Kempen Selamatkan Malaysia 'Bankrap Negara'
Salmiyah Harun, | 30 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan melancarkan kempen 'Selamatkan Malaysia dengan slogan 'BN (Bankrap Negara)' sepanjang September dan Oktober nanti.
Menurut Ketuanya Nasruddin Hassan kempen itu bertujuan mendidik dan menyedarkan masyarakat bahawa kewangan negara berada di tahap yang sangat kritikal.
Jelasnya, masalah kewangan berpunca daripada salah urus dan salah guna kuasa dalam pengurusan ekonomi negara.
"Apa yang berlaku ini, sangat menepati jangkaan oleh Idris Jala yang mana negara akan bankrap pada tahun 2019 nanti.
"Perkara ini tidak mustahil kerana hutang negara pada hari ini sudah mencecah RM437 billion," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS di sini.
Dalam siri ini, DPPM akan menyediakan risalah yang berbentuk grafik dengan fakta dan data-data semasa bagi mempermudahkan rakyat faham dan memahami hakikat sebenar kewangan negara.
Dalam pada itu katanya, DPPM turut mengira detik-detik terakhir pentadbiran kerajaan Umno BN bermula pada hari ini sehinggalah pada tanggal 24 April 2013.
"Kita akan buat 'count down', pada tarikh itu mahu tidak mahu parlimen mesti dibubarkan, maka tamatlah kerajaan BN mentadbir negara," katanya.
Beliau menggalakkan setiap pengguna facebook, pengamal media dan penyokong Pakatan Rakyat untuk turut 'count down' sebagai desakan bahawa masa Umno BN perintah negara ini semakin suntuk.
Bermula hari ini, katanya Umno BN hanya tinggal 236 hari untuk mereka tamatkan pemerintahannya.
"Jadi ini menjadi tekanan kepada kerajaan Umno BN untuk mempercepatkan PRU atau sehingga terpaksa tunggu detik-detik akhir parlimen dibubarkan. Mereka mempunyai tempoh yang tidak banyak," katanya.
Sidang Media Ketua DPPM :
http://www.youtube.com/watch?v=2rFKgZ229qQ&feature=youtu.be
Sumber HD : 30/08/2012
RANTAU PANJANG: Negara perlu diselamatkan segera bagi mengelakkan lebih banyak penyelewengan dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) demi masa depan rakyat negara ini.
Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Dr Rosli Yaakub berkata, antara penyelewengan yang dikesan penglibatan Bank Negara dalam spekulasi mata wang menyebabkan kerugian RM30 bilion.
Selain itu kerajaan BN menggadaikan lebih separuh daripada jumlah tiga juta ekar tanah rizab Melayu.
“Begitu juga wang yang dibawa keluar dan disimpan di negara asing berjumlah RM1.08 trilion dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini,” katanya pada Ceramah Merdeka di Pusat Tarbiah PAS Rantau Panjang di sini malam tadi.
Hadir sama bekas Pengerusi Mara, Datuk Tamrin Ghafar, bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh, Mohd Sobri Shafii, Yang Dipertua (YDP) PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib YDP, Mohamad Awang dan Ketua Penerangan, Abul Aziz Yunus.
Orang ramai memenuhi perkarangan markas tersebut yang terletak di jalan Pasir Mas-Rantau Panjang.
Dr Rosli yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mendedahkan silap urus tadbir Bumiputra Malaysia Fincance (BMF) di Hong Kong pada 1980-an menyebabkan negara kehilangan ratusan juta ringgit.
Oleh itu kata beliau gerakan menyelamat perlu disegerakan sekiranya rakyat benar-benar mahukan negara ini selamat.
“Dengan adanya kesedaran rakyat bagi menyelamatkan situasi tersebut peluang Pakatan Rakyat untuk menang semakin hampir,” katanya sambil disambut laungan boleh oleh orang ramai.
Begitu juga katanya potensi di Negeri Sembilan diyakini peluang mendapat majoriti mudah semakin cerah daripada jumlah 36 kerusi Dun.
Sementara itu Tamrin mendedahkan beliau meninggalkan Umno kerana memikirkan keadaan di Padang Mahsyar kelak akan terbeban sekiranya terus bersekongkol dengan kerajaan yang menyeleweng.
“Saya masuk PAS bukan kerana nak cari makan, tetapi takut disoal oleh malaikat kenapa masih sokong Umno sedangkan kita tahu kerajaan BN menyeleweng,” katanya.
Sumber HD : 5/09/2012

Gerakan selamatkan negara perlu disegera
Yaakub Dasan, | 05 Sep 2012 |

Wujudkan skim lindungi pelajar di luar negara
Muhammad Faeez Azahar, | 06 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyarankan pihak kerajaan mewujudkan skim perlindungan diri kepada pelajar terutamanya yang belajar di luar negara.
Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss (gambar) berkata, skim ini bertujuan untuk membela nasib mereka jika kejadian yang tidak diingini berlaku.
Menurutnya, ianya akan memberikan makna yang amat bermafaat kepada keluarga di negara kita jika sebarang kejadian menimpa anak mereka di luar negara.
“Kami merasakan kepentingan skim ini selain biasiswa dan pinjaman yang diperuntukan selama ini melihat kepada suasana yang sering berlaku kepada pelajar kita di luar negara.
“Sudah tentu skim ini amat berguna jika berlaku kejadian seperti kecurian, kemalangan, kebakaran dan sebagainya,” katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak berkata, kewajaran ini perlu diambil kira dalam belajawan negara nanti supaya nasib pelajar-pelajar tersebut terutama di luar negara sentiasa dibela.
“Tanggungjawab ini perlu disegerakan bagi menghilangkan keresahan pelajar-pelajar kita di luar negara serta ibubapa yang gusar akan keselamatan anak-anak mereka di perantauan.
“Kami berharap skim-skim perlindungan ini jika dilaksanakan wajar diberikan kepada semua pelajar yang berdaftar dengan kedutaan tanpa mengira samada mereka ini pelajar tajaan negara atau pun persendirian,” jelas beliau.
Beliau mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada ibu bapa dua pelajar Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Russia baru-baru ini dan berharap kerajaan dapat membantu mengurangkan beban keluarga mangsa.
Sumber HD : 6/09/2012
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)
Bajet tahunan kerajaan (annual budget) adalah instrumen utama dalam urustadbir fiskal negara yang memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan sesebuah negara bagi tahun mendatang.
Komponen utama sesebuah belanjawan adalah pendapatan cukai (tax) dan peruntukan perbelanjaan (spending) demi mencapai objektif utama dasar fiskal iaitu memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment).
Justeru, setiap instrumen di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat kewangan negara, dengan mengambil kira senario ekonomi dalaman dan luaran semasa, mengikut acuan ideologi dan falsafah sesebuah kerajaan.
Bajet tahunan adalah sangat penting kerana ia memperincikan peruntukan perbelanjaan kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan prasarana utama negara, khususnya dalam sektor perkhidmatan, pendidikan dan kesihatan, pembinaan, pengangkutan dan utiliti, serta keselamatan dan pertahanan.
Namun, sisi utama yang perlu diberi perhatian adalah bajet bermula dengan pendapatan, dan kerajaan perlu bijak mencari titik keseimbangan dalam membuat perhitungan dan peruntukan, bukan sekadar memilih mana yang baik, malah perlu memilih mana yang lebih baik.
Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan (negara) atau seorang Pak Haji yang mengetuai sebuah keluarga (isi rumah), iaitu “berbelanja ikut mampu dan perlu, bukan ikut mahu nafsu”.
Berbelanja ikut mampu dan perlu ..
Kemampuan kewangan (financial strength) bergantung pada tahap ilmu (knowledge), bakat (talent) dan pendapatan (income) yang dimiliki seseorang.
Begitulah juga ukuran kemampuan kewangan negara yang bergantung pada sumber manusia dan alam semulajadi untuk dimanfaatkan demi kemaslahatan bersama.
Menyingkap kembali angka-angka di dalam Bajet 2012, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan hampir RM230 bilion untuk dibelanjakan, dibiayai oleh sumber hasil berjumlah RM190 bilion.
Apabila berlakunya situasi kekurangan pendapatan untuk menampung perbelanjaan, inilah yang dinamakan sebagai defisit dan natijahnya, kerajaan terpaksa mengambil pinjaman hutang pada kadar RM40 bilion untuk menampungnya.
Secara kasarnya, hasil pendapatan negara bagi tahun 2012 dijangka diperolehi daripada sumber cukai langsung (direct tax) pada nisbah 52%, manakala sumber cukai tidak langsung (indirect tax) menyumbang sebanyak 18% dan sumber bukan cukai (non-tax revenue) pula menyumbang 30% daripada keseluruhan pendapatan 2012 yang diunjurkan berjumlah RM190 bilion.
Kerajaan perlu bijak berbelanja secara mampan, dalam keadaan negara terlalu bergantung kepada sumber berkaitan petroleum yang sekarang ini mencecah ke nisbah lebih 35%, tatkala Petronas berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran harga minyak dunia, di samping rizab bekalan minyak di perairan Malaysia yang kian mencabar.
Sewajarnya, pihak kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, memperkenalkan iklim cukai yang mesra-rakyat dan mesra-pelabur, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan kesihatan, serta menghentikan ketidakcekapan dan ketirisan dengan pelaksanaan sistem tender yang telus.
Inilah pertimbangan dan kebijaksanaan yang perlu ada pada seorang Perdana Menteri yang kerajaannya berpendapatan RM200 bilion setahun, sebagaimana pertimbangan yang perlu ada pada seorang Pak Haji yang isi rumahnya berpendapatan RM2,000 sebulan, bijak mengatur perbelanjaan anak-anak di sekolah dan universiti, di samping bayaran ansuran pinjaman rumah dan kereta, serta perbelanjaan kecemasan dan luar jangka di musim perayaan dan cuti persekolahan.
Calvin Coolidge, bekas Presiden Amerika ke-30 pernah menyebut, “There is no dignity quite so impressive, and no one independence quite so important, as living within your means”.
.. bukan ikut mahu nafsu
Kehendak dan kemahuan manusia sifatnya tidak terbatas. Justeru, kemahuan perlu dikawal mengikut keperluan (necessity) dan keutamaan (priority) sebagaimana digaris oleh Al-Quran dan As-Sunnah dan disusun baik oleh para ulama’ dalam disiplin Maqasid As-Syariah dan Fiqh Al-Awlawiyyat.
Matlamat utama pengurusan khazanah perbendaraan negara adalah dalam menjamin kelangsungan dayasaing dan dayatahan ekonomi rakyat dan negara.
Bertitik-tolak daripada sumber pendapatan yang mampan, kerajaan perlu memberikan keutamaan terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.
Amalan berbelanja yang tidak berhemah di pihak kerajaan adalah amat membimbangkan dan perlu diberhentikan.
Menurut laporan yang dikeluarkan pihak Refsa berkenaan urustadbir kewangan negara, Malaysia menanggung hutang persekutuan terkumpul berjumlah RM456 bilion pada tahun 2011, peningkatan hampir sekaliganda berbanding RM229 bilion hutang pada akhir tahun 2005.
Refsa turut membuat pemerhatian berikut, “Dalam tempoh 6 tahun semenjak 2005, kerajaan telah meminjam melebih kadar pinjaman dalam tempoh 48 tahun selepas merdeka, iaitu di antara tahun 1957 dan 2005”.
Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang persekutuan sekarang hanya berada 1% di bawah had siling 55% yang ditetapkan oleh pemimpin negara terdahulu.
Tiada salahnya berhutang jika ianya pada perkara yang diperlukan dan memberi pulangan jangka panjang. Namun, jika Perdana Menteri berterusan berbelanja mengikut mahu nafsu, wang negara akan dihabiskan pada perkara yang tidak perlu, kita pula terpaksa menanggung hutang untuk menampung belanja di luar mampu.
Rakyat bijak memilih
Dengan pembentangan Bajet 2013 di ambang PRU ke-13, jelas sekali bahawa gendang pilihanraya telah berbunyi dan menandakan hari-hari yang mendatang bakal dihiasi dengan pelbagai janji manis oleh pihak kerajaan sekarang (government of the day) dan kerajaan alternatif (government in waiting).
Bajet adalah satu proses pilihan, justeru rakyat seharusnya bijak memilih sebagaimana bijaknya memilih untuk berbelanja pada musim Ramadhan dan Syawal baru-baru ini.
Benarlah pesan orang tua-tua, “Berbelanja ikut mampu dan perlu, bukan ikut mahu nafsu.”
Selamatkan Malaysia!
-----------------------------------------------------------
* Syahir Sulaiman, Pengarah Institut Polisi Studi, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Bajet 2013: Belanja ikut mampu dan perlu
Syahir Sulaiman, | 14 Sep 2012 |

Sumber HD : 14/09/2012
No comments:
Post a Comment