Presiden PAS ditangkap |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi. Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang. Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Sebelum itu timbalannya Mohammad Sabu dan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga turut ditangkap. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub juga ditangkap di KL Sentral pada jam 12.24 tengah hari dan dibawa ke Balai Polis Jinjang. Selain mereka, lebih 400 sudah ditangkap dan Pasukan Peguam PAS telah mengenalpasti lebih 133 orang dari mereka. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang atau Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4268-presiden-pas-ditangkap
Bebas Hadi 24 jam atau himpun di Bukit Aman |
Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR, 9 Julai: PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman. Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman. (Abdul Hadi berbaju kuning dalam trak polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang bersama tahanan yang lain sebelum di bawa ke IPK KL) Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis. Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis. Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap. (Khalid Samad terpaksa menerima enam jahitan selepas terkena botol gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya) Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera dalam pergelutan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya dan dihantar ke Hospital Pantai. Pengawal keselamatannya turut cedera dalam pergelutan ini. Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut cedera apabila terkena botol gas pemedih mata yang ditambak pasukan keselamatan. |
Presiden PAS dibebaskan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul. Menurut sumber, Abdul Hadi dihantar dengan sebuah kereta polis selepas kenyataan beliau direkodkan di IPK Kuala Lumpur. Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga juga dibebaskan jam 6.30 petang tadi. PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman. Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.
YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi - PSUA PAS Pusat
Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis. Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis. Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap. Kesemua mereka masih ditahan dan besar kemungkinan terpaksa tidur di pusat tahanan malam ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4274-presiden-pas-dibebaskan
Bersih 2.0 hanya mukadimah - Abdul Hadi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan. "Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.
Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penangkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.
Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi. Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya. Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif. Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan. Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN. Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang Presiden Pas |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4276-bersih-20-hanya-mukadimah-abdul-hadi
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4281-mohamad-sabu-mahfuz-salahudin-dibebas-malam-tadi
Mohamad Sabu, Mahfuz, Salahudin dibebas malam tadi |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Julai: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan kedua-dua Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub yang ditahan di balai polis Jinjang semalam dibebaskan antara jam 9.30 hingga 10.30 malam tadi. Turut dibebaskan bersama mereka, Setiausaha Politik presiden PAS, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. Mohamad ditahan polis semalam ditahan ketika sedang membonceng motosikal menuju ke perhimpunan Bersih 2.0 berhampiran Masjid Negara. Motosikalnya didakwa dilanggar pihak polis sebelum beliau ditahan. Beliau merupakan salah seorang daripada 91 individu dilarang memasuki kawasan ibu negara hari ini. Mahfuz dan Salahudin pula ditahan ketika sedang berjalan di KL Sentral kira-kira jam 12.10 tengahari semalam, manakala Shamsuri ditahan bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga ketika berada di KL Sentral. Sementara itu, bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin sedang meneliti dari aspek undang-undang berhubung penahanan mereka. Beliau mendakwa penahanan mereka bertentangan dengan perintah larangan Mahkamah Majistret yang menghalang mereka berada di beberapa lokasi di Kuala Lumpur tetapi tidak termasuk KL Sentral. "Saya dah minta peguam untuk mengkajinya, dan kita tengok sama-ada kita boleh failkan saman atau tidak," katanya. Kedua-dua mereka juga adalah termasuk dalam 91 nama yang dilarang berada di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur ekoran himpunan Bersih 2.0 semalam. Dalam pada itu, kesemua 1401 orang yang ditahan pihak polis sepanjang perhimpunan Bersih semalam difahamkan telah dibebaskan selewat-lewatnya awal pagi tadi. Mereka termasuk ahli jawatankuasa penganjur Bersih, pemimpin PKR dan DAP serta orang awam yang turut menyertai himpunan itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4281-mohamad-sabu-mahfuz-salahudin-dibebas-malam-tadi
PAS bangga dengan kebangkitan rakyat |
Khaulah Azwar |
KUALA LUMPUR, 10 Julai: PAS merasa bangga dengan kebangkitan rakyat apabila melihat rakyat jelata puluhan ribu orang yang berbilang bangsa tanpa mengira peringkat umur telah berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 yang diadakan petang semalam dalam keadaan berhujan.
Walaupun semua pelusok jalan utama telah disekat oleh polis dan FRU yang telah dirancangkan oleh penganjur himpunan Bersih 2.0 untuk semua peserta Bersih berhimpun tetapi telah berjaya dirempuh oleh semua rakyat dengan keadaan aman untuk menuju ke stadium merdeka. Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada, kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS. Husam musa, yang tiba kira-kira dalam 2.30 petang diiringi oleh pengikut-pengikutnya telah memberi ucapan kepada rakyat jelata yang berkumpul di sebuah hadapan kuil Budha menuju ke stadium Merdeka. Laungan beliau "BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik" disambut dengan penuh semangat dan telah menusuk ke semua jiwa yang hadir dalam himpunan itu di hadapan semua polis yang telah buat sekatan jalan. "Tahniah kepada semua rakyat jelata, yang saya lihat hari ini merupakan orang-orang muda ramai berkumpul disini dengan bersatu hati untuk membersihkan sistem politik negara kita. Semua bangsa berpegang teguh dengan berazam untuk berhimpun dengan tidak mengambil kisah dan merasa gentar dengan ugutan Najib yang menggunakan kuasa politik BN". Orang ramai yang berhimpun di situ juga telah telah dimaklumkan bahawa muka pembantu Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) mengalami kecederaan yang teruk disebelah kanan akibat ditembak pemedih mata. "Alhamdulilah DSAI selamat manakala Tok Guru Hadi Awang, Presiden PAS di tahan polis," katanya. "Saya juga merasa bangga dan terharu apabila melihat sokongan rakyat jelata untuk pertahankan pimpinan-pimpinan kita daripada di heret polis. "Rakyat jelata nampak hebat dan tidak berganjak disitu walaupun digertak dengan polis dan disembur dengan pemedih mata berulang kali semata-mata untuk pertahankan pimpinan dan menutut kebebasan pilihanraya di Malaysia ini yang telah dikotori oleh pihak tidak bertanggungjawab". Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata lagi, "polis boleh tahan pimpinan kita, tetapi mereka tidak boleh sekat dan halang kebangkitan rakyat malaysia." Hari ni merupakan hari bersejarah buat negara malaysia kerana rakyat telah berhimpun dengan aman sekali walaupun diri terpaksa dikorbankan, katanya. "Kita akan tunjukkan pada mereka, kita berhimpun degan aman, baik sopan..kita berani keluar ke jalan raya untuk menuntut keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia agar sistem perjalanan pilihanraya mesti berjalan dengan jujur, tulus dan bersih," katanya. "Agong telah bertitah agar kerajaan diminta jalankan sistem pilihanraya dengan adil, tulus dan saksama. Agong juga telah bertitah kerajaan mesti dengar suara rakyat tetapi sekarang Najib langgar perintah Agong, Umno-BN langgar perintah Raja, mereka derhaka kepada Raja dan Negara". SPR mestilah menjadi badan kepercayaan awam, tetapi fenomena hari ini menunjukkan perhimpunan rakyat Malaysia telah dihalang. "Petugas Media juga disekat oleh polis. Ini jelas terbukti sistem pilihanraya negara kita lemah. Rakyat hilang terus kepada SPR yang ada di malaysia ini," katanya. "Kita memohon kepada Yang di Pertuan Agong agar bubarkan sistem SPR yang ada sekarang. Dalam perlembagaan negara kita, Agong boleh melantik SPR yang baru, menggunakan sistem SPR yang baru dan bersih, SPR yang tidak berat sebelah tetapi menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, tulus dan adil," kata Husam. Dengan berbagai tragedi yang berlaku dalam himpunan Bersih 2.0 akibat provokasi daripada polis dan FRU kepada rakyat, Husam percaya Pakatan akan menang dalam PRU ke 13 nanti dengan hapuskan Najib dan semua kuncu pimpinan Umno melalui kuasa rakyat. "Kita akan campakkan mereka keluar daripada Putrajaya dalam pilihanraya nanti. BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik," katanya dengan sambutan sorakan takbir dengan penuh semangat oleh rakyat jelata yang hadir di himpunan itu. |
Ulasan Pak Samad : http://www.youtube.com/watch?v=Z49QMORgQpw
Mohon isytihar tangkapan Bersih tidak sah |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Mahkamah Tinggi Malaya di sini diminta mengisytiharkan bahawa tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria pada himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu adalah suatu tangkapan yang salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Alasan yang diberikan oleh pihak polis bagi mengesahkan penahanan dan tangkapan tersebut adalah bukan-bukan, sengaja diada-adakan dan tidak mempunyai sebarang asas undang-undang. Razman, 51, dalam tuntutannya berkata, akibat dari penahanan itu, hak asasi beliau untuk bergerak bebas di seluruh negara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah terjejas dan dicabul oleh pihak polis.
Menurutnya, beliau juga telah menghadapi dan mengalami kerosakan akibat dari tekanan emosi, tekanan mental dan penghinaan ekoran dari tangkapan salah, tidak sah dan haram itu.
"Keadaan itu lebih dirasai lagi apabila saya dikurung dalam truck yang panas, bertutup kanvas di kiri kanan, kurang udara dan penuh sesak dengan puluhan tahanan-tahanan yang lain yang tidak dikenali oleh saya," katanya dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di sini, hari ini. Writ saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Awi & Co, 28A, Hala Taman Meru II, Pusat Komersial Meru 2B, Ipoh, Perak di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar jam 11.30 pagi. Peguamnya, Asmuni Awi menjelaskan, menerusi writ saman yang difailkan oleh beliau bagi pihak anak guamnya itu, Ketua Polis Negara dinamakan sebagai defendan pertama, manakala Kerajaan Malaysia pula sebagai defendan kedua. Menurut beliau, pada lebih kurang jam 10.45 pagi 9 Julai lalu, Razman selaku plaintif telah menaiki keretapi dari Stesyen Keretapi Klang untuk ke Kuala Lumpur. "Setibanya di Stesen Keretapi KL Sentral pada lebih kurang 11.30 pagi, plaintif telah turun melalui subway di stesyen tersebut untuk menaiki LRT menuju ke Kuala Lumpur. "Sebaik turun ke subway tersebut, plaintif telah ditahan oleh kira-kira 17 orang anggota polis yang beruniform. Salah seorang dari anggota polis itu yang pada hemat plaintif berpangkat inspektor telah meminta plaintif menunjukkan kad pengenalan plaintif. "Plaintif tidak terus menunjukkan kad pengenalannya seperti yang diminta, sebaliknya bertanya kepada pegawai itu mengapa plaintif diminta menunjukkan kad pengenalannya," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini. Pegawai polis itu, menurut beliau, hanya memberitahu bahawa polis mahu memeriksa kad pengenalan plaintif. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pegawai polis berkenaan, plaintif selanjutnya bertanya lagi kepada pegawai polis itu mengapa beliau mahu memeriksa kad pengenalannya. "Pegawai polis itu tidak menjawab pertanyaan plaintif, sebaliknya terus mengarahkan beberapa orang anggota polis lain yang bersama-samanya untuk menangkap plaintif dengan alasan plaintif mengganggu tugas beliau sebagai anggota polis. "Dengan arahan pegawai tersebut, seterusnya anggota-anggota polis tersebut telah memegang dan menangkap plaintif dan mengheret dan menolak plaintif masuk ke dalam trak polis yang telah sedia menunggu di luar Stesen Keretapi KL Sentral itu. "Plaintif dapati trak tersebut telah pun dipenuhi dengan orang awam yang lain yang telah ditangkap terdahulu dari palintif oleh anggota dan pegawai-pegawai defendan pertama. "Plaintif kemudiannya mendapati beberapa tangkapan selanjutnya telah dilakukan oleh pihak polis terhadap orang-orang awam lain di sekitar Stesyen Keretapi KL Sentral dan turut dimasukkan ke dalam trakk yang sama dengan plaintif. "Setelah hampir satu jam ditahan di dalam truck itu dan setelah truck itu penuh dengan tahanan, plaintif bersama dengan tahanan-tahanan lain di dalam truck itu telah dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur," katanya. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat menjelaskan, pada jam 9.30 malam hari yang sama, plaintif telah dibebaskan dari tahanan tersebut tanpa sebarang jaminan dan tanpa syarat. "Plaintif menyatakan bahawa sehingga ke hari ini, tiada sebarang pertuduhan telah dikenakan oleh defendan pertama terhadap plaintif. Sehingga ke saat pembebasan plaintif oleh defendan pertama, plaintif tidak mengetahui dan defendan pertama juga tidak pernah memberitahu secara spesifik mengapa, sebab apa atau alasan atau atas kesalahan apa plaintif telah ditangkap dan ditahan oleh pihak defendan pertama. "Soalan-soalan yang dikemukakan oleh plaintif ketika beliau hendak ditangkap itu adalan soalan-soalan yang wajar kerana plaintif berhak mengetahui kenapa beliau hendak ditangkap," katanya. Beliau juga berkata, pihak defendan pertama juga tidak boleh sesuka hati meminta sesiapa sahaja, termasuk plaintif, untuk diperiksa kad pengenalannya tanpa sebarang sebab yang munasabah atau dibenarkan oleh undang-undang. Pihak defendan pertama, tegasnya, wajib memberikan penjelasan yang sewajarnya terhadap soalan plaintif sebelum plaintif mematuhi arahan defendan pertama. "Plaintif juga telah menafikan telah menghalang pihak defendan pertama dari menjalankan tugas. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh plaintif berhubung dengannya tidak boleh disifatkan menghalang tugas pihak defendan pertama dan seterusnya mengarahkan supaya plaintif ditangkap. "Plaintif menyatakan keengganan pihak defendan pertama memberikan jawapan atau penerangan kepada soalan plaintif sebaliknya mengarahkan supaya plaintif ditangkap menunjukkan pihak defendan pertama bersikap angkuh, sombong, tidak prihatin, jahil mengenai peruntukan undang-undang dan satu penyalahgunaan kuasa," tegasnya. Selain menuntut pengisytiharan tangkapan dan penahanan yang salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang, beliau turut menuntut defendan pertama dan kedua membayar gantirugi teladan, gantirugi am, kos dan lain-lain perintah suaimanfaat yang diputuskan oleh mahkamah nanti. Beliau menjelaskan, writ saman bagi pihak Razman yang difailkan itu adalah tindakan saman yang pertama difailkan oleh pihaknya bagi mewakili Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, manakala writ-writ saman selanjutnya akan difailkan pada hari-hari berikutnya secara berperingkat-peringkat. "Kes yang akan saya tangani bersama rakan-rakan peguam lain bagi pihak Lajnah Undang-Undang PAS Pusat sekitar 50 orang semuanya dan kesemuanya adalah dari Perak," katanya. Tindakan saman membabitkan 2 orang Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan difailkan Isnin ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang akan dikendalikan bersama oleh peguam Zulhazmi Shariff dan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Dewan Pemuda PAS Malaysia. Manakala tindakan saman membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan dikendalikan oleh peguam Hanipa Maidin. |
You tube : Mohon Tangkapan Bersih 2.0 tidak sah
Peserta Bersih saman kerajaan secara berperingkat |
Aziz Muda
|
KUALA LUMPUR, 5 Ogos: PAS akan mengambil tindakan undang-undang atau saman secara berperingkat-peringkat terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia, berhubung tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Setelah langkah pertama dari segi perundangan dilakukan dengan tindakan saman pertama difailkan di Mahkamah Tinggi di sini sekitar jam 11.30 pagi semalam, Lajnah Undang-Undang PAS Pusat akan menyusuli dengan saman kedua minggu depan yang melibatkan tangkapan terhadap rakyat negeri Perak. Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi (gambar) menjelaskan, tindakan saman terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia yang akan difailkan oleh PAS melibatkan ratusan kes, sejajar dengan jumlah tangkapan besar yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan itu.
Menurut beliau, disebabkan jumlahnya agak banyak, Lajnah Undang-Undang PAS Pusat terpaksa mengambil langkah bijak dengan membahagikannya dengan beberapa pihak lain dalam mengendalikan kes-kes itu.
Katanya, kes yang membabitkan kepimpinan tertinggi PAS yang akan dikendalikan pihaknya melibatkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang juga merupakan kes pertama yang difailkan oleh pihaknya semalam. "Selain Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, dalam PAS turut terdapat satu lagi agensi penting melibatkan undang-undang iaitu Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat. "Untuk memudahkan penyelarasan, pengendalian dan melancarkan perjalanan urusan, kes-kes tersebut terpaksa dibahagi-bahagikan oleh Lajnah Undang-Undang PAS Pusat dan Juham untuk dikendalikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini. Isu tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan aman Bersih 2.0, menurut beliau, sememangnya diberikan perhatian serius oleh pihaknya dan Juham. Untuk melancarkan urusan, katanya, kes-kes tersebut akan difailkan secara berperingkat-peringkat, dengan kesemua kes akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejajar dengan tangkapan pihak polis terhadap para peserta himpunan itu yang dilakukan di Kuala Lumpur.
Sdr Razman Zakaria - TPJ PAS Perak
Kesemua kes berhubung tangkapan itu yang dikendalikan oleh pihaknya akan menamakan Ketua Polis Negara sebagai defendan pertama, manakala Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua. Untuk memudahkan urusan, menurut beliau, pihaknya hanya akan mengendalikan kes-kes yang melibatkan tangkapan terhadap rakyat negeri Perak sahaja, manakala kes-kes melibatkan penduduk Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain akan dikendalikan oleh Juham. "Jumlah kes yang akan dikendalikan oleh Lajnah Undang-Undang PAS Pusat atau pihak kami berjumlah sekitar 50 kes semuanya," jelasnya.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
YB Salahudin Ayub - Naib Presiden PAS
Kes yang membabitkan 2 orang Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, katanya, dijangka akan difailkan oleh pihak Juham pada Isnin ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pengendalian kes yang membabitkan kedua-dua Naib Presiden PAS itu yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dan Ahli Parlimen Kubang Kerian akan dilakukan bersama oleh peguam Zulhazmi Shariff.
Tuan Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden PAS
"Kes membabitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, akan dikendalikan oleh peguam Hanipa Maidin. Buat masa ini, saya sendiri tidak pasti bila kes membabitkan Mohamad Sabu itu akan difailkan sama ada minggu depan atau bila, tetapi saya yakin ia akan turut difailkan dalam masa terdekat," katanya. |
ANAK MANTAN PM BERSAMA BERSIH 2.0
Kempen 'Tunai 8 Tuntutan, Baru PRU-13' 30 Sept |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 23 Sept: Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu kempen baru iaitu "Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13". Jawatankuasa Pepandu Bersih 2.0, Dr Subramaniam Pillay menjelaskan pada satu sidang media kempen ini adalah lanjutan kepada tuntutan himpunan Bersih 2.0 yang diasakan pada 9 Julai yang lepas. "Kempen ini bertujuan untuk meneruskan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia mengenai lapan tuntutan untuk reformasi pilihanraya dan untuk memberi peringatan kepada kerajaan supaya tidak mengadakan pilihanraya umum sebelum lapan tuntutan segera Bersih 2.0 itu ditunaikan. "Pilihanraya umum tidak harus dilaksanakan tanpa memastikan tuntutan-tuntutan minima untuk pilihan raya bebas dan adil dipenuhi," jelasnya. Tambah Dr Subramaniam lagi kempen ini akan diadakan pada 30 September jam 8.30 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan menyeru agar seluruh rakyat Malaysia hadir memberi sokongan. "Kami menyeru agar rakyat Malaysia untuk hadir pada kempen tersebut di mana kami akan memberi penjelasan terperinci mengenai kempen tersebut," tambahnya lagi. Ketika menyentuh berkenaan dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, beliau menjelaskan PSC perlu perlu menyiapkan lapan tuntutan tersebut baru laksanakan pilihanraya. "Penubuhan PSC adalah satu yang baik dan apa yang kami mahukan PSC perlu melaksanakan lapan tuntutan ini baru melaksanakan pilihanraya. "Ini yang sepatutnya dilakukan terlebih dahulu tanpa perlaksanaan tuntutan ini sepenuhnya maka pilihanraya tersebut tidak akan bersih malah akan wujud gejala-gejala kotor seperti yang dilakukan pada pilihan raya yang lepas. "Perlu diingat tuntutan Bersih ini bukan hanya untuk parti tertentu sahaja tetapi semua parti yang bertanding termasuk Barisan Nasional (BN), jadi kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak perlu takut untuk melaksanakan tuntutan tersebut," tambahnya lagi. Sebelum itu perhimpunan BERSIH 2.0 yang di adakan pada 9 Julai menuntut lapan perkara agar pilihanraya negara ini benar-benar bersih iaitu bersihkan senarai pengundi, mereformasikan undi pos, guna dakwat kekal dalam pilihanraya, akses media bebas dan adil, tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah, hentikan politik kotor. Sidang media yang diadakan di pejabat Empower itu turut dihadiri Maria Chin Abdullah dan beberapa jawatankuasa yang lain. |
Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis, Chevalier de Legion d’Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini, lapor The Malaysian Insider. Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia. Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya. Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh. |
Suhakam sambung siasatan kes Bersih 19 Disember |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Dis: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneruskan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 lalu. Kali ini Suhakam akan memanggil anggota polis dan pegawai perubatan yang merawat Mohamad bin Sabu dan Hanafi bin Hawari, satu kenyataan media yang dikeluarkan Suhakam hari ini. Ia akan diadakan selama dua hari iaitu 19 dan 20 Disember mulai jam 9.30 pagi Bilik Siasatan, Tingkat 13, Pejabat Suhakam Menara TH Perdana, 50250 Kuala Lumpur. Sehingga kini, Suruhanjaya telah mengadakan lima sesi pendengaran awam melibatkan sebanyak 14 orang saksi telah memberi keterangan. Bagi sesi pendengaran awam berikutnya, enam orang saksi lagi dijangka hadir bagi memberi keterangan di hadapan Panel Inkuiri. Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Encik Detta Samen. |
Bersih: Mahkamah tolak rayuan Peguam Negara
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan daripada Peguam Negara yang merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 4 Mei 2009 yang melepaskan dan membebaskan 10 orang termasuk beberapa pimpinan PAS daripada pertuduhan terlibat dengan perhimpunan Bersih pada 11 Disember 2007 lalu.
Keputusan tersebut dibaca oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Yeok Geam.
Mahkamah Sesyen pada 4 Mei 2009 telah melepaskan dan membebaskan 10 orang tersebut di mana pihak pendakwa menurut mahkamah gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.
Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.
Manakala lima lagi adalah Badilah Muda, Hashim Awang, Azira Arifin, Mohd Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.
Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.
Semua tertuduh diwakili oleh barisan Peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai oleh Ketua Unit Tindakan Kes-kes Jenayah Juham, Ariff Azami dan dibantu oleh Radzlan Jalal, Azizul Shariman, Dr Zulqarnain Luqman, Noorazmir Zakaria dan Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.
Menurut Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, keputusan itu membuktikan bahawa pertuduhan dan pendakwaan tersebut jelas bermotifkan politik di mana mereka yang dituduh hanya melaksanakan hak kebebasan bersuara seperti mana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Sumber HD : 11/01/2012
Pak Samad: Bukti tokoh rakyat pelopori p’raya bersih
Harakahdaily, | 18 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan pelantikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said sebagai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 seperti yang diumumkan semalam.
Bagi DPPM, pelantikan A Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad tepat pada masanya memandangkan beliau merupakan seorang tokoh yang selalu ke depan bagi memperjuangkan isu-isu rakyat.
Malah, kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor, Pak Samad adalah antara tokoh negarawan yang berani dan bersuara lantang dalam memperjuangkan keadilan tanpa mempeduli tekanan dan ugutan yang dihadapi olehnya.
“Lebih membanggakan, Pak Samad tanpa gentar memimpin barisan hadapan dalam himpunan Bersih 2.0 pada bulan Julai 2011 yang lalu,” katanya kepada Harakahdaily.
Sebagai ikon masyarakat, tambahnya pelantikan Pak Samad sudah tentu akan membuka mata masyarakat bahawa perjuangan membersihkan sistem pilihanraya di negara ini bukan suatu perjuangan kecil dan sia-sia.
Sebaliknya, kata beliau perjuangan Bersih 2.0 adalah suatu perjuangan yang besar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Menurutnya lagi, betapa seorang sasterawan negara yang telah dimamah usia seperti Pak Samad masih mampu melihat dengan jelas segala kepincangan dalam sistem demokrasi di negara ini.
“Beliau di antara jutaan rakyat di negara ini yang bencikan kebobrokan dan penyelewengan yang berlaku oleh pemerintah.
“Sudah berpuluh tahun negara ini diperintah dengan secara tidak adil oleh rejim yang angkuh.
“Suara dan kebangkitan rakyat cuba dilenyapkan dengan pelbagai peraturan dan akta yang direka bagi menakut-nakutkan rakyat,” katanya lagi.
Katanya, pelantikan Pak Samad sebagai Pengerusi Bersih 2 membuktikan bahawa perjuangan membersihkan pilihan raya di negara ini bukan hanya didukung oleh Pakatan Rakyat, malah turut sama dipelopori oleh gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh-tokoh masyarakat.
DPPM juga, ujarnya mengalu-alukan lebih ramai penyertaan tokoh-tokoh dan pemimpin masyarakat bersama dengan perjuangan rakyat.
Sumber HD : 18/01/2012
Bagi DPPM, pelantikan A Samad yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad tepat pada masanya memandangkan beliau merupakan seorang tokoh yang selalu ke depan bagi memperjuangkan isu-isu rakyat.
Malah, kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor, Pak Samad adalah antara tokoh negarawan yang berani dan bersuara lantang dalam memperjuangkan keadilan tanpa mempeduli tekanan dan ugutan yang dihadapi olehnya.
“Lebih membanggakan, Pak Samad tanpa gentar memimpin barisan hadapan dalam himpunan Bersih 2.0 pada bulan Julai 2011 yang lalu,” katanya kepada Harakahdaily.
Sebagai ikon masyarakat, tambahnya pelantikan Pak Samad sudah tentu akan membuka mata masyarakat bahawa perjuangan membersihkan sistem pilihanraya di negara ini bukan suatu perjuangan kecil dan sia-sia.
Sebaliknya, kata beliau perjuangan Bersih 2.0 adalah suatu perjuangan yang besar dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Menurutnya lagi, betapa seorang sasterawan negara yang telah dimamah usia seperti Pak Samad masih mampu melihat dengan jelas segala kepincangan dalam sistem demokrasi di negara ini.
“Beliau di antara jutaan rakyat di negara ini yang bencikan kebobrokan dan penyelewengan yang berlaku oleh pemerintah.
“Sudah berpuluh tahun negara ini diperintah dengan secara tidak adil oleh rejim yang angkuh.
“Suara dan kebangkitan rakyat cuba dilenyapkan dengan pelbagai peraturan dan akta yang direka bagi menakut-nakutkan rakyat,” katanya lagi.
Katanya, pelantikan Pak Samad sebagai Pengerusi Bersih 2 membuktikan bahawa perjuangan membersihkan pilihan raya di negara ini bukan hanya didukung oleh Pakatan Rakyat, malah turut sama dipelopori oleh gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta tokoh-tokoh masyarakat.
DPPM juga, ujarnya mengalu-alukan lebih ramai penyertaan tokoh-tokoh dan pemimpin masyarakat bersama dengan perjuangan rakyat.
Sumber HD : 18/01/2012
Bersih 2.0: Kerajaan diperintah bayar Mahfuz, Salahudin RM70,000
Harakahdaily, | 14 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penangkapan terhadap dua Naib Presiden pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada hari Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah salah.
Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000.
Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu.
Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid.
Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0.
Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka.
Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang.
Sumber HD - 14-12-2012
Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000.
Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu.
Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid.
Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0.
Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka.
Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang.
Sumber HD - 14-12-2012
No comments:
Post a Comment