Memperingati almarhum Ustaz Fadzil Noor |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tanggal tarikh 23 Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT, tulis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya. Menurutnya, almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi. “Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan,” katanya. Berikut tulisan beliau di dalam blog www.harapanmalaysia.com Tanggal tarikh 23hb Jun, pasti saya terkenang pulangnya sahabat saya, almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ke sisi Allah SWT. Almarhum merupakan sahabat sejati semenjak dari zaman ABIM lagi. Tatkala saya ditahan di Kamunting selama dua tahun ekoran demonstrasi besar besaran membela nasib rakyat miskin di Baling, almarhum terpaksa memikul tanggungjawab memangku tugas sebagai Presiden. Pada tahun 1998, almarhum setia membela saya serta keluarga yang difitnah dan ditohmah dengan tuduhan yang mengaibkan. Tujuh hari selepas saya ditahan, tanggal 27hb September 1998, almarhum bersama Azizah dan sahabat seperjuangan yang lain menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat atau lebih dikenali sebagai GERAK. Permuafakatan ini terdiri dari pelbagai parti politik dan gerakan massa demi membawa Perubahan serta menentang kezaliman Umno- Barisan Nasional. Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT moga ruh almarhum dilimpahi kerahmatan dan ditempatkan di sisi mereka yang soleh. Al Fatehah. YB ANWAR IBRAHIM - Ketua Pembangkang Datuk Fadzil Mohd Noor meninggal dunia pada 23 Jun 2002 di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi. Jenazah almarhum disemadikan di madrasah tempat kelahiran beliau di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah sesuai dengan wasiat beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3955-memperingati-almarhum-ustaz-fadzil-noor
Ustaz Fadzil Noor (1937-2002) dalam kenangan |
Riduan Mohamad Nor |
Dari Gudang Ilmu Ke Kancah Siasah Malaysia semenjak zaman disentuh angin sejahtera Islam sejak ratusan tahun dahulu, tidak pernah gagal untuk menampilkan ulama’ dan pemikir Islam sehingga ada yang bermukim di Mekah untuk menyampaikan ilmu di Masjidil Haram. Ulama’ yang dilahirkan di Tanah Melayu ini bukan sahaja mampu mengajar kitab di masjid namun menjulang senjata untuk menentang penjajah kuffar. Antara ulama’ ini ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Munas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong, Ustaz Abu Bakar al Bakir dan ratusan ulama’ lain. Dengan merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957, pentas siasah negara ini menyaksikan pertarungan ideologi yang pelbagai samada kebangsaan Melayu, sosialisme, Islam dan sebagainya. Pelbagai tokoh muncul dalam menyuarakan aspirasi perjuangan yang diperjuangkan, sebahagiannya mampu bertahan di pentas siasah dan ada yang tersungkur ditelan waktu. Salah seorang insan yang telah melakar nama dalam sejarah politik Islam negara ini ialah Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor. Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau dengan gelaran yang sangat melekat dalam jiwa ummat Islam sehingga kini “Ustaz Fadzil’ merupakan seorang pemimpin dan tokoh politik yang dihormati dan disegani oleh semua lapisan masyarakat tempatan mahupun antarabangsa, ekoran daripada penampilan negarawan yang dimiliki oleh beliau. Dengan sosok yang kurus, berbusana kemas dengan kancingan baju Melayu yang lengkap, dengan sorotan mata yang hening menggambarkan ketajaman berfikir, beliau memang dilahirkan sebagai pemimpin ummah. Berbekalkan ilmu pengetahuan yang tinggi terutamanya ilmu-ilmu agama yang diperolehi ketika bertamu di bumi Mesir, beliau dipakejkan dengan pelbagai ilmu lain seperti sosial sains, ditambah dengan kuat membaca dan menelaah. Ilmu-ilmu yang dikutip di universiti kehidupan ini meluaskan ufuk ilmu tokoh ulama’ ini. Perwatakan yang sederhana serta sentiasa berdamping dengan masyarakat, beliau adalah sebutir mutiara yang sangat berharga yang pernah dilahirkan oleh PAS dalam sejarahnya di pentas politik dakwah negara ini. Musuh politik PAS sendiri meletakkan almarhum dengan markah yang tinggi bahkan masyarakat bukan Melayu turut mengkagumi sosok tubuh dengan postur yang sederhana ini. Almarhum menyeruak kehidupan masyarakat tanpa mengira penat lelah dan suka ‘mendengar’ masalah rakyat menyebabkan Ustaz Fadzil sentiasa dikenang dalam sisi putih. Pakej kepimpinan yang ada pada beliau ini ditempa dalam proses pergulatan hidup yang panjang selain daripada anugerah ilahi kepada umat Islam negara ini, almarhum membesar dengan semangat cinta kepada ilmu, seterusnya meminati bidang dakwah dan politik semasa belajar di bangku menengah lagi. Latar belakang keluarga Dato’ Haji Fadzil @ Ali bin Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Fadzil dilahirkan hasil perkongsian hidup antara Mohd Noor Abdul Hamid dan Hindun Haji Abdul Rahman. Beliau dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Takdir ilahi telah mencatatkan bahawa insan ini diuji dengan kehilangan ibubapa tercinta, kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi. Latar belakang keluarga sebelah ibu bapanya adalah dari kalangan keluarga yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Moyang beliau iaitu Tuan Guru Haji Idris Al-Jarumi merupakan salah seorang ulama’ yang disegani berasal dari Wilayah Patani, Thailand dan seorang yang terkenal di Kedah. Wilayah yang sarat dengan pemukiman ilmu ini telah memunculkan ratusan pondok yang subur merendang dengan ilmu Islam. Darah ulama’ pejuang telah mengalir dalam urat sendi darah Ustaz Fadzil, sehingga menjadikan beliau pemimpin yang tidak gentar dengan ugutan dan ancaman musuh dalam menyampaikan agama Allah. Pendidikan Memimpin masyarakat bukan sekadar menjadi insan yang mesra rakyat yang sekadar memenuhi jemputan kenduri kahwin tetapi mestilah dipakejkan dengan ilmu formal dan tidak formal. Almarhum merupakan seorang tokoh yang konsisten dalam menuntut ilmu, sentiasa menimba ilmu bagi menjadi pemimpin yang kredibel. Sejarah awal pendidikan Ustaz Fadzil bermula sekitar tahun 1946. Waktu itu beliau mengikuti pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star sehingga tahun 1949. Kemudian menyambung pelajaran peringkat menengah di sebuah sekolah yang berpengaruh di Kedah yang telah melahirkan ribuan alim ulama’ iaitu Maktab Mahmud sehingga tahun 1958 sebelum meneruskan pengajian tinggi di tempat yang sama sehingga tahun 1962. Anak muda ini berjiwa besar dan sentiasa kehausan ilmu, beliau bercita-cita besar untuk belajar jauh dari tanahair iaitu di Timur Tengah. Pada tahun 1963 beliau menyambung pelajaran ke seberang laut dengan mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir (sebuah institusi pendidikan yang paling berpotensi dan berprestij dalam dunia Islam) dengan mendapat biasiswa dari kerajaan negeri Kedah. Di Universiti Al-Azhar, beliau mengambil jurusan Perundangan Islam (Syariah) dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1967 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam lapangan tersebut. Beliau bukan sahaja mendapatkan ilmu daripada dewan kuliah di Al-Azhar tetapi juga menggali mutiara ilmu daripada ulama’-ulama’ Mesir untuk memantapkan ilmu beliau sebagai bekalan dakwah untuk pulang menabur bakti di tanahair. Perkahwinan Ustaz Fadzil mendirikan rumah tangga dengan sepupunya Siti Khadijah Ibrahim pada tahun 1963. Isteri beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Farbish Bakar, Alor Star, Kedah. Setelah berkahwin, isterinya menemani almarhum belajar di Al-Azhar. Perkahwinan mereka yang sangat bahagia dalam kesibukan belajar dan berjuang telah membuahkan kurniaan lapan orang anak iaitu Huda, Ammar, Aiman, Muna ’Izzah, Muhammad Faiz, Salwa, Ahmad Fauwaz dan Ahmad Anas. Beliau bukan sahaja berjaya sebagai ahli politik malah merupakan ketua keluarga yang mithali dalam mendidik anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan bertanggungjawab. Sebahagian anak-anaknya juga terlibat dalam perjuangan Islam seperti Muna’izzah dan menantu beliau Sabki Yusuf. Bakat Kepimpinan Potret kehidupan yang digores selama kehidupan telah menyaksikan bakat kepimpinan yang tinggi teradun dalam diri almarhum. Bakat kepimpinan beliau mulai terserlah sejak di bangku sekolah terutamanya di Maktab Mahmud, di mana beliau memiliki kebolehan berpidato dan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan dan bahas. Keistimewaan yang ada pada beliau boleh berhujah secara spontan dan berkemahiran tinggi dalam ilmu mantiq. Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Perkhidmatan Tahun 1967 beliau pulang ke tanah air dan ditawarkan berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Maktab Mahmud, ‘alma mater’ beliau sebelum ke Mesir. Pada 1973 ditawarkan berkhidmat sebagai pensyarah Bahagian Pendidikan Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sehingga tahun 1978. Semasa berkhidmat di UTM, beliau telah dipecat oleh pihak pentadbir UTM ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah. Beliau dilihat tokoh yang berpotensi oleh Perhubungan PAS Kedah sebagai pemimpin masa depan. Sebagai orang yang celik undang-undang, Ustaz Fadzil menfailkan saman ke mahkamah atas tindakan angkuh pihak pentadbiran UTM tanpa mengikut prosedur dan ternyata beliau di pihak yang benar. Pemecatan beliau oleh pihak pentadbiran UTM tidak sah di sisi undang-undang dan mahkamah telah mengarahkan pihak pentadbir UTM membayar ganti rugi. Setelah isu tersebut selesai, beliau kembali sebagai pensyarah dan beberapa bulan kemudian beliau meletakkan jawatan kerana menceburkan diri sepenuh masa dalam perjuangan PAS. PAS di penghujung dekad 70an dilihat tidak bermaya selepas kekalahan dalam pilihanraya tahun 1978. Terlepas negeri yang menjadi pangkalan politiknya semenjak 1959 iaitu Kelantan. Seorang tokoh besar dakwah dari Indonesia, Dr Mohd Natsir pernah menasihatkan tokoh-tokoh dalam belia Islam di Malaysia supaya segera menguatkan PAS, kerana PAS adalah wadah untuk perjuangan Islam di Malaysia. Aktiviti Kemasyarakatan Selain aktif dalam politik Islam dan kerja dakwah, beliau juga pemimpin masyarakat yang bergiat cergas dalam kerja-kerja sosial. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Negeri Kedah. Beliau juga pernah menganggotai Angkatan Beliau Islam Malaysia (ABIM), sebuah wadah belia dan pemuda Islam di negara ini yang ditubuhkan pada tahun 1971. ABIM telah mengisi ruang kepada tuntutan Islam yang tegas akibat daripada penyertaan PAS ke dalam kerajaan campuran akibat tragedi 13 Mei 1969. ABIM seumpama simbiosis kepada Dewan Pemuda PAS dimana 8000 ahli PAS ialah ahli ABIM dalam dekad 70an, gerakan belia Islam ini sangat diminati kerana berusaha memurnikan perjuangan Islam terutama pendekatan yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin. Penerbitan ABIM juga aktif menyebarkan pemikiran tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan Jamiat Islami. Fadzil Nor telah memegang jawatan setiausaha penerangan pertubuhan itu dari tahun 1973 hingga 1974. Beliau pernah memangku jawatan Presiden ABIM apabila Presidennya ketika itu, Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA (Anwar ditahan di bawah ISA akibat demonstrasi Baling yang menjadi mercu tanda kepada kebangkitan pelajar di negara ini. Beliau telah dibebaskan pada tahun 1976). ABIM yang ditubuhkan pada tahun 1971 telah mengisi kelompangan dunia ‘anti establishment’ akibat PAS yang menyertai kerajaan campuran. Almarhum ialah orang penting ABIM selain daripada Ustaz Wahab Zakaria, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, beliau disifatkan oleh Anwar Ibrahim sebagai orang rujukan dalam menggerakkan ABIM sebagai gerakan sosio dakwah yang penting dalam dekad 70an. Jaringan kader ABIM di seluruh negara ini juga akhirnya telah ramai menyertai PAS pada awal tahun 80an terutama selepas Anwar menyertai UMNO. Sepanjang penglibatan dalam ABIM sebagai sosok utama perjuangan, beliau turut terlibat dalam demontrasi menentang isu kemiskinan di Baling, Kedah tahun 1974. Beliau juga terkenal sebagai penggiat tarbiah dalaman ABIM. Beliau banyak bergerak mengisi program usrah, tamrin dan seminar perkaderan di pelbagai tempat. Gerakan belia Islam ini juga banyak menerbitkan buku-buku fikrah dan harakah yang dituang oleh tokoh-tokoh seperti Hasan Al Banna, Sayyid Qutb, Maududi, apatah lagi ABIM menjadi gerakan fenomenal di kampus pada dekad 70an. Ustaz Fadzil juga merupakan Setiausaha Agung Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) tahun 1974, sebuah NGO yang penting di negara ini yang telah mewadahkan ulama’-ulama’ untuk mengerakkan kesedaran Islam kepada masyarakat dan kerap kali juga dilihat bertelagah dengan kerajaan BN dalam banyak isu yang bersangkutan dengan syariat dan akidah. Beberapa tokoh PUM juga kini menjadi tonggak penting kepada PAS seperti Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin. Beliau sangat rapat hubungannya dengan masyarakat dengan menghadiri majlis-majlis keraian, kenduri kendara, menziarahi orang sakit dan kematian. Jika tidak hadir beliau akan memaklumkan atau hadir ke majlis lebih awal daripada masa yang dijadualkan, pendek kata almarhum tidak akan mengecewakan undangan yang diterima. Beliau bergegas pulang dari sidang Parlimen semata-mata untuk meraikan sesuatu majlis yang diadakan oleh penduduk, sikap cakna dan mengambil berat kepada undangan masyarakat menyebabkan beliau sangat disayangi masyarakat. Penglibatan dalam Politik Beliau melibatkan diri dalam politik khususnya dengan perjuangan PAS sejak tahun 1959 sewaktu menuntut di Maktab Mahmud. Kecenderungan politik beliau telah dikesan oleh guru-guru dan juga ahli keluarganya. Kedah ialah pangkalan politik Ustaz Fadzil walaupun pernah ditawarkan untuk bertanding di negeri lain yang lebih selamat seperti di negeri Kelantan (Kelantan semenjak pilihanraya 1959 sentiasa membuka pintu untuk calon PAS dari luar Kelantan). Jelapang padi ini kaya dengan sekolah-sekolah agama dan penyokongnya yang setia sehingga telah mencetuskan beberapa insiden berdarah seperti peristiwa Memali dan peristiwa Lubuk Merbau (1985). Beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah dan Ahli Perhubungan PAS Negeri Kedah. Kemudian beliau menganggotai jawatankuasa PAS Kedah. Penonjolan daya kepimpinannya semakin cemerlang telah menyakinkan anggota parti untuk melantik beliau sebagai Naib Yang Dipertua PAS Pusat sepenuh masa tahun 1981 hingga 1983. PAS telah menghadapi transformasi kepimpinan pada tahun 1982 apabila Dewan Pemuda Pusat mengusulkan kepimpinan ulama’. Ustaz Fadzil adalah barisan ulama’ muda yang diberikan ruang untuk memimpin pergerakan Islam kontemporari paling tua di Malaysia. Bintang beliau seumpama kejora di dada langit malam, pada tahun 1983 beliau telah dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertua PAS sebelum diberikan kepercayaan penuh oleh seluruh ahli PAS untuk menjadi Yang Dipertua PAS pada tahun 1989. Pembabitan awal Ustaz Fadzil di dalam kancah politik pilihan raya bermula tahun 1978, di mana PAS telah memberi mandat kepada beliau untuk bertanding di negeri Kedah dalam pilihan raya umum iaitu di kawasan Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah. Bakat dan potensi beliau sejak awal telah dihidu oleh pimpinan PAS Kedah seperti Dato’ Abu Bakar Umar yang mempelawa Ustaz Fadzil untuk membantu PAS di Kedah. Beliau dilihat anak muda yang akan mengisi barisan hadapan parti itu di Kedah apatah lagi dengan pengalamannya yang memimpin ABIM dan organisasi mahasiswa semasa menuntut di Mesir. Dalam pilihanraya tahun 1978 beliau kalah kepada Senu Abdul Rahman, namun pilihanraya itu telah memperkenalkan almarhum kepada pengundi kawasan itu. Pada tahun 1980, beliau sekali lagi bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan DUN Bukit Raya berikutan kematian ahli DUN tersebut. Tahun 1982 beliau sekali lagi bertanding di kawasan DUN Bukit Raya dan seterusnya berjaya mempertahankan kerusi di kawasan itu selama empat penggal berturut-turut sehingga Pilihan Raya Umum 1995. Pada 1982 beliau menang dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Haji Safirol Haji Hasim dan calon bebas Mohd Mokhtar Abdullah dengan Majoriti 346 undi, 1986 menang dengan majoriti 2,215 undi mengalahkan calon BN Ahmad Zakuan Haji Ahmad, 1990 mengalahkan calon BN Dato’ Syed Mansor Barakbah dengan majoriti 1,829 dan pada Pilihan Raya Umum 1995 mengalahkan calon BN juga iaitu Fadzil Hanafi dengan majoriti 2,414. Pada Pada Pilihan Raya Umum 1999, Ustaz Fadzil mencatat dua kejayaan. Dalam Pilihan Raya Parlimen, beliau menewaskan bekas Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Othman Abdul (calon BN) di Pendang. Allahyarham mendapat 22,413 undi berbanding 19,474 undi oleh Othman. Kejayaan ini sangat manis kepada PAS kerana inilah sejarah PAS menang paling besar dalam merebut kerusi parlimen (menang 27 kerusi parlimen). Di DUN Anak Bukit, Allahyarham mendapat 8,480 undi menewaskan calon BN, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin yang mendapat 6,640 undi. Kemenangan ini cukup manis kerana DUN ini adalah berada di pinggir bandar yang menandakan golongan kelas menengah menyokong perjuangan Islam termasuk orang bukan Islam. DUN anak Bukit adalah DUN baru yang dipecahkan melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya dan tuah telah menyebelahi Ustaz Fadzil manakala Mohamad Sabu telah memenangi Parlimen Kuala Kedah. (Perlu diingat bahawa Mohd Sabu hanya menang kurang daripada seribu undi) maknanya Ustaz Fadzil telah mendapat banyak undi peribadi daripada luar kelompok PAS. Allahyarham juga berusaha keras agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dimansuhkan , akta tanpa bicara itu telah memberangus lebih 4000 orang mangsa sejak diperkenalkan pada tahun 1960, al marhum cukup dekat dengan kesengsaraan mangsa-mangsa tahanan ISA tanpa mengira latarbelakang mereka, samada daripada kalangan ahli PAS atau pun tidak. Beliau sangat konsisten dalam menentang akta ini kerana akta ini telah menjaring ramai ahli-ahli PAS dan juga aktivis ABIM sebelumnya. Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT. Berbondong-bondong manusia menyerbu Hospital HUKM Kuala Lumpur, menyolati jenazahnya di Madrasah Mustaqimah bandar Tun Razak malah ratusan ribu yang lain telah berhimpun di Kedah untuk menghantar mujahid ulung ini, pemimpin yang akan terus tersemat ingatan tentangnya dihati setiap manusia yang berada dipelantar zamannya. Beliau mewasiatkan untuk disemadikan di tanah Muasassah Darul Ulum yang telah dibangunkan oleh al marhum untuk merealisasikan kompleks pendidikan PAS Kedah. Manusia telah bertali arus mendatangi Muasasah Darul Ulum untuk menziarahi makam beliau yang sangat sederhana, tanpa binaan megah melainkan sentiasa didatangi pengunjung untuk menitip doa kepada mujahid yang telah mewakafkan kehidupannya untuk perjuangan Islam. Semasa saat-saat akhir untuk urusan pengebumian, langit tenang seolah turut berduka, ribuan mata merah berair kesedihan dengan tazkirah ringkas daripada Tuan Guru Mursyidul Am yang sarat dengan makna mendalam seumpama tazkirah Saidina Abu Bakar di hari kewafatan Rasulullah. Kematian adalah kepastian kepada sebuah perjalanan hidup, tinggal lagi bagaimana kita akan memberi makna kepada kehidupan itu. Oleh: Riduan Mohamad Nor (Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/press-unedited/3986-ustaz-fadzil-noor-1937-2002-dalam-kenangan
Ustaz Fadzil Noor buat PAS lebih terbuka |
Rizal Tahir |
Tentunya ramai masih ingat lautan manusia memenuhi Muassasah Darul Ulum Pokok Sena pada 2002. Pejuang dan pendokong Islam dari seluruh negara membanjiri pusat pengajian agama itu. Situasinya seperti pernah berlaku di Tehran apabila jutaan rakyat Iran berhimpun pada hari pengkebumian Ruhollah Mostafavi Moosavi Khomeini (Ayatollah Khomeini). Rakyat Iran memenuhi setiap ruang jalan raya pada 3 Jun 1989. Kemudian 13 tahun selepas itu seorang lagi tokoh Islam yang cukup disegani di dunia Islam juga dipanggil mengadap Ilahi. Pemergian yang tidak kembali Datuk Fadzil Mohd Noor diiringi lebih 100,000 rakyat pada 23 Jun 2002. Jalan raya dari Alor Setar ke Pokok Sena begitu sendat sekali. Orang ramai datang sebaik sahaja mendapat khabar sedih tokoh yang mereka sayangi pergi buat selama-lamanya. Ramai tidak lupa sejarah yang dicatat itu. Akibat kesesakan luar biasa tersebut menyebabkan beberapa pemimpin PAS termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa membonceng motosikal sejauh kira-kira 6 km ke Muassasah Darul Ulum. Di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas ribuan menunggu ketibaan jenazah Ustaz Fadzil. Jenazahnya tiba dengan pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Jenazahnya kemudian diiringi kereta peronda polis. Setelah tiba di Muassasah ditempatkan musolla bagi memberi peluang ribuan ahli dan penyokong PAS menziarahi pemimpin agung PAS itu. Jam 9 malam jenazahnya disembahyangkan dengan diimamkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Detik yang terakam tersebut masih segar dalam ingatan Menteri Besar Kelantan sehingga ke hari ini. Maka apabila tiba tanggal 23 Jun setiap tahun, pendokong PAS mengingati semula detik yang bersejarah itu. ”Ustaz Fadzil banyak mencetuskan pelbagai idea bagi memantapkan PAS. Sehingga sekarang kita masih guna pendekatan yang dipopularnya iaitu memasyarakatkan PAS. ”Banyak yang beliau buat. NGO yang dikenali sebagai GERAK adalah antara idea baru yang dicetuskan Allahyarham,” kata Mursyidul Am PAS ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Menurutnya Ustaz Fadzil banyak memberikan kesedaran kepada ahli dan penyokong PAS, bahawa perjuangan yang tidak berlandaskan Islam mesti digugurkan. Kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz cetusan fikiran bukan Allah beri kepada semua orang. Ada yang tak ada idea langsung sehingga akhir usianya. ”Ustaz Fadzil banyak buat pembaharuan dan beliau gunakan hasil buah fikiran yang Allah berikan untuk Islam. Tidak semua orang akan memperolehi keistimewaan sebagaimana almarhum,” ujarnya. Berbeza berbanding dengan Umno biar pun dianggap sebagai tunggak orang Melayu, namun tiada kekuatan. Apabila tidak guna Islam dalam pentadbiran negara, orang Islam menjadi tidak kuat. ”Undang-undang negeri yang dicipta manusia pun kena pakai sepenuhnya, apa lagi dalam Islam yang wajib digunakan secara keseluruhannya. ”Kerana itu perjuangan Umno ditentang PAS sejak mula lagi termasuk sewaktu almarhum Ustaz Fadzil menjadi presiden,” katanya. Menteri Besar Kelantan juga masih ingat kejayaan Alamarhum menerajui GERAK ketika ambang reformasi mulai tercetus. Beliau turut mengakui mempunyai hubungan sentimental bersama bekas Presiden PAS itu. ”Arwah dikenali sebagai seorang pemimpin, ahli parlimen dan presiden PAS, sudah tentu hubungan antara saya dengan arwah jadi rapat. ”Beliau seorang yang peramah, masuk kampung seperti orang ramai tiada kebesaran walaupun seorang presiden PAS,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4025-ustaz-fadzil-noor-buat-pas-lebih-terbuka-
Teringat pesanan Ustaz Fadzil sebelum ke dewan bedah
Ditulis oleh Tarmizi Mohd Jam, Intan Abdullah, Salmiyah Harun, Nyza Ayib & M Shafrina Shamsuddin Rabu, 29 Jun 2011 10:04
WALAUPUN telah 10 tahun bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor meninggal dunia, jasa dan sumbangan beliau tetap tidak dilupakan oleh semua ahli apatah lagi bagi Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kini menggalas amanah yang ditinggalkan.
Berkongsi detik-detik akhir antara Tuan Guru Abdul Hadi dengan Almarhum, sebelum Almarhum dibawa masuk ke dewan pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, ianya amat mengharukan, sedih dan begitu sebak.

“Antara yang paling mengharukan saya ketika Almarhum nak masuk ke bilik pembedahan. Beliau memberi semangat kepada saya supaya meneruskan perjuangan ini dan diiringinya dengan doa.
“Dan saya menjawab secara bergurau – insya-Allah kita akan terus bersama selepas beliau sembuh. Rupa-rupanya itu merupakan kalimat terakhir Almarhum selepas dimasukkan ke bilik pembedahan dan terus sampai ajalnya.
“Kita harapkan ia merupakan satu husnul khatimah kepada usia beliau. Kita harap semua sumbangan amal salihnya diterima oleh Allah. Sebarang kelemahan dan kesilapan diberi keampunan oleh Allah kerana setiap manusia mempunyai kelemahan dan kesilapan di samping kesempurnaan dan kelebihan dengan pertolongan dari Allah,” cerita Tuan Guru Abdul Hadi kepada Harakah sambil mengesat air mata yang mengalir.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai idea Negara Berkebajikan yang dicetuskan oleh Almarhum, beliau menjelaskan ianya merupakan kewajipan untuk menyelamatkan negara.
“Kami memulakan perubahan sejak zaman Ustaz Yusof Rawa. Selepas itu, Ustaz Fadzil mengambil alih. Kami melangsungkan apa yang kami rancang ke arah menunaikan kewajipan menyelamatkan negara dengan melakukan islah atau pembaikan dan mengembalikan kepada dasar yang sebenar,” katanya lagi.
Tegas Tuan Guru Abdul Hadi, apabila PAS melihat kegagalan BN yang memerintah sejak negara mencapai kemerdekaan selama beberapa dekad, rakyat masih mengalami masalah-masalah politik, kehidupan dan sosial seluruhnya.
“PAS telah mengemukakan Negara Berkebajikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum dan kita pernah membentangkan dalam Majlis Perunding Ekonomi Negara melalui blueprint yang PAS siapkan.
“Hasil kajian pakar-pakar di dalam PAS dan kita telah hantarkan wakil kita iaitu Mustafa Ali, Ustaz Azizan Abdul Razak, Syed Ibrahim Abdul Rahman dan
Khalid Samad,” jelasnya.
Tambahnya lagi, konsep Negara Berkebajikan adalah kesinambungan daripada apa yang dirancang bersama Almarhum Ustaz Fadzil.
“Konsep Negara Berkebajikan ini akan saya tulis dan diterbitkan bagi menjelaskan maksud Negara Berkebajikan itu. Ia kesinambungan daripada apa yang kita rancang bersama Almarhum Ustaz Fadzil.
“Ini menunjukkan bahawa perjuangannya hidup walaupun beliau telah meninggal dunia,” tegasnya lagi

Sumber : Blog Presiden -
http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=323:teringat-pesanan-ustaz-fadzil-sebelum-ke-dewan-bedah&catid=1:berita&Itemid=106
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/6029-orang-pas-tak-tahu-dr-burhanuddin-pahlawan-ummah
Orang PAS tak tahu Dr Burhanuddin Pahlawan Ummah? |
Subky Latif |
SENJA 15 Oktober 11 saya tidak ke Changkat Tualang, kampung kelahiran Dr. Burhanuddin al-Hilmy 100 tahun lalu.
Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy - Mantan YDP/Presiden PAS
Sebaik selesai hajat kecil azan Maghrib dilaungkan. Cuaca pun gelap. Apa lagi kampung yang pokok-pokok kecil besar tumbuh tak tersusun, tiada apa alam sekitar yang dapat dilihat. Saya ke situ untuk ceramah sambutan Dr. Burhanuddin al-Hilmy dianugerah PAS sebagai Pahlawan Ummah sempena Jubli Intan – 60 tahun – penubuhan parti politik Islam tertua dan terbesar di negara ini. Tapak rumah Dr. Burhanuddin dilahirkan tidak jauh dari tempat ceramah PAS itu. Saya tanya, apa ada lagi rumah tempat lahirnya itu? Jawabnya, tiada apa-apa selain tapaknya saja. Pada ceramah itu saya suarakan supaya tapak bersejarah itu kalau boleh dijadikan warisan, didirikan sesuatu yang boleh mengenangnya dan memperingati kebesaran dan keagungan putera terbilang itu. Tiada seorang pun seagungnya dilahirkan di Changkat Tualang itu sebelumnya dan 100 tahun selepasnya, bahkan tiada seorang pun bagi negeri Perak. Malah bagi Malaysia pun tak berapa orang. Usah bina tugu seperti keris gergasi atau arca simbolik yang seperti yang dibuat oleh puak jahiliyah. Sesuai dengan dirinya seorang ulama besar, mungkin boleh dibina satu bangunan pengajian atau dijadikan tapak baru masjid yang ada dewan pameran sejarah memperkenalkan siapa manusia besar itu. Dengan mengabadikan namanya di tapak kelahirannya boleh menjadi Kampung Changkat Tualang terkenal, dijadikan tempat ziarah dan kunjungan orang luar. Mungkin ia boleh jadi satu distinasi pelancongan Islam yang menarik. Dengan barakah sebagai seorang pejuang Islam terbilang buat alam Melayu, Changkat Tualang boleh bertukar dari kampung ceruk yang tersorok kepada perkampungan terbuka semi urban, makmur dan bahagia. Dr. Burhanuddin bukan sekadar disanjungi oleh umat Islam yang menjadi pengikut dan penyokongnya tetapi beliau disegani oleh nam-nama ternama bukan Melayu yang seangkatan dengannya seperti Tan Cheng Lock yang mengasas MCA dan Chin Peng yang memimpin Parti Komunis Malaya yang diharamkan itu. Tidak kurang orang Cina dan India sezamannya menyanjung dan menghormatinya. Dia bukan saja lahir sebagai penganjur Melayu dan Islam, tetapi adalah antara pemimpin bagi semua kaum yang terawal dalam pembentukan bangsa Malaysia beberapa dekad sebelum kelahiran Malaysia. Beliau bukan sekadar seorang ulama yang diterima oleh ulama kaum tua dan kaum muda, tetapi seorang rakan rapat Sukarno-Hatta dan Pandit Nehru, Perdana Menteri pertama India. Siapa yang wajar membuka Changkat Tualang sebagai tapak memorial Dr. Burhanuddin? Negaralah yang sepatutnya, tetapi ia terpulang kepada diplomasi dan inisiatif PAS mengajak semua pihak menghidupkan bumi yang Allah pilih untuk kelahiran putera terbilang itu. Dr. Burhanuddin bukan lagi jadi milik PAS, tetapi sudah menjadi milik bangsa Malaysia semua kaum. Sempena usia PAS 60 tahun, sempena ulang tahun ke 100 Dr. Burhanuddin tepat PAS mengisytiharkannya sebaga Pahlawan Ummah. Tetapi apa yang dibuat bagi menjadikannya diterima dan dikenali sebagai Pahlawan Ummah? Orang tidak tahu dia menjadi Pahlawan Ummah. Orang tidak tahu mengapa dia jadi Pahlawan Ummah. Lidah rasmi PAS sendiri tidak mengiklannya sebagai Pahlawan Ummah selepas diisytiharkan sebagai Pahlawan. Beritanya tidak dibesarkan di muka depan. Beritanya sudah pun mati sebelum ia diketahui oleh semua orang. Seperti saya diisytiharkan sebagai Tokoh Pemuda PAS. Bukan sekadar orang tidak tahu mengapa saya jadi Tokoh. Saya pun tidak tahu mengapa saja jadi Tokoh. Saya terimalah sijil Tokoh itu. Sehingga ini saya tidak tahu apa. Saya bimbang orang PAS sendiri tidak tahu Dr. Burhanuddin al-Hilmy itu Pahlawan Ummah dan mengapa dia diberikan anugerah itu? Beliau layak menerima sanjungan dan penghormatan itu, tetapi orang tidak tahu mengapa beliau wajar menerima penghormatan itu? |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/6029-orang-pas-tak-tahu-dr-burhanuddin-pahlawan-ummah
Mujahid teruja dengan forum Yusof Rawa
Aziz Muda , | 08 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Dr Mujahid Yusof Rawa secara jujur mengakui berasa amat teruja dengan inisiatif Penang Institute yang akan mengadakan Forum Legasi Kepimpinan dan Pemikiran Yusof Rawa pada malam esok.
Namun dalam masa yang sama, beliau berusaha menolak tawaran yang dibuat oleh agensi Kerajaan Pulau Pinang itu terhadap beliau agar menjadi salah seorang panel pada seminar tersebut.
Menurut Mujahid, Allahyarham ayahandanya, Yusof Rawa sememangnya diakui pelbagai pihak sebagai tokoh penting yang banyak berjasa bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang, tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini, malah rantau Nusantara.
Katanya, oleh itu, keperibadian, pemikiran, prinsip hidup dan asas perjuangannya amat perlu ditonjolkan oleh pelbagai pihak untuk dikenali dan dihayati oleh seluruh lapisan rakyat negara ini terutama kepada generasi muda.
"Sejarah hidup dan perjuangan Allahyarham Haji Yusof Rawa sebenarnya bukan sahaja terhad dalam aspek politik, tetapi juga merangkumi agama, pendidikan, keusahawanan dan perpaduan antara kaum di negara ini.
"Jadi forum seperti itu amat wajar diadakan oleh pelbagai pihak bagi membolehkan tokoh tersebut dikenali dengan lebih dekat oleh setiap rakyat negara ini bagi dijadikan inspirasi dalam perjuangan," katanya yang juga AJK PAS Pusat ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Penang Institute atau Institut Pulau Pinang yang dahulunya dikenali sebagai Seri kini telah mengambil langkah untuk mengembalikan fungsi Pulau Pinang sebagai hub intelektual Nusantara dengan menganjurkan Forum Intelektual Nusantara.
Forum tersebut merupakan siri forum awam yang mengetengahkan pandangan alam dan budaya fikir cendekiawan, sasterawan, budayawan dan institusi-institusi kelimuan yang ada kaitan dengan Pulau Pinang dan hubungannya dengan kebudayaan Nusantara secara keseluruhannya.
Pulau Pinang yang suatu ketika dulu merupakan pusat pertembungan perdagangan, kebudayaan dan keilmuan yang sangat kosmopolitan sifatnya telah banyak mencambahkan benih perubahan dalam masyarakat.
Tidak mahu hanya dibelenggu oleh romantism silam, Penang Institute turut terpangil untuk mengajak seluruh rakyat Pulau Pinang untuk bersama-sama mengembalikan kegemilangan itu kepada kejayaan masa depan rantau Nusantara.
Setelah dua siri forum berlangsung, Penang Institute kini turut mengambil inisiatif menganjurkan Forum Legasi Kepimpinan dan Pemikiran Yusof Rawa pula pada malam esok, 9 Februari, mulai jam 7.30 malam di Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Forum yang akan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman itu akan dipengerusikan pengamal media dan penggiat politik, Mohd Hashim, manakala barisan panelnya terdiri daripada Dr Mujahid sendiri, pengarang dan tokoh wartawan, Subky Abdul Latif dan ahli akademik yang juga penyelidik, Prof Madya Dr Fadlullah Jamil.
Allahyarham Tuan Guru Yusuf Abdullah Ar-Rawi atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Yusof Rawa dilahirkan pada 8 Mei 1922 dan meninggal dunia pada 28 April 2000 yang bukan sahaja pemikir dan ahli politik, malah ahli perniagaan yang dihormati.
Beliau adalah pengasas Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan dilantik sebagai Bendahari Kehormat yang pertama dalam pertubuhan tersebut.
Allahyarham, anak kepada Abdullah Mohamad Noordin ar-Rawa yang banyak menerbitkan kitab-kitab jawi, adalah tokoh gerakan Islam dan bekas Yang Dipertua atau Presiden PAS dan merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang memegang kedua-dua jawatan terpenting dalam parti iaitu Presiden dan juga Mursyidul Am.
Beliau yang dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang dari kalangan peniaga dan pengusaha percetakan merupakan anak Pulau Pinang yang pertama menjawat jawatan menteri dalam kabinet Malaysia.
Allahyarham bersekolah Melayu Jalan Carnarvon, sekolah menengah di Government English School dan kemudian ke Penang Free School sehingga lulus peringkat Junior Cambridge sebelum ke Mekah.
Beliau berperanan penting dalam penerbitan majalah al-Islah yang membawa idea-idea progresif pada tahun 1970 dan mengajukan perspektif yang luas terhadap hubungan pendidikan dan konsep kewarganegaraan.
Menurut Mujahid, sebelum menganjurkan forum itu, pihak Penang Institute telah mengadakan perbincangan dengan beliau terlebih dahulu dan sehubungan itu turut menawarkan kepadanya untuk menjadi panel pada forum tersebut.
"Disebabkan saya adalah anaknya, tentunya tidak kena jika saya yang menjadi anggota panelnya bagi menerangkan tentang jasa-jasa bapa saya sendiri kepada orang ramai.
"Jadi, saya telah mencadangkan kepada pihak Penang Instutute agar mencari tokoh-tokoh lain sebagai panelnya. Sekiranya hendak dilibatkan saya juga, memadailah jika saya membicarakannya dari aspek kekeluargaan sahaja yang membabitkan antara saya dan ayah saya secara langsung," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Beliau yang jelas tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya di atas inisiatif tersebut turut merakamkan penghargaan yang tinggi kepada pihak Kerajaan Pulau Pinang dan Penang Instutute kerana berusaha menonjolkan bapanya kepada orang ramai.
"Tentunya amat rugi jika anak-anak muda terutama yang tinggal di Pulau Pinang tidak mengambil manfaat untuk sama-sama hadir mengikuti forum itu nanti.
"Tambahan pula, panel-panel yang terlibat kesemuanya bukan sekadar rapat dan mengenali Allahyarham secara dekat, malahan juga turut berkemampuan mengupas segala pemikiran Allahyarham dengan jelas dan tepat," katanya.
Sebelum ini, tambahnya, forum seperti itu pernah dianjurkan oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, tetapi penganjuran oleh Penang Institute pada malam esok ternyata lebih besar, terbuka dan lebih memudahkan orang ramai mengikutinya.
Sejajar dengan pengorbanan dan jasa-jasa Allahyarham yang sebegitu besar kepada negeri Pulau Pinang khasnya, beliau serta keluarganya dan beberapa pihak kini sedang mengambil beberapa inisiatif untuk mengabadikan nama bapanya kepada pertubuhan atau pembinaan tertentu.
Antaranya termasuklah menamakan sebatang jalan di Pulau Pinang dengan nama bapanya dan pembinaan sebuah yayasan yang akan diberi nama Yayasan Yusof Rawa tidak lama lagi.
Dengan itu diyakini seluruh rakyat Pulau Pinang khasnya dan rakyat Malaysia amnya akan sentiasa mengingati pengorbanan dan perjuangannya yang melepasi sempadan politik dan kaum, bagi dijadikan sumber inspirasi generasi muda ke arah perjuangan yang benar-benar memberi nilai kepada agama dan negara.
Sumber HD : 8/02/2012

No comments:
Post a Comment