Lebih ramai peserta PGU zon selatan |
Mohd Hafez Sabri |
IPOH, 18 Mei: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain (gambar) berharap Himpunan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) zon selatan yang akan diadakan di Teluk Intan pada 28 dan 29 Mei ini akan dapat menarik lebih ramai peserta.
Ustaz Abu Bakar Husein - Pesuruhjaya PAS Perak
Sehubungan itu, beliau mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh jawatankuasa program yang terlibat atas kejayaan program sama yang dianjurkan pada 14 dan 15 Mei lalu. Menurut beliau, komitmen yang telah diberikan oleh seluruh ahli jawatankuasa program serta sokongan dari seluruh ahli PAS Perak dapat menguatkan lagi istiqamah dan semangat PAS negeri untuk menyusun strategi bagi merealisasikan agenda PAS Ganti Umno menjelang pilihan raya umum (PRU) 13 nanti.
Pas Ganti Umno
Beliau berkata, kejayaan program PAS Ganti Umno itu jelas menggambarkan PAS negeri sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa dari sekarang. “PAS harus menjadi jauh lebih baik daripada Umno dan berlumba untuk menawarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Perhimpunan PGU Zon Pantai Timur yang diadakan di Paka,Terengganu
“Kita serius ingin menggantikan Umno dalam pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya. Jelasnya, PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w. yang mengandungi tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej itu, katanya PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerak kerja amal Islami secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/76-negeri-perak/3351-lebih-ramai-peserta-pgu-zon-selatan
Muktamar platform persediaan PAS untuk menggantikan Umno |
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my |
APABILA saf kepimpinan tertinggi PAS melancarkan program 'PAS Ganti Umno', ia seharusnya disambut dengan serius, khususnya dari kalangan ahli serta penyokong PAS di seluruh negara.
Ungkapan 'PAS Ganti Umno' yang diterapkan dalam minda ahli, seharusnya bukan retorik, bukan impian, bukan angan-angan, tetapi ianya adalah pernyataan kesungguhan dan keazaman yang tinggi bagi memastikan ianya menjadi realiti.
Realiti 'PAS Ganti Umno' tidak akan dapat direalisasikan, jika sekiranya ia tidak dimulakan dari dalam PAS itu sendiri. Dalam erti kata lain, jika pemimpin dan ahli PAS masih di takuk lama, mentaliti masih tidak berubah, pendekatan masih tidak mencapai sasaran, usaha 'PAS Ganti Umno' barangkali terbantut. Maka menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-57 ini, seluruh kepimpinan dan anggota PAS harus mengerah minda dan mencapai ketetapan, apakah mekanisme atau kaifiat yang harus dilaksanakan PAS bagi memastikan cita-cita ini tercapai. 'PAS Ganti Umno' sebenarnya adalah suatu agenda PAS yang sangat besar. Ia tidak harus dipandang ringan. 'PAS Ganti Umno' bukan sekadar mengganti atau mengambil alih tempatnya sebagai parti Melayu-Islam yang terbesar dalam negara sahaja. Matlamat dan cita-cita PAS adalah untuk menggantikan tempat Umno sebagai peneraju utama dan pemain utama dalam kerajaan Pakatan Rakyat sewaktu Umno-Barisan Nasional tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Justeru, agenda 'PAS Ganti Umno' harus menjadi agenda penting dalam Muktamar. Apa juga ucapan, perbahasan, usul malah kepada sehingga kepada pemilihan pucuk pimpinan pun, harus dijuruskan ke arah usaha untuk menggantikan Umno. Pemimpin dan ahli PAS harus disegarkan minda mereka, bahawa selain Umno, tiada parti lain yang boleh diterima orang Melayu-Islam, melainkan PAS sahaja. Untuk apa Umno harus diganti? Tidak lain dan tidak bukan, hanya kerana Umno sudah menyimpang jauh dari landasan perjuangannya. Umno harus diganti kerana kepimpinannya sudah rosak. Umno mempunyai pemimpin yang korup serta rakus memperjuangkan kepentingan peribadi. Menjadi pemimpin Umno, bukan lagi untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, tetapi dijadikan peluang untuk mereka memperkayakan diri, anak-beranak dan kroni. Perjuangan Umno jauh tersasar kerana di sebalik banyak negeri-negeri yang diterajui mereka berada dalam keadaan yang kritikal dari sudut pentadbiran ekonominya. Hasil negeri tidak mencukupi. Negeri masih berada dalam tahap kemiskinan, rakyat sukar mencari rezeki, tetapi pemimpinnya kaya raya. Menjadi anak-beranak Menteri dan Perdana Menteri lebih menguntungkan. Kejayaan Umno yang paling hebat ialah apabila anak-beranak, adik-beradik, anggota keluarga dan kroni PM serta bekas PM boleh menjadi bilionaire, boleh menjadi jutawan. Nama-nama mereka tersenarai di antara orang Melayu yang paling kaya di Malaysia. Inilah hasil perjuangan Umno. Kita tanyakan pula kepada Umno. Anda berjaya mengangkat martabat anak-beranak, adik-beradik pemimpin anda menjadi manusia terkaya, tetapi bagaimana dengan rakyat kebanyakan? Bukankah ramai orang-orang Melayu yang hidupnya dihimpit kesusahan? Hendak membeli susu anak pun tidak mampu. Hendak menyara anak ke sekolah pun terkial-kial. Apatah pula hendak membayar yuran IPT yang begitu tinggi harganya. Itu belum lagi kalangan Melayu yang tercicir di bidang pendidikan akibat kejahatan dasar PPSMI. Itu belum lagi ramai kalangan Melayu yang tiada tempat dalam sektor ekonomi dan peniagaan akibat amalan segelintir nepotisme dan ali baba. Itu belum lagi dimasukkan berapa ramai Melayu yang hidup mereka sering dihimpit tekanan akibat kenaikan harga minyak, harga barangan keperluan dapur dan sebagainya. Perjuangan Umno jauh tersasar kerana mereka tidak lagi dilihat mewakili golongan marhaen. Umno tidak mewakili rakyat kebanyakan. Mereka adalah parti borjois yang dipenuhi korporat serta 'lintah darat.' Umno tidak boleh lagi diharapkan. Mereka gagal memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam. Perjuangan nasionalisme Umno hanya menjadi alat untuk kepimpinannya memperdayakan orang Melayu untuk terus menyokong mereka. Justeru usaha 'PAS Ganti Umno' harus diambil serius. Apabila agama, bangsa dan negara sudah rosak akibat gara-gara pemimpin Umno, maka PAS harus tampil untuk menyelamatkan keadaan. Pada saat ini rakyat, khususnya orang-orang Melayu sedang memerhatikan PAS. Mereka tertanya-tanya, apakah kepimpinannya boleh diharap untuk menggantikan Umno. Rakyat sedang menilai apakah pucuk kepimpinan PAS menepati ciri-ciri yang mereka harapkan untuk menggalas harapan ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat. Di atas pundak perwakilan lah segala persoalan ini harus ditemukan jawapannya. Maka pada Muktamar kali ini, diharapkan perwakilan harus lebih serius dan lebih fokus kerana rakyat menantikan jawapan daripada PAS, apakah PAS layak menggantikan Umno. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/mohd-rashidi-hasana/3484-muktamar-platform-persediaan-pas-untuk-menggantikan-umno
PAS ganti Umno negara jadi lebih baik |
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 31 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi hari ini menegaskan kesediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam usaha mentadbir negara ke arah yang lebih baik.
Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi - Ketua Pemuda PAS
Beliau yang menang tanpa bertanding untuk penggal kedua jawatan itu sesi 2011-2013 berkata, masyarakat dan rakyat sudah merindui satu kehidupan lebih harmoni di bawah panji perjuangan Islam yang diterajui oleh PAS dan sudah lama muak dengan sikap Umno selama ini. Menurutnya, dalam PAS kini sudah wujud satu badan khas, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang meyakini dasar perjuangan PAS. Nasrudin berkata demikian ketika bercakap dan menyampaikan hujahnya di dalam Wacana Sinar Harian siri 4 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini, petang tadi.
Sdr Khairy Jamaludin Abu Bakar - Ketua Pemuda UMNO
Turut menjadi panelis adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik sebagai moderator. Hadirin yang kebanyakannya penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi dewan namun tahap kebisingan mereka tidak seteruk suasana wacana bulan lalu yang tidak dikawal dengan sebaiknya.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Mantan Mufti Perlis
Dr Mazlee Malik - Pensyarah UIAM
Sebelum itu di awal wacana, Nasrudin menyebutkan tentang perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dan yakin dengan peranan agama Islam itulah menjadi pembimbing dan pendorong kepada ahli-ahlinya ke arah terbaik. "Namun di sana, tidak bermakna semua anggotanya maksum tetapi sekurang-kurangnya dapat memagar, membantu dan membina agar tidak terlalu terdedah kepada maksiat dan mungkar. "Dengan dasar itu, mereka dapat menjadi insan, pejuang dan ahli politik yang baik namun di sana seperti agama Islam sendiri di mana ada yang masih tidak mentaati Islam, secara umumnya ini keluar dari dasar," tegasnya lagi Menyentuh tentang tajuk wacana, beliau berkata fitnah bersifat umum, ia boleh berlaku sama ada dalam dan luar parti politik dan di dalam masyarakat dan individu. Mereka yang melakukan fitnah memang dimurkai Allah SWT kerana di sana sudah hilang peranan dosa pahala, syurga neraka dalam tindakan mereka terbabit. Beliau menambah, politik negara ini kini menjadi terlalu ganas melepasi syurga neraka, dosa pahala, sebagai contoh, bila menuduh, mereka hendaklah membawa empat saksi, bukannya empat klip video. Katanya, walaupun kini senjata sudah moden dan sangat canggih namun mereka yang ketandusan idea politik akan tetap menggunakan senjata fitnah untuk membunuh musuh politik mereka. Ustas Nasrudin melahirkan rasa simpati kepada Khairy dan rakan-rakan yang sering menerima fitnah sesama mereka dalam usaha mendapat tempat dalam kedudukan politik mereka. Tegasnya, rakyat negara sudah ingin kepada sistem politik berasaskan hujah, berhikmah, telus dan tulus serta pandangan berasas serta bernas dan bukan berhasrat menjatuhkan lawan begitu sahaja dengan fitnah. Sekitar 10 soalan dikemukakan hadirin dan dijawab dengan baik kecuali satu soalan yang dibuat oleh seorang Muslimat mengenai 'sampai bila Umno ingin berhenti dari terus melakukan fitnah' yang gagal dijawab oleh Khairy dengan baik. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3560-pas-ganti-umno-negara-jadi-lebih-baik
Umno Perak bimbang gelombang PAS Ganti Umno |
Harakahdaily |
IPOH, 6 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menganggap program ‘PAS Ganti Umno’ menakutkan dan menggentarkan Umno Barisan Nasional negeri.
Sdr Salman Salleh - SU DPPPk
Katanya, program itu membina semangat dan kekuatan baru untuk PAS Perak bagi persediaan petugas jentera pilihanraya parti yang memastikan untuk menumbangkan Umno BN nanti. “Kami amat yakin program ini memberikan tamparan hebat buat Umno BN Perak yang masih bergelut dengan krisis dalaman mereka. “Keduanya bagi kami, Umno BN tidak akan duduk diam dengan hanya melihat kejayaan program ini oleh PAS Perak dan yakin akan ada usaha-usaha bagi memburukan keadaan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, jelas fitnah-fitnah dengan usaha menakutkan rakyat sedang bergerak sekarang dan tidak mustahil ianya digerakan oleh pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan Umno BN. Tambahnya, terlalu takut melihat gelombang yang dibina melalui program ‘PAS ganti Umno’ ini, Umno BN terdesak bagi menghalang kebangkitan rakyat Perak. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3665-umno-perak-bimbang-gelombang-pas-ganti-umno
|
Tegak Islam bukan kerja main-main |
Khairul Azlam Mohamad |
KUALA TERENGGANU, 16 Okt: PAS mengingatkan orang Melayu Islam di negara ini agar berpegang kepada kerajaan yang berasaskan ajaran Islam. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan orang Melayu yang beragama Islam mesti berpegang kepada ajaran Islam. Justeru, katanya kerja-kerja menegakkan Islam serta ajarannya bukan suatu kerja ‘main-main’. "Kerja (tegak Islam) ini bukan kerja main-main, kerja ini kerja tuntutan daripada Allah SWT. Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan," jelasnya. Menurutnya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1,400 tahun lalu merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu sahaja tetapi seluruh manusia. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam. Oleh itu, katanya Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah sekaligus menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik daripada agama. "Nabi Muhammad s.a.w. meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran. Al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu. “Melayu ke dia, Cina ke dia, Inggeris ke dia, asalkan dia manusia bukan kayu, batu, bukan haiwan wajib ke atas dia dari segi agama kena ikut Quran. "Nabi Muhammad s.a.w. menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah jika tidak Nabi Muhamad s.a.w.," ujarnya kepada media selepas merasmikan Himpunan PAS Ganti Umno, PR Ganti BN di Pantai Pandak Chendering, dekat sini, semalam. Justeru, kata beliau kerajaan yang mengambil bukan Islam dan kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6002-tegak-islam-bukan-kerja-main-main
PAS Terengganu lancar manifesto berkebajikan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Sebagai tanda sudah bersedia berdepan Pilihan Raya Umum ke-13, PAS Terengganu malam tadi melancarkan manifesto mereka bertemakan "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan". Pelancaran itu disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena program Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti Umno ke-3 di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu. Lima perkara awal antara yang akan dilaksanakan PAS jika diberi amanah memerintah negeri itu termasuklah: - Melaksanakan pengecualian cukai kediaman - Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN - Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami - Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan - Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin. Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya berkata, sebuah kerajaan yang diberi amanah memerintah perlu menunaikan tiga tanggungjawab utama iaitu menjadi kerajaan yang memperhambakan diri pada tuhan, memberi makan kepada rakyat sehingga rakyat tidak lapar dan menjaga keselamatan dalam negara. Mengulas Belanjawan 2012 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib 16 Oktober lalu, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, kenaikan gaji yang diumum kerajaan tidak membantu rakyat kerana pada masa yang sama harga barang juga dinaikkan. Pemberian yang disifatkan sebagai one-off itu katanya hanya akan memberi kesenangan sementara lebih-lebih lagi dalam usaha BN memancing undi untuk PRU ke-13 tidak lama lagi. Namun selepas itu katanya, rakyat akan terus terbeban dengan perlaksanaan cukai khususnya barangan perkhidmatan (GST) yang hampir pasti dilaksanakan jika BN terus diberi kepercayaan memerintah negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5999-pas-terengganu-lancar-manifesto-berkebajikan
PAS Johor sasar menang 17 kerusi
Nazri Abdullah, | 07 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS Johor mensasarkan
sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada
pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman (gambar) berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku sebelum ini'.
Menurutnya, melihat mood positif rakyat, beliau bukan sahaja yakin PAS boleh menang di kerusi sasaran itu, malah Pakatan Rakyat secara keseluruhan juga tidak mustahil akan menerajui negeri itu.
"Kita (PAS) kini sedang fokus kepada 17 Dun sasar.
"Mungkin orang kata saya bermimpi, atau angan-angan, tapi dengan sambutan kepada kita pada waktu ini, saya yakin kejutan akan berlaku, Johor mungkin jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Pada PRU ke-12 lalu, PAS bertanding 39 daripada keseluruhan 56 kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing 9 dan 12 kerusi.
Dari jumlah ditandingi itu itu PAS hanya menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.
Menurut Mazlan lagi, perbezaan ketara sokongan rakyat Johor terhadap Pakatan rakyat berbanding 2008 boleh dilihat dengan sambutan terhadap program-program mereka di negeri itu sejak kebelakangan ini.
Sambutan luar biasa itu katanya, telah menyebabkan ada pihak 'tak senang duduk' sehingga mengupah kumpulan tertentu mengganggu dan membuat kecoh khususnya di ceramah-ceramah anjuran mereka.
Manifesto 15 perkara dasar
Menurut Mazlan lagi, PAS Johor juga telah selesai berbincang berhubung manifesto pilihan raya peringkat negeri yang akan ditawarkan.
Tanpa menjelaskan secara terperinci, beliau berkata ianya menggariskan 15 perkara dasar antara lain tawaran penyelesaian masalah tanah dan tawaran pengurusan pentadbiran lebih baik.
"Kita telah siap seminar manifesto, dan sedang timbang dengan PKR dan DAP.
"Kita yakin menifesto ini akan menjadi kekuatan utama kita untuk ambil Johor," katanya lagi.
Muhyiddin mula gusar
Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Johor masih 'tiang seri' BN pada PRU-13 akan datang, Mazlan berkata, ia sebenarnya menggambarkan kebimbangan timbalan perdana menteri itu.
"Kenyataan Muhyiddin tu menggambarkan kebimbangan beliau.
"Saya nak bagi tahu (kepada Muhyiddin), 'tiang seri' itu sudah dimakan anai-anai. Bila-bila pun boleh patah," katanya yang juga AJK PAS Pusat
Menurut Mazlan lagi, beliau mendapat maklumat Umno sememangnya gusar dengan kedudukan mereka di Johor sekarang ini.
Katanya, tidak pernah selama ini, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman turun berkampung di setiap kawasan parlimen seperti yang terpaksa dilakukan sekarang ini.
Malah katanya, selepas lawatan Muhyiddin semalam, Najib pula dijangka turun ke Johor dalam masa terdekat.
"Orang Johor ni dia pandai, dia senyap-senyap sahaja, dia tak tunjuk sokong kita," jelasnya.
Sumber HD : 7/03/2012
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman (gambar) berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku sebelum ini'.
Menurutnya, melihat mood positif rakyat, beliau bukan sahaja yakin PAS boleh menang di kerusi sasaran itu, malah Pakatan Rakyat secara keseluruhan juga tidak mustahil akan menerajui negeri itu.
"Kita (PAS) kini sedang fokus kepada 17 Dun sasar.
"Mungkin orang kata saya bermimpi, atau angan-angan, tapi dengan sambutan kepada kita pada waktu ini, saya yakin kejutan akan berlaku, Johor mungkin jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.
Pada PRU ke-12 lalu, PAS bertanding 39 daripada keseluruhan 56 kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing 9 dan 12 kerusi.
Dari jumlah ditandingi itu itu PAS hanya menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.
Menurut Mazlan lagi, perbezaan ketara sokongan rakyat Johor terhadap Pakatan rakyat berbanding 2008 boleh dilihat dengan sambutan terhadap program-program mereka di negeri itu sejak kebelakangan ini.
Sambutan luar biasa itu katanya, telah menyebabkan ada pihak 'tak senang duduk' sehingga mengupah kumpulan tertentu mengganggu dan membuat kecoh khususnya di ceramah-ceramah anjuran mereka.
Manifesto 15 perkara dasar
Menurut Mazlan lagi, PAS Johor juga telah selesai berbincang berhubung manifesto pilihan raya peringkat negeri yang akan ditawarkan.
Tanpa menjelaskan secara terperinci, beliau berkata ianya menggariskan 15 perkara dasar antara lain tawaran penyelesaian masalah tanah dan tawaran pengurusan pentadbiran lebih baik.
"Kita telah siap seminar manifesto, dan sedang timbang dengan PKR dan DAP.
"Kita yakin menifesto ini akan menjadi kekuatan utama kita untuk ambil Johor," katanya lagi.
Muhyiddin mula gusar
Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Johor masih 'tiang seri' BN pada PRU-13 akan datang, Mazlan berkata, ia sebenarnya menggambarkan kebimbangan timbalan perdana menteri itu.
"Kenyataan Muhyiddin tu menggambarkan kebimbangan beliau.
"Saya nak bagi tahu (kepada Muhyiddin), 'tiang seri' itu sudah dimakan anai-anai. Bila-bila pun boleh patah," katanya yang juga AJK PAS Pusat
Menurut Mazlan lagi, beliau mendapat maklumat Umno sememangnya gusar dengan kedudukan mereka di Johor sekarang ini.
Katanya, tidak pernah selama ini, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman turun berkampung di setiap kawasan parlimen seperti yang terpaksa dilakukan sekarang ini.
Malah katanya, selepas lawatan Muhyiddin semalam, Najib pula dijangka turun ke Johor dalam masa terdekat.
"Orang Johor ni dia pandai, dia senyap-senyap sahaja, dia tak tunjuk sokong kita," jelasnya.
Sumber HD : 7/03/2012
No comments:
Post a Comment