Penulis memang tidak penting buat Pakatan?
Deklamasi sajak : Macam Orang Gila - http://www.malaysiakini.tv/video/21764/macam-orang-gila.html
Oleh DINSMAN
Maka saya terfikirkan peranan penulis. Dan saya terfikirkan juga apakah pihak Pakatan Rakyat dan terutamanya PAS benar-benar menyedari akan peranan penulis dalam masyarakat kita hari ini. Dan saya tak perlu berlama-lama sebenarnya memikirkan perkara ini, kerana ia bukanlah satu perkara baru. Ia selalu timbul dalam perbincangan dengan kawan-kawan penulis, budayawan dan pengamal media.
Di kalangan penulis, budayawan dan pengamal media kita memang jelas berpendapat bahawa pihak pimpinan Pakatan Rakyat seperti tidak begitu menyedari pentingnya peranan yang boleh dimainkan oleh penulis dan pengamal media. Ini jelas dapat dilihat pada cara mereka berhubung dengan golongan ini, dan pada program-program yang mereka buat, yang berhubungan dengan golongan ini.
Tetapi peliknya, mereka selalu kita dapati memarahi media-media pro-Umno/BN kerana tidak membuat laporan berita yang adil, dan tidak mengamalkan dasar kebebasan media. Pimpinan PR di pelbagai peringkat selalu mengecam media kerajaan dan yang pro-Umno/BN kerana tidak berlaku adil kepada PR dalam penyiaran berita. Seolah-olah mereka begitu mengharapkan pada media pro-Umno/BN itu untuk berlaku adil kepada mereka, dan seolah-olah mereka masih memberi kepercayaan kepada media-media pro-Umno/BN itu. Pelik 'kan?
Padahal kita memang tahu benar yang pihak media-media pro-Umno/BN itu, baik namanya Utusan meloya atau namanya TV tiga suku atau apa pun namanya, mereka itu tidak akan samasekali berbuat yang baik kepada kita. Mereka itu memang kerjanya memfitnah PR, dan memang tujuannya hendak menjatuhkan PR.
Yang kita duk percaya lagi dengan mereka itu kenapa? Yang kita duk layan sakan lagi mereka itu pasal apa? Padahal kita bukannya tidak ada media kita sendiri. Di zaman Reformasi 1998 dulu populariti media kita pernah mengalahkan media pro-Umno/BN, baik media cetak mahupun media internet. Tetapi selepas itu sokongan terhadap media kita semakin merosot.
Kenapa merosot? Kerana orang-orang kita sendiri pun tidak memberi sokongan kepada media kita. Kerana pemimpin-pemimpin PR di pelbagai peringkat pun menampakkan yang mereka lebih suka berdamping dan didampingi oleh media-media pro-Umno/BN.
Anda jangan terkejut dengan kenyataan ini. Dan anda jangan terkeliru dengan berita yang sesekali meletup menunjukkan pemimpin tinggi PR marah, berang dan tidak mahu melayan media pro-Umno/BN tertentu.
Hanya sesekali sahaja demikian. Sedangkan selalunya adalah seperti yang saya sebutkan itu. Pimpinan PR sendiri seperti tidak membantu bagi memajukan media-media kepunyaan PR.
Selepas saya tulis perihal seorang aktivis PAS di Johor yang mengadu susah nak beli Harakah di tempatnya, ramai pembaca yang respon dengan SMS dan menelefon saya menceritakan masalah yang sama di tempat mereka. Tak kurang juga yang menceritakan AJK PAS kawasan mereka sendiri pun tak membaca Harakah.
Tapi apa pun, tak mengapalah itu, kerana khabarnya ada kawan-kawan telah menubuhkan "Kembang", dan akan menjalankan aktiviti-aktiviti kempen bagi menyedarkan masyarakat khasnya ahli-ahli PAS supaya membaca Harakah (di samping lain-lain aktiviti).
Balik kepada topik wacana ini seperti yang saya mulakan di atas, iaitu mengenai perlunya pihak PR membina penulis dan pengamal media sebanyak-banyaknya, bagi membantu perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi ini.
Saya fikirkan begini: Kita jangan mengharapkan kepada penulis-penulis dan pengamal media yang pro-Umno/BN itu. Pengalaman saya bersama dengan golongan penulis di negara ini, sejak sebelum zaman Reformasi, di waktu Reformasi dan sehingga sekarang, boleh dikatakan tidak banyak perubahan. Bahkan kadang-kadang mereka ini lebih Umno daripada Umno. Rasuah mereka biarkan saja. Pembohongan tidak menjadi masalah pada mereka. Rakyat dizalimi pun mereka tidak peduli.
Itulah makanya selepas PRU 2008 Paksi pernah menganjurkan seminar "Penulis - Mengepalai atau Mengekori?" Seminar itu membincangkan sikap penulis hari ini yang jauh berbeza dengan penulis di zaman awal kebangkitan nasionalisme dulu. Kalau dulu golongan penulis (seperti Syed Sheikh Alhadi, Zaaba dan Rahim Kajai) menjadi pemimpin masyarakat, hari ini penulis jauh ditinggal oleh masyarakatnya yang mahukan perubahan.
Jadi, elok kita lupakan sajalah niat untuk mengajak mereka ini supaya sedar dan berubah. Lebih baik kita mendidik dan melatih generasi baru. Kita perbanyakkan golongan penulis dan pengamal media yang memahami dan menghayati perjuangan kebenaran dan keadilan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan al-Quran. Dan jadikan ini bahagian penting dalam agenda perjuangan kita, termasuk perjuangan politik.
Cuba bayangkan sekiranya kita mempunyai penulis dan pengamal media yang menyokong perjuangan kita ini lebih ramai daripada penulis dan pengamal media yang menyokong Umno/BN. Apa akan terjadi pada senario politik Malaysia? Dengan sendirinya senario politik Malaysia akan berubah, 'kan!
Memang teorinya sangat mudah. Tetapi teori yang sebaik mana pun, tidak akan ada maknanya kalau tidak dilaksanakan. Maka marilah kita melaksanakannya. Dan memang untuk melaksanakan agenda ini pun tidaklah mudah. Tetapi tidaklah begitu payah. Kalau kita mahu, ia boleh dilaksanakan.
Bengkel penulisan CAP-Paksi ini memang tidak dirancang ke arah itu. Saya hanya terfikirkan perkara ini ketika duduk menunggu untuk memulakan bengkel ini. Rasa-rasanya, selepas ini bolehlah dirancangkan pula bengkel penulisan seperti yang dibincangkan ini.
Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau SMS 019-9592408
Muktamar ke-57 PAS gandakan persiapan memperkuatkan parti!
Peringatan dalam lafaz penggulungan yang disematkan Ustaz Hadi membungkam semangat juang yang tinggi para perwakilan dan ahli PAS untuk sama berikrar memperkukuhkan parti bersama Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dari tangan BN.
Malah harus juga diingatbakan bagaimana gerakan mentarbiyah dan memperkasakan parti seperti yang dilaungkan Dewan Ulama PAS Pusat dalam muktamar lalu dan seterusnya semasa membawa usul ke Muktamar Pusat adalah faktor penting untuk menentukan kejayaan menawan Putrajaya nanti satu kejayaan yang hakiki.
Oleh Dinsman
Deklamasi sajak : Macam Orang Gila - http://www.malaysiakini.tv/video/21764/macam-orang-gila.html
Oleh DINSMAN
Kali ini saya menulis di Yan, Kedah. Sementara menunggu peserta Bengkel Penulisan CAP-Paksi 13-18 Mei semuanya hadir mendaftar diri di Chalet D' Yan, Titi Hayun, saya cuba menyiapkan wacana ini.
Tuan S.M. Idris - Presiden CAP (gambar hiasan)
Tentunya fikiran saya pun tidak menerawang jauh sangat meninggalkan program yang akan berlangsung di sini, iaitu bengkel penulisan. Saya memikirkan bahawa bengkel penulisan selama enam hari ini bertujuan untuk melahirkan beberapa orang penulis yang benar-benar akan menulis selepas ini, sama ada menulis dalam akhbar dan majalah atau menerbitkan buku sendiri.
Maka saya terfikirkan peranan penulis. Dan saya terfikirkan juga apakah pihak Pakatan Rakyat dan terutamanya PAS benar-benar menyedari akan peranan penulis dalam masyarakat kita hari ini. Dan saya tak perlu berlama-lama sebenarnya memikirkan perkara ini, kerana ia bukanlah satu perkara baru. Ia selalu timbul dalam perbincangan dengan kawan-kawan penulis, budayawan dan pengamal media.
Di kalangan penulis, budayawan dan pengamal media kita memang jelas berpendapat bahawa pihak pimpinan Pakatan Rakyat seperti tidak begitu menyedari pentingnya peranan yang boleh dimainkan oleh penulis dan pengamal media. Ini jelas dapat dilihat pada cara mereka berhubung dengan golongan ini, dan pada program-program yang mereka buat, yang berhubungan dengan golongan ini.
Tetapi peliknya, mereka selalu kita dapati memarahi media-media pro-Umno/BN kerana tidak membuat laporan berita yang adil, dan tidak mengamalkan dasar kebebasan media. Pimpinan PR di pelbagai peringkat selalu mengecam media kerajaan dan yang pro-Umno/BN kerana tidak berlaku adil kepada PR dalam penyiaran berita. Seolah-olah mereka begitu mengharapkan pada media pro-Umno/BN itu untuk berlaku adil kepada mereka, dan seolah-olah mereka masih memberi kepercayaan kepada media-media pro-Umno/BN itu. Pelik 'kan?
Padahal kita memang tahu benar yang pihak media-media pro-Umno/BN itu, baik namanya Utusan meloya atau namanya TV tiga suku atau apa pun namanya, mereka itu tidak akan samasekali berbuat yang baik kepada kita. Mereka itu memang kerjanya memfitnah PR, dan memang tujuannya hendak menjatuhkan PR.
Yang kita duk percaya lagi dengan mereka itu kenapa? Yang kita duk layan sakan lagi mereka itu pasal apa? Padahal kita bukannya tidak ada media kita sendiri. Di zaman Reformasi 1998 dulu populariti media kita pernah mengalahkan media pro-Umno/BN, baik media cetak mahupun media internet. Tetapi selepas itu sokongan terhadap media kita semakin merosot.
Kenapa merosot? Kerana orang-orang kita sendiri pun tidak memberi sokongan kepada media kita. Kerana pemimpin-pemimpin PR di pelbagai peringkat pun menampakkan yang mereka lebih suka berdamping dan didampingi oleh media-media pro-Umno/BN.
Anda jangan terkejut dengan kenyataan ini. Dan anda jangan terkeliru dengan berita yang sesekali meletup menunjukkan pemimpin tinggi PR marah, berang dan tidak mahu melayan media pro-Umno/BN tertentu.
Hanya sesekali sahaja demikian. Sedangkan selalunya adalah seperti yang saya sebutkan itu. Pimpinan PR sendiri seperti tidak membantu bagi memajukan media-media kepunyaan PR.
Selepas saya tulis perihal seorang aktivis PAS di Johor yang mengadu susah nak beli Harakah di tempatnya, ramai pembaca yang respon dengan SMS dan menelefon saya menceritakan masalah yang sama di tempat mereka. Tak kurang juga yang menceritakan AJK PAS kawasan mereka sendiri pun tak membaca Harakah.
Tapi apa pun, tak mengapalah itu, kerana khabarnya ada kawan-kawan telah menubuhkan "Kembang", dan akan menjalankan aktiviti-aktiviti kempen bagi menyedarkan masyarakat khasnya ahli-ahli PAS supaya membaca Harakah (di samping lain-lain aktiviti).
Balik kepada topik wacana ini seperti yang saya mulakan di atas, iaitu mengenai perlunya pihak PR membina penulis dan pengamal media sebanyak-banyaknya, bagi membantu perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi ini.
Saya fikirkan begini: Kita jangan mengharapkan kepada penulis-penulis dan pengamal media yang pro-Umno/BN itu. Pengalaman saya bersama dengan golongan penulis di negara ini, sejak sebelum zaman Reformasi, di waktu Reformasi dan sehingga sekarang, boleh dikatakan tidak banyak perubahan. Bahkan kadang-kadang mereka ini lebih Umno daripada Umno. Rasuah mereka biarkan saja. Pembohongan tidak menjadi masalah pada mereka. Rakyat dizalimi pun mereka tidak peduli.
Itulah makanya selepas PRU 2008 Paksi pernah menganjurkan seminar "Penulis - Mengepalai atau Mengekori?" Seminar itu membincangkan sikap penulis hari ini yang jauh berbeza dengan penulis di zaman awal kebangkitan nasionalisme dulu. Kalau dulu golongan penulis (seperti Syed Sheikh Alhadi, Zaaba dan Rahim Kajai) menjadi pemimpin masyarakat, hari ini penulis jauh ditinggal oleh masyarakatnya yang mahukan perubahan.
Jadi, elok kita lupakan sajalah niat untuk mengajak mereka ini supaya sedar dan berubah. Lebih baik kita mendidik dan melatih generasi baru. Kita perbanyakkan golongan penulis dan pengamal media yang memahami dan menghayati perjuangan kebenaran dan keadilan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. dan al-Quran. Dan jadikan ini bahagian penting dalam agenda perjuangan kita, termasuk perjuangan politik.
Cuba bayangkan sekiranya kita mempunyai penulis dan pengamal media yang menyokong perjuangan kita ini lebih ramai daripada penulis dan pengamal media yang menyokong Umno/BN. Apa akan terjadi pada senario politik Malaysia? Dengan sendirinya senario politik Malaysia akan berubah, 'kan!
Memang teorinya sangat mudah. Tetapi teori yang sebaik mana pun, tidak akan ada maknanya kalau tidak dilaksanakan. Maka marilah kita melaksanakannya. Dan memang untuk melaksanakan agenda ini pun tidaklah mudah. Tetapi tidaklah begitu payah. Kalau kita mahu, ia boleh dilaksanakan.
Bengkel penulisan CAP-Paksi ini memang tidak dirancang ke arah itu. Saya hanya terfikirkan perkara ini ketika duduk menunggu untuk memulakan bengkel ini. Rasa-rasanya, selepas ini bolehlah dirancangkan pula bengkel penulisan seperti yang dibincangkan ini.
Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau SMS 019-9592408
Muktamar ke-57 PAS gandakan persiapan memperkuatkan parti!
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Meskipun Muktamar PAS ke-57 belum memulakan tirai secara rasminya 1 hingga 5 Jun ini, namun aspirasi perjuangan dari muktamar yang dicetuskan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-56 di Kelantan 13 Jun 2010 membawa makna yang sangat besar dalam usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden
Laungan Ustaz Hadi "Adakah anda tahu Putrajaya? Adakah anda pernah ke Putrajaya? Suatu hari kita akan mengambil alih Putrajaya," mempersona seluruh perwakilan yang menyahut dengan laungan Takbirr "Allahukahbar" ketika itu.
Kelangsungan ucapan Ustaz Hadi membawa kepada pelan bertindak yang telah disenaraikan dalam ucapan dasarnya dan dijalankan gerak kerjanya itu sepanjang tahun 2010 hingga 2011.Perjalanan penuh berliku PAS mengharugi pasca Muktamar 56 membawa satu dampak baru kepada parti ini untuk melakar perjalanan Muktamar ke-57 Jun ini dengan wajah yang jauh meyakinkan.
Setelah ucapan dasar dihadam dan diperbahaskan oleh perwakilan yang datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari bukan Islam, gagasan "Islam Adil Untuk Semua" telah diterjemahkan pasca Muktamar ke-56 untuk menjadi santapan dalam menggerakkan strategi.
Lihat sahaja pada pilihan raya umum Negeri Sarawak (PRN) pada dua bulan lalu yang memberikan satu suntikan kuat kepada PAS yang mampu memberi saingan sengit kepada BN di sana termasuk hampir menang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro.
Sambutan masyarakat bukan Islam dari kaum Dayak, Iban dan sebagainya di sarawak membuktikan PAS boleh diterima dengan idea 'Islam Adil Untuk Semua' yang disematkan Ustaz Hadi pada muktamar lalu di Kelantan.
Idea yang sangat baik disampaikan Ustaz Hadi ini sedikit sebanyak telah dilunaskan dengan pendekatan-pendekatan yang telah digariskan setiap dewan, dan PAS Pusat untuk memastikan gerak kerja menjelang pilihan raya umum ke-13 bertambah mantap.
Kesan dari gerak kerja memantapkan sokongan, PAS berjaya menjadi 'pesaing sengit' dalam setiap pilihan raya yang dihadapi, lebih-lebih lagi di Sarawak dengan BN sendiri terasa kehadiran PAS 'mengugat' PBB di sana.
Yang pentingnya, pelan bertindak harus digariskan lagi dan perlu sama-sama juga digarab dalam Muktamar ke-57 untuk memfokuskan usaha menarik undi tradisi PAS iaitu dikalangan orang Melayu Islam sementara meneruskan kerjasama dengan bukan Islam.
YB Drs Idham Lim Abdullah - ADUN Titi Serong
Benar seperti kata Adun Titi Serong, Drs Idham Lim Abdullah, PAS atau mana-mana komponen Pakatan Rakyat kini perlu menumpukan terus 'serangan' kepada musuh iaitu Umno/BN.
PAS juga harus melaksanakan beberapa inisiatif baru yang mensasarkan segmen pengundi seperti golongan belia, wanita dan warga emas.
Usaha mendaftar ahli baru (Gempa) yang dicanangkan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam Muktamar ke-56 yang lalu harus dibincangkan semula dalam Muktamar ke-57 dengan memfokuskan kepada sejauhmana pencapaiannya dan sejauhmana golongan sasar dapat didekati sayap parti ini.
Apakah gerakan Gempa yang mensasarkan kira-kira 2.2 juta golongan muda yang layak mengundi tetapi belum lagi mendaftar telah tercapai, ianya harus dibincangkan.
Ustazah Nuridah Mohd Salleh - Ketua DMPP
Demikian juga di peringatan Muslimat PAS dimana dalam muktamar yang lalu, Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh mendambakan ahlinya istiqamah membantu parti dalam menggerakkan massa apakah kesan besarnya dan bagaimana hasilnya.
YB Dato' Harun Taib - Ketua DUPP
Malah harus juga diingatbakan bagaimana gerakan mentarbiyah dan memperkasakan parti seperti yang dilaungkan Dewan Ulama PAS Pusat dalam muktamar lalu dan seterusnya semasa membawa usul ke Muktamar Pusat adalah faktor penting untuk menentukan kejayaan menawan Putrajaya nanti satu kejayaan yang hakiki.
Hanya dengan dasar Islam yang syumul, dan keadilan yang dijanjikan oleh Islam, sesebuah gerakan itu akan menuju ke mercunya dengan pengertian yang sebenar.
Paling penting, muktamar yang juga akan terselit di dalamnya agenda memilih kepimpinan baru sessi 2011-2013 tridak harus menjadi ladang yang mencetuskan permusuhan sesama sendiri seperti yang berlaku dalam Umno-BN
Sebaliknya pemilihan kali ini harus menjadi satu lapangan melahirkan kepimpinan yang berjiwa besar, ukhuwwah yang mantap yang boleh merencana satu pelan bertindak dan melaksanakan pelan itu ke arah menjadikan PAS parti 'Menggantikan Umno'.
Sumber : DD - 28/05/2011
Dr. Rosli Yaakop |
Sebagai seorang ahli PAS seumur hidup, saya tidak mahu sesiapa pun memimpin PAS kecuali orang-orang yang bertaqwa. Apabila ulama (“berpendidikan aliran agama”) yang dipilih perwakilan memimpjn PAS, biarlah ulama itu ulama yang bertaqwa. Apabila insan bukan ulama (“bukan dari pendidikan aliran agama”) dipilih perwakilan memimpin PAS, biarlah insan itu insan yang bertaqkwa, Insha Allah. Takdirnya, pada pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini, para perwakilan telah, buat kesekian kalinya, memilih insan yang bertaqwa untuk memimpin parti dalam tempoh dua tahun yang akan datang. Kali ini, insan yang bukan dari aliran pendidikan agama (tidak semestinya mereka ini bukan ulama) telah dinobatkan sebagai Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden. Mereka memiliki kelebihan – dua orang dari mereka pernah melalui proses pentarbiyyahan Kem Kemunting dan kesemuanya adalah aktivis parti yang paling ketara (visible), terserlah dan berwibawa yang telah menjelajah seluruh pelusuk negara. Lebih dari itu, mereka telah menyertai pilihan raya dan menang dan mereka juga adalah jaguh demonstrasi di jalan raya. Kalau keadaan memaksa rakyat untuk turun ke jalan raya seperti mana yang telah berlaku di Tunisia, Mesir dan beberapa buah lagi Negara Arab, saya rasa inilah orangnya yang akan berada di barisan hadapan. Mereka adalah ahli PAS yang telah melalui proses pentarbiyyahan yang panjang, lalu mereka itu kenal dengan apa itu Islam dan perjuangan Islam. Dari segi ilmu Islam dan ketaqwaan yang dimiliki, mereka sebenarnya layak dipanggil ulama. Lidah mereka sentiasa basah dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith-hadith. Mereka kenal akan hukum hakam Islam. Di sana ada Majlis Syura Ulama yang memberi legitimasi kepada seluruh keputusan yang diambil parti. Sistem pembuatan keputusan yang wujud di dalam PAS memberi keanjalan yang luas bagi ahli-ahli memilih pemimpin. Sama ada yang dipilih itu “ulama” atau “bukan ulama,” legitimasi perjuangan PAS dan segala tindak tanduknya tetap bersumber dan berpaksikan Al-Qur’an, Sunnah, Qias dan Ijma Ulama. Harus diperhatikan bahawa kebanyakan gerakan Islam di dunia hari ini – dari Negara-negara Arab, Turki dan lran hinggalah ke Asia (India, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia) – dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional. Satu kejayaan besar dari sistem pentarbiyyahan PAS ialah ia telah berjaya “mengulamakan” golongan profesional dan yang bukan dari aliran pendidikan Islam dan ia telah berjaya pula “memprofesionalkan” golongan ulama dan yang dari aliran pendidikan Islam. Sesungguhnya, insan yang ada nilai di sisi Allah hanyalah insan yang bertaqwa. Inilah dia intisari daripada sistem pentarbiyyahan PAS – untuk mewujudkan insan yang bertaqwa, Insha Allah. PAS adalah parti bagi orang bertaqwa yang sentiasa tunduk kepada perintah Allah SWT. Di luar sana ramai insan yang berstatus ulama. Ada ramai ulama di dalam Biro Agama UMNO. Di Pusat Islam ada ramai ulama. Di Majlis Agama Islam negeri-negeri ada ramai ulama. Tetapi perjuangan mereka (harus ditekankan, tidak semua) itu berbeza dengan perjuangan para ulama yang berada di dalam PAS. Ulama dalam PAS, yang bertaraf pemimpin nasional mahu pun pemimpin negeri, kawasan dan cawangan atau ahli biasa, semuanya insan yang bertaqwa, Insha Allah. Kalau mereka tidak memiliki ketaqwaan yang tinggi, mana mungkin mereka berada di dalam sebuah jemaah Islamiah seperti PAS. Mana-mana jemaah yang perjuangannya bermatlamat menegakkan Al-Qur’an dan Sunnah, Qias dan Ijma Ulama sebagai perlembagaan dan undang-undang bagi ummah, maka itulah dia jemaah Islamiah dan sesiapa sahaja yang berada dan berjuang di dalam jemaah Islamiah, maka mereka adalah orang-orang bertaqwa, Insha Allah. Di dalam bahtera PAS hari ini terhimpun orang-orang bertaqwa dari setiap lapisan dan golongan masyarakat yang pada kalbu mereka sentiasa bersemarak kalimah “Lailaha Ilallah Muhammadur Rasulallah.” Yang lebih menggerunkan musuh ialah sudah wujud pula golongan orang bukan Islam yang merestui perjuangan PAS dan mahu bersama-sama untuk melangsungkan perjuangan. Umno bukan satu jemaah Islamiah. Ianya jemaah kovensional yang dasarnya “agama suku dan politik suku.” Pemimpin-pemimpinya selalu melaungkan kata-kata ”jangan campur-adukan agama dan politik.” Pemimpin UMNO tidak pernah tahu bahawa berpolitik itu adalah cara hidup para nabi. UMNO, kerana dasarnya konvensional, cukup serasi dengan pendekatan “matalamat menghalalkan cara.” UMNO menggunakan fitnah seks untuk menjatuhkan lawan. Ia memainkan isu perkauman supaya bila tercetus rusuhan kaum seperti “Peristiwa 13 Mei,” maka bolehlah ia terus berkuasa. Dalam tempoh lebih daripada 50 tahun UMNO berkuasa ia telah merosakkan lembaga-lembaga utama di dalam masyarakat dan Negara seperti badan kehakiman, polis, tentera, badan pencegah rasuah, suruhanjaya pilihan raya dan sistem pendidikan Negara. UMNO gagal mengagihkan kekayaan Negara secara adil. Kebokrokan ini berlaku kerana ulama yang ada di dalam UMNO semuanya bisu. Mereka melihat kemungkaran dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka tetapi mereka tidak berani melarang. Malah, mereka tergamak pula mencipta hujjah dan hukum untuk memberi legitimasi kepada kemungkaran yang dilakukan. Dengan menobatkan Mohamad Sabu, YB Salahuddin Ayub, YB Husam Musa dan YB Mahfudz Omar ke barisan kedua dan ketiga di dalam hiraki kepimpinan PAS, bermakna para perwakilan terus memperkasakan gabungan kepimpinan ulama dan profesional di dalam parti. Sekali gus, para perwakilan menghantar isyarat-isyarat berikut kepada UMNO-BN:
|
Tuan Ibrahim Tuan Man |
Kamu boleh paksa rakyat, Kamu boleh paksa semua polis, Tangkap, lokap, siasat ataupun sengaja menyusahkan... Kamu paksa mereka rampas baju kerana kuningnya, Kamu paksa mereka tahan penjual kerana kekuningan baju yang dijualnya, Kamu paksa mereka seret kami ke balai... Paksalah mereka ikatlah tangan-tangan kami dengan garimu, Paksalah mereka tembaklah rakyatmu dengan gas yang ada ditanganmu, Paksalah mereka semburlah orang-orang kuning dengan air asid itu... Maka puaslah kamu, Diperdaya oleh ego kuasa buta kamu... Kerana semuanya ini, Bakal mempercepatkan tumbangmu, Tersungkur di balik kezalimanmu. Bagi polis yang dipaksa, Terimalah simpati kami, Diharap saudara semua boleh kembali bertugas biasa, Apabila pilihanraya menjadi Bersih dan adil nanti. Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 2 Julai 2011 |
RD Hanim |
Ampun Tuanku beribu ampun, Titah Tuanku Patik Junjung Prihatin Tuanku patik sanjung Tuanku pelindung keluhuran Tuanku Payung kesejahteraan Ampun Tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun Mohon patik masuk mengadap Mohon patik merungkai khilaf Mohon patik persembah rasa Patik rakyat jelata-Dewasa di pangkuan bonda Mana hati tidak sengsara Kalau kezaliman terus berleluasa Ada Bendahara haloba kuasa Ada Penguasa rakus harta Ada Pengaman tiada bermata Ada Lebai bisu suara Mereka tiada melihat rakyat Memandang pada yang lunak Mendongak ke puncak lazat, Menunduk ke lembah nikmat Patik rakyat jelata-Melata di bumi tercinta, Mana jiwa tidak terseksa Kalau Keadilan terus dinoda Membantah sudah merayu sudah Diam diam tiada penentu Meratap sudah merintih sudah Tiada siapa yang ambil tahu Patik rakyat jelata-Menangis di pusara bangsa Mana lagi tempat mengadu Mana lagi harus dituju Kalau bukan kepada Tuanku Dengan Bersih dan tulus hati Titah Tuanku Patik Junjung. Ampun Tuanku beribu ampun 4jul11, kalamenantiadindatiba |
fathifawwaz |
Seorang Professor daripada sebuah universiti memberi amaran dengan katanya: “Sebelum anda menyertai Himpunan Bersih, lihat terlebih dahulu siapa ketuanya. Ketuanya adalah seorang Hindu, sudahlah Hindu, dia juga merupakan penyokong kuat kepada ideologi kesamarataan agama”. Itu dia amaran daripada seorang professor. Tak sangka ramai juga rupanya profesor-profesor kangkung di Malaysia. Saya ingin menjelaskan dengan tegas di sini bahawa, andainya ditakdirkan Abu Jahal yang digelar sebagai Firaun Umat Nabi Muhammad sekalipun mengetuai Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah kepada orang Islam untuk menyertainya. Ya, saya ulangi, andainya Abu Jahal sekalipun yang memimpin Himpunan Bersih, itu tidak menjadi masalah untuk disertai. Ada baca cerita dengan Hilful Fudhul? Zaman Jahiliyyah dulu sebelum Nabi diutuskan, berlaku Hilful Fudhul, satu himpunan kaum untuk menyatakan kata sepakat menuntut semua kaum untuk menjaga kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah. Tiada kezaliman boleh dilakukan terhadap mana-mana individu yang datang menziarahi kaabah. Mana-mana kaum yang buat kacau maka kaum itu layak diambil tindakan oleh kaum lain. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada zaman mudanya menyertai himpunan tersebut. Setelah diutuskan sebagai seorang rasul, Nabi dengan banggannya mengatakan: شَهِدْتُ حِلْفَ بَنِي هَاشِمٍ ، وَزَهْرَةَ ، وَتَيْمٍ ، فَمَا يَسُرُّنِي أَنِّي نَقَضْتُهُ وَلِيَ حُمْرُ النَّعَمِ ، وَلَوْ دُعِيتُ بِهِ الْيَوْمَ لأَجَبْتُ عَلَى أَنْ نَأْمُرَ بِالْمَعْرُوفِ ، وَنَنْهَى عَنِ الْمُنْكَرِ وَنَأْخُذَ لِلْمَظْلُومِ مِنَ الظَّالِمِ Maknanya: Kalau Nabi diajak menyertai himpunan tersebut setelah Islam datang pun Nabi akan pergi. Soalnya, siapa yang ada dalam himpunan di Mekkah tersebut??? Mereka yang ada di Mekkah menyertai himpunan tersebut termasuklah Abu Jahal, Abu Lahab, dan segala bangsawan Quraish yang berada di Mekkah yang menentang Islam kemudiannya. Nabi sanggup pergi? Ya Nabi sanggup walau dalam himpunan tersebut ada Abu Jahal dan segala kepala-kepala puak Quraish yang lain. Takder hal langsung bro. Nabi pandai membezakan keadaan. Letakkan sesuatu isu di tempatnya. Ketika berhadapan dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh. Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan. Lihat bagaimana Nabi seorang yang cerdik dapat membezakan sesuatu perkara mengikut tajuk dan isu mengikut tempat. Bukan semberono bermusuhan tanpa tahu tajuk dan tempat. Itu beza antara orang yang jahil dengan orang yang cerdik. Orang jahil ni, dia melihat semua perkara sama. Dia tak mampu membezakan masalah mengikut tajuk. Pendek kata tak profesional langsung. Orang cerdik pula, dia melihat sesuatu perkara itu mengikut keadaan dan tempat. Tidak semua sama. Dan dia mampu membezakan perkara mengikut tajuk. Pendek kata dia profesional. Tapi sayangnya di Malaysia, status dah tahap profesor, tapi gagal membezakan masalah mengikut tajuk. Apa sebenarnya isu dalam soal himpunan bersih ini??? Isunya adalah tuntutan berkenaan pilihan raya. Yang pergi campur aduk pasal islam dengan kafirlah, pasal orang melayu berpecahlah, pasal komunislah apa kejadahnya??? Soalnya adalah pilihan raya. Tajuk yang perlu dibincangkan adalah tajuk tentang pilihan raya. Sejauh mana bersihnya sistem pilihan raya di Malaysia? Ada orang berkata pilihan raya dah bersih dah pun, pembangkang dah menang 5 buah negeri lagi pilihan raya umum lepas. Soalnya, kalau anda yakin pilihan raya dah bersih sekalipun, kenapa anda begitu takut dengan himpunan dan tuntutan yang dibuat tersebut? Sampai baju kuning pun nak diharamkan apa kes? Orang yang tak bersalah, biasanya tak takut, orang yang bersalah jer biasa yang gabra. Ni siapa yang bersalah dan siapa yang tak bersalah ni? MASALAH SERATUS PERATUS Berkata pula seorang ustaz: “Saya tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Bersih sebab himpunan tersebut melibatkan perkara-perkara mungkar. Perempuan tak tutup aurat pun ikut perhimpunan tu, orang yang tak sembahyang pun ikut, bla bla bla”. Katanya lagi “Kalau himpunan itu 100 peratus bersih daripada perkara mungkar, dijamin tiada huru-hara, dijamin tiada itu dan ini…ba bla bla, barulah saya akan sokong dan ikut”. Ada jugak rupanya ustaz yang buat poyo. Ustaz-ustaz macam ni elok dinasihatkan hidup di hutan belantara jer lah senang. Yalah, tak nak terpalit walau satu dosa pun kan, Pergi duduk kat hutan sorang-soranglah. Ni adalah contoh masalah mentaliti mereka yang nak jadi malaikat, bukan nak jadi manusia yang baik. Maslahah yang besar, lebih diutamakan daripada maslahah yang kecil. Mana besar antara maslahah untuk umat dan negara dengan maslahah untuk diri sendiri? Sedangkan dalam muamalat pun, ulama mengharuskan apa yang dipanggil sebagai “gharar yasir” atau kalau diterjemahkan sebagai penipuan yang sedikit yang berlaku dalam jual beli yang susah nak dielakkan. Contoh 1: Anda beli buah-buahan seperti durian mengikut kilo, anda beli kulit atau beli isi? Tentunya anda membeli isi yang boleh dimakan, tapi anda membayar harga termasuk harga kulit yang langsung tidak anda makan? Bukankah itu satu penipuan??? Bukankah jual beli yang sah adalah jual beli tanpa penipuan??? Ya jual beli yang sah adalah jual beli yang tiada penipuan, tapi penipuan yang sedikit sebegitu dimaafkan. Contoh 2: Anda masuk Hammam dengan membayar 10 Dirham. Anda mempunyai hak untuk mandi menggunakan sebanyak mana liter air sekalipun, untuk berada beberapa jam sekalipun dalam Hammam tersebut. Orang lain yang hanya mandi beberapa ketika dan terus keluar pun turut membayar harga yang sama seperti anda. Tidakkah ini satu ketidak adilan dan penipuan dalam urus niaga? Bolehkah seorang berkata kepada anda bahawa ini tidak adil dan merugikan tuan punya Hammam. Tidak, ulama mengharuskan hal tersebut. Contoh 3: Anda menaiki bas ke bandar dan membayar tambang sebanyak 4 dirham. Jarak rumah anda ke bandar adalah 20 km. Mereka yang menaiki bas tersebut dari jarak 30 km pun turut membayar 4 dirham, juga mereka yang menaikinya dari jarak 5 km sekalipun. Tidakkah ini merupakan satu penipuan dan ketidak adilan dalam urus niaga? Tetapi hal sebegini dimaafkan oleh ulama kerana termasuk dalam bab Al-gharar Alyasir. Justeru, kalau ada ustaz yang berkata: “Saya takkan berurus niaga kecuali urus niaga itu 100 peratus bersih daripada sebarang penipuan”, maka saya anggap ustaz begitu hanya memalukan title ustaz yang dipegangnya. “Ek’eleh buat poyo pulak mamat ni” bak kata budak-budak muda. Saya teringat kepada Abdullah Bin Umar yang menjawab seorang lelaki daripada Iraq yang datang bertanyakan hukum darah nyamuk. Abdullah Bin Umar dengan penuh sindiran terhadanya berkata: “Kamu sibuk bertanya soal hukum darah nyamuk, tapi darah cucu Nabi yang dibunuh di Iraq tidak pula kamu mahu tanyakan hukum”. Perumpamaan mudah lainnya adalah orang lain sibuk membincangkan soal kahwin dan bagaimana perkahwinan itu mendatangkan manfaat kepada pemuda dan pemudi, menggalakkan pemuda supaya berkahwin dan sebagainya, tetapi dia sibuk membincangkan soal perkahwinan itu bakal dicampuri kemungkaran seperti bersanding bla bla bla… “Ana nasihatkan enta jangan kahwin sebab akan ada kemungkaran dalam majlis kahwin nanti, sepupu perempuan enta yang tak pakai tudung tu mesti datang, budak-budak muda kampung yang tak sembahyang pun confirm datang jugak, banyak kemungkaran tu, enta bersubahat sekali. Jadi janganlah kahwin, kalau nak kahwin pun buat senyap-senyap jerlah ataupun kahwin lari”. Kah kah kah…alangkah tempangnya pemikiran ustaz-ustaz hingusan ini. AKHIRNYA… Banyak lagi sebenarnya yang mahu saya ulas setelah membaca dan mengumpul hujah-hujah dangkal yang keluar di dada-dada akhbar, tetapi lain kali sajalah apabila terasa rajin. Renungkanlah kata-kata Serikandi Islam ini kepada pemuda-pemuda Islam: قَالَتِ الشِّفَاءُ ابْنَةُ عَبْدِ اللَّهِ، وَرَأَتْ فِتْيَانًا يَقْصِدُونَ فِي الْمَشْي وَيَتَكَلَّمُونَ رُوَيْدًا، فَقَالَتْ: مَا هَذَا؟ فَقَالُوا: نُسَّاكٌ، فَقَالَتْ : كَانَ وَاللَّهِ عُمَرُ "إِذَا تَكَلَّمَ أَسْمَعَ، وَإِذَا مَشَى أَسْرَعَ، وَإِذَا ضَرَبَ أَوْجَعَ، وَهُوَ النَّاسِكُ حَقًّا". Berkata Syifa’ Binti Abdullah setelah dia melihat pemuda yang berjalan secara lemah dan bercakap secara perlahan dengan katanya siapa mereka ini? Mereka berkata : Kami adalah golongan ahli ibadah. Lalu Syifa’ berkata: “Umar Al-Khattab demi Allah merupakan seorang yang, apabila dia bercakap, tajam sekali ucapannya. Apabila dia berjalan, laju sekali langkahnya, Apabila dia memukul, perit sekali pukulannya, tetapi dialah yang paling hebat ibadahnya berbanding kalian”. Itu teguran daripada seorang serikandi Islam pada zaman tersebut kepada pemuda-pemuda Islam yang lembik longlai. Buat malu kaum jer. Buat mereka yang menentang mana-mana himpunan aman yang ingin diadakan oleh mana-mana rakyat Malaysia walau siapapun mereka, maka saya katakan kepada mereka……. Do or Die, You’ll never make me, Because the world will never take my heart, Go and try, You’ll never break me, We want it All, We want to play this part, I won’t explain, or say I’m sorry, I’m unashamed, I’m gonna show my scars Give a cheer for all the broken, Listen here, because it’s who we are. I’m just a man, I’m not a hero, Just a boy, whose meant to sing this song. I DON’T CARE!!!! |
Peludah Warna : Pak Samad
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID
Kelantan – wujudkah sistem ekonomi Islam?
Oleh Dinsman
Membaca sekali lagi buku “Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz Mengikut Pandangan Sarjana Kepemimpinan
Besar Sepanjang Zaman” karangan Prof Shaharir Mohamad Zain, kerana satu keperluan untuk bercakap mengenainya di suatu majlis Persatuan Anak-Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), ada beberapa perkara ingin saya timbulkan.
Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan bukan hanya terbatas kepada bidang-bidang dakwah, pentadbiran dan tarbiyah Islamiyah sahaja, tetapi juga merangkumi bidang ekonomi dan perniagaan. Kata Shaharir:
“Nik Aziz sebenarnya mempunyai pemikiran ekonomi keIslamannya yang tersendiri, selain daripada mengutamakan ekonomi kebahagiaan daripada ekonomi pembangunan (yang diperolehnya menerusi tafsirannya sendiri terhadap beberapa ayat al-Quran sesuai dengan taraf ulamanya), yang setengahnya telah cuba dilaksanakan dengan batas-batas kudrat politik, kewangan dan ilmu yang ada padanya. Pemikiran ekonominya yang agak berlainan dengan sarjana-sarjana ekonomi Barat dan bahkan sarjana Islam lain sekalipun, ialah tentang konsep pembangunan, takrif ekonomi serta konsep kemiskinan dan strategi memperbaiki keadaannya.” (hal.34)
Orang jarang memberi perhatian kepada aspek ini, walaupun ia pernah dihuraikan oleh Surtahman dan Norfadzilah pada tahun 2004 lagi, dalam tulisan mereka berjudul “Pemikiran Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ekonomi”, yang disiarkan dalam Jurnal Usuluddin 20 (2004).
Dan mengikut Prof Shaharir, “pandangan Nik Aziz ini, jika dikembangkan oleh sarjana lain lagi, tentunya mengubah hampir semua teori ekonomi kini.”
Hebat! Kalau ia boleh mengubah hampir semua teori ekonomi kini, itu tentulah sesuatu yang luar biasa hebatnya. Cumanya kita kurang memberi perhatian kepada perkara tersebut. Inilah masalahnya. Makanya saya bercadang untuk menimbulkan perkara ini dalam majlis Perakan di Kelana Jaya, 30 Julai itu.
Sewaktu mengendalikan pengisian majalah Qiadah tahun lalu, saya meminta seorang sarjana ekonomi di Universiti Malaya, Dr Mohd Rosli Mohamad, menulis mengenai ekonomi Kelantan. Alhamdulillah, tulisannya berjudul “Penilaian Holistik Ekonomi Kelantan – Antara kaca mata Kapitalis dan perspektif Islam” (Qiadah, Ramadhan 2010) itu pada umumnya menyokong pandangan Shaharir tadi.
Dr Mohd Rosli antara lain menceritakan pengalamannya membawa seorang profesor Ekonomi Pembangunan dari sebuah universiti terkenal di Amerika, melawat Kelantan. “Dalam teori Barat yang dianutinya,” tulis Mohd Rosli, “semakin tinggi bilangan anak maka semakin rendah taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga, kerana teori ekonomi Kapitalis percaya bahawa anak adalah liabiliti (beban) ekonomi.”
Tetapi selepas beberapa siri lawatan, temubual dan perbincangan di Kelantan, profesor ekonomi dari Amerika itu mendapati terdapat fakta di Kelantan yang mencabar teori ekonominya. Fakta tersebut ialah: orang Kelantan suka memiliki saiz keluarga yang besar, atas kepercayaan bahawa anak-anak mereka akan memberi bantuan kepada mereka, menjelang usia emas nanti.
Dan terbukti, melalui pemerhatiannya sendiri, bahawa keluarga yang mempunyai ramai anak di Kelantan tidak semestinya terdiri daripada keluarga yang rendah taraf sesio-ekonominya.
Memang fakta itu bukanlah hasil daripada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, tetapi lebih merupakan tradisi orang Kelantan sendiri. Namun ia suatu yang sangat menarik, kerana menunjukkan hal-hal yang biasa seperti itu pun, apabila dilihat dalam perpektif teori ekonomi antarabangsa, ia adalah sesuatu yang sangat penting. Boleh merubah sebuah teori yang digunapakai di peringkat dunia.
Sebelum itu Mohd Rosli telah membuktikan bahawa tanggapan umum yang mengatakan penduduk Kelantan miskin dan mundur adalah tidak benar. “Harus diingat,” katanya, “bahawa kelemahan utama pengiraan KDNK ialah kegagalannya untuk mengambil kira aktiviti bukan kewangan dan aktiviti ekonomi tidak formal.
“Sedangkan rakyat Kelantan, selaras dengan ajaran Islam, suka bertani, menternak dan menangkap ikan untuk kegunaan mereka sendiri. Mereka juga gemar berniaga secara kecil-kecilan (tanpa pendaftaran) untuk menyara kehidupan diri dan keluarga.”
Antara rumusan menarik yang dibuat oleh Mohd Rosli ialah: “Walaupun pendapatan penduduk negeri Kelantan lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri maju lain di Semenanjung, kualiti hidup mereka jauh lebih baik. Mereka tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja. Penduduk Kelantan juga tidak perlu menghidu asap kilang dan kenderaan yang keterlaluan; dan ini menjimatkan bil kesihatan mereka setiap bulan.”
Ada banyak lagi maklumat menarik mengenai ekonomi Kelantan dipaparkan dalam tulisan tersebut. Namun itu hanyalah secebis sahaja daripada banyak lagi maklumat dan fakta yang belum diangkat untuk perbincangan, bagi melihat impak kepimpinan Tok Guru Nik Aziz terhadap “konsep pembangunan, takrif ekonomi serta konsep kemiskinan dan strategi memperbaiki keadaannya,” seperti yang dimaksudkan oleh Shaharir.
Dan Shaharir juga menyebut beberapa permasalahan dalam amalan ekonomi hari ini, yang sepatutnya diberi perhatian oleh pihak pentadbiran di Kelantan, bagi menyempurnakan langkah-langkah yang telah dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz.
Misalnya apakah tidak ada lagi ikhtiar yang boleh dibuat oleh pihak pentadbiran Negeri Kelantan bagi menghapuskan terus unsur-unsur riba’ dalam amalan perniagaan hari ini? Apa yang didakwa sebagai penghapusan riba’ dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan kita hari ini, belumlah mencukupi. Unsur-unsur penindasannya masih wujud.
Seorang sahabat saya, penganut sosialis tegar, masih menafikan wujudnya sistem Ekonomi Islam. Katanya hanya ada dua sahaja sistem ekonomi dalam dunia hari ini, iaitu Kapitalis dan Sosialis. Dengan sekadar adanya pengharaman riba’ dalam perniagaan dan hukum wajib mengeluarkan zakat, katanya, itu belumlah mencukupi untuk menjadi sebuah sistem ekonomi.
Saya berasa agak terkilan tidak dapat menyanggah pandangannya itu dengan bukti-bukti yang boleh meyakinkan. Maka saya berharaplah, agar pihak Kerajaan Negeri Kelantan boleh melakukan sesuatu dalam perkara ini.
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 019-9592408)
Sumber DD : 3//08/2011
Ustaz Asri - Saya belum ingin mengulas tentang serbuan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya seperti yang disiarkan oleh berita beberapa hari ini di sudut tindakan serbuan' itu.
Cumanya, sepertimana yang kita ketahui bahawa tiada manusia yang bertamadun yang boleh menerima tindakan provokasi yang boleh mencetuskan permusuhan antara penganut agama tanpa alasan yang sah.
Saya ingin menyentuh tentang orang Islam yang hadir di majlis tersebut yang dikatakan oleh pihak media hadir mereka terpengaruh dengan agama Kristian disebabkan sikap baik penganut agama berkenaan membantu mereka.
Difahamkan bahawa orang Islam yang hadir, terutama ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal.
Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'. Di sini beberapa persoalan patut ditimbulkan;
1. Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain?
2. Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri.Untuk mendapatkan RM100-200 pun, begitu banyak kerenahnya. Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih.Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak?
3. Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan muallaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan dari umat Islam khususnya zakat?!
4. Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat.Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.
5. Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya, kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu.Selagi mengikut peraturan dan undang-undang, seseorang boleh memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa terbatas dengan agama atau bangsa.Janganlah jika kita gagal membantu – sedangkan kita mampu - kita menyalahkan orang lain yang membantu.
6. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim?
Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?
Maka, banyak persoalan perlu masyarakat Muslim tanya diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Tabiat menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan sendiri tidak akan dapat menyelesaikan masalah kita!
Sementara itu, saya pun sempat melontarkan sedikit persoalan itu sewaktu berbicara mengenai buku “Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz” dalam acara Persatuan Anak-Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), di Kelana Jaya, akhir Julai lalu. Dan selepas itu persoalan itu terus berbangkit dalam beberapa perbincangan dengan kawan-kawan.
Sumber DD : 29/08//2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/5686-suami-dan-facebook-isteri
Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” - (Al-Mukmin: 60).
Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.
Imam Al-Ghazali berkata:
“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”
Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.
Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.
Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.
Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim:
Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]
Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk
-Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
-Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
-Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
-Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW
“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)
-Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain
Cara untuk mengubat
Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.
Sebagai ahli PAS hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli PAS, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.
Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh PAS kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.
Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri.
Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh PAS. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.
Firman Allah s.w.t
“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)
Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.
Juga sabdanya s.a.w.:
“Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38
Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.
Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Sumber HD : 26/01/2012

Sumber Blog Sharpshooter : 8/08/2011
“Oh” Dengarlah “Jeritan Batinku” |
A Samad Said
|
KETIKA ini sebenarnya saya sedang hanya bersama Merjah—hewan khayalan saya. Kami meninggalkan sedetik tasik warga hewan yang damai itu. Sekali ini kami tidak bersama kumpulan pipit, merpati, rusa, monyet, kambing dan, ya, sang buaya! Memang saya bersama Merjah saja. Dan, di kafe mini di KL Sentral. Ada pesanan lara yang ingin saya sampaikan kepada wakil masyarakat hewan. Selama ini masyarakat insan tidak sedia menerimanya. Dan Merjah (yang wujud di mata saya dan ghaib di mata khalayak) sedia menerimanya. Dengan mewabakkan penyakit “warga segera” (kata saya kepada Merjah), maka berertilah kerajaan Umbarnas hanya berfikir tentang manfaat terkininya semata. Kerajaan tampaknya seolah tidak selesa berfikir tentang kesan tindak cemarnya itu. Ternyata, memang tidak cukup sekadar menyimbahkan “upahan segera” hampir ke setiap ceruk yang mudah terpujuk ternyata semakin galak dibudayakan. Orang memberi bukan ketika menjelang pilihan raya. Itu berbau rasuah. Orang berjanji ketika menjelang pilihan raya. Itu baru segak. Kalau kita tidak menyanggah wabak penyakit kongkalikong ini, (kata saya kepada Merjah yang separuh Merak separuh Gajah) berertilah kita bantu menjangkitkan penyakit manipulasi kuasa. Kita tohor. Malah kita kotor! Sebab, kita bantu mencipta kuasa demi memulakan—kemudiannya melestarikan—budaya gelumang dosa. Memang kini kita sudah pun sampai ke tahap kekalutan kuasa secemar-cemarnya. Kerajaan Umbarnas terus degil—enggan melayan saranan Bersih. Mereka seolah-olah sangat yakin terhadap tindakan matlamat menghalalkan cara. Ya, kuasa itu nikmat. Kata saya kepada Merjah: Cukuplah dekad kuasa elita bangsawan selama lebih lima dekad itu. Janji menyuburi ekuiti bangsa pun mereka gagal seburuknya? Malah keluhuran bahasa dalam Perlembagaan pun mereka langgari. Perlembagaan tidak murni? Dan banyak lagi senarai kebobrokannya. Mereka suburkan semangat kronisma senyala-nyalanya dan melahap dana negara seghairah-ghairahnya. Kita lalui lima dekad yang lahap! Makanya, cubalah menjadi anak lelaki yang sedia memungkinkan tafsiran kuasa terbaru. Jengahlah bagaimana kini Kerajaan India menangangi skandal ala Scorpene-nya dan memperelok landas demokrasinya. Rata-ratanya yang bergerak itu golongan bawahan—paling utama Anna Harare! Mereka sedang mempercantik wajah dan mempermurni batin bangsanya. Tidak mustahil kelompok daripada golongan murbawan kita juga berupaya menyembuhkan penyakit lahap kuasa yang sedang meraja-raja itu. “Oh” dengarlah “Jeritan Batinku.” Cukuplah dedekad kuasa elita bangsawan. Kini, benarkanlah pula upaya permulaan era kuasa murbawan untuk menerjemahkan erti kuasanya pula. Hentikanlah cengkaman dan kesombongan lama. Belajarlah bersantun menerima pusaran nasib demi kebahagiaan bangsa.
Khusus kepada generasi muda, sedarlah kebobrokan ini. Jangan risaukan sangat orang lama; mereka memang sudah lebih awal termadu atau tercandu. Anda yang masih BERSIH!
|
Keinsafan Ramadhan Bersama Huffaz Palestin: Mohonlah Keampunan Allah |
HALUAN Palestin |
Alhamdulillah, kita masih lagi berpeluang untuk menggapai rahmat dan keampunan Allah. Sudah tentu pada setiap bulan Ramadhan kita akan mencari peluang melipat-gandakan amal kebajikan dan mendekatkan diri kepada Allah. Ramadhan tahun ini memberi pengalaman baru bilamana kita berkesempatan menimba ilmu dan pengisian jiwa daripada para huffaz Palestin yang dihantar khusus oleh Rabitah Ulama Palestin ke Malaysia. Suasana kehidupan, perjuangan dan pengalaman mereka yang berbeza daripada kita dapat memberi persepsi baru terhadap kehidupan ini.
Dalam satu sesi tazkirahnya, Sheikh Maher al Munajjed yang mengetuai para huffaz tersebut, pernah memberi nasihat tentang perlunya kita menggandakan taubat kepada Allah, apatah lagi dalam bulan Ramadhan ini. Allah menyeru kepada setiap kita supaya bertaubat dan jangan berputus asa andainya terlanjur dengan maksiat, kerana Dia Maha Pengampun dan Maha Menerima taubat (at-Thawwab.)
“Kita manusia tidak asing daripada maksiat. Maksiat-maksiat itu tidak sedikitpun mengganggu kehebatan Allah swt, tetapi maksiat itu sebenarnya mengganggu kita sebagai manusia,” kata beliau menjelaskan sifat Allah swt yang sentiasa mengampunkan hamba-hambaNya yang berbuat maksiat.
Hati orang mukmin sebenarnya dapat membezakan di antara kebaikan dan kejahatan, di mana seseorang itu akan merasa lapang dan gembira apabila melakukan kebaikan dan sebaliknya merasa sempit dan sedih apabila melakukan maksiat. Walaupun Allah sentiasa membuka pintu keampunan, setiap orang mukmin harus merasa parah dengan kemaksiatan dan gembira dengan kebaikan. Dalam tazkirah yang disampaikannya, Sheikh Maher menceritakan tentang sejarah perancangan Rom dan Parsi untuk menyerang Madinah. Apabila Rasulullah saw mendapat berita tentang perancangan tersebut, Baginda memutuskan untuk tidak berperang dalam Kota Madinah. Pada waktu itu, Madinah sedang berada dalam musim menuai kurma. Namun Rasulullah saw mengarahkan sahabat-sahabat Baginda pergi keluar berperang dan meninggalkan hasil kurma. Salah seorang daripada sahabat yang sangat disayangi oleh Baginda iaitu Ka’ab ibn Malik tidak bersetuju dengan arahan tersebut dan mencadangkan supaya diberi masa menunggu sehinga kurma matang dan dapat dikutip hasilnya. Rasulullah saw dan para sahabat sudah berangkat ke medan, sedangkan Ka’ab masih berada di rumah walaupun dia merupakan seorang lelaki yang muda lagi gagah dan memiliki 2 ekor kuda dan semua kelengkapan perang. Apabila angkatan yang dipimpin Rasulullah saw itu tiba di Tabuk (Jordan,) Baginda saw bertanya di manakah Ka’ab. Ada dari kalangan para sahabat yang mengatakan bahawa Ka’ab sedang bersama orang-orang munafik. Ada dari kalangan para sahabat yang lain tidak percaya kepada hal tersebut kerana apa yang mereka tahu tentang Ka’ab ialah perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Apabila Rasulullah saw dan para sahabat pulang dari peperangan, mereka yang ditinggalkan di Madinah mula memberi alasan mengapa tidak menyertai Rasulullah saw. Antara lain, orang-orang Yahudi memberikan alasan bahawa mereka tidak tahan melihat kecantikan wanita-wanita Rom, jadi mereka harus menguzurkan diri. Bagi Ka’ab, walaupun dia merupakan seorang yang sangat bijak mengada-adakan cerita, dia faham sekiranya dia berbohong akhirnya Allah akan membongkarkan juga cerita sebenar. Apabila Rasulullah saw bertanya kenapa dia tidak pergi berperang, Ka’ab menjawab, “sekiranya aku berbohong kepadamu, maka Allah akan mendedahkan perkara yang sebenar. Aku tidak ada apa-apa keuzuran.” Mendengar alasan Ka’ab itu, Rasulullah menjawab, “inilah jawapan yang sebenarnya.” Berikutan kesalahannya itu, semua para sabahat telah memulau Ka’ab ibn Malik. Melihat musibah Ka’ab itu, satu kabilah Arab bernama Qasasil telah menghantar surat kepada beliau, menghasut dengan bertanya kenapa Ka’ab masih beserta dengan golongan yang sudah tidak suka kepadanya. Malahan kabilah itu juga memberi tawaran bahawa sekiranya Ka’ab menyertai mereka, beliau akan dimuliakan. Ka’ab berasa sangat marah dan terus membakar surat itu. Beliau dipulaukan selama 50 hari, dan sepanjang tempoh itu dia menangis. Kehidupannya dirasakan sangat sempit, sehingga turunlah ayat terakhir dari surah at-Taubah yang mengatakan bahawa Allah telah mengampunkan dosanya. Allah juga telah mengampunkan dosa orang-orang Ansar dan Muhajirin beserta 3 orang yang tidak pergi berperang. Selepas turun ayat tersebut, datanglah seorang sahabat kepada Ka’ab dan mengatakan, “bergembiralah wahai Ka’ab!” Apabila mendengar berita yang disampaikan itu, Ka’ab terus memberikan jubah yang dipakainya kepada sahabat tersebut dan bergegas ke masjid untuk berjumpa Rasulullah saw. Apabila beliau sampai, Rasulullah tersenyum dan membacakan ayat terakhir surah at-Taubah itu. Daripada sejarah tersebut, Sheikh Maher menjelaskan bahawa apa yang berlaku kepada Ka’ab merupakan satu manifestasi seseorang yang melakukan dosa. Orang yang melakukan dosa perlu berusaha untuk memohon keampuan dari Allah. Tiada kegembiraan yang paling tinggi melainkan mendapat rahmat Allah. Untuk mendapat rahmat Allah, sesorang perlu bersungguh-sungguh dalam taubatnya. Setiap anak Adam berbuat salah, sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah mereka yang bertaubat. |
Mengapa benarkan bank mencengkam hidup kita?
Oleh Dinsman
WACANA mengenai persoalan wujudkah Sistem Ekonomi Islam dalam Wacana Budaya beberapa keluaran lalu rupa-rupanya telah menjentik pemikiran beberapa orang sahabat.
Rahman Shaari pun memberi respons SMS kepada saya setelah agak lama tidak SMS. Prof Shaharir Mohd Zain pun memaklumkan dia akan menulis untuk menjawab tanggapan salah yang mengatakan tidak ada Sistem Ekonomi Islam itu.
Sementara itu, saya pun sempat melontarkan sedikit persoalan itu sewaktu berbicara mengenai buku “Kepemimpinan Tok Guru Nik Aziz” dalam acara Persatuan Anak-Anak Kelantan di Perantauan (Perakan), di Kelana Jaya, akhir Julai lalu. Dan selepas itu persoalan itu terus berbangkit dalam beberapa perbincangan dengan kawan-kawan.
Isu Jais dan gereja Damansara Utama itu pun turut membangkitkan juga persoalan ini. Orang mempersoalkan pihak yang beriya-iya nak ‘berperang’ dengan pihak gereja yang kononnya melanggar undangundang hendak memurtadkan orang Islam, dengan hujah: kenapa isu ini diperbesar-besarkan sedangkan isu riba yang dibesarkan oleh Allah Taala sendiri itu tidak dipedulikan?
Bukankah Allah Taala sendiri telah mengisytiharkan perang dengan orang yang enggan meninggalkan riba?
Soal riba adalah satu soal yang sangat penting dalam Islam, hingga Allah mengisytiharkan perang dengan orang yang enggan mematuhi hukum tersebut. Tetapi kenapa ia dipandang remeh dan enteng oleh umat Islam hari ini?
Ya, betul beberapa orang pemimpin kita sering bercakap mengenainya. Tetapi sekadar bercakap sahajakah yang kita mampu buat? Lepaskah kita daripada murka Allah yang mengancam akan berperang dengan orang yang degil terhadap perintah-Nya itu?
Ya betul kita telah mewujudkan sistem kewangan Islam dan sistem perbankan Islam yang dikatakan tidak menggunakan sistem riba. Tetapi apakah dengan sedikit usaha itu kita sudah berpuas hati walaupun kita tahu yang usaha tersebut masih belum sempurna dan masih belum selesai?
Unsur riba masih lagi tidak terhapus dalam sistem kewangan Islam yang telah kita bina setakat ini. Maknanya sistem perbankan Islam yang ada itu tidak berjaya menonjolkan dan menyerlahkan kebaikan dan keberkesanan Sistem Ekonomi Islam sebenar, berbanding dengan sistem ekonomi riba yang diamalkan secara berkesan di seluruh dunia.
Tok Guru Nik Aziz nampaknya begitu takut sekali dengan ancaman perang daripada Allah (terhadap pengamal riba itu), maka usaha memindahkan wang Kerajaan Negeri Kelantan daripada bank riba kepada bank Islam menduduki tempat paling awal dalam agenda pentadbirannya, setelah mengambil alih kerajaan Kelantan pada Oktober 1990.
Tetapi agak menghairankan, usaha itu seolah-olah berhenti setakat itu sahaja. Mengapa?
Kita tahu selain itu Kelantan juga menubuhkan sistem pajak gadai Islam Ar-rahnu, dan terus mengembangkan pelaksanaannya.
Kita juga tahu Kelantan sedang menerokai penggunaan mata wang Dinar dan Dirham, yang dipercayai nantinya akan boleh menghindari amalan riba dalam aktiviti-aktiviti kewangan. Tetapi apakah itu sahaja sudah mencukupi, sedangkan kita amat maklum yang amalan riba dalam aktiviti perdagangan dan kewangan kita semakin mencengkam dan menindas kehidupan rakyat?
Di pihak yang lain pula, seperti saya sebut dalam WB terdahulu itu, kawan saya penganut sosialis tegar itu masih tidak nampak kepadanya akan keberkesanan apa yang kita dakwa sebagai wujudnya Sistem Ekonomi Islam. Saya berterima kasih kepadanya kerana dia mengingatkan kita akan hakikat ini. Dia mengingatkan kita bahawa masih banyak lagi perkara yang mesti kita buat bagi menyerlahkan keberkesanan wujudnya Sistem Ekonomi Islam.
Cubalah kita fikirkan dan bayangkan suatu sistem ekonomi yang di dalamnya langsung tidak ada unsur riba! Berbeza sekali. Seluruh kehidupan ini akan bertukar menjadi lain sama sekali.
Bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan tidak mungkin lagi akan berdiri angkuh dan sombong seperti sekarang ini, mengawal gerak-geri manusia, di seluruh dunia. Bayangkanlah itu. Bank-bank dan syarikatsyarikat kewangan itu apakah perniagaan sebenar mereka?
Mereka berniaga dan memperniagakan wang. Satu jenis perniagaan yang diharamkan oleh Islam. Sedangkan inilah perniagaan yang paling maju dan besar sekarang.
Lihat sahaja landskap bandar raya Kuala Lumpur misalnya, bangunanbangunan apakah yang paling menonjol? Bangunan bank dan kewangan. Hasil daripada perniagaan yang diharamkan oleh Islam itu.
Ini sahaja pun sudah membuktikan kepada kita bahawa cara hidup yang kita lalui sekarang ini adalah tidak okey. Kita membenarkan suatu unsur yang diharamkan oleh Islam itu mengawal kehidupan harian kita.
Ya, memang ia sudah menjadi sebahagian daripada apa yang dikatakan kehidupan normal manusia hari ini. Hidup bergelumang dalam sistem yang diharamkan dan diperangi oleh Allah. Dan kita boleh berasa selesa begitu. Masya-Allah!
Itu belum lagi kita masuk ke dalam bab zakat, dan perkatakan sejauh mana keberkesanan amalannya dalam masyarakat Islam hari ini. Beberapa orang kenalan membangkitkan soal ini (melalui SMS dan e-mel) berikutan isu Jais-gereja yang dikatakan ada kaitan dengan ketidak-berkesanan pengagihan zakat oleh pihak institusi-institusi zakat kita.
Dan itu mengingatkan saya sejak beberapa tahun lalu beberapa orang tokoh ekonomi kita ada mengatakan sekiranya institusi zakat, waqaf dan baitulmal di negara kita ini diurus tadbir dengan baik dan cekap, taraf ekonomi masyarakat Islam sudah berjaya ditingkatkan ke taraf yang lebih tinggi dan disegani.
Maka sempena bulan Ramadan yang meluangkan lebih banyak waktu untuk kita beriktikaf dan merenung semula kehidupan kita, marilah kita duduk sekejap merenung dan memikirkan semula kehidupan kita – apakah maknanya Allah mengisytiharkan perang dengan orang yang mengamalkan riba itu?
Dalam suasana kehidupan hari ini yang perang wujud di manamana, kita pun terlupa akan suatu ancaman perang dari Allah SWT itu. Maka dengan semangat Ramadan yang penuh keberkatan ini marilah kita fikirkan semula perkara ini, dan marilah kita samasama berusaha bagi menghapuskan unsur riba yang jahat itu daripada kehidupan.
Mereka yang semangatnya berkobar-kobar hendak berjuang demi kesucian agama Islam itu, marilah kita sama-sama menyusun strategi untuk keluar daripada zon perang yang telah lama diingatkan oleh Allah ini!
■ Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_
Sumber DD : 29/08//2011
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/5686-suami-dan-facebook-isteri
Sombong bukan akhlak ahli PAS
Idris Ahmad, | 26 Jan 2012 |
Sombong, bongkak, angkuh, atau takbur mempunyai satu pengertian yang sama iaitu tergolong dari sifat mazmumah (sifat-sifat tercela atau keji). Sifat ini, walaupun sedikit, menjadi kebencian dan kemurkaan Allah. Dan boleh menghalang kita mendapat Syurga.
Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hamba-Ku, mereka akan masuk neraka jahanam sebagai makhluk yang hina-dina.” - (Al-Mukmin: 60).
Sifat sombong atau takbur boleh dibahagi kepada dua: takbur zahir dan takbur batin. Takbur zahir boleh dilihat melalui percakapan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah daripadanya. Kadangkala ia boleh dilihat melalui percakapan seperti tidak mahu mengaku kalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar atau mengikut nasihat.
Imam Al-Ghazali berkata:
“Orang yang takbur ialah apabila ditegur dia marah, sedangkan kalau menegur orang lain, caranya keras dan kasar.”
Takbur batin ialah membesarkan diri dalam hati. Inilah maksiat hati yang dicela. Contohnya iblis menganggap dirinya lebih baik dan mulia daripada Nabi Adam. Lalu dengan angkuhnya dia enggan tunduk kepada Nabi Adam sehingga menyebabkan Allah melaknat Iblis dan seluruh keturunannya.
Sombong adalah penyakit hati yang bahaya. Orang yang berpenyakit ini tidak boleh menjadi pemimpin jamaah terutamanya. Ditakuti melalui tindak-tanduknya akan menampakkan akhlaknya yang buruk. Lebih bahaya lagi jika dia mewakili jemaah kerana nama jemaah akan turut buruk.
Sifat ini boleh membawa kebinasaan kepada petugas dan pemimpin jamaah. Kerana sifat takbur ia menjadi benteng penghalang masyarakat untuk rapat dengan dia dan jamaah.
Orang yang takbur mereka lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Muslim:
Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]
Tanda-tanda sifat takbur dalam berbagai bentuk
-Tidak mahu bergaul dengan orang miskin sebaliknya suka memandang berat kepada golongan kaya dan orang kenamaan.
-Mengambil berat secara berlebihan dalam pakaian.
-Tidak mahu berucap melainkan dalam perhimpunan yang dihadiri ramai orang.
-Menggunakan bahasa yang payah dan berbunga dengan berlebihan sehingga sukar difahami. Inilah yang diperingat oleh baginda nabi Muhammad SAW
“Sesungguhnya Allah benci kepada pemidato dari (golongan lelaki) yang memilih (kata-kata) dengan lidahnya seperti lembu memilih-milih (rumput) dengan lidahnya” (Abu Daud dan al-Tirmizi)
-Kagum dengan ilmu sendiri dan membodohkan orang lain
Cara untuk mengubat
Untuk mengatasi penyakit ini kita mesti bersifat tawaduk. Orang yang tawaduk dia hidup dengan semua orang dan bersedia menyambut semua orang, bercakap dengan semua orang, menziarahi semua orang dan mengasihi semua orang. Dia memberi khidmatnya kepada orang. Beliau sentiasa berhubung dengan orang ramai bukan memutuskan dan menjauhi mereka.
Sebagai ahli PAS hendaklah mesti bersikap rendah diri sama ada sesama anggota atau dengan orang lain lebih-lebih lagi yang bertaraf pemimpin. Railah ahli PAS, bukan wang yang mereka minta. Mereka hanya perlukan senyuman, teguran dan sentuhan daripada pemimpin. Ini sahaja yang mereka minta. Mereka tidak minta upah semasa mereka memenangkan kita sebagai wakil rakyat. Mereka meninggalkan kerja harian, untuk bertugas kepada calon yang bertanding, walaupun keluarga mereka memerlukan perbelanjaan harian. Mereka tidak pernah merungut dan mengeluh terhadap curahan tenaga mereka yang tidak pernah dibayar.
Walaupun kita bijak macam mana sekalipun, dia perlu membuang sifat ego daripada dirinya. Kerana yang ia memimpin ini satu jamaah Islam, bukan badan kerajaan atau swasta, bukan gerakan elit, ahlinya bekerja secara sukarela bukan ada gaji. Apabila ini dapat dibuktikan dalam jamaah insyaAllah ia akan merancakkan kerja jamaah dan dapat melebarkan pengaruh PAS kepada orang luar. Sekiranya ahli dan pemimpin PAS dengan sifat ego dan merasakan dirinya pandai dan bijak maka ia tidak akan boleh membawa parti ke arah yang lebih cemerlang. Orang ego dan sombong tidak boleh kekal lama dalam Pas dan memajukan jamaah dengan lebih cemerlang. Malahan akan memalapkan usaha dan perancangan jamaah.
Abdullah Ibn Masud ada menyebut dua perkara yang membinasakan manusia iaitu berputus asa dan rasa bangga diri.
Sifat tawadhuk akan membuka hati mad’u untuk tertarik dengan apa yang dibawa oleh PAS. Mereka apabila bertemu dengan orang ramai, dia yang memulakan salam dengan semua yang ditemuinya. Mereka bersikap sederhana ketika berkumpul dengan orang-orang fakir dalam satu majlis. Mereka makan dengan apa yang dihidangkan kepadanya dan berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah hati.
Firman Allah s.w.t
“Dan hamba Allah yang baik; ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan) (al-Furqan: 63)
Merendah diri dan menerima kebenaran dan bersedia mengikutnya sekalipun orang-orang jahil menasihatinya. Takabbur atau sombong sangat dibenci oleh Allah dan juga oleh manusia lain. Kemuliaan di sisi Allah diukur dari segi ketaqwaan seseorang itu bukannya pangkat, harta dan lain-lain.
Juga sabdanya s.a.w.:
“Barangsiapa yang merendahkan diri kerana Allah, maka ia diangkat darjatnya oleh Allah dan barangsiapa yang sombong, maka direndahkan tingkatnya oleh Allah.”
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawadhuk sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain” (Muslim dan Abu Daud) Nasih : 38
Imam Ghazali telah memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur ini. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita. Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu dan apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.
Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya. Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
Sumber HD : 26/01/2012
Dulu dan kini: Siapa PM Malaysia?
http://duniacacamarba.blogspot.com, | 12 Mac 2012 |
Dahulu:
P/s: Kah kah kah!
Sumber HD : 12/03/2012
Sumber HD - 26-3-2013
Sumber HD - 12-4-2013
Perubahan Harakah dinanti
Shahri Seman, |
Salam Tuan Editor,
PAS telah berkembang dengan kejayaannya menawan negeri Kedah dan Kelantan.
Kejayaan ini malangnya tidak diikuti oleh akhbar Harakah yang lebih cenderung kearah mainan politik.
Infomasi yang diberikan oleh Harakah lebih kepada tuntutan politik semata-mata. Sebagai penyokong PAS, saya sentiasa ingin melihat perubahan Harakah untuk menyediakan platform lain seperti pelajaran, ekonomi, sosial dan sukan agar dapat diketengahkan kepada masyarakat PAS terutamanya.
Kelantangan Harakah dalam menjadi akhbar pilihan tidak ubah seperti Malaysiakini. Pihak Harakah wajar lebih agresif menonjolkan hal-hal berkaitan bukan politik untuk memberi manafaat tidak langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kegagalan memberi infomasi yang betul kepada rakyat bakal memberi kesan yang besar kepada rakyat untuk menolak PAS pada masa akan datang.
Di Kedah terutamanya , boleh dilihat pada pilihanraya dahulu, sebagian besar pengundi India menyokong PAS, apa balasan yang diberikan oleh PAS kepada mereka.
Info begini penting untuk memanjangkan jangka hayat PAS di Kedah.
Keduanya, BN lebih bijak menyerang PAS sekarang dengan pelbagai isu, boleh dikategorikan serangan 360.
Tapi malangnya PAS hanya membalas dengan skop politik sahaja. Contoh utama hari ini, kewajaran Pakatan untuk menghapuskan PTPTN, kenapa kos pengajian di UNISEL dan KUIS antara yang tertinggi di Malaysia.
Disaat begini, rasanya isu yang dimainkan oleh Anwar tidak memberi kelebihan kepada PAS, tetapi rata-rata pengikut PAS seperti sudah lupa bahawa mereka mempunyai Presiden PAS iaitu Haji Hadi.
Pengikut PAS umpama terlupa untuk meningkatkan semula populariti ketua mereka.
Sindrom Anwar yang terjadi pada pengikut PAS, sama seperti situasi ditahun-tahun sebelum anwar dipecat dari UMNO.
Pengikut UMNO umpama terlupa bahawa Dr Mahadhir adalah Presiden UMNO, bukan Anwar.!
Sumber HD : 10/04/2012
Bahagian 2: Bab 2: Saya Mesti Meyakini Beramal Untuk Islam Itu Wajib
Sebenarnya beramal untuk Islam dalam erti kata yang sebenar ialah untuk melahirkan individu yang mencerminkan akidah dan akhlak Islam, melainkan masyarakat yang berpegang teguh dengan pemikiran dan cara hidup Islam sebagai syariat perundangan, peraturan dan perlembagaan hidup, serta memikul amanah dakwah yang menjadi petunjuk dalam menegakkan kebenaran dan keadilan di alam ini.
Seluruh amal ini dan lain-lain keperluan untuk amalan-amalan ini serta lain-lain perkara yang berkaitan yang dituntut oleh amal-amal ini adalah satu tuntutan syariat. Kewajipan melaksanakan tidaklah gugur kecuali setelah tertegaknya satu kuasa yang dapat mengendalikan tanggungjawab ini dan memelihara urusan kaum muslimin.
Selagi kekuasaan ini tidak wujud, maka seluruh kecuaian atau kecacatan para petugas amal Islam dan kecuaian orang yang tidak turut serta dalam kerja-kerja ini, menurut pandangan Islam adalah satu dosa yang tidak akan hilang melainkan orang-orang Islam bersegera bangun memikul tanggungjawab melaksanakan kerja-kerja untuk menegakkan Islam.
Di antara bukti-bukti yang menguatkan bahawa beramal untuk Islam adalah wajib dan ianya bersifat wajib taklifi (difardukan), bukannya tanggungjawab yang diperintahkan melakukan secara sukarela, dapat dilihat secara yakin dari beberapa sudut:
Pertama: Wajib Dari Sudut Prinsip (Mabda’).
Beramal atau bekerja untuk (menegakkan seluruh ajaran) Islam pada prinsipnya adalah wajib kerana beramal atau bekerja adalah tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t kepada seluruh umat manusia, didahului oleh para Nabi dan para Rasul kemudian ke atas umat manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat kelak.
Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
sabar. (Al-Asr, Ayat: 1 – 3).
Dan firman Allah bermaksud:
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. (Al-Maaidah, Ayat: 67).
Dan firman Allah bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk (Al-Baqarah, Ayat: 159).
Dalam sunnah Rasulullah s.a.w yang mulia terdapat riwayat-riwayat yang mempunyai hubungan secara khusus tentang dakwah kepada kebenaran dan menentang kebatilan. Di antaranya ialah sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan – kuasa), maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi”
(Hadis riwayat Tirmizi).
Sabda baginda yang lain:
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf (yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Sabda Rasulullah s.a.w lagi:
“Apabila engkau melihat umatku takut untuk berkata kepada orang yang melakukan kezaliman: Wahai penzalim! Maka sesungguhnya dia telah mengucapkan selamat tinggal baginya”.
(Hadis riwayat Hakim).
Kedua: Wajib dari Sudut Hukum.
Beramal untuk Islam adalah wajib dilihat dari sudut hukum kerana tidak berjalannya syariat Allah di atas muka bumi dan penguasaan sistem dan undang-undang ciptaan manusia ke atas masyarakat manusia hari ini mewajibkan umat Islam bekerja untuk menegakkan masyarakat Islam dan mengembalikan cara hidup Islam. Umat Islam juga wajib bekerja supaya manusia tunduk mengabadikan diri kepada Allah di dalam iktikad keyakinan, akhlak dan sistem hidup mereka berdasarkan dalil dari Al-Quran yang menyebut bermaksud:
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
(An-Nisa’, Ayat: 65).
Dan firman Allah bermaksud:
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Asy-Syura, Ayat: 10).
Begitu juga firman Allah bermaksud:
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.
(Al-Maaidah, Ayat: 44).
Firman Allah bermaksud:
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al-Maaidah, Ayat: 45).
Firman Allah bermaksud:
Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.
(Al-Maaidah, Ayat: 47).
Apabila menegakkan masyarakat Islam dan melaksanakan hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah itu hukumnya wajib maka kerja-kerja yang membawa kepada kewujudan masyarakat Islam dan terlaksananya hukum Allah turut menjadi wajib berdasarkan kaedah syarak bermaksud:
‘Sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib’
Sebahagian besar dari negara-negara (umat) Islam, kalau pun tidak dapat dikatakan seluruhnya diperintah oleh sistem-sistem ciptaan manusia yang merupakan campur aduk dari sistem undang-undang Rumani, Yunan, Perancis dan sebagainya. Demikian juga sistem ekonomi yang menguasai negara-negara tersebut adalah sistem ekonomi Kapitalisme dan Sosialisme. Ini adalah penyebab utama yang mendesak umat Islam supaya menyusun gerak-kerja untuk meruntuhkan sistem jahiliah dalam bentuk seperti ini dan kewajipan mengembalikan kehidupan Islam adalah menjadi fardu ain ke atas setiap muslim sehingga kepimpinan dan kekuasaan kembali ke pangkuan Islam.
Selain dari itu masih banyak kewajipan-kewajipan syariah yang perlaksanaan dan amalannya bergantung kepada adanya khalifah atau Imam sedangkan pelantikan Khalifah (Imam) itu sendiri sangat bergantung kepada wujudnya kekuasaan Islam. Oleh itu seluruh undang-undang yang berkaitan dengan sistem-sistem Islam sama ada di dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi, politik malah kesemua undang-undang yang berkadengan hukum, kanun keseksaan, perdamai, peperangan, jihad, gencatan senjata, perjanjian damai, muamalat, kemasyarakatan dan ekonomi, semuanya ini dan sebagainya adalah di antara bidang-bidang Syariat Islam yang tidak mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah negara yang teguh di atas dasar-dasar Islam.
Ketiga: Wajib Dari Sudut Tuntutan (Darurat).
Beramal dan bekerja untuk Islam juga merupakan satu kewajipan jika dilihat dari sudut tuntutan untuk menghadapi cabaran-cabaran zaman kini dan serangan musuh-musuh Islam. Ianya adalah satu kewajipan kerana dengannya dapat menyekat penularan fahaman kebendaan dan ateis (tidak percayakan tuhan) yang berusaha menggugat kewujudan Islam.
Sekiranya dilihat dengan pemerhatian yang teliti kepada nasib yang dialami oleh negara-negara umat Islam hari ini maka sudah pasti ia menjadi bukti menguatkan lagi tuntutan tersebut adalah tanggungjawab yang wajib di sisi syariat di mana umat Islam tadi seharusnya berdiam diri dan memandang ringan.
Kita dapati banyak negara-negara (Umat Islam) yang mengadu dan merintih dengan penuh penderitaan kerana dikuasai oleh keserakahan orang-orang bukan Islam (kafir) sebagaimana yang dialami oleh rakyat Palestine, Kashmir, Eitrea, Qibrash, Bukhara, Samarkand dan lain-lain.
Manakala beberapa negara lain pula menderita kerana cengkaman kuasa golongan minoriti yang berniat jahat ke atas umat Islam, mereka memerintahkan Umat Islam dengan kekuatan besi dan api.
Kita dapati juga beberapa bahagian dari negara Umat Islam yang lain mengadu mengenai penderitaan mereka yang disebabkan oleh kekuasaan parti-parti puak kiri (yang terdiri dari sosialis dan komunis) atau puak kanan (yang berkefahaman kapitalis) dalam negara mereka. Begitu juga keadaan hidup di beberapa tempat yang lain yang berada di dalam suasana pertumpahan darah yang hebat hasil dari perebutan kuasa di antara kekuatan puak kiri dan puak kanan.
Selain dari hal-hal yang tersebut di atas, sebenarnya betapa perlunya amal Islami sekalipun secara darurat, dari menyahut cabaran-cabaran dari dalam yang berupa kuncu-kuncu, tali barut dan penyokong musuh Islam. Firman Allah bermaksud:
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.
(Al-Anfaal, Ayat: 39).
Keempat: Wajib Secara Individu Mahupun Jemaah.
Tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam dari sudut kewajipan syarak (taklifi) adalah satu tanggungjawab ke atas individu (fardi) sama seperti kewajipan-kewajipan dan tanggungjawab syariat yang lain di mana ganjaran pahala diberikan apabila dilaksanakan tanggungjawab tersebut dan dibalas dengan dosa apabila ia ditinggalkan.
Firman Allah s.w.t bermaksud:
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan Neraka Saqar itu?
(Surah Al-Muddaaththir, Ayat: 27).
Firman Allah lagi bermaksud:
Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.
( Maryam, Ayat: 95).
Firman Allah lagi bermaksud:
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu.
(Al-Israa’, Ayat: 7).
Firman Allah lagi bermaksud:
Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).
(Al-An’aam, Ayat: 164)
Firman Allah lagi bermaksud:
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri.
(Al-’Ankabuut, Ayat: 6).
Supaya orang lain itu semuanya turut serta dalam kerja-kerjanya membina masyarakat dan memakmurinya iaitu dengan membina kehidupan masyarakat atas dasar kebenaran (Al-Haq) dan memakmurkan dengan kebaikan, maka Islam telah menentukan ke atas setiap orang Islam bertanggungjawab memberikan khidmat dan pengorbanan mereka untuk Islam mengikut batas kemampuan masing-masing, selama mana insan itu berada dalam keadaan baligh, akal yang sihat dan ada kemampuan. Dari pengorbanan seperti ini akan menjadikan masyarakat Islam itu sebagai sel yang hidup dan bernyawa dalam badan. Setiap individu dalam masyarakat ini akan memberikan sesuatu malah mereka berlumba-lumba untuk berkorban.
Dari kenyataan di atas jelaslah bahawa kewajipan beramal dan bekerja untuk menegakkan Islam oleh individu adalah sama seperti kewajipan-kewajipan syarak yang lain iaitu ia adalah satu kewajipan Islam.
Oleh kerana beramal dan bekerja untuk Islam adalah kewajipan individu (fardi) dari sudut ini maka ia juga adalah satu kewajipan secara jama’ie (organisasi) apabila dilihat dari sudut tanggungjawab gerakan dan dari sudut perlaksanaannya. Kenyataan ini dibuktikan oleh realiti-realiti yang berlaku dan keadaan-keadaan yang pada dasarnya tidak dapat dipertikaikan lagi.
Di antara realiti-realiti tersebut ialah:
1. Sebenarnya taklif atau tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam adalah satu tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul oleh orang perseorangan kerana matlamat amal Islami adalah untuk meruntuhkan jahiliah hingga ke akar umbinya lalu di atas runtuhan itulah ditegakkan Islam. Tugas yang berat ini menurut pengorbanan, kemampuan dan kesanggupan yang tidak mampu dilakukan secara perseorangan bahkan tugas ini tidak mampu dipikul sekalipun dengan memerah seluruh tenaga, kegigihan dan kesanggupan menghadapi segala penderitaan. Tanggungjawab ini hanya mampu dipikul oleh gerakan yang tersusun, yang memiliki kadar kemampuan yang setimpal dari sudut kesedaran, penyusunan dan kekuatan dalam menghadapi jahiliah yang wujud.
2. Sesungguhnya usaha kerja Rasulullah s.a.w dalam rangka menghadapi serangan jahiliah dan kemudiannya menegakkan masyarakat Islam serta mengembalikan kehidupan mengikut lunas-lunas Islam merupakan dalil dan bukti bekerja secara berjemaah untuk menegakkan Islam adalah wajib. Oleh yang demikian Rasulullah s.a.w tidak menggunakan cara bekerja secara individu di dalam bertindak, malah sejak dari awal-awal lagi baginda begitu mengambil berat kepada usaha-usaha menubuhkan jemaah dengan memilih anasir-anasir pembinaannya dangan teliti. Kemudian baginda s.a.w membentuk dan membersihkan mereka sehingga menjadi satu kekuatan dalam proses perubahan yang baginda s.a.w lakukan.
Inilah yang telah dibuktikan oleh perjalanan sirah Rasulullah s.a.w dalam setiap peringkat dan lapangan.
3. Selain dari itu amal dan gerak kerja untuk menegakkan Islam dipenuhi dengan halangan ranjau dan duri, ujian dan cubaan. Halangan-halangan yang menunggu di jalannya sangatlah banyak.
Kuasa-kuasa asing yang saban waktu menunggu kesempatan memukul umatnya juga adalah banyak. Semua cabaran-cabaran ini menuntut kewujudan sebuah tanzim haraki (penyusunan gerakan jemaah) yang menyeluruh dari sudut kualiti dan kuantiti untuk menghadapi segenap peringkat amal, suasana persekitaran serta kemungkinan-kemungkinan yang mendatang.
Dari ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi s.a.w terdapat banyak dalil-dalil yang secara nyata menunjukkan beramal secara berjemaah yang kemas tersusun untuk menegakkan Islam adalah merupakan satu perkara penting.
Allah s.w.t berfirman bermaksud:
Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
(Surah Al-Maaidah, Ayat: 2).
Kelima: Ganjaran Jihad Adalah Untuk Mujahid Itu Sendiri.
1. Sejak awal-awal lagi para petugas yang bekerja untuk Islam mestilah memahami secara mendalam bahawa merekalah yang sebenarnya memerlukan Islam. Sewaktu mereka bekerja, berjihad dan berjuang, bererti mereka bertindak membersihkan diri dan jiwa mereka sendiri di samping menunaikan sebahagian dari hak-hak Allah ke atas mereka supaya mereka memperolehi ganjaran dari sisi Allah di hari kiamat kelak, hari di mana pandangan menjadi tunduk merendah dan hati menjadi bergetar kerana dilanda ketakutan ditimpa azab.
Mereka inilah yang beruntung sekiranya mereka mara beramal dan merekyang rugi sekiranya mereka berundur dan berpaling tadah.
Allah s.w.t berfirman bermaksud:
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
(Al-Ankabuut, Ayat: 6).
Allah s.w.t juga berfirman bermaksud:
Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
(Surah Muhammad, Ayat: 38).
2. Mereka juga mesti memahami bahawa nilai dan harga diri mereka sebenarnya adalah kerana pegangan mereka kepada Islam. Mereka tidak mempunyai apa-apa nilai sekiranya tidak bersama Islam (sama seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu). Kemuliaan dan ketinggian mereka yang sebenarnya tidak akan tercapai melainkan dengan mereka menggembleng tenaga dan melibatkan diri di dalam jemaah Islam yang memperjuangkan Islam dan terus kekal dalam jemaah yang berkenaan.
Sesiapa yang mengasingkan diri dia akan keseorangan di dalam azan neraka. Sesiapa yang menyatukan dirinya secara benar dengan kumpulan tersebut bererti dia telah bergabung dengan nasab keturunan yang mulia mengikat diri dengan golongan yang mendapat petunjuk, yang terdiri daripada para Nabi dan para syuhada yang mendapat nikmat di sisi Allah s.w.t.
3. Para petugas amal Islami juga mesti menyedari bahawa terus kekal bersama dengan jemaah adalah syarat bagi mendapat pendirian yang teguh sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)”.
Masyarakat yang dipenuhi dengan fitnah tidak ubah seperti malam yang gelap-gelita. Manusia tidak mungkin dapat menjalani kehidupan dengan sempurna atau tidak terjejas dengan kesan-kesan kotoran masyarakat tersebut sekiranya tidak menerima peringatan, nasihat dan ingat memperingati.
bermaksud:
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
(Az-Zaariyaat, Ayat: 55).
Allah s.w.t berfirman lagi bermaksud:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr, Ayat: 1 – 3).
Oleh yang demikian mereka mestilah hidup di bawah satu naungan keluarga yang beriman. Mereka mestilah bersama-sama dengan pasukan Tuhan yang Maha Pengasih dan terus hidup bersama mereka buat selama-lamanya.
Allah s.w.t berfirman bermaksud:
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
(Surah Al-Kahfi, Ayat: 28).
4. Para petugas amal Islami juga mestilah benar-benar memahami bahawa mereka beramal dengan bekerja semata-mata kerana Allah dan berjihad pada jalannya. Mereka juga mesti memahami bahawa jalan ini adalah jalan yang paling jauh, penuh dengan kesukaran. Sesungguhnya syurga itu dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak diingini manakala mereka pula dilingkungi oleh perkara-perkara yang menarik syahwat.
Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh mereka yang hidup dalam suasana mewah, mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup. Jalan ini juga tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingkan kerehatan dan mengikut runtunan nafsu, tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang sempit dada dan tidak memiliki kekuatan, tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menghadapi cemuhan dan cacian, apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda, tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang berpegang dan berkeras dengan pendapat sendiri sahaja sedangkan dia sendiri tidak mengetahui bahawa ia tidak mengerti (kedudukan yang sebenarnya) dan jalan ini juga tidak sanggup dilalui oleh mereka yang tidak bersedia untuk tunduk kepada keputusan jemaah dan tidak sanggup pula beriltizam dengan pandangan-pandangan jemaah.
Sesungguhnya jalan ini adalah jalan pembersihan jiwa, penyucian hati dan pengawalan diri, jalan kerahmatan dan kemuliaan. Jalan kesabaran dan ketetapan, jalan kebebasan dan kehormatan dan jalan kebenaran dan keikhlasan. Sesungguhnya jalan yang mempunyai sifat-sifat seperti ini tidak akan sanggup dilalui melainkan oleh orang-orang mukmin yang hati-hati mereka mempunyai ikatan yang kukuh dengan Allah yang Maha Esa, yang menggantungkan harapan dan pertolongan kepadanya.
Allah s.w.t berfirman bermaksud:
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq, Ayat: 126).
Allah s.w.t berfirman lagi bermaksud:
Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.
(Al-Fath, Ayat: 10). - http://www.niknasri.com/
Sumber HD : 15/04/2012

Usrah: Beramal untuk Islam itu wajib
Nik Muhammad Nasri Nik Malek, | 15 Apr 2012 |
Almarhun Ustaz Fathi Yakan mengingatkan umat Islam tentang kewajiban beramal untuk Islam. Beramal untuk Islam tidak hanya dalam ibadat ritual solat, puasa, zakat, haji yang difahami oleh sesetengah orang Islam tapi dalam konteks yang syumul iaitu melahirkan individu muslim sejati, keluarga, masyarakat dan negara yang tunduk kepada Allah dalam ertikata sebenar. Perkara ini dikupas dalam buku ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’ pada bahagian 2 bab 2 dengan mengemukakan beberapa hujah. Saya membuat kesimpulan dari perbincangan usrah yang diadakan:meyakini beramal untuk Islam itu wajib (133) , beramal secara individu dan jemaah, amal jihad kembali kpd mujahid (86) , wajib dari bbrp sudut (2) ,

PAS kecam serangan ke atas nazir masjid
Muhammad Faizal, | 18 Apr 2012 |
SHAH ALAM, 18 April: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengecam tindakan serangan ke atas Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Abdul Basir Alias baru-baru ini.
(BENGKAK...Nazir Masjid Abdul Basir yang diserang)
Jelasnya, tindakan ganas ini telah dikenalpasti didalangi oleh pemimpin Umno setempat.
"Tindakan tersebut adalan satu perbuatan yang tidak bertamadun dengan tujuan untuk membangunkan budaya samseng yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat setempat," jelasnya pada sidang media di Shah Alam.
Tambahnya kejadian tersebut berlaku semasa nazir masjid baru memulakan mesyuarat agung tahunan pemilihan jawatankuasa masjid apabila beliau didatangi oleh pemimpin Umno setempat.
Seterusnya salah seorang penyokong Umno telah menghantuk kepala kepada Abdul Basir sehingga mengakibatkan mata beliau lebam dan bengkak.
"PAS Selangor difahamkan bahawa Abd Basir yang bimbang keselamatannya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
"Oleh itu, saya mengharapkan agar pihak polis dapat melakukan siasatan dan pemantauan terhadap laporan tersebut dengan lebih serius," sambungnya lagi.
Dr Ab Rani juga berpendapat Umno-Barisan Nasional kini sudah terdesak disebabkan kehilangan kuasa dan sokongan sehingga sanggup mengambil tindakan kekerasan yang ganas terhadap pemimpin-peminpin masyarakat.
"Apakah tindakan samseng ini natijah daripada hasrat Presiden Umno yang mahu merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun," persoal beliau.
Sumber HD : 18/04/2012

Lu Orang Kenal Siapa "Ulamak" Ini..
http://karatijau.blogspot.com, | 05 Mei 2012 |
YB Dato' Tuan Guru Hadi Awang sedang berbincang bersama kepimpinan Gerakan Islam luar Negara..Hebatt!!...Hancussss Umno...
Sumber HD : 5/05/2012
Jika sebelum ini, kedengaran isu pembuangan bayi sering dijadikan tajuk utama dalam setiap dada akhbar tetapi keadaan seperti ini seolah-olah telah terbalik, ini kerana terdapat segelintir anak tanpa segan silu sanggup membuang ibu bapa mereka di rumah jagaan orang tua, di perhentian bas dan terdapat juga di hospital kerajaan. Betapa dunia pada masa kini semakin menginjak ke akhir zaman kerana telah banyak anak yang bersikap seperti tuan-tuan besar, semakin hilang kasih anak kepada ibu bapa dan semakin banyak anak yang telah mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua mereka.
Percaya atau tidak, fenomena seperti ini telah pun berlaku di sekitar kita sejak kebelakangan ini sepertimana kejadian yang dilaporkan di Ipoh pada 12 Mei 2012, yang mana seorang wanita warga emas, Jenice Abdullah, 70, mendakwa bahawa 10 anaknya yang berpendidikan tinggi dan mempunyai pekerjaan yang professional sengaja berpakat membuang beliau di salah sebuah rumah jagaan orang tua sejak lapan tahun lalu setelah kematian suaminya. Apa yang menyedihkan, kejadian ini berlaku gara-gara kesemua Si Tenggang Moden tersebut jijik mencuci najis beliau.
Kejadian yang menyayat hati turut berlaku di sebuah negeri di utara tanah air, Labuan, pada September 2011, kita telah digemparkan dengan kejadian seorang anak derhaka yang sanggup menghalau dan membuang bapanya yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung dan ditinggalkan di perhentian bas di tepi sekolah dengan keadaan bapanya sehelai sepinggang sehingga terpaksa merempat dan mengharapkan ihsan orang lain. Hal ini kerana dikatakan kehadiran si bapa tidak disukai olah isteri anaknya lalu merasakan kewujudan beliau dirumah tersebut boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka. Ini jelas terbukti bahawa pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh bapa sepanjang membesarkan si anak itu langsung tidak dihargai dan dianggap remeh.
Apa yang lebih mendukacitakan lagi, sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sabagai orang Islam sedangkan dalam Islam tidak pernah wujud sifat sedemikian malah Islam sangat mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu meyambung) dan sumpah yang palsu.” –Hadith riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654.
Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibu bapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. yang mana ia merupakan dosa yang paling keji di atas muka bumi ini. Allah S.W.T. berfirman: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” –al-Nisaa’ (4): 36.
Di dalam ayat ini telah menjelaskan bahawa Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mentauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T. turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibu bapa mereka dengan baik. Dengan erti kata lain, seseorang itu tidak akan dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi die tidak berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya.
Terdapat juga kejadian yang dilaporkan pada 15 Januari 2010 yang mana seorang bapa berumur 60 tahun yang menghidap penyakit buah pinggang kronik telah ditinggalkan oleh anaknya di pusat hemodialisis di Kangar, Perlis. Ini difahamkan, warga emas tersebut dianggap sebagai beban kepada anak-anak kerana terpaksa menghantar bapanya pada setiap minggu. Akhirnya, Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menempatkan si bapa tersebut di sebuah rumah kebajikan, Rumah Sri Kenangan di Jejawi. Begitulah kesudahan nasib seorang bapa yang malang kerana telah dianggap beban kepada anak-anak yang mana tanpa disedari sebenarnya begitu banyak kasih sayang yang telah dicurahkan oleh si bapa, tetapi sebaliknya, anak-anak tidak pernah mengambil peduli akan tanggungjawab menjaga dan membalas segala apa yang diberikan oleh bapa mereka malah cuba untuk lari dari setiap tanggungjawab yang perlu mereka hadapi.
Sepertimana yang kita tahu, menjaga ibu bapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah.
Kebiasaannya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya sangat memerlukan bantuan dari anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, mudah terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya dan menyebabkan perbualan mereka dengan seseorang anak itu hilang sabar. Namun, setiap kesukaran dalam menjaga ibu bapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibu bapa mereka dan tetap menjaga dengan baik dalam apa jua suasana, maka sebenarnya mereka telah menempah tiket untuk ke syurga.
Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibu bapa yang telah lanjut usia, namun mereka masih tidak mampu untuk memasuki syurga. Baginda pernah bersabda: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” –Hadith riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no 2551.
Namun, masih lagi terdapat isu pada Oktober 2010, yang mana kita dikejutkan dengan sifat tidak berperikemanusiaan seramai 9 orang anak yang sanggup menghantar ibu mereka yang lumpuh separuh badan ke pusat jagaan warga emas dengan alasan ibu kuat makan. Lebih menyedihkan lagi apabila wang pencen arwah suami wanita yang berusia 84 tahun tersebut yang sepatutnya menjadi hak beliau turut dikaut oleh sembilan zuriatnya yang derhaka itu pada setiap bulan.
Oleh yang demikian, berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang dizalimi apatah lagi jika doa itu merupakan dari ibu bapa, sudah pasti akan termakbul.
Rasulullah pernah bersabda: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) doa orang tua ke atas anaknya.” –Hadith riwayat Imam al-Tarmizi di dalam Sunnahnya, no: 1828.
Secara realitinya, setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat kesilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.
Sehubungan dengan itu, bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibu bapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggungjawab atas hal ehwal mereka.
Penulis ialah pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sumber HD : 25/05/2012
Rata-rata pihak menyuarakan bantahan dan kebencian dengan sikap bersahaja kerajaan Malaysia menghalal raikan konsert artis-artis K-Pop dan Jepun ke Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini.
Saya tidak mahu bercakap terlalu panjang. Bukan tampil membuat kenyataan rasmi bantahan wakil Ma’ruf Club. Secara dasarnya, kami pasukan penggerak Amar Ma’ruf Nahi Munkar memang bencikan sikap bersahaja pihak penganjur merelakan budaya hedonisme kurang sihat ini, lebih-lebih lagi apabila memfokuskannya kepada kami anak muda harapan negara.
YA, MEMANG KAMI BANTAH HIMPUNAN BELIA NEGARA!
Tidak dinafikan memang banyak aktiviti yang bermanfaat dalam Himpunan Belia Negara, contohnya pengisian kerohanian, booth-booth kerjaya dan pengajian tinggi, jambori, kolokium, ceramah motivasi, pertandingan-pertandingan nasyid dan tilawah al-Quran. Sempat juga beberapa sahabat saya berkunjung ke sana, mereka kongsikan pengalaman melawat mega karnival. Saya tidak pergi, saya mengambil pendekatan menjauhi perkara yang lebih besar keburukan berbanding kebaikan.
Benarkah keburukan lebih besar berbanding kebaikan?
Mudah sahaja. Anda tanyakan pada diri sendiri. Sejauh mana aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti kerohanian dan pendidikan digembar-gemburkan dan menjadi main highlight dalam promosi Himpunan Belia Negara?
Berapa banyak peruntukan diberikan untuk tujuan-tujuan tersebut? Apakah relevannya mencampur-adukkan pentas dengan persembahan nasyid pada siangnya, dan persembahan maksiat pada malamnya?
Berapa banyak aktiviti pendidikan dan kerohanian yang dikunjungi Perdana Menteri dan diwar-warkan di media?
Saya nak tanya sendiri kepada pihak penganjur. Apa jenis belia yang anda mahu hasilkan manifestasi
daripada Himpunan Jutaan Belia tahun ini? Belia sekularkah? Belia harapan negarakah?
Maaf pihak penganjur, kami bukan bermaksud apa-apa. Jujurnya, anda telah merosakkan anak muda.
Orang ramai memandang serong kepada anak muda. Kata mereka, “Agaknya tiada masalah kalau anak muda hari ini siangnya diisi dengan motivasi, nasyid dan kerohanian, malamnya diisi dengan maksiat dan persembahan artis separa telanjang. Begini ialah model pemimpin negara akan datang.”
Habis busuk nama Islam! Habis busuk nama anak muda Malaysia! Kononnya Islam agama rasmi Persekutuan. Kononnya Kepercayaan kepada Tuhan, kononnya keluhuran perlembagaan, kononnya kedaulatan undang-undang, kononnya kesopanan dan kesusilaan menjadi intipati Rukunegara yang disanjung-sanjung. Mana perginya keunikan identiti Malaysia yang disanjung-sanjung seluruh dunia hari ini? Habis sepah dibuang dan dicampak-campakkan oleh pemimpin negara Malaysia sendiri!
Ya kami memang marah dan benci! Kami sangat sayangkan kerajaan kami, hanya cuma kami cukup marah dan benci dengan sikap kerajaan yang tidak pernah sayangkan kami.
Saya nak nasihatkan kepada pihak kerajaan yang menganjur, lain kali kalau nak anjurkan Himpunan Belia Negara, bawa-bawalah berbincang dengan kami anak muda. Bawa-bawalah berbincang dengan kami mahasiswa. Kami lebih memahami jiwa anak muda, kami lebih kreatif, kami lebih tahu bagaimana nak corakkan generasi pemimpin negara suatu masa nanti.
Jangan salahkan kami kalau anda ‘hilang kuasa’ di Putrajaya ‘suatu hari’ nanti.
Jangan salahkan kami kalau Tuhan timpakan malapetaka terhadap dosa-dosa anda. Naudzubillahi min zalik.
Kami terus mendoakan...Amin.
Penulis ialah Presiden Ma'ruf Club IIUM
Sumber HD : 28/05/2012
Sejak kecil kita telah dididik oleh ibu bapa kita supaya sentiasa jujur dalam setiap perbuatan kita. Hal ini kerana kejujuran merupakan tangga teratas daripada keseluruhan amalan hati dan akan memimpin kita ke arah kebaikan. Selain itu, kejujuran dan keimanan harus berjalan seiring. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Hendaklah kalian bersikap jujur kerana kebenaran dan kejujuran itu bakal memimpin seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan itu pula akan menyampaikan seseorang itu ke syurga. Seseorang itu sentiasa tetap dengan kebenaran dan perilaku yang benar serta berusaha mencarinya sehingga ditulis di sisi Allah s.w.t sebagai orang yang suka berlaku benar. (Riwayat al-Bukhari)
Allah s.w.t telah memerintahkan kepada semua hambanya supaya menanam sifat jujur di dalam diri masing-masing dengan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai role model. Seperti mana yang kita sedia maklum, para nabi dan rasul sentiasa berlaku jujur dan berkata benar sesuai dengan tugas mereka untuk menyampaikan dakwah kepada seluruh umat manusia.
Bersifat jujur kepada Allah dan rasul merupakan perkara yang paling utama untuk memperoleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Jujur kepada Allah dan Rasul bermaksud mereka beriman kepada Allah dan Rasul dengan sebenar-benar iman. Segala amal kebajikan dan ibadah mereka adalah ikhlas kerana Allah Taala. Orang yang jujur kepada Allah dan rasul lazimnya berasa malu untuk meninggalkan perintah Allah serta melakukan kemungkaran.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya. Dan ingatlah sekiranya kamu tidak melihatnya, Dia pasti melihat kamu.” (Riwayat Muslim)
Seterusnya, kita haruslah bersikap jujur kepada diri kita sendiri. Sama ada kita sedar atau tidak, melaksanakan perintah Allah seperti solat, menutup aurat, berpuasa dan sebagainya lebih mudah dilaksanakan berbanding bersikap jujur. Kadangkala kita berasa amat sukar untuk mengakui kesalahan yang telah kita lakukan lebih-lebih lagi jika pengakuan tersebut akan mengakibatkan hukuman yang berat.
Kita juga sering mendengar orang di sekeliling kita berkata, manusia mungkin mampu membohongi orang lain,tetapi mereka tidak mampu untuk membohongi diri sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua anggota badan kita untuk berlaku jujur kecuali lidah. Ketahuilah bahawa lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Oleh yang demikian kita haruslah mendidik lidah kita supaya sentiasa berkata benar.
Menurut Ustaz Muneer Mohamed Farid al-Hafiz yang merupakan seorang peguam yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes di mahkamah, ketika saksi menjawab pertanyaan peguam, jawapan tersebut bukan dinilai melalui percakapan semata-mata. Gerak-geri badan, tangan, kaki dan pandangan mata turut diambil kira. Kebiasaannya, saksi yang berbohong akan berasa kurang senang ketika menjawab soalan yang diajukan kepada mereka.
Di mahkamah dunia, mungkin kita boleh bercakap bohong atau menghafal skrip jawapan untuk menegakkan benang yang basah menggunakan lidah. Namun, tidak semua jawapan akan “dipersetujui” oleh anggota badan kita yang lain. Tetapi di mahkamah Mahsyar kelak, bukan lidah kita yang akan menjawab segala persoalan yang diajukan. Bahkan semua anggota tangan dan kaki yang akan mengambil alih tugas menjawab semua soalan.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Yasin ayat 65 yang bermaksud: “Maka pada hari ini kami tutupkan mulut mereka, dan memberi peluang kepada tangan-tangan mereka memberitahu kami kesalahan masing-masing, dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka usahakan.”
Kemudian, kita mesti bersikap jujur kepada orang lain. Kejujuran memainkan peranan yang amat besar dalam pembangunan umat dan kebahagiaan sesebuah masyarakat. Cuba anda bayangkan jika kita berhadapan dengan orang-orang yang tidak jujur, apabila melakukan urus niaga kita ditipu, apabila berjanji acap kali dimungkiri dan apabila diamanahkan dengan sesuatu pasti dikhianati.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada tiga tanda orang munafik; apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia memungkirinya dan apabila diamanahkan dia mengkhianatinya.” (Riwayat al Bukhari dan Muslim) Nauzubillah. Marilah kita sama-sama jauhi sifat orang munafik ini.
Tidak rugi jika bersikap jujur kerana orang yang jujur hatinya sentiasa tenang, mereka disenangi dan dipercayai oleh orang di sekeliling mereka dan yang paling penting kehidupan mereka dilimpahi rahmat serta keberkatan dari Allah s.w.t. Selain itu, darjat mereka tinggi di sisi Allah s.w.t. Manakala, orang yang sering berdusta hatinya sentiasa dihantui resah, gelisah dan bimbang sekiranya perkara sebenar terbongkar.
Kelebihan orang yang jujur turut disebut dalam sebuah hadis Nabi s.a.w., maksudnya: “Tetap berpegang eratlah pada kejujuran walaupun kamu seakan-akan melihat kehancuran dalam berpegang teguh pada kejujuran, tetapi yakinlah bahawa dalam kejujuran itu terdapat keselamatan.
Jelas, kejujuran amat penting dalam kehidupan individu muslim. Islam amat menggalakkan umatnya agar sentiasa bersikap jujur dan menjauhi dusta dan tidak amanah kerana ia merupakan sifat yang tercela dan hanya membawa kepada perpecahan. Marilah bersama kita menanam sifat jujur dalam diri kita. Hakikatnya, tidak susah untuk jujur jika kita mempunyai keberanian yang tinggi di dalam diri. Memang berlaku jujur itu amat pahit pada permulaan, namun ia mampu membuahkan kemanisan untuk selamanya. Maka dengan itu, berkata benarlah walaupun ia pahit.
Sumber HD : 15/06/2012
Berlaku benar dalam semua perkara adalah tuntutan Islam. Di antaranya benar dalam menguruskan harta awam. Lawannya ialah khianat atau menipu. Di zaman kita ada audit. Di zaman dahulu ada cara audit tersendiri. Tangan akan melekat kepada tangan Nabi jika ada harta yang dikhianati. Kalau ia berlaku di zaman kita, adakah tangan para pembesar, penguasa, raja, PM, para menteri kabinet, MB atau mereka yang diamanahkan menguruskan harta awam itu semuanya akan melekat? WallahuA’lam. Namun, ia tetap menjadi AMARAN dari Khaliq kepada makhluk. (Huraian hadis ini di dalam kuliah audio riadhussalihin bilangan ke 108, 28 Nov 2011)
Daripada Abu Hurairah, katanya: Nabi SAW bersabda, bermaksud: Salah seorang dari para Nabi terdahulu berperang (ada yang mengatakan beliau adalah Yusha’ bin Nuun). Dia berkata kepada kaumnya: ‘Tidak boleh mengikutku lelaki yang baharu berkahwin dan belum bersatu, sedangkan dia ingin bersatu (dalam riwayat hadis itu menyebut ‘membina qubah dari jerami gandum-satu adat di zaman dahulu apabila berkahwin), atau seorang yang membina rumah dan belum menyiapkan atap, atau seorang yang membeli kambing atau unta dan menunggu kelahiran anaknya.
Lalu Nabi itu berperang, mendekati sebuah kampung (ada ulama mengatakan Ariha/Jericho) pada waktu Asar atau hampir terbenam matahari. Nabi itu berkata kepada matahari: ‘Sesungguhnya engkau diperintah (oleh Allah) dan aku juga diperintah (oleh Allah). Ya Allah! Tahanlah matahari untuk kami.’ Lalu matahari itu tertahan sehingga Allah memberikan kemenangan kepadanya.
Mereka mengumpulkan harta rampasan perang lalu datang api memakannya ( harta rampasan perang tidak dihalalkan bagi umat terdahulu. Api datang memakan harta itu bagi menunjukkan ia diterima Allah).
Tetapi kali ini api tidak memakannya. Nabi itu berkata: ‘Sesungguhnya di kalangan kamu ada orang yang mengkhianat/mengelat dalam harta yang dirampas. Setiap kabilah mesti diwakili seorang lelaki dan berjanji setia denganku. Tiba-tiba tangan seorang lelaki melekat. Nabi berkata: ‘Di kalangan kamu ada yang mengkhianati. Setiap orang dari kabilah kamu mesti berjanji setia denganku.
Mereka bersalaman lalu melekat tangan 2 orang atau 3 orang di tangan Nabi itu. Nabi berkata: ‘Di kalangan kamu ada pengkhianat.’ Mereka datang membawa emas sebesar kepala lembu lalu diletakkan bersama harta rampasan perang yang lain. Api datang memakannya.
Harta rampasan perang tidak halal bagi seorangpun di kalangan mereka sebelum kita. Kemudian Allah menghalalkan harta rampasan perang itu untuk kita tatkala Allah melihat kelemahan dan ketidakmampuan kita, lalu dihalalkan untuk kita.
Muttafaqun alaih.
(Riadhussalihin jilid 1 ms 86-88)
http://www.niknasri.com
Sumber HD : 15/06/2012
Sebagai manusia kita seharusnya bersyukur kerana Allah telah menciptakan kita sebagai sebaik-baik makhluk dan ciptaan. Manusia diciptakan berakal, berperasaan dan mempunyai fitrah semulajadi yang tidak semua dikurniakan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain. Seperti firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Surah at-Tin: Ayat 4).
Justeru, kita seharusnya merafakkan tanda syukur kita kepada Tuhan dengan cara menjadikan diri kita sesempurna insan. Dalam erti kata lain, mencontohi nabi kita Muhammad SAW yang mana baginda merupakan uswatun hasanatun atau contoh ikutan terbaik untuk umat manusia sepanjang zaman.
Hal ini kerana peribadi dan akhlak baginda Rasulullah begitu mulia dan terpuji semulia nama baginda.
Baginda telah menunjukkan sifat dan peribadi yang begitu agung, di mana sekali pun baginda SAW tidak menzahirkan kemarahan atau kebencian bila mana baginda dihina, dicaci, dicerca dengan begitu hebat sekali semasa zaman baginda, bahkan segala keburukan yang dilemparkan ke atas baginda dibalas dengan baik, sabar, malah mendoakan kebaikan kepada musuh-musuh baginda.
Lantaran itu, asbab kemuliaan sifat yang diperlihatkan Nabi Muhammad itulah yang telah menyedari seterusnya mengubah persepsi musuh-musuh baginda dan secara tidak langsung menyebabkan keislaman majoriti daripada mereka. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata betapa hebatnya peribadi dan akhlak nabi tercinta kita, Muhammad SAW. Di mana kan kita cari ganti serupa dengan baginda bukan?
Namun demikian, hidup di dunia akhir zaman ini begitu banyak ranjaunya. Antara manusia masing-masing berlumba-lumba mengejar kenikmatan hidup dan habuan duniawi. Sehingga kadang-kadaang terlupa bahawa segala kesenangan di dunia hanya bersifat sementara dan segalanya akan dipulangkan kembali kepada pemilik asal yang hakiki iaitu Allah SWT.
Dengan keadaan sedimikian, tidak hairanlah jika ramai manusia yang saling berdengkian antara satu sama lain. Hanya kerana tidak sanggup jika nikmat yang dimiliki orang lain melebihi diri sendiri, kehendak nafsu diturutkan. Misalnya, peniaga yang dengki dengan kejayaan yang diperoleh pesaingnya sanggup mengenakan sihir semata-mata untuk menghilangkan nikmat yang dikecap oleh orang lain, di samping ingin menjadi masyhur dan cepat kaya tanpa ada tandingan.
Hal ini jelas terbukti apabila media massa saban hari melaporkan kes-kes jenayah yang berlaku bahana daripada perbuatan dengki khianat. Masyarakat juga sering didedahkan dengan amalan-amalan khurafat seperti sihir, ilmu hitam dan magis yang mana digunakan oleh dukun, pawangmahupun bomoh seperti yang dipertontonkan melalui kebanyakan rancangan televisyen terutama filem dan drama Melayu.
Ekoran dengan itu, perbuatan itu secara tidak langsung menggalakkan masyarakat untuk mencuba sesuatu yang boleh dianggap luar biasa bagi mereka. Apa tidaknya, jika sering didedahkan dengan informasi negatif, tidak mustahil jika inkuiri seseorangyang pada mulanya hanya tertarik dan kagum bertukar menjadi kehendak untuk mencuba, lalu membenamkan kewarasan akal serta iman di dada.
Fitrah manusia adalah cintakan dan suka melakukan kebaikan. Walau bagaimanapun, disebabkan iman yang tipis mereka tewas dan cenderung untuk melakukan kejahatan dan keburukan. Hanya kerana? terpedaya dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan. Oleh itu tidak hairanlah jika dikatakan orang yang jahat sekalipun masih inginkan layanan yang baik diberikan kepada mereka.
Dan kerana itu jugalah wujudnya manusia yang tidak beriman kepada Allah tetapi masih membuat kebaikan. Hal ini disebabkan seseorang itu berfitrah dengan fitrah hasanah atau kebaikan. Banyak contoh yang dapat kita lihat, antaranya melihat kepada negara yang mendapat jolokan negara paling bersih iaitu Switzerland.
Sebagaimana yang kita maklum bahawa Switzerland bukanlah sebuah negara Islam, namun mengamalkan aspek kehidupan yang amat dituntut dalam Islam iaitu bersih. Malah Islam itu sendiri adalah agama yang suci dan bersih. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih.” (Hadis Riwayat: Ibnu Hibban).
Manakala sabda baginda lagi yang bermaksud: “Kebersihan itu dapat mengajak orang kepada iman. Sedang iman itu akan bersama pemiliknya ke syurga.” (Hadis Riwayat: Thabrani). Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya kebersihan dan Islam itu agama yang mengajak kepada kebersihan.
Namun demikian jika dilihat dari sudut yang berbeza, manusia juga cenderung untuk melihat keburukan orang mengatasi kebaikan yang dilakukan. Jika dilihat dan dinilai pada keburukan dan kesilapan, semua orang tidak terlepas dari melakukannya. Sedangkan para nabi juga melakukan kesilapan, apatah lagi kita sebagai manusia biasa yang lebih banyak terdedah pada dosa.
Sekiranya penilaian manusia terhadap manusia yang lain berdasarkan kesalahan yang dilakukan, apa akan berlaku jika seseorang pendakwah turut melakukan perkara yang sama. Benar, semua orang tidak terlepas dari melakukan dosa. Namun, jika manusia menghukum sedemikian terhadap perdakwah misalnya, sudah semestinya sebagai manusiabiasa yang lemah, berat untuk mengikut apa yang disampaikan oleh mereka. Kerana hati kecil pasti berkata, tiada guna mengikut orang yang mengajak kebaikan sedangkan diri sendiri juga tidak sempurna, turut melakukan dosa seperti orang lain.
Kerana itulah perlunya kita meneliti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Saidina Ali r.a iaitu “Janganlah melihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kepada apa yang dikatakan.” Di samping itu, perlulah juga kita ketahui bahawa dua perkara yang perlu kita ingat iaitu keburukan kita terhadap orang lain, dan kebaikan orang terhadap kita. Begitu juga dua perkara yang perlu kita lupakan iaitu kebaikan kita terhadap orang dan keburukan orang tehadap kita.
Dengan itu, secara tidak langsung kita dapat perbaiki diri kita menjadi insan yang lebih baik. Justeru,jadilah orang yang beruntung di mana hari ini lebih baik darisemalam. Hal ini selari dengan maksud hadis Rasulullah iaitu “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam.” (Hadis Riwayat: Bukhari dan Muslim)
Lantaran itu, janganlah sentiasa melihat keburukan yang ada pada orang lain, sebaliknya selalu bermuhasabah dan melihat pada diri sendiri. Banyak mana dosa dan kebaikan yang diperbuat saban hari. Lihat kembali ke dalam diri, apa yang masih kurang. Kebaikan apa yang masih belum mencukupi. Tambah nilai segala kekurangan diri dan dosa-dosa yang pernah dilakukan dengan cara selalu mengingati mati, di samping dapat meningkatkan iman dan menggalakkan melakukan kebaikan.
Tambahan pula, tiada kebaikan yang diperoleh jika masa yang dihabiskan hanya dengan melihat keburukan dan aib orang lain tanpa berbalik kepada diri sendiri. Bahkan mendapat kemurkaan Allah dan juga menutup ruang untuk perbaiki diri sendiri.
Hal ini turut disebut dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (Surah al-Hujurat: Ayat 12).
Justeru marilah sama-sama kita bermuhasabah dengan merenung jauh-jauh ke dalam diri. Tambahkan amal jika berasakan masih kekurangan amal untuk dijadikan bekalan dikemudian hari. Juga berfikirlah sambil menghisab diri sendiri, kerana sesungguhnya berfikir sejenak itu lebih baik daripada beramal sepanjang malam.
Tuntasnya, sebagai hamba Allah yang bertaqwa, kita seharusnya sering bersangka baik terhadapNya walau apa pun ujian yang datang melanda. Kerana Allah adalah menurut sangkaan hambaNya terhadapNya.
Penulis ialah pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia.
Sumber HD : 16/06/2012
“BAHAGIANYA mak kalau boleh lihat anak emak yang bercakap sebegitu. Pasti mak akan menjadi penonton setiamu nak.”
Aku masih ingat itulah kata-kata bonda tersayang. Tunak matanya utuh pada skrin televisyen, dan kepalanya mengangguk-angguk faham dengan penjelasan ustaz. Aku sendiri mengakui bahawa langkah para pendakwah yang muncul di dataran media massa ini membuka langkah yang positif untuk masyarakat mengenali Islam dengan lebih mudah. Tapi cara ini bukanlah pilihanku. Bilang mak, ijazah sarjana muda dari universiti tempatan dan ijazah sarjana yang aku perolehi daripada Universiti al-Azhar sudah cukup untuk aku menembusi kaca televisyen. Setidak-tidaknya, aku menjadi pensyarah di mana-mana universiti. Sudah cukup untuk mak tersenyum sampai ke langit.
Tapi itu bukanlah pilihanku…
***
GURU besar itu mengerling ke arah wanita yang duduk sebaris dengannya. Semuanya ibarat buah mempelam masam yang tumbuh di belakang rumahku. Dan aku faham, itu adalah jawapan kepada permintaanku. Salahkah aku untuk menjadi guru di situ?
“Kelayakkan kamu terlalu tinggi. Pergilah menjadi pensyarah. Sia-sia sahaja ilmu kamu jika menabur bakti disini.”
“Tapi Puan..” belum sempat aku memberikan hujah, pantasnya wanita yang kutebak umurnya mungkin sepuluh tahun lebih muda daripada ibuku ini memotong. Katanya, aku masih muda. Pergilah terokai dunia dahulu.
Nasi dingin, pinggan retak; orang tak ingin buat apa aku ingin berkehendak. Tapi darah Melayu dalam badanku masih ada dan darah ini masih mempercayai pepatah, ‘di mana ada kemahuan di situ ada jalan’. Inginku buktikan kepada wanita tersebut, pasti aku meneruskan langkahku untuk menerokai dunia, tapi dengan caraku yang tersendiri. Pasti!
***
“USTAZ, kenapa kita diwajibkan solat?” kaca mataku diperbetulkan. Suara anak kecil yang bertanyakan soalan cukup membuatkan aku bahagia. Wajah polos mereka yang dahagakan ilmu, yang memerlukan tangan untuk memimpin mereka melihat dunia.
“Kerana kita adalah hambaNya. Siapa tuhan kita?”
“Allah!”
Tidak perlu aku memberikan jawapan yang terlalu berat untuk mereka. Biarlah mereka memahami satu persatu. Bukankah awal ilmu adalah mengenali Allah. Dan itulah tujuanku, menyemai akidah yang kukuh dalam jiwa mereka. Dan dihadapanku, sekumpulan anak-anak kecil yang telah menjadi tanggungjawabku untuk mendidik mereka semampu mungkin.
Pandangan sinis dan perlian beberapa teman dan orang kampung tidak aku hiraukan. Semuanya sudah tenggelam dalam kepetahan anak-anak kecil ini. Apa salahku menjadi guru tadika? Dan apa salahnya guru tadika itu seseorang yang berketurunan Adam?
Aku tahu bukannya senang untuk menerima pandangan masyarakat tentang hal ini. Desir angin membawa perkhabaran; bolehkah lelaki memberikan penjagaan dan mengajar anak-anak mereka setanding dengan wanita? Syukur, hatiku masih kental. Aku terima segalanya dengan pandangan positif. Benar, tidak akan lengkap lelaki tanpa wanita.
Aku tahu diri ini tidak akan mampu mendidik mereka dengan belaian seorang wanita yang lemah lembut. Kerana itu, aku tidak bersendirian, ratu hatiku akan sentiasa menyokongku. Walaupun akalnya tidak boleh menerima inilah keputusan anaknya, tetapi itu hanyalah seketika. Tatkala aku memberitahunya itulah jalanku, dia terdiam dan tidak semena-mena ubun-ubunku dicium. Katanya, “Emak akan bantu kamu.”
***
AKU masih ingat penggawa kampungku, Haji Haron namanya. Tapi aku lebih suka memanggilnya pak sahaja. Kecil-kecil dahulu, selalu aku menolongnya di kebun mengutip buah rambutan. Dan kerja itu aku lakukan sehinggalah aku sampai ke tangga menara gading. Selalu dia pesan kepadaku supaya bila berjaya nanti usahlah lupa kepada anak bangsa, apatah lagi warga desa ini. Kata-kata itu tidak pernah kulucut daripada diari hatiku.
Satu hari yang tenang, melihat gerimis malam yang turun. Aku duduk di lambur surau bersamanya setelah usai menyampaikan tazkirah ringkas. Menjadi anak muda yang baharu pulang dari ranah Timur Tengah, bersungguh-sungguh benar Pak Imam Uda meminta aku mengisi kelompongan waktu antara Maghrib dan Isyak untuk diisi. Setelah difikir hingga ranum, aku ingin jadikan ruang ini sebagai platform untuk aku menyahut seruan utusan terakhir, Nabi Muhammad yang meminta umatnya menyampaikan apa yang darinya walaupun satu ayat.
“Fakhruddin, pak boleh usahakan untuk menambahkan ruang di masjid ini untuk cita-cita kamu itu. Tetapi, kenapa jalan ini yang kamu pilih? Tidak mahukah kamu berhijrah ke kota seperti anak muda yang lain?”
“Ini semua kerana ingatan pak juga. Pak yang meminta saya menabur bakti apabila besar kelak. Bukankah ini jalan yang terbaik? Ya, terbaik buat saya.”
“Pak tidak jangkakan ini jalannya. Banyak lagi cara yang boleh kamu lakukan. Orang berpengetahuan seperti kamu, boleh sahaja menjadi wakil rakyat untuk kawasan ini. Ceburilah bidang politik sahaja, anakku.”
Aku merenung awanan gelap yang berarak bebas. Mungkin akan ada lagi hujan yang bakal turun. Walau segelap itu kepulan awanan itu, hatiku tidak akan berubah kerananya. Aku ada matlamat tersendiri. Usah cuba menggoyangkan pohon cita-citaku selagi tidak menyalahi syariat. Adat? Tidak mengapa untuk diselisihi. Bak kata-kata Rumi, “Berbicaralah dalam bahasa yang baharu, dengan itu dunia akan menjadi dunia yang baharu.”
Aku menyentuh bahu lelaki itu. Serasa tulang-tulang yang semakin menimbul. Temulang empat kerat itulah yang telah berusaha membina sebuah keluarga yang bahagia, yang bertungkus-lumus menjaga kebajikan penduduk kampung setelah sekian lama.
“Pak, setelah sekian lama Islam ditindas di Bumi Palestin, Selatan Thailand, Rohingya dan beberapa lagi kawasan bukan? Sedih benar kita melihat mereka di sana. Mata kita hanya memandang sayu anak-anak kecil yang terbunuh, wanita yang diperlakukan dengan wewenang, orang tua yang dibelasah dengan rakus.” Kerongkongku rasa perit untuk meneruskan kata-kata.
“Benar, Fakhruddin.” Kali ini, giliran orang tua itu pula memandang langit. Mungkin dia membayangkan penderitaan saudara seIslam di sana.
“Restuilah saya pak. Kerana mereka saya mencipta impian untuk membuka tadika ini.” Ujarku bersungguh-sungguh.
“Apa maksud kamu, Fakhruddin?”
“Pak, teman saya di Mesir dulu pernah merakamkan sebuah kisah kepada saya. Benar, semenjak hari itu saya begitu terabsah dengan kata-katanya. Teman saya itulah yang telah membuka minda dan hati ini. Pesannya belajar kerana Allah, untuk menolong saudara-saudara kita. Bukan kerana pangkat dan harta. Bermula dengan kisah yang cukup ringkas itulah, perasaan saya membuak-buak untuk memilih jalan ini, pak.”
“Apa kisahnya,” Pak Haron mempamerkan rasa minatnya.
“Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam,” aku mengulang ayat itu berulang kali. Meniru cara penceritaan Hossein kepadaku dahulu. Dia seorang anak watan Palestin yang berjaya menuntut ilmu di Universiti al-Azhar. Ternyata, reaksi daripada Pak Haron membuktikannya dirinya cukup sensitif.
“Fakhruddin, hentikan!” jerkahan daripada pak membuatkan aku serta merta diam.
“Apakah makna semua ini?” dia mencerlung ke arahku.
“Sabar pak. Itulah kisahnya. Jika pak minta saya berhenti, serta merta saya boleh hentikan mulut saya daripada berkata-kata. Tapi, nun di sana, anak-anak Yahudi diajar sebegitulah di bangku tadika mereka. Itulah nyanyian mereka, siulan lidah mereka, pak.”
Aku sempat melihat bibirnya melafazkan hauqalah dan isti’azah berulang kali. Dengan meraup-raupkan wajahnya, dia masih sempat menyoalku, “Apakah benar kata-katamu. Fakhruddin?”
“Itulah yang diceritakan kepada saya. Dan saya sendiri pernah membaca daripada blog seorang ustaz di laman sesawang. Kisah yang sama dituturkannya. Anak-anak kecil itu dirakamkan di tadika mereka, dan guru mereka bermain piano mengiringi nyanyian mereka. Gembira benar mereka, pak…”
Pak Haron hanya mengangguk, lemah. Aku meneruskan kata-kataku.
“Anak-anak kecil di tempat kita, dikatakan masih mentah untuk mengenal dunia. Diajarnya lagu-lagu yang tidak membina pemikiran mereka. Disogok dengan kisah-kisah dongeng. Kisah cinta putera puteri, haiwan dan sebagainya. Bukankah dalam Islam sudah ada kisah teladan yang cukup baik? Kenapa mereka ini tidak diberikan pendedahan tentang dunia serba sedikit. Tidak disemaikan rasa cinta kepada Islam daripada usia rebung?” kata-kataku yang banyak berakhir dengan persoalan aku lepaskan semuanya untuk mengisi andas Pak Haron. Serasa kata-kataku kepadanya ibarat mewakili semua marga desa itu.
Aku lihat kepala orang tua itu mendongak, dan matanya memandang lagi dada langit yang sudah kembali bebas daripada air mata hujan. Namun, masih ada lagi air mata yang mengalir. Tidak kusangka, ada takungan air pada lopak mata orang tua itu.
“Nak, pak akan usahakan. Teruskan niatmu dan ingatlah lelaki tua ini akan membantumu hingga akhir nyawa.”
Rasa sebak menyelubungi perdu hatiku. Aku merapati lelaki yang sudah kuanggap sebagai ayah itu dan mencium tanggannya.
***
PALESTIN dihujani bom dari Zionis laknatullah lagi! Hanya sebutir bom yang dilancarkan sebagai balasan serangan kepada mereka, bergegar seluruh kota Yahudi. Bandingkan, sebutir buat mereka, dan beratus-ratus bom mereka membalas kepada saudara kita di Gaza. Adilkah mereka? Sudahlah menumpang di negara orang, tetapi masih berkuasa membuat onar.
“Anak-anak kecil dan pemuda-pemudi di sana mati kerana kelaparan. Mati kerana berjihad. Mati kerana mencari ilmu. Mati kerana cintakan Islam. Dan lihatlah anak-anak kita disini? Mati kerana apa? Mati kekenyangan, mati kerana cinta dihancurkan dan mati kerana nafsu semata-mata. Anak-anak kita, mereka pewaris masa hadapan. Sebagaimana anak-anak kecil di Palestin itulah pewaris yang akan membebaskan Palestin satu hari nanti.”
Sempat aku menitipkan kata-kata terakhir buat penduduk kampung yang datang ke surau untuk mendengar ceramah tentang isu Palestin. Aku telah menjemput sahabatku sendiri untuk membuka pekung di dada masyarakat desaku. Mereka; orang-orang tua di kampungku tidak pernah melihat gambar-gambar lain, selain apa yang terpapar di televisyen mahupun di dada akhbar. Sahabatku itu, membawa peralatan khas dan menunjukkan tayangan video penderitaan masyarakat Palestin. Dan kulihat, banyak benar air mata yang gugur di tubir mata mereka.
Anak-anak kecil yang mengikuti pengajian dibawah kelolaanku tidak kuabaikan. Mereka aku tempatkan sekali di dalam majlis ilmu itu. Biar mereka sedar tentang pengorbanan teman-teman mereka. Kudus sekali aku melihat kanak-kanak yang comel berkopiah putih dan bertudung itu tidak berkerdip memandang gambar-gambar teman seusianya yang berdarah daripada ubun-ubun hingga ke hujung jari kaki. Ada yang menekup wajah mereka, kerana tidak tega melihat penderitaan anak-anak kecil Palestin.
Berada di bulan November, adalah detik-detik terakhir aku bersama mereka, kumpulan pelajar pertama yang sanggup belajar denganku. Usai sahaja cuti persekolahan ini berakhir, maka mereka akan berangkat ke dimensi baru; sekolah rendah. Guruku dahulu pernah berkata, kanak-kanak di usia rebung begitu amat mudah sekali menerima apa jua bahasa yang diajarkan dan aku mengambil peluang ini mengajari mereka bahasa Inggeris dan Arab. Hanya Tuhan yang maha mengetahui betapa manisnya saat melihat mereka bertatih mempelajari al Quran bersama ibuku, mengenal satu persatu patah perkataan Arab, Inggeris dan ABC. Dan lebih subur rasa syukurku menerima pujian daripada para ibu bapa kerana anak mereka tidak lagi degil dan rajin untuk solat. Namun, sesungguhnya pujian itu tidak layak buatku kerana segalanya daripada Allah.
Selesai sahaja majlis, para hadirin yang hadir beredar daripada perkarangan surau. Dan aku juga keluar untuk mengiringi sahabatku pulang. Terasa begitu damai petang itu. Hatiku terjentik, apakah di bumi Palestin, Bangladesh, Thailand dan lain-lain negara yang mempunyai Muslim yang ditindas dapat mengecapi nikmat sebegini? Dan aku sebenarnya bimbang. Khuatir jika diri ini kufur daripada nikmat ini.
“Bismillah…” terdiam aku sebentar. “Wahai Tuhan yang menurunkan al Quran, wahai Tuhan yang mengarakkan awan. Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka.”
Corong pembesar suara menangkap semua telinga yang berada di perkarangan surau. Air mata kami gugur berderai. Doa Qunut Nazilah usai diaminkan oleh yang mendengar. Sahabat itu, aku tinggalkan serta-merta dan meluru masuk kembali ke dalam surau. Sekumpulan anak kecil itu masih pegun di situ, menatap bersama-sama kertas doa yang diucapkan mereka.
“Ustaz, kami mahu menjadi orang Islam yang menyayangi saudara kami, cintakan akidah kami!”
Aku merangkul semua anak-anak kecil ini. Kali ini, air mataku bukan lagi harta yang mahal untukku tumpahkan. Anak-anak kecil inilah yang paling bernilai di mataku. Merekalah yang aku harapkan membawa perubahan kepada kehidupan ini. Memandu kembali yang tersasar pulang ke pangkal jalan. Penduduk kampung yang memerhatikan kami, melafazkan takbir memuji Ilahi.
“Allahu Akbar!”
Sumber HD - 24-11-2012
Anak menjadi tuan
Nor Hidayah Mohamed Taib, |

Post Mortem Himpunan Jutaan Belia 2012
Amiruddin Ismail, |

Jujur dalam menjalani kehidupan
Nur Bazilah Mohd Akhyar, |

Tangan melekat jika khianati harta awam
Nik Muhammad Nasri Nik Malek, | 15 Jun 2012 |

Syukur, muhasabah diri tanda taqwa
Asmaa' Syahirah As'ari, | 16 Jun 2012 |

AKU SAYANG KAMU
Fakhratu Naimah Muhad, | 24 Nov 2012 |

Tokoh Penglipur Lara Malaysia 2012
Kamaruddin Mohamad, |
Tahun 2012 dah nak ke penghujung. Sepanjang tahun ini terutamanya sejak kebelakangan ini banyak sungguh lakonan, latahan, gerakan dan yang sewaktu dengannya yang mewarnai medan media Negara Malaysia dari berbagai watak yang berlatarbelakangkan politik, pesara (Ketua Polis Negara), pedagang (peniaga karpet) dan berbagai lagi.
Bersesuaian dengan keadaan itu, saya ingin mencadangkan satu pencalonan dan pemilihan untuk Tokoh Penglipur Lara Malaysia 2012 seperti berikut:
Kategori Lelaki:
a. Pak Pandir
b. Pak Kaduk
c. Pak Belalang
d. Lebai Malang
e. Si Lunchai
f. Mat Jenin
g. Badang
Kategori Wanita:
a. Mak Andeh
b. Mak Kaduk
c. Mak Belalang
Para pembaca dipelawa mengemukakan calon dan pemilihan mereka dan maklumat pemilihan dipaparkan dari masa kesemasa. Tempoh pencalonan yang sesuai hendaklah ditetapkan.
Sumber HD - 11-12-2012
KII TAA SAA BAAR
KAA LUU TAAK BOO BAAR
DEE YAA KE TAAR
TAA KOOT KE NOO TOO KAAR
BAA NYOK SAA NGAAT KIIH
DEE YAA TOK RETII NOK TE PIIH
TAA BUUR PEE TIIH
DEE YAA II NGAT BOO LEH KII KIIH
BOO BAAR LA
BOO BAAR LA
BOO BAAR LA
KAA LOO MOO RE TII AA JAAR

Booo baar laah
TokDdeka, | 26 Mac 2013 |
KII TAA SAA BAAR
KAA LUU TAAK BOO BAAR
DEE YAA KE TAAR
TAA KOOT KE NOO TOO KAAR
BAA NYOK SAA NGAAT KIIH
DEE YAA TOK RETII NOK TE PIIH
TAA BUUR PEE TIIH
DEE YAA II NGAT BOO LEH KII KIIH
BOO BAAR LA
BOO BAAR LA
BOO BAAR LA
KAA LOO MOO RE TII AA JAAR
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-3-2013
Perlukah keliru antara dua?
Kamaruddin , | 12 Apr 2013 |
Wahai pengundi
antara syaitan dan malaikat
apa perlu timbangtara
mahu dipilih siapa?
Di kala dini memanjat subuh
dia munajat rintih mengeluh
depan al-khaliq sujud bersimpuh
Sementara lawannya bersundal leka
arak diteguk diapit pelacur tua
letih terkulai hingga duha
perlukah keliru antara dua?
Dia pahlawan sepanjang masa
dari remaja hingga matang usia
di tengah masyarakat menjalar jasa
merakyat rasa tersekat tega
melihat nasib hina dina
Dia tampil di musim bunga
turunnya berdewa putra brahma
lahirnya bangsawan berjiwa raja
manakan merasa derita jelata
perlukah keliru antara dua?
dia miskin tak punya harta
berjanji akan membela kita
jika harta jadi miliknya
dia kaya harta melimpah
jenuh lanai penuh rumah
bakhil kedekut masya Allah
berjanji akan jadi pemurah
jika diberi harta tambah
perlukah keliru antara dua?
Dia berteman para wali
dikelilingi ulama pewaris nabi
didokong oleh orang bestari
pemudanya pula menjaga diri
pemudinya pula maruah mewangi
jaka dara membatas diri
jika dulu penyanyi seksi
kini bertukar muslimah sejati
jika dulu terkinja menari
kini tawadhuk insaf tertib berdiri.
Dia berteman iblis syaitan
di kelilingi manusia berjiwa haiwan
didokong oleh hantu cari makan
pemudanya jenis tak berpelajaran
pemudinya galak gatal sawan
bergaul bebas lelaki perempuan
dulu idealis kini kejar habuan
dulu ulama kini tunggangan
dulu pendeta kini lelucoan
malamnya gerhana tidak berbulan
siangnya berkabus diserkup awan
terkinja menari cucu dan tokwan
monyet beruk sangka kawan

No comments:
Post a Comment