Bekas menteri akui perlu reformasi sistem p'raya |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Pertikaian PAS, Pakatan Rakyat, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan pelbagai pihak lain tentang ketelusan sistem pilihanraya di negara ini diakui berasas dan tidak sewajarnya dipandang ringan oleh kerajaan BN. Sekiranya pilihanraya di negara ini benar-benar dilaksanakan dengan bersih dan adil, tidak mungkin pertikaiaan mengenainya berlaku sehingga menyebabkan pelbagai protes dilakukan secara berterusan oleh pelbagai pihak termasuk parti-parti politik, NGO-NGO di tanah air dan pelbagai pihak lain. Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir (gambar) yang turut mengakui perkara itu antara lain meminta pihak kerajaan BN merujuk kepada penganjuran protes besar-besaran yang dilakukan oleh Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. "Sekiranya pilihanraya di negara ini memang bersih, masakan Bersih sanggup bersusah payah mengadakan perhimpunan itu. Ini menggambarkan keadaan di negara kita yang sudah teruk," katanya. Berucap pada majlis pelancaran sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, di sini, baru-baru ini, beliau menyarankan kerajaan memperbaiki keadaan itu demi kepentingan negara. Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan agar mengambil pendekatan yang baik dengan turut menerima cadangan-cadangan yang baik dari rakyat termasuk dari Bersih 2.0. "Untuk memperbaiki perkara itu, Datuk Ambiga turut mencadangkan agar SPR turut dianggotai wakil-wakil NGO. Saya kira cadangan itu adalah sesuatu yang baik yang patut diterima oleh kerajaan," tegasnya. Keadaan yang teruk di negara ini, menurut beliau, selain pilihanraya tidak bersih, juga boleh dilihat dari pelbagai sudut lain termasuk amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa, penyelewengan, kerosakan moral dan sistem sosial, kehancuran perpaduan kaum dan hilangnya rasa hormat menghormati antara satu sama lain. "Semua itu boleh menjejaskan kestabilan politik dan boleh merosakkan negara. Ia berlaku akibat sikap pihak-pihak tertentu yang ingin menjaga kepentingan kumpulan minoriti mereka tanpa mengambil kira kepentingan rakyat," katanya. Beliau turut kesal apabila jika terdapat individu tertentu yang prihatin dan tidak senang dengan perkembangan negatif itu menegur dan berusaha untuk memperbaiki keadaan demi kepentingan rakyat dan negara, individu itu pula yang akan tersdingkir dari kerajaan dan ditolak dari barisan kepimpinan kompenan BN. "Padahal, negara ini bukan milik mereka. Negara kita ini bukan milik kumpulan minoriti. Negara kita ini bukan milik Umno dan bukan milik PAS, tetapi negara ini adalah milik seluruh rakyat negara ini. "Jadi pihak pemerintah mestilah faham dengan realiti itu dengan sentiasa menjaga perpaduan kaum dan kepentingan semua rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum, bukan hanya menjaga kepentingan kumpulan minoriti mereka sendiri sahaja sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa," ujarnya. Demi kepentingan negara, beliau mengajak pihak pemerintah khususnya dan kesemua pihak di negara ini amnya bersama-sama menghayati pesanan Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra khususnya berhubung soal amanah dan perpaduan kaum. Apabila Bapa Kemerdekaan kita, katanya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: "Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain, Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi, orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian dan sebagainya. "Jikalau kita jujur dan ikhlas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. "Sebagai anggota keluarga yang ikhlas dan jujur, kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. "Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia." Menurut beliau, alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah itu. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mahukan seluruh rakyat negara ini hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. "Selepas 54 tahun, di manakah kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Jika belum tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. "Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama untuk menyatakan hasrat dan suara kita dan menyatakannya dengan lantang dan jelas. "Tunku Abdul Rahman bukanlah bercakap kosong atau bercakap tak serupa bikin. Sebaliknya. Tunku Abdul Rahman sendiri mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain," tegas beliau. NGO baru Amanah yang dilancarkan semalam diketuai oleh Ahli Parlimen Gua Musang selaku presidennya, manakala beliau pula selaku salah seorang timbalan presidennya. Penubuhan pertubuhan yang dipimpin oleh barisan kepimpinan dari pelbagai bidang itu sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelbagai lapisan rakyat negara ini, bagi menyampaikan suara rasminya dalam menegur kerajaan BN yang kini semakin merosakkan negara ekoran pelbagai tindakan para pemimpinnya yang amat tidak disenangi rakyat. |
Perpaduan hilang kerana memerintah tak betul |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 22 Julai: Rakyat di negara ini diingatkan agar tidak lagi berpeluk tubuh dengan menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata. Sebaliknya, setiap warga negara yang berfikiran benar dan saksama perlu bertindak segera sebelum keadaan itu sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara selama ini hancur dan musnah.
Presiden sebuah NGO yang baru ditubuhkan, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tengku Razaleigh Hamzah berkata, setiap warga negara Malaysia yang tulus, prihatin dan bertanggungjawab tidak boleh menunggu lagi untuk melakukan perubahan dari sekarang sebelum terlambat.
Menurut beliau, setiap rakyat negara ini tidak boleh membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan minoroti yang berkepentingan. Katanya, sejak sebelum kemerdekaan sehingga sepanjang tempoh 54 tahun lalu, Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni dan timbang rasa antara satu sama lain. "Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luar biasa sifatnya. Sejak dulu, kita dapati interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau timbang rasa keagamaan tidak pernah menjadi masalah kita," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra di sini, hari ini. Berkali-kali pada masa-masa dahulu, menurut beliau, Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau 'model' negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. "Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kita yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya. "Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi, sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari, tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini," tegasnya. Oleh itu, katanya, kini sudah tiba masanya untuk setiap rakyat Malaysia mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat itu dan jangan lagi diteruskan sindrom penafian terhadap keadaan itu untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenarnya. "Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. "Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan," ujarnya. Penubuhan Amanah, tegas beliau, adalah untuk menggembelingkan suara dan tenaga seluruh rakyat negara ini dalam usaha menentang wabak rasuah, kronosme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran yang dilakukan oleh para pemimpin negara. Katanya, keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar, mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini, mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. "Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit dan keseluruhan dasar pembangunan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu 'di-remodel' sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. "Kita akan mempromosi visi Tunku Abdul Rahman tentang pembinaan atau pewujudan 'Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu'. "Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan, tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara," ujar beliau. Dalam merealisasikan perjuangan NGO yang baru ditubuhkan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dibantu oleh 6 orang Timbalan Presiden Amanah yang terdiri daripada Datuk Seri Daniel Tajem, Datuk Dr Ong Tee Keat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Datuk Subramaniam, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Bujang Ulis. Manakala Naib Presiden Amanah pula terdiri daripada Wan Saiful Wan Jan, Dr Patau Rubis, Ong Hock Siew, Datuk Mohd Azmi Razak, Ragunath Kesavan, Tan Sri Simon Sipaun dan Mohd Lukhman Ghani. Penubuhan dan pelancaran Amanah ternyata amat disenangi dan ditunggu-tunggu oleh orang ramai, apabila majlis pelancarannya begitu meriah dengan kehadiran ratusan orang ramai yang mewakili pelbagai bidang termasuk ahli-ahli politik, budaya, ekonomi, sejarah dan pelbagai bidang lain. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4499-perpaduan-hilang-kerana-memerintah-tak-betul-
Selamat lahir Amanah Ku Li |
Subky Latif |
TENGKU Razaleigh Hamzah bersama beberapa orang rakannya dari kerabat veteran Barisan Nasional, termasuk mantan menteri, wajar dialu-alukan apabila berjaya melahirkan sebuah NGO baru yang dinamai AMANAH atau Angkatan Amanah Merdeka.
YBM Tengku Razaleigh Hamzah - AP Gua Musang / Presiden AMANAH
NGO ini bersandar kepada semangat amanah, keadilan dan kemerdekaan yang dikatakan diwarisi dari wawasan Tunku Abdul Rahman Putra, Bapa Malaysia.
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj - Mantan PM
Cuma Ku Li belum dapat mengajak sama Tun Musa Hitam, Tun Abdul Rahman Yaakub, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan lain-lain. Kiranya beberapa nama ini dapat ikut serta, Amanah akan menjadi sebuah kelab pengamat politik dan sosial yang amat menarik. Amanah seperti Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra, selepas tidak terlibat dalam politik yang aktif, diharap dapat mengamati perkembangan politik semasa dan prihatin terhadap jalan serta arah tuju pentadbiran hari ini bagi memanda negara dan rakyat terus berada di jalan yang lurus dan betul. Dengan pandangan awal Tengku Razaleigh itu tidak nampak Tun Dr. Mahathir yang sesinis manapun sikapnya terhadap pentadbiran yang ada akan ikut bersamanya. Demkian juga Tun Abdullah Badawi. Justeru pentadbiran yang ada adalah mempusakai zaman mereka, malah segala kepincangan yang ada itu adalah tambahan dari perjalanan lamanya. Bahkan sebahagian dari kerosakan itu seperti skendal pembelian kapalselam Perancis dan pesawat pejuang Rusia berlaku dalam pentadbiran sebelum ini, dan berkemungkinan ia bermula di zaman Dr. Mahathir. Pemilihan kepada pentadbir sekarang bukan sekadar atas kemahuan pentadbir sebelum ini, tetapi ia adalah kehendak pentadbir sebelum yang lalu. Malah pentadbir sebelum bagai dipaksa menyediakan laluan bagi pantadbir sekarang. Sekali pun Amanah prihatin dan sedar kepada kepincangan politik dan penyelewengan pentadbiran sekarang tetapi ia tidak mungkin menjadikan dirinya terikat dengan rentak dan arah puak pembangkang rasmi. Tetapi suara yang diutarakan oleh Amanah dipercayai boleh menyakitkan keselesaan pemerintah dan politik parti yang berkuasa. Sebagaimana sakitnya pentadbiran Tun Razak dan Tun Hussein Onn atas kritik tajam Tunku, maka begitulah kmungkinan bisanya saranan Amanah Ku Li yang menusuk pangkal kalbu pentadbiran Najib. Kerabat Amanah payah bersekutu dengan pembangkang, kerana ia adalah warisan Tunku sama seperti kerabat pentadbiran sekarang adalah juga warisan Tunku, justeru ia sudah berada di luar pentadbiran mulai nampak kelemahan dan kepincangan pentadbiran serta kesan buruknya kepada negara dan rakyat. Maka melalui Amanah orang lama BN ini bercadang memainkan nada dan irama yang pernah didendangkan oleh Tunku selepas bersara terhadap pentadbiran selepasnya hingga ke sejurus selepas terhadamnya UMNO di zaman Dr Mahathir sebelum dia meninggal dunia. Amanah bercadang untuk menjadi seperti itu dan nadanya sejalan dengan rentak pakatan pembangkang yang ada. Kalau Najib dan pentadbirannya sakit dan cemas menghadapi kesatuan pembangkang dan penyokong-penyokongnya, maka kedatangan Amanah boleh menambah sakit dan cemasnya. Sekali pun Amanah ada matlamatnya sendiri, tetapi ia dapat memberi nilai tambah kepada suara dan kebangkitan pembangkang. Dengan ini keburukan yang dikatakan menyelubungi Najib, partinya dan pentadbirannya, bukan sekadar diwarwarkan oleh pembangkang bahkan ia dirasakan sama setengah orang UMNO. Hanya orang UMNO yang ada kepentingan diri menyanggupi apa saja dari Najib dan pentadbirannya, tetapi bagi UMNO yang sudah tidak banyak kepentingan diri lagi, bahkan terasa perlunya kepeantingan rakyaat dan negara dipertahankan, merasa bertanggungjawab melakukan sesuatu seperti yang dilakukan oleh Tunku di zaman tuanya dan sebelum meninggalnya. Ku Li dapat pula mengajak rakan-rakan lamanya dari kerabat Barisan Nasional yang lain untuk berkongsi khidmat dan sumbangan orang tua bagi menyekat keburukan pentadbiran dan pimpinannya. Apa yang lebih penting dari Amanah selain dari ia menyeru kepada perubahan seawal mungkin? Perubahan itulah yang dikehendaki oleh pembangkang, oleh Bersih 2.0 dan oleh sekalian rakyat yang menutup mulut. Perubahan apa yang diserukan oleh Amanah itu? Tentulah perubahan kepada pentadbiran yang lain. Amanah tentunya cenderung mengakalkan pentadbiran itu kepada parti yang sama, tetapi ia mahu pentadbiran saja berubah. Kalau pentadbiran dan kepimpinan itu tidak diubah perubahan akan pergi kepada pembangkang. Justeru parti itu tidak berdaya melakukan perubahan, maka perubahan mestilah melalui parti lain iaitu pembangkang bersatu di bawah Pakatan Rakyat. Walau pun Amanah lahir lambat dari Perkasa, tetapi Amanah adalah untuk menuyatan dan mendedahkan Perkasa itu tidak berguna baik untuk tujuan perubahan mahu pun untuk mempertahankan pentadbiran dan pimpinan yang pincang dan tidak berguna. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/4597-selamat-lahir-amanah-ku-li
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6401-tiada-ruang-bersuara-dalam-umno-ku-li
Sidang Media TRH : http://www.youtube.com/watch?v=O6-7FAIX34s
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6554-hayati-memoir-perjuangan-politik-syed-husin-ali-
(Kesian Umno sudah menyimpang jauh...kata Tan Sri Kadir dalam sidang medianya hari ini)
SERDANG, 10 Feb: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini membidas tindakan pemimpin Umno yang mahu merujuknya ke Jawatankuasa Disiplin parti itu ekoran beberapa kritikannya.
"Saya tak ada masalah apa, saya pun tak bergantung hidup pada parti, cuma saya kesianlah kerana Umno sudah menyimpang jauh," katanya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib 27 Januari lalu memaklumkan, Tan Sri Kadir akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno berikutan beberapa kenyataan yang dibuat oleh beliau.
Tindakan diambil Umno berikutan beberapa siri temubualnya dengan media alternatif khususnya dengan TVPAS (Harakahdaily), MobTV dan Malaysiakini.tv yang menyentuh isu pembelian undi pilihan raya yang sedang berjalan dan kegagalan BN melaksanakan agenda bumiputra yang ditafsir sebagai menghentam parti.
"Pandangan yang saya beri dalam rakaman ini tidak sampaipun 10 peratus dari apa yang kami Pemuda Umno dan yang lain-lain pada tahun 60an dan 70an dahulu pernah berhujah, mengkritik dan memberi pandangan termasuk yang pedih terhadap pimpinan parti.
"Kepada Jawatankuasa Disiplin pula tidaklah perlu bersusah payah untuk menyiasat saya kerana saya akan menghantar kepada mereka rakaman-rakaman ini yang penuh dan tidak diedit," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.
Salinan rakaman temubual itu menurutnya akan dihantar kepada pejabat Umno selewat-lewatnya minggu depan.
Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pada pilihan raya.
Dalam isu agenda bumiputra pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.
Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.
"Kalau benda macam ini pun saya tak boleh bagi pandangan, apa dah jadi dengan Umno. Saya ni orang lama, kaji la dulu apa yang orang kritik.
"Datuk (Sri) Najib pernah buat lawak kata wujud dilema dalam Umno 'jika beri salah, tak beri kalah', maknanya ini (politik wang) sudah jadi tabiat yang diterima dalam Umno," katanya yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi.
Menyifatkan rasuah politik oleh Umno itu sebagai perbuatan hodoh dan ketinggalan zaman, Abdul Kadir juga mendakwa wujud keadaan di mana mereka perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.
Selain itu, beliau juga menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menuding jari kepada pihak lain berhubung kegagalan perlaksanaan agenda bumiputera.
"Jangan persalahkan orang Cina atau parti-parti politik Cina di atas kegagalan pimpinan kita (Umno) sendiri untuk meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat yang adil dan sepatutnya," katanya lagi.
Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) juga mendakwa, tindakan Umno ke atasnya itu hanya mengesahkan pandangan rakyat selama ini bahawa Umno sekarang bukan sebuah parti demokratik.
Menurutnya, ia berbeza dengan Umno zaman penubuhannya oleh Datuk Onn Jaafar dahulu yang benar-benar demokratik dan mendengar pandangan semua pihak.
Ditanya jika Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau berkata ianya bukan masalah baginya.
Sumber HD : 10/02/2012
Tiada ruang bersuara dalam Umno - Ku Li |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Bercakap pada sidang media mereka hari ini Tengku Razaleigh yang juga presiden NGO itu berkata, beliau tiada ruang untuk menyuarakan pendapat bagi pihak rakyat, berbeza dengan Umno ketika dipimpin oleh tiga presiden terawal dahulu. "Bagi saya tak ada (ruang) lah," katanya ketika diaju soalan oleh wartawan. "Sekarang ini nampaknya orang macam saya, Tan Sri (Abdul) Kadir (Sheikh Fadzir) tak ada tempat dah nak bersuara di sana (dalam Umno)," tambahnya lagi. Turut serta pada sidang media itu dua timbalannya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk Seri Ong Tee Keat. Beliau yang juga ahli parlimen Gua Musang berkata, ruang tersebut ditutup kerana Umno sekarang ini hanya bergantung kepada satu idea sahaja. Katanya, sama juga dalam perhimpunan agung Umno, di mana sesiapa ahli yang mahu bercakap perlu mendapat kebenaran 'orang atasan' termasuk perkara yang hendak dibangkitkan, perlu diluluskan terlebih dahulu. Sambil menyokong pendapat itu Abdul Kadir pula berkata, zaman dahulu sampai ketika Tun Hussin Onn pun, semua orang bebas untuk bercakap namun sekarang tidak lagi. "Nak kutuk ke, semua boleh cakap, tak ada masalah. "(Sekarang) perhimpunan agung Umno untuk perkara-perkara yang sedap didengar sahaja," katanya kecewa. Amanah dilancarkan Julai lalu dan sudah dilulus Pendaftar Pertubuhan (RoS) dua minggu lalu. Tambah Tengku Razaleigh juga, pentadbiran Najib telah melakukan banyak program transformasi namun pelaksanaannya masih tidak menampakkan hasil. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6401-tiada-ruang-bersuara-dalam-umno-ku-li
Sidang Media TRH : http://www.youtube.com/watch?v=O6-7FAIX34s
Hayati 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali' | | Print | |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 17 Nov: "Sesiapa yang ingin menjadi calon pada pilihan raya nanti perlu menghayati serta meresapi setiap isi kandungan di dalam buku ini, barulah layak untuk memikul tanggungjawab sebagai calon," jelas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar menyatakan demikian pada program pelancaran buku hasil tulisan mantan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berjudul 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali' di Shah Alam Convention Centre malam tadi juga memberitahu perjuangan yang ditunjukkan oleh Syed Husin adalah satu perjuangan politik bukannya bersifat peribadi. "Jelas apa yang ditunjukkan dalam perjuang beliau bukan untuk kepentingan peribadi dan apa yang dilakukan olehnya perjuangan untuk sebuah landasan politik bagi mengembalikan arah politik negara. "Ingat dalam kita menongkah arus perjuangan sekarang jangan kita lupa apa yang dulu kerana tanpa perjuangan dulu tidak akan yang sekarang," jelasnya. Anwar berharap setiap pemimpin di dalam Pakatan Rakyat terutamanya PKR boleh meneliti setiap baris isi kandungannya kerana ia dapat memberi kesedaran pada setiap pembaca tentang langkah perjuangan yang sebenar. Sementara itu Syed Husin menitik beratkan bukan pujian yang diperlukan oleh setiap individu jika ia merasakan dirinya seorang pejuang tetapi satu keikhlasan yang lahir dari jiwa individu tersebut. "Bila menyebut tentang perjuangan nada yang sama kita akan katakan, saya ingin jelaskan kita mesti menteladani semangat perjuangan yang telah dilakukan oleh pihak sebelum kita. "Perjuangan sebelum kemerdekaan kemudian timbulnya reformasi sehingga wujud tsunami politik negara pada pilihanraya yang lepas memberi isyarat yang jelas kepada kita bahawa Putrajaya sebenarnya sudah hampir dengan kita, jadi hayati perjuangan semoga impian kita tercapai," kata beliau. Buku memoir itu merupakan kenangan hidup Syed Husin tentang perjuangan politiknya untuk menegak keadilan, kebajikan dan kebenaran bagi rakyat. Ia juga menceritakan mengenai penyertaan, kegiatan, pengalaman dan pandangan beliau terutama berhubung beberapa peristiwa politik yang melibatkan rakyat. Pendidikan, kegiatan akademik serta luar akademik diceritakan kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sikap hidup Syed Husin, terutama terhadap bidang politik yang lebih setengah abad diceburinya. Selain itu juga soal politik juga ditumpukan di dalam memoir itu berpusat kepada catatan-catatan tentang penyertaan dan pengalaman penulis serta sikap, pandangan dan fikirannya terhadap beberapa isu, perkembangan, peristiwa dan kontroversi politik yang berlaku dalam parti dan negara. Memoir itu memberi latar belakang dan menjelaskan beberapa perkara seperti apa yang berlaku selepas kemenangan parti-parti pembangkang di lima negeri, pembentukan Pakatan, percubaan Umno-Barisan Nasional untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan terutama Selangor, percubaan Anwar yang dianggap gagal berkaitan 16 September dan sebagainya. Memoir itu mendedahkan banyak juga hal mengenai pertimbangan yang tidak diketahui umum tentang mengapa dan bagaimana sesetengah keputusan politik telah diambil Turut hadir semasa majlis perlancaran buku itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan juga beberapa pemimpin-pemimpin di dalam PKR. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6554-hayati-memoir-perjuangan-politik-syed-husin-ali-
Kesian Umno sudah menyimpang jauh - Kadir
Nazri Abdullah, | 10 Feb 2012 |
(Kesian Umno sudah menyimpang jauh...kata Tan Sri Kadir dalam sidang medianya hari ini)
SERDANG, 10 Feb: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini membidas tindakan pemimpin Umno yang mahu merujuknya ke Jawatankuasa Disiplin parti itu ekoran beberapa kritikannya.
"Saya tak ada masalah apa, saya pun tak bergantung hidup pada parti, cuma saya kesianlah kerana Umno sudah menyimpang jauh," katanya.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib 27 Januari lalu memaklumkan, Tan Sri Kadir akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Umno berikutan beberapa kenyataan yang dibuat oleh beliau.
Tindakan diambil Umno berikutan beberapa siri temubualnya dengan media alternatif khususnya dengan TVPAS (Harakahdaily), MobTV dan Malaysiakini.tv yang menyentuh isu pembelian undi pilihan raya yang sedang berjalan dan kegagalan BN melaksanakan agenda bumiputra yang ditafsir sebagai menghentam parti.
"Pandangan yang saya beri dalam rakaman ini tidak sampaipun 10 peratus dari apa yang kami Pemuda Umno dan yang lain-lain pada tahun 60an dan 70an dahulu pernah berhujah, mengkritik dan memberi pandangan termasuk yang pedih terhadap pimpinan parti.
"Kepada Jawatankuasa Disiplin pula tidaklah perlu bersusah payah untuk menyiasat saya kerana saya akan menghantar kepada mereka rakaman-rakaman ini yang penuh dan tidak diedit," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.
Salinan rakaman temubual itu menurutnya akan dihantar kepada pejabat Umno selewat-lewatnya minggu depan.
Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pada pilihan raya.
Dalam isu agenda bumiputra pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.
Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.
"Kalau benda macam ini pun saya tak boleh bagi pandangan, apa dah jadi dengan Umno. Saya ni orang lama, kaji la dulu apa yang orang kritik.
"Datuk (Sri) Najib pernah buat lawak kata wujud dilema dalam Umno 'jika beri salah, tak beri kalah', maknanya ini (politik wang) sudah jadi tabiat yang diterima dalam Umno," katanya yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi.
Menyifatkan rasuah politik oleh Umno itu sebagai perbuatan hodoh dan ketinggalan zaman, Abdul Kadir juga mendakwa wujud keadaan di mana mereka perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan untuk mendapat tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.
Selain itu, beliau juga menasihatkan pemimpin Umno agar tidak menuding jari kepada pihak lain berhubung kegagalan perlaksanaan agenda bumiputera.
"Jangan persalahkan orang Cina atau parti-parti politik Cina di atas kegagalan pimpinan kita (Umno) sendiri untuk meletakkan kedudukan sosio-ekonomi bumiputera ditempat yang adil dan sepatutnya," katanya lagi.
Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) juga mendakwa, tindakan Umno ke atasnya itu hanya mengesahkan pandangan rakyat selama ini bahawa Umno sekarang bukan sebuah parti demokratik.
Menurutnya, ia berbeza dengan Umno zaman penubuhannya oleh Datuk Onn Jaafar dahulu yang benar-benar demokratik dan mendengar pandangan semua pihak.
Ditanya jika Umno akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau berkata ianya bukan masalah baginya.
Sumber HD : 10/02/2012
Kenapa media Umno serang saya - Kadir
Nazri Abdullah, | 15 Mac 2012 |
SERDANG, 15 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, segala kritikannya terhadap kerajaan Umno BN bukan kerana kecewa tidak diberi jawatan, sebaliknya mahu membetulkan apa yang tidak betul dilakukan pemimpin negara.
Menurutnya, pandangan yang diutarakannya jika dikaji secara terperinci, ianya adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malang katanya, media arus perdana yang dikuasai Umno telah memutar belit kenyataannya dan menyerangnya secara berterusan.
"Saya tidak ada sebarang kekecewaan dalam hidup saya, lebih-lebih lagi sekarang ini, saya bahagia.
"Pandangan saya ini sebagai orang lama dalam Umno. 56 tahun dari hidup saya, saya beri kepada Umno. Buat apa ahli Umno duk bedai (bedal) orang Umno (macam saya)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.
Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pilihan raya umum.
Dalam isu agenda Bumiputera pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputera di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.
Mengulas lanjut Abdul Kadir berkata, jika beliau mahukan jawatan mahupun projek, itu bukan sesuatu yang sukar kerana yakin pimpinan parti akan membantunya atas menghargai khidmatnya yang lama.
"Saya tak pernah jumpa mereka nak mintak jawatan atau projek.
"Kalau saya nak jawatan, di kemuncak karier saya sebagai menteri, saya berhenti buat apa, munasabah ke," soalnya.
Nafi beli undi
Dalam pada itu, bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi itu juga turut kesal kerana dituduh membeli undi dari pengundi di kawasan parlimennya di Kulim Bandar Baharu.
Sambil menyifatkannya sebagai fitnah, beliau juga menafikan pernah mendakwa penduduk di parlimen itu perlu dibeli untuk mendapat undi.
"Saya sensitif jika ini dikaitkan dengan kawasan parlimen yang saya wakili selama 30 tahun. Bukan sahaja ahli Umno malah seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia.
"Kami di Kulim Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun pilihan raya umum," tegasnya bersungguh.
Berita berkaitan:
MP Bayan Baru macam gila - Tan Sri Kadir
Kesian Umno sudah menyimpang jauh - Kadir
P'raya selepas kerja JK Parlimen selesai - Kadir
Sidang Media Tan Sri A. Kadir Sheikh Fadzir : http://www.youtube.com/watch?v=FFbS5Rm_ZiQ
Sumber HD : 15/03/2012
KUALA LUMPUR, 19 Mac: Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) mengisytiharkan keluar Umno hari ini.
“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun.
Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya.
“Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.
“Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat,” ujarnya.
Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti itu.
Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum jelas menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno.
Sumber HD : 19/03/2012
Duri yang mencocok punggung Umno sejak kebelakangan ini telah tercabut dengan sendirinya apabila Kadir Sheikh Fadzil telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan hari ini. Surat keluar dari Umno dihantar kepada Setiausaha Agung Umno hari ini.
Tindakan bekas menteri penerangan itu dikatakan menjadi duri dalam daging kepada Umno dengan sikapnya mengkritik parti berkenaan.
Kritikan yang tidak dapat diterima Umno ialah berhubung dakwaan Kadir yang Umno membeli undi dalam pilihan raya lalu.
Sehubungan itu Umno sedang mengumpul maklumat untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mungkin Kadir yang juga timbalan presiden Amanah Merdeka sudah dapat menghidu yang Umno akan bertindak ke atasnya menyebabkan beliau mengambil tindakan mendahului Umno meninggalkan parti yang disertai sejak tahun 1956.
Persoalan kini ke manakah Kadir selepas ini? Apakah dia akan menyertai salah satu parti gabungan Pakatan Rakyat ataupun kekal sebagai ahli politik tidak berparti?
Sehubungan tindakan itu tanda tanya juga timbul mengenai nasib presiden Amanah, Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Tengku Razaleigh juga akan mengambil tindakan sama dengan Kadir meninggalkan Umno?
Ada kemungkinan? Khabarnya Umno Gua Musang akan menolak sekiranya BN masih mencalonkanTengku Razaleigh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Beberapa hari lalu beberapa ketua cawangan Umno dan pemimpin budak-budak dalam bahagian Gua Musang membuat kenyataan mendesak Tengku Razaleigh tidak lagi dicalonkan.
Sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah juga mengambil tindakan sama ia memberi pukulan hebat kepada Umno menjelang pilihan raya. Belum pernah berlaku dalam sejarah Umno pemimpinnya meninggalkan parti menjelang pilihan raya.
Tengku Razaleigh juga dianggap sebagai duri dalam daging bila mana lantang menyuarakan kritikan atau pandangan yang tidak menyeronokkan Umno seperti meminta royaliti petroleum yang digali di perairan Kelantan dikembalikan kepada Kelantan. [wm.kl.1:25 t/hari 19/03/12]
Sumber HD : 20/03/2012

Kadir Sheikh Fadzir isytihar keluar Umno
Harakahdaily, | 19 Mac 2012 |

Tinggal Umno: Selepas Kadir Tengku Razaleigh pula?
http://msomelayu.blogspot.com, | 20 Mac 2012 |

SU Agung Umno minta saya keluar parti - Kadir
Nazri Abdullah, | 26 Mac 2012 |
SERI KEMBANGAN, 26 Mac: Bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata antara faktor beliau keluar Umno kerana beliau menjadi sasaran terancang media arus perdana selepas menegur sikap Umno.
Ia ditambah lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor minggu lalu yang mencabarnya keluar dari Umno selepas tidak selesa dengan kritikannya.
"Saya telah menjadi sasaran kritik yang begitu hebat oleh media massa arus perdana kepunyaan parti saya sendiri ketika itu. Jelas ia dibuat secara terancang dari pihak berkuasa.
"Ini diikuti pula oleh Setiausaha Agung Umno sendiri meminta saya keluar parti...hanya kerana itu. Maka saya keluarlah sebagai ahli Umno yang telah saya abdikan segala jiwa dan raga saya selama 56 tahun," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Alasan tersebut sebagai penjelasan kenapa beliau bertindak isytihar keluar Umno pada 19 Mac lalu.
Antara kritikannya kepada Umno sebelum ini, beliau mendakwa parti itu telah terpesong dari perjuangan asal berbanding sewaktu penubuhannya.
Veteran Umno itu juga mendakwa rasuah, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa termasuk 'kronisma mega' secara berleluasa sedang berlaku dalam parti itu sehingga kekayaan negara hanya berlegar disekitar kelompok tertentu dan tidak sampai kepada rakyat.
Tambahnya, ada juga yang perlu membayar wang kepada rakan-rakan seperjuangan sendiri untuk mendapatkan tempat dalam parti termasuk jawatan tertinggi.
Abdul Kadir juga sebelum ini mendedahkan Umno menabur wang di kampung-kampung untuk beli undi pilihan raya dan menuntut tindakan 'hodoh dan jijik' itu dihentikan segera.
Bagaimanapun kritikan-kritikannya itu disifatkan oleh pemimpin Umno sebagai menghentam parti dan beliau kemudian menjadi mangsa serangan media arus perdana sehingga ada desakan agar beliau keluar Umno.
Aktif politik semula
Dalam pada itu beliau yang juga bekas menteri penerangan dan komunikasi, hari ini tetap mempertahankan segala dakwaannya terhadap Umno malah berkata ianya baik untuk dikaji.
Beliau juga menegaskan akan kembali semula untuk aktif dalam politik selepas lama bersara untuk menumpukan kepada perniagaannya sebelum ini.
"Dengan ini saya isytiharkan berhenti daripada bersara dan akan membawa perjuangan Umno (yang lama) di tempat yang lebih sesuai," katanya.
Ditanya sama ada akan menyertai mana-mana parti politik, Abdul Kadir berkata beliau setakat ini hanya mahu menumpukan kepada Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang beliau kini sebagai timbalan presiden.
Namun katanya, ia bergantung kepada keadaan selepas ini.
"Ramai pemimpin Pakatan Rakyat kebetulan kawan-kawan saya pujuk saya, tapi saya buat keputusan sendiri.
"Buat masa ini dengan NGO (Amanah), perkara lain belum terfikir, tengok keadaan la. Kalau depa tabuh (serang) kuat sangat, kita terjun la", katanya sambil tersenyum.
Sembang TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir : http://www.youtube.com/watch?v=NbZgQXfIBK8
Sumber HD ; 26/03/2012
(Tetamu dan peserta mengaminkan doa sebelum makan)
KUALA LUMPUR: Penyanyi Dayangku Intan dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil berjaya memeriahkan makan malam anjuran Pemuda PAS Titiwangsa baru-baru ini.
Ucapan kedua-dua mereka berjaya memikat hadirin dan memberikan semangat kepada 250 peserta majlis itu untuk berubah.
Dalam ucapannya, Dayangku Intan menceritakan detik perubahannya yang membawa penghijrahannya ke dunia politik Pakatan Rakyat.
Dengan penuh keinsafan beliau mengajak para tetamu dan insan lain agar bersama berubah ke arah kebaikan.
Dunia glamour yang ditempuhinya ternyata tidak mendatangkan nilai apa-apa jika jiwa tidak mampu berubah ke arah kebaikan.
Kehadiran Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir (gambar bawah), bekas Menteri Penerangan menambah serikan suasana majlis tersebut.
Beliau tampil menceritakan pengalaman lampaunya selama berpuluh tahun di dalam Umno dan akhirnya keluar darinya kerana merasakan perjuangan Umno sekarang sudah lari dari matlamat perjuangannya.
Beliau turut berkongsi pengalaman dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan merasai sendiri penderitaan rakyat berkubang asap gas pemedih mata dan air water cannon.
Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Titiwangsa dibuat sempena pelancaran Dana PRU ke 13 parlimen Titiwangsa.
Majlis yang dilangsungkan pada 30 April 2012 di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dilangsungkan dengan penuh meriah.
Peramian majlis disempurnakan oleh saudara Ahmad Sabky Yusof, Penolong Setiausaha Agung PAS bagi menggantikan Haji Salahuddin Ayub yang tidak dapat menghadirkan diri saat akhir kerana mempunyai urusan parti yang lebih penting.
Simbolik angka 13 penjadi pilihan simbolik perasmian kerana itulah angka pilihanraya umum yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sementara itu, kehadiran tetamu dari kalangan pimpinan PAS Pusat seperti Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof - Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat - Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Saleh - AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Noor Mohamad - Pesuruhjaya PAS WP, serta Vincent Lee dan S. Suria Narayanan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Majlis ini tidak kurangnya kehadiran daripada tokoh korporat, pegawai tinggi kerajaan serta bekas-bekas pegawai tinggi tentera.
Majlis dimulakan tepat jam 8.30 malam dengan ucapan Yang Di Pertua PAS Kawasan Titiwangsa, Mej (B) Ustaz Abdullah sebagai mukadimah bicara mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan.
Dengan tekad untuk memastikan kemenangan PAS di Parlimen Titiwangsa kekal, pihak penganjur berjanji akan menganjurkan pelbagai projek lagi selepas ini.
Sumber HD : 4/05/2012
Sumber HD - 13-3-2013

Dayangku Intan dan TS Kadir meriah makan malam
Harakahdaily, | 04 Mei 2012 |

Malulah sikit, kita sudah 54 tahun merdeka - Tamrin
Ahmad Danial, | 25 Mei 2012 |
MELAKA: Vateran Umno, Tamrin Ghafar kesal dengan tindakan partinya itu yang sejak kebelakangan ini menggunakan samseng untuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
"Malulah sikit dengan tindakan samseng baling batu, telur dan lain-lain, kita sudah merdeka lebih dari 54 tahun, takkan masih nak mengamalkan politik macam ini".
"Saya seru pemimpin Umno supaya bertindak matang dan bukan kebudak-budakan macam ini" tegasnya yang merupakan anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba.
Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek di sini malam tadi.
Sementara itu Tamrin berkata, beliau rela dipecat dari Umno demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan.
"Saya masih ahli Umno, saya rela dipecat dari Umno demi rakyat, demi menegakkan kebenaran dan menentang penyelewengan," ujarnya yang juga bekas Pengerusi MARA.
"Umno ibarat kereta yang rosak dan buruk, saya seorang mekanik baiki yang mana skru longgar dan goyang," katanya.
Sumber HD : 25/05/2012

Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam
Anis Nazri, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil alih Pakatan Rakyat membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan realistik.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pengalaman Musa sebagai bekas orang nombor dua negara itu juga perlu dijadikan panduan kepada pemimpin BN dan ahli-ahlinya untuk tidak terus menakut-nakutkan rakyat.
"Apa yang dikatakan beliau itu merupakan satu pandangan yang rasional dan objekif. Yang juga bersifat negarawan, berbanding pemimpin BN lain yang sudah bersara seperti Tun Mahathir yang lebih emosional," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah Salahuddin, kenyataan Musa itu perlu diterima pemimpin BN dan ahli-ahlinya bahawa jika berlaku sebarang perubahan kerajaan sekalipun, ia akan berada dalam suasana yang biasa.
"Mereka perlu terima hakikat jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, tiada apa yang luar biasa berlaku. Malah, kebiasaannya apabila bertukar kerajaan ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan sebelumnya," tegas beliau.
Tun Musa, dalam kenyataannya berkata sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.
Malah, beliau juga berkata tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-3-2013
No comments:
Post a Comment