Fahaman Umno lebih bahaya daripada Wahabi? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Julai: Keghairahan Umno melalui agensi Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara. Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', tapi bukan soal penafian prinsip Islam. “Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Umno dalam sejarahnya, kata Tuan Ibrahim pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menganggap politik suku agama suku. “Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia. "Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?” soal beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme. Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama. "Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu. Sebagai reaksi kepada tindakan MKN, Tuan Ibrahim berkata tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam. “Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda Umno juga tergolong senarai pengganas. "Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?” soal beliau sambil menyokong saranan Dr Asri Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam parti itu. “Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi? "Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga,” bidas beliau secara sinis. |
MKN nafi label ulama pengganas, Wahabi
Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam menafikan melabelkan mana-mana ulama sebagai Wahabi dan pengganas dalam taklimat anjurannya di Putrajaya baru-baru ini.
Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (bawah) berkata, apa yang dilabelkan adalah tafsiran peribadi pembentang dan bukan pandangan MKN, lapor Umno Online.
“Kita tidak melabelkan sesiapa.
"Ia adalah taklimat biasa secara tertutup dan dihadiri 30 orang dan ia lebih kepada perbincangan akademik, cenderung untuk lebih memahami sesuatu perkara,” beliau dipetik sebagai berkata.
Malaysiakini Isnin lalu melaporkan MKN menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme.
Turut terkait sama mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan 40 ulama muda Umno yang menyertai parti itu lebih setahun lalu.
Bercakap kepada akhbar dalam talian milik Umno itu kelmarin,Thajudeen juga berkata, perbincangan dalam majlis itu turut menyentuh keadaan politik Timur Tengah yang membabitkan beberapa negara.
Malaysiakini difahamkan, salah seorang pembentang dalam majlis itu penceramah terkenal Dr Uthman El-Muhammady yang juga felo di Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) Kuala Lumpur.
http://www.malaysiakini.com/news/171429
Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (bawah) berkata, apa yang dilabelkan adalah tafsiran peribadi pembentang dan bukan pandangan MKN, lapor Umno Online.
“Kita tidak melabelkan sesiapa.
"Ia adalah taklimat biasa secara tertutup dan dihadiri 30 orang dan ia lebih kepada perbincangan akademik, cenderung untuk lebih memahami sesuatu perkara,” beliau dipetik sebagai berkata.
Malaysiakini Isnin lalu melaporkan MKN menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme.
Turut terkait sama mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan 40 ulama muda Umno yang menyertai parti itu lebih setahun lalu.
Bercakap kepada akhbar dalam talian milik Umno itu kelmarin,Thajudeen juga berkata, perbincangan dalam majlis itu turut menyentuh keadaan politik Timur Tengah yang membabitkan beberapa negara.
Dr Muhammad Uthman El Muhammady
http://www.malaysiakini.com/news/171429
Sumber MK : 30//07//2011
Media perdana perlu bebas dari cengkaman politik |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa kerajaan membebaskan media perdana khususnya media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah.
YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - Presiden PGM
Apatah lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon sebelum ini mendakwa bahawa media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran generasi lama dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata. Media perdana milik rakyat kini seolah-olah dimiliki parti politik tertentu sehingga laporan mereka tidak lagi bersifat merakyat. Pergantungan generasi lama terhadap media cetak sebagai sumber berita sangat tinggi kerana akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung. Namun keadaan itu telah diambil kesempatan parti pemerintah meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar perdana negara. "Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang," katanya. Di negara maju ujarnya, media dibebaskan dari sebarang campurtangan politik parti pemerintah sehingga media bebas mengkritik mana-mana pemimpin negara yang tidak adil dan menyeleweng. Faktor tersebutlah katanya telah mengangkat integiriti media cetak barat sebagai media yang berpengaruh dan dipercayai. Justeru itu, bagi mengembalikan kredibiliti media cetak di negara ini, kerajaan harus membebaskan media cetak dari kongkongan politik kepartian mereka. "Jika tidak, rakyat semakin jemu untuk membaca kempen politik parti pemerintah dan menghukum Pakatan Rakyat dalam media cetak. "Jangan disesali apabila jualan akhbar akan merudum jatuh dan alami kerugian serta syarikat mereka ‘gulung tikar’ ekoran boikot rakyat terhadap media cetak nanti," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5123-media-perdana-perlu-bebas-dari-cengkaman-politik
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5245-umno-sokong-komunis-lulus-suara-rasmi-cpc
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6787-itulah-tahap-pemikiran-sebenar-muhyiddin
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6791-muhyiddin-buktikan-umno-sudah-kering-idea
KAJANG, 8 April: Seorang nazir masjid di Bandar Baru Bangi lebam di mata selepas diserang seorang pemuda yang dipercayai tidak berpuas hati dengan proses pemilihan jawatankuasa masjid.
Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.45 pagi tadi ketika Mohd Abd Basir Alias (gambar), 45, Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang baru sahaja memulakan mesyuarat agung tahunan pemilihan jawatankuasa di masjid berkenan.
Tiba-tiba, beliau didatangi sekumpulan pemuda yang juga ahli qariah di situ yang memarahinya sambil bercakap kasar dan menunjukkan jari ke mukanya.
Dalam suasana kecoh itu, salah seorang dari mereka tiba-tiba menghantukkan kepala kepada Abd Basir. Akibat tindakan itu, mata beliau bengkak dan lebam.
Selepas beberapa ketika difahamkan Pegawai Tadbir dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat tiba di situ bagi menenangkan suasana sekaligus menangguhkan mesyuarat itu ke suatu tarikh yang lain.
Abd Basir yang bimbang keselamatannya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini.
Beliau dilihat bersama peguam Ahmad Denial Roslan membuat laporan polis itu kira-kira jam 10.20 pagi.
Bercakap kepada Harakahdaily selepas membuat laporan polis pagi tadi, Abd Basir meluahkan rasa kecewa dengan insiden yang menimpanya hari ini.
"Saya tidak menjangkakan beliau akan menggunakan kepala sebab saya dah bersedia untuk mengelak jika beliau bertindak memukul saya menggunakan tangannya.
"Ini sesuatu yang sangat dikesalkan. Sebarang unsur samseng dan keganasan tidak sepatutnya ada di masjid," luahnya kecewa lebih lebih lagi ianya berlaku dalam masjid.
Selain itu beliau yang telah empat tahun menjadi nazir di masjid itu juga kecewa kerana mesyuarat yang dirancang sejak sekian lama terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan.
"Tujuan saya buat laporan polis ini adalah kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut serta bimbang keselamatan diri saya,"katanya lagi.
Turut hadir memberi sokongan moral di balai polis pagi ini termasuk AJK PAS Pusat Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Sementara itu, peguam Ahmad Denial menjelaskan kes tersebut dijangkakan akan disiasat di bawah Seksyen 323 (Kanun Keseksaan) yang menyebabkan kecederaan.
"Abd Basir telah dicederakan dengan sengaja di mata kanannya lebam apabila dihantuk dengan kepala oleh seorang individu yang dikenalinya.
"Kita berharap pihak polis dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap individu tersebut kerana terdapat bukti dan saksi yang mengesahkan kejadian tersebut," jelasnya.
Difahamkan Abd Basir akan membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kajang berhubung kecederaan yang dialami olehnya selepas selesai memberi keterangan kepada pihak polis.
Sumber HD : 8/04/2012
Umno sokong komunis lulus suara rasmi CPC? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Sept: “Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?” tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC). Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA: The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. (TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.) Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka. Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia. “Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia. Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5245-umno-sokong-komunis-lulus-suara-rasmi-cpc
'Itulah tahap pemikiran sebenar Muhyiddin' |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub (gambar) menyifatkan ucapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi yang sarat dengan mesej kebencian terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai 'tidak sepatutnya diucap oleh bakal perdana menteri'. Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ucapan Muhyiddin itu hanya 'memalukan dirinya' dan mencerminkan itulah tahap pemikiran sebenar beliau sebagai timbalan perdana menteri. "Pada saya, ia tidak sepatutnya berucap begitu, sebab taraf dia timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri. "Sepatutnya sebagai bakal perdana menteri, ucapan beliau perlu penuh dengan gagasan dan wawasan membangunkan negara, bukan penuh dengan kecaman kepada Pakatan Rakyat," katanya. Beliau mengulas ucapan Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi. Dalam ucapannya, Muhyiddin tanpa segan silu membidas DAP, PKR dan PAS dengan kata-kata penuh penghinaan. DAP dilabel parti cauvinis Cina yang jahat dan mahu menubuhkan negara republik. PKR pula dituduh sebagai parti ultraliberal yang hanya berjuang untuk Datuk Seri Anwar manakala PAS pula bukan lagi memperjuangkan Negara Islam kerana mengangkat Negara Berkebajikan. Mengulas lanjut Salahudin bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas ucapannya itu yang secara tidak langsung mengakui PAS berada di persada politik tanah air. "Apapun kita ucap terima kasih kerana menyebut tentang PAS dalam ucapan beliau. "Maknanya mereka akui PAS berada di persada politik negara," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6787-itulah-tahap-pemikiran-sebenar-muhyiddin
Muhyiddin buktikan Umno sudah kering idea |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 30 Nov: AJK PAS Pusat, Khalid Samad (gambar) menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan DAP ganti PAS membuktikan Umno sekarang sudah kekeringan idea. Beliau yang ditemui di Parlimen hari ini memberitahu apa yang Muhyidin katakan itu jelas menggambarkan pemikiran Umno selama ini yang mana pendapat mereka Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. "Umno sebenarnya tidak faham ajaran Islam dan mereka hanya mengganggap Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu dan apabila siapa yang menentang Umno bagi mereka akan menentang Islam. "Bagi mereka apa yang canggah dengan kepentingan Melayu maka bercanggah tuntutan Islam kerana mereka anggap hanya Umno memperjuangkan Islam kerana Umno memperjuangkan Melayu," jelasnya. Khalid juga pendirian PAS cukup jelas terhadap perlaksanaan hukum hudud dan DAP sendiri pun menghormati pendirian tersebut. "DAP ganti PAS itu tidak timbul apatah lagi mengatakan DAP lebih Islam dari PAS kerana masing-masing faham dengan pendirian masing-masing terutamanya tentang hukum hudud. "Kalau ingin bandingkan dengan pendirian Umno di mana sebelum ini MCA membuat pendirian anti hudud dan Umno terpaksa mendiamkan diri dan saya rasa amat jelas siapa yang tuduh siapa dalam soal agama dan siapa yang tuduh. "Ini hanyalah tuduhan retorik yang mengatakan PAS tunduk kepada DAP, malah tidak ada bukti yang mengesahkannya malah apa yang dilakukan sekarang adalah beberapa pendirian tuntutan PAS dan DAP adalah sama seperti menentang Rang Undang-Undang Berhimpun Aman (RUU) semalam," sambungnya. Tambahnya, tuntutan bersama itu bukannya menunjukkan kita tunduk kepada DAP, itu adalah sebahagian yang dituntut oleh Islam terutamanya dalam soal RUU. "Seperti apa yang diperkatakan oleh Presiden PAS semalam bahawa apa yang dilakukan oleh Umno bercanggah dengan tuntutan Islam yang menuntut setiap anggota dari umatnya memperjuangkan keadilan dan kebenaran. "Mereka perlu diberi ruang seluas-luasnya untuk memperjuangankan kebenaran dan keadilan itu tetapi Umno telah menafikan tuntutan tersebut dengan menghadkan tuntutan yang dibenarkan oleh Islam. "Islam bukan sahaja membenarkan tetapi mengalakkan perhimpunan aman itu tetapi apabila kita mempertahankan hak rakyat dan DAP juga sama pendiriannya kita pula dikatakan tunduk pada DAP," jelas Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi. Khalid secara jelas Umno sebenarnya tidak faham ajaran Islam dan tuduhan DAP tunduk pada PAS sebenarnya perlu dituju kepada Umno yang dicangkuk hidung oleh MCA. "Dalam pada itu kenyataan Umno mengambarkan mereka terdesak dalam mencari sokongan undi dari orang melayu sehinggakan sanggup memainkan isu-isu perkauman. "Mereka takut dengan sokongan orang melayu terhadap PAS dan sekarang mereka mengapi-apikan sentimen tersebut agar orang melayu membencikan PAS. "Rakyat perlu tahu siapa yang memperalatkan Islam dan siapa yang diperalatkann, Umno kekeringan idea untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang," sambungnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6791-muhyiddin-buktikan-umno-sudah-kering-idea
Nazir diserang ketika mesyuarat pilih JK masjid
Muhammad faizal, | 08 Apr 2012 |
KAJANG, 8 April: Seorang nazir masjid di Bandar Baru Bangi lebam di mata selepas diserang seorang pemuda yang dipercayai tidak berpuas hati dengan proses pemilihan jawatankuasa masjid.
Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.45 pagi tadi ketika Mohd Abd Basir Alias (gambar), 45, Nazir Masjid As-Solehin Teras Jernang baru sahaja memulakan mesyuarat agung tahunan pemilihan jawatankuasa di masjid berkenan.
Tiba-tiba, beliau didatangi sekumpulan pemuda yang juga ahli qariah di situ yang memarahinya sambil bercakap kasar dan menunjukkan jari ke mukanya.
Dalam suasana kecoh itu, salah seorang dari mereka tiba-tiba menghantukkan kepala kepada Abd Basir. Akibat tindakan itu, mata beliau bengkak dan lebam.
Selepas beberapa ketika difahamkan Pegawai Tadbir dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat tiba di situ bagi menenangkan suasana sekaligus menangguhkan mesyuarat itu ke suatu tarikh yang lain.
Abd Basir yang bimbang keselamatannya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini.
Beliau dilihat bersama peguam Ahmad Denial Roslan membuat laporan polis itu kira-kira jam 10.20 pagi.
Bercakap kepada Harakahdaily selepas membuat laporan polis pagi tadi, Abd Basir meluahkan rasa kecewa dengan insiden yang menimpanya hari ini.
"Saya tidak menjangkakan beliau akan menggunakan kepala sebab saya dah bersedia untuk mengelak jika beliau bertindak memukul saya menggunakan tangannya.
"Ini sesuatu yang sangat dikesalkan. Sebarang unsur samseng dan keganasan tidak sepatutnya ada di masjid," luahnya kecewa lebih lebih lagi ianya berlaku dalam masjid.
Selain itu beliau yang telah empat tahun menjadi nazir di masjid itu juga kecewa kerana mesyuarat yang dirancang sejak sekian lama terpaksa dibatalkan dan ditangguhkan.
"Tujuan saya buat laporan polis ini adalah kerana mahu pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas lelaki tersebut serta bimbang keselamatan diri saya,"katanya lagi.
Turut hadir memberi sokongan moral di balai polis pagi ini termasuk AJK PAS Pusat Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Sementara itu, peguam Ahmad Denial menjelaskan kes tersebut dijangkakan akan disiasat di bawah Seksyen 323 (Kanun Keseksaan) yang menyebabkan kecederaan.
"Abd Basir telah dicederakan dengan sengaja di mata kanannya lebam apabila dihantuk dengan kepala oleh seorang individu yang dikenalinya.
"Kita berharap pihak polis dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap individu tersebut kerana terdapat bukti dan saksi yang mengesahkan kejadian tersebut," jelasnya.
Difahamkan Abd Basir akan membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kajang berhubung kecederaan yang dialami olehnya selepas selesai memberi keterangan kepada pihak polis.
Sumber HD : 8/04/2012
Ahli sendiri pun Umno tidak percaya
Aspan Alias, | 24 Mei 2012 |
Kalau tidak silap saya pada hari Isnin yang lepas, Mahathir telah mengingatkan ahli-ahli UMNO di Kedah yang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO ditewaskan dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kata beliau yang Melayu akan hilang kuasa politik mereka jika UMNO tidak lagi memegang tampuk kuasa setelah ditolak oleh orang Melayu.
Tetapi Mahathir tidak langsung menyentuh kenapa orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO itu. Setiap perkara yang berlaku mesti bersebab dan perubahan kepada sikap orang Melayu terhadap UMNO itu pun bersebab. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab-sebab yang besar. Orang Melayu bukan mudah untuk berubah, tetapi kenapa mereka kini berubah? UMNO sepatutnya memandang ke dalam diri mereka untuk mencari masalah dan penyebabnya.
Kalau kali ini Mahathir berubah pun tentu bersebab. Kalau dalam pilihanraya yang lepas Mahathir membelakangkan UMNO dengan keluar dari parti itu, mesti ada sebab yang tersendiri. Semasa itu Mahathir menyeru rakyat memilih calon, jangan memilih parti. Kali ini beliau menyeru orang ramai memilih sesiapa juga yang diturunkan oleh parti.
Jadi kita berhak untuk memilih nasihat yang mana satu yang kita mahu ikut: nasihat beliau semasa pilihanraya yang lalu atau nasihat beliau yang sekarang ini? Jika rakyat tidak mahu mendengar nasihat beliau lagi pun semestinya ada sebab. Hanya Mahathir tidak sedar yang rakyat sudah terlalu keliru dengan sikap beliau yang sentiasa bertukar-tukar (flip-flop) arah pandangannya setiap kali piliharaya umum tiba. Tiada ‘consistency’ dan tiada perjuangan dan itu juga bersebab.
Ramai yang berjumpa dengan saya meminta saya memberikan komen tentang sikap Mahathir pada hari ini, tetapi saya hanya menjawab saya tidak faham kerana Mahathir hanya berjuang untuk apa yang beliau ingin untuk berlaku dan tidak ada kena mengena dengan perjuangan Melayu dan rakyat yang ramai.
Kalau beliau keluar dari UMNO dahulu kononnya untuk memprotes kepimpinan Abdullah Badawi kita tidak nampak sekarang ini kenapa beliau tidak keluar kerana kekalutan UMNO di bawah Najib sekarang adalah jauh lebih teruk daripada Abdullah Badawi.
Tetapi hakikatnya ramai yang tahu sebabnya. Mahathir akan mengamuk jika mana-mana PM selepasnya tidak melayan kehendak politik peribadi beliau. Beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang mesti diikuti oleh pemimpin selepas beliau kerana beliau merasakan seorang yang hebat dan mampu ‘berjalan di atas air’ dan perlu disembah dan dipuja.
Oleh kerana Abdullah Badawi itu degil orangnya walaupun apabila berjalan pijak semut pun tidak mati. Beliau tidak melayan kehendak Mahathir…itu sebab Mahathir keluar dari UMNO dan terus mensabotaj UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Beliau berkata, “jangan pilih parti, kita mesti pilih calon”.
Tetapi di Alor Setar Isnin lalu, beliau mahukan semua pemimpin dan ahli UMNO melakukan seperti ‘aku janji’ supaya jangan mensabotaj calon-calon UMNO dan beliau seolah-olah telah mengugut ahli-ahli UMNO dengan tekanan yang kuat ke atas ahli-ahli parti itu yang mereka akan menghadapi tindakan jika melakukan sabotaj terhadap parti.
Apa yang UMNO boleh lakukan jika ahli-ahlinya melakukan sabotaj terhadapnya dalam pilihanraya nanti? Jika UMNO ingin mengambil tindakan terhadap ahli-ahli UMNO yang mensabotaj parti dalam pilihanraya yang lalu ia terpaksa mengambil tindakan terhadap 1.5 juta ahlinya yang telah mengundi pembangkang di dalam pilihanraya itu. Inilah masalahnya jika sesebuah parti itu mengumpulkan keahlian yang berjuta-juta orang.
Seorang pemimpin UMNO selalu berkata kepada saya, “The huge number of memberships in UMNO will sink the party as it has to accept the scum and the useless members in it altogether.” Apabila keahlian begitu ramai maka ia mewujudkan banyak cawangan dan di cawangan-cawangan dan peti-peti undi yang banyak inilah bermulanya perpecahan parti. Di peti-peti undi inilah ahli-ahli UMNO keluar parti semasa memilih parti-parti alternatif yang menawarkan pencalonan mereka.
Jika Mahathir meminta ahli-ahli UMNO tidak mensabotaj parti itu merupakan nasihat yang sudah pasti tidak akan dituruti oleh mereka di peti-peti undi. Keluarga yang besar dan anak yang terlalu ramai selalunya akan menghadapi masalah mentadbir mereka kerana kehendak dan ragam anak-anak itu berbagai-bagai macam.
Kata-kata Mahathir di Kedah itu membayangkan yang UMNO sudah tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri. Kalau dahulu mereka membesarkan keahlian parti kerana tidak yakin dengan sokongan orang ramai, sekarang UMNO sudah tidak yakin kepada ahli-ahlinya sendiri.
Nampaknya budaya bai’ah dan bersumpah sudah menjadi perkara biasa dalam UMNO kerana parti itu sedang menghadapi krisis keyakinan di antara pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli mereka. Jika perasaan curiga terhadap ahli mereka sendiri ini begitu tebal, bagaimanalah orang ramai hendak meningkatkan keyakinan terhadap UMNO yang sudah terlalu uzur dan tempang itu.
Saling tidak mempercayai di antara mereka itulah yang menjadi ‘immediate cause’ yang akan menjatuhkan parti itu dalam PRU yang akan datang. Saya agak hairan kenapa Mahathir tidak berdaya untuk menyatukan kembali orang Melayu sekarang ini. Lazimnya jika seseorang itu mahir memecahkan Melayu dalam sesuatu masa dia akan mampu menyatukannya kembali.
Kalau dahulu Mahathir boleh memecahkan ahli-ahli UMNO dan pada bila-bila masa sahaja beliau boleh menyatukan mereka kembali, kenapa sekarang beliau tidak lagi boleh melakukannya? Kenapa sekarang beliau terpaksa mengeluarkan kata-kata ugutan pula?
Pendeknya, UMNO tidak percaya yang ahli-ahlinya akan memberikan sokongan kepada parti itu. Oleh itu kita sekarang sedar bahawa keahlian yang ramai itu diharapkan akan mengundi UMNO kerana parti ini tidak percaya kepada pengundi yang bukan ahli. Tetapi sekarang Melayu telah sedar yang bukan ahli tidak diyakini oleh UMNO, tetapi yang lebih merunsingkan UMNO ialah ahli-ahlinya sendiri pun turut tidak dipercayai oleh pimpinan tertinggi mereka.
Mungkin jawapannya ialah Melayu sekarang sudah pandai berfikir dan tidak mahu lagi menjadi burung balam yang kerjanya hanyalah untuk menganggukkan kepala dan bertepuk tangan apabila Mahathir berucap.
Orang Melayu sedar bahawa ‘Melayu itu tidak akan hilang di dunia’ seperti sorakan pemimpin UMNO, tetapi yang mereka lupa ‘Melayu itu akan hilang dunianya’ jika UMNO terus menerus dalam keletihan dan tidak bermaya untuk melakukan perubahan minda dalam barisan kepimpinannya.
Tetapi memang ‘conclusive’, UMNO tidak akan berubah lagi. Maka UMNO itu akan diubah dari saat ini. Pemimpin-pemimpin mereka sendiri pun tidak berkeyakinan tentang sokongan orang Melayu.
Kalau tidak masakan UMNO telah memilih untuk menggunakan ‘gangster’ untuk mengganggu program-program anjuran Pakatan Rakyat di mana-mana. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD : 24/05/2012