Zunar dapat anugerah antarabangsa |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Kartunis, Zulkifli Anuar ul Haq atau Zunar diiktiraf ke peringkat antarabangsa apabila bakal menerima anugerah dari Cartoonists Rights Network International (CRNI) di bawah kategori 'Keberanian dalam kartun editorial'.
Zulkifli Anuar ul Haq @ Zunar - Diiktiraf di peringkat Antarabangsa
Anugerah itu akan disampaikan 7 Julai depan di St. Petersburg Florida, Amerika dan Zunar dalam kenyataannya berkata, "saya akan hadir." Beliau juga melahirkan syukur dengan anugerah tersebut. Zunar bermula dengan berkarya di majalah Gila-gila, Berita Harian dan pada tahun 1998 menyertai Harakah sebagai kartunis tamu.
Salah sebuah hasil Kartun Zunar
Semasa di Berita Harian, beliau menghasilkan kartun kontroversi ekoran kemalangan yang sentiasa berlaku pada helikopter Nuri. Zunar (kiri bersama CEO Malaysiakini, Pramesh Chandran) membuat satu lakaran aksi yang berlaku dalam sebuah mahkamah dengan hakim menjatuhkan hukuman "Anda didapati bersalah kerana membunuh...oleh itu anda dijatuhkan hukuman naik helikopter Nuri." Selepas keluar dari Harakah, Zunar menyertai penerbitan Suara Keadilan yang dimiliki PKR dan berjaya menaikan SK kepada ratusan ribu cetakannya ketika beliau menjadi ketua pengarangnya. Selepas itu, Zunar menerbitkan banyak buku kartun dan sebahagiannya diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana 'membahayakan keselamatan negara". Menurut Dr. Robert Russell, Pengarah Eksekutif CRNI, Zunar dijemput untuk menerima anugerah di sana di samping memberikan ucapan bagi menceritakan perjuangannya dalam memperjuangkan kebebasan bersuara di Malaysia. Semasa di Washington, pihak CRNI juga akan mengaturkan wawancara dengan Al Jazeera, Voice of America dan lain-lain media. Semasa di sana, Zunar juga akan bertemu dengan kartunis dari seluruh dunia termasuk dari Amerika, Kanada, Afrika Utara, Asia serta negara Eropah yang lain. "Tahniah kepada anda dan kini anda menyertai kumpulan kartunis terbaik di seluruh dunia," kata Dr. Robert Russell dalam suratnya kepada Zunar. |
Rangkaian kartunis antarabangsa bantah sekat Zunar |
Harakahdaily |
WASHINGTON, 25 Julai: Tindakan kerajaan Malaysia termasuk mahkamah menyekat penyebaran kartun Zunar atau Zulkiflee Anwar Ulhaque mendapat bantahan dari peringkat antarabangsa apabila Cartoonists Rights Network International (CRNI) menggesa kebebasan bersuara dihormati. "Manakala karya-karya Zunar begitu mempengaruhi pemikiran publik, tidak ada bukti bahawa ia boleh dan akan menggangu ketenteraman awam," tegas Dr Robert Russell, Pengarah CRNI. Dengan penghakiman mahkamah baru-baru ini, kata Russel, mahkamah turut meminggirkan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persektuan Malaysia. Menurut Russell, pihaknya telah meneliti dan menyemak kandungan kedua-dua buku yang diharamkan itu, "Perak Darul Kartun" serta "1 Funny Malaysia" dan mendapati semua kartun-kartun dalam buku ini menepati standard antarabangsa untuk kartun editorial. CRNI begitu bimbang, dengan keputusan ini, mahkamah memberi lesen kepada kerajaan untuk bertindak lebih keras terhadap Zunar dan kartunis-kartunis editorial. Dalam jangka masa panjang, katanya, kekangan terhadap kebebasan bersuara adalah lebih mengancam ketenteraman awam berbanding karya seorang kartunis yang mendidik publik. "CRNI menggesa Malaysia dan mahkamah Malaysia menghormati kebebasan bersuara kepada semua rakyat Malaysia dan mengkaji semula keputusan mahkamah pada 14 Julai lepas," kata Russell dalam kenyataannya yang dikeluarkan di Kuala Lumpur. CRNI adalah sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi kartunis. CRNI mengawasi dan melindungi kartunis-kartunis editorial di seluruh dunia yang menghadapi tekanan kerana ketajaman karya-karya mereka. Untuk 10 tahun kebelakangan ini, kerajaan Malaysia telah mengenakan sekatan dan kekangan terhadap kartunis popular di Kuala Lumpur: Zulkiflee Anwar Ulhaque, atau lebih dikenali sebagai “Zunar” Sejak dua tahun lalu, kekangan menjadi lebih keras: Zunar telah ditahan dan ditangkap, pejabatnya diserbu, buku-buku kartunnya dirampas, kilang yang mencetak buku-bukunya diserbu dan diberi amaran. Baru-baru ini Zunar mencabar kerajaan ke mahkamah kerana mengharamkan buku-buku kartun beliau, "Perak Darul Kartun" dan "1 Funny Malaysia" pada tahun lepas. Pada 14 Julai 2011 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak rayuannya dan mengekalkan keputusan kerajaan mengharamkan buku-buku tersebut. "Perak Darul Kartun" and "1 Funny Malaysia" yang menampilkan lebih dari 150 kartun-kartun politik diharamkan oleh kerajaan pada Jun 2010 mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Menurut Russell (gambar), tanpa menjelaskan lebih lanjut, hakim bersetuju dengan alasan kerajaan bahawa kartun-kartun dalam buku tersebut "tak sesuai untuk bacaan umum dan mengancam ketenteraman awam." "Tidak ada yang lebih benar dari kebenaran. Kedua-dua buku ini memfokus kepada isu-isu penting yang menjadi perhatian orang ramai seperti konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan skandal kapal selam," kata Russel dalam kenyataannyn membela Zunar. CRNI meneliti keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Rohana Yusof yang bersetuju dengan alasan kerajaan bahawa kartun-kartun tersebut akan menyebabkan ketenteraman awam terancam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4524-rangkaian-kartunis-antarabangsa-bantah-sekat-zunar
Zunar terus dapat pengiktirafan antarabangsa |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Kartunis Zunar telah diberi penghargaan dengan dipilih sebagai salah seorang Artists-in-Residence 2011 dalam program “Art and Censorship” (Seni dan Penapisan) anjuran BilbaoArte/Fundacion BBK, iaitu sebuah yayasan kesenian di Bilbao, Sepanyol.
Menurutnya, BilbaoArte menganjurkan program tiga bulan bagi membantu artis-artis memperjuangkan dan mempertahankan hak berkarya mereka yang menghadapi penapiasan/tekanan pihak berkuasa. Katanya, seramai 20 artis dari seluruh dunia yang merupakan pelukis, pengukir dan pencipta hasil seni yang lain dipilih untuk menyertai program ini bagi tahun ini. “BilbaoArte BilbaoArte menyediakan geran khas kepada artis untuk mengusahakan projek khas dalam tempoh itu, dan saya memilih politik Malaysia sebagai subjek. “Dengan menyertai program ini saya akan berada di Sepanyol dari awal Oktober hingga akhir Disember tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan. Di samping itu, beliau juga akan mengambil bahagian dalam VI Festival Against Censorship (Festival Melawan Penapisan ke V1) yang akan diadakan dari 7 hingga 15 November juga di Bilbao. Festival itu, ujarnya menampilkan karya-karya seni penyanyi, pemuzik, penulis, pelukis, pengarah filem dari seluruh dunia yang ditapis/diharamkan. Beliau akan mempamerkan 70 karya-karya kartun editorial yang pernah dihasilkan. “Saya juga merasa bangga kerana diberi penghormatan untuk mencipta dan mereka bentuk poster untuk festival tersebut bagi tahun ini,” katanya yang mempunyai nama sebenar Zulkiflee Anawar Ulhaque. Menurutnya lagi, pemilihan sebagai Artists-in-Residence oleh BilbaoArte-Producciones Serrano ini bukan sahaja merupakan satu pengiktirafan kepada karya-karya kartunnya, malah merupakan satu kejayaan bagi aktivis-aktivis yang berjuang menentang penapisan dan kekangan hak bersuara di Malaysia. “Pengktirafan ini memberi kekuatan baru untuk saya menghasilkan karya-karya yang lebih tajam dan berkesan dalam usaha menentang korupsi, pembaziran wang rakyat, salah guna kuasa dan kezaliman yang diamalkan oleh pemerintah di Malaysia,” katanya lagi. Beliau menambah, ia juga merupakan satu isyarat kepada kerajaan Malaysia menghentikan segala bentuk ancaman, ugutan dan tindakan jenayah terhadap beliau dan artis-artis lain di Malaysia, kerana masyarakat seni di seluruh dunia sedang memerhatikan segala tindak tanduk mereka. Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada peminat, penyokong, pembaca, teman-teman dan semua pihak sentiasa memberi sokongan sehingga membolehkan saya mencapai ke tahap ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4985-zunar-terus-dapat-pengiktirafan-antarabangsa
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5556-kartun-zunar-kaitkan-umno-sebagai-qunited-myanmar-a-nepal-organizationq
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7445-pas-bangga-dengan-kecekalan-keluarga-adam-adli
|

PAS bangga dengan kecekalan keluarga Adam Adli |
Mohd Sabri Said |
PULAU PINANG, 7 Jan: PAS bangga dengan kecekalan ayah kepada Adam Adli kerana begitu konsisten terhadap perjuangan yang digerakkan oleh anaknya walaupun tahu perjuangan Adam Adli (gambar) bakal berhadapan dengan ugutan, tohmahan dan ancaman. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa yang menziarahi keluarga Adam Adli di salah satu kawasan parlimen di Seberang Perai berkata, apa yang dicakapkan oleh bapanya, Abdul Halim Hamid merupakan teras dan boleh dijadikan kekuatan untuk Adam Adli meneruskan usahanya memastikan Akta Univesiti dan Kolej Univesiti (AUKU) benar-benar dihapuskan. "Mendengar cakap Abdul Halim Hamid saya selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terasa bangga terhadap sokongan padunya. Sebagai ayah beliau sanggup bersama anaknya biar dalam keadaan susah dan senang. Orang politik pun belum tentu boleh buat macam dia, " tegasnya. Adam Adli adalah palajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah menurunkan gambar datuk Seri Najib ketika mahaiswa berhimpun di perkarangan bangunan Umno di PWTC. Akibat kesalahan itu beliau dikecam dan dikutuk oleh Umno tanpa batasan sehingga UPSI bertindak ke atasnya. Tindakan para mahasiswa terlibat, kata Dr Mujahid, bukan ada kaitan dengan desakan mana-mana parti politik pembangkang tetapi sebaliknya atas rasa keprihatinan dan kesungguhan menyelamatkan maruah negara yang sudah tergadai. Perjuangan mahasiswa selama ini bukanya perkara baru untuk memastikan AUKU ditiadakan bagi membolehkan mahasiswa meluahkan pandangan secara demokrasi serta mewujudkan seorang mahasiswa yang berkalibar tidak hanya menjadi mahasiswa pak angguk. "Mahasiswa ada hak menentukan masa depan mereka walaupun terpaksa menentang AUKU sebab AUKU melahirkan mahasiswa yang tidak matang dan penakut, " terang Mujahid (gambar kiri) yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak. Susah untuk melihat kebangkitan mahasiswa seperti yang digerakan oleh Adam Adli, Muhamad Safwan Anang dan rakanya semata-mata untuk kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan terjamin, jelas beliau. Sebelum ini hanya orang politik pembangkang menyuarakan pandangan mengenai kebebasan bersuara tetapi kini ia telah menular di kalangan cerdik pandai atau golongan ketiga yang tiada mempunyai kepentingan politik. Bila golongan terbabit mempunyai kesedaran yang tinggi dan mahukan perubahan ketara terhadap Malaysia itu menandakan satu gelombang kebangkitan anak muda yang sukar dibendung terutamanya ketika negara bakal berhadapan dengan Pilihanraya Umum ke 13. "BN sebenarnya takut untuk berhadapan dengan golongan muda terutamanya mahasiswa sebab itu apa yang digerakan oleh mahasiswa cuba disekat supaya kemaraan jiwa muda tidak melarat sehingga boleh menggugat kedudukan politik jahat kepimpinan BN, " terangnya. Turut menziarahi keluarga Adam Adli ialah Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husein, Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Bekas Ketua Lajnah Penerangan PAS Negeri, Zulkifly Md Lazim dan beberapa orang aktivis parti. Pada pertemuan tersebut rombongan turut mengadakan sembahyang hajat di kediamanya sebagai langkah memperkuatkan akidah Adam Adli dan 17 rakanya yang kini berhadapan dengan berbagai kemungkinan. Pada 31 Disemer 2011 negara terpalit satu lagi peristiwa keganasan pihak polis apabila bertindak kasar menghuraikan perhimpunan mahasiswa di hadapan Univesiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mahukan kerajaan Malaysia menghapuskan AUKU yang didakwa menyekat kebebasan mahasiswa. Pada perhimpunan itu Adam Adli ditahan bersama rakanya yang lain manakala Saudara Muhamad Safwan Awang terpaksa dimasukan ke hospital akibat tindakan ganas polis. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7445-pas-bangga-dengan-kecekalan-keluarga-adam-adli
Kartun Rosmah dalam pameran solo Zunar di London
Harakahdaily, | 17 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anuar ul Haq maju setapak lagi ke depan apabila beliau akan membuat pameran kartun solo selama sebulan di London sepanjang Februari ini.
Beliau akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan To Fight Through Cartoon (Berjuang Melalui Kartun) dan akan berlangsung selama sebulan di situ.
Sebanyak 80 karya-karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan.
Antara isu yang difokus ialah konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, rasuah dalam skandal Scorpene, isu pembunuhan Altantuya, isu NFC, isu isteri Perdana Menteri, Bersih, Sarawak dan sebagainya, kata Zunar dalam satu kenyataannya.
Ia dianjurkan oleh sebuah NGO antarabangsa, Artikel 19 yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi dan dibantu oleh rakyat Malaysia di United Kingdom yang bergabung di bawah Rakan Pakatan Rakyat.
Majlis pelancaran akan diadakan di venue pameran tersebut iaitu di Free Word Centre, 60 Farringdon Road pada 15 Februari dan akan dirasmikan oleh pengasas Sarawak Report dan Radio Free Sarawak Clare Rewcastle Brown.
“Selain saya sendiri, turut berucap di majlis tersebut nanti ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM), Malik Imtiaz Sarwar,” kata Zunar.
Menurut surat jemputan oleh pihak penganjur, tiket untuk majlis tersebut adalah terhad dan ia berdasarkan siapa dulu dia dapat dan boleh ditempah dari sekarang hingga 3 Februari.
Kepada orang ramai, terutama yang tinggal di United Kingdom boleh menempah tiket melalui link ini http://article19zunar.eventbrite.com/ atau email kepada sonya@article19.org .
"Tema "Berjuang Melalui Kartun"dipilih kerana kartun-kartun politik saya mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia," ujarnya lagi.
Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku kartun Zunar dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam.
Selain itu, pejabatnya di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan buku-buku beliau selalu dirampas.
“Kilang pencetak diugut agar tidak mencetak buku saya atau kehilangan lesen dan kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual buku-buku saya.
“Pada September 2010, saya ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah,” kata Zunar menceritakan perjuangannya.
Zunar sekarang sedang menyaman kerajaan atas tangkapan tersebut yang pada pandangannya salah dari segi undang-undang dan kes akan mula didengar pada 18 Januari depan di Mahkamah Kuala Lumpur.
Fight Through Cartoon (Berjuang Melalui Kartun) adalah pameran solo Zunar pertama sepanjang 30 tahun berkarya.
Sebelum ini, pada akhir tahun lepas, Zunar juga mengadakan dua pameran bersama artis-artis yang lain di Bilbao, Sepanyol.
Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah Courage in Editorial Cartooning (Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.
Pada Oktober tahun lepas, Zunar dipilih menyertai program tiga bulan "Seni dan Penapisan" anjuran Yayasan BilbaoArte Sepanyol.
Sumber HD : 17/01/2012

PAS dan Anwar ucapkan syabas buat Zunar
Harakahdaily, | 28 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Jan: PAS dan Ketua Umum PKR yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kertunis Zunar atau nama sebenarnya Zukefli Anwar ulhaque atas pameran kartun solonya di London.
(Zunar akan adakan pameran solo di London Februari ini)
"Syabas saya ucapkan buat Sdr Zunar kerana akan mengadakan pameran kartun-kartun politik di London pada bulan Februari depan bertemakan "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun)," kata Anwar dalam kenyataannya.
AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad juga mengucapkan tahniah atas pencapaian Zunar kali ini.
Sebelum ini, Malaysia berbangga dengan persembahan nyanyian oleh Datuk Sudirman Arshad dan Datuk Siti Nurhaliza di London.
Kejayaan Zunar mendapat tempat untuk membuat pameran solo di kota besar ini juga tentu membanggakan negara.
Pameran tersebut akan berlangsung selama satu bulan di Free Word Centre, 60 Farringdon Road, London.
Sebanyak 80 karya-karya kartun yang menyentuh isu politik, rasuah, penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi di Malaysia akan dipamerkan.
Ucapan penghargaan juga buat Artikel 19, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebebasan bersuara kerana menganjurkan pameran ini dan tahniah buat rakyat Malaysia di United Kingdom yang bertungkus lumus menjayakannya, kata Anwar.
"Saya difahamkan tema "Berjuang Melalui Kartun" dipilih oleh penganjur kerana kartun-kartun politik Sdr Zunar ternyata mendapat kekangan dan tekanan dari pemerintah Malaysia," kata Anwar.
Pada Julai 2010, kerajaan mengharamkan tujuh buku-buku kartun beliau dengan alasan kandungannya menjejas ketenteraman awam.
Selain itu, pejabat Zunar di Brickfeilds, Kuala Lumpur sering diserbu pihak berkuasa dan buku-bukunya turut dirampas.
Manakala itu kilang pencetak diugut agar tidak mencetak buku beliau atau menghadapi risiko kehilangan lesen.
Kedai-kedai di seluruh negara juga diberi amaran agar tidak menjual buku-buku beliau.
Pada September 2010, beliau ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap di bawah Akta Hasutan namun dibebaskan atas arahan mahkamah.
"Buat Sdr Zunar dan seluruh seniman, teruskan perjuangan anda semua, teruskan berkarya dan jangan sesekali tunduk menyerah kepada penguasa yang zalim serta rakus," kata Anwar.
Sumber HD : 28/01/2012

Zunar kini sebaris dengan Siti dan Sudir
Harakahdaily, | 16 Feb 2012 |
LONDON, 16 Feb: Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anuar Ulhaq berjaya mengharumkan nama negara dan sekaligus meletakkan nama beliau sebaris dengan penyanyi Siti Norhaliza dan Sudirman Haji Arshad.
(Zunar menerangkan tentang kartunnya kepada pengunjung)
Mereka bertiga adalah artis yang sama-sama membuat persembahan di kota London. Namun, cerita Zunar tidak memenuhi dada-dada akhbar media tradisi kerana beliau bertembung dengan media jenis ini.
Kalau Siti dan Sudir menyanyi, Zunar pula membuat pameran solo kartunnya mulai 15 Februari semalam, mulai jam 6.45 petang di Free Word Centre, 60, Farringdon Road, London.
Pameran beliau berjudul "To Fight Through Cartoon" (Berjuang Melalui Kartun) dianjurkan oleh Article 19, sebuah NGO antarabangsa yang memperjuangkan kebebasan bersuara serta informasi.
Ini adalah pameran solo Zunar yang pertama. Sebelum ini beliau mengadakan dua pameran di Bilbao, Sepanyol bersama beberapa artis-artis lain.
Ia menampilkan 80 karya-karya kartun politik beliau yang dibahagi kepada empat kategori: Rosmah, Najib, Konspirasi terhadap Anwar dan Isu-isu semasa.
Pameran berlangsung sehingga 13 Mac dan dibuka dari hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.
(Orang ramai yang memenuhi ruang pameran kartun Zunar di London)
Penal jemputan semasa majlis pelancaran adalah Pengasas Radio Free Sarawak, Clare Rewcastle Brown dan Pengarah Eksekutif Article 19, Dr Agnes Callamard.
Kira-kira 100 orang terdiri dari rakyat Malaysia yang bekerja di London, pelajar Malaysia serta rakyat tempatan dan luar negara.
Program semalam bermula dengan ucapan oleh Agnes, Clare dan diikuti ucapan oleh Zunar. Clare kemudian merasmikan pameran.
Dalam ucapannya, Zunar antara lain berkata, Malaysia menghadapi krisis moral yang parah dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan pelanggaran hak asasi.
Adalah menjadi tanggungjawab semua untuk bangun menentang rejim zalim yang telah memerintah negara ini selama 54 tahun, katanya.
"Adalah satu kesalahan moral kepada kita untuk berdiam diri. Mari kita bersama-sama bersatu dan berjuang. Sebagai kartunis ini adalah sumbangan kecil saya dalam perjuangan ini," kata Zunar.
Bagi Zunar, penahahan beliau di bawah Akta Hasutan menunjukkan bahawa melukis kartun di Malaysia adalah satu kesalahan jenayah.
"Apabila melukis kartun menjadi jenayah, kekuasan rejim mula goyah," katanya.
Dalam ucapannya, Clare pula berkata, "Saya suka melihat karikatur Zunar terutama mengenai Rosmah dan Taib Mahmud. Saya menghargai keberanian beliau. Ia memerlukan orang-orang yang berani untuk menjatuhkan sesebuah rejim yang zalim."
Menjawab soalan dari peserta mengenai bagaimana beliau mendapat ilham, Zunar berkata:
"Untuk mendapat idea tidaklah begitu susah kerana saya tinggal di Malaysia. Ahli-ahli politik di Malaysia menyediakan idea-idea lucu kepada saya setiap hari.
"Perdana Menteri, isteri beliau dan ahli-ahli kabinet nampak bijak sehinggalah mereka membuka mulut. Apabila mereka membuka mulut, saya boleh mula membuka buku lakaran saya," katanya diikuti gelak ketawa para hadirin.
Sementara itu, orang ramai yang ditemui memuji langkah yang diamnil Zunar.
(Sebahagian orang ramai yang memenuhi Free Word Centre, London dalam majlis pelancaran pameran kartun Zunar)
"Saya segera membuat pendaftaran untuk hadir sebaik saja saya mengetahui mengenai pameran ini. Kebetulan saya sedang bercuti di London. Bagi saya, Zunar adalah salah seorang dari dua lagenda kartunis selain Dato' Lat," kata Amir, seorang pegawai kerajaan dari Malaysia.
Robin, jurutera komputer dari Belgium. "Saya rasa kartun Zunar adalah sangat berkesan sebab ia membolehkan orang ramai memahami isu-isu politik secara lebih mendalam dan kerana itu ia merupakan ancaman kepada kerajaan (Malaysia)."
Andrew Tynan, pengurus IT di London pula berkata, "Saya melawat Malaysia berberapa kali dan mempunyai teman di Malaysia yang sering menceritakan situasi politik di Malaysia. Melalui kartun Zunar, saya lebih memahami politik di Malaysia sekarang."
Adil Johan, pelajar di King’s College, London pula berkata: "Saya tidak takut untuk datang - saya merupakan peminat Zunar sejak sekian lama. Apabila saya melihat lukisan beliau di pameran ini, ia adalah ekspresi artistik yang luas dan apabila saya melihat lebih lanjut, ia memberi mesej dan makna yang tersirat sangat mendalam. Sebab itu saya suka kartun beliau."
Sumber HD : 16/02/2012

Pemuda PAS rakam tahniah kepada Sultan Sharafuddin
Harakahdaily, | 21 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan di atas penganugerahan pingat Commandeur de la Legion d'Honneur , anugerah tertinggi Perancis oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.
Anugerah tersebut adalah untuk mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Sultan Selangor dan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), telah disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Perancis Edouard Guillaud di French Residence di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor berasa cukup berbangga di atas penganugerahan dan pengiktirafan ini yang telah menunjukkan di peringkat antabangsa kewibawaan dan ketokohan Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai pemerintah negeri Selangor dan jajahan takluknya serta Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia,” kata Ketua Pemuda PAS negeri, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.
Sumber HD : 21//02/2012

Imam perjelas kenapa baling kasut
Nazri Abdullah, | 24 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 24 Feb:
Hoslan Hussin berkata, tindakan beliau melontarkan kasut ke arah hakim ketika
sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu bukan kerana marah diusir dari kuarters
kediamannya, tetapi kecewa dengan sistem keadilan negara.Imam Hoslan,
46, yang ditemui Harakahdaily di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di ibu negara
semalam mendakwa, sememangnya beliau sudah lama keluar dari kuarters imam
tersebut.
Namun apa yang dikesalinya, keputusan tersebut seperti mahu menutup penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah oleh pihak tertentu yang dilaporkannya.
"Saya kata kepada Yang Arif, belum pernah dalam sejarah perundangan negara, seorang imam diheret ke mahkamah kerana nak tegakkan agama Isalam dan tatacaranya.
"Saya datang ke sini untuk perbetulkan penyelewengan, untuk kembalikan duit kepada masjid," katanya memulakan cerita bagaimana boleh bertindak membaling kasut.
Beliau sebelum ini mendakwa berlaku penyelewengan wang masjid Ar-Rahimah yang mencecah ratusan ribu ringgit.Selain mengemukakan laporan itu kepada Ketua Polis Negara, maklumat penyelewengan itu juga pernah diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sekitar tahun 2007 lagi.
Maklumat sama juga katanya telah disampaikan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Pendedahan berterusan itu ujarnya lagi menyebabkan ada pihak yang tidak senang hati dengannya sehingga pelbagai tekanan dilakukan terhadapnya.Sehinggalah pada 2008, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menamatkan perkhidmatannya atas dakwaan masalah disiplin dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.
Ekoran itu juga elaun imam sebanyak RM450 sebulan ditamatkan oleh MAIWP.
Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.
Dalam kes mahkamah kelmarin, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonan Hoslan supaya diberi kebenaran membuat rayuan ekoran arahan mengososngkan kuarters imam itu.
Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan."Bila (Yang Arif) cakap macam tu, saya sudah naik angin satu badan, saya ambik selipar saya terus baling, tak tahu kena siapa lah. Kemudian polis mahkamah datang cuba tangkap saya. Saya ambik sebelah lagi, baling lagi, jadi dua kali baling.
"Pelajar, peguam kat belakang semua keluar, hakim menyorok belakang pintu. Dia takut saya akan mengamuk dan buat huru-hara," katanya sambil tersenyum.
"Tapi saya tidak begitu, saya terus ambil kain ihram atas bahu saya, saya campak ke lantai dan saya angkat takbir, sembahyang dua rakaat," jelas beliau sambil mengangkat tangan cuba menggambarkannya kembali.
Dua lagi hakim yang bersidang dalam kes itu adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.
Beliau kini bersama 7 orang anaknya menetap di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur.
Selain menjadi khatib jemputan, beliau juga menjual kitab serta jubah sebagai sumber pendapatan sampingan.
Menurut Hoslan, beliau kini juga adalah ketua pemuda persatuan penduduk Jalan 1 dan 2 kampung Pandan.
Mahkamah Persekutuan nafi
Dalam pada itu, Ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat satu laporan polis terhadap bekas imam, Hoslan Hussin berhubung dakwaan yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang membaling kasutnya ke arah hakim dalam satu sesi mahkamah berkenaan, Rabu lalu.
Kenyataan yang dikeluarkan pejabat pendaftar berkenaan hari ini turut menyangkal dakwaan yang ditimbulkan Hoslan, termasuk tuduhan bahawa lelaki tersebut telah dinafikan hak untuk didengar dengan seadilnya.
"Tuduhan tersebut adalah tidak berasas. Pejabat ini mempunyai rakaman setiap pendengaran yang dijalankan di Mahkamah Persekutuan.
"Badan Kehakiman Malaysia memandang serius perkara yang boleh mencemarkan imej Badan Kehakiman sama ada melalui sebarang tindakan secara langsung atau tidak, termasuklah membuat komen atau kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan imej institusi kehakiman," katanya sebagaimana dilapor Malaysiakini.
Sidang Media : http://www.youtube.com/watch?v=CCH0L5Msqxs
Sumber HD : 24/02/2012

'Suami saya tidak ganas', kata isteri imam Hoslan
Isteri kepada Hoslan Hussin yang dijatuhkan hukuman penjara setahun di atas kesalahan menghina mahkamah kerana melemparkan seliparnya ke arah panel hakim, menyifatkan suaminya bukan seorang yang ganas seperti yang didakwa.
Noorliza Mat Isa, 43, berkata, Hoslan yang merupakan seorang imam juga tidak pernah sesekali memarahi dan memukul anak-anaknya.
Malah, Noorliza menambah, suaminya itu juga bukan seorang panas baran.
"Suami saya tidak ganas seperti yang hakim kata. Dia marah saya, anak-anak pun tidak. Saya dah berkahwin dengan dia 17 tahun, saya tahulah. Pukul anak-anak pun dia tak pernah.
"Cuma dia seorang yang tegas bila melibatkan soal agama," katanya ketika ditemui Malaysiakini di rumahnya malam tadi
Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan.
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman dilaporkan berkata, penjara setahun adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.
Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.
Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," kata Zulkefli.
Dalam pada itu, menceritakan detik-detik ketika mendengar hakim menjatuhkan hukuman terhadap Hoslan, Noorliza berkata, dirinya sememangnya sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.
Sambil menganggap hukuman yang dijatuhkan tidak adil, Noorliza turut mengatakan tindakan suaminya melemparkan selipar sebagai satu tindakan yang wajar.
"Tetapi apa pun, saya mengharapkan agar hukumannya diringankan atau singkatkan tempoh hukuman itu.
"Saya memang bergantung semuanya pada dia (Hoslan). Bila dia tiada, saya memang terasa sangat. Saya tak pandai memandu dan gaji saya kecil, RM750 sebulan. Memang tak cukup untuk menampung tujuh anak saya yang masih sekolah.
"Sebelum ini semuanya suami yang buat. Jadi, sekarang saya perlu berdikari. Tempoh setahun bukan sekejap... Tetapi walau apa pun, saya redha dan menganggap ini sebagai ujian," kata Noorliza yang bertugas sebagai pembantu guru PASTI.
Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang anak, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.
Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak.
Hoslan dan Noorliza merupakan ahli PAS seumur hidup sejak tahun 1998 sehingga kini.
Menurut Noorliza, anaknya yang sulung kini belajar di Kuantan dan yang kedua di Klang. Manakala anak yang ketiga pula di Kelantan. Selebihnya mereka bersekolah di sebuah sekolah rendah agama swasta berhampiran dan di PASTI tempat beliau bekerja.
Selain itu, Noorliza turut menambah, beliau bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang memahami walaupun masih kecil.
Katanya, dari awal lagi beliau telah menceritakan dan memberitahu
kepada semua anaknya bahawa bapa mereka tidak bersalah dan apa yang dilakukannya merupakan satu perjuangan.
"Saya kumpulkan anak-anak, saya ceritakan pada mereka yang ayah tak salah. Itu semua perjuangan. Alhamdulillah mereka faham. Cuma yang bongsu kadang-kadang tanya bila ayah nak balik.
"Nak kata sedih, memang saya sedih. Tapi anak-anaklah penguat saya," katanya.
Sementara itu, semalam, Pemuda PAS mensasarkan RM20,000 kutipan derma bagi tabung membantu keluarga Hoslan.
Dan hari ini, Muslimat PAS berkata akan menyumbang RM800 sebulan selama setahun kepada Noorliza untuk membantunya membesarkan anak-anaknya.
Sehubungan itu, Noorliza berkata, beliau amat berterima kasih
kepada pihak yang ingin membantu dan menganggapnya sebagai pendorong bagi dirinya untuk menjadi lebih kuat dan hidup berdikari sementara suaminya di dalam penjara.
"Bagi yang nak membantu saya sangat mengalu-alukan kerana memang tak cukup untuk saya menyara anak-anak saya dengan duit gaji yang ada. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak," ujarnya.
Bagi yang ingin menderma terus kepada Noorliza, boleh menderma ke akaun CIMB- 12530022498528
Sumber MK : 10/03/2012
(Buku terbaru Zunar...1 Moolaysia.)
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaq mengumumkan penerbitan buku barunya bertajuk '1 MOOLAYSIA'.
Buku koleksi kartun ini adalah yang kelima dan terbaru dari Zunar yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
Buku-buku sebelum ini ialah 'Even My Pen Has a Stand' (2011), 'Cartoon-O-Phobia' (2010), '1 Funny Malaysia' (2009) dan 'Cartoons On Tun…' (2005).
1 Funny Malaysia diharam kerajaan atas alasan kandungannya "menggugat keselamatan awam", manakala Cartoon-O-Phobia disiasat di bawah Akta Hasutan dan beliau juga telah ditangkap di bawah akta yang sama.
Pada 15 Februari lepas, Zunar mengadakan pameran solo bertema “To Fight Through Cartoons” selama sebulan di London.
Pada Julai tahun lepas, Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa (CRNI) memberi anugerah "Courage in Editorial Cartooning"(Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial) kepada Zunar.
Pada Oktober tahun lepas, beliau turut dipilih menyertai program tiga bulan "Seni dan Penapisan" anjuran Yayasan BilbaoArte Sepanyol.
"Judul '1 MOOLAYSIA' dipilih kerana isu lembu yang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang ini," kata Zunar dalam kenyataannya.
'1 MOOLAYSIA' menampilkan karya-karya yang disiarkan oleh laman web Malaysiakini dari Julai 2011 hingga Mac 2012 dan termasuk juga karya dari laman web antarabangsa, Cartoonmovement. Terdapat juga beberapa kartun yang belum disiar.
Buku ini mengenengahkan isu-isu yang gagal disentuh oleh kartunis-kartunis politik Malaysia seperti PM dan isterinya yang suka shopping, konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, Altantuya, Scorpene, penyelewengan National Feedlot Corporation (NFL), rasisma, rasuah, penyalahgunaan dana awam, isu hak asasi, demonstrasi Bersih, kehakiman, polis dan isu-isu politik Malaysia secara umum.
Turut disiar adalah kartun mengenai Wanita Pertama yang membeli-belah sakan di Perth, isu skandal lembu, isu hakim dibaling kasut, isu 901 dan isu "air mata buaya" PM.
"Tekanan kerajaan menyebabkan saya menghadapi kesulitan untuk mencetak dan menjual buku-buku secara terbuka kerana banyak kilang dan pekedai menerima ugutan yang melibatkan penggantungan lesen jika terus mencetak atau menjual buku-buku saya.
"Manakala di mahkamah, saya telah kalah dalam kes mahkamah mencabar pengharaman buku 1 Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun melalui satu "penghakiman lucu" kerana hakim tidak mengambil kira hujah asas yang dikemuka peguam saya," kata Zunar dalam kenyataan itu.
Zunar kemudiannya telah memfail satu lagi kes mencabar kerajaan dan polis kerana tangkapan tidak sah pada September 2010 sebelum pelancaran Cartoon-O-Phobia, dan perbicaraan telah bermula dan akan bersambung pada 5 dan 6 April depan.
Apa juga keputusan mahkamah tidak akan melemahkan semangat beliau untuk terus berkarya.
"Saya akan melukis hingga ke titisan dakwat terakhir." Kerana itu, saya berharap sokongan dari pembaca dan peminat agar dapat membeli "1 Moolaysia" bagi membantu saya menghasilkan lebih banyak karya-karya kartun politik dalam rangka 'Berjuang Melalui Kartun'," katanya.
Beliau mengajak semua rakyat Malaysia untuk tidak berdiam diri sebaliknya melakukan yang termampu dalam membongkar pekung dan kezaliman penguasa rakus.
Paling kurang yang dapat anda lakukan ialah dengan cara berjenaka. "Jika anda tidak mampu lawan mereka, ketawakan mereka!, katanya.
"1 Moolaysia" dijual dengan harga RM25.00 senaskah dan ia boleh ditempah/dibeli secara online melalui website beliau melalui link ini http://zunarcartoonist.com/
Acara penjualan langsung akan diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya pada 24 dan 25 Mac depan dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Pelancaran akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada jam 2 petang 25 Mac di tempat yang sama.
Sumber HD : 20/03/2012

Skandal NFC: Zunar keluar buku '1 Moolaysia'
Harakahdaily, | 20 Mac 2012 |

Zunar ketuai program 'Kartunis Bantah-Lynas'
Harakahdaily, | 29 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Kartunis Zunar (gambar) akan mengetuai sekumpulan pelukis kartun untuk mengadakan program kesedaran bahaya sisa nadir bumi (rare earth) kepada penduduk tempatan di Kuantan pada 31 Mac ini.
Antara program yang akan diadakan ialah peraduan melukis dan mewarna untuk kanak-kanak, acara melukis karikatur, melukis banner secara terbuka dan demonstrasi melukis kartun, kata Zunar yang nama sebenarnya Zulkifli Anuar Ulhaque.
Antara kartunis yang akan turut mengambil bahagian dalam program tersebut ialah Johhny Ong, Nor Azlin Ngah (Jonos), Azman Md Noh, Azmie Taha dan Abdullah Jones.
Syarikat dari Australia, Lynas telah membina kilang yang merbahaya kepada alam sekitar dan manusia itu di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari Kuantan
"Program amal ini adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab kami sebagai kartunis kepada masyarakat.
"Kami berharap kaedah penerangan menerusi program santai begini akan memberi lebih kesedaran kepada masyarakat setempat tentang bahaya sisa nadir kepada kepada mereka dan generasi akan datang," katanya.
Sebanyak dua program berasingan akan diadakan iaitu di Balok pada sebelah petang dan malam di Pantai Teluk Chempedak.
Di Balok, program bermula jam 3 hingga 5 petang bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad manakala program di Teluk Cempedak bermula jam 8 malam.
Program anjuran bersama Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan BADAR ini adalah terbuka dan percuma untuk orang ramai.
Peraduan mewarna dikhususkan kepada kanak-kanak dan remaja di mana hadiah-hadiah menarik disediakan dan pendaftaran boleh dibuat di tempat pertandingan pada hari tersebut.
Manakala orang dewasa boleh mengambil bahagian dalam acara melukis kain rentang serta karikatur.
Sumber HD : 29/03/2012
(Kartunis Indipendan cabar Kartunis Hantu berdebat)
KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) mencabar 'kartunis hantu' berdebat ekoran tindakan mereka merelakan diri mereka dipergunakan untuk kepentingan tertentu.
Ini kerana, tindakan 'kartunis hantu' ini mencemarkan nama baik kartunis Malaysia dan ia perlu dihentikan.
Cabaran ini dikemukakan oleh Zulkiflee SM Anwarul Haque (atau nama penanya Zunar), pemimpin Kumpulan Kartunis Independen yang disertai oleh 11 lagi kartunis.
Kenyataan ini turut ditandatangani oleh kartunis Nor Azlin Ngah (Jonos), Azmie Md Taha, Johnny Ong, Azman Md Noh (AMN), Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Abdullah Jones, Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk), Azhar Saad (Art), Azlan Isa (Orang2), Sham Saimun Ezil (Along) dan Lili Zam (Haili).
KKI adalah sebuah kumpulan kartunis yang mempertahan hak kartunis berkarya dan kepentingan kartunis untuk berkarya secara bertanggung jawab.
"Kami juga menolak budaya rasuah," kata kenyataan itu.
Sejak akhir-akhir ini semakin banyak muncul kartun-kartun yang dihasilkan dalam bentuk risalah dan diedarkan di tempat-tempat awam seperti di masjid dan di sekolah-sekolah.
Kandungan di dalam kartun-kartun ini menyerang peribadi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpin Bersih.
"Sementara kami menghormati hak setiap kartunis untuk bebas berkarya, kami juga berpendirian bahawa setiap kartunis mestilah bertanggungjawab terhadap setiap mesej yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka.
"Tetapi didapati di dalam karya-karya tersebut, kartunis-kartunis berkenaan menyembunyikan identiti dengan tidak menandatangani atau meletakkan nama mereka di dalam lukisan tersebut.
"Dengan bersikap begini, kartunis-kartunis berkenaan mempamerkan sikap tidak bermoral, tidak bertanggungjawab, perlecehan etika serta merendahkan martabat mereka sebagai seorang artis," kata Zunar dan rakan-rakannya dalam satu kenyataan hari ini
Bagi beliau, etika kartunis ialah bagi setiap karya mesti ditandatangani atau diletakkan tanda pengenalan sebagai membuktikan kartunis benar-benar tahu apa yang dilukis, bertanggungjawab terhadap mesej dan bersiap menghadapi risiko atas lukisan tersebut sekiranya berbangkit.
Kartunis-kartunis hantu ini mencemarkan nama baik kartunis Malaysia dan ia perlu dihentikan, tegas beliau.
"Kami dapati juga semua kartun-kartun tersebut menyokong Barisan Nasonal yang mengamalkan budaya rasuah seperti dalam kes NFC dan Scorpene, misalnya.
"Sehubungan itu, kami mencabar kartunis-kartunis ini supaya mengambil pendekatan bermoral dan tampil memperkenalkan diri serta indentiti mereka," katanya.
Mereka juga ingin mencabar kartunis-kartunis tersebut supaya membuat kenyataan terbuka apakah mereka mempertahankan idealisme menyokong rasuah yang mereka terapkan dalam karya-karya mereka.
"Kami juga mencabar kartunis-tersebut supaya berdebat dengan ahli-ahli Kumpulan Kartunis Independen mengenai idealogi dan etika melukis kartun politik di mana dan bila-bila masa jua," katanya.
Sumber HD : 23/04/2012
(Kartun Zunar yang menceritakan kenapa beliau mendakwa kerajaan Malaysia)
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera akan membuat kepututusan mengenai kes kartunis Zunar melawan polis dan kerajaan Malaysia pada 23 Mei depan.
Zunar mengemukakan saman terhadap polis dan kerajaan kerana tangkapan yang beliau sifatkan sebagai berniat jahat yang dibuat beberapa jam sebelum pelancaran buku terbaru beliau ketika itu, 'Cartoon-O-Phobia' pada September 2010.
Dalam kejadian itu, Zunar atau nama sebenarnya Zulkili Anuar Ulhaq turut ditahan di bawah Akta Hasutan dan 66 naskah buku tersebut serta sebuah lukisan kartun dirampas.
Dalam saman tersebut, Zunar menuntut gantirugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan.
Dalam kes itu, Zunar diwakili pegaum N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.
Sumber HD : 21/05/2012
Sumber HD - 14-3-2013
(Kartun yang dihasilkan Zunar kini menghiasi papan-papan iklan di tepi jalan)
KUALA LUMPUR: Dari berjuang melalui lukisan di dalam akhbar, laman web dan pameran lukisan, kini lukisan kartun yang dihasilkan oleh kartunis Zunar terpampang di papan-papan besar.
Pelbagai jenis lukisan yang dibuat Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaq, kini di pasang di tepi-tepi jalan dan pusat perhimpunan orang ramai.
Zunar membuat perkara ini bersama dengan rakan -rakannya yang bertungkus lumus mahu memenangkan perjuangan rakyat dalam pilihan raya umum kali ini.
"Saya buat ini untuk rakyat," kata Zunar dalam satu majlis.
Nama Zunar mula popular melalui majalah kartun Gila-gila. Kemudiannya beliau menjadi kartunis utama akhbar Berita Harian.
Apabila reformasi meletus 1998, Zunar menyertai Harakah menjadi kartunis dengan akhbar milik PAS itu.
"Sumbangan utama Zunar adalah semasa pilihan raya umum 1999. Ketika itu Zunar bersama redaksi Harakah membuat keluaran khas untuk pilihan raya tersebut," kata Zulkifli Sulong Ketua Pengarang Harakah ketika itu.
Ketika itulah Harakah berada di kemuncaknya apabila diedarkan 350,000 naskah setiap keluaran dan kemuncaknya 380,000 naskah menjelang hari mengundi pilihan raya umum 1999.
Hasilnya, dalam pilihan raya itu PAS mendapat dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu di samping dapat menghantar 27 pemimpinnya ke Parlimen.
Kini Zunar bergerak bersama rakan-rakan kartunis mengasilkan pelbagai jenis kartun untuk pelbagai jenis media.
Beliau pernah membuat kartun pameran solo di London. Tahun lepas, beliau juga membuat pameran solo kartun di Shah Alam.
Sumber HD - 13-5-2013
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan merasmikan penubuhan "Cartoonists Against Election Fraud (CAEF)" atau Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya.
(Zunar bersama rakan-rakannya yang memperlopori CAEF)
CAEF yang diusahakan oleh Zunar serta Kumpuan Kartunis Independen akan dirasmikan pada Sabtu 18 Mei, jam 3 -6 petang bertempat di Padang berhadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Antara kartunis yang turut menyertai CAEF ialah Azman MatNoh, Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Ronasina, Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj, (Loren), Firdaus, Megat, Baba dan Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk).
Dalam PRU 13, Pakatan Rakyat mendapat 50.3% undi popular berbanding 46.8% oleh Barisan Nasional, namum Najib Tun Razak tetap ditabal sebagai Perdana Menteri.
"CAEF berpendirian bahawa Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk memerintah Malaysia.
"Sehubungan itu, kami tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 dan mendesak sebuah pilihanraya diadakan semula paling minima di 30 Parlimen yang terbukti berlaku penipuan dengan pemantauan oleh badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," kata Zunar.
Sehubungan itu, menurut beliau lagi, gerakan itu akan menerbitkan karya-karya kartun dalam internet, buku, risalah dan animasi bagi membangkitkan kesedaran orang ramai tentang betapa besarnya penipuan dalam PRU ke 13 dan supaya rakyat bangun melawan penipuan tersebut.
CAEF sedia berkerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara serta menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa bagi melawan penipuan.

Kartunis Independen cabar kartunis hantu berdebat
Harakahdaily, | 23 Apr 2012 |

Zunar lwn polis: Keputusan 23 Mei
Harakahdaily, | 21 Mei 2012 |
(Kartun Zunar yang menceritakan kenapa beliau mendakwa kerajaan Malaysia)
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera akan membuat kepututusan mengenai kes kartunis Zunar melawan polis dan kerajaan Malaysia pada 23 Mei depan.
Zunar mengemukakan saman terhadap polis dan kerajaan kerana tangkapan yang beliau sifatkan sebagai berniat jahat yang dibuat beberapa jam sebelum pelancaran buku terbaru beliau ketika itu, 'Cartoon-O-Phobia' pada September 2010.
Dalam kejadian itu, Zunar atau nama sebenarnya Zulkili Anuar Ulhaq turut ditahan di bawah Akta Hasutan dan 66 naskah buku tersebut serta sebuah lukisan kartun dirampas.
Dalam saman tersebut, Zunar menuntut gantirugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan.
Dalam kes itu, Zunar diwakili pegaum N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.
Sumber HD : 21/05/2012
Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar
Harakahdaily, | 31 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'.
Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen.
Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.
"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya.
"Mengharamkan penggunaan kartun ketika kempen pilihanraya adalah satu peraturan yang bukan saja salah di sisi undang-undang, tetapi paling melucukan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar seperti dilaporkan media yang menyatakan bahawa badan itu melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.
Menurut Zunar, SPR seharusnya menggunakan tenaga dan usaha untuk memenuhi lapan tuntutan Bersih daripada berbicara soal kartun dan karikatur.
Beliau memberitahu, biarpun berdepan larangan itu, KKI yang diketuainya akan terlibat aktif sebelum dan ketika kempen PRU akan datang.
"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen PRU.
"Fokus kami ialah mendedahkan penyelewengan dan korupsi oleh pemerintah sekarang. Ini termasuk isu Skandal Scrpene, NFC, isteri Perdana Menteri, dan lain-lain," katanya.

Sumber HD : 31/05/2012
(Gambaran Zunar tentang sikap pemimpin kerajaan dalam membanteras rasuah)
KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar ul Haq menyifatkan 1 Malaysia adalah lambang rasuah bukannya lambang perpaduan.
Oleh itu, sebagai kartunis beliau menolak untuk bernaung di bawah lambang satu 1Malaysia kerana,"Semua perasuah bernaung di bawah lambang tersebut."
Zunar mengulas kenyataan Perdana Menteri supaya kartunis menyokong gagasan "1Malaysia" semalam yang menggesa para kartunis supaya menerapkan mesej "1 Malaysia" melalui karya-karya.
Datuk Seri Najib berkata demikian dalam majlis PM Bersama Kartunis di Pasar Seni semalam.
Harakahdaily difahamkan, Zunar menolak anugerah dan wang tunai sekitar RM10,000 oleh penganjur kerana program tersebut bukan program seni tetapi politik.
(Zunar menunjukkan karyanya)
Ini kerana, penganjurnya adalah dua pemimpin Umno iaitu Datuk Abdul Azeez Rahim (Ketua Putra Umno) dan Datuk Suhaimi Shadan (Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda Umno).
Walau pun kenyataan Perdana Menteri itu adalah satu gesaan, tetapi sekiranya ia datang dari mulut Perdana Menteri, ia ditafsir sebagai arahan, kata Zunar.
Bagi beliau, kartunis adalah insan seni yang melahirkan karya-karya berperanan, antara yang paling besar adalah mengkritik kepincangan, rasuah, salah guna kuasa dan kezaliman pemerintah.
Kerana itu, katanya, Perdana Menteri tak perlu merendahkan martabat kartunis kepada propogandis.
"Karya-karya kartun harus dibiarkan berkembang, bukan dipandu untuk menyokong dasar kerajaan. Karya-karya kartun hanya akan tumbuh subur jika kartunis diberi kebebasan berkarya," katanya.
Selain itu, dengan mengajak kartunis menyokong gagasan 1Malaysia, PM mempamerkan sifat hipokrit kerana dalam pemerintahan Najib, kebebasan kartunis paling teruk disekat.
"Selain pengalaman saya sendiri yang ditangkap dan buku-buku diharam, semua kartunis-kartunis lain yang berkarya di media-media arus perdana dilarang dari mengkritik kerajaan," kata Zunar dalam kenyataannya.
Akta-akta yang menyekat kebebasan kartunis seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta akta Hasutan masih dipertahan PM.
Selain itu, tambah beliau, karya-karya kartun juga dilarang dalam kempen PRU akan datang.
"Secara gambarannya, ini bererti Najib mengikat tangan dan kaki kartunis dengan akta dan peraturan dan mahukan kartunis menyokong beliau?" dakwa Zunar.
Mengenai saranan supaya kartunis menyokong kerajaan menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum melalui karya-karya mereka, ia adalah wajar tetapi pihak yang hendak disokong mesti terlebih dahulu menyuburkan perpaduan kaum.
"Perpaduan kaum unjuran Najib adalah satu 'wayang' politik kerana beliau ke sana kemari menjaja '1Malaysia', tetapi pada masa yang sama mempelopori dan mendokong NGO pemecah belah kaum seperti Perkasa, Pekida dan lain-lain," katanya.
Kerana itu, 1 Malaysia tidak dilihat lambang perpaduan kaum, sebaliknya adalah lambang rasuah.
Kerana itu, kartunis seharusnya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri dan 1Malaysia, bukan menyokongnya! tegas Zunar.
Sumber HD : 25/06/2012
Sumber HD : 12/07/2012
1Malaysia lambang rasuah bukan perpaduan - Zunar
Harakahdaily, | 25 Jun 2012 |

Karya disekat, mahu diberi anugerah pula - Zunar
Harakahdaily, | 12 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkefli Anuar Ulhaq menolak anugerah dan tropi bernilai RM10,000 dari Perdana Menteri berdasarkan prinsip.
(Zunar dengan karya-karyanya)
"Bagaimana mungkin saya menerima anugerah dari Perdana Menteri sedangkan di bawah pemerintahan beliau hak dan kebebasan saya sebagai kartunis dinafikan," kata Zunar dalam kenyataannya.
Beliau mengulas kenyataan beberapa rakan kartunis yang mengkritiuk beliau kerana menolak anugerah itu.
Sinar Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai yang menyiarkan artikel bertajuk "Kartunis Zunar didakwa Keliru" serta "Kartun bukan Platform Kutuk Pemimpin".
Dalam laporan tersebut, kartunis-kartunis tempatan mengkritik beliau, antara lain kerana menolak anugerah yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri serta pendirian politik dalam karya beliau.
Sejak mula berkarya, kata Zunar, beliau tidak pernah berhasrat untuk mengkritik karya atau pendirian sesama kartunis kerana itu bagi beliau tidak wajar.
"Namun kerana ia dibangkitkan, saya perlu memberi penjelasan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 20 Jun lepas, Kelab Putra Malaysia bersama beberapa pertubuhan menganjurkan program "Anda, PM & Kartunis" di Pasar Seni.
Bebarapa kartunis tempatan, termasuk Zunar ditawarkan anugerah berupa trofi dan wang tunai RM10,000.
Anugerah ini bakal disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
"Memang saya menolak anugerah ini, tetapi saya tidak keliru malah penolakan ini atas soal prinsip berdasarkan fakta-fakta," kata Zunar.
Pada September 2010, Zunar ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap beberapa jam sebelum pelancaran buku "Cartoon-O-Phobia".
Beliau disiasat di bawah Akta Hasutan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun jika disabit kesalahan.
Pejabat beliau di Brickfields telah dua kali diserbu, manakala lebih 500 buah bukunya dirampas ketika serbuan tersebut.
Selain itu, enam buah buku-buku kartun beliau diharamkan sejak 2009, iaitu Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, Isu Dalam Kartun edisi 1, 2 dan 3 serta 1Funny Malaysia.
"Tidak cukup dengan itu, kilang-kilang pencetak yang mencetak buku saya diugut penarikan lesen, begitu juga kedai-kedai yang menjual buku saya di seluruh Malaysia," cerita Zunar.
Beliau mahu kerajaan mengembalikan hak-haknya sebagai kartunis.
"Tanpa mengembalikan hak-hak saya, anugerah dan wang tunai tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai, malah tidak keterlaluan kalau saya anggap itu sebagai 'gula-gula pelembut sahaja," katanya.
Zunar juga didakwa berat sebelah dan sepatutnya berkecuali dalam berkarya.
"Ingin saya jelaskan pendirian bahawa apabila kezaliman berlaku, kita wajar memihak dan membela pihak yang dizalimi. Berkecuali bererti menyokong pihak yang zalim," katanya.
Beliau juga berkata, konflik yang berlaku bukan soal pertembungan politik antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, tetapi jauh lebih besar.
"Iaitu antara rakyat menentang pemerintah yang zalim. Dalam konteks saya, kartunis menentang pemerintah zalim," tegasnya.
Zunar adalah salah seorang kartunis politik di Malaysia.
Tahun lepas beliau dianugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa, Washington.
Beliau juga mengadakan pameran kartun di Bilbao, Sepanyol dan di London hujung tahun lepas dan awal tahun ini.

Kartun Zunar '1 Funny Malaysia' di animasi
Harakahdaily, | 09 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkefli Anuar Ulhaq maju setapak lagi ke hadapan apabila menerbitkan kartun beliau dalam bentuk animasi pula.
Animasi pertama ini dibuat berdasarkan karya beliau bertajuk '1 Funny Malaysia'.
"Saya dengan ini mengumumkan sebuah penerbitan clip pendek kartun animasi karya saya bertajuk '1 Funny Malaysia.'
"Klip ini sepanjang 5 minit ini adalah kartun animasi politik pertama seumpamanya di Malaysia," kata Zunar dalam kenyataannya.
Zunar adalah pemenang anugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" yang dianugerah oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Sedunia, Washington DC.
Menurut Zunar, karya ini dihasilkan sebegai memenuhi permintaan ramai selain mengangkat karya beliau ke dimensi lain sesuai dengan kemajuan teknologi.
1 Funny Malaysia adalah satu cerita kartun satira komedi yang mengisahkan seorang mangsa korban C-4 yang juga bekas model, ANTU TUYA yang bangkit dari kubur bersama anaknya yang masih kecil.
Dia kemudian terbang menuju ke sebuah pusat pentadbiran kerajaan - PUTARJAYA.
Beliau menuju di pejabat DATO NAZAK yang sedang mengira duit. Sesampai di sana, Alantuya meminta Dato Nazak supaya TEPATI JANJI dengan memberi sebahagian komisyen kepada beliau.
Terkejut, Dato Nazak segera lari terjun tingkap ke atas seekor lembu berkepala manusia yang mamakai tudung.
Lembu tersebut kemudian meneyelamatkan Dato Nazak dengan membawa beliau lari kelaut.
Di laut, Dato Nazak menaiki kapal selam tetapi di tebing menunggu pula mahkamah Peranchis.
Apa kesudahannya? Ikuti video animasi 1 Funny Malaysia melalui link ini http://zunarcartoonist.com/
"Dengan siapnya clip ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kartunis/artis/animator/editor yang menjayakan produksi ini walau dengan bajet yang sangat rendah.
"Saya bercadang untuk menyambung untuk siri-siri berikutnya, tetapi memandang produksi animasi memerlukan dana, saya berharap peminat dan penyokong dapat menyumbang dana melalui laman web saya 'zunarcartoonist.com'," kata Zunar dalam kenyataannya.
Sumber HD : 9/08/2012

Zunar adakan pameran solo pertama di Malaysia
Harakahdaily, | 27 Ogs 2012 |
SHAH ALAM: Kartunis Zunar akan mengadakan pameran kartun solo yang pertamanya di Malaysia 1 - 9 September ini di Galeri Shah Alam.
(Zunar dengan hasil nukilannya yang bakal dipamerkan)
Pameran kartun solo bertajuk "Zunar" akan bertempat di ruang pameran 1, Galeri Shah Alam dan berlangsung dari 1 hingga 9 September depan.
Ia akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 1 September jam 11 pagi di tempat yang sama.
"Ini adalah pameran pertama saya di tanahair. Sebelum ini saya membuat dua pameran di Bilbao, Sepanyol dan di London bertema 'Berjuang Melalui Kartun'," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkefly Anuar Ulhaq.
Sebanyak 150 buah karya, kesemuanya mengenai senario politik tanah air yang dihasilkan dari tahun 1999 hingga kini akan dipamerkan.
"Dengan pameran ini, diharapkan peminat dan orang ramai akan dapat melihat lukisan saya dengan lebih dekat dan memahami maksud dan mesej yang disampaikan," kata Zunar dalam kenyataannya kepada media.
Zunar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor dan Galeri Shah Alam kerana telah memberi sokongan bagi menjayakan pameran ini.
Pameran ini terbuka kepada setiap hari kepada orang ramai dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Sumber HD : 27/08/2012
(Zunar bersama kurator Galeri Shah Alam membuat persiapan terakhir menjelang pameran kartun solo beliau esok)
SHAH ALAM: "Nervous dan bimbang." Itulah yang dinyatakan kartunis Zunar menunggu pameran solo kartun beliau di Galeri Shah Alam esok.
Nervous kerana Zunar yakin jangkaan para peminat beliau tinggi untuk melihat pameran pertama ini.
"Semasa saya buat di London, saya tidak susah hati kerana orang tidak kenal siapa saya di sana.
"Tetapi di sini, ramai orang kenal dan harapan mereka tentu pelbagai terhadap pemeran ini," kata Zunar (gambar) atau nama sebenarnya Zulkifli Anuar Ulhaq ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau sibuk membuat persiapan terakhir pameran itu di Galeri Shah Alam dengan dibantu oleh kurator galeri itu.
Harakahdaily difahamkan, ini adalah pameran kartun solo kedua yang dibuat di tanah air selepas kartunis Lat.
Pameran bertajuk 'Zunar' ini akan mempamerkan 150 lukisan beliau yang dibuat sejak tahun 1999 iaitu ketika beliau menjadi kartunis utama Harakah.
Pada tahun 1999 itu, iaitu menjelang pilihanraya umum ke 10, Harakah dicetak hampir 400,000 setiap keluaran.
Pengaruh kartun yang dibuat Zunar dalam Harakah amat besar ketika itu yang dipercayai turut menyumbang minat yang tinggi terhadap Harakah.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan merasmikan pemeran ini jam 11 pagi esok.
Ketika mengadakan pameran di London, sebelum ini, tema pameran beliau adalah 'Berjuang menerusi kartun'.
Di sana, hanya 80 kartun beliau dipamerkan berdasarkan tema tersebut.
Zunar dipercayai rakyat Malaysia yang pertama membuat pameran kartun di sana.
Sumber HD : 30/08/2012
SHAH ALAM: Perjuangan dalam penghasilan karya seni yang membawa suara masyarakat perlu diteruskan kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menurutnya, karya seni berperanan penting dalam menyampaikan sesuatu kritikan untuk membetulkan keadaan termasuk kepada kerajaan yang memerintah.
"Karya seni berbentuk interpretasi politik perlu sentiasa ada untuk menyampaikan kritikan dan luahan kepada penyelewengan dan salah guna kuasa" kata beliau pada sidang media selepas merasmikan pameran kartun solo 'Zunar' di Galeri Shah Alam, semalam.
Beliau berkata, Zunar merupakan antara kartunis yang konsisten serta komited dalam usahanya menyalurkan mesej kepada masyarakat secara sinis mengenai perubahan yang perlu dibuat.
“Biarpun Malaysia tidak memberi pengiktirafan kepada Zunar tetapi dunia luar begitu banyak beri pengiktirafan kepadanya. Beliau telah memenangi anugerah dunia melalui peranan kartunis di Washington yang mana mengiktiraf beliau sebagai pemangkin perubahan lanskap politik masyarakat.
Justeru beliau menyarankan rakyat menghayati karya Zunar dengan lebih dekat menerusi pameran yang diadakan itu.
Katanya, pameran ini perlu dikunjungi masyarakat seluruh Malaysia untuk merasakan jiwa kartunis dari aspek intepretasi mereka berhubung politik negara dan pendedahan penyelewengan yang perlu dibetulkan.
Pameran kartun solo bertajuk “Zunar” bertempat di Galeri 1, Galeri Shah Alam itu bermula semalam hingga 9 September depan.
Pameran itu julung kali diadakan Zunar di tanah air setelah membuat dua pameran di Bilbao, Sepanyol dan London bertemakan “Berjuang Melalui Kartun.”
Sebanyak 147 buah karya dipamerkan di mana kesemuanya berkisarkan senario politik Malaysia yang dihasilkan dari tahun 1999 sehingga kini.
Pameran yang merupakan anjuran Kerajaan Negeri Selangor ini dibuka setiap hari kepada orang ramai dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Sumber HD : 2/09/2012

Zunar 'nervous' tunggu pameran solo esok
Harakahdaily, | 30 Ogs 2012 |

Guna karya seni kritik kezaliman - MB Selangor
Harakahdaily, | 02 Sep 2012 |

Pengunjung puji kreativiti Zunar sampai mesej
Muhammad Faizal, | 06 Sep 2012 |
SHAH ALAM: Pameran kartun yang bertempat di Galeri Shah Alam telah membuka minda pengunjung dengan apa yang berlaku di negara ini apabila pameran yang diadakan selama sembilan hari bermula 1 hingga 9 September itu sentiasa mendapat kunjungan orang ramai.
Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar mengadakan pameran solo beliau berhubung hasil kreatif melalui kartun dengan mengkritik pentadbiran kerajaan sekarang ini untuk kali ketiga setelah mengadakan dua pameran di luar negara iaitu di Bilbao, Sepanyol pada tahun 2011 dan di London pada awal tahun 2012.
Tinjauan Harakahdaily mendapati pameran tersebut tidak pernah lekang dengan pengunjung apabila setiap masa terdapat pengunjung yang hadir untuk melihat secara dekat hasil lukisan Zunar yang telah mencetuskan kontroversi di dalam negara ini sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengharamkan hasil lukisannya.
Ismail Baba yang juga seorang pelukis 'Native Artist', menyifatkan lukisan Zunar itu memberikan satu kenangan peristiwa yang benar-benar berlaku sebelum ini.
Menurutnya lagi, lukisan tersebut telah memberi manfaat untuk masyarakat membuka minda terhadap apa yang ingin disampaikan oleh lukisan tersebut.
"Mesej dalam kartun itu merupakan satu sindiran, kalau terlalu emosional membawa kepada perasaan tapi kalau sebagai yang bersifat sinis makna ia hanya sebagai satu pandangan baik atau buruk untuk kita fikirkan.
"Ia juga menunjukkan satu kreativiti dan ada pembaharuan yang ingin beliau sampaikan dengan apa yang berlaku, meseg yang disampaikan ini ada betulnya tetapi dalam keadaan masih lagi diselindungi dan memerlukan kita berfikir," jelasnya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau, masyarakat perlu bersikap fikiran yang terbuka apabila melihat hasil lukisan tersebut. kepada individu yang memahaminya mereka boleh menerima penyampaian tersebut tetapi bagi mereka yang tidak mungkin mengatakan ia akan merosakkan minda generasi yang akan datang.
Sementara itu, Asraf Abd Wahad yang seorang peniaga berpendapat hasil yang ditunjukkan oleh pelukis tersebut adalah satu yang genius serta tepat dengan isu semasa walaupun hanya sekeping kertas sahaja.
"Sesiapa yang tengok boleh faham dengan apa yang ingin disampaikan, saya pasti pengunjung tidak memerlukan masa yang lama untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh Zunar.
"Pameran seperti ini perlu diteruskan pada masa akan datang, promosi juga perlu dilakukan kerana setiap masyarakat harus hadir untuk mengetahui apa yang berlaku di negara ini melalui sekeping kertas sahaja," kata beliau yang hadir bersama isterinya.
Dalam pada itu, Norizan Mahyudin turut nenyatakan ia merupakan tanda positif dalam mewujudkan reformasi negara untuk pertukaran kerajaan yang ada sekarang.
"Mesej yang ada cukup tepat yang telah disampaikan dan ini boleh memberi kesan kepada mereka yang hadir terutamanya kepada generasi yang akan datang.
"Ia juga merupakan satu penyampaian maklumat yang amat halus untuk kita sampaikan kerana kita tidak menpunyai ruang di media untuk kita terangkan kepada rakyat," jelasnya.
Kata beliau lagi, generasi yang ada sekarang akan nampak dengan jelas apa yang telah berlaku di negara ini kerana hasil lukisan tersebut disampaikan secara jelas.
"Orang ramai perlu hadir untuk lihat secara dekat apa yang ingin disampaikan oleh Zunar melalui lukisan beliau," tambahnya.
Selain lukisan-lukisan kartun beberapa buah buku-buka beliau yang telah diharamkan oleh KDN turut dipamerkan.
Pada Julai 2011, Zunar telah menerima anugerah "Courage in Editorial Cartoon" (Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial) oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa, Washinton DC.
Sumber HD : 6/09/2012
(Zunar dan rakan-rakan antarabangsanya berdemo depan kedutaan Malaysia di Washington)
WASHINGTON: Kartunis Zunar bersama dengan beberapa kartunis antarabangsa telah mengambil bahagian dalam protes "Bebaskan Kartunis" di Kedutaan Malaysia di Washington DC semalam (12 Sept 2012).
Protes "solidariti-untuk Zunar" itu anjuran Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa dan Amnesty International.
Tujuan protes ini adalah untuk menggesa kerajaan Malaysia menghenti menggunakan undang-undang zalim seperti Akta Hasutan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menekan beliau sebagai kartunis.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque dalam kenyataannya berkata, kerajaan selama ini menggunakan undang-undang tersebut bagi menghalang beliau dari menghasilkan karya yang mengkritik pemerintah dan mendedahkan amalan korupsi mereka.
"Tujuh buku kartun saya diharamkan, saya telah ditahan di bawah Akta Hasutan, pejabat saya sering diserbu, kilang pencetak dan penjual buku-buku saya juga sering diserbu dan diberi amaran agar tidak mencetak dan menjual buku-buku saya," kata Zunar dalam kenyataannya.
Hadir dalam protes tersebut termasuk Pengarah Eksekutif Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa Dr Robert Russell dan timbalannya Andrew Rougier Chapman, koordinator Amnesty International Becky Farrar dan pasukannya.
Selain beliau, kartunis yang turut mengambil bahagian ialah pemenang Pulitzer Prize untuk Editorial Kartun 2012 Matt Wuerker, kartunis Iran dalam pelarian juga pemenang anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial Nik Kowser dan kartunis terkenal Amerika Jeff Parker.
Protes berlangsung selama 45 minit.
Mereka menyanyi dan berteriak mengkritik kerajaan Malaysia dengan kata seperti, "Siapa punya hak untuk melukis? Zunar!", "Siapa takut kepada kartun? Kerajaan Malaysia!".
Pada penghujung program itu, Zunar mengambil pembesar suara dan memanggil pegawai-pegawai kedutaan supaya keluar bertemu mereka.
Dua daripada mereka keluar kemudiannya tetapi enggan mendedahkan nama dan jawatan mereka.
"Saya memperkenalkan para demonstran kepada mereka dan memaklumkan tujuan kami berdemonstrasi. Mereka juga enggan memberi sebarang komen," beritahu Zunar kepada media.
Zunar akan berada di Washington DC dan New York sehingga 18 September untuk mengambil bahagian dalam Konferen Kartunis Editorial Amerika sebagai tetamu dan untuk bertemu aktivis Malaysia di sini.
Zunar adalah kartunis politik yang pernah memenangi anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa.
Sumber HD : 13/09/2012
Sumber HD : 20/09/2012
(Buku terbaru Zunar, Lawak & Lawan)
KUALA LUMPUR: Berbeza dengan buku-buku sebelum ini, buku kartunis Zunar kali ini, 'Lawak & Lawan' mengolah isu dari perspektif rakyat.
"Dari segi kandungan dan mesej ia tetap sama dengan karya-karya sebelum ini, iaitu rasuah, salahguna kuasa dan kezaliman kerajaan BN.
"Cuma pendekatannya sedikit berbeza kerana saya lebih menekankan hati naruni rakyat," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkifly Anwar Ul Haq dalam satu kenyataannya.
Menurut Zunar, secara ringkasnya banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroni mereka.
"Sebagai kartunis, saya punya tanggungjawab untuk berjuang bersama rakyat bagi menjatuhkan Barisan Nasional,"tambahnya.
Majlis pelancaran buku ini akan diadakan pada 15 & 16 Dis (Sabtu & Ahad) di compound Amcorp Mall (menghadap tasik, Ground Floor belakang Mc Donald) dari jam 11 pagi hingga 9 malam, kedua-dua hari.
"Saya berharap peminat, penyokong dan orang ramai dapat memberi sokongan untuk hadir dan membeli buku ini," kata Zunar lagi.
'Lawak & Lawan' diterbitkan dalam dua bahasa, iaiatu Bahasa Melayu dan Inggeris.
Buku setebal 108 muka surat dan penuh warna ini dijual dengan harga RM25 senaskah.
Pembelian online boleh dibuat melalui laman web www.zunarcartoonist.com.
Sumber HD - 12-12-2012
Sumber HD - 21-12-2012

Kartunis protes depan kedutaan Malaysia di Washington
Harakahdaily, | 13 Sep 2012 |

Beri geran hasilkan filem cinta kepada Rasulullah
Harakahdaily, | 20 Sep 2012 |
SEOUL: Kartunis Zunar mencadangkan agar kerajaan memberikan geran kepada penggiat seni tanah air untuk menghasilkan filem untuk melahirkan kecintaan kepada Nabi Muhamad saw.
(Zunar menghasilkan beratus kartun dan membukukannya untuk menyampaikan mesej politik)
Dengan cara ini, katanya, ia akan melahirkan kecintaan kepada Nabi Muhamad saw dan menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat.
Beliau mengulas cadangan mengadakan demo bagi membantah filem yang menghina Nabi Muhamad yang dijadualkan Jumaat ini.
"Bagi orang bukan Islam, berdemo dan protes tidak akan menghalang penerbitan karya-karya seperti ini malah akan terus menggalakkan penerbitannya," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque dalam satu kenyataannya.
Bagi beliau, filem, kartun dan karya-karya seni lain yang mempersenda Nabi Muhammad akan terus dihasilkan oleh orang-orang Barat yang tidak peka dan tidak tertakluk kepada peraturan Islam.
"Saya menyeru penerbit/pengarah filem/kartunis dan karyawan Islam lain untuk berlawan 'seni dengan seni' dengan banyak menghasilkan karya-karya tentang Nabi Muhammad dari perspektif Islam sekaligus menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat," tegasnya.
Karya-karya seni tentang ajaran, pemerintahan, kehidupan peribadi, falsafah Nabi Muhammad jarang dihasilkan oleh karyawan-karyawan Islam.
"Filem terakhir, dalam pengetahuan saya ialah ialah The Message arahan Moustapha Akkad, terbitan 1976.
"Saya juga kesal pemerintah Islam tidak mengambil inisiatif bagi menyediakan dana bagi karyawan Islam untuk menghasilkan karya-karya seni mengenai Nabi Muhammad," tambah beliau yang kini berada di Seoul, Korea Selatan dalam kenyataannya.
Menurut beliau, pemerintah Islam sebaliknya banyak melakukan rasuah, penyelewengan bagi memperkayakan diri dan kroni.
"Pemerintah di Malaysia mengambil komisyen dari kapal selam, mengumpul kekayaan dari hasil balak, manakala pemerintah Islam di Timur Tengah mengumpul harta dengan hasil minyak.
"Individu Islam yang kaya pula menghabiskan duit membeli kelab bola sepak Inggeris.
"Ini bukan saja tidak membantu penghasilan karya seni mengenai Nabi Muhammad, tetapi menghina Nabi Muhammad!" kata beliau sinis.

Buku baru Zunar 'Lawak & Lawan' tekan isu rakyat
Harakahdaily, | 12 Dis 2012 |
(Buku terbaru Zunar, Lawak & Lawan)
KUALA LUMPUR: Berbeza dengan buku-buku sebelum ini, buku kartunis Zunar kali ini, 'Lawak & Lawan' mengolah isu dari perspektif rakyat.
"Dari segi kandungan dan mesej ia tetap sama dengan karya-karya sebelum ini, iaitu rasuah, salahguna kuasa dan kezaliman kerajaan BN.
"Cuma pendekatannya sedikit berbeza kerana saya lebih menekankan hati naruni rakyat," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkifly Anwar Ul Haq dalam satu kenyataannya.
Menurut Zunar, secara ringkasnya banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin Barisan Nasional dan kroni-kroni mereka.
"Sebagai kartunis, saya punya tanggungjawab untuk berjuang bersama rakyat bagi menjatuhkan Barisan Nasional,"tambahnya.
Majlis pelancaran buku ini akan diadakan pada 15 & 16 Dis (Sabtu & Ahad) di compound Amcorp Mall (menghadap tasik, Ground Floor belakang Mc Donald) dari jam 11 pagi hingga 9 malam, kedua-dua hari.
"Saya berharap peminat, penyokong dan orang ramai dapat memberi sokongan untuk hadir dan membeli buku ini," kata Zunar lagi.
'Lawak & Lawan' diterbitkan dalam dua bahasa, iaiatu Bahasa Melayu dan Inggeris.
Buku setebal 108 muka surat dan penuh warna ini dijual dengan harga RM25 senaskah.
Pembelian online boleh dibuat melalui laman web www.zunarcartoonist.com.
Sumber HD - 12-12-2012
Buku kartun 'Negaraku' sarat kritik pemerintah
Harakahdaily, | 21 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Industri kartun dan komik tanahair bergenre satira politik bertambah meriah apabila muncul sebuah lagi buku kartun bertajuk 'Negaraku' karya kartunis Ronasina.
Dengan bertemakan 'koleksi kartun satira rakyat', buku hasil karya bekas editor majalah Gedung Kartun terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd (telah diharamkan) ini mampu mencuit hati dengan lukisan dan tulisan yang sinis, pedas dan berani.
Isu yang digarap adalah isu nasional seperti kemiskinan, rasuah, penyelewengan kuasa, tangkapan tanpa bicara, pembunuhan kejam terhadap mangsa tahanan serta kerenah lucu ahli politik tanahair khususnya dari pihak parti pemerintah.
"Sebagai kartunis, saya menyampaikan keluh-kesah suara rakyat terhadap kebejatan sosial serta kezaliman pemerintah melalui lakaran kartun. Seniman dan karyawan punya peranan masing-masing untuk menyedarkan rakyat terhadap apa yang berlaku sekarang.
"Buku Negaraku ini adalah antara koleksi kartun dan tulisan humor saya untuk memberi peluang rakyat menilai seterusnya berfikir dengan waras akan kebenarannya," ujar Ronasina yang juga pernah melukis dan menulis di akhbar portal online Merdekareview.com.
Kulit muka hadapan dan belakang buku ini dihiasi dengan lukisan kartun perhimpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbagai lapisan bangsa.
Setebal 96 muka surat, buku ini juga turut memuatkan cerpen sempena Bersih 2.0 dahulu bertajuk 'Hikayat Penyakit Kuning' dan 'Kak Ijat Kampung Lembah' yang menceritakan seorang wanita berasa sedih apabila penduduk kampung sering mentertawakan dirinya yang mempunyai hobi pelik bermain dengan lembu-lembu ternakannya.
"Sedikit perbezaan berbanding buku kartun politik pengkarya lain, saya turut juga melukis drama empat muka surat bertajuk 'Suatu Hari di Lebuhraya' mengisahkan tiga lelaki upahan sedang menunggu ketibaan bas Jelajah Merdeka Rakyat untuk dibalingkan batu, cat merah dan kayu.
"Walaupun ia sebuah cerita rekaan tetapi isu yang diselitkan amat kita ketahui dan tidak dapat disangkal kebenarannya. Selain itu, drama lima muka surat Bomoh Puaka juga adalah kisah sinis tentang pemimpin yang gemar berurusan dengan bomoh demi mengekalkan kuasa," katanya lagi.
Kartunis Ronasina, 39 tahun (gambar) yang juga aktif dengan persembahan pentas seperti membaca sajak dan mengacara majlis ini turut juga mencuit pembaca dengan lakaran yang diambil dari babak filem-filem P.Ramlee dan diubah mengikut senario politik semasa seperti adegan di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok di mana ketua penyamun berbasikal menuju gua yang penuh harta karun diikuti penyamun-penyamun yang lain.
Wajah ketua penyamun dan penyamun-penyamun itu diubah kepada wajah karikatur pemimpin negara sedang mengendong harta rompakan.
Selain itu ada juga lakaran trio Seniman Bujang Lapok berbasikal sambil menyanyi dengan wajah yang diubah kepada ahli politik tanahair, babak di dalam filem Pendekar Bujang Lapok dan lain-lain lagi.
Ada juga lukisan aktres Marilyn Monroe, potret Monalisa, patung Statue Of Liberty dan lain-lain yang berimejkan suasana politik Malaysia. Pendek kata, buku koleksi kartun Negaraku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri yang sesuai dimiliki oleh rakyat Malaysia yang cintakan ilmu dan berfikiran positif.
Pelancaran buku Negaraku ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) jam 9.00 malam esok.

Zunar akan kartunkan pendedahan Deepak
Harakahdaily, | 16 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Isu dakwaan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan akan menjadi lebih menarik selepas ini apabila kartunis Zunar bercadang untuk meng'kartun'kan segala dakwaan ini.
"Setelah diteliti, saya dapati pendedahan yang dibuat oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan adalah satu pendedahan yang penting kerana ia melibatkan salah guna kuasa yang serius, korupsi serta pembunuhan.
"Tambahan pula individu yang didakwa terlibat adalah pemimpin tertinggi negara, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
"Saya mungkin tidak bersetuju dengan semua tindakan Deepak, tetapi isu yang dibawanya adalah salah satu skandal terbesar negara kerana itu wajar diangkat dalam bentuk visual," kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anuar Ulhaq.
Sebelum ini, sebuah buku bertajuk "The Black Rose" telah diedarkan namun Deepak enggan mengesahkan samada dia menulis buku itu ketika dihubungi Harakahdaily. Namun Malaysiakini melaporkan, Deepak mengaku menulis buku itu.
Antara lain Deepak mendedahkan manipulasi SD kedua oleh P. Balasubramaniam serta peguam yang terlibat, isu di sebalik pembunuhan Altantuya dan isu tanah melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
Ia menjadi lebih buruk apabila Perdana Menteri dan isterinya membisu dan media-media kawalan kerajaan juga menggelapkan berita tersebut.
"Kerana itu menjadi tanggungjawab saya sebagai kartunis untuk mengkartunkan isu ini dalam bentuk buku untuk penyebaran dan kefahaman orang ramai," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-1-2013
KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar bersama rakan-rakannya dalam Kumpulan Kartunis Indipendan menerbitkan siri kedua kartunis animasinya. Kalinya dengan nama Bila Bik Mama Pakai Celana.
Animasi ini dinukilkan Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaq berasaskan lagu tokoh agung negara Tan Sri P Ramlee melalui lagunya 'Bila Mama Pakai Celana".
Animasi yang memakan masa 3.57 minit ini jauh lebih matang berbanding dengan animasi pertama yang diterbitkan Zunar.
Ia mengisahkan Bik Mama yang suka mengumpulkan cincin manakala suaminya pula suka mengumpulkan harta.
Ia mula disiarkan melalui Youtube 1 Februari lalu dan sehingga kini lebih 5,000 telah menonton animasi ini.
Saksikan video animasi ini dengan klik di atas gambar di atas.
Zunar hasilkan animasi kedua tentang Bik Mama
Harakahdaily, | 04 Feb 2013 |

Sumber HD - 4-2-2013
Zunar ketuai jelajah manifesto PR edisi kartun
Harakahdaily, | 14 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Sekumpulan kartunis bebas hari ini melancarkan siri jelajah mereka bagi mempromosikan manifesto Pakatan Rakyat dalam bentuk karya kartun.
Mereka yang dikenali sebagai Kumpulan Kartunis Indipenden terdiri dari 35 karyawan dengan diketuai Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.
Menurut Zunar siri jelajah itu dilakukan mereka secara sukarela tanpa arahan atau mendapat dana dari mana-mana parti politik.
"Apa yang kami buat ini pun tak mendapat bayaran atau arahan dari mana-mana parti politik.
"Cuma kami bersetuju untuk menyokong manifesto Pakatan Rakyat. Kami percaya manifesto ini bukan semata-mata untuk parti tapi untuk rakyat," katanya.
Kumpulan Kartunis Indipenden sering mendapat perhatian apabila karya-karya mereka dilihat sinis mengkritik dasar kerajaan yang disifatkan menindas rakyat.
Dalam jelajah kali ini, mereka akan ke seluruh negara menerangkan kandungan manifesto Pakatan Rakyat dalam bentuk animasi, baju T dan novel grafik.
Pendekatan ini menurut mereka, lebih santai dan mudah difahami serta mampu menarik minat khususnya orang muda.
Sebelum ini, mereka telah ke beberapa negeri termasuk, Perak, Melaka dan Pahang.
Pelancaran jelajah itu diadakan tengah hari tadi di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.
Mereka yang dikenali sebagai Kumpulan Kartunis Indipenden terdiri dari 35 karyawan dengan diketuai Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.
Menurut Zunar siri jelajah itu dilakukan mereka secara sukarela tanpa arahan atau mendapat dana dari mana-mana parti politik.
"Apa yang kami buat ini pun tak mendapat bayaran atau arahan dari mana-mana parti politik.
"Cuma kami bersetuju untuk menyokong manifesto Pakatan Rakyat. Kami percaya manifesto ini bukan semata-mata untuk parti tapi untuk rakyat," katanya.
Kumpulan Kartunis Indipenden sering mendapat perhatian apabila karya-karya mereka dilihat sinis mengkritik dasar kerajaan yang disifatkan menindas rakyat.
Dalam jelajah kali ini, mereka akan ke seluruh negara menerangkan kandungan manifesto Pakatan Rakyat dalam bentuk animasi, baju T dan novel grafik.
Pendekatan ini menurut mereka, lebih santai dan mudah difahami serta mampu menarik minat khususnya orang muda.
Sebelum ini, mereka telah ke beberapa negeri termasuk, Perak, Melaka dan Pahang.
Pelancaran jelajah itu diadakan tengah hari tadi di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-3-2013
Kartun Zunar: Dari buku ke papan iklan besar
Harakahdaily, | 28 Apr 2013 |
(Kartun yang dihasilkan Zunar kini menghiasi papan-papan iklan di tepi jalan)
KUALA LUMPUR: Dari berjuang melalui lukisan di dalam akhbar, laman web dan pameran lukisan, kini lukisan kartun yang dihasilkan oleh kartunis Zunar terpampang di papan-papan besar.
Pelbagai jenis lukisan yang dibuat Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaq, kini di pasang di tepi-tepi jalan dan pusat perhimpunan orang ramai.
Zunar membuat perkara ini bersama dengan rakan -rakannya yang bertungkus lumus mahu memenangkan perjuangan rakyat dalam pilihan raya umum kali ini.
"Saya buat ini untuk rakyat," kata Zunar dalam satu majlis.
Nama Zunar mula popular melalui majalah kartun Gila-gila. Kemudiannya beliau menjadi kartunis utama akhbar Berita Harian.
Apabila reformasi meletus 1998, Zunar menyertai Harakah menjadi kartunis dengan akhbar milik PAS itu.
"Sumbangan utama Zunar adalah semasa pilihan raya umum 1999. Ketika itu Zunar bersama redaksi Harakah membuat keluaran khas untuk pilihan raya tersebut," kata Zulkifli Sulong Ketua Pengarang Harakah ketika itu.
Ketika itulah Harakah berada di kemuncaknya apabila diedarkan 350,000 naskah setiap keluaran dan kemuncaknya 380,000 naskah menjelang hari mengundi pilihan raya umum 1999.
Hasilnya, dalam pilihan raya itu PAS mendapat dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu di samping dapat menghantar 27 pemimpinnya ke Parlimen.
Kini Zunar bergerak bersama rakan-rakan kartunis mengasilkan pelbagai jenis kartun untuk pelbagai jenis media.
Beliau pernah membuat kartun pameran solo di London. Tahun lepas, beliau juga membuat pameran solo kartun di Shah Alam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-4-2013
Zunar tubuh 'Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya'
Harakahdaily, | 13 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Sekumpulan kartunis dengan diketuai oleh Zunar hari ini menubuhkan gerakan bernama "Cartoonists Against Election Fraud (CAEF) Malaysia" atau Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya.
(Zunar bersama buku-buku kartun yang diterbitkan sebelum ini)
Antara kegiatan CAEF ialah menerbitkan karya-karya kartun dalam internet, buku, risalah dan animasi bagi membangkitkan kesedaran orang ramai tentang betapa besarnya penipuan dalam piliharaya yang diadakan baru-baru ini.
Ia juga dilakukan supaya rakyat bangun melawan penipuan pilihanraya. CAEF juga akan mengadakan road show mengenai isu ini.
"Kami sedia berkerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara," kata Zunar dalam kenyataannya.
Bagi Zunar, pilihanraya yang adil adalah faundamental dalam sesebuah negara demokrasi.
Bagi beliau, parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Najib Razak telah memenangi Pilihanraya Umum yang diadakan di Malaysia pada 5 Mei lepas dengan menggunakan kaedah penipuan.
Penipuan jelas dikukuhkan dengan fakta bahawa parti pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat, yang diketuai Anwar Ibrahim mendapat 50.3% undi popular berbanding 46.8% oleh Barisan Nasional.
Antara penipuan termasuk: rakyat luar negara diberi hak mengundi, penipuan pengiraan, dakwat kekal yang boleh ditanggalkan, pengundi hantu, undi awal yang meragukan, pembelian undi serta senarai daftar pemilih yang meragukan.
Sebagai kartunis, saya berpendirian bahawa Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk memerintah Malaysia.
CAEF juga akan berusaha menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa di seluruh dunia atas tujuan yang sama.
Matlamat CAEF adalah memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya tidak mengiktiraf keputusan Pilihanraya Umum ke-13 dan sebuah pilihanraya diadakan semula dengan pemantauan oleh badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
"Jika itu tidak dilakukan, kami tidak akan mengktiraf Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia," katanya.
CAEF akan bergerak atas wadah Kumpulan Kartunis Independen (KKI).
Majlis pelancaran CAEF akan diadakan di Amcorp Mall (menghadap tasik) pada Sabtu 18 Mei depan dari 11 pagi hingga 6 petang.
Ia akan dirasmi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar antara jam 4 - 6 petang.
Selain pelancaran, turut akan diadakan ialah pameran kartun mini oleh ahli-ahi KKI, karikatur, sesi autograf dan penjualan buku.
Antara ahli KKI ialah Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj (Loren), Oly, Abdullah Jones, Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk), Azhar Saad (Art), Azlan Isa (Orang2), Sham Saimun Ezil (Along), Megat, Firdaus dan Baba.
Zunar, Katua CAEF, adalah kartunis politik Malaysia yang merupakan pemenang anugerah Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011 oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa.

Nurul Izzah lancar CAEF Sabtu ini
Harakahdaily, | 16 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan merasmikan penubuhan "Cartoonists Against Election Fraud (CAEF)" atau Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya.
(Zunar bersama rakan-rakannya yang memperlopori CAEF)
CAEF yang diusahakan oleh Zunar serta Kumpuan Kartunis Independen akan dirasmikan pada Sabtu 18 Mei, jam 3 -6 petang bertempat di Padang berhadapan Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Antara kartunis yang turut menyertai CAEF ialah Azman MatNoh, Nor Azlin Ngah (Jonos), Johnny Ong, Amir Hakim (Ahyat), Ronasina, Haili, Azmie Taha, Lawrence Jeyaraj, (Loren), Firdaus, Megat, Baba dan Amier Hamzah Hashim (Ibnukaduk).
Dalam PRU 13, Pakatan Rakyat mendapat 50.3% undi popular berbanding 46.8% oleh Barisan Nasional, namum Najib Tun Razak tetap ditabal sebagai Perdana Menteri.
"CAEF berpendirian bahawa Najib dan Barisan Nasional tidak mempunyai kelayakan dari segi perundangan untuk memerintah Malaysia.
"Sehubungan itu, kami tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 dan mendesak sebuah pilihanraya diadakan semula paling minima di 30 Parlimen yang terbukti berlaku penipuan dengan pemantauan oleh badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," kata Zunar.
Sehubungan itu, menurut beliau lagi, gerakan itu akan menerbitkan karya-karya kartun dalam internet, buku, risalah dan animasi bagi membangkitkan kesedaran orang ramai tentang betapa besarnya penipuan dalam PRU ke 13 dan supaya rakyat bangun melawan penipuan tersebut.
CAEF sedia berkerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara serta menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa bagi melawan penipuan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-5-2013
No comments:
Post a Comment