FACE BOOK PAS SELANGOR

FACE BOOK PAS SELANGOR
BERKOMUNIKASI SECARA LEBIH MUDAH DAN CEPAT

Wednesday, May 11, 2011

PECAH DAN PERINTAH (DEVIDE AND RULES)

Umno pimpin hingga kiamat jika PAS ikut gesaan Mahathir


Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Sambil mempertahankan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu berkata, Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak kerana tidak putus-putus menggesa parti Islam itu keluar daripada perikatan tersebut. Tegas Mohamad, sekiranya PAS bertindak keluar Pakatan Rakyat, secara automatik BN akan terus memerintah negara “sehingga hari kiamat.”





Tn Hj Mohamed Sabu - AJK PAS Pusat

“Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia (BN) tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN.

“Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat... tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu”, BN kini bergantung kepada kekuatan Umno selepas parti komponen lain dilihat seperti “hidup segan, mati tak mahu.”

“BN sudah hilang tongkat, MCA dan Gerakan seperti hidup segan, mati tak mahu... tongkat BN hanya pada Umno.

“Kalau Umno rebah, rebahlah BN dan kawasan Melayu yang Umno wakili akan jadi milik Pakatan Rakyat... sebab itu saya katakan kalau PAS keluar Pakatan Rakyat sama ada secara bersendiri atau bersama BN selamatlah Umno sebab dapat nafas baru,” kata Mohamad sambil menggesa ahli parti Islam itu tidak terpedaya dengan pandangan dari “nakhoda kapal yang sedang tenggelam” - merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.





Tun Dr Mahathir Mohamed - Mantan PM

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap Dr Mahathir yang mengatakan PAS perlu bertindak di luar Pakatan Rakyat kerana gabungan tiga parti perikatan itu adalah palsu dan merugikan orang Melayu.
Dr Mahathir berkata, PAS tidak semestinya menyertai BN tetapi jika PAS mahu bertanding menentang Umno, biarlah parti tersebut berada di luar Pakatan Rakyat.

“Jika PAS mahu kembali kepada BN seperti era 70-an lalu, saya percaya BN akan menerimanya.
“Mahu lawan Umno, mahu pecah undi Melayu, lawanlah, kita tiada masalah. Tetapi kalau boleh PAS jangan bekerjasama dengan PKR dan DAP,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut menegur PAS kerana perjuangan mereka sekarang dilihat amat jauh menyimpang daripada perjuangan asal yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam dengan undang-undang syariahnya sekali.

Katanya, PAS dahulu tidak boleh melihat dan mendengar perkataan DAP tetapi kini parti tersebutlah yang paling hadapan sekali mempertahankan DAP dalam banyak isu.

“Apa sudah jadi dengan pemikiran orang Melayu Islam PAS? Semuanya sudah tunggang-langgang sekarang,” katanya.





YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak - PM Malaysia

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jika pun memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Najib mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.





Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - Naib Presiden /
Pesuruhjaya PAS Pahang


Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Mahathir tidak perlu untuk terlibat dalam politik negara, sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menangani isu-isu sensitif yang berlaku.

“Sebagai bekas perdana menteri, beliau (Dr Mahathir) perlu bertindak sebagai penasihat yang baik kepada rakyat dan kerajaan terutamanya dalam isu kaum dan agama serta isu-isu sensitif, saya pasti dengan pengalaman yang beliau ada, beliau tahu dan faham masalah yang dialami negara.

“Beliau patut bertindak ke arah perpaduan rakyat bukan menyemarakkan lagi api perkauman dan dari sudut PAS kita lihat PAS dengan gabungan dalam Pakatan Rakyat mula diterima rakyat, malah rakyat sudah mula menolak parti yang bersifat perkauman,” katanya.

Selain itu, menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak akan melayan sebarang gesaan yang meminta parti Islam itu keluar Pakatan Rakyat.

“Pada pandangan saya parti komponen BN masih lagi berfikiran lama dengan sikap double standard antara kaum, sebagai contoh bila pemimpin Umno bercakap dengan prang Melayu mereka minta tolak PAS sebab PAS berkawan dengan DAP tapi bila bersama masyarakat Cina mereka takutkan dengan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

“Jadi PAS tidak akan melayan gesaan itu,” katanya.






YB Dr Mujahid Yusof Ar Rawa - AJK PAS Pusat /
AP Parit Buntar

Seorang lagi ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata kenyataan yang dikeluarkan Dr Mahathir itu adalah untuk menyelamatkan Umno-BN dan bukan untuk selamatkan negara.
“Pertama sekali ia adalah pandangan peribadi dan beliau boleh kata apa sahaja yang beliau nak katakan, bagi PAS apa yang penting bukan apa yang beliau katakan tapi adalah untuk melakukan perubahan dalam negara.

“Itu yang lebih penting daripada mahu mengajak PAS keluar Pakatan Rakyat, saya terkejut bila Dr Mahathir kata seperti itu... orang seperti beliau yang mempunyai pengalaman harus menasihatkan parti politik melakukan perubahan bukan ajak PAS keluar Pakatan Rakyat, itu memalukan diri sendiri sahaja,” katanya
Justeru kata Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, PAS akan kekal bersama Pakatan Rakyat.

“Apa yang lebih penting bukan soal PAS baik dengan DAP atau PKR tapi apa yang kita lakukan adalah seruan supaya rakyat melakukan perubahan untuk menggantikan Umno-BN.

“Kenyataan Dr Mahathir itu lebih melihat untuk selamatkan Umno-BN bukan nak selamatkan negara, malulah sikit,” katanya.

Sumber : The Malaysian Insider - 11//05//2011
http://my.news.yahoo.com/umno-pimpin-hingga-kiamat-jika-ikut-gesaan-mahathir-211109992.html



Perlukah PAS dengar nasihat musuhnya?



Subky Latif   

APAKAH jawapan yang dapat diberi kepada Dr. Mahathir apabila dia menempelak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat supaya dapat bebas meneruskan perjuangannya ketika ia ditubuhkan dulu?
Jawapan yang paling tepat ialah PAS bukan seperti Dr. Mahathir yang boleh dikeluarkan dari Umno dan boleh keluar dari Umno.





Tun Dr Mahathir Mohamed - Mantan PM

PAS ialah sebuah parti siasah Islam yang bergerak mengikut panduan siasah syariyah. Tidak cukup ilmu Dr. Mahathir yang ada bagi mengajar PAS kerana ilmu politik yang dianutnya adalah berasaskan siasah duniawi.

Mungkin orang mahu melihat pandangan Dr. Mahathir supaya PAS tinggalkan Pakatan Rakyat sebagai satu nasihat.

Tetapi Dr. Mahathir selama-lamanya adalah musuh PAS. Seorang musuh tidak akan memberi nasihat kepada musuhnya. Seelok mana pun pandangannya ia adalah pandangan seorang musuh. Politiknya adalah untuk menjahanamkan musuhnya.

Semasa PAS berlawan dengan Umno dikiranya sebagai musuh dan ketika PAS bersama Umno dalam kerajaan campuran PAS-Perikatan dan sebagai komponan Barisan Nasional pun dikiranya sebagai musuh juga.

Jika dia jujur terhadap PAS tidaklah dia menjadi batu api utama menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional. Dia tidak pernah menyesal dengan tindakannya itu.

Pandangan terbarunya iaitu suka kalau PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dibuat ketika tema Umno setahun setengah ini ialah mahu menggagalkan muafakat Pakatan Rakyat yang muncul sebagai pengancam kuasa Umno yang pertama sejak Umno berkuasa tahun 1955 dulu.

Sekali pun PAS sudah menjadi penentangnya pada masa itu tetapi PAS tidak pernah dilihat sebagai pencabar kepada kuasanya. Pakatan Rakyat yang disertai oleh PAS inilah yang menjadi pencabar pertama paling mengancam dalam sejarahnya.





YBM Tengku Razaleigh Hamzah - Mantan Menteri Kewangan

Dr. Mahathir sudah kecut perut melihat percubaan siasah syariah pertama ketika mengikat persefahaman dengan Team B Umno pimpinan Tengku Razaleigh. Kiranya DAP dapat ditarik kepada perkongsian itu, maka ia akan jadi amaran kiamat awal kepada monopoli kuasa Umno itu.

Nasibnya baik ketika itu masa belum cukup matang bagi PAS untuk duduk sebangku dengan DAP dan Tengku Razaligh pula tidak cukup kuat untuk menghadapi   risiko. Dia sudah mengambil risiko tetapi tidak tahan dengan risiko itu.






YB Datuk Ibrahim Ali - AP Pasir Mas / Presiden PERKASA


Kata Ibrahim Ali yang menjadi hulubalang Dr. Mahathir dalam Majlis Tertinggi Umno, bahawa Dr. Mahathir amat gembira dengan kegagalan siasah syariah awal PAS untuk mengadakan kerjasama dengan DAP itu. Sekali pun ia dipolitikkan sebagai meniru politik Umno yang bersekutu dengan MCA dan MIC, tetapi dia tidak suka politik itu ditiru orang.

Walau pun dikatakan meniru tetapi politik Perikatan dulu dan BN sekarang dibuat semata-mata untuk politik dunia, sedang PAS dan DAP yang dikatakan meniru itu dibuat oleh PAS berdasarkan kehendak siasah syariah.





YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang / Ketua Umum PKR 

Dan sekarang dengan penyertaan dan perantaraan PKR dan kesungguhan Anwar Ibrahim mewujudkan muafakat alternatif itu, ia benar-benar muncul sebagai pencabar bertenaga untuk mengambil alih kuasa  di Putrajaya.

Sekali pun PAS itu musuh kekal Dr. Mahathir, tetapi seteru utamanya masa ini ialah Anwar Ibrahim. Dia amat takut kepada kemenangan Anwar Ibrahim. Bukan kejayaan Anwar itu akan menguburkan politik Najib tetapi ia akan mengakhiri legasi Dr. Mahathir.

Cara bagi menyekat Anwar yang degil itu tidak mudah. Jalan yang mudah ialah cuba memperdaya PAS supaya menjauhkan diri daripada Anwar.

Tidak berbangkit dia sayangkan PAS dan sayang kepada cita-cita dan perjuangan PAS. Yang dia mahu supaya Anwar mati kering dan PAS terpaksa menunggu 50   tahun lagi untuk menumbangkan Umno.
Tidak berbangkit perjuangan PAS tersekat dengan kerjasama DAP dan PKR itu. Siasah syariah mengajar mengambil apa jua kaedah, memanfaatkan suasana yang ada bagi menyalurkan cita-citanya. Tidaklah PAS itu beku dan jumud. Ia hidup dengan panduan Islamnya.

PAS diajar supaya tidak berputus asa. Dan ia berpegang kepada janji. Ia berpolitik tetapi ia tidak akan mengkhianati janji yang diikat dengan PKR dan DAP sekarang. Janji PAS itu hanya batal kalau ia dibatalkan oleh DAP dan PKR.

Seperti janji PAS dengan Ku Li. Bukan PAS yang memulakan sayonara kerjasamanya. Orang Ku Li dan Ku Li sendiri memulakan kerja untuk kembali kepada Umno. Bukan PAS yang hendak meninggalkan BN tetapi pengkhianatan Dr. Mahathir memulakan pengusiran PAS itu.







TUN M, 'TALIAN HAYAT' UMNO





 

 

 

 

 

 

Tuduhan Tun Mahathir bahawa PAS alat DAP adalah terlalu dangkal. PAS juga turut dilabel sebagai pemecah belah bangsa Melayu. Pendek kata, segala kemelut dan masalah yang melanda kini, mestilah PAS menjadi pencetusnya. UMNO betul segala-galanya, tiada cacat celanya dan tanpa UMNO seolah-olah bangsa Melayu itu akan tertindas.


Sumber : Blog Tuan Ibrahim Tuan Man - 9/05/2011


Tun Mahathir sepatutnya menjadi penasihat yang baik bagi negara dalam memelihara keamanan dan perpaduan negara. Dengan pengalaman 24 tahun sebagai PM pastinya beliau tahu betapa perlunya keamanan dan perpaduan kaum dipelihara. Beliau bukan sahaja gagal membantu menjadi penasihat baik bagi kerajaan sebagaimana fungsi yang telah dilakukan oleh Lee Kuan Yew di Singapura, sebaliknya sentiasa menjadi masalah bagi kepimpinan negara.


Tuan Lee Kuan Yew - Menteri Mentor Singapura

Di zaman Pak Lah jadi PM, Tun sendiri yang melantiknya sebagai pengganti. Tiba-tiba dialah yg mengkritik, sentiasa merungut, dan ditekan dengan pelbagai bahasa yg kesat. Beliau gagal membantu kerana sesuatu perasaan halus dalam hati beliau yang tersimpan kukuh.

Kini Tun meneruskan agenda beliau menyemarakkan api perkauman dan agama. Apa tujuan beliau yang tahu kesan bila mana ianya gagal dikawal? Apakah kerana mengharapkan bagi mengekalkan kuasa UMNO dan parti perkauman yg semakin ditolak oleh rakyat, beliau terus mengharapkan elemen perkauman menjadi agenda utama pada setiap kali PRU?

Saya terkadang berfikir sendiri ke mana Tun nak bawa negara? Betul beliau ahli UMNO dan bekas pimpinan lama. Kalau beliau bukan mantan PM, saya tidak kisah. Tetapi segala tindakan beliau benar-benar meluahkan rasa kecewa kerana 'sepatutnya' beliau masih PM.



Kalau menang, Pakatan dah sedia jawatan untuk Najib
Nazri Abdullah   



YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang


SHAH ALAM, 19 Jun: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno BN sedang berusaha keras mencari jalan memecahkan perpaduan di antara PAS, PKR dan DAP.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen Pilihanraya Keadilan di sini, beliau mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli PKR di segenap peringkat agar bersedia menghadapi taktik kotor Umno BN.

Umno BN, jelasnya kini terdesak dan akan menghalalkan segala tindakan bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.





"Pastikan hubungan kita dengan PAS dan DAP erat kerana Datuk (Seri) Najib (Razak) masih merencana bagaimana nak pecahkan kita.





YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM

"Mereka menggunakan polisi penjajah iaitu pecah dan perintah. Kita harus waspada", katanya dihadapan lebih 4,000 ahli PKR yang hadir dari seluruh negara memenuhi Dewan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).





Antara taktik kotor Umno BN itu jelasnya, tindakan "membeli" pemimpin tertentu dari Pakatan Rakyat untuk dijadikan "tukang karut" menghentam dan memfitnah pemimpin dan dasar Pakatan Rakyat.
"Menjelang pilihan raya harga naik, bukan harga barang tapi harga tokoh-tokoh khianat.

"Mereka akan cari, tak dapat pemimpin kanan, pemimpin negeri. Tak dapat negeri, pemimpin cabang. Tak dapat cabang, pemimpin ranting. Tak dapat ranting, pemimpin tewas termasuk yang gagal menjadi calon", katanya melontar jangkaan.

Sehubungan itu beliau memberi ingatan kepada seluruh ahli PKR bersedia berdepan bakal "pengkhianat" itu.
Mengulas peluang Pakatan Rakyat pada PRU-13, Anwar yang juga Ketua Pembangkang yakin jalan ke Putrajaya makin hampir.

"Kalau tidak kerana penyelewengan dan taktik kotor Umno BN pada PRU 2008, tak payah tunggu 2011 ni, sekarang ini kita sudah berada di Putrajaya," jelasnya disambut sorakan hadirin.

Namun apa yang penting tegasnya, setiap ahli perlu berkerja keras bukan sahaja menyampaikan maklumat sebenar kepada pengundi, malah menyekat taktik kotor Umno BN itu jika mahu menguasai Putrajaya pada PRU akan datang.

"Ada PRU kita menang insya Allah... Ada kata worst case scenario, Anwar masuk penjara. Saya kata Anwar masuk penjara, tapi kita menang.

"Satu lagi best case scenario, Anwar tak masuk penjara, dan kita menang," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Konvensyen pilihan raya Keadilan merupakan kali pertama seumpamanya di Malaysia dan belum pernah diadakan mana-mana parti politik lain sebelum ini.





Dengan tema "Demi Rakyat" konvensyen itu menghimpunkan perwakilan PKR dari seluruh negara untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

"Ada orang tanya, kalau Pakatan menang, apa nak buat dengan Datuk Najib. Tak mengapa, kita dah sedia jawatan untuk dia," kata Anwar.

http://202.190.180.135/index.php/headline/3883-kalau-menang-pakatan-dah-sedia-jawatan-untuk-najib


Akademi Undang-undang 'sabotaj' demokrasi

Harakahdaily, 16 Mei 2012


KUALA LUMPUR: Cadangan Kerajaan menghidupkan kembali Malaysian Academy of Law Bill sebagai organisasi baru selain Majlis Peguam untuk mewakili golongan itu dilihat cubaan mensabotaj demokrasi.

Bagi Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar), beliau melihat cadangan itu tidak ubah seperti penubuhan Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) oleh pusat, di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat selepas PRU 2008 lalu.

Menurut Dzulkefly, biarpun diperingkat negeri sudah ada Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK), namun kerajaan tetap juga mewujudkan JKKKP yang dilihat cuba 'mengambil kuasa' JKKK yang dilantik kerajaan negeri.

"Begitulah cara Umno, bila ada benda yang dikeluarkan tak sebulu dengan dia, dia buat yang lain. Ia sama dengan tindakan tubuh JKKKP bila BN kalah di negeri ditawan Pakatan.

"Ini ialah tabiat jelek untuk lakukan 'subversion' atau 'sabotaj' demokrasi dan institusinya," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin yang bersetuju jika agensi baru seperti Akademi Undang-undang ditubuhkan selain Majlis Peguam sedia ada.

Cadanagn Nazri itu dipercayai dibuat ekoran 12 usul tergempar yang diluluskan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Majlis Peguam pada 11 Mei lalu berhubung himpunan Bersih 3.0.

Antara lain, usul itu mengutuk tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih terhadap peserta.

Selain itu mereka juga menyalahkan polis kerana tidak memberikan masa yang secukup untuk perserta bersurai secara teratur dan selamat dengan mendakwa ia kemudian mendorong kepada penahanan yang tidak wajar.

Mengulas lanjut Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, cadangan Nazri itu berbaur politik dan cuba untuk 'undermine' wibawa Majlis Peguam.

Sedangkan katanya Majlis Peguam ditubuhkan secara sah di bawah Akta Profesion Guaman 1976 bagi mengawal amalan, standard, etik dan lesen amalan peguam.

"Usaha ini telah dua kali mereka lakukan dahulu tetapi terpaksa dihentikan.

"Tindakan kerajaan untuk menghidupkan kembali cadangan akademi ini dilihat umum sebagai langkah memadamkan suara perbezaan 'legitimate dissent' yang menyemak imbang suara eksekutif," katanya.

Sumber HD : 16/05/2012

No comments:

Post a Comment