Himpunan Bersih kedua, 9 Julai |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Himpunan 'Bersih 2.0' seperti yang dirancang sebelum ini telah diputuskan untuk diadakan pada 9 Julai akan datang di Kuala Lumpur.
Tuan Hj Mohammad Sabu - AJK PAS Pusat / Pengereusi Lajnah Demokrasi
Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Pengerak Mobilisasi Demokrasi PAS, Mohammad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS petang ini. "Tujuannya sama dengan tujuan himpunan Bersih 1 yang lalu iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Kami dari PAS bersetuju dan akan menghantar 100 ribu ahli untuk himpunan itu," katanya. Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat bersama Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) baru-baru ini. Himpunan dengan nama 'Walk for Democracy' itu katanya akan bermula jam 2 petang. Bagaimanapun ujarnya, tempat, warna tema dan mekanisme himpunan itu akan diperincikan pihak Bersih sendiri yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreneevasan dalam masa terdekat. "Kita dari PAS memberi jaminan bahawa himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman seperti himpunan Bersih lalu jika tanpa provokasi pihak polis,"katanya.
YB Dr Mohd Hatta Ramly - Bendahari PAS Pusat
Turut serta pada sidang media itu, AJK Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad.
Sdr Kamaruzaman Mohamad - Ketua Pemuda WP
Himpunan Bersih pertama telah diadakan pada 10 November 2007 lalu dengan kehadiran lebih 100 ribu rakyat berarak menuju ke Istana Negara bagi mengiringi penyerahan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong. Mereka mendesak empat perkara termasuk penggunaan dakwat kekal, media yang bebas, pemansuhan undi pos dan pembersihan daftar pemilih.
Demontarsi Bersih Pertama Bulan Mac 2007
Ianya diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke 12 yang berlangsung Mac tahun berikutnya. Bagaimanapun kali ini kata Mohamad, dua lagi tuntutan ditambah iaitu penyalahgunaan institusi kerajaan secara berleluasa, dan menuntut tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan. PAS katanya lagi memandang serius ketempangan demokrasi pilihan raya dan tidak mahu kejadian di Timur Tengah berulang iaitu menggunakan jalan raya untuk menukar kerajaan. "Kita yakin dengan pilihan raya, tetapi biarlah adil dan saksama. "Kita lihat penyalahgunaan jentera kerajaan berleluasa sehingga rakyat tidak tahu mana satu parti politik, mana satu kerajaan," katanya lagi. Sementara itu, Dr Hatta pula berkata, himpunan kali ini dibuat memandangkan empat tuntutan Bersih sebelum ini langsung tidak dilayan oleh kerajaan. Ianya termasuk isu undi pos yang dakwanya bukan diselesaikan, tetapi lebih dikusutkan. Sekurang-kurangnya 62 Badan Bukan Kerajaan NGO akan turut serta dalam himpunan itu nanti. "Kita bagi pihak PAS akan memanfaatkan himpunan di Muktamar nanti untuk menggerakkan mobilisasi rakyat," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3395-himpunan-bersih-kedua-9-julai
PAS lulus usul himpun 300,000 untuk Bersih 2 |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain. "Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah. "Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih. Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004. Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN). "Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus. "Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya. Beliau turut menyentuh mengenai undi pos yang meragukan seperti yang berlaku dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini. "Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi," katanya. Tambahnya juga, media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja. "Kita lihat di muktamar, kita ditemubual, pelbagai pandangan kita beri, kamera berkelip di depan mata sampai kelabu tapi bila tengok berita tak ada (keluar). "PRU di Singapura walaupun Singapura sama dengan Malaysia dari segi kongkongannya tapi semua pemimpin pembangkang boleh bercakap di radio dan televisyen. "Di Malaysia media masih di zaman Tok Kadok tak ada kebebasan diberi kepada pemimpin walaupn dalam saluran kerajaan," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3654-pas-lulus-usul-himpun-300000-untuk-bersih-2
Bersih 2.0 diteruskan walau Perkasa halang |
Nazri Abdullah |
Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 13 Jun: Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di Kuala Lumpur, 9 Julai ini. Katanya, biarpun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan. "Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dalam sidang media di parlimen hari ini memberitahu pertubuhan itu akan melawan habis-habisan himpunan Bersih 2.0 itu.
YB Datuk Ibrahim Ali - Presiden PERKASA
Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan. Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta. Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak.
Datuk Ambiga - Pengerusi Bersih 2.0
"Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengurusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya.
Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih pertama pada 2007 lalu, menyaksikan himpunan berlangsung secara aman."Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya. Declare perang fizikal
YB Dr Mohd Hatta Ramli - AJK Bersih 2.0
You tube : http://www.youtube.com/watch?v=mW5rPhcXFSM
Seorang lagi AJK Bersih, Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar. "Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata. "Ini sudah declare perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3766-bersih-20-diteruskan-walau-perkasa-halang
Bersih 2.0: Polis patut kerjasama, bukan tangkap |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini. Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini. Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu. Katanya, sekiranya tindakan itu dilakukan, rakyat pasti akan menjadi lebih marah kepada kerajaan dan ia dibimbangi akan mencetuskan suasana lebih buruk di tanah air. "Himpunan itu akan diadakan atas tuntutan rakyat. Kita nak mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil. Kenapa pula polis nak melakukan tangkapan awal? Itu salah dari segi undang-undang," katanya ketika ditemui di lobi bangunan Dewan Rakyat, di sini, hari ini. Datuk Khalid Abu Bakar - Timbalan Ketua Poilis Negara Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar, seperti yang dilaporkan media tempatan hari ini. Dalam laporan itu, Khalid berkata, pihak polis akan melakukan tangkapan awal terhadap pemimpin penganjur Himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan diadakan 9 Julai ini sebagai tangkapan pencegahan. Menurut Mahfuz, tindakan tersebut jika dilakukan pasti akan turut membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pihak polis, sedangkan pihak pembangkang atau Pakatan Rakyat tidak pernah berhasrat untuk bermusuhan dengan pihak polis.
YB Datuk Johari Abdul - Ahli MPT PKR
Sementara Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Johari Abdul ketika ditemui berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan oleh Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih itu adalah himpunan aman. "Tujuan himpunan itu diadakan adalah untuk mendesak SPR mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini dan ia amat perlu didengar oleh SPR dan kerajaan. "Kalau polis nak lakukan tangkapan awal, siapa yang nak ditangkap? Berapa orang yang nak ditangkap? Apa kesalahan mereka? Mana boleh polis tangkap begitu saja tanpa terbukti orang itu bersalah," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berharap agar tindakan itu tidak akan dilakukan, tetapi menyarankan pihak polis mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pihak penganjur bagi memberikan kerjasama agar himpunan tersebut dapat diadakan dengan sempurna.
YB Sdr Jeff Ooi - AP Jelutong (DAP)
Manakala Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi pula berkata, apa pun alasan yang digunakan oleh pihak polis bagi mengadakan tangkapan itu sama ada tangkapan awal atau tangkapan pencegahan, kedua-duanya adalah kesilapan besar jika dilakukan oleh pihak polis. Menurut beliau, tindakan tersebut jika dilakukan jelas bersalahan dengan amalan demokrasi dan lebih menyerlahkan lagi amalan pemerintahan kuku besi di negara ini oleh kerajaan BN. "Polis perlu peka perkara itu bukannya melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan. Himpunan itu diadakan lanjutan himpunan pertama yang diadakan pada tahun 2007 lalu. "Menerusi Himpunan Bersih 1.0 tahun 2007 lalu, Bersih menuntut SPR dan kerajaan melaksanakan 4 perkara. "Antara perkara yang dituntut dilaksanakan oleh SPR adalah penggunaan dakwat dalam pilihanrya, bersihkan daftar pilihanraya dan mansuhkan undi pos. "Sehingga kini SPR masih tidak melayan tuntutan Bersih itu. Jadi jika himpunan Bersih 2.0 hendak diadakan, kenapa polis pula yang hendak menghalangnya?" tanyanya hairan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3815-bersih-20-polis-patut-kerjasama-bukan-tangkap
Bersih 2.0: Pemuda PAS tidak gentar |
Nasrudin Hassan |
Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi - Ketua Pemuda PAS
1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam. 2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....
4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang PTPTN. Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini. 5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen. 6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya. 7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02. 8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir ! 9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka dan benarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ? 10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.
Sdr Mohd Iskandar Mohd Akin - Ketua AMP (PKR)
YB Sdr Anthony Loke - Ketua Pemuda DAPSY
Memimpin Kebangkitan Anak Muda Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/3820-bersih-20-pemuda-pas-tidak-gentar
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Jun: Ratusan laporan polis yang dibuat oleh Umno dan sekutunya terhadap perhimpunan Bersih 2.0 membuktikan bahawa golongan itu akan terus mempertahankan segala ketidakadilan dan kepincangan dalam sistem politik negara.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS
“Bahkan mereka akan terus mempertahankan keburukan sistem ini semata-mata bagi mengekalkan pengaruh dan kekuasaan mereka,” bidas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. Mengulas lanjut mengenai laporan media pro-Umno yang menyebut lebih 350 laporan polis sudah dibuat oleh “pelbagai pihak” terhadap Bersih 2.0, beliau berkata sepatutnya golongan itu melihat secara rasional kenapa perhimpunan Bersih perlu diadakan. “PAS ingin tegaskan bahawa himpunan ini diadakan setelah pelbagai saluran digunakan bagi memperbaiki sistem politik negara tidak mendatangkan hasil. “Pelbagai dialog, diskusi, laporan polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah dibuat bagi memperbaiki kelemahan dalam perjalanan sistem pru di Malaysia, namun sayangnya tiada sebarang tindakan diambil,” tambahnya. Tambah beliau, himpunan itu bukan dibuat suka-suka bagi menimbulkan kegawatan atau mengganggu ketenteraman awam sebagaimana yang dibimbangi oleh orang ramai. Malah, katanya diskusi dan rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus diadakan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung 9 Julai ini. Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perhimpunan Bersih 2.0 bakal berjalan lancar dan aman sekiranya tiada provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab. “Dengan ratusan petugas unit amal dan kawalan pemuda Pakatan Rakyat kita yakin ia mampu berjalan dengan aman dan baik,” kata beliau. Laporan polis yang dibuat Umno, kata Tuan Ibrahim juga mencerminkan sikap double standard mereka kerana muktahir ini merekalah yang menjadi juara dalam menganjurkan demonstrasi di negeri Pakatan Rakyat. “Sayangnya, pasukan polis hanya ‘boleh’ menonton sahaja walaupun demo tersebut bersifat provokasi agama dan kaum,” katanya dengan kesal. Tuan Ibrahim turut berkata sebenarnya ia adalah amat mudah bagi kerajaan untuk mengatasi himpunan Bersih 2.0 bulan depan. “Terimalah saja tuntutan Bersih 2.0 kerana ianya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksanakan,” kata beliau. Beliau juga mengingatkan kerajaan bahawa segala tindakan menyalahgunakan kuasa atas nama demokrasi hanya akan menanam kemarahan rakyat. Oleh itu, adalah amat perlu untuk kerajaan menyediakan saluran bagi melempias kemarahan dan rasa tidak puashati rakyat, tambah beliau. “Tunaikan tuntutan atau sedia hadapi himpunan aman rakyat. “Tujuan kami amat senang, jelas, mudah difahami dan mampu dilaksanakan kerajaan iaitu satu demokrasi yang lebih adil untuk semua demi kebaikan negara,” tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3832-tunai-tuntutan-bersih-atau-hadapi-himpunan-rakyat
Tunai tuntutan Bersih atau hadapi himpunan rakyat |
Tuduh Bersih: Pemuda PAS cadang saman Rais |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat menganggap kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mengaitkan serangan terhadap beberapa laman web kerajaan ada kaitan dengan himpunan Bersih sebagai tidak bertanggungjawab.
YB Datuk Seri Rais Yatim - Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, tuduhan tanpa menampilkan sebarang bukti itu adalah cubaan memberi gambaran buruk terhadap himpunan aman Bersih 9 julai ini.
Ustaz Riduan Mohd Nor - Ketua Penerangan DPPP
"DPPM kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab beliau yang menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Menteri dengan menyebarkan fitnah berasaskan andaian semata-mata. Amat buruk dan sangat tidak profesional bila mana seorang Menteri berkelakuan begini," katanya. Semalam Rais mendakwa serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH). Mengulas lanjut, Riduan berkata kenyataan menteri itu adalah cubaan mengalih perhatian rakyat dan menyembunyikan kelemahan kerajaan menangani pencerobohan penggodam itu sehingga beberapa maklumat dibocorkan. "DPPM mencadangkan organisasi Bersih membuat laporan polis dan menyaman menteri ini diatas tindakan beliau," ujarnya lagi. Pemuda PAS Pusat juga tegasnya mahu hasil siasatan terhadap serangan siber itu didedahkan kepada rakyat. Ia kerana kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat untuk menyediakan fasiliti keselamatan siber namun begitu mudah laman-laman berkenaan diserang hingga menyusahkan ramai pihak. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3863-tuduh-bersih-pemuda-pas-cadang-saman-rais
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/3865-pemuda-tidak-akan-undur-walau-setapak
Pemuda tidak akan undur walau setapak |
Nasrudin Hassan |
MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA]. Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara. Mereka mahu ugut siapa? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik oleh pihak kerajaan. Apa masalah MUBARAK? Apa masalah kerajaan? Untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua rakyat dalam negara ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami minta adalah untuk keadilan dan ketelusan. Kita tidak minta lebih. Kita tidak meminta suatu yang merugikan mana-mana pihak termasuk kerajaan. Apa yang kita minta ialah padang yang sama rata, alat yang serupa dan suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Setelah permintaan kita selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mereka. Cara mahu menangani Himpunan BERSIH 2.0 ialah dengan mengawal himpunan ini agar tidak terdedah kepada provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan. Jika ugutan dan tangkapan itu mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir mereka silap dan 1001 kali silap. Insya Allah, saya sendiri akan berada di saf hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini. Saya menyeru semua rakan-rakan anak muda dari seluruh negara agar gembira dan tenang. Himpunan BERSIH 2.0 adalah untuk keamanan dan kesejahteraan negara. Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman jika mana-mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi. Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah UMNO dan BN, yang resah ialah UMNO dan BN dan yang gundah ialah UMNO dan BN. Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa-apa. Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy membawa semangat Visit Day dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini. Melanconglah dalam negeri. Bukankah ini slogan kerajaan? Pelancongan pada 9 Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri. Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9hb Julai 2011 kelak. Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Kenyataan Timbalan Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=5oxQ5H3-qgY |
Ucapan Datuk S, Ambiga - Pengerusi Bersih 2.0:
1. http://www.youtube.com/watch?v=mEGQRUkSqXU
2. http://www.youtube.com/watch?v=uCGPjAVF6hQ
Ucapan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - AJK PAS :
3. http://www.malaysiakini.tv/video/21773/pas-pledges-100000-members-for-bersih-20.html
Ulasan YB Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR) dan Pemimpin-pemimpin lain :
4. http://www.malaysiakini.tv/video/21772/bersih-20-what-the-leaders-says.html
Bung dikecam tuduh Bersih 2.0 tumpah darah |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Kenyataan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Raden bahawa perhimpunan Bersih 2.0 boleh membawa kepada perhimpunan darah mengundang kemarahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
YB Raden Bung Mukhtar - AP Kinabatangan
"Ada pihak menggelarkan diri mereka Bersih dan akan adakah perhimpunan. Saya risau himpunan ini akan mengundang pertumpahan darah dan perkara yang tidak diingini," katanya. Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) segera bangkit untuk membetulkan kenyataan Bung itu namun tidak diberi jalan oleh Bung.
YB Dr Mohd Hatta Ramli - AP Kuala Kerai
"Kenyataan pertumpahan darah itu tuduhan yang berat tu...perlu ditarik balik," kata beliau dan disambut beberapa wakil Pakatan Rakyat yag lain. "Ini ruang saya..jangan ganggu. Saya belum jahat lagi...masih boleh bertenang. Kalau nak bercakap, ikut peraturan, kita ada tamadun, kena beradab," kata Bung. Ucapan Bung berkaitan Bersih yang "meleret-leret" akhirnya ditegur Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang meminta beliau memfokuskan ucapannya kepada belanjawan tambahan. Namun Bung terus mendakwa kerajaan banyak membelanjakan wang negara bagi menangani demonstrasi jalanan. "Kerajaan guna banyak wang sebab banyak demonstrasi jalanan ini sedangkan kerajaan sepatutnya guna wang itu untuk tujuan lain," katanya.
YB datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ketika diminta mengulas kenyataan itu pada sidang media di lobi Parlimen menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak berasas. Menurutnya belum ada rakyat yang mati akibat menyertai himpunan aman sebaliknya dua orang mati sewaktu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan merujuk kes Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini.
Mendiang Teoh Beng Hock
"Bila masa ada tunjuk perasaan yang ada pertumpahan darah? Yang terbunuhnya Sarbani dan Beng Hock bukan kerana demonstrasi," katanya.
Allahyarham Ahmad Sarbaini
Beliau turut menyentuh mengenai bukti yang didedahkan Azmin Ali (PKR-Gombak) berhubung wujudnya pendaftaran pengundi hantu di rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.
YB Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR
"Kita tuntut pilihanraya bebas dan adil. Kerajaan sekarang kata pilihanraya yang bebas dan adil. Gombak (Azmin Ali) bawa bukti yang terang tapi tidak dibetulkan. Media tidak ada kebebasan untuk melaporkan yang adil. Sekarang ada bukti berhubung dakwaan Umno Hulu Selangor yang mengarahkan Umno mendaftar rakyat asing Indonesia. Ini semua harus dipertimbangkan," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3896-bung-dikecam-tuduh-bersih-20-tumpah-darah
Bersih 2.0 untuk kebebasan dan demokrasi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Islamic Renaissance Front (IRF) ingin menyatakan dengan jelas bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang dirancang adalah dipelopori oleh masyarakat madani tanpa sebarang perintah daripada mana-mana parti politik. Pengarahnya, Dr Ahmad Farouk Musa berkata tuntutan telah pun disampaikan yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta demokrasi liberal yang tulen. “Untuk bertahun lamanya kita telah melihat pengaturan undi dan penentuan sempadan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada pihak tertentu (gerimander),” katanya kepada Harakahdaily. Tidak lupa juga, katanya liputan media yang berat sebelah dan mendiamkan sebarang kritikan ke atas parti pemerintah. Tam bahnya, tidak pernah ada ‘lapangan permainan’ politik yang sama rata dan kita telah lelah melihat pelbagai gangguan politik dan amalan rasuah yang menjijikkan begitu tersebar luas sehingga seakan-akan telah membudaya di dalam masyarakat. “Inilah masanya untuk perubahan, dan biarlah Bersih 2.0 menjadi pemangkin kepada perubahan itu,” katanya lagi. Katanya, keputusan pilihanraya terkini di Sarawak jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil seperti yang dijanjikan. “Dengan itu, kami telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebejatan sistem yang ada sekarang adalah dengan mengadakan satu perhimpunan aman,” ujarnya. Menurutnya, hak untuk berhimpun adakah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (Artikel 20) dan Konvensyen Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21). Katanya, kepada saudara Muslim yang berniat untuk terus berkecuali dan tidak mahu ambil peduli dengan tindakan angkuh yang tidak menghormati prinsip-prinsip demokrasi, pihaknya ingin mengingatkan bahawa tindakan berdiam diri hanya akan memperkukuhkan pemerintahan kuku besi yang korup, dan tiada perubahan akan dapat dilihat dengan hanya berdoa untuk perubahan tanpa sebarang usaha. Beliau berkata, sekiranya demokrasi itu mencambahkan “semangat penentangan”, maka sebenarnya ia telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah dan budaya umat Islam. “Kita adalah pewaris kepada tradisi ini, yang membekalkan umat Islam hari ini dengan khazanah idea-idea yang demokratik,” katanya. Tambahnya,rejim kuku besi haruslah diajar bahawa cukuplah apa yang telah mereka lakukan selama ini. “Ayuh hadir pada 9 haribulan Julai, baik lebatnya hujan ataupun teriknya mentari, kita akan berada di sana, berarak untuk kebebasan dan demokrasi,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3924-bersih-20-untuk-kebebasan-dan-demokrasi
Munajat Perdana sempena himpunan aman Bersih 2.0 |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Dewan Ulama PAS Pusat menyeru diadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. “Sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang insya Allah akan diadakan 9 Julai ini, maka Dewan Ulama PAS Pusat menyeru supaya seluruh pendukung PAS pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan munajat perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz atau di mana-mana lokasi yang sesuai,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam satu kenyataan. Katanya, Dewan Ulama setiap negeri diberikan tugas untuk menggerakkan dan merealisasikan ketetapan itu. “Seluruh ahli dan pendokong PAS diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawadhuk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini. “Sebelum ini kita telah mendengar pelbagai penyelewengan yang telah berlaku untuk mengkhianati suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya. Menurutnya, apa yang berlaku di Terengganu dalam pilihan raya tahun 2004 menyedarkan kita bahawa BN Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan survival mereka terus kekal di Malaysia. Manakala baru-baru ini, ujarnya kita telah dikejutkan dengan laporan yang menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menyalahgunakan pendatang-pendatang asing untuk mencemarkan kemurniaan dan ‘kebersihan’ pilihan raya di negara ini. Dewan Ulama, katanya tidak akan merelakan perkara daripada terus berlaku di bumi Malaysia ini. Beliau menambah, Dewan Ulama akan menggunakan keupayaan yang syarie dan berlandaskan undang-undang negara untuk menjadi benteng bersama sayap yang lain untuk mempertahankan kemurniaan ini. Jelasnya, Dewan Ulama tidak akan membiarkan mana-mana pihak tertentu samada parti atau NGO untuk menangguk di air yang keruh bagi merosakkan hubungan yang harmoni di antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini. “Dewan Ulama insya Allah akan memastikan agar himpunan Bersih 2.0 menjadi platform dan simbol perpaduan dan kesatuan rakyat dari pelbagai latar belakang,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3929-munajat-perdana-sempena-himpunan-aman-bersih-20
Julai pra himpunan aman Bersih 2.0
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning. Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. “Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai ini tidak perlu diadakan sebarang himpunan, cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap himpunan aman ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak. “Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2 Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0,” ujarnya. Jelasnya, rasional seruan itu adalah sebagai warm up (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0. Tambahnya, ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap himpunan aman nanti dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihan raya yang bersih dan adil di masa akan datang. Ini juga, ujarnya membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan aman Bersih 2.0 adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara. Selain itu, katanya 2 Julai sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan itu. “Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai nanti adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3946-2-julai-pra-himpunan-aman-bersih-2.0
Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0 |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0. "Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi. Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu. Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni. Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam. "Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya yang juga ahli Parlimen Marang. Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya. Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini. "Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya. Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini. Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara. "Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0. "Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya. Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri. "Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam. "Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau. Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga. "Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu. "Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita. "Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3958-presiden-pas-seru-semua-ahli-sertai-bersih-20
Himpunan diteruskan walau Ambiga diugut bunuh |
Afiq Hizami, pelatih UKM |
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan beserta empat yang lain membuat laporan polis di Balai Polis Travers dekat sini berikutan menerima ugutan bunuh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Laporan polis dibuat jam 12.00 tengah hari tadi.
Datuk S. Ambiga - Pengerusi Gabungan Bersih 2.0
Antara individu lain yang turut menerima SMS itu ialah ahli majlis pimpinan pusat PKR Latheefah Koya, Timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin serta dua daripada ahli jawatankuasa Bersih iaitu Maria Chin Abdullah dan Wong Chin Huat.
Latheefa Koya - Ahli MPP PKR
Sdr Khairul Anuar Ahmad Zainuddin - TK AMK
Maria Chin Abdullah - AJK Bersih 2.0
Wong Chin Huat - AJK Bersih 2.0 Sedikit kekecohan berlaku polis cuba menghalang wartawan dan orang ramai daripada masuk ke kawasan balai untuk bertemu Ambiga. Selepas setengah jam dari kekecohan tersebut Ambiga dan empat yang lain keluar dari balai untuk bertemu dengan media. Sebelum itu, Khairul Anwar juga turut dihalang masuk apabila beliau keluar mengambil baju Bersih. Bagaimanapun selepas berbincang, beliau dibenarkan masuk. Dalam pada itu, pada sidang medianya, Ambiga mahu pihak polis menjalankan siasatan dengan segera. Ditanya mengenai pandangan beliau mengenai ugutan bunuh ini, beliau berkata tindakan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan pihaknya daripada mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. "Ini kerja daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak suka akan perhimpunan amam yang kami akan lakukan. "Walaupun ancaman bunuh yang diterima, pihak kami akan tetap mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 ini dan berharap ramai orang akan hadir menyokong dalam perhimpunan itu nanti." katanya Sementara itu, menurut Latheefah yang juga Penasihat Lawyers For Liberty (LFL) mendakwa kelima-lima antara mereka menerima SMS ugutan yang sama. SMS diterima seperti berikut: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia. “puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua. “kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti." Katanya, ia berkemungkinan sebagai gangguan terhadap usaha pihak LFL menganjurkan bengkel Bersih 2.0: LFL "Right To March!"-Hak Anda Berhadapan Dengan Polis semepena perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 julai ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3973-himpunan-diteruskan-walau-ambiga-diugut-bunuh-
Nik Aziz sokong himpunan aman Bersih 2.0 |
Mohd Nor Yahya |
KUBANG KERIAN, 24 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah mengadakan hmpunan aman Bersh 2.0 terpaksa diambil oleh rakyat negara ini sebagai tanda mereka amat membenci ketidakadilan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diamanahkan untuk mengendalikan pilihan raya negara secara telus.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - MB Kelantan
Katanya, perhimpunan besar-besaran yang akan diadakan pada 9 Julai ini wajar diikuti oleh seluruh rakyat negara ini bagi memberi isyarat agar SPR bertindak seadil yang boleh. “Kita diberi pilihan untuk membuat sesuatu yang baik, kita tidak boleh dipaksa untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak orang lain, oleh itu bagi umat Islam tindakan membantah perkara ini adalah amat wajar dan sesuai dengan naluri manusia yang inginkan kebaikan bagi diri mereka,” ujar beliau. Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang membantah sebahagian rakyat negara ini untuk mengadakan demonstrasi aman Bersih 2.0 tu. Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran derma pembinaan masjid dan perletakan batu asas Masjid Al-Qasimi Pasir Tumboh selepas solat Jumaat sebentar tadi. Turut hadir Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian serta Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah.
YB Salahuddin Ayub - Naib Presiden
Menyentuh tindakan kerajaan negeri memboikot akhbar Utusan Malaysia, beliau berkata ia akan berterusan selagi akhbar tersebut berminat untuk menyiarkan sesuatu perkara yang melampaui batas seperti penghinaan terhadap agama Islam sendiri.
“Kalau mereka nak teruskan perangai tersebut, mereka boleh berbuat demikian, tetapi kita juga ada hak untuk tidak membenarkan liputan mereka,” kata beliau lagi. Sementara itu, Salahuddin berharap masyarakat setempat dapat memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha pihak jawatankuasa masjid Al-Qasimi untuk membina bangunan tambahan yang dijangka bernilai lebih RM1 juta. “Kita boleh memberi sumbangan berbentuk kewangan, bahan binaan maupun tenaga bagi melihat pembinaan masjid ini berjalan lancar, saya juga menyeru badan-badan korporat agar sama-sama menyumbang bagi pembinaan masjid ini,” kata beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3985-nik-aziz-sokong-himpunan-aman-bersih-20
Bersih 2.0: Aktivis AMK, Pemuda PAS antara ditahan polis malam tadi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi dipercayai berkaitan dengan memakai dan meyebar risalah berhubung perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini. Sdr Khairul Anuar Ahmad Zainudin @ Jonah - TKAMK Di Shah Alam, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainudin atau Jonah ditahan polis Selangor ketika sedang minum bersama rakan-rakannya di sebuah restoran kira-kira jam 11 malam tadi. Menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip, beliau difahamkan Khairul Anuar yang memakai baju Bersih, pada waktu itu baru sahaja selesai memesan minuman sebelum didatangi pihak polis dan meminta beliau mengeluarkan kad pengenalan. "Minuman sampai, tak sempat minum pun. Polis tengok IC Jonah dan terus gari dia. Dia kemudian dibawa ke IPD Shah Alam", katanya. Malam tadi merupakan pelancaran awal kempen Bersih 2.0 di Seksyen 24 Shah Alam yang merupakan sebahagian daripada program menjelang Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini. Pada masa yang sama, seorang lagi anggota Dewan Pemuda PAS difahamkan turut ditahan malam tadi. Pemuda tersebut yang hanya dikenali sebagai Shafri ditahan di Padang Jawa sebelum dibawa juga ke IPD Shah Alam. Beliau ditahan dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang juga ada kaitan dengan himpunan Bersih 2.0. Bagaimanapun Jonah dan Shafri masing-masing dibebaskan jam 1.10 pagi dan 1.40 pagi selepas kenyataan mereka dirakam pihak polis. "Tak sampai 24 jam, satu lagi siri tangkapan dibuat...Ternyata polis cuba menyekat hak dan kebebasan rakyat yang dijamin perlembagaan", kata Rozan lagi. "Ini cubaan menakutkan rakyat. Kita seru rakyat jangan putus asa, kita ada hak berhimpun secara aman 9 Julai ini", tambahnya. Selain itu Di Johor, tujuh lagi aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan Bersih. Risalah itu diedar dalam pelancaran kempen parti itu 'Udahlah tu ...Bersaralah'. Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia, melalui penjelajahan jelajah dari 24-26 Jun untuk mendedahkan rekod BN. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3995-bersih-20-aktivis-amk-pemuda-pas-antara-ditahan-polis-malam-tadi
Bersih: Umno diingat tidak libatkan Agong |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Jun: PAS menyelar sikap pihak tertentu yang didakwa mahu menggunakan Yang di-Pertuan Agong bagi menghalang himpunan aman Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai ini. Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, tindakan tersebut adalah sangat tidak wajar kerana Agong merupakan tempat mengadu rakyat yang terakhir. "Tidak sepatutnya pihak tertentu mengguna Agong untuk halang hak rakyat. "Tindakan ini sangat tidak patut, kerana seluruh rakyat bernaung di bawah Agong dan berhak bertemu dengan baginda untuk mengadu sesuatu masalah", katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas desas desus yang mendakwa Umno sedang berusaha mendapatkan campurtangan Agong bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 dari diadakan. Himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu sebelum ini mendapat kecaman khususnya dari pimpinan Umno BN. Tidak hanya melalui kenyataan terbuka, kecaman sama juga dibuat semasa sesi perbahasan dalam Dewan Rakyat. Himpunan tersebut yang dianggarkan disertai hampir 800 ribu orang, akan berarak ke Istana Negara dengan menggunakan warna tema pakaian kuning. Selain bagi menjunjung institusi Diraja dan demokrasi, warna kuning itu juga sebagai lambang kebebasan, ketulasan dan keadilan. Sehingga hari ini lebih 10 orang sudah ditahan dan diambil keterangan oleh polis kerana memakai dan menjual baju kuning bercetak "Bersih 2.0" kepada orang ramai yang bakal diguna pada perhimpunan itu nanti. Ianya dilihat usaha pencegahan awal oleh pihak polis yang memberi amaran sebelum ini untuk membuat tangkapan awal. "Kita mengharapkan bahawa perubahan yang dituntut rakyat ini diterima oleh SPR,"katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3998-bersih-umno-diingat-tidak-libatkan-agong
Pemuda PAS dibebas awal pagi tadi |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Tujuh pemuda PAS yang ditahan jam 11 tengahari semalam kerana memakai baju Bersih 2.0 di Taman Kosas, Ampang dibebaskan kira-kira jam 2 pagi tadi. Mereka, Fadzlulrahimi Maarof, Shahril Suhaimi, Engku Faizan Engku Husien, Adha Isa, Fathullah Azam, Rozaimi dan Shafiee Yunos dibebaskan dengan jaminan polis selepas 15 jam ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya. Kesemua mereka semalam ditahan kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi. Terdahulu lebih 100 penyokong berkumpul di perkarangan pintu masuk IPD Ampang Jaya bagi mendesak kesemua yang ditahan dibebaskan.
YB Khasim Abdul Aziz - ADUN Lembah Jaya,Ampang
YB Ir Iskandar Abdul Samad - ADUN Chempaka
Mereka berhimpun sejak jam 11 malam tadi dan turut disertai Adun Lembah Jaya, Kasim Abdul Aziz dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin semalam mendakwa mereka memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini. Beliau juga mendakwa mereka mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit. YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS Sambil menyelar penahanan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan polis itu telah memberi imej buruk terhadap penguatkuasaan undang-undang negara kepada dunia luar. "Mereka hanya memakai baju dan menjual baju Bersih, apa salahnya? "Ini hanya akan memburukkan imej perlaksanaan demokrasi dan penguatkuasaan undang-undang negara kita," katanya. Dalam satu lagi tangkapan, seorang pemuda, Mohamad Amin ditahan malam tadi di balai polis Gombak kerana memakai lencana kuning bertulis Bersih 2.0. Beliau bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan direkodkan pihak polis. Sementara itu, di padang Gombak Ria pula, majlis penerangan dan pelancaran Bersih 2.0 terpaksa ditukar kepada ceramah Israk Mikraj ekoran dihalang lebih 50 anggota polis.
Ustaz Ridhuan Mohd Nor - Ketua Penerangan DPPP
Kereta penceramah, Riduan Mohamad Nor yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS turut digeledah. Pintu pagar masuk ke Pusat Khidmat Dun Gombak juga dikepong dan orang ramai dihalang masuk. Majlis ceramah itu bagaimanapun diteruskan selepas polis mengenakan syarat tidak menyentuh isu himpunan Bersih pada 9 Julai ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4021-pemuda-pas-dibebas-awal-pagi-tadi
SUHAKAM: Hak untuk mengadakan perhimpunan aman mesti dilindungi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan PERKASA, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada Kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun, seperti yang terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967, dan mengesyorkan agar pihak Polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.
Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya.
*Kenyataan media oleh Hasmy Agam (gambar kiri) selaku Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
*Kenyataan media oleh Hasmy Agam (gambar kiri) selaku Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Sumber : Merdeka Review - 27/06/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4067-bersih-20-tangkapan-pra-kejatuhan-umno-bn
Di mana tanggungjawab ‘Mahaguru’?
Bukan sahaja Ahli Seni Silat Lincah sahaja, bahkan semua anggota-anggota pertubuhan silat di Malaysia ini dialu-alukan untuk hadir dan turun bersama bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil di tanahair kita yang tercinta ini.
Yang menjadi kekesalan saya adalah apabila seseorang yang mendapat gelaran “Mahaguru” mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai satu amaran yang tidak bertanggungjawab seperti berikut:
“Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut”
Sewajarnya sebagai seorang “Mahaguru” menampakkan ‘kebersihan’ peribadi diri dan bukan memberikan amaran yang menjurus kepada provokasi sebelum sesuatu himpunan diadakan. Tambahan lagi, seorang “Mahaguru” sebenar tentunya boleh mengawal anak-anak buahnya sebelum melemparkan cabaran atau arahan kepada pihak luar.
Sikap yang ditunjukkan oleh seorang “Mahaguru” ini tidak langsung mencerminkan ‘kebersihan’ peribadi dan amaran seperti ini sewajarnya diambil serius oleh pihak Polis; sebaliknya yang dilihat adalah tekanan terbuka dan gangguan yang dikenakan menerusi tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mempromosikan kebebasan bersuara secara aman.
Saya yakin dan percaya, Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan yang tentunya akan selamat jikalau tindakan-tindakan provokasi seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Silat ini dihentikan serta merta. Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita.
Lampiran 1
Kenyataan dari Pemimpin Pertubuhan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia
Sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9hb. julai, 2011 ini. Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia [PSSLM], Tan Sri Omar Din Mauju memberikan kenyataannya dalam satu sidang akhbar berhubung pandangannya mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0 semalam.
1. Adalah menjadi tanggungjawab Pengamal Seni Silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan dan huru hara.
2. PSSLM mempunyai sejuta ahli dan kami akan turun pada 9hb. Julai, 2011 jika Ambiga masih meneruskan Perhimpunan BERSIH 2.0 seperti yang dirancang.
3. Kami sebagai Golongan Pengamal Silat merupakan pelindung kepada negara dan Sultan sejak beratus tahun lalu tidak akan berdiam diri.
4. Sekira kami tidak mengambil apa-apa tindakan maka kami akan dianggap dayus.
5. Saya akan mengetuai pasukan ini walaupun dengan berkerusi roda dan akan berada di barisan paling hadapan.
6. Ambiga dinasihatkan supaya membatalkan perhimpunan ini jika tidak, Omar Din bimbang dia tidak dapat mengawal perasaan dan emosi anak-anak buahnya pada perhimpunan itu kelak apabila mereka bertembung.
7. “Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut” kata Omar Din lagi.
Sumber DD : 30/06//2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4109-protes-ahli-parlimen-pakatan-berpakaian-kuning
KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PRESIDEN PAS:
http://www.youtube.com/watch?v=dZLGWaoul8Q&feature=related
Protes ancaman polis, ahli parlimen PR berpakaian 'kuning'
http://www.youtube.com/watch?v=QRrai1xdx2Q&NR=1
WALK FOR DEMOCRACY:
LATEEFAH KOYA - http://www.youtube.com/watch?v=QAS1XMmRyqs
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4143-darurat-anwar-gesa-bebas-semua-tahanan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4157-nik-aziz-nafi-larikan-diri-dari-bersih
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4174-pas-akan-akur-keputusan-bersih-20-
Bersih 2.0: Tangkapan pra kejatuhan Umno BN |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN. “Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan. “Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat. “Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya. Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4067-bersih-20-tangkapan-pra-kejatuhan-umno-bn
Di mana tanggungjawab ‘Mahaguru’?
Oleh Nurul Izzah Anwar
Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omar Din Mauju berkenaan dengan Himpunan BERSIH 2.0 menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menyoal kredibiliti beliau selaku seorang Mahaguru yang disegani anak-anak buahnya.
Saya amat mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli Seni Silat Lincah yang dikatakan seramai 1 juta ahli ke Himpunan BERSIH 2.0 kerana ini jelas termaktub di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk berhimpun secara aman.
Bukan sahaja Ahli Seni Silat Lincah sahaja, bahkan semua anggota-anggota pertubuhan silat di Malaysia ini dialu-alukan untuk hadir dan turun bersama bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil di tanahair kita yang tercinta ini.
Yang menjadi kekesalan saya adalah apabila seseorang yang mendapat gelaran “Mahaguru” mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai satu amaran yang tidak bertanggungjawab seperti berikut:
“Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut”
Sewajarnya sebagai seorang “Mahaguru” menampakkan ‘kebersihan’ peribadi diri dan bukan memberikan amaran yang menjurus kepada provokasi sebelum sesuatu himpunan diadakan. Tambahan lagi, seorang “Mahaguru” sebenar tentunya boleh mengawal anak-anak buahnya sebelum melemparkan cabaran atau arahan kepada pihak luar.
Sikap yang ditunjukkan oleh seorang “Mahaguru” ini tidak langsung mencerminkan ‘kebersihan’ peribadi dan amaran seperti ini sewajarnya diambil serius oleh pihak Polis; sebaliknya yang dilihat adalah tekanan terbuka dan gangguan yang dikenakan menerusi tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mempromosikan kebebasan bersuara secara aman.
Saya yakin dan percaya, Himpunan BERSIH 2.0 adalah himpunan yang tentunya akan selamat jikalau tindakan-tindakan provokasi seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Silat ini dihentikan serta merta. Marilah kita berlagak lebih sebagai pendekar yang bertanggungjawab selaku khalifah di bumi Allah ini, bukannya pengecut yang lebih suka mengeluarkan ugutan kepada mereka yang mungkin berlainan fikrah atau pandangan daripada kita.
Lampiran 1
Kenyataan dari Pemimpin Pertubuhan Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia
Sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9hb. julai, 2011 ini. Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia [PSSLM], Tan Sri Omar Din Mauju memberikan kenyataannya dalam satu sidang akhbar berhubung pandangannya mengenai Perhimpunan BERSIH 2.0 semalam.
1. Adalah menjadi tanggungjawab Pengamal Seni Silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan dan huru hara.
2. PSSLM mempunyai sejuta ahli dan kami akan turun pada 9hb. Julai, 2011 jika Ambiga masih meneruskan Perhimpunan BERSIH 2.0 seperti yang dirancang.
3. Kami sebagai Golongan Pengamal Silat merupakan pelindung kepada negara dan Sultan sejak beratus tahun lalu tidak akan berdiam diri.
4. Sekira kami tidak mengambil apa-apa tindakan maka kami akan dianggap dayus.
5. Saya akan mengetuai pasukan ini walaupun dengan berkerusi roda dan akan berada di barisan paling hadapan.
6. Ambiga dinasihatkan supaya membatalkan perhimpunan ini jika tidak, Omar Din bimbang dia tidak dapat mengawal perasaan dan emosi anak-anak buahnya pada perhimpunan itu kelak apabila mereka bertembung.
7. “Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut” kata Omar Din lagi.
Sumber DD : 30/06//2011
Protes: Ahli parlimen Pakatan berpakaian 'kuning' |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 30 Jun: Sebagai membantah tindakan pihak polis yang memerangi sebarang unsur sokongan kepada himpunan aman Bersih 2.0, ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir ke Dewan Rakyat hari ini dengan berpakaian kuning. Ada antara mereka berbaju kuning, dan ada juga bertali leher kuning bercetak Bersih 2.0 sekaligus dilihat seperti mencabar pihak berkuasa yang sedang giat melakukan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju kuning bercetak Bersih 2.0. Ahli parlimen wanita pula memakai pakaian kuning. Dua dari mereka, Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan Bukit Gantang Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memakai baju-T Bersih 2.0. Pada sidang media mereka di lobi parlimen hari ini, mereka turut mengecam tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussin berhubung kenyataannya bahawa menyokong himpunan Bersih adalah haram. "Kami di sini untuk menyokong himpunan Bersih bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil," kata Penasihat DAP Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T Bersih haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap. "Tindakan kami memakai kuning hari ini sebagai protes kami kepada tingkah laku pihak berkuasa yang kami rasa sudah melampaui batas," kata Dr. Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4109-protes-ahli-parlimen-pakatan-berpakaian-kuning
KENYATAAN MEDIA TIMBALAN PRESIDEN PAS:
http://www.youtube.com/watch?v=dZLGWaoul8Q&feature=related
Protes ancaman polis, ahli parlimen PR berpakaian 'kuning'
WALK FOR DEMOCRACY:
LATEEFAH KOYA - http://www.youtube.com/watch?v=QAS1XMmRyqs
Darurat: Anwar gesa bebas semua tahanan |
Harakahdaily |
PETALING JAYA, 3 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat.
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - AP Permatang Pauh
Anwar berkata, peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara. “Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
YB Dr Michael Xavier Jeyakumar - AP Sungai Siput
Katanya, Jeyakumar selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil. Beliau menambah, beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai ini merupakan perhimpunan aman. Malah, ujarnya Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat dilaksanakan akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Beliau yang juga ahli Parlimen PermatangPauh berkata, sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia. “Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain. “Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4143-darurat-anwar-gesa-bebas-semua-tahanan
Nik Aziz nafi larikan diri dari Bersih |
Harakahdaily |
MADINAH, 4 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menolak tuduhan dan anggapan beliau sengaja melarikan diri dengan mengerjakan umrah untuk mengelak dari menyertai himpunan Bersih 9 Julai ini. Bercakap di Madinah yang disiarkan menerusi Youtube beliau berkata tuduhan itu tidak tepat dan tidak betuL, lapor penulis Mohd Sayuti Omar melalui blognya. Kata Nik Aziz, tidak timbul beliau melarikan diri kerana beliau sudah menegaskan himpunan Bersih itu halal dan perlu disertai oleh orang ramai untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil di negara ini. "Himpunan itu atau demostrasi itu sama dengan kita berjemaah dalam melalukan ibadat," katanya. Baginya himpunan untuk menuntut supaya pilihan raya diadakan dengan adil sangat perlu kerana keadilan itu tidak pernah dirasai sendiri oleh beliau. "Setiap kali saya serta pilihan raya, saya tidak merasakan ia adil, tetapi selalu berat sebelah," katanya. Dengan penjelasan itu tidak timbul kalau Menteri Besar Kelantan itu sengaja melarikan diri bagi mengelakkan daripada menghadiri himpunan terbesar tahun ini. Beliau sekali lagi menyeru supaya orang ramai menghadirinya tanpa merasa takut dan gerun kepada polis. "Yang menangkap (polis) orang yang kena tangkap pun orang. Semuanya akan menghadap Allah," tegasnya. Apa yang hendak disampaikan bahawa tindakan polis itu bukan sesuatu yang perlu ditakut dan menjadi halangan kerana semua pihak ada tanggungjawab dan tugas masing-masing dan akan berhadapan dengan Allah s.w.t. Sama ada apakah polis benar atau orang ramai salah kerana menghadiri himpunan itu Allah yang akan menentukan. "Sebelum ini saya mendapat tahu beliau dan setengah rombongannya akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih. "Apakah dengan kenyataan itu Tok Guru akan mempercepatkan pemulangannya bagi membolehkan beliau bersama dalam himpunan yang kini dalam keadaan krtikal itu?" tulis Sayuti dalam blognya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4157-nik-aziz-nafi-larikan-diri-dari-bersih
PAS akan akur keputusan Bersih 2.0 |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS akan akur dengan sebarang keputusan Bersih 2.0 dan sehingga kini ia tidak dibatalkan lagi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mohamad Sabu menegaskan, sehingga kini Bersih tetap tidak berganjak dengan keputusan itu kerana tiada sebab untuk Bersih membatalkannya. Menurut beliau, perhimpunan aman itu diadakan untuk mendesak Kerajaan BN melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil, setelah pilihanraya di negara ini tidak pernah diadakan dengan bersih dan adil seperti yang dikehendaki oleh rakyat. Katanya, jadi soal membatalkan perhimpunan itu tidak berbangkit sebab Bersih tidak membatalkannya, manakala PAS pula tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh Bersih berhubung perhimpunan berkenaan. "PAS percaya bahawa asas penyebab bantahan itu perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan keikhalasan oleh Kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Pada sidang media itu, beliau turut membaca kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjelaskan tentang pendirian PAS yang menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai lalu mengenai Himpunan Aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan sekarang. Sehubungan itu, seperti yang ditegaskan oleh Abdul Hadi, menurut beliau, PAS akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pemandu Bersih untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil. Katanya, PAS akan mempersembahkan antara lainnya isu berhubung tindakan melampau yang dilakukan polis dalam usaha pasukan berkenaan untuk menghalang perhimpunan Bersih. "Kini, kita dalam proses mengutus surat kepada Tuanku dan tarikh untuk kami mengadap Tuanku itu pula bergantunglah kepada Tuanku menentukannnya," jelasnya. Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Sementara itu, ketika ditemui selepas sidang media itu, beliau berkata, walau apa pun alasan yang diberikan, tujuan Pemuda Umno, Perkasa dan pasukan silat yang diketuai oleh Omar Din untuk turut mengadakan perhimpunan pada hari yang sama dengan Bersih 2.0, ternyata untuk melakukan provokasi. "Pemuda Umno, Perkasa dan Omar Din sendiri menjelaskan yang mereka tidak boleh mengawal orang-orangnya untuk tidak melakukan kekacauan pada perhimpunan itu. "Ini amat berbeza dengan Bersih yang sememangnya boleh memberikan jaminan bahawa para penyokong Bersih atau pesertanya tidak akan melakukan kekacauan. "Mereka tak boleh kawal, tetapi kita boleh kawal. Tapi jika mereka tak boleh kawal, kenapa mereka nak adakan perhimpunan pada hari yang sama juga? Jadi ini jelas bertujuan untuk melakukan provokasi," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4174-pas-akan-akur-keputusan-bersih-20-
BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium
Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.
Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.
Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.
Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".
Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.
Sejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.
Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.
Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.
Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.
Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.
Sumber MK : 5/07/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4200-gambarkan-himpunan-bersih-20-ganas-strategi-kuno
You tube: Sidang Media Pimpinan Utama PR - http://www.youtube.com/watch?v=lAOI2radYvI
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4211-berhimpun-di-stadium-merdeka
Hj Mohammad Sabu : Mesej BERSIH -
http://muslimeen-united.blogspot.com/2011/07/eksklusif-bersih-20-bukti-penyelewengan.html

Gambarkan himpunan Bersih 2.0 ganas, strategi kuno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Tindakan kerajaan Umno BN cuba menggambarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini sebagai ganas adalah strategi kuno dan lapuk, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Sambil menyelar tindakan itu, beliau turut mengecam tindakan pemimpin Umno BN yang dakwanya berselindung di sebalik pihak keselamatan untuk mengekalkan kuasa politik mereka. "Provokasi demi provokasi yang ditimbulkan saban hari di media cetak arus perdana dan televisyen, untuk memberi gambaran bahawa perhimpunan aman Bersih 2.0 akan bertindak ganas dan sebagainya. "Kami ingin memperingatkan mereka bahawa strategi kuno sebegini sudah lapuk dan tidak akan berjaya memenjarakan fikiran rakyat yang sudah merdeka pada zaman ini," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap beberapa siri tangkapan dan juga penemuan terbaru polis yang mengaitkan Bersih 2.0 sebagai himpunan ganas. Ianya termasuk rampasan sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam antaranya 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama. Tidak cukup dengan itu, beberapa siri tangkapan termasuk anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang sedang menyebarkan risalah Bersih dan maklumat kepincangan negara dibawah BN kepada rakyat Johor, juga cuba dikatkan dengan Komunis.
YB Dr Michael Jeyakumar - AP Sungai Siput
Antaranya ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM lain yang ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO). Mengulas siri tangkapan terhadap pemimpin dan penyokong Bersih itu, presiden PAS itu mendakwa ia bukti kegelabahan Barisan Nasional yang tidak bijaksana dan semakin tidak waras dalam menangani isu. "Dengan ini PAS mendesak pihak yang berkenaan supaya membebaskan rakyat yang sudah menjadi mangsa di tahan akibat dari tindakan rakus kerajaan pimpinan BN ini," katanya lagi. Himpunan Bersih 2.0 ujarnya adalah untuk mendesak dibersihkan pilihanraya yang kotor, bukan himpunan untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi. Tambahnya, sememangnya sudah sekian lama Pakatan Rakyat berusaha untuk menumbangkan Barisan Nasional yang melakukan kerosakan dalam negara, dan ia bukan lagi suatu yang rahsia. Tetapi Barisan Nasional berlagak seperti negara ini milik peribadi mereka, merasa kebal dan tidak sedia untuk kalah sehingga memperalatkan berbagai agensi kerajaan untuk kepentingan mereka. "Kerajaan Barisan Nasional sangat mundur amalan demokrasinya, berjiwa kecil, jauh mundur berbanding negara-negara maju yang membuka pintu demokrasi seadil-adilnya.
Mrs Julia Gilliard - PM Australia
"Di Australia, seorang Perdana Menteri yang kalah dalam pemilihan partinya, sedia duduk dibawah Perdana Menteri yang baru dengan menjawat jawatan Menteri Luar sahaja. Ini kerana mereka meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, bukannya jawatan untuk kepentingan dunia dan peribadi.
Mr Kevin Rudd - Menteri Luar / Mantan PM Australia
"Sebaliknya Barisan Nasional merasakan kerajaan ini milik mereka selama-lamanya, sehingga tidak sedia untuk kalah dan diganti dengan kerajaan yang baru. Sehubungan itu beliau turut mengingatkan Umno BN agar sedia berundur secara terhormat, sebelum jatuh dalam kehinaan dan membebaskan SPR dan jabatan-jabatan kerajaan daripada diseleweng. "PAS menyokong sebarang usaha memulihkan demokrasi dan menggunakan pilihanraya untuk mendapatkan kuasa pemerintahan," tegasnya. |
You tube: Sidang Media Pimpinan Utama PR - http://www.youtube.com/watch?v=lAOI2radYvI
Berhimpun di Stadium Merdeka |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) bercadang untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di Stadium Merdeka. Pemilihan yang dibuat ke atas Stadium Merdeka berdasarkan kedudukan stadium itu di tengah pusat bandar dan mudah didatangi orang ramai dari seluruh negara. Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan, penyerahan memorandum yang mengandungi 8 tuntutan Bersih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak akan dilakukan dengan perarakan. Sebaliknya, ia hanya akan dilakukan oleh tidak lebih 10 orang wakil Bersih yang akan berkunjung ke Istana Negara dari tempat perhimpunan diadakan di Stadium Merdeka.
Stadium Merdeka
"Penyerahan memorandum itu tidak membabitkan seorangpun pemimpin parti-parti politik dari Pakatan Rakyat. Mereka yang terbabit adalah dari Bersih atau NGO sahaja dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan parti politik," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini. Sebelum itu, beliau menjelaskan, Bersih 2.0 menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan baginda menerima mengadap wakil Bersih yang terdiri daripada beliau, Datuk A Samad Said dan Zaid Kamaruddin, semalam.
Datuk Abdul Samad Said - Sasterawan Negara
Sdr Zaid Kamarudin - Presiden JIM
Bersih 2.0 menjunjung kasih Seri Paduka Baginda Tuanku di atas keprihatinan terhadap aspirasi rakyat untuk menikmati demokrasi dan hak asasi seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Persekutuan. Menurut beliau, pada pertemuan itu, rombongan Bersih 2.0 telah mempersembahkan kepada Tuanku di antara lain kenyataan dan pendirian Bersih 2.0. "Pertama, Bersih 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di Stadium dan berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar, manakala wakil Bersih 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. "Kedua, kerajaan menunjukkan good faith dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah EO dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong-penyokong Bersih 2.0. "Ketiga, menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk pembaikan sistem dan proses pilihanraya," katanya. Tuntutan Bersih 2.0 Bersih 2.0 adalah gabungan yang sah kerana disertai oleh pertubuhan-pertubuhan dan entiti yang berdaftar. Menurut Ambiga, Bersih 2.0 menuntut satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan di dalam dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihanraya yang sedia ada. "Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan (stakeholders)," katanya. Lapan tuntutan jangka pendek Bersih 2.0 dipenuhi sebelum PRU Ke-13 iaitu bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Menurutnya, semua yang telah ditahan berkaitan sokongan kepada Bersih 2.0 hendaklah dibebaskan termasuk enam pemimpin PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) mestilah dibebaskan serta merta atau dihadapkan ke mahkamah. Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan Bersih 2.0 ditarik balik atau digugurkan dan mereka yang masih ditahan dibebaskan tanpa syarat. Katanya, Bersih 2.0 turut menuntut agar semua gangguan (harassment), ugutan, tuduhan dan fitnah terhadap penyokong-penyokong Bersih 2.0 dihentikan dan ini bermakna rakyat dibenarkan memakai baju kuning, usaha-usaha menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 di stadium tidak dihalang. "Pihak polis, DBKL atau pihak-pihak lain tidak memberikan apa-apa halangan kepada semua rakyat yang menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka pada pukul 2 hingga 4 petang 9 Julai (Sabtu) ini. "Bersih 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," jelasnya. Beliau juga memberitahu, Bersih 2.0 sedang berusaha untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan segera untuk membincangkan semua tuntutan itu dan sebarang perkara berkaitan Bersih 2.0. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4211-berhimpun-di-stadium-merdeka
Hj Mohammad Sabu : Mesej BERSIH -
http://muslimeen-united.blogspot.com/2011/07/eksklusif-bersih-20-bukti-penyelewengan.html
Pakai baju BERSIH: 10 ahli majlis Kajang didakwa
Sepuluh ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya kerana memakai baju T BERSIH 2.0 semasa mesyuarat majlis itu pada 29 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 47(1) Akta Pertubuhan 1966 kerana dituduh memaparkan simbol atau propaganda sebuah pertubuhan haram.
Ahli majlis itu didakwa melanggar undang-undang dengan “mempamerkan kenyataan bergambar dan tulisan melalui baju yang dipakai bagi kepentingan satu pertubuhan yang melanggar undang-undang iaitu BERSIH 2.0”.
Mereka adalah Zulfikar Ali Ariffin, Ong Seng Peng, Lee Learn Eng, Tan Boon Wah, Razaly Hassan, S T Chandra Mohan, Lee Kee Hiong, Chan Jeong Hon, Mohd Mohiddin Mohd Misbah dan Ng Tien Chee.
Ahli majlis kesebelas, Cheong Seow Foon, akan didakwa pada 8 Ogos. Beliau dikecualikan hadir hari ini kerana sedang berada di Kuala Terengganu.
Mereka menghadapi denda maksimum RM5,000 atau sehingga dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. Majistret A Akhiruddin @ Boy Acho menetapkan jaminan pada RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Sumber MK - 7/07/2011 : http://www.malaysiakini.com/news/169245

You tube : http://www.malaysiakini.tv/video/21904/10-kajang-councillors-charged-over-bersih-shirts.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4256-bersih--qkita-yakin-pintu-stadium-akan-dibuka-untuk-kitaq
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4264-qsemakin-ditahan-ia-akan-terus-melandaq-abd-hadi
338 ditahan, Mahfuz dan Salahuddin antara ditangkap
12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.
Sumber MK (9/07/2011) : http://www.malaysiakini.com/news/169378
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4266-30000-berkumpul-di-jalan-pudu-sebelum-disuraikan
Perarakan: Amiga, Hadi ditangkap, Anwar cedera
Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.
Bersih : "Kita yakin pintu stadium akan dibuka untuk kita" |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 8 Julai: Kurang 24 jam menjelang Himpunan Bersih 2.0, penganjurnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) terus menerima tekanan dari pihak berkuasa termasuk permohonan permit berhimpun di Stadium Merdeka, akhirnya ditolak. Biarpun berdepan halangan itu, Bersih yang disokong parti-parti politik dan 80 NGO tetap akan meneruskan hasratnya seperti yang diperuntukkan perlembagaan untuk berhimpun secara aman. Dalam satu kenyataan lewat petang ini, mereka mengajak rakyat untuk berhimpun di luar Stadium Merdeka, jam 2 petang esok. "Kepimpinan Bersih 2.0 mengulangi komitmen akan berada di Stadium Merdeka pada pukul 2 petang esok. Kita akan bertemu di tempat letak kereta, dan percaya bahawa pintu akan dibuka untuk kita," kata mereka. Dalam kenyataan itu mereka turut menzahirkan rasa kecewa dengan layanan pihak kerajaan dan pihak berkuasa terhadap keihlasan mereka. Sedangkan kata mereka, hasrat perhimpunan itu sangat murni iaitu untuk menuntut daftar pemilih dibersihkan, sistem pengundian pos diperbaharui, bahawa dakwat kekal akan digunakan, tempoh minimum 21 hari kempen yang ditabal, akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua yang diperuntukkan , institusi awam diperkukuhkan, dan rasuah serta politik kotor dihentikan. "Pihak berkuasa telah meletakkan halangan demi halangan, padahal hanya perlu memberikan kerjasama yang ikhlas untuk memenangi kepercayaan dan keyakinan rakyat. "Setelah berdepan pelawaan stadium yang tidak ikhlas, dinafikan permit, penangkapan, penahanan dan banyak lagi, kami merasakan bahawa kami telah melakukan segala yang termampu untuk menunjukkan keikhlasan dan niat baik kami dalam perundingan dengan kerajaan. "Tetapi kita hanya dibalas dengan keputusan sebaliknya dan halangan besar," kata mereka lagi. Tegas mereka, tidak ada sebarang sekatan yang akan memintas usaha ke arah keamanan dan keadilan apatah lagi demi menegakkan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman. Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad Bersih untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka esok. “Ini adalah saat penting dalam sejarah dan kami yakin rakyat akan menyambut seruan untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang membentuk Malaysia. Bersama-sama kita berjuang untuk mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang adil, demokratik, dan penuh dalam kasih sayang untuk satu sama lain,” kata kenyataan itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4256-bersih--qkita-yakin-pintu-stadium-akan-dibuka-untuk-kitaq
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4264-qsemakin-ditahan-ia-akan-terus-melandaq-abd-hadi
338 ditahan, Mahfuz dan Salahuddin antara ditangkap
12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
YB Sdr Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
Sumber MK (9/07/2011) : http://www.malaysiakini.com/news/169378
30,000 berkumpul di Jalan Pudu sebelum disuraikan |
Harakahdaily |
(30,000 berjaya berkumpul di depan menara Maybank, Pudu sebelum dipecahkan melalui gas pemedih mata dan water canon polis) KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pasukan terbesar yang berjaya bergabung sebelum disuraikan polis berlaku di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank apabila pasukan dari Jalan Pasar bertemu dengan dari Masjid Jamek dan Central Market di situ.
YB Dr Mohd Hatta Ramli - Pengarah PR PAS Pusat
Menurut Taufek, perhimpunan yang bermula di jalan Pasar sekitar 500 sahaja tiba-tiba berkembanng cepat kepada hampir 10,000 pada jam 1.30 tengahari. (Pasukan dari Jalan Pasar yang disertai Taufek Ghani) Di Jalan Raja Chulan, mereka bergabung dengan pasukan dari Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan Central Market dan menjadikan mereka 30,000. "Kami kemudian berpecah apabila disembur dengan water canon di depan Menara Maybank," kata Taufek ketika dihubungi yang kini berada di Jalan Raja Chulan di belakang Maybank bersama pasukannya. Selain beliau, turut berada di situ adalah Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat). Dr Badrul Amin Baharon (PKR), Tan Kok Wai (DAP) dan lain-lain.
YB Mohd Taufek Abdul Ghani - PJ PAS N.Sembilan
Dr Badrul Amin Baharon - Ahli MPP PKR
YB Tan Kok Wai - AP DAP (Cheras)
Pasukan mereka bertemu dengan pasukan yang diketuai Dr Hatta Ramli yang bergerak dari Masjid Jamek serta pasukan yang bergerak dari Central Market menjadikan satu pasukan yang besar mencecah 30,000 sebelum disembur dengan air berasid oleh polis. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4266-30000-berkumpul-di-jalan-pudu-sebelum-disuraikan
Perarakan: Amiga, Hadi ditangkap, Anwar cedera
Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.
2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan ringan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - ditahan.
Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk SAmbiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.
2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.
Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.
1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.
Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.
2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.
Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.
Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.
http://www.malaysiakini.com/bm/
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4275-bersih-berjaya-capai-matlamat-dr-hatta

Bersih berjaya capai matlamat - Dr Hatta |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: “Kita telah berjaya berhimpun di Stadium Merdeka dan ini menunjukkan kita telah berjaya mencapai matlamat kita. Bersih berjaya. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong benarkan kita berhimpun di Stadum Merdeka. Daulat Tuanku!" Demikian ucapan Dr Mohd Hatta Ramli yang mengetuai perarakan ke Stadium Merdeka sebaik tiba di stadium itu sekitar jam 2.38 petang tadi bersama tidak kurang 10,000 orang penyokong Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat. “Negara kita aman dan kita menjunjung tinggi keamanan, manakala perhimpunan ini kita adakan untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita,” katanya. Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk berhimpun dengan aman kerana perhimpunan kita ini dibenarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. "Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman. Bersih bersih, Bersih aman," ucap Hatta dengan disambut gema suara orang ramai di sisi sekatan pihak polis untuk ke pintu stadium. Walaupun dihalang dan bebertapa orang pemimpin kita telah ditangkap, menurut Hatta, kita tetap berjaya juga ke Stadium Merdeka dan ini jelas melambang kejayaan Bersih 2.0 hasil semangat perjuangan yang tinggi yang ada pada kita. Setelah beberapa minit berhimpun dan berucap dengan diselang seli ucapan Hatta dan beberapa orang pemimpin Pakatan lain, Dr Hatta mengumumkan perancangan seterusnya untuk berhimpun pula di KLCC. Dr Hatta kemudian terus memimpin perarakan menuju ke KLCC dengan pelbagai laingan termasuk hidup Bersih, reformasi, takbir, ucapan dua kalomah syahadah. Mereka melalui Lebuh Ampang, tetapi tibu dekat Jalan Pudu, mereka sekali lagi ditembak berdas-das gas pemedih mata oleh pihak polis. Ini menyebabkan mereka berpecah tetapi bersatu semula kemudiannya lalu meneruskan perarakan ke KLCC. Dr Hatta muncul sebagai wira dan menerima ucapan tahniah dari orang ramai. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4275-bersih-berjaya-capai-matlamat-dr-hatta
Selain Dr Jeyakumar(YB AP Sungai Siput), anggota PSM yang ditahan mengikut EO sejak 2 Julai lalu adalah M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.
Kes baju Bersih 2.0 dibicara di mahkamah |
M Faqih |
BACHOK, 10 Ogos: Mahkamah Majistret Bachok hari ini menetapkan 12 Oktober hadapan bagi sebutan kes seorang peniaga yang ditahan atas dakwaan memiliki t-shirt bertulis perkataan Bersih 2.0. Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33 hadir bersama peguam Mohd Firdaus Yusof dan Muhamad Abdul Rashid Yah, beliau didakwa di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.
Jika disabitkan kesalahan di bawah seksyen tersebut boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali.
Pada prosiding hari ini tertuduh menerima dokumen-dokumen berkaitan pertuduhan ke atasnya daripada Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin. Majistret, Azrol Abdullah menetapkan 12 Oktober akan datang bagi prosiding kes tersebut. Mohd Amizul yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PAS Bachok didakwa mempamer baju T bertulis Bersih 2.0 di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Pauh, Mahligai, Bachok. Ekoran itu beliau ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok dan kemudiannya didakwa di mahkamah pada 5 Julai lalu. Bagaimanapun beliau tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM4,000. Pendakwaan terhadap Mohd Amizul difahamkan merupakan kes pertama membabitkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). Selain itu seorang lagi peniaga dari Wakaf Bharu, Tumpat juga didakwa di atas pertuduhan serupa kerana memiliki baju T Bersih 2.0. Pada akhir Jun lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussien menyifatkan orang yang memakai baju berkaitan Perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu sebagai haram. Sehingga akhir Jun lalu 85 individu ditahan atas dakwaan menjalankan aktiviti mempromosi perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. |
Pembangkang, Bersih bertanggungjawab |
Subky Latif |
GARA-gara Mark Duggan, 29 tahun terbunuh ditembak polis beberapa tempat di kota London terbakar dan berdepan dengan rusuhan.
Mendiang Mark Duggan - Mati ditembak polis dalam rusuhan di London
Rusuhan dan kebakaran juga merebak ke luar London seperti Liverpool, Bermingham, Bristol dan Manchester.
Tidak siapa suka dengan kejadian itu tetapi ialah reaksi setengah rakyat Britain yang marah atas tindakan polis.
Apakah polis yang menembak mati Mark Duggan bertindak betul atau sebaliknya, itulah reaksi setengah dari rakyat Britain.
Umumnya polis Britain bertindak normal, tidaklah bersikap luar biasa seperti ssetengah negara belum membangunkan atau mana negara yang digelar negara polis. Dalam keadaan yang demikian, rakyat yang marah terhadap kejadian terhadap Mark Duggan itu bukan saja marahkan polis malah mereka membakar dan merosakkan bangunan awam dan melakukan berbagai jenayah.
Tidak dapat kita bayang kalau apa yang terjadi antara polis dan penyokong Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur itu berlaku di London? Orang ramai tidak dibenarkan masuk ke Kuala Lumpur, orang tertentu yang masuk ke Kuala Lumpur ditangkap, rakyat yang terkepung dalam sekatan dan kepungan polis ditembak dengan peluru gas dan meriam air.
Gara-gara tindakan polis ada orang yang dikejarkan ke hospital malah ada seorang yang mati dikatakan kerana bedilan senjata gas.
Kalau ini yang berlaku di England tidak mustahil seluruh England itu akan dibakar oleh rakyatnya.
Tetapi betapa marah sekali pun rakyat kerana kerajaan yang menindas dan betapa tidak seronoknya masyarakat te rhadap polis yang dibelenggu oleh kerajaan yang menindas itu, rakyat Malaysia tetap menunjukkan kesabarannya yang tinggi.Sebenarnya dalam semua masa orang-orang yang marah kepada kerajaan dan polis yang rata-rata menyokong pembangkang, betapa marah sekali pun kepada kerajaan dan polis, mereka tidak akan buat atau galakkan seperti yang berlaku di London dan bebeapa kota utama lain selain dan London. Di setengah negara pembangkang bertukar menjadi pemberontak hingga menyebabkan berlaku huruhara bahkan negara tidak dapat membangun dan melaksanakan rancangan kemajuan. Pembangkang Malaysia tidak mahu jadi seperti itu dan kalau boleh tidak suka melihat ada kejadian itu di masa akan datang. Ia adalah disebabkan pembangkang percaya kepada demokrasi sekali yang berlaku adalah demokrasi tiga suku. Ada kejadian polis memburu motokar yang dipandu oleh remaja belasan tahun. Kerana takut buruan polis itu remaja memecut motokarnya. Polis menembak motokarnya hingga mati remaja yang memandunya. Rakyat marah akan kejadian itu. Tetapi atas tanggungjawab sebagai rakyat itu tinggi, mereka tidak beertindak seperti sestengah rakyat London dan Mencester, bertempur dengan polis dan membakar kedai dan bangunan awam. Mereka menyokong supaya polis yang terlibat dibawa ke mahkamah, dibicarakan dengan adil.. Jika dibaca sekatan dan gangguan polis terhadap pembangkang yang mengadakan ceramah, hingga kadang-kadang disebabkan ceramah tanpa permit, polis hantar pasukan pencegah suruhan dan macam-macam gangguan. Tetapi pembangkang yang bertanggungjawab itu bersabar, menghentikan ceramah atau membatalkan atau melarikan ceramah ke tempat lain, tetapi dengan kesabaran itu ceramah tetap diadakan juga. Sikap sabar dan kesedaran kepada tanggungjawab membangunkan negara dan mewujudkan keamanan, rakyat tidak hilang kesaran. Dengan sikap sabar inilah membantu negara mencapai kemajuan dan keamanan yang dikecapi sekarang. Jangan fikir kemajuan dan keamanan itu atas kecekapan kerajaan saja. Kalau pembangkang hilang rasa tanggungjawab, mengambil langkah tidak bertanggungjawab seperti setengah orang putih England itu atau seperti pembangkang negara lain yang keras, jangan fikir Malaysia boleh capai yang dicapai sekarang. Apa yang Bersih 2.0 buat adalah padangan dan sikap yang sama pendirian pembangkang. Mereka keluar ke jalan raya kerana perlembagaan demokrasi negara tidak melarangnya. Hanya demokrasi tiga suku yang mengiranya haram. Apa juga reaksi polis mereka hadapi dengan sabar dan berakal. Dengan tindakan luar biasa polis hari itu, sekali pun rakyat dan Bersih marah tetapi mereka tidak menyeru rakyat bangun melayan polis dan kerajaan. Walau pun Kuala Lumpur di kepung tetapi Kuala Kangsar, Pekan, Johor Bahru dan lain-lain tidak dikepung. Kalau mereka geram mereka boleh buat macam yang dibuat di England itu. Tetapi mereka bertanggungjawab, sabar dan berkal. Adakan juga demo tetapi mengakhirinya petang itu juga. Mereka turun dengan tangan kosong, balik pun dengan tangan kosong. Tetapi polis terpaksa mengambil masa berbulan-bulan untuk membaiki kekurangannya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/4931-pembangkang-bersih-bertanggungjawab
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5635-siasatan-bersih-20-suhakam-tunggu-maklum-balas-polis
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5658-mahkamah-bebas-ahli-pas-pakai-baju-bersih
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5775-bersih-suhakam-mula-siasatan-awam-12-oktober-
Siasatan Bersih 2.0: Suhakam tunggu maklum balas polis |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) masih menunggu maklum balas dari polis berhubung dengan siasatan mereka terhadap perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu. Ini kerana, sehingga kini, Suruhanjaya sedang menunggu maklumbalas dari pihak Polis atas permohonannya, dan peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk menemubual Personel Polis yang bertugas semasa perhimpunan 9 Julai awam. (Antara mangsa tembakan gas pemedih mata polis terhadap peserta perhimpunan Bersih 2.0) Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya hari ini. Suruhanjaya telah memutuskan untuk mengadakan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011. Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Encik Detta Samen. Menurut Hasmy, sehingga 27 September, Suruhanjaya telah menyiapkan semakan penghujahan awam yang telah diterima daripada orang ramai dalam bentuk dokumen, kenyataan-kenyataan dan rakaman video, dan telah mengenal pasti saksi-saksi. Ia kini dalam proses melengkapkan sesi temubual dengan saksi-saksi dan juga sedang mengatur untuk mendapatkan keterangan beberapa saksi yang tinggal di luar Lembah Klang, katanya. Suruhanjaya, katanya, akan menetapkan dan mengumumkan tarikh pendengaran untuk Siasatan Awam tersebut sehingga proses temu bual berakhir. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5635-siasatan-bersih-20-suhakam-tunggu-maklum-balas-polis
Mahkamah bebas ahli PAS pakai baju Bersih |
Khairil Abdul Rahim |
KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskan tanpa melepaskan dua ahli PAS yang ditangkap di Rompin 2 Julai lalu kerana memakai baju kuning berlogo Bersih 2.0. Mohd Fadzli Ramly, 33, seorang peguam ialah AJK Pemuda PAS Pahang sementara Abdul Manaf Md Hassan, 41, merupakan AJK PAS Dun Tioman. Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini. "Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak menyusah dan menakut-nakutkan rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Kami akan ambil tindakan saman ke atas kerajaan," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman. Sebelum ini mereka dituduh di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana memakai baju sebuah pertubuhan haram. Pendakwaan dilakukan ketua unit pendakwaan negeri Pahang, Kalmizah Salleh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hon Kai Ping dan Hisham Ramzam di hadapan Hakim Fathiyah Idris. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bersih dan adil bagi kepentingan suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, di markas PAS Kampung Mentara, Rompin, kira-kira jam 10.50 malam, 2 Julai lalu. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram. Kedua-duanya dikenakan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin. Sementara itu, turut meraikan pembebasan mereka ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusuf Embong dan ahli-ahli PAS. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5658-mahkamah-bebas-ahli-pas-pakai-baju-bersih
Bersih: Suhakam mula siasatan awam 12 Oktober |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memanggil 36 orang saksi bagi melaksanakan siasatan awam bermula 12 Oktober ini, berhubung aduan yang diterima mengenai tindakan kekasaran polis dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Mereka yang akan dipanggil itu merupakan saksi-saksi yang telah dikenal pasti oleh pihak Suhakam, setelah mereka membuat aduan lengkap secara bertulis kepada Suhakam berhubung kejadian itu. Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee menjelaskan, sisatan tersebut akan mengambil masa beberapa hari bagi membolehkan Suhakam membuat keputusan mengenainya. Menurut beliau, sebelum siasatan awam itu bermula, pihaknya kini sedang melaksanakan beberapa langkah awal termasuk mengadakan temubual dengan beberapa orang saksi yang telah dikenalpasti berhubung kejadian itu. Katanya, saksi-saksi terbabit meliputi seluruh rakyat Malaysia di seluruh negara termasuk yang tinggal di Kuala Lumpur dan di luar Kuala Lumpur. "Selain itu, pihak kami juga akan turut mendapatkan kerjasama daripada pihak polis. Kini kami sedang dalam proses menunggu maklumat berkaitan dengannya daripada pihak polis," katanya pada sidang media di pejabat Suhakam, di sini, hari ini. Sebelum ini, menurut beliau, pihaknya telah mengeluarkan dua kenyataan berhubung aduan yang diterima daripada orang ramai mengenai tindakan kekasaran polis pada perhimpunan tersebut. Katanya, salah satu dari kenyataan itu menegaskan langkah Suhakam untuk mengambil tindakan pro aktif ekoran aduan-aduan itu, manakala satu lagi menjelaskan tentang langkah Suhakam untuk mengadakan siasatan awam. "Dalam proses mengadakan siasatan awam itu, pihak Suhakam telah pun menerima beberapa bukti aduan yang dikemukakan oleh saksi-saksi terbabit termasuk yang terdapat di dalam video dan gambar," katanya. Hasil dari kesemua proses yang dilaksanakan itu, jelasnya, Suhakam telah mengambil keputusan untuk mengadakan siasatan awam berhubung perkara itu dan beliau berharap kesemua pihak terbabit akan memberikan kerjasama yang baik kepada pihaknya. Beliau juga menjelaskan, walaupun jumlah mangsa kekasaran polis pada perhimpunan itu didakwa jauh lebih besar daripada itu, tetapi pihaknya hanya boleh memanggil 36 saksi terbabit kerana aduan-aduan lain tidak dikemukakan dalam laporan bertulis. "Jadi 36 saksi yang akan dipanggil itu adalah yang telah dikenal pasti oleh Suhakam. Mereka juga telah membuat laporan bertulis berhubung perkara itu yang membolehkan Suhakam mengambil tindakan lebih lanjut mengenainya," ujar beliau. Turut hadir pada sidang media itu termasuklah Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasny Agam serta empat Pesuruhjaya Suhakam yang terdiri daripada Muhammad Sa'ani Abdullah, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, James Nayagam dan Jannie Lasimbang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5775-bersih-suhakam-mula-siasatan-awam-12-oktober-
Ahli majlis lepas tuduhan pakai baju BERSIH
Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya melepas tanpa membebaskan sepuluh ahli Majlis Perbandaran Kajang daripada tuduhan memaparkan simbol atau propaganda pertubuhan haram kerana memakai baju BERSIH 2.0.
Peguam kumpulan itu Lim Lip Eng berkata, Majistret A Akhiruddin @ Boy Acho membuat keputusan itu setelah Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Azahari Harun membuat permohonan itu.
"Bila kami sampai ke mahkamah, DPP beritahu majistret mereka mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk melepas tanpa membebaskan (semua ahli majlis)," kata Lim.
Kesemua mereka didakwa apda 7 Julai lalu lalu kerana memakai baju T BERSIH 2.0 semasa mesyuarat majlis itu pada 29 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 47(1) Akta Pertubuhan 1966. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Mereka yang didakwa: Zulfikar Ali Ariffin, Ong Seng Peng, Lee Learn Eng, Tan Boon Wah, Razaly Hassan, S T Chandra Mohan, Lee Kee Hiong, Chan Jeong Hon, Mohd Mohiddin Mohd Misbah dan Ng Tien Chee.

Sumber MK (5//10/2011) : http://www.malaysiakini.com/news/177768
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5872-bersih-diarah-hadir-tapi-mahkamah-tutup
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5939-mahkamah-lepaskan-pemuda-miliki-baju-t-bersih-20
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6231-6-aktivis-psm-dilepas-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6939--stop-lynas-dan-bersih-20-terima-award-hak-asasi
Bersih: Diarah hadir tapi mahkamah tutup | | Print | |
Harakahdaily |
BINTULU, 9 Okt: 18 mangsa tangkapan Bersih 2.0 di Bintulu pada 9 Julai lalu yang diarah hadir ke mahkamah hari ini kecewa apabila mendapati mahkamah hari ini tutup ekoran cuti hujung minggu. Biarpun merasa hairan dengan tarikh yang diberikan, kesemua mereka hadir dan berkumpul di hadapan pintu pagar Kompleks Mahkamah Bintulu kira-kira jam 8.30 pagi ini kerana dimaklumkan akan didakwa pada jam 8.45 pagi. Antara yang turut hadir adalah dikalangan AJK PAS Kawasan, Adun Kidurong Chiew Chiu Sing dan Adun Krian Ali Biju. Difahamkan kesemua mereka kemudiannya bersurai selepas sejam menunggu. "Kita sebagai rakyat Malaysia telah menunaikan tanggungjawab kita dengan hadir ke mahkamah, diatas mendokong perlembagaan, perundangan dan Raja. "Kita menganggap perkara ini selesai kerana pendakwa yang tidak hadir," kata salah seorang wakil mereka. Pada 9 Julai lalu, kesemua mereka ditangkap oleh pihak polis ketika sedang minum di sebuah kedai kopi di kawasan komersil Parkcity di sini pada pukul 2.15 petang. Daripada 18 orang itu, dua daripada mereka memakai baju kuning bertulis 'Bersih 2.0' sewaktu ditangkap. Penangkapan mereka serentak dengan himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari sama. Menurut pihak polis, kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966. Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan diarah hadir ke mahkamah untuk pendakwaan hari ini. |
Bersih: Diarah hadir tapi mahkamah tutup |

Mahkamah lepaskan pemuda miliki baju T Bersih 2.0 |
Aslani M |
BACHOK, 12 Okt: Aktivis masyarakat, Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33 yang ditahan atas dakwaan memiliki t-shirt bertulis perkataan Bersih 2.0 pada Julai lalu hari ini dilepas tanpa dibebas Mahkamah Majistret Bachok. Majistret Mohd Hafiz Mohd Nor melepaskan tertuduh selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wong memaklumkan mendapat arahan Jabatan Peguam Negara supaya tidak meneruskan kes itu. Ekoran arahan tersebut majistret kemudian melepas tanpa membebas tertuduh. Hadir bersama di mahkamah ahli-ahli keluarga dan pimpinan Pemuda PAS Bachok. Mohd Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd Yusoff, Mohd Alami Lazim dan Mohd Abd Rashid Yah. Mohd Amizul yang juga anggota jawatankuasa Pemuda PAS Bachok didakwa mempamer baju T bertulis Bersih 2.0 di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Pauh, Mahligai, Bachok pada awal Julai lalu. Beliau kemudian ditahan reman selama dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok dan didakwa di mahkamah pada 5 Julai di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966. Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali. Bagaimanapun beliau tidak mengaku bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM4,000. Pendakwaan terhadap Mohd Amizul difahamkan merupakan kes pertama membabitkan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0). Sebelum ini pada 26 September lalu seorang peniaga, Zakaria Che Will, 40, yang didakwa menjual sebanyak baju-T berwarna kuning bertulis Bersih di Jalan Datuk Pati di Kota Bharu pada juga dilepas tanpa dibebaskan. Perbicaraan kes tersebut diadakan di Mahkamah Majistret Tumpat di hadapan Majistret Mohd Hafiz Mohd Nor. Zakaria diwakili peguam Hatman Abdullah, Mohd Ab Rashid dan Mohd Murtaza Mokhtar, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin. Pada akhir Jun lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussien menyifatkan orang yang memakai baju berkaitan Perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu sebagai haram. Sehingga akhir Jun lalu 85 individu ditahan atas dakwaan menjalankan aktiviti mempromosi perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5939-mahkamah-lepaskan-pemuda-miliki-baju-t-bersih-20
6 aktivis PSM dilepas | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, dilepas tanpa dibebaskan pagi ini oleh Mahkamah Sesyen Butterworth daripada dakwaan memiliki bahan subversif. Keputusan itu dibuat lebih dua minggu selepas hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan yang serupa terhadap 24 lagi ahli PSM yang menghadapi tuduhan yang sama di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Pertubuhan, lapor Malaysiakini. Dalam keputusan tersebut, timbalan pendakwa raya Suhaimi Ibrahim mencadangkan mereka dilepas tanpa dibebaskan, dengan berkata kes mahkamah mengenai sama ada Bersih 2.0 sebuah pergerakan haram atau tidak, masih belum selesai. Ketika dihubungi, Jeyakumar berkata, beliau berasa lega episod tersebut sudah berakhir tetapi tidak puas hati kerana menurutnya, mereka tidak sepatutnya pun ditangkap dan didakwa. Beliau menggesa kerajaan menyiasat bagaimana tuduhan tersebut dibuat terhadap ahli-ahli PSM. Peguamnya, tegas Jeyakumar, menuntut pembebasan penuh tetapi hakim tidak dapat lari dari penghakiman awal beliau terhadap 24 orang lain, kerana mereka telah didakwa bersama. Lima orang lagi ialah M Sukumar, M Satukunadevi, M Kavitha, M Ravindran dan M Thivy Kumar, yang tidak hadir semasa keputusan awal dibuat pada 10 Oktober kerana ibu Sukumar meninggal dunia. Sejumlah 31 ahli PSM ditangkap di tol plaza Sungai Dua di Pulau Pinang Jun lalu semasa menyertai kempen 'Udalah Tu, Bersaralah' kerana didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka kemudiannya dibebaskan tetapi Jeyakumar dan lima orang lagi ditahan semula di bawah Ordinan Darurat selama hampir sebulan dan mereka kemudiannya dikenali sebagai PSM6. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6231-6-aktivis-psm-dilepas-
Stop Lynas dan Bersih 2.0 terima award hak asasi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia memilih Save Malaysia, Stop Lynas dan Jawatamkuasa Kerja Bersih 2.0 sebagai penerima award hak asasi manusia 2011. Pengumuman pemilihan kedua-dua NGO tersebut dibuat oleh Suaram dalam satu kenyataan medianya hari ini. Save Malaysia, Stop Lynas, sebuah NGO yang dibentuk di Kuantan bagi menentang pembinaan kilang rare earth Lynas di Kuantan. NGO ini telah berjaya memperjuangkan hak-hak rakyat di sekitar Kuantan untuk menentang pembinaan kilang dari Australia yang dipercayai boleh merosak alam sekitar di persekitarannya. Jawatamkuasa Kerja Bersih 2.0 pula dipilih atas kejayaannya menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu yang memberikan pelbagai implikasi kepada negara ekoran perhimpunan itu. Antaranya adalah pembentukan jawatankuasa khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya di Malaysia. Jawatankuasa ini telah dikira berjaya dalam tuntutan lapan perkaranya bagi memastikan pilihan raya di negara ini bersih dan adil. Penal hakim pemilihan ini adalah Syed Ibrahim Syed Noh, pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) (2009 HRA Winner); Parameswari, Pengurus Komuniti dan Koordinator National JERIT dan Daniel Albert, ahli sekretariat Suaram. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6939--stop-lynas-dan-bersih-20-terima-award-hak-asasi
Bersih 2.0 lancar JOM 100, sasar 100% keluar mengundi
Nazri Abdullah, | 17 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) hari ini melancarkan kempen terbaru mereka yang diberi nama JOM 100.
Pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang media hari ini berkata, kempen JOM 100 bertujuan mengajak seramai mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran 100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Pada PRU ke-12 tahun 2008, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.
Jumlah itu merangkumi 76% pengundi berbanding jumlah keseluruhan yang layak mengundi iaitu seramai 10.7 juta.
Jumlah itu tidak termasuk hampir 7 juta lagi yang berumur lebih 21 tahun yang tidak mengundi ekoran tidak mendaftar sebagai pengundi.
"Kempen ini akan dijalankan ke seluruh negara. Kita akan didik rakyat untuk menunaikan hak mereka.
"Kita akan tekankan betapa penting untuk mereka keluar mengundi," katanya sambil memaklumkan kempen jelajah mereka akan bermula selepas perayaan Tahun Baru Cina.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini pagi ini.
Turut serta pada sidang media itu, Pengerusi Bersama Bersih yang baru dilantik, Datuk A.Samad Said.
Selain mekanisma forum, kempen itu juga akan memaksimakan penggunakan jaringan media sosial seperti Facebook, Twitter dan web.
Menurut Ambiga lagi, sasaran 100% keluar mengundi adalah tidak mustahil untuk dicapai jika rakyat mendapat kesedaran itu.
Malah ujarnya, apa yang lebih penting, jika lebih ramai keluar mengundi, ianya diyakini dapat mengatasi segala manipulasi pilihan raya oleh pihak tertentu.
Kempen ini juga kata Ambiga, turut mensasarkan pengundi yang berada di luar negara agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
"Kami seru kepada rakyat Malaysia yang berada di luar negara, tolong balik dan mengundi," katanya.
Sumber HD : 17/01/2012

Pak Samad dilantik pengerusi bersama Bersih 2
Nazri Abdullah, | 17 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2) secara rasmi hari ini mengumumkan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dilantik Pengerusi Bersama gabungan itu.
Pengumuman itu dibuat Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini hari ini.
A.Samad Said atau Pak Samad ketika diminta mengulas perlantikan itu berkata, beliau menerimanya dengan kewajipan yang sangat besar untuk memastikan pilihan raya berjalan atas landasan demokrasi sebenar.
"Sepanjang ini saya cuma mengikuti dan menyokong (Bersih). Akhir-akhir ini saya rasa dapat beri sumbangan lebih kepada Bersih.
"Ini kewajipan sangat penting, membersihkan (pilihan raya) mengikut landas demokrasi. Jadi saya fikir sudah waktunya saya ikut beri sumbangan," katanya.
Pada himpunan bersejarah Bersih 2, yang berlangsung 9 Julai tahun lalu, Pak Samad dilihat memberi sumbangan besar menggerakkan rakyat untuk turun bersama pada himpunan tersebut.
Tidak cukup dengan itu, sajak khas ciptaanya yang bertajuk "Unggun Bersih" turut menjadi pembakar semangat khususnya anak muda untuk turun menuntut pilihan raya bebas dan adil.
Wakil anak muda
Dalam pada itu, pada sidang media sama, Ambiga juga turut mengumumkan perlantikan Pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM) Ahmad Shukri Abdul Razab sebagai wakil anak muda dalam ahli jawatankuasa gabungan itu.
"Bersih 2 menamakan Ahmad Shukri untuk menyediakan ruang kepada anak muda terlibat dengan kempen reformasi pilihan raya dan hak demokrasi," katanya.

Bersih 2.0 lancar Jom 100% keluar mengundi
Harakahdaily, | 28 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Bersih 2.0 akan melancarkan kempen ‘Jom 100 Untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihan raya ke-13’ di utara Semenanjung pada 6 April di Kompleks Hijau Kuning, Alor Star.
Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Toh Kin Woon berkata, sebelum itu beberapa roadshow akan diadakan iaitu di Sungai Petani dan Alor Setar pada 30 Mac, Kulim, Bukit Mertajam dan Pulau Pinang (31 Mac) dan Seberang Selatan dan Daerah Kerian, Perak (1 April).
“Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk membuat roadshow di negeri Perlis dan di tempat lain di bahagian zon utara Semenanjung Malaysia.
“Kami menyeru semua parti politik, organisasi, serta individu agar turut menyokong aktiviti-aktiviti Bersih2.0 ini dengan mengambil bahagian dalam roadshow kami,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, pakaian kuning digalakkan.
Bagi mereka yang berminat, sila hubungi ahli sekretariat Suaram cawangan Negeri Pulau Pinang, Ong Jing Cheng 012-7583779 demi bersama-sama menjayakan kempen JOM 100 di peringkat bahagian zon utara Semenanjung Malaysia.
Suaram cawangan Pulau Pinang merupakan sekretariat bagi kempen JOM 100 di zon utara Semenanjung Malaysia.
Sumber HD : 28/03/2012

Kes Mahfuz, Salahudin saman kerajaan, polis didengar esok
Harakahdaily, | 21 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Kes saman Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub terhadap polis dan kerajaan Malaysia berhubung salah tangkap terhadap mereka pada perhimpunan Bersih 2.0, Julai tahun lalu, akan didengar esok.
Kes kedua-dua mereka akan didengar di Mahkamah Sivil Baharu (NCvC) '2' aras tiga, Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 2 petang esok.
Pada 8 Ogos tahun lalu kedua-dua mereka memfailkan saman malu terhadap empat pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis Inspektor Mohd Zaid Madzizat.
Ianya ekoran dakwaan penangkapan salah terhadap mereka di KL Sentral pada 9 Julai lalu sempena himpunan Bersih 2.0 di ibu negara.
Saman tersebut difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif.
Kedua-dua Naib Presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Selain itu, mereka juga menuntut faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh.
Kedua-dua mereka sebelum ini mendakwa, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.
Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang.
Sepanjang dalam tahanan juga, pihak polis tidak mengambil apa-apa keterangan daripada mereka.
Mereka juga tidak diberitahu sebab-sebab penahanan mereka.
Mereka juga tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.
Sumber HD : 21/05/2012
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menyambung perbicaraan Kes Musafri bin Abdullah Azmi di dalam kes saman beliau terhadap Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan tiga yang lain kerana mendakwa penahanan beliau dan rampasan pihak Polis terhadap baju-baju beliau yang tertera “BERSIH 2.0 Gabungan Pilihanraya BERSIH dan Adil” pada 24/6/2011 adalah salah dan tidak sah, mala fide, melanggar hak dan kebebasan asasi manusia serta melanggar Pelembagaan Persekutuan.
Beliau diwakili barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) iaitu Mohd Nazruddin Abdullah, Noorazmir Zakaria, dan Azizzul Shariman.
Perbicaraan adalah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, iaitu Yang Arif Dato’ Hj Zainal Azman bin Ab Aziz.
Perbicaraan yang masuk hari kedua ini telah mendengar keterangan daripada tiga orang saksi daripada pihak Defendan-defendan yang merangkumi pegawai polis yang menangkap, pegawai polis yang merakamkan percakapan Musafri dan pegawai penyiasat bagi kes tangkapan Musafri tersebut.
ASP Mohd Amirul Anbalagan bin Abdullah, 41, yang merupakan pegawai penyiasat kes tersebut ketika disoal oleh Peguam JUHAM mengakui dan bersetuju dengan cadangan Peguam JUHAM bahawa memiliki dan memakai baju BERSIH 2.0 adalah tidak salah. Malah, beliau kemudiannya bersetuju dengan cadangan yang dilontarkan oleh Peguam JUHAM bahawa tangkapan pihak polis terhadap Musafri bukanlah kerana Gabungan BERSIH 2.0 adalah satu pertubuhan haram.
Sebaliknya, ASP Mohd Amirul menyatakan hasil siasatan beliau menunjukkan bahawa terdapat kemungkinan Musafri berniat untuk membuat perhimpunan tanpa permit di kawasan Musafri ditangkap pada malam tersebut iaitu di Bilik Gerakan Jawatankuasa Keselamatan Kampung Padang Jawa (JKKK).
Korp Ruslee bin Mastam, 52, yang merupakan pegawai polis yang menangkap Musafri sebelum itu telah memberikan keterangan di Mahkamah bahawa beliau menangkap Musafri berdasarkan syak wasangka yang munasabah bahawa Plaintif akan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang ketika itu sedang diadakan di Uptown Seksyen 24 Shah Alam. Namun ketika disoal balas oleh Peguam JUHAM kemudiannya, Korp Ruslee menyatakan bahawa beliau tidak tahu penangkapan yang dibuat oleh beliau tersebut adalah berdasarkan kepada undang-undang apa dan apakah undang-undang yang digunakan untuk menyiasat Musafri.
Ketua Inspektor Zakiol bin Kaning, 35, yang merupakan Ketua Polis Balai Seksyen 15 Shah Alam sebelum itu turut memberikan keterangan di Mahkamah dan menyatakan bahawa beliau telah memberikan taklimat kepada anggota bawahan yang bertugas di Balai Seksyen 15 Shah Alam berkenaan “Ops Padam”; iaitu Operasi Pencegahan Perhimpunan BERSIH 2.0 untuk menangkap mana-mana orang atau pihak yang terlibat atau disyaki terlibat dalam perhimpunan di Uptown Seksyen 25 Shah Alam. Ketua Inspektor Zakiol kemudiannya ketika disoal balas oleh Peguam JUHAM mengakui bahawa arahan tangkapan tersebut tidak merangkumi tangkapan terhadap orang yang menjual dan mengedar baju BERSIH 2.0.
Mahkamah telah menetapkan para Peguam untuk memfailkan Hujahan mereka pada 18/9/2012 dan kemudiannya Mahkamah telah menetapkan tarikh 26/9/2012 untuk para Peguam membuat Hujahan Balas dan klarifikasi.
Mahkamah Tinggi pada 24/7/2012 yang lalu telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun 2011 bahawa Gabungan Pilihanraya BERSIH dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
*Penulis adalah Ketua Unit Media JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia

Bersih 2.0: Polis setuju pakai baju Bersih tak salah
Norazmir Zakaria, | 09 Ogs 2012 |

Sumber HD : 9/08/2012
Bersih 2.0 dedah kes pengundi didaftar tanpa izin
Salmiyah Harun, | 14 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 hari ini mendedahkan terdapat lapan kes daftar pemilih meragukan yang dilaporkan oleh orang awam dalam tempoh dua bulan ini.
Lapan kes itu termasuk lima individu yang terdaftar sebagai pengundi tanpa izin atau pengetahuan mereka di mana tiga daripada mereka didaftarkan di kawasan undi bukan tempat kediaman mereka.
Lapan kes ini telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada minggu ini namun masih belum ada respons daripada SPR, kata Maria Chin.
Jelas Maria, dalam satu kes ada individu diberitahu oleh SPR bahawa pihak SPR tidak pernah menerima borang pendaftaran pengundinya walaupun telah mendaftarkan diri melalui sebuah konsulat luar negara Malaysia pada tahun 2012, justeru itu beliau tidak layak untuk mengundi dalam PRU 13 ini.
Daripada lapan kes ini tegas Maria, ada individu lain pula tidak berjaya mencari rekod pendaftarannya dalam talian sekali gus individu terbabit juga tidak boleh mengundi kali ini.
Tambahnya, ada juga kes di mana salah seorang pengadu memberitahu terdapat pengundi hantu yang didaftar menggunakan alamat kediamannya.
"Lapan kes ini dilaporkan dalam tempoh dua bulan, bukanlah jumlah yang sedikit, dan mungkin menandakan bahawa kes-kes seperti ini lebih banyak lagi, memandangkan kebimbangan yang telah diluahkan sebelum ini terhadap kewibawaan daftar pemilih.
"Malah pihak pengadu telah berjumpa sendiri dengan SPR,"katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tegas Maria, walaupun kenyataan SPR yang menjamin kewibawaan daftar pemilih, namun Malaysia masih lagi ada ruang untuk memperbaiki keadaan.
Katanya, Bersih 2.0 masih bimbang akan kesan daftar pemilih meragukan ke atas pilihan raya akan datang dan merasakan tidak ada apa pembaharuan yang dilakukan oleh SPR sebagaimana dituntut oleh jawatankuasa itu.
"Tiap-tiap suku tahun pertama dia keluarkan atau bersihkan daftar pemilih kemudian masukkan daftar baru pula malangnya kad pengenalan tidak sama, kad lama pula digunakan, kekeliruan gender masih ada orang yang sangat tua, askar tentera yang sudah pencen pun masih daftar undi pos, banyak lagi yang belum bersih," katanya ketika ditemui.
Justeru katanya Bersih masih sangsi dengan ketelusan SPR dalam menjalankan pilihan raya terdekat ini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-3-2013
Bersih lancar kod etika p'raya, kerajaan sementara
Anis Nazri, | 04 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) melancarkan kod etika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi panduan parti-parti politik dan garis panduan kerajaan sementara.
Kod etika PRU13 itu menggariskan 13 perkara sebagai piawaian minimum bagi semua parti politik, calon serta petugas kempen, sukarelawan dan penyokong.
Antara yang ditekankan termasuklah larangan ucapan menghasut, memburuk-burukkan pribadi, kebebasan wartawan dan pemerhati serta larangan ugutan dan keganasan.
Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi Bersama Bersih 2.0, yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini.
“Deklarasi IPU 1994 berkaitan Kriteria bagi Pilihan Raya Bebas dan Adil menetapkan piawaian yang diterima secara universal bagaimana mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
“Resolusi IPU yang diterima pakai pada 20 April 2011 di Panama menekankan keperluan untuk mewujudkan rangka kerja pilihan raya yang berkesan.
"Adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik dan calon-calon untuk memastikan pematuhan kod ini oleh petugas kempen, sukarelawan dan penyokong masing-masing," katanya.
Ujar Ambiga, sebagai panduan, kempen yang mempunyai bahan kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak, mengandungi bahasa atau kelakuan kesat, penghinaan yang mencemar serta mengandungi tuduhan terhadap mana-mana individu disebabkan oleh etnik, jantina, agama dan kedudukan sosial adalah dilarang sama sekali.
Sementara itu, mereka hari ini turut melancarkan garis panduan kerajaan sementara bagi memastikan Kerajaan Pesekutuan dan Kerajaan Negeri bertindak sewajarnya supaya sebarang keputusan yang dibuat dalam tempoh ini tidak mengikat kerajaan yang dipilih kelak.
Kod etika PRU13 itu menggariskan 13 perkara sebagai piawaian minimum bagi semua parti politik, calon serta petugas kempen, sukarelawan dan penyokong.
Antara yang ditekankan termasuklah larangan ucapan menghasut, memburuk-burukkan pribadi, kebebasan wartawan dan pemerhati serta larangan ugutan dan keganasan.
Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Pengerusi Bersama Bersih 2.0, yang juga Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor hari ini.
“Deklarasi IPU 1994 berkaitan Kriteria bagi Pilihan Raya Bebas dan Adil menetapkan piawaian yang diterima secara universal bagaimana mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil.
“Resolusi IPU yang diterima pakai pada 20 April 2011 di Panama menekankan keperluan untuk mewujudkan rangka kerja pilihan raya yang berkesan.
"Adalah menjadi tanggungjawab parti-parti politik dan calon-calon untuk memastikan pematuhan kod ini oleh petugas kempen, sukarelawan dan penyokong masing-masing," katanya.
Ujar Ambiga, sebagai panduan, kempen yang mempunyai bahan kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak, mengandungi bahasa atau kelakuan kesat, penghinaan yang mencemar serta mengandungi tuduhan terhadap mana-mana individu disebabkan oleh etnik, jantina, agama dan kedudukan sosial adalah dilarang sama sekali.
Sementara itu, mereka hari ini turut melancarkan garis panduan kerajaan sementara bagi memastikan Kerajaan Pesekutuan dan Kerajaan Negeri bertindak sewajarnya supaya sebarang keputusan yang dibuat dalam tempoh ini tidak mengikat kerajaan yang dipilih kelak.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-4-2013
Bersih senarai hitam calon langgar kod etika
Anis Nazri, | 05 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 akan menyenaraihitamkan mana-mana calon parti yang melanggar etika pilihan raya sepanjang kempen pilihan raya umum ke -13.
Penyenaraian itu dilakukan melalui sebuah badan pemantau pilihan raya yang dibentuk di bawah Bersih dan Mafrel, iaitu Pemantau.
Nama-nama calon yang disenaraihitamkan itu akan disiarkan di laman web rasmi badan itu, www.pru13.info sebagai panduan untuk rakyat membuat penilaian dalam memilih pemimpin mereka.
Menurut Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, calon-calon yang disenaraihitamkan merupakan mereka yang didapati melanggar kod etika, sama ada mengeluarkan kata-kata kesat, menghasut dan sebagainya sepanjang kempen pilihan raya.
Justeru, tambah beliau sukarelawan Pemantau akan melakukan pemantauan secara terperinci berserta bukti-bukti berupa rakaman audio dan video terhadap mana-mana calon parti yang bertanding yang didapati melanggar etika pilihan raya.
"Sukarelawan kami akan memantau mulai hari ini setiap kata-kata yang diucapkan, diceramahkan mana-mana calon yang bertanding, yang didapati menghasut, mengeluarkan kata-kata kesat dan berunsur keganasan.
"Sama ada mereka dari Barisan Nasional, mahupun Pakatan Rakyat, dan juga calon bebas, tiada yang akan ketinggalan dari diperhatikan oleh sukarelawan kami," tegas beliau pada sidang media badan itu, semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata mana-mana pihak yang mendapati calon-calon yang bertanding melakukan pelanggaran etika, boleh membuat aduan melalui online di www.pru13.info/aduan.
Sementara itu, Ajk Bersih, Maria Chin Abdullah, berkata Pemantau sudah menerima beberapa aduan berkaitan pelanggaran etika pilihan raya, antaranya kibaran bendera parti yang bertanding sebelum parlimen dibubarkan.
Malah, terdapat dua nama turut disenaraikan iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang dikatakan melanggar etika pilihan raya.
Menurut Maria, mereka mengambil kira tweet daripada Zahid yang menyebut "We shall move to the warzone to kill all adverse political intruders".
Manakala, Hishamudin pula dikatakan gagal menangani isu membabitkan penyokong Pemuda Umno Gombak yang menjerit "potong kepala dia (Naib Presiden PKR, Tian Chua) dalam satu majlis pada 24 Mac lalu.
Bagaimanapun, kata Ambiga mereka akan menubuhkan satu badan bebas bagi menangani isu senaraihitam ini, di samping memberi peluang kepada kedua-duanya untuk membela diri, seterusnya tidak disenaraihitamkan," kata Ambiga.

Sumber HD - 5-4-2013
PRU13: Bersih jemput Anwar, Najib bentang manifesto
Anis Nazri, | 11 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentangkan manifesto masing-masing, 17 April ini.
Pembentangan manifesto itu dijadualkan akan diadakan badan reformasi pilihan raya itu di Dewan Perhimpunan Cina.
Jemputan itu disuarakan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, pada sidang media di sini, hari ini.
Menurut Ambiga, pihaknya telah mengirimkan surat jemputan kepada mereka berdua, di samping format pembentangannya akan dibincangkan kemudian.
"Kita akan memutuskan kemudian tentang format itu bagi memastikan ia akan memberi ruang yang lebih adil untuk kedua-dua pihak," kata beliau.
Dalam pada itu, beliau juga berkata Anwar setakat ini telah memaklumkan kesediaannya untuk menerima jemputan Bersih itu, dan masih menunggu jawapan daripada Najib.
"Sekiranya beliau enggan hadir beliau boleh menghantar wakil bagi pihaknya. Apapun jawapannya nanti, forum itu akan tetap kami jalankan," kata beliau.
Pembentangan manifesto itu dijadualkan akan diadakan badan reformasi pilihan raya itu di Dewan Perhimpunan Cina.
Jemputan itu disuarakan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, pada sidang media di sini, hari ini.
Menurut Ambiga, pihaknya telah mengirimkan surat jemputan kepada mereka berdua, di samping format pembentangannya akan dibincangkan kemudian.
"Kita akan memutuskan kemudian tentang format itu bagi memastikan ia akan memberi ruang yang lebih adil untuk kedua-dua pihak," kata beliau.
Dalam pada itu, beliau juga berkata Anwar setakat ini telah memaklumkan kesediaannya untuk menerima jemputan Bersih itu, dan masih menunggu jawapan daripada Najib.
"Sekiranya beliau enggan hadir beliau boleh menghantar wakil bagi pihaknya. Apapun jawapannya nanti, forum itu akan tetap kami jalankan," kata beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-4-2013
No comments:
Post a Comment