Anwar diarah bela diri |
Nazri Abdullah
|
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang / Ketua Umum PKR
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
YA Datuk Mohammad Zabidin Mohd Diah - Hakim
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri. Beliau kemudiannya menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri. Anwar berkemeja putih berkot, dilihat tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kira-kira jam 8.45 pagi.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Presiden PKR
Beliau diiringi isteri, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail serta anak sulungnya, Nurul Izzah. Antara pimpinan yang turut hadir termasuklah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua, Exco Selangor Ronnie Liu dan barisan pimpinan Angkatan Muda Keadilan.
YB Nurul Izzah Anwar - Naib Presiden PKR
Sementara itu, hampir 500 penyokong termasuk petugas media berkumpul di perkarangan mahkamah sejak awal pagi.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
Mereka membuat gimik menarik orang ramai berkumpul dengan bersarapan nasi lemak beralaskan akhbar Umno, Utusan Malaysia - antara akhbar yang kuat dikecam PKR - ekoran sikap akhbar itu yang sering menjadikan Anwar sebagai sasaran penghinaan.
YB Tian Chua - Naib Presiden PKR
Sebelum ini, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa profil DNA “lelaki Y” yang ditemui di dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Pembangkang itu. Beberapa kain rentang turut direntangkan menuntut Anwar dibebaskan di samping laungan "bebas Anwar". Laungan "mana Saiful Bukhari" juga kedengaran ekoran Mohd Saiful tidak kelihatan hadir hari ini. Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
YB Karpal Singh - Peguam Bela Utama / Pengerusi DAP
Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.
Mohd Saiful Bukhari Azlan - Saksi Utama
Katanya saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya. [Berita lanjut menyusul] |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3299-anwar-diarah-bela-diri
Jijik: Guna mahkamah untuk kepentingan politik : http://www.youtube.com/watch?v=oHMbi1eczKg
Nik Aziz nasihatkan Anwar banyak bersabar |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat -
Mursyidul Am PAS / MB Kelantan
Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. “Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II. “Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri. Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
Kondominium Desa Damansara
Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri. Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3304-nik-aziz-nasihatkan-anwar-banyak-bersabar
Rakyat boleh jatuhkan saya dengan izin Allah,bukan Umno- Bahagian 1 : http://www.youtube.com/watch?v=l0MWWDNqlN0
Rakyat boleh jatuhkan saya dengan izin Allah,bukan Umno- Bahagian 2 : http://www.youtube.com/watch?v=YJQfJnVdlu8
Anwar terkejut hakim buat hukuman awal |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperintahkan untuk membela diri dalam kes fitnah II hari ini melahirkan rasa terkejut kerana hakim telah menjatuhkan hukuman awal. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, hakim Datuk Mohd Zabidin seolah-olah terikat dengan hujah pendakwaan. “Ia bukan sesuatu yang mengejutkan. Tetapi apa yang mengejutkan ialah beliau (Mohd Zabidin) telah membuat pengadilan terlebih dahulu dalam kes ini dan menjangkaui kes prima facie,” kata beliau kepada pemberita di perkarangan mahkamah selepas selesai mendengar keputusan hakim hari ini. Hakim Mohd Zabidin hari ini berkata, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Anwar telah disifatkan sebagai “saksi yang benar dan berwibawa”. Pengakuan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memerintahkan Anwar supaya membela dirinya. Anwar mempertahankan bahawa beliau tidak bersalah sambil berhujah bahawa kesnya tidak mengambil kira keterangan beberapa saksi penting, antaranya doktor hospital Pusrawi Dr Osman Hamid dan pemilik unit kondominium Desa Damansara. “Saya telah menegaskan saya tidak bersalah, mengikut undang-undang kes ini tiada asas,” katanya yang juga ketua pembangkang di parlimen. Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim menetapkan 6 hingga 30 Jun ini untuk menyambung perbicaraan kes liwat peringkat bela diri. Cabar Najib hadir sebagai saksi Sementara itu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar hadir ke mahkamah sebagai saksi kerana beliau merupakan saksi yang sangat relevan dalam kes ini. Ini kerana katanya, Saiful sendiri mengaku bertemu dengan Najib selepas beliau didakwa diliwat Anwar. Beliau juga memberi amaran kepada Najib agar tidak mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang enggan hadir ke mahkamah meskipun beliau salah seorang saksi pening dalam kes liwat pertama dahulu. "Kita nak tengok keberanian Datuk Najib untuk hadir ke mahkamah memberi keterangan kerana beliau orang yang pertama bertemu Saiful.jadi beliau sangat relevan sebagai saksi. "Saya ingin cabar Perdana Menteri supaya jangan guna alasan seperti mana yang digunakan Tun Mahathir dalam kes pertama untuk mengelakkan diri dari hadir ke mahkamah. Kita nak selesaikan di mahkamah," katanya yang juga ditemui di perkarangan mahkamah hari ini. Shamsul turut 'terkejut' dengan keputusan mahkamah yang seolah-olah telah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Anwar. "Ini keputusan yang telah kita jangka dan saya yakin peguam bela Anwar akan menyusun strategi dan mengumpul seramai mungkin saksi kerana mentaliti pemikiran hakim sebentar tadi lebih menjurus kepada memutuskan Anwar telah bersalah walaupun sebelum mendengar keseluruhan kes. "Ini agak meranjatkan kerana pada masa ini bukan hakim kena buat keputusan yang muktamad siapa yang bersalah, hanya perlu buat keptusan samaada Anwar perlu membela diri atau tidak," katanya. Beliau turut mendakwa BN akan menggunakan sepenuhnya mahkamah untuk mengherat Anwar ke penjara kerana isu video seks dilihat bukan lagi 'peluru yang berkesan' untuk menjatuhkan Anwar. "Saya yakin akan ada lagi sokongan rakyat kerana kes ini digunakan sepenuhnya untuk mengekang kemaraan Anwar kerana isu video seks ini bukan lagi peluru yang berkesan," katanya. Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat agar terus memberikan sokongan kepada Anwar bagi memastikan keadilan terlaksana di Malaysia. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3311-anwar-terkejut-hakim-buat-hukuman-awal
Rabu, Mei 18, 2011
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."
"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu.
Selain itu, beliau berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie.
Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa.
Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie.
Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri. Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?
Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakwa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie , adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.
Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri.
Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi.
Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar.
Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful.
Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.
Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini.
Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!! Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!!
Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?Adakah Umno fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut.
Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.
Come on Mr Perdana Menteri ! Takkanlah kamu tidak ada skrip yang lebih baik !!!
Sumber :Blog SS - 18/05//2011
Liwat II: Anwar gagal kali ketiga lucutkan hakim
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mantan TPM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd daripada membicarakan kes pertuduhan liwat terhadapnya.
YA Datuk Mohd Zainal Mohd Diah - Hakim Mahkamah Tinggi
"Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat," kata Zabidin.
Selepas selama tiga minggu ditangguhkan, perbicaraan kes berprofil tinggi itu bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Zabidin daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan.
Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela diri selepas Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkannya kerana terdapat prima facie dalam kes tersebut.
Ia berikutan mahkamah memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana berkenaan seorang yang "berwibawa.".
Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga.
Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.
Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah.
Kedua-dua permohonan itu ditolak.
Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan.
Sumber MK - 6/06/2011 : http://www.malaysiakini.com/news/166128
Permohonan Anwar lucutkan hakim ditolak lagi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk melucutkan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebagai hakim kes liwat membabitkan ketua pembangkang.
Keputusan oleh panel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Hasan Lah adalah sebulat suara ketika mereka membenarkan bantahan awal pihak pendakwaaan.
"Permohonan itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 3 Akta Judikatur Mahkamah.
"Justeru, tidak bijak bagi menganggu penghakiman itu. Kita kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak permohonan itu. Kami akan bekalkan butiran lanjut penghakiman kemudian,” katanya.
Dua hakim yang bersidang bersama adalah Hakim Abdul Malik Ishak dan Ahmad Maarop.
Peguam bela Anwar - Karpal Singh (kiri) kemudian memohon penangguhan prosiding sehingga perkara itu dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.
Anwar menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Hakim Zabidin telah mengarahkan ketua pembangkang itu membela diri apabila mahkamah mendapati ada kes terhadapnya dan mendapati Saiful adalah sakti yang boleh dipercayai.
Peguam Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa keputusan Zabidin menunjukkan hakim itu membuat pra-penghakiman sebelum perbicaraan itu selesai.
Bagaimanapun, pada 6 Jun, Hakim Zabidin memutuskan bahawa permohonan Anwar tidak mempunyai merit dan menolaknya.
Ia adalah kali ketiga peguam Anwar gagal menggugurkan Zabidin dari menghakimi kes berkenaan.
Permohonan pertama dibuat peguam Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah.
Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah dan kedua-dua permohonan itu ditolak.
Sumber MK : http://www.malaysiakini.com/news/169049
Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon peguam bela dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan Fitnah II sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos depan. Peguam Anwar, Ram Karpal berkata, tiga saksi lain termasuk Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, lapor KeadilanDaily. Permohonan itu difailkan Anwar menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini. Antara lain ia menyatakan, mengikut undang-undang adalah tanggungjawab pihak pendakwa memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual dan semua kos pula ditanggung pihak pendakwa. “Kita menawarkan Najib dan Rosmah antara saksi yang perlu ditemubual kerana sebelum ini mereka gagal hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah bersidang antara 6 hingga 30 Jun lalu,” kata Ram. Peguam Anwar mahu memanggil Najib dan Rosmah ke mahkamah kerana pasangan suami isteri itu pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan sehari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar. Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di universiti. Namun, polis menyukarkan persediaan pasukan peguam bela Anwar untuk menyediakan pembelaannya apabila enggan memanggil Najib untuk disiasat. Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, di dalam afidavit sokongan, Anwar turut menyatakan peguamanya, S.N Nair menerima sepucuk surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu. Ia menyebut bahawa Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka. “Sementara Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya,” kata Anwar dalam afidavitnya. Anwar berkata, jika kesemua saksi itu gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, bermakna beliau dinafikan hak untuk perbicaraan adil. Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini. Mereka ialah bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; Seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bernama Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM). Pada 13 Julai lalu, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan untuk mendengar hujahan pihak pembelaan. Manakala pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin yang turut dipertikaikan kredibilitinya kerana kerap bersifat berat sebelah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan sukarelawan KEADILAN, Saiful, yang merupakan pengadu kes itu kononnya ialah saksi boleh dipercayai dan berwibawa. Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang. Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4567-peguam-anwar-panggil-najib-rosmah-ke-mahkamah
Karpal: Desak percepat kes Anwar 'hina mahkamah'
Mendesak mahkamah menyegerakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikira menghina mahkamah kerana mencampuri pentadbirannya, kata Karpal Singh.
Ketua peguam pembelaan dalam perbicaraan kes itu merujuk kepada cubaan kumpulan pendesak Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) yang mahukan perbicaraan itu dipercepat.
"Perbicaraan Anwar harus dibenarkan berlangsung tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak," kata Karpal (kiri) dalam kenyatannya hari ini.
Katanya, setiap pihak tidak kira siapa tidak patut mengeluarkan kenyataan terbuka yang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan itu.
The Star hari ini melaporkan, Gaps mendesak mahkamah mempercepatkan perbicaraan, ekoran aduan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mahukan campurtangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Rabu.
Sumber MK : 7/08/2011
Mahkamah benarkan Anwar temubual PM, isteri
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.
"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.
"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.
Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.
"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.
Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.
Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.
Dalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.
Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.
Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.
Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.
"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.
"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.
Bagaimanapun, menurut Zabidin adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemu-bual ataupun tidak.
"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temu bual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.
Sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kanan) berkata Najib, Rosmah, Musa dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disepina.
Ketiadaan komitmen daripada saksi itu telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan. Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.
Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.
Dalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.
Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.
Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.
Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Sumber MK : 8/08//2011 - http://www.malaysiakini.com/news/172274
Liwat II: Anwar beri keterangan 15 Ogos ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 15 Ogos ini selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan 14 yang lain sebagaimana yang diarah mahkamah hari ini.
Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kiri) memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan memerlukan masa memandangkan dua daripada 15 saksi itu ketika ini berada di Indonesia.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan Mohamed Yusof itu dan menetapkan 15-26 Ogos untuk kes pembelaan.
Sebelum ini mahkamah menetapkan tarikhnya 8-26 Ogos, dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.
Yusof yang ditemui kemudiannya mengesahakan bahawa dua saksi dari Indonesia ialah bekas pembantu rumah Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana insiden didakwa berlaku.
Dalam permohonannya, Anwar mengenal pasti salah seorang daripada pembantu rumah itu sebagai bernama "Suliati", manakala seorang lagi sebagai Fitria Dipan.
Waran tangkap
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memberitahu pemberita bahawa dengan keputusan itu, semua saksi itu perlu berada di kompleks mahkamah minggu ini untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.
"Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, pihak pembela boleh memohon sepina untuk memastikan mereka hadir di mahkamah," kata Noorin.
Sementara itu ketua peguam Anwar, Karpal Singh (kanan) berkata semua 15 saksi termasuk Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu datang ke kompleks mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.
"Sekiranya mereka gagal, kami akan memohon waran tangkap terhadap mereka," kata Karpal.
Di penghujung kes mereka, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah.
Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 dan sehingga kini hanya lima yang ditemu bual.
Mereka terdiri daripada bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar; bekas doktor Pusrawi, Dr Mohd Osman Abd Hamid; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; doktor Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan pembantu semasa Najib memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anaz.
- Bernama & MK : 9//08//2011

Kes liwat: Peguam Anwar gagal temu bual dua saksi pertama
Oleh Yow Hong Chieh
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk menemu bual dua daripada 15 saksi utama walaupun mahkamah membenarkan beliau membela diri minggu depan.
Pihak pendakwa memaklumkan pasukan peguam Anwar mengenai bantahan itu melalui satu panggilan telefon pagi tadi selepas pasukan pembela tiba di Mahkamah Tinggi di sini untuk menemu bual bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Temu bual itu biasanya dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.
Pihak pembela juga berniat mahu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua-dua mereka dilaporkan kemungkinan mengelak daripada ditemu bual dalam kes liwat kedua Anwar kecuali disepina oleh mahkamah.
Selain Najib dan Rosmah, terdapat saksi lain termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem dan Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia Omar Malek Ali Merican.
Mohd Zabidin memutuskan terdapat satu kes “prima facie” terhadap ketua pembangkang berusia 63 tahun ini yang berdepan dengan tuduhan kes liwat kali kedua selepas 13 tahun.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan hadir semasa temubual dijalankan dengan saksi bagi kes pembelaan perbicaraan liwatnya tetapi beliau tidak dibenarkan menyoal.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pagi ini.
Katanya tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temubual berkenaan.
Semalam, pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar bagi mengikuti temubual yang dijadualkan dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Pihak pembelaan sekarang dibolehkan menemubual 10 saksi hari ini dengan kehadiran Anwar di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun senarai itu tidak termasuk nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mahupun Musa yang juga antara saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi itu.
Hakim itu turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan.
Peguam Karpal Singh ( kanan ) kemudiannya memberitahu wartawan dengan perintah mahkamah itu, semua saksi perlu hadir ke mahkamah sebagaimana dikehendaki pihak pembelaan.
"Anwar akan hadir sama (semasa temu bual) dan beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual dan pegawai penyiasat (IO) kes ini akan membantu kami untuk mengendalikan temu bual dengan 10 daripada saksi berkenaan sudah berada di sini hari ini," kata Karpal Singh.
Ditanya sama ada pihak pendakwaan telah membayangkan bila Najib dan Rosmah akan ditemu bual, Karpal Singh berkata setakat ini belum lagi namun temu bual berkenaan akan dilakukan sebelum Anwar membela diri pada Isnin (15 Ogos).
Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Pada akhir kes itu, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan
Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual.
Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.
Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.
Difahamkan perdana menteri dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 3.28 petang.
Sumber MK : 12/08//2011 - http://www.malaysiakini.com/news/172802
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk menemu bual dua daripada 15 saksi utama walaupun mahkamah membenarkan beliau membela diri minggu depan.
Pihak pendakwa memaklumkan pasukan peguam Anwar mengenai bantahan itu melalui satu panggilan telefon pagi tadi selepas pasukan pembela tiba di Mahkamah Tinggi di sini untuk menemu bual bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Temu bual itu biasanya dilakukan untuk menentukan sama ada seseorang saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.
Pihak pembela juga berniat mahu memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua-dua mereka dilaporkan kemungkinan mengelak daripada ditemu bual dalam kes liwat kedua Anwar kecuali disepina oleh mahkamah.
Selain Najib dan Rosmah, terdapat saksi lain termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) Mohamad Ariff Abdul Kareem dan Ketua Pegawai Operasi Bursa Malaysia Omar Malek Ali Merican.
Mahkamah Tinggi pada 16 Mei lalu membuat keputusan agar Anwar mempertahankan diri dalam kes liwat yang melibatkan bekas pembantu Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.
Mohd Zabidin memutuskan terdapat satu kes “prima facie” terhadap ketua pembangkang berusia 63 tahun ini yang berdepan dengan tuduhan kes liwat kali kedua selepas 13 tahun.
10//08/2011
Hakim: Anwar boleh hadiri sesi temubual saksi
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan pagi ini.
Katanya tertuduh mempunyai hak untuk hadir semasa temubual berkenaan.
Semalam, pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar bagi mengikuti temubual yang dijadualkan dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Pihak pembelaan sekarang dibolehkan menemubual 10 saksi hari ini dengan kehadiran Anwar di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun senarai itu tidak termasuk nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mahupun Musa yang juga antara saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan tempoh seminggu oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak pembelaan menemu bual 15 saksi itu.
Hakim itu turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan.
Peguam Karpal Singh ( kanan ) kemudiannya memberitahu wartawan dengan perintah mahkamah itu, semua saksi perlu hadir ke mahkamah sebagaimana dikehendaki pihak pembelaan.
"Anwar akan hadir sama (semasa temu bual) dan beliau mempunyai hak untuk mendengar temu bual dan pegawai penyiasat (IO) kes ini akan membantu kami untuk mengendalikan temu bual dengan 10 daripada saksi berkenaan sudah berada di sini hari ini," kata Karpal Singh.
Ditanya sama ada pihak pendakwaan telah membayangkan bila Najib dan Rosmah akan ditemu bual, Karpal Singh berkata setakat ini belum lagi namun temu bual berkenaan akan dilakukan sebelum Anwar membela diri pada Isnin (15 Ogos).
Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Pada akhir kes itu, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan
Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual.
Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Sumber MK : 10//08/2011
Najib, Rosmah hadir untuk ditemubual peguam Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Datin Seri Rosmah Mansor
Tun Abdul Razak - PMM
Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh.
Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (juga) juga hadir untuk ditemubual.
Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.
Najib dan Rosmah hadir hari ini untuk ditemuramah ekoran pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteriAnwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.
Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.
Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.
Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.
Difahamkan perdana menteri dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 3.28 petang.
Sumber MK : 12/08//2011 - http://www.malaysiakini.com/news/172802
PM dan isteri tak mahu jadi saksi pembela
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.
Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.
Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.
Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.
"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.
Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.
Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.
Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.
Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.
"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.
Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".
Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.
Minggu lalu, peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi potensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.
Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.
Saksi yang belum ditemubual termasuk Musa, dua bekas pembantu rumah Indonesia - Suliati dan Faria Dipan - yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid dan jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh, serta pengawal peribadi Anwar - Mohd Rasid Mohd Rosdi.
Pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.
Pada 16 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
Kes Qazaf: Anwar mohon lucutkan peguam JAWI

Sumber MK : 12//08/2011
Liwat II: Anwar beri keterangan 22 Ogos ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat yang dihadapinya pada 22 Ogos ini.
Keputusan yang disahkan oleh peguambelanya dan juga pihak pendakwaan itu tidak akan mengambil kira sama ada mereka berjaya menemubual enam lagi saksi lain termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Sankara Nair (kiri, berdiri) sebelum itu, memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan telah berjaya menemubual 19 saksi potensi dan masih ada enam lagi yang belum dikemukakan.
Menurut Peguam Cara Negara II, kedua-dua pihak telah bersetuju Anwar akan mula membela dirinya pada Isnin depan.
"Kami akan cuba bekalkan saksi itu dalam minggu ini.”
Hari ini, pihak pembelaan akan menemubual ibu kepada bekas tunang pengadu kes ini - Mohd Saiful Bukhari Azlan - iaitu Sharehah Md Salim.
Musa sedang berada di luar negara dan dijangka akan kembali minggu depan.

Sumber MK : 15/08//2011 - http://www.malaysiakini.com/news/173006
Kes Qazaf: Anwar mohon lucutkan peguam JAWI
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakli Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.
Beliau menamakan peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar sebagai respondent.
Zainul bertindak bagi ketua jabatan pendakwaan JAWI, pengarahnya dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Ketiga-tiga mereka terbabit dalam kes berhubung keenganan JAWI membenarkan tuntutan qazaf Anwar Ibrahim ke atas pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sedang berlangsung.
“Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie,” kata Kamar Ainiah Kamaruzaman (atas) yang mewakili Anwar.
Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful didakwa mengikut qazaf.
Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Sumber MK : 18/08/2011

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.
Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.
Sumber MK : 18/08/2011
You tube : http://www.malaysiakini.tv/video/22195/qazaf-case-anwar-bids-to-disqualify-jawi-lawyer.html
Qazaf: Anwar mohon lucut peguam Zainul Rijal |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan melucutkan peguam Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili kerajaan dan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam saman qazafnya.
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar - Peguam JAWI
Kamar Ainiah Kamaruzaman - Peguam DSAI
YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom - Menteri di JPM
Dengan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan Shamsuddin mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf.
Mohd Saiful Bukhari Azlan - Tertuduh qazaf
Kes yang difailkan pada 2008 itu kini menjangkau lebih daripada tiga tahun tertangguh. Dalam reaksinya, Anwar yang turut hadir di mahkamah bersama isteri hari ini berkata, campurtangan politik dalam urustadbir mahkamah Syariah merupakan faktor utama kes itu tertangguh. Malah menurutnya, Zainul dilihat seolah-olah menjadi agen menghalang perlaksanaan Mahkamah Syariah dengan memberi alasan teknikal melibatkan Mahkamah sivil. "Kita bangkit ialah menuntut supaya prosiding mahkamah syariah berjalan. Itu yang paling penting. Berulang kali diminta untuk dimulakan (prosiding). Tiga tahun belum mula kes dan orang yang pergi ke Suhakam termasuk Persatuan Peguam Muslim ini tidak peduli mahkamah Syariah. Dia guna tiket persatuan. "Jadi mereka bercakap tentang keperluan menghormati Islam dan mahkamah syariah tapi mereka mengabaikan proses (Syariah) kerana alasan politik. Ia adalah arahan jelas daripada ketua politik. Dalam kes ini apa yang paling buruk adalah penyalahgunaan wang zakat," kata beliau kepada pemberita. Zainul yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim pernah dikaitkan dengan pembayaran yuran guaman menggunakan wang zakat. Malah perkara tersebut turut diakui oleh Timbalan Menteri pada sidang Parlimen Jun lalu. Sementara itu, peguam Kamar Ainiah berkata tuntutan tersebut berpatutan memandangkan beberapa kenyataan Zainul kepada media sebelum ini didakwa telah menjejaskan kewibawaan dan sistem Mahkamah Syariah selain berlawanan dengan etika peguam syarie. Malah, beliau turut menyifatkan tindakan Zainul tidak profesional selain wujudnya konflik berkepentingan terhadap responden. “Zainul bertindak secara tidak profesional, tidak jujur dan berniat jahat serta bercanggah dengan menegakkan keadilan, dan melanggar kod etika peguam syarie. "Saya tidak dapat memberitahu butiran terperinci kerana saya kena sampaikan dulu permohonan tersebut tapi antaranya beliau telah melanggar etika peguam syarie dalam perwakilan di mahkamah syariah," katanya. |
Anwar pilih beri keterangan dari kandang tertuduh |
Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.
Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini. Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).
Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.
Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.
Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.
Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.
|
Konspirasi Najib untuk penjarakan saya - Anwar |
Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR, 22 Ogos: "Semua proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya. "Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya." (Anwar dengan ditemani isteri dan anaknya di mahkamah tinggi hari ini) Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi membela diri beliau. Anwar menegaskan sekali lagi, ini bukannya perbicaraan jenayah. "Ini adalah pentas kuasa oleh pihak berkuasa yang dikenakan ke atas saya untuk mengekalkan kuasanya," tegas Anwar lagi. Kenyataan ini, kata Anwar dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam kes ini berdasar-kan bukti-bukti yang beliau ada dan cara pihak pendakwa mengendalikan kes ini. Pihak pembelaan akan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof. Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual. Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela. Bela diri dari kandang tertuduh Anwar hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan. Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini. Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok). Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa. Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi. Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat. |
Pakatan rahsia Najib-Anwar 1998 - John Malott |
Harakahdaily |
Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh. Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi politik. Dan saya bersetuju.
John Malott - Bekas Duta US ke Malaysia
Tanyalah Wikileaks. Orang Malaysia suka bercakap… Ramai kawan saya di Malaysia tahu, saya amat lantang dalam menyatakan sokongan terhadap kebebasan Anwar untuk satu dekad lebih. Ini kerana saya tahu perkara yang sebenar. Saya berada di tempat kejadian ketika semuanya ini berlaku untuk kali pertama. Pada 1998 – untuk kali pertama bagi Anwar – kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak benda. Kita tahu perkara sebenar. Kerana orang Malaysia – di tempat tertinggi – memberitahu kita. Semasa saya di KL, penasihat (think thank) Najib dipanggil Malaysian Strategic Research Centre atau MSRC. MSRC sebenarnya hanyalah dua orang ialah Rohanna Mahmood dan Razak Baginda. Namun, Rohanna mahupun Razak bukanlah pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang Amerika Syarikat untuk meledakkan apa yang mereka beritahu saya dan kedutaan saya pada masa dulu. Satu pakatan rahsia Pada tahun 1998, Rohanna telah bersama saya untuk satu makan tengahari pertemuan empat mata peribadi di kediaman duta. Pada masa itu ialah waktu Anwar mula mencabar Mahathir (mantan Perdana Menteri), secara halus namun amat jelas kelihatan. Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar telah mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir keluar, Anwar akan jadi PM dan Najib akan jadi Timbalan PM. Itulah perjanjiannya. Namun, sememangnya perkara itu tidak berlaku. Semasa perjalanan menjadi sengit, Najib berdiri dan membiarkan Anwar ke penjara. Bagaimana pula dengan Razak Baginda? Beliau memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, “Keputusan sudah dibuat. Mereka akan “nuke” (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik.” 100 tahun Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, “Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang. Masih bolehkah disangsi apa yang berlaku dulu – dan apa yang berlaku kini? |
Pakar DNA: 'Sampel tak dilabel dengan sempurna'
Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan hari ini dengan pakar DNA, Dr Brian McDonald meneruskan keterangannya sebagai saksi pihak pembela di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
McDonald menjelaskan bagaimana bahan kimia yang dipanggil DTT digunakan untuk memecahkan sel sperma untuk diambil DNA.
Menurutnya, sampel tersebut tidak dilabel dengan sempurna - ia hanya dilabel sebagai B1 hingga B9 sahaja.
McDonald juga berkata, ahli kimia Dr Seah tidak menyatakan dari mana datang swab tersebut.
"Doktor HKL (Hospital Kuala Lumpur) tidak menggunakan sistem penomboran yang sama digunakan olehnya (Dr Seah).
"Kita perlu mengandaikan dari mana swab itu diambil kerana ini tidak disebut dalam laporan Dr Seah itu," tambahnya.
McDonald kata, Dr Seah mesti mengesahkan sama ada sampel tersebut adalah dari dubur dan rektum bagi kes liwat.
"Ia boleh datang dari puntung rokok. Dr Seah tidak menyatakan maklumat itu dalam laporan tersebut," katanya.
Sumber MK : 26/08/2011
Dr Brian McDonald - Pakar DNA
Menurutnya, sampel tersebut tidak dilabel dengan sempurna - ia hanya dilabel sebagai B1 hingga B9 sahaja.
McDonald juga berkata, ahli kimia Dr Seah tidak menyatakan dari mana datang swab tersebut.
"Doktor HKL (Hospital Kuala Lumpur) tidak menggunakan sistem penomboran yang sama digunakan olehnya (Dr Seah).
McDonald kata, Dr Seah mesti mengesahkan sama ada sampel tersebut adalah dari dubur dan rektum bagi kes liwat.
"Ia boleh datang dari puntung rokok. Dr Seah tidak menyatakan maklumat itu dalam laporan tersebut," katanya.
Sumber MK : 26/08/2011
http://www.malaysiakini.com/news/174158
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5528-sepina-anwar-sifatkan-najib-isteri-takut
Sepina: Anwar sifatkan Najib, isteri takut |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isternya, Datin Seri Rosmah Mansor mengenepikan sepina yang meminta mereka hadir sebagai saksi adalah sebagai takut serta tidak menepati apa yang beliau katakan sebelum ini. "Saya melihat tindakan Najib untuk mengenepikan sepina yang dikenakan ke atas beliau dan isterinya adalah sebagai takut malah tidak menepati apa yang beliau katakan sebelum ini. "Sebelum ini kita melihat Najib sanggup hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. "Najib pilih berundur sebelum bertarung, tindakan ini adalah kurang menyenangkan kerana beliau adalah salah seorang saksi yang terlibat dalam konpirasi tersebut," jelasnya. Anwar yang berkata pada satu sidang media selepas menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS itu menjelaskan kedatangan Najib dan isterinya amat penting kerana tanpa mereka merupakan saksi penting. "Kenapa beliau tidak mahu hadir saya tidak pasti kenapa, malah beliau mengatakan dia tidak terlibat sedangkan semua orang tahu bahawa beliau pernah bertemu dengan Saiful sebelum Saiful mendakwa dia diliwat. "Ini amat penting bagi kita untuk mendapat maklumat mengenai sejauh mana penglibatannya dan apakah tujuan utama pertemuan beliau dengan Saiful," sambungnya lagi. Anwar menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Sebelum itu pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah. Najib dan Rosmah yang dikaitkan mempunyai hubungan terhadap perancangan konspirasi menyatakan kesanggupan mereka hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5528-sepina-anwar-sifatkan-najib-isteri-takut
Saksi misteri akan beri keterangan esok
Seorang saksi misteri dijadual memberi keterangan pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.
Peguambela Anwar enggan mendedahkan identiti individu berkenaan ketika ditanya oleh pihak pendakwaan dan mahkamah.
Peguam Sankara Nair hanya berkata individu itu akan memberi keterangan selepas ketua pengarah Jabatan Kimia Lim Kong Boon berbuat demikian.
Sankara yang ditemui wartawan di luar mahkamah berkata saksi berkenaan bukan saksi alibi dan tidak berada di senarai saksi pendakwaan.
"Saya tak boleh dedahkan nama orang itu atau beritahu siapa dia kerana bimbang dia mungkin ditekan daripada sekarang sehingga esok,” katanya.
"Ini saksi kami. Apa yang saya boleh beritahu adalah saksi itu akan datang esok untuk memberi keterangan.”
Peguam pembelaan sebelum ini pernah memberitahu sesi perbicaraan bahawa saksi tambahan akan dipanggil untuk memberi keterangan.
Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada 2004.
Sumber MK : 4///10//2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5774-rakan-dakwa-saiful-benci-anwar-sebelum-mac-2008
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5815-najib-rosmah-tidak-akan-jadi-saksi

Dr Thomas Hoogland - Pakar Bedah German
Mereka termasuk, pakar tulang belakang, Dr Thomas Hoogland, yang melakukan pembedahan ke atas Anwar pada 2004.
Sumber MK : 4///10//2011
Rakan dakwa Saiful benci Anwar sebelum Mac 2008 |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka. KeadilanDaily melaporkan, saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Pendedahan saksi berkenaan mengesahkan lagi konspirasi yang dilakukan Umno-BN untuk menghancur dan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai Ketua Pembangkang dengan tuduhan fitnah. Mohd Najwan Halimi, saksi yang tampil mendedahkan watak sebenar Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon. Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor. Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten. “Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa. “Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti,” katanya. Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar. Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Othman Said. “Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan mengisytiharkan bahawa Anwar munafik,” katanya di mahkamah. Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri. “Dia benci Anwar,” kata Najwan. Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5774-rakan-dakwa-saiful-benci-anwar-sebelum-mac-2008
Najib, Rosmah tidak akan jadi saksi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Okt: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenepikan permohonan sepina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya daripada menjadi saksi di mahkamah. Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pagi ini, lapor KeadilanDaily. Zabidin memutuskan mereka tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim Sehubungan itu, perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi peguam bela dalam kes berkenaan, meskipun sebelum ini secara terbuka menyatakan akan hadir jika disepina oleh mahkamah. Pengadu dalam kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebelum ini mengaku pernah bertemu Najib empat hari sebelum membuat laporan polis diliwat Ketua Pembangkang pada 28 Jun 2008. Saiful juga bertemu dengan bekas pembantu khas kepada Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar. Justeru pasukan peguam berpendapat mereka adalah saksi relevan dalam kes itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5815-najib-rosmah-tidak-akan-jadi-saksi
Pakar: Mustahil bagi Anwar meliwat kerana keadaannya
Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diberitahu, berdasarkan ujian ke atas ketua pembangkang itu dan keputusan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), adalah tidak mungkin bagi tertuduh meliwat.
Menurut pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland yang menyambung keterangannya hari ini, penilaiannya dibuat dengan mengambil kira usia Anwar.
"Bekalan darah adalah masalah utama apabila berlaku kerosakan kepada saraf...
"Apabila kita andaikan hubungan seksual, ia tidak mungkin boleh dilakukan.
"Berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan keputusan MRI, ini mustahil dilakukan (tindakan meliwat) kerana usianya," kata Hoogland.
Menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Hoogland berkata meskipun pembedahan dijalankan dan terdapat perubahaan, namun kerosakan pada akar saraf beliau masih belum pulih sepenuhnya.
Jelas pakar itu lagi, keadaan sakit tulang belakang yang dialaminya tidak membolehkannya membongkok dengan normal.
Saksi pembelaan itu juga berkata, Anwar tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang memerlukan pergerakan badan yang kasar.
Sumber MK (7/10//2011) : http://www.malaysiakini.com/news/177957
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6588-fitnah-amk-sokong-ahli-parlimen-jerman
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6913-roboh-tembok-penjara-azmin-dipanggil-polis-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7010-liwat-ii-ucapan-najib-boleh-pengaruhi-mahkamah
Sidang Media DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=r3XoYSNfSU8
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7017-peguam-anwar-berjaya-patah-hujah-pendakwa
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7034-perbicaraan-kes-liwat-ii-disambung-khamis-ini-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7036-pihak-pendakwa-pertikai-peraturan-mahkamah-
Sidang Media DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=fUavUNRzViA
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7072-liwat-ii-nasib-anwar-akan-diketahui-9-januari
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7094-kamu-boleh-hina-anwar-d-malaysia-tidak-di-dunia
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7243-pkr-nafi-kerah-ahli-cetus-huru-hara-9-januari
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7247-anwar-jelajah-negara-menjelang-9-januari
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7319-pimpinan-pkr-edar-risalah-liwat-ii-dibebas-polis-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7370-kenyataan-raja-petra-tidak-berasas-tanpa-bukti
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7378-pkr-sasar-100000-turun-himpunan-9-jan
Sidang Media PR - 301/2011:
http://www.malaysiakini.tv/video/22854/pakatan-show-of-force-at-sodomy-ii-verdict.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7387-abdul-hadi-kit-siang-turun-9-januari
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7393-perkasa-akan-sekat-himpunan-bebaskan-anwar-
Dua belas tahun dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya Azizan Abu Bakar. Pada tahun 2004 kes liwat ini telah dibuktikan tidak berasas dan Anwar dibebaskan. Fakta pembebasan Anwar ini diketahui dan kita semua tahu. Anwar Ibrahim dipenjara selama 6 tahun bukan kerana meliwat tetapi kerana salah guna kuasa. Tentang fakta salah guna kuasa ini ramai yang tidak tahu dan ramai yang buat-buat tidak tahu.
Pilihanraya ke 12 - Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan ramai dan berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua par tiga di Parlimen. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Pakatan Rakyat telah menyediakan diri untuk mengambil alih pertabiran kerajaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Semua ini diketahui dan kita semua tahu.
Pada 28 Jun Saiful Bukhari telah membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh majikannya yang bernama Anwar Ibrahim. Ini pekara diketahui dan semua orang tahu.
Pada 1 Julai 2008 Balasubramaniam anak lelaki Perumal telah mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah dimana secara terang dan jelas dia mengumumkan kepada dunia bahawa Altantuya Shaariibuu ialah bekas kekasih Najib Razak. Balasubramaniam juga memberitahu kepada dunia bahawa Najib juga telah meliwat Altantuya. Fakta ini ada yang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu. Untuk yang ingin tahu fakta ini ada tercatit - fasal 25 pecahan 2 - dalam Surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam. Kalau tidak baca pasti tidak tahu. Susudah membaca jangan buat-buat tidak tahu.
Pada Isnin 9 Januari minggu hadapan Mahkamah di Jalan Duta akan mengumumkan keputusan tuduhan Saiful terhadap Anwar. Ini pekara diketahui oleh semua warga. Tetapi ada pekara-pekara yang ramai warga buat-buat tidak tahu. Banyak juga pekara diketahui umum tetapi ada warga sengaja tidak hendak tahu. Ramai juga warga yang tahu duduk perkara tetapi sengaja buat tidak tahu.
Ramai yang tahu bahawa Saiful telah tidak terberak selama dua hari kerena dalam juburnya ada bahan bukti — air mani Anwar Ibrahim. Ramai tahu bahawa Saiful telah memasukan plastik ke dalam jubur untuk menahan dari terberak. Tetapi ramai juga tidak tahu bahawa umur air mani tersimpan dalam jubur tidak mungkin melintasi 48 jam walau pun air mani itu milik arwah Superman Christopher Reeve.
Ada warga yang tahu bahawa Saifol Bukhari ini telah menemui Najib Razak sebelum membuat laporan kepada polis. Ada yang tahu bahawa Najib mengumumkan Saiful datang ke rumahnya untuk meminta biasiswa sesudah dibuang dari universiti. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa jika ada sesiapa yang gagal dalam peperiksaan mereka boleh melamar biasiswa untuk menjadi pemandu kapal terbang dari Najib Razak sendiri.
Ramai yang tahu Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum ialah pelari terpantas negara satu ketika dahulu. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum tidak pernah lulus pepereksaan LCE. Ramai yang hairan dan tidak tahu bagaimana Mumtaz Jaafar ini berjaya mendapat ijazah doktor. Masih ramai pula yang tidak tahu bahawa Datuk Dr.Mumtaz Jaafar ialah pembantu kepada Rosmah Mansor — isteri Najib Razak. Paling ramai yang tidak tahu bahawa Dr. Mumtaz Jaafar itu ialah ibu angkat kepada Saiful Bukhari.
Ramai warga tidak tahu apakah yang dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 26hb Jun 2008 di Unit 1151 Kodominium Desa Damansara di Jalan Setia Kasih Kuala Lumpur. Warga tidak diberi tahu bahawa pada hari yang berkenaan Anwar Ibrahim sedang mengadakan perbincangan sulit tentang kedudukan ekonomi negara dengan 5 orang ahli ekonomi negara. Perbincangan ini menjadi sulit kerana 5 orang pakar ekonomi ini masih bekerja untuk kerajaan. Fakta ini tidak diketahui umum malah mahkamah pula tidak mahu tahu.
Ramai yang tidak mahu tahu bahawa kes liwat Anwar Ibrahim ini bukan kes lubang jubur Saiful terkoyak. Atau kes Anwar Ibrahim merogol pembantunya dengan ganas. Kes liwat Anwar Ibrahim ini ialah kes politik. Kes politik - pertempuran dua pandangan dunia politik Melayu. Tentang ini ramai yang tidak tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu.
Najib Razak mewakili garis politik Ketuanan Melayu. Garis politik ini telah mengajukan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha untuk menyelesaikan kemiskinan manusia Melayu dalam negara ini. Selama lebih dari 40 tahun dasar yang dibawa oleh politik Ketuanan Melayu telah berjaya mengkaya-rayakan sekumpulan kecil Melayu manakala majoriti Melayu masih dalam tahap kemiskinan. Fakta sedemikian ini ramai yang tahu dan mustahil ada yang tidak tahu.
Manakala Anwar Ibrahim cuba membuka wacana baru dengan politik Ketuanan Rakyat. Ajenda Ketuanan Rakyat ini amat menarik terutama dikalangan jenerasi muda. Ketuanan Rakyat ini menarik kerana ianya menolak garis perkauman, menolak parti-parti yang berasakan kaum dan membuka wadah politik yang berkemungkinan membawa kesaksamaan derajat untuk anak semua bangsa. Tentang politik baru ini wajib ambil tahu dan jangan buat-buat tidak tahu.
Ketuanan Melayu Najib Razak disokong oleh kaum pemodal dan kapitalis yang besar. Najib juga dibantu juga oleh para cukong China yang luas jaring ekonominya. Dalam masa yang sama Najib Razak mendapat sokongan peniaga-peniaga dan kontraktor Melayu yang besar ekonominya. Para peniaga ini berjaya kerana Dasar Ekonomi Baru tetapi masih bergantung nyawa dan menunggu sokongan kerajaan. Ini semua orang tahu.
Manakala Anwar Ibrahim disokong oleh kaum pemodal pertengahan yang nafas mereka turun naik kerana mereka tidak tersenarai atau dinobatkan sebagai kroni United Malay National Organisation. Kaum pemodal dan para kontraktor kecil ini berharap jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka perniagaan mereka dapat sokongan untuk membesar. Anwar juga disokong para peniaga kecil, tuan empunya warong dan orang-orang yang tidak dipedulikan oleh United Malay National Organisation. Fakta ini masih ada yang buat buat tidak tahu.
Justeru - Najib dan Anwar ini memiliki sokongan yang luas dan tegar. Penyokong Anwar dan penyokong Najib datang dari latar belakang kelas yang berasingan. Punca-punca ekonomi membezakan penyokong Anwar dan penyokong Najib. Bila membaca ekonomi dijadikan asas menganalisa politik maka ramai penganalisa politik jadi bebal kerana mereka tidak tahu. Selama ini mereka hanya menganalisa watak Najib dan watak Anwar. Ramai yang tidak diberi tahu dibelakang pertempuran dua politikus Melayu ini ialah kaum pemodal yang sentiasa ingin tahu siapa yang wajib disokong.
Kalau bumi retak dan langit runtuh ianya tidak akan mengubah apa-apa keputusan pada hari Isnin depan. Malaysia tahu Anwar Ibrahim akan didapati bersalah. Anwar akan dinafikan hak untuk bertanding sebagai ahli parlimen. Anwar akan merayu. Lima tahun kemudian di mahkamah rayuan Anwar Ibrahim akan didapati tidak bersalah. Ketika ini Anwar Ibrahim telah botak dan berumur 71 tahun.
Ada sesiapa lagi yang tidak tahu apa yang sebenarnya sedang dilakukan oleh Najib? Ini namanya perang bioloji. Kalau Najib tidak memenjarakan Anwar dan mematikan gerak langkah politik Anwar , Najib sendiri akan masuk ke penjara dan United Malay National Organisation akan tutup kedai. Jika ini berlaku barulah seluruh Malaysia tahu bahawa bekas pembantu Anwar Ibrahim yang bernama Saiful Bukhari hanyalah cacing kerawit dalam usus politik perang bioloji Najib Razak.
Berhenti sebentar! Sebelum hari Isnin ini sampai ada satu pekara lagi yang tidak diketahui tetapi masanya telah sampai untuk di ketahui. Pekara tahu yang wajib diketahui oleh seluruh warga Malaysia ini ialah peranan Amerika, United Kingdom, Turkey dan Indonesia. Atau lebih senang lagi apakah peranan Barak Obama, David Cameron, Recep Tayyip Erdogan dan Susilo Bambang Yudhoyono dalam menentukan keputusan kes Anwar liwat Saiful ini.
Apakah pembaca terperanjat apabila tahu ada kuasa luar yang masuk campur dalam kes Anwar liwat Saiful ini? Jangan terperanjat kerana seperti kata Donald H. Rumsfeld "...there are also uknown unknowns..." atau ada pekara tidak tahu dan kita sendiri tidak tahu yang kita tidak tahu.
* Pandangan yang dikemukakan di sini adalah pendapat peribadi kolumnis
Sumber : YM - 4/01/2012
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7403-901-pkr-sambut-baik-kenyataan-hisham-kpn
Menurut pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland yang menyambung keterangannya hari ini, penilaiannya dibuat dengan mengambil kira usia Anwar.
"Bekalan darah adalah masalah utama apabila berlaku kerosakan kepada saraf...
"Apabila kita andaikan hubungan seksual, ia tidak mungkin boleh dilakukan.
"Berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan keputusan MRI, ini mustahil dilakukan (tindakan meliwat) kerana usianya," kata Hoogland.
Menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Hoogland berkata meskipun pembedahan dijalankan dan terdapat perubahaan, namun kerosakan pada akar saraf beliau masih belum pulih sepenuhnya.
Jelas pakar itu lagi, keadaan sakit tulang belakang yang dialaminya tidak membolehkannya membongkok dengan normal.
Saksi pembelaan itu juga berkata, Anwar tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti yang memerlukan pergerakan badan yang kasar.
Sumber MK (7/10//2011) : http://www.malaysiakini.com/news/177957
Fitnah: AMK sokong ahli parlimen Jerman |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 19 Nov: "Kita mengalu-alukan kenyataan yang dikeluarkan oleh sekumpulan ahli parlimen Jerman terhadap apa yang berlaku di negara ini terutamanya berhubung dengan perbicaraan kes fitnah 2 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.
Sdr Shamsul Iskandar Md Akin - Ketua Pemuda PKR
Beliau berkata, kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa seluruh negara di dunia ini memerhati setiap tindak tanduk yang dimainkan oleh pemerintah negara kita terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat mempunyai perancangan teratur setiap kes yang dihadapi oleh Anwar. "Kita mengetahui dari awal lagi segala apa yang berlaku semuanya sudah diatur dan sekarang negara-negara Eropah juga turut sama meneliti setiap apa yang berlaku. Barisan Nasional di bawah Najib akan cuba sedaya upaya mematikan perjuangan politik yang dibawa oleh Anwar. "Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen tersebut menunjukkan negara kita ini perlu berubah dan keluar dari lingkungan menghalang proses demokrasi negara yang mana kita lihat Malaysia tidak ubah seperti di negara-negara tengah seperti Mesir mahupun Tunisia yang bertindak menghalang pergerakan Parti Pembangkang jika mereka ingin bersuara," sambungnya lagi. Shamsul juga berharap jika kerajaan ingin mengembalikan kembali imej negara ini, Najib perlu memastikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang itu digugurkan malah setiap aktiviti Pakatan Rakyat perlu mendapat tempat yang seadilnya seperti mana yang diterima oleh Barisan Nasional. "Imej negara di mata dunia semakin tercemar sehinggakan negara-negara Eropah yang berpengaruhi berani untuk mempertikaikan sistem demokrasi negara ini. "Bagi saya kenyataan yang dikeluarkan itu memberi gambaran dan semangat baru kepada setiap perjuang reformasi serta perjuangan Pakatan Rakyat dalam mengembalikan sistem doemokrasi yang adil di negara ini," sambungnya lagi ketika dihubungi Harakahdaily. Sebelum itu, sekumpulan Ahli Parlimen Jerman menyifatkan perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sebagai satu cubaan BN untuk menyingkirkan Anwar. Ia juga menyifatkannya sebagai “proses menyingkirkan seteru politik”, kumpulan itu yang datang daripada Asean Parliamentary Group untuk Parlimen Jerman berkata perbicaraan Fitnah II bertujuan merencatkan momentum reformasi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum. Kumpulan ahli parlimen itu juga memberitahu perbicaraan Anwar akan selesai dalam bulan Disember. Ketua Asean Parliamentary Group, Dr thomas Gambke juga memberitahu melalui kenyataannya sewaktu lawatannya ke Malaysia pada awal 2011, keraguan mereka telah terbukti bahawa perbicaraan itu merupakan proses menyingkir seteru politik. Justeru, mereka menuntut Najib dan pentadbirannya berlaku adil kepada Anwar di samping tidak memanipulasi proses pilihan raya untuk terus berpaut pada tampuk kuasa. “Kami merayu kepada kerajaan Malaysia untuk menghormati matlamat reformasi demokratik sistem pilihan raya, yang diketuai Anwar Ibrahim. “Langkah untuk mencegah penipuan pilihan raya perlu diperkenalkan bersama akses lebih meluas untuk media buat parti pembangkang yang kini mentadbir lima negeri di Malaysia. “Perbicaraan bersifat politik terhadap Anwar akan hanya merosakkan imej antarabangsa Malaysia,” kata mereka dalam kenyataan media. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6588-fitnah-amk-sokong-ahli-parlimen-jerman
'Roboh tembok penjara': Azmin dipanggil polis |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Dis: Dipercayai berkaitan dengan kenyataan "PKR akan merobohkan tembok penjara jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan", Azmin Ali telah diminta hadir memberi keterangannya kepada polis. Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu dilaporkan mendapat panggilan telefon kira-kira jam 1.20 petang tadi dari seorang pegawai polis yang meminta beliau menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. Difahamkan, Azmin kini dalam perjalanan ke Sarawak untuk program Ceramah Perdana yang dianjurkan bersama pimpinan Pakatan Rakyat negeri itu serta menghadiri inkuiri awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya. Pegawai Khas kepada Azmin, Hilman Idham berkata pihak polis tidak memberikan sebab kenapa Ahli parlimen Gombak itu perlu hadir memberi keterangan. Beliau juga memaklumkan, Azmin masih belum membuat sebarang keputusan dan berkemungkinan akan memanggil pihak polis tersebut mengambil keterangan di Kuala Lumpur. Semasa berucap di Kongres Nasional PKR di Johor, 25 November lalu, Azmin dilaporkan berkata PKR akan "merobohkan tembok penjara" jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Namun pada program Rapat Rakyat di Shah Alam Ahad lalu, Azmin turut membuat penjelasan terhadap kenyataan kontroversinya itu. Katanya, 'tembok penjara' yang dimaksudkannya dalam ucapan di Johor itu adalah 'segala halangan' yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu untuk memenjarakan Anwar yang juga ketua umum PKR. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6913-roboh-tembok-penjara-azmin-dipanggil-polis-
Liwat II : Ucapan Najib boleh pengaruhi mahkamah |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Peguam Karpal Singh dalam hujah penggulungannya pagi tadi mendakwa ucapan Datuk Seri Najib pada Perhimpunan Agung Umno lalu yang menyerang Datuk Seri Anwar adalah campur tangan berat dalam kes Liwat II. Tindakan itu juga ujarnya bukan sahaja menghina mahkamah malah boleh mempengaruhi keputusan yang akan dibuat. Sementara itu, Anwar yang ditemui juga turut menyatakan pendirian sama dan mahu mahkamah mengambil perhatian berhubung perkara itu. "Melihat kepada perbicaraan sebelum ini kita telah menyediakan segala bukti yang mencukupi dan fakta yang jelas terhadap kes tersebut. "Tetapi apa yang dilakukan tadi Peguam Karpal Singh telah menyatakan bahawa ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agong Umno yang lalu telah menyerang saya secara terus," kata Anwar ketika mahkamah berehat seketika tengah hari tadi. "Ini dilihat sebagai menghina perjalanan perbicaraan kes hari ini dan ia dilihat dapat mempengaruhi rakyat serta keputusan yang akan dibuat nanti," katanya yang juga ketua pembangkang. Selain itu, pada penggulungan pagi tadi, Karpal turut mendesak mahkamah memanggil semula Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan penuduh Saiful Bukhari bagi memastikan keputusan perbicaraan dapat dijatuhkan dengan adil. Menurut Karpal, mereka perlu dipanggil kerana sehingga kini kedua-duanya belum menafikan hubungan di antara mereka berdua. Hubungan antara Farah dan Saiful menurut Karpal, membolehkan Saiful mempunyai akses kepada kertas pendakwaan. Dalam pada itu, perbicaraan liwat II yang bermula hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar penggulungan hujah kedua-dua pihak. Hujahan yang sepatutnya dijadualkan pada 23 hingga 24 November lalu berlangsung hari ini di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. Turut hadir mendegar penghujahan hari ini adalah Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail; Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Tiba lebih awal adalah Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya, Naib Presiden N Surendran, dan Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7010-liwat-ii-ucapan-najib-boleh-pengaruhi-mahkamah
Sidang Media DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=r3XoYSNfSU8
Peguam Anwar berjaya patah hujah pendakwa |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 12 Dis: AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar yang turut hadir mengikuti sesi penggulungan hujah kes liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perbicaraan itu dilakukan secara adil akan memihak kepada Anwar. Beliau yang ditemui di perkarangan lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberitahu peguam Anwar telah memberikan bukti yang begitu banyak dan dari segi teknikal amat mustahil untuk hakim membuktikan Anwar bersalah. "Bukti-bukti begitu terperinci telah dikemukakan oleh peguam-peguam Anwar dan segala hujah pihak pendakwa sebelum ini telah dapat dipatahkan oleh barisan peguamnya. "Begitu juga berkaitan dengan DNA ataupun bukti Saiful berada di kondominium sewaktu kejadian fitnah tersebut, malah bukti-bukti yang menimbulkan kesangsian," jelasnya. Beliau begitu yakin dengan pengadilan yang adil akan mendapati begitu banyak keraguan yang telah ditimbulkan oleh pihak pembela hari ini. "Sewaktu pihak pembela mengemukakan hujah pihak pendakwa tidak sedikit pun bangun untuk mencelah atau mencabar, sudah tentu mereka akan memberikan hujan mereka esok dan mereka mengatakan hanya memerlukan masa dua jam untuk mengemukakan hujah mereka. "Dalam pada itu saya amat yakin bahawa pembelaan yang dilakukan oleh barisan peguam Anwar itu amat berkesan," katanya lagi. Sementara itu, mahkamah yang bersidang semula jam 2 petang tadi memperlihatkan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berhujah dengan menyifatkan Saiful Bukhari adalah seorang penipu. Beliau yang memulakan hujah menyatakan banyak fakta serta kenyataan yang dinyatakan oleh Saiful bersifat luar biasa, seperti menipu apabila mendakwa pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat. Menurutnya lagi, jika benar pintu tersebut dikunci rapat siapakah yang telah menghidang kopi dan karipap yang didakwa telah dimakan oleh Saiful dan Anwar selepas kejadian fitnah tersebut. Berkenaan dengan Saiful yang mendapatkan nombor telefon bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga sesuatu yang aneh di mana beliau mendapat nombor telefon tersebut dengan cara mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada waktu itu. Sankara berhujah, mana mungkin Timbalan Perdana Menteri tidak mempunyai nombor telefon Ketua Polis Negara ketika itu. Dalam pada itu, Sankara bercakap kepada media menjelaskan sesi penggulungan hujah pihak pembelaan sudah selesai dan menunggu pihak pendakwa mengemukakan hujah mereka esok. "Hari ini kita telah tamat mengemukakan hujah bagi pihak pembela dan esok pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka sebelum Hakim menentukan tarikh keputusan. "Selesai sahaja pihak pendakwa mengemukakan hujah, pihak pembela diberi peluang untuk menjawab hujah pihak pendakwa. "Mungkin esok atau lusa mahkamah akan menentukan bila keputusan akan diputuskan dan kalau pihak pembela tidak dapat habiskan esok hujah terhadap pihak pendakwa kita akan meminta tempoh untuk satu hari lagi," jelasnya. Sementara itu, Anwar memberitahu, peguamnya telah selesai mengemukakan hujah penggulungan. "Hari ini peguam telah mengemukakan hujah penggulungan pembelaan dan kalau mengikut kepada fakta serta undang-undang maka kes ini telah habis, inilah yang kita tunggu iaitu mendengar keputusan dari hakim. "Mereka yang kecam kita tidak pernah hadir mendengar segala perbahasan di dalam mahkamah dan kalau mereka yang mengikut perbicaraan ini secara teperinci segala hujah-hujah pihak pendakwa telah dapat dipatahkan, begitu juga segala bukti-bukti yang mereka kemukakan. "Kita tunggu keputusan dan pihak pendakwa akan memulakan hujah mereka esok pada jam 1.30 petang," jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7017-peguam-anwar-berjaya-patah-hujah-pendakwa
Perbicaraan kes liwat II disambung Khamis ini |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung pada Khamis ini, 15 Disember 2011. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memutuskan perkara itu menjelaskan, sambungan perbicaraan kes itu akan bermula jam 9.30 pagi. Menurutnya, perbicaraan Khamis ini bagi membolehkan pihak pembelaan menggulung hujah mereka, sebelum keputusan kes tersebut dibuat. Sementara itu, peguam Sankara Nair berkata, pihak pendakwa bagi perbicaraan kes tersebut hari ini tetap gagal membuktikan Datuk Seri Anwar bersalah. "Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwa hari ini tetap memihak kepada kami dan kami yakin mampu mempertahankan hujah-hujah kami sebelum ini pada hari Khamis ini," katanya. Bercakap kepada pihak media pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi di sini petang ini, beliau berkata, sehingga kini pihak pendakwa juga turut gagal menafikan keterangan-keterangan saksi-saksi pembela. Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan meneruskan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai jam 1.30 petang ini bagi memberi peluang kepada pihak pendakwaan meneruskan hujah mereka. Sekitar jam 5.00 petang ini, hakim Datuk Mohamad Zabidin yang mendengar perbicaraan kes itu memutuskan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut Khamis ini untuk memberikan peluang kepada pihak pembelaan pula menggulung hujah mereka. Sankara adalah peguam bela bagi pihak tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, manakala Karpal Singh adalah peguam utamanya. "Pada perbicaraan Khamis ini, pihak kami akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mematahkan semua hujah pihak pendakwa dan kami tetap yakin keputusan tetap memihak kepada kami," tegas Sankara. Sejak mula kes itu disebut, tegas beliau, pihaknya telah menegaskan bahawa kes liwat 2 Anwar adalah fitnah dan konspirasi politik pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar. "Sehingga hari ini, pihak pendakwaan tetap gagal menafikan hujah kami itu kerana ia sememangnya konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar. "Kami sememangnya mempunyai bukti-bukti kukuh untuk dikemukakan pada bila-bila masa dan kami pasti akan turut membuktikan perkara itu pada perbicaraan Khamis ini," tegas beliau. Persekitaran lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi turut didatangi ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara mereka yang datang termasuk ahli-ahli PKR dari Ipoh bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar yang juga Ketua Umum PKR, sejajar dengan keyakinan mereka terhadap kedudukan Anwar sebagai pihak yang tidak bersalah, sebaliknya teraniaya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7034-perbicaraan-kes-liwat-ii-disambung-khamis-ini-
Pihak pendakwa pertikai peraturan mahkamah |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin didakwa telah bertindak keterlaluan sehingga ke peringkat mempertikaikan peraturan mahkamah, apabila menafikan keterangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh. Menurut Anwar, pertikaian mengenai keputusan dan keterangan yang telah diberikan oleh beliau menerusi kandang tertuduh tidak sepatutnya berlaku, memandangkan ia adalah keputusan pilihan yang dibuat oleh pihaknya sejajar dengan peraturan mahkamah. Katanya, apabila perkara itu dipertikaikan oleh pihak terbabit bermakna pihak berkenaan jelas mempertikaikan peraturan mahkamah. "Datuk Seri Najib ternyata tidak membaca perkara ini. Hari ini Datuk Yusof telah terang-terangan mempertikaikan perkara itu yang sepatutnya tidak berlaku," katanya. Bercakap kepada para wartawan pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, beliau amat kesal dengan tindakan tersebut yang jelas mencabar peraturan mahkamah. Perbicaraan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyaksikan pihak pendakwaan menggunakan keputusan Anwar untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh tempoh hari untuk menyerangnya. Dalam penggulunganya, Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abidin berkata, keterangan dari kandang tertuduh bukan sahaja tidak memberi wajaran yang sama seperti kenyataan bersumpah, tetapi kenyataan Anwar juga hanyalah berbentuk penafian. Menurut beliau, rujukan yang dibuat terhadap dakwaan itu, adalah hanya apabila Anwar secara mutlak menafikan beliau mempunyai hubungan seksual dengan pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa tertuduh tidak memberi versinya mengenai kejadian pada 26 Jun, 2008 di antara jam 3.01 petang hingga 4.01 petang di Unit 11-4-11, Kondomium Desa Damansara, tempat di mana kejadian itu berlaku," katanya. Malah, Yusof berkata, hakikatnya adalah Anwar tidak mempertikaikan kehadirannya di kondominium itu pada masa yang didakwa itu, manakala beliau sendiri pula telah menerima satu sampul dokumen daripada pengadu yang "sudah pasti akan menjadi bukti terhadapnya". Anwar juga, katanya lagi, tidak menyebut mengenai sakit fizikal yang dialaminya yang boleh menghalang dirinya daripada melakukan perbuatan seks yang dituduh itu. Menurut Anwar, penafian pihak pendakwaan mengenai keputusan pilihannya itu adalah semata-mata untuk membolehkan beliau dijadikan sebagai orang yang bersalah, bagi menjayakan konspirasi pihak-pihak tertentu terhadapnya. "Namun apa pun tindakan mereka, saya yakin keputusannya nanti tetap berpihak kepada saya kerana bukti mengenai diri saya yang tidak terlibat dalam kes itu sudah pun dijelaskan oleh saksi-saksi," katanya. Antara saksi bagi pihaknya yang dimaksudkan oleh beliau termasuklah Pakar Bedah Ortopaedik, Dr Thomas Hoogland yang telah memberikan keterangan bahawa Anwar tidak terbabit dalam kes tersebut. "Keterangan saksi-saksi yang berkepakaran seperti Dr Hoogland itu sewajarnya diterima oleh mahkamah kerana beliau adalah saksi di peringkat antarabangsa," katanya yang juga Ketua Umum PKR. Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut yakin peguam-peguamnya turut mempunyai bukti dan hujah kukuh mengenai kedudukannya sebagai orang yang tidak bersalah pada perbicaraan Khamis, 15 Disember ini. Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah pangsapuri di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008 dan dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Beliau yang turut hadir pada perbicaraan hari ini ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR dan anaknya, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai. Sebaik sidang media selesai, ratusan penyokong Anwar yang juga ahli-ahli PKR termasuk yang datang dari Ipoh, Perak, melaungkan beramai-ramai perkataan "reformasi" dan "hidup Anwar" berkali-kali. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7036-pihak-pendakwa-pertikai-peraturan-mahkamah-
Sidang Media DSAI : http://www.youtube.com/watch?v=fUavUNRzViA
Liwat II : Nasib Anwar akan diketahui 9 Januari |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan 9 Januari ini. Tarikh tersebut ditetapkan Hakim selepas mendengar penggulungan penghujahan kedua-dia pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Sementara itu, Anwar ketika bercakap kepada pemberita selepas itu berkata, perjuangan beliau tidak akan terhenti meskipun beliau berkemungkinan akan dipenjarakan. Katanya, penjara tidak akan menyekat semangatnya untuk melakukan reformasi terhadap negara demi semua rakyat Malaysia. Sehubungan itu, beliau akan terus memperkuatkan pakatan pembangkang untuk berdepan kerajaan pemerintah. Dalam pada itu beliau sekali lagi mengulangi keyakinannya bahawa keputusan mahkamah terhadapnya 9 Januari ini akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi diadakan pilihan raya umum ke-13. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7072-liwat-ii-nasib-anwar-akan-diketahui-9-januari
Kamu boleh hina Anwar d Malaysia, tidak di dunia’ |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 17 Dis: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mahu rakyat terus bangun dan berani melakukan perubahan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang tanpa memperhitungnya dirinya ke penjara atau tidak selepas keputusan kesnya. Ketua pembangkang di parlimen itu berkata, perubahan kerajaan itu sangat penting demi survival kehidupan rakyat yang lebih baik apabila Pakatan Rakyat (PR) diberi amanah berkuasa terutama bagi menangani masalah yang sedang mencengkam hidup rakyat pada masa ini. “Kita memberi jaminan sebaik saja PR menang, dalam tempoh 24 jam harga minyak akan turunkan, kadar elektrik juga diturunkan kerana selama ini harga tinggi dua sumber tenaga ini menyebabkan melambungnya harga barang. “Gaji minima kakitangan kerajaan dan swasta akan ditetapkan sebanyak RM1,100 dan kita lihat kerajaan yang ada tidka berani menetapkan gaji minima,” katanya ketika berucap dalam majlis Minum & Sembang Petang Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shakira Cafe, Batu 1, dekat sini petang semalam. Lebih 500 hadir mendengar ucapannya yang singgah dalam perjalanan untuk berceramah di Kuantan. Anwar berkata, kerajaan PR akan memecahkan monopoli kroni untuk mengembalikan hak rakyat seperti kilang gula dan permit teksi. “Dulu apabila Robert Kuok memegang konsesi gula, bahan itu tidak ketara sangat naik tetapi apabila diserah kepada kroni Umno, gula sampai empat kali naik. “Kita tengok pemandu teksi berhempas pulas mencari rezeki, tetapi sesetengah Ketua Umno bahagian ada beratus-ratus permit teksi. Jadi salah guna kuasa dan kronisme yang telah berakar umbi seperti inilah yang akan kita ubah,” katanya. Anwar berkata, perkara seperti ini kadang-kadang gagal dilihat oleh orang Melayu di kampung-kampung apabila propaganda Umno setiap hari dimainkan kononnya Cina memonopoli kekayaan dalam negara. “Kenapa disalahkan Cina? Wakil rakyat Melayu, pegawai daerah Melayu, Menteri Besar Melayu. Jadi kenapa orang Melayu semakin miskin? “Negeri Pahang ini sendiri kaya, tengok balak dah hampir 50 tahun terus dikeluarkan. tetapi kenapa kekayaan itu tidak melimpah kepada rakyat?” soalnya. Mengenai kesnya yang akan diputuskan pada 9 Januari nanti, beliau yakin akan dibebaskan jika tanpa campur tangan politik. “Sembilan haribulan depan saya akan dijatuh hukum. Tetapi sudah ada dua jemputan menanti iaitu cucu pejuang India Mahatma Gandhi, Raj Mohan iaitu pelawa datang ke Bombay dari 9 hingga 11 Januari untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India. “Pada 12 haribulan Januari pula saya dijemput berucap di pejabat Perdana Menteri Turki Recep Erdogan di Istanbul. Jadi kamu boleh hina Anwar di Malaysia tetapi tidak di mata dunia,” katanya merujuk kepada Umno. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7094-kamu-boleh-hina-anwar-d-malaysia-tidak-di-dunia
PKR nafi kerah ahli cetus huru-hara 9 Januari |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Dis: PKR hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta semua anggota parti itu berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.
YB Sdr Saifudin Nasution Ismail - SUA PKR
Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution berkata, SMS itu menggunakan namanya dengan mendakwa beliau telah mengeluarkan suatu surat pekeliling mengarahkan semua ahli parti hadir. "Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara. "Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, anggota PKR dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7243-pkr-nafi-kerah-ahli-cetus-huru-hara-9-januari
Anwar jelajah negara menjelang 9 Januari |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 27 Dis : Ketua Pembangkang (Parlimen) Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan menemui rakyat melalui program jelajahnya ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia menjelang 9 Januari ini. 9 Januari adalah tarikh mahkamah tinggi membuat keputusan berhubung dengan dakwaan terhadap Anwar. Program jelajah bermula 3 Januari 2012 itu dirangka bagi memberi peluang kepada rakyat mendengar penjelasan dari Ketua Umum Keadilan itu mengetahui tentang isu-isu yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno-Barisan Nasional. Beliau juga dijangka akan memberi penjelasan terhadap isu fitnah II yang telah dirancangkan oleh Umno sejak awal lagi bagi menghalang perjuangan politik Anwar. Program ielajah itu akan bermula pada 3 Januari iaitu di Johor meliputi Daerah Ledang dan Muar, pada 4 Januari pula Anwar akan berada di Bandar Tampin, Negeri Sembilan dan di Bukit Katil, Melaka. Manakala pada 5 Januari beliau akan menemui pengundi di Pahang iaitu di Bentong, Balok dan juga Indera Mahkota setelah itu beliau juga turut ke Dungun dan Kuala Terengganu sebelum berada di Pasir Puteh dan Machang, Kelantan pada sebelah malam. Untuk rangka program jelajah itu, Anwar dijadualkan akan berada di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan di Kelana Jaya, Selangor pada 6 Januari. Beliau akan bertolak ke Pulau Pinang pada 7 Januari dan selepas itu ke Terengganu bagi mengikuti Program Sambutan 100 tahun penubuhan Kerajaan Islam Terengganu di Kuala Berang. Kemuncak program jelajah tersebut berakhir di Kelab Sultan Sulaiman pada 8 Januari pada jam 11 malam, sebelum itu Anwar akan mengadakan sembahyang hajat di kediamannya. Sebelum itu, program jelajah ini dirangka sepenuhnya bagi beliau menemui setiap lapisan rakyat di seluruh pelusuk negeri sebelum beliau hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari bagi mengetahui keputusan terhadap isu Fitnah II yang telah dilemparkan kepadanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7247-anwar-jelajah-negara-menjelang-9-januari
Pimpinan PKR edar risalah liwat II dibebas polis |
Aslani M |
KUALA KRAI, 31 Dis: Ketua AMK negeri, Mohd Azihan Che Seman yang ditahan bersama tiga lagi di sekatan jalan raya di sini petang semalam kerana memilik risalah berkaitan kronologi perbicaraan liwat II dibebas polis sebentar tadi. Mereka ditahan ketika dalam konvoi penerangan AMK yang bermula di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV sedang dalam perjalanan menuju ke Gua Musang. Satu kumpulan lagi dikepalai Ketua Penerangan PKR Kelantan Roslan Puteh pula ditahan di Tanah Merah ketika sedang mengedar risalah tersebut di sebuah pasar kira-kira jam 3 petang semalam. Mereka juga dibebaskan hari ini selepas dijamin pimpinan PKR cabang dan negeri setelah usaha membebaskan mereka dilakukan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Amran Abdul Ghani sejak petang semalam. Setiausaha AMK Negeri, Tarmizi Mohd Yusof berkata, Mohd Azihan dan tiga lagi anggota AMK iaitu Abu Bakar, Sukari dan Awang dibebaskan selepas dijamin beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai. Menurutnya, dua kumpulan tersebut melalui jalan berasingan menuju ke arah Gua Musang dalam gerak kempen bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perkembangan semasa yang berlaku sekarang. “Ketika itu mereka sedang mengedar risalah berkaitan isu liwat II membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selain itu poster ceramah PKR di Machang 5 Januari ini,” katanya di sini. Kata beliau tujuh anggota PKR yang ditahan di Tanah Merah dan empat di Kuala Krai dibawa ke ibu pejabat polis jajahan terbabit untuk disoal siasat mengikut seksyen 4 (b) Akta Mesin Cetak. Tarmizi juga berkata, kesemua risalah yang dibawa mereka diterbitkan ibu pejabat parti itu dirampas pihak polis. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7319-pimpinan-pkr-edar-risalah-liwat-ii-dibebas-polis-
Kenyataan Raja Petra tidak berasas tanpa bukti |
Harakahdaily |
PETALING JAYA, 2 Jan: Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata kenyataan separuh benar, perli dan sindiran melampau yang dibuat Raja Petra Kamaruddin (RPK) adalah tidak benar, tidak disokong oleh apa-apa bukti yang dipercayai dan berupa fitnah yang jelas.
Beliau kepada wawancara penulis blog itu yang membincangkan ‘Perdana Menteri gay’ dalam hubungannya dengan perbicaraan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya tidak berhasrat untuk membuat spekulasi berkenaan motif RPK membuat kenyataan seperti itu,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Untuk sebab-sebab tertentu, katanya RPK mengabaikan fakta bahawa keseluruhan kes liwat merupakan suatu rekaan palsu tanpa selindung oleh Umno BN dengan kerjasama dan persuhabatan pasukan polis dan pejabat Peguam Negara. Justeru, ujarnya sindiran melampau RPK berdasarkan konspirasi jahat yang secara meluas tidak dipercayai di seluruh negara dan di luar negara. Menurutnya, perbicaraan Anwar merupakan suatu penghinaan terhadap keadilan dan tata cara perundangan yang adil dan dapat diterima; serta ia telah dikutuk sedemikian rupa oleh badan-badan hak asasi, para pemimpin sivil dan politik di seluruh dunia. “Kegagalan untuk mendedahkan bahan bukti yang penting kepada pihak pembelaan; kecacatan serius terhadap cara sampel forensik diambil, disimpan dan dianalisis; pra penghakiman kes oleh Hakim Zabidin yang tidak kukuh di sisi undang-undang dan sangat luar biasa dibuat pada penghujung penggulungan kes pendakwaan; pertemuan luar biasa di antara si pengadu dan Perdana Menteri, serta penjelasan PM berhubung hal ini, merupakan antara sebahagian bukti-bukti konspirasi yang cukup banyak di sebalik kes liwat II ini,” jelasnya. Atas alasan yang rapuh itu, ujarnya RPK membina sebuah menara yang hampir roboh berasaskan andaian kabur dan sindiran liar. Bagi video seks pula, katanya ia merupakan pemalsuan yang direka-reka kerana keadaan terdesak oleh para pengkomplot akibat kegagalan mereka dalam kes Liwat II untuk memalingkan sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. “Apakah RPK sudah lupa, sejarah panjang Umno dalam menyalahgunakan polis, pendakwaan dan kehakiman untuk melenyapkan atau meneutralkan tokoh-tokoh utama pembangkang?” soalnya. Selanjutnya, kata beliau RPK menyediakan tidak langsung menyediakan sedikit asas atau bukti atas dakwaan luar biasanya bahawa dia ‘90%’ yakin bahawa Anwar di dalam video seks tersebut. “Rakyat negara ini amat bertuah kerana tidak terjebak ke dalam plot muslihat oleh Umno ini, yang jelas merupakan cubaan jenayah dan tipu helah licik untuk menghalang gerakan reformasi dan perarakan Pakatan Rakyat ke arah kuasa persekutuan,” katanya. Jsteru, katanya Umno mesti melibatkan diri dalam politik demokratik perdebatan dan perbincangan, serta berhenti menggunakan cara-cara kotor dan tidak jujur untuk cuba menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7370-kenyataan-raja-petra-tidak-berasas-tanpa-bukti
PKR sasar 100,000 turun himpunan 9 Jan |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 3 Jan: PKR hari ini menyatakan pendirian mereka untuk tetap mengadakan himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, bagi mendengar keputusan tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah dalam satu sidang media hari ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata seluruh pemimpin Pakatan akan hadir pada hari tersebut. "Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," katanya selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat. Turut serta pada sidang media itu semua ahli parlimen dan Adun PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman. Menurut Azmin lagi, Pakatan akan menggerakkan sekurang-kurangnya 100,000 penyokong untuk hadir pada hari itu. "Kerjasama juga akan diberikan oleh PAS yang akan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman yang mana beliau akan melaksanakan susun atur bagi ahli-ahli PAS Selangor dan seluruh Malaysia. "Manakala untuk DAP, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mengadakan perbincangan dengan DAP," jelasnya lagi. Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. Katanya, Pakatan Rakyat akan terus istiqamah meneruskan perjuangan murni ini selaras dengan apa yang terkandung dalam Agenda Ekonomi Malaysia, Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat. Sementara itu Dr Abd Rani berkata beliau berharap pihak keselamatan dapat mengawal keselamatan rakyat yang akan berhimpun secara aman pada hari tersebut. Beliau juga menasihatkan orang ramai yang akan hadir agar tidak membawa sebarang benda tajam atau sebarang senjata lain pada hari tersebut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7378-pkr-sasar-100000-turun-himpunan-9-jan
Sidang Media PR - 301/2011:
http://www.malaysiakini.tv/video/22854/pakatan-show-of-force-at-sodomy-ii-verdict.html
Abdul Hadi, Kit Siang turun 9 Januari |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 3 Jan: Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali menghargai pendirian PAS dan DAP yang turut sama menyokong kempen pada 9 Januari nanti. Beliau memberitahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menyatakan akan turun pada 9 Januari ini. "Kita telah berbincang tentang himpunan 9 Januari dan saya harga pendirian yang teah diberikan oleh kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat, PAS dan DAP yang menyokong himpunan tersebut. "Sokongan ini bukan hanya sekadar menunjukkan dukungan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja tetapi persetujuan kita kepada prinsip sistem yang ada sekarang yang perlu diubah sepenuhnya samada sistem ekonomi, kehakiman mahupun pendidikan negara," katanya. Tambahnya lagi, Pakatan Rakyat yakin dengan kepimpinan yang ada pada Anwar bersama pemimpin di dalam Pakatan Rakyat sistem yang ada sekarang boleh diubah sepenuhnya. "Kita jamin perhimpunan akan berlangsung dengan aman tanpa ada sebarang kekacauan dan tidak akan berlaku sebarang insiden melainkan ada pihak lain yang telah menimbulkan provokasi. "Kita menyeru setiap anggota parti akan turun untuk memberi sokongan, malah PAS dan juga DAP telah menyatakan akan memastikan ahlinya turun dalam memberi sokongan," sambung beliau lagi. Azmin memberitahu sasaran Pakatan Rakyat pada kali ini bukan hanya tertumpu pada 9 Januari sahaja tetapi juga menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya nanti. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7387-abdul-hadi-kit-siang-turun-9-januari
Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Jan: NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini. Dalam satu sidang media semalam, Presidennya Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, perhimpunan oleh Perkasa itu adalah sebagai "misi mempertahankan keamanan negara" dan akan bermula dengan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan. "Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi," katanya. Mengulas larangan pihak polis agar mana-mana pihak tidak mengadakan himpunan pada hari itu, Ibrahim berkata terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram. Tahun lalu, Perkasa turut mengeluarkan kenyataan sama, iaitu mahu menyekat Himpunan Bersih 2 yang diadakan 9 Julai 2011 dengan mahu mengadakan himpunan anti Bersih. Namun beberapa sehari sebelum Himpunan Bersih yang disertai lebih 50,000 rakyat itu, Ibrahim mengumumkan perhimpunan Perkasa dibatalkan dengan alasan tidak mendapat kebenaran pihak stadium. Sementara itu, Azmin pada satu sidang media semalam memaklumkan bahawa PKR akan menggerakkan sekurang-kurangnya 100,000 orang bagi menyertai himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini. Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7393-perkasa-akan-sekat-himpunan-bebaskan-anwar-
Tahu dan jangan buat tak tahu
Sepuluh tahun dahulu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald H.Rumsfeld telah ditanya oleh wartawan tentang niat Amerika untuk menyerang Iraq. Rumsfeld telah memberi satu jawapan klasik ' There are known knowns ... there are known unknowns... there are also unknown unknowns' — atau ada pekara yang diketahui dan kita tahu... ada pekara diketahui tetapi kita tidak tahu...ada pekara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu.Dua belas tahun dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya Azizan Abu Bakar. Pada tahun 2004 kes liwat ini telah dibuktikan tidak berasas dan Anwar dibebaskan. Fakta pembebasan Anwar ini diketahui dan kita semua tahu. Anwar Ibrahim dipenjara selama 6 tahun bukan kerana meliwat tetapi kerana salah guna kuasa. Tentang fakta salah guna kuasa ini ramai yang tidak tahu dan ramai yang buat-buat tidak tahu.
Pilihanraya ke 12 - Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan ramai dan berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua par tiga di Parlimen. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Pakatan Rakyat telah menyediakan diri untuk mengambil alih pertabiran kerajaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Semua ini diketahui dan kita semua tahu.
Pada 28 Jun Saiful Bukhari telah membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh majikannya yang bernama Anwar Ibrahim. Ini pekara diketahui dan semua orang tahu.
Pada 1 Julai 2008 Balasubramaniam anak lelaki Perumal telah mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah dimana secara terang dan jelas dia mengumumkan kepada dunia bahawa Altantuya Shaariibuu ialah bekas kekasih Najib Razak. Balasubramaniam juga memberitahu kepada dunia bahawa Najib juga telah meliwat Altantuya. Fakta ini ada yang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu. Untuk yang ingin tahu fakta ini ada tercatit - fasal 25 pecahan 2 - dalam Surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam. Kalau tidak baca pasti tidak tahu. Susudah membaca jangan buat-buat tidak tahu.
Pada Isnin 9 Januari minggu hadapan Mahkamah di Jalan Duta akan mengumumkan keputusan tuduhan Saiful terhadap Anwar. Ini pekara diketahui oleh semua warga. Tetapi ada pekara-pekara yang ramai warga buat-buat tidak tahu. Banyak juga pekara diketahui umum tetapi ada warga sengaja tidak hendak tahu. Ramai juga warga yang tahu duduk perkara tetapi sengaja buat tidak tahu.
Ramai yang tahu bahawa Saiful telah tidak terberak selama dua hari kerena dalam juburnya ada bahan bukti — air mani Anwar Ibrahim. Ramai tahu bahawa Saiful telah memasukan plastik ke dalam jubur untuk menahan dari terberak. Tetapi ramai juga tidak tahu bahawa umur air mani tersimpan dalam jubur tidak mungkin melintasi 48 jam walau pun air mani itu milik arwah Superman Christopher Reeve.
Ada warga yang tahu bahawa Saifol Bukhari ini telah menemui Najib Razak sebelum membuat laporan kepada polis. Ada yang tahu bahawa Najib mengumumkan Saiful datang ke rumahnya untuk meminta biasiswa sesudah dibuang dari universiti. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa jika ada sesiapa yang gagal dalam peperiksaan mereka boleh melamar biasiswa untuk menjadi pemandu kapal terbang dari Najib Razak sendiri.
Ramai yang tahu Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum ialah pelari terpantas negara satu ketika dahulu. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Datuk Dr. Mumtaz Jaafar Begum tidak pernah lulus pepereksaan LCE. Ramai yang hairan dan tidak tahu bagaimana Mumtaz Jaafar ini berjaya mendapat ijazah doktor. Masih ramai pula yang tidak tahu bahawa Datuk Dr.Mumtaz Jaafar ialah pembantu kepada Rosmah Mansor — isteri Najib Razak. Paling ramai yang tidak tahu bahawa Dr. Mumtaz Jaafar itu ialah ibu angkat kepada Saiful Bukhari.
Ramai warga tidak tahu apakah yang dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 26hb Jun 2008 di Unit 1151 Kodominium Desa Damansara di Jalan Setia Kasih Kuala Lumpur. Warga tidak diberi tahu bahawa pada hari yang berkenaan Anwar Ibrahim sedang mengadakan perbincangan sulit tentang kedudukan ekonomi negara dengan 5 orang ahli ekonomi negara. Perbincangan ini menjadi sulit kerana 5 orang pakar ekonomi ini masih bekerja untuk kerajaan. Fakta ini tidak diketahui umum malah mahkamah pula tidak mahu tahu.
Ramai yang tidak mahu tahu bahawa kes liwat Anwar Ibrahim ini bukan kes lubang jubur Saiful terkoyak. Atau kes Anwar Ibrahim merogol pembantunya dengan ganas. Kes liwat Anwar Ibrahim ini ialah kes politik. Kes politik - pertempuran dua pandangan dunia politik Melayu. Tentang ini ramai yang tidak tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu.
Najib Razak mewakili garis politik Ketuanan Melayu. Garis politik ini telah mengajukan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha untuk menyelesaikan kemiskinan manusia Melayu dalam negara ini. Selama lebih dari 40 tahun dasar yang dibawa oleh politik Ketuanan Melayu telah berjaya mengkaya-rayakan sekumpulan kecil Melayu manakala majoriti Melayu masih dalam tahap kemiskinan. Fakta sedemikian ini ramai yang tahu dan mustahil ada yang tidak tahu.
Manakala Anwar Ibrahim cuba membuka wacana baru dengan politik Ketuanan Rakyat. Ajenda Ketuanan Rakyat ini amat menarik terutama dikalangan jenerasi muda. Ketuanan Rakyat ini menarik kerana ianya menolak garis perkauman, menolak parti-parti yang berasakan kaum dan membuka wadah politik yang berkemungkinan membawa kesaksamaan derajat untuk anak semua bangsa. Tentang politik baru ini wajib ambil tahu dan jangan buat-buat tidak tahu.
Ketuanan Melayu Najib Razak disokong oleh kaum pemodal dan kapitalis yang besar. Najib juga dibantu juga oleh para cukong China yang luas jaring ekonominya. Dalam masa yang sama Najib Razak mendapat sokongan peniaga-peniaga dan kontraktor Melayu yang besar ekonominya. Para peniaga ini berjaya kerana Dasar Ekonomi Baru tetapi masih bergantung nyawa dan menunggu sokongan kerajaan. Ini semua orang tahu.
Manakala Anwar Ibrahim disokong oleh kaum pemodal pertengahan yang nafas mereka turun naik kerana mereka tidak tersenarai atau dinobatkan sebagai kroni United Malay National Organisation. Kaum pemodal dan para kontraktor kecil ini berharap jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka perniagaan mereka dapat sokongan untuk membesar. Anwar juga disokong para peniaga kecil, tuan empunya warong dan orang-orang yang tidak dipedulikan oleh United Malay National Organisation. Fakta ini masih ada yang buat buat tidak tahu.
Justeru - Najib dan Anwar ini memiliki sokongan yang luas dan tegar. Penyokong Anwar dan penyokong Najib datang dari latar belakang kelas yang berasingan. Punca-punca ekonomi membezakan penyokong Anwar dan penyokong Najib. Bila membaca ekonomi dijadikan asas menganalisa politik maka ramai penganalisa politik jadi bebal kerana mereka tidak tahu. Selama ini mereka hanya menganalisa watak Najib dan watak Anwar. Ramai yang tidak diberi tahu dibelakang pertempuran dua politikus Melayu ini ialah kaum pemodal yang sentiasa ingin tahu siapa yang wajib disokong.
Kalau bumi retak dan langit runtuh ianya tidak akan mengubah apa-apa keputusan pada hari Isnin depan. Malaysia tahu Anwar Ibrahim akan didapati bersalah. Anwar akan dinafikan hak untuk bertanding sebagai ahli parlimen. Anwar akan merayu. Lima tahun kemudian di mahkamah rayuan Anwar Ibrahim akan didapati tidak bersalah. Ketika ini Anwar Ibrahim telah botak dan berumur 71 tahun.
Ada sesiapa lagi yang tidak tahu apa yang sebenarnya sedang dilakukan oleh Najib? Ini namanya perang bioloji. Kalau Najib tidak memenjarakan Anwar dan mematikan gerak langkah politik Anwar , Najib sendiri akan masuk ke penjara dan United Malay National Organisation akan tutup kedai. Jika ini berlaku barulah seluruh Malaysia tahu bahawa bekas pembantu Anwar Ibrahim yang bernama Saiful Bukhari hanyalah cacing kerawit dalam usus politik perang bioloji Najib Razak.
Berhenti sebentar! Sebelum hari Isnin ini sampai ada satu pekara lagi yang tidak diketahui tetapi masanya telah sampai untuk di ketahui. Pekara tahu yang wajib diketahui oleh seluruh warga Malaysia ini ialah peranan Amerika, United Kingdom, Turkey dan Indonesia. Atau lebih senang lagi apakah peranan Barak Obama, David Cameron, Recep Tayyip Erdogan dan Susilo Bambang Yudhoyono dalam menentukan keputusan kes Anwar liwat Saiful ini.
Apakah pembaca terperanjat apabila tahu ada kuasa luar yang masuk campur dalam kes Anwar liwat Saiful ini? Jangan terperanjat kerana seperti kata Donald H. Rumsfeld "...there are also uknown unknowns..." atau ada pekara tidak tahu dan kita sendiri tidak tahu yang kita tidak tahu.
* Pandangan yang dikemukakan di sini adalah pendapat peribadi kolumnis
Sumber : YM - 4/01/2012
901: PKR sambut baik kenyataan Hisham, KPN |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: PKR menyambut baik kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan parti itu dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) berkata, pihaknya bersedia untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman itu berjaya diteruskan dengan aman dan teratur. Justeru, katanya PKR tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta. “Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. “Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik,” ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, katanya sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. “Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Tambahnya, PKR turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. “Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan Bersih tidak akan berulang. “Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7403-901-pkr-sambut-baik-kenyataan-hisham-kpn
Kes liwat II lebih bermotif politik – peguam
Aslani M, |
KOTA BHARU, 11 Jan: Seorang peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof menganggap kes liwat II lebih bermotif politik dan ia bukannya kes dakwaan jenayah seksual.
“Dengan kata lain pendakwaan bermula sebaik menjelang pilihanraya umum ke-12 di mana kelihatan ada agenda politik pihak-pihak berkepentingan.
“Apa yang ingin dikemukakan di sini ialah fakta yang diperolehi daripada perjalanan kes itu sendiri,” katanya di sini.
Kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat II memandangkan tiada bukti yang menyakinkan.
Faizal berpandangan berdasarkan kepada hujah pihak pendakwa, setidak-tidaknya mahkamah lebih awal tidak perlu memanggil Anwar membela diri.
Menurutnya sejak awal kes lagi pihak pembelaan begitu terbatas mendapatkan dokumen dan bukti sama ada sebelum atau semasa perbicaraan.
“Ia telah menjejaskan penyediaan kes bagi pihak Datuk Seri Anwar dalam menjawab tuduhan yang dikenakan.
“Selain itu tiadanya wibawa terhadap pembuktian berkaitan DNA. Keterangan berkaitan DNA dilakukan secara tanpa berwibawa atau berlaku kompromi yang tidak seharusnya.
“Mahkamah akhirnya memutuskan adalah tidak memadai untuk sabitan dibuat semata-mata disokong keterangan sekunder dalam kes-kes sedemikian,” ujarnya.
Katanya lagi mahkamah hanya ada satu keterangan sahaja iaitu pengadu Saiful Bukhari Azlan dan sabitan tidak boleh dilakukan tanpa keterangan menyokong dalam kes melibatkan jenayah seksual.
(Ikuti hujah lanjut peguam terbabit dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

Homoseks: Jangan terpengaruh fitnah jahat media Umno
Harakahdaily, | 17 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim tegas menyatakan bahawa beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat tidak menganjurkan, membenarkan ataupun menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis).
Demikian ditegaskan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Ahmad Kasim dalam satu kenyataan.
Walaubagaimanapun, katanya Anwar berpendirian undang-undang lapuk yang tidak berlandaskan syarak serta menzalimi rakyat Malaysia wajar disemak.
Beliau berkata, undang-undang lapuk dan zalim malah boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kekuasaan untuk menghalalkan fitnah jelik ke atas sesiapapun.
“Saya ingin menyeru supaya semua pihak merujuk kenyataan atau jawapan tersebut dan tidak dipengaruhi dakyah jahat media Umno,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.
Justeru, beliau menyeru agar jangan sesiapapun bersekongkol subahat memintal fitnah itu kononnya atas nama perjuangan Islam.
Jelasnya, perjuangan Islam tidak sama sekali membenarkan fitnah sedemikian.
Menurutnya, seusai pembebasan Anwar dari pertuduhan fitnah pada 9 Januari 2012 yang lalu, media yang dikongkong Umno terus memintal fitnah baru demi menjejaskan wibawa beliau sebagai seorang muslim, rakyat Malaysia dan pemimpin Pakatan Rakyat.
Beberapa hari kebelakangan ini, ujarnya Anwar dilontar pula dengan tohmahan bahawa beliau mahu menghalalkan homoseksualiti (hubungan sejenis) di negara ini.
Katanya, fitnah yang dipintal media Umno seperti Utusan Malaysia itu kononnya dipetik dari jawapan Anwar ketika ditanya dalam satu wawancara BBC (British Broadcasting Corporation).
Ahmad berkata, sekiranya diteliti jawapan Anwar itu, ternyata beliau tidak menyebut berhasrat mahu menghalalkan homoseksualiti di negara ini.
Beliau nukilkan petikan jawapan Anwar tersebut bersama pautan rakaman wawancara BBC itu:
http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714
“We will have to review archaic laws and we, muslims and non muslims generally believe and committed to support the sanctity of marriage between man and woman in Malaysia.
“But we should not be seen as punitive and consider the archaic laws as relevant. We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain. We will not make apologies towards that. I think to use this sort of legislation to be punitive, punish innocent people cannot be condoned and be tolerated.”
“Berdasarkan jawapan dan petikan itu, pertamanya, ditegaskan sebagai orang Islam, kita menjunjung kesucian hubungan perkahwinan antara lelaki dan perempuan,” jelasnya.
Sumber HD : 17/01/2012

Media Malaysia dikendali manusia rosak akhlak
Tidak kiralah sama ada media tv, radio atau media cetak, selagi ianya dikawal dan dikuasai oleh UMNO/BN, kesemuanya sudah hilang kewarasan dan akhlak manusiawi. Memang mengaib dan memalukan! Media di Malaysia yang dikendalikan oleh orang yang mengaku beragama Islam memiliki akhlak dan moral yang telah rosak sehingga menjunam ketahap paling rendah berbanding pengendali media Barat yang rata-ratanya tidak beragama Islam.
Kita lihat dengan mata dan hati yang bersih, seorang Kapten kapal penumpang yang kapalnya telah terlanggar batu karang di kepulauan Itali baru-baru ini, mengakibatkan kapal tersebut senget lalu tersadai di perairan yang cetek, telah diberi ruang oleh media BBC, CNN, ALJAZEERA, CCTV bagi menjelaskan cerita sebenar mengikut versi Kapten kapal tersebut.
Walhal, pada awal berita yang disiarkan, banyak pihak telah menuding jari kearah Kapten kapal tersebut kerana kononnya telah mengemudi kapalnya terlalu hampir kepada tebing yang cetek airnya. Apabila beliau diberikan ruang seadilnya bagi menjelaskan rentetan peristiwa yang membawa kapal tersebut tersadai lalu terbalik kebahagian sebelah 'port' (kanan), rakyat dan penonton disajikan dengan berita dan gambaran dari dua pihak yang bertentangan i.e. yang membuat tuduhan dan yang kena tuduh. Itu cerita pasal media yang dikendali oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Bagaimana dengan media Malaysia, media yang diikendalikan oleh orang-orang yang mengaku beragama Islam? Orang Islam diajar supaya takut dengan kerja-kerja fitnah, takut dengan balasan pada Hari Mahsyar, takut dengan balasan didunia dan akhirat!
Banyak sejarah yang telah dipaparkan dengan cerita-cerita yang mengerikan tentang balasan keatas pembuat dosa! Kenapa media Malaysia masih terus menabur fitnah bahawa kononnya Anwar Ibrahim menyokong hak lelaki mengahwini lelaki dan lelaki meliwat lelaki!! Itu lah yang saya dengar dengan mata telinga saya sendiri.
Nazri Aziz kutuk Anwar, Rais Yatim kutuk Anwar, yang kesemuanya berpunca daripada rasa dendam kesumat mereka keatas kehebatan sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap PR yang diketua Anwar Ibrahim.
Lebih menyedihkan apabila seorang yang bergelar Mufti, Tan Sri Harussani Zakaria, tanpa usul periksa telah membuat kesimpulan sendiri di atas ucapan Anwar sewaktu di interviu oleh BBC London berhubung isu gay. Mana hak Anwar untuk menjelaskan isu tersebut di media Malaysia yang telah dilacur semahunya untuk terus menikam peribadi Anwar?? Kenapa bertindak zalim dan aniaya keatas Anwar Ibrahim?? Kenapa takut beri laluan kepada Anwar bercakap dimedia Malaysia yang dikendalikan oleh orang yang mengaku beragama Islam??
Saya meneliti dan cuba memahami apa yang diungkapkan oleh Anwar dalam interviu BBC tersebut. Saya mengesahkan bahawa tiada suatu bukti sekecil zarah sekalipun yang Anwar pernah mengeluarkan kata-kata menyokong hak gay.
Saya berpesan kepada pengendali media Malaysia, cukuplah, cukuplah, cukuplah. Takut lah kamu akan doa orang yang dianiaya dan dizalimi. Tiada hijab doa diantara mereka dengan Allah s.w.t
Sedarlah bahawa sekuat manapun sokongan kamu keatas Najib, UMNO dan BN, mereka pasti akan jatuh tersungkur menyembah bumi. Pelajari sejarah kejatuhan Hosni Mubarak dan lain-lain pemimpin yang zalim yang menyalahgunakan kuasa mereka sepanjang mereka meneraju negara diatas kesengsaraan rakyat mereka.
Hamzah Abdullah,
Yang Dipertua PAS Batu Sapi.
Sumber HD : 17/01/2012
Sumber HD : 28/01/2012

Anwar hantar notis saman Utusan RM50 juta
Harakahdaily, | 18 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman menuntut bayaran RM50 juta daripada akhbar Umno Utusan Malaysia ekoran laporan semalam yang mendakwa ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.
Ianya merujuk kepada laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” yang memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Antara lain laporan berbunyi, "Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut."
"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam Negara."
Selain laporan itu, Anwar juga merujuk kepada laporan akhbar Umno itu yang bertajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak" yang memetik kenyataan Hasan sebagai berkata, "Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar lbrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar lbrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar lbrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja."
Utusan melalui edisi Mingguan Malaysia sebelum ini juga dengan tajuk “Anwar ulas isu gay” mendakwa, Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.
Sedangkan menurut banyak pihak, dalam temubual itu Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”
Ekoran laporan yang disifatkan berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik itu, Anwar semalam menghantar notis tuntutan kepada pengurusan Utusan Malaysia.
Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.
Anwar juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.
Sumber HD : 18/01/2012
KOTA BHARU, 18 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyokong 'gay' adalah karut.
Katanya, pihak media masih belum serik membuat fitnah terhadap Anwar walaupun usaha yang sama menerusi kes liwat telah tersungkur.
Katanya, apa yang beliau dengar kenyataan Anwar berhubung undang-undang gay berlainan dengan apa yang tersiar dalam media.
“Saya dengar Datuk Seri (Anwar) sebut benda lain tetapi surat khabar tulis benda lain.
“Sudahlah tuduhan liwat baru-baru ini memakan masa berpuluh tahun berakhir dengan sekelip mata, kali ini tak serik lagi nak buat tuduhan lain pula,” ujarnya.
Beliau seterusnya mengingatkan pihak lawan untuk menyerang parti yang lain perlu menyerang dasar dan bukan batang tubuh atau peribadi.
“Menyerang manusia ini dipanggil mengumpat, tetapi politik ini diserang dasar oleh pihak lawan dan bukannya peribadinya.
“Serang dasar parti yang dipegang oleh Datuk Seri, itu perkara lain, ini tidak serang peribadi, semuanya kerja tak cerdik,” ujarnya lagi.
Sebelum itu,Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan menerima kunjungan Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan Negara China, Zhao Guang Qing, di pejabatnya tengah hari tadi.
Turut sama dalam kunjungan berkenaan, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas anggota Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim.
Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN sendiri ternyata gagal dalam menangani isu homoseksual ini.
Malah beliau mempersoal, apa tindakan kerajaan terhadap aktiviti terkutuk itu yang aktif beroperasi di sekitar Chow kit dan Lorong Haji Taib.
"Kalau benar kerajaan BN bersungguh menentang gay, kenapa di Lorong Haji Taib ini bersepah aktiviti ini.
"Saya nak katakan bahawa, undang-undang yang sedia ada ini gagal menangani permasalahan ini," katanya.
Sumber HD : 18/01/2012
TUMPAT, 28 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak didakwa atas pertuduhan liwat kerana ketiadaan bukti yang cukup apatah lagi mahu dirayu pula keputusan Mahkamah Tinggi selepas didapati tidak bersalah.
(Kamarudin melayan tetamu di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Tumpat)
Demikian pandangan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamrudin Jaffar dalam satu sidang media yang diadakan di sini semalam sempena majlis sambutan Tahun baru Cina di sini petang semalam.
Kamarudin mengulas perkembangan terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, inilah pandangan pelbagai pihak ekoran tindakan pejabat Peguam Negara yang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar sebelum ini.
Kes itu difailkan rayuan pada ham 4.30 petang dan di hari terakhir ia boleh dibuat rayuan.
Kamarudin mendakwa, walau pun ada peruntukan undang-undang untuk merayu atas keputusan mahkamah, namun kes ini sepatutnya tidak di bawa ke mahkamah kerana buktinya tidak cukup.
Beliau menyandarkan perkara ini dari kenyataan dari Majlis Peguam Malaysia (Bar Council),pemerhati-pemerhati undang-undang antarabangsa.
Mereka menganggap Anwar dalam kes itu, bukan saja Anwar didapati tidak bersalah dan mesti dibebaskan, malahan mereka berpendapat sepatutnya kes itu tidak dibawa langsung ke mahkamah oleh kerana buktinya tidak cukup.

Saya dengar lain, akhbar tulis lain - Nik Aziz
Rizal Tahir, | 18 Jan 2012 |

Anwar tak patut didakwa apatah lagi dibuat rayuan
Muhammad Yusri Amin, | 28 Jan 2012 |
TUMPAT, 28 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak didakwa atas pertuduhan liwat kerana ketiadaan bukti yang cukup apatah lagi mahu dirayu pula keputusan Mahkamah Tinggi selepas didapati tidak bersalah.
(Kamarudin melayan tetamu di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Tumpat)
Demikian pandangan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamrudin Jaffar dalam satu sidang media yang diadakan di sini semalam sempena majlis sambutan Tahun baru Cina di sini petang semalam.
Kamarudin mengulas perkembangan terbaru membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan oleh mahkamah atas pertuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, inilah pandangan pelbagai pihak ekoran tindakan pejabat Peguam Negara yang memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar sebelum ini.
Kes itu difailkan rayuan pada ham 4.30 petang dan di hari terakhir ia boleh dibuat rayuan.
Kamarudin mendakwa, walau pun ada peruntukan undang-undang untuk merayu atas keputusan mahkamah, namun kes ini sepatutnya tidak di bawa ke mahkamah kerana buktinya tidak cukup.
Beliau menyandarkan perkara ini dari kenyataan dari Majlis Peguam Malaysia (Bar Council),pemerhati-pemerhati undang-undang antarabangsa.
Mereka menganggap Anwar dalam kes itu, bukan saja Anwar didapati tidak bersalah dan mesti dibebaskan, malahan mereka berpendapat sepatutnya kes itu tidak dibawa langsung ke mahkamah oleh kerana buktinya tidak cukup.
Sumber HD : 28/01/2012
Qazaf: Peguam bantah hakim, keluar mahkamah
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, hari ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha.
Ini kerana hakim berkenaan memberi kebenaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi untuk mendengar permohonan mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.
Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman (kiri) berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengenepikan rayuan tersebut.
Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka dan bertindak terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan penyokongnya.
"Kami tidak boleh mengambil bahagian (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.
"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.
Menurutnya lagi, permohonan kebenaran untuk mendengar permohonan untuk mengenepikan notis rayuan Anwar adalah dipohon sendiri oleh barisan peguam pemohon.
"Sepatutnya perkara itu diselesaikan (terlebih) dahulu, tetapi mahkamah memutuskan mohon kebenaran tidak relevan. Walhal, (ianya) permohonan mereka (untuk) mohon kebenaran," katanya sambil menambah tindakan mereka keluar sebagai tanda menghormati prosedur mahkamah.
Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok. Manakala pemohon diwakili tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.
Notis hina mahkamah
Hakim Datuk Zohdi Toha bersama dua lagi hakim rayuan - Datuk Aidi Moktar dan Datuk Hussin Harun - memutuskan demikian selepas meneliti surat cara permohonan dan mendengar hujah kedua-dua pihak selepas mahkamah ditangguhkan selama setengah jam.
Selepas mendengar keputusan tersebut, Kamar Ainiah bangun membantah keputusan itu dan menegaskan akan membuat semakan kehakiman. Kemudian mereka bertindak keluar mahkamah.
Sebelum peguam responden itu keluar mahkamah, Roslizam - ketua barisan peguam pemohon - lantas bangun dan mendakwa tindakan Kamar Ainiah itu dianggapnya menghina mahkamah kerana hakim membenar prosiding diteruskan.
Bahkan Roslizam meminta Kamar Ainiah menarik balik kenyataannya bahawa peguam pemohon "boleh mengambil duit zakat". Bagaimanapun Kamar Ainiah menarik balik kenyataan beliau itu.
Penarikan itu dibuat selepas hakim mahu merekodkan kenyataannya itu sebab ianya dibuatnya dalam mahkamah sambil desakan yang dibuat oleh Roslizam
Ditemui pemberita selepas prosiding, Roslizam berkata pihaknya akan memfailkan notis tunjuk mengikut seksyen 229 Akta Tatacara Mal 1998 dengan sebab tindakan mereka itu didakwa "menghina mahkamah".
"Notis (yang menyatakan bahawa) kenapa mereka tidak boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah," kata Roslizam.
Katanya, responden hari ini membangkitkan isu baru, sedangkan sewaktu peringkat mana-mana pengurusan kes, perkara tersebut tidak dibangkitkan pada waktu tersebut.
Anwar pada 23 April tahun lalu memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berikutan keputusan mahkamah membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.
Anwar pada Ogos tahun lalu juga mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi melucutkan peguam yang mewakili Jabatan Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam samannya terhadap jabatan itu.
Sumber MK : 30/01/2012

Liwat II: Bapa Saiful mohon maaf kepada Anwar
Harakahdaily, | 08 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari Azlan memohon maaf kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat kedua.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini sesungguhnya percaya anaknya, Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk pegawai khas kepada Perdana Menteri yang merupakan dalang kepada fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-3-2013
Liwat II: Bapa Saiful dedah hanya konspirasi
Wan Nordin Wan Yaacob, | 08 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Fitnah Liwat II yang dilempar Umno BN ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik.
Bercakap semasa sidang media tertutup di sebuah kondominium di Taman Melati Gombak, Azlan yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan, fitnah membabitkan anaknya itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.
Beliau yakin dan percaya bahawa anaknya (Saiful) telah dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej dan maruah Anwar.
Katanya lagi, Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.
Kata Azlan, pihak yang dinamakan itu merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim dalam kes yang membabitkan Saiful Bukhari.
Mengulas lanjut, Azlan yang sebelum ini turut mengikuti perjalanan perbicaraan kes Anwar-Saiful berkata, tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.
Kata Azlan, pendedahan itu dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah.
Dakwanya lagi, segalanya dirancang dengan begitu rapi dan ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.
Sambil menyatakan beliau tidak mahu bersekongkol dalam kes itu, Azlan berkata beliau merasakan ada yang tidak kena sejak empat tahun mengikuti perbicaraan bersama peguam.
Katanya lagi, terdapat dalang dalam kes ini dan beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.
“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.
Bercakap semasa sidang media tertutup di sebuah kondominium di Taman Melati Gombak, Azlan yang ditemani Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendedahkan, fitnah membabitkan anaknya itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.
Beliau yakin dan percaya bahawa anaknya (Saiful) telah dipergunakan dalam konspirasi menjatuhkan imej dan maruah Anwar.
Katanya lagi, Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri bagi tujuan tersebut.
Kata Azlan, pihak yang dinamakan itu merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim dalam kes yang membabitkan Saiful Bukhari.
Mengulas lanjut, Azlan yang sebelum ini turut mengikuti perjalanan perbicaraan kes Anwar-Saiful berkata, tersebut adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua.
Kata Azlan, pendedahan itu dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah.
Dakwanya lagi, segalanya dirancang dengan begitu rapi dan ia dilakukan dengan begitu terancang sekali.
Sambil menyatakan beliau tidak mahu bersekongkol dalam kes itu, Azlan berkata beliau merasakan ada yang tidak kena sejak empat tahun mengikuti perbicaraan bersama peguam.
Katanya lagi, terdapat dalang dalam kes ini dan beliau juga bersedia ke mahkamah jika diperlukan berikutan kes rayuan Fitnah II akan dimulakan Jun ini.
“Saya ada hak untuk terangkan. Kalau diminta ke mahkamah, saya sanggup ulang semula (kenyataan ini),” kata Azlan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-3-2013
(Gambar daripada blog.)
“Lebih menarik lagi pendedahan beliau mengaitkan seorang pegawai Perdana Menteri sebagai perancang utama konsiprasi tersebut,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Katanya, perkembangan itu pastinya tambah memeningkan kepala Perdana Menteri dan hampir pastinya Pilihanraya Umum ke-13 akan tertangguh lagi buat kesekian kalinya.
Pendedahan Azlan Mohd Lazim adalah suatu kemenangan moral buat seluruh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, ujarnya lagi.
Menurutnya, dengan kemunculan Deepak Jaikishan serta pendedahan menggemparkan negara mengenai misteri pembunuhan Altantuya, serta kepulangan Balasubramaniam bagi meneruskan momentum skandal pembunuhan model Mongolia tersebut, pengakuan Azlan Mohd Lazim adalah pelengkap kepada kejayaan rakyat.
“Pengakuan Azlan membuktikan bahawa kejadian liwat II adalah suatu konspirasi jahat oleh pihak tertentu yang bertujuan mahu mengaibkan pemimpin dan gabungan PR umumnya,” katanya kepada Harakahdaily.
Baginya, politik fitnah melalui pelakuan lucah dan mengaibkan digunakan bagi menghalalkan segala tindakan mereka.
Kini, kata beliau kebenaran telah terserlah membuktikan bahawa segala yang berlaku adalah mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, ujarnya rakyat ternanti-nanti siapakah pegawai khas Perdana Menteri yang dikatakan merancang semua kejahatan itu.
“Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan pegawainya terlibat dan bertanggungjawab terhadap kesemua tindakan pegawainya itu dan bagi membersihkan namanya, beliau mesti mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang terlibat,” katanya lagi.
Menurutnya, imej Najib kebelakangan ini semakin merudum dengan penglibatan pegawai-pegawai kanan beliau dalam pelbagai skandal.
Riduan berkata, dua orang pengawal peribadinya terlibat dalam pembunuhan model Altantuya manakala bekas penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda juga pernah dikaitkan dengan kes yang sama meskipun dibebaskan oleh mahkamah kemudiannya.
Kini, ujarnya seorang lagi pegawai kanan beliau didakwa terlibat merancang konspirasi Liwat II.
Bagi beliau, Perdana Menteri dilihat sebagai gagal menunjukkan contoh kepada rakyat dengan peribadi yang mulia.
“Malah, beliau dianggap gagal mendidik pegawai-pegawai kanannya untuk menunjukkan tauladan yang murni kepada masyarakat sehingga mereka terjerumus dengan pelbagai kesalahan jenayah,” ujarnya.
Justeru, kata beliau rakyat perlu bertanya kembali, apakah pemimpin seperti itu layak dinobatkan sebagai pemimpin utama negara dan layakkah mandat terus diberi kepada pemimpin seperti itu.
Liwat II: Mungkinkah Najib tangguh lagi PRU13?
Harakahdaily, | 09 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Rakyat mengucapkan syukur dan menarik nafas lega apabila mendapat khabar gembira bahawa Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari tampil memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dengan mendakwa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memfitnah Anwar dengan kes Liwat II.
(Gambar daripada blog.)
“Lebih menarik lagi pendedahan beliau mengaitkan seorang pegawai Perdana Menteri sebagai perancang utama konsiprasi tersebut,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Katanya, perkembangan itu pastinya tambah memeningkan kepala Perdana Menteri dan hampir pastinya Pilihanraya Umum ke-13 akan tertangguh lagi buat kesekian kalinya.
Pendedahan Azlan Mohd Lazim adalah suatu kemenangan moral buat seluruh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, ujarnya lagi.
Menurutnya, dengan kemunculan Deepak Jaikishan serta pendedahan menggemparkan negara mengenai misteri pembunuhan Altantuya, serta kepulangan Balasubramaniam bagi meneruskan momentum skandal pembunuhan model Mongolia tersebut, pengakuan Azlan Mohd Lazim adalah pelengkap kepada kejayaan rakyat.
“Pengakuan Azlan membuktikan bahawa kejadian liwat II adalah suatu konspirasi jahat oleh pihak tertentu yang bertujuan mahu mengaibkan pemimpin dan gabungan PR umumnya,” katanya kepada Harakahdaily.
Baginya, politik fitnah melalui pelakuan lucah dan mengaibkan digunakan bagi menghalalkan segala tindakan mereka.
Kini, kata beliau kebenaran telah terserlah membuktikan bahawa segala yang berlaku adalah mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru, ujarnya rakyat ternanti-nanti siapakah pegawai khas Perdana Menteri yang dikatakan merancang semua kejahatan itu.
“Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan pegawainya terlibat dan bertanggungjawab terhadap kesemua tindakan pegawainya itu dan bagi membersihkan namanya, beliau mesti mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang terlibat,” katanya lagi.
Menurutnya, imej Najib kebelakangan ini semakin merudum dengan penglibatan pegawai-pegawai kanan beliau dalam pelbagai skandal.
Riduan berkata, dua orang pengawal peribadinya terlibat dalam pembunuhan model Altantuya manakala bekas penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda juga pernah dikaitkan dengan kes yang sama meskipun dibebaskan oleh mahkamah kemudiannya.
Kini, ujarnya seorang lagi pegawai kanan beliau didakwa terlibat merancang konspirasi Liwat II.
Bagi beliau, Perdana Menteri dilihat sebagai gagal menunjukkan contoh kepada rakyat dengan peribadi yang mulia.
“Malah, beliau dianggap gagal mendidik pegawai-pegawai kanannya untuk menunjukkan tauladan yang murni kepada masyarakat sehingga mereka terjerumus dengan pelbagai kesalahan jenayah,” ujarnya.
Justeru, kata beliau rakyat perlu bertanya kembali, apakah pemimpin seperti itu layak dinobatkan sebagai pemimpin utama negara dan layakkah mandat terus diberi kepada pemimpin seperti itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-3-2013
SHAH ALAM: Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.
Ini kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.
Demikian menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di Masjid Shah Alam di sini.
“Dia (Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.
“Merujuk kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.
Semalam, bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat II.
Pada 9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Sementara itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di mahkamah.
“Kaum Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.
“Mengapa kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan di mahkamah,” ujar Dr Haron.
Dalam perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.
Liwat II: Pendedahan Azlan, apa kata Dr Haron Din
Selangorku, | 09 Mac 2013 |

'Saya tak rancang, tapi Allah tunjukkan' - Anwar
Harakahdaily, | 10 Mac 2013 |
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan fitnah terhadapnya yang kini satu-persatu mula terbongkar, sebagai pertolongan dari Allah terhdap dirinya yang dizalimi.
Beliau berkata, segala pembongkaran yang berlaku bukan perancangannya tetapi yakin ianya ketentuan Ilahi.
"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi Allah tunjukkan," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa fitnah terhadapnya yang kini mula terbongkar satu-persatu.
Ianya termasuk isu Liwat II yang menyaksikan bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan bersifat 'u-turn' dengan mendakwa tuduhan liwat tersebut konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar.
"....terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya sambil menegaskan pendedahan bapa Saiful itu tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan Allah dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.
Semalam dalam satu majlis serupa di Pulau Pinang, Anwar turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Azlan atas pendedahan yang dibuatnya bahawa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mendalangi kes liwat kedua melibatkannya.
Anwar berkata, pendedahan yang dibuat Azlan itu menguatkan lagi bukti konspirasi fitnah jahat yang dilakukan untuk memenjarakannya.
Sementara itu, mengulas fitnah terbaru Umno BN yang mengaitkan beliau sebagai dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu pula, Anwar berkata, beliau telah bersedia menghadapinya.
"Cara media perdana mainkan saya isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali," katanya.
Beliau berkata, segala pembongkaran yang berlaku bukan perancangannya tetapi yakin ianya ketentuan Ilahi.
"...tipu muslihat mereka terbongkar satu persatu, saya tak rancang pun, tapi Allah tunjukkan," katanya pada majlis sambutan ulang tahun kelima pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa fitnah terhadapnya yang kini mula terbongkar satu-persatu.
Ianya termasuk isu Liwat II yang menyaksikan bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim membuat kenyataan bersifat 'u-turn' dengan mendakwa tuduhan liwat tersebut konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar.
"....terkini bapa Saiful Bukhari, beliau sendiri minta maaf kepada saya dan keluarga," katanya sambil menegaskan pendedahan bapa Saiful itu tidak diketahuinya malah ia juga tidak dirancang kerana beliau yakin ia adalah pertolongan Allah dan berkat doa yang tidak putus-putus daripada rakyat.
Semalam dalam satu majlis serupa di Pulau Pinang, Anwar turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Azlan atas pendedahan yang dibuatnya bahawa anaknya itu dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mendalangi kes liwat kedua melibatkannya.
Anwar berkata, pendedahan yang dibuat Azlan itu menguatkan lagi bukti konspirasi fitnah jahat yang dilakukan untuk memenjarakannya.
Sementara itu, mengulas fitnah terbaru Umno BN yang mengaitkan beliau sebagai dalang insiden pencerobohan di Lahad Datu pula, Anwar berkata, beliau telah bersedia menghadapinya.
"Cara media perdana mainkan saya isu Lahad Datu, saya akan hadapinya, namun undur tidak sekali," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-3-2013
1. Bapa Saiful serah borang ahli PKR : http://www.youtube.com/watch?v=uX3tuK1ID6Y
2. Saya sayang anak hingga akhir hayat : http://www.youtube.com/watch?v=nhh_3H9Y2o0
PETALING JAYA: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menyatakan pendedahan beliau berhubung kes Fitnah Liwat II sebelum ini bukan berniat mengkhanati anaknya itu.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi, beliau juga turut memohon maaf kepada Saiful atas apa yang telah berlaku.
"Saya ingin meminta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku. Saya tak berniat menganiayai atau mengkhianati anak kandung saya sendiri," katanya sambil menambah beliau sangat menyayangi Saiful.
Terdahulu pada sidang media sama, beliau mengumumkan menyertai PKR dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Azlan juga tidak membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung kes Saiful kerana sudah membuat kenyataan awal pada Jumaat lepas.
"Bukan bermakna saya menyertai PKR, saya akan menyisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya.
Beliau turut menjelaskan, keputusan menyertai PKR tidak ada kena-mengena dengan kes mahkamah melibatkan dakwaan liwat ke atas Saiful sebaliknya beliau sudah lama mengikuti perjuangan PKR.
"Saya sebagai rakyat Malaysia berhak buat keputusan tentang diri sendiri dan saya dah fikir sedalam-dalamnya dan implikasinya. Ini adalah masa yang tepat untuk saya sertai PKR untuk buat perubahan.
"Kita perlu profesional dalam hal ini. Apa yang saya lakukan sekarang ialah menyertai politik, tak ada kena mengena dalam kes mahkamah yang dihadapi anak saya.
"Kebetulan saya sertai PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar. Kalau saya sertai parti belah sana tentu tak timbul isu," katanya.
Tambah Azlan juga, beliau lebih mengetahui apa yang berlaku di sebalik kes tersebut.
"Sebagai bapa saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di belakang tabir yang orang lain tidak tahu," tegasnya.
Pada Jumaat lalu, Azlan mengejutkan banyak pihak apabila mengadakan satu sidang media khas mendakwa kes Fitnah Liwat II membabitkan anaknya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi pihak tertentu.
Beliau turut mendedahkan beberapa nama termasuk seorang pegawai khas kepada pemimpin tertinggi negara yang didakwanya sebagai dalang kepada konspirasi untuk memusnahkan karier Anwar.
Saya tak berniat khianati Saiful - Azlan

Sumber HD - 11-3-2013
Liwat II: Najib, hang jawab - Anwar
Harakahdaily, | 12 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berseloroh mahu Datuk Seri Najib Razak menjawab berhubung pendedahan bapa Saiful Bukhari bahawa Fitnah Liwat II adalah konspirasi jahat pihak yang rapat dengan perdana menteri itu.
Katanya, pendedahan bapa Saiful, Azlan Md Lazim bahawa dalang konspirasi tersebut seorang pegawai khas pemimpin Umno, menimbulkan persoalan adakah Najib juga tahu berhubung konspirasi tersebut.
“Najib, hang jawab. Lepas ini tak tau apa lagi nak terdedah,” katanya dipetik KeadilanDaily.
Anwar dilaporkan berkata demikian di hadapan ribuan rakyat yang membanjiri program Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak baru-baru ini.
Pada 8 Mac lalu, Azlan tampil mengadakan sidang media khas membuat kenyataan 'u-turn' bahawa kes liwat membabitkan anaknya terhadap Anwar adalah satu konspirasi politik.
Beliau juga menamakan dua individu yang digambarkan pegawai yang rapat dengan Najib yang disifatkannya dalang konspirasi tersebut.
Tolak bertemu Azlan
Sementara itu, dalam ucapan sama, Anwar turut memberitahu beliau pernah menolak permintaan Azlan untuk bertemu kerana bimbang pertemuan itu nanti menjadi bahan fitnah oleh Umno.
Bagaimanapun kata Anwar, beliau bersyukur selepas Azlan menyatakan kesungguhan mahu meminta maaf kepadanya dan keluarga sebelum bersemuka.
“Dia (Azlan) bagi tahu saya, dia tahu siapa yang terlibat dan dia tahu pegawai khas ... terlibat,” katanya.
Sebagai mangsa fitnah, kata Anwar, beliau berhak mendapat penjelasan Perdana Menteri, apatah lagi tuduhan itu memberi kesan kepada kehidupan isteri dan anak-anaknya.
Katanya, pendedahan bapa Saiful, Azlan Md Lazim bahawa dalang konspirasi tersebut seorang pegawai khas pemimpin Umno, menimbulkan persoalan adakah Najib juga tahu berhubung konspirasi tersebut.
“Najib, hang jawab. Lepas ini tak tau apa lagi nak terdedah,” katanya dipetik KeadilanDaily.
Anwar dilaporkan berkata demikian di hadapan ribuan rakyat yang membanjiri program Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak baru-baru ini.
Pada 8 Mac lalu, Azlan tampil mengadakan sidang media khas membuat kenyataan 'u-turn' bahawa kes liwat membabitkan anaknya terhadap Anwar adalah satu konspirasi politik.
Beliau juga menamakan dua individu yang digambarkan pegawai yang rapat dengan Najib yang disifatkannya dalang konspirasi tersebut.
Tolak bertemu Azlan
Sementara itu, dalam ucapan sama, Anwar turut memberitahu beliau pernah menolak permintaan Azlan untuk bertemu kerana bimbang pertemuan itu nanti menjadi bahan fitnah oleh Umno.
Bagaimanapun kata Anwar, beliau bersyukur selepas Azlan menyatakan kesungguhan mahu meminta maaf kepadanya dan keluarga sebelum bersemuka.
“Dia (Azlan) bagi tahu saya, dia tahu siapa yang terlibat dan dia tahu pegawai khas ... terlibat,” katanya.
Sebagai mangsa fitnah, kata Anwar, beliau berhak mendapat penjelasan Perdana Menteri, apatah lagi tuduhan itu memberi kesan kepada kehidupan isteri dan anak-anaknya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-3-2013
“Tidak akan terlambat kerana selagi ada masa, kalau kita dengan Allah atau sesiapa pun tidak terlambat untuk bertaubat, beristigfar mencari keredhaan-Nya.
“Mungkin dulu ayahnya tidak mengetahui. Mungkin (sangka) anaknya jadi mangsa. Dulu mungkin rasa membela (Saiful Bukhari) tapi sekarang baru tahu. Jadi beliau buat sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab.
“Saya kira, Alhamdulillah. Kalaulah ini dapat buka hati ramai lagi melihat kebenaran. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah,” katanya yang tidak lekang dari ucapan syukur kepada Yang Maha Esa.
Beliau turut berkongsi perasaan anak-anaknya yang lega dengan pengakuan bapa Saiful.
“Anak-anak pun kata begitu. Sebab mereka tahu, mereka lebih muda daripada saya, jadi perasaan muda itu adalah marah dan berdendam kerana bapa mereka diperlaku sebegitu, diaibkan.
“Mereka lebih agresif mengatakan patutnya (pengakuan itu dibuat) dari dulu lagi,” katanya yang sedih mengenang ujian yang terpaksa dilalui anak-anaknya.
Syukur sangat, saya rasa nak takbir - Wan Azizah
Harakahdaily, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail memanjat kesyukuran berikutan pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim bahawa anaknya itu diperguna pihak tertentu untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu Liwat II.
Presiden PKR itu yang dipetik KeadilanDaily, menyifatkan pendedahan Azlan itu sebagai anugerah Ilahi.
Katanya dengan pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas suaminya.
“Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka.
“Allah bagi. Kita pun terkejut juga, kita tidak ada usaha cari tapi ini memanglah. Hanya Allah yang dapat gerakkan hati manusia,” katanya kepada lidah PKR itu.
Walaupun pengakuan itu lambat, Wan Azizah yakin tindakan bapa Saiful itu sedikit sebanyak mampu mengubat keaiban yang dihadapi beliau sekeluarga.
Presiden PKR itu yang dipetik KeadilanDaily, menyifatkan pendedahan Azlan itu sebagai anugerah Ilahi.
Katanya dengan pengakuan itu sedikit sebanyak membersihkan tohmahan jahat ke atas suaminya.
“Saya rasa bersyukur sangat, rasa macam nak takbir, Allahuakbar. Kerana saya tidak sangka.
“Allah bagi. Kita pun terkejut juga, kita tidak ada usaha cari tapi ini memanglah. Hanya Allah yang dapat gerakkan hati manusia,” katanya kepada lidah PKR itu.
Walaupun pengakuan itu lambat, Wan Azizah yakin tindakan bapa Saiful itu sedikit sebanyak mampu mengubat keaiban yang dihadapi beliau sekeluarga.
“Tidak akan terlambat kerana selagi ada masa, kalau kita dengan Allah atau sesiapa pun tidak terlambat untuk bertaubat, beristigfar mencari keredhaan-Nya.
“Mungkin dulu ayahnya tidak mengetahui. Mungkin (sangka) anaknya jadi mangsa. Dulu mungkin rasa membela (Saiful Bukhari) tapi sekarang baru tahu. Jadi beliau buat sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab.
“Saya kira, Alhamdulillah. Kalaulah ini dapat buka hati ramai lagi melihat kebenaran. Saya berterima kasih, bersyukur kepada Allah,” katanya yang tidak lekang dari ucapan syukur kepada Yang Maha Esa.
Beliau turut berkongsi perasaan anak-anaknya yang lega dengan pengakuan bapa Saiful.
“Anak-anak pun kata begitu. Sebab mereka tahu, mereka lebih muda daripada saya, jadi perasaan muda itu adalah marah dan berdendam kerana bapa mereka diperlaku sebegitu, diaibkan.
“Mereka lebih agresif mengatakan patutnya (pengakuan itu dibuat) dari dulu lagi,” katanya yang sedih mengenang ujian yang terpaksa dilalui anak-anaknya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-3-2013
Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?
Harakahdaily, | 03 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Belumpun sampai 24 jam video sumpah laknat kedua Muhd Saiful Bukhari Azlan tersebar di internet, perbagai persoalan berhubung kesahihannya mula ditimbulkan.
Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).
Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.
Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.
Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.
Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.
"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.
"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.
Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.
Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.
"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.
"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.
Video sumpah yang berlatarbelakangkan suasana tawaf di Kaabah itu dipersoal sama ada benar atau hanya sekadar rakaman dalam studio menggunakan teknik 'Chroma Key' (latar belakang hijau).
Ini kerana, beberapa kecacatan dikesan pada video tersebut khususnya berkaitan beberapa subjek utama di sekitar Kaabah yang salah kedudukan dalam video tersebut.
Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan.
Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam.
Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful.
"Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia.
"Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif.
Selain itu turut dipersoalkan berhubung kualiti audio suara Saiful yang didakwa mustahil untuk mendapatkan audio sejelas itu dengan keadaan orang ramai sedang tawaf dan berzikir serta berdoa.
Ada juga yang mempersoal tentang imej seorang lelaki yang dikatakan seolah-olah bertindih dengan tubuh Saiful sedangkan beliau tidak bergerak.
"Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa.
"Aku tak mahu tuduh sape yang buat video ini, tapi aku rasa ini satu penipuan," kata seorang lagi pengguna.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-5-2013
No comments:
Post a Comment