PAS dan PR pertahan Islam agama rasmi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS menegaskan akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk memperkasa Islam sebagai agama rasmi, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS Katanya, ianya sebagaimana telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada tahun 2009 dan diperkukuhkan lagi pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 2010. Ketiga-tiga komponen parti iaitu PAS, PKR dan DAP telah bersetuju akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. "Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat. "Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Beliau dipercayai mengulas laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia yang mendakwa pemimpin-pemimpin Kristian berkonspirasi dengan DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara. Laporan muka depan akhbar itu semalam bertajuk “Kristian agama rasmi?” ditulis berdasarkan sumber beberapa blogger pro-Umno yang menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu. Bagaimanapun Presiden PAS berkata, kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan Umno yang telah lebih dari 50 tahun memerintah. Menurutnya, Umno bukan sahaja gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan malah juga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat. Akibatnya, Umno telah melemahkan jati diri orang Melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah, tambah Tuan Guru Abdul Hadi lagi. Jesteru soalnya, apa lagi yang boleh diharapkan dari Umno yang juga gagal memberikan menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. "Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3165-pas-dan-pr-pertahan-islam-agama-rasmi
Ulasan SUA DAP :
You tube : MK - 8/05/2011
http://www.malaysiakini.tv/video/21554/lim-utusan-hendak-bakar-satu-malaysia.html
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3171-tiada-paderi-mahu-kristian-agama-rasmi
Agama rasmi: Jangan provokasi, kemudian ISA |
Khairul Azlam Mohamad |
KUALA TERENGGANU, 9 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak melakukan provokasi hingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini berhubung isu ‘Kristian agama rasmi’. Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak demokratik yang sengaja cuba dicetuskan pihak tertentu setiap kali menjelang pilihan raya. “Saya melihat isu sehari dua ini lebih bersifat kepada satu permainan politik pilihan raya. “Saya harap jangan provokasikan di saat hampir pilihan raya macam masa-masa lalu. Kemudian ambil tindakan ISA di kalangan orang tertentu. Ini suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak betul,” tegasnya. Wisma Negeri Terengganu Katanya, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat semua parti menerima apa yang sudah diasaskan dalam Perlembagaan. Menurutnya, Islam agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Pakatan Rakyat. Menurutnya, sebarang isu yang berkaitan dengan polisi dan dasar akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat. “Dengan sebab itu, saya tidak risau dengan isu ini. Sebab, saya melihat isu ini lebih ke arah isu mainan politik pilihan raya. Ini satu benda yang tidak betul di kalangan pihak tertentu,” ujarnya. Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu semua pihak supaya menjaga keharmonian kaum di negara ini. Beliau juga menyarankan agar diadakan siri perbincangan dan dialog dari masa mengenai perkara itu sebagaimana isu kalimah Allah sebelum ini. “Dan kerajaan pernah menganjur melalui IKIM, dalam isu kalimah Allah dulu, saya hadir sendiri dan melibatkan kalangan akademik, kita bincang. Itu lebih baik. Cara berilmu dan bukan lepas tangan begitu sahaja,” ujarnya. Perasmian Sidang Dun Terengganu telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Bendahara Raja. |
Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah |
Nasrudin bin Hassan |
1. Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk "political millage" dalam kekeruhan situasi yang dialami. 2. Saya melihat PAS seperti "roundabout" yang sekelilingnya bercapah jalan menuju ke arahnya. Semua pihak sedang memerhati apa langkah PAS berikutnya selepas meletus isu JAIS dan Gereja ini. Lalu timbul pula pelbagai tafsiran, tanggapan dan telahan dibuat kepada PAS. Saya boleh mengenal pasti beberapa kategori untuk saya tegaskan kali ini ekoran tercetusnya isu ini. Pertama : isu Aqidah Ummat Islam Kedua : isu JAIS dan tindakannya Ketiga : isu Gereja dan kedudukannya Keempat : isu keadaan Ummat Islam secara umumnya. 3. Kami Pemuda PAS bertegas dalam apa jua keadaan, dengan komitmen tenaga, wang ringgit, masa malah darah dan nyawa akan dipersembahkan demi mempertahankan aqidah ummah. Inilah yang telah dilakukan oleh pemuda PAS terdahulu apabila ada dari kalangan mereka terpaksa meringkuk di dalam penjara kerana memperjuangkan aqidah ummah dan menentang sebarang usaha yang cuba untuk merosakkan aqidah, pemikiran dan keperibadian ummat Islam. Insyaallah, ketegasan itu akan diwarisi oleh saya dan seluruh warga pemuda PAS. Pemuda PAS senantiasa diletakkan dalam keadaan siap siaga untuk menjadi benteng aqidah ummah. YB Dato' Dr Hassan Mohd Ali - AJK PAS Pusat 4. Namun kita tidak boleh terburu - buru tanpa usul dalam memutuskan tindakan. Kita perlukan satu bukti kukuh dan meyakinkan untuk mengambil sebarang ketetapan. Saya telah mendengar penjelasan dari Yb. Dato' Dr Hassan Ali selaku AJK PAS Pusat dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mempengerusikan Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Saya memahami kedudukannya, menghormati pendiriannya, menerima keikhlasannya dan menyokong tindakannya dalam hal ini, demi melihat aqidah Islam dipertahan dan diperjuangkan. 5. Insyaallah, saya juga akan bertemu dengan pihak JAIS bagi meneliti perkara ini dengan lebih dekat. Biarpun JAIS pernah memburu saya dan cuba untuk menangkap saya seketika dulu atas kesalahan saya membaca kitab di sebuah surau di Damansara, biarpun saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka itu, namun saya sekali - kali tidak pernah bermusuh dengan institusi itu. Sebagaimana saya pernah ditahan, dipukul dan diherdik oleh PDRM kerana kesalahan saya mennyampai ceramah atas pentas PAS di Parit Sempadan Johor dan menyertai himpunan - himpunan aman, biarpun saya tidak bersetuju dengan tindakan mereka tetapi saya juga tidak pernah memusuhi institusi itu. Saya sedar peranan institusi - institusi tersebut. 6. Justeru itu, saya perlu adil dalam menilai institusi atau jabatan - jabatan kerajaan. Ada masa tindakan mereka salah maka saya membantahnya dan ada masa tindakan mereka betul maka saya menyokongnya. Insyaallah, dalam menangani isu JAIS dan Gereja ini, saya menyokong penuh tindakan PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak memusuhi mana - mana pihak atau agama yang tidak memusuhi Islam malah menghormati hak - hak mereka. Justeru itu kita mengecam pencabulan hak walau berlaku ke atas siapa jua sebagaimana kita jua mengecam sekeras - kerasnya usaha untuk merosakkan aqidah, pemikiran dan akhlak ummat Islam. 7. Saya boleh kesan bagaimana isu ini cuba dieksploit oleh pihak tertentu yang mencari laba politik murahan dan mengalih isu sebenar yang menjadi punca kepada polemik ini. Ringkasnya saya tegaskan pendirian umum saya bersama pemuda - pemuda PAS bahawa : a] kami konsisten berjuang untuk menegak dan memelihara aqidah Islamiyyah dan dalam masa yang sama, kami menghormati hak non muslim sebagaimana yang telah diajar oleh syariat islam itu sendiri. b] kami menasihati dan memberi peringatan tegas kepada semua pihak agar aqidah ummat Islam, pemikiran dan akhlak mereka jangan diganggu dan dirosakkan dengan pelbagai dakyah, aktiviti dan gerakan samaada bersifat terbuka dalam aktiviti sosial atau sembunyi di sebalik badan - badan bukan kerajaan. c ] kami memberi peringatan tegas kepada kerajaan yang memerintah samaada kerajaan pusat dan negeri yang diitadbir oleh UMNO dan BN, juga kepada kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat agar mengambil pendekatan yang berkesan untuk membantu rakyat. Jangan kerana miskin, akhirnya mereka menjadi murtad kerana menagih simpati dan bergantung harap kepada pihak yang mengambil kesempatan untuk merosakkan pegangan agamanya. 8. Polisi PAS dan pemudanya jelas dalam perkara seperti ini. Masyarakat usah gundah, resah dan ragu terhadap PAS. jangan buka ruang kepada media untuk menghakis kepercayaan rakyat terhadap kemampuan PAS memperjuangkan Islam dan isu - isu ummah. Insyaallah, Pemuda PAS akan terus bangkit dengan aktiviti dan gerakkerjanya untuk membentengi aqidah ummah sekaligus memerangi segala anasir yang cuba merosakkan agama Islam dan aqidah ummatnya. 9. Kerajaan yang memerintah mesti mengambil langkah yang lebih tegas untuk memastikan tiada aktiviti mungkar dan maksiat yang menghela ke arah rosaknya keperibadian ummat Islam dan lunturnya nilai keimanan mereka. Jaga kebajikan dan keperluan asas rakyat dengan meletakkan agensi - agensi tertentu seperti Pusat Pungutan Zakat dapat berorientasi dengan lebih berkesan. Bukan hanya memungut zakat tetapi cepat dan cekap mengagihkannya kepada asnaf yang berhak menerimanya. Begitulah Baitul Maal , Pusat Kebajikan Masyarakat dan lain - lain agensi yang berkaitan. Jangan ghairah membeli lampu kristal, carpet tebal dan khat hiasan dinding masjid yang mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit tetapi masih ada ummat Islam yang terpaksa menadah tangan di pintu gereja. DUMC Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
PAS jumpa gereja 16 Ogos, Jais tangguh |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 12 Ogos: PAS akan mengunjungi Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) 16 Ogos ini manakala kunjungan ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Dato' Hj Mustafa Ali - SUA PAS Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberitahu Harakahdaily, pertemuan dengan pihak GMDU itu akan diadakan jam 4 petang di gereja tersebut. "Pihak gereja telah bersetuju dengan permohonan PAS untuk bertemu pada 16 Ogos ini. "Dengan Jais, kita dimaklumkan oleh mereka bahawa mereka belum dapat berjumpa mana-mana pihak kerana sedang menyiapkan laporan siasatan kes tersebut," katanya. Menurutnya lagi, sembilan orang pimpinan PAS termasuk beliau akan terlibat dalam pertemuan dengan pihak gereja tersebut. Tn Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden PAS Mereka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Idris Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmod, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman. Pertemuan dengan Jais dan gereja diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat Ahad lepas. Ia bertujuan untuk mendapat gambaran dari mereka sendiri sebelum membuat apa-apa pendirian ekoran tindakan Jais memeriksa gereja berkenaan baru-baru ini. |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tidak menjadikan PAS sebagai sasaran dalam isu membabitkan pemeriksaan Jais ke gereja GMDU bagi melindungi kejahatan mereka sendiri dari orang ramai. Sebaliknya, cubaan Umno untuk menjadikan PAS sebagai sasaran dan turut berusaha melagakan PAS dan DAP hanyalah sia-sia kerana PAS sudah cukup masak dengan permainan politik kotor Umno BN. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (gambar) berkata, di sebalik permainan mereka itu, orang ramai cukup faham tujuan Umno bertindak demikian adalah untuk melindungi kesalahannya sendiri kepada rakyat, terutama yang membabitkan langkah menjadikan warga asing sebagai pengundi di negara ini. Menurut beliau, tindakan menjadikan warga asing sebagai pengundi yang dilakukan oleh Umno BN menerusi agensi-agensi kerajaan yang bersekongkol dengannya adalah satu isu yang sangat besar. Katanya, perbuatan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin negara kerana ia jelas satu ancaman kepada negara, satu pengkhianatan kepada negara, tetapi sanggup dilakukan oleh para pemimpin Umno BN demi kepentingan mereka sendiri. "Kini setelah tembelang mereka diketahui oleh rakyat, mereka berusaha melindunginya dengan pelbagai cara termasuk dengan melakukan pengkhianatan terhadap PAS dengan membuat tuduhan yang bukan-bukan terhadap PAS," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Usaha yang dilakukan oleh Umno BN untuk menjadikan PAS sebagai sasaran dari kejadian itu kelihatan amat jelas hari ini apabila akhbar milik Umno, Utusan Malaysia membuat laporan tidak berasas terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan. Dalam laporan muka depannya hari ini, Utusan Malaysia mengatakan Nasrudin kini berada dalam keadaan tertekan kerana dikecam hebat oleh pimpinan PAS, ekoran kenyataannya berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap satu majlis yang berlangsung di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) pada 3 Ogos lalu. Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi - Ketua DPPP Menerusi laporan itu, akhbar tersebut membayangkan wujud percanggahan antara pendirian Nasrudin dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja berhubung pemeriksaan Jais itu. Bayangan terhadap Nasrudin yang dimanipulasikan dari kenyataan beliau menerusi blognya itu sengaja dicipta untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS dan sesama pemimpin dalam Pakatan Rakyat. YB Senator Dr Mashitah Ibrahim - Timbalan Menteri di JPM Sementara Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim pula dalam akhbar Sinar Harian menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan Jais terhadap gereja Kristian itu. Dalam Sinar Harian hari ini, beliau dilaporkan berkata, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam. Menurut Abdul Ghani, kenyataan Mashitah itu ternyata tidak berasas kerana PAS tidak pernah tunduk kepada sebarang pihak dalam memperjuangkan dasar dan prinsip perjuangannya serta dalam menegakkan kebenaran. "Tetapi sebagai pemimpin kepada parti Islam yang faham dengan apa yang patut dilakukan, pemimpin-pemimpin PAS tidak mudah mengeluarkan kenyataan tidak menentu dan tidak berasas dalam sebarang perkara termasuk dalam hal itu," katanya. Sebelum kenyataan dikeluarkan, katanya, pemimpin-pemimpin PAS perlu mengadakan pertemuan dengan pihak gereja dan Jais terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar berhubung kejadian itu. Katanya, tindakan yang diambil oleh PAS itu memang tepat dan tidak sepatutnya diputarbelitkan lagi oleh Umno BN dengan membuat tuduhan seperti itu terhadap PAS dan DAP. "Pada PAS, soal tunduk kepada DAP atau mana-mana pihak tidak timbul. Sebaliknya, PAS tidak seperti Umno yang sanggup memperkudakan MCA dan MIC demi kepentingannya. "Kerjasama politik yang dibuat oleh PAS dan DAP adalah untuk kebaikan, bukan untuk memperkudakan sesiapa. Jadi tidak timbul soal PAS tunduk kepada DAP seperti yang didakwakan itu," ujar beliau. |
Menilai gelagat dan “nawaitu” orang politik pertahan Aqidah ummat |
Dr Dzulkefly Ahmad |
AKHBAR Utusan Malaysia terus menerus memutarkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) keatas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama baru baru ini tanpa memperdulikan tindakan itu bakal mengundang pertentangan agama dan perkauman yang melampau. Meletakkan tajuk Bajet 2012 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri sebagai tajuk utama pilihan pengarang, akhbar itu juga turut memaparkan gambar berwarna sekumpulan badut Umno BN menjalankan demonstrasi di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor Gambar muka depan itu menyerlahkan peri-laku mereka yang meletakkan mangkuk tandas dan penyapu sebagai bantahan kepada Menteri Besar Selangor. Demonstrasi itu adalah bagi menyatakan perasaan mereka yang tersinggung dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana kenyataan memohon maaf kepada pengurusan gereja terbabit atas serbuan pihak JAIS itu. Seramai kira kira 30 orang demonstran hadir yang mewakili 2 pertubuhan bukan kerajaan iaitu, Permuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan ( Gempak). Mereka turut mempertikaikan sikap Khalid yang kononnya dituduh memperdagangkan Islam dan akidah umat islam kerana kepentingan politik. Apakah salah tindakan Khalid memohon maaf bagi pihak kerajaan negerinya, sementara menunggu laporan lengkap dari JAIS berikutan insiden tersebut, sehingga tindakannya itu dianggap mereka sebagai memalukan dan tidak wajar? Kewajaran Khalid meminta maaf itu tidak patut diputarbelitkan media. Ia boleh diertikan bahawa Khalid kesal isu sebesar ini tidak dimaklumkan kepada beliau dan tidak juga kepada Exco agamanya. Ini tidak bermakna bahawa Khalid menyokong gereja tersebut. Sebaliknya pulak ianya juga tidak menggambarkan Khalid menyalahkan JAIS dalam tindakan mereka. Yang penting sebagai ketua sebuah negeri, Khalid mahu dilihat berhati hati dalam membuat sebarang tindakan kerana menjaga keharmonian perasaan antara kaum dan agama. Tegasnya Khalid mahukan laporan lengkap disiapkan bagi mengadili kes ini dengan baik berpandukan maklumat yang tepat. Begitu juga dalam menagani isu isu lain bersabitan pertentangan agama seperti masalah kuil dan kepala lembu dan babi hutan, serangan terhadap rumah ibadat dan kes perebutan anak selepas ibu atau bapa kembali ke agama asal dan sebagainya. Isu seumpama ini amat sensitif dan emotif, berlembut tidak bermaksud kita lemah atau menyebelahi dan lunak kepada sesuatu pihak. Laporan lengkap dan terperinci insiden tersebut dijangka diterima selepas Hari Raya Aidilfitri. Khalid mahukan laporan penuh termasuk semua bahan bukti dan soal siasat keatas 12 individu yang dikatakan terbabit dalam usaha memesongkan akidah mereka oleh pihak gereja Methodist Damansara Utama. Pengarah Eksekutif, Harapan Komuniti Raymond Koh juga telah tampil memberi kenyataan bahawa majlis makan malam yang diadakan di premises gereja tersebut adalah bertujuan mengutip dana , ianya dihadiri jemputan dari pelbagai kaum dan beliau juga mendakwa makanan yang dihidangkan halal dan disediakankan oleh orang melayu. Beliau menyatakan kekesalannya bahawa majlis kutipan dana itu telah disalah tanggap sebagai majlis memurtadkan orang Islam. Beliau juga terkilan serbuan JAIS itu dibuat tanpa sebarang waran ditunjukkan walaupun pihaknya meminta pegawai JAIS berbuat demikian. Walaubagaimana pun JAIS sedar bahawa mereka dibenarkan berbuat demikian dibawah peruntukan Enekmen Ugama Bukan Islam 1988. JAIS kini bertanggungjawab mengumpul segala bukti bagi memperkukuhkan dakwaan bahawa wujud usaha untuk memurtadkan orang Islam. Akhbar Utusan Malaysia juga mendahului pihak JAIS apabila menyiarkan satu lapuran dari beberapasumber di muka 4 akhbar bertarikh 11 Ogos 2011, bagaimana serbuan itu dibuat serta berjaya mendapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa majlis tersebut sememangnya majlis memurtadkan orang islam. Umum menyaksikan sekali lagi UM menjalankan perbicaraan melalui media atau “trial by the media”. Ini amat dikesali pelbagi pihak. Ia juga bercanggah dengan prinsip Islam “Al-Aslu Bari atul Zimmah” – “Tidak Berdosa-Bersalah selagi belum dibuktikan” yang berkebetulan diguna pakai dalam perundangan sivil. YB Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom - Menteri di JPM Sementara itu pimpinan PAS terus dikecam oleh pelbagai pihak atas sikap yang dikatakan berdiam diri kerana menghitung kepentingan politik mereka. YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS Kajian rambang penulis, mendapati pendirian itu amat disenangi pelbagai pihak: Islam dan Bukan-Islam. PAS nyata sekali lagi menyerlahkan sentuhan politiknya yang semakin matang. Apakah itu yang sangat dicemburi seteru poitiknya, Umno. Mungkin PAS lebih memahami dan mendalami tuntutan “Politik Baru”. Seorang penganalis politik upahan Umno, atas perasaan cengkil mungkin, telah menyelar PAS mengalami sindrom “skizofrenia politik” kerana kononnya berpecah pendirian dalam mendepani isu ini. Ketua Pemuda PAS dikatakan menyokong Dr Hassan Ali, sementara pendirian pimpinan Pusatnya menentang. Cubaan beliau melaga-lagakan PAS itu nyata meleset. YB Dato' Dr Hassan Ali - Exco Kerajaan Selangor Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi - Ketua DPPP YB Datuk Ibrahim Ali - Presiden PERKASA Terkini Ezzam Mohd Nor, Lokman Adam, bersama seorang ahli parlimen bebas Zulkifli Nordin dengan sekumpulan pemuda yang menggelarkan diri mereka Gerakan Mencegah Murtad telah mengisytiharkan kesediaan untuk berperang habis-habis terhadap portal Malaysiakini dan Malaysianinsider kerana didakwa biadap terhadap JAIS. PAS tidak akan terikut-ikut dengan rentak dan gelagat Umno yang gagal mempamerkan sikap Islam yang sebenarnya. PAS tidak perlu bersaing dengan Umno bagi membuktikan siapa lebih ‘hebat’ untuk mempertahankan aqidah ummat Islam. Sebabnya jelas. Tradisi mempertahan aqidah dan akhlak Ummat sememang menjadi tunggak dan teras perjuangan PAS termaktub dalam Perlembagaan parti Islam itu. Umno yang baru celek dan ketika bertindak ternyata lebih memburukkan lagi keadaan. Kini tindakan ganas dan melulu ini bakal mencetuskan mudharat bagi Islam. Dalam kejahilan uslub dan metodologi memperjuangkan Islam, Umno gagal menyerlahkan ‘kemuliaan dan kerahmatan’ agama ini. Menilai kesungguhan pemimpin pemimpin Umno mempertahankan akidah umat islam yang dikaitkan dalam isu serbuan ini, mengingatkan kita pada satu peristiwa yang melibatkan mantan mufti Selangor ketika itu Al-Marhum Dato’ Ishak Baharom yang “dipecat” dari jawatannya juga ketika itu cuba menyelamatkan akidah umat Islam. Almarhum Dato' Ishak Baharom - Mantan Mufti Selangor Beliau dan penguasa JAIS dikecam hebat oleh media yang juga ketika itu dikuasai oleh Umno BN. Bantahan orang ramai juga disiarkan secara terbuka dan pelbagai peringkat pimpinan Umno BN mengutuk tangkapan tersebut. Dato’ Ishak Baharom dikecam hebat oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed. Sebagai seorang Mufti Besar Negeri Selangor tentulah beliau percaya sebarang perbuatan mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan adalah dilarang sama sekali oleh agama islam. Ini termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor yang telah diwartakan 2 tahun sebelum kejadian itu pada 11 Mei 1995. Pimpinan Umno wajar diingatkan bahawa ada 2 kelompok utama yang terdedah kepada kerosakan aqidah. 1. Terlalu miskin dan dhaif dalam menyara kehidupan dan 2. terlalu jahil serta longgar dalam pegangan agama serta dibuai dengan hiburan yang melampau. Sejak isu murtad disebut-sebut bertahun lamanya , apakah tindakan konsisten yang dilakukan Kerajaan Pusat dan menteri agamanya? Pemimpin Umno mutakhir ini yang menunjukkan ghairah bercakap tentang mempertahankan aqidah ummat ini perlu tengok balik kepada diri mereka sendiri. Sejauhmanakah mereka terlibat dalam menjadikan kedua-dua golongan tadi semakin kritikal dan tenat Tengok kepada polisi dan dasar hiburan negara. Tengok juga kepada kejayaan proses pembasmian kemiskinan selepas DEB dan jurang kaya-miskin yang semakin melebar. Tengok kepada proses pembolotan kekayaan negara dan peminggiran sebahagian rakyat yang terpinggir dalam arus pembangunan mutakhir ini. Golongan asnaf dan fuqara serta ibu tunggal nyata dalam pengkalan data negeri dan Pusat. Persoalannya, mengapakah masih ada ummat Islam yang dhaif mengadu nasib kepada badan pertubuhan NGO Kristian dan lain-lain? Benarkah agensi-agensi dan jabatan-jabatan Islam gagal menangani keperluan mereka, seperti lazim didakwa pelbagai pihak? Apaah tindakan undang-undang sahaja mampu mengawal kejadian seumpama ini? Ataukah ia membayangkan permasalahan yang lebih mendasar dan mendalam di segi pegangan aqidah, kafahaman dan amalan ummat Islam di negara ini? Islam berdiri atas hujjah dan kefahaman yang jelas. Keyakinan aqidah mesti dibina atas ilmu dan pengetahuan yang kukuh. Aqidah adalah natijah iman yang mendalam dan tidak dapat dipaksakan. Paksaan adalah bertentangan dengan uslub atau kaedah menanamkan Iman dan keyakinan. Paksaan akan membuahkan sifat Nifaq, satu yang berlawanan dengan sifat Aqidah yang mesti dilakukan secara redho atas kejelasan hujjah dan ilmu. Bertempek, melaung dan berdemonstrasi sahaja untuk ummat berpegang dengan aqidah bukan jalannya menanam dan menyuburkan Aqidah ummat. Meleka dan melalaikan ummat dengan hiburan keterlaluan juga berlawanan dengan usaha untuk mempertahankan aqidah ummat. Atas bahu kepimpinan politik dan agama, tugasan untuk mendidik ummat Islam ini diletakkan. Aqidah adalah keyakinan hati dan jiwa. Ia tidak dapat dipasakkan dengan undang-undang dan hukuman semata-mata. Ia perlu dibina dengan menyeluruh dan konsisten serta bereterusan. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan tidak memerlukan ia diperkasa dengan ‘keangkuhan’ lebih dari ia perlu ditampilkan dengan sifat “Rahmah” dan “Ihsan Belas” kepada pihak lain. Ada yang juga tak kena dengan kepimpinan yang bertanggungjawab tentang agama Islam di Negara ini yang gagal memahami bahawa Islam itu bukan dalam kedudukan diserang atau “under-siege” seperti yang didakwa pihak tertentu yang tidak memahami watak dan sifat Islam itu sebenarnya. Bahkan Politik Baru menampilkan satu keselesaan dan perasaan saling menghormati yang cukup mendalam sekaligus membuka ruang ‘dialog’ antara agama yang cukup luar biasa. Pernah penulis sendiri terasa akan permusuhan dan perseteruan yang sangat tajam dengan pihak IFC satu ketika dahulu. Namun setelah ruang dialog, wacana dan diskusi mampu dibina, maka runtuh segala tembok-tembok prajudis. Semua masih kuat dengan pegangan agama dan kepercayaan masing-masing, mungkin lebih kukuh lagi. Tetapi hari ini , kami boleh berkawan bahkan bergandingan bahu kea rah mencari “Satu Malaysia Baru” yang lebih cemerlang, hebat dan gemilang. Hari ini, Dato Ambiga, Malik Imtiaz dan Harris Ibrahim adalah kawan dan rakan seperjuangan penulis dalam BERSIH 2.0. Kami memahami mereka dan mereka lebih memahami kami lagi dan mengapa ummat Islam cukup sensitif dengan persoalan Aqidah dan Akhlak atau Moral. Kami akan terus mewujudkan dialog dan wacana nasional ini bagi memperkukuhkan persefahaman antara agama dan budaya bagi menjauhi prajudis dan buruk sangka. Inilah Politik Li-Ta’arafu – “Saling Kenal-Mengenali-Hormat-Menghormati” yang dianjurkan Al-Quran. Bukankah persefahaman ini yang dimahukan PM Najib dalam pendekatan “moderate’nya? Bukankah ini yang dicanang merata dunia yang kononnya dilaksanaka di Negara contoh ini? Namun jelasnya kesemua ini tampak kosong dan lompang. PAS dan Pakatan rakyat jauh lebih berjaya dan telus dalam menghidupkan dan menghayati tuntutan “Al-Wasatiyyah” atau “Keserdahaan” yang dianjurkan oleh Islam. Kembali kepada persoalan pokok. Bila direnungi kesemua pergolakan ini, anda tidak dapat mengelak dari bertanya. Benarkah Umno konsisten untuk mempertahankan aqidah ummat ataukah ia lebih tepat lagi kerana ingin menangguk di air keruh untuk kepentingan kepartaian sahaja bagi menjatuhkan lawan politiknya? Politik itu murni dan medan untuk bersaing bagi mencari redho Allah. Tetapi nyata hari ini, politikuslah kelompok utama yang merosakkan medan amal ini. Mungkin kesemua ini tidak salah dari perspektif politik Umno. Tetapi jangan sampai ‘nawaitu’ politik sebenar itu, yang diadunkan atas nama agama, merosakkan kemuliaan Islam sebagai agama Rahmatan Lil-‘Alamin! Masa akan menentukan dan menyerlahkan kebenaran hakikat ini. **Dr Dzulkefly Ahmad adalah Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS |
PAS harap Jais cepat kemuka hasil siasatan |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: PAS berharap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dapat mengeluarkan hasil laporan siasatan berhubung pemeriksaan ke atas Methodist Church, Damansara Utama secepat mungkin. YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia perlu disegerakan bagi mengelakkan kontroversi berterusan berhubung isu ini yang memberikan kesan buruk kepada masyarakat berbilang agama di negara ini. Jais sebelum ini memberi jaminan akan mengeluarkan hasil laporan siasatannya selepas Hari Raya Aidilfitri. "Saya anggap itu tempoh masa yang lama kerana ini akan menimbulkan pelbagai kontroversi yang tidak baik kepada pelbagai pihak. "Selagi tidak ada satu penyelesaian dan kata putus apa bentuk tindakan, maka akan timbul pelbagai kenyataan yang tidak baik yang boleh memberikan gambaran yang tidak sihat kepada masyarakat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. PAS juga, katanya tetap mahu bertemu dengan Jais bagi mendapatkan penjelasan mengenai apa yang berlaku. "Kami harap selesai siasatan, Jais sedia bertemu PAS kerana kita nak dengar dari Jais apa yang berlaku pada hari itu. "Kami nak jumpa Jais, nak jumpa gereja, nak dengar sendiri dariapda mereka sebab Jais kata tak serbu, gereja kata serbu.Jadi nak dengar daripada kedua-dua pihak," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. PAS sepatutnya bertemu dengan Jais hari ini namun terpaksa dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor. "Memang kita minta jumpa hari ini tetapi jawapan JAIS telah pun diberikan secara bertulis, atas beberapa perkara kerana kes itu masih dalam siasatan dan atas nasihat Sultan, Jais tidak lagi bertemu dengan mana-mana pihak untuk menjaga maklumat siasatan agar tidak terlepas kepada pihak lain," katanya. Manakala pertemuan dengan pihak gereja akan berlangsung esok seperti yang dirancang. Sepuluh pimpinan PAS akan terlibat dalam pertemuan dengan pihak gereja tersebut. Mereka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Idris Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmod, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman. |
Gereja minta tangguh jumpa PAS |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pihak Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) menangguhkan pertemuan dengan PAS yang sepatutnya berlangsung petang ini. Dato' Hj Mustafa Ali - SUA PAS Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS menerima surat daripada pihak GMDU semalam meminta pertemuan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Menurut Mustafa, GMDU dalam suratnya menyatakan ianya terpaksa ditangguhkan kerana isu ini sudah menjadi terlalu umum dan mendapat pelbagai tafsiran daripada pelbagai pihak. "Saya dapat surat semalam, GMDU minta tangguh dulu, bukan batal. "Sebab yang diberikan isu ini sudah menjadi terlalu umum dan ditafsirkan macam-macam," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini. Mustafa juga berkata, GMDU juga pada asalnya tidak mahu sebarang liputan media diadakan sewaktu pertemuan tersebut. "Dalam surat pertama dahulu pun, GMDU memang tidak mahu sebarang liputan media. Jadi PAS cadangkan pertemuan diadakan di tempat lain. "Tapi mungkin GMDU lihat terlalu banyak komen, jadi mereka minta tangguh dahulu. Lagipun media selalu tanya pasal pertemuan ini," katanya. Ditanya harapan PAS terhadap pertemuan tersebut, Mustafa berkata ianya bagi mendengar penjelasan daripada semua pihak. "Oleh kerana tidak bertemu lagi, jadi tidak ada kesimpulan lagilah," katanya. Pertemuan yang sepatutnya berlangsung di GMDU 4 petang ini melibatkan sembilan pimpinan PAS termasuk beliau. Mereka diketuai Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat Idris Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmod, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abd Rani Osman. Pertemuan dengan Jais yang sepatutnya berlangsung semalam juga dibatalkan atas nasihat Sultan Selangor. PAS bagaimanapun berharap Jais mahu menemui mereka selepas selesai mengeluarkan hasil laporan siasatan |
PAS terus berdialog dengan gereja |
Mohd Sabri Said |
KEPALA BATAS, 17 Ogos: Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat akan meneruskan pendekatan berdialog dengan pihak gereja seluruh negara walaupun sekarang ini berlaku sedikit kekeliruan hasil mainan akhbar pro Umno dan Barisan Nasional (BN). YB Dr Mujahid Yusof Ar Rawa - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Pengerusinya, Dr Mujahid Yusuf Rawa menegaskan, lajnah tidak akan duduk diam dalam usaha mempromosikan parti ke tengah masyarakat agar lebih dikenali bukan untuk dimusuhi. "Lajnah tetap berusaha merapatkan PAS dengan semua gereja di Malaysia supaya masyarakat Kristian tidak salah faham dengan PAS. Sejak pendekatan itu dimulakan sambutanya amat membanggakan sekaligus membimbangi Umno dan BN," terangnya ketika ditemui di majlis berbuka puasa PAS Cawangan Permatang Tinggi 'C', petang semalam. Mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang menyerbu gereja Methodist, Damansara Utama (GMDU) kononnya terdapat orang Islam dalam premis berkenaan, beliau berharap kedua-dua belah pihak tampil ke hadapan memberikan penjelasan supaya diatasi dengan baik. Katanya, semua pertuduhan samar-samar dan memerlukan penelitian supaya PAS tidak terjerat dalam kancah ciptaaan musuh politik yang mahukan Pakatan Rakyat berpecah menjelang pilihanraya umum. Pada sesi lalu tambah Dr Mujahid, lajnahnya berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan paderi dan gereja di mana sambutannya memberangsangkan. "Hubungan yang baik dan harmoni menyeramkan pihak lain, maka ada sahaja usaha menimbulkan prasangka yang tidak enak," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. |
Umno dalang: Mustafa pertahan kenyataan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mempertahan kenyataannya bahawa isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah 'perangkap' Umno. Dato' Hj Mustafa Ali - SUA PAS Sehubungan itu katanya, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak terutama Umno yang memohon beliau memohon maaf kerana mengaitkan isu pemeriksaan itu dengan parti mereka. "Saya tetap mempertahan apa yang saya kata sebelum ini. Tidak timbul soal mintak maaf ni," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan setiausaha badan perhubungan Umno Selangor Datuk Mohd Zin Mohamed yang menuntut beliu memohon maaf secara terbuka kerana mengaitkan mereka sebagai dalang pemeriksaan terhadap DUMC pada 3 Ogos lalu. Datuk Mohd Zin Mohamed - SUP UMNO Selangor Pada sidang media semalam, Mustafa menyeru pemimpin dan ahli PAS supaya tidak terperangkap atau terjebak dengan ‘perangkap’ Umno dalam isu Jais dan gereja itu. Menurutnya, beliau mendapat maklumat bahawa Umno berperanan disebalik tindakan Jais itu. “Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu Selasa lalu. Beliau berkata, oleh kerana maklumat ‘dalaman’ itu tersangat boleh dipercayai, maka mendedahkannya ekoran timbul pelbagai tafsiran tentang operasi yang dilakukan Jais itu. Mustafa bersedia mendedahkan maklumat itu kepada Pengarah Jais dalam pertemuan yang akan diadakan nanti. |
Semua pihak perlu hormati sensitiviti umat Islam |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama seharusnya memahami dan menjaga sensitiviti yang sedia wujud di antara untuk mengelakkan sebarang polemik yang tidak diingini daripada berlaku. Sdr Khairudin Abas - YDP ABIM Selangor Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri Selangor, Khairuddin Abas berkata, ini terutama sekali dengan menghormati kedudukan Islam sepertimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Merujuk kepada polemik Gereja Methodist Damancara Utama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada ketika ini, katanya Abim Selangor ingin menegaskan pendirian bahawa pihak-pihak bukan Islam seharusnya menghormati sensitiviti serta batasan umat Islam dalam beberapa aspek. “Penegasan ini dibuat merujuk kepada beberapa aktiviti yang berlaku dalam gereja tersebut seperti berbuka puasa, menyanyikan lagu Allahu Akhbar, Alhamdullilah, di samping kuiz soal jawab yang mengelirukan mengenai Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Ini, ujarnya sekaligus mencetuskan pelbagai persoalan di sebalik niat dan objektif yang ingin dipenuhi oleh pihak penganjur program tersebut. Abim Selangor juga, tambahnya ingin melahirkan rasa kesal terhadap penggunaan kalimah Allah yang terdapat dalam perkataan Allahu Akhbar dan Alhamdullilah yang dikumandangkan oleh pihak terbabit, kerana ia seakan tidak merujuk kepada status penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam yang masih lagi menjalani proses perundangan di mahkamah. “Dalam hal ini, Abim Selangor ingin mengetengahkan kekhuatiran terhadap gerakan Kristianisasi yang dijalankan oleh gereja-gereja tertentu di seluruh negara, khususnya di bandar-bandar besar serta memandang berat laporan jemputan-jemputan yang dibuat oleh pihak terbabit di kalangan golongan remaja,” katanya lagi. Beliau menambah, aktiviti digerakkan menerusi pengedaran Bible secara percuma, risalah, komik yang disasarkan khusus kepada remaja Melayu yang dikhuatiri berniat untuk menimbulkan keraguan serta kekeliruan di kalangan mereka terhadap ajaran Islam itu sendiri di samping kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan atas nama kebebasan beragama. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4958-semua-pihak-perlu-hormati-sensitiviti-umat-islam
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5552-gereja-pas-selangor-ucap-tahniah-pada-jais
Gereja: PAS Selangor ucap tahniah pada Jais |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 22 Sept: PAS Negeri Selangor hari ini mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana telah siap menyediakan dan menyerahkan laporan penuh berhubung pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Berkata pada satu sidang media di Pejabat PAS Selangor Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Abd Rani Osman memberitahu satu pengumuman akan dilakukan oleh Khalid berhubung dengan laporan tersebut. "Kami difahamkan Menteri Besar akan membuat beberapa pengumuman berhubung dengan laporan tersaebut selepas berbincang dengan Tuanku Sultan Selangor. "Persoalan agama adaah satu perkara yang amat penting kepada seluruh rakyat Malaysia yang menganuti pelbagai agama. Selagi mana umat Islam dan institusi-institusi yang diamanahkan oleh Undang-undang Tubuh Negeri Selangor serta segala peraturannya berpegang teguh dan berterusan merujuk kepada kedua sumber ini, maka kami yakin prinsip-prinsip kebenaran keadilan dan kesaksamaan akan dapat terus dipertahan dan ditegakkan. "Oleh itu kami mendukung penuh agar urusan hal-ehwal naungan Islam di negeri ini diurustadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang berasa di bawah naungan Tuanku Sultan Selangor dengan perlaksanaan, khususnya pentadbiran masjid, surau dan sekolah-sekolah agama melalui Jais yang merupakan jabatan yang dibiayai sepenuhnya di bawah pentadbiran kerajaan negeri. "Mendukung hubungan baik diantara istana dan kerajaan negeri serta institusi-institusi Islam di negeri ini, PAS Selangor telah mengutuskan surat memohon perkenaan untuk mengadap Tuanku Sultan," jelasnya yang juga Adun Meru. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Dewan Negeri Hulu Klang Shaari Sungib, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairudin Othman dan juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Selangor, Noraini Hussin. Rani dalam masa yang sama menjelaskan pihaknya menolak keras sebarang usaha untuk memisahkan politik atau siasah daripada ajaran Islam. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga memberitahu sepatutnya isu gereja ini tidak sepatutnya dimanipulasi sebelum menerima laporan daripada pihak Jais. "Prinsip keadilan sepatutnya isu gereja tidak perlu dimanipulasi dengan pelbagai andaian mahupun dakwaan dan kita sepatutnya menunggu laporan dari Jais terlebih dahulu. "Cuma keadaan sekarang kita khuatir ada pihak akan cuba memanaskan keadaan tersebut, umat Islam perlu bersabar dan melihat bukti serta laporan yang akan diumumkan oleh Khalid nanti," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam. Dalam pada itu, beliau memberitahu kefahaman bahawa pemimpin masyarakat dipanggil sebagai ahli politik adalah kefahaman sempit yang bercanggah dengan prinsip kesyumulan Islam. "Dalam Islam semua aktiviti seseorang mukmin dan mukminah adah ibadat demi mendapat keredhaan Allah. Dengan aktiviti seorang ahli politik dalam Islam adalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan sebagai ibadah demi mencapai keredhaan Allah. "Kefahaman bahawa ahli-ahli politik tidak dibenarkan bercakap tentang Islam adalah satu bentuk fahaman sekular yang didukung oleh Umno dalam mentadbir negara dan negeri Selangor selama ini," katanya lagi. Merujuk kepada fahaman tersebut PAS Selangor menolak fahaman songsang yang diamalkan oleh Umno dan kesan daripada itu telah mewujudkan politik menakutkan rakyat sehingga mencetuskan kebencian antara kaum. Jumpa Jais minggu depan Dr Abd Rani juga mengesahan pihaknya akan bertemu dengan Jais minggu hadapan bagi membincangkan isu pentauliahan mengajar di negeri ini. Beliau menjelaskan PAS sudah menghantar surat minggu lepas dan hanya menanti jawapan daripada pihak Jais. "Berkenaan dengan isu pentauliahan pihak kami ingin mengadakan pertemuan dengan institusi tersebut pada 27 September nanti. "Kita akan membincangkan segala isu mahupun persoalan yang menjadi tanda tanya terhadapan pentaulihan tersebut dan berharap akan mendapat jalan penyelesaian. Kita tahu tauliah ini diberikan hanya untuk mengelak daripada wujudnya ajaran sesat dan untuk makluman dalam PAS ramai pemimpin yang memperoleh sijil dalam agama Islam diiktiraf oleh antarabangsa. "Maka untuk mengatakan wujud ajaran sesat yang disampaikan oleh pemimpin PAS adalah tidak benar," katanya. Khalid pula memberitahu tidak pernah ada garis panduan yang dikenakan oleh Jais dalam memberi tauliah dan setiap individu yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga. "Untuk memohon tauliah mengajar di Selangor tidak pernah ada garis panduan ataupun kelayakan mereka yang memohon, malah sesiapa yang ingin mengajar akan dipanggil temuduga dan dari situ baru diketahui sama ada layak atau tidak. "Berkenaan dengan menghalang ahli-ahli politik bercakap tentang agama di masjid mahupun surau ia adalah satu tindakan yang amat pelik kerana tempat tersebut adalah tempat untuk mendekati Islam. "Tapi tempat awam dibenarkan, kita lihat perkara ini sudah menjadi satu yang tidak boleh diterima akal. Jadi saya berharap pertemuan nanti akan menemui jalan penyelesaian berkaitan isu pentauliahan," usul Khalid. Sebelum itu isu pentaulihan ini telah menjadi tumpuan apabila kedua-dua pemimpin PAS Khalid dan juga Dr Rani yang telah ditarik balik oleh pihak Jais apabila didapati menyampaikan tazikrah di masjid pada bulan Ramadhan yang lepas sehinggakan pihak Jais telah mendakwa Khalid di Mahkamah Syariah kerana dakwaan tersebut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5552-gereja-pas-selangor-ucap-tahniah-pada-jais
Sultan: Wujud cubaan pesong akidah
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.
Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.
Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.
“Oleh itu setelah meneliti dengan mendalam laporan JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak.
“Bagaimanapun, beta menitahkan JAIS memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda dalam kenyataannya hari ini.
Baginda juga menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu.
Titah baginda lagi, tindakan JAIS menyerbu gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul, tidak menyalahi undang-undang negeri serta selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.
Sumber MK : 10/10//2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5899-kerajaan-selangor-hormati-titah-sultan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5980-saya-serah-kepada-polis-aziz-bari
Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.
Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.
“Oleh itu setelah meneliti dengan mendalam laporan JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, beta bersetuju tiada pendakwaan akan dibuat terhadap mana-mana pihak.
“Bagaimanapun, beta menitahkan JAIS memberi kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan,” titah baginda dalam kenyataannya hari ini.
Baginda juga menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS memantau rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa teragak-agak terhadap usaha itu.
Titah baginda lagi, tindakan JAIS menyerbu gereja di Petaling Jaya Ogos lalu adalah betul, tidak menyalahi undang-undang negeri serta selaras dengan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988.
Sumber MK : 10/10//2011
Kerajaan Selangor hormati titah Sultan |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 10 Okt: Kerajaan Negeri menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung laporan pemeriksaan terhadap Dream Center di Damansara Utama yang telah diperiksa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). “Kerajaan negeri yakin dan percaya, titah baginda ini adalah keputusan terbaik dan adil serta mengambil kira keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini dan Malaysia amnya. “Sebagai rakyat Selangor, kita mesti menghormati dan menerima titah ini dengan hati terbuka dan positif kerana baginda adalah ketua negeri dan tempat masyarakat berbilang kaum berlindung,” kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Katanya, Kerajaan Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi disebabkan isu itu sebaliknya ia memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan Jais serta pengumpulan bukti. Justeru, ujarnya kerajaan negeri akan menubuhkan jawatan kuasa khas untuk memperkasakan Standard Operating Procedure (SOP) di Jais agar jabatan itu dapat memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan. Menurutnya, jawatan kuasa khas itu akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan yang mana nama-nama mereka akan diumumkan kelak. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5899-kerajaan-selangor-hormati-titah-sultan
Saya serah kepada polis - Aziz Bari |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung laporan yang dibuat, mendakwa beliau mempertikai titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka. "Hak orang nak buat laporan polis...saya tak boleh kata apa...terpulang kepada polis untuk ambil tindakan," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Aziz berkata demikian ketika diminta memberi respons kepada lima laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam. Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS). Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa Sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri. Namun Aziz mempertahankan tindakannya itu dan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang mencabar kuasa Sultan. "Saya rasa apa yang saya sebut itu tak ada masalah dalam ruang lingkup yang kita boleh komen. "Ada lagi kenyataan yang lebih teruk tapi tak ada pulak laporan polis dibuat terhadap mereka," katanya. Malaysiakini Selasa lalu melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim. Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5980-saya-serah-kepada-polis-aziz-bari
No comments:
Post a Comment