Perhimpunan 9 Julai: Titah khas Yang di-Pertuan Agong
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
- Bernama
Sumber MK : http://www.malaysiakini.com/news/168810
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4156-agung-titah-kerajaan-adil-dan-bijaksana
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4172-bersih-20-pas-junjung-tinggi-titah-agong
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4178-hormati-titah-agong-polis-perlu-hentikan-tangkapan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4184-fahami-intipati-titah-agong
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4188-henti-adu-domba-patuhi-titah-tuanku-pkr
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4189-perhimpunan-bersih-20-di-stadium
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Ibni Al-Marhum Tuanku Mahmud Al Muktafi Billah
(Yang di-Pertuan Agong ke-13)
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
- Bernama
Sumber MK : http://www.malaysiakini.com/news/168810
Agung titah kerajaan adil dan bijaksana |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Julai: Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan. Titah ini dikeluarkan baginda seminggu menjelang perhimpunan Bersih 9 Julai ini dengan kira-kira 100 orang sudah ditangkap kerana dikaitkan dengan perhimpunan itu. Timbalan Ketua Polis Negara pula telah mengeluarkan kenyataan pintu rundingan sudah ditutup dan akan menahan pihak yang terlibat dengan perhimpunan ini. Menurut Tuanku Mizan, baginda mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Bersih 2.0 yang didokong oleh berpuluh-puluh NGO dan parti politik merancang untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung memohon baginda membantu mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil untuk rakyat negara ini. Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:- Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 1. Bersihkan senarai undi • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal. • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 2. Mereformasikan undi pos • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi. • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 3. Gunakan dakwat kekal • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 4. Masa kempen minima 21 hari • Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja. • Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 5. Akses media yang bebas dan adil • RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding. • Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan. • Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka. 6. Kukuhkan institusi awam Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia. Contohnya : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 7. Hentikan rasuah Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin. Pembelian undi harus dihentikan! Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 8. Hentikan politik kotor BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor. Tuntutan ini adalah kesinambungan Bersih pertama yang dibuat menjelang pilihan raya ke 12 lalu. Berikut adalah kenyataan penuh baguida. TEKS PENUH KENYATAAN YANG DIPERTUAN AGUNG Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin. Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan. Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora. Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4156-agung-titah-kerajaan-adil-dan-bijaksana
Bersih 2.0: PAS junjung tinggi titah Agong |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. “Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Berikut kenyataan penuh beliau. Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini. Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihan raya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini. Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa. PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan. Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4172-bersih-20-pas-junjung-tinggi-titah-agong
Hormati titah Agong, polis perlu henti tangkapan |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Julai: Pihak polis perlu menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan menghentikan tangkapan ke atas orang ramai berhubung rancangan Bersih untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Sehingga kini pihak polis telah menangkap 100 orang hanya disebabkan mereka memakai baju kuning Himpunan Bersih 2.0, manakala tindakan itu pula jelas bertentangan dengan undang-undang. YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, Ahad lalu, 3 Julai, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengeluarkan titah khas yang antara lain menyebut yang Baginda Tuanku sedang mengikuti dengan teliti perkembangan cadangan kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan bagi menyerahkan memorandum kepada Baginda Tuanku. Menurut beliau, Baginda Tuanku turut menyebut bahawa Baginda Tuanku sendiri turut mengikuti perkembangan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat. Katanya, Baginda Tuanku menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana kerana Baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun. "Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin itu ternyata tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ia adalah hasil keperihatinan dan perhatian Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulatnya negara kita ini. "Jadi kepada pihak Umno, Kerajaan BN, pihak polis, jika mereka menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, mereka mestilah menghentikan segala provokasi dan tangkapan ke atas orang ramai. Jika tidak, bermakna mereka tidak menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui di Pejabat Agong PAS, di sini, hari ini. Selain itu, Baginda Tuanku bertitah, setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran". Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena amat kesal kerana pihak Umno BN kini terlalu banyak melakukan provokasi mengenai rancangan Bersih untuk mengadakan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, sehingga menimbulkan kekeliruan hasil liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman itu. "Antaranya, pihak polis sendiri awal-awal lagi telah menutup pintu rundingan dengan Bersih. Ini jelas merupakan satu tindakan provokasi. Sedangkan polis sepatutnya berkerjasama dengan Bersih dengan mengadakan rundingan bagi membolehkan perhimpunan itu berjalan dengan sempurna. "Kini setelah pintu rundingan ditutup dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri pula mahukan rundingan diadakan, apakah pihak polis akan membuka pintu rundingan kembali dengan Bersih? "Jika polis menghormati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, polis mestilah mengadakan rundingan dengan Bersih, bukannya menjadi alat Umno BN," tegasnya. Terdahulu dari itu, pada sidang media yang diadakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di tempat yang sama yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Salahuddin Ayub, beliau berkata, dalam titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Baginda Tuanku tidak langsung menyebut tentang Himpunan Bersih 2.0 yang patut dihalang. "Baginda Tuanku hanyalah bertitah, "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik". "Titah Yang di-Pertuan Agong itu juga merupakan satu pengiktirafan terhadap Bersih kerana baginda "tidak kata apa-apa yang negatif terhadap Bersih. Malah, Baginda menyeru kerajaan supaya bertindak secara adil. Ini satu pengiktirafan kepada Bersih," katanya. Jadi titah Baginda Tuanku itu, katanya, perlu difahami dengan jelas oleh pihak Umno BN dan polis. Ia tidak dirujuk kepada Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti. Selain itu, tidak dinafikan niatnya baik. Jadi jika niat baik, ia tentunya menjadi baik. "Ini samalah juga dengan himpunan-himpunan aman lain yang pernah diadakan oleh PAS, Pakatan Rakyat dan beberapa NGO sebelum ini. "Semuanya baik kerana niatnya sememangnya baik. Ia menjadi buruk disebabkan pihak polis yang mencetuskan provokasi. Jika tidak kerana polis yang memburukkannya, ia tetap menjadi baik kerana niatnya memang baik," katanya. Sehubungan itu, beliau berharap kesemua pihak menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu kerana titah Baginda Tuanku itu adalah untuk kesemua pihak. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4178-hormati-titah-agong-polis-perlu-hentikan-tangkapan
Fahami intipati titah Agong |
Fakhri Ali |
SEBERANG JAYA, 5 Julai: Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyatakan taat setia dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa berbelah bagi menyatakan sokongan terhadap saranan dan nasihat berkaitan himpunan aman Bersih 2.0. Sdr Syed Mikael Rizal Aidid - Naib Ketua 1 AMKPP Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Naib Ketua 1 AMKPP, Syed Mikael Rizal Aidid berkata, seluruh rakyat Malaysia, termasuklah kerajaan dan pihak polis harus memahami intipati gesaan baginda tersebut. "Kami dengan ini menyarankan supaya perdebatan, perang mulut serta usaha memperlekehkan himpunan ini oleh media massa dan juga blog, facebook serta twitter harus segera dihentikan. "AMKPP juga menyokong penuh usul Pakatan Rakyat (PR) agar panitia penganjur himpunan aman Bersih 2.0 mengadap sembah Yang di-Pertuan Agong, bagi menjelaskan matlamat murni himpunan aman rakyat Malaysia sepertimana yang dicadangkan pada 9 Julai nanti. "Sehubungan itu, kami juga menyeru semua pihak supaya patuh dengan saranan baginda agar diadakan rundingan sebagai jalan penyelesaian, terutamannya PDRM dan SPR bagi menangani masalah ini secara bijak dan rasional serta berfikiran matang tanpa prejudis," katanya lagi. Syed juga berkata, keprihatinan baginda dalam mendengar rintihan rakyat membuktikan isu ini mendapat perhatian utama dan menjadi fokus semua pihak dalam negara ini untuk diselesaikan dengan cara aman dan bijak. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4184-fahami-intipati-titah-agong
Henti adu domba, patuhi titah Tuanku - PKR |
Harakahdaily |
PETALING JAYA, 5 Julai: Sebagai lambang junjung kasih ke atas titah Yang Dipertuan Agung, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa semua pihak menghentikan pendekatan konfrantasi, ugutan, mengadu domba dan menimbulkan permusuhan antara pelbagai kelompok agama dan kaum di kalangan rakyat. Gesaan itu khasnya ditujukan kepada kerajaan dan agensi-agensi di bawahnya khasnya pasukan polis. Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) dalam kenyataannya berkata, partinya menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, atas titah khas kepada rakyat mengenai isu perhimpunan Bersih. "Keprihatinan Seri Paduka Baginda Tuanku mengenainya amat tepat pada masanya serta disanjung tinggi oleh rakyat," kata beliau. Seruan Seri Paduka Baginda Tuanku agar pihak kerajaan melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil, bijaksana, mengelakkan permusuhan serta mengekalkan semangat mesyuwarah dan muafakat dalam menyelesaikan keadaan perlulah diberikan perhatian serius, katanya. Menurut beliau, menjadi keinginan rakyat sekian lama hanyalah mahu melihat terlaksananya keadilan dalam sistem pilihanraya negara. "Perhimpunan tidak diperlukan lagi jika Suruhanjaya Pilihanraya memang melaksanakan tugasnya secara amanah, adil dan bijaksana," tegas beliau. PKR, katanya, berpendirian bahawa kisah kebijaksanaan dan keadilan Nabi Muhammad SAW dalam menyelesaikan konflik antara kabilah-kabilah dalam isu perletakkan batu hitam (al hajar al aswad), hendaklah dijadikan rujukan. Hanya pilihanraya yang benar-benar adil dan saksama dapat mempastikan kepimpinan negara diserahkan kepada mereka yang berhak dan amanah, tambah beliau. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat (An Nisa: 58), petik beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4188-henti-adu-domba-patuhi-titah-tuanku-pkr
Perhimpunan Bersih 2.0 di stadium? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Besar kemungkinan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium ekoran pengumuman Pengerusi Bersih dan juga kata sepakat yang dicapai Pakatan Rakyat yang menyebut mereka terbuka untuk perhimpunan di stadium. Keputusan Bersih dibayangkan pengerusinya Datuk S Ambiga pada sidang media lepas mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi manakala keputusan Pakatan pula diumumkan tiga pimpinan tertinggi mereka. (Ambiga ketika dikerumuni wartawan di perkarangan Istana Negara - gambar Malaysiakini) Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi. Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan. Menurut Ambiga, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa. Sebelum itu, Pakatan membayangkan akan bersetuju untuk berhimpun di stadium melalui tiga pemimpin kanan mereka. Pakatan Rakyat juga menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium. Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium. “Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini. Menurut mereka, Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut. Mereka berkata, proses reformasi itu perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0. “Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini,” kata mereka. Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman. “Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan,” ujar mereka lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4189-perhimpunan-bersih-20-di-stadium
No comments:
Post a Comment