Sinar keadilan dari mahkamah Jalan Duta
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, |
Selasa, 10 Januari: Sejak awal Subuh lagi (Isnin), Masjid Wilayah Persekutuan, yang berada di depan Mahkamah Tinggi Jalan Duta didatangi ribuan umat Islam untuk mendengar keputusan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka menunaikan solat Subuh dan kemudian menuju ke kompleks mahkamah tersebut – tidak jauh dari situ dengan penuh semangat dan bersedia menerima apa saja keputusan mahkamah.
Dingin Subuh tidak terasa kerana ramainya orang yang hendak memberi sokongan kepada Anwar, seorang pemimpin pembangkang penuh karisma, yang menghadapi siri fitnah bertahun-tahun lamanya.
(Gambar: Awal Subuh mereka sudah berkumpul di Masjid Wilayah)
Sebahagian besar mereka yang datang menyangkakan, Anwar akan dijatuhkan hukuman bersalah, namun mereka menggagahkan diri untuk datang bagi meneruskan perjuangan ketua pembangkang itu.
Ertinya di sini, mereka bukan semata-mata datang untuk menyokong Anwar secara peribadi, tetapi mereka datang untuk menyokong perjuangan pemimpin Pakatan Rakyat itu bagi membebaskan Malaysia dari cengkaman politik Umno/BN yang korup.
Walaupun tenggelam dalam persepsi umum bahawa kemungkinan besar Anwar akan dihukum, orang ramai terus berjalan dengan aman ke pekarangan mahkamah tersebut dalam cuaca pagi yang semakin cerah.
Matahari sedikit demi sedikit menampakkan wajahnya, di balik rimbunan pohon-pohon di situ, seperti gadis sunti yang malu-malu. Dan orang ramai – pelbagai kaum – terus berkumpul. Teriakan ‘Reformasi’, ‘Allahu Akbar’ bergema. Ratusan wartawan dan juru-foto dari dalam dan luar negara turut sama dalam gelombang orang ramai itu
Ini membuktikan bahawa kes Liwat-11 Datuk Seri Anwar ini mendapat perhatian antarabangsa, di samping beliau sendiri adalah tokoh yang terkenal di peringkat antarabangsa.
Di tengah gegak gempita orang ramai menyambut para tokoh pembangkang yang tiba seorang demi seorang, pasukan polis berkawal dengan tenang, malah ada yang dengan ramah menyambut salam orang ramai, kontras dengan suasana Himpunan Bersih 2.0 dulu yang penuh dengan ketegangan.
Waktu berjalan dan degup jantung hampir setiap orang begitu kencang ketika menanti keputusan perbicaraan tersebut – suatu keputusan yang sangat akan membantu arah jalannya politik negara ini.
(Gambar: Presiden PAS yang datang untuk memberikan sokongan moral kepada Anwar)
Tetapi keadaan yang mendebarkan itu kemudian bertukar tiba-tiba dengan teriakan gembira orang ramai apabila diumumkan bahawa hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohamad Diah memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Setelah mendapat pengesahan berita itu, penyokongnya terus melonjak kegembiraan dan menjerit, “Anwar tidak bersalah!”. Kebanyakannya tercengang-cengang mendengar berita itu. Matahari pagi terus naik – menyaksikan peristiwa itu - seolah-olah ikut gembira kerana berakhirnya sebuah fitnah.
Ramai yang kelihatan begitu bergembira sambil memeluk antara satu dengan lain, bertepuk dan melaungkan “reformasi”, “Allahu Akbar” tidak putus-putus.
Di dalam mahkamah yang penuh sesak, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakap suaminya dengan gembira dan menahan sebak setelah tertekan perasaan dan dukacita yang amat sangat sejak perbicaraan bermula pada tahun 2008. Namun wajahnya masih tergambar kesabaran dan ketabahan hati sebagai isteri seorang pemimpin yang paling banyak menerima ujian silih berganti.
Di tengah orang ramai itu ada suara terdengar perlahan, “Ini ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, Allah masih menyayanginya. Allah membersihkannya dari fitnah.’’
Anwar dan isteri kemudian keluar dari bangunan mahkamah dan diserbu oleh orang ramai yang hendak mengucapkan tahniah.
Anwar mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dan mengisytiharkan bahawa perjuangan mereka masih jauh dari tamat.
"Kita telah dengar tadi bahawa saya kini bebas. Tetapi ini bukanlah mengenai kebebasan saya saja.
Perjuangan selepas ini adalah untuk membebaskan rakyat daripada terus dicengkam oleh kerajaan Barisan Nasional. Tugas kita sekarang ini ialah untuk membebaskan rakyat, untuk membebaskan rakyat,” katanya berulang kali.
Beliau segera ditemui ramah oleh TV Aljazeera dan media lokal dan international yang lain.
Di tengah-tengah itu, tiba-tiba terdengar letupan beberapa kali tidak jauh dari pekarangan tersebut, namun orang ramai masih berkumpul dan berkumandang doa disampaikan oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Salahuddin Nasir.
Selepas itu orang ramai pun bersurai perlahan-lahan dengan rasa lega atas keputusan tersebut. Namun mereka sedar, perjuangan ini belum berakhir, justru ada kemungkinan kes ini akan dibawa ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Sekali lagi orang ramai menyerahkan ketentuan ini kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Di sini saya mencatatkan ingatan yang penting dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menasihatkan pihak yang telah memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memohon maaf dengan segera.
(Gambar: Anwar pulang sebagai seorang yang bebas setelah diputuskan tidak bersalah)
Katanya, mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar selama ini perlu memohon maaf kepada Anwar.
"Berdosa besar dan tidak akan masuk syurga selagi tidak memohon maaf darinya,” ujarnya lagi.
Tuan Guru berpuasa sunat sehari hari ini (Selasa) bagi melahirkan rasa syukur atas keputusan mahkamah.
“Mudah-mudahan fitnah politik di negara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya.
Matahari semakin meninggi ketika medan Jalan Duta itu beransur lengang selepas orang ramai pulang dengan rasa gembira dan shukur kepada Ilahi. Yang tinggal hanyalah sampah saraf, kertas, botol-botol dan sebagainya menunggu dibersihkan oleh buruh bandaraya. Bangunan Mahkamah Tinggi yang ditinggalkan itu telah mencatat sejarah penting bahawa ada sinar keadilan memancar di sana.
Sumber HD : 10/01/2012
Politik perkauman akhiri zamannya

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 25 Jan 2012 |
Tidak syak lagi bahawa generasi baru, malah sesetengah generasi lama juga, telah dengan jelas menolak politik perkauman. Dengan itu parti politik yang berasaskan kaum, atau tebal dengan perkauman sedang menghadapi zaman gelapnya.
Dengan itu, tidak mungkin lagi politik perkauman akan terus mendominasi iklim politik di Malaysia, justru golongan yang mendukung politik perkauman semakin merosot dan terus merosot.
DAP yang sejak puluhan tahun digambarkan oleh musuh politiknya sebagai parti perkauman Cina, kini berusaha keras memulihkan imejnya sebagai parti politik untuk semua kaum di Malayia. Usahanya itu sebanyak sedikit menampakkan hasil di mana sudah ada tokoh-tokoh Melayu yang menyertainya.
Keterlibatan tokoh Melayu itu mampu menonjolkan kesungguhan DAP untuk dilihat secara praktikal sebagai parti bukan perkauman. Tokoh terkini Melayu dalam DAP yang mula mengukir nama ialah seperti Zairil Khir Johari (anak Tan Sri Khir Johari), Prof. Arifin Omar, Mohd Arif Sabri seorang blogger yang terkenal dengan nama samaran Sokmongkol AK 47, bekas Presiden Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ), Hatta Wahari dan mungkin ramai lagi yang sudah memasang niat untuk bersama DAP.
Ramai yakin untuk memastikan Melayu dilihat ada tempat dalam DAP, mereka akan diberi kedudukan tertentu untuk ditonjolkan sebagai tokoh Melayu dalam DAP.
Kalangan yang menyertai DAP ini sudah tentu mempunyai persepsi yang sama bahawa masa depan politik Malaysia bukanlah politik perkauman. Justru mereka melihat Pakatan Rakyat – di mana terdiri dari PAS, DAP dan PKR – mempunyai potensi yang sangat baik.
Menurut Dr. Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS dalam tulisannya di Merdeka Review baru-baru ini, bahawa usaha ‘mesra Melayu’ oleh DAP menjadi mudah apabila ia menjadi parti yang memerintah di Pulau Pinang.
Kata beliau, DAP menzahirkan hasratnya itu melalui dasar berkebajikan kerajaan negeri di mana golongan yang paling bermanfaat dalam dasar ini ialah orang Melayu selain daripada bangsa lain.
“Pengagihan ini memperlihatkan betapa DAP bukanlah hendak meminggir orang Melayu atau mendiskriminasikan mereka di Pulau Pinang, malah penonjolan Lim Guan Eng yang lebih memahami kehendak Islam berbanding dengan Ketua-Ketua Menteri sebelum ini pada kadar tertentu, telah mencairkan chauvanisme DAP. Jadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu sendiri adalah satu alat taktikal yang paling efektif untuk DAP menggerakkan strategi 'mesra Melayunya'," kata Mujahid.
Semuanya ini adalah perkembangan yang sangat menarik sedang berlaku dalam dalam politik kepartian di Malaysia. Bagi aktivis dan pemerhati politik seperti Dr. Mujahid, perkembangan ini menandakan nafas-nafas akhir politik perkauman yang mencengkam politik Malaysia selama ini. Suatu masa nanti, katanya, parti politik Malaysia tidak boleh lagi dikenali dengan pola perkaumannya kerana mereka sudah membebaskan diri dari pengenalan itu.
Yang menjadi persoalan nanti, kata beliau, ialah apakah dasar yang diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat. Begitu juga ketokohan peribadi ahli politik sebagai ikon yang disukai ramai akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.
Sehingga semua itu terlaksana, yang penting ialah prosesnya yang sedang bermula dengan kadar yang sungguh laju.
Pada pendapat saya, PAS sendiri, sebagai parti bukan perkauman yang memperjuangkan dan berusaha menterjemahkan kesyumulan Islam, ia mempunyai kemampuan untuk menarik perhatian lebih ramai bukan saja golongan generasi baru, bahkan juga generasi lama dari pelbagai kaum dan agama.
PAS sendiri ternyata sentiasa hidup di tengah-tengah suasna terkini seperti yang berlaku dalam PRU Ke-12 yang lalu di mana pengundi, terdiri pelbagai bangsa dan agama telah menyokongnya. Di kawasan yang banyak pengundi bukan Melayu seperti di Kota Raja, Selangor di mana calon PAS, Dr. Maria Mahmod telah mencapai kemenangan besar.
Begitu juga di kawasan Kuala Selangor keadaan yang serupa berlaku di mana calon PAS, Dr. Dzulkifly Ahmad juga telah berjaya.
Kawasan lain yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu seperti di dua Dun di Muar, di Pulau Pinang, Perak dan lain-lain, calon PAS juga menang cemerlang.
Hasil tahalluf-Siasi yang dijalin oleh PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, menyebabkan pemngundi bukan Melayu kebanyakannya telah memberi sokongan kepada calon Pakatan, khususnya dari PAS. Ini membuktikan bahawa tasawuur Islam yang dibawa oleh PAS telah diterima oleh pelbagai pihak, khususnya bukan Islam.
Inilah manfaat paling ketara hasil jalinan hubungan PAS dengan pelbagai parti, di mana selama ini, Islam kelihatannya tinggal di masjid dan surau saja.
Saya yakin, dengan sifat Islam yang menolak perkauman, dikriminasi kaum dan seumpamanya, generasi baru, bahkan generasi lama, akan terus menerima PAS dalam PRU Ke-13 akan datang.
Saya berkongsi pandangan dengan Dr. Mujahid seterusnya bahawa yang menjadi persoalan nanti, ialah apakah dasar yang akan diutarakan kepada rakyat, mana-mana parti yang lebih menarik dasarya itulah yang menjadi pilihan rakyat, bukan diukur dari sudut kaum dan sebagainya.
Oleh itu, suatu hal yang amat penting difikirkan oleh Pakatan, khususnya PAS, ialah persoalan ketokohan peribadi ahli politiknya sebagai ikon yang disukai ramai, yang akan menjadi trend politik kepartian di masa depan.
Generasi baru, boleh jadi juga generasi lama, akan melihat siapakah para tokoh yang akan dicalonkan. Kewibawaan, ilmu, keteramplilan dan latar belakang, serta rekod perkhidmatan seseorang calon akan menjadi ukuran penting kepada pengundi. Dengan itu Pakatan Rayat, khususnya PAS, mestilah menyediakan calon bermutu tinggi, yang mempunyai ciri-ciri seperti yang diebutkan.
Namun, saya percaya, PAS tidak kurang dengan tokoh berwibawa dari pelbagai lapangan, justru ia adalah gabungan antara ulama dan professional, yang menjadi harta kekal PAS sendiri.
Mengukur dari trend politik yang ada sekarang, PRU Ke-13 nanti sangat critical sifatnya. Ini kerana pengundi tradisional yang selama ini terbiasa dengan memilih berdasarkan kaum dan suku sakat mereka akan mengakhiri zamannya.
Inilah sebuah perubahan yang akan dihadapi oleh semua parti politik.
Dengan itu, hanya parti politik yang bukan perkauman, diyakini mampu membela rakyat, mampu membawa keadilan dan demokrasi akan menjadi pilihan rakyat.
Sumber HD : 25/01/2012
Pakatan, bersedialah hadapi fitnah
Oleh Abd Shukur Harun
ADA dua hal penting yang dapat saya simpulkan selepas sehari suntuk menghadiri Konvenyen Pakatan Rakyat kali ke-3 di Stadium Sultan Abd Halim, di Alor Setar, Sabtu, 14 Januari lalu.
Pertama, Pakatan perlu memaksimumkan persiapan jenteranya untuk menghadapi PRU13.
Kedua, Pakatan – khususnya PAS – perlu bersedia secara intensif menangkis fitnah besarbesaran musuh tradisi PAS dan golongan tertentu yang keliru, malah selama ini sangat prejudis terhadap PAS.
Mereka memfitnah PAS, kononnya sudah menyeleweng daripada dasar memperjuangkan PAS dan bersekongkol malah menjadi ‘kuda tunggagan’ kepada DAP. Pada hal tidak benar sama sekali.
Ini adalah fitnah yang terusmenerus diperbaharui, malah diperkuat menjelang PRU13 nanti, dengan kepercayaan mereka bahawa sokongan orang Melayu terhadap PAS akan luntur dengan dakyah ini.
Secara jelas dan sudah diketahui umum bahawa mereka yang melancarkan fitnah secara besar-besaran ini datang daripada pelbagai golongan dan kategori:
Pertama, datang daripada musuh tradisi PAS, iaitu Umno-BN. Mereka mendapat inspirasi baru dengan beberapa perkembangan yang berlaku dalam PAS baru-baru ini.
Kedua, kalangan yang ‘terpelanting’ daripada jemaah disebabkan perbuatan mereka Pakatan, bersedialah hadapi fitnah sendiri dengan mengkritik dasar dan ijtihad kepimpinan parti mengenai tahalluf-siasi, pada hal ijtihad ini sudah disepakati dan disetujui oleh tiga Muktamar Tahunan PAS serta diperakui oleh Majlis Syura Ulamak.
Ketiga, kalangan yang memiliki ‘super ego’ bahawa pendapatnya saja yang benar tanpa mengambil kira pendapat jemaah.
Keempat, golongan yang berfikiran sempit terhadap agama Islam dan bersikap perkauman yang tebal, sehingga tidak memungkinkan terbinanya keharmonian dalam sebuah masyarakat Malaysia berbilang kaum dan agama.
Kelima golongan penabur fitnah ini berusaha untuk memusnahkan perjuangan Pakatan Rakyat yang akhirnya mahu mengekalkan pemerintahan status-quo Umno-BN yang ada walaupun diselimuti rasuah, pembaziran dan sebagainya.
Keenam golongan awam yang keliru, yang tidak dapat melihat secara jelas mana yang benar dan mana yang salah. Mereka yang terperangkap dengan kekeliruan ini, termasuk sesetengan golongan agama yang tidak pernah terdedah dengan kaedah berjemaah atau tanzim haraki. Mereka ini hanya melihat persoalan agama daripada pandangan konvensional semata-mata, jauh daripada memahami kaedah politik Islam seperti yang dipraktikkan oleh Ikhwanul- Muslimin Mesir, An-Nahdah Tunisia dan Parti AK di Turki.
Ketujuh, golongan yang keliru ini juga tidak terdedah kepada Sirah Nabi s.a.w. dan kalaupun membacanya, jauh sekali daripada memahami dan memikirkan natijah daripada politik Islam yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat.
Inilah antara perkara yang saya fikirkan ketika menghadiri Konvensyen Ketiga Pakatan Rakyat di mana lebih 20 pembicara – tokoh besar dan sederhana – dengan lebih 4,000 peserta. Sebelah malamnya pula lebih 50,000 orang membanjiri Stadium Sultan Ab Halim kerana mendengar ceramah pemimpin Pakatan.
Konvensyen ini mempunyai makna yang sangat besar. Lebihlebih lagi melihat sokongan padu rakyat hampir seluruh negara untuk menyaksikan perubahan pemerintahan dalam PRU13 nanti.
Seperti yang saya sebutkan, fitnah terhadap Pakatan Rakyat, khususnya PAS ini adalah cabaran getir yang dihadapinya dan Pakatan mestilah bersedia sepenuhnya menghadapi fitnah ini demi kelangsungan politik dan cita-citanya untuk berkuasa di Putrajaya.
Oleh kerana sasaran utama fitnah daripada musuh PAS ini adalah di kalangan orang Melayu kerana mereka menganggap orang Melayu sangat sensitif terhadap isu agama, maka PAS mestilah bersedia di barisan hadapan untuk menangkis fitnah ini.
Sasaran pemfitnah ini ialah penduduk luar bandar, khususnya di tanah rancangan Felda, malah di kalangan golongan generasi lama di bandar dan semi bandar juga.
Di sinilah peranan ulama haraki yang sewajarnya berada di barisan hadapan untuk menangkis fitnah ini. Masjid dan surau mungkin tidak berupaya menyediakan ruang untuk menjelaskan dan menjawab fitnah seumpama ini atas sebab-sebab tertentu. Namun masih ada ruang di sana sini yang boleh digunakan untuk menjawab, justeru ‘jangan mati akal’ dalam usaha menangkis fitnah tersebut.
Bagaimanapun setelah mengikuti konvensyen tersebut sepenuhnya, saya melihat ada kilauan harapan bagi Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan dalam PRU13 nanti.
Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bersama mereka yang hadir di konvensyen tersebut berikrar untuk mengukuhkan jati diri dan menolak kesemua bentuk sogokan yang boleh mengkhianati usaha Pakatan.
Mereka mengangkat tangan dan membacakan lima ikrar tersebut di hadapan 4,000 orang yang hadir.
Mereka berikrar atas nama keadilan dan demokrasi semakin runtuh dan rakyat Malaysia, semakin dinafikan hak serta terus-menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara, maka mereka mengambil sikap dan ikrar:
Pertama, akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;
Kedua, akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;
Ketiga, akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti kompenan Pakatan Rakyat;
Keempat, akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang menyokong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;
Kelima, akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Sehari suntuk konvensyen terebut berlangsung, padat dengan pidato pemimpin Pakatan dan juga tokoh NGO, antara lain Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ Ambiga Sreenevasan, Suhaimi Said dan Dinsman.
Adapun program Buku Jingga yang sekali lagi di ketengahkan oleh Dr Dzulkefly Ahmad bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ di konvensyen tersebut, sangat wajar diberi penekanan oleh Pakatan Rakyat, justeru ia adalah manifestasi program penting Pakatan jika berkuasa nanti.
Malah pada pendapat saya, Buku Jingga ini sendiri mestilah menjadi agenda utama Pakatan sebelum berkuasa dan selepas berkuasa.
Sumber DD : 27/01/2012

Golongan rasis bukan kuasa ke-3
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 09 Feb 2012 |
Ada beberapa pihak mulai bercakap mengenai ‘kuasa ke-3’ dan peranannya dalam menentukan keputusan PRU Ke-13 nanti.
Pihak ini kelihatannya ada yang keliru dengan konsep ‘kuasa ke-3’ ini ataupun untuk pertama kali menyebut mengenai kewujudan ‘kuasa ke-tiga’ ini. Kata-kata ini mulai popular dalam waktu kebelakangan ini, terutama menjelang PRU Ke-13 nanti.
Ada pihak yang mendakwa bahawa oleh kerana ia tidak berpihak kepada parti yang memerintah mahupun parti pembangkang, lalu mendakwa pihaknya adalah ‘kuasa ke-3’ yang digambarkan sebagai kuasa penentu keputusan PRU tersebut.
Sebenarnya ‘kuasa ke-3’ diilhamkan atau dicetuskan oleh civil society, atau masyarakat sivil iaitu manyarakat yang diasosiasikan dengan masyarakat yang tinggi tamadunnya, menjunjung demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia, menolak fahaman perkauman, pemahaman agama yang sempit dan juga menolak nilai-nilai feudal yang menyebabkan fanatisme, diskriminasi dan seumpamanya.
Ada yang mengatakan konotasi ‘masyarakat sivil’ ini dicetuskan oleh Barat, justru Barat sangat diwar-warakan sebagai bumi yang sangat subur demokrasi dan kebebasan manusia.
Namun begitu, kalau kita menyedari bahawa konep masyarakat sivil ini ada digambarkan oleh Ibnu Khaldun, ahli sains sosial Islam yang tersohor itu dalam dalam kitabnya ‘Muqaddimah Ibnu Khaldun’ dan beberapa kitabnya yang lain.
Beliau tidak menyebut akan istilah ‘masyarakat sivil’, tetapi ia menggambarkan sebagai masyarakat madani yang di dalamnya wujud keluhuran undang-undang, menjunjung martabat ilmu, terpeliharannya martabat insan dan hak-haknya dalam batas yang dibenarkan oleh syara’.
Konsep masyarakat madani yang digambarkan oleh Ibnu Khaldun tidak lansung menjunjung fahaman fanatik perkauman dan agama, bahkan ia adalah sebuah masyarakat yang sangat berbuka, toleransi dan menghargai pelbagai idea dan pandangan. Namun ia tunduk kepada syariat Islam dengan segala tuntutannya.
Oleh kerana demikian keadaannnya – baik dari pandangan Barat mengenai masyarakat sivil, mahupun pandangan Islam mengenai masyarakat madani - sama sekali tidak memberi tempat kepada golongan rasis, atau panatik perkauman dan fahaman agama yang sempit.
Oleh itu ‘the third force’ atau ‘kuasa ketiga’ sama sekali menolak golongan perkauman dan fahaman agama yang sempit. Malah Nabi s.a.w. sendiri memberi ingatan jauh lebih awal dalam hadis sohehnya bahawa, “Bukan dari golonganku mereka yang menyeru kepada perkauman”. Tentu ada sebab yang sangat jelas mengapa Islam menolak fahaman perkauman itu sejak dulu lagi.
Berdasarkan pengertian ini semua, nyatalah bahawa golongan yang bergelut dengan fahaman perkauman ini sama sekali tidak boleh dipanggil sebagai ‘the third force’. Oleh itu, jika ada pihak yang masih bersungguh-sungguh – hingga parau suaranya meneriakkan bahawa pihaknya adalah ‘kuasa ketiga’ maka dakwaan itu adalah palsu semata-mata.
Dalam konteks Malaysia yang akan mengadakan PRU Ke-13 bila-bila masa sekarang, rakyat sewajarnya jangan keliru dengan seruan ini. Ia hanya seruan atau pandangan yang mengelirukan untuk mempengaruhi rakyat berdasarkan prejudice, kebencian, tantangan terhadap pihak yang tidak sehaluan dengannya.
Dalam situasi sekarang, boleh diduga akan muncul pelbagai golongan atau pihak yang akan tampil memberikan pandangan parti mana atau siapa tokoh yang sewajarnya dipilih oleh pengundi nanti.
Mereka ini, sesetengahnya datang dari golongan intelektual, pelajar universiti, ngo-ngo yang prihatin terhadap situasi yang ada sekarang. Ini seiringi dengan demokrasi dan kebebasan yang ada.
Namun dalam keadaan yang semikian, saya yakin para pengundi akan menolak mana-mana ngo atau orang perseorangan yang beriya-iya mendakwa sebagai ‘kuasa ketiga’ yang kononnya mampu untuk menentukan nisbah aliran pengundian, pada hal di antara mereka ada yang lantang meneriakkan faham perkauman dan pemahaman agama yang sempit.
Saya yakin hanya ngo dan pihak yang benar-benar berjuang untuk kebebasan dan hak-hak rakyat, prihatin dengan apa yang berlaku kepada negara, menentang rasuah dan penyelewengan, bukan perkauman dan fahaman sempit agama, yang wajar dianggap sebagai ‘kuasa ketiga’ dan yang boleh dipercayai oleh pengundi.
Golongan bukan perkauman sempit ini diyakini akan mengambil peranan penting, terutama menjelang PRU Ke-13 nanti dan mampu mempengaruhi rakyat untuk membuat perubahan.
Sewajarnya kita mengimbau kembali peristiwa Perhimpunan Bersih 2.0 di Ibu Negara tahun lalu, di mana pada pendapat saya, ia adalah cetusan kebangkitan masyarakat sivil, bukan didorong oleh sentimen parti politik atau sebagainya. Mereka bangkit untuk menuntut sebuah pilihan raya bersih dan demokratik.
Pesertanya bukan sekedar pendukung parti politik tertentu, tetapi pelbagai golongan – buruh, kalangan profesional, cendekiawan, mahasiwa, artis, malah Sasterawan Negara, A. Samad Said, hingga kasutnya terpelanting ketika bersama rakyat diburu oleh gas pemedih mata.
Tidak ada elemen perkauman dan fahaman agama yang sempit di situ walaupun ada pihak tertentu memberikan pandangan negatife, dengan menuduh kononnya ada elemen perkauman dan agama di situ. Tudahan ini tidak benar sama sekali. Ternyata Bersih 2.0 itu adalah bersih dan tulin dari masyarakat sivil yang mahukan perubahan.
Dalam hubungan ini golongan yang benar-benar tulin, yang boleh dipanggil ‘the third force’, ialah mereka yang tidak perkauman dan fahaman sempit agama, juga tidak berkepentingan dan sebagainya. Mereka akan mengambil peranan penting menjelang PRU Ke-13.
‘Kuasa ketiga’ yang tulin inilah yang benar-benar menawarakan sebuah perjuangan untuk kebebasan, demokrasi, keluhuran undang-undang, pro-rakyat, anti rasuah dan penyelewengan dan sebagainya.
Pada akhirnya, rakyat Malaysia berpeluang memilih calon terbaik dari kalangan individu terbaik dan dari parti terbaik yang mereka wakili.
Sumber HD : 9/02/2012

PAS Kedah akan lebih kukuh
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 08 Mac 2012 |
Dengan berakhirnya kemelut di Kedah, diiringi tangisan gembira oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub – yang mungkin juga oleh pendukung PAS di pelbagai negeri - harapan begitu cerah untuk melihat PAS/Pakatan Rakyat dengan segala kekuatan bagi menghadapi PRU Ke-13 pada bila-bila masa.
Tidak perlulah lagi PAS melayan dakwaan musuh PAS dan mereka yang keliru atau mahu mengelirukan kononnya kuasa Menteri Besar Kedah akan terhad dengan keputusan Jawatan Kuasa PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang akan memantau dan memandu Kerajaan Kedah.
Setiauaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abd Halim Abd Rahman telah menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pemandu itu hanya bersifat penasihat dan pemantau kerajaan negeri.
Menurut kedua-dua pemimpin tertinggi PAS itu, pembentukan jawatankuasa pemandu di negeri Kedah – seperti juga di Kelantan di masa lalu - adalah bersifat penasihat dan bukannya akan mengambil alih peranan majlis mesyuarat kerajaan (exco).
“Tiada sebarang jawatankuasa apapun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet. Oleh itu, penubuhan Jawatankuasa Pemandu ini tiada kaitan untuk mengambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.
“Ia hanya bersifat advisery (penasihat) dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat,” kata Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan media itu.
Namun pemimpin parti musuh PAS dan media mereka masih menyiarkan kenyataan dan tafsiran yang keliru.
Harapan mereka supaya krisis di Kedah itu tidak akan selesai hingga pilihan raya Ke-13, walaupun hakikatnya krisis itu telah berakhir dan PAS Kedah diberitakan sudah meneruskan kerja-kerja persiapan pilihan raya, malah persiapan itu, saya mendapat tahu, telah dilipatgandakan.
Ini adalah manifestasi yang ditunjukkan oleh pendukung PAS di mana-mana bahawa kepentingan parti mengatasi segala-segalanya. Atas semangat ini mereka terus menerus membuat persiapan. Tentunya ini akan melumpuhkan harapan Umno/BN itu menawan Kedah dalam Pru Ke-13.
PAS Kedah mempunyai ciri-ciri istimewa, terutama kerana ia pernah dipimpin oleh seorang tokoh besar PAS – Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor.
Almarhum, seorang pemimpin yang memandang jauh kedepan, berjaya melakar tahaluh-siasi bersama pimpinan PAS yang lain seperti Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abd Hadi Awang, Haji Haji Mustafa Ali dan lain-lain.
PAS Kedah didukung oleh sejumlah pemimpin yang berwibawa, malah ramai di antara mereka juga diduduk dalam saf pimpinan Pusat.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Ab Razak, Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar, Ustaz Ustazah Jamilah Ibrahim, Ustaz Taib Azamudin, Datuk Muslim Othman dan ramai lagi.
Kini, PAS Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan bin Abd. Razak dengan timbalannya - Pesuruhjaya I : Ir. Hj Phahrolrazi bin Zawawi,
Timbalan Pesuruhjaya II : Dr Ismail bin Salleh dan Timbalan Pesuruhjaya III : Ustaz. Hj Mat Isa bin Shafie, disertai tokoh lain – Ustaz Musoddak bin Hj Ahmad,
Datuk Ir. Hj Amiruddin bin Hamzah, Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Haji Muhammad Yusuf Husin, Hj Sheikh Mohamad bin Abdullah, Ustaz Ahmad bin Yahya dan Hajah Aishah binti Ghazali serta tokoh-tokoh lama seperti Cikgu Wahab dan lain-lain.
Pimpinan PAS Kedah ini adalah kombinasi antara ulama dan professional, serta para veteran yang sangat berjasa kepada PAS. Sebab itu, tiada sebab PAS Kedah tidak mampu mempertahankan kemengannya yang gemilang dalam PRU 2008 dulu.
Saya masih ingat peristiwa penuh air mata, ketika berada di Markas Besar PAS Kedah, di Kota Sarang Semut untuk mendengar keputusan PRU Ke-11, 2004. Malam itu dalam cuaca mendung, dengan penuh hiba saya dan pendukung PAS yang lain menyaksikan kekalahan teruk PAS di seluruh negara.
Sebelum itu, pendukung PAS menaruh harapan bahawa PAS Kedah akan mencapai kemenangan dan dapat menawan negeri jelapang padi itu dalam PRU Ke-11 itu. Namun begitu kecewa dan saya pulang ke hotel dengan penuh sedih tidak terkatakan.
Sebab itu, apabila PAS mencapai kemenangan gemilang seluruh negara dalam PRU Ke-12, bersekali dapat menawan Kedah, kesedihan 2008 itu terubat kembali.
Pendukung PAS, khususnya di Kedah, memang sangat diharapkan dapat mempertahankan Kerajaan PAS/Pakatan Rakyat dalam PRU Ke13 nanti.
Apabila berlaku kemelut di Kedah baru-baru ini maka rasa cemas, bimbang dan sedih tidak terkatakan dan saya serta pendukung PAS yang lain juga sentiasa berdoa kepada Ilahi semoga krisis itu berakhir segera.
Doa pendukung PAS itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Sikap tolak ansur semua pihak dangan memikirkan kepentinan parti mengatasi segala-galanya membuahkan penyelesaian.
Kini saya yakin, dengan penuh harapan, selepas kemelut ini, PAS Kedah akan lebih kukuh untuk melipatgandakan kerja-kerja menghadapi PRU Ke-13 yang penuh cabaran itu.

Sumber HD : 9/03/2012
Selangor penyumbang terbesar KDNK
Abd Shukur Harun, | 20 Mac 2012 |
Tidak syak lagi, di bawah kepimpinan MB Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agama Islam dapat terus dipertahankan di negeri itu di terngah-tengah usaha mengekalkannya sebagai negeri termaju.
Oleh itu, rakyat Selangor akan dapat terus menikmati kemakmuraan dengan penuh adil di negeri kaya ini di bawah Pakatan Rakyat. Dengan demikian tertolaklah segala fitnah dan tuduhan Umno/BN yang kini berusaha keras untuk merampasnya dalam PRU Ke-13 akan datang.
Kemajuan pesat Selangor ini telah ditegaskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Negeri Selangor kali Kedua belas baru-baru ini.
Baginda melahirkan rasa syukur kepada Allah, apabila Selangor berjaya mengekalkan status negeri maju di negara ini. Menurut baginda lagi, kejayaan ini adalah berkat usaha gigih kerajaan dan rakyat, dalam pada itu kerajaan negeri, perlu berusaha dan terus bertindak untuk mengagihkan hasil pembangunan dan limpah rezeki kepada rakyat secara adil.
Sultan Selangor turut menyatakan bahawa ekonomi Selangor terus merekodkan pertumbuhan positif tahun 2011 walaupun dengan persekitaran luar yang sangat mencabar.
"Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri masih berjaya dicatat pada 5.9 peratus dibantu peningkatan dalam penggunaan domestik dan pelaburan swasta merangsang eksport output dan komoditi.
"Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) dijangka seperti insentif cukai dan langkah liberalisasi untuk menarik pelaburan terutama sektor perkhidmatan," titah baginda.
Baginda turut bertitah, sebagai negeri penyumbang terbesar kepada KDNK negara dengan anggaran 22 peratus, Selangor perlu memainkan peranan yang lebih agresif dalam meningkatkan pelaburan domestik dan asing masuk ke dalam negeri.
Sidang Dewan Undangan Negeri itu berlangsung ketika PRU Ke-13 sedang hangat diperkatakan oleh semua pihak, malah ada yang menjangkakan akan berlangsung awal Jun ini, namun segala-galanya belum pasti.
Dengan kekayaannya yang ada, Selangor terbukti menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK Negara, iaitu dengan anggaran 22 peratus. Ini bermakna Selangor dan rakyatnya menjadi pembayar cukai terbesar kepada negara.
Oleh itu pemimpin Umno/BN yang mengungkit bahawa rakyat di Selangor menerima paling banyak pemberian RM500 baru-baru ini sewajarnya melihat fakta sumbangan Selangor ini dengan rasional dan fikiran terbuka.
Tidak lama dulu, dalam pertemuan saya beserta Dinsman dan Bara Jiwa dari Seniman Paksi Rakyat dengan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim di pejabatnya, Menteri Besar itu optimis bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan dapat mengekalkan prestasinya, malah akan terus meningkatkannya.
Yang menjadi fokus percakapannya dengan kami ialah hasrat kerajaannya untuk mengagihkan kemakmuran Selangor ini kepada rakyat secara adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan agama. Ini kerana, katanya, keadilah menjadi paksi utama kesyumulan Islam.
Beliau telah melawat pelbagai tempat di seluruh Selangor, menyaksikan kehidupan pelbagai golongan masyarakat. Antaranya, beliau melawat dan menyaksikan kehidupan kawasan flet murah yang penuh sesak, kawasan pedalaman yang jauh di utara Selangor dan pelbagai lagi. Beliau mendengar secara langsung masalah rakyat dengan penuh pengertian dan simpati.
Sebagai tokoh ekonomi yang pernah menjadi tokoh korporat terkenal, Tan Sri Abd Khalid sangat berhati-hati dalam mengendalikan pengurusan kewangan negeri yang kaya itu, supaya pengurusan kewangan itu berjalan dengan betul, kerana, katanya, ‘ini adalah amanah rakyat yang mesti dipegang sekukuhnya.
’
Adapun jumlah pelaburan tahun 2011 di Selangor dicatatkan sebanyak RM8.74 bilion dengan 263 projek berjaya dimajukan serta membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih 15 ribu rakyat Selangor untuk bekerja di pelbagai sektor pekerjaan. Ini suatu kemajuan yang sangat memberangsangkan.
Juga sangat menarik dalam titah Sultan Selangor itu ialah baginda turut percaya dengan Menteri Besar yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mampu memartabatkan lagi agama Islam dan umat Islam di Selangor.
"Cara kerja yang profesional dapat menangkis segala fitnah dan tuduhan jahat sekaligus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam.” kata baginda.
Pada pendapat saya, dengan kemajuan negeri Selangor yang pesat, dalam masa yang sama dapat terus mempertahankan Islam seutuhnya, jelaslah bahawa kerajaan Selangor akan dapat terus memperkukuh harapan rakyat untuk membina kehidupan yang cemerlang baik di dunia mahupun akhirat.
Tan Sri Abd Khalid dan kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor sudah sewajarnya dipertahankan dalam PRU ke-13 nanti. Inilah sebuah kerajaan yang sangat menjanjikan.
Sumber HD : 20/03/2012
Atas pagar mula sokong Pakatan
Pengundi ‘atas pagar’ (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belum membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat, suatu tanda positif ke arah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 akan datang.
Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain:
+ Semakin ramainya golongan yang dikenal ‘Atas Pagar’ datang mendengar ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta ceramah jauh di pedalaman.
Para petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai tempat.
+ Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti majlis ceramah PR.
+ Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu yang berbangkit menjelang pilihan raya akan datang.
+ Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut.
+ Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang awam dari pelbagai media alternatif.
Menurut pemerhati, perkembangan menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan demokratik.
Kehadiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Himpunan Bersih 2.0 itu sangat memberi kesan kepada anak muda untuk menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau menjadi ikon yang sangat berpengaruh kepada anak muda.
Sejak Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah, penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara besar-besaran di tanah air.
Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan ‘takut’ rakyat untuk menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi kesannya meluas.
Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu Kota.
Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan ‘atas pagar’ dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam melaksanakan hak mereka jika menang dalam PRU Ke-13.
Sementara itu, kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi dan ‘mencengkam’ golongan berpendapatan rendah dan sederhana menyebabkan sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan apapun yang berlaku, mulai kritikal terhadap parti yang memerintah.
Memanglah pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama kepada penduduk luar bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai erti berbanding dengan kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga ikan, minyak, beras, gula dan tol.
Golongan ‘atas pagar’ muncul kerana rakyat menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku – politik, ekonomi, sosial – disebabkan penyelewengan, rasuah, manipulasi, pemborosan dan pelbagai lagi. Rakyat bosan dengan kepincangan yang berlaku ini.
Sementara itu, semakin dekat dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan berlaku – gangguan kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta, ancaman, pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat pembangkang dan pelbagai lagi.
Semua kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana parti politik telah memihak kepada pembangkang.
Sementara itu pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan ‘Buku Jingga’ yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku ‘Negara Berkebajikan’ yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan ‘Buku Jingga’.
Menurut tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum disebarluaskan secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak kawasan pilihan raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada dua buku tersebut.
Apabila golongan ‘Poros Tiga’ ini didedahkan secara terperinci akan isi dua buku penting ini, saya fikir golongan ini, dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti.
Oleh itu, jika pengundi golongan muda dan golongan ‘atas pagar’ ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat, maka saya percaya, Insya-Allah, jalan ‘menuju ke Putrajaya’ akan lebih mudah.
Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan masa yang singkat ini sebaik-baiknya.
Sumber HD : 3/04/2012
Malam Selasa lalu, kami dari Seniman Paksi Rakyat (Paksi) dan Markas Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur, pimpinan Cikgu Ishak Surin, telah mengadakan sambutan hari lahir Sasterawan Negara, A. Samad Said yang ke 77 dalam suasana penuh shahdu dan sederhana.
Kami meraikan beliau bukan semata-mata kerana menyambut hari lahirnya itu, tetapi bahkan kerana kehadirannya di tengah-tengah medan perjuangan yang membara, malah menjadi antara tokoh penggerak utama kebangkitan rakyat, selaku Pengerusi Bersama Bersih 3.0.
Beliau telah mencetuskan sebuah phenomena yang menarik terutama di kalangan golongan muda.
Hadir sama di majlis tersebut, penyair/dramatis Dinsman, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Kasim Muhamad (Bara Jiwa), Hasni Abas, Pak Saleh Bakar, Kumpulan Rahmat, Yeoh dari kumpulan Anak Muda Sri Petaling dan ramai lagi.
Saya sendiri diminta menyampaikan sedikit kata-kata dengan menyebutkan bahawa dalam umur 77 tahun, A. Samad Said dapat menyaksikan suasana politik dan kemasyarakatan yang sedang menuju ‘arah yang tidak tentu arah’.
(A Samad bergambar dengan rakan-rakannya selepas diraikan)
Beliau sedang menyaksikan suasana seolah-olah negara dan bangsa ini kehilangan arah, jati diri, kehilangan kebebasan, malah seperti kehilangan manusiawinya.
Sebagai sasterawan, barangkali beliau menyaksikan semunya ini dengan penuh kecewa dan bertanya mengapa negara dan bangsa yang sudah lebih setengah abad merdeka ini berada dalam kancah yang sedemikian rupa.
Kita beragama Islam dan berbangsa Melayu tetapi malangnya di mana kita meletakkan pesan-pesan Al-Quran yang bermaksud: “Kami jadikan kamu umat yang sederhana, pertengahan, adil, menjadi saksi kepada manusia dan Rasul menjadi saksi kepada kamu.” – Ayat 124, Surah Al-Baqarah.
Tetapi apa yang terjadi, keadaan sekarang sangat kontras dengan pesan-pesan Al-Quran itu.
Sebagai sahabat lama sejak setengah abad lalu, malah pernah bertugas di bawahnya ketika beliau menjadi Editor Berita Harian dulu, saya amat gembira dan terharu bahawa sasterawan yang satu ini berdiri gagah, walaupun dalam usia 77 tahun, memikul amanah untuk melaksanakan tuntutan agama supaya menyeru kepada yang makruf, mencegah kepada yang mungkar.
Seperti kata A. Samad Said sendiri dalam bukunya ‘Dari Salina Ke Langit Petang’ bahawa “tidak ramai manusia yang sempat memikirkan apa ertinya kehidupan mereka. Makanya dengan caranya sendiri, dengan kehalusan seninya dan kekayaan imaginasi dan fikirannya, penulis sebagai seniman berupaya menyingkapkan pengalaman baru kepada sesiapa saja yang meresapi atau menghayati karyanya.”
Hari ini A. Samad Said hadir dan mengalir, memberikan sumbangan kepada masyarakat sesuai dengan peranan sasterawan sebagai jurubicara masyarakat, hidupnya tidak sia-sia.
Semoga akan lahir lagi tokoh sasterawan seperti A. Samad Said di mana bukan saja karyanya dibaca dan ditelaah, menjadi khazanah bangsa dan negara, tetapi perjuanganya juga akan dikenang hingga abadi.
Di majlis malam itu, Prof. Dr. Siti Zainon turut memberikan ucapan yang sangat mengesankan.
Katanya, ketika kita menyambut hari lahir A. Samad Said ke-77 ini, kita sebenarnya jangan lupa akan peranan dan sumbangan seorang ibu yang membesarkannya. Kerana itu ibunya dan ibu kita juga sangat penting dikenang justru tanpa ibu, kata Siti Zainon, siapalah kita.
Malam itu Dinsman membacakan sebuah puisinya mengenai erti penyair dan kepenyairan itu sendiri dalam kehidupan dengan berkata, “kadang-kadang saya bertanya sendiri mengapa saya menulis puisi. Hari ini saya telah mendapat jawapan dengan apa yang dilakukan oleh A. Samad Said.”
Hasni Abas bercerita mengenai pengalaman mengenali A. Samad Said, sementara Pak Saleh Bakar, seperti biasa, dengan pantunnya.
Nasser pula menceritakan bagaimana dia telah menjadikan puisi A. Samad Said ‘Tetamu Senja’ sebagai isi kad jemputan perkahwinannya. Kata Nasser, beliau masih menyimpan kad jemputan itu.
Mungkin ada orang – bahkan mungkin di kalangan sasterawan sendiri -merasa anih dengan kehadiran A. Samad Said di tengah-tengah pentas perjuangan rakyat ini, ketika ada di kalangan penulis sendiri merasakan lebih selamat berada dalam ‘zon selesa’ dan sekedar menjadi pemerhati. Itu adalah pilihan mereka.
Namun seperti kata A. Samad Said di malam meraikannya itu, “Saya sebagai sasterawan tidak mahu sekedar menjadi pemerhati, tetapi mahu berada di tengah-tengah perjuangan rakyat ini, lebih-lebih lagi sebagai sasterawan, saya menjadi jurubicara mereka.”
A. Samad Said ternyata menyambung legasi tokoh penulis besar di masa lalu - Dr. Ishak Haji Muhamad dan Dr. Usman Awang, Ahamad Boestamam serta Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah - yang terus menerus memperjuangkan keadilan masyarakat dan golongan miskin.
Kini, karya sastera, terutamanya puisi, tidak lagi ‘terpencil’ dan dipandang sepi oleh masyarakat.
Dengan kehadiran A. Samad Said, puisi berada di tengah-tengah perjuangan rakyat dan tidak lagi berkurung di di bilik-bilik khusus berhawa dingin untuk kalangan penulis, peminat dan pengkaji sastera saja, tetapi ia kini suara penyair berada di tengah masyarakat, di Dataran Merdeka dan di mana saja ada gelombang rakyat.
A. Samad Said telah mencetuskan phenomena menarik ini. Ia telah memberikan makna kepada kehidupan ini.
Semoga beliau dikurniakan Allah s.w.t. dalam keadaan sihat walafiat dan diredhai perjuangannya.
--------------------------------------------------------------------------
Abd Shukur Harun boleh dihubungi melalui email shuukurharun@yahoo.com
Sumber HD : 18/04/2012
Ketika berada di tengah Himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu, saya mendapati himpunan itu mencapai kejayaan luar biasa. Bukan semata-mata kerana ia disertai oleh ratusan ribu orang, terutama golongan muda, tetapi juga disertai pelbagai kaum dan agama. Ia jauh lebih besar dari Himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu. Dianggarkan lebih kurang 300,000 orang telah menyertai himpunan kali ini.
Ini bukti nyata bahawa rakyat yang sedar – merentasi kaum dan agama - – telah sama-sama berjuang untuk menuntut pilihan raya yang bersih dari pelbagai penipuan dan manipulasi, terutamanya mengenai daftar pemilih yang masih kotor.
Himpunan itu juga disertai majoriti golongan muda yang amat sedar akan pentingnya sebuah pilihan raya bersih demokratik. Saya bertemu dengan seorang anak muda, kira-kira 25 tahun, bernama Amir Razali di himpunan itu, katanya:
“Pilihan raya adalah permulaan dari bentuk pemerintahan negara. Kiranya pilihan raya itu tidak bersih, penuh penipuan, tidak mungkin kerajaan yang menang itu akan dapat menjalankan pemerintahannya dengan bersih, adil dan terbuka.”
Beliau baru saja menghabiskan pengajiannya di sebuah kolej dan berhasrat menyambung pengajiannya hingga ke peringkat Phd, jurusan ekonomi, “kalau cukup wang, sebab keluarga saya miskin.”
Beliau antara puluhan ribu anak muda – pelbagai bangsa dan agama – yang berdiri di depan Masjid Negara untuk bersiap menuju tempat paling hampir ke Dataran Merdeka yang dikepung segenap penjuru oleh pihak berkuasa.
Sejak jam 10.00 pagi Masjid Negara dan Masjid Jamek (yang paling dekat dengan Dataran Merdeka), orang ramai telah berkumpul dan memenuhi jalan raya. Mereka bertali arus datang. Saya sendiri tiba di pekarangan tempat kereta di hotel sebelah KL Central dan bersolat Subuh di sana.
Selepas itu beramai-ramai menuju ke Masjid Negara. Orang ramai juga ada yang berkumpul di Brickfield untuk menuju ke tempat paling dekat dengan Dataran Merdeka seperti diarahkan.
Ketika matahari muncul, orang ramai terus berdatangan ke Masjid Negara. Ramai di antara mereka – ramai dari Kumpulan Lynas dari Pahang - yang sepatutnya tiba di KLCC, tidak dapat ke sana kerana pelbagai sekatan jalan. Bagaimanapun jumlah yang berada di sana juga ramai.
Pagi itu cuaca cerah seperti merestui Himpunan hari itu. Orang ramai di mana-mana, di tepi jalan ada yang duduk untuk makan bekalan yang dibawa, sementara pergerakan menuju ke Masjid Negara dan Masjid Jamek terus rancak.
Kalangan peserta, kebanyakan penyokong DAP, seperti diarahkan, berhimpun di Jalan Sultan, berhampiran Petaling Street. Cuaca pagi terus cerah, awan putih di langit bagaimana memerhatikan pergerakan rakyat hari itu.
Suasana bandaraya kelihatan ceria, pembersih sampah menjalankan tugasnya, kendereaan bergerak seperti biasa di jalan-jalan yang tiada sekatan. Namun semua jalan ke Dataran Merdeka disekat, bukan saja dengan kun merah tetapi juga kawat berduri yang kelihatan masih baru dipakai, sementara di sana sini pasukan polis mengawal dengan ketatnya.
Di perkarangan Masjid Negara orang ramai terus berdatangan dan pelancong juga ramai tiba, mengambil gambar dan kelihatan tertarik melihat apa yang berlaku. Tidak terlihat kebimbangan mereka. Saya bersolat Sunat di sana, sementara orang ramai ramai terus berdatangan, matahari mulai meninggi. Unit Amal PAS bertugas dengan baik mengawal keadaan.
Saya menelefon Sasterawan Negara, A. Samad Said di mana beliau berada. “Saya berada di rumah (di Bangsar) dan akan bertolak ke sana sebentar lagi dengan LRT.” Saya bertanya lagi, sama ada beliau datang dengan pengawal peribadi, beliau segera menjawab, “Tidak, saya berlindung dengan Allah.” Dan saya menjawab, “Alhamdulillah.”
Masjid Negara itu terus menjadi saksi akan kebangkitan rakyat. Himpunan membantah PPSMI, Bersih 2.0 tahun lalu juga diadakan di sana. Bermakna Masjid Negara mempunyai makna penting dalam sejarah kebangkitan rakyat. Orang ramai terus berdatangan dari segenap penjuru dan Unit Amal berada di mana-mana, tahniah atas khidmat mereka yang cemerlang. Saya bertemu dengan para sahabat dari Selangor – YB Ir. Khalid Samad, YB Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Kedah, YB Johari Abdul, YB Firdaus, Ahli Exco Selangor serta Ustaz Haji Ahmad Awang dan isteri, serta ramai pimpinan PAS Selangor.
Di perkarangan masjid - berdepan dengan stesyen keretapi lama, Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi dan tokoh lain menyampaikan arahan dan ucapan. Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang menyampaikan ucapan di Dataran Maybank, sementara para pemimpin Bersih 0.4 berada di pelbagai tempat yang telah ditentukan.
Di pekarangan masjid, kelihatan ramai kalangan bukan Islam yang datang dari arah Brickfield. Seorang di antaranya yang saya temui, mengenalkan namanya, Mr. Tan. Beliau memberitahu saya bahawa beliau bersama isteri datang dari Segamat, Johor bersama empat orang sahabatnya dan tinggal di hotel berdekatan.
“Saya gembira tengok semua kaum ikut dalam Himpunan ini. Ini betul-betul bersih, tak ada perkauman. Kita semua datang untuk menghantar mesej kepada kerajaan supya mengadakan pilihan raya dengan bersih, jangan tipu,” katanya.
Kalangan anak muda kelihatan mendominasi Himpunan Bersih ini dan mereka kelihatan berada di mana-mana dengan baju kuning dan lilit kepala Bersih penuh semangat. Inilah generasi akan datang yang akan menangani cabaran mendatang. Bagaimanapun, kelihatan ramai kalangan veteran yang masih bersemangat dan ikut dalam arus kebangkitan ini.
Pada pendapat saya, ini adalah isyarat sangat jelas bahawa perjuangan ini didukung oleh kalangan anak muda, golongan veteran, malah ribuan muslimat turut berada di tengah-tengah Himpunan itu – di depan stesyen keretapi lama, di Masjid Negara, di jalan dari Sogo, di KLCC, sepanjang jalan arah ke Masjid Jamek yang sangat kritikal dan paling banyak menerima semburan gas pemedih mata.
Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Sasterawan Negara, A. Samad Said sempat bersolat Asar di Masjid Negara kira-kira jam 5.15 petang selepas Himpunan dan disambut oleh orang ramai yang masih berada di situ.
Saya menyaksikan wartawan Aljazeera, wartawan BBC, wartawan TV Australia, Hong Kong, Singapura dan banyak lagi media antara bangsa merakamkan peristiwa ini di samping menemuramah pemimpin Bersih 3.0 dan orang ramai.
Ini bermakna protes rakyat ini sedang disaksikan oleh dunia, apalagi Himpunan Bersih 3.0 turut diadakan puluhan kota besar di seluruh dunia, termasuk di Makkah dan Madinah. Seluruh dunia tahu bagaimana demokrasi ‘disandiwarakan’ di negara ini dan tidak syak lagi pemerintahan Barisan Nasional sedang dalam perhatian seluruh dunia.
Sesungguhnya gelombang kesedaran dari lautan manusia, peserta Himpunan Bersih 3.0 ini sepatutnya disedari oleh pemimpin pemerintah supaya menjalankan pilihan raya penuh demokratik, terutama membersihkan daftar pengundi. Ini sangat penting disedari, tetapi sangat malanglah jika mereka gagal memahami gelombang rakyat ini di mana kesannya tidak dapat dibayangkan.
Sumber HD : 30/04/2012
Bolehkah PRU Ke-13 akan datang berjalan dengan demokratik dan bersih dari segala penipuan? Ini pertanyaan dari ramai orang, terutama dari rakyat prihatin yang amat tinggi harapan mereka supaya PRU Ke-13 itu benar-benar adil dan bersih.
Namun perkembangan terkini menghantar isyarat bahawa PRU Ke-13 itu jauh dari yang diharapkan.
Tanda-tandanya:
a. Tuntutan Bersih 3.0 tidak mungkin ditunaikan dalam keadaan sekarang, di mana BN berhempas pulas untuk mempertahankan kuasa yang telah dinikmatinya lebih setengah abad.
b. Isu dan tindakan berbau perkauman dan kekerasan semakin bermunculan. Di sana sini ceramah Pakatan Rakyat diganggu dan kekerasan tanpa kawalan.
c. Ancaman dan kata-kata perkauman semakin menjadi-jadi, terutamanya di Pulau Pinang dan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.
d. Serangan propaganda dan pelbagai bentuk tindakan secara konsisten dihalakan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, negeri kaya yang hendak direbut kembali oleh BN ‘dengan apacarapun’.
e. Media tradisional dan rangkaian mereka secara berterusan menaburkan fitnah paling keji dan memburuk-burukkan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
f. Pemberian wang dan pelbagai habuan diberikan kepada rakyat, khususnya rakyat di luar bandar menjelang pilihan raya.
g. Agensi kerajaan dipergunakan sedemikian rupa untuk memberikan kemenangan kepada BN dalam PRU ke-13 dengan pelbagai cara.
Kemudian, ibu segala masalah – pengundi yang diragukan, malah pengundi hantu – di mana masalah ini sangat sukar diatasi hingga menjelang pilihan raya akan datang.
Dalam keadaan yang sedemikian rupa, tidak mungkin atau masih amat jauh lagi impian rakyat untuk menyaksikan pilihan raya bersih dan adil dapat dipenuhi.
Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 sudah berlansung dan memang menimbulkan kesan besar, namun tuntutan Bersih masih juga belum ditunaikan boleh jadi hingga berlansung PRU Ke-13 nanti. Ini suatu cabaran yang amat getir dihadapi oleh Pakatan Rakyat.
(Tuntutan melalui perhimpunan Bersih 3.0 tidak diendahkan oleh kerajaan)
Memanglah tidak mudah bagi Umno/BN yang memerintah lebih setengah abad untuk menyerah kalah dan mereka akan mempertahankan kuasa mereka dengan ‘apa cara sekalipun’. Hal ini memang disedari ramai.
Seperti diketahui umum, ibu segala masalah dalam PRU Ke-13 ialah senarai pengundi yang masih kotor dan pelbagai penipuan. Inilah up-hill battle yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat, terutama di negeri Selangor yang menjadi tumpuan khusus pengundi diragukan dan pengundi hantu.
Untuk ini kita bersimpati dengan Pakatan Rakyat, khususnya PAS Selangor yang bertanding banyak di kawasan Melayu, justru kawasan itu menjadi sasaran pengundi yang seumpama itu.
PAS Selangor, khususnya jentera pilihan rayanya yang dipimpin oleh Cikgu Jaafar dan pasukannya telah berhempas pulas untuk mengatasi masalah ini. Usaha mereka ini begitu cemerlang.
Sementara itu, Bersih 2.0 telah melancarkan kempen menentang penipuan dalam pilihan raya sebagai sambungan daripada siri perhimpunan Bersih 3.0 duduk bantah. Bersih 2.0 menjemput setiap rakyat Malaysia mengambil bahagian sebagai pemantau untuk pilihan raya yang dijangka tidak lama lagi.
Pertubuhan badan bukan kerajaan yang dianggotai 84 NGO itu turut melahirkan kekecewaan kerana perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu masih lagi tidak mendapatkan reaksi positif kerajaan untuk menghapuskan penipuan undi.
“Bersih 2.0 dengan kerjasama Tindak Malaysia dan Jom Pantau akan melatih sukarelawan yang akan memantau pilihan raya umum ke-13 kali ini bagi mengurangkan risiko penipuan dalam pilihan raya.
Mereka bertindak sebagai pemantau, pemerhati, pegawai pilihan raya, pengira undi dan agen untuk pengundi pos,” kata Pngerusi Bersama Bersih Datuk A. Samad Said kepada pemberita ketika sidang media di sini baru-baru ini.
Tindak Malaysia, katanya, telah menjalankan banyak latihan di seluruh negara untuk melatih ejen pengundi, pengira undi, dan ejen Barung (PACABA).
Menurutnya, kempen ini akan dilaksanakan sekurang-kurangnya kepada 400 individu setiap minggu bagi mendapatkan sejumlah 180,000 ejen pilihan raya.
“Sukarelawan PACABA adalah yang paling penting kerana mereka adalah barisan hadapan yang akan mencium bau penipuan dan memastikan pegawai pilihan raya tidak terlibat dengan penipuan dan mematuhi peraturan pilihan raya,” tambah Sasterawan Negara itu.
Kempen yang dikenali dengan nama 'Jom Pantau” itu diketuai oleh KOMAS, satu badan yang bekerjasama dengan Malaysian Observer Network (MEO-Net) dan National Institute for Democracy Electoral Integrity (NIEI). Latihan kepada sukarelawan tersebut akan dijalankan oleh Tindak Malaysia.
Jawatankuasa Pemandu Bersih turut melancarkankan laman web bagi memudahkan orang ramai membuat aduan terhadap sebarang bentuk penipuan sewaktu pilihan raya kepada Bersih.
Laman web yang dikenali itu membolehkan orang ramai membuat aduan melalui mesej teks, emel, twitter, panggilan telefon, atau mengisi borang aduan yang disediakan di laman web tersebut.
Selain itu, laman web berkenaan turut menyediakan khidmat peta bagi membolehkan pengadu menandakan dengan tepat lokasi di mana penipuan tersebut berlaku.
Usaha ini sewajarnya mendapat sokongan semua pihak, khususnya dari Pakatan Rakyat. Ini kerana matlamatnya sama untuk mendapatlkan pilihan raya yang benar-benar bersih dan adil.
Namun seperti saya katakana perjuangan ini sangat getir, memerlukan kesabaran, keyakinan dan strategi yang berkesan.
----------------------
Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com
Sumber HD : 17/05/2012
Jumaat ini, seawal lapan pagi, bandar Alor Star akan dilimpahi warna hijau - warna yang diasosiasikan dengan alam tumbuh tumbuhan kurnia Allah s.w.t – sesuai dengan gelaran Negeri Kedah Darul Aman, negeri jelapang padi yang diperintah oleh PAS/Pakatan Rakyat sejak 2008.
Limpahan warna hijau ini ialah berikutan Himpunan Hijau Ke Puterajaya, sebuah himpunan PAS yang dijangka dihadiri oleh kira-kira seratus ribu ahli dan penyokong PAS seluruh negara yang diarahkan supaya datang memakai baju warna hijau.
Saya kira ini bukan sebuah pesta untuk hanya berkumpul dan berseronok-seronok sementara menunggu kedatang PRU Ke-13, bukan juga untuk menunjuk kekuatan. Tetapi sebuah himpunan yang penting untuk menerima arahan pimpinan akan apa yang wajib dilakukan, terutama di segi persiapan menghadapi sebuah pilihan raya akan datang yang tidak dapat dibayangkan bagaimana bentuk suasananya, sama ada sebuah pilihan raya yang benar-benar bersih, demokratik atau bagaimana.
Pendukung PAS tentunya sudah cukup bersedia untuk menghadapi suasana yang sukar diramalkan itu. Maka Himpunan Hijau Ke Puterajaya Jumaat ini adalah himpunan yang amat penting, menggantikan Muktamar Tahunan PAS yang ditangguhkan beberapa bulan lagi.
Amanat Khas Presiden yang menjadi panduan gerak kerja parti akan disampaikan, secara tertutup jam 9.30 pagi, di depan para pemimpin peringkat Pusat, Negeri dan pimpinan kanan kawasan.
Presiden dijangka bukan saja akan menyampaikan arahan kepada anggota parti mengenai persiapan menghadapi PRU Ke-13, tetapi juga akan menyentuh situasi politik tanah air dan luar negara.
Baru-baru ini Presiden telah menghuraikan mengapa PAS menyokong Himpunan Bersih, sebuah Himpunan penting, yang mencetuskan phenomena baru dalam politik tanah air, di mana lanskap politik telah berubah sama sekali sejak peristiwa itu.
Penjelasan Presiden PAS ini menjadi garis panduan penting untuk pendukung PAS berhujah dalam menangkis fitnah dan tuduhan dari musuh PAS dan mereka yang keliru sekitar persoalan mengapa PAS menyokong Bersih. Beliau menyimpulkan, kalau bangsa Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:
Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)
Acara sebelah petang Himpunan Hijau itu ialah Kuliah Asar oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dan sketsa Belantan Pusaka Durjana. Menakala solat Maghrib dan Isya’ berjamaah serta solat hajat dan munajat.
Selepas itu disusuli program selanjurnya, ucapan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri Diraja Ustaz Azizan Abd Razak, ucapan tokoh yang menyertai PAS serta ucapan Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu. Kemudian Perisytiharan Derma Jihad, persembahan puisi Sasterawan Negara A. Samad Said, Ikrar dan Bai’ah Perjuangan diketuai oleh Setiausaha Agung, Dato’ Mustafa Ali.
Disusuli oleh ucapan Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS dan Amanat serta doa oleh Murshidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz bin Nik Mat.
Selesai Himpunan Hijau itu, pendukung PAS akan pulang ke negeri masing-masing dan di sana menanti tugas dan cabaran getir untuk dihadapi dalam menghadapi PRU Ke-13.
Cabaran paling penting ialah menghadapi masalah senarai pengundi yang masih kotor, iaitu antara yang terpenting dalam lapan tuntutan Bersih. Masalah ini mesti diselesaikan segera oleh SPR. Ini tanggungjawabnya yang utama jika mahu dianggap sebagai badan bebas.
Himpunan Hijau Ke Puterajaya ini adalah sebuah harapan, namun yang jauh lebih penting ialah pengisian harapan itu. Pada pendapat saya pendukung PAS sangat sedar akan perjuangan untuk memenuhi harapan ini.
Ia mesti dibuktikan bahawa harapan itu mampu direalisasikan, justru pemegang kuasa Putrajaya bukan sebuah kuasa mutlak yang sifatnya kekal abad, tetapi ia boleh bertukar ganti dalam pilihan raya yang bersih dan adil.
Yang memilik kuasa mutlak dan abadi hanyalah Allah s.w.t.
Oleh itu pendukung PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi tugas yang sangat berat dan mencabar untuk mengambil alih kuasa yang ada dalam tangan Umno/BN melalui pilihan raya bersih dan adil. Memang bukan mudah untuk menjayakan tugas ini justru Umno/BN sudah berkuasa selama lebih setengah abad. Namun tidak mustahil ia boleh dilakukan.
Saya percaya, dengan pengalaman PAS yang panjang dalam arena politik dan gerakan Islam, istiqamah dan pengrbanan tinggi yang telah dtunjukkan oleh pendukungnya selama ini, cita-cita itu, dengan izin Allah s.w.t. boleh direalisasikan.
Himpunan Hijau Ke Putrajaya adalah wahana perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan Islam. Semoga doa dan munajat pendukung PAS itu akan diterima Allah s.w.t. dengan penuh redha-Nya.
Sumber HD : 31/05/2012
Sumber HD - 13-12-2012
Menjelang PRU Ke-13 bermunculan pelbagai isu yang terbit dari pelbagai kenyataan bukan saja dari para pemimpin politik, tokoh masyarakat bahkan juga dari kalangan yang menggelar diri mereka ‘ulama’ atau ‘digelar ulama’.
Seingat saya, Malaysialah adalah negara yang begitu mudah orang ‘bergelar ulama’ atau ‘digelar ulama’ - baik dari kalangan muda mahupun tua.
Oleh itu orang jadi keliru bahawa kretaria yang bagaimana mahu dipakai untuk digelar ulama, sedangkan ulama ialah sebuah entiti yang sangat mulia di sisi Islam, pewaris nabi, golongan yang paling takut akan Allah dan pelbagai kemuliaan yang mereka miliki kerana ilmu dan ketakwaan mereka.
Di tengah-tengah simpang siurnya gelar ‘ulama’, keluarlah pelbagai fatwa, pandangan, malah kenyataan yang berbaur politk parti dan sebagainya.
Ini tidak membantu menyuburkan dakwah Islam, malah menambah kekeliruan lagi bagi masyarakat, malah menghambat kerja dakwah yang mulia.
Lebih-lebih lagi menjelang PRU Ke-13, maka riuh rendah dunia politik digamatkan lagi oleh kenyataan sesetengah yang dikatakan ulama, yang bunyinya pelik, sukar difahami dan tentunya sangat mengelirukan.
Umpamanya ada ‘ulama’ yang membongkar kembali isu Amanat Haji Hadi yang telah dilupakan sekian lama, ada pula yang menyebut mengenai kafir harbi, ada yang memberi pandangan yang bersifat rasis, malah ada yang terang-terang kelihatan seperti menjadi jurubicara parti pemerintah dan ada pula yang menyifatkan ulama tersohor dunia, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sebagai khawarij dan pelbagai lagi.
Pada hal dibandingkan ilmu Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dengan ilmu orang yang menuduh itu bagaikan bumi dengan langit. Namun yang menuduh itu tidak malu-malu dan tidak merasa bersalah, malah merasa sangat hebat.
Inilah anehnya keadaan di negara ini, lebih-lebih lagi menjelang PRU Ke-13. Apa pula kenyataan dan tuduhan yang akan muncul selepas ini, namun kita boleh menjangka akan muncul kenyataan yang lebih pelik lagi.
Namun suatu hal yang pasti ialah akan terus muncul ulama-us'suk (ulama jahat) di samping ulama sebenar (baik), yang memikul amanah sebagai pewaris Nabi). Hal ini akan berlaku di mana-mana di sepanjang zaman.
Revolusi bersejarah rakyat Mesir yang tercetus lebih setahun lalu menjadi iktibar penting bagaimana munculnya ulama jahat di tengah-tengah kancah revolusi rakyat Mesir itu dan kemunculannya beriringan dengan tulisan jahat dalam akhbar-akhbar Mesir yang turut menentang revolusi itu.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjadi sasaran mereka, justru tokoh ulama besar ini mempertahankan Revolusi Rakyat Mesir itu, sedangkan ‘ulama upahan’ ini beserta penulis-penulis di akhbar Mesir menyerang pandangan Al-Qaradhawi dan turut sama mempertahankan rejim diktator Hosni Mubarak.
Dalam bukunya ‘Yusuf Al-Qaradhawi Dan Kebangkitan Rakyat’ (terjemahan) - terbitan Abim - menghuraikan bagaimana ulama besar dunia yang telah membaca 286,000 buku setakat ini, melakukan ijtihad bahawa demonstrasi rakyat menuntut keadilan dibenarkan oleh Islam.
Semuanya ini hasil keyakinannya yang kukuh bersandarkan kepada hujah Al-Quran dan Sunnah, juga hadis serta pandangan ulama muktabar terdahulu, ditambah dengan pengalaman dan pengamatannya
yang tajam terhadap suasana masa kini.
Fatwanya ini melumpuhkan pandangan golongan ‘ulama upahan’ yang berada di sekeliling pemerintah zalim Hosni Mubarak selama ini yang berpendapat demonstrasi menentang Mubarak itu adalah haram. Ulama ini berkhidmat di institusi kerajaan Mesir termasuk Mufti Kerajaan Mesir, Ali Jum’ah dan pemegang jawatan penting di institusi pengajian tinggi.
Bagaimanapun tetap ada di kalangan ulama yang berani menyokong demonstrasi tersebut.
Pandangan ‘ulama upahan’ ini disokong oleh pihak tentera dan polis serta pegawai tinggi awam, kalangan korporat dan golongan disekeliling Hosni Mubarak yang mengaut harta kekayaan Mesir. Merekalah yang mempertahankan diktator berumur 84 tahun itu.
Memang pada awalnya, media Mesir, malah media dunia Arab lain memberi ruang luas kepada pandangan ‘ulama upahan’ Arab yang mengatakan bahawa demonstrasi di Medan Tahrir itu adalah haram kerana kononnya menimpakan pelbagai kerosakan.
Iktibar dari peristiwa di Mesir itu ialah bahawa ‘ulama upahan’ ada di mana-mana dan pada setiap waktu. Dalam Revolusi Jasmine di Tunisia Januari 2011, muncul ‘ulama upahan’ yang menjadi imam di masjid jame’ Tunisia yang khutbahnya memuji diktator President Zine El Abidine Ben Ali.
Setelah Revolusi Jasmine itu berjaya menyingkirkan diktator tersebut, menghilang diri entah ke mana hingga kini. Inilah nasib ‘ulama upahan’.
Oleh itu tidak pelik ulama seperti ini ada di mana-mana dan bila-bila masa.
Menjelang PRU Ke-13 mungkin akan muncul pelbagai lagi jenis ‘ulama upahan’ seperti ini yang memberi fatwa dan pandangan yang pelik dan mengelirukan.
Oleh itu, PAS/Pakatan Rakyat sewajarnya tidak melayan karenah ‘ulama upahan’ yang hanya menimpakan kekeliruan. Pakatan perlu meneruskan gerak kerja pilihan raya tanpa memberi perhatian kepada pandangan yang mengelirukan, yang tujuan mereka hanya untuk menolong parti yang memerintah meneruskan hayat kuasanya.
Yang penting diberi perhatian ialah pengundi generasi baru yang dikatakan mencapai 40 peratus, suatu jumlah yang besar. Pengundi ini ada di mana-mana – di luar bandar mahupun di dalam bandar. Pengundi baru ini diyakini memberi perhatian kepada isu-isu rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dana awam, nepotisme, kronisme, pembaziran dan pelbagai lagi.
Inilah isu yang mesti diberi perhatian sungguh-sunggu, bukan memberi perhatian kepada pandangan ‘ulama upahan’ yang hanya mengelirukan.
Dalam masa yang sama, tumpuan perhatian juga perlu diberikan kepada kawasan ‘Malay Belt’ – kawasan pengundi Melayu – yang setakat ini menjadi pengundi majoriti.
Jika dua tumpuan ini diberikan, di samping mengambil kira undi bukan Islam, Insya-Allah, kemenangan akan memihak kepada PAS/Pakatan Rakyat.
Sumber HD - 19-12-2012
Di tengah-tengah suasana rakyat Malaysia sedang menunggu pengumuman PRU Ke-13, elok juga jika kita meninjau suasana di negara serumpun, Indonesia – yang juga akan mengadakan Pemilu (Pilihanraya) Presiden pada 2014.
Perlumbaan parti-parti politik di sana sudah mulai kelihatan, lebih-lebih lagi di sana ada 48 parti politik yang pelbagai, termasuk parti yang bernuansa Islam seperti PKS, PPP dan beberapa lagi. Pemilu di sana itu tentunya dalam suasana pesta demokrasi, justru demokrasi di negara jiran itu sangat subur.
Yang turut meriahkan suasana awal Pemilu itu ialah kemunculan nama-nama besar di bidang seni yang turut berhasarat untuk menjadi calon Presiden. Antaranya Raja Dangdut, Haji Rhoma Irama dan Seniman Rakyat, Iwan Fals yang terkenal dengan lagunya, ‘Siang Di Seberang Istana’.
Namun di kalangan para intelektual di sana sangat prihatin mengenai ketokohan calon yang akan merebut tahta Presiden. Umpamanya, Ikatan Cendekiawan Muslim se-Indonesia (ICMI) yang diasaskan oleh B. J. Habibie, menyampaikan empat kriteria calon presiden (Capres) Indonesia 2014. Kriteria Capres itu dibacakan dalam akhir majlis Silaturahim Kerja Nasional (Silaknas) 2012 ICMI baru-baru ini.
Mantan Ketua Presedium ICMI Nanat Fatah Natsir menyatakan, kriteria pertama ialah Capres harus beriman, bertakwa, dan memiliki visi ilmu pengetahuan dan teknologi. Menurut Nanat lagi, ilmu pengetahuan penting, tetapi perlu dilandasi iman dan takwa. "Supaya membawa manfaat bagi umat," katanya, kelmarin.
Kedua, syarat Capres 2014 perlu tokoh yang bersih dan mampu serta mahu membersihkan dirinya dari rasuah dan penyelewengan. Menurut ICMI, Indonesia perlu memilih orang yang bersih supaya tidak mengamalkan rasuah. Selain itu, perlu membersihkan kerana orang yang bersih belum tentu mahu dan mampu membersihkan.
Kriteria ketiga, Capres perlu mampu membangun diri sendiri dan kedaulatan bangsa. ICMI berpendapat, Indonesia saat ini masih bergantung pada barang-barang import, karena itu harus diubah. Kriteria terakhir, capres adalah tokoh yang memiliki rekam jejak dan sejarah hidup yang baik.
Ini sebuah harapan ICHMI, sebuah badan intelektual yang berpengaruh. Harapan itu tentunya dikongsi oleh ramai pihak.
Sementara itu, Ketua Umum Pimpinan Pusat Pemuda Muhammadiyah Saleh Partaonan Daulay mengharapkan masyarakat supaya tidak memilih partai yang rasuah dan melakukan 'money politics'. "Pemuda Muhammadiyah berharap agar rakyat semakin cerdas dalam menyalurkan aspirasi politiknya," kata Saleh Partaonan Daulay dihubungi oleh media di Jakarta kelmarin.
Menurut Saleh, partai-partai yang berusaha 'menyuap' rakyat dengan 'money politics' sudah saatnya diberi hukuman dengan cara tidak memilih mereka lagi. Saleh mengatakan partai politik seperti itu perlu dihukum. Apalagi partai-partai itu juga tidak memberikan sumbangan positif dalam membangun negeri ini.
"Rakyat sedang menanti dan melihat siapa dan parti apa yang betul-betul memberi perhatian kepada mereka. Parti-parti itulah yang akan menjadi pilihan mereka," katanya.
Menurutnya, parti yang baik adalah partai yang paling sedikit amalan rasuahnya. Sebab, hampir semua partai politik di Indonesia melakukan rasuah. Karena itu, dia mengharapkan masyarakat mencermati apa yang dilakukan oleh partai-partai pada 2013. Parti yang baik, katanya, adalah parti yang konsisten bekerja untuk ke rakyat.
"Dalam konteks ini, parti yang memperhatikan rakyat dan peduli kepada rakyat diyakini tidak akan melakukan korupsi dan ini menjadi pilihan," ujarnya.
Dia menjangkakan suhu politik pada 2013 akan semakin memanas abila dibandingkan 2012. "Menurut pendapat saya, panggung politik di 2013 begitu jauh berbeza dari 2012. Malah, di pertengahan tahun, suasana politik akan semakin terasa," katanya.
Menurut Saleh, pada 2013, parti-parti politik dan pemimpin politik akan berupaya untuk mempertahankan kedudukan masing-masing. Menurut Saleh, fenomena politik di akhir 2012 yang banyak goncangan politik seperti perseteruan antara anggota parlimen dan beberapa orang menteri akan terus berlanjutan pada 2013.
Sementara itu juga, pakar politik Indonesia, Firman Noor menjangkakan tidak ada tokoh baru calon presiden yang akan muncul pada 2013, iaitu calon yang boleh dibawa ke Pemilihan Presiden 2014.
"Saya fikir calon-calon yang akan diusung masih yang itu-itu juga. Tidak akan ada tokoh baru yang muncul pada 2013," kata Firman Noor lagi.
Pengkaji di Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) itu menyatakan, Pemilihan Presiden 2014 akan menjadi Pemilu yang membosankan. Karena, tokoh yang bersaing adalah tokoh yang itu-itu saja.
Menurutnya, masyarakat saat ini sudah boleh memperkirakan siapa-siapa saja yang akan maju sebagai calon presiden pada Pemilu 2014.
"Pemilu 2014 akan sangat membosankan. Menurut saya, 'the real game'-nya baru akan terjadi pada 2019," ujarnya.
Firman Noor menyatakan tokoh yang diketengahkan oleh parti-partai besar sudah boleh diramal. Partai Golkar sudah memastikan akan mengusung Ketua Umum Aburizal Bakrie, begitu pula PDI Perjuangan yang kemungkinan mencalonkan semula Ketua Umum Megawati Soekarnoputri.
Dalam kaji selidik oleh Soegeng Sarjadi Syndicate, populariti Prabowo Subianto mengatasi bekas Presiden, Megawati Soekarnoputri dan bekas Naib Presiden, Jusuf Kalla.
Prabowo, yang juga bekas pegawai tinggi tentera darat Indonesia yang berpangkat jeneral tiga bintang dan bekas menantu Soeharto itu dipilih oleh 25.8 peratus daripada 2,192 responden sebagai calon presiden Indonesia 2014 kerana dianggap tegas dan berani membuat keputusan.
Sementara itu, Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Megawati, berada di kedudukan kedua dengan mendapat 22.4 peratus sokongan, Jusuf Kalla tokoh dari Parti Golkar di tempat ketiga dengan 14.9 peratus sokongan manakala Ketua Umum Parti Golkar, Aburizal Bakrie mendapat 10.6 peratus sokongan.
Aburizal sedang diketengahkan oleh Golkar sebagai calonnya dalam Pemilu akan datang, walaupun mendapat bantahan daripada penyokong Jusuf Kalla.
Sumber HD - 13-3-2013
Pertanyaan bilakah tarikh PRU akan diumum telah mendominasi aliran perbualan pelbagai golongan rakyat. Ini menggambarkan bahawa PRU ke-13 ini bersifat luar biasa, menyebabkan begitu ramai orang ingin tahu dan menentukan sikap.
Ruang-ruang twitter dan face-book dan sms hampir dipenuhi perbincangan mengenai tarikh PRU ini dengan pelbagai ulasan - ada yang marah, sedih, lucu dan benci. Tidak kurang pula yang menyuruh bersabar menunggu.
Kata pepatah Melayu, ‘tak lari gunung dikejar, hilang kabut nampaklah ia’. Tetapi ini bukan gunung yang hendak dikejar dan bukan soal kabut yang melidunginya, tetapi soal mandate Umno-BN yang memerintah sudah hampir benar tarikh luputnya, iaitu sehingga 28 April depan, di mana parti itu hingga kini masih dalam dilema untuk menentukan tarikh PRU.
Dun Negeri Sembilan sudah dibubar pada 27 Mac lalu, Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang Dun pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, ada beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang Dun mereka pada bulan Mei 2008.
Apapun yang pastinya Parlimen akan bubar dengan sendirinya pada 28 April dan selepas itu SPR akan mengumumkan tarikh PRU Ke-13 bagi Parlimen dan Dun, kecuali Dun Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, PRU kali ini sangat luar biasa, bukan semata-mata kerana isu Lahad Datu, Sabah, khususnya isu Projek IC yang sangat menggemparkan dan berbahaya kepada negara, tetapi juga pelbagai isu besar yang lain. Antaranya isu perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu, isu rasuan, kronisme, nepotisme, pembaziran, ketirisan, isu kejadian jenayah yang sangat menakutkan, isu status pengundi yang masih berkecamuk, isu pengambilan tanah (terutama di Johor), isu sara hidup yang begitu tinggi dan sangat menekan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana serta pelbagai isu lagi.
Semua isu ini terdedah begitu rupa di pelbagai media baru, memberi peluang luas rakyat mengetahuinya. Ia terdedah melalui web-site, twitter, face-book, sms dan pelbagai lagi, hasil dari langit terbuka dunia siber.
Ramai tidak sedar bahawa komunikasi melalui internet ini dicetuskan di zaman Ronald Regan menjadi Presiden Amerika yang ke-40 dari Januari 1981 hingga Januari 1989. Inilah zaman bermulanya internet di Amerika.
Kini dengan penggunaannya yang begitu meluas seluruh dunia, termasuk di Malaysia, menyebabkan begitu banyak rahsia, khususnya di belakang tabir kuasa politik telah terdedah dan diketahui umum.
Oleh itu menjelang PRU Ke-13 ini banyak hal-hal dan isu yang tidak diketahui oleh orang ramai selama ini, termasuk pengundi di luar bandar telah terdedah. Media tradisional yang dikawal ketat oleh kerajaan telah ditewaskan oleh media baru menyebabkan semuanya sudah tidak ada rahsia lagi, semuanya sudah diketahui oleh pengundi bandar dan luar bandar.
Justeru, media baru ini dilihat oleh penganalisis sangat menolong Pakatan Rakyat menyebarkan maklumat yang diketahuinya, yang bukan bersifat fitnah. Skandal projek lembu, isu kapal selam, isu rasuah dan nepotisme sudah terdedah semuanya, bahkan isu Projek IC yang sangat menggemparkan terbongkar begitu rupa.
Semua ini memeranjatkan pelbagai pihak dan tentunya akan mempengaruhi aliran pengundian dalam PRU akan datang dan inilah yang mencemaskan parti yang memerintah.
Anak muda yang pulang ke kampung membawa alat komunikasi Tablets, umpamanya, menunjukkan berita dan gambar pelbagai peristiwa dunia politik yang tidak diketahui oleh ibu bapa di kampung yang selama ini hanya mendapat maklumat melalui media tradisional.
Ada ibu bapa di kampung yang terkejut sakan dan mulanya tidak percaya akan isu-isu yang didedahkan oleh anak mereka, tetapi selepas diterangkan barulah ibu bapa itu beransur percaya. Ini perkembangan menarik menjelang PRU Ke-13 dan inilah kelebihan media baru.
Oleh itu, PRU akan datang ini adalah sangat luar biasa dan critical, di mana parti yang memerintah tidak lagi berupaya mengawal maklumat, justeru semuanya terdedah. Rakyat dilimpahi banjir maklumat yang tidak pernah berlaku dalam sepanjang sejarah pilihan raya tanah air.
Walaupun media tradisional meneruskan propagandanya siang dan malam, tetapi kesannya sangat minima dan ‘tumpul’, justeru ia telah ditewaskan oleh media baru yang sangat berpengaruh. Kemudian ada kesan psikologi dalam masyarakat bahawa mereka yang hanya mendapat maklumat dari sumber media tradisional adalah ketinggalan zaman.
Sementara itu, PRU akan datang ini amat berbeza dengan PRU 10 atau 20 tahun lalu. Ia bukan lagi berlegar mengenai isu pembangunan dan bukan lagi isu perkauman yang jahat di mana di masa lalu isu ini mudah dapat mempengaruhi pengundi.
Isu yang mendominasi pengundi dalam PRU akan datang ialah isu integriti parti dan calon yang bertanding, isu perjuangan keadilan dan kebebasan, isu sara hidup yang tinggi, isu rasuah, nepotisme, ketirisan perbelanjaan negara dan lain-lain.
Inilah yang menyebabkan suasana sekarang sangat memihak kepada Pakatan Rakyat. Oleh itu, dalam keadaan sekarang, pendukung Pakatan Rakyat perlu mempunyai kesabaran yang tinggi, bijaksana menangani isu yang ada dan sentiasa meletakkan diri sebagai pembela rakyat.
Dalam suasana kebangkitan rakyat ini, Pakatan mestilah dilihat mampu bersama mereka dalam gelombang ini, justeru PRU akan datang ini sudah terlalu dekat, hanya beberapa ela saja lagi dari garis kemenangan.

Abd Shukur Harun I shuukurharun@yahoo.com, | 03 Apr 2012 |

A.Samad Said di tengah gelombang rakyat
-, | 18 Apr 2012 |

Bersih 3.0 jauh lebih besar
Abd Shukur Harun, | 30 Apr 2012 |

Perjuangan membersihkan PRU Ke-13
Abd Shukur Harun, | 17 Mei 2012 |

Mengisi harapan Himpunan Hijau
Abdul Shukur Harun | shuukurharun@yahoo.com, | 31 Mei 2012 |

Gelombang Hijau empat negeri
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 18 Jun 2012 |
Bermula dengan kejayaan besar PAS melancarkan Himpunan Hijau di Stadium Darul Aman, Alor Setar 1 Jun lalu dengan mengumpulkan lebih 100,000 ahli dan penyokong, kini himpunan itu menjadi gelombang hijau dan sudah sampai ke Johor, Perak dan Selangor.
Gelombang hijau di Batu Pahat dan Muar Johor dan di Bagan Serai Perak dua hari lalu disertai lebih sepuluh ribu orang. Bagi negeri Johor yang selama ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kubu Umno, kini sudah semakin jelas kubu itu akan runtuh segera, walaupun ia dinafikan oleh pemimpin Umno. Ini berdasarkan sambutan rakyat Johor terhadap PAS semakin meningkat.
PAS Selangor pula merancang mengadakan Himpunan Hijau 2 di Stadium Kuala Selangor, kawasan parlimen Dr. Dzulkefly Ahmad dari PAS. Himpunan tersebut akan berlansung pada 15 Julai dan sasarannya ‘seramai yang boleh’ , kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman.
Semalam (Ahad), PAS Selangor telah mengadakan Himpunan Hijau Fasa 1 peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. Kira-kira 2,000 petugas pilihanraya PAS Selangor telah hadir. Ia berupa pembentangan kertas kerja oleh Dato’ Kamarudin Jaafar. Dr. Khairuddin At-Takiri dan Dr. Hatta Ramli.
Himpunan di Shah Alam itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan penutupnya mendengar amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang. Di majlis itu, Muhamad Sabu melancarkan laman sosial facebook PAS Selangor, sementara Presiden melancarkan
stesen TV Impian
. Ia adalah
sebuah stesen televisyen internet yang menyediakan lima saluran alternatif untuk dinikmati rakyat Selangor dan lain-lain negeri.
Pengguna hanya perlu membeli dekoder untuk mendapatkan siaran dan tiada bayaran bulanan dikenakan.
TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan
oleh
media kerajaan
BN
.
Sementara itu, dua hari lalu di Johor , ribuan rakyat pelbagai kaum telah hadir di Himpunan Hijau negeri itu di Ledang, sebuah kawasan tidak jauh dari Gunung Ledang. Rekod kehadiran memperlihatkan bahawa sokongan rakyat Johor terhadap PAS demikian menyerlah.
Program itu bermula dengan jamuan rakyat pada paginya yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum disambung sebelah petangnya dengan majlis Hi-Tea bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Kemuncak program malam itu ialah munajat dan ceramah oleh pimpinan PAS khususnya mendengar amanat Presiden yang menyaksikan lebih 5,000 hadir.
Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Ghazaley Ayub berkata, sasaran kehadiran ahli dan penyokong PAS Sabtu itu tercapai.
"Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada Himpunan Hijau ini bermula dari jamuan rakyat hingga ke program kemuncak adalah mencapai sasaran lebih 10,000 orang," katanya.
Presiden PAS telah menyampaikan amanat dan turut berucap Naib Presiden Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed. Turut hadir, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim.
Sementara itu Himpunan Hijau PAS Perak di Bagan Serai pada hari yang sama juga dihadiri lebih 10,000 orang yang kebanyakanya para pesawah, menunjukkan mereka juga mendukung perjuangan PAS.
Di majlis tersebut, seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan telah menyertai PAS, iaitu bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Ahmad Zabidi Shamsuddin. Beliau telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.
Zabidi sebelum ini pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun, dengan 10 tahun beliau diletakkan di Kementerian Pelajaran. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.
Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Haji Nazri Nordin.
Sebelum Zabidi, Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof telah pun menyertai PAS awal bulan lalu. Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut.
Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi dan sebelum ini juga, PAS telah menerima keahlian bekas penyanyi terkenal, Aishah atau Wan Aishah.
Di Melaka, Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012 di mana Mohamad Sabu menjadi tetamu utama program tersebut. Di samping itu PAS turut mengundang pimpinan Pakatan Rakyat Negeri ke Himpunan tersebut.
Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Di samping itu Zulkifly Mohamad Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia yang akan turut hadir.
Semua perkembangan menarik ini adalah sebahagian usaha PAS/Pakatan Rakyat menyusun gerak kerja yang menyeluruh untuk menang dalam PRU Ke-13 nanti, yang akan menghantarnya ke pusat kuasa di Putrajaya.
Negeri Johor, Perak dan Selangor menjadi negeri tumpuan perhatian pelbagai pihak, terutama penganalisis politik, justru pertarungan di tiga negeri tersebut dalam PRU akan datang sangat crucial. PAS Johor bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat berusaha keras untuk meruntuhkan tembok kekuatan Umno/BN di negeri itu. Jika temmbok ini berjaya diruntuhkan, ia menjadi sejarah penting tanah air, bahawa kerajaan Umno yang mendominasi negeri itu sejak lebih setengah abad akan mengakhiri zamannya.
Selangor pula sedang dicabar dengan hebatnya oleh BN untuk merampasnya kembali setelah kalah pada 2008 di tangan Pakatan Rakyat. Demikian juga Perak, di mana Pakatan Rakyat pula bertekad untuk ‘mengambil semula’ negeri itu dari Umno/BN yang merampasnya dua tahun lali. Gelombang atau Himpunan Hijau akan diadakan di negeri yang belum mengadakannya dalam waktu terdekat.
Gelombang hijau bukan sekadar air yang berombak, tetapi ia gelombang rakyat yang secara simbolis mahukan perubahan. Tidak mustahil gelombang hijau ini akan menjelma menjadi kuasa yang menakutkan Umno/BN.
Sumber HD : 18/06/2012

Meneladani kejayaaan Ikhwan
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 02 Jul 2012 |
Tidak syak lagi bawa kekuatan tarbiyah dan pendekatan dakwah serta jihad Ikhwanul Muslimin selama 84 tahun – dengan izin Allah – menyebabkan ia mencapai kejayaan besar di Mesir apabila pemimpin Ikhwan Muhammad Morsi Isa al-Ayyat dipilih sebagai Presiden Mesir, selepas kejatuhan diktator Hosni Mubarak
Beliau yang berkelulusan jurutera dari Unversiti Southern California mewakili Freedom and Justice Party, berumur 60 tahun.
Ini sebuah sejarah gilang gemilang bukan saja bagi Ikhwan Mesir, bahkan juga gerakan Islam sedunia, termasuk PAS. Ini kerana demikian ramai pemimpin PAS semua peringkat – sejak dahulu lagi – mendapat inspirasi perjuangan dari Ikhwanul – Muslimin.
Demikian banyak buku-buku Ikhwan yang mengalir dan ditelaah oleh pendukung Abim dan PAS. Di samping itu demikian ramai pendukung PAS sejak dahulu lagi mengikuti usrah dan tamrin Ikhwan bukan saja di Mesir, bahkan di Jordan, Syria dan sebagainya.
Pemikiran Ikhwan adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu :
1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain
2. Baitul Muslim
– didik keluarga dgn cara Islam dan hormati fikrah Islam
- Dahulukan hak dan Tanggungjawab
3. Bimbing Masyarakat
- kembangkan aspek dan budaya Islam dalam masyarakat
- Amar Makruf Nahi Munkar
4. Kerajaan Islam
5. Bebaskan tanah air daripada kuasa asing
6. Satukan negara-negara Islam
7. Panji-panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah
Ini asas pendekatan tarbiyah dan dakwah Ikhwan sejak ditubuhkan hingga kini dan atas asas ini gerakan Islam itu mencapai kejayaan.
Ahli-ahli Ikhwan ini dididik dengan ilmu dan mencintai ilmu, justeru ilmu adalah senajata ampuh menghadapi musuh. Pernah ketika suatu, pemimpin tertinggi Ikhwan, Abd Qader Audah mengadakan tamrin untuk pendukung Ikhwan di Iskandariah, di sana dia diperkenalkan seorang demi seorang dengan ahli usrah dan mengadakan perbincangan.
Seorang pemuda, ahli usrah, berhujah dengan Abd Qader Audah di majlis itu di mana pemimpin Ikhwan itu sangat kagum dengan hujah yang dikemukakan oleh anak muda itu.
Esoknya, Abd Qader Audah pergi ke Pelabuhan Iskandariah dan merenung dari jarak yang tidak begitu jauh, seorang anak muda sedang memikul tepung gandum dari daratan ke pelabuhan untuk diangkut oleh kapal bagi dieksport ke luar negeri.
Abd Qader Audah mengenali anak muda yang memikul guni berisi gandum itu adalah ahli usrah yang berdebat dengannya malam tadi. Barulah dia tahu anak muda itu dengan kepetahan dan ilmunya, adalah hasil didikan Ikhwan di Iskandariah walaupun ia hanya buruh pelabuhan.
Inilah hasil didikan Ikhwan dalam membentuk kader-kadernya – mencintai tarbiyah dan dalam masa yang sama mengisi ilmu di dada. Inilah juga pendekatan Ikhwan di mana-manapun sejak dulu hingga kini.
Namun dengan perubahan zaman dan keadaan, Ikhwan membuat pembaharuan pendekatan untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini, namun asas perjuangan Islammya tidak berubah. Pendekatan baru seumpama inilah juga yang dilakukan oleh gerakan Islam An-Nahdah, Tunisia yang dipimpin oleh Rashad Ghanousi hingga mencapai kejayaan dalam Revolusi Jasmin yang menggulingkan diktator Zain-e-Abidin dan menyebabkan An-Nahdah mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya Tunisia tahun lalu.
Pendekatan baru Ikhwan dan An-Nahdah dengan mengadakan anggagement dengan semua golongan masyarakat, termasuk bukan Islam akhirnya menyerlahkan kejayaan besar. Gerakan Islam ini merobah wajahnya dari dilihat bengis, tanpa kompromi, terlalu eksklusif dan tiada tolak ansur kepada dasar terbuka dan lunak.
Sejak berlaku Arab Spring di Mesir, Tunisia dan lain-lain, wajah Ikhwan dan An-Nahdak berubah sama sekali dan pendekatan barunya menghasilkan kejayaan.
Di rantau sebelah sini, PAS sebagai gerakan dan parti politik Islam turut mengadakan perubahan imej dan mengadakan pendekatan baru apa yang dipanggil tahalluf-siasi, iaitu mengadakan pakatan dengan parti lain dan hasilnya sangat berjaya. Inilah perubahan dalam politik dan gerakan Islam masa kini dan PAS mempeloporinya di Nusantara ini.
Adapun kejayaan Ikhwan baru-baru ini telah dibayar dengan harga yang sangat mahal oleh pendukungnya. Ribuan yang mati syahid kerana perjuangan ini, termasuk Imam Hassan Al-Banna, Hasan Hudaibi, Abdul Qader Audah, Syed Qutb dan sebaris nama lagi yang sangat panjang.
Kerana itu apabila pendukung gerakan Islam di mana-manapun merayakan kemenangan Ikhwan Mesir ini, sebenarnya ia merayakan kemenangan gerakan Islam seluruhnya. Pendukung PAS dan Abim sejak lama dulu telah disirami tarbiyah oleh tokoh-tokoh Ikhwan sendiri dan dalam masa yang sama mentelaah buku-buku yang ditulis oleh tokoh Ikhwan yang melimpah di negara ini sejak sekian lama.
Masih segar dalam ingatan saya dan teman-teman yang lain mengenai tarbiyah yang disampaikan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor, Ustaz Yahya Othman, Ustaz Abdul Hadi Awang dan tokoh lain. Mereka ingin mengingatkan pendukung PAS akan erti istiqamah pada perjuangan, niat yang ikhlas, pengorbanan dan jihad.
Hari ini ketika Ikhwanul-Muslimin menyambut kemenangannya, PAS turut merasa gembira dan bersyukur kepada Ilahi. Ini sebuah kejayaan yang diperoleh dengan perjuangan panjang yang dilatari darah, keringat dan air mata. Pada pendapat saya, PAS perlu meladani perjuangan Ikhwan ini, walapun dalam suasana dan iklim berbeza.
Sumber HD : 2/07/2012

Setelah selesai Himpunan Hijau
Abd Shukur Harun, | 12 Jul 2012 |
Dengan berlansungnya Himpunan Hijau PAS Menuju Puterajaya peringkat Wilayah Persekutuan pada Sabtu, 14 Julai ini, sementara peringkat Selangor dan Negeri Sembilan esoknya, Ahad 15 Julai berakhirlah Himpunan Hijau seluruh Semenajung setakat ini.
Jika dijumlahkan semua peserta di Himpunan yang bermula di Alor Setar itu hampir mencecah setengah juta orang, suatu jumlah yang menggerunkan musuh politik PAS/Pakatan Rakyat.
Namun gelombang hijau yang dicetuskannya diharapkan akan berterusan dengan tsunami politik dalam PRU Ke-13 nanti. Ini harapan kebanyakan rakyat Malaysia yang menunggu tarikh pilihan raya umum dari sehari ke sehari, malah dari bulan ke bulan tidak juga tiba.
Ini bermakna pemimpin Umno/BN sedang menghadapi dilema yang sangat besar untuk berdepan dengan para pengundi dengan pelbagai masalah mereka yang tidak mampu diselesaikan.
Himpunan Hijau PAS Menuju Puterajaya di Wilayah Persekutuan pada petang Sabtu, 14 Julai di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru ini akan menyaksikan pelbagai acara di sebelah petang dan mendengar ucapan pimpinan pusat di sebelah malam.
Sementara di Negeri Sembilan pada petang Ahad, 15 Julai ini bermula dengan berkumpul di Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi dan kemudian berarak menuju ke Dataran Al-Ikhwan, Johol.
Di Selangor, Himpunan Hijau akan diadakan di Stadium Kuala Selangor, waktu dan tarikh yang sama dengan pelbagai acara dari petang hingga ke malam dengan munajat dan ucapan pemimpin. Himpunan di Selangor itu ditambah dengan tema ‘Himpunan Hijau PAS Menuju Puterajaya – Pertahan Selangor’.
Dengan Himpunan yang telah dan sedang berlansung itu, rakyat dapat menyaksikan hasrat kebanyakan rakyat mahukan perubahan dalam PRU akan datang dengan harapan akan muncul kerajaan baru yang adil, bersih dari penyelewengan, rasuah dan segalanya.
Pada pendapat saya, kekuatan PAS berdasarkan dari jumlah yang hadir di Himpunan Hijau di seluruh negara ini sewajarnya diterjemahkan dalam bentuk gerak kerja yang bersepadu dari semua sektor parti.
Sudah sangat jelas bahawa pendukung PAS semua peringkat telah bersuasah payah - dengan penat lelah dan wang ringgit sendiri -menyertai Himpunan tersebut, memancarkan komitmen mereka terhadap perjuangan parti.
Oleh itu tidak sukar untuk menggembleng segala kekuatan yang ada pada mereka dalam gerak kerja memenangkan PAS/Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.
Selama ini mereka telah memperlihatkan semangat perjuangan dan pengorbanan yang sangat tinggi, mematuhi arahan pemimpin dalam apa keadaan pun. Oleh itu momentum semangat perjuangan mereka ini perlu dikekalkan.
Adapun pilihan raya ke-13 nanti adalah pilihan raya yang sangat sukar, sengit hingga dikatakan ‘ibu dari segala pilihan raya’, justeru ia diselubungi senarai pengundi yang masih tidak bersih dan berdepan dengan segala penyelewengan.
Pilihan raya kali ini dalam suasana di mana Lapan Tuntutan Bersih 2.0 dan 3.0 belum ditunaikan, kecuali penggunaan dakwat kekal di jari telunjuk. Tuntutan yang lain masih jauh, lebih-lebih lagi tuntutan supaya senarai pengundi dibersihkan, yang menjadi tuntutan teras Bersih 2.0 dan 3.0.
Bulan lalu dan beberapa minggu terakhir ini, saya berkesempatan meninjau banyak kawasan di Selangor dan Ahad lalu saya ke Negeri Sembilan mengadakan dialog penerangan di sana atas undangan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr. Rosli Yaakop.
Beberapa bulan lalu saya ke Johor Bahru, Pontian dan Kluang, meninjau sendiri suasana di negeri yang selama ini kononnya menjadi kubu kuat Umno. Ternyata, Johor sudah sangat berubah dari masa lalu dan peluang PAS/Pakatan Rakyat di sana untuk menang sangat besar.
Himpunan Hijau di Johor yang menyaksikan puluhan ribu rakyat menghadirinya dan sambutan rakyat Johor yang sangat luar biasa terhadap ceramah Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz di negeri itu bulan lalu menggambarkan keinginan yang sangat besar dari rakyat di Johor untuk melakukan perubahan dalam PRU akan datang.
Semua ini menunjukkan bahawa tembok kekuatan Umno di negeri itu mulai runtuh dan sukar dipertahankan, justeru pelbagai isu menyentuh kehidupan rakyat di sana telah timbul seperti isu tanah, harga barang yang mahal, isu perumahan, pendapatan nelayan yang merosot dan pelbagai lagi.
Sementara itu, kepulangan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub yang akan bertanding di Johor mencerahkan lagi peluang PAS untuk meraih kemenangan di sana. Beliau menemui pelbagai lapisan rakyat di Johor dengan begitu santun dengan style orang Johor yang sangat memikat. Inilah antara kelebihan Salahudin.
Di Melaka, walaupun dalam sejarahnya belum ada satupun calon PAS yang menang di sana, tetapi dengan perkembangan baru di negeri itu, ada tanda-tanda jelas kemungkinan ada calon PAS yang akan menang di negeri Hang Tuah itu.
Pesuruhjayanya, Haji Adly Zahari, timbalannya Ustaz Kamarudin Sidek, Ustaz Mohd Noor Omar dan Sofi Wahab bekerja keras dengan dibantu oleh pasukannya, Ketua Dewan Ulama' - Ustaz Zulkifli Ismail, Ketua Dewan Pemuda - Haji Yuhaizad Abdullah, Ketua Dewan Muslimat - Hajjah Kintan Man, Setiausahanya - Asri Shaik Abdul Aziz, Bendahari - Husni Balis Ali, Ketua Penerangan - Ustaz Ashraf Mukhlis Minghat dan Pengarah Pilihanraya - Bahiki Ismail.
Menurut pemerhati, ada tanda-tanda jelas, calon-calon PAS akan mencapai kemenangan, kalaupun tidak semua, berdasarkan sambutan rakyat pada PAS di negeri ini jauh berbeza dari masa lalu.
Saya meninjau suasana ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Merlimau Melaka tidak lama dulu, menunjukkan sambutan luar biasa rakyat Melaka terhadap ceramah pembangkang. Menurut seorang penduduk di situ, kebanyakan yang hadir adalah orang tempatan, bukan orang luar.
Di Negeri Sembilan, saya bertemu dengan jentera penerangan PAS di sana yang jelas memperlihatkan kesungguhan mereka bekerja untuk mencapai kemenangan. Ada persepsi bahawa Negeri Johor dan Negeri Sembilan mempunyai harapan tinggi akan berlaku perubahan.
Maknanya, tsunami politik akan bermula dari selatan, mudah-mudahan
begitulah hendaknya.
Di Selangor, negari yang menjadi sasaran utama Umno/BN dalam PRU akan datang, menyaksikan persiapan PAS untuk mempertahankan negeri itu begitu bersungguh-sungguh.
Saya mengkagumi gerakan kerja jentera pilihan raya PAS Selangor di bawah pimpinan Cikgu Jaafar Shamsudin yang siang malam bekerja dengan begitu bersungguh-sungguh dan berstrategi.
Khabarnya, ada petugas dari luar Selangor belajar dari Chikgu Jaafar mengenai gerak kerja pilihan raya Selangor dan memang terserlah kecekapan beliau mengendalikannya.
Pada petang 15 Julai ini kita akan menyaksikan puluhan ribu orang yang akan menyertai Himpunan Hijau Menuju Putrajaya – Pertahan Selangor di Kuala Selangor yang akan dipenuhi pelbagai acara sejak petang hingga malam.
Selepas ini, pendukung PAS bersama umat Islam yang lain akan menyambut Ramadhan, namun kiranya, gerak kerja pilihan raya akan diteruskan.
Sumber HD : 12/07/2012
Sepanjang tepi jalan dua kilometer menuju Himpunan Hijau peringkat Negeri Selangor di Kuala Selangor malam 15 Julai lalu menghantar suatu isyarat jelas bahawa sambutan rakyat Selangor, khususnya kawasan berdekatan terhadap PAS/Pakatan Rakyat sangat menyerlah.
Ternyata sokongan terus bertambah, walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berdepan dengan serangan propaganda dari Umno/BN siang dan malam.
Ini kerana Selangor yang kaya dan strategik telah menjadi negeri yang sangat menyerlah dari segi pembangunan fizikalnya, dengan taburan institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta, industri besar, sederhana dan kecil, bangunan bersejarah dan segalanya dan dengan Shah Alam sebagai Ibu Negeri yang serba anggun dan meriah.
Sebab itu limpahan melebihi 30,000 orang yang hadir sejak petang hingga malam di Stadium Kuala Selangor itu memberi gambaran bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor masih mendapat sokongan penuh rakyat.
Bendera PAS yang berkibar puluhan ribu banyaknya di sekitar stadium itu adalah alunan gelombang hijau yang akan sampai ke Puterajaya yang jaraknya tidak begitu jauh dari Shah Alam.
Keadaan petang hingga ke malam di sekitar stadium tersebut begitu meriah, bagai sebuah pesta besar di bandar tepi laut itu.
Cuaca cerah di sebelah petang, membawa ke malam, walaupun ada sedikit rintik menjelang tengah malam, namun orang ramai tidak berganjak di dalam stadium, mendengar ceramah dari pemimpin PAS/Pakatan Rakyat, bekas pemimpin Umno dan bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS.
Layar besar terkembang memaparkan wajah Muhamad Sabu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Tan Sri A. Kadir Sheikh Fadzil, Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok dan lain-lain.
Di malam itu, tiga lagi bekas pegawai tinggi kerajaan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS pada Himpunan Hijau tersebut.
Mereka bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang selama 31 tahun, Abdul Rahman Taib. Seorang lagi adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik selama 33 tahun dan juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah.
Manakala tokoh ketiga ialah bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang Bahagian Pengurusan dan bekas Pengarah Perhubungan dan Sumber Manusia di Jakim, Yusuf Hassan. Ketiga-tiga tokoh tersebut menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.
Juga sangat menarik di malam itu ialah kehadiran ramai kalangan kaum Tionghua dan India, malah ada di antara mereka mengibarkan bendera PAS.
Seorang dari mereka yang memperkenalkan dirinya, Mr. Lai memberitahu saya bahawa beliau membawa isterinya datang ke stadium ini untuk bersama-sama memberi sokongan kepada PAS, juga untuk mendengar ceramah pemimpin Pakatan Rakyat.
Dengan agak fasih berbahasa Melayu, Mr. Lai berkata: “Saya tengok penyokong Pakatan Rakyat begitu serius untuk mempertahankan Selangor. Saya rasa megah.”
Isterinya yang berdiri di sebelahnya mencelah, “Kami harap Pakatan dapat kekalkan Selangor’.
Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya, Wak Raden memberitahu, kalau macam ini kehadiran orang ramai, payahlah BN nak rampas Selangor. Ia disetujui oleh isterinya, “Saya fikir begitu juga.”
Naib Yang Dipertua PAS Kelana Jaya, Muzammil Hafiz pula berkata bahawa kehadiran yang ramai ini membuktikn bahawa usaha musuh PAS melaga-lagakan PAS dengan DAP tidak berhasil.
Pakatan Rakyat, katanya, masih padu di mana ramai orang bukan Islam turut hadir di Himpunan ini malam ini.
Parlimen Kuala Selangor diwakili oleh Dr. Dzulkefly Ahmad, sementara tiga Dunnya, Bukit Melawati diwakili oleh Muthiah Maria Pillay (PR), Ijok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PR), sementara Jeram diwakili oleh Amiruddin Setro (BN).
Bagi pihak panitia sambutan Himpunan Hijau Kuala Selangor, Dr. Dzul mengucap setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka hadir dan memberi sokongan terhadap perjuangan PAS/Pakatan rakyat.
4 sertai PAS di Johol
Sementara itu, di Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, ribuan orang, termasuk bukan Islam, telah menghadiri Himpunan Hijau Menuju Puterajaya peringkat Negeri Sembilan serentak di Himpunan Kuala Selangor.
Di majlis yang meriah itu, empat bekas pemimpin setempat dan bekas pegawai tinggi kerajaan ini telah diumumkan menyetai PAS.
Mereka ialah bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Zainal Isa; bekas Pengurus Pos Malaysia Berhad Zon Selatan, Mokhtar Musa, bekas Pembantu Exco Kerajaan Negeri Sembilan, Anuar Hashim dan bekas Pengerusi JKKK Kampung Pilin, Rembau, Ramli Jalun.
Ketika Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohamad memperkenalkan mereka di depan ribuan yang hadir, disambut dengan laungan takbir. Mokhtar, Anuar dan Ramli juga merupakan ahli Umno sebelum menyertai PAS.
Turut berucap di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Datuk Tamrin Ghafar; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Dr. Rosli Yaakub menyatakan puas hatinya akan kehadiran orang ramai dan merasa amat terharu kerana semakin ramai – dari pelbagai golongan - menyertai PAS.
Walaupun mengharungi pelbagai fitnah dan tuduhan dari musuh PAS, katanya, namun rakyat semakin ramai menyokong PAS. Menurut beliau, tuduhan bahawa PAS jadi alat DAP dan DAP jadi alat PAS yang dijaja di sana sini oleh musuh PAS, ternyata tuduhan itu ditolak oleh rakyat.
Kini selesai sudah Himpunan Hijau seluruh Semenanjung dan pelbagai pihak mengharapkan himpunan ini akan menjadi gelombang besar menghantar tsunami politik yang akan merobah geopolitik negara yang selama lebih setengah abad didominasi oleh Umno/BN.
Sumber HD : 18/07/2012

Kejayaan besar Himpunan Hijau seluruh negara
Abd Shukur Harun I shukurharun@yahoo.com, | 18 Jul 2012 |

Memanfaatkan artis yang berhijrah
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 25 Jul 2012 |
Ada beberapa sahabat bertanya kepada saya, mengapa ramai artis – pelakon dan penyanyi menyertai PAS, sedangkan pada ketika yang sama ada sesetengah ustaz sendiri tidak berminat pun pada PAS.
Ada beberapa sebab, jawab saya, pertama Allah mendorong hati mereka untuk melihat kebenaran yang diperjuangkan oleh PAS yang berasaskan Islam. Kedua boleh jadi mereka melihat pendukung PAS sangat setia kepada parti dan sanggup berkorban untuk perjuangan Islam. Ketiga akhlak yang ditunjuk oleh pendukung PAS selama ini menarik perhatian mereka, kelima merasakan ada kekuatan istimewa dianugerah oleh Allah kepada PAS di mana walaupun dilanda fitnah dan tuduhan oleh musuh politiknya, namun PAS terus wujud seperti air yang terus mengalir.
Mungkin banyak lagi sebab-sebab lain yang mendorong para artis itu menyertai PAS.
Yang sangat menarik, kata sahabat itu lagi, kalau dilihat di mata kasar atau lojik akal, tidak ada apa yang boleh diberi oleh PAS kepada mereka, justeru PAS tidak ada saham, projek-projek, tender-tender dan pelbagai peluang lain yang boleh diberi, yang biasanya menjadi idaman ramai orang.
Saya juga memikirkan persoalan ini, tetapi setelah saya mendengar ucapan Aishah di beberapa ceramah terutama di Himpunan Hijau di Alor Setar 1 Julai lalu, juga mendengar pandangan Bob Lokman, Abby Abadi, Hairie Othman dan lain-lain, ternyata artis ini menyertai PAS dengan kesedaran yang mendalam.
Tidak syak lagi, mereka golongan artis yang berfikiran mendalam, mempunyai prinsip, sedar akan kehidupan mereka sebagai insan yang punya rasa tanggungjawab terhadap agamanya.
Aishah, umpamanya, seorang artis yang mempunyai idea yang jelas, teratur, mendalam dan terkawal serta bacaan politik yang baik. Beliau bercakap mengenai makna hijrah, tanggungjawab seorang ibu terhadap anak, kehidupannya sebagai insan di depan kekuasaan Allah dan lain-lain.
Aishah yang mendapat pendidikan di luar negara dalam jurusan sains politik, bercakap dengan lancar mengenai situasi politik tanah air yang dilihatnya dilingkari kebejatan politik, rasuah, penyelewengan dan lain-lain.
Malah lebih menarik lagi apabila beliiau menyatakan kebimbangannya dengan nasib masa depan anaknya dan generasi seangkatan anaknya memandangkan situasi negara yang sedemikian rupa.
Itulah Aishah yang dulunya saya juga meminati lagu-lagunya, terutama – Bahtera Merdeka, Syurga Di Telapak Kaki Ibu dan Pulang, justeru ia mengandungi mesej yang murni. Alhamdulillah dengan kersedaran dan menyedari masa depannya dan anaknya, maka beliau melangkah ke dunia baru - menjadi ahli PAS.
Walaupun dunia baru ini tidak menjanjikan kemewahan, namun suasana yang ada di dalamnya kiranya cukup memberikan ketenangan kepada Aishah. Tahniah kepada Aishah dan artis lain kerana memilih jalan terbaik. Dalam masa yang sama mari kita berdoa agar artis yang lain – dengan izin Allah - akan terpanggil pada suatu masa nanti dalam usaha mencari keredhaan Allah.
Sebagai penulis saya menggemari lagu-lagu yang ada elemen sastera seperti lagu puisi Almarhum Zubir Ali, lagu dan suara Ito ‘Engkaulah’, lagu-lagu puisi Sani Sudin dan lain-lain. Sebab itu bagi saya, seni – termasuk seni muzik – adalah bahasa universal – yang difahami dan boleh dinikmati ramai orang.
Atas keyakinan itu, bagi saya seni nyanyian, puisi, nasyid, qasidah berzanji, seni lakon dan seumpamanya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan. Namun semua genre seni ini, dalam pandangan Islam, tertakluk kepada batas-batas moral dan hukumnya dan ini sewajarnya dipatuhi.
Dengan itu saya bersetuju dengan pandangan saudara Ahmad Lutfi Othman bahawa Aishah mempunyai kerangka idea yang jelas mengenai perubahan seni hiburan yang dihasratkannya. Eloklah pemimpin PAS, katanya, dapat berkongsi idea dengannya.
Ahmad Lutfi menganjurkan lebih sesuai dianjurkan satu program ramah mesra membabitkan pimpinan tertinggi parti bukan saja bersama personaliti popular yang menyertai PAS tetapi juga penggiat budaya, yang mahu memartabatkan dunia seni ke landasan yang diredai Allah.
Saya terharu dengan langkah Abby Abadi yang menyerahkan borang kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk menjadi ahli PAS seumur hidup. Dalam program Pemuda di Kuala Kedah 26 Jun Lalu beliau secara terbuka melafazkan: "Demi Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ia datang daripada Allah. Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di TV, tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.” Demikian pengorbanan Abby Abadi, suatu komitmen yang sangat mengharukan.
Kini para artis itu, termasuk Dayangku Intan, Catriona Ross telah menjadi ‘keluarga’ Pakatan Rakyat. Oleh itu, selepas ini PAS/Pakatan perlulah memikirkan secara serius, bukan saja melindungi, tetapi memberi ruang luas kepada artis ini untuk berkarya dalam batas-batas yang dibenarkan oleh akhlak Islam.
Ertinya, PAS/Pakatan Rakyat perlu memikirkan konsep hiburan altenatif yang boleh dilaksanakan jika Pakatan mengambil alih Putrajaya kelak. Lagu-lagu puisi, nashid, qasidah, berzanji dalam pelbagai bentuk, filem, teater seperti ‘Menunggu Kata Dari Tuhan’ karya Dinsman dan seumpamanya sewajarnya boleh dikembangkan.
Saya masih ingat, ketika berkunjung ke Iran lama dulu, di dalam kapal terbang saya ditontonkan dengan sebuah filem Iran yang sangat mengesankan. Tidak ada unsur maksiat, babak-babak ghairah dan sebagainya oleh pelakonnya yang menutup aurat. Ia menceritakan kisah seorang wanita muda berkahwin dengan seorang lelaki tua di mana lelaki itu berusaha untuk memperlihatkan kegagahannya seperti lelaki muda dengan bekerja penuh dedikasi dan pintar - dalam masa yang sama membelai kasih sayang terhadap isterinya yang masih muda itu.
Saya pergi ke sebuah bazar di Tehran dan mendapati banyak dijual filem-filem Iran yang bermutu, malah pernah memenangi oskar dalam festival filem di Barat. Namun, kata seorang teman di sana, filem-filem Iran sangat menjaga aspek moral dan menjauhi adegan panas, sementara pelakonnya menutup aurat.
Di Indonesia, lagu-lagu dakwah telah berkembang subur sejak lama dulu, malah filem berunsur Islam telah begitu banyak diterbitkan, seperi Titian Serambut Dibelah Tujuh, Di Bawah Lindungan Ka’abah (dari novel Buya Hamka), Nada dan Dakwah, Fatahillah, Ayat-Ayat Cinta (dari novel Habiburrahman El-Shirazi) dan lain-lain.
Ini menunjukkan bahawa bidang seni sangat luas dan penting kedudukannya. Oleh itu PAS/Pakatan Rakyat perlu merancang secara serius kedudukan seni budaya di mana rakyat sedang menanti penuh harapan.
Sumber HD : 25/07/2012

Artis PAS perlu terus berkarya
Abd Shukur Harun, | 08 Ogs 2012 |
Menghadiri Seminar anjuran Pusat Penyelidikan PAS Pusat di Taman Melewar baru-baru ini untuk mendapatkan input para peserta bagi buku gagasan Negara Berkebajikan, saya merasakan ada usaha gigih pihak PAS untuk melengkapkan kandungan gagasan tersebut.
Gagasan Negara Negara Berkebajikan ini tentunya diharapkan menjadi dukumen penting untuk di ketengahkan kepada rakyat bahawa inilah program PAS jika berkuasa. Dokumen tersebut menyentuh seluruh aspek kehidupan – ekonomi, pendidikan, khidmat sosial dan segalanya. Malah diberikan fokus kepada aspek kesenian dan kebudayaan yang bermoral tinggi.
Pada pendapat saya bahawa Negara Berkebajikan yang dijanjikan oleh PAS ini adalah implimentasi dari kerangka besar Negara Islam itu sendiri. Ini bermakna, konsep Negara Berkebajikan itu adalah wajah dan praktik dari Negara Islam. Dengan itu, saya kira, terjawab dan tertolaklah fitnah dari musuh politik PAS dan mereka yang keliru, kononnya, PAS sudah tidak memperjuangkan Negara Islam.
Namun penerangan yang jelas, mudah, terperinci dan menyeluruh kepada rakyat sewajarnya dilakukan oleh PAS selama ini supaya kekeliruan dapat dikurangkan dan dapat menjawab fitnah.
Dalam seminar sehari itu perbincangan oleh peserta memberikan input baru atau tambahan kepada dokumen Negara Berkebajikan yang telah dibukukan tidak lama dulu.
Perbincangan wacana atau hari itu ialah mengenai Isu Perumahan Awam dan Penyelesaiannya oleh Prof. Datuk Dr. Nik Muhamad Zain Nik Yusuf, mantan Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Juga pembentangan ‘Sistem Percukaian Di Malaysia – Suatu Penilaian dengan panel pembicaranya – Dr. Khairuddin Aman At-Takiri, Dr. Rosli Yaakop dan Dr. Dzulkefly Ahmad.
Saya hendak mendengar wacana seterusnya di seminar tersebut atas tajuk ‘Hiburan Dikalangan Anak Muda’ oleh Dato’ Fattah Mahmood, Ustaz Firdaus Jaafar dan artis Cik Farah Asyikin Zulkifli. Hadir sama di atas pentas ialah Bob Lokman. Semua mereka memberikan pandangan.
Namun setelah mendengarnya, ternyata yang dibincangkan ialah lebih banyak kepada perihal implimentasi penguatkuasaan kepada panduan persembahan hiburan negeri-negeri berkenaan. Tentunya ini boleh dijadikan input kepada Negara Berkebajikan. Biasalah ia mengundang pelbagai pandangan yang berulang-ulang sejak dulu lagi, di mana Kelantan dan juga Kedah sudahpun menyediakan garis panduannya. Dengan itu tidak perlulah saya bincangkan lagi.
Dalam seminar itu, saya mewakili Seniman Paksi Rakyat (Paksi) yang memberikan pandangan bahawa PAS/Pakatan Rakyat - seperti yang pernah disebutkan oleh Dinsman – sewajarnya mengambil inisiatif mengenengahkan aktivti seni yang tidak negatif sebagai alternatifnya.
Di sinilah sepatutnya PAS/Pakatan Rakyat bukan saja menggalakkan kegiatan seni budaya yang bermoral tinggi, tetapi juga memberi sokongan dan bantuan kepada penggiat seni alternatif ini. Ertinya PAS/Pakatan Rakyat perlu menyediakan ruang luas untuk seniman melahirkan karya alternatif dan ini mesti difikirkan secara serius, bukan sebagai selingan agenda saja.
Jika PAS/Pakatan Rakyat tidak serius menangani aspek seni budaya ini bermakna ia memandang sepi kegiatan yang boleh menarik perhatian pengundi, terutama pengundi muda dan ini sangat merugikan.
Pada pendapat saya, dengan kemasukan beberapa atis atau penggiat seni ke dalam PAS adalah petanda yang sangat menarik. Oleh itu biarkanlah para karyawan itu meneruskan kegiatannya, malah menyedia ruang luas dan melindunginya. Yang perlu ialah pendedahan kepada mereka terhadap yang seni yang bagaimana dikehendaki Islam.
Biarkanlah yang berlakon itu terus berlakon, yang menulis skrip teater dan lagu meneruskan karya mereka. Di sini ada ketentuan umum, terutama dari para ulama, bahawa wanita dilarang menyanyi di khalayak ramai, kerana dikhuatir suara dan gaya mereka akan mengungdang hal-hal yang dilarang agama.
Dengan Kelantan kini membenarkan muslimat menyertai tilawah Al-Quran, timbul pertanyaan, tidak mungkinkah wanita juga boleh menyanyi seperti lagu-lagu patriotik dan nasihat seperti ‘Syurga Di bawah Telapak Kaki Ibu’, ‘Bahtera Merdeka’ oleh Aishah, malah lagu ‘Selimut Putih’ El-Suraya dari Medah menjadi lagu popular suatu masa dulu. Ia bukan saja di dengar oleh orang biasa, malah oleh sesetengah agamawan sendiri.
Tentu saja ada pertanyaan, bagaimana jika Aishah terus menyanyikan lagu berunsur dakwah dan pendidikan. Masyarakat sedang menunggu jawapan terhadap persoalan ini.
Kini juga tentunya, ramai para penggubah dan penulis lirik yang menjadi ahli dan penyokong PAS. Bob Lokman boleh terus menggubah lagu, menulis lirik, menyanyi dan berlakon. Begitu juga Abby Abadi, Hairie Othman dan lain-lain boleh meneruskan karya mereka.
Di sini tidak perlulah para artis naik ke pentas untuk berceramah politik, justeru adalah wajar mereka melaksanakan peranan mereka di bidang seni. Namun jika berminat juga, maka tidak mengapalah.
Teater dakwah seperti ‘Menunggu Kata Dari Tuhan’ karya Dinsman telah mendapat sambutan baik ketika dipentaskan di pelbagai tempat, termasuk belasan masjid di seluruh negara. Gisikan biola telah dibenarkan oleh Dato’ Dr. Haron Din untuk mengiringi teater ini ketika dipentaskan di masjid di Bangi, bersebelahan dengan pusat rawatan Darul-Syifa Dato’ Dr. Haron Din.
Saya percaya banyak lagi para seniman yang berbakat besar di dalam PAS boleh terus melahirkan karya mereka dan di sinilah sekali lagi saya katakan peranan Lajnah Seni Budaya mendepani persoalan ini amat penting.
Perlu diingat bahawa dengan sifat Islam yang syumul, sempurna dan anjal –tidak hanya mengandungi hukum hakam dan usuludin – tetapi juga meliputi seluruh kehidupan insan. Alangklah baiknya jika sifat Islam ini bukan saja diterima dan dimengertikan, tetapi juga dilaksanakan.
Sumber HD : 8/08/2012

Fitnah, rasis, cemarkan Ramadan
Abd Shukur Harun, | 15 Ogs 2012 |
Hanya beberapa hari saja lagi Ramadan Kareem tahun ini akan melabuhkan tirainya. Mereka yang penuh takwa, yang merasakan nikmat dan indahnya Ramadan, kepergian bulan mulia ini diiringi dengan air mata – entah berjumpa lagi atau tidak tahun depan.
Sepanjang Ramadan ini, majlis dan surau terutama di bandar, meriah dan makmur dengan kehadiran jemaah yang melimpah – lebih daripada biasa – bersolat tarawih, bertadarus, qiamullail dan segalanya. Lebih lagi dengan menunggu ketibaan malam Lailatul-Qadr.
Demikianlah mereka mendakap Ramadan Kareem dengan penuh khusyuk, di masjid dan surau yangn menjadi destinasi utama untuk beribadah. Itulah wajah umat yang berusaha untuk mencapai keredhaan Allah SWT.
Tetapi malangnya, di luar masjid, terutama di dunia politik, keadaan jauh berbeza dengan suasana di rumah Allah itu. Dunia politik tanah air, walaupun pada bulan Ramadan, terus menerus diselubungi suasana fitnah, perkauman yang seru, penyelewengan, tipu daya, perlakuan orang-orang yang sempit fahaman agamanya, malah keadilan Islam menjauh.
Semuanya ini adalah sampah sarap dan kotoran yang memudaratkan manusia pada ketika umat yang benar-benar mencari keredhaan Allah SWT menjalankan ibadah Ramadhan yang murni itu.
Fahaman Islam yang sempit disebabkan kejahilan, kekeliruan dan mungkin juga dikeranakan oleh kepentingan duniawi adalah gejala yang merosakkan kesyumulan Islam yang menuntut umatnya bersikap wasatiyyah – sederhana, seimbang, adil dan menjadi saksi antara manusia dan Rasul pula menjadi saksinya.
Yang lebih mengerikan ialah suasana fitnah yang marak menyala, beriringan dengan suara dan aksi perkauman yang sangat mengerikan, seolah-olah menjadi budaya masa kini. Pada hal Islam menentang keras segala bentuk perkauman kerana ia suatu kezaliman. Malah Nabi SAW sendiri dalam hadisnya mengatakan tidak mengaku umatnya mereka yang meniupkan perkauman.
Fitnah yang tajam dan hasutan begitu berleluasa untuk menghancurkan musuh politik dengan apa carapun – baik melalui siaran media cetak, temu ramah, tayangan video, media on-line, blog, majlis parti politik dan pelbagai lagi. Lebih-lebih lagi menjelag pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.
Seolah-olah pelaku yang meniupkan fitnah, hasutan dan perkauman yang tajam ini tidak terikat dengan batas hukum, undang-undang, etika moral dan kemanusiaan. Mereka melakukan dengan cara ‘membujur lalu melintah patah’. Seolah-olah dunia politik adalah medan untuk melakukan segalanya demi untuk kuasa.
Tiupan perkauman yang kencang – melaga-lagakan antara kaum dan parti politik menjadi fenomena terkini dan nampaknya tidak ada tanda-tanda akan berhenti.
Ternyata politik survival of the fittes dan konsep politik Machiavelli – tujuan menghalalkan cara - menjadi amalan pelaku politik sekular ini. Dalam keadaan begini – yang berlaku walaupun pada bulan Ramadan – memberi gambaran seolah-olah tidak ada tempat untuk memikirkan dosa pahala.
Dalam suasana yang gawat ini, golongan intelektual, malah sesetengah agamawan juga membisu seribuh bahasa. Malah lebih malang lagi ada pula segolongan kecil mereka ini yang ikut serta ‘merancakkan’ suasana seperti ini, sama ada mereka sedar ataupun tidak.
Disebabkan kegawatan ini, tentu saja ada yang bertanya, di mana roh dan semangat Ramadan. Di mana sentuhan kekudusan Ramadan yang di dalamnya diturunkan al-Quran dan Lailatul Qadr. Di mana perginya jati diri Melayu/Islam, kalau adapun jati diri mereka. Jelaslah bahawa politik sekular memungkinkan semuanya ini berlaku.
Oleh itu, sungguh malang, negara Melaysia yang akan menyambut 55 tahun merdeka di selubungu suasana yang sedemikian rupa. Ini adalah ‘penyakit’ yang sangat merbahaya sedang menyerang tubuh umat di negeri ini.
Kita akan menyambut Edul-fitri dalam dalam dua tiga hari lagi dan selepas itu akan menyambut ulang tahun ke 55 kemerdekaan negara ini, tetapi sungguh malang ia akan disambut dalam suasana yang sedemikian rupa.
Di sinilah, menurut pendapat saya, para pendukung gerakan Islam dan politik Islam seperti PAS menggandakan usaha mereka untuk menjernihkan semula suasana yang kotor dan memudaratkan ini.
Saya percaya masih ramai lagi umat Islam yang prihatin, para intelektual dan ulama yang berwibawa, sedang berusaha membetulkan kerosakan dalam masyarakat ini. Walaupun usaha ini amat sukar, tetapi ini sebenarnya adalah jihad menentang kemungkaran. Tentunya fitnah, hasutan, perkauman yang sempit dan seumpamanya ini adalah kemungkaran.
Edul-Fitri yang akan kita sambut ini hanya bermakna jika segala kemungkaran – terutama di pentas politik ini – dapat dibersihkan. Inilah cabaran yang sangat besar dihadapi oleh umat dan mari kita memanjatkan doa semoga Allah SWT menyelamatkan negara dan umat ini.
Allahu Akbar! Allahhu Akbar! Allahhu Akbar!
Selamat Menyambut Edul-Fitri, maaf zahir batin

Sumber HD : 15/08/2012
Fokus utama bukan isu hudud
Abd Shukur Harun, | 26 Ogs 2012 |
Fokuslah kepada persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang, bukan berbahas mengenai isu hudud, bukan juga isu Ustaz Nasharudin Mat Isa, justeru isu ini hanya dilontar oleh pemimpin Umno/BN dan media yang mereka kuasai untuk mendapat keuntungan politik Umno/BN.
Dalam kesempatan pulang ke kampung – Serkat, Tanjung Piai, Pontian dan meninjau sekali ke kawasan Dun Kukup dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai serta ke Dun Nusa Jaya dalam Parlimen Pulai – yang semuanya di Johor, saya mendapati mood rakyat di kawasan itu berpihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya pengundi Cina.
Ini suatu perubahan yang belum pernah saya saksikan sebelum ini di mana, antara lain bendera PAS banyak tercacak di kiri kanan jalan, termasuk jalan kampung, sementara markas PAS kecil dan besar kelihatan ceria dan rancak.
Percakapan penduduk, termasuk generasi lama, yang ditemui di hari raya kelihatan kebanyakannya memihak kepada pembangkang dengan menyatakan keluh kesah kerana harga barang naik, belanja sara hidup begitu tinggi dan pelbagai masalah lagi.
Boleh disimpulkan bahawa kedudukan Pakatan Rakyat, khususnya di Johor, begitu baik. Kerana itu jentera PAS, DAP dan PKR perlu digandakan lagi, tidak kira sama ada lambat atau segera PRU Ke-13 itu diadakan.
Dalam keadaan Umno yang sangat cemas memikirkan kedudukannya, memang ada usaha keras untuk menimbulkan isu hudud, malah akan diperpanjang isu ini hingga diharapkan boleh ‘melemaskan’ PAS. Perangkap ini akan berterusan hingga menjelang PRU akan datang.
Dalam masa yang sama dan dalam hubungan yang sama, isu bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa yang kalah dengan Haji Mohamad Sabu dalam pemilihan di Muktamar Tahunan PAS, akan terus diperhangat Umno/BN, justeru mereka melihat isu ini akan melemahkan PAS.
Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, Ustaz Nasharudin mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud. Kenyataan ini menimbulkan kemarahan di kalangan PAS kerana beliau adalah Ahli Majlis Syura Ulama dan beliau masih lagi ahli PAS, sedangkan Tahalluf Siasi (pakatan PAS dengan parti pembangkang yang lain) adalah keputusan Majlis Syura Ulama dan juga keputusan tiga kali Muktamar Tahunan PAS.
Bagaimanapun dalam hal ini pendukung PAS mengharapkan isu ini dan isu Hudud tidak sampai ‘menghambat’ gerak kerja PAS/Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini.
Pendukung PAS di Johor sendiri - yang sedang bertungkus lumus – membuat persiapan pilihan raya akan datang menganggap dua isu ini tidak perlu diberi fokus berlebihan kerana fokas utama sekarang, menurut menurut mereka, ialah membuat persiapan serapi mungkin untuk mencapai kemenangan.
Memang kini musuh politik PAS memperhebat kempen, terutama di kawasan pedalaman, mengenai isu DAP ini yang di mana jika DAP dominan, maka kononnya tidak akan menguntungkan politik masa depan Melayu/Islam. Bagaimanapun, penyokong PAS tetap tegas menyokong Pakatan Rakyat dan terus mengadakan hubungan baik dengan DAP.
Memang ada kekhuatiran bahawa kempen perkauman itu akan juga mempengaruhi sesetengah pengundi Melayu khususnya di pedalaman, malah di sesetengah tempat di kawasan bandar juga. Memang diakui juga sukar dipadamkan isu hubungan PAS-DAP ini, tetapi dengan gerak kerja penerangan yang berkesan, isu ini boleh ditangani dengan berkesan.
Dalam masa yang sama, penerangan PAS/Pakatan Rakyat perlu mendedahkan lebih banyak mengenai isu rasuah, penyelewengan, pemborosan, ketirisan, salah guna kuasa, isu daftar pengundi yang masih kotor dan lain-lain. Ini isu dominan bagi Pakatan Rakyat.
Ada pertanyaan, apakah benar isu rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan lain-lain ini sukar mempengaruhi pengundi, khususnya pengundi luar bandar? Jawapannya ‘ya’ dan ‘tidak’. Di sesetengah tempat, walaupun di kampung-kampung isu ini boleh mempengaruhi pandangan pengundi di luar bandar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan mereka yang mengupas isu itu.
Sementara di kawasan bandar dan semi bandar, tidak semestinya pula isu ini mudah diterima walaupun pengundi di kawasan ini terdedah kepada pelbagai sumber maklumat. Ada beberapa sebab terjadi demikian, terutamanya sesetengah golongan generasi lama yang sentiasa terikat dengan metafora Melayu, ‘Mengenang Budi’, terkenang zaman Jepun dan zaman susah di kampung di masa lalu.
Golongan ini malas berfikir dan ‘terpengaruh’ dengan kemewahan yang mereka rasai, walau tidak seberapa dan pelbagai lagi.
Golongan ini mudah ditakut-takutkan dengan isu perkauman, kesusahan jika berlaku sesuatu dan pelbagai kebimbangan lagi. Pada hal ini semuanya itu hanya igauan di mana ‘faktor bimbang’ ini sentiasa diwar-warkan oleh pihak musuh politik Pakatan Rakyat yang bertujuan semata-mata untuk mengekalkan kuasa mereka.
Saya pula ke negeri Johor beberapa hari yang lalu dan sempat mendengar juga sebanyak sedikit ‘kebimbangan’ ini dari rakyat di sana dan lebih bimbang lagi kononnya jika DAP memerintah. Saya menjelaskan bahawa DAP tidak boleh memerintah secara mutlak kerana ia hanya bertanding sedikit di kerusi Parlimen dan DUN.
Jika diizinkan Allah, Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang, kata saya, maka yang memerintah adalah gabungan parti dalam Pakatan Rakyat dan memerintah secara kolektif atau muafakat antara semua parti dalam Pakatan Rakyat. Ertinya semua keputusan dan dasar mesti dipersetujui bersama.
Tidak ada parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat.
Di sinilah, pada pendapat saya, pendukung PAS – dari pimpinan tertinggi hingga ke akar umbi - perlu menjelaskan sejelas-jelasnya kepada rakyat untuk menghapuskan kebimbangan ini.
Oleh itu isu hudud dan isu Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak perlu menjadi fokus utama dan berlebihan. Dalam masa yang sama kekuatan jentera pilihan raya PAS perlu terus menerus diperkukuh.
Kesimpulannya, sudah kelihatan cahaya di hujung terowong.
Sumber HD : 26/08/2012
Malam Ulang Tahun Merdeka – 31 Ogos itu - begitu indah dengan awan berarak perlahan-lahan, udara segar dan ramah menggapai rakyat berbaju kuning yang berhimpun aman untuk ‘Janji Demokrasi’ di depan Dataran Merdeka.
Jam Besar Dewan Bandaraya berbunyi setiap sejam sekali, seperti bernostalgia mengingatkan kembali detik penting sejarah negara, ketika bendera Union Jack diturunkan dan dinaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu sebagai simbolis berakhirnya era penjajahan British di tanah air kita dan bermulanya era merdeka.
Pada masa itu – 31 Ogos lalu – Sasterawan Negara, A. Samad Said masih muda Singapura, namun bakatnya sebagai penulis sudahpun menyerlah. Beliau ikut serta dalam gelombang perjuangan Angkatan Sasterawan ‘50, sebuah badan penulis yang mengukir sejarah kerana ikut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air dan keadilan sosial untuk rakyat.
Gelombang Asas ’50 itu dipelopori oleh Usman Awang, Kris Mas, Asraf Haji Abd Wahab, A. Samad Ismail, Masuri S.N. dan lain-lain – sasterawan yang sentiasa berada di tengah rakyat.
Demikianlah perjuangan Asas ’50 yang sangat momental, yang disertai oleh A. Samad Said. Ertinya, sasterawan seperti beliau sejak sekian lama memperjuangkan kebebasan rakyat dan perjuangan itu masih diteruskannya.
Oleh itu – lebih 50 tahun - kemudian - ketika beliau mendeklamasikan puisi ‘Janji Demokrasi’ di depan Dataran Merdeka pasa malam 31Ogos lalu, di depan puluhan ribu rakyat berbaju kuning itu, adalah lanjutan dari perjuangannya masa lalu.
Malam itu, Sasterawan Negara itu membacakan puisinya dengan linangan air mata, mungkin mengingat perjuangan getir rakyat masa lalu untuk mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan.
Namun apa yang berlaku sekarang, lebih setengah abad tanah air merdeka. Negara berdepan dengan kebejatan politik, rasuah dan penyelewengan serta semakin terhakisnya kebebasan. Inilah yang ditangisi oleh Sasterawan Negara seperti A. Samad Said.
Saya juga membayangkan malam itu, andainya tokoh pejuang kemerdekaan masa lalu – Ishak Haji Muhamad, Dr. Burhanudin, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakub dan lain-lain - berada di Dataran Merdeka ketika itu, bagaimanakah mereka menyaksikan semuanya itu.
Berapa ramaikah mereka yang mengingat nama-nama besar pejuang kemerdekaan itu dalam suasana pelbagai media hanya menonjolkan nama-nama pemimpin politik yang berkuasa.
Mengikuti perjuangan sasterawan besar itu sejak setengah abad lalu, malah pernah belajar menulis dengannya, juga bekerja dibawahnya, saya terkesan bahawa A. Samad Said telah memanfaatkan bakat alam dan intelektual yang dianugerah Allah kepadanya untuk menjadi jurubicara rakyat, memperjuangkan hak dan kebebasan mereka.
Puisinya 'Janji Demokrasi' itu sangat mengesankan, mempunyai nilai estatika dan kemanusiaan yang tinggi dengan dilatarai pengamatan tajamnya terhadap kehidupan ini dan bagaimana ia menyaksikan sambutan ulang tahun kemerdekaan dalam suasana yang sedemikian rupa.
(A. Samad Said di tengah orang ramai)
Amatilah puisinya itu
Janji Demokrasi:
Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!
Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!
Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!
Puisi ‘Janji Demokrasi’ itu mampu berdiri sendiri dengan gagahnya seperti hero filem ‘Walking Tall’, Joe Don Baker, bekas sarjan polis dengan cotanya bertindak seorang diri hendak memerangi rasuah dan kebobrokan masyarakatnya di sebuah bandaraya di Amerika. Walaupun ia tewas di tangan mafia, namun sarjan itu menjadi simbol sebuah perjuangan.
Malam Himpunan Janji Demokrasi yang dianjurkan oleh Gabungan Janji, yang merupakan gabungan kira-kira 47 NGO sekali lagi menyerlahklan A. Samad Said sebagai ikon bukan saja kepada anak muda, tetapi juga kepada civil society - masyarakat madani – pelbagai bangsa dan agama, yang sangat cintakan tanah airnya dan dalam masa yang sama sangat peka dengan hal-hal kebebasan, hak-hak rakyat dan keadilan.
Saya yakin masih tetap wujud sejumlah penulis yang bersama-sama mendukung perjuangan ini yang menjadikan penulisan sebagai wahana perjuangan menuntut kebebasan dan keadilan.
Saya percaya A. Samad Said sebagai sasterawan tidak berseorangan dalam perjuangan ini. Perjuangannya didukung oleh oleh rakyat prihatin semua generasi yang cintakan kebebasan dan keadilan.
Malam Himpunan Janji Demokrasi itu bertujuan untuk 'mengingatkan' kerajaan mengenai segala janji yang belum ditunai terhadap tuntutan BERSIH untuk pilihanraya yang bersih dan adil. Namanya itu sendiri sebagai satu ingatan selaras dengan tema sambutan rasmi sambutan hari Kebangsaan, iaitu 'Janji Ditepati'.
Kini, Sambutan 31 Ogos telah berlalu, jam besar di depan Dataran Merdeka akan terus berbunyi dan ia tahu kepada siapa ia berbunyi. Sementara segala yang ada di situ akan terus menyaksikan bagaimana rakyat Malaysias meneruskan kehidupan ini.
Sumber HD : 1/09/2012
Dalam keadaan begini, menghadapi pengundi wanita di luar bandar jauh lebih sukar dan begitu mencabar, justeru seperti diketahui umum mereka ini kebanyakannya pengundi tegar Umno/BN sejak puluhan tahun.
Sebab itu saya merasakan bahawa usaha wanita Pakatan Rakyat mengadakan Majlis pelancaran Agenda Wanita Malaysia malam semalam kelmarin di Shah Alam sangat tepat pada waktunya. Majis tersebut dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam hal ini, muslimat PASlah yang paling mengetahui dan berpengalaman dalam menghadapi pengundi wanita, khususnya di luar bandar dalam sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini. Ini kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi oleh PAS ialah di luar bandar, sedikit di kawasan bandar dan semi bandar.
Tanyalah pimpinan muslimat PAS sejak dulu hingga kini – yang masih hidup -seperti Ustazah Jamilah Ibrahim, Ustazah Fatimah Zaharah dan kini Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff.
Adapun pimpinan muslimat yang telah meninggal dunia – Ustaza Wan Asma dan Ustazah Kalthum Othman.
Mereka inilah yang benar-benar mengetahui betapa sukarnya menghadapi pengundi wanita, terutama di pedalaman, namun betapapun sukarnya mereka terus juga menjalankan tugas dengan sangat berkesan.
Mereka meredah jalan di tengah sawah, jalan berlumpur, melalui kampung terpencil di tengah panas dan hujah.
Ada yang berdepan dengan pelbagai ancaman – lelaki memegang kayu, malah ada yang memegang parang di tengah simpang untuk menghalang mereka masuk di lorong-lorong rumah kampung dan sebagainya.
Dalam masa yang sama ada tuan rumah menutup pintu apabila melihat muslimat datang, malah ada yang menerima maki hamun dan dihalau ketika muslimat PAS ini sampai di halaman rumah orang.
Dulu tidak ada telefon tangan menyebablam sukar berkomunikasi dengan pengawal (Pemuda PAS) yang menjaga keselamatan mereka di tepi jalan.
Semasa menjalankan tugas berkempen ini mereka tidak menghiraukan makan minum dan keselesaan, asalkan dapat bertemu pengundi. Demikianlah cabaran yang mereka hadapi dan inilah sumbangan tidak ternilai harganya dari muslimat PAS.
Sebab itu, saya yakin Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff yang duduk di barisan depan di Majlis Pelancaran Agenda Wanita Malaysia itu sangat menyedari tanggungjawab ini.
Agenda tersebut menjanjikan pembaharuan dalam dasar wanita, memperkasakan dan kesaksamaan jantina sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk menawan Putrajaya.
Dalam ucapan perasmian pelancaran tersebut, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Agenda Wanita Malaysia menerima sokongan penuh kepimpinan Pakatan Rakyat dan menggesa wanita Pakatan Rakyat supaya turun ke bawah dan mempromosikan kepada wanita di kawasan luar Bandar akan agenda Pakatan Rakyat.
“Cabaran bagi kita terletak terutamanya dalam mendekati wanita luar bandar dan kita memerlukan semua orang dalam Pakatan untuk bekerja bersama-sama jika kita mahu menguasai Putrajaya.
“Saya mempunyai keyakinan bahawa kita boleh mencapai matlamat ini jika kita membuat sedikit dorongan untuknya,” kata Anwar.
Agenda Wanita Pakatan Rakyat itu mengandungi tujuh bidang tumpuan utama yang termasuk perubahan dalam dasar-dasar kerajaan dan pendidikan yang hanya boleh dilaksanakan jika Pakatan Rakyat bejaya membentuk Kerajaan Pusat nanti.
Dalam ucapan mereka, ketua wanita dari PKR, PAS dan DAP menekankan perlunya kuasa, mengakui besarnya cabaran dan menangani masalah jurang gender yang mendiskriminasikan wanita di negara ini.
“Kita mesti bukan saja membantu wanita, tetapi juga datang dengan cara-cara untuk memberi kuasa kepada mereka untuk menggerakkan negara ke depan,” kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff berkata bahawa agenda yang ditawarkan adalah untuk ‘menyelamatkan Malaysia’.
“Ia adalah untuk membangkitkan wanita kepada standard yang lebih tinggi, untuk menegakkan dan mengakui peranan mereka dalam kemakmuran berterusan Malaysia,” tambah beliau.
Ketua Wanita DAP, Chong Eng berkata, walaupun lelaki dan wanita mempunyai perbezaan, sepatutnya tidak ada sebarang jurang dalam kesaksamaan.
“Kini terdapat lebih wanita daripada lelaki di universiti, tetapi kurang wanita dalam tenaga kerja, mereka menerima gaji lebih rendah untuk pekerjaan yang sama dan adalah terhad lebih tinggi anda melihat tangga korporat,” katanya.
Rakannya, pemimpin parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata bahawa kerajaan telah tidak menunaikan janji-janji mereka kepada wanita.
Selepas majlis tersebut, Zuraida Kamarudin kemudian memberitahu pemberita semasa sidang akhbar bahawa wanita Pakatan Rakyat akan bermula berkongsi agenda ini kepada orang ramai pada 23 September, bermula dengan negeri Selangor.
Dalam PRU Ke-13 ini, Wanita Pakatan Rakyat juga akan menghadapi cabaran yang sangat besar, lebih-lebih lagi memandangkan kira-kira 50% adalah pengundi wanita. Sementara itu PRU akan datang inipun penuh sengit dan tidak dapat diduga.
Bagi Muslimat PAS yang sekali lagi akan menghadapi pengundi wanita, terutamanya di laur bandar, maka berdasarkan pengalaman, kematangan, berani, sabar dan istiqamah mereka, saya yakin – dengan izin Allah – akan mencapai kemenangan seperti masa lalu.
Sumber HD : 15/09/2012
Beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bercakap dengannya serta membaca buku terkininya ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’, saya mendapat kesan bahawa sosok ini adalah paduan seorang intelektual, tokoh korporat dan pemimpin politik yang memberi harapan.
Memang tepat pemilihan Pakatan Rakyat kepadanya untuk memimpin Selangor pada tahun 2008 setelah Pakatan Rakyat menawan Selangor bersama empat negeri yang lain dalam PRU Ke-12.
Selangor negeri terkaya dan ternama di Malaysia yang dianggap ‘Permata Mahkota’ negara ini. Oleh itu kejayaan Pakatan Rakyat menawan Selangor adalah pukulan paling memedihkan bagi Umno/BN. Sejak itu Tan Sri Khalid antara tokoh menjadi fokas utama dunia politik justru ia diserahkan amanah memimpin Selangor.
(Datin Seri Salbiah semasa berucap melancarkan buku Khalid Ibrahim)
Buku terbaru Tan Sri Khalid yang saya baca itu mengandungi falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya, begaimana menyesuaikan diri sebagai pemimpin rakyat walaupun puluhan tahun berada di tengah pusat dunia korporat yang penuh glamour.
Bagi saya buku ini sangat mengesankan, bagaimana seorang ‘Kampung Boy’ dari Ijok Selangor yang kehidupan awalnya dilatari kehidupan kampung, pohon kelapa, air sungai, rumah dan tradisi kampung serta kedua orang tuanya yang taat beragama. Dari desa itu Tan Sri Khalid tumbuh sebagai anak kampung hingga menjadi Menteri Besar Selangor.
Bukunya itu mengisikan falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya dan menjadi pemimpin politik yang berada di tengah rakyat, walaupun puluhan tahun pernah berada di tengah dunia korporat yang mewah dan penuh glampur.
Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim lahir pada 14 Disember 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Tan Sri Khalid belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Beliau mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
Beliau adalah Menteri Besar Selangor ke-14, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia Dan Sukan, Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Tan Sri Khalid telah berkahwin dengan Puan Sri Salbiah Tunut dan dikurniakan empat orang anak, satu lelaki dan tiga perempuan.
Beliau pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Kemudian, melangkah ke dunia korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan ‘dawn raid’ di London Stock Exchange, di mana PNB mencatat agihan 51% saham di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.
Beliau kemudian meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia parti pembangkang iaitu PKR. Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok dan berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi.
Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan The American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.
Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah ‘AAAB Captain of Industry Award 2002’ (First Asian Academy of Applied Business) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .
(Peminat Khalid meminta beliau menandatangani bukunya semasa pelancaran di Sunway Pyramid)
Seperti saya katakan bahawa kejayaan sosok ini adalah paduan dari didikan dan kasih sayang orang tuanya di kampung, semangatnya untuk belajar dan meneroka kehidupan yang sukar, kesungguhannya bekerja, banyak membaca, teguh memegang amanah, caranya bekerja amat berstrategi, kebijaksanaannya meletakkan orang-orang yang layak di tempat yang sesuai dan meneliti hasil kerja yang diamanahkan kepada orang bawahannya.
Beliau mempunyai falsafah supaya mencuba dan terus mencuba walaupun gagal di peringkat permulaan.
Antara pesannya yang sangat menarik dalam buku itu ialah:
When people depend on you, you must be trustworthy.
Trust. You must earn it.
Appreciate all your experiances, good or bad. Be creative, very creative, and of course be prepared for the worth.
Mengenai politik Tan Sri Khalid berpesan:
Sometimes your staff can really be from another planet. Learn about them, from them and with them.
The role of the goverment is that of a costodian of natural recources, taxes, royalties and other incomes, and proceeds from the disposal of public assets shoud be keep in special fund, as in the Islamic Bait Al-Maal concept. The custodian acts in trust for, and in the interest of the entire nation.
How do i cope with the up and downs of leadership? I have a supportive family and work team.
Ini sebahagian kata-kata Menteri Besar Selangor itu.
Negeri berprestij seperti Selangor ini sedang menjadi tumpuan pihak Umno/BN untuk merampasnya kembali dalam PRU akan datang. Namun Tan Khalid menghadapinya dengan tenang, tetapi penuh waspada dan mengatur strategi bersama pasukannya untuk menghadapinya.
Kesimpulannya, siapapun yang membaca bukunya ini dengan fikiran rasional akan mendapati bahawa tokoh ini memang sangat sesuai memimpin negeri Selangor. Sosok ini, adalah kombinasi kepintaran seorang ahli korporat dan kebijaksanaan seorang pemimpin politik arus perdana yang berinteraksi dengan pelbagai golongan khalayak.
Memang sebagai bekas tokoh korporat beliau sentiasa mengira ringgit dan sen setiap wang kerajaan negeri yang masuk dan keluar justru beliau berpegang kepada amanah yang diberikan rakyat. Namun ini sama sekali tidak memisahkan hati nuraninya dengan rakyat yang sentiasa dekat dengannya. Itulah Tan Sri Abd Khalid Ibrahim pemimpin yang sangat menjanjikan.
Sumber HD : 23/09/2012
Muktamar Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu kali ini mempunyai dua makna dan kesan yang penting. Pertama, ia diadakan di tengah-tengah suasana menjelang PRU Ke-13 yang ditandai pelbagai titik hitam, terutamanya isu perkauman, rasuah, nepotisme, malah isu daftar pemilih yang dilihat masih belum bersih.
Di tengah suasana begini, PAS sendiri menghadapi gelombang fitnah dan tuduhan tajam dari musuh politiknya, namun setakat ini PAS mampu menghadapi cabaran ini.
Kedua, muktamar ini diadakan dalam suasana Hijratul-Rasul yang mempunyai pelbagai petunjuk untuk ummah dalam menghadapi gelombang cabaran.
Muktamar PAS Ke-58 ini akan diadakan dari 14 hingga 18 November, manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November.
Ia bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan.
Pentingnya muktamar kali ini ialah diadakan dalam salam suasana Hijratul-Rasul dan dalam suasana menjelang PRU ke-13 di mana ia muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.
Perbincangan mengenai persiapan menghadapi PRU ke-13 tentunya akan mendominasi muktamar tersebut, di mana akan dibincangkan sampai ke tahap mana persiapannya di samping isu-isu mengenai tuntutan pilihan raya bersih dan adil yang berterusan.
Muktamar kali ini tidak ada pemilihan, namun tidak kurang pentingnya, terutama untuk meninjau perbahasan mengenai persiapan pilihan raya yang akan dibangkitkan oleh perwakilan negeri-negeri.
Seperti diketahui Negeri Selangor yang kata kaya dan ternama itu menjadi sasaran utama Umno/BN untuk memenanginya kembali, yang dilihat ‘dengan apa cara sekalipun’. Sebab itu, persiapan yang cukup sangat diperlukan untuk menangkis serangan ini.
Dalam masa yang sama, negeri selatan Semenanjung – Johor dan Negeri Sembilan – dilihat mempunyai potensi besar bagi Pakatan Rakyat untuk memenanginya, sementara Melaka juga sedang mengalami perubahan.
Perwakilan Kedah juga tentunya akan melakarkan kemajuan persiapan pilihan rayanya untuk mempertahankan negeri Jelapang Padi itu. Diberitakan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat Kedah semakin kukuh.
Sementara Perlis, Pahang dan Terengganu juga penting untuk dilihat persiapannya di tengah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat negeri-negeri tersebut juga berpotensi untuk menang.
Sementara negeri Perak pula, ada pertanyaan, bolehkah PAS/Pakatan Rakyat Perak ‘merampas’ semula negeri itu dan bagaimana persiapannya? Inilah persoalan yang dinanti-nantikan oleh para muktamirin untuk dibahaskan.
Tentunya dalam soal ini Ustaz Abu Bakar Hussian sebagai Pesuruhjaya PAS Perak dan Ir. Nizar Jamaludin serta team pimpinannya menjadi perhatian muktamirin untuk mendengar kemampuan PAS Perak memenangi kembali Perak.
Bagi Kelantan, pengalaman dan kejayaan cemerlang PAS memerintah 22 tahun dan dengan persiapan sejak bertahun-tahun kelihatannya sukar tergugat walaupun menghadapi asakan berterusan. Kejayaan PAS
Ucapan Dasar Datuk Seri Presiden yang penting itu dijangka akan mengupas pelbagai isu dalaman dan luar negara. Temanya sangat menarik - Negara Berkebajikan Teras Perpaduan - dan ia adalah pengisian kepada negara Islam di mana selama ini PAS dituduh sudah tidak lagi memperjuangkannya.
Ucapan Dasar ini dijangka menghuraikan konsep 'Negara Berkebajikan’ dan tentunya akan menjawab persoalan negara Islam bahawa jika ‘Negara Berkebajikan’ ini dapat dilaksanakan, di mana keadilan menjadi terasnya, nescaya akan terserlah wajah negara Islam seperti yang sering disebut-sebut.
Di dalam ‘Negara Berkebajikan’ ini terserlah kepimpinan yang beramanah, keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat, kemakmuran negara tidak berkisar di kalangan satu gololongan elit pemerintah saja, kemiskinan ditangani secara serius di mana rakyat diberi hak dan harga diri.
Tema muktamar ini sangat sesuai dengan tuntutan masa kini, di mana PAS mengenengahkan isi dan pelaksanaan negara Islam itu dan bukan label atau sebuah jenama popular. Semuanya ini akan menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak mengenai apa yang disebut negara Islam.
Sementara itu PAS sebagai pemegang peranan utama dalam main stream parti politik di negara ini mempunyai fungsi penting untuk menangani kekalutan dalam negara dengan penuh bijaksana.
Bagaimanapun PAS telah melakukan banyak perubahan sesuai dengan realiti masa kini. Kehadirannya dalam Pakatan Rakyat melalui pendekatan Tahalluf-Siasi sangat dihormati oleh rakan-rakan, termasuk kalangan bukan Islam.
Oleh itu. desakan musuh supaya PAS menarik diri dari Tahalluf-Siasi, konon kerana tidak menguntungkan Islam, tidak menggugat keyakinan pendukung PAS supaya terus berada dalam Pakatan.
Muktamar kali ini, seperti saya katakan, sangat penting justeru ia kebetulan diadakan bertepatan Muharram, bulan Hijratul-Rasul. Oleh itu, pengisian dari semangat dan falsafah Hijratul-Rasul ini sewajarnya menjadi wahana kepada perjuangan PAS.
Hijratul-Rasul itu menatijahkan kejayaan Rasul-Allah itu mengangkat martabat manusia, membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia, menegakkan keadilan sejagat dan peduli umat.
Rasulullah s.a.w. telah berjaya mentransformasikan Madinah – yang dulunya padang pasir berdebu dengan masyarakatnya berpecah belah -telah menjadi bandar Madinatul-Munawwarah, bandar cahaya dengan masyarakat majmuknya yang uniq di mana Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin.
Para muktamirin di muktamar ini sewajarnyalah merenung model paling agung sepanjang sejarah manusia di dunia ini, iaitu bagaimana kepimpinan Rasulullah s.a.w. dengan visi Islamnya dapat membina masyarakat Madinah dalam sebuah kesatuan yang kukuh berasaskan aqidah yang satu.
Ertinya, masyarakat majmuk dengan kepelbagaian agama dan ras bukan alasan untuk menghalang perpaduan, justeru Islam itu sangat adil dan saksama. Di sinilah PAS berperanan sebagai prime-mover, penggerak utama ke arah perpaduan ini – walaupun di tengah pelbagai kaum dan agama - untuk menikmati keadilan Islam yang menjadi rahmat seluruh alam.
Selamat bermuktamar.
Sumber HD - 7-11-2012
Manakala Muktamar Dewan Ulama diadakan di Dewan Duyung, Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan.
Sehubungan ini, PAS Kedah akan mempamerkan model pentadbiran Islam dalam masyarakat majmuk pada Muktamar PAS kali ini, Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, mereka akan menggunakan sepenuhnya peluang di muktamar itu untuk mengetengahkan pencapaian serta kejayaan PAS dalam menerajui sepenggal kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.
Menurutnya, usaha berkenaan bagi membolehkan semua pihak mengetahui segala maklumat mengenai pencapaian Negeri Kedah.
Sementara itu pelbagai acara diadakan sempena Muktamar, antaranya pameran PAS negeri-negeri, Persembahan Malam Seni Budaya anjuran Lajnah Seni Budaya PAS, selain ceramah umum.
Dengan berlangsungnya muktamar PAS, Kota Bharu dan sekitarnya semakin sesak, rancak dan meriah. Ia menjadi ‘syurga’ pelancong, membeli belah dan makan-makan di samping memperlihatkan keunikan Negeri Serambi Mekah.

Tangisan puisi seorang sasterawan
-, | 01 Sep 2012 |

Pentingnya peranan wanita Pakatan Rakyat
Abd Shukur Harun, | 15 Sep 2012 |
Menurut satu tinjauan mendapati jumlah pengundi wanita di negara ini sudah mencecah 50%, iaitu sama dengan jumlah pengundi lelaki. Ini adalah isyarat paling jelas dan mencabar bagi wanita Pakatan Rakyat untuk lebih bekerja keras bagi mendepani cabaran ini.

Jalur pemikiran Khalid Ibrahim
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 23 Sep 2012 |

Tema penting Ucapan Dasar
Abd Shukur Harun, | 07 Nov 2012 |

Suara pinggiran menjelang muktamar
Abd Shukur Harun, | 14 Nov 2012 |
Adalah mustahil bagi sesiapa pun yang menyangka kononnya Muktamar PAS Ke-58 Jumaat ini di Kota Bharu akan hangat kerana membahaskan isu pelawaan supaya PAS bergabung dengan Umno dan juga isu ‘suara pinggiran’ yang kritikal terhadap DAP.
Hal ini kerana isu ini sudah begitu jauh ditinggalkan ke belakang dan hampir luput daripada ingatan pendukung PAS. Oleh itu, tidak mungkin PAS melayan desakan supaya PAS dan Umno bergabung, konon demi untuk perpaduan orang Melayu.
Isu seruan ‘suara pinggiran’ supaya PAS menolak DAP konon akan menggugat Islam dan PAS adalah isu yang juga tidak akan dilayan oleh para muktamirin. Hal ini kerana para muktamirin sudah matang berfikir dan tidak mungkin melayan isu seperti itu. Bagi mereka isu ini hanya ‘jerangkap samar’ untuk memerangkap PAS menjelang PRU akan datang.
Isu ini, betapapun diperbesarkan oleh media milik Umno/BN untuk kepentingan politik pilihan raya mereka, namun tidak akan menjejaskan komitmen ahli untuk terus memperkukuh Pakatan Rakyat.
Malah muktamar kali ini dijangka akan memperbaharui janji setia PAS untuk terus memperkukuh Pakatan Rakyat. Justeru, sebarang kempen supaya PAS bergabung dengan Umno sama sekali tidak akan berkesan, malah melucukan.
Walaupun akar umbi PAS adalah Melayu, namun dengan sokongan bukan Melayu terhadap perjuangan PAS semakin bertambah, saya kira PAS berada di depan sebagai prime-mover, penggerak utama politik baru Malaysia yang tidak berasaskan ras dan warna kulit.
Maknanya, di samping bertambahnya sokongan Melayu terhadap PAS, dalam masa yang sama sokongan kalangan bukan Melayu juga semakin kukuh. Kepercayaan bahawa majoriti orang Melayu akan terus menyokong Umno/BN adalah semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong tegar Umno/BN.
Sementara itu, PAS dengan Tahalluf-Siasinya sudah menjadi bahagian penting daripada politik baru Malaysia dan tidak mungkin akan undur ke belakang, dengan mengelus-ngelus nafas dan suara perkauman.
Oleh itu, dalam keadaan PAS sekarang sebagai parti Islam yang terbuka, unggul dan tidak bersifat eksklusif, maka Muktamar PAS Ke-58 Jumaat ini tidak mungkin mengambil langkah mundur. Justeru hanya khayalan jika ada sesiapa yang berfikir PAS akan menarik diri daripada Pakatan.
Oleh itu, para penyeru perpaduan Umno-PAS dari pihak manapun adalah sia-sia. Adapun mereka yang sangat kritikal terhadap PAS sekarang, seperti kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Haji Mustafa Ali, adalah datang dari ahli yang bermasalah, malah ada antaranya yang tidak lagi menjadi ahli PAS.
Semua mereka ini adalah golongan terpencil dan pinggiran iaitu suara mereka tidak akan menimbulkan sebarang kesan kepada keutuhan PAS. Suara mereka hanya terdengar menjelang Muktamar dan lebih-lebih lagi menjelang PRU Ke-13.
Bagaimanapun Muktamar kali ini dijangka akan mendedahkan kelemahan paling ketara Umno, parti teras BN, kerana membiarkan Presiden MCA Chua Soi Lek mengkritik hebat perundangan Islam. Lebih-lebih lagi kritikan Soi Lek itu di depaan pemimpin Umno sendiri.
Perwakilan dijangka akan menyoal mana dia ‘tokoh-tokoh agama’ dalam Umno kerana diam membisu dalam isu pemimpin MCA menghina syariat Islam. Mereka dijangka akan bertanya, mana dia selogan Umno, ‘membela agama, bangsa dan negara’.
Ini isu yang dijangka akan oleh para perwakilan dijangka menempelak Umno sehebat-hebatnya dan isu ini dijangka akan menambah hangat suasana PRU akan datang dan tentunya BN akan kehilangan air muka dan kata-kata untuk menjawab isu ini, Dalam masa yang sama, pemimpin DAP, membela PAS.
Bagaimanapun, menurut pemimpin PAS, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, fokus utama Muktamar yang akan dihadiri 1,000 perwakilan, tetamu khas dan beribu-ribu pemerhati akan memberi fokus utama mengenai persiapan menghadapi PRU akan datang.
Perihal senarai pengundi yang masih belum bersih, pertindihan nama, pemilih yang ketiadaan alamat, isu penambahan jumlah pengundi yang ‘tidak masuk akal’ dan keseluruhan tuntutan Bersih 2.0, 3.0 yang belum ditunaikan dijangka akan dibangkitkan dalam muktamar kali ini.
Sementara itu, Salahudin Ayub menyatakan bahawa muktamar konsisten untuk terus menerangkan konsep ‘Negara Berkebajikan’ terutama kepada kalangan bukan Islam iaitu konsep tersebut dilihat sebagai pengisian kepada negara Islam.
Menjelang Muktamar, Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) terletak kira-kira 12 km dari pusat bandar Kota Bharu telah dipersiapkan sepenuhnya. Jawatankuasa Panitia telah bertungkus lumus membuat persiapan.
Bandar Kota Bharu yang akan berlangsung muktamar Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda sudah dipenuhi banner dan sepanduk serta bendera bulan Purnama.
Muktamar Muslimat akan diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre, Muktamar Pemuda di Dewan Julli Perak MPKB BRI, bersebelahan Bazar Tok Guru.
Hal ini kerana isu ini sudah begitu jauh ditinggalkan ke belakang dan hampir luput daripada ingatan pendukung PAS. Oleh itu, tidak mungkin PAS melayan desakan supaya PAS dan Umno bergabung, konon demi untuk perpaduan orang Melayu.
Isu seruan ‘suara pinggiran’ supaya PAS menolak DAP konon akan menggugat Islam dan PAS adalah isu yang juga tidak akan dilayan oleh para muktamirin. Hal ini kerana para muktamirin sudah matang berfikir dan tidak mungkin melayan isu seperti itu. Bagi mereka isu ini hanya ‘jerangkap samar’ untuk memerangkap PAS menjelang PRU akan datang.
Isu ini, betapapun diperbesarkan oleh media milik Umno/BN untuk kepentingan politik pilihan raya mereka, namun tidak akan menjejaskan komitmen ahli untuk terus memperkukuh Pakatan Rakyat.
Malah muktamar kali ini dijangka akan memperbaharui janji setia PAS untuk terus memperkukuh Pakatan Rakyat. Justeru, sebarang kempen supaya PAS bergabung dengan Umno sama sekali tidak akan berkesan, malah melucukan.
Walaupun akar umbi PAS adalah Melayu, namun dengan sokongan bukan Melayu terhadap perjuangan PAS semakin bertambah, saya kira PAS berada di depan sebagai prime-mover, penggerak utama politik baru Malaysia yang tidak berasaskan ras dan warna kulit.
Maknanya, di samping bertambahnya sokongan Melayu terhadap PAS, dalam masa yang sama sokongan kalangan bukan Melayu juga semakin kukuh. Kepercayaan bahawa majoriti orang Melayu akan terus menyokong Umno/BN adalah semata-mata untuk menyedapkan hati penyokong tegar Umno/BN.
Sementara itu, PAS dengan Tahalluf-Siasinya sudah menjadi bahagian penting daripada politik baru Malaysia dan tidak mungkin akan undur ke belakang, dengan mengelus-ngelus nafas dan suara perkauman.
Oleh itu, dalam keadaan PAS sekarang sebagai parti Islam yang terbuka, unggul dan tidak bersifat eksklusif, maka Muktamar PAS Ke-58 Jumaat ini tidak mungkin mengambil langkah mundur. Justeru hanya khayalan jika ada sesiapa yang berfikir PAS akan menarik diri daripada Pakatan.
Oleh itu, para penyeru perpaduan Umno-PAS dari pihak manapun adalah sia-sia. Adapun mereka yang sangat kritikal terhadap PAS sekarang, seperti kata Setiausaha Agung PAS, Dato’ Haji Mustafa Ali, adalah datang dari ahli yang bermasalah, malah ada antaranya yang tidak lagi menjadi ahli PAS.
Semua mereka ini adalah golongan terpencil dan pinggiran iaitu suara mereka tidak akan menimbulkan sebarang kesan kepada keutuhan PAS. Suara mereka hanya terdengar menjelang Muktamar dan lebih-lebih lagi menjelang PRU Ke-13.
Bagaimanapun Muktamar kali ini dijangka akan mendedahkan kelemahan paling ketara Umno, parti teras BN, kerana membiarkan Presiden MCA Chua Soi Lek mengkritik hebat perundangan Islam. Lebih-lebih lagi kritikan Soi Lek itu di depaan pemimpin Umno sendiri.
Perwakilan dijangka akan menyoal mana dia ‘tokoh-tokoh agama’ dalam Umno kerana diam membisu dalam isu pemimpin MCA menghina syariat Islam. Mereka dijangka akan bertanya, mana dia selogan Umno, ‘membela agama, bangsa dan negara’.
Ini isu yang dijangka akan oleh para perwakilan dijangka menempelak Umno sehebat-hebatnya dan isu ini dijangka akan menambah hangat suasana PRU akan datang dan tentunya BN akan kehilangan air muka dan kata-kata untuk menjawab isu ini, Dalam masa yang sama, pemimpin DAP, membela PAS.
Bagaimanapun, menurut pemimpin PAS, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, fokus utama Muktamar yang akan dihadiri 1,000 perwakilan, tetamu khas dan beribu-ribu pemerhati akan memberi fokus utama mengenai persiapan menghadapi PRU akan datang.
Perihal senarai pengundi yang masih belum bersih, pertindihan nama, pemilih yang ketiadaan alamat, isu penambahan jumlah pengundi yang ‘tidak masuk akal’ dan keseluruhan tuntutan Bersih 2.0, 3.0 yang belum ditunaikan dijangka akan dibangkitkan dalam muktamar kali ini.
Sementara itu, Salahudin Ayub menyatakan bahawa muktamar konsisten untuk terus menerangkan konsep ‘Negara Berkebajikan’ terutama kepada kalangan bukan Islam iaitu konsep tersebut dilihat sebagai pengisian kepada negara Islam.
Menjelang Muktamar, Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) terletak kira-kira 12 km dari pusat bandar Kota Bharu telah dipersiapkan sepenuhnya. Jawatankuasa Panitia telah bertungkus lumus membuat persiapan.
Bandar Kota Bharu yang akan berlangsung muktamar Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda sudah dipenuhi banner dan sepanduk serta bendera bulan Purnama.
Muktamar Muslimat akan diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre, Muktamar Pemuda di Dewan Julli Perak MPKB BRI, bersebelahan Bazar Tok Guru.
Manakala Muktamar Dewan Ulama diadakan di Dewan Duyung, Perdana Resort di Pantai Cahaya Bulan.
Sehubungan ini, PAS Kedah akan mempamerkan model pentadbiran Islam dalam masyarakat majmuk pada Muktamar PAS kali ini, Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor berkata, mereka akan menggunakan sepenuhnya peluang di muktamar itu untuk mengetengahkan pencapaian serta kejayaan PAS dalam menerajui sepenggal kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.
Menurutnya, usaha berkenaan bagi membolehkan semua pihak mengetahui segala maklumat mengenai pencapaian Negeri Kedah.
Sementara itu pelbagai acara diadakan sempena Muktamar, antaranya pameran PAS negeri-negeri, Persembahan Malam Seni Budaya anjuran Lajnah Seni Budaya PAS, selain ceramah umum.
Dengan berlangsungnya muktamar PAS, Kota Bharu dan sekitarnya semakin sesak, rancak dan meriah. Ia menjadi ‘syurga’ pelancong, membeli belah dan makan-makan di samping memperlihatkan keunikan Negeri Serambi Mekah.
Sumber HD - 14-11-2012
Laporan terkini memberi khabar gembira hampir setiap hari iaitu bertambahnya sokongan rakyat kepada PAS/Pakatan Rakyat Johor, negeri yang digahkan sebagai kubu kuat Umno selama ini.
Sabtu, 1 Disember ini akan diadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor di Dataran Rakyat Parit Saleh Ros, Parit Raja, Batu Pahat dari jam 3.00 petang hingga 12.00 malam. Dijangkakan puluhan ribu orang akan membanjiri Dataran Rakyat itu untuk mendengar amanat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin Pakatan negeri Johor.
Himpunan Rakyat ini dijangka akan menyerlahkan sekali lagi gelombang kebangkitan rakyat Johor dalam usaha untuk menukarkan kerajaan Umno/BN yang memerintah lebih suku abad kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
Seperti yang saya katakan dulu bahawa tsunami politik Malaysia dijangka akan bermula dari negeri paling selatan, iaitu negeri Johor, kemudian akan melimpah ke negeri lain, khususnya Negeri Sembilan, dengan negeri Melaka juga dijangka akan mengalami perubahan.
Perkembangan di negeri Johor ini sangat luar biasa, di mana sebuah negeri yang selama ini menjadi benteng pertahanan Umno kelihatan telah bertukar wajah dengan mood rakyat yang mahukan perubahan disebabkan pelbagai isu besar dan kecil.
Antaranya, pengambilan tanah rakyat, pembangunan yang tidak menguntungkan rakyat tempatan, harga barangan yang melambung naik, yang tidak mampu ditanggung oleh rakyat tempatan, harga rumah yang tidak mampu dibeli oleh rakyat, sementara rumah sewa juga begitu mahal.
Bagi rakyat Johor, seperti yang saya tinjau beberapa kali di Muar, Batu Pahat, Segamat, Simpang Renggam, Labis, Gelang Patah Kota Tinggi, Endau, Mersing, dan sekitar Johor Bahru, keluh kesah mereka semakin meningkat, terutamanya harga barang keperluan harian yang melambung. Setiap hari mereka seolah-olah ‘bertanding’ daya beli dengan pembeli dari Singapura yang mempunyai dollar bernilai tinggi.
Ini bukan saja dirasai oleh penduduk sekitar Johor Bahru, bahkan sampai ke Gelang Patah, malah sampai ke Air Hitam dan daerah yang lebih jauh.
Penduduk tidak melihat ada sebarang usaha konkrit dari kerajaan Umno/BN negeri Johor untuk menyelesaikan masalah rakyat, dalam masa yang sama pemimpin politik yang berkuasa hidup bermewah-mewah.
Dalam suasana baru di negeri Johor, jika sesiapa yang datang ke negeri itu akan mendapati bendera PAS dan Pakatan Rakyat ada di mana-mana, malah hingga di ceruk kampung yang selama ini diketahui sebagai ‘lubuk Umno’. Dalam masa yang sama markas PAS besar dan kecil kelihatan begitu rancak dengan pelbagai kegiatan parti siang dan malam.
Mereka benar-benar telah bersiap untuk menghadapi PRU akan datang, untuk menunjukkan PAS/Pakatan Rakyat negeri Johor mampu membuat perubahan.
Oleh itu tidak memeranjatkan apabila membaca analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Masduki, meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai fix deposit Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat Umno, beberapa penemuan hasil daripada kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberangsangkan.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya baru-baru ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.
PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.
Pola sokongan pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.
Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.
Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.
"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.
Menurut pendapat saya, apa yang penting sekarang ini bagi PAS/Pakatan Rakyat Johor ialah mengekalkan momentum sokongan rakyat yang ada sekarang, bahkan meningkatkannya dan jangan sekali-sekali membuat sebarang kesilapan. Over-confidence juga tidak baik.
Saya yakin pimpinan PAS/Pakatan Rakyat Johor mampu membuat kejutan dalam PRU akan datang ini.
Sumber HD - 28-11-2012
Di tengah-tengah pelbagai pihak mempertahankan mantan Presiden Indonesia, B.J. Habibie dari sebuah kritikan tajam terhadapnya, tokoh reformis Indonesia itu kelihatannya ‘biasa-biasa saja’.
Kritikan itu datang dari seorang pendukung parti politik Umno baru-baru ini.
Bagaimanapun ada jawapan dari tokoh reformis Indinesia itu yang santai tetapi menarik dan penuh makna.
Iaitu ada ungkapan darinya melalui Twitter resminya - @habibiecenter - pada Selasa lalu, yang menyebut BJ Habibie berkata: “When s''one insults u, take it as a compliment that they spend so much time thinking abt u, when u don''t even think abt them."
(Kalau ada yang menghina anda, anggap saja sebagai pujian bahwa dia menghabiskan waktu memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetikpun memikirkan dia).
Ini sebuah jawapan yang sangat menarik, pandangan dari seorang tokoh intelektual besar yang dengan tangannya membuka gerbang demokrasi seluas-luasnya di negara Indonesia, bahkan boleh dianggap sebagai ‘Guru Demokrasi’ sekurang-kurangnya di rantau ini.
Habibie adalah seorang reformis dan intelektual bangsa yang berjaya mengubah hala tuju pentadbiran negara itu ke arah sebuah sistem yang demokratik dengan memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni yang sempit.
Beliau adalah pemimpin yang lain dari yang lain. Ketika para tokoh Barat berpendapat bahawa ramai pemimpin Dunia Ketiga sentiasa merasa pemerintahan mereka tidak selamat, menyebabkan mereka sangat sukar menerima demokrasi, bahkan sesetengah mereka sentiasa berusaha – dengan apa cara – mempertahankan pemerintahan mereka, sosok B.J. Habibie lain sama sekali.
Bahawa dengan berani ia membuka pintu demokrasi seluas-luasnya di negaranya walaupun ia hanya menjadi Presiden Indonesia dalam masa 512 hari, tetapi ia telah melaksanakan erti demokrasi dengan:
* Memberi kebebasan pada rakyat untuk menyalurkan aspirasi mereka sehingga banyak bermunculan partai-partai politik baru yakni sebanyak 48 partai politik.
* Membebaskan tahanan politik dari NGO (Napol) seperti Sri Bintang Pamungkas dan Mochtar Pakpahan.
* Mencabut larangan berdirinya pertubuhan buruh independen.
* Membentuk tiga undang-undang yang demokratik.
Mengenai demokrasi dan bagaimana rakyat Indonesia bertuah menikmatinya sudah diketahui umum. Umpamanya dalam Pemilu (Pilihan Raya Presiden) 2004, 2009 - di mana saya turut menyaksikannya - jelas kelihatan bahawa pilihan raya itu benar-benar sebagai ‘pesta demokrasi’.
Tidak ada kekerasan, fitnah dan tuduhan melalu, elemen-elemen rasis dan seumpamanya. Ia berjalan lancar, telus, ceria dan penuh demokratik serta intelektual.
Bagi rakyat Indonesia, semuanya ini adalah hasil usaha B.J. Habibie justru beliaulah yang membuka pintu gerbang demokrasi seluas-luasnya di negaranya. Dalam masa yang sama beliau mengembalikan semula harga diri dan hak asasi anak bangsanya.
Untuk ini saya teringat apa yang dikatakan oleh bekas Presiden Amerika, Thomas Jefferson:
“When the people fear the government, there is tyranny. When the government fears the people, there is liberty.”
Kepada saya, B.J. Habibie telah meletakkan rakyat Indonesia kepada suasana kebebasan dan harga diri, bukan menjadikan rakyatnya takut kepada kerajaan. Ini adalah kerja mulia dan sumbangan tokoh reformis itu kepada bangsa, negaranya bahkan kemanusiaan.
Negara-negara yang belum menikmati erti demokrasi sepenuhnya, terutama di rantau ini, sewajarnyalah meneladani kepimpinan B.J. Habibie.
Sementara itu, saya mengulang kembali jawaban santai tokoh reformasi Indonesia itu:
“Kalau ada yang menghina anda, anggap saja sebagai pujian bahwa dia menghabiskan waktu memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetikpun memikirkan dia.”
Menurut pendapat saya, secara umumnya, kritikan yang bersifat ilmu, rasional dan bersandarkan akhlak Islam, memang sewajarnya diterima sebagai usaha memperbaiki diri, namun kritikan yang bersifat fitnah, tuduhan melalu, kebencian dan seumpamanya, itu tidak perlu dijawab, justru menghabiskan masa dan tenaga fikir, lebih-lebih lagi kritikan itu bertentangan dengan akhlak Islam.
Adapun jawapan B.J. Habibie terhadap pengkritinya itu adalah sebuah kebijaksanaan yang wajar dicontohi dalam pelbagai keadaan. Sebagai seorang tokoh pemimpin dan intelektual besar Indonesia, B.J. Habibie merasa santai dan biasa-biasa saja dengan kecaman itu, justru pengkritik itu “telah menghabiskan waktu memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetikpun memikirkan dia.”
Sementara itu dalam kegawatan politik di Malaysia sekarang, terutama menjelang PRU Ke-13, pelbagai kritikan tajam yang jauh sama sekali dari akhlak Islam, berbaur fitnah, prejudis politik, pribadi dan sebagainya, kelihatan sedang berkembang dengan amat mengerikan. Ini adalah akibat dari pelbagai hambatan ke arah demokrasi sebenarnya.
Mujurlah dalam waktu yang sama dunia siber, yang membuka langit maklumat seluas-luasnya, maka ia dikira bermanfaat kepada usaha rakyat untuk mendapat pelbagai maklumat yang selama ini ‘digelapkan’ oleh media tradisional.
Namun, dalam suasana yang demikian terbuka, sewajarnya setiap orang – pemimpin politik dan pendukung mereka, para penulis dan pengkritik dan semua yang terkait dari pihak manapun - sewajarnya menahan diri dari terlibat dalam kritikan yang mengandungi fitnah, prejudis, tuduhan melulu dan sebagainya.
Ini kerana semuanya ini sama sekali tidak membantu ke arah memartabatkan bangsa dan negara ini. Lebih-lebih lagi, tulisan seorang penulis/pngkritik itu adalah cerminan watak peribadinya.
Perlu diingat seseorang tokoh berwibawa tidak tergugat dengan fitnah, prejudis dan tuduhan melulu, justru ia mampu berdiri dengan integritinya yang teguh.
Sokongan kepada PAS Johor luar biasa
Abd Shukur Harun, | 28 Nov 2012 |
Semakin hampir PRU Ke-13, semakin menyerlah kebangkitan PAS Johor, negeri Muhyiddin Yassin yang bersungguh-sungguh untuk menentang PAS habis-habisan.

Anggaplah kritikan sebagai pujian - Habibie
-, | 13 Dis 2012 |

Jangan layan ‘Ulama upahan’
-, | 19 Dis 2012 |
Menjelang PRU Ke-13 bermunculan pelbagai isu yang terbit dari pelbagai kenyataan bukan saja dari para pemimpin politik, tokoh masyarakat bahkan juga dari kalangan yang menggelar diri mereka ‘ulama’ atau ‘digelar ulama’.
Seingat saya, Malaysialah adalah negara yang begitu mudah orang ‘bergelar ulama’ atau ‘digelar ulama’ - baik dari kalangan muda mahupun tua.
Oleh itu orang jadi keliru bahawa kretaria yang bagaimana mahu dipakai untuk digelar ulama, sedangkan ulama ialah sebuah entiti yang sangat mulia di sisi Islam, pewaris nabi, golongan yang paling takut akan Allah dan pelbagai kemuliaan yang mereka miliki kerana ilmu dan ketakwaan mereka.
Di tengah-tengah simpang siurnya gelar ‘ulama’, keluarlah pelbagai fatwa, pandangan, malah kenyataan yang berbaur politk parti dan sebagainya.
Ini tidak membantu menyuburkan dakwah Islam, malah menambah kekeliruan lagi bagi masyarakat, malah menghambat kerja dakwah yang mulia.
Lebih-lebih lagi menjelang PRU Ke-13, maka riuh rendah dunia politik digamatkan lagi oleh kenyataan sesetengah yang dikatakan ulama, yang bunyinya pelik, sukar difahami dan tentunya sangat mengelirukan.
Umpamanya ada ‘ulama’ yang membongkar kembali isu Amanat Haji Hadi yang telah dilupakan sekian lama, ada pula yang menyebut mengenai kafir harbi, ada yang memberi pandangan yang bersifat rasis, malah ada yang terang-terang kelihatan seperti menjadi jurubicara parti pemerintah dan ada pula yang menyifatkan ulama tersohor dunia, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi sebagai khawarij dan pelbagai lagi.
Pada hal dibandingkan ilmu Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dengan ilmu orang yang menuduh itu bagaikan bumi dengan langit. Namun yang menuduh itu tidak malu-malu dan tidak merasa bersalah, malah merasa sangat hebat.
Inilah anehnya keadaan di negara ini, lebih-lebih lagi menjelang PRU Ke-13. Apa pula kenyataan dan tuduhan yang akan muncul selepas ini, namun kita boleh menjangka akan muncul kenyataan yang lebih pelik lagi.
Namun suatu hal yang pasti ialah akan terus muncul ulama-us'suk (ulama jahat) di samping ulama sebenar (baik), yang memikul amanah sebagai pewaris Nabi). Hal ini akan berlaku di mana-mana di sepanjang zaman.
Revolusi bersejarah rakyat Mesir yang tercetus lebih setahun lalu menjadi iktibar penting bagaimana munculnya ulama jahat di tengah-tengah kancah revolusi rakyat Mesir itu dan kemunculannya beriringan dengan tulisan jahat dalam akhbar-akhbar Mesir yang turut menentang revolusi itu.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjadi sasaran mereka, justru tokoh ulama besar ini mempertahankan Revolusi Rakyat Mesir itu, sedangkan ‘ulama upahan’ ini beserta penulis-penulis di akhbar Mesir menyerang pandangan Al-Qaradhawi dan turut sama mempertahankan rejim diktator Hosni Mubarak.
Dalam bukunya ‘Yusuf Al-Qaradhawi Dan Kebangkitan Rakyat’ (terjemahan) - terbitan Abim - menghuraikan bagaimana ulama besar dunia yang telah membaca 286,000 buku setakat ini, melakukan ijtihad bahawa demonstrasi rakyat menuntut keadilan dibenarkan oleh Islam.
Semuanya ini hasil keyakinannya yang kukuh bersandarkan kepada hujah Al-Quran dan Sunnah, juga hadis serta pandangan ulama muktabar terdahulu, ditambah dengan pengalaman dan pengamatannya
yang tajam terhadap suasana masa kini.
Fatwanya ini melumpuhkan pandangan golongan ‘ulama upahan’ yang berada di sekeliling pemerintah zalim Hosni Mubarak selama ini yang berpendapat demonstrasi menentang Mubarak itu adalah haram. Ulama ini berkhidmat di institusi kerajaan Mesir termasuk Mufti Kerajaan Mesir, Ali Jum’ah dan pemegang jawatan penting di institusi pengajian tinggi.
Bagaimanapun tetap ada di kalangan ulama yang berani menyokong demonstrasi tersebut.
Pandangan ‘ulama upahan’ ini disokong oleh pihak tentera dan polis serta pegawai tinggi awam, kalangan korporat dan golongan disekeliling Hosni Mubarak yang mengaut harta kekayaan Mesir. Merekalah yang mempertahankan diktator berumur 84 tahun itu.
Memang pada awalnya, media Mesir, malah media dunia Arab lain memberi ruang luas kepada pandangan ‘ulama upahan’ Arab yang mengatakan bahawa demonstrasi di Medan Tahrir itu adalah haram kerana kononnya menimpakan pelbagai kerosakan.
Iktibar dari peristiwa di Mesir itu ialah bahawa ‘ulama upahan’ ada di mana-mana dan pada setiap waktu. Dalam Revolusi Jasmine di Tunisia Januari 2011, muncul ‘ulama upahan’ yang menjadi imam di masjid jame’ Tunisia yang khutbahnya memuji diktator President Zine El Abidine Ben Ali.
Setelah Revolusi Jasmine itu berjaya menyingkirkan diktator tersebut, menghilang diri entah ke mana hingga kini. Inilah nasib ‘ulama upahan’.
Oleh itu tidak pelik ulama seperti ini ada di mana-mana dan bila-bila masa.
Menjelang PRU Ke-13 mungkin akan muncul pelbagai lagi jenis ‘ulama upahan’ seperti ini yang memberi fatwa dan pandangan yang pelik dan mengelirukan.
Oleh itu, PAS/Pakatan Rakyat sewajarnya tidak melayan karenah ‘ulama upahan’ yang hanya menimpakan kekeliruan. Pakatan perlu meneruskan gerak kerja pilihan raya tanpa memberi perhatian kepada pandangan yang mengelirukan, yang tujuan mereka hanya untuk menolong parti yang memerintah meneruskan hayat kuasanya.
Yang penting diberi perhatian ialah pengundi generasi baru yang dikatakan mencapai 40 peratus, suatu jumlah yang besar. Pengundi ini ada di mana-mana – di luar bandar mahupun di dalam bandar. Pengundi baru ini diyakini memberi perhatian kepada isu-isu rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dana awam, nepotisme, kronisme, pembaziran dan pelbagai lagi.
Inilah isu yang mesti diberi perhatian sungguh-sunggu, bukan memberi perhatian kepada pandangan ‘ulama upahan’ yang hanya mengelirukan.
Dalam masa yang sama, tumpuan perhatian juga perlu diberikan kepada kawasan ‘Malay Belt’ – kawasan pengundi Melayu – yang setakat ini menjadi pengundi majoriti.
Jika dua tumpuan ini diberikan, di samping mengambil kira undi bukan Islam, Insya-Allah, kemenangan akan memihak kepada PAS/Pakatan Rakyat.
Sumber HD - 19-12-2012
Takwa ciri utama Presiden RI
Abdul Shukur Harun, | 27 Dis 2012 |
Di tengah-tengah suasana rakyat Malaysia sedang menunggu pengumuman PRU Ke-13, elok juga jika kita meninjau suasana di negara serumpun, Indonesia – yang juga akan mengadakan Pemilu (Pilihanraya) Presiden pada 2014.
Perlumbaan parti-parti politik di sana sudah mulai kelihatan, lebih-lebih lagi di sana ada 48 parti politik yang pelbagai, termasuk parti yang bernuansa Islam seperti PKS, PPP dan beberapa lagi. Pemilu di sana itu tentunya dalam suasana pesta demokrasi, justru demokrasi di negara jiran itu sangat subur.
Yang turut meriahkan suasana awal Pemilu itu ialah kemunculan nama-nama besar di bidang seni yang turut berhasarat untuk menjadi calon Presiden. Antaranya Raja Dangdut, Haji Rhoma Irama dan Seniman Rakyat, Iwan Fals yang terkenal dengan lagunya, ‘Siang Di Seberang Istana’.
Namun di kalangan para intelektual di sana sangat prihatin mengenai ketokohan calon yang akan merebut tahta Presiden. Umpamanya, Ikatan Cendekiawan Muslim se-Indonesia (ICMI) yang diasaskan oleh B. J. Habibie, menyampaikan empat kriteria calon presiden (Capres) Indonesia 2014. Kriteria Capres itu dibacakan dalam akhir majlis Silaturahim Kerja Nasional (Silaknas) 2012 ICMI baru-baru ini.
Mantan Ketua Presedium ICMI Nanat Fatah Natsir menyatakan, kriteria pertama ialah Capres harus beriman, bertakwa, dan memiliki visi ilmu pengetahuan dan teknologi. Menurut Nanat lagi, ilmu pengetahuan penting, tetapi perlu dilandasi iman dan takwa. "Supaya membawa manfaat bagi umat," katanya, kelmarin.
Kedua, syarat Capres 2014 perlu tokoh yang bersih dan mampu serta mahu membersihkan dirinya dari rasuah dan penyelewengan. Menurut ICMI, Indonesia perlu memilih orang yang bersih supaya tidak mengamalkan rasuah. Selain itu, perlu membersihkan kerana orang yang bersih belum tentu mahu dan mampu membersihkan.
Kriteria ketiga, Capres perlu mampu membangun diri sendiri dan kedaulatan bangsa. ICMI berpendapat, Indonesia saat ini masih bergantung pada barang-barang import, karena itu harus diubah. Kriteria terakhir, capres adalah tokoh yang memiliki rekam jejak dan sejarah hidup yang baik.
Ini sebuah harapan ICHMI, sebuah badan intelektual yang berpengaruh. Harapan itu tentunya dikongsi oleh ramai pihak.
Sementara itu, Ketua Umum Pimpinan Pusat Pemuda Muhammadiyah Saleh Partaonan Daulay mengharapkan masyarakat supaya tidak memilih partai yang rasuah dan melakukan 'money politics'. "Pemuda Muhammadiyah berharap agar rakyat semakin cerdas dalam menyalurkan aspirasi politiknya," kata Saleh Partaonan Daulay dihubungi oleh media di Jakarta kelmarin.
Menurut Saleh, partai-partai yang berusaha 'menyuap' rakyat dengan 'money politics' sudah saatnya diberi hukuman dengan cara tidak memilih mereka lagi. Saleh mengatakan partai politik seperti itu perlu dihukum. Apalagi partai-partai itu juga tidak memberikan sumbangan positif dalam membangun negeri ini.
"Rakyat sedang menanti dan melihat siapa dan parti apa yang betul-betul memberi perhatian kepada mereka. Parti-parti itulah yang akan menjadi pilihan mereka," katanya.
Menurutnya, parti yang baik adalah partai yang paling sedikit amalan rasuahnya. Sebab, hampir semua partai politik di Indonesia melakukan rasuah. Karena itu, dia mengharapkan masyarakat mencermati apa yang dilakukan oleh partai-partai pada 2013. Parti yang baik, katanya, adalah parti yang konsisten bekerja untuk ke rakyat.
"Dalam konteks ini, parti yang memperhatikan rakyat dan peduli kepada rakyat diyakini tidak akan melakukan korupsi dan ini menjadi pilihan," ujarnya.
Dia menjangkakan suhu politik pada 2013 akan semakin memanas abila dibandingkan 2012. "Menurut pendapat saya, panggung politik di 2013 begitu jauh berbeza dari 2012. Malah, di pertengahan tahun, suasana politik akan semakin terasa," katanya.
Menurut Saleh, pada 2013, parti-parti politik dan pemimpin politik akan berupaya untuk mempertahankan kedudukan masing-masing. Menurut Saleh, fenomena politik di akhir 2012 yang banyak goncangan politik seperti perseteruan antara anggota parlimen dan beberapa orang menteri akan terus berlanjutan pada 2013.
Sementara itu juga, pakar politik Indonesia, Firman Noor menjangkakan tidak ada tokoh baru calon presiden yang akan muncul pada 2013, iaitu calon yang boleh dibawa ke Pemilihan Presiden 2014.
"Saya fikir calon-calon yang akan diusung masih yang itu-itu juga. Tidak akan ada tokoh baru yang muncul pada 2013," kata Firman Noor lagi.
Pengkaji di Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) itu menyatakan, Pemilihan Presiden 2014 akan menjadi Pemilu yang membosankan. Karena, tokoh yang bersaing adalah tokoh yang itu-itu saja.
Menurutnya, masyarakat saat ini sudah boleh memperkirakan siapa-siapa saja yang akan maju sebagai calon presiden pada Pemilu 2014.
"Pemilu 2014 akan sangat membosankan. Menurut saya, 'the real game'-nya baru akan terjadi pada 2019," ujarnya.
Firman Noor menyatakan tokoh yang diketengahkan oleh parti-partai besar sudah boleh diramal. Partai Golkar sudah memastikan akan mengusung Ketua Umum Aburizal Bakrie, begitu pula PDI Perjuangan yang kemungkinan mencalonkan semula Ketua Umum Megawati Soekarnoputri.
Dalam kaji selidik oleh Soegeng Sarjadi Syndicate, populariti Prabowo Subianto mengatasi bekas Presiden, Megawati Soekarnoputri dan bekas Naib Presiden, Jusuf Kalla.
Prabowo, yang juga bekas pegawai tinggi tentera darat Indonesia yang berpangkat jeneral tiga bintang dan bekas menantu Soeharto itu dipilih oleh 25.8 peratus daripada 2,192 responden sebagai calon presiden Indonesia 2014 kerana dianggap tegas dan berani membuat keputusan.
Sementara itu, Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Megawati, berada di kedudukan kedua dengan mendapat 22.4 peratus sokongan, Jusuf Kalla tokoh dari Parti Golkar di tempat ketiga dengan 14.9 peratus sokongan manakala Ketua Umum Parti Golkar, Aburizal Bakrie mendapat 10.6 peratus sokongan.
Aburizal sedang diketengahkan oleh Golkar sebagai calonnya dalam Pemilu akan datang, walaupun mendapat bantahan daripada penyokong Jusuf Kalla.
Sumber HD - 27-12-2012
Jika Umno/BN menyangka isu ‘Amanat Haji Hadi’ yang dimainkannya sekarang ini akan berkesan dalam PRU akan datang, maka jangkaannya akan meleset di mana isu itu tidak akan berkesan kepada pengundi betapun parti nasionalis itu ‘meniupkannya’ setiap hari.
Tinjauan di kalangan pengundi di pedalaman, khususnya di Johor, mendapati isu ini tidak menarik minat mereka ketika ditinjau dan ditanyakan pendapat mereka.
Negeri Johor, dulunya kubu kuat Umno, kini nyata pemikiran pengundi sudah jauh berubah, terutama generasi baru yang jumlahnya mencecah 40%. Pengundi generasi lama sudah sangat jauh berkurangan, ada yang berpindah ke negeri lain, mengikut anak, ada yang sudah meninggal, ada yang sudah menerima pandangan anak-anak mereka yang bekerja di bandar. Malah ada yang menyatakan rasa bosan dengan isu ini yang disiarkan berulang-ulang siang dan malam oleh media BN.
Seorang penduduk di pedalaman Mersing – yang dikenali sebagai Pak Ngah Mat – memberitahu saya di sebuah gerai makan, “Ini kerja busuk, dia ingat orang kampung bodoh sangat. Haji Hadi ada ilmu agama yang tinggi tentu dia ada alasan yang kuat.”
Saya bertanya kepadanya, “Ada tengok TV?” Dia menjawab “Ada juga menjengah begitu-begitu saja, tengok berita banjir, berita rompak, bunuh.”
Seorang lagi bernama Osman Abu Bakar, pertengahan umur yang ditemui di Kota Tinggi berkata, “Bosan dengar berita TV, surat khabar, tak ada berita lain selain kempen politik, sedangkan orang kampong sudah, harga barang mahal, ikan lebih mahal lagi, harga kelapa sawit tidak seberapa.”
Menurutnya, isu ‘Amanat Haji Hadi’ sudah didengarnya sejak remaja lagi dan beliau percaya isu ini tidak akan berkesan dalam PRU akan datang.
Seorang pesara di Pontian yang ditemui berkata: “Umno ni tak ada modal lain. Kami jemu dengan isu ‘Amanat Haji Hadi’ ini. Isu ini tidak akan mengenyangkan orang kampung sepertinya. Sebab itu tak ada faedah mengulang-ngulang isu ini.”
Beberapa orag lagi yang ditemui di Kluang sependapat mengatakan bahawa isu ini tidak akan mengubah fikiran pengundi. Sepatutnya, kata mereka, parti yang memerintah memikirkan benar-benar masalah orang kampung – harga barang naik, harga kelapa sawit, harga getah turun, nelayan pantai menderita kerana hasil tangkapan amat berkurangan.
Inilah sebahagian reaksi orang kampung mengenai isu ‘Amanat Haji Haji’ ini yang rata-rata berpendapat tidak akan berkesan dalam PRU akan datang.
Sementara itu, penganalisis politik, Datuk Dr Agus Yusof berkata, walaupun isu itu sering kali dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) namun ia tidak akan memberi kesan dalam PRU13.
Menurut beliau, walaupun isu itu hangat diperkatakan, tetapi ia tidak mampu menarik pengundi atas pagar bagi pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, isu ini sepatutnya telah lama diselesaikan dan tidak dibangkitkan oleh parti lawan.
“Saya percaya jika orang lama sudah jelas tentang isu ‘Amanat’ ini, mungkin ada yang masih keliru namun isu ini tidak memberi kesan yang besar kepada rakyat khususnya bukan Islam.
Sementara itu, kehadiran lebih 120,000 orang dari pelbagai lapisan usia yang membanjiri Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi memeriahkan Program Jom Santai Bersama GeMS kelolaan Kerajaan Negeri sempena ambang 2013 malam Tahun Baru menjadi salah satu isyarat yang jelas bahawa rakyat tidak peduli akan isu yang dimainkan oleh Umno/BN, termasuk isu ‘Amanat Haji Hadi’.
Program GeMS – Generasi Idaman Selangor, - itu diadakan dengan pendekatan menyambut Tahun Baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan memberi nafas baru kepada penganjuran majlis.
Terdahulu, program terbabit berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Disember dengan pelbagai program menarik termasuk Karnival Pendidikan Selangor - EduSEL Fair 2012. Selain itu, turut diadakan ceramah yang bertajuk SPIES membentuk masyarakat sejahtera yang menampilkan Dr Ruziah Ghazali, Ustaz Shukri Yunus dan Ustaz Fauzi Mustafa. Forum Jom Bercinta yang membariskan panel Ustazah Fatimah Syarha dan pelakon Shamsul Ghau-Ghau serta ceramah ilmuan bersama Ustaz Datuk Ismail Kamus.
Manakala, sambutan kemuncaknya diadakan program sambutan Ambang 2013 dengan menyaksikan persembahan sajak daripada pelakon Diana Amir dan Sembang Santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin ‘Bollywood’, Datuk Malek Noor, Kamal Adli, Pierre Andre dan Aziz M. Osman. Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular itu berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir.
Malah detik sambutan Tahun Baru yang berakhir 1 pagi itu diakhiri dengan nyanyian nasyid ‘Asma Ul Husna’ oleh semula jemputan dan Exco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Yaakop Sapari dan Rodziah Ismail, Dr Yunus Hairi dan Ketua AMK negeri, Azmizam Zaman Huri.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata beliau amat berpuas hati dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk di negeri itu.
Menurutnya, Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat akan terus memastikan rakyat di negeri itu mendapat manfaat daripada apa yang dilakukan.
Jelas sambutan ini menggambarkan sokongan pengundi di Selangor terhadap Pakatan Rakyat dan isyarat paling yang nyata bahawa mereka tidak peduli apapun isu yang dibangkitkan oleh Umno/BN, termasuk isu ‘Amanat’ adalah sia-sia saja.
Sumber HD - 2-1-2013
Ada sebuah puisi yang muncul di zaman kemuncak reformasi Indonesia menentang rejim Presiden Soeharto di tahun 1998. Puisi itu yang bertemakan ‘takut’, ditulis oleh penyair ternama, W.S. Rendra, antara lain menyebut:
Siswa takut kepada pensyarah,
Pensyarah takut kepada dekan,
Dekan takut kepada Rektor,
Rektor takut kepada Menteri,
Dan menteri takut kepada Presiden.
Puisi ini saya ingat kembali ketika pelbagai pihak menimbulkan fenomena bagaimana sesetengah kakitangan akademik di pelbagai universiti di Malaysia sendiri, masa kini, mengalami sindrom takut-takut untuk mengeluarkan pendapat, takut menentang arus, takut tidak naik pangkat, takut tidak mendapat gelar professor, malah takut tidak mendapat gelar datuk atau datuk seri, takut itu dan takut ini.
Namun begitu, masih ramai di kalangan ahli akademik, termasuk khususnya kalangan professor yang berani mengeluarkan pandapat apa yang dikiranya benar. Justru tidak semua kalangan ahli akademik yang ‘diserang sindrom takut’ di samping masih ramai ahli akademik yang berani menyuarakan kebenaran. Sebab itu percayalah bahawa di mana-manapun keadaan seperti ini tetap berlaku.
Sebagai contoh, ketika berlaku ‘Arab Spring’ yang menjatuhkan dektator Hosni Mubarak tahun lalu, demikian ramai ahli akademik di sana, termasuk segelintir pensyarah di Universiti Al-Azhar sendiri, seperti yang dilaporkan, menjadi begitu ‘penakut’ untuk bersuara menyokong demonstrasi anti Hosni Mubarak, termasuk sesetengah ulama sendiri.
Demikian juga yang berlaku ketika Revolusi Jasmine di Tunisia dan Libya dan beberapa tempat lain di mana ada ahli akademik juga diserang sindrom ‘takut’.
Oleh itu saya tidaklah terlalu terkejut apabila ada di kalangan ahli akademik kita sendiri yang menimbulkan isu di mana ada di kalangan kakitangan fakulti di universiti tempatan didakwa terlalu takut untuk memperjuangkan kebebasan akademik kerana ia boleh menjejaskan peluang mereka untuk naik pangkat atau menerima anugerah seperti datuk.
Dakwaan tersebut, seperti yang dilkaporkan, dibuat di forum mengenai 'Kebebasan Akademik dan Hak' malam kelmarin oleh bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Maszlee Malik.
Pakar undang-undang perlembagaan itu berkata, tidak ada gunanya menyalahkan kerajaan atau Umno semata-mata bagi keadaan tersebut kerana ahli akademik itu sendiri yang didakwanya malas.
Katanya, mereka tidak mempunyai idea baru, tidak menjalankan penyelidikan, tidak mengarang apa-apa - semuanya kerana takut.
Beliau mendakwa mereka masuk ke universiti (atau menjadi profesor, timbalan dekan, dekan, naib canselor atau rektor) dengan 'menarik kabel' - menyebabkan menjadi takut.
"... mereka tidak menggalakkan kebebasan akademik, tugas mereka adalah untuk memastikan universiti dikekalkan sebagai sebahagian daripada birokrasi kerajaan," tambahnya.
Pada masa yang sama, dakwanya, ahli akademik yang bercakap untuk masyarakat luar kampus dianggap sebagai orang yang tidak diingini di universiti, sepertimana yang berlaku pada dirinya.
Menyuarakan pandangan yang sama, Dr, Maszlee berkata, budaya naungan dan takut di universiti sekarang begitu menjejaskan ahli akademik dan pelajar.
Beliau mendakwa, ahli akademik bergantung kepada tuan politik mereka untuk dicalonkan bagi anugerah 'Datuk' atau 'Datuk Seri', atau kenaikan pangkat, dan mereka takut menerima surat amaran.
"Mereka telah hilang keberanian, identiti dan keupayaan untuk berfikir. Mengapa? (Ini kerana) hati mereka diselubungi ketakutan.
"Pelajar takut pinjaman Pengajian Tinggi Nasioanal akan ditarik balik. Mereka takut dapat markah rendah, takut dibuang universiti, takut segala-galanya," tambahnya.
Merenung keadaan yang berlaku ini, tentunya ada persamaan keadaan yang berlaku di zaman reformasi Indonesia itu di mana ‘Pensyarah takut kepada dekan, Dekan takut kepada Rektor, Rektor takut kepada Menteri, Dan menteri takut kepada Presiden’.
Dalam kontek suasana di Malaysia sekarang, terutamanya menjelang PRU akan datang, ketika rakyat sedang bangkit untuk menuntut perubahan, tembok rasa ‘takut’ yang selama ini mendominasi pemikiran segolongan rakyat Malaysia ternyata telah dapat diruntuhkan.
Kehadiran kira-kira 700,000 orang – menurut perkiraan pakar matematik, Dr. Shaharir Mohd Zain – adalah sebuah fenomena yang sangat menarik, menghantar isyarat bahawa rakyat sudah keluar dari kepompong rasa takut untuk menyuarakan hak mereka. Merea tidak lagi mahu bersikap seperti semut yang takut dilihat kehadirannya.
Bagaimanapun sama ada ahli akademik yang penakut itu mahu membebaskan diri dari rasa takut dan bersama rakyat atau bagaimana, terserah kepada mereka. Fenomena baru mengenai keberanian rakyat ini, seperti yang ditunjukkan dalam beberapa siri himpunan rakyat ini akan berterusan dan dijangka akan lebih menyerlah lagi di masa akan datang.
Zaman dan suasana berubah. Tidak mustahil akan lebih ramai lagi ahli akademik, ulama, sasterawan, wartawan, tokoh masyarakat dan lain-lain akan ikut serta dalam arus kebangkitan rakyat ini dan saya positif dalam hal ini. Justeru mereka yang masih diselubungi ketakutan akan dtinggalkan – kerana suasana dan perubahan tidak mampu menunggu mereka.
Mereka yang terus takut itu dan akan jadi korban kerana ketakutannya.
Bukti isu ‘Amanat Haji Hadi’ tidak berkesan
Abd Shukur Harun, | 02 Jan 2013 |

Ahli akademik perlu ada keberanian
Abd Shukur Harun, | 23 Jan 2013 |

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-1-2013
Hebatnya dakwah politik Tuan Guru Nik Aziz
Abd Shukur Harun, | 31 Jan 2013 |
Hanya sesekali dalam suatu jangka masa yang lama, seorang pemimpin politik dan dakwah muncul untuk memberikan warna kepada kegiatan politik dan dakwah di negaranya.
Ini kerana tidak semua pemimpin berkeupayaan seperti itu, lebih-lebih lagi ia mesti mempunyai ilmu politik dan dakwah, mampu memikirkan sesuatu melampauai zamannya, berfikiran terbuka, luas pendedahannya kepada masyarakat dan mempunyai aura.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat mempunyai semua kualiti ini menyebabkan ia dilihat sebagai tokoh hebat dalam dakwah dan politik seperti Almarhum Muhd Natsir di Indonesia.
Dengan kewibawaan dan jiwa besarnya sebagai tokok pemimpin gerakan Islam, Tuan Guru telah melakukan langkah besar dan penuh makna baru-baru ini apabila selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Tuan Guru bertemu pula dengan Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis di sebuah hotel di Pulau Pinang hotelnya.
Di majlis itu, Francis Sebastian telah menghadiahkan sebuah kek sempena hari lahir Tuan Guru Nik Aziz yang ke 82. Pertemuan ini tidak termasuk dalam jadual lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang tetapi acara spontan dan ini memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini.
Pertemuan itu berlaku ketika isu nama Allah dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga menimbulkan ketegangan. Pertemuan dua tokoh agama yang berbeza ini telah meredakan ketegangan yang cuba dihangatkan oleh pihak tertentu yang berkepentingan.
Dalam pertemua itu, Bishop Francis berkata, negara memerlukan contoh semangat seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Aziz.
Semenetara itu Tuan Guru gembira dengan kunjungannya ke Pulau Pinang dalam misi untuk bertemu pemimpin Kristian dan mewujudkan keharmonian agama di negeri itu.
"Alhamudlillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang dan saya amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Biskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu," katanya dalam satu tulisan di Facebooknya.
Pertemuannya dilihat oleh pemerhati sebagai usaha untuk memperbaiki hubungan antara penganut Islam dan Krisitan di negeri itu, yang menjadi tumpuan ekoran kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.
Sebelum itu Tuan Guru telah mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.
Usaha ini bagi membina hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat dan akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Pertemuan penting Mursyidul Am PAS dengan Bishop dianggap oleh AJK PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa sebagai membuktikan dua agama boleh duduk berbincang dan berdialog.
"Itulah kerja Rasullulah s.a.w untuk berdakwah bukan bersikap keras sehingga orang bukan Islam pandang serong terhadap keindahan yang ada dalam Islam. Saya juga berharap selepas ini ada pertemuan yang lebih erat di mana jua termasuk dalam gereja sekalipun," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Langkah besar pertemuan penting seperti ini hanya boleh dilakukan oleh pemimpin berjiwa besar, berilmu, terbuka dan mampu menguasai keadaan dan ini telah dilakukan oleh Tuan Guru yang dilihat sebagai cerminan dari sikap terbuka dan toleransi PAS, tetapi dalam masa yang sama ia tidak pernah berkompromi dengan dasar Islamnya.
Beliaulah orangnya yang menjadikan negeri Kelantan sebagai simbol perpaduan kaum, toleransi beragama dan sagat terbuka. Ketika sambutan hari-hari perayaan, malah di majlis perkahwinan anak cucunya, tokoh pelbagai agama antara tetamu undangannya. Beliau menjadi tokoh yang amat dikasihi oleh pelbagai kaum dan agama bukan saja di Kelantan bahkan di luar Kelantan juga.
Saya pernah menyaksikan beberapa kali di mana orang ramai pelbagai kaum – termasuk wanita Cina - berebut hendak bergambar dengan Tuan Guru. Inilah kemuliaan dan izzah yang dimiliki oleh beliau. Lebih-lebih lagi kehidupannya yang amat sederhana menjadikan beliau role-model pemimpin Islam masa kini.
Sebagai pemimpin dan ulama, Tuan Guru berusaha menterjemahkan kesyumulan dan sifat wasatiah Islam, hingga beliau dilihat sebagai tokoh dan elemen penyumbang kepada kesyumulan Islam dan benar-benar berusaha hendak menampilkan watak pemimpin Muslim yang sederhana untuk mememenuhi ciri-ciri pemimpin Islam sejati.
Bayangkan bagaimana dalam suasana yang sangat tegang berhubung isu Kalimah Allah dan isu lain, Tuan Guru mengorak langkah yang tentunya tidak diduga oleh banyak pihak, iaitu bertemu dengan Ketua Bishop utara di Pulau Pinang dan tentunya usahanya ini seperti ‘mencurah air di tengah api yang menyala’. Usaha murninya ini telah disambut pelbagai pihak, malah ada yang, khabarnya, menitiskan air mata terharu – rupanya masih ada seorang tokoh yang berjiwa besar dan berhati mulia.
Sebelum ini, ada beberapa tokoh pemimpin PAS seperti Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan beberapa orang lagi mengadakan dialog dengan pemimpin Kristian di Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk bertukar-tukar pandangan dan menerangkan dasar Islam. Usaha ini berjaya membina hubungan baik antara kedua pihak, bukan kerana kepentingan politik tetapi memang sifat Islam sebagai ‘rahmat seluruh alam’.
Tidak syak lagi, usaha Tuan Guru Nik Abd Aziz dan pimpinan PAS yang lain itu tentunya mendorong pelbagai pihak yang rasional melihat PAS sebagai parti Islam yang sangat terbuka dan toleransi, dalam masa yang sama ia tetap berada di dalam orbit Islam.
Pada pendapat saya, PAS memerlukan kepimpinan yang mempunyai kemampuan seperti ini untuk melakar kejayaan PAS di masa depan.

Sumber HD - 30-1-2013
Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga sudah lari
Ramai lagi yang datang
Pantun klasik Melayu ini disampaikkan oleh bekas pelakon dan pengacara terkenal Bob Lokman dengan cara yang amat menarik di Majlis Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS di hotel De Palma, Ampang Ahad lalu anjuran PAS yang meraikan lebih 300 ahli baru dan lama PAS.
Hadirin kelihatan tersenyum, malah ada yang ketawa dengan kiasan tajam seniman itu yang kini menjadi ahli PAS. Semuanya mengertikan makna pantun itu bahawa ada yang ‘lari’ dari PAS, tetapi ramai pula yang datang.
Majlis tersebut sangat meriah di mana Bob Lokman sebagai juruacara memberikan ulasan yang spontan dan santai. Majlis itu menjadi manifestasi bagaimana begitu ramai menyertai PAS dari pelbagai golongan masyarakat – ahli korporat, kalangan bekas pegawai tinggi polis dan tentera, kalangan professional, artis, penulis, ahli sukan dan pelbagai lagi.
Turut hadir, bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong, bekas Ahli MT Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Tamrin Ghaffar. Penyanyi suara emas, Aishah tiba lewat kerana baru sampai dari Terengganu dan kena selsema pula, namum kelihatan sangat gembira.
Mungkin ada yang membayangkan bagaimana PAS – sebagai parti politik dan gerakan Islam - yang telah ditubuhkan lebih setengah abad lalu dengan imej ‘Parti Pak Lebai’, kini mampu menarik pelbagai golongan masyarakat menyertainya.
Pagi Ahad itu, ketika menghadiri Majlis Himpunan tersebut, saya terkenang semuanya itu dan lebih-lebih lagi terkenangkan perjuangan bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor.
Dialah orangnya dengan penuh bijaksana mencetuskan sikap keterbukaan dan toleransi PAS, tanpa mengorbankan dasar Islamnya dan dasar ini diteruskan hingga kini.
Perjuangannya ini diteruskan hingga kini di bawah pimpinan Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Datuk Seri Abd Hadi Awang.
Himpunan tersebut memperlihatkan sokongan orang Melayu pelbagai pelbagai golongan kepada PAS. Presiden PAS begitu bersemangat sehingga berucap panjang, sementara Pengerusi Jawatankuasa penganjur Salahudin Ayub merasa sangat gembira atas kejayaan Himpunan ini.
Presiden memberi jaminan tegas tidak akan bekerjasama dengan Umno.
Di majlis itu, 10 orang tokoh yang mewakili pelbagai golongan masyarkat memberikan ucapan di majlis yang bersejarah tersebut. Memulakan ucapan adalah Datuk Fauzi Shaari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, kemudian disusuli oleh Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir, bekas orang nombor dua Angkatan Tentera Malaysia, kemudan bapa saudara kepada Tuanku Sultan Mizan, Tengku Seri Paduka Raja berucap membidas sikap kerajaan pusat yang merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu melalui kerajaan yang mereka pilih.
Selepas ketiga-tiga tokoh itu, satu per satu pula tokoh dari pelbagai golongan naik ke pentas berucap. Antaranya bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Nahrawi, pelakon Hairie Othman, Datuk Yahya Lampong bekas timbalan menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan bekas lagenda bola sepak nasional, Abdullah Ali, Anis Afida, gadis dari Johor yang memperjuangkan isu Pengerang di negeri itu.
Disusuli wakil anak muda dari golongan mahasiswa, golongan kurang upaya yang menyerahkan memorandum mereka kepada Presiden PAS dan pelbagai wakil lagi.
Inilah suara dari pelbagai lapisan masyarakat yang mendukung keazaman Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan dalam PRU akan datang. Mereka adalah sebahagian dari riak-riak besar membawa khabar bahawa gelombang tshunami politik akan tiba, bermula dari Selatan (Johor) membawa ke Utara dan Timur dalam PRU akan datang.
Seingat saya, ini pertama kali dalam sejarah tanah air suasana sepertri ini berlaku dan benar-benar menghantar isyarat suatu perubahan besar akan berlaku. Sementara mereka yang hadir di himpunan itu mewakili rakyat yang berani berjuang.
Mereka bukanlah watak Saija yang sangat penakut seperti yang digambarkan dalam puisi W. S. Rendra, ‘Kesaksian Bapak Saija’. Puisinya itu menampilkan watak Pak Saija yang bangkit dari alam barzakh untuk membuat kesaksian betapa menyesalnya dia menjadi manusia penakut selama hidupnya.
Ia takut membuka mulut untuk memprotes ketidakadilan, ia takut melawan kerana melawan bererti mati. Tetapi ternyata akhirnya Pak Saija mati juga sebagai korban kezaliman.
Ia mati walaupun tidak melawan. Ia menyesal, tetapi sayang, ia telah terlambat, kerana penyesalan itu timbul hanya sesudah mati dibunuh dan mayatnya ditendang ke dalam longkang. Sesudah mati, di alam barzah, baru ia menyedari bahawa sepanjang hayatnya sebagai penakut ia telah bersyubahat dengan orang-orang zalim. Justeru, kerana ketakutannya melawanlah, maka orang lain berleluasa melakukan kezaliman. Penyesalannya terlambat kerana ia seorang penakut.
Perjuangan memerlukan keberanian dan daya tahan seseorang. Oleh itu, mereka yang hadir di himpunan Ahad lalu itu adalah mereka yang mempunyai keberanian, sementara di luar sana ada berjuta-juta lagi rakyat yang berani berjuang.
Namun demikian, gelombang cabaran begitu besar, terutama menjelang PRU akan datang.
Antaranya, kemungkinan pelbagai penipuan dalam PRU nanti, habuan kepada pengundi pelbagai bentuk, samseng politik yang berkeliaran, pelbagai fitnah, isu ras dan agama yang dimainkan, perihal pengundi wanita yang kebanyakannya cenderung kepada Umno/BN, serta manipulasi media yang dikuasai Umno/BN dan pelbagai lagi. Semuanya ini adalah cabaran yang perlu dihadapi dengan tabah oleh Pakatan Rakyat.
Himpunan Perdana mengukir sejarah
Abdul Shukur Harun, | 05 Feb 2013 |

Sumber HD - 5-2-2013
Sedangkan hingga kini, masih wujud kekeliruan dari kalangan sesetengah pengundi Melayu baik di luar bandar mahupun di bandar sendiri. Terutamanya mengenai beberapa isu yang menyentuh ras dan agama.
Kerana itu ia mesti ditangani dengan sebijaksana mungkin dengan diberikan penerangan yang jelas dan meyakinkan, bahawa Pakatan Rakyat, khususnya PAS mempunyai jawapan yang sangat munasabah mengenai masalah ini, berdasarkan pendekatan Islam yang mampu mendepani masyarakat majmuk di Malaysia.
Setakat ini, penerangan yang diberi oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Dato’ Seri PresidenTuan Guru Haji Abd Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Haji Mustafa Ali dan pimpinan PAS yang lain sangat meyakinkan dan berjaya meredakan keadaan. Tetapi, seperti dijangka, walaupun sudah diberi jawapan, isu ini akan terus dibangkitkan lagi oleh musuh Pakatan Rakyat yang mungkin berlarutan hingga sehari sebelum hari pengundi.
Oleh itu, pada pendapat saya, ingatan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa supaya PAS/Pakatan rakyat mesti berhati-hati dan tidak membuat sebarang kesilapan dalam apa bentukpun. Katanya, PAS semestinya meletakkan dirinya seperti berada dalam tempoh ‘berpantang’ selama 90 hari sebelum menghadapi PRU akan datang.
Beliau mengingatkan, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13 ini.
"Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin. Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia. Oleh itu, sewaktu berpantang, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan," katanya.
Ini ingatan penting Datuk Husam ketika menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel di Selangor baru-baru ini yang mengumpulkan semua tenaga kerja pilihan raya PAS di Selangor.
Daripada pelbagai laporan terkini yang diterima, Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang dalam PRU akan datang. Oleh itu, pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dan jangan sama sekali melakukan kesilapan, justeru sebarang kesilapan sangat mahal harganya untuk dibayar oleh Pakatan seperti yang dtegaskan oleh Datuk Husam.
Naib Prediden PAS yang dinamik ini dengan pengalaman dan kematangan politiknya tentu boleh membaca dengan tepat, kalaupun tidak setepat-tepatnya, alam situasi yang ada sekarang. Justeru tempoh masa sebulan dua ini, adalah tempoh yang sangat kritikal. Maka para pengundi sedang mengamati dengan serius perkembangan yang berlaku di tanah air untuk membuat pilihan.
Hendaknya dalam tempoh ‘berpantang’ ini tidak akan bermunculan pelbagai kenyataan, terutama di media musuh, mengenai pelbagai isu kontroversi, yang dikira boleh mengelirukan atau disalah tafsir oleh pihak tertentu. Seperti diketahui bukan mudah untuk membetulkan atau menjelaskan kenyataan yang telah dikelirukan.
Perlu diketahui bahawa dengan ragam media musuh yang sedemikian rupa, begitu mudah sekali mereka mengeksploitasi pelbagai kenyataan Pakatan Rakyat.
Memanglah dalam karenah politik bahawa ‘Silence is golden’ selalunya tidak tepat, justeru politik ialah mengenai tindakan dan penerangan ideologi, cita-cita dan harapan, perancangan jangka pendek dan jangka panjang dan sebagainya sesebuah parti politik. Semua ini perlu dinyatakan dengan meluas kepada rakyat.
Namun politik itu mempunyai ciri-ciri strategi, keterbatasan, antaranya, ada ketikanya pelaku politik itu diperlukan ‘membisu’ dalam waktu tertentu untuk muslihat strategi menghadapi musuh, walaupun tidak dalam semua waktu dan keadaan.
Dalam situasi di negara ini yang akan menghadapi PRU, maka pendukung Pakatan Rakyat diperlukan ‘mengekang’ keinginan untuk bercakap atau mengeluarkan kenyataan yang dikira boleh menimbulkan kontroversi serta merugikan Pakatan sendiri.
Sebab itu, ingatan Datuk Husam supaya pendukung PAS ‘berpantang’ dan jangan membuat sebarang kesilapan dalam waktu terdekat ini, adalah satu ingatan ikhlas yang datang dari seorang tokoh politik berpengalaman, cerdas dan mempunyai pandangan jauh ke depan.
Sementara itu, tinjauan yang diterima dari pelbagai pihak ialah bahawa masih wujud kira-kira 30% pengundi generasi muda hingga kini masih belum membuat sebarang keputusan untuk mengundi parti mana. Ini bermakna jumlah pengundi generasi baru yang belum membuat keputusan telah menurun 10%.
Mungkin dalam seminggu dua lagi akan semakin bertambah jumlah pengundi baru yang sudah membuat keputusan dan ada isyarat bahawa pengundi muda ini – termasuk mahasiswa - cenderung kepada Pakatan Rakyat. Ini, antara lain, disebabkkan kebencian mereka terhadap kegiatan politik samseng dan ganas yang menjadi-jadi akhir-akhir ini.
Generasi baru ini mahukan sebuah suasana yang tenang dalam pelbagai program parti, untuk mendengar hujah-hujah parti politik yang bertanding. Kerana itu mereka sangat berhajat untuk mendengar debat politik yang biasa diadakan di negara luar setiap kali pilihan raya.
Adapun pengundi wanita yang besar jumlahnya di seluruh negara yang kebanyakannya menyokong BN, sama sekali tidak akan mengecewakan Pakatan Rakyat. Ini kerana, menurut tinjauan, sudah ramai pengundi tersebut, terutamanya di bandar dan semi bandar, mulai beralih arah dan mahukan perubahan hasil dari penerangan berterusan dari Pakatan Rakyat, khususnya dari wanita Pakatan sendiri.
‘Berpantang’: Gesaan Husam sangat tepat
Abdul Shukur Harun, | 13 Feb 2013 |
Jika hari mengundi penghujung bulan depan, seperti diramalkan oleh pelbagai pihak, maka kesempatan yang ada pada PAS/Pakatan Rakyat untuk bersiap menghadapi hari penentuan itu sudah sangat singkat.

Sumber HD - 13-2-2013
Perlihat perpaduan dalam Pakatan
Abd Shukur Harun , | 19 Feb 2013 |
Rakyat prihatin memberi perhatian kepada Pakatam Rakyat dan pemimpinnya dan berharap supaya mereka memperlihatkan perpaduan dalam tahap paling tinggi. Iaitu mengelakkan perbezaan pendapat, walau sekecil manapun dalam saat kritikal sekarang.
Ini untuk jaminan mencapai kemenangan menjelang PRU akan datang, yang dijangka paling sengit dalam sepanjang sejarah pilihan raya di tanah air.
Mereka mengharapkan sangat Pakatan Rakyat dan pemimpinnya meletakkan agenda perpaduan dan keutuhan Pakatan di atas segala-galanya.
Mereka mahukan supaya wujud dalam pemikiran pendukung Pakatan bahawa tidak ada tokoh dan individu yang merasa dirinya lebih penting atau lebih berpengaruh daripada yang lain dalam Pakatan Rakyat, melainkan Pakatanlah yang mesti lebih diutamakan.
Tanpa perpaduan yang kukuh, menurut rakyat prihatin, Pakatan akan berdepan dengan cabaran yang lebih besar daripada segalanya, iaitu hasutan musuh untuk supaya Pakatan dilihat berpecah belah dan tiada persefahaman.
Dalam hal ini saya amat bersetuju dengan pandangan Ketua Pengarang Harakahdaily, saudara Zulkifli Sulong yang berpendapat, Pakatan Rakyat berpeluang cerah untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gabungan parti itu dapat meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu bekerjasama.
Katanya, Pakatan perlu menumpukan soal tersebut memandangkan mereka tidak perlu lagi berdepan dengan isu persempadanan semula pilihan raya yang menjadi ‘senjata magis’ BN sebelum ini. Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk ‘Harapan BN dan PR dalam PRU ke-13’ anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) di kampus berkenaan kelmarin.
Minggu lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa PAS/Pakatan rakyat supaya berhati-hati dan tidak membuat sebarang kesilapan dalam apa bentuk pun. Katanya, PAS/Pakatan Rakyat semestinya meletakkan dirinya seperti berada dalam tempoh ‘berpantang’ selama menjelang PRU akan datang.
Seperti saya katakana dulu, hendaknya dalam tempoh ‘berpantang’ ini tidak akan bermunculan pelbagai kenyataan, terutama di media musuh, mengenai pelbagai isu kontrovesi, yang dikira boleh mengelirukan atau disalah tafsir oleh pihak tertentu. Seperti diketahui bukan mudah untuk membetulkan atau menjelaskan kenyataan yang telah dikelirukan.
Menjelang PRU ini, rakyat sedang memerhatikan sungguh-sungguh seluruh interaksi, percakapan, kenyataan, sikap dan tindakan daripada pemimpin parti politik, baik Pakatan mahupun BN. Oleh itu, rakyat hanya memilih parti dan calon yang sangat kurang membuat kesilapan.
Lebih-lebih lagi bagi pengundi muda, yang berjumlah lebih kurang 40 peratus, yang bersikap sangat kritikal dalam menilai prestasi parti dan calon yang akan bertanding.
Dalam suasana beginilah juga mereka sedang menilai keupayaan Pakatan Rakyat untuk menggantikan kerajaan BN jika menang dalam PRU akan datang. Oleh sebab itu, adalah sangat penting Pakatan memperlihatkan kesepaduan pemikiran dan tindakannya. Jika perpaduan ini dapat diperlihatkan seutuhnya, Insya-Allah, rakyat akan memberikan laluan kepada Pakatan untuk ke Puterajaya.
Pada keseluruhannya sekarang, mood kebanyakan rakyat kelihatannya memihak kepada Pakatan Rakyat. Justeru persepsi ini mestilah dipelihara dengan baik, kerana persepsi rakyat boleh berubah-ubah mengikut keadaan.
Sementara itu, Pakatan Rakyat telah maju ke depan apabila ia memulakan langkah awal kempen pilihan raya umum (PRU) 13 dengan melancarkan Manifesto Rakyat pada Isnin depan.
Bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’, manifesto itu bakal menawarkan beberapa dasar yang digabungkan daripada Buku Jingga, Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.
Manifesto ini akan dilancarkan semasa konvensyen Pakatan Rakyat Keempat pada 25 Februari depan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan akan dibentangkan bersama oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, AJK PAS, Dr Dzulkifly Ahmad serta ahli parlimen DAP-Bukit Bendera Liew Chin Tong.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Dasar dan Manifesto Pakatan Rakyat, beberapa pandangan dari memorandum dan cadangan yang disampaikan terus kepada pimpinan Pakatan Rakyat turut digarap dalam manifesto ini.
Menurut Rafizi, lagi, pelancaran awal manifesto ini akan membuktikan komitmen Pakatan Rakyat untuk memastikan kempen PRU tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa Barisan Nasional.
“Kami mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan yang dikemukakan dalam Manifesto Rakyat,” katanya dalam sidang media kelmarin.
Menurut Rafizi, setiap tawaran dalam manifesto akan dikemukakan bersama tempoh masa pelaksanaan yang akan dijanjikan.
Katanya, jawatankuasa terbabit mula bersidang untuk menghasilkan Manifesto Rakyat sejak September 2011 sebelum mendapat restu daripada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly berkata, walaupun Manifesto Rakyat bakal dijadikan satu panduan baru dalam menentukan hala tuju perjuangan Pakatan, namun dasar bersama dalam Buku Jingga masih dikekalkan.
“Manifesto ini tidak menggantikan Buku Jingga, cuma beberapa polisi baru akan dimasukkan yang akan diumumkan Isnin nanti,” katanya.
Jelas Pakatan Rakyat sudah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi ‘ibu segala pilihan raya’.
Dengan persediaan tersebut serta jentera pilihan rayanya yang digerakkan di tahap ‘gear tinggi’ serta dengan sokongan rakyat, maka Pakatan mempunyai peluang cemerlang, dengan izin Allah, untuk mencapai kemenangan.
Walau bagaimanapun, Pakatan seperti dikatakan - jangan sekali-kali membuat kesilapan, walau sekecil manapun. Dalam masa yang sama memperlihatkan perpaduannya yang kukuh.

Sumber HD - 19-2-2013
Pakatan terus padu, perkauman runtuh
Abd Shukur Harun, | 26 Feb 2013 |
Tepuk tangan gemuruh dan gema laungan takbir menyambut ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang menekankan pentingnya perpaduan Pakatan Rakyat di Konvensyen Pakatan di Shah Alam kelmarin. Konvensyen tersebut menghantar isyarat bahawa perwakilan 1,500 orang yang hadir telah menunjukkan perpaduan paling erat.
Dewan SACC Shah Alam telah penuh sesak dalam dan luar dewan, termasuk perwakilan dari Sabah dan Sarawak yang menerima samabutan meriah dari yang hadir.
Kehadiran perwakilan PR dari Sabah dan Sarawak itu memberikan gambaran bahawa dua negeri di bawah bayu itu akan turut serta, bersama rakyat di Semenanjung, menghantar tsunami politik hingga ke Puterajaya dalam PRU akan datang.
Tentunya tidak ragu-ragu lagi bahawa PAS yang menjadi komponen penting Pakatan Rakyat itu memberikan dokongan sangat kuat akan perpaduan dalam Pakatan.
Dengan itu musuh Pakatan Rakyat tewas dalam usaha mereka untuk memecahbelahkan Pakatan dan menghasut supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat.
Di atas pentas, pimpinan Pakatan – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Lim Kit Siang serta pemimpin lain Pakatan duduk beriringan dengan penuh ceria, menunjukkan keazaman yang sama untuk memelihara perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat telah membuktikan perpaduan dan muafakat yang erat walaupun kadang-kadang berbeza pendapat.
Beliau mengingatkan agar Pakatan Rakyat memelihara perpaduan yang dibina selama ini kerana parti lawan sedia untuk mengambil kesempatan.
Presiden PAS itu juga turut menegaskan lima perkara yang menjadi harapan rakyat iaitu Pakatan Rakyat mesti melaksanakannya.
Iaitu perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan perlembagaan dan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.
"Inilah harapan rakyat, kita perlu sedar dan faham lima perkara ini yang menjadi harapan rakyat," katanya ketika meneruskan ucapan dalam Konvensyen Pakatan itu.
Ucapan beliau yang penting itu menekankan bahawa semua kaum yang ada di Malaysia telah menerima hakikat masyarakat majmuk melalui Pakatan Rakyat yang telah diterjemahkan melalui PRU 2008 yang lalu.
Presiden PAS itu berkata, apabila orang Melayu/Islam yang kuat PAS boleh mengundi calon DAP dan PKR dari kalangan bukan Islam, apabila orang kuat DAP dan pelbagai kaum dan agama boleh mengundi calon PAS dan PKR dari kalangan Melayu/Islam. Mereka sedia mengalahkan calon dari bangsa mereka sendiri, katanya.
Dengan senario ini, tegas beliau, Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan fanatik perkauman yang dihidupkan oleh BN selama ini dan sudah dianggap tidak relevan lagi.
"Kita terima pelbagai kaum dalam satu adunan yang baik, pelbagai budaya dan pengalaman yang disatukan. Kita boleh bina kekuatan Pakatan Rakyat dengan menyatukan pelbagai bagai kaum atas konsep dalam perlembagaan yang tdak mampu dilakukan oleh BN," katanya
Sementara itu, intipati utama dalam manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam konvensyen tersebut ialah memfokaskan perhatian kepedulian Pakatan Rakyat kepada rakyat pelbagai kaum yang terbahagi kepada empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat.
Konvensyen tersebut berakhir dengan ikrar daripada pimpinan ketiga-tiga parti dan seluruh perwakilan.
Bacaan ikrar diketuai Datuk Takiyuddin Hassan (PAS), Teresa Kok (DAP) dan Darell Leiking (PKR). Ikrar tersebut berbunyi:
1. Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-dasar Bersama Pakatan Rakyat.
2. Akan memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan anggota parti komponen Pakatan Rakyat.
3. Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
4. Akan terus mengukuhkan jati diri dan menghindari segala rasuah yang mendorong ke arah pengkhianatan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
5. Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Ikrar bertulis itu kemudiannya diserahkan kepada tiga pemimpin parti iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Guan Eng (DAP).
Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan doa, mengakhiri konvensyen dengan memohon keredhaan dan keberkatan Ilahi menjayakan cita-cita murni Pakatan Rakyat.
Dua kejayaan yang sangat bermakna yang diserlahkan Konvensyen Pakatan Rakyat itu ialah pertama, memperkukuh perpaduan dalam komponan Pakatan Rakyat, kedua meruntuhkan tembuk perkauman yang selama ini menjadi hambatan besar kepada perpaduan nasional, malah bertentangan sama sekali dengan Islam.
Untuk selama lebih setengah abad, negara dicengkam oleh fahaman perkauman yang menjadi senjata ampuh parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa. Namun, tanda-tanda sangat jelas bahawa era gelap ini akan berakhir pada PRU akan datang. Iaitu hampir sama seperti zaman gelap Eropah yang dimonopoli kaum pemodal, golongan tertentu dan Yahudi, membiarkan rakyat miskin dan tertekan, kepada zaman kebangkitan, keluar dari zaman gelap.
Jika Pakatan memenangi PRU nanti, dengan izin Allah, Malaysia akan bertukar wajah. Ia akan menjunjung tinggi ilmu, memartabat insan, menentang ketidakadilkan, segala bentuk penyelewengan, rasuah dan segala kemungkaran.
Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam itu memperlihatkan tekad dan mendokong kebangkitan rakyat untuk membina sebuah masyarakat baru Malaysia yang penuh adil.

Sumber HD - 26-2-2013
Pilihan raya: Hari kuasa rakyat
Abd Shukur Harun, | 13 Mac 2013 |
Pilihan raya dalam sebuah sistem demokrasi adalah cerminan suara rakyat, bukan lagi suara ‘anjing menyalak bukit’ kerana ia adalah suara berdaulat membawa kata putus rakyat.
Ini kata-kata yang penuh erti dari seorang intelektual ternama, Dr. Siddiq Fadhil yang ditegaskannya dalam Ucaptamanya di Konvensyen Pencerdasan Rakyat di Shah Alam minggu lalu.
Beliau menjelaskan, pilihan raya dalam sebuah sistem demokrasi adalah hari kebesaran kuasa rakyat dan ia perlu disambut dengan semangat hormat terhadap suara rakyat yang bukan lagi ‘suara anjing menyalak bukit’. Tetapi suara berdaulat yang membawa kata putus sebagi aktualisasi prinsip ‘rakyat adalah sumber kekuasaan’.
Demikian pandangan seterusnya oleh Dr. Siddiq Fadhil. seorang intelektual dan tokoh gerakan Islam yang tidak henti-hentinya menjadi pengamat kehidupan umat, khususnya sekitar politik dan keupayaannya mendambakan aspirasi rakyat.
Oleh kerana politik adalah mengenai kekuasaan maka pilihan raya yang menjadi elemen penting politik menuju kekuasaan, maka ia sangat perlu bersih dan telus dari semua segi, tidak dimanipulasi atau menjadi medan penipuan.
Kiranya berlaku penipuan, manipulasi dan tidak telus dalam sebuah pilihan raya maka harapan rakyat tentunya musnah justeru pilihan raya tidak lagi menjadi suara berdaulat membawa kata putus rakyat.
Adapun metafora Melayu, ‘anjing menyalak bukit’ jika direnung sangat dalam maknanya. Bukit menjadi simbol sebuah kekuasaan yang utuh dan tentunya seekor anjing atau sekumpulan anjing betapapun kuat salakannya, namun bukit atau lambang sesebuah kekuasaan tidak mungkin runtuh.
Tetapi suara rakyat melalui peti undi tentunya bukan suara anjing menyalak bukit. Ini kerana rakyat berkuasa memilih kerajaan yang hendak mengusurkan hal mereka tiap lima tahun sekali.
Oleh itu, dalam demokrasi pilihan raya, rakyat mempunyai hak menentukan kriteria kerajaan dan wakil rakyat yang hendak mereka pilih, iaitu kerajaan yang mampu memegang amanah, berintegriti, telus, menjauhi rasuah, kronisme dan pelbagai penyelewengan dan seumpamanya.
Dalam hal ini, Al-Quran, Hadis, serta kita-kitab ulama muktabar seperti Ilmu Khaldun, Ibnu Taimiyah, Imam Ghazali bahkan ulama ulung terkini seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Wahbah Zuhaili dan lain-lain telah menggariskan bentuk-bentuk kerajaan beramanah yang dikehendaki Islam untuk digelar ‘Negara yang baik mendapat keampunan Ilahi’.
Di kalangan bukan Islam yang diberikan kefahaman Islam tentunya menerima konsep kerajaan berintegriti yang ada dalam Islam ini, justeru Islam adalah bersifat sejagat, terkini dan anjal.
Oleh itu pilihan raya adalah wasilah yang memberi ruang kepada rakyat memilih kerajaan yang mereka kehendaki. Rakyat mempunyai hak sepenuhnya membuat pilihan berdasaran kriteria yang disebutkan tadi. Ia mempunyai kuasa yang boleh menukar kerajaan dalam sebuah pilihan raya lima tahun sekali dan ia tentunya bukan ‘anjing menyalak bukit’.
Kemudian ada pula ingatan Dr. Siddiq Fadhil bahawa pilihan raya hanya akan benar-benar menjadi hari kuasa rakyat apabila rakyat benar-benat dapat menggunakan hak demokratiknya dengan bebas dan cerdas, bijaksana dan penuh tanggungjawab.
Di sinikah terletak relevensinya gerakan pencerdasan rakyat untuk memungkinkan mereka membuat pertimbangan yang adil dan rasional, dan seterusnya menentukan pendirian serta pilihan yang tepat.
Dengan demikian barulah pilihan raya menjadi mekanisme demokrasi yang menghasilkan pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.
Ingatan Dr. Siddiq ini sangat wajar diberikan perhatian bahawa rakyat memerlukan suasana pencerdasan, bebas dan tidak dipengaruhi pelbagai elemen, kempen kotor yang dijuarai oleh samseng politik jalanan. Juga rakyat tidak dipengaruhi oleh kempen media yang sangat kotor, licik, yang bekerja siang dan malam untuk mengelirukan rakyat.
Dengan pencerdasan rakyat ini juga akan menolak kempen perkauman yang merbahaya dan juga kempen agama yang dipersempit yang beleh merosakkan keunggulan Islam itu sendiri. Kempen perkauman ini dilatari pelbagai elemen prejudis, kehilangan pertimbangan rasional, enggan berhujah secara ilmu, mengambil sikap keras dan menghempaskan toleransi dan seterusnya menafikan negara ini adalah sebuah negara masyarakat majmuk.
Inilah sebenarnya kekotoran menjelang pilihan raya di negeri ini yang sejak puluhan tahun rakyat tenggelam dengan keadaan ini, iaitu dihadapkan dengan situasi siapa yang banyak wang, pandai menggunakan kuasa dan pengaruh maka ia dipilih dalam pilihan raya.
Dr. Siddiq Fadhil menyebut bahawa demokrasi hanya akan sihat dan subur di tengah masyarakat yang sedar, cerdas, jujur dan enlightened. Tetapi demokrasi akan mati, katanya, dengan oreintasi ala ke-kefir’aun-an yang mengekalkan kekuasaan dengan strategi membodohkan rakyat, seperti firmah Allah, “ (Dengan yang demikian) maka Fir’aun memperbodohkan kaumnya. Lalu mereka mematuhinya, sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasiq – derhaka,” Surah Al-Zukhruf:54.
Ini pandangan Dr.Siddiq, di mana saya yakin, akan disetujui dan dikongsi bersama oleh rakyat prihatin yang mempunyai pandangan critical, mengetahui haknya, tidak berkepentingan dan sangat berhajat akan sebuah pilihan raya yang penuh demokratik.
Suasana terkini kelihatannya memihak kepada rakyat prihatin ini, terutama berdasarkan suara-suara yang terserlah dipelbagai media alternatif yang mahukan sebuah pilihan raya penuh demokratik. Namun sama ada ini hanya mimpi atau akan menjadi kenyataan, akan sama-sama kita saksikan nanti.

Tiada lagi isu boleh disembunyi
Abdul Shukur Harun, | 28 Mac 2013 |
Pertanyaan bilakah tarikh PRU akan diumum telah mendominasi aliran perbualan pelbagai golongan rakyat. Ini menggambarkan bahawa PRU ke-13 ini bersifat luar biasa, menyebabkan begitu ramai orang ingin tahu dan menentukan sikap.
Ruang-ruang twitter dan face-book dan sms hampir dipenuhi perbincangan mengenai tarikh PRU ini dengan pelbagai ulasan - ada yang marah, sedih, lucu dan benci. Tidak kurang pula yang menyuruh bersabar menunggu.
Kata pepatah Melayu, ‘tak lari gunung dikejar, hilang kabut nampaklah ia’. Tetapi ini bukan gunung yang hendak dikejar dan bukan soal kabut yang melidunginya, tetapi soal mandate Umno-BN yang memerintah sudah hampir benar tarikh luputnya, iaitu sehingga 28 April depan, di mana parti itu hingga kini masih dalam dilema untuk menentukan tarikh PRU.
Dun Negeri Sembilan sudah dibubar pada 27 Mac lalu, Melaka dan Johor pada 22 April (tarikh sidang Dun pertama ialah pada 21 April 2008). Ini diikuti oleh Selangor pada 23 April (22 April) dan Perak 26 April (25 April). Selain itu, ada beberapa negeri yang boleh meneruskan kerajaan sehingga selepas Parlimen dibubarkan. Antaranya ialah Kedah, Sabah, Terengganu dan Pulau Pinang yang memulakan sidang Dun mereka pada bulan Mei 2008.
Apapun yang pastinya Parlimen akan bubar dengan sendirinya pada 28 April dan selepas itu SPR akan mengumumkan tarikh PRU Ke-13 bagi Parlimen dan Dun, kecuali Dun Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, PRU kali ini sangat luar biasa, bukan semata-mata kerana isu Lahad Datu, Sabah, khususnya isu Projek IC yang sangat menggemparkan dan berbahaya kepada negara, tetapi juga pelbagai isu besar yang lain. Antaranya isu perkauman yang dimainkan oleh pihak tertentu, isu rasuan, kronisme, nepotisme, pembaziran, ketirisan, isu kejadian jenayah yang sangat menakutkan, isu status pengundi yang masih berkecamuk, isu pengambilan tanah (terutama di Johor), isu sara hidup yang begitu tinggi dan sangat menekan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana serta pelbagai isu lagi.
Semua isu ini terdedah begitu rupa di pelbagai media baru, memberi peluang luas rakyat mengetahuinya. Ia terdedah melalui web-site, twitter, face-book, sms dan pelbagai lagi, hasil dari langit terbuka dunia siber.
Ramai tidak sedar bahawa komunikasi melalui internet ini dicetuskan di zaman Ronald Regan menjadi Presiden Amerika yang ke-40 dari Januari 1981 hingga Januari 1989. Inilah zaman bermulanya internet di Amerika.
Kini dengan penggunaannya yang begitu meluas seluruh dunia, termasuk di Malaysia, menyebabkan begitu banyak rahsia, khususnya di belakang tabir kuasa politik telah terdedah dan diketahui umum.
Oleh itu menjelang PRU Ke-13 ini banyak hal-hal dan isu yang tidak diketahui oleh orang ramai selama ini, termasuk pengundi di luar bandar telah terdedah. Media tradisional yang dikawal ketat oleh kerajaan telah ditewaskan oleh media baru menyebabkan semuanya sudah tidak ada rahsia lagi, semuanya sudah diketahui oleh pengundi bandar dan luar bandar.
Justeru, media baru ini dilihat oleh penganalisis sangat menolong Pakatan Rakyat menyebarkan maklumat yang diketahuinya, yang bukan bersifat fitnah. Skandal projek lembu, isu kapal selam, isu rasuah dan nepotisme sudah terdedah semuanya, bahkan isu Projek IC yang sangat menggemparkan terbongkar begitu rupa.
Semua ini memeranjatkan pelbagai pihak dan tentunya akan mempengaruhi aliran pengundian dalam PRU akan datang dan inilah yang mencemaskan parti yang memerintah.
Anak muda yang pulang ke kampung membawa alat komunikasi Tablets, umpamanya, menunjukkan berita dan gambar pelbagai peristiwa dunia politik yang tidak diketahui oleh ibu bapa di kampung yang selama ini hanya mendapat maklumat melalui media tradisional.
Ada ibu bapa di kampung yang terkejut sakan dan mulanya tidak percaya akan isu-isu yang didedahkan oleh anak mereka, tetapi selepas diterangkan barulah ibu bapa itu beransur percaya. Ini perkembangan menarik menjelang PRU Ke-13 dan inilah kelebihan media baru.
Oleh itu, PRU akan datang ini adalah sangat luar biasa dan critical, di mana parti yang memerintah tidak lagi berupaya mengawal maklumat, justeru semuanya terdedah. Rakyat dilimpahi banjir maklumat yang tidak pernah berlaku dalam sepanjang sejarah pilihan raya tanah air.
Walaupun media tradisional meneruskan propagandanya siang dan malam, tetapi kesannya sangat minima dan ‘tumpul’, justeru ia telah ditewaskan oleh media baru yang sangat berpengaruh. Kemudian ada kesan psikologi dalam masyarakat bahawa mereka yang hanya mendapat maklumat dari sumber media tradisional adalah ketinggalan zaman.
Sementara itu, PRU akan datang ini amat berbeza dengan PRU 10 atau 20 tahun lalu. Ia bukan lagi berlegar mengenai isu pembangunan dan bukan lagi isu perkauman yang jahat di mana di masa lalu isu ini mudah dapat mempengaruhi pengundi.
Isu yang mendominasi pengundi dalam PRU akan datang ialah isu integriti parti dan calon yang bertanding, isu perjuangan keadilan dan kebebasan, isu sara hidup yang tinggi, isu rasuah, nepotisme, ketirisan perbelanjaan negara dan lain-lain.
Inilah yang menyebabkan suasana sekarang sangat memihak kepada Pakatan Rakyat. Oleh itu, dalam keadaan sekarang, pendukung Pakatan Rakyat perlu mempunyai kesabaran yang tinggi, bijaksana menangani isu yang ada dan sentiasa meletakkan diri sebagai pembela rakyat.
Dalam suasana kebangkitan rakyat ini, Pakatan mestilah dilihat mampu bersama mereka dalam gelombang ini, justeru PRU akan datang ini sudah terlalu dekat, hanya beberapa ela saja lagi dari garis kemenangan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-3-2013
Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wajah muram dan kelihatan sugul telah membubarkan Parlimen kelmarin untuk memberi laluan kepada PRU Ke-13 dalam suasana yang kelihatan tidak memihak kepada Umno/BN atas pelbagai isu.
Mengapa beliau bermuram durja ketika berucap membubarkan parlimen, tersasul pula menyebut 2012, pada hal 2013, adakah kerana tekanan para menteri, atau masalah dalam BN?
Dalam masa yang sama kelmarin, Pakatan Rakyat telah mengumumkan nama-nama besar calonnya untuk bertanding, di samping akan menyusul lagi pengumuman bakal calon Pakatan dari masa ke semasa.
Pemimpin Pakatan telah mengumum, setakat ini, dua jeneral bersara akan bertanding sebagai calon Parlimen di Johor Bahru dan Baling Kedah.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membuat pengumuman dramatik bahawa bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang mengisytiharkan menyertai PAS baru-baru ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.
Sementara Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan pula akan bertanding di Parlimen Temerloh dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, seorang peguam, akan bertanding di Parlimen Titiwangsa.
Presiden PAS itu turut mengumumkan penyertaan bekas Duta Malaysia ke Australia, Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman ke dalam PAS.
Datuk Seri Presiden ketika mengumumkan bakal-bakal calon itu berkata, calon-calon lain akan diumumkan oleh PAS dari masa ke semasa.
Sebelum ini, Lim Kit Siang diumumkan akan bertanding di parlimen Gelang Patah dan Liew Chin Tong di Kluang. Sementara bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dijangka akan bertanding sebagai calon PAS di Larut.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sidang akhbar itu mengesahkan kawasan Parlimen Larut akan diwakili oleh Datuk Fauzi Shaari.
Sehubungan itu, kata Mustafa, masalah calon di kawasan itu sudah pun diselesaikan dan ia diterima baik oleh akar umbi parti itu.
Sementara itu, Pakatan Rakyat terus membariskan 'heavyweight' di Johor dengan meletakkan bekas Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Johor Bahru.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan bahawa Choong sebagai calon kerusi parlimen Tebrau, Nor Hizwan Ahmad (parlimen Muar) dan Datuk Idris Jauzi (parlimen Batu Pahat).
Choong adalah timbalan setiausaha agung PKR dan dikaitkan sebagai penyokong kuat Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.
Sementara Nor Hizwan - anak kelahiran Muar - pernah bersama MAS, dan aktif di PKR Ampang sebelum dilantik sebagai penyelaras PKR bagi parlimen Muar.
Idris adalah Naib Presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).
Hubungannya dengan Anwar bermula sejak Anwar berada dalam kerajaan, sewaktu Idris menjadi timbalan ketua pengarah Biro Tata Negara (BTN).
Anwar membuat pengumuman itu di depan ribuan penyokong di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bahru malam kelmarin.
Pada pilihan raya umum 2008, Tan Sri Shahrir Samad - tokoh Umno menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.
Dengan pengumuman itu, ia dilihat sebagai usaha Pakatan Rakyat untuk 'menawan' negeri di selatan semenanjung Malaysia - yang sebelum ini dianggap simpanan tetap BN.
Sementara itu di Kedah, jika perkiraan dibuat berdasarkan majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat sudah selamat di sekurang-kurangnya 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk sekali lagi menang mudah.
Di Kelantan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan PAS Kelantan sudah menyiapkan senarai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, hingga semalam, tiada apa-apa masalah berlaku dalam proses penyenaraian calon di negeri ini sehingga Parlimen dibubarkan.
“Kira selesai, tiada masalah. Kita tahu Umno terlalu lemah sekarang ini, sebab itu dia (Umno) bagi duit kepada rakyat. Bagi duit kerana apa? Sama ada rasuah, maka rasuah itu haram, demokrasi pun kata haram, Islam pun kata haram,” katanya.
Sementara itu, banyak lagi calon berwibawa akan dikemukakan oleh PAS/Pakatan dari negeri-negeri yang kini belum lagi diumumkan.
Dijangka calon itu dari pelbagai golongan – paduan dari ulama, profesional, tokoh pendidik, bekas pensyarah, bekas pegawai kerajaan dan sebagainya.
Dengan kombinasi yang baik ini prestasi Pakatan Rakyat dikayakini akan jauh lebih baik dari PRU 2008. Kerana itu pihak yang meramalkan kononnya tidak akan berlaku lagi tsunami politik dalam PRU akan datang hanya agakan saja, yang dibina berasaskan kebencian kepada Pakatan Rakyat.
Oleh itu, tidak syak lagi, kekuatan PAS/Pakatan Rakyat ialah kerana kejayaannya menggembling semangat, pemikiran aspirasi dan tenaga rakyat, dipadukan di tengah sebuah gelombang kebangkitan rakyat yang didukung oleh generasi baru.
Ini menghairankan orang Umno sendiri dan penyokongnya, yang selama ini tidak pernah mereka alami.
Dalam masa yang sama anak muda yang pulang ke kampung membawa berita perkembangan terkini di bandar di mana sama sekali mereka tidak pernah lihat dan dengar melalui media tradisional.
Inilah perkembangan baru yang menakutkan Umno/BN dalam menghadapi PRU akan datang. Lebih-lebih lagi apabila golongan anak muda beriringan menyaksikan bekas general, bekas pegawai tinggi polis, bekas pegawai tinggi kerajaan, malah para artis menyertai Pakatan Rakyat.
*Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com
Kehebatan calon dari Pakatan Rakyat
-, | 04 Apr 2013 |

Sumber HD - 4-4-2013
Menyelusuri negeri utara Semenanjung – Perak, Pulau Pinang dan Kedah dan mengikuti beberapa program Pakatan Rakyat di negeri tersebut, saya mendapat gambaran bahawa rakyat di utara ini juga telah menunjukkan kesungguhan untuk menyertai gelombang tsunami politik dalam PRU akan datang ini.
Di Bagan Serai, calon PKR/Pakatan Rakyat Parlimen Bagan Serai, ilmuan Dr. Mohd Nor Manuty yang diketmui memberitahu saya, bahawa rakyat, pelbagai kaum yang ditemui olehnya dan pasukan petugasnya telah memberikan sambutan luar biasa terhadap Pakatan Rakyat.
Ceramah besar dan kecil, di merata tempat di kawasan itu, dipenuhi oleh orang ramai dan menariknya, orang Cina yang biasanya tidak begitu berminat mendengar ceramah, telah datang beramai-ramai mendengar ceramah Pakatan degan penuh minat.
Dr. Mohd Nor Manuty sendiri mengetuai rombongan menemui pengundi dari rumah ke rumah, di samping petugasnya mengatur program, umpamanya, member khidmat kesihatan percuma dan lain-lain di kawasan itu.
Walaupun kelihatan bendera BN lebih banyak bergantungan di tepi jalan di Bagan Serai, namun, kata seorang penduduk di situ, Encik Sazali Mahmud, itu sama sekali tidak menggambarkan kekuatan BN. Benderanya saja banyak, tetapi rakyat kebanyakannya tidak menyokong mereka, katanya.
Di Dun Selising, di mana calon PAS, Haji Husin Din bertanding, kelihatan petugas PAS bertungkus lumus menjalankan tugas siang malam. Petugas markas MTDnya begitu rancak, terang benderang, dengan petugasnya menjalankan kerja hingga menjelang dini hari.
Begitu juga di Dun Semanggol, satu lagi Dun dalam Bagan Serai, petugas PAS begitu rancak menjalankan pelbagai tugas. Bendera dan sepanduk sudah dipasang dimerata tempat. Di markasnya, jentera pilihan raya bermesyuarat hingga jauh malam.
Calon PAS di situ, Ustaz Zawawi Hasan, seorang tokoh ulama yang disegani.
Semanggol dalam sejarahnya, adalah tempat lahirnya Hisbul Muslimin, gerakan Islam dan parti politik Islam yang terawal di negara ini, yang dipimpin oleh Almarhum Ustaz Abu Bakar Baqir, pengasas Madrasah Ehya-us-Sharif yang merlahirkan ramai ulama dan pejuang Islam dan menjadi tempat subur gerakan Islam di negara ini sejak zaman penjajah lagi.
Saya dan rombongan makan nasi goreng di sebuah restoran di situ dan menyaksikan anak-anak muda, petugas PAS, memasang bendera, sepanduk dan kain rentang dan mereka bergilir-gilir menjaganya di seluruh Dun itu, khabarnya hingga subuh, supaya tidak dirosakkan oleh musuh politik Pakatan Rakyat.
Sementara itu, bertemu dengan Dr. Mujahid Yusof Rawa, calon Parlimen PAS Parit Buntar di majlis kenduri di rumahnya di Taman Krian Permai, Parit Buntar kelihatan beliau sangat sibuk. Suasana sangat meriah sekali. Tetamu dihidangkan dengan Nasi Arab dan cendol Parit Buntar yang terkenal dengan lemak manisnya.
Pelbagai kaum mengunjungi majlis di rumahnya itu, termasuk ahli Dewan Himpunan Penykong PAS (DHPP), di mana Dr. Mujahid sendiri pengerusinya.
Ternyata Dr. Mujahid mempunyai penyokong yang kuat bukan saja dari kalangan pengundi Melayu, tetapi juga pelbagai kaum. Dia menyantuni setiap rakyat dan sangat peduli masalah mereka, sebab itu beliau sangat popular di sini. Bagi saya ketokohan Dr. Mujahid sangat menyerkah bukan saja sebagai pemimpin politik gerakan Islam yang sangat menjanjikan, bahkan sebagai salah seorang pemikir PAS.
Pengerusi DHPP, Perak, Beh Heng Kin, memberitahu saya, bahawa Dr. Mujahid adalah pemimpin yang boleh diterima oleh semua kaum, dia sangat terbuka dan melayani semua kaum.
Beh memuji Tuan Guru Nik Abd Aziz dan sangat mengkagumi perwatakan Tuan Guru itu. Baginya, Mursyidul Am PAS itu, adalah lambang suatu kepimpinan rakyat, di samping seorang ulama yang sangat jauh ke depan pemikirannya.
“Gaya hidupnya sangat sederhana, pandangannya jauh ke depan dan Tuan Guru adalah pemimpin teladan bagi rakyat Malaysia ini,” katanya.
Sementara itu, saya bertemu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu. Beliau sedang menyampaikan taklimat kepada petugas Muslimat dan petugas lain di Dewan Fadzil Noor, di bandar itu.
Saifuddin adalah penyandang kerusi Parlimen Machang, Kelantan.
Di Parlimen Kulim Bandar Baru ini, kerjasama erat telah ditunjukkan oleh petugas PAS dan PKR.
Saifuddin mempunyai hubungan erat dengan pemimpin PAS bukan saja di Kulim Bandar Baru ini, tetapi juga di seluruh Malaysia.
Dalam taklimat yang diberikannya, Saifuddin mengingat petugas Pakatan Rakyat supaya berharti-hati kerana “pelbagai cabaran akan kita hadapi.”
Namun, katanya, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat dari selatan ke utara dan pantai timur serta Sabah dan Sarawak sangat luar biasa.
.
Meriahnya kempen Pakatan Rakyat di utara
Abdul Shukur Harun, | 16 Apr 2013 |

Sumber HD - 16-4-2013
Mengikuti perarakan penamaan calon PAS, Salahudin Ayub, untuk kawasan Parlimen Pulai, Johor dari Masjid Abu Bakar, Johor Bharu ke Dewan Jubli Intan, Sabtu lalu, menyaksikan suasana yang sangat luar biasa.
Salahudin bertanding melawan calon BN, Nur Jazlan Mohamad.
Suasana di sekitar Johor Bahru hingga membawa ke Skudai dan Tampoi, malah hingga ke Gelang Patah, Pekan Nenas, berlainan dengan suasana pilihan raya di masa lalu di negeri ini, di mana dulunya bendera dan spanduk BN mendominasi semua kawasan.
Tetapi dalam PRU kali ini, Johor Bahru dan sekitarnya dilimpahi bendera PAS, PKR dan DAP. Kawasan Parlimen Pulai calon PAS bertanding dan di mana-mana orang bercakap secara terbuka mengenai Pakatan Rakyat dan calon dari komponan Pakatan.
Saya tenggelam dalam kibaran bendera dan spanduk PAS dan DAP yang di bawa oleh beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat.
Seorang penyokong PAS memberitahu saya, “Dulu nak cari seratus orang penyokong PAS mengarak calonnyapun begitu sukar di Johor Bahru ini, tetapi kali ini, lihatlah, ribuan yang datang.”
Penyokong Pakatan dari DAP berbaju merah begitu bersemangat sekali, beriringan dengan penyokong PAS dan PKR. Salahudin berbaju Melayu berwarna merah, diiringi isterinya dengan warna yang sama, tidak henti-hentinya bersalaman dengan orang ramai.
Ternyata bendera dan spandok PAS, DAP dan PKR mewarnai bandaraya Johor Bahru dan tentunya memberi isyarat permulaan akan berakhirnya dominasi Umno/BN di negeri Johor selama lebih setengah abad.
Orang Melayu di Johor Bahru, terutama di kampung Melayu yang tegar Umno, seperti Skudai, Majidee, Tampoi, Kempas, Air Molek dan lain-lain sudah berani bercakap mengenai PAS, DAP dan PKR, malah ada yang lebih berani mencacakkan bendera PAS di halaman rumah mereka.
Sama meriahnya sambutan orang Johor terhadap perarakan calon PKR, Gen (B), Tan Sri Md Hashim Hussein yang ditentang oleh Shahrir Abd Samad dari BN.
Ribuah penyokong Pakatan, termasuk anak muda Melayu dan Cina ikut dalam perarakan itu, menambahkan lagi suasana bendera DAP, PAS dan PKR mendominasi bandaraya Johor Bharu.
“Ini pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara ini,” kata Salim Abd Samad, sorang penduduk Majidee, kawasan pekat Umno.
Salim yang menyokong PAS mulai setahun lalu itu memabah, “kalau tidak bendera dacing saja yang memenuhi Johor Bahru. Sekarang sudah ada perubahan, lebih-lebih lagi di kalangan generasi baru.”
Sementara itu, selesai penamaan calon di Dewan Jubli Intan, Salahudin bersama penyokong pergi pula ke Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengan untuk menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding di Dun Nusa Jaya, pusat pentadbiraan kerajaan Johor. Lawannya Dr. Zaini Abu Bakar.
Di sana Salahudin bertemu Lim Kit Siang (Calon DAP di Parlimen Gelang Patah) ditempat penamaan calon. Lawannya, calon BN, Abd Ghani Othman. Ribuan lagi penyokong Pakatan berhimpun di sana.
Sekali lagi kelihatan bendera dan sepandok PAS, DAP dan PKR mendominasi kawasan penamaan calon itu, sementara bendera dan spandok BN kelihatan ‘malu-malu’ muncul di sana sini.
Apa yang menarik ialah hadirin kaum Cina yang bersemangat. Ramai yang memakai topi berbentuk maskot DAP burung kenyalang bernama t-shirt ‘Ubah’.
Ternyata, lima tahun selepas Pilihan Raya 2008, perubahan jelas sudah dirasakan di Johor.
Menurut penganalisis, pelbagai isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sepanjang beberapa tahun lalu sudah boleh diterima oleh golongan muda dengan melihat kepada reaksi ribuan yang berhimpun di tempat letak kereta terbuka Sutera Mall.
Mereka mendengar Kit Siang, pengerusi DAP negeri Dr Boo Chang Hau dan naib presiden PAS yang juga calon Dun Nusajaya, Salahuddin Ayub ketika kedunya berucap di ceramah umum di situ dua hari sebelum hari penamaan calon.
Seorang relawan wanita muda di salah satu meja di bawah khemah putih di sana, Jenni Sin berkata, ramai kaum Cina Johor bekerja di Singapura dan berulang-alik setiap hari di Tambak Johor bukan kerana terpikat kepada republik itu, tetapi kerana boleh mendapat gaji yang lebih baik.
Pengundi Cina di Johor melihat Pakatan Rakyat mampu menyediakan hehidupan yang selesa bagi rakyat rakyat pelbagai bangsa di Johor.
Menurut penganalisis, Ibrahim Sufian dari Merdeka Center langkah DAP di Johor telah membangkitkan masyarakat Cina.
“Kit Siang bertanding di Gelang Patah dan mengetuai kempen DAP di Johor telah menyeronokkan komuniti Cina dan menunjukkan mereka serius untuk berkembang dan mendekati mereka,” kata Ibrahim.
“Kehadiran Kit Siang dalam meningkatkan sokongan Cina untuk Pakatan dan telah membantu merapatkan jurang untuk parti-parti pembangkang bagi mencapai matlamat mereka,” tambah beliau.
Ibrahim menambah Melayu di Johor tiada masalah bergaul dengan masyarakat Cina, akan tetapi sentimen perkauman telah dieksploitasi oleh mereka yang berkuasa untuk menimbulkan ketakutan.
Di kawasan Palimen Tanjung Piai, Johor, kawasan paling selatan Benua Asia, di mana terletak kampung saya dan juga kampung Salahudin Ayub, keadaan juga sangat menarik, di mana calon Parlimen dari DAP ialah seorang Melayu, Mahdzir Ibrahim, menakala calon BN, Wee Jeck Seng dari MCA.
Pengundi Melayu di situ 52.11%, Cina 46. 50%, India 1.7% dan lain-lain 0.32%. Dua Dun di kawasan parlimen tersebut – Pekan Nenas dan Kukup, di mana adik Salahuddin Ayub, Ghazaly Ayub calon PAS di Dun Kukup menentang calon BN, Suhaimi Saleh.
Sementara di Pekan Nenas, calon DAP, Yeo Tung Siong menentang calon BN, Wong You Fong.
Inilah sebanyak sedikit gambaran awal, suasana PRU di beberapa kawasan di Johor, yang dulunya adalah kawasan tegar Umno/BN. Siapa tahu hati orang Johor boleh berubah dengan kehendak Allah.
* Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com
Berada di kawasan tegar Umno Johor
Abd Shukur Harun, | 22 Apr 2013 |

Sumber HD - 22-4-2013
Ketokohan Khalid menangkan Selangor
Abd Shukur Harun, | 16 Mei 2013 |
Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati bahawa kejayaan cemerlang Tan Sri Abd Khalid Ibrahim mentadbir negeri Selangor telah memberi sumbangan besar kepada kejayaan Pakatan Rakyat negeri itu dalam PRU yang lalu, disamping sumbangan pihak lain.
Kejayaan Pakatan Rakyat Selangor itu bukan saja dapat mempertahankan Selangor dari jatuh ke tangan Barisan Nasioal, bahkan dapat meningkatkan pencapaiannya dengan majoriti lebih besar, 44 kerusi Dun, sementara Barisan hanya berjaya memenangi 12 kerusi Dun.
Namun kejayaan Tan Sri Abd Khalid ini dikongsi bersama oleh barisan exconya, seluruh jentera piliharaya Pakatan Rakyat dan sokongan rakyat Selangor sendiri.
Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu, Profesor Datuk Dr Mohd Redzuan Othman menyatakan kekagumannya atas kejayaan kepimpian Tan Sri Abd Khalid ini dalam Wacana Isu Semasa: Analisis Keputusan PRU13; Memahami Makna Pilihan Rakyat anjuran ABIM, PKPIM dan Wadah di Kajang malam kelmarin.
Turut menjadi ahli panel wacana yang berlangsung itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Idris Jauzi, manakala Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin selaku moderator.
Dalam wacana itu juga Dr Mohd Redzuan memuji ketokohan Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat kerana berjaya memimpin kerajaan Kelantan hingga mampu mempertahakannya dalam PRU yang lalu.
Dr Mohd Redzuan melihat bahawa kejayaan sesebuah kerajaan banyak bergantung kepada kemampuan tokoh yang memimpin serta pasukan kerjanya. Kekuatan parti saja tidak cukup, katanya, tapi mesti dipimpin oleh tokoh yang berintegriti.
Tiga negeri yang masih dapat dipertahakan oleh Pakatan dalam PRU yang lalu – Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang – dipimpin oleh tokoh berwibawa dan mendapat sokongan kuat dari rakyat. Ini berdasarkan kajian UMCEDEL di bawah pimpian Dr Mohd Redzuan sendiri.
Dalam wacana yang dihadiri ramai intelektual, penulis, aktivis parti dan tokoh masyarakat, beliau mengenengahkan analisis terperinci mengenai keputusan PRU itu disandarkan dengan fakta.
Menurut kajian pihaknya, Pakatan Rakyat jauh ke depan dengan cara baru gaya kempen, poster, risalah dan sebagaiya, berbanding dengan kempen BN masih dengan cara lama. Kata Dr Mohd Redzuan, BN terpaksa menjemput orang ramai datang ke programnya, malah diberi makan, berbeza dengan kempen dan ceramah Pakatan di mana orang ramai datang sendiri.
Beliau juga menyebut, bahawa bandar di mana banyak terdapat universiti dan kolej serta ekses maklumat yang banyak melalui internet meyebabkan pengundi bandar menyokong Pakatan Rakyat dan inilah kelebihan pengundi bermaklumat.
Dr Mohd Redzuan juga menyatakan bahawa kempen kotor dalam PRU yang lalu tidak berkesan sama sekali. Tetapi, katanya, pemberian BRIM RM500 oleh kerajaan BN berkesan kepada pegundi kampung.
Sementara itu, Dr Mujahid Yusuf Rawa pula berkata, momentum PRU ke-12 dulu berterusan hingga ke-PRU ke-13 di mana isu rasuah, nepotisme, isu kronisme yang diketengahkan oleh Pakatan begitu berkesan, sementara isu perkauman menjadi ‘pelaburan’ paling mahal bagi BN.
Dr Mujahid juga menegaskan betapa petingnya menyediakan kepimpinan parti yang berwibawa, mampu menarik pengundi muda, di samping benar-benar memahami dan menguasai realiti masyarakat.
Dr Mujahid menyebut bagaimana pengundi muda membentuk pemikiran tersendiri, sangat bermaklumat dan menolak perkauman. Mereka ini, katanya, kebanyakannya menyokong Pakatan. Ertinya di sini, katanya, mereka yang terpelajar dan bermaklumat akan menyokong Pakatan Rakyat.
Pendapat ini disokong oleh Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming yang menyatakan bahawa betapa perlunya Pakatan Rakyat medaftar pengundi muda sebanyak-banyaknya supaya Pakatan menang lebih banyak lagi dalam PRU akan datang.
Tokoh veteran pendakwah dan kini Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi pula meyarankan supaya diadakan sekolah latihan politik untuk pendakwah/ahli politik yang boleh memahami realiti politik masa kini.
Beliau juga menyatakan bahawa Umno kini hidup dengan semangat perkauman. Jika habis semangat perkauman, habislah Umno, katanya.
Pada wacana itu Datuk Idris, menceritakan pengalamannya mendekati pengundi, kebanyakannya orang kampung, hingga dapat menawan hati mereka dan mengundi beliau dalam PRU yang lalu.
Kawasan parlimennya, Batu Pahat Johor, adalah separuh kampung dan separuh bandar di mana kawasan bandar ramai pengundi Cina di samping pengundi Melayu. Namun dengan kebjaksanaanya berinteraksi dengan pengundi, akhirnya beliau dapat menewaskan bekas timbalan menteri, Datuk Dr. Fuad Zarkashi.
Ada beberapa persoalan ditimbulkan dalam Wacana Isu Semasa itu. Pertama, fenomena pengundi muda di mana semua ahli panel bersetuju bahawa dalam PRU yag lalu, pengundi muda muncul secara besar-besaran. Ada sesetengah tempat mengundi di bandar di mana pengundi muda beratur hingga dua jam untuk mengundi.
Pengundi muda ini menunjukkan minat luar biasa untuk menentukan aliran politik negaranya. Mereka bukan dari golongan remaja yang biasa muncul dalam program hiburan di TV, tetapi mereka adalah para pemuda yang serius untuk menentukan haluan politik negara.
Kedua, isu perkauman di mana semua ahli panel wacana menolak pendekatan perkauman. Menurut mereka perkauman adalah musuh kemanusiaan dan menimpakan kerosakan besar kepada negara. Ketiga, rakyat memilih parti dan calon yang mempunyai integriti.

Sumber HD - 16-5-2013
Perlu ditegaskan, aliran pengundian dalam PRU yang lalu sama sekali bukan pengundian berbentuk perkauman. Orang Melayu, terutama di bandar dan semi bandar ada juga yang mengundi calon DAP atau PKR yang bukan Melayu. Sebaliknya, orang Cina juga banyak yang mengundi calon PAS dan PKR, di samping calon DAP.
Secara kebetulan, calon DAP banyak bertanding di bandar, di samping calon PKR, sementara calon PAS banyak bertanding di semi bandar dan kampung. Maka pengundi bandar dan semi bandar membuat pilihan sedemikian rupa dan ini bukan aliran perkauman seperti yang didakwa. Iaitu kononnya Cina hanya mengundi DAP, pada hal masih ada juga pengundi Cina dan Melayu di bandar yang mengundi BN, walaupun mungkin jumlahnya kecil.
Menurut tinjauan, pengundi Cina, malah Melayu juga yang menolak BN bukan kerana sentimen perkauman, tetapi kerana menentang rasuah, nipotisme, kronisme, pembaziran dan lain-lain yang masih mendominasi BN dan BN tidak berdaya mengatasinya.
Di samping itu, jumlah 40 peratus pengundi muda (30 tahun ke bawah) yang keluar mengundi secara besar-besaran - ada yang beratur di saluran 6 dan 7 hingga 2 jam lebih – memihak kepada Pakatan Rakyat. Hal ini kerana, seperti diketahui umum, mereka terdedah kepada pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber. Mereka bukan pelanggan akhbar harian, TV1 atau TV3 dan mereka tidak bersikap rasis.
Oleh itu aliran pengundian, khususnya di bandar dan di luar bandar bukan aliran pengundian berdasarkan perkauman.
Sementara itu dalam tinjuan saya dibeberapa kawasan pedalaman, khususnya di kawasan Felda di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor sendiri, didapati sudah ramai peneroka dan anak peneroka Felda yang menyokong Pakatan Rakyat. Ertinya sudah ada perubahan dan mereka tidak perkauman.
Sebaga contoh, saya telah mengikuti kempen calon PAS di Jelebu, Aiman Atirah Al-Jundi atau Raj Munni Sabu dan calon PAS di Jempol, Wan Aishah Wan Ariffin. Kedua-dua kawasan parlimen itu ada tanah rancangan Felda, terutama di Jempol yang mempunyai kawasan Felda begitu luas sekali.
Aishah mendapat 22,495 undi (32 peratus), sementara Aiman Atirah mendapat 15,013 undi (31 peratus), menunjukkan pengundi Felda juga sudah ramai menyokong calon Pakatan Rakyat. Demikian juga pengundi di tanah rancang Felda di Pahang, Johor, Perak dan Selangor, sudah ramai yang mengundi Pakatan Rakyat. Mana ada unsur perkauman.
Saya yakin, masanya akan tiba tidak lama lagi bahawa fahaman perkauman akan beransur luput apabila semakin ramai pengundi di Malaysia, terutama di luar bandar, boleh berfikir dan sedar akan bahaya perkauman, seperti kata Ahli Parlimen Batu Pahat yang baru, Datuk Idris Jauzi, “Apabila perkauman tidak ada lagi, maka Umno/BN pun tidak akan ada lagi.”
Kini, sementara kita menunggu dengan sabar proses bantahan keputusan PRU itu di mahkamah, yang mungkin mengambil waktu lama, kita mengharapkan ahli parlimen baru Pakatan Rakyat akan membawa isu-isu penting, bagaimana semua pihak boleh menghapuskan fahaman perkauman, isu penipuan dalam PRU, cukai GST serta isu lain.
Ahli baru Parlimen, umpamanya, Rafizi Ramli, Hanifah Maidin, Datuk Raja Bahrin, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Zairil Khir Johari, Datuk Idris Jauzi, Wong Chen dan lain-lain diharapkan akan membahaskan pelbagai isu dengan hujah dan fakta yang meyakinkan.
Rakyat mengharapkan wakil-wakil parlmen daripada PR akan tampil sebagai pembela rakyat kerana mereka mahukan perubahan.
Sampah sarap perkauman selepas PRU
Abd Shukur Harun, | 22 Mei 2013 |
PRU ke-13 telahpun berlalu. Yang tinggal hanya timbunan sampah saraf perkauman, yang di bawahnya kelihatan bara api yang sukar dipadamkan.
Ini adalah akibat daripada kemunduran cara berfikir pemimpin politik perkauman yang membakar semangat perkauman, terutama kepada rakyat di pedalaman ketika berkempen, malah selepas PRU juga.
Perkauman adalah sampah di sesebuah negara. Ia kotoran yang membunuh kemanusiaan, rasa kasih sayang, menanamkan kebencian antara satu kaum dengan kaum yang, membina perseteruan yang tajam.
Malangnya, api perkauman bermunculan di negara yang indah ini selepas PRU yang lalu dengan keadaan yang amat mengerikan.
Kenyataan demi kenyataan daripada pemimpin rasis dan mereka yang sealiran fikiran dengannya sangat dahsyat dan boleh menjejaskan kestabilan negara. Ia ditiupkan dengan kencang, apabila mereka menganggap keputusan PRU itu sebagai ‘tsunami Cina’ kerana BN kebanyakannya tewas di kawasan bandar dan semi bandar. Iaitu DAP menang di kawasan bandar, pada hal, begitu ramai pengundi Melayu di bandar turut mengundi Pakatan Rakyat.
Golongan perkauman ini bercakap, ‘Apa lagi yang Cina Mahu’, mengesyorkan supaya sekolah jenis kebangsaan dihapuskan, boikot barangan Cina dan pelbagai lagi kata-kata tajam yang memancarkan api perkauman yang mengerikan.
Kenyataan perkauman seumpama ini tidak mudah untuk dihentikan dan tidak ada siapa yang boleh menghentikan, walaupun agama Islam menentang perkauman dan menganggapnya haram. Hadis sahih Nabi SAW sendiri menyebut, “Bukan dari umatku mereka yang meneriakkan assobiyah (perkauman)”. Ini kenyataan yang sangat tegas dari Nabi SAW.
PAS sendiri sebagai parti yang berasaskan Islam menentang perkauman, sudah sangat lama mengenengahkan hadis ini ke tengah masyarakat, namun perkauman masih juga bersemarak. Malah, di kampung-kampung, sebelum dan sesudah PRU, tiupan perkauman lebih kencang lagi.
Malangnya, sesetengah penceramah di masjid dan surau kelihatannya tidak berminat – entah atas sebab apa – untuk memberitahu bahaya perkauman yang ditentang oleh Islam sendiri. Kuliah yang diberi tidak membahaskan persoalan penting ini dan ini menyebabkan rakyat, khususnya jamaah masjid, tidak diberikan huraian yang jelas mengenai bahaya perkauman. Maka terus suburlah bahaya perkauman itu.

Sumber HD - 22-5-2013
Pilihan raya umum yang lalu menyerlahkan kehadiran pengundi muda, sekitar 40%, di mana mereka kelihatan mereka hampir mendominasi aliran pengundian, terutama di kawasan bandar dan separuh bandar. Ini sudah banyak kali diperkatakan oleh penganalisis.
Kebanyakan tempat mengundi di saluran 6 dan 7 (pengundi muda) di bandar dan semi bandar itu kelihatan berbaris panjang, ada yang berbaris lebih dua jam untuk mengundi, termasuk cucu saya yang pertama kali mengundi.
Saya mendapat SMS dan telefon dari ramai sahabat pada hari mengundi, mengatakan begitu ramai anak muda balik mengundi. Di Kelantan saja, kata mereka, ribuan anak muda pulang mengundi, demikian juga di negeri lain.
Sementara itu, ratusan ribu warga Malaysia yang bekerja d Singapura pulang mengundi menyebabkan kesesakan di Tambak Johor dan Link-Kedua di Gelang Patah dua hari lamanya kerana pengundi yang pulang, bukan saja untuk mengundi di sekitar negeri Johor, bahkan ke negeri lain.
Apakah mesej semuanya ini?
Jika kita menilai] secara objektif, tentu sekali mesejnya ialah kebangkitan pengundi muda dalam PRU kali ini yang aliran pengundian mereka membantu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu. Oleh itu, apa yang penting, malah amat penting, difikirkan oleh pendukung PAS, PKR dan DAP ialah menerima hakikat bahawa golongan muda menjadi faktor amat penting dalam warna dan watak politik masa depan negara.
Sebarang pemikiran yang menafikan peranan penting golongan muda ini akan menyebabkan semua parti politik dalam Pakatan akan menghadapi masalah besar dan mengalami jalan sukar untuk menghadapi PRU akan datang.
Oleh itu kepimpinan Pakatan Rakyat yang lama dan baru mestilah mengambil kira sentuhan golongan muda ini, justeru golongan muda adalah masa depan politik Malaysia.
Dalam hal ini, betapapun teguh dan murninya konsep dan falsafah perjuangan sesebuah parti dalam Pakatan dan betapapun lama usianya, tetapi ia banyak bergantung kepada suasana persekitaran dan mood rakyat. Jika semua parti dalam Pakatan menyedari hakikat suasana terkini dalam masyarakat, maka hayat Pakatan Rakyat akan panjang dan mampu memenangi hati nurani rakyat.
Antara lain, tentunya Pakatan Rakyat perlu dilihat bersama aspirasi golongan muda. Jika Pakatan Rakyat dilihat terpisah dengan masyarakat masa kini, khususnya golongan muda, betapapun luhur perjuangannya, nescaya golongan muda akan menjauhi mereka dan ini sangat bahaya kepada nasib masa depan Pakatan.
Oleh itu, pemimpin Pakatan – baik PAS, PKR dan DAP, yang seda ada sekarang dan akan dipilih dalam pemilihan parti masing-masing akan datang amat perlu menghayati perkembangan ini, bahawa mereka perlu diterima oleh golongan muda. Di samping itu, ia mestilah dilihat mempunyai integriti dan keupayaan memimpin negara.
Kini, pemimpin Pakatan tidak boleh lagi sekedar berfikir sekitar lingkungan parti masing-masing saja, betapapun unggulnya sesebuah parti itu dengan perjuangannya, tetapi ia mesti berfikir secara kolektif sebagai pemimpin dan anggota Pakatan Rakyat. Sikap ini tidak semestinya mengurangkan ‘nilai kesayangan’ pendukung untuk mempertahankan parti masing-masing.
Semuanya mesti mempunyai sikap di mana susah dan senang bersama Pakatan, mendaki dan menurun bukit bersama Pakatan, bertanding dalam PRU akan datang dengan sikap melaksanakan tahalluf-siasasi yang sebenar-benarnya.
Sementara itu, dengan kejayaan Pakatan Selangor yang menang majoriti dua pertiga, di mana PAS menjadi peneraju utamanya telah tampil menjadi role model politik Malaysia. Ini kerana demografi negeri itu demikan rupa, negeri pelbagai kaum dan agama terbesar di Malaysia, terkaya dan ternama pula.
Namun dengan kepimpinannya yang dilihat releven dan berintegriti, ditambah dengan gerak kerja yang padu, strategi yang tepat, calon yang berwibawa, menyebabkan keajayaan PAS Selangor sangat mengejutkan semua pihak.
Bagaimanapun prestasi PAS Terengganu yang mendapat kejayaan dalam PRU kali ini, di mana hanya kekurangan dua kerusi untuk memerintah negeri, menunjukkan kejayaannya mempunyai erti yang besar. Ia masih mampu untuk bangun kembali setelah kalah dalam dua PRU yang lalu.
Tentunya ini menampakkan keazaman dan gerak kerja serta istiqamah pendukungnya kepada perjuangan PAS. Allah telah mengurniakan kemenangan ini. Semoga dalam PRU akan datang, PAS/Pakatan Rakyat akan dapat menawan kembali negeri Terengganu.
Ini pengajaran yang baik bagi negeri atau kawasan yang kalah, di mana kekalahan bukan end-road kepada perjuangan ini. PAS/Pakatan Kedah yang kalah teruk kali ini, Insya-Allah boleh bangun kembali dengan melakukan pembaikan dan mengatur strategi yang tepat, memahami kedudukan dan kekuatan musuh untuk mengatur kekuatan mengalahkan mereka dalam PRU akan datang. Dunia belum lagi kiamat.
Sementara itu, seperti saya sebutkan di atas, bahawa sokongan generasi muda kepada PAS/Pakatan amat penting. Oleh itu, tentu sangat wajar pihak PAS semua peringkat mengkaji kedudukan kemasukan ahli baru PAS.
Memang sangat dialu-alukan kemasukan ramai para tokoh ternama pelbagai lapangan hidup – bekas pegawai tentera, pegawai awam kerajaan, ahli korporat, ahli sukan, malah para artis dan lain-lain.
Tetapi dalam masa yang sama juga PAS mestilah berusaha mendapatkan ahli baru, khususnya golongan muda. Kekuatan masa depan PAS sangat bergantung kepada generasi muda ini, justeru mereka adalah masa depan politik negara ini. Mereka boleh berganding bahu dengan generasi lama dalam PAS yang amat setia, untuk melaksanakan gerak kerja bagi mencapai kemenangan di masa depan.
Integriti Pakatan dan masa depannya
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 28 Mei 2013 |

Sumber HD - 28-5-2013
Dua hal sangat mengharukan mengenai langkah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertama pengundurannnya sebagai Menteri Besar Kelantan beberapa hari selepas PRU, kedua penegasannya tidak akan membenarkan sebarang usaha PAS ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.
Tidak ada siapa yang tidak sedih dengan pengunduran Tuan Guru dari jawatan MB, tetapi memandangkan kesihatannya yang selalu terganggu dengan umurnya yang begitu lanjut, maka rakyat Kelantan dan mereka yang mendukung perjuangannya memahami mengapa beliau berundur.
Perubahan ini sama sekali tidak mengurangkan kasih sayang rakyat kepadanya justru sepanjang hayatnya beliau telah mendambakan perjuangannya kepada Islam melalui wadah PAS. Beliau adalah legasi yang akan terukir dalam sejarah, bahawa seorang tokoh yang menjalani kehidupan dengan serba sederhana, bersuara lembut, tetapi tegas telah mengambil peranan penting mewarnakan perjuangan politk Islam di tanah airnya.
Memang hanya sesekali dalam sesuatu zaman, seorang tokoh unggul sepertinya muncul untuk mewarnakan sejarah tanah airnya, mendambakan politik Islamnya bukan saja untuk kepentingan ummah, tetapi juga anggota masyarakat seluruhnya.
(TG Nik Aziz bercakap buat pertama kali kepada media selepas beliau tidak menjadi MB Kelantan lagi)
Pada awalnya memang ramai tokoh yang berbaris untuk menyertai perjuangan sepertinya, tetapi tidak semua mampu menghadapi cabaran. Ada yang tewas dengan umpan politik dan kemewahan, tidak tahan menanggung ujian dan pelbagai lagi. Maka mereka ini ada yang ‘gugur’ dalam perjalanan perjuangan yang getir ini.
Tinggallah sejumlah kecil yang meneruskan perjuangan dan dari jumlah yang amat kecil itu termasuklah Tuan Guru sendiri bersama pimpinan PAS yang lain meneruskan kafilah perjalanan perjuangan ini.
Walaupun Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz sudah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar sebuah negeri istimewa yang kecil molek, namun beliau masih bersama saf pimpinan PAS. Ia masih memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Mursyidul Am PAS, sebuah jawatan simbolik yang setakat ini, pada pendapat saya, belum ada tokoh yang dilihat mampu menggantinya.
Kekuatan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz terletak kepada istiqamah perjuangannya, ketegasannya mempertahankan PAS dari serangan musuh, menyuntik semangat perjuangan kepada generasi lama dan baru, wawasannya yang sangat jauh ke depan – melampaui zaman – serta kemampuannya menterjemahkan kesyumulan Islam di tengah politik baru Malaysia.
Untuk selama puluhan tahun, sepanjang perjuangannya, Tuan Guru menentang habis-habisan assobiyah (perkauman) kerana baginya perkauman itu adalah sebuah kejahatan, menentang kemanusiaan dan menjadi musuh Islam.
Tuan Guru Nik Abd Aziz menjadi penghalang utama yang berada di tengah jamaah PAS dari sebarang usaha untuk menggabungkan PAS dengan Umno, atas nama apapun.
Kerana itu, Tuan Guru berpesan:
“Saya tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi saya masih hidup.”
PAS, katanya, adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.
“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli. Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup, saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya tegas ketika ditemui Harakahdaily baru-baru ini.
Menurut Tuan Guru, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS. Selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.
“Untuk itu, tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ke arah ini,” ujarnya lagi.
Ini peringatan yang sangat jelas dan tegas dari pimpinan utama parti dan sewajarnya semua pendukung PAS mematuhinya, bukan saja semasa beliau masih ada hayat, tetapi lama selepas ketiadaan beliau nanti.
Memang nature politik berubah mengikut masa dan keadaan serta keperluan semasa, tetapi dalam hal penggabungan PAS dan Umno mesti dilihat dalam konteks dasar perjuangan Islam yang menjadi asas PAS.
Sebelum ini, Tuan Guru berkali-kali mengingatkan bahawa selagi Umno tidak mengubah dasar sekular dan perkaumannya kepada dasar Islam dan menerima Islam sepenuhnya, PAS tidak akan menerima Umno. Ini sangat jelas diucapkannya berulang kali.
Oleh itu, berdasarkan ketegasannya ini, tidak mungkin ada sebarang ijtihad untuk menggabungkan PAS dengan Umno atas hujah demi untuk perpaduan ummah.
Bagi Tuan Guru, perpaduan ummah hanya boleh dibina aras dasar semua pihak menerima Islam sepenuhnya, membuang sifat perkauman yang ada dalam Umno dan bersatu atas nama Islam dan menerima Islam sepenuhnya, bukan atas nama perpaduan Melayu.
Dalam suasana PRU yang lalu, isu perpaduan Umno-PAS semakin disemarakkan oleh sesetengan pihak, mujurlah pimpinan PAS tidak mempedulikan ajakan ini, justru mereka sangat memahami maksud politik di sebalik seruan yang dilihat sangat molek, tetapi palsu.
Oleh itu bagi PAS yang telah mengambil peranan penting dalam Pakatan Rakyat dan berjaya, serta berusaha memperkukuh Pakatan, maka usaha sesetengah pihak untuk mengabungkan PAS dengan Umno adalah tidak mungkin.
Sementara itu, Muktamar Tahunan PAS pada November ini di mana ada pemilihan pimpinan, maka sewajarnya pesan Tuan Guru Nik Ab Aziz supaya PAS dan Umno tidak bergabung akan menjadi stand yang kukuh bagi pimpinan dan semua pendukung PAS.
Hendaknya tidak akan ada sebarang sikap apologetic dan alasan palsu yang direka-cipta untuk menjustifikasikan sebarang usaha menggabungkan PAS dan Umno.
* Penulis boleh dihubungi melalui shukurharun@yahoo.com
TG Nik Aziz tunjuk arah yang tepat
-, | 04 Jun 2013 |

Sumber HD - 4-6-2013
No comments:
Post a Comment