Titik-tolak keyakinan |
Nik Abdul Aziz Nik Mat
|
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala yang mengizinkan kita untuk terus bernafas sehingga ke hari ini dan diberikan peluang untuk menyambut Hari Raya Idul Fitri 1432H. Setelah kita menjalani tarbiyah Ramadhan selama sebulan dengan ibadat seperti puasa, qiam, bacaan al-Quran dan sebagainya, kita diperintahkan untuk menyambut Hari Raya sebagai tanda kesyukuran dan kemenangan menewaskan hawa nafsu. Semoga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmah puasa itu sendiri. Taqwa ertinya pelindung. Apa yang dimaksudkan dengan pelindung ialah pelindung daripada api neraka. Justeru, apabila masyarakat yang bertaqwa berjaya diwujudkan hasil daripada tarbiyah di bulan Ramadhan, Insya Allah tidak akan berlaku kes-kes rasuah, penipuan, pecah amanah dan sebagainya. Ini kerana punca kepada semua jenayah ini ialah kerana manusia tidak bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wataala. Begitu juga dengan jenayah aqidah seperti murtad juga berpunca daripada ketaqwaan yang tidak dipupuk dalam diri masyarakat. Justeru, saya menyeru kepada semua pihak agar marilah kita menjadikan taqwa sebagai asas dalam setiap sudut kehidupan kita. Alhamdulillah, tahun ini Hari Raya disambut hampir serentak dengan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2011. Saya berharap biarlah sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini dapat dihayati dengan makna kemerdekaan yang sebenar iaitu merdeka daripada penjajahan hawa nafsu dan seterusnya melaksanakan setiap perintah Allah Subhanahu Wataala. Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Idul Mubarak” kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira apa fahaman mereka. Demikan juga kepada ahli parti dan para pejuang Islam sekalian, tingkatkan pengorbanan demi mencapai keberkatan Allah Subhanahu Wataala. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik-tolak kepada keyakinan kita bahawa al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. adalah panduan kita yang hakiki dalam semua segi kehidupan kita. Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan Merangkap Al-Mursyidul Am PAS. Pejabat Menteri Besar Kelantan Kota Darulnaim
KOTA BHARU.
TIMBALAN AL MURSHIDUL AM: DATO' DR HARUN DIN
|
Mesej Raya Presiden PAS |
Abdul Hadi Awang
|
Assalamualaikum. Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam, dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jatidiri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini. Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang. Apabila berjaya ditarbiah di bulan ramadhan, dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hingga kini. Selain itu, ibadah puasa juga melatih diri bertarung dengan hawa nafsu yang bukan sahaja untuk mengalahkan hawa nafsu tetapi juga melatih diri mengalahkan musuh-musuh Islam dan memberi kemenangan kepada Islam yang akan terlaksana keadilan di seluruh dunia yang dihuni oleh pelbagai manusia. Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat. Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia. Selamat hari raya. Abdul Hadi Awang Presiden PAS |
Perutusan Raya Ketua Dewan Ulamak |
Dato' Harun Taib |
Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu akbar walillahilhamd… Alhamdulillah selepas sebulan umat Islam berpuasa akhirnya kita InsyaAllah menyambut hari raya Idil Fitri bagi meraikan kejayaan kerana berjaya melaksanakan ibadah khusus seperti puasa, qiyam (tarawih), bacaan al-Qur'an, sedekah, zikir, iktikaf dan lain-lain. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Nasa’i dan Ibnu Majah yang bermaksud: "Orang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Rab ( Allah s.w.t) yang mencipta dan menguruskan dirinya" Berpuasa bukan hanya meninggalkan makan dan minum tetapi apa yang lebih penting ialah berpuasa daripada maksiat dan mengukuhkannya dengan amal ketaqwaan. Janganlah kita hanya menjadikan puasa sebagai amalan adat tetapi tidak menjadikannya sebagai ibadah. Ibadah bererti memberikan ketaatan yang mutlaq kepada Allah s.w.t. Perlaksanaan puasa sebagai ibadat mengajak kita berpuasa meninggalkan segala perkara yg bercanggah dengan syara' dan bekerja untuk mencegahnya bermula daripada sekecil-kecil maksiat melibatkan individu sehinggalah kepada sebesar-besar maksiat yang melibatkan pemerintahan negara seperti rasuah, penyelewengan dan kezaliman. Kezaliman yang paling besar ialah apabila pemerintah meninggalkan syariat Allah s.w.t dan membesarkan serta mengagungkan peraturan ciptaan manusia. Jihad mencegah kemungkaran perlu menjadi amalan orang berpuasa. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi: “sebaik-baik jihad ialah menyampaikan kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim" Berpuasa adalah bertujuan membina ketaqwaan sebagaimana yang disebut di dalam ayat 183 surah al-Baqarah. Ketaqwaan pula bukan hanya dengn melakukan atau memperbanyakkan amalan sunat tetapi sebagaimana disebut oleh tokoh pemerintah Islam yang adil iaitu Saidina Umar bin Abd Aziz ialah dengan melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah s.w.t dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. Antara kewajipan yang mesti ditunaikan oleh orang berpuasa untuk mencapai taqwa ialah bekerja mengembalikan pemerintahan negara yang berteraskan dan berprinsipkan Islam. Pemerintahan dengan tidak merujuk kepada Islam menjadikan rakyat samada muslim atau non-muslim menderita. Hak kemanusiaan dan kerakyatan mereka dizalimi. Kebajikan rakyat tidak terbela. Rasuah berleluasa. Penyelewangan harta negara menjadi rencah sebahagian elit pemerintah. Keadilan dinodai. Marilah kita merayakan Aidilfitri pada kali ini dengan ruh jihad perjuangan untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya serta menyuruh melakukan ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran di atas dunia yang fana ini. Allahu Akbar ! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd ! Dato’ Harun Taib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat |
Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.Pada ayat 185, Surah Al Baqarah itu termaktub perintah untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa dan ayat tersebut juga mengsiyaratkan keutamaan bulan Ramadhan, antaranya ialah yang padanya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk. Al Quran atau gelar lainnya iaitu Al Furqan menjadi keterangan buat umat manusia membedakan antara yang hak dan batil, antara kebaikan dengan keburukan, dan antara cahaya dan fasad.
Merenungi pesan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sepertimana yang terkandung dalam ayat tersebut pasti mengetuk nurani kita betapa dikaitkan perintah untuk berpuasa dan keutamaan Al Quran sebagai pedoman menunjuki jalan yang lurus. Ternyata terkandung dalam ayat tersebut bukanlah Allah SWT mahukan suatu kesukaran buat hambanya dengan mengwajibkan ibadah puasa bahkan juga ianya keterangan bagi Rahmah Nya, Kasih Sayang Nya yang melimpah ruah dan seperti yang ditunjuki dalam ayat sebelumnya, ayat 183 Surah Al Baqarah, agar kita menjadi umat yang bertakwa.
Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam, ujian melawan nafsu, menundukkan musuh utama dan sekiranya menang, dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta ampunan dari Nya. Maka tidak hairanlah kita mengapa perintah melaksanakan ibadah puasa dipintal bersama dengan keutamaan Al Quran. Kedua-duanya menjadi suatu kesempatan buat umat untuk menghayati, merenungi serta untuk dimaanfaatkan, dengan tujuan dilimpahi petunjuk untuk membedakan antara yang benar dengan yang batil, menafikan ketundukan kepada makhluk dan bersaksi bahawa kekuasaan hanya milik Dzul Jalal Wal Ikram ( Yang Maha Memilki Kebesaran dan Kemuliaan )
Kini Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Sepanjang kita menjalani ibadah puasa ianya umpama sebuah madrasah yang mendidik erti kerendahan hati, erti sabar menanggung ujian, senantiasa membesarkan Allah SWT dan bersyukur kepada Nya. Tibanya satu Syawal semestinya disambut dengan rasa gembira dan bersyukur. Apatah lagi sekiranya bersama sahabat handai serta sanak saudara. Moga kesempatan memperkukuh hubungan antara kita dengan Sang Pencipta sepanjang bulan Ramadhan itu berterusan.
Izinkan saya, Azizah dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Eid ul-Fitr kepada seluruh muslimin dan muslimat dengan lafaz Minal Eidin Walfaizin wal Maqbulin.
ANWAR IBRAHIM
HARI RAYA Aidilfitri disambut oleh umat Islam setelah mereka selesai menunaikan ibadat puasa selama
satu bulan didalam bulan Ramadan.
Setelah umat Islam berjaya memasuki madrasah ramadan dengan penuh penghayatan, tentunya membawa makna Kejayaan kita dalam melawan hawa nafsu serta menghapuskanya sama sekali dalam diri kita.
Lantaran itulah mereka dibenarkan bersukaria dan bergembira pada hari tersebut. Islam mengajar umatnya untuk menyambut hari raya dengan penuh syiar yaitu kejayaan mereka membentuk kerohanian dan keperibadian yang sejati melalui madrasah tarbiah Ramadan.
Kejayaan inilah yang akan menjadi kekuatan jatidiri dalam menghadapi ujian duniawi yang sangat mencabar selama sebelas bulan yang mendatang sehingga sekali lagi mereka bersama-sama Ramadan akan datang.
Laungan takbir “Allahu akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,” yang bertali arus sudah pasti akan menaikkan semangat dan daya juang yang tinggi di kalangan orang yang memahami syiar tersebut.
Lafaz yang membawa maksud, Allah SWT yang maha besar dan mengatasi segala yang lain menjadi signal yang jelas kepada semua yang syirik kepada Allah SWT tentang kehancuran mereka.
Allahu Akbar yang tersurat dan tersirat pengertiannya akan membawa pengucapnya menolak segala kekeliruan dengan Allah SWT dan dalam waktu yang sama mereka mesti menolak selain dari ajaran Allah.
Laungan ‘Allahu Akbar, Allahu akbar, Allahu Akbar’, merupakan janji dan ikrar dari seluruh umat Islam untuk kembali kepada Islam. Laungan yang membawa erti tauhid yang tidak berbelah bagi hanya untuk Allahu azzawajalla.
Ucapan takbir dan tahmid dihari raya juga banyak memberi gambaran kemenangan Islam silam dan juga janji kemenangan dari Allah di sepanjang zaman walaupun dalam tempoh perjuangan ini terdapat berbagaibagai mehnah dan tribulasi.
Kemenangan Islam dalam peperangan al-Ahzab yang tidak diduga oleh sesiapa merupan inspirasi perjuangan Islam sepanjang zaman. Sejak bermulanya perjuangan Islam di zaman Nabi Nuh a.s sehingga kepada zaman Nabi Muhammad s.a.w, Allah telah menguji mereka dengan berbagai-bagai ujian disamping ia memberi pertolongan dan kemenangan.
Dalam sejarah Islam Allah telah menolong Nabi Nuh, Ibrahim, Ismail, Musa, Isa dan semua Nabi dan Rasul yang lain termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w hingga hari kiamat. Hakikat ini disebut oleh Allah di dalam al Quran al- Karim melalui firman-Nya yang bermaksud: Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad dalam dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah ia menghulurkan tali (serta mengikatnya) di bumbung rumahnya, kemudian hendaklah ia menjerut lehernya (supaya ia mati tercekik); Dalam pada itu hendaklah ia memikirkan lebih dahulu, Adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebabsebab yang menimbulkan kemarahannya?
Kemenangan duniawi yang menjadi matlamat kedua selepas kemenangan hari Akhirat pastinya amat mustahak kerana dengan pemerintahan Islam sahaja hukum hakamnya akan dapat ditegakkan dikalangan manusia yang sekali gus akan dapat menyelamatkan akidah mereka di dunia ini.
Umat Islam mesti yakin dengan janji kemenangan ini walaupun mereka terpaksa mengharungi suasana seolaholah tiada kemenangan di masa hadapan. Janji kemenangan ini sentiasa berlaku di sepanjang zaman terutamanya dizaman Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah Yang mewarisi bumi dan Segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.
Gerakan Islam di dunia pada hari ini mestilah yakin bahawa mereka akan sentiasa diberi kemenangan oleh Allah SWT di dalam perjuangan mereka.
Kuasa kuffar dan jahiliyah moden yang ada pada hari akan bertemu dengan zaman kehancuran mereka. Kuasa-kuasa besar dunia yang ada pada hari ini juga akan berakhir dengan kehancuran dan kemusnahan.
Tanda-tanda kehancuram mereka telah mula nampak apabila kuasa besar dunia seperti Amerika, Britain dan lain-lain menghadapi kemerosota ekonomi dan sekali gus mereka juga berdepan dengan kehancuran moral yang dahsyat.
Di sudut kekuatan ketenteraan mereka juga jelas menampakkan mereka sudah tidak terdaya untuk menghadapi umat Islam di dunia seperti Palestin, Lubnan, Iraq dan lainlain walaupun mereka bergabung denga kuasa-kuasa besar lain.
Pengajaran al-Ahzab. Dunia yang penuh mencabar pada hari ini amat amat memerlukan kepada perubahan segera. Umat Islam mesti bangkit menolak sistem yang lapuk dan durjana ini dan menggantikan dengan sistem dan manhaj Rabbani yang dicipta oleh yang maha berkuasa. Pada hari ini saya menggesa kepada seluruh umat Islam supaya bangkit menolak seluruh ideologi yang sesat dan menyesatkan ini.
Sudah tiba masanya untuk rakyat membuat perubahan melalui sistem demokrasi berparlimen yang sedia ada di dalam negara kita. Rakyat perlu peka dengan isu-isu besar yang melanda negara seperti isu kehakiman yang menjadi pelindung kepada golongan tertentu yang akhirnya tidak lagi diyakini oleh pelabur asing sehingga negara terdedah kepada kemerosotan ekonomi yang sekali gus akan menekan kehidupan rakyat keseluruhanya.
Begitu juga dengan sistem ekonomi yang hanya berkisar di kalangan kroni dan suku sakat tertentu menyebabkan wujudnya jurang perbezaan taraf hidup yang amat ketara di dalam negara kita. Benarlah firman Allah SWT di dalam al-Quran.
Agihan kekayaan Dan apa-apa yang dianugerah oleh Allah kepada Rasulnya dari hasil mahsul penduduk kampung hendaklah diagih kepada Allah, Rasulnya, kaum kerabat, anak-anak yatim, fakir miskin dan ibnu sabil, agar kekayaan negara tidak berpusing di kalangan orang-orang yang kaya di kalangan kamu.
Kegagalan sistem pendidikan yang sepatutnya menjadi nadi kepada negara bertukar melahirkan ramai cendekiawan yang tidak bertanggungjawab.
Kita terlalu banyak mendengar golo- ngan ini tidak menunaikan solat, berzina, minum arak, buang bayi, dan berbagai-bagai jenayah lagi yang menggambarkan gagalnya sistem pendidikan negara kita.
Begitu juga dengan sistem keselamatan dalam negara yang seolah-olah meletakkan fungsinya yang utama adalah dalam kancah politik bagi menjamin kuasa kerajaan yang sedia ada tetap kekal, isu-isu jenayah yang lain hanya menjadi tugas sambil lewa sehingga seluruh rakyat dapat menyaksikan jenayah yang berlaku disetiap ceruk kampung semacam tidak terkawal. Malah laporan berlakunya jenayah didalam masyarakat bandar dan luar bandar hanya tinggal laporan yang tidak ada penyelsaiannya.
Begitu juga dengan SPRM yang hanya cekap bertindak terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di beberapa negeri dan terhadap beberapa individu yang sudah tidak mempunyai power dalam negara sahaja diambil tindakan.
Rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku secara terangterangan kadang kala dikatakan bukan rasuah seperti dalam isu pembelian kapal selam, jet pejuang, peralatan ketenteraan, pemberian wang secara terbuka dalam mana-mana pilihanraya adalah amat bercanggah dengan kaedah rasuah mengikut kaca mata Islam. “Semua ini telah lama dibimbangi oleh Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda s.a.w: Bersegeralah kamu untuk mengerjakan amalan salih sebe- lum kamu diselubungi oleh za- man yang penuh dengan fitnah sebagaimana malam yang gelap gelita.
Diwaktu pagi manusia berian kepada Allah SWT tetapi kufur pada petangnya, di waktu petang mereka beriman kepada Allah dan kufur pula pada waktu paginya, mereka menjual agama Allah dengan harga yang murah.”
Kemenangan umat Islam dalam peperangan al-Ahzab antara lain ialah kerana ummat Islam bersatu padu untuk menentang musuh hanya kerana Allah SWT. Mereka sanggup berkorban apa saja termasuk harta dan jiwa raga hanya untuk Allah dan Rasulnya. Mereka juga saling hormat menghormati antara satu sama lain, bahkan mereka lebih sayangkan sahabatnya berbanding dengan diri mereka sendiri. Mereka juga mentaati segala arahan yang dikeluarkan oleh kepimpinan mereka, mereka tidak pernah mendahului kepimpinan dalam perbuatan dan kenyataan mereka.
Malah mereka yakin bahawa dengan ketaatan inilah mereka akan diberi kemenangan oleh Allah SWT. Mereka juga yakin bahawa kemenangan hanya menadi milik Allah SWT sahaja.
Jiwa-jiwa yang bersih ini sememangnya hasil dari tarbiyah ramadaniah sebelum berlakunya al-Ahzab.
Pertembungan Rasulullah dengan bala tentera al-Ahzab bukan saja memberi gambaran bahawa musuh-musuh Islam hanya wujud dari luar malah peperangan ini juga menggambarkan adanya golongam munafikin yang amat berbahaya kepada perjuangan Islam.
Golongan yang hanya menyokong Islam bila dilihat Islam boleh mencapai kemenangan. Mereka akan lari dari perjuangan Islam apabila melihat Islam akan kalah.
Golongan ini disebut oleh Allah SWT didalam surah al-Ahzab yang bermaksud: Ingatlah ketika Allah SWT mendatangkan bala tentera Ahzab dari setiap pelosok atas dan bawah, maka terbeliak mata mereka dan seolah-olah nyawa berada di halqum, lalu mereka bersangka buruk terhadap Allah SWT di sanalah diuji orang yang beriman dan digocang mereka dengan sehebat- hebatnya. Maka berkatalah orang-orang munafik dan orangorang yang hati mereka sakit dengan Allah SWT, sesungguh nya semua janji dari Allah dan Rasulnya adalah bohong.
Berwaspadalah dengan golongan munafikin ini kerana mereka akan merosakkan semangat perjuangan Islam dari dalam. Golongan ini juga akan mencemarkan imej perjuangan Islam sehingga hari kiamat.
Perjuangan Islam tak akan berakhir selagi hayat manusia masih ada. Begitu juga dengan peranan jahat musuh Islam akan berterusan sehingga hari kiamat.
Lantaran itulah Allah SWT meminta kepada umat Islam supaya mengulangi peristiwa al- Ahzab ini sehingga hari kiamat.
Musuh-musuh Islam boleh bergabung tenaga dalam memerangi umat Islam. Bukan sekadar musuh-musuh dalam negara, malah mereka akan bersatu dari luar negara.
Realiti ini dapat dilihat ketika mereka memerangi umat Islam di Palestin, Afghanistan, Lubnan dan lain-lainnya. Walau bagaimanapun Allah SWT akan tetap bersama-sama dengan orang yang beriman dan Allah pasti akan memberi pertolongan untuk mereka.
Kewajiban memperjuangkan Islam adalah fardu ain bagi setiap insan yang beriman kepada Allah dan Rasulnya.
Perjuangan Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w semestinya disambung kepimpinannya oleh para alim ulama bersama dengan seluruh Hawariyyun yang ada.
Perjuangan suci ini mestilah dipelopori oleh orang-orang yang suci rohaninya dan mempunyai niat yang setelusnya untuk Allah SWT. Para pejuang Islam mestilah memiliki ciri-ciri kerohanian yang tinggi agar kita semua tidak dipesongkan tingkah laku dan nawaitu oleh syaitan yang terlaknat.
Ingatlah bahawa Allah SWT akan memberi kemenangan setelah hambanya bersiap sedi untuk menerima kemenangan. Marilah sama-sama kita bertanyakan diri sendiri, sejauh manakah daya juang kita untuk Islam kalau dibanding kan dengan Rasulullah dan para sahabatnya melalui peperangan al-Ahzab ini. Sekiranya kita rasakan jarak perbezaannya amat jauh dendam kita, ayuh samasama kita rapatkan.
Sumber DD : 31//08//2011
Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012
Kamaruzaman Mohamad, | 31 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR telah diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 1 Februari 1974. Sempena merayakan Hari Wilayah yang ke-37 pada 1hb Februari 2012, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sesungguhnya, di bumi Wilayah Persekutuan inilah kita bersama-sama menuai jasa bakti bagi membangunkan sebuah negeri yang menjadi mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia.
Umum mengetahui bahawa Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Sebagai ibu negara di sebuah negara maju, ia menjadi tumpuan baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar. Wilayah Persekutuan adalah model kepesatan kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia.
DPPWP mengucapkan takziah dan jutaan terima kasih ke atas keluarga Allahyarhamuha YB Dr Lo’ Lo’ Hj Ghazali ahli Parlimen PAS di Titiwangsa juga merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat juga AJK di dalam PAS Pusat. Jasa yang telah beliau curahkan di dalam PAS menyebabkan pemergiannya pada 17 Julai yang lalu amat dirasai oleh warga PAS dan juga rakyat Titiwangsa.
Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' pernah menyatakan masalah yang besar sekali di hari wilayah pada tahun yang lalu iaitu masalah pendatang haram. Untuk menangani masalah ini, Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' telah banyak kali menulis surat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membawa perhatian pihak berkuasa kepada masalah ini yang kini telah bertambah teruk.
Kebanyakan pendatang haram ini telah membuka gerai perniagaan tanpa lesen di kaki lima Jalan Chow Kit. Di Pasar Chow Kit pun mereka membuka gerai perniagaan yang tidak berlesen di mana kebanyakan dari mereka menjual buah-buahan. Perbuatan membuka gerai perniagaan di kaki lima adalah salah di sisi undang-undang tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyita gerai-gerai yang tidak berlesen ini.
DPPWP juga mendapati selain maslah kesesakan lalu lintas, masalah jenayah juga semakin berleluasa di sekitar Kuala Lumpur. Di Bukit Bintang sebagai contoh merupakan tumpuan para pelancong dan ahli perniagaan dan usahawan negara asing memandangkan lokasi Golden Triangle adalah ‘business district’ yang terkenal sekali di Kuala Lumpur. Kes ragut dan rompak kerap berlaku menyebabkan seolah-olah bandaraya Kuala Lumpur ini merupakan bandaraya yang tidak selamat. Ini menjejaskan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang selamat dimana para pelancong boleh berjalan-jalan makan angin dengan selamatnya pada waktu malam.
DPPWP amat mengharapkan pihak Kementerian agar segera mensejahterakan penduduk di ibu kota daripada pelbagai masalah jenayah serta gejala sosial yang menimpa anak-anak muda. DPPWP bersedia duduk semeja dengan pihak Kementerian dan agensi kerajaan bagi merundingkan pelbagai bentuk pendekatan supaya masalah ini dapat di bendung serta memperbanyakan aktiviti bermanfaat dan pengisian rohani bagi mengisi masa anak-anak muda.
Sempena Sambutan Hari Wilayah ini, DPPWP mengharapkan sokongan rakyat terhadap PAS dan PR terus meningkat menjelang PRU-13 dan kita menawarkan pakej Negara Berkebajikan sebagai alternatif rakyat dalam menolak Umno-BN. Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.
Melihat pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa. Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai. Oleh sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan PAS.
10 agenda yang ditawarkan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama. Selain itu, Konsep Negara Berkebajikan juga menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.
Akhir sekali saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2012. Semoga kita terus hidup dengan budaya dan suasana yang tenteram, sihat dan aman di Malaysia ini. DPPWP mengharapkan supaya rakyat Wilayah Persekutuan terus menolak BN dan pilih PAS-Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti.
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Sumber HD : 31/01/2012
Umum mengetahui bahawa Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Sebagai ibu negara di sebuah negara maju, ia menjadi tumpuan baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar. Wilayah Persekutuan adalah model kepesatan kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia.
DPPWP mengucapkan takziah dan jutaan terima kasih ke atas keluarga Allahyarhamuha YB Dr Lo’ Lo’ Hj Ghazali ahli Parlimen PAS di Titiwangsa juga merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat juga AJK di dalam PAS Pusat. Jasa yang telah beliau curahkan di dalam PAS menyebabkan pemergiannya pada 17 Julai yang lalu amat dirasai oleh warga PAS dan juga rakyat Titiwangsa.
Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' pernah menyatakan masalah yang besar sekali di hari wilayah pada tahun yang lalu iaitu masalah pendatang haram. Untuk menangani masalah ini, Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' telah banyak kali menulis surat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membawa perhatian pihak berkuasa kepada masalah ini yang kini telah bertambah teruk.
Kebanyakan pendatang haram ini telah membuka gerai perniagaan tanpa lesen di kaki lima Jalan Chow Kit. Di Pasar Chow Kit pun mereka membuka gerai perniagaan yang tidak berlesen di mana kebanyakan dari mereka menjual buah-buahan. Perbuatan membuka gerai perniagaan di kaki lima adalah salah di sisi undang-undang tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyita gerai-gerai yang tidak berlesen ini.
DPPWP juga mendapati selain maslah kesesakan lalu lintas, masalah jenayah juga semakin berleluasa di sekitar Kuala Lumpur. Di Bukit Bintang sebagai contoh merupakan tumpuan para pelancong dan ahli perniagaan dan usahawan negara asing memandangkan lokasi Golden Triangle adalah ‘business district’ yang terkenal sekali di Kuala Lumpur. Kes ragut dan rompak kerap berlaku menyebabkan seolah-olah bandaraya Kuala Lumpur ini merupakan bandaraya yang tidak selamat. Ini menjejaskan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang selamat dimana para pelancong boleh berjalan-jalan makan angin dengan selamatnya pada waktu malam.
DPPWP amat mengharapkan pihak Kementerian agar segera mensejahterakan penduduk di ibu kota daripada pelbagai masalah jenayah serta gejala sosial yang menimpa anak-anak muda. DPPWP bersedia duduk semeja dengan pihak Kementerian dan agensi kerajaan bagi merundingkan pelbagai bentuk pendekatan supaya masalah ini dapat di bendung serta memperbanyakan aktiviti bermanfaat dan pengisian rohani bagi mengisi masa anak-anak muda.
Sempena Sambutan Hari Wilayah ini, DPPWP mengharapkan sokongan rakyat terhadap PAS dan PR terus meningkat menjelang PRU-13 dan kita menawarkan pakej Negara Berkebajikan sebagai alternatif rakyat dalam menolak Umno-BN. Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.
Melihat pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa. Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai. Oleh sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan PAS.
10 agenda yang ditawarkan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama. Selain itu, Konsep Negara Berkebajikan juga menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.
Akhir sekali saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2012. Semoga kita terus hidup dengan budaya dan suasana yang tenteram, sihat dan aman di Malaysia ini. DPPWP mengharapkan supaya rakyat Wilayah Persekutuan terus menolak BN dan pilih PAS-Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti.
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Sumber HD : 31/01/2012
No comments:
Post a Comment