Wartawan tidak dibenar sertai lawatan inkues |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Para wartawan dan jurugambar yang hadir bagi membuat liputan lawatan Pasukan inkues menyiasat punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed ke lokasi kejadian, tidak dibenarkan masuk. Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed - Mantan Penolong Pengarah Kastam Selangor Larangan menyertai lawatan pasukan inkues untuk masuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane itu difahamkan arahan dari pihak atasan. Lawatan pagi ini disertai Koroner Aizatul Akmal Maharani, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas; peguam pemerhati, Datuk Seri Dr. Mohammad Shafee Abdullah dan Awtar Singh. Turut serta ialah pakar forensik Makmal Bukit Aman, Deputi Supritendan Shahrul Othman Mansor dan ahli keluarga Ahmad Sarbani. Lawatan tersebut bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung kematian Allahyarham Ahmad Sarbini. Sementara itu, bernama semalam melaporkan isteri Ahmad Sarbani, Masiah @ Maziah Manap, 50 semalam memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa suaminya tidak mungkin membunuh diri pada 6 April lepas. Beliau yang merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, berkata suaminya adalah seorang yang tenang, bersikap rasional, penyabar dan bukan seorang yang suka bertindak melulu. "Sebagai orang Islam yang menunaikan sembahyang lima waktu, tidak mungkin suami akan berbuat demikian," katanya. Masiah, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Sarbani hampir 28 tahun, berkata pada 1 April lepas, dia menerima panggilan daripada anaknya, Shahira yang memaklumkan arwah ingin bercakap dengannya tetapi panggilan berkenaan terputus. "Apabila saya pulang ke rumah pada 9 malam, anak saya memberitahu abah (panggilan untuk Ahmad Sarbani) tidur di SPRM dan saya kemudian cuba menghubungi beliau tetapi gagal. "Pada keesokannya (2 April), saya cuba menghubunginya sekali lagi namun tiada jawapan dan lebih kurang 10 pagi saya ada menghantar SMS kepadanya menyatakan: Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan bantu... kalau boleh, balik la, hari Ahad ni (3 April) kita ada kursus haji," katanya. Masiah, yang bekerja sebagai penyelia di Petronas, berkata arwah suaminya pernah memberitahu bahawa dia telah dianiayai oleh ejen. "Saya pernah bertanya kepadanya, apa masalah yang berlaku sekarang ini hinggakan SPRM menahannya dan dia (Ahmad Sarbani) berkata ejen menganiayainya berkenaan baucar bernilai RM100. "Menurut suami saya, ejen itu mengaku bahawa RM70 daripada RM100 baucer itu dia ambil manakala RM30 diberikan kepada suami saya... namun suami memaklumkan kepada saya dia tidak ambil RM30 dan tidak tandatangani baucer tersebut," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4186-wartawan-tidak-dibenar-sertai-lawatan-inkues
Rakaman CCTV di SPRM KL 'diganggu'
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperolehi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah diganggu, kata seorang pakar audio-visual dari makmal polis Cheras hari ini.
ASP Fauziah Che Mat memberi keterangan pada hari ketiga inkues kematian penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamad, yang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan tersebut pada 6 April.
Menjawab soalan DPP Amalina Ismail, ASP Fauziah berkata, pada pendapatnya, rakaman telah diganggu oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem CCTV.
Bagaimanapun, saksi berikutnya, pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohd Yusof Akope, berkata gangguan dalam rakaman tersebut adalah kerana "kesilapan manusia" dalam sistem keselamatan yang baru dipasang itu. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Mohd Yusuff memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur hari ini bahawa pernah beberapa kali kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan suruhanjaya itu gagal berfungsi.
Beliau berkata CCTV yang dipasang pada 29 November 2010 dan diaktifkan sepenuhnya pada Februari 2011, seringkali tergendala dan adakalanya rakaman dalam CCTV itu tidak jelas.
Mohamad Yusuff, 52, yang merupakan saksi keempat dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed berkata, beliau juga pernah menerima laporan telah berlaku kerosakan pada CCTV berkenaan kerana peralatan itu tidak dapat merakam gambar.
"Pengawal keselamatan iaitu Ismail Sedek dan Mohd Romizi Abdul Rahman, yang ditugaskan untuk mengawal bilik kawalan CCTV juga tidak mahir mengendalikan peralatan itu dan latihan asas hanya diberikan oleh vendor yang memasang CCTV berkenaan," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.
Mohd Yusuff memberitahu prosiding bahawa selepas kematian Ahmad Sarbaini pada 6 April lepas, beliau diberitahu dua daripada tiga CCTV itu tergendala pada hari kejadian, dan pada hari sebelumnya, seolah-olah rakaman di dalam CCTV dihentikan oleh seseorang.
"Saya mendapat laporan siasatan dari unit keselamatan yang memaklumkan kegagalan CCTV itu berfungsi disebabkan kesilapan manusia.
"Menurut laporan itu, Ismail ingin menekan butang "rewind" untuk melihat rakaman sebelumnya tetapi tertekan butang "on" dan "off" dan perbuatan itu tidak disedarinya, sebaliknya disedari oleh pengawal keselamatan kedua, Romizi," katanya ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.
Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.
Terdahulu, ASP Fauziah Che Mat dari Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia, memberitahu prosiding dua daripada tiga CCTV yang terdapat di bangunan SPRM itu tidak beroperasi secara normal pada 5 April dan 6 April, di mana rakaman melalui CCTV itu tidak dapat diperoleh.
"Saya mendapati rakaman dua CCTV itu tidak dapat diperoleh kerana ia
diganggu perjalanan rakaman oleh seseorang yang agak mahir menggunakan CCTV," katanya.
Fauziah yang bertugas di Seksyen Audio dan Video, Makmal Forensik,
Cheras, berkata hanya satu CCTV yang beroperasi pada 5 dan 6 April yang dapat merakam imej Ahmad Sarbaini yang tiba di pondok pengawal SPRM pada 8.30 pagi dengan menunggang motosikal.
Katanya rakaman itu menunjukkan Ahmad Sarbaini seterusnya mengambil pas
pelawat untuk masuk ke bangunan SPRM namun rakaman di dalam bangunan SPRM tidak dapat diperoleh kerana dua CCTV dalam bangunan itu tidak berfungsi.
Ketika rakaman itu ditayangkan di dalam mahkamah, isteri Ahmad Sarbaini, Masiah Manap dan anggota keluarga yang hadir di mahkamah untuk mengikut prosiding, dilihat menangis.
Ismail, yang merupakan pengawal keselamatan di SPRM Wilayah Persekutuan, telah mengesahkan beliau masuk ke dalam bilik kawalan CCTV yang terletak di tingkat bawah bangunan berkenaan dan menekan butang CCTV berkenaan pada 5 April, sehari sebelum kejadian.
"Saya tidak tahu tekan butang lain atau tidak, tetapi selepas tekan satu butang seperti yang selalu saya buat, saya nampak gambar yang ada pada CCTV itu tidak bergerak."
Ismail, 55, saksi keenam, berkata sudah menjadi kebiasaan beliau untuk masuk ke bilik kawalan CCTV itu sekiranya ada kelapangan.
Beliau berkata sesiapapun boleh masuk ke bilik berkenaan kerana bilik itu tidak memerlukan kad akses dan tidak berkunci.
Ismail memberitahu prosiding beliau ada berjumpa dengan Ahmad Sarbaini ketika Allahyarham datang ke pejabat itu pada 6 April.
"Ketika itu saya berada di kaunter pertanyaan di ruang legar lobi di tingkat satu bangunan itu dan saya nampak Allahyarham agak gelisah ketika dia duduk di sofa untuk menunggu Penolong Penguasa SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad.
"Saya juga melihat Allahyarham seperti ada masalah dan saya nampak dia membuka fail dari beg berwarna hitam yang dibawanya. Dia membuka fail berkenaan dan dilihat menepuk dahi beberapa kali," kata Ismail.
Prosiding disambung esok
Sumber MK : http://malaysiakini.com/news/169071
Saksi: 'Sarbaini mengaku terima rasuah'
Ketua unit siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur memberitahu inkues kematian penolong pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamad bahawa Allahyarham mengaku menerima rasuah dari dua syarikat penghantaran.
Katanya, Sarbaini mengaku menerima dari RM30 hingga RM200 sebulan dari Ah Seng dari Mark Top dan Shipping Sdn Bhd.
Penolong pesuruhjaya Mohd Fauzi Husin (kiri) - saksi ketujuh dalam inkues tersebut - berkata Sarbani juga mengakui menerima RM50 hingga RM100 sebulan dari kakitangan Schenker Logistics, Wan Zainal.
Menjawab soalan DPP Abbazafree Abdul Abbas, beliau menjelaskan bahawa pengakuan itu dibuat secara sukarela apabila Sarbaini dipanggil semula untuk menjelaskan mengenai kenyataan berhematnya selepas dia ditangkap pada 1 April sebagai suspek dalam satu kes rasuah.
Sarbaini adalah antara 62 pegawai kastam yang ditahan SPRM dalam Operasi 3B pada 1 April lepas bagi membantu siasatan rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain. Beliau dibebaskan dengan jaminan pada 2 April.
Dia ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat pertama bangunan SPRM yang terletak di Jalan Cochrane pada 6 April, sejurus selepas diiringi ke bilik saksi.
Inkues di hadapan koroner Aizatul Akmal Maharani, yang masuk hari keempat, bertujuan untuk menyiasat kematian, Sarbaini, yang dipercayai akibat jatuh dari tingkap pantri di tingkat tiga.
Mohd Fauzi memberitahu inkues tersebut bagaimana Sarbani datang ke pejabat SPRM pada 6 April untuk mengubah kenyataannya dan menarik balik pengakuan awalnya.
Beliau bagaimanapun menafikan kerana itu beliau atau pegawainya berniat tidak baik terhadap si mati, kerana menurutnya, ia merupakan perkara biasa dalam tugas mereka ketika berdepan dengan tingkahlaku suspek yang tidak diduga.
Mohd Fauzi juga memberitahu inkues itu, dalam soal siasat ke atas suspek, pegawai SPRM dilatih menggunakan teknik psikologi, menggunakan "sentimen dan emosi" untuk mendapatkan kenyataan dan pengakuan.
Kakitangan bawahannya, kata Mohd Fauzi, telah diarahkan untuk menjaga maruah orang disoal siasat dan diarah supaya tidak
menggunakan kaedah intimidasi.
Namun, Mohd Fauzi tidak menafikan kemungkinan sesetengah pegawai mungkin menggunakan cara yang kurang mesra untuk mendapatkan
maklumat ketika berada di bawah tekanan, kurang tidur dan jadual operasi yang sibuk, seperti Ops 3B di seluruh negara.
[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Mohd Fauzi memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa Sarbaini mengaku menerima rasuah daripada dua ejen penghantaran ketika rakaman percakapan kedua dilakukan.
Mohd Fauzi Husin, 46, yang juga saksi ke-8 prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini berkata pengakuan itu dibuat ketika Penolong Penguasa SPRM, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad, merakam percakapan itu pada 4 April, dua hari sebelum kematian Allahyarham.
"Dalam rakaman tersebut, Allahyarham, yang juga penolong pengarah Kastam Selangor telah mengaku menerima wang rasuah daripada Ah Seng dari Syarikat Top Mark Shipping antara RM30 hingga RM200 sebulan dan daripada Zainal dari Syarikat Schenker Logistik Sdn Bhd antara RM50 hingga RM100 sebulan," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.
Mohd Fauzi, bagaimanapun berkata beliau dimaklumkan oleh Sheikh Niza bahawa Allahyarham kemudian datang semula ke pejabat itu pada 6 April untuk menukar pengakuannya.
"Pada pukul 8.40 pagi, ketika saya mengendalikan mesyuarat di tingkat tiga, bangunan itu, saya didatangi Sheikh Niza yang memaklumkan bahawa Allahyarham telah datang ke pejabat itu untuk menemuinya dan memberitahu beliau ingin menukar percakapan yang dibuat sebelumnya," katanya.
Ketika disoal Mohamad Abazafree mengapa Allahyarham ingin berjumpa dengan Sheikh Niza sedangkan pegawai penyiasat kes adalah Abdul Ghani Ali, Mohamad Fauzi berkata: "Sheikh Niza memaklumkan kepada saya mungkin kerana beliau yang merakam percakapan Allahyarham pada 4 April, jadi dia (Ahmad Sarbaini) ingin berjumpa dengannya".
"Sheikh Niza memaklumkan kepada saya, Sarbaini datang untuk bertemu dengannya sedangkan tiada sebarang temu janji dibuat untuk mereka bertemu.
"Allahyarham memberitahu kepada Sheikh Niza, beliau ingin menukar percakapan daripada mengaku terima wang kepada tidak mengaku terima wang daripada dua ejen berkenaan," katanya.
Mohamad Fauzi berkata beliau terkejut kerana sebelum itu, Allahyarham mengaku menerima wang tetapi selepas selang sehari dia berubah fikiran dan beliau terus mengarahkan pegawai penyiasat, Abdul Ghani Ali bertanyakan kepada Sarbaini kenapa beliau berbuat demikian.
"Mungkinkah Allahyarham kena ugut atau dipujuk rayu sehinggakan beliau tiba-tiba nak ubah percakapan dan saya takut nanti dia (Ahmad Sarbaini) akan berpakat dengan dua wakil syarikat berkenaan kerana pihak kami (SPRM) tidak pernah memanggil kedua-dua wakil dari syarikat TopMark dan Schenker itu untuk memberi keterangan.
"Kami juga belum membuat apa-apa tindakan kerana kedua-dua nama itu tiada dalam senarai SPRM tetapi muncul dalam keterangan Allahyarham sendiri," katanya.
Mohd Fauzi berkata beliau kemudiannya mengarahkan Abdul Ghani dan tiga pegawai SPRM mengesan dua wakil dari syarikat itu untuk meneruskan siasatan dan selepas itu kira-kira pukul 9.40 pagi, Abdul Ghani memaklumkan kepadanya seorang daripada ejen berkenaan iaitu Zainal daripada syarikat Schenker dapat dihubungi dan akan tiba ke pejabat SPRM itu dalam masa dua jam.
Katanya Allahyarham perlu menunggu sehingga Zainal tiba ke pejabat itu kerana sekiranya Allahyarham dilepaskan pulang, kemungkinan mereka akan berjumpa di pertengahan jalan dan kemudiannya akan berpakat dan ini akan menyulitkan siasatan.
Mohd Fauzi berkata Allahyarham yang berada di sofa tingkat tiga bangunan itu dibawa oleh Penolong Penguasa Kamal Awang Besar ke bilik saksi untuk memastikan Ahmad Sarbaini tidak ditinggalkan bersendirian.
"Saya nampak Kamal membawa Allahyarham masuk ke bilik saksi dan lebih kurang 10 minit, seorang pegawai wanita mengetuk pintu dengan kuat dan dia memberitahu saya dia nampak Allahyarham jatuh ke tingkat satu masa masuk ke dalam bilik pantri dan apabila saya jenguk dari tingkap berkenaan saya nampak Allahyarham mati tertiarap dengan darah berlumuran di kepala.
Terdahulu, Mohd Fauzi memberitahu prosiding, pada 28 Mac 2011, beliau diarahkan untuk mengetuai satu operasi yang dikenali sebagai "Ops 3B" yang melibatkan unit siasatan SPRM, Wilayah Persekutuan dan SRPM, Putrajaya.
Katanya, operasi itu dijalankan bagi mengesan suspek iaitu pegawai-pegawai Kastam yang disyaki menerima rasuah daripada ejen penghantaran di sekitar pelabuhan terutama Pelabuhan Klang dan hasil semakan dan siasatan serta temubual ejen berkenaan (ejen penghantaran), telah mengenal pasti lima suspek termasuk Ahmad Sarbaini.
"Pada 1 April lepas, beberapa pegawai SPRM yang membuat pembongkaran di pejabat dan di rumah Sarbaini telah menyita sejumlah dokumen dan buku akaun milik Allahyarham dan keluarga dan juga Allahyarham dibawa ke pejabat SPRM untuk siasatan lanjut," katanya.
Saksi itu berkata Sarbaini kemudiannya dibawa ke lokap di Bukit Jalil dan keesokannya iaitu pada 2 April, beliau dibawa ke pejabat SPRM semula untuk dirakam percakapan.
"Hasil rakaman percakapan yang dibuat oleh Penolong Penguasa Mohd Rosli Mohd Saupi pada 2 April, Allahyarham mengaku tidak menerima duit daripada ejen penghantaran dan mengaku ada tiga buah rumah dan selepas itu Sarbaini dibebaskan dengan jaminan SPRM dan pada 4 April, Allahyarham dipanggil untuk dirakam percakapan oleh Sheikh Niza berhubung pemilikan harta dan pada ketika itu Allahyarham mengaku menerima rasuah," katanya.
Sementara itu, Kamal, 31, yang juga saksi ke-9 inkues itu memberitahu prosiding, beliau membawa Allahyarham ke bilik saksi dan pada ketika itu Allahyarham dilihat membawa fail berwarna hijau.
"Keadaannya nampak seperti biasa dan tidak mencurigakan dan saya kemudiannya terfikir siapa yang akan menjaga Allahyarham sekiranya saya keluar untuk operasi, selepas itu saya meminta Allahyarham menunggu sekejap di bilik berkenaan kerana saya ingin berjumpa dengan Abdul Ghani.
"Sebaik kembali ke bilik itu, saya dapati Allahyarham tiada dan saya mencarinya di semua bilik yang terdapat di tingkat tiga itu termasuk tandas tetapi tidak menjumpainya, saya memberitahu Abdul Ghani dan Penolong Penguasa Henrita Serai Anak Andrew Lenggie dan kami bersama-sama mencarinya," katanya.
Kamal berkata semasa mereka lalu di hadapan pantri di tingkat berkenaan, Henrita masuk ke dalam pantri itu dalam dalam dua saat beliau keluar.
"Pok, sudah di bawah", dua kali Henrita mengulangi perkataan itu dan apabila saya jenguk ke tingkap, nampak sekujur tubuh di bawah dan saya cam itu adalah Ahmad Sarbaini berdasarkan baju putih dan seluar hitam yang dipakainya," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.
Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.
Prosiding bersambung esok.
Sumber MK (8//07/2011) http://www.malaysiakini.com/news/169258

Balu dakwa peguam SPRM fitnah Sarbaini
Balu kepada Ahmad Sarbaini Mohamed hari ini mendakwa peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam prosiding inkues telah memfitnah Allahyarham suaminya melalui satu kenyataan.
Maziah Manap (kanan) berkata beliau kesal dengan tindakan oleh peguam SPRM, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mendakwa Penolong Pengarah Kastam Selangor itu meninggal dunia ketika cuba melarikan diri untuk berjumpa seorang rakan.
"Kenyataan (hujah peguambela) SPRM tersebut tidak disokong oleh sebarang keterangan semasa inkues dan merupakan satu tohmahan dan spekulasi oleh SPRM sehingga membabitkan nama pihak ketiga," kata Maziah dalam satu kenyataan.
Muhammad Shafee melalui satu kenyataan hujah peguambela pada 12 September lalu mendakwa, Ahmad Sarbaini berniat melarikan diri untuk bertemu seorang kakitangan syarikat pengangkutan Schenker Logistics (M) Sdn Bhd, Wan Zainalabidin Wan Zaki.
"Kenyataan akhbar tersebut dihebahkan secara meluas seolah-olah ianya satu fakta hakiki.
"Saya sangat dukacita dan sedih dengan kenyataan akhbar SPRM tersebut yang merupakan satu lagi tohmahan yang sangat zalim terhadap Allahyarham dan keluarga saya," kata Maziah dalam satu kenyataan.
Maziah mendakwa, Shafee membuat kenyataan tersebut supaya kenyataan yang diberikan oleh Allahyarham Ahmad Sarbaini dan Wan Zainalabidin kepada SPRM sebelum ini "dapat diselaraskan."
Sedangkan, katanya, hujah yang dikemukakan oleh peguam Wan Zainalabidin telahpun menyatakan bahawa:
Beliau juga mahu pihak yang menyebabkan kematian suaminya itu dipertanggungjawabkan supaya maksud "keadilan" membawa erti kepada keluarga mereka.
Inkues berhubung kematian Ahmad Sarbaini dijadualkan akan diputuskan pada Isnin depan.

- Tidak terdapat sebarang bukti bahawa Allahyarham terbabit dengan salah laku rasuah.
- Tidak terdapat sebarang sebab untuk Allahyarham takut dan cuba melarikan diri.
- Tiada asas kepada teori SPRM bahawa Allahyarham cuba melarikan diri untuk memberikan amaran kepada Wan Zainalabidin demi memastikan pernyataan mereka menjadi konsisten.
- Pengakuan Allahyarham yang kononnya telah diperolehi, adalah secara muslihat, perdayaan dan paksaan dan amat bercanggah dengan pernyataan awalnya di mana Allahyarham secara tegaas menafikan sebarang perlakuan rasuah
- Pemadaman rakaman CCTV pada waktu kejadian selama tempoh lebih 22 jam seperti disahkan oleh pegawai forensik, ASP Fauziah Che Mat, menunjukkan usaha SPRM untuk menyembunyikan kejadian sebenar.
Beliau juga mahu pihak yang menyebabkan kematian suaminya itu dipertanggungjawabkan supaya maksud "keadilan" membawa erti kepada keluarga mereka.
Inkues berhubung kematian Ahmad Sarbaini dijadualkan akan diputuskan pada Isnin depan.
Sumber MK : 24/092011 - http://www.malaysiakini.com/news/176633
Inkues: Tiada unsur jenayah dalam kematian Sarbaini
Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed, 56 jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur selepas berada pada belebas tingkap bangunan itu.
Koroner Aizatul Akmal Maharani, dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh sesak, berkata teori bahawa SPRM terlibat dengan kematiannya tidak boleh diterima.
Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian.
"Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri."
Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh.
"Mahkamah juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga mengalami kecederaan teruk di kepala."
Peawai Pejabat Peguam Negara Mohd Abazafree Mohd Abbas membantu dalam inkues itu manakala SPRM diwakili oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.
Keluarga Ahmad Sarbaini pula diwakili oleh peguam Awtar Singh mewakili manakala peguam Rosli Dahlan dan Nadia Marni Mat Zin bertindak sebagai pemerhati bagi syarikat multinasional DB Schenker Logistics (M) Bhd.
Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan.
Seramai 34 saksi memberi keterangan pada inkues yang mengambil masa 14 hari untuk selesai.
Saksi-saksi yang tampil, termasuk dua ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Faridah Md Nor dan Dr Shahrum Abd Wahid.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane 6 April lalu.
Beliau sebelum itu ditangkap sebagai sebahagian daripada program 3B tetapi kemudiannya dibebaskan sebelum kembali kepada SPRM pada hari kejadian itu.
Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.
Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya.
Balu allahyarham Masiah @ Maziah Manap dan pengerusi Sosial Care Tan Sri Robert Phang turut hadir di mahkamah.
Sumber MK : 27/092011 - http://www.malaysiakini.com/news/176909
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5619-kes-ahmad-sarbaini-gagal-hapus-kemarahan-rakyat
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5993-keluarga-sarbaini-tetap-mahu-suruhanjaya-diraja

Kes Ahmad Sarbaini gagal hapus kemarahan rakyat |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 27 Sept: Keputusan Mahkamah Koroner yang memutuskan Ahmad Sarbaini Mohamed mati kerana jatuh dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal menghapuskan kemarahan umum, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Kita tidak berniat hendak mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi apa yang nyata, keputusan itu gagal menghapuskan kemarahan umum yang meluap-luap apabila terbunuhnya Penolong Pengarah Kastam Selangor itu di premis SPRM. "Dalam masa yang singkat, dua orang terbunuh di premis SPRM, iaitu Ahmad Sarbaini dan Teoh Beng Hock dan apa jua keputusan mana-mana institusi sekalipun tidak akan mampu meredakan perasaan marah masyarakat terhadap SPRM dan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata beliau. Salahuddin juga tidak menolak bahawa sebahagian besar rakyat semakin tidak sabar menanti tarikh pilihan raya untuk membalas dendam dan menghukum BN berikutan keputusan-keputusan berkaitan tragedi terbunuhnya Ahmad Sarbaini dan Teoh di premis SPRM itu. "Sebelum ini, rakyat marah apabila media-media yang dilihat pro Umno dan BN memberi gambaran bahawa Ahmad Sarbaini membunuh diri. "Terbaru, ada pula blog pro Umno dan BN yang dilihat mengaitkan tragedi terbunuhnya Ahmad Sarbaini di premis SPM itu dengan video seks. "Rakyat yang marah berikutan tuduhan-tuduhan dan keputusan-keputusan berkaitan kedua-dua kes itu pastinya tidak sabar-sabar lagi menanti pilihan raya untuk menghukum Umno dan BN habis-habisan," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Salahuddin juga bersetuju dengan peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh yang menegaskan SPRM seharusnya dipertanggungjawabkan kerana tragedi terbunuhnya Penolong Pengarah Kastam Selangor itu berlaku di premis SPRM. "Sama seperti terbunuhnya Teoh Beng Hock, bukan sahaja Ahmad Sarbaini terbunuh di premis SPRM malah beliau terbunuh ketika dalam siasatan SPRM," kata Salahuddin sambil menyarankan keluarga dan sahabat Ahmad Sarbaini terus mengadakan solat hajat memohon Allah membuat penentuan yang muktamad. Ketika mengulas keputusan mahkamah koroner itu, Awtar juga berkata adalah sukar untuk dipercayai Ahmad Sarbaini memanjat pintu untuk melarikan diri. "Apa perlunya dia buat begitu? Dia datang dengan kerelaannya sendiri. Lebih dari itu, tidak ada kesan cap jari yang boleh dikesan berdekatan tingkap berkenaan dan mereka tidak mengambil pakaian ketua SPRM Kuala Lumpur, Ahmad Fauzi (Husin), untuk melakuan ujian DNA," kata Awtar yang juga memberitahu pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memohon semakan kehakiman. Dalam penghakimannya kepada mahkamah yang penuh sesak, koroner Aizatul Akmal Maharani berkata, teori bahawa SPRM terlibat dengan kematian Ahmad Sarbaini tidak boleh diterima. Sehubungan itu, beliau menolak bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian. "Tidak ada tanda-tanda pergelutan pada kejadian itu dan mahkamah juga menolak bahawa dia membunuh diri." Menurut koroner, beliau percaya Ahmad Sarbaini terjatuh dari bangunan itu dan dalam keadaan sedar semasa jatuh. "Mahkamah juga mendapati dia mati serta-merta dalam kejatuhan itu dengan kakinya terjatuh dahulu sehingga mencederakan kedua-dua belah kakinya dan juga mengalami kecederaan teruk di kepala," katanya. Sebelum terbunuh, Ahmad Sarbaini dilaporkan pergi ke pejabat SPRM secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. Kawan-kawan dan ahli-ahli keluarga mendakwa terdapat unsur jenayah dalam kematiannya. Mereka berkata, Ahmad Sarbaini adalah seorang pegawai yang bersih dan telah merancang untuk menunaikan fardu haji tahun ini bersama isteri dan ibu bapanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5619-kes-ahmad-sarbaini-gagal-hapus-kemarahan-rakyat
Keluarga Sarbaini tetap mahu Suruhanjaya Diraja |
Harakahdaily |
PETALING JAYA, 15 Okt: Keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed sekali lagi menggesa agar Suruhanjaya Diraja diadakan untuk menyiasat kematian bekas pegawai Kastam Diraja Malaysia itu di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) April lalu. N. Surendran - Naib Presiden PKR Naib Presiden PKR, N Surendran berkata keluarga Allahyarham Sarbaini sehingga kini tidak boleh menerima keputusan koroner, lapor The Malaysian Insider. Surendran berkata keluarga Sarbaini tidak dapat menerima keputusan memandangkan koroner didakwa telah mengetepikan keterangan pakar bahawa rakaman CCTV yang diambil ketika kunjungan ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan telah dipadamkan dengan sengaja. “Ini sesuatu yang sangat luar biasa. Koroner mengatakan bahawa ia kesilapan manusia dan tidak memberi perhatian yang sebenar ke atas isu ini,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR. Turut hadir ibu Sarbaini dan adik-beradiknya. “Tetapi apa yang penting ialah ada keterangan pakar polis dari makmal forensik polis di Cheras... yang dengan jelas mengatakan bahawa (rakaman) CCTV telah diusik oleh seseorang yang mahir,” katanya lagi. Surendran berkata sukar untuk diterima apabila koroner menerima keterangan bahawa wujud elemen kesilapan manusia, yang disampaikan oleh pengarah SPRM Wilayah Persekutuan tetapi menolak pandangan pakar forensik yang layak. “Siapa yang mengusik dan mengapa koroner tidak memberi tumpuan ke atas butiran ini? Mengapa beliau mengetepikannya? Sehingga kini, tiada penjelasan mengapa atau bagaimana rakaman CCTV diambil ketika Sarbaini mati dipadamkan,” kata beliau. Dalam keputusannya akhir bulan lalu, Mahkamah Koroner memutuskan bahawa kematian Sarbaini tiada unsur bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga. Koroner Aizatul Akmal Maharani dalam penghakimannya berkata, pihaknya bersetuju dengan pandangan pakar terutama mengenai kecederaan yang dialami Sarbaini. Kecederaan itu lebih membuktikan Sarbaini terjatuh dari tingkat tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan tanpa disengajakan dan kematian disebabkan nahas, kata koroner. Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lalu. Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5993-keluarga-sarbaini-tetap-mahu-suruhanjaya-diraja
No comments:
Post a Comment