Contohi rakyat Singapura yang tunjukkan perubahan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Mei: Rakyat di negara ini perlu mencontohi sikap rakyat Singapura yang mahukan perubahan sehingga parti pembangkang negara itu berjaya memperolehi 40 peratus undi popular. YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - Ketua Pengarah PR DPPP / AP Jerai "Kita melihat bagaimana angin perubahan berlaku di Singapura. "Saya pergi ke sana dan melihat sendiri bagaimana sikap mereka yang berani membuat perubahan," katanya. Keputusan semalam menyaksikan parti pemerintah Singapura, People's Action Party (PAP) menghadapi penurunan populariti dan tewas di satu daerah utama. Parti Pekerja menang enam kerusi iaitu prestasi terbaik mereka semenjak Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965. Parti PAP memenangi 81 dari 87 kerusi Parlimen, menurun dari kemenangan 84 kerusi semasa pilihanraya 2006. Mereka hanya mendapat jumlah undi popular 60 peratus daripada dua juta undi berbanding 67 peratus pada pilihan raya sebelumnya. Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, dalam keadaan hari ini, Malaysia lebih-lebih lagi memerlukan perubahan politik bagi membebaskan rakyat dari segala tekanan hidup yang berlaku. "Maka tiada sebab untuk anak muda kita untuk tidak melakukan perubahan. "Sewajarnya parti pemerintah negara ini ditukar,"katanya. George Yeo - Mantan MENLU Singapura Di dalam satu saingan paling sengit semalam, Menteri Luar Singapura George Yeo dan empat calon PAP yang lain tewas kepada Parti Pekerja di dalam parlimen Al-Junied GRC, memaksa beliau tersingkir dari kabinet. Kawasan Aljunied GRC, yang mempunyai 143,000 pengundi, jatuh kali pertama ke tangan pembangkang. |
Dr Tony Tan Keng Yam presiden baru S'pura
Bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam menjadi presiden ketujuh republik tersebut, selepas memenangi pertandingan empat penjuru, dengan memperolehi 7,269 undi atau perbezaan 0.34 peratus selepas kiraan semula undi.
Tuan Terutama Dr Tony Tan Teng Yam - Presiden baru Singapura
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yam Ah Mee mengumumkan keputusan itu pada awal pagi Ahad selepas beliau membenarkan kiraan semula undi berikutan perbezaan jumlah undi antara dua calon utama adalah kurang 2 peratus daripada jumlah undi yang sah.
Keng Yam memperoleh 744,397 atau 35.19 peratus daripada jumlah undi yang sah manakala Dr Tan Cheng Bock mendapat 737,128 undi atau 34.85 peratus.
Tan Jee Say meraih 529,732 undi atau 25.04 peratus dan Tan Kin Lian mendapat 103,931 undi atau 4.91 peratus.
Ini merupakan kali pertama Singapura menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi jawatan presiden. Ia juga julung kalinya menyaksikan pertandingan dalam Pilihan Raya Presiden sejak 1993.
Presiden ialah ketua negara dan memegang jawatan itu bagi tempoh penggal enam tahun.
Pilihan raya Presiden ini disifatkan sebagai 'bersejarah' kerana ia julung kali diadakan sejak 1993 apabila Ong Teng Cheong menang dalam pertembungan satu lawan satu, dan buat pertama kali menyaksikan saingan membabitkan ramai calon yang bertanding.
Rakyat Singapura mula mengundi pada Sabtu untuk memilih Presiden baru di 781 pusat mengundi yang dibuka sejak 8 pagi.
Empat 'Tan' bertanding jawatan itu untuk menggantikan SR Nathan selaku penyandang, yang akan tamat penggal memegang jawatan pada 31 Ogos selepas berkhidmat selama dua penggal.
Mereka mengundi di pusat mengundi masing-masing. Terdapat kira-kira 2.27 juta calon yang layak mengundi di negara bandar raya ini.
- Bernama / MK - 28/08/2011

No comments:
Post a Comment