Parti Thaksin menang besar pilihan raya Thai
Yingluck Shinawatra - PM Wanita Pertama Thailand
BANGKOK - Parti pembangkang Thailand, Puea Thai yang mencalonkan adik Thaksin Shinawatra, Yingluck Shinawatra sebagai bakal perdana menteri wanita pertama menang besar dalam pilihan raya umum negara itu semalam.
Thaksin Shinawatra - Mantan PM
Setakat pukul 8 malam tadi, parti Puea Thai memperoleh majoriti mudah dengan memperoleh 255 daripada 500 kerusi parlimen.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Thailand, sebanyak 83.69 peratus undi sudah dikira pada pukul 8 malam.
Parti Demokrat yang dianggotai Perdana Menteri Abhisit Abhisit Vejjajiva memperoleh 163 kerusi, parti Bhumjai Thai memenangi 35 kerusi, parti Chart Thai Pattana mendapat 21 kerusi dan parti Chart Thai Pattana Phea Pandin menang di 10 kerusi parlimen.
Parti-parti kecil seperti Palong Chan memenangi tujuh kerusi, Rak Thailand mendapat empat kerusi, parti Matubhum cuma membolot dua kerusi manakala Rak Santi dan Parti Demokrat Baharu masing-masing memperoleh satu kerusi.
Yingluck yang merupakan seorang ahli perniagaan berusia 44 tahun yang memperoleh status sebagai bintang rock berjaya menawan hati berjuta-juta pekerja dalam undi tersebut.
Wanita itu dianggap sebagai satu-satunya pemimpin yang akan membantu masalah penduduk miskin di negara tersebut.
"Yingluck telah membantu kita dan kini parti Puea Thai boleh menyelesaikan masalah kami dan mereka (ahli-ahli parlimen parti itu) akan menyelesaikan kemelut negara ini," kata seorang kakitangan kerajaan, Saiksa Chankerd.
"Orang ramai mahukan perubahan dan mereka memperolehnya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sekuriti Asia Plus di Bangkok.
Kemenangan parti itu mungkin dapat menstabilkan semula Thailand selepas enam tahun negara ini dilanda ketegangan termasuk keganasan sehingga para penunjuk perasaan menawan dua buah lapangan terbang utama di Bangkok. - Agensi
Sumber Kosmo : 4/07/2011
BANGKOK - Parti Pheu Thai akan membentuk kerajaan campuran dengan empat parti politik lain bagi memastikan kerajaan stabil, kata calon perdana menteri, Yingluck Shinawatra daripada parti berkenaan semalam.
Pheu Thai yang memenangi 265 kerusi pada pilihan raya umum kelmarin, akan bekerjasama dengan Chart Thai Pattana yang mendapat 19 kerusi parlimen, Chart Pattana Pueu Pandin (tujuh kerusi), Phalang Chon (tujuh kerusi) dan Mahachon (satu kerusi).
"Dengan 299 kerusi, kerajaan campuran stabil sepenuhnya untuk bekerjasama dan berkhidmat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dengan parti-parti itu di sini semalam.
Yingluck berkata, agenda segera kerajaan baharu ialah untuk bekerja ke arah mencapai penyatuan rakyat dan menangani masalah ekonomi khasnya mengenai kenaikan harga barang dan komoditi.
Sumber Blog Ustaz TPJ 1 Terengganu :
Parlimen Thailand pilih PM pada Jumaat
BANGKOK - Parlimen Thailand dijangka mengadakan undian pada Jumaat ini untuk memilih seorang Perdana Menteri bagi memimpin kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat.
Yingluck Shinawatra - Bakal PM Wanita Pertama Thailand
Yingluck Shinawatra, 44, yang merupakan adik perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra akan menjadi calon Perdan Menteri untuk parti Puea Thai yang menang besar dalam pilihan raya pada 3 Julai lalu .
Abhisit Vejjajiva - PM Thailand
Sementara itu, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva mungkin mewakili Parti Demokrat untuk bertanding menjadi Perdana Menteri sekali lagi dalam undian di Parlimen tersebut bagi menentang Yingluck.
Abhisit meletakkan jawatan sebagai pemimpin parti tersebut selepas kalah dalam pilihan raya.
Calon-calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya 251 undi untuk menjadi Perdana Menteri, sebelum menerima perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej sehari selepas pengundian tersebut. - Reuters
Yingluck sah PM Thailand
Yingluck Shinawatra PM Thailand Pertama dari kalangan wanita
BANGKOK - Anggota parti Puea Thai, Yingluck Shinawatra mencipta sejarah apabila beliau dipilih semalam oleh ahli-ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri wanita Thailand yang pertama selepas kemenangannya dalam pilihan raya lalu.
"Yingluck mendapat lebih daripada majoriti mudah Dewan ini, justeru beliau dipilih sebagai Perdana Menteri," kata Speaker Dewan Rendah, Somsak Kiatsuranont.
Parti Puea Thai yang dianggotai Yingluck menguasai 3/5 kerusi Parlimen selepas beliau memenangi pilihan raya umum pada 3 Julai lalu dengan menewaskan Parti Demokrat.
Yingluck yang merupakan Perdana Menteri Thailand ke-28 dijangka menerima perkenan Raja Bhumibol Adulyadej dalam masa beberapa hari lagi untuk mengesahkan pelantikannya.
Sebagai Perdana Menteri yang baharu, beliau berdepan cabaran getir untuk membawa kestabilan kepada Thailand yang telah lima tahun dilanda kekacauan politik sejak abangnya, Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006.
Thaksin digulingkan selepas terdapat dakwaan beliau melakukan salah guna kuasa dan rasuah.
Terdapat 18 rampasan kuasa dan cubaan rampasan kuasa tentera di Thailand sejak negara ini mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan pada 1932.
Yingluck yang merupakan adik perempuan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dipilih untuk menerajui Thailand cuma beberapa tahun selepas beliau berkecimpung dalam arena politik.
Wanita itu memperoleh sokongan majoriti 296 anggota daripada 500 anggota Dewan Rendah."Yingluck mendapat lebih daripada majoriti mudah Dewan ini, justeru beliau dipilih sebagai Perdana Menteri," kata Speaker Dewan Rendah, Somsak Kiatsuranont.
Parti Puea Thai yang dianggotai Yingluck menguasai 3/5 kerusi Parlimen selepas beliau memenangi pilihan raya umum pada 3 Julai lalu dengan menewaskan Parti Demokrat.
Yingluck yang merupakan Perdana Menteri Thailand ke-28 dijangka menerima perkenan Raja Bhumibol Adulyadej dalam masa beberapa hari lagi untuk mengesahkan pelantikannya.
Sebagai Perdana Menteri yang baharu, beliau berdepan cabaran getir untuk membawa kestabilan kepada Thailand yang telah lima tahun dilanda kekacauan politik sejak abangnya, Thaksin digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006.
Thaksin digulingkan selepas terdapat dakwaan beliau melakukan salah guna kuasa dan rasuah.
Terdapat 18 rampasan kuasa dan cubaan rampasan kuasa tentera di Thailand sejak negara ini mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan pada 1932.
Sepanjang tempoh itu, hanya seorang Perdana Menteri yang berjaya menamatkan penggal perkhidmatan selama empat tahun iaitu Thaksin. - Agensi dan Kosmo.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5608-ulama-main-peranan-besar-di-selatan-thai
Ulama main peranan besar di selatan Thai | | Print | |
Rizal Tahir |
YALA (Selatan Thai), 26 Sept: Para ulama di wilayah selatan Thailand diberi peranan penting bagi memberi gambaran sebenar Islam kepada penduduk di sini. Sebuah buku bertajuk 'Islam dan Kebenaran Yang Mesti Diketahui' telah dihasilkan oleh ulamak di lima wilayah selatan negara berkenaan diharapkan mampu memberi pemahaman kepada masyarakat setempat berhubung pergolakan yang berlaku. Presiden Persatuan Pondok Wilayah Selatan, Abdul Aziz Yanya (Sano), berkata kandungan buku berkenaan memberi definasi betul mengenai perjuangan. (Abdul Aziz menunjukkan buku 'Islam dan Kebenaran Yang Mesti Diketahui') Beliau berkata golongan ulama amat dihormati oleh masyarakat di wilayah berkenaan. Katanya, dengan melalui tulisan yang disumbangkan oleh golongan berkenaan ianya diharap mampu meredakan sentimen benci antara satu sama lain khususnya masyarakat beragama Islam dengan Buddha. "Antara kandungannya mengenai perjuangan yang betul, jihad dan penentuan mati syahid dan sebagainya. "Kita cuba beri keterangan mengikut kaca mata Islam dan alhamdulillah ia diterima oleh masyarakat dan keganasan semakin kurang," katanya Beliau bekata demikian ketika ditemui di Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand (SBPAC), di sini. “Mereka (ulama) tidak beri apa-apa bayaran untuk menulis buku ini tetapi atas dasar untuk keamanan bersama mereka mengambil tanggungjawab ini,” katanya lagi. Untuk rekod SBPAC ditubuhkan pada Disember 2010 untuk mentadbir lima wilayah iaitu Narathiwat, Pattani, Yala, Songkla dan Satun. Sementara itu, Ketua Setiausaha SBPAC, Panu Uthairat berkata, hasil kajian mendapati pengganas di selatan negara itu dianggarkan tidak melebihi 1,000 orang. Manakala mereka disokong antara 6,000 hingga 7,000 penduduk kampung di wilayah berkenaan. Sementara berpuluh ribu lagi dalam keadaan keliru sama ada untuk menyokong atau pun tidak pihak pengganas berkenaan. "Justeru, peranan alim ulama amat penting untuk memberi gambaran sebenar apa yang betul dan apa yang salah. "Ini kerana masyarakat di sini cuba dipengaruhi anasir jahat yang sengaja mencari jalan memecah belah masyarakat di sini," katanya. Beliau berkata, kerajaan Thailand juga menyediakan pelajaran secukupnya kepada masyarakat dan dianggarkan 75 peratus pegawai kerajaan adalah anak tempatan. "Malah Raja Thailand sendiri kerap memainkan peranan khususnya untuk meningkatkan pembangunan di wilayah selatan," ujarnya. Ujarnya lagi, sektor pelancongan di Yala juga semakin meningkat, khususnya di Betong yang bersempadan dengan Malaysia. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5608-ulama-main-peranan-besar-di-selatan-thai
Bapa minta UUM kaji semula lawatan ke Phuket
Harakahdaily, | 04 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 4 April: Seorang bapa kepada pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) sedih dengan tindakan universiti meneruskan lawatan pelajar mereka ke Phuket, Thailand dalam keadaan suasana tegang di negara itu.
Dalam satu email yang dihantar kepada Harakahdaily, bapa berkenaan meminta pihak UUM memberikan jaminan ke atas keselamatan anaknya yang akan ke sana minggu ini.
Baru-baru ini, Thailand dikejutkan ekoran bom kereta yang meletup di tempat kereta Hotel Lee Garden Plaza di Haatyai. (gambar)
Ekoran itu, pelbagai pihak bimbang ia akan berulang lagi di kawasan pelancongan lain di Thailand khasnya Phuket yang menjadi kawasan pelancongan utama di Thailand.
Bapa pelajar ini berkata, beliau telah menghantar surat kepada pengurusan kanan UUM agar mengkaji balik lawatan ini.
Lawatan ini katanya wajib kepada pelajar-pelajar yang sedang mengambil kursus pelancongan dan akan diadakan dalam semester ini juga dan tempat yang mereka akan pergi ialah ke Phuket, Thailand selama 3 atau 4 hari.
Kos anggaran setiap pelajar kena bayar sebanyak RM350 hingga RM450.
"Namun, saya amat terkilan dan sedih bila diberitahu bahawa lawatan itu tetap diteruskan walaupun sehari dua lalu kita dikejutkan dengan ensiden bom di Haatnyai," kata bapa pelajar itu kepada Harakahdaily.
Memandangkan lawatan ini adalah lawatan ke luar negara, sebagai seorang bapa beliau ingin mendapat kan jaminan daripada pihak UUM bahawasanya keselamatan anaknya dan kawan-kawannya yang lain adalah terjamin.
"Sebagai seorang bapa, saya sendiri pun akan cuba untuk tidak pergi ke Thailand pada masa terdekat kerana khuatir perkara buruk yang sedang berlaku di sana mungkin boleh terjadi kepada kita sebagai pelancong.
"Peristiwa bom, bunuh berlainan agama selalu kita dengar terutamanya di tempat yang pelancong suka bertumpu.
"Memang saya tak nafikan ajal maut tuhan yang tentukan, tetapi mengapa pihak yang anjur lawatan ini tidak berfikir sebagaimana ibubapa pelajar ini sedang fikirkan?" kata beliau.

Sumber HD : 4/04/2012
Laporan media tidak tepat isu selatan Thai
M Faqih | Foto Yusri Amin, | 03 Dis 2012 |
KOTA BHARU: Pemimpin masyarakat Islam di Thailand menyifatkan banyak laporan media mengenai pergolakan di selatan negara itu tidak tepat dan bukan mencermin situasi sebenar.
Anggota Jawatankuasa Majlis Ulama Thailand, Ustaz Harun Salleh Nadawi (gambar) berkata, banyak maklumat yang disalurkan melalui media massa kurang tepat kerana dikawal orang bukan Islam.
Oleh itu katanya, penduduk Islam di negara itu sekarang mengusahakan saluran media sendiri termasuk menggunakan kemudahan teknologi baru bagi membolehkan umat Islam di tempat lain mendapat maklumat lebih tepat.
“Malah ada usaha untuk memiliki channel yang menyalurkan maklumat dalam bahasa Melayu,” katanya pada Kongres Dunia Islam 2012 di sebuah hotel di sini semalam. Beliau sekarang tinggal di Bangkok.
Beliau bersama Senator Anang Sharifuddin dari Indonesia membentang syarahan berkisar tajuk Perpaduan Islam Sejagat: Ke Arah Peraturan khalifah.
Turut menjadi peserta kongres berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pegawai-pegawai kerajaan.
Harun berkata, peristiwa berdarah yang mulai meletus di selatan Thailand iaitu di Takbai, Natathiwat dan Kerisik, Patani sekarang sudah merebak sehingga ke Hatyai.
Katanya, kehidupan umat Islam di selatan Thailand sentiasa tertekan dengan kehadiran begitu ramai anggota tentera dan polis sekarang.
Beliau juga mempersoalkan pemimpin-pemimpin politik yang dianggapnya kurang serius menangani konflik di selatan dan hanya muncul menjelang musim pilihan raya sahaja.
Menurutnya juga konflik yang berlaku memberi peluang kepada kumpulan samseng dan pengedaran dadah mengambil kesempatan sehinggga memburukkan lagi keadaan.
“Kumpulan samseng ambil kesempatan. Masalah dadah tidak kurang hebatnya. Itu tidak bagus untuk umat Islam.
“Kami haya mengharapkan doa umat Islam termasuk di Malaysia. Bagaimanapun proses tarbiah kepada umat Islam di Thailand terus berjalan dengan peranan dimainkan pertubuhan-pertubuhan Islam,” ujarnya.
Beliau juga mengakui dasar asimilasi menyebabkan ramai generasi muda di Thailand sekarang tidak lagi fasih berbahasa Melayu.
Anang Sharifuddin (kiri) mewakili Partai Keadilan Sejahtera (PKS) mendedahkan masih ada umat Islam di Indonesia berpecah belah angkara perkara kecil yang hanya bersifat khilaf dari sudut agama.
Katanya, pihak yang menekan aspek tersebut masing-masing membentang hujah sehingga memperlihatkan percanggahan besar dalam kalangan umat Islam.
“Sedangkan Islam meminta penganutnya mengambil jalan tengah dan tidak membesar-besarkan perkara-perkara yang kecil,” ujarnya.
Menjawab soalan Ustaz Abu Bakar katanya, biar pun muncul banyak parti berorientasikan Islam di Indonesia namun ia tidak menggambarkan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam.
Katanya, biar pun banyak namun masing-masing sedang bergerak menuju ke arah satu matlamat.
“Bagaimanapun saya doakan semoga situasi itu tidak berlaku di Malaysia, biarkan hanya ada satu parti politik Islam sahaja di sini,” ujarnya.
Sumber HD - 3-12-2012

No comments:
Post a Comment