Ulamak bersatu hadapi isu Islamofobia |
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 9 Jun: Hari terakhir Muktamar Ulamak Sedunia di sini yang berlangsung bermula 6 hingga 8 Jun menggesa seluruh ulamak bersatu bagi menghadapi isu Islamofobia.
Ustaz Abdul Ghani Shamsudin - Pengerusi SHURA
Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausahanya, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid menyertai muktamar itu dan menghantar laporan ke sini bagi mengemaskinikan maklumat kepada umat Islam di Malaysia.
Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid - SU SHURA
Menurut Azmi, di peringkat antarabangsa propaganda terhadap imej Islam perlu segera dinilai kerana Barat sedang memberi kesan yang negatif terhadap Islam dan ini penting agar realiti umat tidak disalahgambarkan dengan fitnah jahat kuasa Barat. “Ulamak perlu bersama umat bukan hanya dalam masjid semata, Ulamak perlu turun beraksi di lapangan rakyat supaya kefahaman Islam pada peringkat dalaman dapat disampaikan secara mantap dalam kalangan umat Islam sendiri sebelum menangani persoalan imej yang cuba digambarkan dari luar. “Isu tidak membenarkan kaum Muslimah memakai hijab, menayangkan filem yang menggambarkan fitnah terhadap Rasul, pembatalan projek Pusat Islam dan tidak membenarkan pembinaan masjid adalah antara isu yang menterjemahkan sikap Islamofobia Barat, tegas Azmi. Dalam muktamar sama, Ustaz Abdul Ghani membentangkan bagaimana Rasulullah SAW menegaskan Islam agama tertinggi dan ulamak bertanggungjawab mempertahankan kesatuan sosio, ekonomi dan politik umat demi menjamin imej umat sebagai umat terbaik. Beliau turut mengupas masalah umat yang dijajah kerana ada pemimpin Islam sendiri yang menyalahguna kuasa dan bersikap korup di Negara Islam. Ustaz Abdul Ghani juga menegaskan ada kalangan umat yang menolak Islam sebagai penyelesaian dan ada yang memilah-milah Islam dalam pemikiran dan amalan kerana itu, ulamak perlu mengukuhkan kesatuan politik dan ekonomi serta ketenteraan dalam kalangan umat melalui fikrah yang betul terhadap Islam. Dari sudut status sosio-ekonomi, beliau menyatakan ulamak perlu berwaspada supaya perpecahan dan penyelewengan dapat dibenteras kerana konflik sesama ulamak dan umat akan merugikan bukan sahaja umat Islam akan tetapi juga seluruh manusia. Dalam hal kepimpinan, beliau menegaskan perlu diusahakan pemulihan keyakinan umat terhadap para pemimpin dan ulamak. Isu hilangnya keyakinan umat terhadap kebanyakan pemimpin dan ulamak kini amat serius. Di samping itu, beliau juga mencadangkan semua sumber media dan para seniman dilibatkan dalam menghadapi isu Islamofobia. “Seluruh pihak dalam kalangan ulamak, ahli profesional, aktivis NGO dan ahli politik, ahli budayawan hendaklah digemblengkan dengan efektif untuk mempertahankan maruah Islam. “Amat perlu diwujudkan Pusat Penyelidikan yang berkesan untuk memantau pelbagai isu yang dihadapi oleh umat di peringkat antarabangsa dan menggariskan agenda bertindak yang perlu diambil. “Wajar digerakkan program latihan yang mantap dalam pelbagai bidang untuk para ulamak menghadapi pelbagai cabaran global; kemahiran pengurusan, komunikasi dan keupayaan mengendalikan isu umat, perlu dilaksanakan untuk menyiapkan umat mengendali pelbagai isu global,” tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3714-ulamak-bersatu-hadapi-isu-islamofobia
Bantahan besar jika Utusan enggan mohon maaf |
Hazayani Zakaria |
Ustaz Nasrudin Hassan - Ketua Pemuda PAS
KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberikan tempoh seminggu kepada pihak akhbar Utusan Malaysia untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung siaran karikatur yang menghina Islam. Tempoh seminggu ini bermula daripada tarikh karikatur 'kekeliruan kes rogol' tersebut disiarkan iaitu pada Rabu lalu. Perkara tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada pihak Utusan Malaysia di ibu pejabatnya, Jalan Chow Sow Lin, dekat sini pagi ini. Ketua DPPP, Nasrudin Hassan berkata, sekiranya perkara tersebut gagal dilakukan, DPPP tidak teragak-agak untuk melancarkan bantahan secara besar-besaran bagi memastikan desakan itu berjaya.
Karikatur yang dikatakan menghina hukum Islam
"Desakan kita ini sebagai satu mesej bahawa tindakan yang dilakukan oleh Utusan Malaysia dan pelukis kartun tersebut adalah satu kesilapan besar yang melibatkan hukum hakam Islam," kata beliau kepada pemberita selepas penyerahan memorandum pagi tadi. Ianya diterima wakil ketua pengarang, Sufian Abu Bakar yang merupakan ketua meja jenayah. Pelukis kartun yang dikenali sebagai Miki itu membuat dua perbandingan mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol. Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan 'tok penghulu' yang berimejkan seorang alim. Tok penghulu tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit. Sebaliknya gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis. Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut. "Perbandingan dua gambar ini menafsirkan mesej yang salah dan bertujuan dangkal. "Mesej yang cuba digambarkan khususnya melalui gambar pertama adalah tidak tepat sekaligus telah mengelirukan kefahaman rakyat berhubung prosedur perbicaraan kes rogol atau zina dalam perundangan Islam," katanya. Tambahnya, karikatur itu secara tidak langsung menggambarkan wujudnya kelemahan dalam tatacara pengendalian pebicaraan kes rogol atau zina seperti mana yang digariskan dalam Islan iaitu perlu kepada empat orang saksi.
Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil - SU DPPP
"Malah ia telah mempersenda hukum Islam secara halus dengan mewajahkan prosedur itu sebagai tidak relevan dengan situasi semasa hari ini," katanya yang diiringi setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan exco, Sani Hamzan serta kira-kira sepuluh pemuda yang lain.
Sdr sani Hamzan - Ketua Pengarah PR DPPP
Justeru, katanya ia telah mencetuskan kemarahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Sementara itu, menurut Nasrudin memorandum tersebut diterima baik oleh pihak Utusan Malaysia dan Sufian berjanji akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak atasan. "Saya telah menjelaskan kenapa memorandum ini dihantar dan beliau (Sufian) berhasrat membawa perkara ini kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut," katanya. Mereka tiba di pejabat Utusan Malaysia kira-kira jam 9.35 pagi dan masuk menyerahkan memorandum sebelum keluar kira-kira 20 minit kemudian. Lebih kurang 30 anggota polis dilihat mengawal keselamatan di hadapan bangunan pejabat sebelum ketibaan mereka lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3844-bantahan-besar-jika-utusan-enggan-mohon-maaf
You tube : http://www.malaysiakini.tv/video/21757/insulting-islam-pas-youth-hands-over-memo-to-utusan.html
Ulama desak Majlis Fatwa bertindak terhadap Utusan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Jun: Dewan Ulama PAS Pusat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan segera bertindak serta mendakwa akhbar Umno, Utusan Malaysia yang menghina Islam melalui karikatur bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan 15 Jun lalu. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, penolong setiausahanya, Ustaz Nazmi Nik Din berkata Dewan Ulama melihat tindakan Utusan itu seolah-olah cuba menafikan undang-undang Islam yang ditetapkan oleh Allah SWT. "Seolah-olah Utusan ingin menggambarkan kepada rakyat umum bahawa arahan Allah supaya mendatangkan syarat 4 orang saksi sepertimana yang terkandung di dalam nas Al-Quran yang jelas sebagai satu perkara yang menzalimi manusia dan merupakan undang-undang yang bodoh," katanya. Sambil mengutuk tindakan melampau itu, Dewan Ulama PAS juga ujarnya menyeru supaya pihak Utusan terutamanya pelukis dan penerbit karikatur tersebut segera bertaubat kepada Allah terhadap dosa besar yang dilakukannya. Utusan juga ujarnya perlu meminta maaf bukan sahaja kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam bahkan juga kepada mereka yang bukan beragama Islam kerana jenayah memberikan imej buruk tentang Islam terhadap mereka. "Tidak cukup dengan memberi gambaran tentang bahaya Negara Islam kepada bangsa lain sepertimana yang dimainkan akhbar itu sebelum ini, kali ini serangan diteruskan lagi terhadap batang tubuh Islam itu sendiri. "Mungkin ini adalah pendekatan serapang dua mata Utusan-Umno iaitu meracuni pemikiran umat Islam dan bukan Islam terhadap impian perjuangan PAS," jelasnya lagi. Utusan Malaysia pada 15 Mac lalu memaparkan kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'. Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh "tok penghulu" kerana tidak mempunyai empat saksi seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang Islam. Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan itu. Menurut Nazmi, Islam menetapkan syarat itu kerana mahu memberi memastikan hukuman dikenakan kepada mereka yang benar-benar bersalah. Penggunaan peralatan teknologi moden pula katanya mungkin mendedahkan kepada pemalsuan dan penipuan yang akhirnya bukan sahaja mengaibkan orang lain bahkan menjatuhkan hukuman kepada orang yang bukan sepatutnya. "Adapun sekiranya si pengadu tidak berjaya mendatangkan pembuktian yang kukuh maka di dalam Islam pengadu itu akan terpaksa berhadapan dengan tuduhan qazaf kerana mencemarkan maruah mereka yang tidak berdosa. "Seseorang itu tidak dianggap bersalah kecuali dibuktikan sebaliknya," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3848-ulama-desak-majlis-fatwa-bertindak-terhadap-utusan
Peserta demonstrasi aman bakar Utusan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 24 Jun: Lebih 200 menyertai himpunan aman di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru bagi membantah kebiadaban akhbar milik Umno, Utusan Malaysia berhubung penerbitan karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina Islam. Ianya antara siri bantahan Dewan Pemuda PAS pusat yang berlangsung di seluruh negara sejurus selesai solat Jumaat hari ini.
Sdr Ahmad Subki Yusof - TPJ 3 PWP
Turut menyertai himpunan itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Ahmad Sabki Yusof, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah, Suhaimi Abdul Aziz serta wakil pelajar.
Sdr Suhaimi Abdul Aziz - TKPPWP
Mereka juga menyeru rakyat agar memboikot akhbar itu. Bantahan itu dibuat ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, akhbar tersebut biarpun didesak pelbagai pihak. Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu. Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.” Sebagai tanda kecaman, mereka turut membakar akhbar itu di hadapan hadirin yang hadir.
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah - KPPT / ADUN Bukit Payong
Di KUALA TERENGGANU, lebih 500 berhimpun bersama Mohd Nor Hamzah Adun Bukit Payung yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu di hadapan Masjid Pengadang Baru bagi menyatakan bantahan kepada Utusan yang memperlekehkan dan menghina Islam. Utusan, akhbar Umno tanpa rasa bersalah dan takut menghina Islam melalui satu lakaran kartunnya sehingga kini masih belum berganjak dan mempertahankan kartun itu dan enggan memohon maaf. Turut berucap Yahaya Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu yang mendesak seluruh rakyat memboikot Utusan yang sentiasa membuat angkara tanpa rasa takut dan penuh bongkak. Kemuncak perhimpunan aman hari ini, Yahaya bersama orang ramai membakar akbar Utusan sebagai simbolik membantah tindakan Utusan yang tidak mahu memohon maaf kepada umat Islam. Di PULAU PINANG, Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pulau Pinang bersama Persatuan Ulamak Cawangan Pulau Pinang berkerjasama menjayakan piket aman membantah penyiaran kartoon di akhbar Utusan Malaysia yang nyata menghina Islam di tiga lokasi masjid iaitu Permatang Janggus, Permatang Pauh, Masjid Padang Lalang, Bukit Mertajam dan Masjid Hashim Yahya, Jelutong. Sdr Amir Ghazali - Ketua AMK Pulau Pinang Semua demontrasi aman di tiga lokasi berkenaan berlangsung dengan baik dan tiada provokasi pihak polis. Semasa berucap Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali mengajak Umat Islam bangkit segera daripada lena kerana Utusan Malaysia bersikap begitu melampau terhadap Islam. Utusan Malaysia tambahnya, tidak ubah seperti orientalis Barat, Salman Rushdi yang cukup berani mencerca hukum Islam. "Apa bezanya Utusan Malaysia dengan Salman Rushdi yang menghentam kesyumulan Islam. Mereka harus dikenakan tindakan yang sewajarnya," tegas beliau. Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Haji Omar Hasan pula mengajak Umat Islam supaya lebih peka terhadap sebarang isu angkara agen Yahudi. “Ke mana perginya Ulamak dalam Umno kenapa mereka membisu seribu bahasa walhal Islam adalah agama suci yang tidak harus diperkecilkan begitu sahaja. "Kita kena peka dengan isu yang membabitkan Islam supaya mereka tidak berani mencabar kesucian tamadhun Islam," jelasnya. Sementara itu, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah pula menegaskan Utusan Malaysia yang menjadi tangan dan kaki Umno Barisan Nasional (BN) sanggup menentang kebenaran untuk menegakkan kebatilan. Isu ini jelas, agen Yahudi telah berjaya menyerap masuk dalam pemerintahan negara serta media arus perdana sehingga begitu berani dan agresif mempersendakan Islam yang sejati. Lebih kurang 200 orang berdiri di luar perkarangan masjid mengatakan tentangan penyiaran kartun yang sehingga kini tidak menyiarkan permohonan maaf. Banyak sepanduk dipegang peserta, antaranya berbunyi Utusan Malaysia kunco Umno, Utusan Malaysia perosak syariat Islam, wajib boikot Utusan Malaysia, Utusan Meloya hati dan jiwa rakyat dan sebagainya. Di akhir demo berkenaan kesemua yang terlibat membakar akhbar tersebut sebagai tanda bantahan kerana bersikap ego ketika mempersendakan kemuliaan hukum Islam.
Ustaz Abu Bakar Husein - PJPPk
Di IPOH, bertempat di Masjid Sultan Idris Shah 11, Masjid Negeri Ipoh telah diadakan satu himpunan membantah akhbar Utusan Malaysia yang telah menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam pada minggu lepas. Oleh kerana Utusan Malaysia masih gagal memohon maaf berikutan penyiaran tersebut, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bersama beberapa badan bukan kerajaan telah menganjurkan himpunan bagi membantah Utusan Malaysia selepas solat Jumaat tadi. Hampir 200 orang telah bersama membantah kebiadapan Utusan Malaysia dan kegagalan Kementerian Dalam Negeri bertindak terhadap Utusan Malaysia sehingga sekarang. Himpunan yang berjalan hampir 30 minit dengan pelbagai sepanduk mendesak agar Utusan Malaysia segera memohon maaf. Beberapa pimpinan PAS turut berucap dan telah diakhiri dengan bacaan doa setelah pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan. Berikutan itu juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien yang turut hadir kesal kerana pihak Utusan Malaysia tidak sensitif kepada umat Islam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3992-peserta-demonstrasi-aman-bakar-utusan
Tazkirah: Muip sepatutnya lebih berakhlak |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 25 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini melahirkan rasa kesal dan membantah arahan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) yang melarang penyampaian tazkirah Ramadan di semua masjid dan surau seluruh negeri ini.
Ustaz Shahril Azman Abdul Halim al Hafiz - Ketua DPPPhg
Ketuanya, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim, menganggap ‘pengharaman’ berkenaan sebagai satu kejutan baru di Malaysia selepas negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam. Difahamkan, kebanyakan masjid di bawah Muip sudah menghentikan majlis tazkirah selepas sembahyang zohor dan sembahyang tarawih. Shahril dalam edaran medianya yang kesal dengan arahan tersebut, menyoal adakah pengharaman tazkirah ini hanya berdasarkan aduan seorang individu atau Exco kerajaan negeri lalu tanpa sebarang siasatan terus mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. “Sepatutnya Muip sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah untuk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, bukannya mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu. “Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman. “Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?” soalnya. Shahril dalam edaran medianya berkata, kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang menghalang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama. Tambahnya, tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al-Quran dibaca ketika solat. Sekiranya menyentuh pelbagai isu mengenai kehidupan manusia, itu realitinya sebuah kitab suci. Al Quran diturunkan dari Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia. “Apabila proses memberi kefahaman, ayat-ayat Allah berlaku, orang ramai akan faham maksud isi kandung al-Quran. Ketika sembahyang mereka akan mengingati maksud-maksud ayat yang dibaca imam. Sembahyangnya tentu menjadi lebih khusyuk dan iman semakin menebal. “Perlu diingat, kejahilan umat Islam dalam menghayati ajaran Islam dalam segala aspek kehidupan boleh menjerumuskan umat Islam kepada gejala murtad. Adakah pihak Muip akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak diatas kejahilan umat Islam di Pahang yang boleh membuka ruang kepada terdedahnya gejala murtad?” soalnya lagi. Oleh itu, DPPNP membantah keras larangan ini dan mendesak supaya pihak Muip menarik balik larangan tazkirah kerana ia akan menyebabkan orang jahil bertambah jahil dan orang alim membisu, maka ia akan memberi kesan kepada kehancuran sebuah negara. |
Reformasi institusi agama dari kongkongan |
Harakahdaily |
TEMERLOH, 26 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mencadangkan secara tegas bahawa institusi-institusi agama di negara ini perlu direformasikan segera daripada kongkongan golongan berkepentingan, yang jahil dan selama ini menekan institusi agama dengan kejahilan mereka.
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - PJ PAS Pahang
Apakah institusi agama nak jawab apabila berhadapan dengan Allah di akhirat nanti kerana menjadi penghalang kepada perkembangan agama, menyekat dakwah dan mengampu pemerintah yang korup dan tidak bermoral?” tegur Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannnya hari ini. Kenyataaannya adalah reaksi kepada tindakan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) yang melarang penyampaian tazkirah Ramadan di semua masjid dan surau seluruh negeri Pahang alasan telah mengganggu ibadah orang lain dan majlis ilmu semalam. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) Ustaz Shahril Azman Abdul Halim semalam turut menyelar MUIP dan menganggap ‘pengharaman’ berkenaan sebagai satu kejutan baru di Malaysia selepas negara ini diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam. Bagi Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, masjid dan surau kini lebih banyak dapat arahan berupa amaran agar jangan mengundang ustaz tertentu, yang dicop condong kepada pembangkang kerana takut ada usaha menanam idea pembangkang di dalam kuliah dan juga tazkirah mereka. Malah, katanya ada tokoh agama yang disegani keilmuannya disekat, ditahan dan didakwa semata-mata atas alasan tiada tauliah daripada institusi-institusi agama tertentu. “Tauliah daripada institusi agama hari ini, secara kesalnya telah menjadi senjata pemerintah untuk menghalang satu-satu program agama bukan kerana ia menyeleweng agama tetapi kerana alasan kepentingan politik. Untuk mereka ini, tiadapun sedikit risau bahawa masyarakat mungkin akan menjadi jahil, bebal dan dungu dengan nilai agama; yang mereka risau hanyalah apabila ada penceramah, walaupun cukup terkemuka di tanahair tetapi tidak diberi tauliah, mengajar di kawasan tadbir mereka,” bidas beliau. Tambahnya lagi, kekadang yang dihalang itu bekas mufti, pensyarah universiti dan pakar rujuk agama. Kita masih ingat apa yang menimpa Dr Haron Din, al-Marhum Datuk Ishak Baharom, Dr Asri Zainal Abidin dan ramai lagi yang disekat, bahkan puluhan lagi yang kini masih menjadi buruan penguatkuasa agama. “Tindakan sedemikian, bukan sahaja amat memalukan umat Islam malah merendahkan martabat golongan agama dan keyakinan umat Islam terhadap institusi-institusi yang diamanahkan menjaga Islam,” tegur beliau. Bagi Tuan Ibrahim, keruntuhan aqidah umat Islam masa kini sebenarnya menggambarkan masalah pokok yang lebih mendalam dan tunjang iaitu didikan agama yang gagal memantapkan aqidah. “Pengabaian ini juga menyebabkan ia merebak sehingga kepada pengabaian aspek lain seperti ibadah, syariat dan akhlak. Kita tidak perlu bertempik gegak-gempita, demonstrasi atau meluahkan kemarahan kepada pihak lain, seandainya punca keburukan akidah datang dari kelemahan institusi-institusi Islam kita sendiri,” terang beliau. Persoalan pendidikan jangan hanya dilihat kepada silibus sekolah, katanya kerana dalam sistem exam-oriented yang menebal sekarang ini, tidak mungkin pelajar akan menumpukan kepada subjek agama kerana ia bukanlah mata pelajaran utama dalam mana-mana peperiksaan penting. “Di luar sekolah pula, pendidikan agama lebih bergantung kepada usaha peribadi untuk mempelajari dan mendalaminya. Namun, perkara yang lebih malang yang sedang berlaku sekarang ialah karenah institusi-institusi agama seperti jabatan agama negeri-negeri yang lebih mencemburui secara bukan-bukan terhadap program agama di masjid daripada menyaingi secara sihat dalam usaha menyediakan lebih banyak ruang kepada pengukuhan agama umat Islam secara keseluruhan,” kata Tuan Ibrahim secara kesal. Menurut beliau, sikap negatif institusi agama yang di bawah kongkongan orang berkepentingan yang jahil agama kepada golongan agama - terutamanya apabila golongan agama mudah dicopkan sewenang-wenangnya sebagai 'pembangkang atau menyokong pembangkang' sekiranya bangkit menegur tindakan kerajaan pemerintah telah menyebabkan kuliah di masjid rata-ratanya gagal menarik minat golongan muda. Khutbah Jumaat zaman kini pula, katanya rata-ratanya lebih berkisar kepada persoalan remeh-temeh. “Ini menyebabkan solat Jumaat sekadar jadi memenuhi adat sahaja,” bidas beliau lagi. Sikap pemerintah yang terlalu pesimis terhadap golongan agama, terang beliau, telah menyebabkan masyarakat menganggap kalau ada kuliah tentang hudud atau teguran terhadap tindakan sesuatu pemimpin kerajaan yang menganjurkan program yang bertentangan dengan syarak, maka mereka akan terus dituduh sebagai ‘pembangkang atau penyokong pembangkang’. “Akibat sikap tidak professional institusi agama inilah menyebabkan wujudnya sikap negatif yang mendalam kepada apa sahaja yang berkaitan agama,” tambah beliau. Dalam isu murtad yang menjadi hangat kebelakangan ini, Tuan Ibrahim secara kesal menyatakan bahawa isu ini telahpun digunakan untuk kepentingan politik pihak tertentu. Katanya lagi, golongan berkepentingan ini hanya ingin menuding jari mencari salah; jauh sekali untuk berusaha agar memperbaiki kelemahan bagi memperkasakan aqidah umat Islam. “Harus diingatkan, golongan ini jugalah yang menentang segala yang dicadangkan daripada dulu lagi oleh pembangkang untuk menentang gejala murtad demi kepentingan umat Islam. Tindakan hangat-hangat tahi ayam ini adalah antara sebab kuat mengapa institusi-institusi agama ini perlu direformasikan. “Senang kita nak tutup kelemahan kita dengan menuduh ada musuh nak mengacau kita, walaupun ada kalanya benar, tapi itu sememangnya tugas musuh... Sama seperti badan manusia, bakteria dan virus sentiasa tunggu untuk menyerang, sekiranya kita tak pastikan badan kita kuat, jangan pula kita salahkan bakteria dan virus apabila kita jatuh sakit,” beliau memberikan peringatan. Untuk menguatkan aqidah umat Islam, kata Tuan Ibrahim, ia memerlukan satu dana yang besar, sepatutnya cukup sekiranya duit zakat digunakan sewajarnya. “Sebenarnya dana yang kita ada di zakat amatlah besar, namun duit zakat ini tidak diagihkan sepenuhnya dan digunakan secara betul untuk menguatkan iman umat Islam terhadap Allah swt,” katanya dengan kesal. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5131-reformasi-institusi-agama-dari-kongkongan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5604-islamophobia-tingkat-kerjasama-dakwah-bukan-muslim
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6257-umno-beri-lesen-mca-hina-islam
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa hari ini berkata mereka juga akan membawa isu ini kepada pengetahuan Yang di-Pertuan Agong jika Dr Chua masih lagi berdegil dan enggan memohon maaf.
“Sekiranya Dr Chua (gambar) tidak membuat permohonan maaf melalui mana-mana media cetak dan elektronik dalam 48 jam, kami akan membawa isu ini kepada pengetahuan Yang di-Pertuan Agong kerana kenyataannya merupakan penderhakaan kepada baginda,” katanya pada sidang media selepas menghantar memorandum kepada Presiden MCA di Wisma MCA petang ini.
Dalam memorandum itu, Jingga 13 juga menyatakan kenyataan Dr Chua itu adalah biadap dan merupakan satu gimik politik murahan dan mengguris perasaan umat Islam apabila seorang bukan Islam dengan biadap mempersoalkan hukum Islam.
Seramai 20 pengikut Jingga 13 turut membawa sepanduk bertulis “MCA Biadap” dan “Chua Soi Lek Biadap”.
Tambah Fariz, pihaknya juga khuatir kenyataan Dr Chua itu akan menghasut masyarakat bukan Islam untuk membenci pelaksanaan hukum Islam kerana dibuat tanpa pengetahuan mendalam berkenaan undang-undang tersebut.
Jelas Fariz, situsasi ini dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan, perselisihan faham dan menjejaskan hubungan antara kaum dan dan agama di negara ini.
Jingga 13 telah membuat laporan polis kelmarin menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pemimpin parti komponen Barisan Nasional itu.
Sumber MI : 2//11/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7303-setelah-21-tahun-islam-tidak-lagi-jadi-fobia
Sumber HD - 28-10-2012
Islamophobia: Tingkat kerjasama dakwah bukan muslim |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Sept: Majlis Agama Islam negeri-negeri wajar meningkatkan kerjasama dakwah dan hubungan dengan bukan muslim dan bukan Melayu, termasuk dalam menangani Islamophobia dan religiophobia yang semakin meningkat. Demikian antara cadangan Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN) dalam merangka resolusi Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia 2011 buat kali pertama selama dua hari yang bermula hari ini. Setiausahanya, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata kongres itu merupakan titik sejarah yang baru bagi melihat kerjasama yang lebih utuh dalam kalangan Majlis Agama Islam negeri-negeri dalam melaksanakan agenda pemartabatan Islam di tanahair. Katanya, ACCIN percaya bahawa Kongres ini tepat pada masanya dan ia merupakan persidangan yang amat penting untuk merencana masa depan Islam dan umatnya. Menurutnya lagi, ACCIN juga merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian pihak penganjur menjemput pertubuhan-pertubuhan NGO Islam bagi berinteraksi dan terlibat sama dalam memberikan pandangan-pandangan yang boleh dijadikan panduan dan agenda bertindak dalam bentuk resolusi yang akan dirangka. Untuk itu, tambah beliau, ACCIN ingin memberi cadangan kepada perkara-perkara berikut supaya diambil perhatian dalam merangka resolusi yang disimpulkan dalam 10 perkara. 1. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menegaskan komitmen terhadap prinsip-prinsip terkandung dalam Perlembagaan dan Syariah sebagai panduan umum dan Piagam Majlis untuk menghadapi era globalisasi kini. 2. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menegaskan kembali komitmen tingginya, bersesuaian dengan “Cairo Declaration of Human Rights in Islam”, untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dari perspektif Islam. 3. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menekankan kepentingan untuk menilai kembali semua aspek pentadbiran Syariah dan memastikan pendekatan yang adil dan seimbang terhadapnya. 4. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar menyatakan keprihatinan, bersesuaian dengan "World Interfaith Harmony Week”, terhadap persamaan, perbezaan dan kehidupan harmoni antara agama dan kepercayaan tanpa mengabaikan asas dan kesucian Islam serta Ahlu Sunnah Wal Jamaah. 5. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar melebarkan kerjasama (interaksi dan perkongsian pintar) untuk menghadapi cabaran ummat manusia, khasnya ummat Islam tanpa mengira ras, warna kulit, bahasa, jantina, agama/mazhab, sekutu politik, status sosial atau pertimbangan lain. 6. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar mengenal pasti sumbangan kepada NGO-NGO Islam, merangkumi kos bangunan, sekretariat, pengajian, kenderaan, program dan lain-lain, termasuk daripada sumber zakat. 7. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri wajar meningkatkan kerjasama dakwah dan hubungan dengan bukan muslim dan bukan Melayu, termasuk dalam menangani Islamophobia dan religiophobia yang semakin meningkat. 8. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri perlu memberikan perlindungan kepada muallaf dan meningkatkan usaha serta proaktif untuk dakwah non-Muslim di seluruh Malaysia, merangkumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 9. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri perlu mengurangkan birokrasi dalam pemberian bantuan zakat kepada para asnaf bagi mengelakkan golongan ini dieksploitasi oleh golongan lain. 10. Majlis Agama Islam Negeri-Negeri diminta sentiasa membantu meningkatkan sosio-ekonomi ummah dan memperkasa aspek pendidikan agama kepada anak bangsa. “Semoga cadangan-cadangan ini mendapat perhatian yang sewajarnya,” ujar Mohd Roslan dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Bagi pihak ACCIN, beliau mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di atas penganjuran kongres yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5604-islamophobia-tingkat-kerjasama-dakwah-bukan-muslim
Umno 'beri lesen' MCA hina Islam? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 Okt: PAS mempersoal adakah benar kononya Umno mahu memperjuangkan Islam sedangkan parti itu hanya diam membisu ketika MCA sedang berpesta menghina Islam. AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan menghina Islam terbaru dari Presiden MCA, kononnya hukum Islam menjejaskan ekonomi dan membawa kemunduran, seperti "direstui" Umno dan NGO yang pro mereka. "Di mana suara Umno ketika MCA biadab dengan Islam? Di manakah NGO Pro-Umno ketika pemimpin MCA menghina Islam degan penuh emosi? Kenapa mereka menikus? "Apakah MCA berani menghina Islam kerana diberi lesen oleh Umno? Kenapa Umno tidak memberi amaran kepada MCA?," soalnya bertubi-tubi melalui satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Beliau mengulas kenyataan terbaru Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mendakwa jika hukum Islam dilaksanakan, ekonomi negara akan terjejas dan akan membawa kemunduran kepada negara. Menurutnya, adalah tidak mustahil tindakan 'tutup mulut' oleh Umno itu kerana ada kepentingan politik tertentu disebaliknya walaupun sanggup melihat sahaja Islam dihina. "Apakah kerana takut kehilangan pengaruh dan meraih undi, maka Umno membisu, asalkan matlamat politik mereka tercapai walaupun Islam dihina. "Cuba bayangkan jika kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin DAP atau pemimpin PKR, maka sudah tentu akan diadakan demontrasi di KOMTAR Pulau Pinang oleh tukang juak-juak mereka," ujar bekas ketua penerangan PAS itu lagi. Kenyataan menghina Islam oleh presiden parti komponen BN itu menurut Idris, bukan pertama kali malah ketika pilihanraya kecil Tenang beliau menghina Islam apabila menghina calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki. Beliau turut mempersoal dimanakah suara NGO Umno yang berkobar-kobar untuk mempertahankan Islam ketika program HIMPUN di Shah Alam 22 Oktober lalu. Katanya, amat malang jika kita marah kepada orang lain menghina Islam tetapi pada masa yang sama 'memberi lesen' pula kepada MCA berbuat demikian. "Setakat hari ini kita belum dengar lagi suara Perkasa, YB Zulkifli Nordin, Dr Rhidwan Tee, Tan Sri Ibrahim Abu Shah dan kuncu-kuncu mereka. "Amat malang kepada kita jika kita ada orang yang mempunyai otak asabiah yang membuta tuli seperti ini. "Kita akan dengar lagi selepas ini kenyataan yang lebih dahsyat kepada Islam, jika pemimpin MCA melihat sokongan orang bukan Islam masih tidak lari daripada menyokong Pakatan Rakyat menjelang PRU 13," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6257-umno-beri-lesen-mca-hina-islam
Jingga 13 gesa Soi Lek minta maaf dalam 24 jam
Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 2 Nov — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek diberi masa 48 jam oleh Jingga 13 untuk membuat permohonan maaf kepada umat Islam ekoran kenyataannya Ahad lalu yang didakwa telah menghina Islam dan al-Quran.
Sdr Fariz Musa - Ketua Koordinator Jingga 13
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa hari ini berkata mereka juga akan membawa isu ini kepada pengetahuan Yang di-Pertuan Agong jika Dr Chua masih lagi berdegil dan enggan memohon maaf.
“Sekiranya Dr Chua (gambar) tidak membuat permohonan maaf melalui mana-mana media cetak dan elektronik dalam 48 jam, kami akan membawa isu ini kepada pengetahuan Yang di-Pertuan Agong kerana kenyataannya merupakan penderhakaan kepada baginda,” katanya pada sidang media selepas menghantar memorandum kepada Presiden MCA di Wisma MCA petang ini.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - Presiden MCA
Dalam memorandum itu, Jingga 13 juga menyatakan kenyataan Dr Chua itu adalah biadap dan merupakan satu gimik politik murahan dan mengguris perasaan umat Islam apabila seorang bukan Islam dengan biadap mempersoalkan hukum Islam.
Seramai 20 pengikut Jingga 13 turut membawa sepanduk bertulis “MCA Biadap” dan “Chua Soi Lek Biadap”.
Tambah Fariz, pihaknya juga khuatir kenyataan Dr Chua itu akan menghasut masyarakat bukan Islam untuk membenci pelaksanaan hukum Islam kerana dibuat tanpa pengetahuan mendalam berkenaan undang-undang tersebut.
Jelas Fariz, situsasi ini dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan, perselisihan faham dan menjejaskan hubungan antara kaum dan dan agama di negara ini.
Jingga 13 telah membuat laporan polis kelmarin menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pemimpin parti komponen Barisan Nasional itu.
Sumber MI : 2//11/2011
Setelah 21 tahun, Islam tidak lagi jadi fobia |
Muhammad Yusri Amin |
KOTA BHARU, 30 Dis: Setelah 21 tahun negeri ini ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam, agama Islam tidak lagi menjadi ‘fobia’ khususnya di kalangan non-muslim. Sehubungan itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap generasi muda mempelopori usaha memberi kefahaman sebenar Islam sebagai cara hidup dan agama yang benar diturunkan Allah SWT kepada golongan tersebut. Kerajaan negeri juga, katanya melakukan sedaya upaya mungkin ke arah menjadikan Al-Quran sebagai dasar pentadbiran negeri dan negara. “Bahkan kerajaan negeri menjalankan kempen kepada seluruh masyarakat betapa Islam itu agama yang adil. Meneri Besar berucap pada Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik) Kali Kedua 2011 di Balai Islam, Lundang dekat sini, petang semalam. Turut hadir Speaker Dewan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Negeri Che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Omar, para pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) dan pegawai Yik. Menteri Besar menaruh harapan tinggi agar pelajar tahfiz muncul sebagai ulama proaktif dalam menyebar luaskan kefahaman Al-Quran kepada masyarakat. “Lebih jauh dari itu, adalah diharapkan agar hafiz dan hafizah hari ini mewarisi perjuangan dalam menegakkan kandungan Al-Quran di negara ini,” ujarnya. Sambil menyifatkan bahawa pada masa lalu, bidang tahfiz dipandang sebagai bidang tidak menjanjikan peluang pekerjaan di mana para huffaz hanya sekadar mengajar Al-Quran di madrasah atau masjid, namun Menteri Besar menegaskan kini permintaan cukup tinggi untuk memasuki bidang tahfiz Al-Quran di sekolah tahfiz Yik, termasuk mereka yang datang dari keluarga profesional. Justeru, Tuan Guru berkata tanggapan bahawa bidang tahfiz Al-Quran tidak menjanjikan masa hadapan yang cemerlang, kini terhakis dari masyarakat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7303-setelah-21-tahun-islam-tidak-lagi-jadi-fobia
Kami tidak faham apa itu Islamophobia - Ketua Paderi
Terjemahan Mohamad Yahya, | 08 Ogs 2012 |
BURSA (Turki): Elpidophoros Lambriniadis, warga metropolitan Bursa, Turki dan juga Ketua Paderi di Seminari Halki (Halki Seminary) berkata,"Kami tidak tahu apa itu Islamophobia dan tidak juga memahaminya kerana kami tidak takut dengan rakan-rakan mahupun jiran-jiran kami yang beragama Islam."
Bercakap kepada AA di Halki Seminary, Lambriniadis menjelaskan pandangan seminari mereka tentang Islamophobia.
Mengulas tentang isu Islamophobia yang selalu dimainkan di media selepas kejadian 11 September, Lambriniadis berkata, "Kami tinggal di Istanbul sebagai pengikut ajaran gereja, rakan-rakan dan jiran kami semuanya adalah beragama Islam. Kami tidak tahu apa itu Islamophobia dan tidak juga memahaminya.
"Kami tidak takut dengan rakan-rakan dan jiran-jiran kami yang beragama Islam. Kami menyayangi antara satu sama lain. Saya percaya persepi yang mengatakan Islam adalah ganas di negara lain hanya bermotifkan politik," katanya.
Beliau menegaskan, mereka tidak takut dengan mereka yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama, dalam komuniti yang sama "kerana saya mengenali mereka."
"Kami tahu tentang Islam dan kami tidak takut dengannya," kata Lambriniadis.
-------------------------------------------------------------------------
Berita asal di http://www.turkishweekly.net/news/139880/we-do-not-know-neither-understand-what-islamophobia-is-seminary-chief-priest-says.html.
Sumber HD : 8/08/2012
Bercakap kepada AA di Halki Seminary, Lambriniadis menjelaskan pandangan seminari mereka tentang Islamophobia.
Mengulas tentang isu Islamophobia yang selalu dimainkan di media selepas kejadian 11 September, Lambriniadis berkata, "Kami tinggal di Istanbul sebagai pengikut ajaran gereja, rakan-rakan dan jiran kami semuanya adalah beragama Islam. Kami tidak tahu apa itu Islamophobia dan tidak juga memahaminya.
"Kami tidak takut dengan rakan-rakan dan jiran-jiran kami yang beragama Islam. Kami menyayangi antara satu sama lain. Saya percaya persepi yang mengatakan Islam adalah ganas di negara lain hanya bermotifkan politik," katanya.
Beliau menegaskan, mereka tidak takut dengan mereka yang tinggal di kawasan kejiranan yang sama, dalam komuniti yang sama "kerana saya mengenali mereka."
"Kami tahu tentang Islam dan kami tidak takut dengannya," kata Lambriniadis.
-------------------------------------------------------------------------
Berita asal di http://www.turkishweekly.net/news/139880/we-do-not-know-neither-understand-what-islamophobia-is-seminary-chief-priest-says.html.
Sumber HD : 8/08/2012
Abim bantah TV3 tayang ‘My Name Is Khan’
Harakahdaily, | 28 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya penayangan filem ‘My Name Is Khan’ di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua.
Naib Presiden Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau mengenai perkara itu.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya penayangan filem ‘My Name Is Khan’ di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua. Filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.
Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan (Datuk) jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.
Sebagai contoh, adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam.
Selain dari itu memberi zakat kepada mereka yang tidak beragama Islam juga adalah mengelirukan. Zakat hanya dibenarkan untuk asnaf yang tertentu dan tidak boleh diberikan sesuka hati.
Penerbit filem ini jelas cuba menjawab persoalan ‘Islamophobia’ yang melanda Barat, tanpa memahami ajaran Islam dengan mendalam serta menghayati pokok pangkal permasalahan ini mengheret wajah Islam ke dalam kancah yang memalukan. Ia secara jelas membawa mesej ‘Islam Liberal’.
Faham Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri.
Selain dari faham Islam Liberal itu, menyamakan kebaikan di sisi Islam dan agama lain adalah satu daripada teras aliran ‘pluralisme agama’. Mesej ini juga terkandung dalam filem ini.
Segala faham ini perlu diperhatikan secara dekat kerana ia boleh memesongkan fikiran umat Islam dan juga bukan islam dalam memahami ajaran Islam yang sewajarnya.
Faktor penayangan yang dibuat tatkala umat Islam menyambut hari Idil Adha juga menimbulkan persoalan ke mana hilangnya keprihatinan dan tanggungjawab pihak media dalam bahan siaran mereka.
Oleh itu Abim mendesak agar penayangan filem ini dihentikan pada masa akan datang. Abim juga mengingatkan kepada stesyen penyiaran di negara ini agar lebih peka dan sensetif terhadap bahan kandungan dan masa penyiaran bagi mengelakkan kontroversi di dalam masyarakat. Abim juga menggesa agar pengedaran CD filem ini dihalang serta merta.
Naib Presiden Abim, Ahmad Saparudin Yusup berkata, filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau mengenai perkara itu.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya penayangan filem ‘My Name Is Khan’ di TV3 pada Hari Raya Aidil Adha yang kedua. Filem yang membawa mesej yang mengelirukan jelas tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia.
Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan (Datuk) jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.
Sebagai contoh, adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampur aduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam.
Selain dari itu memberi zakat kepada mereka yang tidak beragama Islam juga adalah mengelirukan. Zakat hanya dibenarkan untuk asnaf yang tertentu dan tidak boleh diberikan sesuka hati.
Penerbit filem ini jelas cuba menjawab persoalan ‘Islamophobia’ yang melanda Barat, tanpa memahami ajaran Islam dengan mendalam serta menghayati pokok pangkal permasalahan ini mengheret wajah Islam ke dalam kancah yang memalukan. Ia secara jelas membawa mesej ‘Islam Liberal’.
Faham Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri.
Selain dari faham Islam Liberal itu, menyamakan kebaikan di sisi Islam dan agama lain adalah satu daripada teras aliran ‘pluralisme agama’. Mesej ini juga terkandung dalam filem ini.
Segala faham ini perlu diperhatikan secara dekat kerana ia boleh memesongkan fikiran umat Islam dan juga bukan islam dalam memahami ajaran Islam yang sewajarnya.
Faktor penayangan yang dibuat tatkala umat Islam menyambut hari Idil Adha juga menimbulkan persoalan ke mana hilangnya keprihatinan dan tanggungjawab pihak media dalam bahan siaran mereka.
Oleh itu Abim mendesak agar penayangan filem ini dihentikan pada masa akan datang. Abim juga mengingatkan kepada stesyen penyiaran di negara ini agar lebih peka dan sensetif terhadap bahan kandungan dan masa penyiaran bagi mengelakkan kontroversi di dalam masyarakat. Abim juga menggesa agar pengedaran CD filem ini dihalang serta merta.
Sumber HD - 28-10-2012
No comments:
Post a Comment