Orang Asli lapor SPRM disogok ‘tutup mulut’ |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 7 Julai: Seorang penduduk Orang Asli dari Kampung Paya Mengkuang dekat sini, hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana mendakwa disogok oleh penceroboh tanah miliknya supaya ‘menutup mulut’. Juri a/l Husin, 29, membuat laporan tersebut berikutan rasa tersinggung seolah-olah beliau tidak ada maruah dan boleh dijual beli sedangkan pencerobohan oleh individu berkenaan melibatkan tanah adat mereka yang sepatutnya dipertahankan. Dalam laporannya, Juri berkata awal minggu lalu beliau telah mendapati tanah adat dan tanah pusaka miliknya diceroboh oleh seorang pemimpin Umno tempatan dengan cara menggunakan jentolak sehingga memusnahkan pokok getah dan kubur nenek moyangnya di atas tanah tersebut. “Pada Ahad lalu saya dan rakan-rakan sekampung telah pergi ke tanah tersebut bersama-sama dengan peguam dan wartawan menunjukkan kesan pencerobohan itu. “Tetapi petang kelmarin, ketika balik ke rumah emak saya memberitahu ada dua orang lelaki datang. Seorang dikenali dengan Din Kerbau dan seorang lagi anggota polis, telah memberi amaran supaya saya tidak menghebahkan hal tanah adat yang diceroboh itu jika tidak mahu ditahan polis sedangkan saya ada anak,” katanya ketika ditemui di luar pejabat SPRM Cawangan Temerloh, di sini. Tambahnya, Din selepas itu memberikan wang RM1,000 melalui emaknya supaya beliau menutup mulut dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pencerobohan tanah adat Orang Asli. “Saya tidak puas hati kerana merasakan wang tersebut adalah sogokan dan sebelum itu ada ugutan supaya saya berdiam diri daripada mempertahankan tanah saya sendiri. Bagi saya ini satu penghinaan seolah-olah kami tidak ada maruah dan boleh dibeli dengan harga murah,” ujarnya. Menurut Juri, di kampung Paya Mengkuang terdapat 643 orang penduduk dengan 153 keluarga Orang Asli dari suku Jahut. Katanya, nenek moyang mereka telah tinggal di sini sejak sebelum bah besar tahun 1926 lagi. Seorang aktivis Orang Asli Roman a/l Achai yang turut hadir memberi sokongan kepada Juri, menyalahkan kerajaan negeri kerana enggan menggazetkan rizab Orang Asli sehingga banyak tanah adat mereka sudah terlepas ke tangan orang lain. Kata Roman, untuk tanah yang didakwa kawasan rayau Orang Asli di Paya Mengkuang sudah enam tahun diceroboh sehingga keluasan asal 1,870 ekar kini sudah kurang daripada 1,000 ekar yang tinggal. Difahamkan tanah tersebut diserahkan kepada 40 orang peserta, dari Desa Murni Sanggang untuk Tanam Semula Kelompok (TSK) tetapi tidak ada seorang pun daripada kalangan Orang Asli di situ. “Kami pernah hantar memorandum kepada kerajaan dalam hal rizab Orang Asli tetapi tidak ada susulan walaupun kerajaan janji nak selesaikan. Kami dah pernah bincang dengan wakil rakyat sini dan menteri tetapi dengan Menteri Besar belum lagi. “Dulu Orang Asli berpindah randah, sebab itu adat resam mereka. Sekarang dah tinggal setempat. Jika jalan, hutan, sungai tanah Melayu semuanya ada rizab jadi kami Orang Asli mahukan tanah rizab kami juga. Kami hanya mahu pertahan hak kami bukannya kami minta hak orang lain. “Tanah adalah nyawa kami, tanpa tanah kami tak boleh hidup. Semua Orang Asli di sini hidup dengan tanaman yang ada, tidak ada sumber lain. Jika sumber ini dah hilang ke mana lagi Orang Asli nak pergi?” soalnya. Tambah Roman, kini Orang Asli sudah sedar hak mereka. Jika isu lapuk Orang Asli sudah setengah abad masih tidak boleh diselesaikan, nampaknya terpaksa selesai dengan menukar kerajaan. |
Isu pemberimilikan tanah Orang Asli selesai dibincang
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) selesai membincangkan dengan semua kerajaan negeri berhubung dasar pemberimilikan tanah untuk Orang Asli.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Sani Mistam, berkata semua kerajaan negeri dibawa berbincang dan sebahagiannya bersetuju dengan apa yang dituntut oleh masyarakat Orang Asli.
"Selepas ini, kita akan membawa perkara ini balik kepada jemaah menteri dan seterusnya kepada Majlis Tanah Negara (MTN) untuk dimuktamadkan.
"Antara perkara yang dituntut mereka ialah dari segi keluasan tanah dan tempoh, sama ada pajakan 99 tahun atau pun hak milik kekal," katanya selepas merasmikan Bengkel Pemantapan Pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka di Seremban.
Mohd Sani berkata, dalam hubungan ini, ada negeri yang bersetuju dengan pegangan bebas dan ada negeri bersetuju secara pajakan 99 tahun tetapi secara automatik ia diperbaharui.
"Selepas raya ini kita akan kemukakan kertas rumusan perbincangan dengan kerajaan negeri dan pihak kementerian (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), selepas itu tindakan susulan akan diambil untuk membawa (dibentangkan) pula kepada jemaah menteri dan seterusnya MTN.
"Antara negeri yang terbabit ialah Johor, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Kelantan dan Terengganu, kecuali Pulau Pinang dan Perlis yang tiada Orang Asli," katanya.
Beliau berkata, pada dasarnya semua negeri bersetuju untuk memberi hak milik tanah kepada ketua isi rumah Orang Asli tetapi pihaknya akan melihat kesediaan negeri berkenaan.
"Contoh di Kelantan, negeri itu lebih kepada hendak mewartakan dulu tanah yang didiami Orang Asli, manakala negeri lain mungkin mereka hendakkan hak milik," katanya.
Beliau berkata, jika perkara ini dipersetujui, sebuah keluarga Orang Asli akan mendapat sebidang tanah untuk tapak rumah dan juga ladang yang akan menjadi hak milik tetap mereka.
- Bernama / MK : 16//08/2011

http://www.malaysiakini.com/news/173121
You tube (Orang Asli: Don't treat us like animals ) : http://www.youtube.com/watch?v=lBe8x8jE6mg&NR=1
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5776-bn-terus-tindas-orang-asal
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6027-keturunan-orang-asli-dinafi-dalam-ic-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6320-kelantan-rizab-penempatan-orang-asli

BN terus tindas Orang Asal |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kerajaan BN ternyata terus menindas Orang Asal apabila masih belum meminda sebarang undang-undang untuk menjaga tanah mereka, walaupun telah 54 tahun memegang tampuk pemerintahan di negara ini. Disebabkan perkara itu, tanah-tanah Orang Asli boleh diceroboh dengan mudah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, memandangkan Orang Asli sendiri tidak mempunyai sebarang hak di sisi undang-undang untuk mempertahankan hak mereka. Pesuruhjaya Suhakam, Jannie Lasimbang menegaskan, keadaan itu berbeza berbanding Orang Asal atau Orang Asli di Sabah dan Sarawak kerana mereka mempunyai undang-undang khusus untuk menjaga tanah mereka di bawah undang-undang Tanah Adat. Menurut beliau, ketiadaan undang-undang khusus bagi menjaga tanah Orang Asli di Semenanjung tidak sepatutnya berlaku kerana mereka juga sepatutnya mempunyai undang-undang tersendiri berhubung perkara itu seperti juga kaum-kaum lain di negara ini. Kata, jika Orang Asli di Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang berhubung dengan tanah, memang pelik jika di Semenanjung Malaysia sebaliknya pula. "Orang Asal atau Orang Asli di Semenanjung sememangnya telah lama sedar mengenai perkara itu dan mereka sering menyuarakan rasa tidak puas hati mereka mengenainya kepada pihak Suhakam. "Suhakam juga sedar perkara ini. Oleh itu, Suhakam telah pun memberikan cadangan kepada pihak kerajaan supaya menggubal undang-undang khusus mengenai tanah Orang Asli bagi menjaga kebajikan mereka," katanya pada sidang media di pejabat Suhakam, di sini, hari ini. Ketiadaan undang-undang khusus terhadap tanah Orang Asli di Semenanjung, menurut beliau, menyebabkan tanah-tanah mereka semakin hari semakin banyak diceroboh oleh pelbagai pihak termasuk untuk pembangunan, pembinaan industri dan sebagainya. Katanya, walaupun mereka berusaha menghalangnya, tetapi mereka gagal bertindak lebih jauh untuk mempertahankan hak mereka disebabkan tidak dapat dirujuk dengan sebarang undang-undang untuk mereka mempertahankan hak mereka. "Bayangkanlah betapa rumitnya hidup mereka. Disebabkan perkara itu, tak mustahillah jika mereka sering merungut mengenai perkara itu. "Jika Orang Asal di Sabah dan Sarawak yang ada undang-undang pun turut mengalami kepayahan kerana tanah-tanah mereka sering diceroboh, apatah lagi Orang Asli di Semenanjung yang tidak diberikan kebajikan dari sudut undang-undang mengenai perkara ini," katanya. Sementara itu, Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasny Agam pada sidang media itu turut menjelaskan, ketiadaan undang-undang bagi tanah Orang Asli menyebabkan pelbagai kebajikan lain terhadap kaum itu terus terabai. "Dengan itu, tidak hairanlah jika Orang Asli di negara ini termasuk dari Semenanjung masih jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum lain termasuk dari segi pelajaran dan ekonomi," tegasnya. Perkara itu, jelas beliau, tidak boleh dibiarkan oleh pihak kerajaan kerana Orang Asli seperti juga kaum-kaum lain tetap mempunyai hak asasi mereka sendiri yang perlu dijaga. "Selain memberikan hak asasi kepada mereka, setiap pihak perlu juga menghormati hak mereka itu kerana setiap pihak mempunyai hak asasi mereka sendiri yang perlu difahami oleh setiap pihak," tegas beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5776-bn-terus-tindas-orang-asal
Keturunan Orang Asli dinafi dalam IC |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Kerajaan BN ternyata bertindak amat keterlaluan apabila terus mengenepikan faktor keturunan di dalam MyKad Orang Asli di Semenanjung Malaysia sejak dulu hingga kini. Realiti itu terserlah apabila di dalam MyKad setiap Orang Asli di Semenanjung, khususnya bagi data keturunan, hanyalah dicatatkan huruf "DLL" yang bermaksud "Dan Lain-Lain". Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, perkara itu nyata berbeza berbanding pemilik-pemilik IC kaum-kaum lain di negara ini yang dicatatkan dengan jelas di dalam setiap MyKad masing-masing. Menurut beliau, malah perkara itu juga turut berbeza berbanding pemilik-pemilik IC keturunan Orang Asli di Sabah dan Sarawak yang turut dicatatkan dengan jelas keturunan masing-masing di dalam setiap MyKad kaum-kaum terbabit. Katanya, tindakan mengenepikan faktor keturunan di dalam IC Orang Asli di Semenanjung jelas bertentangan dengan asas hak asasi manusia dan hak asasi sesuatu kaum yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak kerajaan. "Selain itu, ia juga merupakan satu ketidakadilan terhadap keturunan itu, sehingga menyebkan Orang Asli sendiri hairan dan tertanya-tanya kenapa mereka diperlakukan seperti itu," katanya pada satu perjumpaan dengan Harakahdaily dan beberapa media di pejabatnya, di sini. Ketiadaan data keturunan yang jelas di dalam MyKad, menurut beliau, boleh menyebabkan pihak lain tidak mengenali dengan nyata keturunan pemilik IC terbabit. Katanya, malah lebih jauh dari itu, di kalangan Orang Asli itu sendiri turut mengalami kepayahan untuk mengenali sama ada seseorang itu dari keturunan mereka atau sebaliknya jika tidak diakui secara jujur oleh individu terbabit. "Orang Asli seperti juga keturunan-keturunan lain di negara ini, malah di dunia ini, sememangnya ingin mempertahankan keturunan mereka sendiri bagi mengekalkan kesinambungan kaumnya," katanya. Hakikat tersebut, jelasnya, tidak dapat dinafikan oleh sebarang pihak dan ia sewajarnya diterima sebagai hak asasi mereka yang perlu dihormati oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak lain. "Tetapi dengan hanya dicatatkan "DLL" pada MyKad mereka akan menyebabkan keturunan Orang Asli khususnya di Semenanjung Malaysia akan kehilangan identiti mereka sendiri suatu masa nanti. "Hakikat itu tentunya tidak boleh diterima oleh mereka. Itulah sebabnya mereka sering mengadu kepada pihak Suhakam mengenai perkara itu untuk diberikan perhatian oleh pihak kerajaan," tegasnya. Di pihak Suhakam, tegas beliau, perkara itu sememangnya telah dipanjangkan kepada pihak-pihak terbabit untuk diambil tindakan yang sewajarnya sejak beberapa tahun lalu. "Saya berharap agar perkara itu diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan demi survival kaum Orang Asli itu sendiri dan keadilan. "Jika terhadap kaum-kaum lain di negara ini pihak kerajaan boleh bersikap adil dalam hal ini, kenapa pula terhadap kaum Orang Asli di sebaliknya," katanya. Sedangkan keturunan Orang Asli atau turut dikenali sebagai Orang Asal itu banyak, katanya, antaranya termasuk Senoi dan sebagainya. "Jadi setiap keturunan mereka itu sama ada Senoi dan suku-suku Orang Asli lain sepatutnya dinyatakan dengan jelas di dalam IC mereka bagi membolehkan keturunan mereka juga terjaga dengan baik seperti kaum-kaum lain di negara ini. "Kini telah sampai masanya untuk pihak kerajaan mengambil langkah bijak dan adil dalam hal ini setelah sekian lama perkara itu terabai," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6027-keturunan-orang-asli-dinafi-dalam-ic-
Kelantan rizab penempatan Orang Asli |
Rizal Tahir |
LOJING, 2 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan muncul sebagai negeri pertama di negara ini yang merizabkan tanah sebagai rizab penempatan Orang Asli di Pos Jedip dengan keluasan 606.6 ekar, dekat sini. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, keputusan itu dilakukan sebagai memenuhi tanggungjawab kebajikan kerajaan negeri terhadap golongan terbabit yang dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perletakan batu asas Pusat Pertanian Belia Orang Asli dan Majlis Pengisytiharan Pos Jedip sebagai rizab penempatan Orang Asli, semalam. Menurut Ahmad lagi, pemilihan kawasan ini kerana kedudukannya yang begitu strategi yang terletak hanya 30 kilometer sahaja dari Bandar Gua Musang dengan Kuala Betis. “Perizaban ini dibuat secara terancang bagi mengawal dan memelihara perkampungan Orang Asli yang berada di kawasan tanah tinggi dengan mempraktikkan kaedah-kaedah perancangan dan pembangunan. ehubungan itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah membaca watikah peristiharan dan menyerahkan watikah tersebut kepada timbalan pengarah Jabatan Orang Kemajuan Orang Asli Kelantan dan Terengganu, Abdul Razak Arshad. Sementara itu dalam ucapaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, tanah seluas 157 ekar akan dibangunakan sebagai pusat latihan pertanian masyarakat Orang Asli. Sempena program ini juga Tuan Guru turut meletakkan batu asas di atas tapak projek pembinaan Pusat Latihan Belia Orang Asli. Selain itu, Tuan Guru turut menyampaikan cek Tabung Tindakan Kebajikan Peserta Ladang Rakyat Orang Asli Dun Galas dan Dun Nenggiri, penyampaian cek manfaat Takaful Hayat Berkelompok peserta Ladang Rakyat Orang Asli. Pembahagian dividen saham peserta program Ladang Rakyat turut juga disampaikan di dalam program berkenaan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6320-kelantan-rizab-penempatan-orang-asli
Dakwa dihina MB: Orang Asli 68 kampung berdemo
Kira-kira 100 Orang Asli daripada 68 perkampungan sekitar Negeri Sembilan berhimpun di bangunan setiausaha kerajaan negeri di Seremban bagi menuntut menteri besar memohon maaf kerana menyamakan kampung mereka dengan "setinggan".
Menamakan diri mereka Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKKOANS), kumpulan itu mendakwa kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan pada 21 September lalu sebagai "menghina" dan "tidak sensitif".
"Mohamad Hasan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana ia amat mengguris hati kami dan juga mendedahkan lagi kehidupan kami dan anak-anak kami kepada rasa tidak hormat masyarakat luar kepada kami," kata penyelaras JKKOANS Langkap Kessu.
Mohamad dilaporkan berkata, perkampungan Orang Asli sebelum ini dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan negeri dan secara tidak langsung bermakna "kampung setinggan" dan mereka tidak mempunyai hak ke atasnya.
Justeru, katanya, kerajaan negeri membuat kajian bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan mengenal pasti semua kampung Orang Asli untuk diberi hak milik tanah kepada pemilik rumah.
Langkap menyangkal kenyataan itu atas alasan nenek moyang mereka berkurun lama menduduki wilayah tanah adat itu, malah perkampungan mereka lebih awal daripada rizab hutan simpan.
Teriak, sorak 3 jam
Tambahnya, kenyataan Mohamad juga bercanggah dengan kebebasan asas yang termaktub dalam Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 13 (hak kepada harta benda) Perlembagaan Persekutuan.
"Oleh yang demikian bukan Orang Asli yang menceroboh rizab hutan simpan tetapi pihak-pihak yang berkenaan yang mencerobohi wilayah tanah adat kami," kata Langkap.
"Kami mengakui bahawa kami miskin dari segi wang ringgit namun demikian bukan bererti kerajaan negeri atau kerajaan pusat harus membuat sesuatu atas nama untuk membangunkan kami tanpa menghormati apakah pandangan dan keputusan kami dalam perkara itu."
Sebelum itu, Orang Asli yang menunggu Mohd Hasan menghadiri mesyuarat Exco lebih tiga jam berteriak, bersorak dan membawa banyak kain rentang.
Beberapa slogan - seperti "Jangan ganggu kami", Jangan menghina asal usul nenek moyang kami dengan perkataan setinggan" dan "Di mana nenek moyang kami dikuburkan, di situ wilayah tanah adat kami" - kelihatan dipamerkan.
Sementara itu, ketika menerima memorandum tersebut Mohd Hasan berkata kepada Langkap bahawa beliau akan membaca kandungannya terlebih dahulu.

Sumber MK : 17/11/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6576-orang-asli-bantah-tanah-adat-diceroboh
Orang Asli bantah tanah adat diceroboh |
Khairil Abdul Rahim |
MARAN, 18 Nov: Kira-kira 50 penduduk dari kampung Orang Asli Paya Besar, Chenor dekat sini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Maran semalam kerana mendakwa berlaku pencerobohan terhadap Wilayah Tanah Adat mereka oleh kontraktor pembalakan. Jurucakap penduduk, Kamar Hamzah, 42, berkata mereka menyedari pencerobohan itu sudah berlaku selama lebih daripada sebulan di mana pihak pembalak yang dipercayai didalangi pemimpin politik tempatan, telah menebang pokok dan menyodok tanah di kawasan wilayah adat mereka. Beliau yang turut membuat laporan polis, berkata kegiatan menceroboh Wilayah Tanah Adat Orang Asli itu telah menyebabkan 79 keluarga yang mendiami kampung berkenaan mengalami kerugian dan dinafikan hak. “Kawasan tersebut kami telah mohon hak milik melalui Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) pada tahun 2003, bertujuan untuk tanaman komersial seluas 100 hektar. Namun sehingga kini tiada jawapan. Pelan topo juga masih ada dalam simpanan kami. “Walaupun masih belum mendapat sebarang kelulusan tetapi kawasan itu adalah tanah adat kami sejak turun temurun yang diterokai nenek moyang kami sejak dulu lagi. “Sebab itu kami membantah pencerobohan ini bagi mempertahankan tanah adat yang menjadi wilayah kami agar dapat dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Laporan polis dibuat hari ini bagi memohon dibuat siasatan dan dihentikan segera pencerobohan ke atas wilayah tanah adat kami,” katanya di luar balai polis. Menurut Kamar, penceroboh berkenaan bukan saja menebang balak sesuka hati tetapi lebih mencurigakan mereka meletakkan batu pancang beralih-alih tempat di kawasan yang didakwa wilayah adat itu sehingga menimbulkan keresahan kepada penduduk. “Nampaknya penceroboh bukan saja mengeluarkan kayu balak tetapi juga mahu merampas tanah wilayah kami berdasarkan batu pancang yang beralih-alih kedudukan itu diletakkan secara tiba-tiba termasuk dalam kawasan kebun getah yang sedang diusahakan penduduk. “Apa yang dikesalkan, mereka menceroboh sesuka hati termasuk memusnahkan kawasan yang kami anggap ‘tempat suci’ selama ini di mana di situlah tempat orang-orang tua kami ‘meminta’ sesuatu apabila berlaku sakit pening. “Inilah yang menyebabkan orang-orang di kalangan kami sangat marah,” katanya. Kamar turut meminta supaya pejabat tanah mewartakan segera kawasan wilayah tersebut sebagai tanah adat hak milik Orang Asli bagi mengelakkan pencerobohan juga sebagai memenuhi janji pemimpin politik setiap kali pilihan raya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6576-orang-asli-bantah-tanah-adat-diceroboh
Majlis Peguam lancar tabung untuk kes Orang Asli
Majlis Peguam hari ini melancarkan tabung khas untuk menanggung kos mahkamah bagi kes melibatkan Orang Asli.
Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tabung berkenaan bertujuan menanggung kos untuk memfailkan kes dan juga kos perundangan lain.
Ambiga berkata, peguam yang menangani kes berkenaan bagaimanapun tidak akan mengenakan yuran guaman, katanya lagi yang turut merasmikan Jawatankuasa Hak Orang Asli Majlis Peguam hari ini.
Halangan besar untuk Orang Asli mengemukakan kes mereka ke mahkamah, terutama berhubung hak ke atas tanah mereka adalah kos mahkamah.
Antara lainnya adalah kes melibatkan penempatan sekumpulan masyarakat Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh Ogos lalu.
Ketua kampung kumpulan masyarakat Semai itu, Kadir Ahsan ketika membentangkan kesnya dalam seminar selepas itu berkata kerajaan telah memujuk mereka untuk berpindah.
"Kerajaan suruh kita pindah banyak kali, tapi kita memang tak mahu pindah. Walau berisiko pun kita akan duduk di situ juga," katanya.
Jelasnya, mereka enggan berpindah dari kawasan yang didiami itu kerana bimbang tanah berkenaan akan diambil oleh pemaju.
Beliau memberi alasan, lereng bukit yang didiami itu bernilai tinggi kerana kedudukannya yang mengadap satu kawasan padang golf.
"Sebab itulah kita perlukan bantuan peguam," katanya lagi yang mahu hak anggota masyarakatnya ke atas kawasan berkenaan dikekalkan.
Sumber MK : 19/11/2011

Orang Asli buat sekatan halang tanah dirampas
Kira-kira 300 Orang Asli daripada masyarakat Temiar memasang dua sekatan hari ini - yang pertama seumpamanya di Semenanjung - untuk menghentikan aktiviti pembalakan di atas tanah mereka di kawasan Gua Musang, Kelantan.
Sekatan tersebut yang dibuat dengan kayu dan buluh, telah dipasang di jalan-jalan utama ke Kampung Parit dan Kampung Lambok pada jam 7 pagi tadi.
Pembalak, penceroboh dan kakitangan yang berkaitan dengan projek pembangunan Ladang Rakyat, dihalang memasuki kampung Orang Asli di kawasan tersebut.
Menurut wakil Rangkaian Orang Asli Kelantan, Azmi Badul, 31 kampung Orang Asli telah mengambil bahagian dalam memasang sekatan-sekatan tersebut.
"Sekatan-sekatan itu akan diteruskan sehinggalah kerajaan negeri membuat keputusan yang memuaskan terhadap tuntutan kami," kata Azmi ketika dihubungi hari ini.
Sekatan-sekatan tersebut hanya menarik beberapa anggota polis yang datang untuk memantau keadaan, tetapi tidak mengganggu.
Projek Ladang Rakyat, yang dimulakan oleh kerajaan PAS Kelantan, menimbulkan kemarahan Orang Asli dari kawasan Gua Musang, yang mendakwa tanah nenek moyang mereka dirampas oleh kerajaan negeri dan diserahkan kepada syarikat pembalakan.
[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan kira-kira 200 penduduk Orang Asli yang berang dengan pencerobohan tanah adat serta jalan rosak, bertindak menghalang laluan utama daripada dilalui kenderaan berat di dua lokasi berasingan.
Sebahagian mereka mengadakan bantahan di jalan Kuala Betis ke Pos Balar iaitu di Kampung Lambok, manakala yang lain di jalan Kuala Betis Pos Tohoi di Kampung Parit sejak awal pagi ini.
Tindakan itu diambil kerana mereka marah dengan sikap pembalak yang menggunakan jalan tersebut hingga menyebabkan kerosakan teruk tanpa mengambil langkah memperbaikinya walaupun ia merupakan laluan penduduk untuk keluar ke bandar ini.
Bantahan itu menyebabkan berpuluh lori balak yang ingin menggunakan jalan tersebut seawal 5 pagi, terpaksa berpatah balik kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.
Wakil penduduk, Azmi Badul, 47, berkata tindakan itu juga susulan daripada beberapa bantahan sebelum ini bagi menuntut kerajaan negeri mewartakan tanah adat Orang Asli.
Beliau berkata kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan perkara itu memaksa penduduk membantah kehadiran lori balak di jalan berkenaan.
"Aktiviti pembalakan itulah yang menyebabkan tanah penduduk habis diceroboh dan selepas itu, dimajukan sebagai ladang dan jalan kampung rosak tanpa menghiraukan desakan kami selama ini.
"Apakah kami ini bukan rakyat Malaysia apabila dizalimi begitu sekali tanpa ada pertimbangan untuk mewartakan tanah adat peninggalan nenek moyang kami sejak dahulu lagi," katanya.
Azmi berkata pihaknya dua kali berjumpa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membincangkan masalah itu namun tidak dilayan.
Seorang penduduk, Manggis Alang, 27, berkata penduduk tidak tahan lagi dengan karenah kerajaan negeri yang terus mengambil tanah adat untuk dimajukan sebagai ladang kelapa sawit.
Beliau berkata perkara itu tidak lagi dipandang ringan, dan penduduk akan terus bertindak menutup jalan di kampung mereka agar kegiatan pembalakan dihentikan segera dan rayuan mereka didengar.
"Encik tengoklah sendiri kawasan hutan berhampiran kampung kami ini habis ditebas untuk dibuka ladang, selepas mengambil balak lalu pula di depan rumah kami hingga keadaan jalan rosak teruk," katanya
Sumber MK : 4/01/2012

Pihak luar pengaruhi Orang Asli di pedalaman Kelantan
Aslani M, | 30 Jan 2012 |
GUA MUSANG, 30 Jan: Usaha-usaha pihak tertentu dari luar Kelantan yang cuba mempengaruhi penduduk Orang Asli di sini bagi memburukkan imej kerajaan negeri, tidak disenangi penduduk tempatan.
Malah, Ajom A/L Alang, 59, dari Kampung Mangsok, Kuala Betis membuat laporan polis terhadap sekumpulan Orang Asli yang mengadakan demontrasi dan sekatan jalan di Kuala Betis baru-baru ini.
Laporan itu dibuat pada 17 Januari lalu dengan mendakwa penduduk tempatan tidak bersetuju sekumpulan Orang Asli menghalang laluan menghubungkan Kampung Lambok-Pos Bala dan jalan Kampung Parit-Pos Tohoi.
Dalam laporan terbabit Ajom menjelaskan Jaringan Orang Asal Semenanjung (JOAS) dipercayai dipengaruhi pihak dari luar Kelantan berdemontrasi menghalang laluan tersebut.
“Saya tidak berpuas hati terhadap JOAS mengadakan demontrasi dan membuat sekatan jalan di kampung kami. Kami tidak terbabit dengan demontrasi dianjurkan mereka,” katanya dalam laporan tersebut.
Sebuah akhbar Ahad lalu melaporkan polis menahan 13 penduduk Orang Asli kerana berhimpun secara haram dan menahan kenderaan yang melalui jalan Kuala Betis–Pos Tohoi di Kampung Parik.
Perhimpunan itu difaham diadakan sebenarnya bertujuan membantah isu berkaitan tanah adat Orang Asli yang didakwa diceroboh aktiviti pembalakan dan pembangunan ladang.
Bagaimanapun di Kota Bharu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan tidak ada kategori tanah adat di Kelantan kecuali tanah hutan simpan, tanah kerajaan dan tanak milik.
“Adalah tidak betul dakwaan ada tanah adat di Kelantan. Lagi pun pembalakan berlaku di kawasan hutan simpan yang sudah diluluskan untuk diusaha hasil.
“Manakala pembangunan Ladang Rakyat pula dibuat jauh dari kawasan penempatan Orang Asli. Ladang itu sudah mengeluarkan hasil setelah diusahakan sejak empat tahun lalu,” katanya di sini.
Menurutnya juga beliau difahamkan JOAS yang berpangkalan di luar Kelantan didalangi NGO bukan kalangan Orang Asli menghasut sekumpulan Orang Asli berhubung isu tanah adat.
Kata Timbalan Menteri Besar kerajaan negeri sudah merezabkan kawasan seluas 606 ekar di Pos Jedip dan 98 penduduk Orang Asli di Pos Sigar mendapat hak milik tanah.
“Usaha-usaha sedang dilakukan bagi merezabkan lebih banyak lagi kawasan Orang Asli,” katanya.
(Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 30/01/2012

Hak kumpulan terpinggir mesti dilindungi
Harakahdaily, | 31 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 31 Jan: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpandangan tegas bahawa agensi-agensi penguatkuasa tidak sepatutnya menyalahgunakan kuasa dan, antara lain, harus menghormati hak kumpulan yang terpinggir terutamanya masyarakat Orang Asli dan Pribumi.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam (gambar) berkata, rujukan itu dibuat berhubung dengan kejadian penahanan dan penangkapan 13 Orang Asli di Gua Musang, Kelantan oleh pihak polis pada 28 Januari lepas.
“Jelas bahawa suku kaum Temiar telah mengadakan bantahan secara aman terhadap aktiviti-aktiviti syarikat pembalakan yang telah menceroboh ke atas tanah mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, malangnya lagi pihak polis telah didakwa menggunakan kekerasan dalam rombakan sekatan oleh masyarakat Orang Asli dan dalam proses tersebut telah menunjukkan sikap kurang sensitif, kurang mengambil berat dan kurang pemahaman tentang nasib rakyat yang terpinggir.
“Adalah juga difahamkan bahawa aktiviti pembalakan masih lagi diteruskan walaupun selepas jaminan diberikan oleh pihak berkuasa negeri untuk menyelesaikan ketidakpuasan suku kaum Temiar ini menjelang pertengahan bulan Januari, dengan itu telah mencetuskan bantahan suku kaum Temiar
Pihak polis dilaporkan telah merombak penghalang dan membakar struktur bersebelahan yang dibina oleh suku Temiar yang telah hanya menyatakan pendirian mereka dalam perjuangan untuk menuntut kembali hak mereka kepada tanah adat,” katanya lagi.
Beliau menambah, ahli keluarga dan rakan-rakan dilaporkan telah dihalang untuk mengiringi mereka ke pusat tahanan dan mereka juga telah dinafikan perwakilan peguam sebelum dibebaskan beberapa jam kemudian.
Justeru, ujarnya Suhakam menggesa kerajaan negeri untuk bertindak segera dalam menyelesaikan nasib masyarakat Orang Asli di Kelantan dan melindungi hak mereka kepada tanah nenek moyang dan hak kepada kehidupan.
Tambahnya, adalah juga digesa agar semua kerajaan negeri menghormati keputusan mahkamah yang telah memberi hak tanah kepada Orang Asli dan agar dapat mengadakan lebih banyak rundingan terbuka bersama masyarakat ini.
“Suruhanjaya kini sedang menjalankan Inkuiri Nasioinal buat pertama kalinya mengenai hak tanah masyarakat Orang Asli/Orang Asal yang bermatlamat untuk merangka syor-syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengkaji semula perundangan domestik tanah dan dasar-dasar yang menerapkan pendekatan hak asasi dan untuk merangka strategi dan pelan tindakan dengan tujuan untuk melindungi dan mempromosi hak Orang Asli/Asal kepada tanah,” ujarnya.
Sumber HD : 31/01/2012
dimusnah
Sumber HD : 13/02/2012

Khairil Abdul Rahim, | 09 Feb 2012 |
TEMERLOH, 9 Feb: Penduduk daripada tujuh perkampungan Orang Asli di Bera, semalam tampil membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di sini bagi meminta siasatan kejadian memusnahkan saluran paip air akibat perbalahan antara kontraktor dan subkontraktor projek berkenaan.
Mereka mendakwa, akibat kemusnahan tersebut menyebabkan penduduk yang terdiri daripada 240 keluarga Orang Asli Semelai di kampung-kampung Kuala Serting, Lubok Perah, Lengot, Patir, Lubok Tambangan, Pasal dan Bukit Ngeri terputus bekalan air bersih yang diperolehi mereka sebelum ini.
Jurucakap kumpulan tersebut Bob Manolan berkata, kejadian merosakkan paip air oleh subkontraktor yang tidak berpuas hati kerana mendakwa tidak menerima bayaran daripada kontraktor utama itu, berlaku antara 6 hingga 12 Januari lepas.
“Pada hari tersebut subkontraktor telah menggunakan jentolak membongkar saluran paip yang telah ditanam lalu dipecah dan dimusnahkan.
“Bayangkan, bertahun-tahun kerja memasukkan bekalan air tapi bila dah siap dimusnahkan pula. Kesian orang kampung, menunggu bekalan air bersih berpuluh tahun bila dah dapat cuma bertahan empat hari sahaja,” katanya.
Tambah Bob, projek membina pam air dan saluran paip daripada sumber galian bawah tanah untuk perkampungan Orang Asli tersebut dianugerahkan kepada syarikat Rossington Consolidated Sdn Bhd (RCSB) pada 27 Julai 2009 melibatkan perkampungan Orang Asli seluruh Pahang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM113.8 juta.
Projek tersebut menerima peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW).
Dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru turut menyebut tentang kelemahan syarikat RCSB ini untuk menyiapkan projek bekalan air luar bandar.
Sementara itu Menteri KPLBW Datuk Shafie Apdal dalam kenyataan medianya disiarkan dalam Tv3 pada 6 Februari lepas, berkata kementeriannya telah membuat pembayaran penuh kepada RCSB.
Jelas Bob, sebelum itu pihak RCSB telah menafikan mereka tidak membuat bayaran kepada subkontraktor seperti yang disiarkan dalam Tv9 pada 31 Januari dan akhbar New Srraits Times (NSTP).
“Persoalannya sekarang kenapakah subkontraktor mendakwa mereka tidak dibayar lalu memusnahkan paip-paip air yang telah dipasang sekali gus menganiaya penduduk?
“Sebab itu kita mahu SPRM siasat di mana tirisnya kerana peruntukan ini melibatkan wang negara dan kementerian yang terlibat tidak berlepas tangan dan tanggungjawab mereka sepatutnya memantau projek dan syarikat yang dilantik.
“Sekarang penduduk kampung yang dahagakan kemajuan dan keceriaan untuk menikmati air yang bersih tidak kesampaian disebabkan perbalahan antara kontraktor hanya kerana ketiadaan pemantauan daripada kementerian,” katanya.
Tambahnya, laporan telah dibuat di balai polis Bera dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) minggu lalu walaupun dilarang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan.
Sementara itu Exco PAS Pusat Mazlan Aliman yang turut mengiringi penduduk, menganggap perbuatan memecah dan memusnahkan paip air sebagai harta awam adalah khianat dan pecah amanah.
“Bagi saya yang paling utama dipersalahkan ialah Kementerian Luar Bandar kerana tidak bertanggungjawab sehingga berjuta-juta wang rakyat dibazirkan begitu saja dan inilah akibatnya apabila projek diagihkan kepada kroni.
“Saya diberitahu untuk baiki kerosakan di Kuala Serting saja perlukan wang sebanyak RM2.1 juta. Jadi berapa banyak lagi wang yang perlu dihabiskan hanya kerana kelemahan kerajaan?
“Yang pelik lagi, pihak berkuasa negeri seperti JBA dan Jakoa berkata pihak mereka tidak mengetahui tentang projek tersebut. Jadi siapa yang nak bertanggungjawab?” soalnya.
Sumber HD : 9/02/2012

NCR: Orang Asal Tambanuo jawab Peguam Besar Sabah
James Ait, | 13 Feb 2012 |
Kenyataan Datuk Roderic Fernandez, Peguam Besar Negeri Sabah pada Jumaat lalu bahawa peruntukan Tanah Anak Negeri (NCR) di dalam Ordinan Tanah Sabah (SLO), kononnya tidak ada NCR selepas tahun 1930, merupakan serangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional dan UMNO terhadap hak dan martabat Tambanuo di Sabah.
Siapa pun juga penggubal Ordinan Tanah Sabah dan apa juga peruntukan-peruntukan yang digunapakai dalam usaha untuk menghapuskan Hak Asasi Tambanuo di Sabah, ianya tidak mampu menidakkan keujudan dan mengurangkan sedikit pun martabat dan kesejahteraan Tambanuo di Sabah yang diiktiraf oleh masyarakat dan kuasa antarabangsa.
Artikel 24 hingga 31 bahagian 6 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal (UNDRIP) adalah suatu penghormatan dan pengiktirafan Badan Dunia terhadap Orang Asal termasuk Tambanuo di Sabah dan Sarawak.
Malaysia, di bawah kuasa kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO berusaha menafikan kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di wilayah Sabah dan Sarawak. Kerajaan Malaysia lupa bahawa tanpa Sabah dan Sarawak, Malaysia tidak wujud.
Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO juga pura-pura tidak sedar bahawa 95% hasil petroleum Sabah ke Malaya dan puluhan billion ringgit cukai daripada Sabah di hantar ke Malaya setiap tahun untuk memelihara Malaya. Kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak sedar bahawa 95% hasil petroleum Sabah dan puluhan billion ringgit cukai Sabah, telah memajukan wilayah Malaya.
Hari ini masyarakat Tambanuo sedang berhadapan dengan penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya yang kita pelihara tidak kurang daripada empat puluh tahun. Mereka tidak tahu berterima kasih langsung. Itulah sebab malapetaka politik sering menimpa mereka sekarang.
Masyarakat Tambanuo Sabah hanya ada dua pilihan. Masyarakat Tambanuo perlu bersatu dalam pilihanraya yang hampir tiba berjuang dalam satu parti STAR untuk menghalau UMNO dari Sabah. UMNO telah menggugat kesejahteraan dan keharmonian Orang Asal di Sabah.
Sesuai dengan pengiktirafan dan penghormatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Orang Asal, masyarakat Tambanuo berhak untuk memilih melaksanakan Artikel-artikel 32 hingga 36 Bahagian 7 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Hak Orang Asal. Sudah tentu Orang Asal berhak mendapat perlindungan keselamatan daripada badan dunia itu.
Penindasan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO Malaya dan kegagalan persyarikatan Malaysia terhadap rakan kongsi Sabah dan Sarawak, seolah-olah memberi Tambanuo ruang untuk memilih melaksanakan pemerintahan sendiri dan melaksanakan Undang-undang Asal Orang Asal di Sabah.
Sekian.
Artikel di atas adalah kenyataan media penulis selaku Ahli Jawatankuasa Pusat Star, Sabah chapter, pemimpin masyarakat Tambanuo Kinabatangan.

Orang Asli mengadu kubur jadi lapangan menembak
Orang Asli Mahmeri dari Banting mendakwa menghadapi masalah melakukan upacara keagamaan apabila tanah perkuburan mereka di Bukit Jugra dijadikan sebagai lapangan sasar menembak oleh Kementerian Pertahanan.
Dalan sesi inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam, seorang penduduk terlibat Ariff Embing mendakwa kesukaran itu membuatkan mereka terpaksa mengadakan upacara keagamaan di tempat lain yang jauh.
"Lapangan sasar itu tidak mengganggu kawasan perkuburan Orang Asli tetapi kawasan (perkuburan) itu di dalam lapangan sasar. Jadi susah kita mahu masuk.
"Kemudian kami pindah buat upacara keagamaan itu di Pulau Carey (Kuala Langat). Tetapi jaraknya jauh," katanya pada pendengaran awam inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asli di ibu pejabat Suhakam, di Kuala Lumpur semalam.
Panel inkuiri tersebut diketuai oleh Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dan dianggotai oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Khaw Lake Tee, Naib Pengerusi, Jannie Lasimbang serta dibantu oleh pakar perunding bebas Dr Colin Nicholas dan Datuk Denison Jayasooria.
Kes itu merupakan salah satu yang didengar semalam dan dikategorikan sebagai pencerobohan oleh pihak kerajaan, swasta dan individu.
Kementerian: Kami tak dimaklumkan
Selain itu, Ariff turut memberitahu, sebelum ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah memberi jaminan secara lisan bahawa mereka bebas untuk melakukan upacara keagamaan di tanah perkuburan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, apabila mereka ingin memasuki kawasan tersebut, mereka dilarang oleh pihak tentera.
"Kami pernah buat permohonan dengan pihak tentera untuk masuk. (Kami) dibenarkan. Tetapi sekali sahaja. Setiap kali nak masuk, kita perlu mohon kebenaran. Saya harap pihak JAKOA boleh mengemukakan permohonan," katanya.
Sementara itu, pada inkuiri sama, wakil kementerian pertahanan Mejar Baharom Ismail berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kewujudan tanah perkuburan Orang Asli di lapangan sasar itu.
Katanya lagi, beliau hanya mengetahui adanya tanah perkuburan Orang Asli di kawasan itu selepas dimaklumkan oleh Suhakam.
"Kami tidak dimaklumkan ada kawasan perkuburan sehinggalah Suhakam panggil. Dan kami telah pergi kawasan tersebut dan kebanyakan yang kami jumpa ialah 'jirat' Cina.
"Saya ada pergi memantau ke kawasan atas (bukit) lapangan sasaran tetapi tidak ada apa-apa. Mungkin (ia) berada di kanan atau kiri kawasan itu. Saya tak pasti," katanya.
Inkuiri julung-julung kali
Selain itu, ketika ditanya adakah pihak kementerian meminta bantuan JAKOA untuk memantau kawasan itu, beliau berkata ''tidak ada''.
Bagaimanapun, Baharom berkata, pihaknya terbuka untuk menerima permohonan daripada Orang Asli bagi memberi kebenaran memasuki kawasan lapangan sasar untuk mengadakan upacara keagamaan di kawasan perkuburan itu.
Inkuiri nasional Suhakam merupakan julung kali diadakan berikutan banyak aduan dan memorandum yang diterima sejak beberapa tahun lepas atas dakwaan pelanggaran hak ke atas tanah adat.
Sebelum inkuiri diadakan, Suhakam terlebih dahulu telah mengadakan sesi konsultasi awam di beberapa lokasi di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.
Inkuiri ini berlangsung semalam sehingga Jumaat ini.

Sumber MK : 28/03/2012
Orang Asli gesa kerajaan Pahang henti ceroboh
Khairil Abdul Rahim, | 07 Apr 2012 |
TEMERLOH, 7 April: Kira-kira 50 wakil Orang Asli dari beberapa daerah di negeri ini menggesa Kerajaan Negeri Pahang serta agensi kerajaan memberhentikan pencerobohan terhadap tanah dan wilayah adat Orang Asli kerana kawasan berkenaan merupakan tempat mereka untuk meneruskan kehidupan.
Serentak dengan itu, mereka menyeru kerajaan membatalkan semua rizab lain yang bertindih dengan rizab Orang Asli serta mengiktiraf kawasan rayau komuniti berkenaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam sidang media di bangunan PAS Pahang semalam (gambar atas), seorang wakil mereka berkata rizab Orang Asli telah diakui sejak zaman penjajah Inggeris lagi.
Malangnya sejak akhir-akhir ini, mereka mendakwa banyak perkampungan dan tanah mereka telah diceroboh termasuk oleh agensi kerajaan sendiri seperti Risda dengan tanaman komoditi atau aktiviti lain sehingga merencatkan rutin mereka bercucuk tanam di tanah sendiri.
Hamid Tow, 46, berkata masyarakat Orang Asli sangat hampir dan mesra alam justeru mereka tidak memusnahkan alam sebaliknya memanfaatkan alam sekitar untuk kesinambungan hidup generasi mereka.
“Kalau masyarakat Orang Asli tak boleh lagi bercucuk tanam apa lagi yang boleh mereka buat. Kebanyakan mereka bukannya ada kelulusan untuk mendapatkan pekerjaan di luar. Jadi tanah sajalah kehidupan kami, tanpa tanah kami tak dapat cari makan.
“Kami bukan minta hak orang lain, sebaliknya minta dihormati hak kami sendiri. Kenapa selepas merdeka 54 tahun kerajaan tidak lagi mengiktiraf masyarakat Orang Asli sedangkan kami telah wujud sejak lama di tanah air ini dan boleh dibuktikan dengan kesan-kesan sejarah.
“Jadi kami Orang Asli mahu kerajaan iktiraf kami termasuk juga dalam borang. Sekarang kebanyakan borang dalam ruangan bangsa ada ditulis sama ada Melayu, Cina atau India sedangkan bangsa kami dimasukkan dalam bahagian lain-lain sahaja,” katanya penuh emosi.
(Gambar kiri: Rombongan Orang Asli berhimpun di hadapan pejabat PAS Pahang selepas sidang media.)
Tambahnya, Orang Asli juga merupakan warganegara dan layak mengundi justeru mahu kerajaaan hormati hak-hak mereka selaras dengan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Sebelum itu beberapa wakil Orang Asli telah membuat pendedahan berlaku pencerobohan di kawasan masing-masing sehingga menjejaskan kawasan tempat penduduk mencari makan untuk hidup.
Yeoh Kew Moi, 22, dari Kampung Sungai Melai Chini, Pekan menceritakan tanaman sawit dan getah milik penduduk telah ditolak oleh jentera kontraktor lombong bijih besi di kampung mereka tanpa sebarang pampasan.
Ye a/l Soi dari Kampung Terbol, Kuala Krau mendakwa Jabatan Perhilitan telah melarang mereka bercucuk tanam dan tinggal di situ dengan alasan telah menjadi rizab jabatan tersebut sedangkan kawasan itu telah diwartakan sebagai rizab Orang Asli sejak tahun 1923 lagi.
Rawi a/l Gaud dari Kampung Sungai Leleh, Lanchang pula membantah projek perlombongan bijih besi oleh syarikat kerajaan negeri, Mentiga Mining sehingga berlaku pencemaran air dan kemusnahan beratus-ratus pokok sawit menyebabkan pendapatan penduduk terjejas.
Turut hadir peguam mereka Ahmad Nizam Hamid.
Sumber HD : 7/04/2012
TEMERLOH: Kira-kira 100 penduduk Orang Asli Kampung Sungai Leleh, Lanchang semalam bertindak membantah dan memulangkan kembali wang sebanyak RM200 kepada Risda kerana dianggap tidak munasabah.
Menurut mereka, wang tersebut dikembalikan demi maruah mereka berikutan didapati berlaku ketidakadilan dan mungkir janji pihak kerajaan kepada persetujuan asal berdasarkan minit mesyuarat.
Mereka mendakwa, mesyuarat diadakan antara wakil penduduk dengan Pejabat Tanah dan Daerah Temerloh tahun lalu itu, diadakan berikutan projek mengeluarkan bijih besi oleh anak syarikat kerajaan negeri Mentiga Mining Sdn Bhd yang memusnahkan ladang sawit Tanam Semula Kelompok (TSK) milik penduduk.
Pengerusi jawatan kuasa bertindak penduduk, Rawi a/l Gaud berkata, berdasarkan minit mesyuarat mereka sepatutnya menerima RM350 sebulan, 15 peratus keuntungan hasil pelombongan bijih besi dimasukkan ke akaun dan tanah seluas 50 hektar sebagai gantian kerosakan tanaman akibat aktiviti perlombongan bijih besi.
Namun begitu, katanya, semua janji tersebut tidak ditepati sejak lebih dua tahun yang lalu kecuali yang mereka dapat sebanyak RM200 beberapa hari lalu.
“Ladang sawit kami habis musnah apabila syarikat Mentiga masuk melombong besi sejak 2010. Air sungai tercemar teruk, sekarang kalau hari panas kami dapat habuk kalau hari hujan kami dapat jalan becak.
“Bila keadaan dah jadi macam ini mereka nak bayar kami RM200. Sekarang kami nak pulangkan semula duit tu sebab tidak munasabah dan tidak setimpal dengan kerugiannya,” katanya tegas.
Kampung Orang Asli Sungai Leleh meliputi kawasan tanah seluas 365 hektar dan 95 hektar daripadanya ditanam dengan sawit dengan 86 orang peserta. Terdapat kira-kira 100 keluarga daripada suku Temuan dengan lebih 400 penduduk.
Rawi menjelaskan, mula-mula dulu penduduk mengusahakan kebun sawit sendiri sehingga mampu meraih pendapatan RM1,000 sebulan. Tetapi apabila diambil alih oleh Risda jadi TSK dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mereka hanya dibayar RM500 sebulan.
Tambahnya, apabila syarikat perlombongan masuk ke situ tanah kebun mereka musnah sehingga menghadapi kesempitan untuk mencari sumber rezeki.
“Kami kesal orang lain yang tidak berkuasa ke atas tanah kami telah tanda tangan bersetuju menggali kawah lombong besi di sini sehingga 40 kaki ke bawah tanah.
“Lebih menakutkan, kalau diikutkan pelan yang dikeluarkan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri kawasan perlombongan bijih besi akan meliputi sehingga ke semua kawasan penempatan dan rumah penduduk.
“Itulah yang menyebabkan penduduk ketakutan kerana bimbang tiada kawasan lagi untuk penduduk diami dan kawasan hutan sudah semakin pupus untuk mencari rezeki,” katanya.
Sementara itu seorang penduduk tua di kampung berkenaan, Gaud a/l Batin Kang, 72, berkata penduduk hanya menuntut hak mereka sahaja yang sepatutnya diiktiraf sebagai warganegara serta penghuni asal dan tidak mahu meminta hak kepunyaan orang lain.
Menurutnya, kampung berkenaan telah wujud sejak lebih 100 tahun yang lalu dan ayah beliau sendiri iaitu Batin Kang, pernah menjadi pembantu kepada Orang Kaya Semantan Datuk Bahaman.
Turut hadir memberi semangat kepada Orang Asli peguam Ahmad Nizam Hamid dan pelakon Abdul Kadir Abdul Manap atau Pak Jabit.
Sumber HD : 30/05/2012

Tidak puas hati, Orang Asli pulang wang RM200
Khairil Abdul Rahim, | 30 Mei 2012 |

Orang Asli berhimpun tuntut hak, bantah ceroboh
Khairil Abdul Rahim, | 10 Jun 2012 |
ROMPIN: Kira-kira 300 Orang Asli sekitar daerah ini dan beberapa daerah lain berhimpun di hadapan Pejabat Tanah dan Daerah Rompin kelmarin untuk menyampaikan memorandum memohon pengiktirafan kerajaan terhadap Tanah Adat Orang Asli.
Memorandum daripada Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang disampaikan oleh wakil Orang Asli kepada Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha itu turut membantah terhadap pencerobohan tanah penduduk.
(Gambar: Fatimah sempat berucap di hadapan pegawai kerajaan.)
Antara lain memorandum yang turut ditujukan kepada Menteri Besar Pahang dan Perdana Menteri itu mendedahkan, di Rompin isu pencerobohan Tanah Adat Orang Asli amat ketara melibatkan pembukaan ladang baru kelapa sawit serta lombong-lombong bijih besi dan emas menyebabkan kediaman komuniti tersebut semakin terhakis.
Akibat daripada itu timbul masalah berlaku pencemaran bekalan air bersih yang kritikal dan kerosakan tanah kediaman yang teruk berikutan peninggalan kawah lombong sehingga Orang Asli setempat kehilangan sumber pemakanan dan pendapatan.
Serentak dengan itu mereka menuntut kerajaan pusat dan setiap kerajaan negeri mengiktiraf Wilayah Adat Orang Asli sama ada Tanah Adat, laut dan tasik dengan mengikut proses keizinan maklumat awal bebas dan telus kepada semua perkampungan Orang Asli berkenaan.
Kerajaan juga diminta menghormati, mengiktiraf dan mengambil kira hak-hak Orang Asli di bawah perkara 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan dan menguatkuasakan hak sebagai orang asal seperti terkandung didalam Deklarasi Hak Asasi Orang Asal Sejagat yang disokong berulang-kali oleh kerajaan Malaysia di gelanggang politik antarabangsa.
Kumpulan Orang Asli berkenaan akhirnya menuntut kerajaan pusat dan negeri menghentikan sebarang pelupusan, pemajakan, penyewaan atau pemberian hak dan melarang pencerobohan tanah mereka sehingga satu polisi yang holistik mengenai pengiktirafan semua perkampungan Orang Asli.
Sementara itu seorang wakil Orang Asli yang berucap, Fatimah, mahu pihak kerajaan dari peringkat daerah hinggalah kepada negeri dan pusat supaya mendengar suara mereka.
“Kami Orang Asli bangkit hari ini menolak politik wang ringgit yang selama ini membelenggu pemikiran masyarakat kami sejak sekian lama terutama menjelang pilihan raya.
“Himpunan pagi ini adalah titik permulaan kebangkitan Orang Asli menuntut hak kami demi masa depan keturunan kami dan generasi kami pada masa akan datang,” katanya bersemangat.
Sumber HD : 10/06/2012

78 Orang Asli saman peguam yang tipu mereka
Harakahdaily, | 16 Jun 2012 |
JOHOR BHARU: 78 Orang Asli akan menuntut tanggungjawab dan pembayaran balik wang pampasan sebanyak RM38 juta daripada peguam yang mengendalikan kes mereka sebelum ini yang mereka anggap sebagai pecah amanah.
Menurut kenyataan Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), kes ini akan dibicarakan Isnin ini Mahkamah Tinggi Johor Bahru.
Sebanyak tiga buah bas akan digunakan untuk membawa Orang Asli suku kaum Jakun ke Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada hari Isnin ini bagi memulakan tuntutan saman sivil bagi mengembalikan wang pampasan mereka daripada peguam yang menjadi pemegang amanah.
Pada tahun 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memutuskan bahawa 52 plaintif Orang Asli dari 3 perkampungan di kota tinggi akan dibayar sejumlah RM26.5 juta.
Ia berupa pampasan di atas kehilangan sumber hutan tradisional mereka akibat pembinaan empangan Linggiu (dimana pembinaan adalah untuk membekalkan air kepada singapura).
Walau bagaimanapun, dengan faedah yang bertambah, jumlah penghakiman meningkat kepada RM38 juta pada akhir proses mahkamah.
Orang Asli kini mendakwa bahawa telah berlaku pecah amanah dalam pengendalian dan penggunaan wang pampasan oleh peguam yang menjadi pemegang amanah dan menuntut tanggungjawab serta mengembalikan wang pampasan kepada mereka.
Peguam berkenaan juga baru-baru ini didakwa di Mahkamah Seksyen bagi kesalahan membuat pembayaran tidak sah dana amanah Orang Asli.
Orang Asli diwakili oleh Tetuan Ragumaren & Co.
Mahkamah Tinggi Johor Bahru akan mendengar kes tersebut bermula 18 sehingga 22 Jun 2012.
Sumber HD : 17/06/2012

Orang Asli menang hak tanah di mahkamah
Anis Nazri, | 19 Dis 2012 |
TEMERLOH: Penduduk Orang Asli di Kampung Bukit Rok dan Kampung Ibam, Bera memenangi kes ke atas tanah mereka yang cuba diambil kerajaan Pahang, pada 2006 lalu.
Kerajaan Pahang juga diminta dalam tempoh satu tahun untuk menggazetkan tanah seluas 2023.47 hektar itu sebagai tanah rezab Orang Asli.
Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian di Mahkamah Tinggi Temerloh, pagi tadi.
Kira-kira 80 orang penduduk dan aktivis orang asli turut hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan tersebut, selain menyatakan sokongan.
Penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli, Dr. Colin Nicholas, ketika dihubungi Hrakahdaily berkata isu tanah itu menjadi pertikaian sejak 2006 apabila lebih 300 penduduk kedua-dua kampung itu diminta keluar.
Beliau berkata, tanah tersebut diambil kerajaan Pahang bagi tujuan pembangunan Felcra Sdn. Bhd., bagaimanapun penduduk kampung yang terlibat bertindak menentang dan memohon injuksi bagi menghentikan pencerobohan tersebut.
Sedangkan, tambah Nicholas, tanah tersebut telah direzabkan sebagai tanah rezab orang asli pada 1974.
Penduduk memfailkan semakan kes berkenaan tanah tersebut pad 2007, dan ditangguhkan beberapa kli sehingga diputuskan keputusannya hari ini.
Penduduk Orang Asli tersebut diwakili firma guaman Lee, Hishammudin Allen & Gledhill, diketuai Datuk D. P. Naban, Lim Heng Seng and Gobinathan.

Sumber HD - 19-12-2012
No comments:
Post a Comment