Hukum Islam lebih kepada mendidik |
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 7 Mei: Undang-undang Islam sebenar yang dilaksanakan bukan hanya untuk menghukum tetapi lebih kepada memberi didikan kepada rakyat agar tidak melakukan kesalahan. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS / AP Marang / ADUN Rhu Rendang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perkara inilah yang menjadi perbezaan ketara antara hukum tersebut dengan undang-undang ciptaan manusia. Ahli Parlimen Marang itu juga menegaskan, di dalam hukum Islam, hakim seboleh mungkin berusaha untuk membebaskan pesalah daripada menghukumnya. Inilah, ujarnya, keindahan hukum Islam yang mula-mula dilaksanakandi zaman Nabi Muhammad di masa manusia di seluruh dunia ketika itu tercari-cari model perundangan. Ustaz Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab persoalan dari peserta Seminar Maqasid Syariah anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat, di sini hari ini. Sebelum itu di awal majlis, beliau membentangkan kertas kerja berkaitan di hadapan hampir seribu peserta dalam kalangan pimpinan PAS berbagai peringkat dari seluruh negara.
YB Dato' Harun Taib - Ketua DUPP / ADUN Manir
Turut menjadi pengulas terhadap kertas kerja itu adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib dan Pesuruhjaya PAS Kedah merangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak - AJK PAS Pusat / MB Kedah
Dalam ucapannya juga, Tuan Guru Abdul Hadi berkata, namun di sana terdapat kes-kes yang pelaku kesalahan yang beriman itu datang menyerah diri dan mengaku serta meminta hukuman itu dilaksanakan. "Selain itu, mereka juga boleh bertaubat yang mana Allah SWT akan menerima permohonan taubat yang dilakukan bersungguh-sungguh itu dan mereka terlepas daripada azab api neraka di Akhirat kelak," jelasnya. Beliau juga menyebutkan tentang Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia yang mana boleh ditafsirkan dengan cara lebih positif di mana boleh diubah jadual tertentu bagi mencapai usaha pelaksanaan hukumnya. Katanya, menurut tokoh undang-undang Islam, Prof Ahmad Ibrahim dan Tun Salleh Abbas yang mengatakan, untuk membolehkan pelaksanaan hukum Islam yang perlu diubah hanyalah Jadual 9. Dalam pada itu, beliau juga menegaskan perundangan Islam itu hanya tertentu kepada orang-orang Islam sahaja, adapun bukan Islam, mereka boleh memilih sama ada hendak dijatuhkan hukuman menurut Islam atau konvensional. Sebelum itu, beliau menyatakan takrifan agama atau religion tidak sama dengan Ad-Din yang sebenar kerana selain Islam, mereka mengganggap agama ini hanyalah menyangkuti hal-hal berkaitan rohani dan akhlak semata-mata. Kerana itu, tambahnya, Islam melarang umatnya memaksa orang lain mengucap untuk masuk Islam kerana hal aqidah ini bersangkutan keyakinan dalam hati dan mesti beramal dengannya. "Sehinggakan di dalam peperangan pun, Nabi Muhammad SAW. pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya, jika musuh ingin berdamai, hendaklah berhadapan dengan mereka secara damai kerana sikap itu lebih diutamakan," jelasnya lagi. Sementara itu ketika membentangkan kertas itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, takrif Maqasid Syariah adalah mencapai tujuan yang sebenar daripada hukum syariah dan mendapat hikmahnya dengan pelaksanaannya yang tepat. Tegasnya, syariah adalah petunjuk Allah tentang cara manusia mencapai maslahah menjadi tujuan hukum Allah Maha Adil Rahmat-Nya yang melimpah terhadap makhluknya, sama ada membawa kebaikan atau menolak mudharat dan menghilangkan masyaqqah (kepayahan) bagi mencapai tiga matlamat mereka diciptakan iaitu ibadah, khilafah dan amanah. Bagi mencapai matlamat, tambahnya, enam Feqh perlu difahami secara mendalam iaitu auroq (kesesuaian lokasi), haraki (memahami perkara berlaku), Waqie' (situasi yang berlaku), Nawazil (peristiwa berlaku), Muwazanat (pertimbangan terperinci perkara yang berlaku tahap pelaksanaan hukum) dan Aulawiyyat (memahami perkara keutamaan, terpenting, besar dan kecil bagi nyatakan hukum dan pelaksanaannya). "Hanya Kerajaan Islam mampu dan wajib laksanakan hukum Islam secara menyeluruh. "Kerajaan wajib menguatkuasakan syariat yang dinaskan dan ijtihad bagi pelihara Maqasid Syariyyah yang tepat, istiqamah dan adil, bagi memelihara agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan harta," ujarnya. |
Gambar-gambar Seminar Maqasid Syari'ah di Shah Alam :
YB Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang berucap merasmikan Maqasid Syari'ah dan membentang kertas kerjanya.
Isu gereja: Kembali kepada sirah Nabi
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam.
Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkannya kepada seluruh manusia. Namun dilarang melakukan paksaan, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas.
Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat, yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.
Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.
Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40:
Maksudnya :“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”
Rasulullah S.A.W telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang. Maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.
Bagi penganut agama lain yang wujud bersama dan berada dalam masyarakat Islam yang lebih ramai sekalipun, maka hak beragama, berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat bagi mereka adalah wajib ditunaikan dan haram dicabuli oleh mana-mana pihak. Dalam masa yang sama, banyak ayat Al Quran memaparkan berlakunya perbahasan secara hujah di antara Islam dan pihak lain dalam masyarakat Islam dengan mengutamakan kebijaksanaan.
Sejarah Islam juga memaparkan kewujudan orang Islam dalam masyarakat bukan Islam yang berkuasa dan adil tanpa paksaan terhadap penganut Islam:
Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah, iaitu sebuah negara kristian ortodok yang adil di zamannya untuk mendapat perlindungan, dan berlakunya dialog di antara Islam dan Kristian dengan hujah.
Sejarah Islam di China menyebut kewujudan masyarakat Islam di negara China yang besar, dan adanya orang Islam yang menyumbang khidmat negara dengan cemerlang kepada negara China dan adanya hubungan diplomatik di antara China dan Islam dengan baik.
Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham.
Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :”Di mana tempat saya bersembahyang?” Paderi besar menjawab: ”Di sini sahaja (dalam gereja)”. Umar menjawab: ”Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata 'Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)”.
Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada. Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel.
Semua cerita benar tersebut berlaku dalam keadaan Islam diamalkan dengan sempurna, yang berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO pada ketika lalu dan kini. Islam warisan penjajah Inggeris yang di zamannya Islam telah dirampas kuasanya daripada raja-raja Melayu dengan memenjarakannya dalam kepompong Jabatan Agama dan Majlis Agama yang tidak berkuasa mengikut Islam yang sempurna.
Manakala kedudukan jabatan agama adalah mengikut bidang kuasa seperti jabatan-jabatan lain, seperti jabatan pendidikan, tanah, kebajikan, termasuk jabatan haiwan dan perhutanan. Kuasa jabatan agama itu sekadar mengawal masjid, mengawasi khutbah dan pengajian agama, mengendalikan urusan keluarga Islam, pusaka dan harta wakaf.
Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya agama yang memerintah dan mentadbir. Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama, tetapi kerana kononnya kesalahan politik. Politik pula dipisahkan daripada agama, seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam.
UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang. Mereka boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara.
Kesimpulannya, kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali K.W. “Ucapan yang zahirnya benar , tetapi matlamatnya kebatilan“. Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin.
Marilah kita buka Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW dan para sahabat dan ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal dengan Islam yang sebenarnya. Bukan melalui media dan pengampu di sepanjang
Sumber DD : 15/08/2011 -
Mujahid Yusof |
Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fitnah dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.
Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya. Tidak sukar untuk mengenali modus operandi media perdana yang bertaraf longkang di Malaysia ini kerana gaya pemikiran mereka mendatar dan mudah dibaca, apatah lagi latarbelakang perundangan yang mencengkam pengamal media perdana hari ini menyebabkan media di Malaysi tidak berada pada tahap kebebasan yang sepatutnya.
Apapun isu ‘larangan membaca Al Quran dari corong pembesar suara mesjid dari pejabat Mufti Pulau Pinang sekali lagi akan menjadi mangsa media yang bagai harimau lapar menanti sahaja peluang yang ada untuk menyerang mangsanya.
Saya memulakan penulisan ini dengan menyentuh pihak media kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengkaburkan keadaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk melaksanakan agenda menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya kesal kerana isu pokok pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dalam kes ini telah dikaburkan manakala tambahan ‘rempah ratus’ menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan. Ini sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.
Saya melihat isu ini dalm perspektif yang objektif kerana asas keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri. Dari awal lagi asas keputusan dibuat tiada unsur kepentingan pentadbiran kerajaan negeri. Jabatan Mufti bertindak di atas kes aduan yang dibuat dan Jawatankuasa Fatwa akan berbincang dengan bantuan unit penyelidikan di Jabatan Mufti dengan merujuk kepada kes yang diadukan. Dalam hal ini kes yang diadukan ialah hukum penggunaan pembesar suara yang memperdengarkan ayat-ayat Al Quran dari corong mesjid dan surau. Aduan ini juga beralasankan bahawa perbuatan itu ‘mengganggu’ suasana sekeliling. Jawatankuasa Fatwa bersidang bagi menjawab persoalan ini. Dorongan keputusan di sini jelas datang dari proses biasa apabila sesuatu kes diadukan untuk mendapatkan hukum Islam dalam hal ini. Kerakusan media ‘membelasah’ pandangan ini melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati? Apa bezanya institusi Mufti Pulau Pinang dengan yang lain? Mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan ini tidak kecoh dan heboh? Mengapakah Perlis tidak dilabel sebagai negeri yang mahu ‘meminggirkan Islam’ dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang? Adapun beberapa pihak yang mendakwa bahawa YDP Agung tidak dirujuk, mereka jahil tentang proses sesuatu keputusan dibuat. Apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang hanyalah pendapat tentang hukum kes yang dirujukkan, ia belum menjadi fatwa selagi tidak dipersembahkan kepada Agung dan selalunya Agung akan menghormati keputusan Mufti yang lebih arif tentang hukum hakam Islam. Jawatankuasa Fatwa yang meneliti kes yang dirujuk tidak perlu berbincang dengan YDP Agung, hanya setelah hendak diwartakan barulah perlu mendapat perkenan Agung. Sehingga kini status keputusan hanyalah di peringkat Jawatankuasa dan tidak boleh dikuatkuasakan walaupun tanggungjawab pihak yang terlibat ialah mengormati keputusan. Merujuk kepada soalan mengapa Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan, ia adalah satu lagi kejahilan pihak tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan Isu “Pengharaman Poco-Poco” Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak. Maknanya penerimaan atau penolakan Majlis Fatwa Kebangsaan terpulang kepada Muzakarah yang dibuat dan jika ditolak ia hanya di peringkat kebangsaan sahaja dan Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan negeri masing-masing. Mengapa peraturan ini tidak dipakai untuk kes keputusan Mufti Pulau Pinang? Saya belum sempat lagi menulis tentang dalil keputusan larangan yang bagi saya cukup syar’ie dan ada dalil yang kukoh dan perlu dihormati. Janganlah kita kerana tenggelam dengan garis politik sempit dan dendam sanggup membutakan mata kita dengan perkiraan syari’e yang menjadi asas kepada setiap perkara dalam tindak tanduk kita. Malangnya orang Melayu sendiri yang memperbodohkan diri mereka dalam isu ini sehingga tersingkaplah wajah mereka sebenarnya yang kononya menjadi pembela Islam tetapi untuk Pulau Pinang mereka membelasah institusi Islam semahu-mahunya! Saya amat menyokong pandangan Mufti dan syabas kerana berani berkata benar walaupun pahit. Mujahid Yusof Rawa MP Parit Buntar Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menegaskan bahawa Al-Quran mesti disampaikan kepada semua manusia tanpa tunduk kepada apa sahaja bentuk halangan. Beliau menjelaskan bahawa tanggungjawab itu telah diterjemahkan dalam satu peristiwa yang berlaku ke atas Saidina Abu Bakar r.a sendiri ketika diberikan himayah (perlindungan keselamatan) oleh Ibnu Doghinah iaitu salah seorang pemimpin musyrikin pada ketika zaman permulaan Islam. “Perlindungan keselamatan yang telah diberikan oleh Ibnu Daghinah ini telah digunakan oleh Saidina Abu Bakar r.a. untuk membaca dan mengajar al-Quran di rumah, ianya telah mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai sehinggakan menggelisahkan pemimpin musyrikin. “Pemimpin musyrikin telah mengadukan hal tersebut kepada Ibnu Daghinah, lalu Ibnu Daghinah memanjangkakan hal tersebut kepada Saidina Abu Bakar r.a, lantas Saidina Abu Bakar memutuskan untuk tidak menggunakan himayah atau perlindungan tersebut kerana ingin meneruskan misi dakwahnya membaca dan mengajar al-Quran kepada orang ramai di rumah tersebut,” ujar beliau lagi. Ditanya berkenaan amalan mengejutkan orang ramai sebelum subuh, beliau seterusnya menjelaskan, pada zaman dulu diriwayatkan orang ramai agak sukar bangun pada awal pagi untuk bersolat subuh, lalu sahabat mengambil tindakan berjalan mengelilingi kawasan tersebut untuk mengejutkan mereka sebelum subuh. “Dulu ada azan pertama, tapi kalau tak ada azan pertama, maka tak salah kalau menggunakan cara yang sesuai yang tidak bercanggah dengan Islam untuk mengejutkan orang ramai terutamanya pada zaman sekarang yang mana manusia agak jauh dari amalan Islam,” ujar beliau lagi. |
Pemuda PAS P.Pinang sokong Mufti |
Mohd Sabri Said |
PULAU PINANG, 17 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan Mufti Negeri, Shahibul Samahah, Datuk Seri Hasan Ahmad berhubung isu larangan bacaan al-Quran menerusi pembesar suara sebelum subuh.
SS Datuk Seri Hassan Ahmad - Mufti PP
Penjelasan oleh mufti dua hari lalu menamatkan segala-galanya bahawa memang arahan itu atas 'nasihat hukum' bukanya fatwa sebagaimana yang didakwa sebelum ini di media-media arus perdana. Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin menambah, isu ini telah dipolitikan oleh pihak yang berfikiran sempit dan tidak faham agama apabila mengaitkan kerajaan negeri turut serta melarang atas tekanan daripada DAP. "Dewan Pemuda berharap isu ini ditamatkan setelah mendapat penjelasan dari Mufti kerana buat apa menyalahkan satu sama lain terhadap isu yang boleh diselesaikan dengan mudah," tambahnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily semalam. Sehubungan itu, beliau meminta pihak-pihak yang mempertikaikan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) agar itu menghentikan tohmahan sesama sendiri sebaliknya menerima hakikat bahawa ia tidak sesuai demi maslahah umum. Lebih-lebih lagi katanya, Islam menganjurkan perlunya menghormati orang yang sedang tidur, sakit tua, uzur, kanak-kanak dan seumpamanya termasuk golongan bukan Islam dari selepas Isyak sehingga sebelum Subuh. Walaupun bacaan Al Quran itu baik dan dituntut serta mendapat pahala kepada pembaca dan mendengarnya tetapi ianya turut terikat dengan ruang lingkup adab dan batas-batas akhlak yang digariskan Islam. Bahkan ada kalangan ulama' berpendapat jika bacaan Al Quran itu diperdengarkan menerusi radio, CD, MP3 atau apa jua alat teknogi terkini sekalipun, jika bacaan itu tidak diendahkan oleh orang yang mendengarnya, hendaklah ditutup sahaja kerana tidak menghormati bacaan tersebut. "Kepada mana-mana golongan yang mentafsirkan arahan itu campur tangan politik terutama kononya di halang oleh DAP hendaklah berfikir dengan waras bukan hentam keromo. Larangan sebegini juga dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan serata negeri lain, " ujarnya. DPPNPP juga berpendapat isu ini sengaja ditimbulkan bagi tujuan menenggelamkan isu MyKad dan kepincangan daftar pemilih yang begitu hangat diperkatakan sekarang ini. |
Peluang memahami pelaksanaan Siasah Syariah |
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 7 Sept: Sebelum ini ramai keliru apabila disebut sistem perundangan Islam. Malah lebih memalukan lagi apabila orang yang mengaku beragama Islam juga tidak memahaminya. Sedangkan pelaksanaan Siasah Syariah merupakan satu cara pentadbiran dalam sistem pemerintahan Islam. Ia sebenarnya satu kaedah penentuan hukum atau metod ijtihad. Bagi mereka yang keliru masih ada ruang untuk memahaminya. Ikutilah seminar Pelaksanaan Siasah Syar’iyyah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 17 September ini. Program peringkat kebangsaan itu dianjurkan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan kerjasama kerajaan negeri dan Tabung Amanah Tok Kenali akan diadakan Dewan Besar, Kompleks Balai Islam Lundang. Program sehari itu terbuka kepada pegawai kerajaan, wakil rakyat, pemimpin politik, ahli akademik, pelajar, peguam, wakil pertubuhan bukan kerajaan dan mana-mana individu yang berminat. Enam tokoh akademik dan politik akan membentang kertas kerja pada seminar tersebut iaitu Prof Madya Dr Abdul Aziz Hanafi, Dekan Kuliyyah Syariah KUIN, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd Rahman (Penasihat Perundangan Syariah Jabatan Peguam Negara). Selain itu, Prof Madya Dr Shukeri Mohamed (UM), Dr Abdul Basit Abdul Rahman (KIAS), Dr Mohd Fadhli Hassan (anggota Exco kerajaan Kelantan), Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (USM). Perasmian program itu akan disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan penutupnya Senator Datuk Dr Johari Mat. Jurucakap penganjur berkata, seminar diadakan bertujuan merintis jalan mewujudkan garis panduan kepada pemimpin kerajaan bagi memastikan segala polisi bertepatan kehendak Siasah Syariah. “Selain itu menonjolkan fungsi Siasah Syariah dalam konteks semasa khususnya dalam sistem pentadbiran, fatwa, ijtihad, kehakiman dan ekonomi ummah,” katanya di sini. Mereka yang berminat menyertai seminar itu boleh menghubungi talian 09 712 9386/87 atau 013 530 5369 ((Ustaz Zulqarnain), 014 525 2959 (Ustazah Rosmini) atau |
Tidak boleh sertai upacara bertentangan aqidah - PUM
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berpandangan semua pihak khususnya umat Islam sepatutnya lebih prihatin dan mengambil perhatian berat dalam isu-isu keterlibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam.
“Ini adalah kerana perkara tersebut mempunyai hubungkait dengan aqidah umat Islam. Aqidah adalah komponen teras dalam agama Islam,” kata setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor dalam satu kenyataan.
Katanya, PUM berpandangan isu berkaitan penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama bukan Islam sepatutnya selesai jika semua pihak merujuk dan mengikut Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-68 yang telah bersidang pada 12 April 2005.
Beliuau berkata, salinan garis panduan tersebut boleh diakses melalui laman web rasmi e-fatwa Jakim seperti di alamat http://www.e-fatwa.gov.my/.
Dalam garis panduan tersebut, ujarnya antara keputusan yang diputuskan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah jelas menyatakan bahawa dalam menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh orang Islam, beberapa kriteria utama perlulah dijadikan garis panduan supaya ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.
“Antara kriteria yang ditetapkan ialah majlis tersebut mestilah tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan aqidah Islam,” ujarnya.
Sehubungan itu, jelasnya berpandukan keputusan tersebut, pada hemat PUM, adalah amat jelas jika upacara sambutan perayaan bukan Islam mempunyai acara ritual keagamaan bukan Islam, umat Islam tidak boleh menyertai acara tersebut kerana boleh menjejaskan aqidah Islam.
“PUM juga amat mengharapkan semua pihak yang berautoriti dan mempunyai bidang kuasa agama termasuklah eksekutif, institusi mufti, penasihat agama, agensi agama persekutuan dan negeri, perlulah menyalurkan nasihat dan pandangan yang betul kepada para pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri masing-masing dalam menangani isu ini,” katanya lagi.
Dalam pada masa yang sama, katanya seluruh pemimpin yang beragama Islam tersebut dinasihatkan supaya akur dengan pandangan ahli agama tersebut.
Tambahnya, para pemimpin dan masyakarat bukan Islam juga adalah amat diharapkan supaya turut sama memahami serta menghormati prinsip teras Islam ini yang menjadi pegangan umat Islam.
“Pendirian teras ini adalah sebahagian daripada kehendak ajaran agama Islam,” ujarnya lagi.
Justeru, ujarnya semua pihak termasuk para pemimpin di setiap peringkat serta masyarakat awam adalah dinasihatkan supaya lebih sensitif dengan apa jua isu agama Islam khususnya melibatkan aqidah serta syariat Islam.
Beliau menambah, para pemimpin dan masyarakat awam juga adalah dinasihati supaya akur dengan nasihat dan pandangan para ulama’ dalam memelihara kedaulatan agama seperti yang diletakkan dalam prinsip maqasid syariah.
Katanya, PUM berpandangan isu itu adalah mustahak untuk ditangani dengan kadar segera disebabkan umat Islam akan terus berhadapan dengan perayaan agama orang bukan Islam.
Sehubungan itu, ujarnya PUM ingin mencadangkan kepada Jakim agar menganjurkan majlis dialog penerangan secara aktif kepada para pemimpin dan masyarakat Islam tentang keputusan dasar itu.
“Oleh yang demikian, PUM juga bersedia bekerjasama dengan Jakim, Majlis dan Jabatan Agama Negeri, Jabatan Mufti Negeri dan lain-lain institusi untuk memberikan kefahaman dalam isu yang berbangkit ini,” katanya.
Sumber HD : 13/02/2012

Haram sambut Hari Kekasih terhad kepada orang Islam
Harakahdaily, | 13 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) menggesa seluruh umat Islam supaya mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sidangnya kali ke-71 pada 22-24 November 2005 yang telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Setiausaha agungnya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Katanya, berpandukan kepada keputusan ahli-ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tersebut yang boleh diakses melalui laman web e-fatwa Jakim di alamat http://www.e-fatwa.gov.my/, sewajibnya seluruh umat Islam akur serta memahami bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu amalan yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.
“Aqidah adalah menjadi perkara teras dalam ajaran agama Islam yang mesti dipelihara oleh setiap umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, adalah menjadi keperluan mendesak kepada seluruh umat Islam untuk memahami isu itu bahawa sambutan perayaan hari valentine adalah sesuatu aktiviti yang dilarang dalam Islam kerana mempunyai susur galur sejarah yang berkaitan dengan agama bukan Islam.
Elemen itu, jelasnya adalah elemen utama yang menjadi alasan keharaman sambutan perayaan valentine bagi seluruh umat Islam.
Dasar itu, katanya adalah selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Kaafirun, ayat 1-6 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah. Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
“PUM juga menyokong inisiatif Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang telah melancarkan kempen Awas! Jerat Valentine’s bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pihak NGO, Raudhah Sakinah,” ujarnya lagi.
Pada hemat PUM, kata beliau pendekatan seumpama itu mesti dikembangkan ke seluruh pelosok tanah air supaya dapat membantu membina kefahaman umat Islam khususnya di kalangan orang muda dalam menangani isu tersebut secara objektif.
Dalam pada masa yang sama, kata beliau PUM juga mengesyorkan kepada pihak berwajib seperti Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta pihak-pihak berkepentingan lain melakukan pemantauan berterusan kepada siaran media cetak dan elektronik supaya tidak menyiarkan apa jua kempen, iklan, drama, filem dan artikel yang boleh menggalakkan umat Islam menyertai sambutan hari valentine tersebut.
PUM juga, tambahnya ingin menasihatkan masyarakat bukan Islam supaya memahami isu itu secara objektif serta menghormati prinsip agama Islam yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam.
“Dasar hukum ini adalah hanya mengikat dan terhad kepada seluruh umat Islam sahaja,” jelasnya.
Sumber HD : 13/02/2012
Syabas kepada pegawai penguatkuasa anti maksiat daripada Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Wlayah Perseketuan yang kerap kali membuat operasi ke hotel-hotel dan tempat-tempat rekreasi yang lain untuk mencekup mereka yang melakukan khalwat ataupun penzinaan yang terkutuk itu dan begitu juga pusat-pusat pelancuran dan rumah urut.
Walaupun begitu diperhatikan pusat-pusat dan tempat maksiat serta berlakunya penzinaan haram di bilik-bilik hotel dan di kawasan taman perumahan nampaknya menjadi-jadi dan bukannya semakin berkurangan dan apakah puncanya solah-olah kebanyakkan umat Islam di negara ini mencabar kewibawaan jabatan agama iu sendiri sehingga tidak merasa gerun di hati mereka kepada hukuman yang menanti itu nanti.
Ini adalah kerana selagi hukum yang Islam bawa melalui ajaran Al-Quran yang diperintahkan supaya manusia patuhikan itu tidak diikuti sepenuhnya. Kita lebih yakin dengan kaedah perundangan daripada apa Yahudi dan Nasrani bawa lagi daripada hukum yang dibawa oleh Rasulullah SAW bawa itu sendiri. Di manakah akuan kita untuk mengikut sunnah Nabi jika sekiranya kita sendiri memandai-mandai mengubah apa yang ditetapkan dan tergamak kita menodai segala sunnah yang dibawa itu?
Dalam pada itu agak musykil juga mengapa hanya hotel-hotel bajet sahaja diserbu bagai nak rak tetapi hotel bertaraf 5 bintang atau 6 bintang seperti seolah-olah tutup sebelah mata sahaja dan begitu juga kenapa hanya rumah-rumah urut yang kecil-kecil sahaja diserbu sedangkan rumah urut eksklusif dan nampak mewah itu dibiarkan begitu sahaja dan mengapa taman perumahan yang bertaraf kondo yang mewah yang mempunyai pegawai sekuriti 24 jam itu tidak dibuat pemeriksaan jika sekiranya ada berlakunya maksiat dikalangan umat Islam di sana dan apakah keistimewaan mereka yang berkedudukan tinggi atau kaya ini sehingga diberikan kelanggaran begitu rupa?
Kalau benar-benar pegawai penguatkuasa anti maksiat daripada Jabatan Agama Islam ini prihatin sudah tentu tiada pilih bulu agar ianya berlaku adil kepada semua dan bukannya menetapkan atau menentukan kawasan untuk mencekup orang awam bawahan sahaja tetapi membiarkan golongan elit bergelumang dengan segala kemaksiatan.
Ingat Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala niat dan kerja-kerja kita dan Allah tegas dengan segala hukumannya dan itu adalah janji Allah. Insaflah wahai para alim ulamak jangan gadaikan maruah agama dan duduk diam takut untuk bersuara kerana sayangkan kedudukan dan wang ringgit yang tidak seberapa itu dan ingat bahawasanya seseorang itu selamat atau pun tidak di akhirat kelak bukan kerana amalannya tetapi rahmat Allah yang menentukannya nanti.
Sumber HD : 27/03/2012
Bahagian Pertama
Syari’ah Rabbaniyyah adalah ciri asas atau fundamental yang membezakan antara undang-undang Allah dan undang-undang ciptaan manusia (man-made law). Adalah mustahak untuk kita memahami ciri pertama ini. Jika kita diminta untuk menyimpulkan dengan satu perkataan apakah yang ciri asas yang paling penting yang membezakan undang-undang Allah dan undang-undang manusia, jawapan kita adalah “rabbaniyyah”.
Undang-undang Allah adalah bersifat rabbaniyyah. Ia bermaksud pemilik syariat Islam adalah Allah s.w.t. . Dengan lain perkataan undang-undang syariah mempunyai hubungan dengan Ketuhanan.
Mungkin ada yang bertanya apa istimewanya syariat Islam adalah syari’ah rabbaniyyah. Mereka juga mungkin bertanya apa hebatnya jika undang-undang ini adalah milik Allah.
Untuk mengetahui keistimewaan tersebut kita kena mengetahui siapakah Allah tersebut berbanding dengan manusia.
Untuk mengetahui siapakah Allah, kita kena lihat kalamNya di dalam KitabNya iaitu Al-Quran. Al-Quran menerangkan kepada kita siapakah Allah . Antaranya Allah menyatakan bahawa
“Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talak (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”[ Al-Baqarah : 227 ]
Allah juga berfirman :-
“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid).Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Perkataan “Sami’” kita tidak terjemahkan sebagai Mendengar. Sebaliknya kita katakan “Maha Mendengar”. Begitu juga kalimah “’alim” kita tidak terjemahkan sebagai Mengetahui. Sebaliknya kita terjemahkan sebagai Maha Mengetahui. Penambahan perkataan “Maha” kepada sifat Mendengar dan Mengetahui menunjukkan bahawa sifat mendengar dan mengetahui Allah tidak sama dengan sifat mendengar dan mengetahui manusia.
Bila Allah katakan bahawasanya Allah adalah Maha Mengetahui sekaligus kita tahu pengetahuan Allah adalah tidak terhad. Allah mengetahui apa yang manusia tidak tahu. Pengetahuan manusia adalah “mahdud” (terhad) sedangkan pengetahuan Allah adalah ‘ghayr mahdud” (tidak terhad).
Sebagai contoh apabila Allah katakan di dalam Al-Quran bahawa zina satu benda atau perbuatan keji sudah tentu dengan kesempurnaan ilmu Allah hanya Allah sahaja yang mampu untuk memberitahu kita kekejian zina.Jika kita menerima pengetahuan Allah adalah sempurna dan tiada sebarang ruang kelemahan dan kekurangan adakah masuk akal untuk kita meragui bahawa zina itu suatu yang keji.
Jika kita masih ragui bahawa zina adalah benda yang keji ia menunjukkan dua perkara.
Pertamanya, kita hakikatnya tidak menerima pengetahuan Allah adalah sempurna maka meskipun Allah mengatakan zina itu keji namun kita ragui dan tidak percaya dengan apa yang Allah katakan.
Keduanya kita mungkin percaya dan menerima ilmu Allah adalah sempurna namun kita juga bersifat keras kepala atau sombong dengan tidak mahu menerima realiti bahawa zina itu keji. Dan apabila manusia sombong ia juga menunjukkan bahawa mereka secara tidak sedar merasakan ilmu mereke lebih sempurna daripada Allah. Dengan lain perkataan mereka merasakan mereka lebih hebat daripada Allah.
Apakah yang membezakan manusia dengan syaitan jika ia sombong dan takabbur untuk tidak mahu menerima apa yang Allah telah perintahkan dan memilih undang-undang yang mereka buat sendiri.
Jika kita boleh menerima Allah adalah Maha Mengetahui secara logiknya kita juga sepatutnya boleh menerima apa sahaja yang jadikan atau ciptakan adalah dari ilmuNya yang tidak terhad.
Secara logiknya sesuatu ciptaan yang dicipta oleh Pencipta yang ilmuNya tidak terhad atau sempurna dan tiada apa-apa kecacatan sudah pasti juga adalah sempurna.Atas dasar itu jika Allah menjadikan undang-undang sudah tentu undang-undangNya adalah sempurna dan tiada sebarang kecacatan.
Jika Allah kata bahawa Dia adalah Maha Bijaksana (hakeem) maka sudah tentu undang-undang yang dicipta oleh Allah adalah menggambarkan kebijaksaanNya.Begitu juga apabila Allah adalah Maha adil maka logiknya undang-undang yang Allah ciptakan untuk manusia adalah adil kepada manusia sekaligus tidak menzalimi manusia.
Secara ringkas kita bolehlah simpulkan bahawa Allah adalah Dzat yang memiliki segala sifat kesempurnaan.Maknanya Allah adalah Maha sempurna dalam semua perkara.
Jika di dalam Al-Quran Allah menyatakan bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, Allah juga dalam masa yang sama memberitahu kita di dalam kitabNya bahawa manusia pula bersifat dengan segala sifat kekurangan.
Oleh itu kita sekarang berhadapan dengan dua ekstrem. Di satu pihak Allah adalah bersifat dengan segal sifat kesempurnaan. Di satu pihak lain pula manusia pula bersifat dengan segala sifat kekurangan.
Mengenai manusia, antaranya Allah menyifatkan sifat-sifat manusia dalam Al_Quran seperti berikut :-
Pertama, mengeluh dan kikir.
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir." (QS. Al-Ma'arij: 19).
Kedua, lemah. Dalam Al-Quran, Allah mendeskripsikan dua kelemahan manusia, iaitu lemah secara fizikal dan lemah (dalam melawan) hawa nafsu buruk.
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah ..." (QS. Ar-Rum: 54).
"Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah." (QS. An-Nisaa ': 28).
Menurut Syekh Nawawi Al-Bantany, tafsir "lemah" dalam Surah An-Nisaa 'itu adalah lemah dalam melawan hawa nafsu.
Ketiga, zalim dan bodoh.
"... sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh. "(QS. Al-Ahzab: 72).
Keempat, tidak adil.
"Dan Syu'aib berkata, 'Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka, dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan. "(QS. Hud: 85).
Kelima, membuat bencana dan menumpahkan darah. Dalam surah Al Baqarah, Allah menceritakan apa yang Malaikat katakana tentang sifat manusia
"Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?"( Al-Baqarah : 30 )
Jika manusia bersifat dengan segala sifat kelemahan dan kekurangan secara logiknya adalah tidak munasabah untuk kita mengharapkan apa sahaja apa yang manusia lakukan atau hasilkan akan mencapai darjah kesempurnaan.
Apabila Allah gambarkan manusia berrsifat jahil adakah masuk akal untuk seorang yang jahil boleh mewujudkan satu yang sempurna.Kesempurnaan perlukan kesempurnaaan.Ini adalah logik. Begitu juga kekurangan juga akan menjelmakan kekurangan. Kita tidak dapat lari dari ketetapan dan logik ini.
Oleh itu dalam keadaan wujudnya dua keadaan yang ekstrem iaitu di satu pihak Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan manakala di satu pihak yang lain pula manusia pula bersifat dengan segala sifat kekurangan dan kelemahan adakah munasabah untuk kita membuat perbandingan hasil ciptaan Allah dan hasil ciptaan manusia.
Al-syahid ‘Abdul Qader ‘Audah menyatakan bahawa adalah tidak munasabah untuk kita membuat analogy (qiyas) antara undang-undang Allah dan undang-undang manusia kerana sesuatu perkara yang kita ingin buat suatu analogi mestilah paling kurang mempunyai kekuatan yang sama.
Bagi memudahkan pemahaman kita, saya ingin bentangkan contoh berikut. Katakan kita ingin mengadakan satu pertandingan menulis karangan/esei yang bertajuk “Sistem Telekomunikasi Dalam Era Globalisasi.”
Adakah munasabah jika pertandingan tersebut menggabungkan perserta terdiri daripada seorang profesor berkelulusan Phd yang mana bidang beliau adalah sistem telekomunikasi dengan seorang pelajar tadika.
Seorang profesor yang terdedah dengan ilmu pengetahuan dan pengkhususan serta pengalaman sudah tentu akan memenangi pertandingan tersebut hatta sebelum ia dipertandingkan.
Adakah munasabah untuk pelajar pra sekolah yang masih “berjuang” hatta untuk mengenal huruf jauh sekali nak memahami tajuk esei tersebut untuk kita gandingkan dengan seorang profesor yang pengkhususannya adalah bidang sistem telekomunikasi ?
Ciri pertama iaitu syariah Rabbaniyyah inilah yang menunjukkan secara jelas mengapa manusia tidak dapat tidak amat perlukan undang-undang Allah .Ia juga menunjukkan mengapakah undang-undang manusia sehebat mana pun ianya digubal tidak akan berjaya mengatasi kelebihan dan kehebatan undang-undang Allah.
Bersambung...
----------------------------------------------------------------------------------------
* Penulis adalah seorang peguambela dan peguamcara. Beliau berkelulusan Ijazah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa ( LL.B ( Hons ) pada tahun 1992 dan pada tahun 1993 dikurniakan Ijazah Undang-Undang Syari’ah. Berbekalkan dua ijazah undang-undang (sivil dan syariah) beliau menceburi bidang guaman dan mula manjadi peguambela dan peguamcara pada tahun 1994 sehingga hari ini. Beliau juga adalah peguam syar’ie di Mahkamah Syariah di Perlis.
Sumber HD - 2-11-2012

Maksiat: Kenapa hotel bajet saja diserbu?
Syed Abdullah Jamalullail, |

Syari’ah Rabbaniyyah
-, | 02 Nov 2012 |

No comments:
Post a Comment