulan yang dibuat ialah lemahnya penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu.
Sekali lagi segala pemikiran dan tumpuan masyarakat dijuruskan kepada isu penguasaan bahasa Inggeris. Maka pandangan dan pendapat daripada segenap pihak dihimpun untuk membentuk suatu langkah penyelesaian. Setelah segalanya disusun dengan baik dan teratur maka sampailah kepada agenda sebenar iaitu menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.
Ekoran daripada itulah maka secara tergesa-gesa mulai Januari 2003 PPSMI diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Pada Januari 2007 pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah dan pada Januari 2008 pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah.
Pelaksanaan PPSMI dibantah oleh para pejuang bahasa yang terdiri daripada orang awam, pertubuhan bukan kerajaan dan guru sendiri, namun gagal menghalangnya daripada dilaksanakan. Pelbagai hujah, pendapat dan gagasan digunakan untuk menghalang PPSMI, namun umpama mencurah air ke daun keladi. UMNO-BN memekakkan telinga. Dasar yang merugikan bahasa kebangsaan itu tetap diteruskan.
Kemuncak kepada bantahan itu berlaku pada Mac 2009 iaitu lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Bantahan ini juga bukan sekadar cintakan bahasa kebangsaan semata-mata bahkan bersandarkan fakta. Suatu kajian yang dilakukan pada tahun 2009 mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian yang membabitkan 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Pada Mei 2009, kerajaan UMNO-BN menerima tamparan apabila kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup - Datuk A Samad Said, Profesor Dr Muhammad Haji Salleh, Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain - menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
Kemudiannya pada tahun yang sama dasar PPSMI turut dipertikaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Akhirnya pada Julai 2009, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.
Namun, pemansuhan itu tidak akan tercapai jika UMNO-BN menang selesa dalam PRU12 pada tahun 2008. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, desakan yang paling berkesan datang daripada undi rakyat.
Oleh itu, jika para pejuang dan pecinta bahasa ingin memastikan bahasa Melayu/bahasa kebangsaan diletakkan kembali ke tempat asalnya, tiada jalan lain yang mesti dilakukan – hanya melalui kertas undi yang diberikan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan datang.
Sumber HD : 21/03/2012

PRU13: Jangan lupakan isu PPSMI
Majdan Dagang, | 21 Mac 2012 |

GMP tunggu respons PM, TPM adakan pertemuan
Anis Nazri, | 10 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini menunggu respons Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menetapkan tarikh pertemuan di antara mereka.
Pengerusi GMP, Prof. Dr Shahrir Md Zain, berkata pertemuan itu dirancang bagi memastikan usaha ke arah pemansuhan PPSMI segera dilaksanakan.
Katanya, GMP telah mengutus surat bagi mengadakan pertemuan itu beberapa bulan lepas, bagaimanapun sehingga hari ini tiada sebarang respons yang diterima.
"Sehingga hari ini GMP belum menerima sebarang tarikh bagi menjayakan pertemuan tersebut. Kita percaya, ia akan mengambil sedikit masa untuk itu," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Tambah Dr Shahrir lagi, GMP difahamkan pihak pejabat PM dan TPM sedang mengatur masa yang sesuai bagi mengadakan pertemuan tersebut.
"Boleh jadi, mungkin tak jadi jumpa. Kita teruskanlah dengan program kita bagi memastikan PPSMI ini dimansuhkan segera," tambah beliau.
Mengulas rancangan GMP untuk mengadakan 'roadshow' di seluruh negara berhubung isu PPSMI ini, Dr Shahrir berkata program itu akan dilaksanakan, cuma menunggu satu tarikh yang sesuai.
Katanya, GMP belum memanggil mesyuarat bagi membincangkan perkara ini memandangkan pelbagai isu timbul di tengah-tengah perancangan NGO tersebut.
Sebelum ini, GMP berhasrat mengadakan 'roadshow' di Pagoh, Johor.
Program yang dijadualkan April lalu itu kemudiannya bertukar lokasi ke Muar.
Bagaimanapun, perancangan tersebut tertunda dengan isu tuntutan Bersih 3.0 yang menuntut satu sistem pilihan raya yang bebas dan adil, yang menyaksikan ratusan ribu rakyat membanjiri Kuala Lumpur, 28 April lalu.
Selain di Johor, GMP turut bercadang mengadakan 'roadshow' di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat - bermula di Kelantan.
Tegas beliau, isu PPSMI ini perlu digerakkan semula memandangkan tiada sebarang tindakan serius kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.
"Kita tidak nampak kerajaan serius mengenainya. Sebelum ini kerajaan hanya menangguhkan pelaksanaan PPSMI, bukan menghentikannya," tegas beliau lagi.

Sumber HD : 10/05/2012
Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara mencapai negara berpendapatan tinggi.
Kantoi! Penipuan BN terbongkar seluruh dunia!
http://jalanpulang1978.blogspot.com, | 14 Dis 2012 |
Memalukan!
Satu lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia!
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa “sengaja” memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.
Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara.
Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM “memudahkan” silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.
“Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita,” kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan ‘A’ yang diperolehi semasa peperiksaan,” tambah mereka.
Jelas kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut.
Kajian berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas.
Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata.
Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata.
Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata.
Tambah mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM.
“Penurunan Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM,” kata Pua dan Ong.
Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.
Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini.
“Bagi PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.
“Pada masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik),” kata mereka.
TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.
Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.
Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara mencapai negara berpendapatan tinggi.
Pada tahun 2007, purata pelajar Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam kajian TIMSS.
Pada tahun 1999, purata bagi pelajar ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains.
Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini jelas Tony dan Ong perlu mengakui secara terbuka kementerian berkenaan melakukan tindakan “memudahkan” silibus dalam sistem pendidikan negara.
“NEB perlu secara terbuka mengakui terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita,” kata mereka.
“Pelan tersebut bukan sahaja mengabaikan perkara itu, malah turut memuji pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM.
“Sekiranya Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin gagal untuk memulihkan proses tersebut, dan meningkatkan standard peperiksaan dan silibus kita, kami yakin, bukan hanya setakan NEB akan gagal, kedudukan Malaysia dalam TIMSS akan terus menjunam pada masa akan datang,” tegas mereka lagi.
Sumber HD - 14-12-2012
No comments:
Post a Comment